23
Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada bulan Rabi`u l-Awwal tahun 164H / 781M. Nasab Imam Ahmad kembali kepada Bani Syayban ( ان ب ي ش ي ن ب) dan ia ialah suatu qabilah daripada Bani Rabi`ah `Adnaniyyah ( ة ع ي ب ر ي ن ب ة ي ب ا عدن) yang bertemu nasabnya dengan Nabi pada Nizar bin Ma`d bin `Adnan ( ان عدن ن ب عد م ن ب ار$ ز ن). Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun, ketika Imam Ahmad masih berusia tiga tahun. Ibunya bernama Safiyyah binti Maymunah binti `Abdu l-Malik Asy-Syaybaniy dari Bani `Amir ( ي ن ب ر ما ع). Ibunya lah yang menjaga dan mendidik Imam Ahmad sejak kecil. Ada diceritakan bahawa ibunya selalu mendukung Imam Ahmad untuk pergi salat di Masjid, walaupun pada waktu subuh. Ibunya lah yang menyuruh Imam Ahmad menghafal AlQuran. Imam Ahmad adalah seorang yang miskin. Beliau terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang-barang di jalanan untuk menyara hidup. Beliau sangat mementingkan pendapatan yang halal, justeru beliau tidak menerima hadiah atau pemberian tanpa membuat kerja. Beliau sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Beliau seorang yang pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran. Beliau juga tidak sombong atau bongkak. Beliau mengasihi seseorang kerana Allah. Beliau bergaul dengan faqir miskin dan selalu memberi bantuan kepada mereka.

Imam Ahmad Bin Hanbal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Biografi imam Ahmad

Citation preview

Page 1: Imam Ahmad Bin Hanbal

Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada bulan Rabi`u l-Awwal tahun 164H / 781M. Nasab

Imam Ahmad kembali kepada Bani Syayban (  شيبان dan ia ialah suatu qabilah daripada ( بني

Bani Rabi`ah `Adnaniyyah (  عدنانية ربيعة yang bertemu nasabnya dengan Nabi pada (بني

Nizar bin Ma`d bin `Adnan (  عدنان بن معد بن .( نزار

Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun, ketika Imam

Ahmad masih berusia tiga tahun. Ibunya bernama Safiyyah binti Maymunah binti `Abdu l-Malik Asy-

Syaybaniy dari Bani `Amir ( عامر .(بني

Ibunya lah yang menjaga dan mendidik Imam Ahmad sejak kecil. Ada diceritakan bahawa ibunya

selalu mendukung Imam Ahmad untuk pergi salat di Masjid, walaupun pada waktu subuh. Ibunya

lah yang menyuruh Imam Ahmad menghafal AlQuran.

Imam Ahmad adalah seorang yang miskin. Beliau terpaksa mengambil upah menjual kain dan

membawa barang-barang di jalanan untuk menyara hidup. Beliau sangat mementingkan

pendapatan yang halal, justeru beliau tidak menerima hadiah atau pemberian tanpa membuat kerja.

Beliau sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Beliau seorang yang pendiam, suka

berfikir dan tegas menentang kemungkaran. Beliau juga tidak sombong atau bongkak. Beliau

mengasihi seseorang kerana Allah. Beliau bergaul dengan faqir miskin dan selalu memberi bantuan

kepada mereka.

Imam Ahmad seorang yang bertaqwa dan baik hati, kurang makan dan minum, serta banyak

melakukan `ibadah. Beliau banyak melakukan salat malam setiap hari sehingga 300 raka`at. Apabila

usianya berusia hampir 80 tahun, beliau hanya bersalat 150 raka`at. Beliau khatam Al-Quran sekali

dalam tujuh hari.

Pendidikan

Imam Ahmad menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu dan beliau rajin belajar. Beliau

sentiasa membawa alat tulis dan kertas untuk menulis. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-

Qur’an sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang

terkenal. Beliau juga mendalami ilmu Bahasa Arab.

Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian haditsnya dengan sekian ramai guru

dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah

Page 2: Imam Ahmad Bin Hanbal

menghafal lebih daripada sejuta hadits termasuk barisan perawinya.

Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke

Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk berguru dengan Imam As-

Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Al-Qadhi Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim

al-Washithi, ‘Umar ibn ‘Abdullah ibn Khalid, ‘Abdur Rahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy.

Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan ‘Abdur

Razzaq ibn Humam, seorang ahli hadits yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang

berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadits-hadits yang

dihafalnya setelah sekian lama.

Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai

seorang ahli hadits dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula

mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi

tokoh hadits terkenal ialah Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Al-Qasim ibn Salam pernah berkata:

“Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.”

Imam Ahmad diseksa oleh pemerintah kerajaan Abbasiyyah

Sebagai 'pewaris' para nabi, ulama silam sering tabah menghadapi pelbagai seksaan, termasuklah

juga Imam Ahmad. Dalam zaman kerajaan Abbasiyyah dengan Khalifah Harun al-Rasyid, timbul

suatu fahaman bahawa Al-Quran adalah suatu makhluk. Basyar al-Murisy telah menyebarluaskan

pendapat itu. Namun, Khalifah Harun membanterasnya habis-habisan. Sekali gus dia

memerintahkan agar penyebar itu ditangkap dan diadili. Basyar menyembunyikan diri sebaik saja

mengetahui perintah itu dikeluarkan. Dia menyembunyikan diri hingga Khalifah Harun meninggal.

Khalifah al-Amin, anak Khalifah Harun, menghidupkan perintah itu sebaik sahaja mewarisi kerajaan

ayahnya.

Setelah Khalifah al-Amin meninggal, Khalifah al-Makmun pula mewarisi pemerintahan. Namun,

beliau berfahaman Muktazilah (golongan yang mengutamakan pemikiran logik lebih dari AlQuran

Page 3: Imam Ahmad Bin Hanbal

dan AlHadits). Makmun menyokong fahaman Basyar. Para ulama, secara bersembunyi, berfatwa

ajaran Basyar itu sesat, lagi menyesatkan. Demi takut dizalimi, ramai ulama berhijrah ke negara lain.

Ramai pula yang terpaksa bersembunyi. Imam Ahmad dengan tegas mengatakan al-Quran

hanyalah kalamullah (pena Allah). Akibat pendapatnya itu, dia ditangkap dan dihadapkan kepada

Khalifah Makmun. Imam Ahmad dirantai dan dibawa ke bilik persidangan. Seorang pengawal

kemudian tampil dengan membawa al-Quran dan diletakkan di hadapannya.

"Al-Quran bukan makhluk, al-Quran adalah Kalamullah." Imam Ahmad menegaskan.

Akibatnya, Imam Ahmad dipenjara dan diseksa. Setiap hari dalam penjara seorang pegawai disuruh

menemui Imam Ahmad supaya pendapatnya diubah. Namun, Imam Ahmad terus tegas. Suatu

pertemuan kemudian diadakan. Tujuannya untuk menghukum Imam Ahmad. Berbagai-bagai

peralatan seperti pedang, lembing dan cambuk disediakan. Jika beliau masih teguh dengan

fahamannya, senjata itulah yang akan digunakan untuk menyeksanya. Namun, Imam Ahmad masih

tegas. Beliau dicambuk. Pada sebatan pertama, Imam Ahmad berkata 'Bismillah'. Pada sebatan

kedua beliau membaca 'La haula wala kuata illa billah'. Pada sebatan ketiga beliau membaca firman

Allah bermaksud:

"Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi

kami."

Kini sudah 29 kali Imam Ahmad dicambuk. Akibatnya kulitnya terkupas, darah mengalir. Ketika

sedang dicambuk, Imam Ahmad merasa tali seluarnya terputus. Seluarnya sedikit demi sedikit

menurun. Auratnya dirasakan hampir terbuka. Beliau segera mengangkat pandangannya ke langit.

Bibirnya bergerak. Bisikan doanya dikabulkan. Tiba-tiba seluarnya yang tadi turun, naik semula ke

tempat asal. Auratnya tidak sempat terbuka. Setelah dicambuk, beliau kemudian dibawa ke penjara.

Al-Muktasim telah menggantikan Khalifah Makmun yang wafat. Namun, fahaman Muktazilah masih

berkembang. Akibatnya Imam Ahmad terus diseksa. Debat terbuka antara Imam Ahmad dengan

Kadi Besar Ahmad bin Ali Daud dianjurkan Khalifah al-Muktasim. Namun, Imam Ahmad pintar

menjawab secara jitu segala soalan dan bidasan.

Walaupun terpengaruh, hadirin majlis masih takutkan seksaan khalifah. Oleh kerana malu melihat

kadi besarnya itu ditewaskan oleh Imam Ahmad dalam debat itu, khalifah memaksa Imam

Ahmad mengakui kesilapannya. Namun, Imam Ahmad masih tabah. Seksaan dan penjara untuknya

diteruskan. Khalifah al-Muktasim meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifah al-Watsik yang

masih terpengaruh oleh ajaran sesat itu. Seksaannya ditambah kepada Imam Ahmad.

Hanya setelah al-Watsik meninggal dan digantikan oleh Khalifah al-Mutawakkil

Page 4: Imam Ahmad Bin Hanbal

Billah, barulah berakhir seksaan ke atas Imam Ahmad. Khalifah itu menyedari kesilapan para

pendahulunya dan memerintahkan pengikut Muktazilah ditangkap dan dihukum. Imam

Ahmad bersyukur kepada Allah kerana terselamat. Namun, pada usia tua dan sakit, beliau masih

terus berdakwah menentang ajaran sesat sehingga akhir hayatnya.

Setelah dibebaskan beliau diberikan hadiah sebanyak l0,000 dirham. Namun Imam Ahmad

menolaknya. Tetapi kerana dipaksa untuk menerima, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan

kepada fakir miskin.

Firman Allah yang bermaksud, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."  [Surah Al-Ankabut : 2-3]

Saat-saat akhir

Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya

menyebabkan pihak pemerintah Abbasiyyah telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara.

Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah

kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun.

Jenazah beliau disembahyangkan oleh 130,000 orang Muslimin.  Semoga Allah S.w.t merahmati

Imam Ahmad bin Hanbal dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.

Sumbangannya

Kitab-kitab yang ditulis oleh Imam Ahmad:

1- Kitab Al-Irja’ ( اإلرجاء (كتاب

2- As’ilatu `Ani r-Ruwati s-Siqati Wadh-Dhu`afa’ ( والضعفاء الثقات الرواة عن (أسئلة

3- Al-Asma’ Wal-Kuna ( والكنى (األسماء

4- Al-Asyribatu As-Saghir ( الصغير (األشربة

Page 5: Imam Ahmad Bin Hanbal

5- Al-Asyribatu Al-Kabir ( الكبير (األشربة

6- Kitab Al-Imamah ( اإلمامة (كتاب

7- Ahlu l-Milalu War-Riddatu Waz-Zanadiqatu Watariku s-Salati Wal-Fara’idhi ( والردة الملل أهل

والفرائض الصالة وتارك (والزنادقة

8- Al-Iman (اإليمان)

9- Bab Ahkamu n-Nisa’ ( النسائ أحكام (باب

10-At-Tarajjul (الترجل)

11-At-Tarikh (التاريخ)

12-At-Tafsir (التفسير)

13- As-Salasu l-Ahadisu llati Rawaha Al-Imamu Ahmad `Ani n-Nabiy Fi l-Manam ( التي األحاديث الثالث

المنام في وسلم عليه الله صلى النبي عن أحمد اإلمام (وراها

14- Juz’u Intiqa’u l-Imamu Muhammad bin `Aliy bin Bahr bin Bariy ( ). بن علي محمد اإلمام انتقاء جزء

( بري بن بحر

15- Juz’un Fihi Ahadisu `Ani sy-Syafi`iy ( الشافعي عن أحاديث فيه (جزء

16- Jawabu l-Imamu Ahmad `An Su’alin Fi Khalqi l-Qur’an ( ). خلق في سؤال عن أحمد اإلمام جواب

القرآن)

17- Jawabatu l-Qur’an ( القرآن (جوابات

18-Hadisu Syu`bah ( شعبة (حديث

19-Hadisu sy-Syuyukh ( الشيوخ (حديث

20-Ar-Raddu `Ala l-Jahmiyyah ( الجهمية على (الرد

21-Ar-Raddu `Ala z-Zanadiqah ( الزنادقة على (الرد

22-Risalatun Ila Musaddad bin Musarhad ( مسرهد بن مسدد إلى (رسالة

23-Az-Zuhd (الزهد)

24-Kitab As-Sunnatu s-Saghir ( الصغير السنة (كتاب

25-Kitab As-Sunnatu l-Kabir ( الكبير السنة (كتاب

26- Syi`run `Ani l-Mawti Wal-Yawmi l-Akhar ( اآلخر واليوم الموت عن (شعر

27-As-Salah (الصالة)

28- Ta`atu r-Rasul ( الرسول (طاعة

29-Al-`Aqidah (العقيدة)

30- `Ilalu l-Hadis ( الحديث (علل

31- Fadha’ilu `Aliy ( علي (فضائل

32-Kitab Al-Fara’idh ( الفرائض (كتاب

33- Fadha’ilu s-Sahabah ( الصحابة (فضائل

34- Fadha’ilu Ahlu l-Bayt ( البيت أهل (فضائل

35-Mukhtasar Fi Usuli d-Din Was-Sunnah ( والسنة الدين أصول في (مختصر

36-Al-Masa’il (المسائل)

37-Al-Musnad (المسند)

38-Al-Manasiku s-Saghir ( الصغير (المناسك

39-Kitab Al-Manasiku l-Kabir ( الكبير المناسك (كتاب

Page 6: Imam Ahmad Bin Hanbal

40-Kitab Al-Muqaddam Wal-Mu’akhkhar Fi Kitabi Llah ( في والمؤخر المقدم كتاب

الله (كتاب

41-Kitab An-Nasikh Wal-Mansukh ( والمنسوخ الناسخ (كتاب

42-Kitab Nafyu t-Tasybih ( التشبيه نفي (كتاب

43-Kitab Al-War`u Wal-Iman ( واإليمان الورع (كتاب

44-Kitab Al-Wuqufu Wal-Wasaya ( والوصايا الوقوف (كتاب

Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab haditsnya yang terkenal iaitu "al-

Musnad" yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan

atsar para sahabat radhiallahu ‘anhum. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan

ayah mereka, iaitu ‘Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.

Antara ulama’ yang terkenal yang menyebarkan mazhabnya ialah Abu Bakr bin Hani’, Abu Qasim

Al-Kharqiy, Muwaffiqu d-Din bin Qudamah, Syamsu d-Din bin Qudamah Al-Maqdisiy, dan

Taqiyyuddin Ahmad bin Taymiyyah. Mazhabnya tersebar ke Mesir, Iraq, Syria, Hijjaz dan Najd.

Rujukan:

1 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

2 - Ringkasan riwayat hidup 4 Imam pengasas mazhab

Page 7: Imam Ahmad Bin Hanbal

Imam Malik bin Anas

Imam Malik bin Anas ( أنس بن atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik) (مالك

Amir Al-Harith) lahir di Madinah pada tahun 93H/713M (bersamaan dengan tahun meninggalnya

sahabat nabi yang mulia iaitu Anas bin Malik). Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang

merupakan tempat tumbuhnya Islam, yang dikenali sebagaiDarul Hijrah, dan berkumpulnya

generasi yang dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. 

Kelahirannya iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan

Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat

kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam

menegakkan agama Islam. 

Datuknya juga seorang perawi dan penghafal hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail

Nafi’ adalah seorang tokoh hadis kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliau lah Malik bin Anas

mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadis.

Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar,

‘A’isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.

Imam Malik telah menghafal AlQuran dan AlHadits sejak kecil lagi. Guru pertama beliau adalah

Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan

kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah

menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari

sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin.

Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta suka berpakaian cantik dan

bersih. Beliau mempunyaï pandangan yang bernas, mempunyaï pendirian yang teguh, bijaksana

dan kuat ingatan. Merupakan seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang

sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang mempunyaï hajat dan tidak

suka mencela orang lain. Seorang yang tawadhu` dan tidak pernah menunggang kudanya di

Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulullah S.a.w.

Imam Malik mula mengajar ketika berusia 17 tahun di Masjid An-Nabawiy. Kuliahnya turut dihadiri

oleh gurunya sendiri, antaranya Muhammad Muslim bin Az-Zuhriy. Ajaran Imam Malik mendapat

perhatian dan tersebar di Hijaz, Maghribi dan Andalus, Algeria, Tunisia, Libya, Sudah, Bahrain,

Kuwait, Mesir dan lain-lain.

Page 8: Imam Ahmad Bin Hanbal

Apabila ditanya tentang ilmu hadis, Imam Malik tidak terus keluar menjawab sehingga beliau mandi

dan memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan, sebagai penghormatan beliau kepada hadis

Nabi.

Selain Nafi, Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja’afar al-Siddiq, cucu kepada al-Hasan,

cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi

berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar, Yahya bin Sa’ad dan

Hisham bin Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam.

Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah

menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan

perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas tidak pernah

meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.

Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi. Ajarannya

menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai

mufti Madinah pada ketika itu. Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan

membukukan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Beliau adalah yang kedua dari empat imam mujtahid utama. Beliau adalah pengasas

kepadaMazhab Maliki.

Kitab Al Muwaththa'

Al-Muwaththa (الموطأ) bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ yang membahas

tentang ilmu dan hukum-hukum agama Islam. Al-Muwaththa merupakan sebuah kitab yang

berisikan hadits-hadits yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-

ulama tabiin.

Kitab ini lengkap dengan berbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadits, ilmu fiqh dan

sebagainya. Semua hadits yang ditulis adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya

yang tegas dalam penerimaan sebuah hadits. Dia sangat berhati-hati ketika menapis,

mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan.

Page 9: Imam Ahmad Bin Hanbal

Dari 100,000 hadits yang dihafal beliau, hanya 10,000 saja diakui sah dan dari 10,000 hadits itu,

hanya 5,000 saja yang disahkan sahih olehnya setelah diteliti dan dibandingkan dengan al-Quran.

Menurut sebuah riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis

hadits-hadits yang diterima dari guru-gurunya. Selama waktu itu, dia menunjukkan kepada 70 ahli

fiqh Madinah.

Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam

As-Syafi‘e sebagai:

"Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Qur’an melainkan kitab Imam Malik

ini."

Imam Syafi'e berkata lagi, "Imam Malik adalah Hujjatullah atas makhluk-Nya setelah para Tabi'in[2]".

Kitab tersebut menghimpun 100,000 hadits, dan yang meriwayatkan Al Muwaththa’ lebih dari seribu

orang, kerana itu naskhahnya berbeza-beza dan keseluruhannya berjumlah 30 naskhah, tetapi yang

terkenal hanya 20 buah. Dan yang paling masyhur adalah riwayat dari Yahya bin Yahyah al Laitsi al

Andalusi al Mashmudi.

Hadits-hadits yang terdapat dalam Al Muwaththa’ tidak semuanya Musnad, ada yang Mursal,

mu’dhal dan munqathi'. Sebahagian ulama menghitungnya berjumlah 600 hadits musnad, 222

hadits mursal, 613 hadits mauquf, 285 perkataan tabi’in, disamping itu ada 61 hadits tanpa

penyandaran, hanya dikatakan "telah sampai kepadaku" dan "dari orang kepercayaan", tetapi

hadits-hadits tersebut bersanad dari jalur-jalur lain yang bukan jalur dari Imam Malik sendiri, kerana

itu Ibn Abdil Bar an Namiri menentang penyusunan kitab yang berusaha memuttashilkan hadits-

hadits mursal, munqathi’ dan mu’dhal yang terdapat dalam Al Muwaththa’ Malik.

Imam Malik menerima hadits dari 900 orang (guru), 300 dari golongan Tabi’in dan 600 dari tabi’i

tabi’in, dia meriwayatkan hadits bersumber dari Nu’main al Mujmir, Zaib bin Aslam, Nafi’, Syarik bin

Abdullah, az Zuhry, Abi az Ziyad, Sa’id al Maqburi dan Humaid ath Thawil, muridnya yang paling

akhir adalah Hudzafah as Sahmi al Anshari.

Adapun yang meriwayatkan darinya adalah ramai sekali diantaranya ada yang lebih tua darinya

seperti az Zuhry dan Yahya bin Sa’id. Ada yang sebaya seperti al Auza’i, Sufyan Ats Tsauri, Sufyan

bin Uyainah, Al Laits bin Sa’ad, Ibnu Juraij dan Syu’bah bin Hajjaj. Ada pula yang belajar darinya

seperti Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam Asy Syafi’e, Ibnu

Wahb, Ibnu Mahdi, al Qaththan dan Abi Ishaq.

Page 10: Imam Ahmad Bin Hanbal

Antara tokoh besar lain yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari

Kufah. Ketinggian ilmu Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai:

"Malik adalah penghulu dari para penghulu ahli ilmu dan dia pula seorang imam dalam bidang hadits

dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Malik?"

Antara kata-kata Imam Ahmad lagi, "Jika engkau melihat seseorang yang membenci imam malik,

maka ketahuilah bahwa orang tersebut adalah ahli bid'ah."

Imam Malik dihukum

Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah

mengeluarkan fatwa bahawa hukum talak yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyyah

sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasiyyah ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua

penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talak ke atas

isterinya !

Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin, pemerintah Abbasiyyah telah

memaksa Malik bin Anas untuk mensahkan fatwa mereka. Malik enggan malah mengeluarkan fatwa

menyatakan bahawa talak sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaknya). Malik ditangkap dan dipukul

oleh gabenor Madinah sehingga bahunya patah dan terkeluar dari kedudukan asalnya. Kecederaan

ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya

di dada, lalu dibiarkan sahaja di tepi badannya.

Saat-saat terakhir

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau

meninggal dunia ketika berusia 89 tahun (ada yang mengatakan 85 atau 87 tahun). Beliau jatuh

sakit pada hari Ahad dan menderita sakit selama 22 hari kemudian 10 hari setelah itu dia meninggal

dunia.

Sebahagian meriwayatkan Imam Malik meninggal pada 14 Rabiul awwal 179H / 796M. Allahyarham

dimakamkan di Baqi', Madinah.

Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri

(191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-

Masmudi (234H/849M).

Page 11: Imam Ahmad Bin Hanbal

Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Malik bin Anas dan berada di kalangan orang-orang soleh di

sana, amin.

Pengaruh Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan

Palestin.

Rujukan:

1 - http://www.sunnah.org/publication/khulafa_rashideen/malik.htm

2 - Malik bin Anas: "Al Muwaththa", halaman 7-9. Mesir :Dar al-Ghad al-gadeed

3 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Page 12: Imam Ahmad Bin Hanbal

Imam Abu Hanifah

Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) adalah salah seorang Imam Mazhab yang besar dalam dunia

Islam, iaituMazhab Hanafi. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam

Abu Hanifah yang bukan orang Arab. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu

sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W.

Nama sebenar beliau ialah An-Nu`man bin Tsabit bin Zauta bin Maha At-Taymiy ( بن نعمان بن التيمي زوطا  ثابت ). Beliau dilahirkan di Kufah, Iraq pada tahun 80H/699M. Sebuah

bandar yang terkenal sebagai pusat ilmu Islam ketika itu, diasaskan oleh ‘Abdullah ibn Mas‘ud

radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihiwasallam.

Imam Abu Hanifah merupakan seorang tabi`in. Beliau berketurunan Parsi / Persia (Iran), atau

disebut juga dengan bangsa Ajam. Ayahnya seorang peniaga kain. Dia sekali-sekala ikut serta

dalam urusniaga ayahnya, akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan

menghafal Al-Quran.

Beliau dikenali dengan nama Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:

1. Kerana dia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka dia diberi julukan

dengan Abu Hanifah.

2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka

dia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya dia

masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.

3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadits-hadits, ke

mana dia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu dia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu dia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan

Bani Umaiyyah kelima. Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh

agama yang masyhur pada ketika itu bernama as-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan

luar biasa yang terpendam dalam Imam Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau agar lebih

banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan as-

Sya’bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Page 13: Imam Ahmad Bin Hanbal

Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam

dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadits dan fiqh. Beliau

banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya. Imam Abu Hanifah meneruskan

pembelajarannya dengan bergurukan kepada as-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah.

Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.

Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama Hammad bin Abi

Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu

terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin umat dalam bidang hadits), beliau diizinkan

gurunya untuk mula mengajar hadits kepada orang ramai.

Berkata Shu’bah: “Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku

juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama. ”Imam Abu

Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah di Iraq. Beliau

kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu lagi. Di sana beliau duduk berguru

kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah.

Kemudiannya Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di

Makkah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Thalib r.a, Abu

Hurairah r.a dan ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Imam Abu Hanifah dalam

ilmu-ilmu hadits dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam

Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Makkah.

Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar

as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh besar

kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Imam Malik, ini

tidak menghalangnya untuk turut serta belajar.

Apabila guru kesayangannya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam

Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh

agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam

Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.

Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang

ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Di samping mengajar,

Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara

dua tanggungjawabnya ini sebagaimana diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh:

Page 14: Imam Ahmad Bin Hanbal

“Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka

mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam

pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri,

sedikit berbicara terkecuali apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai

menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”

Selain berguru dengan para tabi`in, beliau juga menemuï beberapa orang sahabat Nabi, antaranya

Anas bin Malik, `Abdu Llah bin Abi Awfa, `Abdu Llah bin Al-Hasan, Zayd bin `Aliy, `Abdu Llah bin Al-

Haris bin Juz’, dan Ma`qal bin Yasar, Abu t-Tufayl `Amir bin Wasilah.

Imam Abu Hanifah mempunyaï ramai murid yang masyhur seperti Abu Yusuf, Asad bin `Amr, Al-

Qasim bin Ma`n, Zafr bin Al-Huzayl, Al-Walid bin Aban, Abu Bakr Al-Hazliy, Ya`qub bin Ibrahim Al-

Ansariy Al-Kufiy, Muhammad bin Al-Hasan bin Asy-Syaybaniy dan Al-Hasan bin Ziyad Al-Lu’lu’iy Al-

Kufiy.

Imam Abu Hanifah adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih

banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi

mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu

berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk

kebenaran dia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya

itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam

Abu Hanifah kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja

yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada

di tempat tersebut

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W bahawa bumi ini diumpamakan

sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang

yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini

mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni

bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan

orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Imam Abu Hanifah menolak pangkat dan kedudukan tinggi

Sifat Imam Abu Hanifah yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah

kepadanya. Dia menolak pangkat dan menolak wang yang diberikan kepadanya. Akibat dari

Page 15: Imam Ahmad Bin Hanbal

penolakannya itu dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara dia diseksa,

dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin

dia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya.

Pernah pada suatu ketika Imam Abu Hanifah akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan

negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Dia tidak mahu menerima kedudukan tinggi

tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap

ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Qadhi (hakim) tetapi juga ditolaknya.

Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Abu Hanifah tersebut. Seolah-olah Imam Abu

Hanifah memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu dia diselidiki dan

diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Abu Hanifah mendengar kata ancaman

hukum dera itu Imam Abu Hanifah menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan

yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya

Imam Abu Hanifah dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqh yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di

muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah,

Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh

Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Abu Hanifah menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor.

Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam

memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu

nescaya dia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Abu Hanifah tetap menolak jawatan itu, bahkan dia tetap

tegas, bahawa dia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam

urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara

selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali

pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi

qadhi (kadi), juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110

kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Abu Hanifah tetap

dengan pendiriannya. Sampai dia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Page 16: Imam Ahmad Bin Hanbal

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk

itu sengaja untuk menghina Imam Abu Hanifah. Walaupun demikian ketika Imam Abu Hanifah

diseksa, dia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di

akhirat nanti.” Ketika dia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan

Marwan bin Muhammad. Imam Abu Hanifah juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132H

sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan

Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru

bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu

Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani.

Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Abu Hanifah mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya dia

datang mengadap ke istana. Sesampainya dia di istana Baghdad, dia ditetapkan oleh baginda

menjadi qadhi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara

bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah

“Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana dia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya,

kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di

Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak

pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap

Imam Abu Hanifah itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Abu Hanifah dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-

Mansur, tetapi dia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan

seperti ini?”

Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul

Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan

dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai

di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak

sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh

Imam Abu Hanifah: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar,

saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka

Page 17: Imam Ahmad Bin Hanbal

bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab.

Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya,

iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir

di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam

kenegaraan, masing-masing diberi surat perlantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi qadhi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi qadhi

di ibu kota. Adapun Imam Abu Hanifah tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun dia

diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu

menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian dia

melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha

melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman

sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung

dengan rantai besi yang berat.

Saat-saat terakhir

Suatu kali Imam Abu Hanifah dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda,

lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Dia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang

beracun itu Imam Abu Hanifah kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Abu Hanifah meninggal

dunia pada bulan Rejab 150H/767M dalam keadaan menderita di penjara ketika itu dia berusia 70

tahun (ada yang mengatakan 68 tahun).

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh

ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya

didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah.

Imam Abu Hanifah menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan

Abbasiyah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh

sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Abu Hanifah untuk bekerjasama mengikut gerak

langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Abu Hanifah menolak

semua tawaran yang mereka berikan.

Page 18: Imam Ahmad Bin Hanbal

Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Abu Hanifah dan berada di kalangan orang-orang soleh di

sana, amin.

Sumbangan kepada Tamadun Islam

1- Kebanyakan masanya digunakan untuk mengajar di masjid.

2- Berfikiran secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqh.

3- `Ulama’ pertama yang menyusun kitab fiqh mengikut bab dan fasal dengan baik dan tersusun.

4- Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadits.

5- Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah-kaedah tertentu.

6- Antara kitab yang ditulis oleh beliau ialah Al-Fiqh Al-Akbar dan Kitab Al-Fara’idh.

7- Beliau juga seorang yang amat teliti terhadap hadits. Beliau hanya menerima hadits yang sahih

dan kuat sanadnya.

Pengaruh Mazhab Hanafi

Aliran mazhab Imam Abu Hanifah dikenali dengan nama Mazhab Hanafi. Sejak ia muncul, ia

tersebar luas dan begitu berpengaruh di Iraq. Mazhab Hanafi ialah mazhab rasmi Dawlah (kerajaan)

`Usmaniyyah, dan masih berpengaruh di negara-negara bekas jajahan Dawlah `Usmaniyyah seperti

Mesir, Syria, Lubnan, Bosnia dan Turki.

Rujukan:

1 - al-imron.blogspot.com/2007/10/imam-abu-hanifah.html

2 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

3 - Ringkasan riwayat hidup 4 Imam pengasas mazhab