10

Click here to load reader

Ikhtiar hidup pengakap

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ikhtiar  hidup pengakap

IKHTIAR HIDUP

ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang

selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang

itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan

seterusnya berlaku.

5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup

Api

Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada

penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau

binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan

diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan

api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa

peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba

berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk

digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama,

kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara

membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun

api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan

membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding

seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda

dapat menerima pemanasan dari belakang.

Perlindungan

Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan,

sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu

badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian

yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya

lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat

dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga

untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya

(seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah

sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat

tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak

daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan

sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi

konsentrasi haba di dalam badan.

Page 2: Ikhtiar  hidup pengakap

Isyarat

Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk

meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel

boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk

segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada

merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila

terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya

Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian

mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic

(rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari

kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau

pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan

tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai

cara pertama mereka untuk memerhati.

Makanan/Air

Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya

mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum

air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari

lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan

sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya

membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan

makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas

yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada

setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit

atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut.

Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar

daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak

mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-

Page 3: Ikhtiar  hidup pengakap

buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan

menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas

permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

Pertolongan Cemas.

Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan

tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang

anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud

Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak

apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR

SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yangasas. Periksa segala keperluan

sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit

kecemasan peribadi yang kecildan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi

ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan

Page 4: Ikhtiar  hidup pengakap

perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya.

Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang

difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya

bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk

terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in english)dengan memanaskan badan dengan baju

panas atau "spaceblanket".

Page 5: Ikhtiar  hidup pengakap

MEMASAK TELUR BERSALUT TANAH

Page 6: Ikhtiar  hidup pengakap
Page 7: Ikhtiar  hidup pengakap

ASAS MASAKAN HUTAN

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap.

Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk

membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat

dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa

kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan

belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan

alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan

dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan

ringan.

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan

buluh yang telah dibersihkan.

Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan

cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi

doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan

kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu

tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi.

Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua

bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas

daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang

berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk

meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api

1. melindungi tiupan angin

2. mengawal bara api supaya tidak dipijak

3. kekemasan dapur bawah (tanah)

4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak

5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh

Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta

1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal

2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)

3. perlukan sebuah kanta

Page 8: Ikhtiar  hidup pengakap

4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)

5. atau kapas sebagai bahan bantu mula

6. kelemahannya, mengambil masa yang lama

7. amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun

pandan.

Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang

di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras

yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air kelapa

yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa

berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika

ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali,

masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih

dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus.

Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat

sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang

dewasa.

Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang

muda.

Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga

bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat

Page 9: Ikhtiar  hidup pengakap

lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh

dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh

dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan

asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras

tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak

ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk

hidangan dua orang dewasa.

Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.

Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah di

bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian

isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk

dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan

basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan

kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya

tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan

cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun

pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.

Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.

Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak

terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal.

Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau

meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu

sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering

dan merekah.

Page 10: Ikhtiar  hidup pengakap