43
[Tazkirah] Jangan Lepaskan Peluang Membaca Al Quran Di Bulan Ramadhan ! 11 Agustus 2010 pukul 2:19 Oleh : Mufti Brunei (لاه وا ن م ه و ب ح ص له و ى ا عل له ، و ال ول س ى ر عل لام س ل وا! لاه ص ل له ، وا مد ل ح ل له ، وا م الس بDengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda ) Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bulan Ramadhan adalah kesempatan yang paling berharga untuk emperbanyakkan membaca al-Qur'an, samaada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih-lebih lagi sehingga menamatkan (khatam) bacaan 30 juz al-Qur'an. Ini kerana orang yang membaca al-Qur'an akan mendapat rahmat dan limpah kurniadari Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmanNya: Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al- Qur'an) dan tetap mendirikan sembahyang sertamendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang- terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)." (Surah Faatir: Ayat 29-30) Menyentuh mengenai amalan membaca al-Qur'an, Al-Imam an- Nawawi Rahimahullah Ta'ala menegaskan di dalam kitabnya al- Adzkar bahawa hari- hari yang terbaik membaca al-Qur'an ialah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari 'Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadhan. Fadhilat Membaca al-Qur'an Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat membaca al- Qur'an itu, antaranya ialah: 1. Pembaca al-Qur'an hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan memeliharanya dari kegelapan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar

Iman Dan Taqwa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Deskripsi iman dan taqwa

Citation preview

Page 1: Iman Dan Taqwa

[Tazkirah] Jangan Lepaskan Peluang Membaca Al Quran Di Bulan Ramadhan !

11 Agustus 2010 pukul 2:19

�Oleh : Mufti Brunei�

Dengan namaبسم الله ، والحمد لله ، والصالة والسالم على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن وااله)Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi

wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)�Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bulan Ramadhan adalah kesempatan yang paling berharga untuk emperbanyakkan membaca al-Qur'an, samaada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih-lebih lagi sehingga menamatkan (khatam) bacaan 30 juz al-Qur'an.�Ini kerana orang yang membaca al-Qur'an akan mendapat rahmat dan limpah kurniadari Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmanNya:�Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Qur'an) dan tetap mendirikan sembahyang sertamendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)." (Surah Faatir: Ayat 29-30)�Menyentuh mengenai amalan membaca al-Qur'an, Al-Imam an- Nawawi Rahimahullah Ta'ala menegaskan di dalam kitabnya al- Adzkar bahawa hari-hari yang terbaik membaca al-Qur'an ialah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari 'Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadhan.�Fadhilat Membaca al-Qur'an�Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat membaca al- Qur'an itu, antaranya ialah:�1. Pembaca al-Qur'an hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan memeliharanya dari kegelapan.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (al-Qur'an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)�2. Pembaca al-Qur'an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Qur'an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari Qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu

Page 2: Iman Dan Taqwa

matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan (al-Qur'an) ini?"(Hadis riwayat Abu Daud)�3. Pembaca al-Qur'an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Maksudnya: "(Ketika masuk syurga) dikatakan kepada orang yang (sentiasa membaca dan beramal dengan) al- Qur'an: "Bacalah (al-Qur'an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil (tidak cepat) sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia (mengikut tajwid). Sesungguhnya kedudukan darjatmu (di Syurga) sehingga pada akhir ayat yang engkau baca, (darjat-darjat syurga mengikut bilangan ayat-ayat al-Qur'an)." (Hadis riwayat Abu Daud)�Belajar Dan Mengajar al-Quran�Orang yang belajar dan mengajarkan al-Qur'an dijanjikan dengan martabat yang sebaik-baiknya di kalangan manusia. Sebagaimanahadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Sayyidina Uthman Radhiallahu 'anhu:Maksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang-orang yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)�Bagi yang kurang mahir membaca al-Qur'an, maka janganlah merasa rendah diri dengan kekurangan tersebut. Belajarlah dengantekun dan perbaiki lagi bacaan tersebut samada dengan berguru ataupun dengan bertadarus.Bagi yang baik bacaannya, jauhkan sifat sombong dan hindarkan diri dari menyimpan perasaan marah atau tidak suka jika bacaannya diperbetulkan, selama mana tujuan mereka yang lain itu adalah kerana Allah Ta'ala.�Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri sentiasa bersikap terbuka untuk belajar dan menerima pelajaran. Dalam sebuah hadisyang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma bahawa pada setiap bulan Ramadhan, Baginda mempelajari al-Qur'an daripada Malaikat Jibril 'Alaihissalam. Bacaan Baginda didengar atau disemak oleh Malaikat Jibril 'Alaihissalam pada setiap bulan Ramadhan.�Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia paling pemurah dan dermawan, dan Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam paling pemurah pada bulan Ramadhan pada ketika Jibril datang menemui Baginda, dan Jibril datang menemui Baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dengan mengajarkan Baginda al-Qur'an. Bahawa Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pada ketika ditemui oleh Jibril itu adalah lebih pemurah dalam berbuat kebaikan daripada angin yang bertiup."(Hadis riwayat al-Bukhari)�Cara yang dituntut untuk mempelajari al-Qur'an ialah dengan mendapatkannya atau mempelajarinya terus daripada guru-guru al-Qur'an.�Cara beginilah yang dilakukan semenjak dahulu lagi. Para sahabat Radhiallahu 'anhum belajar dari lisan Nabi Shallallahu 'alaihiwasallam yang mulia. Begitulah juga yang dibuat oleh tabi'en (pengikut-pengikut sahabat), iaitu mereka belajar al-Qur'an darimulut sahabat-sahabat Radhiallahu 'anhum dan begitulah seterusnya hingga ke zaman kita ini.�Perlu diambil kira bahawa, membaca al-Qur'an dengan melihat atau meneliti kepada mushaf adalah suatu perkara yang dituntut.Bahkan sesiapa yang hafaz ayat-ayat al-Qur'an sekalipun, adalah lebih afdhal baginya untuk membaca al-Qur'an dengan melihatkepada mushaf berbanding membacanya melalui hafalan dan ingatan. Inilah yang diamalkan oleh para sahabat Radhiallahu 'anhum bahawa mereka membaca al-Qur'an itu dengan melihat kepada mushaf al-Qur'an, sekalipun mereka itu tergolong daripada orang-orang yang hafaz al-Qur'an. Malahan mereka tidak suka sekiranya masa sehari itu berlalu tanpa mereka melihat atau memandang kepada kandungan mushaf. Ini bermaksud melihat mushaf al-Qur'an itu juga merupakan satu ibadat dan mendapat pahala.�Maka dengan perbuatan sedemikian, bergabunglah dua ibadat yang dituntut, iaitu membaca al-Qur'an dan meneliti atau melihat kepadaal-Qur'an.

Page 3: Iman Dan Taqwa

�Memperbanyakkan Bacaan al-Qur'an�Tidaklah dapat dinafikan lagi, bahawa orang yang membaca al- Qur'an itu akan mendapat ganjaran dan fadhilat yang amat besarsebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur'an dan hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Sebab itulah orang-orang salih membiasakan diri mereka dalam menambahkan dan meningkatkan amalan pembacaan al-Qur'an pada bulan Ramadhan.�Orang-orang salih menjadikan al-Qur'an sebagai syi'ar dan wirid mereka. Ia umpama musim bunga bagi hati-hati mereka yang kelam dan umpama taman-taman yang bunganya berkembangan untuk santapan indera mata mereka, taman-taman subur menghijau yang sentiasa mekar untuk mereka, lalu mereka menikmati semerbak harumnya, keindahannya yang mempersona dan kecantikannya yang menawan.�Gambaran ini disifatkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullahbin Mas'ud, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:�Maksudnya: "Sesungguhnya al-Qur'an ini adalah hidangan (anugerah) Allah, maka belajarlah kamu daripada anugerah itu semampu yang boleh. Sesungguhnya al-Qur'an ini juga adalah tali Allah, ia adalah cahaya penerang, penawar yang berguna,pemelihara bagi orang yang berpegang dengannya, dan penyelamat bagi orang yang mengikutinya. Ia tidak bengkok bahkan ia tegak, ia tidak menyimpang bahkan ia lurus dan ia tidak pupus keajaibannya, dan ia tidak menjadi usang dengan sebab selalu diulang-ulang (bacaannya). Maka bacalah ia (al-Qur'an), Bahawasanya Allah memberi ganjaran kepada kamu kerana membacanya, bagi setiap huruf dengan sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan bahawa ( الم ) satu huruf, tetapi saya mengatakan bahawa alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Hadis riwayat Ad-Darimiy)�Sebagai contoh, para salaf ash-Shaleh Radhiallahu 'anhum kebiasaannya mengkhatam (menghabiskan bacaan 30 juz) al-Qur'an mengikut kadar kemampuan mereka. Ada di antara mereka yang khatam dua bulan atau sebulan sekali. Ada juga pada setiapsepuluh, lapan, enam, lima atau empat hari sekali khatam.�Menurut pengarang kitab al-Azkar, kebanyakkan daripada salaf ash-Shaleh Radhiallahu 'anhum mengkhatamkan al-Qur'an setiaptujuh, tiga atau sehari semalam sekali khatam. Ada juga yang khatam dua atau tiga bahkan lapan kali setiap sehari semalam.Diriwayatkan as-Said al-Jalil Ibnu al-Katib ash-Shufiy Radhiallahu 'anhu, mengkhatam empat kali pada waktu malam dan empat kalipada waktu siang.�Bilakah Waktu Memulakan Dan Mengkhatam al-Qur'an?Waktu memulakan dan mengkhatam al-Qur'an itu tertakluk kepada si pembaca untuk memilihnya. Sayyidina 'Utsman Radhiallahu 'anhu, apabila dia khatam seminggu sekali beliau memulakan pembacaan al-Qur'an pada malam Jum'at dan khatam pada malam Khamis.Menurut al-Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala di dalam kitab al-Ihya',afdhal memulakan waktu mengkhatam al-Qur'an itu sekali pada waktu malam dan sekali lagi pada waktu siang. Menjadikan khatam pada waktu siang itu pada hari Isnin di dalam sembahyang sunat dua rakaatFajar (Subuh) atau selepasnya. Manakala khatam pada waktu malam pula, dilakukan pada malam Jum'at di dalam sembahyang sunat dua rakaat Maghrib atau selepasnya.Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Daud daripada 'Amru bin Murrah at-Tabi'ie al- Jalil Radhiallahu 'anhu katanya: "Mereka suka mengkhatam al-Qur'an itu daripada awal malam atau awal siang."Sementara riwayat daripada Thalhah bin Musharrif at-Tabi'ie al-Jalil al-Imam pula berkata:"Sesiapa mengkhatam pada suatu masa daripada waktu siang, bershalawat malaikat ke atasnya sehingga petang. (Sesiapa mengkhatam) pada suatu masa daripada waktu malam, bershalawat malaikat ke atasnya sehingga Subuh."Al-Imam Abu Muhammad ad-Darimiy Rahimahullah daripada Sa'ad bin Abi Waqash Radhiallahu 'anhu berkata:

Page 4: Iman Dan Taqwa

"Apabila bertepatan waktu mengkhatam al-Qur'an itu pada awal malam, bershalawat malaikat ke atasnya sehingga Subuh. Jika bertepatan waktu khatamnya pada akhir malam, bershalawat malaikat ke atasnya sehingga petang."Dalam hal mengkhatam al-Qur'an ini, apabila seseorang itu mengkhatam al- Qur'an dengan berseorang diri, sunat dilakukannya ketika berada dalam sembahyang. Adapun jika di luar sembahyang dan mengkhatamnya secara berkumpulan, sunat dilakukan pada awal malam atau awal siang sebagaimana penjelasan sebelum ini. Sunat pula berpuasa di hari khatam tersebut melainkan jika bertepatan pada hari itu dengan hari ditegah untuk berpuasa. Ini kerana para Tabi'ien berpuasa pada hari mereka khatam itu.Khatam al-Qur'anApabila hendak mengkhatam al-Qur'an 30 juz, maka adalah wajar diadakan majlis dengan menghimpunkan sanak saudara dalam majlis berkenaan.Perkara ini sangat dianjurkan oleh para sahabat sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah riwayat daripada Qatadah at-Tabi'ie (Tabi'in) dia berkata:Maksudnya: "Adalah Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu (sahabat Nabi Shallallahu 'alaih wasallam) apabila dia mengkhatamkan al-Qur'an, dihimpunkannya anaknya dan ahli keluarganya dan dia pun berdoa untuk mereka." (Hadis riwayat ad-Darimiy)Anjuran menghimpunkan sanak saudara dalam Majlis Khatam al-Qur'an adalah bagi tujuan untuk sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat hasil daripada bacaan doa dalam majlis tersebut kerana di dalam majlis tersebut doa diperkenankan dan rahmat diturunkan berdasarkan riwayat daripada Mujahid Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:Maksudnya: "Telah sampai kepadaku (utusan) yang berkata: Sesungguhnya kami menjemputmu kerana kami hendak mengkhatamkan al- Qur'an. Sesungguhnya telah sampai kepada kami bahawa doa diperkenankan ketika khatam al-Qur'an. Dia (Mujahid) berkata: Maka mereka pun berdoa (pada majlis khatam) dengan berbagai doa." (Hadis riwayat ad-Darimiy)Dalam riwayat yang lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah memerintahkan perempuan yang haidh untuk keluar rumah pada hari raya dengan tujuan menghadiri majlis yang berkebajikan seperti majlis ilmu dan majlis-majlis yang terkandung di dalamnya doa seperti majlis khatam al-Qur'an.Oleh kerana itu, adalah sunat (mustahab) hadir di majlis khatam itu beramai-ramai sama ada yang baik bacaan al-Qur'annya ataupun sebaliknya.Bertadarus dan KelebihannyaSelain daripada membaca al-Qur'an secara bersendirian, membaca al-Qur'an secara berkumpulan merupakan perkara yang digalakkan. Imam an-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa jika satu kumpulan itu membaca al-Qur'an secara berganti-ganti atau bergilir-gilir, maka itu adalah suatu langkah atau cara yang baik dan diharuskan.Gambaran yang diberikan mengenai kaedah bergilir-gilir ialah seorang qari' (pembaca) al-Qur'an membaca sebanyak sepuluh ayat atau satu juz atau seumpamanya, dan apabila dia selesai membaca dia pun diam. Kemudian bacaan ayat seterusnya disambung lagi oleh pembaca selepasnya dan begitulah seterusnya sehingga selesai. Kelebihan membaca dan mempelajari al-Qur'an secara beramai-ramai adalah sangat besar ganjarannya. Ini jelas disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang sering dibawakan sebagai dalil mengenai perkara ini:Maksudnya: "Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid), mereka itu membaca al-Qur'an dan saling bertadarus antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya." (Hadis riwayat Muslim)Selain daripada masjid dan tempat ibadat, maka termasuklah juga di rumah, tempat belajar ilmu, sekolah dan yang seumpamanya.Disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi, antara maksud 'tadarus' itu ialah:1. Sebahagian daripada pembaca itu membaca dan sekaligus memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an kepada sebahagianyang lain, dengan tujuan untuk pembetulan (tashhih) lafaz-lafaz al- Qur'an (sekiranya ada kesalahan atau kesilapan) ataupun dengantujuan untuk mengetahui makna-maknanya; Berdasarkan kepada pengertian tadarus di sini, ianya serupa dengan apa yang pada kebiasaannya dilaksanakan ketika bertadarus khususnya di bulan Ramadhan. Sebahagian atau seorang daripada kumpulan itu memperdengarkan bacaannya, manakala sebahagian yang lain

Page 5: Iman Dan Taqwa

itu mendengar sambil menyemak bacaan tersebut. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, maka individu atau kumpulan yang menyemak tadi akan segera memperbetulkannya.Untuk menambahkan lagi kualiti pembacaan, adalah disarankan, dalam kumpulan itu terdapat seorang yang baik bacaan al-Qur'annya,maka dia boleh pula membimbing pembaca-pembaca yang lain apabila diperlukan.2. Maksud tadarus itu, membaca al-Qur'an dengan bersungguh-sungguh (komited) dengan cara menjaga dan mengamalkannya agar tidak lupa.3. Menurut al-Qari', tadarus itu lebih khusus daripada membaca al- Qur'an semata-mata.Namun bagi mereka yang enggan memperdengarkan bacaannya kerana sebab-sebab tertentu, seperti kurang mahir dalam bacaan atau alunan suara, janganlah merasa rendah diri dan malu, kerana tujuan asal bertadarus ialah untuk mendapatkan pahala membaca al-Qur'an, dan untuk mempelajari al-Qur'an, memperbaiki mutu bacaan dan memperbetulkan bacaan qari' (si pembaca) jika terdapat lafaz-lafaz atau bacaan yang tidak betul. Perkara ini sukar diperolehi ketika membaca al-Qur'an secara bersendirian. Apatah lagimembaca al-Qur'an secara bertadarus itu mempunyai ganjaran dan kelebihan tersendiri.Oleh yang demikian, janganlah kita sekali-kali meninggalkan membaca al- Qur'an, kerana membaca al-Qur'an itu mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan bukan sahaja kepada pembacanya, bahkan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Perbanyakkanlah membaca al-Qur'an khususnya pada bulan Ramadhan kerana pada hari kiamat al-Qur'an akan datang sebagai pemberi syafaat bagiorang yang membacanya, sebagaimana riwayat Abu Umamah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Qur'an, sesungguhnya (al-Qur'an) itu datang pada hari Qiamat menjadi syafa'at kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)Jelasnya, al-Qur'an adalah zikir, doa dan juga permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar mengurniakan kebaikan, rahmat dan keampunan kepada orang-orang yang membacanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Maksudnya: "Tuhan 'Azza wa Jalla berfirman: "Barangsiapa sibuk membaca al-Qur'an untuk selalu mengingatiKu, maka Aku beri dia lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta-minta. Dan keutamaan kalam Allah dan kalam-kalam yang lainnya adalah seperti keutamaan Allah pada makhlukNya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)Sumber : Mufti Brunei

Zikir Doa Pada Hari ArafahPosted 02/10/2014 by Shafi-Q in HADIS, Zikir, Zulhijjah. Tagged: Doa Hari Wukuf di Arafah, Doa Pada Hari Arafah,Zikir /Doa Pada /Ketika / Semasa Hari Wukuf/ Arafah, Zikir Doa Tersirat Semasa Arafah. 1 Comment

ـــــــــم ـمـن ٱلله س�ب س�لر حيم ٱ ٱلرد آل وعلى محمد على صل اللهم محم

.Kita akan menemui hari Arafah pada 9 Zulhijjah mengikut takwim setempat. Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada. Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص.

 Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi ملسو هيلع هللا ىلص mengamalkan zikir doa berikut:

Page 6: Iman Dan Taqwa

 .

Daripada Amr bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ashradhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص bersabda,

قبلي من والنبيون أنا قلت ما وخير عرفة يوم دعاء الدعاء خير“Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”.” (Hadis Riwayat at Tirmizi)

.

.Keterangan Hadis:.1. Doa yang paling utama adalah pada hari Arafah seperti zikir doa di atas yang

diajarkan oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص.2. Wukuf  pada hari Arafah dimana kesemua para jemaah haji berkumpul di Padang

Arafah demi mengharapkan pengampunan dan rahmat dari ALLAH وتعالى سبحانه .3. Walaupun kita tidak berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji, kita

turut dibolehkan untuk mengemukakan permohonan doa walau di mana pun kita berada.

4. Nabi bersabda; “Haji ملسو هيلع هللا ىلص adalah (wuquf) di Arafah.” Ketika berada di tempat ini pada 9 Zulhijjah hendaklah seseorang itu memperbanyak doa, berzikir, dan membaca Al-Quran.

5. Rasulullah bersabda ملسو هيلع هللا ىلص bermaksud; “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”(Riwayat Tirmizi).

6. Adapun doa yang dimohonkan bergantung kepada keperluan masing-masing dengan syarat tidak bertentangan syariat, seperti mendoakan buruk untuk orang lain atau berdoa agar diberikan segala yang haram bentuknya.

.

.Berdasarkan hadis daripada Malik bin al-Harith, amalan memuji ALLAH وتعالى سبحانه akan dibalas dengan dipenuhi segala hajat kita, walaupun kita terlalu asyik memuji ALLAH

وتعالى سبحانه denganAsma-Nya sehingga terlupa untuk berdoa untuk hajat kita.Selamat beramal pada Hari Arafah yang mulia dan mustajab doa ini. Semoga segala amalan dan doa yang baik serta ikhlas diterima oleh Allah وتعالى سبحانه .

.

.بالصواب أعلم والله

Wallahu A’lam Bish Shawab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Page 7: Iman Dan Taqwa

HAJIIbadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah ‘haji besar’ dan ibadah Umrah pula disebut ‘haji kecil’. Musim Haji bermula daripada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di luar musim haji. Dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

 .Menunaikan HajiMenunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.

 .Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)

 .Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.

.Firman Allah dalam surah al-Hajj: “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada-Mu dengan berjalan kaki, atau mengenderai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari (hari raya haji dan tasyrik) yang telah ditentukan.”

.Pemergian ke kota Makkah atau Arafah bukan semata-mata perjalanan jasad, tetapi perjalanan‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).

.

Page 8: Iman Dan Taqwa

Haji dan Umrah, kedua-duanya hanya wajib sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.

.Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan ini. Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

.

.Niat Haji dan Umrah1.  Niat mengerjakan Haji:

تعالى لله به وأحرمت الحج نويتDaku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

2.  Niat mengerjakan Umrah:

تعالى لله بها وأحرمت العمرة نويتDaku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.

3.  Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):

تعالى لله بـهما وأحرمت والعمرة الحج نويتDaku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah

Ta’ala...

FADILAT HAJIAntara hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan mengenai kelebihan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah ialah:1. Ibadat haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat menghilangkan

segala daki.2. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang mengerjakan haji di

Baitullah; 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yangbersolat dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.

3. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan dosa sejak ihram hingga Tahalul.

4. Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak merosakkannya dengan sebabbersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.

5. Iringilah hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang membakar hangus segala kotoran besi, emas dan perak.

6. Tiadalah ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.7. Hujjaj dan Ummar  (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah, jika mereka

berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan.

8. Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur tiadalah lain ganjarannya melainkan syurga.

9. Sesiapa yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah tulis pahala amal soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun.

10. Sesiapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di Makkah, Allah akanmenjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka Jahanam.

11. Sesiapa yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama ada waktu pergi atau balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari kiamat (diampunkan).

12. Siapa yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di langit dunia.13. Baitullah ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk

mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin Allah, jika dia meninggal ia akan dimasukkan kesyurga-Nya, jika dia pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.

Page 9: Iman Dan Taqwa

14. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untukfisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700 X.

15. Satu dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan kebaikan dan amalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.

.

...SYARAT WAJIB SAH HAJIHaji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:1. Islam2. Baligh dan berakal (Mukallaf).3. Merdeka4. Berkemampuan dan berkuasa.5. Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau

wanita yang dipercayai. . .RUKUN HAJI1.  Niat ihram2.  Berwukuf di Arafah.3.  Tawaf  Ifadah.4.  Saie di antara Shafa dan Marwah.5.  Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul).6.  Tertib pada kebanyakan rukun.Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang)...BATAL HAJI1. Tidak melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut syarat-syaratnya.2. Tidak melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa yang ditetapkan,

walaupun boleh dengan bantuan orang lain.3. Melakukan persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.4. Hilang akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.5. Membatalkan niat ibadat oleh sesuatu keadaan.6. Murtad.

.

.SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI1. Niat ihram di Miqat.2. Menjaga larangan dalam ihram.3. Bermalam di Mudzalifah.4. Melontar Jamrah Al-Aqabah.5. Bermalam di Mina.6. Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.

Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam

Tempat Mustajab BerdoaPosted 24/09/2011 by Shafi-Q in DOA, PANDUAN, Tahukah Anda?. Tagged: Tempat Berkat / Mustajab / Afdal Untuk Berdoa, Tempat Makbul Doa. Leave a Comment

Page 10: Iman Dan Taqwa

Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa Adalah:1. Dalam Masjid Al-Haram, terutama di hadapan Kaabah.2. Multazam, diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah.3. Ketika melihat Kaabah.4. Ditempat Melakukan Tawaf.5. Di sisi Telaga Zam-zam ketika tenggelam matahari.6. Di belakang Maqam Ibrahim di Masjidil Haram.7. Di Hijir Ismail.8. Di sisi Multazam.9. Di bawah Pancuran Emas.10. Di tempat Sa’i.11. Di atas Bukit Sofah.12. Di atas Bukit Marwah.13. Di Padang Arafah.14. Di Arafah terutama selepas Asar menjelang tenggelam matahari.15. Di Muzdalifah.16. Di Mina.17. Di sisi Jamrah Al-Ula.18. Di sisi Jamrah Al-Wusto.19. Di sisi Jamrah Al-’Aqabah.20. Dalam Masjid Nabawi (di Madinah), terutama di Raudhah.21. Di Masjid Al-Aqsa, Baitul Muqqadis.22. Di makam para Nabi dan Rasul.23. Di dalam semua masjid.24. Di tempat yang sunyi.

Rajah 13 Tempat Mustajab Berdoa Di Sekitar Makkah1. Hajar Aswad (batu dari syurga).2. Multazam / Hateem3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.5. Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga

Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).6. Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).7. Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).11. Rukun Yamani12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas

Kaabah)..https://shafiqolbu.wordpress.com

Page 11: Iman Dan Taqwa

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.

.

.Fadhilat Solat Awwabin

ست المغرب بعد صلى من وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال هريرة أبي عن سنة عشرة ثنتي بعبادة له عدلن بسوء بينهن فيما يتكلم لم ركعات

 Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-

Turmuzi.)..

Doa Sebelum Solat AwwabinSebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:

 ..

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:.

1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabina.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Page 12: Iman Dan Taqwa

 Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

.b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:

1. Surah al-Qadr    1 kali2. Surah al-Ikhlas   6 kali3. Surah al-Falaq   1 kali4. Surah al-Naas    1 kali

.c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!

.d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

.

.2.  Solat Sunat Awwabina.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala..

b.  Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

.

.3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharaha.  Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:

Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala..

b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:Rakaat pertama, bacalah Al-KafirunRakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas

Atau;Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)

.c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:

Page 13: Iman Dan Taqwa

Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha

Penyayang!..

by; shafiqolbu Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

.Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepasZuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

.Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

.Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

ه عمر ابن عن ركعات عشر وسلم عليه الله صلى الله رسول عن حفظت قال أن وركعتين العشاء بعد وركعتين المغرب بعد وركعتين بعدها وركعتين الظهر قبل ركعتين

بح قبل الص Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

.ركعة عشرة ثنتي على ثابر من وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قالت عائشة عن نة من بعد وركعتين بعدها وركعتين الظهر قبل ركعات أربع الجنة في بيتا له الله بنى الس

الفجر قبل وركعتين العشاء بعد وركعتين المغرب Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2

Page 14: Iman Dan Taqwa

rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

.

.Solat sunat Rawatib yang mu’akkad1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.

.

.CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).

.2.  Niat Solat Rawatib:a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:Rakaat 1:  Surah al-KafirunRakaat 2:  Al-Ikhlas

.

.Peringatan: Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada

solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah. Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau

diniatkan Qabliyyah. Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.

Page 15: Iman Dan Taqwa

Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah. Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

.

.Qada solat RawatibNabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.

.Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

.by; shafiqolbu

Sebaik-baik do’a adalah do’a hari Arafah -9 Dzulhijjah-. Maksudnya, do’a ini paling cepat diijabahi. Sehingga kita diperintahkan untuk konsen melakukan ibadah yang satu ini di pada hari Arafah, apalagi untuk orang yang sedang wukuf di Arafah.

Dari ‘Aisyah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بهم يباهى ثم ليدنو ه وإن عرفة يوم من ار الن من عبدا فيه ه الل يعتق أن من أكثر يوم من ماهؤالء أراد ما فيقول المالئكة

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” )HR. Muslim no. 1348(.

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari kakeknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عرفة يوم دعاء الدعاء خير

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.” )HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan(. Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan )Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 10: 33(.

Apakah keutamaan do’a ini hanya khusus bagi yang wukuf di Arafah? Apakah berlaku juga keutamaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadah haji?

Page 16: Iman Dan Taqwa

Yang tepat, mustajabnya do’a tersebut adalah umum, baik bagi yang berhaji maupun yang tidak berhaji karena keutamaan yang ada adalah keutamaan pada hari. Sedangkan yang berada di Arafah )yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah(, ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat. Demikian kata Syaikh Sholih Al Munajjid dalam fatawanya no. 70282.

Tanda bahwasanya do’a pada hari Arafah karena dilihat dari kemuliaan hari tersebut dapat kita lihat dari sebagian salaf yang membolehkan ta’rif. Ta’rif adalah berkumpul di masjiduntuk berdo’a dan dzikir pada hari Arafah. Yang melakukan seperti ini adalah sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Imam Ahmad masih membolehkannya walau beliau sendiri tidak melakukannya.

Syaikh Sholih Al Munajjid -semoga Allah berkahi umur beliau- menerangkan, “Hal ini menunjukkan bahwa mereka menilai keutamaan hari Arafah tidaklah khusus bagi orang yang berhaji saja. Walau memang berkumpul-kumpul seperti ini untuk dzikir dan do’a pada hari Arafah tidaklah pernah ada dasarnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh karena itu Imam Ahmad tidak melakukannya. Namun beliau beri keringanan dan tidak melarang karena ada sebagian sahabat yang melakukannya seperti Ibnu ‘Abbas dan ‘Amr bin Harits radhiyallahu ‘anhum.” )Fatawa Al Islam Sual wal Jawab no. 70282(

Para salaf dahulu saling memperingatkan pada hari Arafah untuk sibuk dengan ibadah dan memperbanyak do’a serta tidak banyak bergaul dengan manusia. ‘Atho’ bin Abi Robbah mengatakan pada ‘Umar bin Al Warod,  “Jika engkau mampu mengasingkan diri di siang hari Arafah, maka lakukanlah.” )Ahwalus Salaf fil Hajj, hal. 44(

Do’a ini bagi yang wukuf dimulai dari siang hari selepas matahari tergelincir ke barat )masuk shalat Zhuhur( hingga terbenamnya matahari.

Semoga Allah memudahkan kita untuk menyibukkan diri dengan do’a pada hari Arafah.

 

@ Sakan 27 Jami’ah Malik Su’ud, Riyadh-KSA, 4 Dzulhijjah 1433 H

Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

.Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

.

Page 17: Iman Dan Taqwa

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)

.Doa  Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

.Berikut adalah ‘Doa Hari Arafah’ tersebut:

.Allâhumma yâ Ajwada man a‘thâ, embe khayra man suila, embe Arhama manisturhima. Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil awwalîn. Wa shalli ‘alâ Muhammadin wa

âlihi fil âkhirîn. Wa shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil malail a‘lâ. Wa shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil mursalîn.

Allâhumma a‘thi Muhammadan wa alahul wasîlata wal fadhîlata wasy syarafa warrif‘ata waddarajatal kabîrah.

Allâhumma innî âmantu bi-Muhammadin shallallâhu ‘alayhi wa âlihi, wa lam arahu falâ tahrimnî fil qiyâmati ru’yatahu, warzuqnî shuhbatahu, wa tawaffanî ‘alâ millatihi, wasqinî min hawdhihi masyraban rawiyyan sâighan hanîan lâ azhmau ba‘dahu Abadan, innaka ‘alâ

kulli syay-in qadîr.Allâhumma âmantu bi-Muhammadin shallallâhu ‘alayhi wa âlihi. Wa lam arahu fa‘arrifnî fil

jinâni wajhahu. Allâhumma balligh Muhammadan shallallâhu ‘alayhi wa âlihi minnî tahiyyatan katsîratan wa salâmâ.

.Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya

Page 18: Iman Dan Taqwa

yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku  untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka  perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.

.

.Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam  bersabda: “Sebaik-baik doa  adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)

.

.Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji

.Umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan membaca  ‘Doa Arafah’ di samping berpuasa sunat yang dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar.

.Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda: “Berpuasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan menghapuskan dosa setahun yang akandatang.”

.Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.Firman Allah SWT:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang

berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”

(Surah Al-Baqarah ayat 186).

Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang membaca doa ini pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.

.

.بالصواب أعلم والله

Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Page 19: Iman Dan Taqwa

Talbiyah’ ialah ucapan kehadiran yang dilafaz oleh para Jemaah Haji setelah berihram ketika berada di tanah suci. Bertalbiyah dengan menyahut seruan Allah, pembuka ucapan dan pengakuan atau ikrar, iltizam serta komitmen perjanjian dan kata-kata langsung atau berdialog dengan Allah SWT.

.Bacaan Talbiyah dilakukan secara terus menerus. Para jemaah digalakkan memperbanyakkan bertalbiyah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun Haji atau Umrah. Talbiyah juga boleh ditambah dengan bacaan Tahlil. Talbiyah dihentikan setelah  sampai di Makkah sekembalinya para jemaah dari Arafah.

.Talbiyah akan berterusan, berulang-ulang dan bergema di seluruh tanah haram Makkah yang dikumandangkan para jamaah haji. Sungguh suatu pemandangan yang menyentuh hati dan perasaan, pemandangan yang mengharukan dan membanggakan. Mereka berpakaian yang sama-sama putih bagi lelakinya dan berpakaian menutup aurat bagi perempuannya, tanpa membeza-bezakan kedudukan dan martabat dunia, bangsa dan suku kaum, ulama dan awam. Semuanya berpadu menyambut seruan Allah SWT dengan mengucapkan Satu Kalimat Talbiyah yang sama;

لك شريك ال والملك لك والنعمة الحمد إن لبيك، لك شريك ال لبيك لبيك، اللهم لبيك..

Firman Allah SWT:

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadaMu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.”

(Surah Al-Hajj :27).

Berkata Ibnu Abbas r.a. dalam menafsirkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Haj ini : “Ketika Allah SWT memerintahkan Ibrahim AS untuk mengkhabarkan manusia agar berhaji, Ibrahim AS berkata:

ــاس أيها يا أو حجر من ســمعه ما له فاســتجاب تحجــوه أن أمــركم و بيتا اتحذ ربكم إن الن (106\17 جرير ابن رواه) لبيك اللهم لبيك فقالوا  شيئ أو تراب أو أكمة أو شجر

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah (Kaabah) dan memerintahkan kamu untuk berhaji kepadanya. Lalu menerima panggilan ini apa saja yang mendengarnya dari batu-batuan, pokok-pokok, bukit-bukit debu atau apa saja yang ada, lalu mereka berkata  لبيك اللهم لبيك ……” (HR Ibnu Jarir 17/106)

.

.

.

A.   Keutamaan Talbiyah.

Page 20: Iman Dan Taqwa

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan dalam hadis Baginda mengenai fadhilat talbiyah.

.1.  Disebutkan dalam satu riwayat daripada Sayyidina Abu Bakar As Sidiq Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi وس��لم عليه الله ص��لى  telah ditanya: “Apakah haji yang paling afdhal? Baginda menjawab:“Menyaringkan ucapan Talbiyah dan menyembelih bintang korban.” (Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Zarr.)

.2.  Ibnu Majah pula meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah

وس���لم عليه الله ص���لى  bersabda: “Telah datang kepada ku Jibril alaihissalam seraya berkata: “Ya Muhammad! Perintahkan sahabat-sahabat Mu menyaringkan suara-suara mereka dengan talbiyah kerana talbiyah itu adalah syi‘ar ibadat haji.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

.3.  Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah وسلم عليه الله صلى  : “Setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiyah  hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya.” (Riwayat Ibni Majah)

.

.

.

B.   Hukum Membaca TalbiyahJumhur Ulamak menetapkan bahawa Talbiyah  itu disyariatkan untuk dibaca oleh para Jemaah Haji dan Umrah ketika dalam keadaan Ihram. Jemaah Haji adalah disunatkan juga sentiasa melafazkan ucapan Talbiyah  sepanjang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

.Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmuk menyebutkan bahawa Imam as-Syafi‘e dan sahabat-sahabatnya sepakat mengatakan talbiyah adalah sunat (mustahab). Jika ditinggalkan, haji yang dikerjakan oleh seseorang itu tetap sah dan tidak dikenakan dam. Walau bagaimanapun dia tidak mendapat pahala fadhilat talbiyah tersebut.

.Menurut pendapat yang mashyur dalam mazhab Syafi‘e iaitu qaul Jadid dengan berdasarkan dalil-dalil yang ashah bahawa tidak disunatkan bertalbiyah ketika Tawaf Qudum dan Sa‘ie kerana tawaf itu mempunyai zikir-zikir yang khusus dan lebih utama membaca zikir-zikir tersebut. Begitu juga tidak disunatkan membaca talbiyah ketika Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada‘ kerana ia terkeluar daripada waktu-waktu yang disunatkan.

.

.

.

C.   Makna Talbiyah.

‘Talbiyah’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud membalas atau menjawab seruan sama ada dalam ibadat haji atau selain daripadanya seperti walimah. Dalam ibadat haji ia bermaksud ucapan orang-orang yang sedang berihram dengan mengucapkan;

.Talbiyah Haji dan Makna Terjemahan Rumi

 

Page 21: Iman Dan Taqwa

 Lafaz Talbiyah di atas adalah talbiyah yang diucapkan oleh Rasulullah وسلم عليه الله صلى sebagaimana yang disebutkan dalam satu riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Umar  Radhiallahu ‘anhuma.

 .Dalam riwayat yang lain: “Daripada Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma, sesungguhnya Rasulullah  وس��لم عليه الله ص��لى  setelah duduk di atas kenderaannya untuk bertolak dari masjid Zi al-Hulaifah, Baginda membaca Talbiyah: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”  (Hadis riwayat Muslim)

.

.

.

D.  Tafsir Makna Talbiyah.

Talbiyah mempunyai makna yang agung, kerana mengandungi tauhid dan kebesaran Allah SWT. Hal ini dapat dilihat dari makna kata-kata dalam talbiyah tersebut, sebagaimana yang berikut ini:

.!Wahai Allah :(اللهم) Adalah penegas yang mempunyai makna baru, maka daku mengulang-ulangi dan :(لبيك)menegaskan bahawa daku menjawab atau menerima panggilan Tuhanku (Rabb) dan tetap dalam ketaatan kepada-Nya.( لك شريك ال ): Tiada satu pun yang menyekutukan Allah SWT dalam segala sesuatu.:(لبيك) Sebagai penegas bahawa daku menyahut panggilan Haji itu hanya semata-mata kerana Allah, bukan kerana pujian, ingin terkenal, ingin harta, dan lain-lain, akan tetapi daku berhaji dan menerima panggilan tersebut kerana Dikau sahaja.( والملك لك النعمة و الحمد إن ): Sesungguhnya daku berikrar dan mengakui bahawa semua pujian, nikmat dan kekuasaan itu hanyalah milik-Mu sahaja.( لك شريك ال ): Dan kesemua itu tidak ada sekutu bagiMu.

Page 22: Iman Dan Taqwa

.Jika diteliti makna kata-kata yang ada dalam talbiyah tersebut, didapati adanya penetapan tauhid dan jenis-jenisnya, sebagaimana disampaikan oleh Jabir berkata:

بالتوحيد فأهل(Rasulullah SAW bertalbiyah  dengan tauhid)

.Hal ini ampak jelas apabila kita mentelaah dan memahami makna kata-kata tersebut, lihatlah dalam kata-kata ( لبيك لك شــريك ال لبيك لبيك اللهم لبيك ) menghapuskan kesyirikan dalam ibadah, kemudian( لك شريك ال والملك ) terdapat Tauhid Rububiyyah kerana kita telah menetapkan kuasa yang mutlak hanya kepada Allah SWT semata.

.Hal ini juga menuntut seorang hamba untuk mengakui tauhid uluhiyyah, kerana iman kepada tauhid rububiyyah memerlukan iman kepada tauhid uluhiyyah dan dalam kata (إن

لك النعمة و الحمد )terdapat penetapan sifat-sifat terpuji pada zat Allah. Juga menetapkan semua perbuatan Allah SWT adalah hak. Ini semua merupakan tauhid asma’ dan sifat Allah SWT.

.Kalau demikian, orang yang bertalbiyah dituntut selalu merasakan keagungan Allah SWT dan selalu menyerahkan amal ibadahnya hanya kepada Allah SWT semata, bukan hanya sekadar mengucapkannya tanpa dapat merasakan hakikat dari talbiyah tersebut.

.

. .

E.   Cara Membacanya.

Talbiyah ini dibaca dengan mengeraskan suara bagi kaum lelaki sebagaimana Hadith dari Zaid bin Khalid Al Jahni r.a telah datang Malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Muhammad ajaklah sahabat-sahabat kamu untuk mengangkat suara mereka bertalbiyah kerana Talbiyah  itu adalah syiar atau ambing haji.”  (Riwayat Ibni Majah.)

.Dan dalam hadis As Saaib bin Kholaad, Rasulullah وسلم عليه الله صلى  bersabda:

التلبية أو باإلهالل أصواتهم يرفعوا أن أصحابى آمر أن فأمرنى جبريل أتنى“Telah datang kepadaku Jibril dan dia memerintaahkan aku untuk memerintahkan

sahabat-sahabatku agar mengangkat suara-suara mereka dalam bertalbiyah.” (Hadith diriwayatkan oleh At Tirmidziy, Abu Daud dan Ibnu Majah)

.Oleh kerana itu para sahabat Rasulullah وسلم عليه الله صلى  mengeraskan suaranya dalam bertalbiyah hingga kehilangan suara sebelum sampai di kota Makkah, sebagaimana dikisahkan Abu Haazim:

أصواتهم تبح حتى الروحاء يبلغوا لم أحرموا إذا الله رسول أصحاب كان“Para sahabat Rasulullah jika berihram (bertalbiyah ) belum sampai Rauha’ telah

serak suara mereka.”(Diriwayatkan oleh Said bin Manshur)

.Manakala bagi kaum wanita tidak disunatkan mengangkat suara mereka bahkan mereka diharuskan untuk merendahkan suara mereka dalam bertalbiyah. Namun begitu mereka masih boleh menguatkan suara ketika bertalbiyah jika tidak menimbulkan sebarang fitnah.

.Sabda Rasulullah وس�لم عليه الله ص�لى  dari Ummi Salamah r.a. katanya: “Saya mendengar RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai keluarga Muhammad! Sesiapa berhaji, maka hendaklah dia membaca Talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

.

.

.

F.    Waktu Memulakan TalbiyyahPensyariatan Talbiyah bagi orang-orang yang berihram haji dan umrah bermula sebaik sahaja memasang niat ihram. Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab at-Tuhfah pula

Page 23: Iman Dan Taqwa

menyatakan bahawa  bagi orang yang hendak berihram adalah wajib berniat ihram di dalam hati dan sunat dilafazkan melalui lisan sebagai ittiba‘ (mengikut sunnah). Sebaik-baik sahaja selesai berniat disunatkan pula bertalbiyah.

.Talbiyah, tepatnya ketika akan melakukan perjalanan, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah وسلم عليه الله صلى  dalam hajinya, berkata Jabir r.a.:

لبيك اللهم لبيك بالتوحيد فأهل بالحج أهل البيداء على ناقته به استوت إذا حتى  ……“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mulai membaca talbiyah ketika telah tegak untanya di al-Baida Baginda ihlal (ihram) dengan haji lalu bertalbiyah

dengan tauhid, labbaika allahumma labaik ……”(H.R Muslim)

.

.

.

G.    Waktu Berhenti Bertalbiyah .

Talbiyah ini disunahkan disuarakan ketika kita telah melafazkan niat sampai menjelang mahu melakukan Tawaf untuk Umrah dan ketika selesai melontar Jamrah Aqabah untuk Haji.Para ulama berbeza pendapat dalam penentuan waktu berhenti Talbiyah bagi orang yang berumrah atau berhaji dengan beberapa pendapat:

.1.  Haji TamatukBagi jemaah yang hendak bertahallul dengan mendahulukan Tawaf dan bercukur, ucapan Talbiyah nya terputus ketika hendak melakukan Tawaf. Begitu juga bagi orang-orang yang berihram Umrah, waktu berakhir ucapan Talbiyah nya ialah ketika sampai ke Kaabah dan hendak memulakan Tawaf dengan menyentuh ‘Istilam’ (Hajar Aswad).

.a.  Ini pendapat Ibnu Abbas, Ata’, Amr bin Maimun, Thawus, An-Nakha’i, Ats-Tsaury, Asy-Syafie, Ahmad dan Ishaq serta Mazdhab Hanafi berdalil dengan hadis Ibnu Abbas secara marfu’:

الحجر اتلم إذا العمرة في التلبية عن يمسك كان“Dia menghentikan Talbiyah dalam Umrah kalau telah menyentuh (istilam) Hajar

Aswad.”(HR Abu Daud, At Tirmidzy daan Al Baihaqy)

.b.  Dan juga hadis Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya dengan lafaz:

الحجر استلم حتى يلبي يزل فلم القعدة ذي في كلها عمر ثالثا  الله رسول اعتمر“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan umrah tiga kali umrah

seluruhnya di bulan Zulkaidah dan terus bertalbiyah  hingga menyentuh (istilam) Hajar Aswad.”

.

.2.  Selain Haji TamatukImam as-Syafi‘e menyebutkan dalam kitab al-Umm bahawa  waktu berakhir dan terputusnya ucapan talbiyah bagi orang yang berihram haji berlaku apabila hendak melakukan lontaran batu yang pertama Jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar kerana disunatkan bertakbir ketika melakukan lontaran tersebut sebagai ittiba‘ (mengikut sunnah).

.a. Dihentikan selepas batu yang pertama di lempar ke Jumrah Aqabah dan ini pendapat kebanyakan dari mereka, dengan dalil hadis Al fadl bin Al Abbas

(الحماعة رواه )العقبة جمرة رمى حتى يلبي يزل فلم منى إلى جمع من  النبي رديف كنت“Aku mengekori nabi dari Arafah ke Mina dan terus menerus bertalbiyah  sampai

melempar Jamrah Aqabah.”.

Page 24: Iman Dan Taqwa

b. Menghentikannya di kala batu terakhir lemparan ke Jamrah Aqabah dan juga pendapat Ahmad dan sebahagian pengikut Syafie serta dibawakan oleh Ibnu Khuzaimah dengan hadis:

التلبية قطع ثم حصاة كل مع يكبر العقبة جمرة رمى حتى يلبي يزل فلم عرفة من  النبي مع أفضت (خزيمة ابو رواه )حصاة آخر مع

“Aku telah keluar bersama Nabi dari Arafah lalu Baginda terus bertalbiyah sampai melempar Jumrah Aqabah, Baginda bertakbir setiap lemparan batu, kemudian menghentikan Talbiyah  bersama batu terakhir yang dilempar.” 

(HR Ibnu Khuzaimah)...

H.  Talbiyah  BerjemaahTidak disyari’atkan bertalbiyah secara berjemaah, dipimpin seorang imam, sebagaimana kelihatan ketara dalam amalan sebahagian kaum muslimin di musim haji. Sebab hal ini merupakan kebid’ahan dalam bertalbiyah . Tetapi apabila berlaku bersamaan ucapan Talbiyah  secara kebetulan tanpa disengajakan dan tidak dipimpin, maka tidak mengapa kerana Rasulullah وسلم عليه الله صلى  para sahabatnya bertalbiyah dalam satu waktu, padahal jumlah mereka sangat ramai. Tentunya hal tersebut besar kemungkinan berlaku dengan suara yang seiring. Hal penting yang patut diperhatikan orang yang bertalbiyah dalam meninggikan suara Talbiyah nya adalah jangan sampai mengganggu dan menyakiti dirinya sendiri sehingga tidak dapat terus bertakbir.

.

.

.

I.     Alam Turut Bertalbiyah  .

Semasa manusia bertalbiyah itu pokok-pokok dan batu-batan di sekelilingnya juga akan turut berTalbiyah  dan menjadi saksi kepada manusia bahawa manusia itu bertalbiyah.

.Hadith dari Sahal bin Saad r.a. sabda Rasulullah وسلم عليه الله صلى  :“Apabila setiap muslim bertalbiyah maka akan bertalbiyah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana.”

(Riwayat Tarmizi dan Ibni Majah.).

Ketika Allah SWT  memerintahkan Ibrahim AS untuk mengkhabarkan manusia agar berhaji, Ibrahim AS berkata:

أو أكمة أو شجر أو حجر من سمعه ما له فاستجاب تحجوه أن أمركم و بيتا اتحذ ربكم إن الناس أيها ياشيئ أو لبيك   تراب اللهم لبيك جرير)  فقالوا ابن (106\17رواه

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah (Kaabah) dan memerintahkan kamu untuk berhaji kepadanya. Lalu menerima panggilan ini

apa saja yang mendengarnya dari batu-batuan, pokok-pokok, bukit-bukit debu atau apa saja yang ada, lalu mereka berkata  لبيك اللهم لبيك  ……”

(HR Ibnu Jarir 17/106)..

Demikianlah berkenaan perihal Kalimah Talbiyah, semoga ianya dapat memberi sedikit tambahan pengetahuan kepada antum semua.

.

.بالصواب أعلم والله

Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Page 25: Iman Dan Taqwa

Arafah Sebaik-Baik HariWukuf di Arafah ialah rukun haji yang terpenting, tanpanya tidak sah ibadah haji. Arafah iaitu hari yang mana hati secara fitrah mengagungkan Allah SWT, Tuhan semesta alam. Hari Arafah juga sebaik-baik hari yang pernah matahari terbit, hari makrifah, hari pengampunan, hari yang diturunkan rahmat dari Tuhan Pencipta bumi dan langit.

.“Daku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Tiada sekutu bagiNya, dan daku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya; Dan pilihan-Nya dari sekalian makhluk dan kekasih-Nya yang telah memuliakan hari Wuquf di Arafat dan mengagungkan dengan begitu jelas dan terang tentang kemuliaan dan keutamaan hari ini. Ya Allah! Berilah selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu sekalian makhluk dan kekasih Allah dengan salam sebanyak-banyaknya.”

.

.

A.    Kelebihan Hari ArafahHari Arafah adalah hari pertemuan dan perjumpaan besar antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani, kerana hari Arafah adalah hari makrifah, hari kebebasan, hari doa, hari kesempurnaan agama dan nikmat dan hari perpisahan.

.Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan Hari Arafah di antara ialah:

.1.  Hari KemuliaanDi antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.Firman Allah SWT:

﴿ ج� ر‌و ر� ل ا ج� ذ�ا ج� ذ�ا ذ�� ﴿ ١ذوا ج� ر�و لو ذ� ل ا ج� لو �ذ ل ذوا ﴾٢ ﴿ د� ر�و ل ذ! ذو د" ج# ذ$ا ذو ﴾٣“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari

(pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”  (Surah Al-Buruj: 1-3)

.Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).

.Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:

﴿ ‌ج ل% ذ& ل ﴿ ١ذوا ‌د ل ذ� د' ذ�ا ذ ذو ﴾٢“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi

Allah).”  (Surah Al-Fajr: 1-2).

Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).

.

.2.  Hari Disempurnakan Agama-NyaHari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:

ور ضيت نعمتي عليكم وأتممت دينكم لكم أكملت اليومدينا اإلسالم  لكم

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah: 3).

.

.3.  Hari Bulan SuciHari Arafah adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:

Page 26: Iman Dan Taqwa

ه اللـ كتاب في شهر ا عشر اثنا ه اللـ عند هور الش عدة إنحر م أر بعة منها واألر ض ماوات الس خلق الدين  يوم ذلك

أنفسكم  القيم فيهن تظلموا فال   “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).” 

(Surah At-Taubah: 36)...

4.  Hari Beramal SolehHari Arafah adalah salah satu hari dari hari-hari sepuluh yang dilebihkan untuk melakukan amal soleh seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah..Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid).”  (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah) “.

.

.5.  Hari PembebasanHari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman: ‘Apa yang mereka inginkan? ‘” (Sahih Muslim 3275).Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.

.

.6.  Hari Permohonan DoaHari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …”(Riwayat at-Timizi).

.

.

.

B.    Pengajaran Daripada Hari Arafah.

Terlalu banyak pengajaran hari Arafah yang boleh dipelajari, di antaranya adalah:.

1.  Hari PeringatanPada hari ini mengingatkan kita kepada suatu urusan yang agung dan besar, yang menambahkan keimanan dan menguatkan hubungan dengan Pemilik Agama. Iaitu mengingatkan tentang hari kiamat dan melengkapkan persediaan dan bekalan untuk hari itu kerana pada hari itu perasaan tidak terkata dan nurani tidak tertulis, tetapi hanya dapat dinikmati bagi siapa yang melaksanakannya, seperti mana ada bijak pandai pernah mengatakan: “Siapa yang merasa dia tentu tahu.”

Page 27: Iman Dan Taqwa

Ini adalah hari seumpama hari Perhimpunan terbesar seperti dalam FirmanNya:

اآلخر ة عذاب خاف لمن آلية ذلك في يوم  إن ذلك ﴿ د� ر�و ل ذ�! د� لو ذ* ذ+ ج ذذ� ذو ر� �-ا ذ ا ر. � ذ د/ ر�و ل% ١٠٣ذ�! ﴾

“Iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.” (Surah Al-Hud: 103).

.Oleh itu, hari Arafah adalah gambaran kecil dari keadaan sebenar hari kiamat. Demi Allah, sekiranya para jemaah haji memerhatikan pemandangan ini dan bagi yang bukan jemaah haji boleh melihat melalui skrin, tentulah akan mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dan menjadi hati yang tunduk patuh kepada Tuhan. Semua orang yang menyaksikan pemandangan ini dan perhimpunan orang ramai yang sangat besar di Arafat dan mendengar suara, pekikan dan jeritan, dia akan serta-merta berkata: Maha suci bagi Allah, Maha Suci bagi yang mengetahui bahasa mereka, Maha Suci bagi mampu membezakan suara mereka dan Maha Suci bagi yang tertunai hajat mereka.

.

.2. Rahmat Tanpa SempadanDi Arafat terbuka penutup dan pintu syurga. Oleh itu, para jemaah menuju kepada Tuhan dengan hati yang bersih daripada kegelapan syahwat dan hawa nafsu, dan memancarkan cahaya sehingga menerangi dunia dan semua yang ada termasuklah yang sekecil zarah pun.Di Arafah terjunjung semangat kemanusiaan tanpa kenal sempadan, antara tuan dan kuli, tua dan muda, kaya dan miskin, raja dan rakyat, mulia atau keji. Di tempat ini satu pelajaran agung iaitu tentang persamaan, di mana tidak ada orang yang boleh membezakan antara kaya dan miskin, tidak juga di antara yang kuat dan lemah, dan tidak juga di antara berkedudukan dan berpangkat dan tidak berkedudukan dan berpangkat.

.

.3. Menyaksikan Penyatuan UmatPerhimpunan umat Islam di Arafah pada hari yang mulia ini memberi peluang besar untuk menyaksikan manfaat Haji seperti yang dikehendaki dan disebut oleh Allah SWT:

والر كع والقائمين للطائفين بيتي ر وطه شيئا بي تشر ك ال أن البيت مكان إلبر اهيم أنا بو وإذ ﴿ ج� ر%و ر�� د0 ٢٦ا �ج� ذ� ج1 ذ3 ل4 ر6 ج!ن ذن �ج8 ل9ا ذ* ‌د ج! ذ:ا ل4 ر6 ذ; ذ> ذ� ذو ل<ا ذ@ا ‌Aج Bذ ر8و ل9ا ذ* ل1 Cذ ل جDا ج� �-ا ذ ا ج3ي ل�ن ذ9ا ذو ﴾

لهم ٢٧﴿ منافع ليشهدوا ﴾“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.”  (Surah Al-Hajj: 27-28)

.Manfaat yang paling penting dan menjadi kewajipan yang tidak dapat dielakkan kepada umat Islam: Keperluan untuk kerjasama antara negara-negara Arab dan Islam. Perjumpaan di Arafah ini adalah peluang besar untuk menghapuskan jurang dan memikirkan tentang keadaan dunia Islam.Di antara faktor yang membantu untuk mencapai kerjasama ini tercapai ialah; umat Islam adalah satu umat yang menggunakan bahasa yang satu, sejarah masa lalu yang satu, objektif yang satu, penyakit yang satu. Mereka di Arafat menuju kepada Tuhan yang satu , memakai pakaian yang satu, pada masa yang satu dan dengan laungan yang satu “Labbaikallah humma labbaik….”Semua ini membantu untuk mencapai kerjasama yang membuahkan kemajuan, kemakmuran,kecintaan dan keintiman, dan menggemblingkan tindakan yang memuaskan hati rakyat negara Arab.

.

.4.  Pesanan Terakhir Rasulullah SAWInilah hari agung yang mengingatkan kita kepada makhluk yang paling agung yang pernah dijadikan Allah, mengingatkan kita dengan perhimpunan perpisahan di dalam haji Wida’.

Page 28: Iman Dan Taqwa

Tiada masa yang paling hebat dan tiada perhimpunan yang paling indah, melainkan di saat pertemuan antara utusan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam bersama dengan orang ramai yang khusyuk dan merendak diri di hadapan Allah, Semua mereka memiliki hati yang sedar dan telinga yang mendengar untuk melihat perpisahan dan kata-kata perpisahan, iaitu kata-kata dari Rasulullah SAW yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya.

.Seluruh dunia telah mendengar kata-kata Rasulullah SAW yang telah mengumumkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup. Antara prinsip-prinsip yang paling penting ialah:1. Menghormati nyawa, harta dan kehormatan.2. Larangan riba.3. Keadilan iaitu satu ciri Islam yang utama4. Melindungi dan menjaga nyawa.5. Larangan mempersendakan agama Allah.6. Hak lelaki ke atas wanita, hak wanita ke atas lelaki.7. Ikatan utama umat Islam adalah ikatan akidah dan Islam. Ikatan ini yang membawa

mereka kepada prinsip persamaan dan kerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam.

.Pada hari ini, Rasulullah SAW merumuskan untuk umat bahkan semua manusia tentang prinsip-prinsip kemanusiaan dan belas kasihan, dan meletakkan mereka kepada asas-asas keamanan dan kedamaian. Antara pesanan lain dari Rasulullah SAW untuk umatnya: Berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah telah menentukan secara tegas bahawa langkah dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda umat Islam ialah untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

.

.5.  PembebasanSepatutnya umat Islam, yang berada di Arafat dan lain-lain tempat-tempat suci, terutamanya Rumah Allah, jangan melupakan kiblat pertama umat Islam pertama: Al-Aqsa, yang mesti dikembalikan ke pangkuan umat Islam dan membebaskan dari cengkaman bangsa Yahudi. Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada kita pada hari kiamat nanti.Kita memohon agar Allah menjadikan kita pada hari Arafah tergolong orang-orang yang diterima amalnya, orang-orang yang diberikan kemenangan dan orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka.

.

.

.

PenutupSegala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menerima hamba-hambaNya pada hari Arafah dengan kemurahan hatiNya dan melimpah kurniaNya kepada mereka, kerana memberikan mereka yang terbaik berbanding yang diberikan kepada orang-orang yang meminta lainnya. Allah SWT akan mengampuni segala dosa, menyembunyikan kecacatan dan melepaskan segala kesusahan mereka di akhirat nanti. Wahai para sahabat yang disayangi, bertakarublah kepada Allah SWT dengan ketakwaan sebenarnya:

﴿ ذن ر�و ج> ل� ر�! رHم ذ9ان ذو ذ�<ا جJا ذ�ن ر8 ر�و ذ8 ذ<ا ذو ج. ج8 ذKا ر8 ذ�0 Lذ ذ. �>ـ ذ ا رKوا ذ�8 ا ر-وا ذ! آا ذن *Oج � ذ ا ذ�ا ر�* ذ9ا ١٠٢ذ*ا“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Al-Imran: 102).Dan doa kita yang akhir adalah pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

.أعلم والله

Wallahu A’lam(Hanya Allah Maha Mengetahui)

.

Page 29: Iman Dan Taqwa

الم وبركاته الله ورحمة عليكم والس.

By; Shafiqolbu

DOA MALAM ARAFAH adalah doa ketika jemaah haji berada di Padang Arafahpada 09 Zulhijjah. Doa ini tidak hanya dibaca oleh jemaah haji tetapi juga dianjurkan bagi semua kaum muslimin.Dengan doa ini diharapkan kita terjaga dari segala bencana, dan disampaikan oleh Allah SAW pada hajat dunia dan akhirat yang kita harapkan. Lebih khusus lagi dengan doa ini kita doakan semoga ibadah haji saudara-saudara kita menjadi haji yang mabrur, diredhai oleh Allah SWT, diberi kesihatan yang baik dan diselamatkan dari segala bencana.Berikut ini di antara bahagian dari rangkaian kalimat doa Malam Arafah:

.

م� ب م�ي ر�� ٱل م ـ� ر ح�� �� ر ٱل م� �� ر ٱل م� ح����������Bismillâhir Rahmânir Rahîm

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

.

محمد آل وعلى محمد على صل هم أللAllâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

 Ya Allah! Sampaikan selawat ke atas Rasulullah dan keluarganya.

.

Page 30: Iman Dan Taqwa

وعالم شكوى، كل وموضع نجوى، كل شاهد يا اللهمعلى عم بالن مبتدئا يا حاجة، كل ومنتهى ة، خفي كل

ال العباد، من يا جواد يا جاوز، الت حسن يا العفو، ياكريمذات سمآء وال عجاج، بحر وال داج، ليل منه يواري

ضيآء عنده الظلمة من يا ارتتاج، ذات ظل�م وال ابراج،Allâhumma yâ Syâhidu kulli najwâ. Wa maudhi‘a kulli syakwâ. Wa ‘âlima kulli

khafiyyah. Wa muntahâ kulli hâjah. Yâ mubtadian binni’ami ‘alal ‘ibâd.Yâ Kârimal ‘afwi. Yâ hasanat tajâwuz. Yâ Jawâd. Yâ man lâ yuwârî minhu laylun

dâjin, wa lâ bahrun ‘ujjâjin, wa lâ samâun dzâta abrâjin, wa lâ zhulmun dzâtartiyâjin. Yâ manizhzhulmatu ‘indahu dhiyâun.

Ya Allah! Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai Tumpuan setiap pengadu. Wahai Yang Mengetahui semua rahsia. Wahai Pengakhir dari segala keperluan. Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya. Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya. Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai. Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya.

.للجبل به يت تجل ذى ال الكريم وجهك بنور اسالك

صعقا موسى وخر ا دك فجعلتهAs-aluka binûri wajhikal karîm alladzî tajallayta bihi liljabali faja’altahu dakkaw

wa kharra mûsa sha’iqa.

Daku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang apabila Dikau nampakkan pada gunung ia hancur dan Nabi Musa pun jatuh tersungkur.

.

اذا ذى ال الطاهر المكتوب المكنون المخزون وباسمكاعطيت به سئلت واذا اجبت، به دعيت

Wa bismikal makhzûnil maknûn, al maktûbith thâhiri alladzî idzâ du‘îta bihi awjabta wa idzâ suilta bihi a‘thayta.

Dengan Asma-Mu yang tersimpan kukuh, yang tertulis dan suci, yang apabila berdoa kepada-Mu dengannya Dikau makbulkan, dan bila meminta Dikau tunaikannya.

.على نور هو ذى ال البرهان القدوس بوح الس وباسمك

رض اال بلغ اذا نور، كل منه يضيى نور من ونور نور كل

Page 31: Iman Dan Taqwa

بلغ واذا فتحت، ماوات الس بلغ واذا العرش انشقت،اهتز

Wa bismikassubûhil quddûsil burhân alladzî huwa nûrun ‘alâ kulli nûr, wa nûrun minnûrin yudhîu minhu kulli nûr, idzâ balaghal ardha insyaqqat, wa idzâ balaghas

samâa futihat, wa iddza balaghal ‘arsya ihtazzat.

Dengan Asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari semua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang.

.ان الدعوات وبهذه سماء اال هذه بحق اسالك مجيب يا

وما ا اعلن وما اسررنا وما اخرنا وما قدمنا ما لنا تغفرشىء ابدينا كل على ك ان ا من به اعلم انت وما اخفينا وما

احمين الر ياارحم برحمتك قديرYâ mujîbu, as-aluka hihaqqi hâdzihil asmâi wa bihâdzihid da‘awâti, an taghfira

lanâ mâ qaddamnâ wa mâ akhkharnâ, wa mâ asrarnâ wa mâ a‘lannâ, wa mâ abdaynâ wa mâ akhfaynâ, wa Anta a‘lamu bihi minnâ, innaka ‘alâ kulli syay-in

qadîr, birahmatika yâ Arhamar râhimîn.

Wahai Yang Maha Mengabulkan doa! Dengan hak semua nama dan doa yang telah daku sebutkan. Daku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang, yang kami sembunyikan dan yang kami nampakkan, Dikau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

.يارازق مظلوم كل ياناصر ضعيف، كل قوة يا وحيد، كل مونس يا غريب، كل حافظ يا

يا حاضر، كل عماد يا مسافر، كل صاحب يا مستوحش، كل مونس يا محروم، كلوخطيئة ذنب كل غافر

Yâ Hâfizha kulli gharîb. Yâ Mûnisa kulli wahîd. Yâ Quwwata kulli dha‘îf. Yâ Nâshira kulli mazhlûm. Yâ Râziqa kulli mahrûm. Yâ Mûnisa mustawhisyin. Yâ

Shâhiba kulli musâfir. Yâ ‘Imâda kulli hâdhir. Yâ Ghâfira kulli dzanbin wa khathîah.

Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rezeki setiap yang berhalangan. Wahai Yang Menghibur setiap yang dukacita. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap hadirin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.

.هم يافارج المكروبين، كرب كاشف يا المستصرخين، صريخ يا المستغيثين، غياث يا

دعوة مجيب يا الطالبين، غاية يامنتهى واالرضين، ماوات الس يابديع المهمومين،الدين يوم ان دي يا العالمين، يارب احمين، الر ارحم يا ين، المضطر

Yâ Ghiyâtsal mustaghîtsîn. Yâ Shârîkhal mustashrikhîn. Yâ Kâsyifa karbil makrûbîn. Ya Fârija hammil mahmûmîn. Yâ Badî‘as samâwâti wal aradhiyîn. Yâ

Page 32: Iman Dan Taqwa

Muntahâ ghâyatith thâlibîn. Ya Mûjîba da‘watil mudhtharrîn. Yâ Arhamar râhimîn. Yâ Rabbal ‘alamîn. Ya Dayyâna yawmid dîn.

Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan; Wahai Yang Menolong setiap jeritan yang mencari pertolongan; Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita; Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka; Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi; Wahai Pengakhir tujuan para pengharap;Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara; Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Wahai Tuhan alam semesta; Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan.

.اقدر يا اظرين، الن ابصر يا امعين، الس اسمع يا االكرمين، اكرم يا االجودين، اجود يا

القادرينYâ Ajwadal ajwadîn. Yâ Akramal akramîn. Yâ Asma‘as sami‘în. Yâ Absharan

nâzhirîn. Yâ Aqdaral qâdirîn.Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan; Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia; Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar; Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat; Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa.

.عم الن ر تغي تى ال الذنوب لى اغفر

Ighfir liyadz dzunûbal latî tughayyirun ni‘am. Ampunilah dosa-dosaku yang mengubah kenikmatan.

.دم الن تورث تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî tûritsun nadam.Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penyesalan.

.قم الس تورث تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunubal latî tûritsus saqam.Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.

.العصم تهتك تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahtikul ‘isham. Ampunilah dosa-dosaku yang menjatuhkan penjagaan.

.الدعآء ترد تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunubal latî taruddud du‘â’. Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa.

.مآء الس قطر تحبس تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahbisu qathras samâ’. Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan.

.الفنآء تعجل تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî tu‘ajjilul fanâ’.Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepatkan kebinasaan.

.قآء الش تجلب تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî tajlibusy syaqâ’. Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan.

.الهوآء تظلم تى ال الذنوب لى واغفر

Page 33: Iman Dan Taqwa

Waghfir liyadz dzunûbal latî tuzhlimul hawâ. Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati.

.الغطآء تكشف تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî taksyiful ghithâ’. Ampunilah dosa-dosaku yang menutupi tirai.

.الله يا غيرك يغفرها ال تى ال الذنوب لى واغفر

Waghfir liyadz dzunûbal latî lâ yaghfiruhâ ghayruka yâ Allâh. Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Dikau, Ya Allah!

.ويسرا، ومخرجا فرجا امرى من لى واجعل خلقك، من الحد تبعة كل ى عن واحمل

غيرك ارجو ال ى حت قلبى فى ورجآءك صدرى، فى يقينك وانزلWahmil ‘annî kulla tabî‘atin liahadin min khalqika. Waj’allî min amrîfarajan wa

makhrajan wa yusrâ. Wa anzil yaqînaka fî shadrî wa rajâaka fî qalbî, hattâ lâ arju ghayraka.

Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu, dan ke dalam qalbuku harapan pada-Mu. Sehingga daku tidak berharap kepada selain-Mu.

.ومن يدى بين ومن ونهارى ليلى فى واصحبنى مقامى فى وعافنى احفظنى هم الل

تحتى ومن فوقى ومن شمالى وعن يمينى وعن خلفىAllâhummahfazhnî wa ‘âfinî fî maqâmî. Washhabnî fî laylî wa nahârî wa min

bayni yadayya wa min khalfî wa ‘an yamînî wa ‘an syimâlî wa min fawqî wa min tahtî.

Ya Allah! Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku.

.دليل، خير يا واهدنى العسير، فى تخذلنى وال يسير، الت لى واحسن بيل، الس لى ر ويس

سرور كل ولقنى االمور، فى نفسى الى تكلنى والWa yassir liyas sabîla, wa ahsin liyat taysîr. Wa lâ takhdzulnî fil ‘asîr. Wahdinî yâ

khayra dalîl. Wa lâ takilnî ilâ nafsî fil umûri, wa laqqinî kulla surûr.Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesukaran. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan daku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan.

.كل على ك ان واالجل العاجل فى محبورا محبورا جاح والن بالفالح اهلى الى واقلبنى

قدير شىءWaqlibnî ilâ ahlî bil falâhi wan najâhi mahbûran fil âajili wal âjili. Innaka ‘alâ

kulli syay-in qadîr.Kembalikan daku pada keluargaku dengan kejayaan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

.واجرنى طاعتك، فى واستعملنى رزقك، بات طي من على واوسع فضلك، من وارزقنى

برحمتك تك جن الى توفيتنى اذا واقلبنى ونارك، عذابك منWarzuqni min fadhlika, wa awsi‘ ‘alayya min thayyibâti rizqika. Wasta‘milnî fî

thâ‘atika, wa ajirnî min ‘adzâbika wa nârika. Waqlibnî idzâ tawaffaytanî ilâ jannatika birahmatika.

Page 34: Iman Dan Taqwa

Anugerahkan padaku kurniaan-Mu. Luaskan bagiku rezeki-Mu yang baik. Berikanlah padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari seksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke syurga-Mu dengan rahmat-Mu ketika daku kembali kepada-Mu.

.ومن نقمتك حلول ومن عافيتك، تحويل ومن نعمتك، زوال من بك اعوذ انى اللهم

وشماتة القضآء، سوء ومن قآء، الش ودرك البالء، جهد من بك واعوذ عذابك، نزولالمنزل الكتاب مافى شر ومن السمآء، من ينزل ما شر ومن االعدآء،

Allâhumma innî a‘ûdzubika min zawâli ni‘matika, wa min tahwîli ‘âfiyatika, wa min hulûli niqmatika, wa min nuzûli ‘adzâbika, wa a‘ûdzubika min juhdil balâi wa darakisy syaqâ’, wa min sûil qadhâi wa syamâtatil a‘dâi, wa min syarri mâ yanzilu

minas samâi, wa min syarri mâ fil kitabil munzal.Ya Allah! Sesungguh daku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesalamatan-Mu, datangnya seksa dan azab-Mu. Daku berlindung kepada-Mu dari bala yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.

.واحينى االخيار، صحبة تحرمنى وال ار، الن اصحاب من وال االشرار، من تجعلنى ال اللهم

مقعد فى االنبيآء مرافقة وارزقنى باالبرار، تلحقنى بة طي وفاة وتوفنى بة طي حياةمقتدر مليك عند صدق

Allâhumma lâ taj’alnî minal asyrâri. Wa lâ min ashhâbin nâri. Wa lâ tahrimnî shuhbatal akhyâri. Wa ahyinî hayâtan thayyibah. Wa tawaffanî wafâtan

thayyibatan tulhiqunî bil abrâr. Warzuqnî murâfaqatal ambiyâi fî maq‘adi shidqin ‘inda malîkin muqtadir.

Ya Allah! Jangan golongkan daku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi daku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan daku dengan kehidupan yang baik; Matikan daku dengan kematian yang baik yang membawa daku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Pemilik Yang Maha Kuasa.

.نة الس باع وات االسالم على الحمد ولك وصنعك، بالئك حسن على الحمد لك اللهم

Allâhumma lakal hamdu ‘ala husni balâika wa shun’ika. Wa lakal hamdu ‘alal islâmi wattibâ‘is sunnah.

Ya Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.

.منا وعل فاهدنا كتابك متهم وعل لدينك هديتهم كما رب يا

Yâ Rabbi, kamâ hadaytahum lidînika wa ‘allamtahum kitâbaka fahdinâ wa ‘allimnâ.

Wahai Tuhanku! Sebagaimana telah Dikau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Dikau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami..

خلقى، فاحسنت خلقتنى كما خآصة عندى وصنعك بالئك حسن على الحمد ولك . على انعامك على الحمد فلك هدايتى فاحسنت وهديتنى تعليمى، فاحسنت متنى وعل

وحديثا قديماFalakal hamdu ‘alâ husni balâika wa shun‘ika khâshshatan. Kamâ khalaqtanî fa-

ahsanta khalqî. Wa ‘allamtanî fa-ahsanta ta‘lîmî. Wa hadaytanî fa-ahsanta hidâyatî. Falakal hamdu ‘alâ in‘âmika ‘alayya qadîman wa hadîtsan.

Page 35: Iman Dan Taqwa

Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Dikau ciptakan daku lalu Dikau jadikan daku dengan ciptakan yang baik, Dikau ajari daku lalu Dikau baikkan pengajaran padaku. Dikau tunjukkan daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku. Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Dikau berikan padaku yang dahulu atau yang baru.

.يا هم من كم و نفسته، قد دى سي يا غم من وكم جته، فر قد دى سي يا كرب من فكم

سترته، قد دى سي يا عيب من وكم صرفته قد دى سي يا بالء من وكم كشفته، قد دى سيوكل الحال هذه وعلى ومقام، ومنقلب وزمان مثوى كل فى حال كل على الحمد فلك

حالFakam min kurbin yâ Sayyidî qad farajatahu. Wa kam min hammin yâ Sayyidî qad kasyaftahu. Wa kam min balâin yâ Sayyidî qad sharaftahu. Wa kam min ‘aybin yâ Sayyidî qad satartahu. Falakal hamdu ‘alâ kulli hâlin fî kulli matswâ wa zamânin

wa munqalibin wa maqâmin wa ‘alâ hâdzihil hâli wa kulli hâl(in).Betapa banyak penderitaan pada Junjunganku yang Dikau bahagiakan. Betapa banyak kesengsaraan Junjunganku yang Dikau hilangkan. Betapa banyak kesukaran Junjunganku yang Dikau lepaskan. Betapa banyak cubaan Junjunganku yang Dikau singkirkan. Dan betapa banyak aib Junjunganku yang Dikau rahsiakan. Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan..

او تكشفه ضر او تقسمه خير من اليوم هذا فى نصيبا عبادك افضل من اجعلنى اللهمعلى ك فان تلبسها، عافية او تنشرها رحمة او تسوقه خير او تدفعه بالء او تصرفه سوء

واالرض ماوات الس خزآئن وبيدك قدير شىء كلAllâhummaj‘alnî min afdhali ‘ibâdika nashîban fî hâdzal yawmi min khayrin

taqsimuhu, aw dhurrin taksyifuhu, aw sûin tashrifuhu, aw balâintadfa‘uhu, aw khayrin tasûquhu, aw rahmatin tansyuruhâ, aw ‘âfiyatin tulbisuhâ. Fa innaka ‘alâ

kulli syay-in qadîr. Wa biyadika khazâinus samâwâti wal ardh(i).Ya Allah! Jadikan daku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bahagian yang paling utama pada hari ini dari kebaikan yang Dikau bahagikan atau penderitaan yang Dikau hilangkan; Kesulitan yang Dikau singkirkan, cubaan yang Dikau tolakkan, kebaikan yang Dikau curahkan, rahmat yang Dikau sebarkan, keselamatan yang Dikau berikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi..

وال نآئله، ينقص وال آمله، ب يخي وال سآئله، يرد ال ذى ال المعطى الكريم الواحد وانت وجودا وعطآء با وطي كثرة يزداد بل عنده ما ينفد

Wa Antal Wâhidul Karîmul Mu’thî alladzî lâ yuraddu sâiluhu, wa lâ yukhayyabu âmiluhu, wa lâ yanqushu nâiluhu, wa lâ yanfadu mâ ‘indahu, bal yazdâdu

katsratan wa thayyiban wa ‘athâan wa jûdâ.Dikau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Dikaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak mengsia-siakan orang yang berharap, yang tidak kekurangan sedikit pun kurnia-Nya kerana orang yang memperolehinya dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kepermurahaan-Nya.

.محظورا، يكن لم عطآءك ان الواسعة رحمتك ومن تفنى، ال تى ال خزآئنك من وارزقنى

احمين الر ارحم يا برحمتك قدير شىء كل على وانتWarzuqnî minkhazâinikallatî lâ tafnâ wa min rahmatikal wâsi‘ah. Inna ‘athâaka lam yakun mahzhûrâ. Wa Anta ‘alâ kulli syay-in qadîr birahmatika yâ Arhamar

râhimîn.

Page 36: Iman Dan Taqwa

Kurniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tidak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu; Dengan rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

.(Mafâtihul Jinân: Bab 2, Fasal 5)

.

.بالصواب أعلم والله

Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Jemaah Haji disunatkan sentiasa melafazkan ucapanTalbiah sebaik berniat ihram dan di sepanjang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

.Firman Allah SWT:

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji,niscaya mereka akan datang

kepadamudengan berjalan kaki,dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.”

(Surah Al-Hajj :27).

Berkata Ibnu Abbas r.a. dalam menafsirkan firman Allah SWT ini:“Ketika Allah SWT memerintahkan Ibrahim AS untuk mengkhabarkan manusia agar berhaji, Ibrahim AS berkata:

أو حجر من سمعه ما له فاستجاب تحجوه أن أمركم و بيتا اتحذ ربكم إن الناس أيها يا(106\17 جرير ابن رواه) لبيك اللهم لبيك فقالوا  شيئ أو تراب أو أكمة أو شجر

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah (Kaabah) dan memerintahkan kamu untuk berhaji kepadanya. Lalu menerima panggilan ini

apa saja yang mendengarnya dari batu-batuan, pokok-pokok, bukit-bukit debu atau apa saja yang ada, lalu mereka berkata  لبيك اللهم لبيك  ……”

(HR Ibnu Jarir 17/106).

Page 37: Iman Dan Taqwa

.

.

. لبيك اللهم لبيك، لبيك ال شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك

ال شريك لك.“Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan

nikmata laka wal mulka la syarika laka.” (Daku datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Daku datang menyahut panggilan-Mu, Daku datang menyahut panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu! Daku datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segala kekuasaan adalah milik-Mu, Tiada sekutu bagi-Mu!)

.

.Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah

atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya.”(Riwayat Ibni Majah)

.الم وبركاته الله ورحمة عليكم والس

.Posted by; shafiqolbu