51
Inovasi kurikulum KHSR TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

  • Upload
    tajul68

  • View
    1.035

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Inovasi kurikulum KHSR

Page 2: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?

Menurut Kamus Dewan, edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, menyatakan bahawa inovasi ialah “ sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah baru, sistem, adat dan lain – lain yang baru” dan dengan kata lainnya, inovasi ini boleh juga dikatakan sebagai sesuatu pembaharuan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik dan berkesan.

Apakah yang dikatakan dengan inovasi dalam kurikulum?

Inovasi dalam kurikulum ialah kurikulum yang sedia ada akan diperbaharui supaya kurikulum itu akan menjadi lebih berkesan lagi dengan cara memasukkan elemen – elemen baru yang tidak terdapat pada kurikulum yang terdahulu.

Page 3: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

INOVASI KURIKUL

UM

Teknik Dan Konteks Inovasi

Kurikulum

Membuat Keputusan

Dalam Inovasi Kurikulum

Page 4: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Teknik dalam inovasi

kurikulum

Membuat Analisis

Membuat andaian

Mewujudkan Model

Pembaharuan

Mengenal Pasti Ketidakselarasa

n

Mewujudkan Objektif

Penwujudan Jadual Kerja

Melaksanakan Kurikulum

Page 5: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

1) Membuat analisis serta mengenal pasti masalah mengapa sesuatu kurikulum ini perlu diubah. Ini penting supaya para penggubal kurikulum jelas mengenai sebab mengapa kurikulum tersebut harus diubah.

2) Mengenal pasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan masalah – masalah yang telah dikenal pasti. Ini untuk mewujudkan bukti yang kuat dan nyata mengenai kelemahan dalam kurikulum yang sedia ada.

Membuat Analisis

Mengenal Pasti Ketidakselarasan

Page 6: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

3) Mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum, ia penting kerana objektif yang diwujudkan adalah panduan untuk membentuk kurikulum yang selari dengan apa yang ingin dicapai.

4) Mengenal pasti atau mewujudkan rangka bentuk atau model bagi pembaharuan. Model ini penting supaya ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan bentuk pendekatan proses pembahruan itu.

Mewujudkan Objektif

Mewujudkan Model

Pembaharuan

Page 7: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

5) Penwujudan jadual kerja, iaitu bilakah langkah – langkah berikutnya akan bermula dan tamat, serta siapakah yang akan terlibat, jenis langkah yang diambil dll. Ini diikuti dengan mengenal pasti keperluan dan kemudahan yang perlukan bagi melaksanakan perubahan seterusnya.

6) Membuat andaian atau jangkaan mengenai hasil yang akan didapati daripada kurikulum yang telah diperbaharui itu. Namun, ia merupakan pilihan, ia boleh dilakukan sekiranya diperlukan ataupun sebaliknya.

Penwujudan Jadual Kerja

Membuat andaian

Page 8: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

7) Melaksanakan kurikulum yang telah

melalui proses inovasi tersebut. Kurikulum

tersebut akan diuji dan segala laporan

dan penemuan akan dikumpul dan

dianalisa untuk memperbaiki kelemahan –

kelemahannya. Setelah itu, barulah ia

dilaksanakan sepenuhnya di semua

sekolah.

Melaksanakan Kurikulum

Page 9: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Proses yang penting untuk kesempurnaan dalam bidang kurikulum.

Bukan hanya wujud dalam bidang kurikulum tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja

Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar.

Membuat Keputusan Dalam Inovasi

Kurikulum

Page 10: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN YANG EFEKTIF

Page 11: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Page 12: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah Kepentingan- Darjah kepentingan

masalah tersebut.

Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.

Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan.

Page 13: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Diagnosis & Analisis Data

Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan dalam inovasi kurikulum.

Page 14: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Pembentukan Alternatif

Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif baru. Dicadangkan supaya membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama.

Page 15: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Pemilihan Alternatif

Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?

Faedah: Adakah ia berfaedah?

Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

Page 16: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Perlaksanaan Alternatif Kebolehterimaan: Bagaimanakah kita

boleh mendapatkan penerimaan dari orang lain?

Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada alternatif ini?

Bantuan: Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain?

Page 17: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Penilaian & Maklum Balas Ukuran: Maklumat apakah yang perlu

dikumpulkan?

Ujian: Apakah ujian atau ‘trial run’ yang akan kita awasi untuk melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan kita menilai keputusannya?

Keputusan: Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Apakah bukti alternatif kita berkesan?

Page 18: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

KESIMPULANKeputusan yang diambil datang daripada gabungan fikiran, pengalaman, tanggapan, dan keputusan. Gabungan elemen ini mempercepatkan lagi keputusan dan tindakan dalam bidang kurikulum ini.

Page 19: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Jenis – jenis inovasi dan pembaharuan.

1) Homeostatik.

Adalah pembaharuan yang dibuat tanpa memasukkan elemen - eleman pembaharuan yang bermakna. Sebagai contoh, pertukaran guru besar dari sekolah A ke sekolah B kerana guru besarnya telah besara. Dengan kata lain, pembaharuan homeostatik ini membawa perubahan yang bersifat kebiasaan.

2) Perkembangan.Perkembangan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan beberapa pembaharuan kepada kurikulum yang telah dibentuk.

Dalam masyarakat moden hari ini, kemahiran manipulatif dan kemahiran tingkah laku merupakan ciri – ciri penting pelajar yang perlu dilahirkan dalam sesuatu sistem pendidikan.

Page 20: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Sebagai contoh, mata pelajaran seni perusahaan telah digantikan dengan mata pelajaran teknik dan vokasional yang lebih menepati kehendak dan keperluan masyarakat dan negara.

Walaupun ia mempunyai ciri dan sifat yang sama, tetapi ia berubah dari segi teknik dan alat yang digunakan bersesuaian dengan perkembangan dan permintaan semasa dan akan datang.

Perubahan perkembangan ini membawa pendedahan kepada proses dan bentuk pengajaran yang baru dan sesuai dengan keperluan negara yang berkehendakkan modal insan yang berkualiti.

Page 21: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

3) Neomobilistik.

Pembaharuan neomobilistik ini membawa unsur atau elemen pembaharuan kepada kurikulum, ia wujud berdasarkan faktor – faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori serta prinsip yang baru. Dengan penemuan – penemuan baru ini, ia perlulah diambil kira dan perlu dimasukkan ke dalam kurikulum yang sedia ada bagi membolehkan ia selari dengan keadaan semasa serta lebih memberi faedah kepada pelajar.

Sebagai contoh, memasukkkan teori pendidikan, teori pengurusan serta pegunaan teknologi yang baru dalam pendidikan supaya pendidikan itu menjadi lebih berkualiti.

Perubahan bentuk ini adalah penting untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam era globalisasi.

4) Metamorphistik

Wujud disebabkan oleh kemasukkan idea – idea baru atau pengenalan idea – idea baru kepada kurikulum. Metamorphistik membawa perubahan yang sangat besar kepada kurikulum sehingga sebahagian besar elemen – elemen dalam kurikulum akan ditukar.

Page 22: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Perubahan ini disebabkan oleh berbagai perkara, antaranya ialah mungkin terdapat persepsi baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan. Sebagai contoh, kurikulum sebelumnya mungkin hanya mempunyai fungsi untuk mengembangkan mental atau kognitif pelajar – pelajar sahaja, ini membawa maksud, pembelajarannya hanya tertumpu pada akedemik sahaja.

Tetapi pada masa sekarang, wujud keperluan untuk melaksanakan suatu sistem pendidikan yang bertujuan mengembangkan psikomotor, afektif dan juga kerohanian pelajar, ini membawa maksud, pelajar bukan hanya belajar untuk meningkatkan akedemik sahaja, tetapi juga akan belajar mengenai akhlak, agama dan juga bersukan.

Perubahan dalam fungsi dan objektif ini menyebabkan kurikulum yang telah dibentuk itu akan mengalami perubahan yang menyeluruh. Ia merangkumi rasional dan objektifnya, isi kurikulum, pendekatan dan penyusunan isi, serta kaedah pengajaran serta penilaian kurikulum juga mengalami perubahan.

Page 23: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum.

KEPERLUAN NEGARA.Perubahan semasa dalam keperluan negara dari aspek industri, ekonomi, politik, teknologi dan moral telah memberi impak dalam pendidikan negara.Keperluan mata pelajaran tertentu seperti pendidikan moral, pendidikan teknologi maklumat, kemahiran hidup dan pendidikan bahasa merupakan disiplin ilmu yang sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat.Ia menjadi penting kerana semua mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk melahirkan satu masyarakat yang serba lengkap dari segi berinteraksi dengan baik, menggunakan teknologi dengan berkesan dan berkomunikasi dengan lancarKemahiran – kemahiran ini penting untuk menjamin kehidupan yang harmoni dan sejahtera terutamanya dalam masyarakat majmuk dan juga supaya masyarakat Malaysia dapat bersaing dengan masyarakat antarabangsa.

Page 24: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

INTEGRASI NASIONALDalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk, integrasi nasional memainkan peranan penting untuk kemajuan, kestabilan dan keamanan negara.Maka, diwujudkan projek pendidikan seperti mewujudkan sekolah wawasan dan bestari untuk mewujudkan suasana yang diimpikan.Untuk projek pendidikan seperti ini, pelbagai keperluan perlu diadakan seperti peralatan, pengurusan, latihan pengajaran dan pembelajaran supaya pelaksanaanya dapat dijalankan dengan berkesan.Sesuatu pendekatan yang baru perlu dipelajari dan dikuasai oleh mereka yang terlibat dengan program tersebut dari masa ke semasa.

Page 25: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN GLOBAL

Pelbagai penemuan dan penciptaan baru dalam pelbagai bidang ilmu yang terdapat di muka dunia ini telah menuntut supaya pendidikan di negara kita bergerak dengan lebih pantas supaya ilmu yang diperturunkan kepada anak bangsa terus relevan dengan keperluan semasa dan dapat memberikan manfaat kepada mereka pada masa yang akan datang.

Untuk menyaingi proses perkembangan ini, semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan perlu proaktif dan peka dengan perubahan semasa dan menerima dengan rasional tanggungjawab untuk berubah.

Page 26: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Input dariBahagian

KPM &

Institusi Pendidikan

Pendapatorang ramai

Trend Duniadan

Dapatan Kajian

Dasar / Arahan /Mandat

JAWATANKUASA PERANCANGAN

PENDIDIKAN

JAWATANKUASA KURIKULUM PUSAT

PUSAT PERKEMBANGAN

KURIKULUM

1) Analisis keperluan 4) Pembangunan dan pengembangan

2) Perancangan 5) Uji rintis dan Pelaksanaann terhad 3) Penilaian dan Penyeliaan 6) Penyebaran dan Pelaksanaan

PRINSIP PERKEMBANGAN KURIKULUM

Page 27: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Teknik dalam inovasi kurikulum.

Teknik atau langkah yang perlu dilaksanakan supaya proses inovasi kurikulum menjadi lebih berkesan adalah seperti berikut:

1) Membuat analisis serta mengenal pasti masalah mengapa sesuatu kurikulum ini perlu diubah. jawapan kepada analisis dan permasalahan ini penting untuk diperolehi supaya para penggubal kurikulum jelas mengenai sebab mengapa kurikulum tersebut harus diubah.

2) Langkah kedua ialah mengenal pasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan masalah – masalah yang telah dikenal pasti. Langkah ini adalah untuk mewujudkan bukti yang kuat dan nyata mengenai kelemahan dalam kurikulum yang sedia ada. Dalam peringkat ini juga, aspek – aspek kurikulum yang perlu diperbaharui dan juga jenis perubahan yang akan dibuat akan dikenal pasti.

Page 28: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

3) Mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum, ia penting kerana objektif yang diwujudkan adalah panduan untuk membentuk kurikulum yang selari dengan apa yang ingin dicapai.

4) Mengenal pasti atau mewujudkan rangka bentuk atau model bagi pembaharuan. Model ini penting supaya ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan bentuk pendekatan proses pembahruan itu.

5) Penwujudan jadual kerja, iaitu bilakah langkah – langkah berikutnya akan bermula dan tamat, serta siapakah yang akan terlibat, jenis langkah yang diambil dll. Ini diikuti dengan mengenal pasti keperluan dan kemudahan yang perlukan bagi melaksanakan perubahan seterusnya.

Page 29: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

6) Membuat andaian atau jangkaan mengenai hasil yang akan didapati daripada kurikulum yang telah diperbaharui itu. Namun, ia merupakan pilihan, ia boleh dilakukan sekiranya diperlukan ataupun sebaliknya.

7) Proses inovasi yang terakhir ialah melaksanakan kurikulum yang telah melalui proses inovasi tersebut. Kurikulum tersebut akan diuji terlebih dahulu dan segala laporan dan penemuan akan dikumpul dan dianalisa untuk memperbaiki kelemahan – kelemahan yang masih wujud. Setelah semua selesai, barulah ia dilaksanakan sepenuhnya di semua

sekolah.

Page 30: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Pencetus idea bagi mewujudkan pembaharuan.

Pembaharuan dalam bidang kurikulum tidak akan berlaku dengan sendirinya, ia memerlukan pencetusan idea – idea baru oleh golongan – golongan tertentu untuk menggerakkannya.

Pada umumnya, terdapat 4 kumpulan pencetus pembaharuan, iaitu;

Daripada kumpulan peringkat atasan, iaitu terdiri daripada Menteri Pendidikan, Ketua pengarah pendidikan dan pengarah pendidikan. Idea – idea perubahan ini dicetuskan setelah mereka melihat, menyedari dan berfikir bahawa kurikulum yang sedia ada itu sudah kurang berkesan. Ia mungkin disebabkan oleh isi kurikulum tersebut sudah tidak relevan lagi dengan keperluan semasa.

Page 31: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Daripada kumpulan peringkat pertengahan:

Iaitu terdiri daripada kumpulan guru, pengetua, pensyarah, pegawai pendidikan dan sebagainya. Kumpulan ini mengesyorkan pembaharuan adalah berdasarkan pengalaman mereka sebagai golongan pendidik yang merasakan bahawa terdapat beberapa kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan atau kurikulum, kelemahan - kelemahan yang wujud ini bagi mereka perlu diperbaiki segera dan jika tidak, berkemungkinan para pendidik tidak akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sempurna

Page 32: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Daripada kumpulan peringkat bawahan, iaitu terdiri kumpulan sasaran ataupun penerima kurikulum dan dikenali sebagai pelajar.

Pencetus perubahan dari luar, selain daripada golongan dalam dunia pendidikan yang boleh mencetuskan pembaharuan, idea – idea pembaharuan juga boleh dicetuskan oleh golongan dari luar sistem pendidikan, iaitu terdiri dari golongan ibu – bapa, pihak swasta seperti syarikat firma dan sebagainya.

Page 33: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Sebagai contoh: Pihak swasta misalnya telah mendapati bahawa pelajar lepasan institut pendidikan tinggi di negara kita kebanyakkannya tidak mempunyai kemampuan dan pengetahuan yang mereka harapkan untuk menggalas tugas yang mereka pertanggungjawabkan kepada pelajar lepasan Universiti ini. Oleh itu, mereka meminta supaya pihak yang bertanggungjawab supaya mengubah cara pelajar – pelajar ini dilatih di IPT supaya dapat menepati keperluan pekerjaan dan supaya mereka ini tidak perlu dilatih semula oleh majikan.

Apabila menerima rungutan dan desakan seperti ini, pihak yang terlibat perlulah memberi perhatian yang sewajarnya supaya kurikulum yang ingin diterapkan di kalangan pelajar ini berguna serta memberi faedah kepada mereka

Page 34: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.

Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran satu semakan semula telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.

Diharap dengan penyemakan semula ini akan memantapkan lagi proses pelaksanaan mata pelajaran KH di sekolah rendah.

Perlaksanaan

Page 35: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sentiasa membuat pemantauan ke atas pelaksanaan mata pelajaran KH di sekolah rendah dan sentiasa memberi sokongan terhadap program KH yang dijalankan di sekolah rendah.

Pentadbir sekolah sentiasa memberi sokongan yang padu dan peka terhadap keperluan-kerperluan yang diperlukan terhadap pelaksanaan mata pelajaran KH di sekolah.

Guru KH sebagai pelaksana program mata pelajaran KH di sekolah sentiasa memberi input-input yang dirancangkan oleh kurikulum dan meningkatkan diri untuk kaedah-kaedah yang terkini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Page 36: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Halangan – halangan kepada inovasi

Pada asasnya, halangan terhadap perubahan ataupembaharuan adalah disebabkan oleh aspek kemanusiaan dan kebendaan.

Tiga faktor yang menyebabkan manusia menentang perubahan.

Tidak jelas mengenai perubahan itu, mereka tidak tahu tentang tujuan perubahan tersebut, mengapa ia perlu dilakukan, apakah akibatnya dll.

Penentangan wujud disebabkan adanya unsur bimbang dan takut dalam jiwa manusia. Kumpulan ini tahu bahawa sekiranya pembaharuan dilakukan, ia akan merugikan mereka, mungkin seperti kehilangan pangkat, ditukar ke bahagian lain atau beban kerja akan bertambah

Penentangan juga boleh timbul disebabkan pegangan mengenai konsep pembaharuan mereka adalah tidak sealiran dengan kumpulan yang mengajurkan perubahan.

Page 37: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Cara untuk mengatasi atau mengurangkan penentangan.

Mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan bagi menjelaskan kepada kumpulan penentang mengenai tujuan dan konsep perubahan yang dianjurkan oleh mereka.

Berkrompomi dengan golongan penentang, mungkin kompromi dalam bentuk idea, fahaman ataupun aspek – aspek lain.

Menjemput kumpulan penetang untuk menjadi ahli aktif dalam menjalankan aktiviti pembaharuan tersebut.

Pemberian ganjaran kepada mereka yang menentang seperti pemberian wang saguhati, bonus atau kemudahan – kemudahan tertentu apabila pembaharuan itu dilaksanakan.

Jika semuanya tidak berjaya, pendekatan paksaan merupakan alternatif terakhir

Page 38: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Halangan – halangan dalam pelaksanaan inovasi.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Azizah (1987), mendapati bahawa pelaksanaan inovasi kurikulum ini telah menemui pelbagai masalah dari segi pelaksanaan, seperti:

Kekurangan latihan dan profesionalisme di kalangan kakitangan pendidikan.Pelaksanaan yang terlalu cepat.Faktor kawalan pusat dan struktur organisasi yang bersifat heararki.Faktor konteks sosio ekonomi Malaysia sendiri.

Page 39: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

PEMBANGUNAN DAN PEMUPUKAN PEMIKIRAN DALAM INOVASI KURIKULUMPERLAKSANAAN INOVASI KURIKULUM KHSR

Page 40: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

PEMBANGUNAN DAN PEMUPUKAN PEMIKIRAN DALAM INOVASI KURIKULUM

Pembangunan dalam kurikulum:- idea-idea baru- kerjasama pihak bertanggungjawab Terdapat 4 peringkat yang terlibat dalam

pembangunan kurukulum;

Page 41: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Peringkat atasan terdiri daripada Menteri Pendidikan, Ketua

pengarah pendidikan dan pengarah pendidikan

Memikirkan idea-idea baru jika kurikulum sedia ada kurang berkesan

Peringkat pertengahan Terdiri daripada pendidik iaitu guru-guru,

pensyarah, pengetua dan pegawai pendidikan Mengesyorkan pembaharuan berdasarkan

pengalaman jika terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan

Page 42: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Peringkat bawahan Terdiri daripada murid-murid sekolah Kumpulan yang menjadi sasaran dalam

menerima kurikulum

Pihak luar Terdiri daripada ibu bapa, pihak swasta,

dan syarikat firma Memberi cadangan tentang keperluan

murid-murid sekolah yang perlu dipenuhi

Page 43: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Tumpuan utama mata pelajaran ini adalah kepada penguasaan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta perniagaan dan keusahawanan.

Kemahiran dalam bidang reka bentuk dan teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif.

KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba.

KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti

Page 44: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

PERLAKSANAAN INOVASI KURIKULUM KHSR

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II.

Kurikulum KHSR digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan semula semakan bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran

Page 45: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Penyemakan semula kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pentadbir sekolah sentiasa memberi sokongan dan peka terhadap keperluan-kerperluan yang diperlukan terhadap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran hidup di sekolah

Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum.

Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai.

Page 46: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Guru-guru mata pelajaran kemahiran hidup memberikan input-input mengikut rancangan kurikulum dan menggunakan kaedah-kaedah yang terkini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid mempelajari kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan

Sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memantapkan proses pelaksanaan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah.

Page 47: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

HALANGAN DALAM PERLAKSANAAN INOVASI KURIKULUM

sikap sesetengah guru yang suka berkonfrontasi dengan pihak sekolah walaupun kemudahan yang diperlukan telah pun dipenuhi. (Badaraco & Ellsworth, 1989).

Kewujudan perasaan bimbang, konflik, rasa tidak tenteram dan kesukaran guru untuk menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru. (Fullan dan Miles, 1992)

ketidakyakinan dalam penggunaan alat-alat yang canggih termasuk alatan clektronik dan juga teknologi komputer dan telekomunikasi. (Slavin, 1990)

Page 48: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

inovasi yang diperkenalkan terutama yang melibatkan pengajaran akan mengubah peranan mereka dalam kelas. (Ross , 1998)

Page 49: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Isu-Isu dalam Pelaksanaan Inovasi Kurikulum

Motivasi Guru sekiranya guru mempunyai tahap motivasi yang

tinggi, hasil kerja mereka akan meningkat, pelaksanaan tugas menjadi cekap. (Hargreaves , 1994)

Kakitangan bermotivasi lebih berdaya saing, kreatif, positif, komited terhadap tugas dan menumpukan perhatian terhadap pencapaian matlamat. Jaafar (Muhamed dan rakan-rakan, 2001)

pertambahan tugas guru disebabkan pengenalan sesuatu inovasi akan membangkitkan tekanan emosi di kalangan guru. (McCormick dan James , 1983)

Page 50: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Tahap motivasi guru mempengaruhi ketekunan dan komitmen mereka dan menentukan kebolehan guru untuk menyumbang secara berkesan dalam pelaksanaan inovasi.

Sikap guru guru akan menerima inovasi sekiranya perkara

tersebut serasi dengan epistemologi sikap mereka. (Richardson, 1996)

sikap guru perlu dikenal pasti dan dianalisis bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi. (Tobin dan McRobbie , 1996)

Little (1990) menyatakan bahawa guru yang bersikap positifterhadap tugas akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu inovasi.

Page 51: Inovasi Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM RBT3103 INOVASI

Pengetahuan dan kemahiran guru penguasaan guru dalam aspek tersebut

memandu mereka untuk melaksanakan tugas dengan berkesan

Wiles dan Bondi (1998) berpandangan tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi akan menjejaskan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi.