Upload
duonghanh
View
256
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PELAJAR PESISIR UTHM
NORIYANI BINTI DOMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2017
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Teristimewa buat seisi keluarga dan teman-teman yang sentiasa memberi dorongan
dalam menjayakan projek sarjana ini. Bingkisan ilmu ini dititipkan khas untuk :
Suami tercinta,
Mohamad Afiq Bin Salamat
Ayahanda dan bonda tercinta,
Doman Bin Arman & Paijah Binti Ahmad
Salamat Bin Othman & Kamidah Binti Idris
Anak-anak tercinta,
Nur Auni Aqilah Binti Mohamad Afiq
Muhammad Alif Aiman Bin Mohamad Afiq
Penyelia, Dr. Irwan Mahazir Bin Ismail
Keluarga dan teman-teman seperjuangan.
Segala dorongan dan pengorbanan anda tidak mampu diungkapkan dengan
kata-kata. Jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.
Terima kasih untuk segalanya.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan
projek sarjana ini dengan jayanya. Saya juga ingin menyatakan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Irwan Mahazir bin
Ismail yang telah banyak membimbing dan membantu sepanjang menjalankan projek
sarjana ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya diucapkan kepada panel penilai iaitu
Dr. Mohd Hasril bin Amiruddin dan En. Hairuddin bin Harun yang telah memberi
idea dan pandangan bagi menyempurnakan projek ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), terutama staf dari
Pusat Pendidikan Berterusan (CAD) yang membantu untuk saya mendapatkan
maklumat dalam melengkapkan projek sarjana ini.
Akhir sekali, terima kasih ditujukan kepada keluarga, rakan seperjuangan dan
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu menjayakan projek sarjana ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan terhadap
sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Kemajuan dalam aplikasi teknologi seperti google apps telah banyak
memberi impak positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam
menyampaikan maklumat. Namun begitu, pelajar tidak mempunyai sikap motivasi
yang tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran baru yang berasaskan
teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap motivasi terhadap
penggunaan google apps, tahap literasi komputer dan hubungan antara tahap
motivasi terhadap tahap literasi komputer pelajar pesisir UTHM. Reka bentuk kajian
ini adalah tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen dan data dianalisis melalui skor min bagi menentukan tahap
motivasi dan tahap literasi pelajar serta menggunakan analisis pearson untuk
menentukan hubungan antara tahap motivasi terhadap tahap literasi komputer pelajar
menggunakan Statistical Packages for the Social Science Version 23.0 For Windows
(SPSS). Dapatan kajian ini menjelaskan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan
google apps dan tahap literasi komputer pelajar berada pada tahap tinggi. Manakala
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dalam penggunaan google
drive dan google powerpoint terhadap tahap literasi komputer pelajar. Namun begitu,
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dalam penggunaan
google form dan google spreadsheet terhadap tahap literasi komputer pelajar.
Implikasi terhadap kajian ini adalah dapat mengenal pasti tahap motivasi dan tahap
literasi komputer pelajar bagi menentukan strategi pembelajaran yang sesuai untuk
diaplikasikan dalam P&P. Secara umumnya, kajian ini mempertimbangkan
penggunaan google apps dalam membantu proses P&P bagi meningkatkan motivasi
pelajar.
Kata kunci : aplikasi google, motivasi, literasi komputer
vi
ABSTRACT
The rapid development of technology nowadays has given the changes to the
education system, especially in facilitating the process of teaching and learning
(T&L). Development in technology applications such as google apps have much
positive impact in the field of teaching is used as a medium to deliver information.
However, students do not have a motivation to learn a new learning environment
that is based on technology. The aim of this study was to determine the level of
motivation to use google apps, the level of computer literacy and the relationship
between the level of motivation on the level of computer literacy of part time UTHM
students. The design of this study is review. The study was conducted by using a
questionnaire as an instrument and the data were analyzed by mean scores to
determine the level of motivation and the level of literacy of students and analysis of
Pearson to determine the relationship between the level of motivation on the level of
computer literacy by using the Statistical Package for the Social Science version 23.0
For Windows (SPSS). This study describes the level of students' motivation to use
google apps and computer literacy level is at a high level. While there is a significant
relationship between the level of motivation in the use of google drive and google
powerpoint on the student computer literacy level. However there is no significant
relationship between the level of motivation in the use of google form and google
spreadsheet on the student computer literacy level. The implications of this study was
to identify the level of motivation and the level of computer literacy to determine
appropriate instructional strategies to be applied in T&L. In general, this study
considers the use of google apps in assisting the process of learning to enhance
student motivation.
Keywords: google apps, motivation, computer literacy
vii
KANDUNGAN
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Tujuan Kajian 12
1.5 Objektif Kajian 12
1.6 Persoalan Kajian 13
1.7 Kerangka Konseptual 13
1.8 Kepentingan Kajian 14
1.9 Skop Kajian 15
1.10 Batasan Kajian 15
1.11 Definisi Istilah 15
1.12 Rumusan 17
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 18
2.3 Literasi Komputer Dan ICT Dalam P&P 22
viii
2.4 Google Dalam P&P 25
2.5 Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran 28
2.6 Teori Pembelajaran Behavior 29
2.7 Model Motivasi ARCS 30
2.8 Rumusan 32
BAB 3 METODOLOGI 33
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka bentuk kajian 33
3.3 Lokasi Kajian 34
3.4 Populasi kajian 34
3.5 Persampelan Kajian 34
3.6 Instrumen Kajian 35
3.6.1 Soal Selidik 35
3.6.2 Protokol Temu Bual 37
3.7 Kajian Rintis 37
3.8 Analisis Data 39
3.8.1 Data Kajian 40
3.9 Rumusan 41
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan
Google Apps 44
4.2.1 Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Drive) 44
4.2.2 Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Form) 47
4.2.3 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan
Google Apps (Google Spreadsheet) 50
4.2.4 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan
Google Apps (Google Powerpoint) 52
4.3 Tahap Literasi Komputer 55
4.3.1 Tahap Kemahiran Aplikasi Literasi ICT 56
4.3.2 Tahap KemahiranAsas Internet 56
ix
4.4 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan
Google Apps Terhadap Tahap Literasi Komputer 57
4.4.1 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Drive)
Terhadap Tahap Literasi Komputer 58
4.4.2 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Form)
Terhadap Tahap Literasi Komputer 58
4.4.3 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet)
Terhadap Tahap Literasi Komputer 59
4.4.4 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint)
Terhadap Tahap Literasi Komputer 60
4.5 Dapatan Analisis Berdasarkan Temu Bual 60
4.6 Rumusan 63
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps 65
5.2.2 Tahap Literasi Komputer 67
5.2.3 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar
Dalam Penggunaan Google Apps
Terhadap Tahap Literasi Komputer 69
5.3 Kesimpulan Perbincangan 70
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Rumusan 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 83
VITA 133
x
SENARAI JADUAL
3.1 Skala Likert 36
3.2 Nilai Indeks Alpha Cronbach 38
3.3 Nilai Indeks Alpha Cronbach soal selidik 38
3.4 Kaedah Analisis Data 39
3.5 Interpretasi Skor Min 40
3.6 Garis Panduan Guilford 41
4.1 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan GoogleApps (Google Drive) Bagi Elemen
Attention 45
4.2 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Drive) Bagi Elemen
Relevance 45
4.3 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Drive) Bagi Elemen
Confidence 46
4.4 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Drive) Bagi Elemen
Satisfaction 47
4.5 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen
Attention 47
4.6 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen
Relevance 48
xi
4.7 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen
Confidence 49
4.8 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen
Satisfaction 49
4.9 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi
Elemen Attention 50
4.10 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi
Elemen Relevance 51
4.11 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi
Elemen Confidence 51
4.12 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi
Elemen Satisfaction 52
4.13 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi
Elemen Attention 53
4.14 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi
Elemen Relevance 54
4.15 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi
Elemen Confidence 54
4.16 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi
Elemen Satisfaction 55
4.17 Taburan Responden Tahap Kemahiran Aplikasi
Literasi ICT 56
4.18 Taburan Responden Tahap Kemahiran Asas Internet 57
xii
4.19 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan
Google Apps (Google Drive) terhadap tahap literasi
komputer 58
4.20 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan
Google Apps (Google Form) terhadap tahap literasi
komputer 59
4.21 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan
Google Apps (Google Spreadsheet) terhadap tahap literasi
komputer 59
4.22 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan
Google Apps (Google Powerpoint) terhadap tahap literasi
komputer 60
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 13
xiv
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
UTHM
USM
UiTM
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
FPTV - Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
PAK21 - Pembelajaran Abad Ke 21
LCD
APPS
- Liquid Crystal Display
- Applications
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan terhadap
sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Bermula dari kaedah P&P secara konvensional dengan hanya menggunakan
papan hitam dan kapur, telah bertukar kepada kaedah yang seiring dengan
perkembangan teknologi seperti penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid
crystal display (LCD), dan kamera video digital. Dalam menyampaikan sesuatu
maklumat, kaedah yang digunakan perlulah bersesuaian agar maklumat yang diberi
dapat diterima dengan baik dan berkesan. Penggunaan teknologi merupakan kaedah
yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan efisien terutama untuk
meningkatkan sistem pendidikan negara.
Kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada semua golongan terutama
bagi yang bekerjaya untuk melanjutkan pelajaran telah direalisasikan melalui
penubuhan program pendidikan jarak jauh (PJJ) di Malaysia di mana ia
diperkenalkan secara rasminya pada November, 1994. Program PJJ ditawarkan
secara berperingkat. Pada awalnya, program yang ditawarkan adalah program yang
sama ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa. Perbezaan di antara program sepenuh
masa dan program PJJ adalah dari segi cara pengendalian dan penyampaian
pengajaran. Kaedah yang digunakan dalam PJJ kebanyakan adalah menggunakan
teknologi terkini bagi memudahkan dalam menyampaikan maklumat serta bahan
pengajaran kepada pelajar. Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks pada
2
masa kini telah menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan
mudah menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (Hasnuddin et al., 2015).
Usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer dalam aktiviti P&P
dalam kalangan pelajar membayangkan perubahan drastik dengan adanya pelbagai
program literasi komputer. teknologi secara dasarnya telah mengubah kehidupan
seharian. Jika dahulu, takrif literasi dikhususkan kepada kebolehan seseorang dalam
membaca dan menulis, namun keadaan ini telah berubah (Abd. Razak & Nurul
Aliyah, 2010). Pada abad ke-21 ini kebolehan seseorang dalam membaca dan
menulis adalah tidak mencukupi. Dalam konteks itu, keadaan pada masa kini
memerlukan tahap literasi yang lebih tinggi (Rosnaini & Mohd Arif, 2010).
Kemahiran literasi ini tidak hanya untuk masyarakat yang bekerjaya sahaja, namun
penting kepada para pelajar untuk membantu mereka dalam proses P&P. Dengan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penggunaannya dapat mengubah cara
hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan (Abdul Manaf
et al., 2015).
Penggunaan teknologi dalam P&P telah mula dilaksanakan bukan sahaja di
peringkat sekolah, malah di peringkat pengajian tinggi. Teknologi sememangnya
tiada batasan dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa akan memudahkan
sesuatu proses P&P, menarik minat pelajar dan menjimatkan masa. Namun begitu,
terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaan P&P menggunakan teknologi seperti
kurangnya kemudahan peralatan dan sambungan rangkaian internet. Oleh itu,
kekangan yang ada dalam prasarana ICT di sekolah atau institusi pengajian tinggi
haruslah diatasi segera (Ismail et al., 2004). Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah
P&P berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dalam era ICT yang
semakin pesat berkembang, penggunaan ICT semakin mendapat perhatian dalam
proses P&P. Oleh itu, para pengajar dan pelajar perlu bersedia dengan pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT.
Penggunaan ICT dalam bidang pengajaran dapat meningkatkan kualiti dalam
sistem pendidikan di negara kerana dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk
belajar, di samping mempercepatkan proses belajar (Johari & Fazliana, 2012).
Pengetahuan dalam bidang ICT oleh seseorang pengajar adalah menjadi keutamaan
sekiranya ingin diaplikasikan dalam P&P dan perlu bersesuaian dengan mata
pelajaran yang diajar. Menurut Robiah dan Nor Sakinah (2009), dalam era
3
globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pengajaran adalah
mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan pelajar. Bagi
mencapai aspirasi wawasan 2020 iaitu melahirkan tenaga kerja yang mampu
menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan
global. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengukuhkan kemahiran ICT
para pelajar dengan memperkenalkan subjek Teknologi Maklumat pada tahun 1999.
ICT membantu dalam P&P dan dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan
pembelajaran abad ke 21 (PAK21).
PAK21 merupakan pendekatan yang ditekankan di Malaysia untuk
dilaksanakan dalam P&P. PAK21 berasaskan kepada konsep 4C iaitu
communication, collaboration, critical thinking, dan creativity. Secara umumnya,
perlaksanaan PAK21 adalah menjurus kepada proses pembelajaran berpusatkan
pelajar seperti pembelajaran koperatif. Kaedah pembelajaran koperatif banyak
memberi peluang kepada pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar (Umi &
Ahmad, 2014). PAK21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan kaedah
pembelajaran masa lalu dan dilaksanakan untuk tujuan melahirkan pelajar yang
produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) serta mahir dalam penggunaan ICT. Semua warga pendidik perlu
memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang bekualiti dengan
memberikan komitmen yang tinggi bagi memenuhi keperluan PAK21 sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di mana pendekatan pendidikan tertumpu
kepada pembangunan pelajar secara holistik yang menekankan pembangunan
jasmani, intelek, rohani, emosi, dan fizikal.
Selain itu, pedagogi pengajar perlu ditingkatkan untuk mengamalkan PAK21
yang cenderung dalam penggunaan media teknologi terkini. Penggunaan media
teknologi menjadi salah satu landasan utama dalam PAK21 yang menekankan
kepada kemampuan pelajar untuk berfikir secara kritis, menguasai teknologi
informasi, berkomunikasi dan berkolaborasi seiring dengan kenyataan oleh
Frydenberg dan Andone (2011) yang menyatakan bahawa untuk menghadapi
PAK21, setiap orang harus memiliki keterampilan berfikiran kritis, pengetahuan dan
kemampuan literasi digital, literasi informasi, literasi media dan menguasai teknologi
informasi dan komunikasi. Manakala Asniza dan Zaidatun (2011) menyatakan
bahawa integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh pengajar yang
4
berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan
pembangunan kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan
pembinaan pengetahuan. Dalam merealisasikan PAK21, kaedah P&P perlu berubah
sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang
semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata
semakin kurang menarik minat pelajar sebaliknya memerlukan kaedah yang dinamik
dan kreatif melalui penggubaan daripada teknologi terkini seperti ICT dengan
kandungan pengajaran yang relevan bagi memenuhi keperluan KPM.
Selain daripada penggunaan ICT dalam P&P, perkembangan teknologi
internet telah memberi manfaat dalam menghasilkan P&P yang efektif selain
memberi maklumat tanpa batasan secara percuma melalui laman web dan aplikasi-
aplikasi yang dapat digunakan dalam P&P. Hal ini disokong oleh Deacon et al.,
(2004) yang menyatakan bahawa web dalam aplikasi internet memperkembangkan
pemikiran pelajar secara kritikal. Penggunaan internet sememangnya sinonim dengan
masyarakat di masa kini kerana segala maklumat akan diperoleh dengan hanya di
hujung jari. Penggunaan internet dalam bidang pendidikan adalah jelas akan
kepentingannya kerana internet merupakan platform untuk komunikasi elektronik di
antara pelajar, pengajar, pihak pentadbir, penyelidik, institusi dan komuniti (Rozinah,
2007). Proses P&P menggunakan internet ini berkait rapat dengan pembelajaran
mobile dimana internet membolehkan proses P&P dilakukan pada „bila-bila‟ masa
dan di „mana-mana‟ sahaja.
Pembelajaran mobile atau pembelajaran mudah alih seperti penggunaan
google apps dan e-learning telah diperkenalkan untuk membantu dan meningkatkan
tahap P&P. Pembelajaran mobile merupakan suatu konsep baru yang dilaksanakan
dalam proses pembelajaran (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Melalui
pembelajaran mobile, proses P&P pada masa kini tidak hanya dilaksanakan di dalam
bilik darjah semata-mata, sebaliknya boleh berlaku di „mana-mana‟ sahaja dan pada
„bila-bila‟ masa. Pembelajaran mobile menekankan kepada keupayaan untuk
memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses
pembelajaran itu berlaku. Melalui pembelajaran mobile menggunakan alatan mudah
alih dalam pengajaran mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui ujian
adalah efektif dan efisien kerana menjimatkan masa dan kos berbanding dengan ujian
yang menggunakan kertas dan pensil (Triantafillou et al., 2006). Oleh itu,
5
penggunaan pembelajaran mobile sesuai digunakan terutama bagi peringkat
pengajian tinggi untuk memudahkan dalam menyampaikan maklumat, membuat
tugasan dan ujian.
Selain itu, aplikasi online dapat digunakan dalam proses P&P seiring dengan
perkembangan teknologi dan perkembangan PAK21. Aplikasi online yang popular
dalam kalangan pelajar untuk diaplikasikan dalam P&P adalah pembelajaran
elekronik (e-learning). E-learning menawarkan persekitaran pembelajaran yang
bersesuaian untuk membantu aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar kelas
(Fleischman, 2001). E-learning merupakan kaedah pembelajaran yang menggunakan
ICT sebagai pemudah cara dalam proses P&P serta membolehkan pembelajaran
kendiri dilaksanakan dengan berkesan. Jaya Kumar (2002) mendefinisikan e-
learning sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi
pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. Manakala menurut Moore & Richardson
(2002), e-learning bermakna satu pembelajaran yang boleh diakses di lokasi tetap
dengan sambungan internet. Perlaksanaan e-learning adalah berpandukan kepada
dasar e-learning di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta iaitu merujuk
kepada inisiatif untuk menyediakan satu kerangka pembelajaran berkualiti yang
sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dan konsep 1 Malaysia. Selain itu, dasar
e-learning mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
Setelah hampir dua dekad teknologi komunikasi dan maklumat dilaksanakan, KPM
merasakan bahawa satu dasar e-learning perlu digubal untuk memberi akses yang
saksama dan adil di samping menyediakan pendidikan yang berkualiti di semua IPT.
Dasar e-learning ini adalah lanjutan dari dasar ICT yang dikemukakan oleh Majlis
ICT Negara (NITC, 2001) untuk membawa Malaysia ke alam elektronik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting dalam meningkatkan
prestasi akademik pelajar di samping menarik minat pelajar sepanjang proses P&P
dijalankan. Dengan teknologi komputer, penggunaannya dapat membantu pengajar
dalam menjadikan proses P&P sistematik. Menurut Hayes (2006), teknologi
komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui dua cara iaitu dengan
6
membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan
mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasai kemahiran
tersebut dan dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang berbeza.
Selain itu, pelbagai maklumat akan dapat diperolehi dengan menggunakan
teknologi komputer yang dapat dicapai menggunakan enjin pencari (seacrh engine)
yang memerlukan rangkaian internet, contohnya google. Penggunaan internet
membantu guru-guru untuk mendapatkan bahan bantu belajar sama ada berbentuk
teks, audio atau visual (Jewitt, 2006). Dengan menggunakan internet dalam P&P,
internet dapat memudahkan pengajar dalam menyampaikan maklumat dan
menjadikan P&P menarik. Menurut Rozinah (2007), menguasai aplikasi internet,
pengajar akan dapat mengajar konsep sains khususnya yang memerlukan pelajar
menggambarkan sesuatu fenomena secara simulasi atau menggunakan makmal
maya. Selain itu, melalui internet, pengajar dan pelajar akan dapat berkongsi
maklumat menggunakan emel dan media sosial seiring dengan PAK21.
Dalam sistem pendidikan di negara kita, terdapat program PJJ yang telah
dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi dan semakin berkembang pesat selari
dengan perkembangan di Eropah dan negara maju. PJJ merupakan program yang
bersesuaian bagi mereka yang sudah bekerja tetapi dalam masa yang sama, mereka
ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Dengan mengikuti PJJ, mereka
akan dapat terus belajar tanpa meninggalkan tugas dan kerjaya mereka. PJJ
merupakan sistem pengajaran secara jauh di mana pengajar dan pelajar terpisah atau
berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam
program PJJ, bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam
bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar. Oleh itu, P&P tidak
berlaku pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau
berdepan dengan tenaga pengajar. Oleh itu, pengurusan masa yang baik adalah
penting (Jamhari, 2001). Berbeza dengan pembelajaran secara konvensional,
pensyarah memberi kuliah dan pelajar mengambil nota secara bertulis. PJJ
menggunakan pelbagai teknologi moden dan inovasi canggih dalam
mempersembahkan bahan pembelajaran kepada pelajar. Di antara teknologi dan
inovasi seperti bahan pembelajaran yang diakses menggunakan internet dan bahan
pembelajaran yang dimuatkan turun ke dalam alat mudah alih seperti telefon pintar.
Menurut Yusop dan Sharifah (1999), pendekatan sistem PJJ yang diamalkan di
7
institusi PJJ ialah pemisahan guru dengan pelajar, penggunaan media cetak dan
bukan cetak secara sistematik, penggunaan kelas telesidang untuk mewujudkan
komunikasi dua hala dan perjumpaan bersemuka secara paling minimum.
Kaedah PJJ yang dilaksanakan di Malaysia termasuklah online sepenuhnya,
online separa dan konvesional. Walaubagaimanapun, PJJ memerlukan pengajar dan
pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan ICT kerana
kebanyakan maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk online agar tiada
masalah dalam mendapatkan maklumat. Zuraini (2006) menyatakan bahawa cabaran
mengaplikasikan ICT bagi sistem PJJ dalam menghadapi era globalisasi ini terutama
dalam aspek kesedaran, penguasaan, motivasi dan perancangan masa depan adalah
sesuatu yang kritikal. Kebanyakan negara maju di dunia seperti United Kingdom,
Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun sudah maju dalam perlaksanaan PJJ.
Sebahagian besar universiti menawarkan program PJJ dengan corak dan bentuk
tertentu seperti ‘Open University’ atau ‘Distance Education’. Pada tahun 1972,
Universiti Terbuka United Kingdom (OUUK) telah dianggap sebagai salah sebuah
universiti terbuka yang terbesar di dunia telah mewujudkan satu bahagian khusus
dalam sistem universiti terbuka yang bertanggungjawab dalam menyediakan semua
aspek PJJ iaitu dari aspek perancangan sehinggalah penyadiaan bahan P&P.
Selain itu, antara salah satu sebab pelajar PJJ gagal menamatkan
pembelajaran pada masa yang ditetapkan adalah disebabkan kurangnya motivasi diri.
Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Karen (2001) yang mendapati
bahawa penyebab tingginya kadar pelajar PJJ berhenti belajar adalah kurangnya
motivasi diri. Karen (2001) juga mendapati kebanyakan pelajar PJJ berhenti
disebabkan terdapat komitmen kerja dan tidak dapat fokus dalam pelajaran. Motivasi
merupakan suatu keadaan dalam diri seseorang seperti keperluan, kehendak, atau
kemahuan yang menggerakkan tingkah laku dan mendorong seseorang untuk
melaksanakan sesuatu. Oleh itu, motivasi penting dalam menjadikan seseorang lebih
berjaya dalam sesuatu perkara kerana motivasi mempunyai fungsi-fungsinya
tersendiri. Menurut Oemar (2003), terdapat tiga fungsi motivasi iaitu i) sebagai
pendorong agar timbulnya perasaan untuk melaksanakan sesuatu perkara, ii) sebagai
pengarah bagi membolehkan seseorang melaksanakan sesuatu perkara berdasarkan
tujuan sebenar, dan iii) sebagai penggerak bagi membolehkan seseorang melakukan
sesuatu perkara dengan cepat.
8
Penggunaan sistem komputer dan aplikasi online akan membantu
perlaksanaan kaedah P&P sistematik terutama pada peringkat pengajian tinggi bagi
PJJ. Kemajuan dalam bidang aplikasi seperti google apps telah banyak memberi
impak positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam
menyampaikan maklumat dan berkongsi pendapat antara pensyarah dan pelajar.
Pembelajaran kini dilihat sebagai suatu gerakan yang diatur dan bersifat komuniti
yang berlaku di mana sahaja, secara berasingan atau secara keseluruhan (Brown,
Collins, & Duguid, 1989). Aplikasi berasaskan online tidak memerlukan pengguna
untuk memuat turun pada komputer tetapi hanya memerlukan rangkaian internet
untuk menggunakannya seperti google apps contohnya google spreadsheet, google
drive, google form dan google powerpoint. Google adalah koperator multinasional
yang mengkhususkan perkhidmatan internet dan beberapa produk atas talian yang
meliputi teknologi pengiklanan, pencarian, pengkomputeran dan perisian. Dengan
menggunakan google apps, pelajar dapat menghantar tugasan kepada pensyarah
pada „bila-bila‟ masa dan di „mana-mana‟ sahaja mereka berada di samping
menjimatkan kos dan masa pelajar kerana pelajar tidak perlu lagi untuk mencetak
tugasan mereka. Justeru, aplikasi ini sesuai digunakan oleh pengajar dan pelajar
untuk berkongsi bahan pengajaran. Aplikasi ini mampu untuk menyimpan maklumat
penting dalam pelbagai format secara dalam talian apabila pengguna aplikasi ini
memuat naik fail ke dalam ruang penyimpanan. Google apps mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang tinggi agar maklumat yang disimpan oleh pengguna pada aplikasi
penyimpanan ini tidak mudah diceroboh (Gunawan & Agustina, 2013).
Selain itu, untuk menggunakan google apps, pengajar perlu memainkan
peranan penting bagi memastikan penggunaan teknologi memberi kesan yang baik
dalam proses P&P. Oleh itu, pengajar perlu mempunyai sikap yang sentiasa peka
terhadap penggunaan teknologi terkini agar dapat membantu proses P&P kerana
teknologi sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Hasil kajian Abdul Wahab et al.
(2006) menyatakan bahawa terdapat hubung kait antara sikap dengan penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sikap yang positif
dalam diri pengajar dapat meningkatkan penggunaan teknologi dalam P&P.
Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi diperlukan oleh para pengajar berkaitan
teknologi agar proses P&P akan berjalan dengan baik. Menurut Habibah (2001),
pengetahuan komputer yang tinggi dalam kalangan guru adalah kekuatan dalam
9
keberkesanan pengaplikasian teknologi dalam P&P di samping pengalaman
mengajar oleh guru tersebut.
Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bukan sahaja perlu dalam kalangan
pengajar, malah perlu wujud dalam diri pelajar. Perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi yang menyediakan pelbagai perisian telah membuka ruang maya
yang cukup luas kepada pelajar dalam mencari ilmu dan mendapatkan pelbagai
maklumat. Teknologi maklumat ini perlu dimanfaatkan sebaiknya kerana menjadikan
P&P bermakna yang menggalakkan pembelajaran secara akses kendiri dan dapat
menarik minat pelajar. Kajian Mohd Azli dan Abdul Latif (2013) menunjukkan
bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran oleh pelajar perlulah positif bagi
meningkatkan pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran
kendiri. Sebagai contoh, dengan menggunakan aplikasi google drive, pelajar akan
mudah dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka terutama
bagi tugasan berkumpulan. Selain itu, Suzana dan Fariza (2014) menyatakan bahawa
teknologi maklumat dapat mendorong minat dan menggalakkan pembelajaran secara
akses kendiri. Oleh itu, teknologi maklumat wajar dimanfaatkan untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
Di samping itu, aplikasi online telah menarik minat para pengajar untuk
diimplementasikan bagi memudahkan proses P&P dijalankan. Kebanyakan IPT di
Malaysia telah menggunakan aplikasi online iaitu e-learning untuk menjadikan P&P
berkesan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Secara keseluruhan, tahap
penerimaan dan aplikasi e-learning di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada
tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi 2006). Banyak kajian menunjukkan bahawa
e-learning telah meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan khususnya di
institusi yang mengamalkan pendidikan terbuka dan jarak jauh. Ramai pelajar yang
berminat mengikuti kursus online serta mempunyai pandangan yang positif terhadap
kursus online (Kohairuddin et al., 2004). E-learning pada peringkat awal tertumpu
kepada strategi penyebaran maklumat. Learning Management System (LMS)
digunakan oleh IPT sebagai platform untuk menyampaikan bahan pembelajaran
secara online. Walaupun strategi e-learning berpusatkan pelajar, kolaborasi aktif
antara pelajar dengan pelajar yang lain masih di tahap minimum (Kohairuddin et al.,
2004). E-learning perlu terus dilaksanakan bagi membolehkan pembelajaran,
pemikiran kritis dan kreatif berlaku dengan berkesan.
10
Pembelajaran menggunakan aplikasi online dapat memudahkan perlaksanaan
proses P&P. Namun begitu, masih terdapat kekurangan penggunaan aplikasi online
dalam P&P antaranya ialah kurangnya interaksi antara pengajar dan pelajar atau
antara pelajar itu sendiri. Kurangnya kemahiran dan pengetahuan oleh pengajar atau
pelajar berkaitan penggunaan internet akan menjadikan proses P&P kurang
dilaksanakan dengan baik (Abdul Manaf et al., 2015). Selain itu, masalah
kemudahan internet menjadi salah satu kekurangan dalam penggunaan aplikasi
online kerana sekiranya tiada rangkaian internet, pelajar dan pengajar tidak dapat
menggunaan aplikasi online dalam P&P. Muhammad Sukri et al., (2007) dalam
kajiannya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan e-learning adalah kekurangan kemudahan internet. Masalah motivasi
termasuk tidak minat terhadap aplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT
merupakan kekurangan dalam penggunaan aplikasi online di mana masih terdapat
pelajar yang masih lagi tidak mahu menggunakan kemudahan ICT. Di samping itu,
kekurangan lain dalam penggunaan aplikasi online dalam pembelajaran adalah
kekangan masa kerana pelajar mengutamakan tugas-tugas harian khususnya bagi
pelajar PJJ yang terikat dengan pekerjaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan ICT dalam PJJ telah berkembang serta menjadi satu budaya pada masa
kini dalam meningkatkan kualiti sistem pengajaran. Para pelajar perlu diberi
pendedahan terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran agar membantu proses
P&P dilaksanakan dengan sistematik dan efektif. Menurut Robiah dan Nor Sakinah
(2009), dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan
pengajaran mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan
pelajar.
Bagi pelajar pesisir di UTHM, mereka menghadiri pertemuan kuliah pada
hujung minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain bahan pembelajaran
diberikan secara bercetak, sebarang maklumat disampaikan melalui e-mail. Pengaruh
dan perkembangan pesat teknologi bagaimanapun kini telah berjaya mengatasi
jurang pemisahan masa dan mengurangkan jurang pemisahan secara fizikal di antara
pelajar dan pengajar (Cheah, 2004). Di samping itu, sekiranya pada waktu tertentu
11
pelajar atau pensyarah perlu berhubung antara satu sama lain secara individu atau
kumpulan, teknologi komunikasi seperti telefon, telegram atau jaringan komputer
akan digunakan. Manakala kebanyakan negara maju seperti Amerika dan United
Kingdom, institusi PJJ menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti
radio, televisyen,mvideo, komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan
kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk
berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan e-mail digunakan secara meluas.
Dengan pelbagai media penyampaian maklumat, minat dan motivasi pelajar akan
meningkat untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran
mereka. Menurut hayati (2005), sikap terhadap teknologi komputer adalah salah satu
faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer
serta mempengaruhi motivasi seseorang untuk belajar sesuatu perkara tertentu.
Namun begitu, terdapat pelajar yang tidak mempunyai sikap motivasi yang
tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran baru yang berasaskan
teknologi (Mingmei Yu et al., 2012). Oleh itu, motivasi diri yang tinggi perlu sebagai
dorongan bagi pelajar untuk meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam
pembelajaran. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Fazilah et al. (2000) di
mana salah satu hasil dapatan yang diperolehi telah disimpulkan bahawa pelajar
harus mempunyai motivasi yang tinggi, pemikiran yang positif, dan mempelbagai
aktiviti yang boleh meningkatkan prestasi pelajar.
Selain pengajar, pelajar turut memainkan peranan dalam menggunakan
teknologi dalam P&P. Cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan
teknologi dalam pembelajaran adalah motivasi yang ada dalam diri pelajar itu
sendiri. Ini adalah kerana, terdapat segelintir pelajar hanya menggunakan teknologi
apabila pengajar mewajibkan mereka untuk menggunakannya. Terdapat pelajar yang
kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam penggunaan aplikasi untuk
mengakses maklumat. Pelajar yang tidak dapat mengakses maklumat dengan baik
disebabkan faktor kemahiran komputer, iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk
mengakses maklumat dan faktor kemahiran bahasa dan literasi iaitu tidak dapat
membaca dan memahami bahasa internet dengan baik (Suhaili, 2015). Justeru,
pelajar haruslah bersikap positif dalam menerima perubahan pembelajaran mereka
dengan mempelajari kaedah penggunaan bahan teknologi agar dapat memudahkan
proses P&P.
12
Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian berkaitan tahap motivasi pelajar
dalam penggunaan google apps dan tahap literasi komputer dalam membantu proses
P&P. Zuraini (2006) menyatakan bahawa aplikasi teknologi dalam pendidikan bukan
sekadar memiliki komputer tetapi perlu mengintegrasi secara berkesan dan efisien
penggunaannya agar membawa makna dengan cepat, mudah dan tepat. Kekuatan
kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada proses P&P pelajar PJJ agar
sistematik dan efisien.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menentukan tahap motivasi dalam penggunaan
google apps dan tahap literasi komputer bagi pengajaran dan pembelajaran pelajar.
Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tahap motivasi pelajar dalam
penggunaan google apps terhadap tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar
pesisir UTHM.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang telah dikenal pasti.
Objektif tersebut adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti tahap motivasi dalam penggunaan google apps bagi pelajar
pesisir UTHM berdasarkan google apps berikut:
i) Google drive iii) Google spreadsheet
ii) Goolge form iv) Google powerpoint
2. Mengenalpasti tahap literasi komputer bagi pengajaran dan pembelajaran
pelajar pesisir UTHM.
3. Mengenalpasti hubungan tahap motivasi terhadap literasi komputer pelajar
pesisir UTHM berdasarkan google apps berikut:
i) Google drive iii) Google spreadsheet
ii) Goolge form iv) Google powerpoint
13
1.6 Persoalan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan di bawah:
1. Apakah tahap motivasi dalam penggunaan google apps bagi pelajar pesisir
UTHM berdasarkan google apps berikut:
i) Google drive iii) Google spreadsheet
ii) Goolge form iv) Google power point
2. Apakah tahap literasi komputer bagi pengajaran dan pembelajaran pelajar
pesisir UTHM.
3. Apakah hubungan tahap motivasi terhadap literasi komputer pelajar pesisir
UTHM berdasarkan google apps berikut:
i) Google drive iii) Google spreadsheet
ii) Goolge form iv) Google powerpoint
1.7 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual merupakan kunci kepada hubungan dalam menjalankan sesuatu
kajian. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang digunakan oleh
pengkaji dalam kajian ini.
Pelajar pesisir
Universiti Tun
Hussein Onn
Malaysia (UTHM)
Penggunaan google
apps:
-Google drive
-Google form
-Google spreadsheet
-Google powerpoint
Literasi komputer
Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian
Motivasi
Pelajar
14
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah untuk megukur tahap motivasi penggunaan google apps dan literasi
komputer dalam kalangan pelajar UTHM. Di samping itu, kajian ingin mengaitkan
motivasi pelajar dalam penggunaan google apps untuk membantu dalam
mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Kepentingan kajian ini
adalah memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Antara kepentingan kajian ini ialah:
(a) Penyelidik
Kajian ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada penyelidik
untuk menjalankan kajian. Penyelidik juga mendapat input mengenai
motivasi dan literasi komputer pelajar pesisir.
(b) Pensyarah
Kajian ini dapat membantu pensyarah dalam memilih pendekatan yang sesuai
dalam proses P&P bagi menjadikan P&P lebih mudah dan berkesan.
(c) Pelajar
Kajian ini membantu pelajar mengetahui tahap motivasi dan literasi komputer
mereka. Ini secara tidak langsung boleh menjadi dorongan supaya mereka
boleh berubah bagi sesiapa yang bermotivasi rendah kepada bermotivasi
lebih tinggi. Di samping itu, pelajar dapat meningkatkan tahap kemahiran
literasi komputer mereka. Kajian ini dapat membantu mereka lebih fokus
untuk belajar bagi mencapai matlamat sebenar mereka melanjutkan pelajaran.
Selain itu, penggunaan google apps dapat memudahkan pelajar melaksanakan
tugasan tanpa mengira had tempat dan waktu.
(d) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Kajian ini boleh menjadi panduan kepada Pusat Pembangunan dan Latihan
Akademik (CAD) UTHM khususnya, dan pusat pendidikan jarak jauh yang
lain amnya untuk mengetahui tahap motivasi pelajar pesisir dan literasi
komputer yang sebenar supaya dapat membuat tindakan selanjutnya. Kajian
ini diharap supaya CAD UTHM dapat membuat penambahbaikan mengenai
motivasi dan literasi komputer pelajar seperti menyediakan kursus atau
15
program berkaitan kepada pelajar di mana secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi akademik pelajar.
1.9 Skop Kajian
Skop kajian ini memberi fokus kepada tahap motivasi pelajar dalam penggunaan
google apps yang melibatkan elemen model motivasi attention, relevance,
confidence, dan satisfaction (ARSC) manakala tahap literasi komputer pelajar
melibatkan kemahiran aplikasi literasi ICT dan kemahiran asas internet bagi pelajar
pesisir UTHM. Kajian ini juga menumpukan perhatian kepada hubungan tahap
motivasi pelajar dalam penggunaan google apps terhadap literasi komputer pelajar
pesisir UTHM. Di samping itu, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap pelajar
pesisir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM).
1.10 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, tahap motivasi pelajar dalam penggunaan google apps yang dikaji
adalah melibatkan empat google apps sahaja iaitu google apps iaitu google drive,
google form, google spreadsheet dan google powerpoint. Manakala responden dalam
kajian ini hanya melibatkan pelajar pesisir di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional (FPTV) UTHM dalam kursus rekabentuk dan instruksional (MBT).
1.11 Definisi istilah
(a) Aplikasi Atas Talian (online)
Aplikasi atas talian adalah melibatkan sesuatu perisian yang dapat diakses
secara sambungan internet. Aplikasi atau perisian tertentu sama ada secara
atas talian (online) atau tanpa talian (offline) merupakan salah satu bentuk
teknologi atau boleh dikatakan sebagai satu produk yang dihasilkan oleh
teknologi (Finn, 1960). Dalam kajian ini, yang dimaksudkan dengan aplikasi
atas talian adalah aplikasi yang tersedia di internet iaitu google apps.
16
(b) Google Apps
Google Apps adalah salah satu produk dari google yang memberikan
kemudahan untuk diaplikasikan secara online. Kemudahan google apps dapat
diperoleh dengan harga yang murah atau secara percuma. Google apps dapat
membantu dalam sharing project bermula dari sharing document secara
online, group management, task management, dan e-mail yang berkapasiti
besar. Menurut Suzana (2015), google apps salah satu produk dari google
yang memberikan kemudahan untuk melaksanakan tugasan secara online.
Dalam kajian ini, google apps adalah aplikasi yang digunakan dalam P&P
iaitu google drive, google form, google spreadsheet dan google powerpoint.
(c) Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang
disediakan untuk murid menghasilkan suatu perubahan melalui penglibatan
dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan
sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Menurut Hisham
(2011), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Manakala pembelajaran merupakan proses
interaksi peserta didik dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan
ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran untuk pembentukan sikap
dan kepercayaan pada peserta didik (Abd Rahim, 2002). Pengajaran dan
pembelajaran dalam kajian ini adalah aktiviti yang dijalankan bersama
pensyarah dan pelajar menggunakan google apps sebagai pemudahcara dan
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
(d) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Menurut Intan et al. (2001) PJJ boleh ditakrifkan sebagai satu sistem
pengantaraan yang menghubungkan pelajar dengan sumber–sumber
pembelajaran. Manakala menurut Jamhari (2001), PJJ adalah satu bidang
pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang
tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi.
Dalam kajian ini, PJJ adalah progam pesisir di UTHM.
17
(e) Motivasi
Motivasi didefinisikan sebagai proses dalaman yang mendorong seseorang
untuk mencapai sesuatu (Slavin, 2000). Manakala Sternberg (2009)
mendefinisikan motivasi sebagai dorongan atau keperluan yang memimpin
kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang
memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang.
Dalam kajian ini, motivasi merupakan sikap pelajar terhadap penggunaan
google apps iaitu iaitu google drive, google form, google spreadsheet dan
google power point.
(f) Literasi komputer
Casey dan Bruce (2010) mentakrif literasi komputer sebagai keupayaan
memahami dan mengguna maklumat dalam pelbagai format dari pelbagai
sumber dengan mengguna komputer. Manakala Smith & Necessary (1996)
menjelaskan tahap literasi komputer sebagai penguasaan seseorang untuk
memahami ciri-ciri komputer, mengetahui sejarah perkembangan komputer,
menguasai asas pengoperasian komputer dan mampu menggunakan beberapa
perisian untuk melaksanakan sesuatu tujuan. Dalam kajian ini, literasi
komputer merupakan kemahiran pelajar terhadap literasi aplikasi ICT dan
asas internet.
1.12 Rumusan
Secara keseluruhannya, Bab 1 ini membincangkan pengenalan tentang kajian yang
dijalankan oleh pengkaji. Bab ini menjelaskan pemasalahan kajian yang melibatkan
pelajar pesisir UTHM. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran berperanan dalam
menjadikan proses P&P menarik dan berkesan. Oleh itu, kajian dijalankan untuk
mengetahui sejauhmana tahap motivasi pelajar dalam penggunaan google apps,
tahap literasi komputer dan hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam
penggunaan google apps terhadap tahap literasi pelajar yang dapat membantu
memudahkan proses P&P terutama bagi pelajar pesisir UTHM.
BAB 2
KAJIAN LITARATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab kajian literatur ini, tumpuan akan diberikan kepada beberapa perkara
yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Kajian literatur ini
adalah berpandukan daripada rujukan yang khusus dan dapatan kajian-kajian lepas
yang berkaitan dengan kajian yang akan dibincangkan terutama yang berkaitan
penggunaan aplikasi dalam P&P dan kaedah pembelajaran bagi PJJ.
2.2 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Dalam era globalisai ini, pengajaran memainkan peranan yang penting.
Perkembangan dunia hari ini telah menuntut setiap negara untuk bergerak menuju
kepada pembangunan yang pesat. Tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran
merupakan alat yang penting kepada pembangunan dan perubahan dalam sebarang
bidang. Rakyat Malaysia sudah mula sedar akan kepentingan pengajaran. Justeru itu,
PJJ merupakan salah satu alternatif dan pilihan yang paling tepat terutama bagi
mereka yang telah bekerja untuk melanjutkan pelajaran.
PJJ boleh ditakrifkan sebagai satu sistem pengantaraan yang menghubungkan
pelajar dengan sumber–sumber pembelajaran. PJJ merupakan satu laluan alternatif
bagi pelajar yang ingin memajukan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ini adalah
bertepatan dengan seruan kerajaan dalam merealisasikan sebuah negara membangun
pada tahun 2020. Ini bermakna rakyat mempunyai peluang untuk melanjutkan
pelajaran melalui program PJJ selaras dengan dasar pendemokrasian pengajaran.
Dalam hal ini, program pengajaran jarak jauh seperti PJJ memainkan peranan
19
penting kerana program ini memberi satu alternatif kepada individu yang tidak dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mengikut saluran biasa. Justeru, program
PJJ perlu mengenal pasti strategi pengajaran yang berkesan yang mampu
meningkatkan mutu pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar PJJ.
Elliot et al. (2000) telah mengetengahkan teori pembelajaran di mana setiap
pengajaran dan pembelajaran adalah saling berkait rapat dengan rangsangan dan
tindak balas terhadap rangsangan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa tindak balas
positif terhadap sesuatu rangsangan akan memberi satu hasil yang baik dalam proses
P&P. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran akan lebih efektif dan akan lebih
diingati jika diajar dalam suasana yang sesuai dengan kehendak pelajar. Oleh itu,
beliau menyatakan bahawa suatu pengajaran yang efektif bermula dengan
pengetahuan tentang apa yang hendak diajar atau disampaikan dan disertai dengan
rangsangan yang sesuai.
Teori pembelajaran Thorndike telah dikembangkan dengan lebih lanjut oleh
B.F. Skinner dalam tahun 1904 hingga 1990. Elliot et al. (2000) menyatakan aspek
utama dalam pembelajaran adalah pengukuhan yang memberi rangsangan kepada
pelajar. Sesuatu pengukuhan yang positif akan meningkatkan tindak balas positif
dalam sesuatu keadaan. Beliau menjelaskan bahawa seorang guru perlu prihatin
dalam menggunakan ciri–ciri pengukuhan di dalam kelas bagi meningkatkan proses
pembelajaran. Seorang guru perlulah kreatif mencari kaedah yang sesuai bagi
menimbulkan tindak balas positif untuk menarik minat pelajar seperti menjalankan
aktiviti atau memilih bahan bantu mengajar yang sesuai. Skinner menekankan
penggunaan alat bantu mengajar seperti komputer kerana beliau berpendapat bahawa
penggunaan alat bantu mengajar tersebut dapat meningkatkan minat dan motivasi
pelajar dalam proses P&P.
Heinich et al. (2002) dalam kajiannya telah menyediakan satu model panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model ini dipanggil Model ASSURE. Ia mengandungi enam langkah iaitu i) analisis
pelajar, ii) pernyataan objektif, iii) pilihan kaedah dan media, iv) penggunaan media
dan bahan, v) dorongan penglibatan pelajar, dan vi) nilai dan semak. Ramai pengajar
berpendapat bahawa Model ASSURE merupakan satu model rekabentuk pengajaran
yang sesuai digunakan dalam situasi pengajaran bilik darjah yang memerlukan
penggunaan media.
20
Selain itu, Qasim (1998) menyatakan sesuatu sistem pengajaran dan
pembelajaran itu perlulah diaplikasikan dalam konteks yang menyeluruh. Pemilihan
strategi pengajaran yang sesuai adalah penting jika pengajar ingin membantu
pelajarnya mencapai objektif–objektif pengajarannya (Ah Meng, 1992). Disamping
itu, Qasim (1998) menyarankan bahawa strategi pengajaran yang pelbagai
merupakan satu elemen yang penting bagi menyesuai padankan dengan keadaan
setiap individu yang datang untuk menimba ilmu pengetahuan di institusi pengajian
tersebut.
Menurut Karsono (1993), penghasilan modul yang terancang, sistematik dan
cara digunakan oleh pensyarah masih menjadi perkara yang terpenting dalam
menjadikan sesuatu PJJ sebagai satu program yang efektif. Modul yang baik perlulah
ada unsur sentuhan kemanusiaan (human touch) seperti gaya penulisan yang
menarik, ringkas, lucu tetapi membimbing. Tambahnya lagi, unsur – unsur interaktif
dalam modul–modul seperti ini boleh menjadikannya sebagai alat pengajaran yang
berkesan.
Selain itu, pendekatan penggunaan teknologi komunikasi perlu
dioptimumkan penggunaannya bagi memantapkan strategi pengajaran yang berkesan
dalam program PJJ. Laurillard (1993) menekankan bahawa aktiviti–aktiviti P&P
hendaklah sentiasa diperbaharui dan diperbaiki selari dengan perkembangan teknik
pengajaran dan pembelajaran terkini. Beliau menyarankan agar pensyarah
melengkapkan diri dengan mempelajari dan menguasai teknik – teknik pengajaran
kotemporari yang lebih menjurus kepada penggunaan media dan teknologi.
Pendekatan ini disokong oleh Bates (1984) yang menyatakan bahawa penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memperluas skop
pengajaran, meningkatkan kualiti pengajaran serta mengurangkan kos serta memberi
peluang kepada pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka dan menggalakkan
interaksi dan maklum balas daripada pelajar.
Hasil kajian tentang strategi pengajaran berkesan menurut perspektif pelajar,
dapat menambah maklumat tentang strategi pengajaran berkesan dalam program PJJ.
Rashid dan Abdul Razak (1995) telah menggariskan beberapa kriteria utama dalam
menentukan keberkesanan proses P&P.
21
Antara kriteria tersebut adalah:
(i) Pensyarah perlu mengenalpasti objektif pengajaran dan memastikan objektif
tersebut tercapai. Objektif pengajaran yang kabur akan menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pensyarah tidak akan dapat
menguruskan masa dengan cekap dan berkesan.
(ii) Pensyarah harus menyampaikan isi pengajaran dengan tersusun dan lancar.
Serta bermula daripada konsep-konsep asas, penggunaan contoh-contoh yang
tepat dan sesuai, penerangan yang jelas dan laras bahasa yang ringkas serta
mudah difahami pelajar.
(iii) Pensyarah harus memastikan pelajar dapat mendengar dengan jelas di
samping pertuturan pensyarah mesti terang dan fasih. Ini banyak bergantung
kepada intonasi atau penekanan suara yang betul. Untuk memperkukuhkan
lagi mesej yang disampaikan, pensyarah boleh menggunakan perubahan
mimik muka serta penggunaan gestur.
(iv) Pensyarah harus mengoptimumkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM).
ABM merupakan tambahan kepada penyampaian isi pengajaran secara lisan
dan dapat membantu pelajar memahaminya.
(v) Selain itu, pensyarah harus menggunakan kaedah pengajaran yang
berpusatkan pelajar kerana pelajar harus dibimbing menggunakan dan
memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk mendapatkan
pengetahuan serta kemahiran. Pensyarah perlu tahu bahawa penilaian bagi
proses pengajaran danpembelajaran merupakan satu proses yang berterusan
dan proses dua hala.
Berdasarkan kriteria P&P berkesan tersebut, pensyarah secara sedar atau
tidak hendaklah sentiasa mempamirkan sikap dan sifat yang positif. Hal ini kerana
kualiti–kualiti negatif akan hanya menjejaskan persepsi dan harapan pelajar terhadap
pengajar mereka. Kajian yang dijalankan Saroyan dan Snell (1997) menunjukkan
pengajaran berkesan sebenarnya bergantung kepada banyak faktor, termasuk latar
belakang falsafah dan pengajaran seseorang pengajar, pengetahuan tentang pedagogi,
22
bahan–bahan pengajaran yang sedia ada dan keadaan persekitaran yang kondusif
untuk P&P. Miller dan Tilstone (1998) menyatakan bahawa dalam program PJJ,
sistem pengajaran yang fleksibel perlu untuk meringankan beban masa dan tekanan
yang dialami pelajar–pelajar. Oleh itu, keberkesanan sesuatu pengajaran itu berkait
rapat dengan cara pembelajaran pelajar itu sendiri.
2.3 Literasi Komputer Dan ICT Dalam P&P
Kemunculan ICT di era komunikasi yang tiada sempadan ini telah membawa suatu
inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan canggih yang mampu
menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan transformasi dan
pemindahan maklumat ini bergerak dan berlaku dalam ruang cyber atau maya yang
tiada lokasi yang tertentu, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pengajaran di
Malaysia (Azwan & Rozita, 2002).
Literasi komputer dan ICT adalah seiring dalam memudahkan proses P&P.
Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap literasi komputer
dalam kalangan pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Normala (2005) mendapati nilai
min literasi komputer pelajar berada dalam kategori sederhana tinggi iaitu 66.67%.
Ini adalah suatu keadaan yang agak baik kerana kumpulan penyelidik berpendapat
adalah suatu yang agak membimbangkan jika min tahap literasi komputer pelajar
kurang daripada 50%. Jika keadaan ini berlaku, para pelajar menghampiri tahap buta
komputer sedangkan zaman sekarang adalah zaman ledakan maklumat yang
berasaskan teknologi maklumat (IT). Walaupun begitu, setiap pelajar harus sentiasa
meningkatkan tahap literasi komputer mereka dari semasa ke semasa kerana arus
perubahan teknologi maklumat berlaku dengan pesat dan pantas. Pelajar tidak
seharusnya berpuas hati dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah sedia ada.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Zuraini (2006) terhadap pelajar PJJ
Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati tahap kesedaran, pendedahan dan
penggunaan ICT dalam kalangan pelajar jarak jauh, kesemua responden
menggunakan komputer sebagai alat bantuan dalam proses pembelajaran. Tahap
kemahiran penggunaan komputer dikalangan responden adalah sederhana mahir dan
tahap penggunaan komputer dalam pembelajaran PJJ adalah sederhana kerap. Ramai
responden mempunyai kemudahan internet di rumah. Responden juga menggunakan
23
internet untuk kemudahan lain seperti e-mel selain daripada mencari maklumat.
Purata masa penggunaan internet dalam sehari ialah antara 1-3 jam. Responden juga
menggunakan pelbagai komunikasi dengan rakan dan pensyarah antaranya ialah e-
mel, telefon dan faks. Responden menterkinikan pegetahuan dalam teknologi
komunikasi dan maklumat adalah untuk penguasaan dan menambah i1mu
pengetahuan, keperluan pekerjaan yang semakin cekap, minat, sumber rujukan,
menyiapkan tugasan, hiburan dan komunikasi.
Teknologi ICT dalam pengajaran boleh merujuk kepada pembelajaran
melalui web dan sistem telesidang. Perkembangan teknologi internet telah memberi
manfaat dalam menghasilkan P&P yang lebih efektif. Pembelajaran melalui web
bertujuan bagi memudahkan penghantaran maklumat kepada pelajar tanpa terikat
kepada faktor lain seperti masa dan tempat (Baharuddin et al., 2000). Mohd Arif et
al. (2008) dalam kajian mereka berkenaan multimedia dan aplikasinya dalam
pembelajaran Bahasa Melayu mendapati, penggunaan multimedia dan internet
mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar
belajar dengan lebih baik dan berkesan.
Penggunaan laman web dalam pengajaran memberi peluang kepada pengajar
menyampaikan dan menerbitkan bahan pengajaran secara online. Selain itu, laman
web memberi sumber maklumat tanpa sempadan melalui enjin pencarian dengan
kadar yang cepat. Penekanan perlu diberi bahawa laman web bukan hanya sebagai
penyampai maklumat malah merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Azlizah,
2005). Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang
mengikuti program pengurusan perniagaan di Universiti Pengajaran Sultan Idris
(UPSI) menggunakan laman web sebagai media pembelajaran dan bersetuju bahawa
web memberi berfaedah kepada pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik darjah
dapat disokong dengan maklumat, nota dan arahan yang dimasukkan ke dalam web
yang dibina.
Selain itu, penggunaan perisian kursus pengajaran melalui aplikasi CD-ROM
dapat membantu meningkatkan pengajaran pengajar dan menarik minat pelajar. Rio
Sumarni (2002) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan
Komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah exploratory dan
penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah
konvensional. E-Learning telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk
24
menyokong kelemahan yang terdapat dalam sistem pengajaran yang lama. Namun
begitu, integrasi prinsip- prinsip E-Learning ini tidak akan mengubah apa-apa fungsi
utama sistem pengajaran yang sedia ada seperti proses pengajaran, perkhidmatan
mahupun penyelidikan.
Seiring dengan kemajuan dalam penggunaan ICT dewasa kini, terdapat
ledakan pengeluaran bahan berasaskan komputer di pasaran. Syarikat-syarikat
perniagaan berasaskan ICT kini bersaing dalam memasarkan bahan-bahan tersebut.
Namun begitu, terdapat pengguna ICT yang masih sukar untuk mencari bahan
komputer yang sudah tersedia dan sesuai. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang ICT
adalah menjadi keutamaan bagi setiap individu. Melalui pembacaan dan pencarian
maklumat, seseorang pengajar itu tidak akan menghadapi masalah dalam mencari
bahan berasaskan komputer yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajar.
Sehubungan itu, pengajar pada hari ini perlu melengkapi diri mereka dengan
ilmu terkini dan minda yang progresif bertepatan dengan keperluan era informasi
(Wan Liz, 2009). Di samping itu, menurut Rosenberg (2000), multimedia dapat
menambahkan nilai dalam P&P tetapi sekiranya dengan hanya menambahkan
multimedia kepada program pembelajaran yang tidak berkualiti, multimedia tidak
akan dapat meningkatkan sesuatu pembelajaran. Sebenarnya masalah ini bukanlah
suatu yang asing dalam penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P kerana daripada
kajian yang lepas terdapat sebahagian pengajar yang telah sebati dengan kaedah
konvensional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi pengajaran
(Becker & Watt, 1996).
Kajian yang dilakukan oleh Rosli et al. (2001) menunjukkan tahap
penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan
pengajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah sekitar 30%. Ini menunjukkan
bahawa tidak ramai pengajar yang memanfaatkan ICT sebagai satu alternatif bagi
memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala kajian yang dilakukan
oleh Usip dan Bee (1998) terhadap pelajar sarjana muda yang mengikuti kursus
statistik di Youngstown State University mendapati pelajar yang mengikuti
pengajaran jarak jauh secara web merasakan kaedah berkenaan adalah baik dalam
mendapatkan maklumat serta boleh menjadi alat untuk memperbaiki prestasi
akademik. Kajian Woodul et al. (2000) pula membuktikan bahawa kaedah
pengajaran berbantukan komputer (Computer Assisted Instructions-CAI) telah
RUJUKAN
Abd Rahim, A. R.(2002). Agenda Perubahan Pendidikan Sains Sosial Dalam
Mengharungi Alaf Baru. Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sosial: Teori
Dan Amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Abd Manaf, S. Z., Din, R., Hamdan, A., Mat Salleh, N. S., Kamsin,I. F. & Abdul
Aziz, J. (2015). Penggunaan Komputer dan Internet Web 2.0 dalam Kalangan
Generasi Y Pelajar Universiti. Journal of Advanced Research Design, 7(1),
10-18. (In Malay)
Abd. Razak, I.& Nurul „Aliyah, H. (2010). Literasi ICT dalam kalangan pelajar
Tahun 4Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Artikel Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Wahab, I. G., Kamaliah, H.S. & Hasrina, M. (2006). Penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah:
Satu kajian kes di Pulau Pinang.
Ahmad Syukri, M. Z., Analisa, H., Rosseni, D., Siti Zuraida, A. M., Nor Syazwani,
M. S., Intan Farahana, K., Helmi, N. & Nor Mohamad, I. (2015).
Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran
Bermakna. Sains Humanika Journal. 5(1): 51–59.
Ahmad Zaki, A. B. (1987). Cara kerja asas komputer. Fokus SPM. Mei: 19 – 23.
Ah Meng. (1992). Pedagogi : Satu Pengenalan. Fajar Bakti : Petaling Jaya.
Ah Meng. (2002). Siri Diploma Perguruan Pedagogi IV (Semester IV). Edisi Kedua.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Aminuddin, M. (2010). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam
pendidikan Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan.Universiti
Kebangsaan Malaysia
Azizi, Y., Yusof, B., & kamaliah, N. (2005). Hubungan Antara Konsep Kendiri,
Motivasi Dan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar. International
Conference On Learning And Motivation.
74
Azizi, Y., Shahrin, H. Jamaluddin, R., Yusof, B., & Abd rahim, H. (2006).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan Teori, Analisi, & Interpretasi
Data. Kuala Lumpur.
Azlizah, L. (2005). Pelaksanaan Pengajaran Penggunakan Pendekatan Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar dalam Kursus Bahasa Melayu Di Sebuah Universiti
Awam. UPSI
Azniza, M. & Zaidatun, T. (2011). Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan.
Azwan, A. & Rozita, N. (2002). E-learning: penerokaan media pembelajaran terkini.
Baharuddin, A. (2005). Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan ICT, Penghasilan Kertas Kerja 2005, Fakulti Pendidikan, UTM
Bandura, A. (1997). Self-Efficacy: The Exercise of Control. New York: Freeman.
Batchelder, C. W. (2010). Social software: Participants‟ experience using social
networking for learning (Doctoral dissertation, Capella University, 2010).
ProQuest. (UMI No. 3398679)
Bates, A. W. (1984). Putting it together : Now and the future. In A.W. Bates (ed)
TheRole of Technology inDistance Education. London : Croom Helm.
Becker, W. E & Watt, M. (1996). Chalk and talk. A national survey on teaching
undergraduates economics. American Economic Review.
Brown, J. S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of
learning. Educational Researcher(January-February 1989), 32-42.
Casey, L. & Bruce, B.C. (2010). Sustaining the Inquiry Cycle: Digital Literacy
Reframed . SITE Conference, San Diego.
Chua, Y. P (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam. McGraw-HillEducation
Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik Penyelidikan Edisi Ketiga. McGraw-Hill
Education
Cheah, K. G. (2004). Learning at a Distance: from Principles to Practice. Pulau
Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Daniels, P. R. (2014). Enhancing adult motivation to learn. San Francisco: Jossey-
Bass.
75
Deacon, A., Jaftha, J. & Horwitz, D. (2004). Customizing Microsoft Office to
Develop a Tutorial Learning Environment. British Jurnal of Educational
Technology, 32(2): 65-72
Ee, A. M. (2002). Psikologi Pendidikan III Edisi Ketiga (Semester III). Selangor :
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Elliot, S. N., Kratochwill, T.R., Cook, J.L., & Travers, J.F. (2000). Educational
Psychology. Ed. ke3. McGraw Hill Book Co : Singapore.
Enang, R. & Deffy, S. (2012) Perencanaan Strategies Cloud Computing Technology
Berbasis Gafe (Google Apps For Education) Bagi Perguruan Tinggi Swasta
Di wilayah III Cirebon Propinsi Jawa Barat. Jurnal Computech & Bisnis, Vol.
6, No. 1, 1-16
Ernita, T. (2012). Pemanfaatan Google Docs Untuk Sarana Penunjang Pendidikan
Komunitas Pembelajaran Tik Studi Kasus: Smp N 1 Salatiga. Tesis Program
Studi Teknik Informatika Fakulti Teknologi Informasi Universitas Kota
SamarangAmerican
Fatimah, H., Hasmawati, H. & Noresah, M. S. (2006). Pusat Pengajlan Pendidlkan
Jarak Jauh Universlti Sains Malaysia Pulau Pinang. Universlti Sains
Malaysia.
Fazilah, I., Halizah, O. & Harieza, H. (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar PJJ UKM Dalam Program Bahasa Inggeris: Satu
Tinjauan. dlm Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh. Kuala Lumpur :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Finn, J. D.(1960). Technology and The Instructional Process, Audiovisual
Communication Review. Vol. 8 (1), New York: Springer.
Fleischman, J. (2001). Going Mobile: New Technologies in Education, Converge
Magazine.
Frydenberg, D. & Adone (2011). Learning for 21st century skills. International
Conference on, 314-318
Gay, L, & Airasian, P. (2003). Education Research. Competencies for Analysis and
application. New jersey.
76
Goodyear, P., Jones, C., Asensio, M., Hodgson, V. & Steeples, C. (2004).
Undergraduate Students‟ Experiences of Networked Learning in UK Higher
Education: A Survey-based Study. Advances in Research on Networked
Learning. USA: Kluwer Academic Publishers.
Gunawan, B. S. & Chandra, A. (2013). Penerapan Cloud Computing Sebagai Sarana
Pembelajaran Siswa. Kertas Konsep yang dibentang di Seminar Nasional
Teknologi Informasi dan Multimedia. Yogyakarta, Indonesia.
Habibah, E. (2001) Latihan Motivasi Pencapaian dan Kesannya Ke Atas Prestasi
Peperiksaan, Kebiasaan Belajar dan Sikap Pelajar-Pelajar Peringkat
Universiti. Kuala Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasmawati, H. & Fatimah, H. (2005). Merealisasikan Aplikasi ICT dalam Sistem
Pendidikan Secara Jarak Jauh: Harapan dan Halangan. Seminar Kebangsaan
leT Pendldikan.
Hasnuddin, A.R., Norfaizuryana, Z., Nor Azzarahton, A.K (2015). Keberkesanan
Penggunaan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
Hayati, B. Z. (2005). Tahap Literasi Komputer Di Kalangan Pelajar-Pelajar HRD
Tahun 2 Di FSKPM : Kajian Kes. Universiti Malaysia Sarawak
Hayes, M. (2006). What do the children have to say? Learning and Teaching with
Information and communications Technology 1: 7-20.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J .D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional
media and technologies for learning. Ed. 7. Columbus:Merrill PrenticeHall.
Hidi, S., & Harackiewicz, J. M. (2000). Motivating the academically unmotivated: A
critical issue for the 21st century. Review of Educational Research, 70(2),
151–179
Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan . Malaysia: Mcgrawhill Sdn. Bhd.
Intan Safinas, M. A. A, Fazilah, I., Maznah, I. & Alawiah, I. (2001). Kaedah
Pengajaran Berkesan:Antara Keperluan Pelajar dan Realiti Pengajaran
Pengajian Jarak Jauh
Irwan Mahazir, I. (2015). Pembangunan Dan Pengujian Prototaip Pembelajaran
Mobile Berasaskan Prestasi (MOBICAD) Dalam Kursus Reka Bentuk
Berbantu Komputer (CAD). UTHM
77
Ismail, B., Ayob, J., Alias, M., & Kaprawi. N (2004). Penjuruteraan Semula
Pengajaran Teknikal dan Vokasional : Satu Cetusan Pemikiran dan Tinjauan.
Jurnal Pengajaran Teknikal. 3. 24-35.
Ismail, I., Mohamed Idrus, R., Gunasegaran, T. (2010). Motivation, Psychology and
Language Effect on Mobile Learning In university Sains Malaysia.
International Journal of Interactive Mobile technologies. 10-12.
Jackson, J., (2006). Introducing Fear Of Crime To Risk Research. Risk Analysis
(253-264)
James, P.T (2011). Mobile Learning-Thai HE Student Perceptions and Potential
Technology Impact. International Studies 4(2), 182-194
Jamhari, R. (2001). Pembelajaran Jarak Jauh :Suatu Pengenalan. Institut Pendidikan
Guru Temenggong Ibrahim.
Jaya Kumar C. K. (2002) Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada
Senario Masa Kini, Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach.
New York: Routledge.
Johan (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek
Sejarah dan Geografi. Prosiding Pendidikan Sejarah dan Geografi, 29 – 30
Ogos 2013, UMS, Sabah, Malaysia. ms 16-28. (In Malay)
Johari, H. & Fazliana, R. (2012). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Pengajar Fakulti Pengajaran Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Karen, A. J. (2001). Conflict Asymmetries: Effects on Motivation, Attitudes, and
Performance. Social and Organizational Psychology Leiden University
Karsono, A. D. (1993). Konsep dan sistem pendidikan Jarak Jauh. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia :Kuala Lumpur.
Keller, J. & Kopp. (2013). Motivation Design.
Keller, C.& Cernerud, L. (2002). Students' Perceptions of E-Learning in University
Education. Journal of Educational Media. 27
Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
78
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For
Educators And Trainers. London, UK : Routledge
Laurillard, D. (1993). Rethinking university teaching : A framework for the effective
use of educational technology. London : Routledge.
Marinah, A. & Ramlee, I. (2003). WebCT sebagai Media Pembelajaran : Kajian Kes
Pelajar. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16: ICT dalam
Pendidikan dan Latihan : Trend dan Isu.
Maszurah, O. (2015). Sejauh Mana 'PJJ' Berguna. Universiti Utara Malaysia
Melor, M. Y., Noraidah, S@A, Che‟ah, M. & Arifin H. Z (2000) Mengapa Pelajar
PJJ Gagal Sehingga Diberhentikan. Seminar Kebangsaan Pendidikan Jarak
Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Martin, R., Megill, T., & Sudweeks, F. (2013). Learning Anywhere, Anytime:
students Motivators for M-Learning. Jounal For Information Technology
Education: Research,12, 51-67.
Miller, C., Smith, C. &Tilstone, C. (1998). Professional development by Distance
Ediucation: Does distance lend enhancement?. Cambridge Journal of
Education. Vol.28: No.2. University of Cambridge School of Education.
Mingmei, Y., Allan H.K., Yuen & Jae, P. (2012). Using Web 2.0 Technologies -
Exploring Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive
Technology and Smart Education Journal. 9(4): 204 – 216.
Mohamad Najib, A.G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Arif, I., Zamri, M. & Norizan A. R. (2008). Multimedia dan aplikasinya dalam
pemelajaran Bahasa Melayu. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed Amin
Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis, 26-42. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Mohd Azli. Y & Abdul Latif, H. G. (2013). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek
Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian dan Penerimaan Pelajar. Jurnal
Pengajaran Bitara UPSI, 5(1).
Mohd Koharudin, M. B. (2004). Perkembangan, pembangunan dan penerimaan e-
pembelajaran di institusi pengajian Malaysia. Jurnal Teknologi, 41(E), 55–72.
79
Mohd Majid, K. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zaaba & Zuraida I. (2004). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.
Selangor: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Moore, M., & Richardson, (2002).Overcoming the Limitations of Traditional Web
Based Activities by Using web_compattible Applications.
Mouza, C. (2008). Learning with Laptops: Implementation and Outcomes in an
Urban, Underprivileged School.
Muhammad Kamil, M. Z (2001). Minat Dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar
Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang
Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai
Muhammad Rizal, F. (2014). Penggunaan Google Form Sebagai Alat Evolusi
Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Indonesia: Studi Deskriptif Analitis
Pada Kelas Viii Di Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 Lembang. Tesis
Universitas Pengajaran Indonesia.
Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung (2007).
Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)
Negeri Johor.. Universiti Teknologi Malaysia
Munap, R., Badrillah, M. I. M & Rahman, B. A. (2013). Organizational Reward
System and Employee‟s Satisfaction at Telekom Berhad. Journal Of
Educational and Social Research 3(3):218
Nik zulkarnain (2015). Kualiti kepimpinan dalam kalangan penyelaras Homestay:
perspektif penguasaha homestay. UTHM. Projek sarjana
Noor Hisham, M. N. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran : Penelitian Semula
Konsepkonsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
Universiti Malaysia Kelantan.
Noraini, K. (2000). Hubungan Program-program Kualiti kehidupan Bekerja Dengan
kepuasan Kerja Dan penglibatan Kerja Bagi Pekerja-Pekerja. UTM.
Normala, I., Zaliha, H., dan Mohamad Kamil, A.K. (2005). Tahap Literasi
Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah. Jurnal Pendidikan 129 – 139
80
Nor Syazwani, M.S. Rosseni, D. Intan Farahana, K. Analisa, H. Siti Zuraida, A.F.
Aidah,A.K. Mazalah, A (2015). Pembudayaan Literasi ICT Dalam Kalangan
Pelajar Orang Asli Menerusi Persekitaran Pembelajaran Peribadi. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Journal of Personalized Learning, 46-56.
Nurul „Aliyah, H. (2010). Literasi ICT dalam kalangan pelajar Tahun 4 Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Artikel Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Nurul Syaida, M. Z & Fariza, K. (2016). Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam
Pendidikan Abad Ke-21 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Oemar, H (2003). Proses Belajar Mengajar. Jakarta : Bumi Aksara, hlm. 98
Oktavia, S.N, & Durinta, P. (2015). Penggunaan Aplikasi Google Drive Sebagai
Penunjang Peperless Office. Universitas Negeri Surabaya
Pearson, J. T., Rosof, E., Punzalan, J. C. (2000). Integration Of Motivational
Interviewing and Cognitive Behavioral Therapy 19(1):31-39
Qasim, A. (1998). Pengajaran dan pembelajaran :Komponen penting kurikulum,
seminar kualiti pengajaran dan pembelajaran, sekolah dan pentadbiran social,
UniversitiMalaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.
Rashid, A. & Abdul Razak. H. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah : Kaedah dan
strategi. Masa Enterprise : Kajang
Rio Sumarni, S. & Manimegalai, S. (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Edisi
pertama. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Robiah, S & Nor Sakinah, M. (2009). ICT dalam pengajaran: Prospek dan cabaran
dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pengajaran, 32: 139-152.
Rodziah, M. (2004). Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Pelajar-Pelajar
Sekolah Di Negeri Perlis. Kolej Matrikulasi Perlis.
Rosenberg. M. J. (2000). E-learning. New York. McGraw-Hill.
Rosli, A. R., Zamalia, M. & Shafiee, A.(2001). ICT in Teaching and Learning
Among UiTM Lecturers. International Conference on Challenges and
Prospects In Teachers Education: Shah Alam.
Rosnaini & Mohd Arif. (2010). Impact of training and experience in using ICT on in-
service teachers‟ basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational
Technology, 10(2), 5-10.
81
Rozinah, J. (2007). Internet dalam Pengajaran. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Salleh, N.S., Din R., Hamdan, A., Kamsin, I.F., Abdul Manaf, S.Z., Karim, A.A., &
Ahmad, M. (2015). Pembudayaan literasi ict dalamkalangan pelajar menerusi
persekitaran pembelajaran peribadi. Journal of Personalized Learning, 1(1):
46-56.
Saroyan, Adan Snell, L.D. (1997). Professional development by Distance Education:
does distance lend enhancement?. Cambridge Journal of Education. Vol. 28:
Schumacher,S & Mcmillan, J.H (1993). Research in Education- A Conceptual
Education. 3rd
. ed. New York : Harper Collins college Publisher
Siti Salwa, A & Jamaludin, B. (2013). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu; Malay Language Education (MyLEJ) 3(1): 31-41
Smith, B.N. (1996). Assesing the Computer Literacy of Undergraduate College
student. Education. 117(2) : 188-194
Slavin, R. E. (2000). Synthesis of research on cooperative learning. Educational
Leadership 48 (5), 70-88.
Sternberg, R. J. (2009). Domain-generality versus domain-specificity of creativity. In
P. Meusburger, J. Funke & E. Wunder (Eds.), Milieus of creativity: An
interdisciplinary approach to spatiality of creativity (25–38). New York, NY:
Springer.
Suhaili, H. (2015). Cabaran dan Isu Penggunaan ICT dalam Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Suhaimi, M. A (2004). Tahap Persediaan Pelajar terhadap Pembelajaran Elektronik
dalam Proses Pembelajaran : Satu Kajian di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, UTM.
Suzana, S. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google -
Satu Analisis Kajian Lepas. Fakulti Pendidikan. Universti Kebangsaan
Malaysia.
Suzana, S. & Fariza, K. (2014). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian
Google - Satu Analisis Kajian Lepas. Fakulti Pendidikan. Universti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
82
Triantafillou, E., Georgiadou, E., Economides A. A. (2006). He Design and
Evaluation of a Computeriaed Adaptive Test on Mobile Devices. Science
Direct 1319-1330.
Umi Kalthom, M. & Ahmad, (2014). Kaedah Koperatif Sebagai Pilihan Kelas Abad
21: Sorotan Literatur. International seminar on Technical and vocational
Education.
Usip, E.E., & Bee, R.H. A (1998). Discriminant Analysis of Students’ Perceptions of
Web-Based Learning. Social Science Computer Review.
Wan Liz O. W. O (2000). Gagasan alaf baru. Mencetus kebangkitan Malaysia. Batu
Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd.
Weiner, B. (1990). History Of Motivational Research In Education. Journal Of
Educational Psyhology. 82(4), 616-622.
Weiss, T. (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom
Computers and Composition 5(2): 57-70.
Woodul, C.E., Vitale, M.R., Scott, B.J (2000). Using a cooperative multimedia
learning environment to enhance learning and affective self-perceptions of
at-risk studnts in grade 8. Journal of Educational Technology System, Vol
28(3) 239-252.
Yusop, H. dan Sharipah Alwiah A. (1999). Pendidikan Jarak Jauh : Teori Dan
Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zaihan Nabila, H. (2014). Kompetensi Guru dalam Pengajaran Amali Reka Bentuk
dan Teknologi di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat. UTHM. Projek sarjana.
Zailan, A. & Azmi, M (2006). A Life Long Learning Platform for Malaysian
Society. Atas talian.
Zuhri A. Z. & Zawiyah M. Y. (2013). Tingkah Laku Penggunaan Web 2.0 dan
Facebook Group bagi Perkongsian Pengetahuan dalam Pembelajaran. Kertas
Kerja dibentangkan di World Conference on Integration of Knowledge
(WCIK), di Langkawi, Malaysia pada 25- 26 November 2013.
Zuraini, Z. (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh: Kesedaran dan
Pendedahan Dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT).