25
29 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/ JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3 IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH Muhammad Akbar Zahidi Syed Kamaruzaman Syed Ali* Fakulti Pendidikan Universiti Malaya [email protected]* ABSTRACT This study is about the impact of Teaching Graduate Program (PPG) on teaching and learning Physical Education in schools. Therefore, this study aimed to identify the components of pedagogical content knowledge and skills; roles, responsibilities and relationships of teachers; and professional development of students and school administrators. In addition, this study aimed to examine the relationship component of pedagogical content knowledge and skills; roles, responsibilities and relationships of teachers; and professional development of student teachers and school administrators. Therefore, this study is using a mixed-mode method using inter partial structure, questionnaires and observation. To answer the interview instrument, a total of 60 students of Physical Education options were selected based on the maximum variations of six different zones. However, to answer the questionnaire, a total of 480 respondents from 240 Physical Education students and 240 school administrators from 240 primary schools were randomly selected. Next, descriptive statistics of SPSS 18.0 software was used to analyze the factors of these three components to get the percentage, mean and standard deviation. Factor levels for each component were determined by using a rating scale of min at a moderate level is between M = 1.67 to M = 3.33. Next, inferential statistics were used to examine the relationship between these three components by using the Pearson correlation coefficient. The findings of this study indicate that the relationship is significant component of professional development at the moderate level, followed by components of pedagogical content knowledge and skills; and the roles, responsibilities and relationships of teachers when the score of p> 0.05. This explains that the three components have a good relationship and the impact of the program indirectly affects the implementation of effective teaching and learning Physical Education in schools. In conclusion, PPG implemented by the Ministry of Education (MOE) is helping Physical Education students in improving the quality of the teaching and learning and thus achieve the goals targeted by the MOE. Keywords: Graduate Teacher Programme (PPG); Teaching and Learning (PdP); Physical Education PENGENALAN Peningkatan profesionalisme keguruan harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa setanding dengan era transformasi pendidikan yang giat dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Fatimah, 2012). Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan satu inisiatif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan guru dengan menawarkan pelbagai program dan di antaranya ialah Program Pensiswazahan Guru (PPG). PPG yang ditawarkan kepada guru dalam perkhidmatan

IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

29 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

Muhammad Akbar Zahidi

Syed Kamaruzaman Syed Ali*

Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

[email protected]*

ABSTRACT

This study is about the impact of Teaching Graduate Program (PPG) on teaching and

learning Physical Education in schools. Therefore, this study aimed to identify the

components of pedagogical content knowledge and skills; roles, responsibilities and

relationships of teachers; and professional development of students and school

administrators. In addition, this study aimed to examine the relationship component of

pedagogical content knowledge and skills; roles, responsibilities and relationships of

teachers; and professional development of student teachers and school administrators.

Therefore, this study is using a mixed-mode method using inter partial structure,

questionnaires and observation. To answer the interview instrument, a total of 60

students of Physical Education options were selected based on the maximum

variations of six different zones. However, to answer the questionnaire, a total of 480

respondents from 240 Physical Education students and 240 school administrators from

240 primary schools were randomly selected. Next, descriptive statistics of SPSS 18.0

software was used to analyze the factors of these three components to get the

percentage, mean and standard deviation. Factor levels for each component were

determined by using a rating scale of min at a moderate level is between M = 1.67 to

M = 3.33. Next, inferential statistics were used to examine the relationship between

these three components by using the Pearson correlation coefficient. The findings of

this study indicate that the relationship is significant component of professional

development at the moderate level, followed by components of pedagogical content

knowledge and skills; and the roles, responsibilities and relationships of teachers

when the score of p> 0.05. This explains that the three components have a good

relationship and the impact of the program indirectly affects the implementation of

effective teaching and learning Physical Education in schools. In conclusion, PPG

implemented by the Ministry of Education (MOE) is helping Physical Education

students in improving the quality of the teaching and learning and thus achieve the

goals targeted by the MOE.

Keywords: Graduate Teacher Programme (PPG); Teaching and Learning (PdP);

Physical Education

PENGENALAN

Peningkatan profesionalisme keguruan harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa setanding

dengan era transformasi pendidikan yang giat dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(Fatimah, 2012). Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan satu inisiatif

untuk meningkatkan ilmu pengetahuan guru dengan menawarkan pelbagai program dan di antaranya

ialah Program Pensiswazahan Guru (PPG). PPG yang ditawarkan kepada guru dalam perkhidmatan

Page 2: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

30 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah memartabatkan profesion perguruan

termasuk opsyen Pendidikan Jasmani seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia Teras 5 bagi memastikan guru-guru mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat

ijazah pertama (Rosli, 2013). Matlamat PPG adalah untuk meningkatkan tahap kelayakan pendidikan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di samping untuk melahirkan guru-

guru siswazah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan

profesionalisme selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

(Fatimah, 2012). Maka, program ini amat penting untuk meningkatkan bilangan guru siswazah di

sekolah iaitu seramai 60% di sekolah rendah dan 90% di sekolah menengah pada tahun 2015.

Matlamat ini selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang melancarkan tawaran

baharu untuk semua guru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta meningkatkan profil dan

profesionalisme kerjaya ini (Jamaluddin, 2011). Oleh itu, IPGM telah menawarkan sebanyak 13,213

tempat untuk PPG di Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula Jun 2011(Rauzah & Muhammad, 2013).

Justeru, kajian ini ingin mengkaji kesan atau impak PPG dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Pendidikan Jasmani di sekolah ketika mereka masih dalam pengajian.

PENYATAAN MASALAH

Pengajian PPG telah membuka ruang kepada guru terlatih yang berpengalaman di sekolah

untuk meningkatkan ilmu dalam kerjaya. Namun, masih terdapat beberapa kesan kelemahan yang

didapati daripada kajian-kajian lepas. Pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran guru

Pendidikan Jasmani dilihat tidak berubah walaupun setelah mengikut pengajian Pendidikan Jasmani

secara jarak jauh selama dua tahun (Jamaluddin, 2011). Kajian yang dilaksanakan oleh Jamaluddin

(2011) ini menjelaskan bahawa seramai 67.4% guru Pendidikan Jasmani di sebuah negeri tidak

menunjukkan peningkatan dari segi komunikasi bersama murid, pengurusan masa, gaya penyampaian

dan pengetahuan konten dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam pada masa yang sama,

seramai 56.3% pentadbir sekolah juga tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan kemahiran dalam

mentadbir guru Pendidikan Jasmani. Ini menyebabkan mata pelajaran tersebut tidak dapat maju dan

dipandang rendah oleh sesetengah pihak.

Seterusnya, kajian mengenai peranan, tanggungjawab dan hubungan guru telah dilaksanakan

oleh Rauzah dan Muhammad (2013). Kajian berbentuk kualitatif ini telah menyelami perasaan lima

orang guru Pendidikan Jasmani yang sedang belajar secara separuh masa di sebuah universiti telah

memberi gambaran mengenai peranan mereka di sekolah. Kelima-lima mereka beranggapan bahawa

guru Pendidikan Jasmani tidak sama tarafnya dengan guru mata pelajaran teras yang lain. Perkara ini

telah menyebabkan prestasi mereka terganggu dan masalah hubungan sesama guru mulai timbul.

Persepsi tersebut bermula apabila pentadbir sekolah yang sering merendahkan guru Pendidikan

Jasmani yang dianggap hanya sesuai mengajar di bawah cuaca panas sahaja. Kesannya, guru

Pendidikan Jasmani tersebut tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajian mereka dan tidak

mampu mengajar mata pelajaran tersebut dengan berkesan di sekolah.

Selanjutnya, Rosli (2013) telah melaksanakan kajian berbentuk kuantitatif mengenai

pembangunan profesional terhadap guru Pendidikan Jasmani yang masih menuntut di sebuah Institut

Pendidikan Guru (IPG). Dapatan beliau menunjukkan bahawa, seramai 74.5% guru tersebut bertindak

sebagai guru kelas, pemimpin persatuan dan sukan, guru beruniform serta memegang pelbagai tugas

utama di sekolah. Keadaan ini menyebabkan guru ini terbeban dengan jawatan dan bebanan tugas.

Perkara ini menyukarkan guru tersebut untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran dan

kerjaya mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. mengenalpasti tahap komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran berdasarkan

persepsi siswa guru.

Page 3: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

31 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

2. mengenalpasti tahap komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah berdasarkan

persepsi siswa guru.

3. mengenalpasti tahap komponen pembangunan profesional berdasarkan persepsi siswa guru.

4. mengenalpasti tahap komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran berdasarkan

persepsi pentadbir sekolah.

5. mengenalpasti tahap komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah berdasarkan

persepsi pentadbir sekolah.

6. mengenalpasti tahap komponen pembangunan profesional berdasarkan persepsi pentadbir

sekolah.

7. melihat perhubungan komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran antara

siswa guru dan pentadbir sekolah.

8. melihat perhubungan komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah antara

siswa guru dan pentadbir sekolah.

9. melihat perhubungan komponen pembangunan profesional antara siswa guru dan pentadbir

sekolah.

PERSOALAN KAJIAN

1. Sejauhmanakah tahap komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran terhadap

siswa guru?

2. Sejauhmanakah tahap komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah terhadap

siswa guru?

3. Sejauhmanakah tahap komponen pembangunan profesional terhadap persepsi siswa guru?

4. Sejauhmanakah tahap komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran terhadap

pentadbir sekolah?

5. Sejauhmanakah tahap komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah terhadap

pentadbir sekolah?

6. Sejauhmanakah tahap komponen pembangunan profesional terhadap pentadbir sekolah?

7. Sejauhmanakah perhubungan komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran

antara siswa guru dan pentadbir sekolah?

8. Sejauhmanakah perhubungan komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah

antara siswa guru dan pentadbir sekolah?

9. Sejauhmanakah perhubungan komponen pembangunan profesional antara siswa guru dan

pentadbir sekolah?

BATASAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini hanya melibatkan siswa guru PPG di Institut Pendidikan Guru (IPG)

sahaja. Pelaksanaan kajian ini melibatkan siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani dari Kohort 1

hingga Kohort 4 sahaja.

KERANGKA KAJIAN

Merujuk Teori Pembelajaran Thorndike (1911), pembelajaran merupakan proses cuba-ralat

“trial and error” atau memilih dan menghubungkait “selecting and connecting” (Ibrahim, 2010).

Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses cubajaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-

ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin

berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak

balas dan ransangan ini berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan

dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas dan ransangan yang

terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak

diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan

pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik dan mengagumkan agar proses

pembelajaran yang berkesan boleh berlaku (Jamaluddin, 2011). Contohnya dengan menggunakan

Page 4: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

32 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan audio atau video yang menarik, murid dapat

menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Maka, penyelidik menggunakan Teori Pembelajaran

Thorndike (1911) sebagai asas untuk membentuk Kerangka Konseptual Kajian dalam kajian impak

PPG terhadap PdP di sekolah. Teori ini sesuai digunakan bagi kajian ini kerana memperkenalkan

Hukum Kesediaan iaitu program yang dijalankan di IPG; Hukum Latihan ialah pembelajaran PPG

bagi guru terlatih; dan Hukum Kesan adalah impak latihan pengajian PPG tersebut terhadap PdP di

sekolah. Menurut Rauzah dan Muhammad (2013), teori ini adalah sesuai bagi menilai PdP yang

bekesan.

Rajah 1: Teori Pembelajaran Thorndike (1911)

Sumber: Noriati A. Rashid, Boon P. Yong & Sharifah F. S. Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar,

Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Berdasarkan Rajah 1, Thorndike memperkenalkan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,

Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga hukum tersebut

digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-hukum tersebut

dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara

yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid

perlu mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid

perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum

pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran

yang aktif, mudah, seronok dan berkesan (Siti Hasanah, 2013).

Justeru, kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Menurut Jamaluddin (2011), jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran,

kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif

pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk

meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang

paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi

yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk

belajar. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa, perhubungan antara rangsangan

dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan

perhubungan antara rangsangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan dan

pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi

semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, jika

seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadisemakin mahir dan

tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebutsemakin singkat. Ini juga dapat

mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah

dipelajari (Rosli Kamarudin, 2013).

Sehubungan itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang

menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran

mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas

akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan

akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang

murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi

pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan,

gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang

diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan (Rauzah & Muhammad, 2013).

Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi

ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka

terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya

murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi

mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati

Hukum Kesan Hukum Kesediaan Hukum Latihan

Page 5: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

33 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

kejayaan yang diperoleh dalam pembelajaran mereka. Menurut Rauzah dan Muhammad (2013), guru

tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu

memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba

untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini. Kesimpulannya, teori ini menekankan peranan

persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan

perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas. Disebabkan teori ini memberi

penekanan terhadap tingkah laku, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat

aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik

dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian Impak PPG Terhadap PdP Pendidikan Jasmani di Sekolah yang

Diubahsuai daripada Implikasi Teori Pembelajaran Thorndike (1911).

Hukum Kesan Hukum Latihan Hukum Kesediaan

Pengetahuan

Kandungan Pedagogi

dan Kemahiran

Peranan, Tanggungjawab

dan Hubungan di Sekolah

Pembangunan

Profesional

Pembelajaran

Kendiri

Perancangan

Pengajaran

Penggunaan Bahan

Pengajaran

Kemahiran dalam

Bidang PPG

Penyusuaian PdP

Pengurusan Bilik

Darjah

Pemantauan Murid

Kerjasama

Komunikasi

Penglibatan dalam

Komuniti

Pengurusan Panitia

Tugasan dalam

Sekolah

Tugasan Luar

Sekolah

Guru Kelas

Agen Perubahan

Pengurus

Pembelajaran

Ahli Kumpulan

Profesional

Pengguna

Teknologi

Maklumat

Penyelidik

Pemimpin

Jurulatih Utama

Pembangun

Kurikulum

Pemeriksa Kertas

Impak PPG Terhadap PdP Pendidikan Jasmani di Sekolah

Page 6: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

34 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

TINJAUAN LITERATUR

Perkembangan dalam dunia Pendidikan Jasmani menuntut setiap guru meningkatkan

kemahiran mereka sejajar dengan keperluan semasa. Maka, PPG merupakan salah satu inisitif

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kualiti guru terutamanya untuk guru

yang mengajar di sekolah rendah. Matlamat ini selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang

melancarkan tawaran baharu untuk semua guru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta

meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini (Jamaluddin, 2011). Berikut merupakan sub topik

berdasarkan beberapa kajian lepas mengenai kajian yang dijalankan:

Program Pensiswazahan Guru

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah menawarkan sebanyak 13,213 tempat untuk

PPG di Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula Jun 2011 (Rauzah & Muhammad, 2013). Sehubungan

itu, IPG kini menjadi tempat pembelajaran bagi guru-guru ini menimba ilmu selain di Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). PPG merupakan satu

inisiatif KPM untuk meningkatkan bilangan guru siswazah di sekolah iaitu seramai 60% di sekolah

rendah dan 90% di sekolah menengah pada tahun 2015. Pengambilan pelajar PPG ini adalah

berdasarkan permohonan yang diterima daripada guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah.

Menurut Rauzah dan Muhammad (2013), konsep pengajian yang dijalankan adalah secara pengajian

jarak jauh (PJJ) yang hanya memerlukan pelajar datang ke kampus sebulan sekali sahaja. Selebihnya,

interaksi program ini dijalankan melalui atas talian dan secara elektronik.

Pengajaran dan Pembelajaran

Selain itu, Jamaluddin (2011) berpendapat bahawa PdP ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang

diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. PdP harus dirancangkan guru secara sisitematik dan

teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,

menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi

ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Sehubungan itu, kesan positif dalam

PdP bagi kajian ini ialah supaya dapat meningkatkan kualiti profesional dalam diri seorang guru

terlatih termasuk bagi guru opsyen Pendidikan Jasmani. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi ini

merupakan kewajiban seorang guru Pendidikan Jasmani yang bertauliah (Rosli, 2013). Seorang guru

yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap

dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru Pendidikan Jasmani yang mempunyai

daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah

pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.

Selain itu, menurut Rauzah dan Muhammad (2013), kesan positif lain yang dapat disenaraikan

di sini ialah guru Pendidikan Jasmani dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi PdP

dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru Pendidikan Jasmani hari ini

menuntut mereka supaya melengkapkan diri dengan ilmu baharu agar seiring dengan ledakan dunia

pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven

untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru Pendidikan Jasmani pada

hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu

pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Guru Pendidikan Jasmani

Selanjutnya, Rosli (2013) menjelaskan bahawa, seorang guru Pendidikan Jasmani harus

mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, pengajian PPG ini akan dapat meningkatkan

imej profesion perguruan terutamanya bagi opsyen Pendidikan Jasmani supaya dapat memberikan

perkhidmatan yang bermutu tinggi dan berkesan. Menurut beliau, dengan cara melanjutkan pelajaran

ke peringkat lebih tinggi ini akan membantu guru Pendidikan Jasmani supaya dapat menjalankan tugas

dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah

satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

Page 7: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

35 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai

ke peringkat meledak (Siti Hasanah, 2013). Justeru, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran

ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar

yang diperoleh oleh seorang guru Pendidikan Jasmani terlatih di maktab perguruan dahulu sudah tidak

seiring dengan perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam

bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita

mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru Pendidikan

Jasmani untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat

tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti

juruterbang.

Keberkesanan Pengajian Jarak Jauh

Pengajian Jarak Jauh (PJJ) ini mungkin memberi kebaikan, kelebihan serta peluang kepada

meraka yang sudah bekerja untuk belajar dan beberapa kebaikan PJJ adalah PJJ secara langsung

membantu negara melahirkan guru yang professional dan berkelayakan (Jamaluddin, 2011). PJJ

menyediakan banyak peluang pendidikan bagi semua guru boleh mengikuti kursus-kursus tertentu

secara sambilan di pusat-pusat tertentu yang dekat dengan tempat tinggal atau kerja calon berkenaan.

PJJ memungkinkan pelajar mengadakan jadual pembelajaran yang bersifat fleksibel. Corak

pembelajaran ini mengurangkan tekanan di kalangan pelajar. PJJ menggalakkan pelajar berfikir, kretif

dan berdisiplin. Corak pembelajaran PJJ memaksa pelajar banyak berfikir utk menyelesaikan sesuatu

permasalahan mahupun tugasan.

Pun begitu, PJJ juga mempunyai beberapa kelemahan serta kerumitan yang terpaksa pelajar

hadapi seperti PJJ menyukarkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan pensyarah secara berkesan

Rosli (2013). Tambahan beliau, peluang perbincangan langsung pada tahap minimum kerana mereka

berada di tampat yg berbeza. Selain itu, PJJ juga merumitkan usaha mengadakan kerja kumpulan.

Kesukaran untuk mengatur masa yang sesuai untuk menemukakan pelajar bagi sesuatu sisi

perbincangan. Sehubungan itu, Fatimah (2002) menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesan negatif

yang timbul semasa guru Pendidikan Jasmani ini melanjutkan pelajaran melalui program PJJ. Sebagai

contoh, akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan

masa dengan baik. Pengurusan masa merupakan aspek penting untuk guru membahagikan antara

pelajaran, aktiviti sekolah dan hubungan keluarga. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran

secara jarak jauh atau luar kampus ini tidak dapat menunaikan atau melaksanakan komitmen mereka

dengan baik (Siti Hasanah, 2013). Maka, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti sejauhmanakah

hasil program ini dapat membantu kerjaya seseorang guru dengan memberikan PdP yang berkesan di

sekolah.

METODOLOGI

Bahagian ini membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk

kajian, pemilihan persampelan, instrumen kajian dan kesahan serta kebolehpercayaan.

Reka Bentuk Kajian

Dalam konteks kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan

menggunakan instrumen soal selidik dan kaedah kualitatif dengan menggunakan instrumen temubual

serta pemerhatian. Kajian ini menggunakan reka bentuk huraian secara deskriptif dan naratif. Ia telah

digunakan untuk menghuraikan persepsi siswa guru dan pentadbir sekolah tentang impak PPG

terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah.

Page 8: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

36 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Rajah 3 : Kaedah, Instrumen dan Sumber Data

Sumber: Creswell, J. W. dan Clark, V. L. P. (2011). Designing and conducting mixed methods

research (2nd ed.)

Persampelan

Bagi menjawab instrumen temubual, seramai 60 orang siswa guru PPG opsyen Pendidikan

Jasmani telah dipilih secara variasi maksimum berdasarkan enam buah zon yang berbeza. Menurut

Creswell dan Clark (2011), persampelan variasi maksimum melibatkan sampel dari pelbagai sudut dan

kawasan. Justeru, penyelidik juga menggunakan kaedah pemerhatian terhadap PdP seramai 60 orang

responden. Manakala bagi menjawab instrumen soal selidik, seramai 480 orang responden telah dipilih

melalui persampelan rawak bebas. Persampelan rawak bebas bagi instrumen tersebut adalah

berdasarkan jumlah bilangan pelajar yang ditempatkan di enam buah zon IPG (Rosli, 2013).

Berdasarkan 480 orang sampel tersebut, seramai 240 siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani dan

240 pentadbir sekolah telah dipilih dari 240 buah sekolah rendah di enam buah zon iaitu Zon Utara,

Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak.

Instrumen kajian

Instrumen utama dalam kajian ini adalah satu set soalan temubual dan satu set soal selidik

yang telah dibina khas untuk mengenalpasti impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah.

Instrumen kajian bagi kedua-dua kaedah ini dibentuk oleh penyelidik berdasarkan kajian rintis

temubual yang dilaksanakan ke atas 20 orang responden di sekitar Lembah Klang sebulan sebelum

kajian sebenar dijalankan. Sehubungan itu, instrumen soal selidik telah dibina adalah berdasarkan

dapatan daripada temubual tersebut. Penyataan soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu

Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merangkumi aspek profil responden, manakala Bahagian B

merangkumi tiga komponen utama yang meliputi komponen pengeahuan kandungan pedagogi dan

kemahiran; peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah; dan perkembangan professional.

Selanjutnya, aspek terakhir meliputi langkah-langkah dan cadangan daripada responden untuk

mengatasi masalah perngajian PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di masa akan datang.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian

Selanjutnya, penyelidik telah menggunakan kesahan kandungan bagi mengukur tahap kesahan

instrumen soal selidik kajian ini. Berdasarkan khidmat yang diberikan oleh tiga orang pakar, beberapa

Analisis

Triangulasi

Kualitatif

(30%)

(Temubual)

Murid

Kuantitatif (60%)

(Soal Selidik)

Pelajar PPG

Pentadbir

Kualitatif (10%)

(Pemerhatian)

Pencerapan Pengajaran

Pelajar PPG

Pelajar PPG

(Buku Rekod Mengajar)

Murid

(Buku Latihan Murid)

Page 9: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

37 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

penyataan dalam instrumen yang dibina telah diubah. Seterusnya, penyelidik telah menggunakan cara

“test-retest” untuk menguji darjah kebolehpercayaan penyataan dalam instrumen. Instrumen tersebut

telah dinilai secara dua kali kepada kumpulan sampel yang sama iaitu seramai 20 orang dan dianalisis

menerusi kolerasi Pearson untuk melihat kekuatan perhubungannya. Hasil daripada kajian rintis ini,

didapati nilai pekali kebolehpercayaan ialah 0.821. Maka, nilai kesahan dan kebolehpercayaan dalam

kajian ini adalah boleh diterima dan sesuai untuk digunakan dalam kajian ini.

Penganalisisan Data

Penganalisisan data bertujuan untuk menjadikan data yang dikutip agar lebih bermakna. Bagi

kajian ini, penyelidik telah menggunakan perisian SPSS 18.0 untuk menganalisis data statistik

deskriptif dan inferensi. Selain itu, penyelidik telah menggunakan skala pemeringkatan skor min untuk

menganalisis dapatan min mengikut statistik deskriptif (Mohd Majid, 2009). Berdasarkan julat skala

tersebut, penyelidik telah melakukan pembahagian kepada tiga peringkat tahap iaitu tahap tinggi,

tahap sederhana dan tahap rendah. Maka, julat di antara min telah dihitung dengan min yang tertinggi

dibahagikan kepada tiga tahap seperti di Jadual 1.

Jadual 1

Skala Pemeringkatan Skor Min

Bil Tahap Skor Min Tahap Skala Pemeringkatan Skor Min

1 0.00 – 1.66 Rendah

2 1.67 – 3.33 Sederhana

3 3.34 – 5.00 Tinggi

Sumber: Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.

Seterusnya, untuk melihat hubungan di antara faktor-faktor kekangan persoalan kajian 7

hingga 9, penyelidik menggunakan statistik inferensi iaitu pekali kolerasi “Pearson Product-

Moment”.

Prosedur Kutipan Data

Proses untuk mendapatkan data dijalankan peringkat demi peringkat supaya pengurusannya

lebih tersusun dan teratur. Pada peringkat pertama, penyelidik memohon kebenaran menjalankan

penyelidikan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Setelah mendapat kelulusan

dan kebenaran daripada BPPDP, KPM, penyelidik perlu mendapatkan surat kebenaran menjalankan

kajian tersebut daripada JPN, PPD dan guru besar sekolah-sekolah yang terlibat. Penyelidik

menggunakan wakil yang terdiri daripada pensyarah IPG yang terlibat untuk mentadbir soal selidik

dan sampel kajian. Sebanyak 600 set instrumen telah diedarkan dan penyelidik hanya menganalisis

sebanyak 480 set instrumen yang dipulangkan. Ini bermakna, sebanyak 80% set instumen telah

diterima dan diproses.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Komponen Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran; Peranan,

Tanggungjawab dan Hubungan Guru; dan Pembangunan Profesional terhadap Siswa Guru

Seramai 240 orang siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani dari 240 buah sekolah telah

dijadikan sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, 240 orang sampel tersebut telah dibagaikan kepada

Page 10: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

38 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

40 buah sekolah dari 6 buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon, Zon Timur, Zon

Sabah dan Zon Sarawak. Maka, kajian ini boleh digeneralisasikan kepada populasi siswa guru PPG di

IPG. Responden yang dipilih adalah merupakan guru Pendidikan Jasmani di sekolah rendah yang

sedang belajar di 27 buah kampus IPG di Malaysia. Selanjutnya, kajian ini akan menguji tahap tiga

komponen iaitu pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran; peranan, tanggungjawab dan

hubungan di sekolah; dan perkembangan profesional telah dianalisis dengan menggunakan statistik

deskriptif yang menggunakan nilai pengukuran seperti bilangan responden, peratus, min dan sisihan

piawai. Sehubungan itu, dapatan statistik deskriptif ini telah disokong oleh dapatan instumen temubual

separa struktur yang dilaksanakan ke atas 60 orang responden di enam zon yang berbeza. Maka, Jadual

2, Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan analisis dapatan kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif

yang disokong oleh dapatan kajian yang menggunakan kaedah kualitatif.

Jadual 2

Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran berdasarkan Persepsi Siswa Guru Setuju Tidak Setuju

Bil. Penyataan SS

N

(%)

S

N

(%)

TS

N

(%)

STS

N

(%)

Min Sisihan

Piawai

Tahap

1 Belajar secara

berdikari

34

(14.2)

65

(27.1)

84

(35)

57

(23.8)

2.84 1.208 Sederhana

2 Merancang pengajaran

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.19

.961

Sederhana

3 Menyedia bahan

pengajaran

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

2.95 1.069 Sederhana

4 Mengguna bahan

pengajaran.

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5) 3.05

1.181

Sederhana

5 Mengajar berkaitan

bidang PPG

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

3.25

1.033

Sederhana

6 Menyesuaikan PdP

dengan keperluan

pelajar

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40) 3.32

.992

Sederhana

7 Mengurus bilik darjah

62

(25.8)

48

(20.2)

74

(30.8)

56

(23.2)

2.95

1.069

Sederhana

8 Memantau kemajuan

pelajar

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.74 1.208 Sederhana

9 Mentaksir kemajuan

pelajar

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

3.19

.961

Sederhana

10 Mengurus rekod

pengurusan

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3)

2.95 1.069 Sederhana

11 Mengurus rekod

pengajaran

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10) 3.05

1.181

Sederhana

12 Menunjukkan

perkembangan

profesional secara

berterusan

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.84 1.108 Sederhana

Min Keseluruhan 3.04

1.001

Sederhana

SS÷Sangat Setuju, S÷Setuju, TS÷Tidak Setuju, STS÷Sangat Tidak Setuju

Page 11: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

39 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran dalam kajian

impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.04,

SP=1.001 pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati bahawa item menyesuaikan PdP dengan

keperluan pelajar merupakan item yang tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.32, SP=0.992 pada

tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi

responden adalah seperti berikut:

…saya sebagai guru amat mementingkan pengetahuan anak murid dari

apa yang disampaikan oleh saya. Sehubungan itu, saya sering

menyemak hasil kerja murid dan sering melihat kepada keperluan

murid. Keperluan murid dalam pembelajaran amatlah penting untuk

mereka memahami apa yang diajar oleh seseorang guru. Maka, saya

sentiasa berkongsi idea bersama murid saya dan mengenalpasti apa

yang mereka harapkan dalam pengajaran saya di kelas.

(INF1/Utara/05.05.2014)

Manakala, item memantau kemajuan pelajar merupakan item yang terendah dengan M=2.74,

SP=1.108 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan

dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...saya agak kurang memantau kemajuan murid sekiranya saya sedang

sibuk dengan kerja sekolah yang lain. Perkara ini harus diakui oleh

semua guru di mana, bebanan kerja di sekolah akan menyebabkan

mereka gagal untuk melaksanakan kerja yang cemerlang di dalam

kelas. Oleh itu, saya terpaksa memeriksa buku murid di rumah selepas

tamat waktu persekolahan.

(INF2/Tengah/08.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa pengetahuan kandungan pedagogi dan

kemahiran siswa guru semasa proses PdP Pendidikan Jasmani adalah baik dan berkesan. Siswa guru

PPG opsyen Pendidikan Jasmani telah membuktikan bahawa pengalaman yang melebihi sedekad amat

memberikan kenyakinan kepada mereka untuk mencuba pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza.

Jadual 3

Peranan, Tanggungjawab dan Hubungan di Sekolah berdasarkan Persepsi Siswa Guru Tinggi Rendah

Bil. Penyataan ST

N

(%)

T

N

(%)

R

N

(%)

SR

N

(%)

Min Sisihan

Piawai

Tahap

1 Bekerja secara

kolaborasi

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.82 1.108 Sederhana

2 Memainkan peranan

sebagai penggerak

utama dalam menjana

tindakan dan

perubahan

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3)

3.19

.931

Sederhana

3 Berkomunikasi

dengan ibubapa

pelajar

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

2.95 1.029 Sederhana

4 Melibatkan diri dalam

komuniti seperti

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

3.05

1.101

Sederhana

Page 12: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

40 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

khidmat sukarelawan,

kelas tambahan dan

lain-lain

5 Menguruskan urusan

pentadbiran panitia

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

3.25

1.032

Sederhana

6 Membuat tugasan di

sekolah sebagai

mentor, rakan kritik

dan guru pembimbing

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40) 3.32

.950

Sederhana

7 Membuat tugasan di

luar sekolah seperti

jurulatih peringkat

daerah, negeri,

pemeriksa peringkat

kebangsaan dan lain-

lain

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3) 2.95

1.032

Sederhana

8 Memberi penjagaan

pastoral (sokongan

rakan sebaya/

sokongan pelajar)

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.84 1.204 Sederhana

Min Keseluruhan 3.05

1.048

Sederhana

ST÷Sangat Tinggi, T÷Tinggi, R÷Rendah, SR÷Sangat Rendah

Jadual 3 menunjukkan tahap peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah dalam kajian

impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.05,

SP=1.048 pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati bahawa item membuat tugasan di sekolah

sebagai mentor, rakan kritik dan guru pembimbing merupakan item yang tertinggi dalam komponen

ini dengan M=3.32, SP=0.950 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan

temubual. Pandangan dan persepsi responden adalah seperti berikut:

…saya telah dilantik sebagai guru pebimbing oleh sekolah. Justeru,

saya telah membimbing beberapa orang murid dalam pelajaran

mereka. Saya adalah mentor yang sanggup berdepan dengan masalah

yang dihadapi oleh murid demi kemajuan prestasi mereka. Saya

sanggup melakukan semua tugasan yang diberikan oleh pentadbir

sekolah terutamanya yang berkaitan dengan murid.

(INF1/Selatan/15.05.2014)

Manakala, item bekerja secara kolaborasi merupakan item yang terendah dengan M=2.82,

SP=1.108 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan

dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...saya agak kurang selesa dengan rakan sekolah tidak dapat memberikan

komitmen yang baik ketika diarahkan melakukan sesuatu tugasan. Oleh

itu, saya agak sukar untuk berkalaborasi dengan orang lain. Saya takut

sekiranya hasil daripada kerjasama berpasukan itu tidak dapat

memberikan impak yang sepatutnya. Keputusan ini akan menyebabkan

saya kecewa dan mungkin akan menyalahkan kesilapan itu kepada orang

lain.

(INF2/Sarawak/18.05.2014)

Page 13: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

41 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa peranan, tanggungjawab dan hubungan

di sekolah antara siswa guru dan murid menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang baik dan

saling hormat-menghormati. Siswa guru PPG menunjukkan bahawa mereka amat bertanggungjawab

terhadap murid-murid di dalam kelas seperti memberi galakan dan memantau hasil kerja murid.

Jadual 4

Perkembangan Profesional berdasarkan Persepsi Siswa Guru Tinggi Rendah

Bil. Penyataan ST

N

(%)

T

N

(%)

R

N

(%)

SR

N

(%)

Min Sisihan

Piawai

Tahap

1 Sebagai guru kelas

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.74 1.184 Sederhana

2 Sebagai agen

perubahan

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.24

.991

Sederhana

3 Sebagai peserta dalam

proses perubahan

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

2.78 1.003 Sederhana

4 Sebagai pengurus

pembelajaran

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5) 3.15

1.181

Sederhana

5 Sebagai ahli kepada

kumpulan profesional

akademik luar

(contoh: MELTA,

CELTA, BERA)

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9) 3.35

.973

Sederhana

6 Sebagai ahli kepada

kumpulan profesional

untuk perbincangan

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.42

.968

Tinggi

7 Sebagai pengguna

teknologi

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

2.75

1.022

Sederhana

8 Sebagai penyelidik

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.94 1.208 Sederhana

9 Sebagai pemimpin

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.19

.961

Sederhana

10 Sebagai jurulatih

(Jurulatih Utama (JU))

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3)

2.95 1.039 Sederhana

11 Sebagai pembangun

kurikulum

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5) 3.25

1.081

Sederhana

12 Sebagai pemeriksa

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.84 1.208 Sederhana

Min Keseluruhan 3.07

1.028

Sederhana

ST÷Sangat Tinggi, T÷Tinggi, R÷Rendah, SR÷Sangat Rendah

Jadual 4 menunjukkan tahap perkembangan profesional dalam kajian impak PPG terhadap

PdP Pendidikan Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.07, SP=1.028 pada tahap

sederhana. Hasil kajian mendapati bahawa item sebagai ahli kepada kumpulan profesional untuk

perbincangan merupakan item yang tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.42, SP=0.968 pada

tahap tinggi. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi

responden adalah seperti berikut:

Page 14: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

42 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

…saya adalah seorang guru yang mudah dibawa berbincang mengenai

sesuatu perkara. Justeru, saya dilantik sebagai presiden kepada sebuah

kelab sukan di dalam daerah ini. Sungguhpun kelab tersebut bukanlah

di bawah naungan sekolah, namun saya sedia berbakti walau apa jua

kaadaan pun. Dalam masa yang sama, saya tidak akan sesekali

meninggalkan tugasan hakiki saya di sekolah.

(INF1/Sabah/16.05.2014)

Manakala, item sebagai guru kelas merupakan item yang terendah dengan M=2.74, SP=1.184

pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan

persepsi responden adalah seperti berikut:

...saya rasa semua guru sering menolak untuk menjadi guru kelas setiap

tahun. Ini kerana beban kerja yang agak banyak seperti menguruskan

murid, buku teks, kedatangan, markah murid dan masuk keluar murid di

dalam sistem pentadbiran. Saya sudah berpengalaman manjadi guru

kelas selama 15 tahun. Macam-macam yang telah saya tempuhi dan

lalui.

(INF2/Tengah/17.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa perkembangan profesional siswa guru

PPG adalah pada tahap yang positif di mana mereka sanggup mengorbankan masa pada hujung mingu

untuk belajar dan kembali semula ke sekolah untuk belajar. Siswa guru PPG menunjukkan bahawa

mereka amat profesional dalam menjalankan tugas hakiki dan dapat menyampaikan PdP Pendidikan

Jasmani dengan berkesan.

Tahap Komponen Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran; Peranan,

Tanggungjawab dan Hubungan Guru; dan Pembangunan Profesional terhadap Pentadbir

Sekolah

Seramai 240 orang pentadbir dari 240 buah sekolah telah dijadikan sebagai sampel kajian.

Dalam kajian ini, 240 orang sampel tersebut telah dibagaikan kepada 40 buah sekolah dari setiap enam

buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon, Zon Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak.

Maka, kajian ini boleh digeneralisasikan kepada populasi siswa guru PPG di IPG. Responden yang

dipilih adalah merupakan pentadbir di sekolah rendah yang sedang bertugas bersama siswa guru PPG

opsyen Pendidikan Jasmani yang masih menuntut di 27 buah kampus IPG di Malaysia. Maka, kajian

ini boleh digeneralisasikan kepada populasi pentadbir sekolah terhadap siswa guru PPG opsyen

Pendidikan Jasmani di Malaysia. Selanjutnya, kajian ini akan menguji tahap tiga komponen iaitu

pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran; peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah;

dan perkembangan profesional telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang

menggunakan nilai pengukuran seperti bilangan responden, peratus, min dan sisihan piawai.

Sehubungan itu, dapatan statistik deskriptif ini telah disokong oleh dapatan instumen temubual separa

struktur yang dilaksanakan ke atas 60 orang responden di enam zon yang berbeza. Maka, Jadual 5,

Jadual 6 dan Jadual 7 menunjukkan analisis dapatan kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif

yang disokong oleh dapatan kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Responden yang dipilih

adalah merupakan salah seorang pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan

Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang

bertugas bersama siswa guru PPG di sekolah yang sama.

Page 15: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

43 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Jadual 5

Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran berdasarkan Persepsi Pentadbir Sekolah

Setuju Tidak Setuju

Bil. Penyataan SS

N

(%)

S

N

(%)

TS

N

(%)

STS

N

(%)

Min Sisihan

Piawai

Tahap

1 Belajar secara

berdikari

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.64 1.208 Sederhana

2 Merancang

pengajaran

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.42

.980

Tinggi

3 Menyedia bahan

pengajaran

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

2.85 1.149 Sederhana

4 Mengguna bahan

pengajaran.

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5) 3.15

1.081

Sederhana

5 Mengajar berkaitan

bidang PPG

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

3.25

1.033

Sederhana

6 Menyesuaikan PdP

dengan keperluan

pelajar

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40) 3.14

1.108

Sederhana

7 Mengurus bilik

darjah

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3)

2.85

1.059

Sederhana

8 Memantau

kemajuan pelajar

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.74 1.108 Sederhana

9 Mentaksir

kemajuan pelajar

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

3.29

.971

Sederhana

10 Mengurus rekod

pengurusan

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

2.85 1.059 Sederhana

11 Mengurus rekod

pengajaran

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10) 3.15

1.161

Sederhana

12 Menunjukkan

perkembangan

profesional secara

berterusan

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.94 1.108 Sederhana

Min Keseluruhan 3.02

1.073

Sederhana

SS÷Sangat Setuju, S÷Setuju, TS÷Tidak Setuju, STS÷Sangat Tidak Setuju

Jadual 5 menunjukkan tahap pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran dalam kajian

impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.02,

SP=1.073 pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati bahawa item merancang pengajaran

merupakan item yang tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.42, SP=0.980 pada tahap tinggi.

Page 16: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

44 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi responden adalah

seperti berikut:

…bagi saya, siswa guru PPG ini sangat mementingkan persediaan

rancangan mengajar beliau. Ini kerana tanpa persiapan buku ringkasan

tersebut, maka tiadalah tanda seorang cikgu itu bersedia. Beliau sangat

rajin menyiapkan buku ringkasan tersebut dan sekaligus dapat

mengajar mengikut apa yang dirancang. Syabas diucapkan kepada

beliau.

(INF1/Utara/05.05.2014)

Manakala, item belajar secara berdikari merupakan item yang terendah dengan M=2.64,

SP=1.208 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan

dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...saya beranggapan bahawa cikgu ini masih lagi memerlukan

bimbingan. Ini kerana tanpa disuruh, beliau agak malas dan tidak mahu

melakukan sebarang tugasan yang diberikan dengan alasan sibuk

dengan tugasan PPG. Alasan sebegini yang saya tidak boleh terima

kerana beliau seharusnya bijak menguruskan masa tanpa mengabaikan

tugasan hakiki di sekolah. Kalau beliau bercakap bab poligami, pandai

pula bercakap mengenai pengurusan masa.

(INF2/Tengah/08.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa pengetahuan kandungan pedagogi dan

kemahiran pentadbir sekolah dalam menilai prestasi PdP Pendidikan Jasmani siswa guru terlatih ini

adalah baik dan berkesan. Siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani telah membuktikan bahawa

pengalaman yang melebihi sedekad amat memberikan kenyakinan kepada mereka untuk mencuba

pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza.

Jadual 6

Peranan, Tanggungjawab dan Hubungan di Sekolah berdasarkan Persepsi Pentadbir Sekolah

Tinggi Rendah

Bil. Penyataan ST

N

(%)

T

N

(%)

R

N

(%)

SR

N

(%)

Min Sisihan

Piawai

Tahap

1 Bekerja secara

kolaborasi

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.94 1.102 Sederhana

2 Memainkan

peranan sebagai

penggerak utama

dalam menjana

tindakan dan

perubahan

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.29

.991

Sederhana

3 Berkomunikasi

dengan ibubapa

pelajar

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3)

2.85 1.129 Sederhana

4 Melibatkan diri

dalam komuniti

seperti khidmat

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

3.05

1.101

Sederhana

Page 17: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

45 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

sukarelawan, kelas

tambahan dan lain-

lain.

5 Menguruskan

urusan pentadbiran

cth. Panitia

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9) 3.25

1.022

Sederhana

6 Membuat tugasan di

sekolah sebagai

mentor, rakan

kritik, guru

pembimbing dan

lain-lain.

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40) 2.92

1.178

Sederhana

7 Membuat tugasan di

luar sekolah seperti

jurulatih peringkat

daerah, negeri,

pemeriksa peringkat

kebangsaan dan

lain-lain.

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10) 3.42

.978

Tinggi

8 Memberi penjagaan

pastoral (sokongan

rakan sebaya/

sokongan pelajar)

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

2.94 1.204 Sederhana

Min Keseluruhan 3.07

1.069

Sederhana

ST÷Sangat Tinggi, T÷Tinggi, R÷Rendah, SR÷Sangat Rendah

Jadual 6 menunjukkan tahap peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah dalam kajian

impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.07,

SP=1.069 pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati bahawa item membuat tugasan di luar sekolah

seperti jurulatih peringkat daerah, negeri, pemeriksa peringkat kebangsaan dan lain-lain merupakan

item yang tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.42, SP=0.978 pada tahap tinggi. Dapatan

tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi responden adalah seperti

berikut:

…saya melihat guru ni dari sudut positif. Beliau sangat aktif di luar

seperti menjadi jurulatih sukan tenis sehingga ke peringkat

antarabangsa. Kami di sekolah amat berbangga dengan kejayaan

beliau. Namun, tidak dinafikan bahawa, disebabkan terlalu aktif di luar,

beliau terpaksa meninggalkan sekolah dalam tempoh yang agak lama.

(INF1/Selatan/15.05.2014)

Manakala, item berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar merupakan item yang terendah dengan

M=2.85, SP=1.129 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual.

Pandangan dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...guru ini agak jarang berkomunikasi dengan ibu bapa disebabkan

terlalu sibuk dengan tugasan di luar. Saya tidak begitu pasti sama ada

guru ini langsung tidak berkomunikasi ataupun tidak. Bagi saya

Page 18: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

46 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

biarpun sesibuk mana seseorang guru dengan tugasan hariannya, kita

haruslah sentiasa dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu

bapa. Guru perlu beranggapan bahawa ibu bapa adalah merupakan

salah seorang klien mereka di sekolah selain murid.

(INF2/Tengah/18.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa peranan, tanggungjawab dan hubungan

di sekolah antara pentadbir sekolah dan siswa guru menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang

baik dan saling hormat-menghormati. Pentadbir sekolah menunjukkan bahawa mereka amat

bertanggungjawab terhadap siswa guru di dalam kelas seperti memberi galakan dan membantu tugasan

yang diberikan oleh pensyarah.

Jadual 7

Perkembangan Profesional berdasarkan Persepsi Pentadbir Sekolah

Tinggi Rendah

Bil. Penyataan ST

N

(%)

T

N

(%)

R

N

(%)

SR

N

(%)

Min Sisihan

Piawai

Tahap

1 Sebagai guru kelas

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.94 1.084 Sederhana

2 Sebagai agen

perubahan

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.52

.958

Tinggi

3 Sebagai peserta

dalam proses

perubahan

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

2.88 1.003 Sederhana

4 Sebagai pengurus

pembelajaran

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5) 3.25

1.181

Sederhana

5 Sebagai ahli kepada

kumpulan

profesional

akademik luar

(contoh: MELTA,

CELTA, BERA)

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9) 3.45

.973

Tinggi

6 Sebagai ahli kepada

kumpulan

profesional untuk

perbincangan

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40) 3.34

.998

Tinggi

7 Sebagai pengguna

teknologi.

62

(26.7)

67

(27.7)

67

(27.7)

44

(18.3)

2.81

1.222

Sederhana

8 Sebagai penyelidik

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

3.14 1.108 Sederhana

9 Sebagai pemimpin

67

(5)

33

(10)

77

(5)

63

(40)

3.29

.961

Sederhana

10 Sebagai jurulatih

(Jurulatih Utama

(JU))

64

(15)

46

(15)

76

(10)

54

(10)

3.05 1.039 Sederhana

11 Sebagai pembangun

kurikulum

78

(32.5)

42

(17.5)

54

(22.5)

66

(27.5)

3.15

1.081

Sederhana

Page 19: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

47 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

12 Sebagai pemeriksa

35

(14.6)

65

(27.1)

85

(35.4)

55

(22.9)

2.94 1.208 Sederhana

Min Keseluruhan 3.15

1.059

Sederhana

ST÷Sangat Tinggi, T÷Tinggi, R÷Rendah, SR÷Sangat Rendah

Jadual 7 menunjukkan tahap perkembangan profesional dalam kajian impak PPG terhadap

PdP Pendidikan Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.15, SP=1.059 pada tahap

sederhana. Hasil kajian mendapati bahawa item sebagai agen perubahan merupakan item yang

tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.52, SP=0.958 pada tahap tinggi. Dapatan tersebut adalah

selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi responden adalah seperti berikut:

…guru PPG tersebut adalah merupakan seorang guru yang komited

dengan kerjanya. Oleh itu, beliau merupakan agen perubahan dan

contoh kepada murid-murid. Gaya percakapan, corak pemakaian, budi

bicara dan teknik pengajaran sering dijadikan contoh kepada cikgu-

cikgu lain di sekolah. Walaupun beliau sibuk sebagai guru PPG, beliau

masih lagi mampu melakukan tugas beliau di sekolah dengan baik dan

berkesan.

(INF1/Selatan/16.05.2014)

Manakala, item sebagai pengguna teknologi merupakan item yang terendah dengan M=2.81,

SP=1.222 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut adalah selari dengan dapatan temubual. Pandangan

dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...beliau ni agak veteran jika dibandingkan dengan pakar-pakar

teknologi maklumat di sekolah ini. Guru yang agak berumur

sememangnya agak sukar untuk menerima penggunaan teknologi

maklumat ini. Namun, beliau haruslah belajar bagaimana untuk

menggunakan teknologi terkini walaupun terpaksa menggunakannya

hanya untuk menyiapkan tugasan PPG.

(INF2/Tengah/17.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa perkembangan profesional siswa guru

PPG adalah pada tahap yang positif di mana mereka sanggup mengorbankan masa pada hujung mingu

untuk belajar dan kembali semula ke sekolah untuk belajar. Pentadbir sekolah pula menunjukkan

bahawa mereka amat profesional dalam menjalankan tugas hakiki dan membantu siswa guru PPG

dalam menyampaikan PdP Pendidikan Jasmani dengan berkesan.

Tahap Faktor Komponen Instrumen Soal Selidik

Jadual 8

Tahap Faktor Komponen Kajian Impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di Sekolah

berdasarkan Persepsi Siswa Guru

Kedudukan Komponen Kekangan Min Skala Pemeringkatan Min

1 Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan

Kemahiran

3.04

Sederhana

2 Peranan, Tanggungjawab dan

Hubungan di Sekolah

3.05 Sederhana

3 Perkembangan Profesional 3.07 Sederhana

Berdasarkan Jadual 8, tahap faktor komponen kajian impak PPG terhadap PdP Pendidikan

Jasmani di sekolah bagi siswa guru telah ditentukan dengan menggunakan skala pemeringkatan min.

Page 20: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

48 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Data tersebut menunjukkan, tahap komponen perkembangan profesional merupakan tahap yang

tertinggi diikuti dengan komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah pada tahap yang

sederhana. Manakala, komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran pula menduduki di

tangga yang terakhir dengan juga skala pemeringkatan min yang sederhana. Ini menjelaskan bahawa,

ketiga-tiga komponen bagi siswa guru PPG tersebut mempunyai perkaitan yang tinggi dan impak PPG

ini secara tidak langsung mempengaruhi pelaksanaan PdP Pendidikan Jasmani yang berkesan di

sekolah.

Jadual 9

Tahap Komponen Kajian Impak PPG terhadap PdP di Sekolah berdasarkan Persepsi Pentadbir

Sekolah

Kedudukan Komponen Kekangan Min Skala Pemeringkatan Min

1 Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan

Kemahiran

3.02

Sederhana

2 Peranan, Tanggungjawab dan

Hubungan di Sekolah

3.07 Sederhana

3 Perkembangan Profesional 3.15 Sederhana

Berdasarkan Jadual 9, tahap faktor komponen kajian impak PPG terhadap PdP Pendidikan

Jasmani di sekolah bagi pentadbir sekolah telah ditentukan dengan menggunakan skala pemeringkatan

min. Data tersebut menunjukkan, tahap komponen perkembangan profesional merupakan tahap yang

tertinggi diikuti dengan komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah pada tahap yang

sederhana. Manakala, komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran pula menduduki di

tangga yang terakhir dengan juga skala pemeringkatan min yang sederhana. Ini menjelaskan bahawa,

ketiga-tiga komponen bagi pentadbir sekolah juga tersebut mempunyai perkaitan yang tinggi dan

impak PPG ini secara tidak langsung mempengaruhi pelaksanaan PdP yang berkesan di sekolah.

Pekali Kolerasi “Pearson Product-Moment”

Jadual 10

Hubungan Komponen Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran antara Siswa Guru dan

Pentadbir Sekolah Sumber Min Komponen

Pengetahuan

Kandungan Pedagogi

dan Kemahiran Siswa

Guru

Min Komponen

Pengetahuan

Kandungan Pedagogi

dan Kemahiran

Pentadbir Sekolah

Min Komponen

Pengetahuan Kandungan

Pedagogi dan Kemahiran

Siswa Guru

“Pearson Correlation” 1 .625

“Sig. (2-tailed)” -.002

Min Komponen

Pengetahuan Kandungan

Pedagogi dan Kemahiran

Pentadbir Sekolah

“Pearson Correlation”

.625 1

“Sig. (2-tailed)” -.002 p > 0.05

Jadual 10 menunjukkan, kolerasi komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran

antara siswa guru dan pentadbir sekolah adalah sederhana dengan nilai r=0.625. Kolerasi tersebut

adalah signifikan kerana kurang daripada 0.05. Ini bermakna, hubungan antara komponen pengetahuan

kandungan pedagogi dan kemahiran bagi siswa guru dan pentadbir sekolah adalah kuat. Dapatan ini

selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi responden adalah seperti berikut:

Page 21: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

49 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

...hubungan pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran amat

penting dalam menjana pendidikan murid pada masa kini. Cikgu perlu

menguasai teknik pengajaran yang berkesan dan sekaligus ia dapat

meningkatkan sesuatu ilmu dalam mata pelajaran yang diajar.

Pentadbir perlu memainkan peranan dalam menbentuk ilmu para guru

dengan mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menghantar

cikgu ke kursus-kursus tertentu. Sehubungan itu, guru pula dinasihatkan

jangan mengelak dari menghadiri kursus tersebut.

(INF4/Tengah/22.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa pengetahuan kandungan pedagogi dan

kemahiran adalah pada tahap yang positif di mana mereka sanggup meluangkan masa bersama dan

saling tolong menolong antara satu sama lain. Penyelidik mendapati bahawa, pentadbir sekolah amat

mengambil berat tentang PdP siswa guru di dalam kelas. Mereka sering berkongsi pandapat dan

memberi cadangan untuk meningkatkan tahap PdP siswa guru ke arah yang lebih baik.

Jadual 11

Hubungan Komponen Peranan, Tanggungjawab dan Hubungan di Sekolah antara Siswa Guru dan

Pentadbir Sekolah Sumber Min Komponen

Peranan,

Tanggungjawab dan

Hubungan di Sekolah

bagi Siswa Guru

Min Komponen

Peranan,

Tanggungjawab dan

Hubungan di Sekolah

bagi Pedtadbir Sekolah

Min Komponen Peranan,

Tanggungjawab dan

Hubungan di Sekolah

bagi Siswa Guru

“Pearson Correlation” 1 .616*

“Sig. (2-tailed)” -.002

Min Komponen Peranan,

Tanggungjawab dan

Hubungan di Sekolah

bagi Pentadbir Sekolah

“Pearson Correlation”

.616* 1

“Sig. (2-tailed)” -.002 p > 0.05

Jadual 11 menunjukkan, kolerasi komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah

antara siswa guru dan pentadbir sekolah adalah baik dengan nilai r=0.616. Kolerasi tersebut adalah

signifikan kerana kurang daripada 0.05. Ini bermakna, hubungan antara komponen peranan,

tanggungjawab dan hubungan di sekolah bagi siswa guru dan pentadbir sekolah adalah sederhana.

Dapatan ini selari dengan dapatan temubual. Pandangan dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...hubungan antara guru PPG dan pentadbir haruslah saling faham-

memahami. Ini adalah demi kepentingan kedua-dua belah pihak.

Sebagai contoh, pentadbir harus membenarkan guru PPG menghadiri

kelas pada hujung minggu dan membenarkan mereka menduduki

peperiksaan pada hari tertentu. Manakala, guru PPG pula perlu

melaksanakan tugas hakiki dengan baik di dalam kelas. Kelas adalah

tempat kita berkongsi ilmu dengan murid dan bukannya tempat mencari

ilham untuk menyelesaikan tugasan PPG. Maka, kedua-dua harus

faham mengenai tugasan tersebut.

(INF5/Timur/28.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa komponen peranan, tanggungjawab dan

hubungan di sekolah antara siswa guru dan pentadbir sekolah adalah pada tahap yang positif di mana

Page 22: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

50 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

mereka betanggangungjawab demi kemajuan anak didik di sekolah tanpa mengira latar belakang

seseorang murid. Penyelidik mendapati bahawa, pentadbir sekolah dan siswa guru memainkan

peranan yang penting dalam memastikan setiap murid memahami isi kandungan pengetahuan,

kemahiran dan ilmu Pendidikan Jasmani yang disampaikan.

Jadual 12

Hubungan Komponen Perkembangan Profesional antara Siswa Guru dan Pentadbir Sekolahp > 0.05

Sumber Min Kekangan Pentadbiran

Min Kekangan Guru

Pendidikan Jasmani Min Komponen

Perkembangan

Profesional bagi Siswa

Guru

“Pearson

Correlation” 1 .651

“Sig. (2-tailed)” -.002

Min Komponen

Perkembangan

Profesional bagi

Pedtadbir Sekolah

“Pearson

Correlation” .651 1

“Sig. (2-tailed)” -.002 p > 0.05

Jadual 12 menunjukkan, kolerasi komponen perkembangan profesional antara siswa guru dan

pentadbir sekolah adalah sederhana dengan nilai r=0.651. Kolerasi tersebut adalah signifikan kerana

kurang daripada 0.05. Ini bermakna, hubungan antara komponen perkembangan profesional bagi siswa

guru dan pendtadbir sekolah adalah sederhana. Dapatan ini selari dengan dapatan temubual.

Pandangan dan persepsi responden adalah seperti berikut:

...hubungan professional antara guru PPG dan pentadbir sekolah

adalah seperti saling bekerjasama dalam menguruskan murid,

menguruskan sesuatu acara rasmi dan melaksanakan apa yang

diarahkan oleh pentadbir. Hubungan ini adalah sangat penting dalam

meningkatkan prestasi sekolah dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Dalam masa yang sama, guru dalam meningkatkan kecekapan

kemahiran dalam menguruskan sesuatu perkara.

(INF3/Utara/21.05.2014)

Dari sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa perkembangan profesional antara siswa

guru dan pentadbir sekolah adalah sederhana di mana mempunyai tugasan yang lain selain PdP. Mata

pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang memerlukan guru yang berkemahiran.

Justeru, siswa guru Pendidikan Jasmani dilihat mampu menyumbangkan tenaga dan sikap profesional

mereka seperti sanggup berjemur di tengah padang dan mengajar di luar waktu persekolahan.

Penyelidik juga mendapati bahawa, pentadbir sekolah amat menyokong dan menggalakkan siswa guru

dalam menyampaikan PdP yang berkesan di samping membantu mereka di padang.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Secara umumnya, kesan ke atas diri siswa guru PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di

sekolah adalah pada tahap yang sederhana berdasarkan persepsi pentadbir sekolah ke atas siswa guru

PPG yang mereka kenali. Berdasarkan dapatan kajian, tahap faktor komponen kajian impak PPG

terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah bagi pentadbir sekolah telah ditentukan dengan

menggunakan skala pemeringkatan min yang pada asasnya dibentuk oleh Mohd Majid (2009). Data

tersebut menunjukkan, tahap komponen perkembangan profesional merupakan tahap yang tertinggi

Page 23: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

51 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

diikuti dengan komponen peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah pada tahap yang

sederhana. Manakala, komponen pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran pula menduduki di

tangga yang terakhir dengan juga skala pemeringkatan min yang sederhana. Ini menjelaskan bahawa,

ketiga-tiga komponen bagi pentadbir sekolah juga tersebut mempunyai perkaitan yang tinggi dan

impak PPG ini secara tidak langsung mempengaruhi pelaksanaan PdP Pendidikan Jasmani yang

berkesan di sekolah. Ini menunjukkan bahawa, pentadbir sekolah menyokong penuh siswa guru PPG

ini menyambung pelajaran dan meningkatkan ilmu konten dalam PdP Pendidikan Jasmani mereka

(Fatimah, 2012).

Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran berdasarkan Persepsi Siswa Guru

Persepsi siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani menunjukkan komponen pengetahuan

kandungan pedagogi dan kemahiran adalah pada tahap sederhana dengan min keseluruhan ialah

M=3.04, SP=1.001. Ini menunjukkan bahawa, siswa guru amat mementingkan pengetahuan anak

murid dari apa yang disampaikan oleh mereka. Sehubungan itu, mereka harus menyemak hasil kerja

murid dan melihat keperluan murid di sekolah (Ibrahim, 2010). Manakala, hasil kajian mendapati

bahawa item menyesuaikan PdP dengan keperluan pelajar merupakan item yang tertinggi dalam

komponen ini dengan M=3.32, SP=0.992 pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa, keperluan

murid dalam pembelajaran amatlah penting untuk difahami oleh seseorang guru. Maka, guru

hendaklah sentiasa berkongsi idea bersama murid dan mengenalpasti apa yang mereka harapkan dalam

sesebuah PdP Pendidikan Jasmani (Jamaluddin, 2011).

Peranan, Tanggungjawab dan Hubungan di Sekolah berdasarkan Persepsi Siswa Guru

Selanjutnya, persepsi siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani menunjukkan komponen

peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah adalah pada tahap sederhana dengan min

keseluruhan ialah M=3.05, SP=1.048. Dapatan ini disokong oleh Rauzah dan Muhammad (2013)

bahawa, guru yang cemerlang mampu melakukan pelbagai kerja walaupun mereka mempunyai tugas

lain yang perlu diselesaikan. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa item membuat tugasan di

sekolah sebagai mentor, rakan kritik dan guru pembimbing merupakan item yang tertinggi dalam

komponen ini dengan M=3.32, SP=0.950 pada tahap sederhana. Dapatan tersebut disokong oleh Rosli

(2013) yang menjelaskan bahawa, seorang guru Pendidikan Jasmani yang cemerlang harus sanggup

melakukan semua tugasan yang diberikan oleh pentadbir terutamanya yang berkaitan dengan murid.

Perkembangan Profesional berdasarkan Persepsi Siswa Guru

Selain itu, persepsi siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani menunjukkan komponen

perkembangan profesional adalah pada tahap sederhana dengan min keseluruhan ialah M=3.07,

SP=1.028. Dapatan ini disokong oleh Siti Hasanah (2013) yang menjelaskan bahawa, seorang guru

yang mudah didekati oleh masyarakat adalah seorang guru yang mudah dibawa berbincang mengenai

sesuatu perkara. Hasil kajian ini mendapati bahawa, item sebagai ahli kepada kumpulan profesional

untuk perbincangan merupakan item yang tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.42, SP=0.968

pada tahap tinggi. Dapatan tersebut disokong oleh Fatimah (2012) bahawa, guru yang sibuk dalam

tugasan profesional tidak boleh sesekali meninggalkan tugasan hakiki di sekolah.

Pengetahuan Kandungan Pedagogi dan Kemahiran berdasarkan Persepsi Pentadbir Sekolah

Persepsi siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani terhadap komponen pengetahuan

kandungan pedagogi dan kemahiran dalam kajian ini adalah pada tahap sederhana dengan min

keseluruhan M=3.02, SP=1.073. Hasil kajian mendapati bahawa item merancang pengajaran

merupakan item yang tertinggi dalam komponen ini dengan M=3.42, SP=0.980 pada tahap tinggi. Ini

menunjukkan bahawa, pentadbir sekolah amat mementingkan pengetahuan yang ada pada para guru

untuk disampaikan kepada anak murid (Ibrahim, 2010). Pentadbir sekolah berpendapat bahawa siswa

guru PPG ospyen Pendidikan Jasmani sangat mementingkan persediaan rancangan mengajar mereka.

Pendapat ini disokong oleh Jamaluddin (2011) bahawa, guru yang cemerlang hendaklah sentiasa tidak

malu mencari ilmu serta sanggup meningkatkan taraf pengetahuan mereka.

Page 24: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

52 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

Peranan, Tanggungjawab dan Hubungan di Sekolah berdasarkan Persepsi Pentadbir Sekolah

Selanjutnya, persepsi siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani menunjukkan komponen

peranan, tanggungjawab dan hubungan di sekolah dalam kajian impak PPG terhadap PdP Pendidikan

Jasmani di sekolah dengan min keseluruhan ialah M=3.07, SP=1.069 pada tahap sederhana. Hasil

kajian mendapati bahawa item membuat tugasan di luar sekolah seperti jurulatih peringkat daerah,

negeri, pemeriksa peringkat kebangsaan dan lain-lain merupakan item yang tertinggi dalam komponen

ini dengan M=3.42, SP=0.978 pada tahap tinggi. Persepsi pentadbir sekolah menjelaskan bahawa,

mereka amat menggalakkan guru Pendidikan Jasmani untuk menggalas tugasan di luar dan berbakti

dalam pelbagai aktiviti sukan. Dapatan tersebut disokong oleh Rosli (2013) yang menjelaskan bahawa,

seorang guru Pendidikan Jasmani yang cemerlang harus meletakkan diri mereka sebagai guru yang

sanggup melakukan pelbagai tugasan tanpa memberi sebarang alasan.

Perkembangan Profesional berdasarkan Persepsi Pentadbir Sekolah

Selain itu, persepsi siswa guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani menunjukkan komponen

perkembangan profesional dalam kajian impak PPG terhadap PdP Pendidikan Jasmani di sekolah

dengan min keseluruhan ialah M=3.15, SP=1.059 pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati

bahawa item sebagai agen perubahan merupakan item yang tertinggi dalam komponen ini dengan

M=3.52, SP=0.958 pada tahap tinggi. Persepsi pentadbir sekolah menjelaskan bahawa, mereka amat

menggalakkan guru Pendidikan Jasmani ini melanjutkan pelajaran demi kerjaya dan perkembangan

profesionalisme keguruan. Dapatan tersebut disokong oleh Fatimah (2012) bahawa, guru Pendidikan

Jasmani merupakan guru yang paling penting di sekolah kerana dengan pengalaman dan kemahiran

mereka, mereka amat diperlukan untuk membantu pelbagai tugasan yang tidak mampu dilaksanakan

oleh sesetengah guru mata pelajaran lain.

IMPLIKASI

Hasil kajian ini menunjukkan tanda positif walaupun peningkatan PPG terhadap PdP

Pendidikan Jasmani di sekolah hanya menunjukkan pada tahap yang sederhana. Ini bermakna, siswa

guru PPG opsyen Pendidikan Jasmani perlu memanfaatkan pengetahuan yang dipelajari di IPG atau di

universiti untuk mempraktikkan dan sekaligus meningkatkan tahap PdP mereka di sekolah. Kajian ini

telah memberi penumpuan terhadap keberkesanan pengajian PJJ dalam mata pelajaran Pendidikan

Jasmani serta dapat memberikan satu panduan dan penambahbaikan kepada program yang bakal

dijalankan oleh IPG atau universiti di masa akan datang. Selain itu, kajian ini juga telah mengukuhkan

lagi kajian-kajian lepas mengenai keberkesanan PdP guru Pendidikan Jasmani yang sedang menuntut

ilmu melalui PJJ.

KESIMPULAN

Matlamat PPG untuk meningkatkan tahap kelayakan pendidikan Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) jelas dapat memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan PPG mampu memberikan manfaat

kepada siswa guru opsyen Pendidikan Jasmani dari segi kaedah pengajaran dan mencipta inovasi

baharu dari sudut membina bahan bantu mengajar. Kementerian Pendidikan Malaysia amat

menggalakkan semua guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi masa depan

anak-anak Malaysia. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah penting dan mereka perlu

mempunyai semangat daya saing untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Maka, pendidikan guru tidak

seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan. Kejayaan serta

kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus

memajukan diri. Justeru, perubahan dunia pendidikan memerlukan guru yang sentiasa berusaha untuk

menambah ilmu pengetahuan.

Page 25: IMPAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP …

53 http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2014, Bil. 1, Isu 3

RUJUKAN

Creswell, J. W., & Clark, V. L. P. (2011). Designing and conducting mixed methods research (2nd

Ed.). New York, NY: Sage.

Fatimah Sulaiman. (2012). Konsep pembelajaran melalui e-learning. Jurnal Pendidikan Jarak Jauh,

8(12), 18-27.

Ibrahim Sulan. (2010). Pendekatan dan kaedah pengajaran pensyarah terhadap pendidikan jarak jauh.

Jurnal Pengurusan Pendidikan, 8(3), 54-66.

Jamaluddin Khalid. (2011). Kepuasan pelajar melalui pendidikan jarak jauh. Jurnal Pendidikan Jarak

Jauh, 2(13), 34-41.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam

Belajar, Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rauzah, N. A. M. A & Muhammad A. Z. (2013). Kekuatan dan kelemahan pembelajaran jarak jauh.

Jurnal Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan 5(8), 32-43.

Rosli Kamarudin. (2013). Kegagalan pelajar pendidikan jarak jauh dalam pengajian Sains. Jurnal

Pendidikan Sains, 9(2), 23-38.

Siti Hasanah Ilham. (2013). Teknik pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar jarak jauh. Jurnal

Pengurusan Pendidikan, 2(8), 21-29.