Author
vuongdan
View
263
Download
0
Embed Size (px)
IMPAK PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA (PBSB) ANJURAN
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, KELANTAN
(JKKN/KN)
Mohd Ikhwan Hafiz Bin Mohd Yuzaidi
24108
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
2012
IMPAK PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA (PBSB) ANJURAN JABATAN
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, KELANTAN (JKKN/KN)
MOHD IKHWAN HAFIZ BIN MOHD YUZAIDI
24108
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2012
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: IMPAK PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA (PBSB) ANJURAN
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, KELANTAN
(JKKN/KN)
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya MOHD IKHWAN HAFIZ BIN MOHD YUZAIDI mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan
Disahkan
________________________ ________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap:
No. 106, Kg Dewan Besar 18500 Machang
Kelantan
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/Laboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu
dikelaskan SULIT atau TERHAD
i
PENGAKUAN
Projek bertajuk “Impak Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) Anjuran Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan (JKKN/KN)” telah disediakan Mohd
Ikhwan Hafiz bin Mohd Yuzaidi dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
__________________________
(Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Abdullah)
Tarikh
__________________________
ii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Illahi dengan
limpah kurniaNYA dan kerana dengan taufik dan hidayatNYA dapat jua tesis ini
diselesaikan akhirnya.
Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Tn.
Hj. Mohd Ghazali bin Abdullah serta pensyarah-pensyarah atas bimbingan dan dorongan
yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan tesis ini.
Setinggi-tingi penghargaan untuk ibu, Che Noraishah binti Che Mat dan ayah,
Mohd Yuzaidi bin Hasan, serta ahli keluarga yang lain yang tidak jemu-jemu mendoakan
kejayaan saya dunia dan akhirat. Dorongan kata-kata semangat dan sokongan dari segi
moral dan kewangan daripada mereka terpahat kukuh di hati dan tidak akan dilupakan
sampai bila-bila.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Kebudayaan dan Kebudayaan Negara, Kelantan
(JKKN/KN) kerana telah banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat mengenai
Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB). Maklumat dan kerjasama yang telah diberikan
oleh pihak jabatan telah banyak membantu dalam menyiapkan tesis ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu sepanjang tempoh penyeliaan tesis ini. Tidak lupa juga kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada UNIMAS, kerana tempat inilah yang telah
banyak mengajar saya tentang ilmu dan keilmuan.
iii
ISI KANDUNGAN
HALAMAN TAJUK
BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ISI KANDUNGAN iii
ABSTRAK xi
ABSTRACT xii
BAB 1 (PENGENALAN)
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Sejarah Kesenian Tradisional di negeri Kelantan 2
1.1.2 Sejarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Kelantan (JKKN/KN) 5
1.2 Permasalahan Kajian 8
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Hipotesis 9
1.6 Kaedah Kajian 10
1.7 Kerangka Kajian 10
1.8 Pengumpulan Data 13
1.9 Skop Kajian 13
1.10 Kepentingan Kajian 14
1.11 Organisasi Tesis 15
iv
BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan 18
(JKKN/KN)
2.3 Perkaitan Pengurusan dengan PBSB 20
2.4 Perkaitan Bimbingan dengan PBSB 23
2.5 Perkaitan Seni Budaya dengan PBSB 25
2.6 Perkaitan Pembelajaran dengan PBSB 27
2.7 Perkaitan Impak / Implikasi dengan PBSB 30
2.8 Kesimpulan 31
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Lokasi Kajian 34
3.3 Sumber Data 35
3.3.1 Data Primer 35
3.3.2 Data Sekunder 37
3.4 Populasi 38
3.5 Persampelan 39
3.6 Instrumen kajian 41
3.7 Limitasi Kajian 43
3.8 Rumusan dan Kesimpulan 45
v
BAB 4 : ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Penganalisaan Data 47
4.2.1 Temuramah 48
4.2.1.1 Pn. Normalini binti Sudin – Pegawai Kebudayaan 50
JKKN/KN
4.2.1.2 En. Hakimy Riduan bin Ab. Kadir 52
4.2.2 Borang Soal Selidik 54
4.2.2.1 Demografik 55
4.2.2.2 Penglibatan & Pengetahuan Responden mengenai 62
JKKN/KN
4.2.2.3 Impak PBSB & Pandangan Responden mengenai PBSB 68
4.3 Kesimpulan 94
BAB 5 : CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 96
5.2 Rumusan Kajian 97
5.3 Cadangan 101
5.4 Cadangan untuk Kajian Akan Datang 102
5.5 Kesimpulan 103
RUJUKAN 106
vi
LAMPIRAN
Lampiran A Borang Soal Selidik 108
Lampiran B Soalan Temubual 114
Lampiran C Temubual bersama Pegawai Kebudayaan di JKKN/KN,
Pn. Normalini binti Sudin 115
Lampiran D Temubual Pembantu PBSB di JKKN/KN,
En. Hakimy Riduan bin Ab. Kadir 115
Lampiran E Carta Organisasi JKKN/KN 116
Lampiran F Maklumat Program Bimbingan Seni Budaya Negara (PBSB)
oleh (JKKN/KN) 117
Lampiran G Aktiviti tarian KTB 128
Lampiran H Aktiviti Tarian KTB 128
Lampiran I Aktiviti Teater KTB 129
Lampiran J Aktiviti Muzik Dikir Barat KTB 129
Lampiran K Aktiviti Muzik Asli KGB 130
Lampiran L Aktiviti Muzik Wayang Kulit KGB 130
Lampiran M Aktiviti Muzik Kompang KGB 131
Lampiran N Aktiviti Muzik Dikir Tradisional BSBR 131
Lampiran O Aktiviti Muzik Dikir Barat BSBR 132
Lampiran P Aktiviti Muzik Wayang Kulit BSBR 132
Lampiran Q Poster Kajian 133
vii
ABBREVIATIONS / SINGKATAN
JKKN/KN Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
KEKKWA Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
KPKK Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
PBSB Program Bimbingan Seni Budaya
KTB Kelab Tunas Budaya
KGB Kelab Giat Budaya
BSBR Bimbingan Seni Budaya Rakyat
JSBN Jurulatih Seni Budaya Negara
PKMA Pusat Khidmat Maklumat Akademik
UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak
viii
SENARAI RAJAH
PERKARA MUKA SURAT
RAJAH 1.1 “The Fan” Theory by Richard Schechner 10
RAJAH 1.2 Pengadaptasian daripada Kerangka Teori “The Fan” 11
RAJAH 1.3 Informan yang ditemubual di JKKN/KN 49
SENARAI CARTA PAI
PERKARA MUKA SURAT
RAJAH 1 (a) Jantina 55
RAJAH 1 (b) Umur 56
RAJAH 1 (c) Bangsa 57
RAJAH 1 (d) Status Perkahwinan 58
RAJAH 1 (e) Tahap Pendidikan 59
RAJAH 1 (f) Pekerjaan 61
RAJAH 2 (a) Taburan Responden yang Mengenali JKKN/KN 62
RAJAH 2 (b) Pernah mengunjungi JKKN/KN 63
RAJAH 2 (c) Pernah menghadiri mana-mana aktiviti PBSB 64
RAJAH 2 (d) Aktiviti PBSB yang menarik minat responden 65
RAJAH 2 (e) Aktiviti PBSB perlu diteruskan dari semasa
ke semasa 67
ix
SENARAI GRAF
PERKARA MUKA SURAT
Rajah 3
RAJAH (a) PBSB dapat memberikan impak kepada peserta 68
RAJAH (b) PBSB merupakan aktiviti berfaedah 70
RAJAH (c) Pengetahuan peserta tentang kesenian dan kebudayaan
setelah mengikuti PBSB 71
RAJAH (d) Kepuasan peserta dengan aktiviti yang dijalankan dalam PBSB 72
RAJAH (e) PBSB dapat menarik minat responden 74
RAJAH (f) Bentuk-bentuk aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian 75
RAJAH (g) Mengaplikasikan atau mempraktikkan apa yang
dipelajari dalam PBSB 76
RAJAH (h) Peserta PBSB lebih berminat dengan kesenian dan
kebudayaan tradisional Kelantan setelah mengikuti PBSB 78
RAJAH (i) Banyak maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai seni budaya
yang diperoleh setelah mengikuti PBSB 79
RAJAH (j) PBSB dapat menjadikan peserta seorang yang
celik budaya 80
RAJAH (k) Peserta dapat mengasah bakat yang ada setelah menyertai
PBSB 82
RAJAH (l) PBSB dapat mendisiplinkan diri peserta yang
terlibat 83
RAJAH (m) Peserta dapat mendalami dan menghayati warisan
x
seni budaya tradisional setelah mengikuti PBSB 84
RAJAH (n) Aktiviti PBSB dapat mengisi masa lapang
peserta 86
RAJAH (o) Aktiviti PBSB dapat menambahkan keyakinan diri peserta 87
RAJAH (p) Aktiviti PBSB menepati citarasa peserta 88
RAJAH (q) JSBN dapat menyampaikan objektif pembelajaran dengan baik 90
RAJAH (r) PBSB dapat memelihara, memulihara dan memartabatkan seni
budaya tradisional masyarakat negeri Kelantan. 91
RAJAH (s) Peserta PBSB dapat menjadi pelapis kepada warisan seni
budaya tradisional tinggalan nenek moyang masyarakat di
negeri Kelantan 93
xi
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dan mencadangkan
keberkesanan Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) anjuran Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan (JKKN/KN). Kajian ini dijalankan
menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Objektif yang ingin dicapai bagi
kajian ini ialah (i) Memaparkan aktiviti PBSB oleh JKKN/KN, (ii) Mengenalpasti
peserta PBSB dan (iii) Menganalisis impak terhadap peserta PBSB. Aktiviti PBSB
adalah satu usaha mendidik, membimbing dan mengasuh peserta PBSB melalui seni
budaya yang berterusan dan ianya dapat memberikan impak kepada setiap para
peserta PBSB. Dapatan kajian ini menunjukkan PBSB anjuran JKKN/KN dapat
memberi impak kepada para peserta PBSB. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa PBSB perlu diteruskan dari semasa ke semasa supaya dapat memelihara
dan memulihara dan memartabatkan warisan seni budaya masyarakat negeri
Kelantan.
xii
Abstract
The purpose of this study was to analyze and propose the effectiveness of Arts and
Culture Guidance Programme (PBSB) that organized by the Department of Culture
and Arts, Kelantan (JKKN / KN). This study was conducted by using quantitative
and qualitative methods. The objectives of this study were (i) Identify PBSB activity
by JKKN / KN, (ii) Identify the participants PBSB and (iii) Analyze the impact on
participants PBSB. PBSB activity is an effort to educate, guide and nurture
participants PBSB through continuous culture and it can give impact to each of the
participants PBSB. The findings of this study showed PBSB organized JKKN / KN
give impact on the participants PBSB. Lastly, the findings also indicated that the
PBSB should continue from time to time in order to protect and conserve cultural
heritage and to uphold the Kelantan people.
1
BAB SATU: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Program Bimbingan Seni Budaya Negara (PBSB) merupakan suatu program
yang mendapat kerjasama erat antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
(JKKN) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK)
dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejak tahun
1996 yang lalu. Program ini dijalankan bagi mencapai objektifnya untuk: (i)
mewujudkan masyarakat Malaysia yang berbudaya luhur dan seimbang, (ii)
masyarakat yang celik seni budaya, (iii) mewujudkan jati diri bangsa Malaysia dan
(iv) memberi peluang ekonomi dan pekerjaan. Bagi merealisasikan objektif ini,
pihak Jabatan telah melahirkan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) melalui
kursus khas dalam pelbagai bidang yang telah ditetapkan dari tahap I hingga tahap
II. JSBN yang bertauliah ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang telah dipilih
oleh Jabatan selama enam bulan dan elaun akan diberikan mengikut sijil yang
diperolehi.
Pada peringkat negeri, program ini terbahagi kepada 3 jenis kelab iaitu: (i)
Kelab Tunas Budaya (KTB), (ii) Kelab Giat Budaya (KGB), dan (iii) Bimbingan
Seni Budaya Rakyat (BSBR). KTB lebih dikhususkan kepada penyertaan pelajar
dari sekolah rendah yang terpilih sahaja. KGB pula dikhususkan kepada pelajar
2
sekolah menengah. Manakala BSBR lebih melibatkan penyertaan daripada
masyarakat.
PBSB juga ditubuhkan bertujuan untuk menyemarak dan merakyatkan seni
budaya secara “Vertical” dan “Horinzontal” iaitu supaya semua lapisan rakyat atau
masyarakat dapat menikmati dan merasai aktiviti seni budaya. Selain itu, PBSB
juga bertujuan untuk mewujudkan jati diri bangsa Malaysia dari aspek seni budaya
sebagai benteng menangkis budaya dari luar dan sebagai memberi latihan secara
tersusun mengenai seni budaya di peringkat sekolah dan masyarakat. PBSB juga
dijalankan bagi mewujudkan masyarakat cemerlang berdasarkan seni budaya.
Melalui kajian ini, masyarakat akan dapat memahami dan mengetahui
dengan lebih jelas akan program PBSB yang dijalankan dalam memulihara dan
memartabatkan seni warisan Kelantan dalam kalangan masyarakat terutama
generasi muda dan seterusnya melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya
berteraskan gagasan 1Malaysia.
1.1.1 Sejarah Kesenian Tradisional di Negeri Kelantan
Menurut Siti Rohana binti Yaacob, (2010) dalam penulisannya,
“Keberkesanan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Negeri Kelantan dalam
Mempromosikan Kertuk di Kelantan”, pada masa dahulu Kelantan merupakan
sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Dalam
membicarakan hal kesenian dan kebudayaan Kelantan, kita tidak dapat memisahkan
Kelantan dengan negeri Pattani dan Terengganu. Cara hidup perbahasaan dan adat
resam penduduk negeri itu adalah sangat ketara persamaannya, manakala keturunan
raja-raja Kelantan juga adalah nyata dari keturunan diraja Pattani. Oleh kerana
3
keadaan politik begitu jauh berubah sehingga Pattani dan Kelantan terpisah masing-
masing tinggal di dalam negara berasingan. Maka kita tidak begitu mengetahui dan
merasa tentang Pattani dan Kelantan adalah pada dasarnya negeri yang sama
mempunyai kesenian dan kebudayaannya tersendiri. Malah Kelantan dianggap
sebuah negeri dalam Pattani sehinggalah proses Kelantan masuk di bawah naungan
negeri-negeri yang disebut “Negeri Bernaung”, kemudiannya selesai dan
sehinggalah sekarang berada dalam pemerintahan negara Malaysia.
Sebagaimana yang kita maklum, bahawa kerajaan Melayu di Kepulauan
Melayu adalah mengamalkan cara hidup serta mempunyai kesenian dan kebudayaan
yang tersendiri. Sehinggalah campurtangan dari Barat mula meresap dan semenjak
kemasukan Portugis, Belanda, Perancis dan Inggeris. Sistem beraja adalah
mengamalkan cara hidup yang harmoni dan damai, kemajuan dalam satu-satu
negeri lebih tertumpu sepenuhnya terhadap raja dan kerajaan. Peter Floris pernah
menceritakan bahawa di istana Pattani, pembesar dirajanya menaungi ahli-ahli seni.
Contohnya, seni tari, seni nyanyi, seni muzik sudah tersusun sehingga pertunjukkan
yang mengkagumkan dapat dipertontonkan dengan baik. Jika di Roman dan Greece
terdapat pengaruh kesenian seumpama pembesar-pembesar negeri Pattani, maka
ternyatalah kesenian Melayu Pattani juga bernilai tinggi. Hal ini tersebar ke
Kelantan sehingga sekarang masih dapat dilihat dan dihayati kesan peninggalan
kesenian dan kebudayaan yang mempunyai nilai-nilai estetika.
Pada awal kurun XIX, Abdullah Munshi melawat Kelantan, banyak hal yang
menarik perhatian beliau, khususnya hal berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan
yang ditulis oleh beliau sendiri. Lapangan kesusasteraan yang berhubung dengan
manuskrip amat terang dinyatakan. Alam kesenian dan kebudayaan juga dinyatakan
4
begitu baik dan teratur dari segi perlaksanaannya. Permainan dan persembahan
tradisional seumpama kertuk, menora, makyung, wayang kulit dan tarian-tarian
amat maju pada masa dahulu di Kelantan. Buktinya, kebanyakan pembesar negeri
amat mengambil berat akan hal-hal permainan dan persembahan tradisi negeri
Kelantan sehingga sanggup menubuhkan kumpulan-kumpulan khas untuk menjaga
kebajikan penggiat-penggiat seni. Buktinya, Tengku Bendahara Tengku Chik Tuan
Abdullah, Tengku Temenggung Abdul Ghaffar dan lain-lain pembesar sering
mengawasi urusan kesenian di Kelantan sehingga dikenang dan dibangga oleh
rakyat pada masa dahulu.
Sudah menjadi kebiasaannya, kerajaan Kelantan mengadakan sambutan
besar-besaran apabila menyambut hari keputeraan raja baginda. Kebanyakan
kesemua jenis permainan dan persembahan tradisi dipersembahankan sebagai tanpa
penghormatan terhadap rajanya. Kebiasaannya jenis-jenis permainan dan
persembahan tradisi rakyat Kelantan zaman dahulu ialah:
1. Makyung 11. Ulek Mayang
2. Kertuk 12. Selampit
3. Dikir Barat 13. Tikam Seladang
4. Wau 14. Gasing
5. Menora 15. Golek Para
6. Silat 16. Lokan Bertepuk
7. Joget 17. Gajah/Raja Patah
8. Wayang Kulit 18. Main Choh
9. Tarian 19. Peteri
5
10. Rebana
Sememangnya permainan dan persembahan tradisional pada masa tersebut
mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat Kelantan. Terutamanya
golongan orang Melayu kerana melalui kehebatan yang dapat dilihat menerusi
keunikan irama, tarian dan syahdu. Malah tidak salah dikatakan bahawa
persembahan teater, dan permainan muzik tradisional sudah lama menjadi medium
atau perantara yang berkesan dalam menyatupadukan masyarakat zaman dahulu.
Oleh itu, kita harus sedar bahawa proses kesenian dan kebudayaan pada diri
seseorang adalah tertanam sejak azali lagi.
1.1.2 Sejarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
(JKKN/KN)
Menurut sumber yang didapati di JKKN/KN, Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Kelantan (JKKN/KN) merupakan salah sebuah badan kerajaan
yang berperanan penting dalam seni budaya negara. JKKN Kelantan telah
ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mac 2005 melalui Waran Perjawatan Bil. S/20
tahun 2005 bertarikh 22 Mac 2005. Pengwujudan JKKN bermula pada tahun 1953
sebagai satu Bahagian di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dan berfungsi
menyelaras hal ehwal kebudayaan bagi mengisi kegiatan belia. Pada tahun 1957
pula, Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan ini telah diletakkan di bawah Kementerian
Penerangan dan Penyiaran. Bermula pada 16 Mei 1964, Bahagian ini telah
diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Seterusnya, pada
20 Mei 1987 kerajaan menubuhkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
iaitu hasil gabungan Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan
6
Sukan dengan Pelancongan Malaysia, satu agensi di Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian dan kemudiannya telah ditukarkan nama kepada Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 22 Oktober 1990 sejajar dengan
kepentingan dan fungsinya kepada masyarakat.
Pembentukan Kabinet baru oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 27
Mac 2004 telah meletakkan Bahagian Kebudayaan yang dikenali dengan Bahagian
Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian pada sebelumnya sebagai sebahagian dari
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Kemudian pada 15
Mac 2005, Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian telah dinaik taraf
sebagai sebuah Jabatan melalui Waran Perjawatan Bil. S/20 tahun 2005 bertarikh 22
Mac 2005. JKKN kemudiannya telah mewujudkan beberapa bahagian baru iaitu
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan (Waran Bil.S40 Tahun
2007) pada bulan Februari 2007. Pada 18 Mac 2008, JKKN telah diiktiraf sebagai
salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan. Penstrukturan semula Kementerian adalah disebabkan oleh rombakan
kabinet pada April 2009, JKKN bersama agensi-agensi Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) yang lain bernaung di bawah
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pada sebelumnya, JKKN
Kelantan lebih dikenali dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Kelantan dan kini tersergam indah bangunan barunya di tanah lot bernombor 1993,
Tanjong Chat, Kelantan.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan ialah Program Merakyatkan
Seni (PMS), Program Pusat Seni Setempat (PSS), Program Bimbingan Seni Budaya
(PBSB), Bengkel Penajaan Seni dan sebagainya. Program Merakyatkan Seni
7
Budaya (PMS) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh JKKN
Kelantan di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia (KEKKWA) dan ia dilaksanakan sejurus sahaja Jemaah menteri
memutuskannya pada 26 januari 2005. Antara pengisian yang terdapat dalam PMS
ialah aktiviti gotong-royong, kenduri rakyat, permainan tradisional, aktiviti
mewarna dan melukis, pameran, persembahan kesenian tradisi, majlis pelancaran,
kempen Budi Bahasa, dan sebagainya.
Di samping itu, Pusat Seni Setempat (PSS) pula dianggap sebagai „one stop
center‟ bagi para pencipta seni dan budaya. Beberapa pendekatan dan strategi telah
diusahakan oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi
menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat. Melalui program ini,
mereka dapat menyaksikan pelbagai aktiviti yang bercorak seni dan budaya
daripada Jualan, Pameran, demonstrasi hinggalah kepada acara persembahan seni
tradisional tempatan negeri Kelantan yang digabung dan dihidangkan dalam satu
laman di dalam kawasan Kampung Kraftangan negeri Kelantan. Program yang
dijalankan oleh JKKN ini cuba memaparkan kegiatan seni dan budaya dalam
masyarakat yang mempunyai nilai komersial di samping persembahan seni warisan
tempatan.
Seterusnya, Program Bimbingan Seni Budaya Negara (PBSB) merupakan
suatu program yang mendapat kerjasama erat antara Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1996 yang
lalu. Terdapat tiga bahagian di dalam PBSB iaitu, KKeellaabb TTuunnaass BBuuddaayyaa ((KKTTBB)),,
KKeellaabb GGiiaatt BBuuddaayyaa ((KKGGBB)) ddaann BBiimmbbiinnggaann SSeennii BBuuddaayyaa RRaakkyyaatt ((BBSSBBRR)).. PBSB
8
dijana bertujuan untuk mencapai objektifnya iaitu mewujudkan masyarakat
Malaysia yang berbudaya luhur dan seimbang, masyarakat yang celik Seni Budaya
dan mewujudkan jatidiri bangsa Malaysia serta memberi peluang ekonomi dan
pekerjaan. Selain daripada PMS, PSS dan PBSB, Jabatan juga turut melaksanakan
program bengkel seperti Bengkel Penajaan Seni, Bengkel Bicara Eksekutif dan
sebagainya.
1.2 Permasalahan Kajian
Program Bimbingan Seni Budaya Negara (PBSB) merupakan suatu program
yang mendapat kerjasama erat daripada antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1996 yang lalu.
Program ini dijalankan bagi mencapai objektifnya untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang berbudaya luhur dan seimbang, masyarakat yang celik seni budaya,
mewujudkan jati diri bangsa Malaysia dan juga bagi memberi peluang ekonomi dan
pekerjaan. Bagi merealisasikan objektif ini, pihak Jabatan telah melahirkan Jurulatih
Seni Budaya Negara (JSBN) melalui kursus khas dalam pelbagai bidang yang telah
ditetapkan dari tahap I hingga tahap II. JSBN yang bertauliah ini akan ditempatkan
di sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Jabatan selama enam bulan dan elaun
akan diberikan mengikut sijil yang diperolehi.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan (JKKN/KN) banyak
melaksanakan program-program yang bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti-
aktiviti kesenian dan kebudayaan kepada masyarakat setempat. Salah satu program
yang dianjurkan oleh JKKN/KN ini ialah Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB).
9
PBSB ini bertujuan untuk membimbing seni budaya kepada pelajar-pelajar sekolah
yang terpilih dari peringkat umur 10 tahun – 20 tahun. Tumpuan kajian ini ingin
memaparkan dan meneliti impak program tersebut terhadap kumpulan sasaran.
1.3 Objektif Kajian
Dalam menghasilkan kajian “Impak Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB)
Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan (JKKN)”, penyelidik
telah meletakkan beberapa objektif yang ingin dicapai dan dihasilkan pada akhir
kajian ini.
1.3.1 Memaparkan aktiviti PBSB yang dijalankan oleh JKKN.
1.3.2 Mengenalpasti peserta PBSB.
1.3.3 Menganalisis impak terhadap peserta PBSB.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah aktiviti-aktiviti PBSB yang dijalankan oleh JKKN/KN?
1.4.2 Siapakah peserta PBSB?
1.4.3 Sejauhmanakah impak PBSB terhadap para peserta?
1.5 Hipotesis Kajian
Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) dapat memberi pendedahan
peringkat awal tentang seni budaya kepada golongan remaja di peringkat sekolah.
Tanpa program ini dijangka warisan seni budaya akan terhakis sedikit demi sedikit.