303
FALSAFAH SENI UKIRAN KAYU MELAYU MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016 University of Malaya

studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

  • Upload
    others

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

FALSAFAH SENI UKIRAN KAYU MELAYU

MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2016

Univers

ity of

Mala

ya

Page 2: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

FALSAFAH SENI UKIRAN KAYU MELAYU

MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD

TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI

KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2016

Univers

ity of

Mala

ya

Page 3: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

ii

UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD

NO MATRIK : JHA 030003

NAMA IJAZAH : DOKTOR FALSAFAH

TAJUK DISERTASI : FALSAFAH SENI UKIRAN KAYU MELAYU

BIDANG PENYELIDIKAN : KESENIAN MELAYU

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :

1 Saya adalah satu-satunya pengarang/ penulis hasil kerja ini;

2 Hasil kerja ini adalah asli;

3 Apa-apa urusan yang wajar dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan,atau

pengeluaran semula daripada mana-manaHasil Kerja yang mengandungi hak

cipta telah dengan sejelasya dan secukupnya dinyatakan dan satu pengiktirfan

tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulis telah dilakukan dalam hasil

kerja ini;

4 Saya tidak mempunyai pengetaahuan sebenar atau patut semunasabahnya

tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hak cipta hasil

kerja yang lain;

5 Pemunya hak cipta Hasil Kerja ini adalah Universiti Malaya (UM) dan apa-

apa pengeluaran semula dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara

mekanikal atau sebaliknya adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat

kebenaran bertulis dar UM;

6 Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini

saya telah melanggar suatu hak cipta Hasil Kerja yang lain, saya boleh

dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain yang

diputuskan UM.

…………………………… ------------------------

Tandatangan Calon Tarikh

Dibuat dan sesungguhnya diakui di hadapan

………………………………………………… ----------------------------

Tandatangan Saksi Tarikh

Nama: DR. SABZALI MUSA KAHN

Jawatan : Pensyarah/Penyelia

Univers

ity of

Mala

ya

Page 4: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

iii

ABSTRAK

Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan

melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di Malaysia. Kajian turut melihat

bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam

menjayakannya. Dalam konteks masyarakat Melayu, setiap seni yang dihasilkan itu

sebenarnya telah dirancang dengan teliti agar di dalam setiap rupa bentuk seni tersebut

mempunyai ‘jiwa’ yang dilihat boleh berkomunikasi kepada masyarakat. Syed Ahmad

Jamal (2000) telah menyatakan konsep seni rupa Melayu lahir daripada kesedaran

terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan, iaitu melalui bentuk tampaknya kepada dimensi

yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian di antara realiti yang zahir dan

batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan penghayat. Dari sinilah dapat

dilihat keupayaan seni itu dalam menimbulkan pelbagai penafsiran, pemikiran, rasa dan

persoalan. Dalam penyelidikan ini pengkaji juga menggunakan teori sosiologi

pengetahuan, ini adalah untuk pengkaji memahami hubungan ukiran dengan masyarakat

dan bagaimana falsafah yang terkandung di dalam ukiran ini dapat dilestarikan.

Sosiologi pegetahuan merupakan ilmu yang menjadi cabang dari sosiologi yang

mempelajari hubungan timbal-balik antara pemikiran dan masyarakat. Hasil kajian ini

menunjukkan bahawa cara terbaik untuk melestarikan seni ukiran Melayu adalah

melalui penyampaian ilmu dari dalam kelompok masyarakat selain dari kaedah

penguatkuasaan akta, kaedah pemuliharaan makmal dan kerja lapangan yang dijalankan

dalam usaha mengekalkannya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 5: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

iv

ABSTRACT

This research is focusing on the philosophy of Malay wood carving to conserve

it as a valuable heritage in Malaysia. Apart from that, this research is also aims to

evaluable the role of an institution in order to conserve Malay wood carving. In Malay

society each of arts form were carefully planned so that it will have a ‘soul’

communicate with the society. Syed Ahmad Jamal (2000) said the concept of Malay

fine arts existed from the awareness towards the relation of the arts products, from the

outward to a dimension stimulate by the fine creation. It’s will create a connection

between outward and inward and functioning as a connection viewers from there the

arts contributes toward creating various of interpretation , though, feeling and issues.

Theory of knowledge sociology will be adapted in this research in order for researcher

to understand the relation between wood carving and Malay society due to this the

philosophy behind the wood carving will be revealed. The theory knowledge at

sociology is a branch of sociological area of studies, which focusing the co-relation

between thought and society. The result of this research shows that in order to conserve

and preserve the Malay wood carving activities is by spreading the knowledge

throughout the community as well as the method of act enforcement, lab-conservation

method and fieldworks.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 6: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih. Segala puji-pujian bagi Allah yang

Maha Agung, Maha Pencipta alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya, para sahabat pengikut-

pengikutnya sehingga ke penghujung dunia.Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

Bersyukur pengkaji ke hadrat Allah S.W.T. dengan penuh khusyuk dan tawaduk

kerana dengan limpah kurniaNya dapat pengkaji kekuatan, ketabahan dan

kesabaran untuk menyempurnakan tesis yang bertajuk “Falsafah Seni Ukiran Kayu

Melayu.” Di dalam menyempurnakan tesis ini pengkaji berhutang budi kepada

semua pihak yang telah membantu,sama ada secara langsung atau tidak langsung,

baik dalam bentuk buah fikiran, nasihat dan tenaga.

Pertamanya, pengaji ingin merakamkan penghargaan yang tiada terhingga

kepada Dr. Sabzali Musa Khan yang menjadi penyelia tesis pengkaji. Terima kasih

juga kepada Profesor Dato’ Dr. Othman Mohd Yatim, penyelia asal tesis pengkaji.

Selaku penyelia kepada pengkaji mereka berdua telah bersusah payah

mengorbankan masa dan tenaga sepanjang pengkaji berada di bawah

penyeliayaan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para pengukir

Allahyarham Wan Su Wan Othman, Abdul Latif Long, Wan Mustapha Wan Su

Norhaiza Noordin dan banyak lagi yang telah memberikan kerjasama dan maklumat

sepanjang pengkaji menjalankan kajian. Halalkan segala ilmu yang diberikan itu.

Kepada Saudari Rokiah, Dr. Nor Azlin Hamidon, Prof Madya. Dr Nor Hisham

Osman, Encik Zamre Abu Hassan, Mohd Anis dan semua pensyarah dan tenaga

pengajar di Akedemi Pengajian Melayu dan rakan-rakan seperjuangan dorongan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 7: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

vi

dan bantuan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Untuk kalian semua

terimalah serangkap pantun.

Mencari kayu di dalam hutan,

Berhati berjalan takut tersadung,

Budi dan kasih jadi ingatan,

Hidup ditatang mati dikandung.

Iklas Daripada :

Mohammad Nazzri Bin Ahmad

Univers

ity of

Mala

ya

Page 8: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

vii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PERAKUAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN v

KANDUNGAN vii

BAB 1:PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian. 3

1.3 Tujuan Kajian 5

1.4 Skop Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Sorotan Kajian 10

1.7 Konsep Warisan 16

1.7.1 Bagaimana Khazanah Wujud. 18

1.7.2 Faktor Kehilangan Khazanah. 21

1.8 Konsep Falsafah 25

1.9 Konsep Pemuliharaan dan Pelestarian 27

1.8.1 Kaedah Pelestarian 28

Univers

ity of

Mala

ya

Page 9: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

viii

1.10 Kerangka konsep dan teori 30

1.11 Perincian bab 42

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR SENI UKIRAN KAYU MELAYU

2.1 Pendahuluan 45

2.2 Seni Ukiran 45

2.3 Unsur-Unsur Dalam Seni Ukiran Melayu Tradisi 53

2.4 Tataletak ukiran Melayu 57

2.5 Pola-Pola Pada Ukiran Melayu 58

2.6 Estetika Seni Ukiran Melayu 62

2.7 Nilai Keindahan Dalam Seni Ukiran Melayu 63

2.8 Etika Seni Ukir Melayu 66

2.9 Rumusan 67

Univers

ity of

Mala

ya

Page 10: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

ix

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 69

3.2 Tokoh Ukir 72

3.2.1 Wan Su Bin Wan Othman (Allahyarham) 72

3.2.2 Abdul Latif Long 73

3.2.3 Wan Mustapha Wan Su 75

3.2.4 Norhaiza Noordin 78

3.3 Falsafah Ukiran Melayu 80

3.4 Ukiran Dalam Seni Bina Melayu 93

3.4.1 Ukiran dalam perenggan bumbung 94

3.4.2 Ukiran dalam perenggan dinding 99

3.4.3 Ukiran pada perenggan tiang 103

3.4.4 Ukiran pada bahagian lain 107

3.5 Rumusan 111

Univers

ity of

Mala

ya

Page 11: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

x

BAB 4 : ANALISIS DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 112

4.2 Analisis karya 112

4.2.1 Zaman Langkasuka 114

4.2.2 Zaman Tradisional 123

4.2.3 Zaman Kontemporari 143

4.3 Analisis Karya Jebak Puyuh 155

4.4 Analisis Karya Hulu Keris. 163

4.5 Analisis Karya Panel Ukiran 170

4.6 Rumusan Analisis Kajian 177

BAB 5: ANALISIS PERANAN PELBAGAI PIHAK DAN INSTITUSI BAGI

PELESTARIAN UKIRAN MELAYU.

5.1 Pendahuluan 178

5.2 Peranan Kerajaan 178

5.1.1 Akta Warisan Kebangsaan 2005 178

5.3 Jabatan Warisan Negara (JWN) 186

5.3.3 Peranan JWN Dalam Memelihara ukiran 188

5.4 Jabatan Muzium Malaysia (JMM) 190

5.4.4 Peranan Jabatan Muzium Malaysia

Dalam Memelihara Khazanah Ukiran 191

.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 12: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

xi

5.5 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) 193

5.4.1 Peranan PKKM Dalam Memelihara Kzanah Ukiran 194

5.6 Institut Kraf Negara (IKN) 207

5.5.1 Peranan IKN Dalam Memelihara Khazanah Ukiran 206

5.7 Arkib Negara Malaysia 208

5.7.1 Peranan ANM Dalam Memelihara Khazanah Ukiran 209

5.8 Radio Televisyen Malaysia (RTM) 212

5.9 Pihak Berkuasa Tempatan 212

5.10 Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) 213

5.11 Peranan Bukan Kerajaan:

5.11.1 Peranan Badan Warisan Malaysia (BWM) 216

5.11.2 Peranan Syarikat DIGI. 224

5.11.3 Syarikat SHELL 225

5.11.4 Sistem Televisyen Media Prima 226

5.12 Yayasan dan Individu:

5.12.1 Yayasan RESTU 227

5.12.2 KANDIS 228

5.12.3 Persatuan Pengukir Malaysia (PENGUKIR) 235

5.13 Rumusan 236

Univers

ity of

Mala

ya

Page 13: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

xii

BAB 6: RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

6.1 Pengenalan 239

6.2 Rumusan 239

6.3 Implikasi dan cadangan 250

6.4 Penutup 256

RUJUKAN 257

LAMPIRAN 268

Univers

ity of

Mala

ya

Page 14: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

xiii

SENARAI GAMBAR

BAB 2 MUKA SURAT

GAMBAR 2.1 : Motif Itik Pulang Petang 53

GAMBAR 2.2 : Motif Bintang 54

GAMBAR 2.3 : Motif Geometri 55

GAMBAR 2.4 : Motif Kaligrafi surah Al-Khafi 56

GAMBAR 2.5 : Motif Bunga Asam Paya 56

GAMBAR 2.6 : Motif Matahari 59

GAMBAR 2.7 : Motif Ayam Belaga 60

GAMBAR 2.8 : Motif Bunga Peria 61

BAB 3

GAMBAR 3.1 : Ukiran Sorok Punca 83

GAMBAR 3.2 : Pecahan Batang Muda Di Bawah Batang Tua 85

GAMBAR 3.3: Ukiran Awan Larat 87

GAMBAR 3.4: Keseimbangan Ruang 88

GAMBAR 3.5 : Berbalas Lentik 91

GAMBAR 3.6 : Falsafah Ukiran 91

GAMBAR 3.7: Tebar Layar 94

GAMBAR 3.8 : Buah Buton 96

GAMBAR 3.9 : Motif Gunungan 97

GAMBAR 3.10 : Motif Itik Pulang Petang 101

Univers

ity of

Mala

ya

Page 15: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

xiv

GAMBAR 3.11 : Dinding Istana Satu Terengganu 102

GAMBAR 3.12 : Tiang Seri Rumah Penghulu Nata 104

GAMBAR 3.13 : Motif Ayam Berlaga 105

GAMBAR 3.14: Kekisi Dinding Istana Satu 107

BAB 4

GAMBAR 4.1 : Panel Sisir Angin 118

GAMBAR 4.2 : Lakaran Bunga Langkasuka 120

GAMBAR 4.3 : Panel Sisir Angin 121

GAMBAR 4.4 : Sisir Angin Motif Bunga Peria 124

GAMBAR 4.5 : Ukuran Ukiran Sisir Angin 125

GAMBAR 4.6 : Ukiran Sisir Angin 126

GAMBAR 4.7 : Ukiran Sisir Angin 127

GAMBAR 4.8 : Ukiran Sisir Angin 128

GAMBAR 4.9 : Ukiran Sisir Angin 128

GAMBAR 4.10 : Ukiran Bunga Peria 130

GAMBAR 4.11 : Ukiran Bunga Peria 131

GAMBAR 4.12 : Ukiran Bunga Peria 132

GAMBAR 4.13 : Ukiran Bunga Peria 137

GAMBAR 4.14 : Motif Bunga Peria 141

GAMBAR 4.15 : Lopak 3 144

GAMBAR 4.16 : Teknik Tebuk Timbul 145

GAMBAR 4.17 : Teknik Tebuk Timbul 146

GAMBAR 4.18 : Teknik Tebuk Tembus Bersilat 146

Univers

ity of

Mala

ya

Page 16: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

xv

GAMBAR 4.19 : Corak Melingkar Dan Berpiuh-Piuh 147

GAMBAR 4.20 : Unsur Tumbuhan 148

GAMBAR 4.21 : Motif Ketam Guri 148

GAMBAR 4.22 : Lopak 150

GAMBAR 4.23 : Daun Ketam Guri 150

GAMBAR 4.24 : Karya Jebak Puyuh 155

GAMBAR 4.25 : Falsafah Ukiran Jebak Puyuh 159

GAMBAR 4.26 : Karya Hulu Keris Motif Burung Kakak Tua 163

GAMBAR 4.27 : Karya Panel Sisir Angin 170

SENARAI PAMPLET

BAB 4 MUKA SURAT

TEMPLAT 4.1 : Panel sisir angin 117

TEMPLAT 4.2 : Bunga Teratai Dan Panel Sisir Angin 122

TEMPLAT 4.3 : Ukiran Bunga Peria 133

TEMPLAT 4.4 : Harmoni susun batang muda dari batang tua 139

TEMPLAT 4.5 : Daun tidak menunjah lawan dan bunga lain 140

TEMPLAT 4.6 : Kombinasi Lopak Kecil Dan Lopak Besar 153

SENARAI JADUAL

BAB 3 MUKA SURAT

JADUAL 3.1 : Makna Motif 93

JADUAL 3.2 : Makna-Makna Motif 109

Univers

ity of

Mala

ya

Page 17: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

xvi

SENARAI CARTA

BAB 6 MUKA SURAT

CARTA 6.1 : Ukiran Kayu Yang Tersurat Dan Tersirat 240

CARTA 6.2 : Manifestasi Seni Ukiran Kayu Melayu 241

CARTA 6.3 : Falsafah Seni Ukiran Melayu 243

CARTA 6.4 : Peranan Pihak Yang Bertanggungjawab 247

CARTA 6.5 : Kaedah Dalam Melestarikan Falsafah Ukiran 255

Kayu Melayu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 18: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

1

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan bagaimana

melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di negara ini. Kerja lapangan kajian

yang telah dilakukan di dua buah Pantai Timur iaitu di Besut, Terengganu dan di Kota

Bahru, Kelantan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan warisan

yang kita miliki. Warisan adalah tinggalan pusaka dari nenek moyang kita. Ia diwarisi

secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Secara umumnya

warisan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori.

Pertama adalah warisan dari alam semula jadi ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

Alam semula jadi ini adalah kurniaan dan amanah Allah S.W.T kepada manusia sebagai

khalifahnya. Adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memelihara warisan

semula jadi ini dengan sebaik-baiknya. Dengan segala keistimewaan yang diberikan

kepada manusia adalah tidak wajar untuk manusia menzalimi setiap yang diciptakan di

ruang muka bumi ini. Apabila manusia dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik,

maka Allah akan mengurniakan pahala dan ganjaran kepadanya.

Warisan yang kedua adalah warisan budaya atau sejarah. Warisan ini diperolehi

kesan dari peninggalan nenek moyang kita dahulu. Apabila zaman berubah dari hari ke

hari, maka semakin banyaklah yang ditinggalkan oleh zaman sebelumnya. Peninggalan

dari zaman silam sebenarnya juga merupakan satu warisan kepada manusia. Dari

peninggalan zaman silam ini manusia belajar untuk persediaan mengharungi zaman

yang akan mendatang.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 19: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

2

Peninggalan yang ketiga dikenali sebagai warisan kesenian, ia adalah sesuatu

yang dapat lihat atau dilahirkan dalam dua bentuk iaitu warisan yang dikenali sebagai

seni rupa dan seni persembahan. Seni rupa ialah seni yang diciptakan dalam keadaan

dua bentuk iaitu secara dua dimensi dan tiga dimensi. Kewujudannya boleh sahaja

dikaitkan dengan keperluan manusia untuk mengisi keperluan asasinya dan

menggunakannya sebagai alat bantuan dalam menyempurnakan dan memudahkan

kehidupan seharian mereka. Dalam kajian ini, pengkaji menjadikan seni ukiran sebagai

isu atau bahan penyelidikan.

Sejak dahulu lagi pegetahuan atau kelebihan seseorang untuk menghasilkan

karya-karya seni sudah mendapat tempat yang istimewa. Mereka ini digelar ‘pandai’.

Contohnya kemahiran seseorang untuk membuat pelbagai jenis ukiran dipanggil ‘pandai

kayu’ dan mereka ini dikurniakann keistimewaan. Ini kerana bagi mereka yang

mempunyai kemahiran ini ia adalah seorang yang diperlukan di istana-istana. Pada

zaman Kerajaan Melayu tersebut, ukiran pada istana merupakan suatu hasil seni yang

mempunyai nilai yang sangat tinggi dan tidak hairanlah pengukir pada zaman tersebut

tokoh undangan yang disanjung dan disegani. W.G. Shellabear (1983).

Pada masa tersebut, orang-orang Melayu sudah memberikan perhatian yang

istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperi istana dan rumah kediaman. Raja-

raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam

memperkembangkan dan menghidupkan suasana seni ukiran. Menurut penyataan Halim

Nasir (1986), di peringkat awal kegemilangan seni ukiran, golongan istana atau sultan

merupakan penaung yang menghidupkan kesenian itu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 20: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

3

Dalam penciptaan ukiran tersebut tidak dapat dipisahkan dari aspek rupa bentuk

yang menekankan nilai formalismenya, aspek utilitinya iaitu kegunaannya secara

praktikal serta aspek maknanya iaitu nilai ritual dan estetikanya. Ia menyentuh

kandungan isi yang wujud di sebalik rupanya yang tersurat serta rasa keindahan yang

dicetuskan oleh emosi manusia semasa melihatnya. Oleh yang demikian, kajian ini

diharapkan menjadi titik tolak bagi pengkaji mengenal cara hidup, kepercayaan dan

keadaan masyarakat dahulu. Ini penting untuk generasi sekarang melihat dan menilai

perkara tersebut.

1.1 Permasalahan Kajian.

Masyarakat di Malaysia secara amnya menyedari kepentingan kesenian dalam

kehidupan mereka. Tetapi tidak ramai yang mengetahui betapa pentingnya memelihara

warisan kesenian ini dari pupus agar dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang.

Warisan seni budaya ini merupakan lambang jati diri bangsa dan memaparkan

ketinggian tamadun bangsa pencipta seni tersebut.

Dalam setiap bangsa di dunia, seni itu merupakan satu wadah yang menjadi

pengantaraan di antara jiwa pencipta seni kepada jiwa penghayat atau penerima seni

tersebut. Dalam konteks masyarakat Melayu setiap seni yang dihasilkan itu telah

dirancang dengan teliti agar di dalam setiap rupa bentuk seni tersebut mempunyai ‘jiwa’

yang dilihat boleh berkomunikasi kepada masyarakat. Dari sinilah dapat dilihat

keupayaan seni itu dalam menimbulkan pelbagai penafsiran, pemikiran, rasa dan

persoalan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 21: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

4

Kajian ini ingin mengenal pasti adakah pembangunan yang pesat menjadi

penyebab kepada kurangnya minat untuk memelihara seni ukiran ini. Jika perkara ini

berlaku ia adalah sesuatu yang akan merugikan negara, dan bagaimana untuk mencari

jalan penyelesaian kepada masalah ini agar kemajuan dan pembangunan dapat

diteruskan di samping mempertahankan warisan.

Kesenian merupakan saluran bagi manusia menyampaikan perasaan dan

pemikiran di antara satu dengan yang lain. Seni juga berfungsi dalam proses menyalin

atau merakamkan pengalaman manusia. Dalam konteks hubungan sesama manusia dan

sesuai dengan apa yang telah diperkatakan oleh Syed Ahmad Jamal. Konsep seni lahir

daripada kesedaran terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan iaitu melalui bentuk

tampaknya kepada dimensi yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian di

antara realiti yang zahir dan batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan

penghayat. Syed Ahmad Jamal (1992)

Hidup atau matinya sesuatu kesenian itu bergantung kepada penggunaan dan

penghayatan sesuatu bangsa terhadap keseniannya. Seandainya sesebuah masyarakat itu

dapat mengekalkan penghayatan terhadap apa yang diwarisinya itu maka seninya itu

tidak akan hilang ditelan zaman. Namun begitu tidak semua masyarakat menyedari akan

perkara ini. Tidak keterlaluan ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa dalam

usaha mempertahankan warisan inilah punca kepada tersekatnya kemajuan bangsa.

Pengkaji menyedari bahawa kepentingan untuk melestarikan seni ukiran adalah

tanggungjawab banyak pihak. Kajian ini dilakukan bagi menilai sumbangan dan

perancangan yang telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam usaha memelihara warisan

ukiran. Apakah program yang dilaksanakan berjaya dalam menyebarkan pengetahuan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 22: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

5

berkaitan ukiran ini kepada masyarakat. Untuk itu pengkaji berusaha untuk mencari

kaedah yang paling sesuai dalam melestarikan ukiran kayu yang boleh dimainkan oleh

pelbagai pihak.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa menjalankan kajian ini, kebanyakan

seni bina rumah Melayu tradisional yang dipelihara dan dijaga masih mengekalkan seni

ukiran pada binaan tersebut tetapi jika ditanya dari aspek falsafahnya, rata-rata atau

kebanyakan pemiliknya tidak mengetahui makna disebalik peletakkan ukiran tersebut.

Memelihara sesuatu binaan sejarah dari aspek mengekalkan ciri binaan, fungsi ruang

dan keseniannya tidak akan lengkap seandainya aspek falsafah dan pemikiran ini tidak

diambil perhatian. Falsafah dan pemikiran yang diterapkan di dalam ukiran ini perlu

diberikan penekanan sewajarnya. Ini kerana melalui ukiran ini elemen adat, budaya dan

kepercayaan akan terpancar dan diketahui.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian ini akan untuk mendedahkan tentang falsafah yang terkandung dalam

ukiran Melayu dan sumbangannya sebagai warisan kesenian negara. Kajian ini adalah

bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana masyarakat Melayu berfikir dalam

menyampaikan maklumat dan ilmu yang terdapat di dalam ukiran Melayu. Gambaran

tentang pemikiran ini adalah sangat penting dalam menyebarkan maklumat ini kepada

generasi di masa hadapan.

Kajian ini juga untuk memahami kepentingan pelestarian falsafah ukiran Melayu

dan bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam

menjayakannya. Kajian yang dilakukan ini juga untuk memperlihatkan kesungguhan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 23: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

6

pihak-pihak tertentu dalam usaha mempertahankan dan memelihara warisan ukiran

kayu yang diwarisi ini.

Kajian ini bertujuan untuk membuka mata masyarakat bahawa kepentingan

kerja-kerja pelestarian seni ukiran Melayu bukan sekadar kepentingan ekonomi semata

tetapi turut menyumbang kepada kepentingan identiti bangsa, pendidikan, psikologi dan

seterusnya menjadi pemangkin dalam mencorak pembangunan masa depan. Adalah

sesuatu yang penting kesenian seperti ukiran ini dilestarikan bukan sekadar fizikalnya

sahaja tetapi aspek dalamannya turut diberikan perhatian.

Secara tidak langsung, kajian ini juga ingin melihat dan mengetahui kaedah

yang digunakan sama ada secara tradisional atau moden dalam menyentuh hal-hal

berkaitan pendokumentasian, pendidikan, pemuliharaan, pemeliharaan dan promosi

kepada tinggalan warisan ini.

Secara umumnya objektif atau tujuan kajian ialah untuk melihat industri seni

rupa khususnya seni ukiran Melayu ini sentiasa berkembang dan terpelihara. Dewasa ini

seni ukiran Melayu tradisi tidak lagi mendapat tempat yang ‘istimewa’ sebagaimana

yang pernah dikecapi pada masa lalu. Dalam hubungan ini, kecenderungan

menggunakan seratus peratus unsur-unsur seni bina Timur Tengah dalam rekabentuk

masjid tempatan misalnya, amat mendukacitakan. Profesor Mohd.Tajuddin Rasdi

seorang penulis seni bina yang terkenal dari UTM yang menganggap hal itu sebagai

salah satu pertanda bahawa orang Melayu mempunyai rasa rendah diri terhadap orang

Arab. Ezrin Arbi (2013)

Univers

ity of

Mala

ya

Page 24: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

7

Secara khususnya objektif kajian ini akan tercapai dengan melihat beberapa

perkara seperti berikut :

i. Untuk mengenal pasti bentuk seni ukiran Melayu

ii. Untuk membangunkan makna dan falsafah seni ukiran kayu Melayu

iii. Untuk membentuk suatu kaedah pelestarian seni ukiran Melayu di

kalangan masyarakat Melayu.

1.3 Skop Kajian

Fokus utama pengkaji untuk kajian ini adalah tertumpu pada falsafah ukiran

kayu dalam seni bina Melayu di bahagian Pantai Timur. Ini dilakukan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan seni ukiran yang diperlukan. Pengkaji hanya

mengambil contoh kajian di negeri Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua buah negeri ini merupakan tempat berkembangnya seni ukiran Melayu

semenjak dari zaman dahulu hinggalah sekarang. Ramai tokoh seni ukir negara juga

dilahirkan dari negeri Pantai Timur ini. Selain itu kajian pengkaji hanya tertumpu dan

membincangkan pelestarian yang melibatkan monumen atau binaan rumah dan ragam

hiasnya sahaja.

Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat kepentingan dari aspek bagaimana

falsafah dan pemikiran yang terkandung itu disampaikan dan difahami oleh masyarakat.

Pengkaji ingin menumpukan kajian tentang cabaran yang dihadapi oleh mereka yang

terlibat dalam usaha tersebut. Bagi mendapatkan maklumat pengkaji telah memilih

beberapa sampel dari empat orang tokoh yang terkenal dalam bidang ini telah

diwawancara iaitu Wan Su Wan Othman (kini Allahyarham, beliau telah meninggal

Univers

ity of

Mala

ya

Page 25: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

8

dunia pada 15 September 2011), Wan Mustapha Wan Su, Norhaiza Noordin dari Besut

Terengganu dan Abdul Latif Long dari Kota Bahru, Kelantan. Pengkaji turut mengkaji

dan melihat 10 sampel ukiran hasil karya beberapa orang tokoh ukir Melayu dan koleksi

muzium dan individu.

Bagi tujuan kajian peranan badan-badan kerajaan atau swasta, pengkaji telah

menumpukan kepada bahagian-bahagian yang berada di bawah Jabatan Warisan

Negara. Untuk mendapatkan maklumat pengkaji telah menebual Puan Rokiah Abdul

Samat, Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Penguatkuasaan Jabatan Warisan

Negara.

1.4 Kepentingan Kajian

Pemeliharaan warisan dan falsafah ukiran ini perlu dijadikan usaha yang serius

oleh semua pihak bermula dari peringkat atasan (kerajaan) hinggalah yang di bawah

(perseorangan). Ini sangat penting dalam usaha memartabatkan lagi negara di mata

dunia. Oleh kerana itu melalui kajian ini diharapkan ia dapat menyumbang kepada

beberapa perkara iaitu:

Pertama untuk mengumpul dan menulis falsafah yang terdapat di dalam seni

ukiran Melayu. Penulisan ini perlu untuk memastikan kesinambungan warisan bukan

sekadar fizikal sahaja dan kita sebagai generasi pelapis memahami tetang kekayaan

ukiran kayu itu sendiri.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 26: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

9

Ini penting agar memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan

pelestarian dan semoga akta perlindungan warisan ukiran yang sedia ada dapat disemak

semula dan diperbaiki kelemahan-kelemaham yang ada. Misalnya, pemeliharaan yang

dilakukan bukan sekadar artifaknya sahaja tetapi juga sejarahnya.

Keduanya, kajian ini dapat juga mengubah persepsi masyarakat terhadap usaha

mempertahankan warisan ukiran. Oleh itu, sistem pendidikan Negara mungkin perlu

dikemas kini dengan menerapkan tentang kepentingan menyelamat dan memelihara

warisan ukiran. Pembelajaran sejarah sahaja adalah tidak memadai, seharusnya ia

diikuti dengan usaha mengekalkan warisan sejarah seni ukir yang ada itu untuk tatapan

semua.

Selain itu, kajian ini ia dapat memperbaiki sistem atau aliran dalam jawatankuasa

yang terlibat dalam kerja-kerja pemeliharaan ini. Ia mungkin akan membawa kepada

penubuhan jawatankuasa yang diwujudkan di setiap kampung, daerah, negeri dan

peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini boleh bertindak sebagai penasihat, penyelaras

atau pelaksana bagi setiap aktiviti pemeliharaan ukiran ini yang akhirnya nanti akan:

i. Menasihati dalam menentukan dasar kepada pihak kerajaan di dalam

merangka program-program perkembangan dan pelestarian ukiran, dan

ii. Mendidik masyarakat untuk menyanyangi ukiran kepunyaan sendiri.

1.5 Sorotan Kajian

Kajian perpustakaan telah dilakukan oleh pengkaji bagi mengenalpasti kajian

berkaitan dengan bidang kajian yang ingin dijalankan. Syed Ahmad Jamal (1992) ada

menulis berkaitan ukiran ini di dalam bukunya Rupa dan Jiwa. Di dalam buku ini beliau

Univers

ity of

Mala

ya

Page 27: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

10

menyentuh mengenai banyak seni kraftangan Melayu dan seni ukiran adalah salah satu

daripadanya. Melalui idea beliau, beliau berjaya dalam mengangkat martabat seni

Melayu ini. Di dalam buku ini beliau telah mengangkat satu konsep kesenian yang kuat

dan menjadi pegangan ramai penilai-penilai seni, menurut beliau dalam buku ini seni

adalah titian antara realiti yang zahir dan batin. Pengkaji merasakan buku ini adalah

antara buku yang baik yang boleh dijadikan perintis kepada kajian-kajian tentang

kesenian Melayu. Ini disebabkan di dalamnya banyak menjelaskan tentang kesenian

utama masyarakat Melayu tradisi.

Sesuatu yang menjadi rujukan utama juga adalah daripada hasil penulisan tesis

sarjana, oleh Saudara Karsam (1999) dari Indonesia yang menulis tentang Seni Ukiran

Japara Indonesia. Kajian mengenai ciri dan Motif telah memberikan inspirasi kepada

pengkaji untuk meneruskan kajian ini. Kajian beliau adalah khusus pada ukiran yang di

hasilkan di Jepara. Kajian beliau banyak menyentuk mengenai teknik, motif dan

falsafah ukiran masyarakat Jepara. Menurut beliau perkembangan motif ukiran ini

dipegaruhi oleh motif-motif ukiran tradisi daerah-daerah Indonesia. Faktor agama,

pendidikan dan juga ekonomi turut juga mempegaruhi perubahan itu dengan

kemunculan motif-motif mengikut pesanan dari Negara-negara Eropah. Pengkaji ini

telah menampilkan pelbagai nilai falsafah ukiran kayu seperti mengagungkan kebesaran

Allah S.W.T. , mengambarkan sifat salinf saying meyanyangi dan bantu membantu

sessama manusia.

Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su Othman karya Dr. Othman

Yatim (2000) turut menjadi rujukan utama pengkaji. Melalui buku ini beliau melihat

sejarah dan sumbangan pengukir yang tersohor ini. Wan Su adalah seorang Tokoh Seni

Negara dan sumbangannya dalam menaikkan martabat seni ukiran Melayu adalah

Univers

ity of

Mala

ya

Page 28: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

11

banyak. Melalui buku ini banyak falsafah yang menjadi pegangan pengukir dapat

dikongsikan dengan pembaca. Hal-hal falsafah ini melipiti hubungan manusia dengan

Pencipta, alam dan juga sesama manusia. Selain buku ini buku lain yang dihasilkan oleh

penulis yang sama turut menjadi rujukan utama iaitu Simbolisma Dalam Kesenian

Islam: Rujukan Kepada Nisan Kurun ke-15 Di Semenanjung (1986) dan Islamic Arts

(1995).

Selain itu, terdapat juga kajian yang dilakukan oleh Mohammad Affandi Yahya

yang membincangkan tentang bidang falsafah iaitu melalui buku beliau yang bertajuk

Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan. (1995) Melihat dan mambaca

buku ini membuatkan pengkaji merasakan amat berminat untuk mendalami lagi bidang

ukiran Melayu ini. Dari situ pengkaji melihat perlu adanya lagi penulisan dalam bidang

ini yang lebih mendalam seperti mana yang dilakukan oleh beliau.

Melalui buku Spesis-spesis kayu dalam Ukiran Kayu Melayu tulisan Ismail Said dan

Ahmad Saifudin Abdullah (2001) membantu pengkaji untuk mengenali apakah jenis

kayu yang digunakan oleh pengukir Melayu. Dari sini pengkaji dapat juga melihat

pemilihan yang dilakukan oleh pengukir Melayu terhadap bahan yang digunakan juga

mempunyai kelasnya yang tersendiri. Melalui buku ini penulis telah menyatakan antara

faktor utama berlakunya kerosakan ukiran daripada kayu adalah faktor ancaman cuaca

dan serangga perosak.

Melalui buku Warisan Seni ukir kayu Melayu yang disunting oleh Zawiyah Baba

(2010) membantu pengkaji untuk mengenali dan meyajikan maklumat yang penting

bagi membantu penyelidikan dalam bidang seni ukir ini. Buku ini mengandungi artikel-

artikel yang ditulis oeh beberapa orang tokoh akademik dan juga dari kalangan pengukir

itu sendiri. Penilisan artikel-artikel di dalam buku ini sangat menarik kerana selain

Univers

ity of

Mala

ya

Page 29: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

12

mebincangkan tentang latar belakang tokoh turut dimasukakan artikel berkaitan motif

dan kaedah-kaedah pemasaran ukiran yang berkesan.

Dalam koleksi Persidangan Antarabangsa Kesenian 2009 yang bertemakan Seni

Dekorasi : Pelestarian dan Pembangunan: telah dimuatkan beberapa kertas kerja yang

berkaitan dengan kesenian. Antaranya yang dibentangkan oleh Arba’iyah binti Ab.Aziz

(2009 : 64) yang bertajuk ‘Falsafah Motif dalam Tekstil Melayu’ menyatakan seni

tekstil Melayu diperhalusi dengan motif-motif ragam hias yang memenuhi citarasa

manusia dari sudut fitrah kesenian iaitu keindahan yang digarap melalui pemiiran serta

dizahirkan dengan penghayatan kalbu. Dalam pembentangan ini, pembentang

membincangkan mengenai keunikan motif dan falsafah disebalik motif trsebut.

Kesemua ini terbit dari hubungan erat orang Melayu dengan alam sekeliling dalam

lingkungan pengalaman kehidupan mereka.

Mohd Sabrizaa Bin Abd Rashid dalam jurnalnya yang bertajuk Evolusi Bentuk

dan Makna pada Ragam Hias dalam seni bina Trasisional Melayu menyatakan sejak

zaman pra-sejarah dan era pra sejarah dan pra – Islam telah menyaksikan kepercayaan

anismisme dan Hindi-Budha menjadi pegangan orang-orang Melayu. Kedatangan Islam

pada kurun ke 14 M telah membawa perubahan besar kepada budaya dan pemikiran

orang-orang Melayu. Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap

perkembangan kesenian Melayu.

Arba’iyah Ab. Aziz (2010) dalam Simbolisma Dalam Motif-Motif Songket

Melayu Terengganu merupakan sebuah disertasi peringkat Doktor Falsafah yang

banyak mengulas tentang simbol-simbol dan makna-makna. Kajian beliau adalah

berkaitan makna dan simbol yang wujud di sebalik penggunaan motif-motif dalam

Univers

ity of

Mala

ya

Page 30: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

13

penghasilan tenunan songket Melayu Terengganu berdasarkan perpektif Melayu. Dalam

tesis beliau ini perkara-perkara lain yang disentuh adalah aspek sosio-budaya, agama,

kepercayaan, adat, norma, nilai keindahan dan pantang larang Melayu.

Selain itu, melalui jurnal yang dihasilkan oleh Keumala, Ezrin Arbi dan

Mohamad Faisal yang bertajuk ‘Pengaplikasian Ukiran Kayu Melayu dalam Seni Bina

di Malaysia’ pula lebih tertumpu kepada perbincangan mengenai pengaplikasian ukiran

pada seni bina. Di samping membincangkan pengaplikasian ukiran tersebut, mereka

turut menyatakan perkebangan sosio-budaya masyarakat Melayu, era motif Melayu,

falsafah dan motif ukiran Melayu secara ringkas.

Pengkaji juga menjadikan sebuah kertas kerja yang bertajuk Seni Dalam

Tamadun Melayu : Satu Tinjauan Ke Atas Seni Ukir Melayu Kelantan sebagai rujukan.

Kertas kerja ini ditulis oleh Mohd Syariefiddin Abdullah dan Zuraini Jamil. Mereka

menyatakan bahawa telah mula berlaku perubahan pada masyarakat di sini iaitu telah

mula satu budaya baru dalam masyarakat Kelantan khususnya, di mana orang yang

memiliki benda-benda yang berukiran tangan seperti ukiran yang terdapat pada meja,

kerusi, katil dan sebagainya mula menjadi satu kemegahan sesetengah golongan elit. Ini

merupakan pentanda baik dalam kemajuan dan perkembangan seni ukir di Negara ini.

Kajian seterusnya bertajuk Pemuliharaan Bangunan Warisan Pembangunan

Sektor Pelancongan Warisan Pulau Pinang: Kajian Kes Di Lebuh Acheh dan Lebuh

Armenian, Georgetown Pulau Pinang, oleh Mohamad Zahari Mokhtar (1998). Dari apa

yang didapati penulisan beliau lebih ditumpukan kepada kerja-kerja membaik pulih

bangunan tersebut seperti masjid, rumah kediaman dan deretan rumah kedai. Tujuan

utama kerja-kerja pemuliharaan ini dijalankan adalah untuk memelihara dan membaiki

Univers

ity of

Mala

ya

Page 31: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

14

warisan seni bina masjid tanpa menjejaskan bentuk asalnya. Projek ini merupakan satu

projek perintis baik pulih kawasan-kawasan sejarah di George Town, Pulau Pinang.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Muhammad Faizal bin Abdul Rani (2011)

yang bertajuk ‘Motif dan Pengaplikasian Seni Ukiran Melayu Pada Hotel 5 bintang Di

Kuala Lumpur: Kajian Kes ‘Crown Mutiara Hotel’ adalah lebih melihat kepada

pendekatan dalam menganalisa penggunaan seni ukir kayu Melayu serta

pengaplikasiannya.

Melalui tesis Sarjana yang dihasilkan oleh Afandi Fikri yang bertajuk

Pembangunan Kandis Resource Centre- Pemangkin Pelancongan Pendidikan, (2007).

Tesis ini mengkaji sumbangan dan peranan penubuhan Pusat Kandis sebagai institusi

yang memperjuangakan seni ukiran Melayu. Penulis cuba untuk melihat potensi Pusat

Kandis dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke negara ini seterusnya menjadi

pusat penyebaran maklumat atau pusat pelancongan pendidikan ukiran Melayu.

Kesedaran terhadap pelancongan pendidikan terutamanya yang berkonsepkan kepada

pelancongan budaya dan warisan ini penting dalam usaha untuk memupuk rasa

kesedaran dan sayangkan kesenian Melayu.

Faridatul Akma Abdul Latif dan Siti Rasidah Md Sakip pula adalah sebuah

kumpulan penyelidik yang telah menjalankan penyelidikan di Kampung Pulau Duyong,

Kuala Terengganu. Kajian mereka adalah bertajuk Pengekalan dan Pemeliharaan

Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes: Kampung Pulau Duyong, Kuala

Terengganu, (2005). Kajian ini adalah untuk melihat dan mencari pendekatan yang

berkesan dalam pemeliharaan identiti luar Bandar. Kajian ini sangat penting dalam

usaha mengembalikan entiti warisan sejarah budaya kampung Pulau Duyong yang

Univers

ity of

Mala

ya

Page 32: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

15

sedang menghadapi ancaman pembangunan masa kini. Entiti warisan yang sangat

bernilai ini perlu dipelihara dan masyarakat perlu memahami dan menyokongnya.

Selain itu, pengkaji turut menggunakan kertas kerja yang dibentangkan pada

Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah yang dianjurkan pada

Oktober 2002 di Melaka sebagai rujukan penting. Di antara kertas kerja tersebut

bertajuk Kaedah Pencucian dan Rawatan Dalam Kerja-Kerja Konsevasi Monumen dan

Faktor Kerosakan Ke atas Monumen Dan Tapak Bersejarah oleh Paiman Keromo. Di

dalam penulisan beliau banyak diutarakan perkara-perkara berkaitan teknik

pemuliharaan yang dijalankan oleh jabatan muzium. Membaca buku ini membuatkan

pengkaji terpanggil untuk cuba menulis berkaitan pemeliharaan dari aspek pelestarian

falsafah sesuatu warisan itu sendiri.

Pengkaji turut menjadikan buku tulisan Hermann Kuhn berjudul Conservation

and Restoration of Works of Arts and Antiquities -Volume 1 sebagai panduan penting.

Di dalam buku ini banyak kerja-kerja dan teknik pemeliharaan dibincangkan. Beliau

telah membincangkan tentang penjagaan barangan seni secara keseluruhan termasuklah

barangan ukiran. Bila membaca buku ini ia telah menimbulkan minat kepada pengkaji

untuk mendalami lagi kerja-kerja pemeliharaan ukiran, tambahan pula belum ada kajian

yang dibuat untuk membincangkan dari aspek pemeliharaan ukiran, terutamanya di

alam Melayu.

Syed Zainol Abidin Idid (1995), dalam bukunya Pemeliharaan Warisan Rupa

Bandar, telah mengumpul, menyusun dan mengklasifikasikan data melalui komputer

menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian berbentuk inventori ini

dilakukan terhadap bangunan-bangunan lama yang bercirikan kolonial di Malaysia.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 33: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

16

Kajian ini merupakan perintis sistem pengumpulan data secara sistematik.Ini merupakan

kajian beliau dalam merintis penggunaan system ini agar pengumpulan data dapat

disimpan secara sistematik.

Bahan bacaan lain yang turut dijadikan rujukan utama adalah buku yang

bertajuk Aspek-aspek Kesenian Islam karya Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi

Hj Mohd Nor (1995). Melalui buku ini disampaikan sejarah perkembangan Islam dan

kesannya terhadap karya-karya seni. Ini secara langsung membantu pengkaji untuk

mengetahui sejauh mana Islam berperanan mencorakkan perubahan yang berlaku dalam

penghasilan ukiran Melayu.

Pada hakikatnya, kebanyakan penulisan ini rata-rata membincangkan

mengenai seni bina dari aspek pemeliharaan secara teknikal atau disiplin alam bina.

Belum dijumpai kajian yang bersifat menjurus kepada yang membincangkan dari aspek

pengekalan warisan ukiran dari aspek pemikiran atau falsafahnya. Usaha pengkaji

adalah untuk membuktikan bahawa pemeliharaan dari aspek falsafah dan pemikiran

sesuatu warisan seni ukiran itu perlu diambil perhatian.

1.6 Konsep Warisan

Adalah sesuatu yang menarik apabila kita membincangkan tentang kewujudan

seni ukiran Melayu ini, dalam masa yang sama turut dibincangkan tentang seni bina

Melayu. Perkara ini adalah kerana kewujudan ukiran Melayu sangat berkait rapat

dengan kehadiran seni bina Melayu sehingga ada yang mengatakan bahawa seni ukiran

dan seni bina ini sukar dipisahkan. Sebelum kita membicarakan hal ini dengan lebih

lanjut ada baiknya kita mengenali beberapa konsep yang diguna pakai dalam

penyelidikan ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 34: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

17

Warisan adalah sesuatu yang berkaitan perkara-perkara yang diterima secara

turun-temurun oleh seseorang individu atau sekumpulan masyarakat daripada generasi

sebelumnya. Berdasarkan warisan ini ia dapat mengembalikan memori keseluruhan cara

hidup sesebuah bangsa dan seterusnya dapat mencerminkan tahap ketamadunan bangsa

tersebut.

Warisan kesenian ini secara khususnya bolehlah kita bahagikan kepada dua

kategori utama. Pertama ia dikenali sebagai warisan ketara (tangible Heritage). Warisan

ini adalah sesuatu yang bersifat kekal, boleh dilihat dan dipegang sama ada statik atau

mudah alih. Warisan yang bersifat statik terdiri daripada tapak tinggalan sejarah,

monumen dan alam semulajadi, manakala warisan mudah alih adalah artifak-artifak

seperti songket, batik, tembikar dan ukiran.

Ukiran merupakan salah satu dari warisan orang Melayu, seni ukiran ini

dimaksudkan seni pahatan berupa hiasan gabungan kerja tangan yang indah, berelung-

relung, saling jalin-menjalin, berulang-ulang dan sambung menyambung sehingga

menjadi sebuah hiasan. Seni ukiran merupakan salah satu dari cabang seni rupa Melayu

yang mana pembuatanya mengabungkan keindahan, nilai, fungsi dan ekspresi

pengkarya. (Karsam, 1999)

Ukiran sebenarnya adalah satu hasil yang terbentuk kesan dari kerja mengukir

dengan menggunakan alat tertentu seperti pisau, pahat atau benda-benda yang tajam

pada sesuatu permukaan lalu menghasilkan suatu lukisan atau gambaran sama ada ia

berbentuk cengkung, cembung atau tenggelam dan timbul. Ini bererti, ukiran kayu ialah

kerja mengukir yang dilakukan ke atas permukaan kayu. Sebagai suatu seni, ukiran itu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 35: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

18

dibezakan berdasarkan bahan yang digunakan sama ada kayu, logam, kulit, gading, batu

dan sebagainya. (Mohammad Nazzri Ahmad, 2000)

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga perkataan Khazanah pula dirujuk sebagai

barang-barang kepunyaan, harta benda atau kumpulan (himpunan) sesuatu. Manakala

seni didefinisikan sebagai sesuatu yang halus, cantik, elok, cantik dan menarik yang

kebiasaannya diciptakan dengan bakat seseorang individu. Seni dalam erti kata lain

dapat juga ditafsirkan sebagai manifestasi pemikiran dan budaya sesebuah masyarakat.

Oleh itu khazanah seni bolehlah diertikan sebagai tinggalan hasil kerja manusia

terhadap sesuatu benda, mencakupi tahap usia yang lama dan jarang diguna pakai pada

masa kini dengan tercipta peralatan moden menggantikannya.

1.6.1 Kewujudan Khazanah Ukiran.

Kewujudan khazanah seni berkait rapat dengan keperluan manusia yang

mempunyai akal untuk berusaha memperbaiki taraf hidup mereka. Misalnya, rumah

tempat tinggal manusia adalah salah satu keperluan semenjak zaman dahulu lagi.

Rumah lama atau tradisional Melayu kini dirujuk sebagai khazanah yang bernilai bagi

mencerminkan identiti bangsa Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik. Dalam

pembinaan rumah Melayu tradisi ini satu elemen yang tidak boleh dipisahkan adalah

ukiran yang diterapkan. Dari sinilah berkembangnya peranan ukiran dalam kehidupan

masyarakat Melayu.

Rumah tradisional Melayu diiktiraf sebagai khazanah seni negara berikutan

usianya yang lama dan jarang sekali dibina pada masa kini. Dengan keunikan dan

kepelbagaian bentuk pada rumah-rumah Melayu tradisi di samping penerapan istimewa

Univers

ity of

Mala

ya

Page 36: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

19

pada seni bina ini seperti hiasan ukiran dan pembinaannya tanpa menggunakan paku,

elemen falsafah dan pemikirannya begitu menarik untuk dikaji.

Bagi golongan bangsawan atau raja, tempat tinggal mereka dikenali sebagai

istana. Bangunan ini dibina juga berasaskan kayu yang lebih berkualiti, saiz kediaman

yang besar dan ruang-ruang tertentu untuk menjalankan pentadbiran dan sebagainya. Ia

juga dibina bersama komponen-komponen lain seperti kota, pintu gerbang, peralatan

pertahanan dan kediaman para pembesar. Di antara istana-istana lama yang masih

dipelihara ialah Istana Seri Akar di Kelantan, Istana Kenangan di Perak, Istana Sri

Menanti di Negeri Sembilan dan banyak lagi. Kesemua istana ini memiliki ukiran yang

menarik yang melambangkan kekuasaan dan kedaulatan pemerintah. Seseorang raja

yang tidak mempunyai istana yang indah dengan penerapan seni ukirnya dianggap

sebagai raja yang belum sempurna dan kurang martabatnya. Halim Nasir (1986).

Selain keperluan sebagai tempat tinggal kewujudan bangunan-bangunan tradisi

yang lain juga dikaitkan dengan memenuhi keperluan rohani manusia, misalnya rumah-

rumah ibadat seperti candi, masjid, gereja, tokong dan kuil. Di antara masjid tertua di

Malaysia adalah Masjid Kampung Laut. Ia dibina dengan struktur yang unik dan

menarik dengan penggunaan bahan binaan daripada kayu dan genting daripada tanah

liat. Kerana usia dan keunikannya masjid ini dipelihara dengan teliti. Selain Masjid

Kampung Laut, masjid lama yang tedapat di Malaysia adalah seperti Masjid Tengkera

di Melaka, Masjid Abu Bakar di Johor, Masjid Ubudiah di Perak dan banyak lagi.

Ukiran-ukiran yang diterapkan melambangkan pengaruh Islam yang bertapak di Tanah

Melayu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 37: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

20

Pembinaan gereja seperti Gereja Christ Church di Melaka yang dibina pada

tahun 1721 dikatakan juga amat unik. Bangunan ini dibina dengan seni bina klasik

pengaruh dari Portugis. Selain itu, di Lembah Bujang pula terdapat pelbagai bentuk

candi yang ditemui di sekitar Kedah yang telah dibaikpulih. Candi-candi ini amat

berguna untuk mengkaji kewujudan ukiran zaman lampau masyarakat Melayu

terutamanya ukiran batu yang menerima pengaruh Hinddu-Budha.

Selain dari binaan untuk perlindungan, khazanah negara juga wujud kerana

keperluan asas manusia yang lain seperti pakaian yang dicipta untuk melindungi tubuh,

peralatan untuk menjalankan aktiviti pemburuan, pertanian, pertahanan, pengangkutan

dan kelengkapan lain untuk keselesaan manusia. Meletakkan hiasan ukiran pada

peralatan-peralatan ini dengan ciri-ciri Melayu mencerminkan masyarakat Melayu

mempunyai identiti tersendiri dalam menghasilkan hiasan pada peralatan-peralatan

mereka.

Ukiran juga lahir daripada peralatan senjata yang diciptakan untuk memudahkan

mereka menangkap atau memburu binatang sebagai bahan makanan seperti tombak,

pisau dan bubu. Bagi tujuan pertahanan diri mereka juga mencipta beberapa jenis

senjata seperti keris, pedang, panah, golok dan pelbagai lagi. Selain itu, mereka juga

mencipta beberapa alat yang boleh digunakan untuk aktiviti pertanian mereka antaranya

cangkul, parang, tajak, sabit dan sebagainya. Ukiran yang diletakkan pada hulu senjata

keris ini pada asalnya adalah untuk fungsi gengaman yang lebih kemas.

Dari aspek perhubungan manusia, pelbagai perlatan untuk memudahkan

perhubungan tersebut telah dicipta. Di antara peralatan perhubungan terawal yang

diciptakan ialah rakit, perahu dan kapal. Pengangkutan air ini bukan sahaja

Univers

ity of

Mala

ya

Page 38: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

21

memudahkan pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi turut

membantu mereka dalam memudahkan aktiviti perdagangan dan penagkapan ikan serta

pelbagai hasil laut. Bagi pengangkutan di darat pula antara pengangkutan terawal yang

diciptakan ialah kereta lembu dan lanca. Pengangkutan air dan darat ini juga tidak

terlepas dari menerima sentuhan ukiran sebagai ragam hiasnya. Ini dapat dilihat pada

bahagian hadapan perahu yang dikenali sebagai ‘bangau’perahu.

1.6.2 Faktor Kehilangan Khazanah Ukiran.

Khazanah ukiran adalah sesuatu yang tidak tahan lama. Ini kerana kebanyakan

khazanah ini seperti monumen dan artifak ini mudah mengalami kerosakan. Faktor

kecuaian manusia merupakan musuh utama kepada kehilangan khazanah ukiran ini.

Ukiran yang tersimpan di muzium juga mengalami kerosakan apatah lagi ukiran yang

memang terabai akan ‘kebajikannya’. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan

kerosakan ukiran di negara ini dan faktor tersebut boleh dikategorikan kepada faktor

dalaman dan faktor luaran.

Faktor dalaman adalah kerosakan yang berpunca daripada alam semulajadi iaitu

diambil kira dari segi bahan atau lokasi ukiran itu sendiri. Contohnya kedudukan di

mana lokasinya dijumpai. Di mana ia diletakkan boleh menentukan ketahanan sesuatu

khazanah ukiran seperti keadaan bentuk muka bumi, suhu persekitaran, pengudaraan

dan sebagainya.

Bagi ciri semulajadi tapak tanah pula, dapat dilihat bahawa faktor nisbah

kandungan tanah dan ketebalannya yang mana melibatkan batu, tanah, pasir dan

sebagainya. Seandainya tanah tersebut mengandungi banyak air ia memudahkan proses

Univers

ity of

Mala

ya

Page 39: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

22

hakisan tanah dan mengakibat berlakunya kejadian tanah runtuh. Selain itu kedudukan

tapak asas yang tidak begitu kuat ini merupakan ancaman besar kepada rumah,

bangunan yang dibina itu untuk runtuh.

Iklim juga merupakan faktor besar kepada masalah ini. Di negara yang panas

dan hujan sepanjang tahun memberikan kesan mudah kepada pereputan kepada ukiran

ini. Malahan, tiupan angin turut membawa pasir dan garam juga turut menjadi punca

kerosakan kepada ukiran kerana ia banyak menghakis terutamanya bagi rumah atau

bangunan yang berada berhampiran sungai dan laut. Bagi faktor suhu yang panas serta

lembab boleh menyebabkan pengekalan kandungan air dalam udara seterusnya ia boleh

membawa kepada kerosakan monumen dan ragamhiasnya yang begitu berharga dengan

cepat.

Selain dari faktor dalaman, faktor luaran turut memberi kesan besar kepada

kemusnahan ukiran negara ini. Kedudukan di mana dibina bangunan itu boleh

menentukan ketahananya, ini kerana keadaan di sesuatu kawasan itu memberi kesan

yang berbeza-beza kepada setiap bagunan dan hiasan tersebut. Misalnya, ketahanan

bangunan yang berhampiran kawasan perairan seperti di tepi laut dan sungai berbeza

dengan bangunan di atas tanah tinggi. Selain itu, kedudukan tanah yang tidak rata dan

rendah juga memudahkan berlakunya banjir.

Antara faktor lain yang juga boleh menyebabkan kemusnahan kepada khazanah

ukiran kita adalah faktor bahan kimia. Misalnya, limpahan petrol atau diesel serta gas

boleh menghakis serta meninggalkan bintik-bintik hitam kepada struktur bangunan yang

berhampiran. Ini bukan sahaja boleh mencacatkan pandangan masyarakat terhadap

Univers

ity of

Mala

ya

Page 40: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

23

bangunan tersebut tetapi dalam masa yang sama bahan yang bercampur itu sedikit demi

sedikit akan menyebabkan kerosakan pada ragamhias pada bangunan tersebut.

Begitu juga dengan tumbuhan parasit, akar dan kulat yang boleh menjadikan

sesuatu ukiran bertukar warna menjadi kekuning-kuningan dan hitam seterusnya

mempercepatkan proses pereputan pada rupa bentuknya. Kehadiran musuh ini amatlah

sukar dikawal terutamanya jika suhu tidak dapat dikawal dengan sempurna. Seandainya

peratus air dan kekeringan dapat dikawal ia berkemungkinan dapat mengawal kadar

pereputan itu.

Serangan serangga dan haiwan juga antara punca kerosakan ukiran. Di antaranya

anai-anai, kumbang, lipas dan labah-labah. Serangga seperti anai-anai akan menyerang

dan merosakkan struktur bangunan daripada kayu di bahagian dalaman. Perkara ini

amat sukar dikesan pada peringkat awal dengan mata kasar. Oleh itu pencegahan awal

perlu dilakukan sebelum anai-anai tersebut berada di dalam bahan kayu tersebut.

Selain faktor haiwan, manusia itu sendiri antara musuh utama berlakunya

kerosakan dan kehilangan ukiran ini. Perbuatan seperti vandalisme dapat dilihat kepada

kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan dan perkara yang sama

turut berlaku kepada monumen-monumen lama yang ditinggalkan. Perbuatan seperti ini

mesti dikawal dan masyarakat perlu dididik untuk menyanyangi khazanah negara.

Bagi sesetengah kerosakan pula ia dilakukan oleh manusia tanpa disedari. Ia

berlaku kerana kecuaian manusia dan sikap sambil lewa atau tidak peduli yang

dizahirkan oleh manusia. Manusia seharusnya lebih bertanggungjawab dan sentiasa

Univers

ity of

Mala

ya

Page 41: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

24

berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka agar perbuatan mereka itu tidak akan

memberi kesan buruk kepada khazanah Negara ini.

Misalnya, dalam kerja-kerja memindahkan sesuatu khazanah, terlebih dahulu

diingatkan kepada mereka yang terlibat seharusnya sudah mempunyai perancangan dan

mengkaji kesan daripada setiap pergerakan mereka. Tanpa perancangan yang betul

kerosakan boleh berlaku semasa proses pebaikan tersebut.

Masalah perebutan dan pembahagian harta pusaka juga dilihat punca kepada

kehilangan dan kemusnahan ukiran ini. Apabila tanah pusaka ini terpaksa dibahagikan

atau dijual maka secara automatiknya rumah tradisi yang terdiri di tanah tersebut

terpaksa diruntuhkan atau dikorbankan. Sekiranya tanah tersebut dijual kepada orang

lain yang tidak tahu menilai ‘harga’ rumah pusaka tersebut sudah pasti kita akan

kehilangan rumah tetapi juga ragamhiasnya.

Dasar dalam pembangunan negara juga dilihat boleh memberi kesan kepada

berlakunya kemusnahan ukiran ini. Banyak bangunan dan tinggalan sejarah dahulu

terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Di dalam kawasan-

kawasan pendalaman atau pinggir bandar dilihat kerap diancam pembangunan yang

akhirnya mengakibatkan rumah-rumah tradisi, masjid lama, makam, kedai-kedai dan

banyak lagi terpaksa diruntuhkan untuk membina bangunan baru yang lebih moden.

Pembangunan bukanlah satu yang perlu dielakkan, tetapi satiap pembangunan

yang hendak dilakukan itu perlulah dirancang dengan teliti dan perlu memikirkan

kesan-kesan sampingannya. Konsep bandar baru yang hendak diperkenalkan banyak

memberi kesan kepada tinggalan sejarah yang ada. Pembinaan unit-unit perniagaan,

Univers

ity of

Mala

ya

Page 42: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

25

pusat pentadbiran, perumahan baru dan keperluan landskap memerlukan ruang yang

luas dan ‘kehadiran’ bangunan lama di situ dilihat sekadar mencacatkan pandangan.

Setiap kerja atau aktiviti pembangunan seperti pembersihan kawasan,

pembakaran terbuka, penanaman cerucuk, pergerakan kenderaan berat dan kontena

merupakan musuh utama kepada bangunan-bangunan lama ini. Kesan daripada gegaran

ini, menyebabkan bangunan lama menjadi tidak stabil, retak dan tercemar. Ini

mengakibatkan bangunan lama ini hilang sokongan dan mudah runtuh.

Dari sini dapat dilihat bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan

bangunan dan ukiran lama kita ini sukar untuk dipelihara atau diselamatkan. Khazanah-

khazanah ini bukan sahaja perlu menghadapi musuh dari dalam tetapi juga musuh dari

luar yang sangat kuat. Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha

pelestarian khazanah negara.

Sebagai rakyat yang menyanyangi khazanah ukiran ini, adakah satu tindakan

yang wajar jika kita hanya menonton dan memerhatikan satu demi satu khazanah kita

hilang dari pandangan mata kita? Jawapannya, kita sama sekali tidak wajar jika hanya

memerhatikannya. Adalah sesuatu yang merugikan jika kita tidak berusaha

mempertahankan warisan kita.

1.7 Konsep Falsafah

Salah seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu al-farabi telah mendefinisikan

perkataan falsafah. Menurut beliau istlah falsafah diambil daripada perkataan

‘philosophia’ yang kemudiannya diperjelaskan sebagai ‘philo’ yang bermaksud pencinta

Univers

ity of

Mala

ya

Page 43: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

26

dan ‘sophia’ yang bermaksud bijaksana. Jadi jika dilihat daripada apa yang telah

diperjelaskan di atas, falsafah ini telahpun diertikan oleh Al-Farabi sebagai pencinta

bijaksana. Hal ini telah dibicarakan oleh Oemar Amin Hoesin di dalam bukunya

Filsafat Islam. (Mana Sikana, 1996)

Di dalam buku Sistematika Filsafat karangan Sidi Gazalba, perkataan

philosophia bererti cinta kepada pengetahuan bijaksana. Pengetahuan dan bijaksana

adalah merupakan anak kunci kepada pembuka segala rahsia kebenaran, dan mencari

kebenaran adalah tanggungjawab serta merupakan suatu karektor yang harus dimiliki

oleh ahli falsafah. Dengan itu, falsafah dapat juga ditakrifkan sebagai sistem kebenaran

tentang sesuatu perkara. ( Mana Sikana, 1996)

Ramai ahli falsafah seperti Dr. Oemar Amin Hoesin, Prof. Abdul Jalil dan Prof.

Mahmud Muhammad Al-Hudzari telah menulis berkaitan bidang-bidang falsafah ini.

Secara keseluruhanya, pembahagian ilmu falsafah yang dihuraikan oleh tokok-tokoh ini,

menjelaskan kepada kita bahawa bidang pengkajian ilmu falsafah amat luas, tetapi apa

yang penting antaranya ia mengandungi ilmu psikologi, kosmologi, metafizik, mantik,

teologi, estetik dan etika.(Mana Sikana, 1996)

Di dalam kepentingan itu, pengkaji ingin melihat pemikiran masyarakat Melayu.

Siapakah Melayu yang dimaksudkan dalam kajian ini? Menurut Pelembagaan Malaysia

Fasal 160 erti Melayu itu ialah seperti berikut.

“……seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa

Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 44: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

27

a) Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya

lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada Hari Merdeka ia adalah

berdomisil di Persekutuan atau Singapura atau

b) Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

c) Sebagai kesimpulan jika dilihat dari segi perlembagaan Malaysia seseorang

Melayu itu boleh merupakan siapa sahaja asalkan dia menganut agama Islam,

bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat orang Melayu.

1.8 Konsep Pemuliharaan dan Pelestarian

Pemuliharaan didefinisikan sebagai satu usaha perlindungan terhadap khazanah

daripada sesuatu kemusnahan. Di dalam piagam Pelestarian Pusaka Indonesia 2003

yang dikeluarkan oleh Jaringan Pusaka Indonesia dan Internasional Council on

Monuments and Sites (ICOMOS) Indonesia dan didukung oleh Kementerian

Kebudayaan Dan Pariwisata RI telah menterjemahkan pelestarian sebagai upaya

pengelolaan pusaka melalui kegiatan penelitian, perencanaan, pemeliharaan,

pemanfaatan, pengawasan atau pengembangan secara selektif untuk kesinambungan,

keserasian dan daya dukungnya dalam menjawab dinamika zaman untuk

membangunkan kehidupan bangsa yang berkualiti. ( 2nd

Internasional Congress of

Architectes and Technicians of Histiric Monuments, Venice, 1964)

Pemuliharaan (conservation) adalah satu proses pengekalan semula sesuatu

artifak supaya berada di dalam keadaan yang baik. Ia bermula dengan proses

memperbaiki (merawat) sesuatu artifak yang rosak supaya kembali kepada keadaan

asalnya. International Institute bagi konservasi mendifinisikan conservation sebagai:

Univers

ity of

Mala

ya

Page 45: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

28

‘Any action taken to determine the nature or properties of materials in

any kinds of cultural holding or in housing, handling or treatment, any

action taken to understand and control the causes of deterioration and

any action taken to better the conditions of such holdings’

(O.P. Agrawal : Care and Preservation of Museum Objects, 1977)

Pemeliharaan (preservation) pula adalah satu bentuk penjagaan atau pengawalan

terhadap sesuatu artifak daripada mengalami kerosakan. Artifak yang dipelihara itu

termasuklah yang sudah mengalami proses pemulihan dan yang belum mengalami

proses tersebut. Sekiranya objek tersebut masih dalam keadaan baik maka ia akan dijaga

daripada mengalami kerosakan. Pemeliharaan juga boleh diistilahkan sebagai satu

proses penjagaan artifak atau barangan seni dari mengalami kepupusan.

1.8.1 Kaedah Pelestarian

Terdapat tiga kaedah yang diguna pakai dalam memelihara khazanah seni

negara. Ia bergantung kepada jenis khazanah seni itu sendiri. Sebelum menentukan

apakah jenis kaedah yang sepatutnya digunakan, aspek pertama yang perlu

dititikberatkan ialah dari aspek fizikal objek itu sendiri.

I Perundangan

Pada tahun 1976 satu akta yang dikenali sebagai Akta Benda Purba, telah

diperkenalkan untuk melindungi barangan purba yang dikategorikan di dalam warisan

Negara. Melalui akta tersebut kerajaan dapat mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 46: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

29

yang membawa kesan kerosakan kepada khazanah Negara. Kerajaan juga dapat

mengawal aktiviti penjualan dan pengeksportan barangan antik negara. Hukuman dan

denda dikenakan terhadap mereka yang ingkar kepada peraturan di dalam akta ini. Akta

ini telah digantikan dengan Akta Warisan 2005. Kaedah perundangan ini akan

dibincangkan lebih lanjut dalam bab seterusnya.

II Kerja Makmal

Kaedah makmal merupakan salah satu kaedah moden yang paling canggih

digunakan buat masa ini. Malaysia sudah memiliki tenaga yang mahir dalam bidang

pemeliharaan ini berdasarkan pengkhususan. Kewujudan makmal-makmal di muzium,

arkib dan pusat pengajian tinggi membuktikan kaedah ini sangat relevan dan sesuai

diguna pakai bagai memelihara dan membaiki khazanah seni yang rosak. Penyelidikan

akan dijalankan bagi mengenalpasti apakah jenis langkah dan bahan yang seharusnya

diguna pakai dalam proses membaik pulih.

III Kerja Lapangan

Kaedah sebegini biasanya diguna pakai oleh pihak muzium atau persatuan NGO

yang terbabit dalam usaha mambaikpulih khazanah yang tidak dapat dibawa ke makmal

untuk proses membaik pulih. Kaedah ini menuntut ketekunan dan perbelanjaan yang

agak tinggi kerana segala kerja dilakukan di tapak asal kahazanah tersebut ditemui.

Melalui kaedah ini, mereka yang terlibat dalam kerja membaik pulih dapat mengenal

pasti punca kerosakan berdasarkan persekitaran yang dilihat dan seterusnya mengambil

langkah menyelamatkannya. Selepas dibaik pulih khazanah tersebut akan terus dijaga di

tapak asalnya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 47: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

30

1.9 Kerangka konsep dan teori

Syed Ahmad Jamal (2000) telah menyatakan konsep seni rupa Melayu lahir

daripada kesedaran terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan, iaitu melalui bentuk

tampaknya kepada dimensi yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian di

antara realiti yang zahir dan batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan

penghayat.

ALAM → IDEA → KARYA →IDEA

Proses kesenian dianggap selesai apabila penonton atau penghayat mendapat dan

memahami idea dan ilham pada karya tersebut dan kemudian dapat menjelaskan pula

sumber ilhamnya yang akan mengembalikan kepada alam semulajadi. Walau

bagaimanapun, keseluruhan proses ini di bawah tatacara penilaian objektif, yang cuba

memungkinkan makna pada interpertasi antara pencipta seni dan penilainya. Syed

Ahmad Jamal (2000)

Menurut Ku Zam Zam (1984) pula, Pengertian ‘keindahan’ adalah merujuk

sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan tentang sesuatu yang

indah. Perkataan ‘indah’ itu sendiri boleh dimengertikan sebagai sesuatu yang cantik,

bagus, benar, elok atau molek.

Konsep keindahan itu merujuk kepada rasa yang menggembirakan,

menyenangkan, mengenakkan, yang baik dan dihargai. Rasa yang menggembirakan

dan menyenangkan ini akan wujud bila kita diketemukan dengan objek-objek yang

indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 48: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

31

Menurut Ku Zm Zam (1984) keindahan sesuatu bentuk karya dapat dinilai daripada

2 sudut :

a) Sudut objektif

b) Sudut subjektif

Dari sudut objektif, ciri-ciri yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya

itu. Bentuk karya menitik beratkan kepada aspek-aspek yang nyata di dalam sesuatu

karya seperti warna, bentuk luar atau ‘shape’, garis dan sebagainya. Selain daripada itu,

perkara yang dititik beratkan ialah idea dalam seni ukir itu. Idea di sini ialah merupakan

gabungan kebijaksanaan daya pemikiran, imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam

melahirkan karyanya. Untuk melahirkan sesuatu karya yang harmoni, seseorang

pencipta itu perlulah menyatukan elemen bentuk dan idea (menjadi kesatuan).

Keindahan dari sudut subjektif pula diukur dari sudut kegembiraan yang dirasai

hasil dari menilai sesuatu karya itu. Penilaian keindahan secara keseluruhan

memerlukan seseorang itu melihat dari segi objektif dan merasakannya dari segi

subjektif.

Dalam masyarakat Melayu, penilaian keindahan secara subjektif melibatkan satu

bentuk deria yang dikenali sebagai deria rasa. Definisi rasa dapat dibahagikan kepada 4

kategori, iaitu :

a) Fizikal

Sesuatu yang dapat dikecap oleh sesuatu deria seperti manis, masin, tawar dan

sebagainya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 49: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

32

b) Fikiran

Rasa bermaksud sesuatu perasaan dalaman dan rasa yang diberi erti menurut

keadaan sesuatu.

c) Hati / Perasaan

Menunjukkan keadaan hati seperti sedih, pilu, suka, duka dan sebagainya.

Dalam memahami tentang betapa pentingnya ragam hias ini kepada seni bina

orang Melayu adalah bermanfaat seseorang itu memahami tentang keindahannya.

Ukiran Melayu merupakan hasil kraf tangan Melayu yang mempunyai nilai estetika

yang tinggi, ini dapat dilihat daripada proses awal pembuatan hinggalah apabila ia

digunakan. Ia menampilkan kekukuhan dan kemewahan si pemilik rumah selain

menegaskan nilai-nilai tertentu. Pengkaji mengambil gabungan pendekatan Ku Zam

Zam Ku Idris (1984) dan Zakaria Ali (1989) dalam melihat dan mendekati keindahan

ragam hias Melayu ini.

Menurut Ku Zam Zam (1984) keindahan dalam seni rupa Melayu terbahagi

kepada tiga nilai iaitu nilai kehalusan, kesesuaian dan keaslian. Manakala bagi Zakaria

Ali (1989) keindahan seni rupa Melayu berdasarkan kepada enam nilai iaitu halus,

berguna, bersatu, berlawan, berlambang dan bermakna.

Berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan ini pengkaji merumuskan bahawa

dalam melihat keindahan seni ukiran Melayu secara keseluruhannya dapat dilihat

daripada tiga prinsip utama iaitu prinsip bijak, baik dan benar.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 50: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

33

A) Prinsip bijak.

Bijak didefinisikan sebagai sangat pandai, cerdik, pintar, arif dan berakal budi.

Dalam ragam hias Melayu kebijaksanaan ini dapat dilihat melalui kemahiran yang

dimiliki oleh pengukir Melayu dalam menghasilkan dekorasi. Hanya dengan kemahiran

yang tinggi pengukir dapat menghasilkan ukiran yang halus. Kehalusan dalam seni pula

adalah satu perkara yang semestinya ada. Dalam penghasilan seni Melayu perkara ini

menjadi asas utama. Dalam sejarah seni juga menegaskan bahawa tanpa kemahiran

tidak mungkin dapat menciptakan sesuatu yang halus. Menurut Zakaria Ali (1989)

kehalusan dalam penghasilan seni dapat dilihat melalui dua faktor, pertamanya cara

pembuatan dan keduanya kejujuran pada bahan yang digunakan. Manakala menurut Ku

Zam Zam (1984) pula, halus bermaksud tidak besar, tidak kasar, lembut dan licin sifat

fizikalnya dan dihasilkan dengan cermat dan teliti serta bersungguh-sungguh.

Ini bermakna dalam menghasilkan sesuatu yang halus ia memerlukan ketekunan

dan kesabaran. Sebagai contohnya dalam pembuatan ukiran atau ragam hias yang

kadangkala mengambil masa berbulan-bulan untuk mengukirnya dengan kesabaran

inilah mereka dapat menghasilkan ukiran-ukiran yang halus jalinannya bila disentuh.

Kehalusan ukiran Melayu ada digambarkan dalam teks Sejarah Melayu. Manakala

halus yang merujuk kepada kejujuran bahan adalah dilihat daripada penggunaan kayu

yang tulen dan berkualiti.

Kehalusan ini juga dilihat menerusi proses pembuatannya seperti dalam ukiran

Melayu, ukiran pola lengkap dan bersilat lebih halus nilainya berbanding pola bujang

tidak bersilat. Terdapat pelbagai teknik ukiran dalam masyarakat Melayu seperti tebuk

tembus dan tebuk timbul bersilat dan tidak bersilat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 51: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

34

Kehalusan dalam ukiran juga dapat dilihat melalui garapan motif terhadap

bahan kayu tersebut. Pengukir menjadikan alam sebagai panduan menghasilkan motif,

tetapi objek sebenar akan digarap atau diolah untuk menjadi sesuatu yang baru dan tidak

menirunya secara ‘total’.

Selain aspek kehalusan, prinsip bijak juga melihat bahawa dalam pemikiran

masyarakat Melayu setiap barangan seni yang dihasikan haruslah mempunyai fungsi

kegunaannya. Malahan berdasarkan sejarah awal perkembangan seni didapati bahawa

mereka menciptakan sesuatu peralatan untuk tujuan guna kemudian barulah ianya

dihiasi untuk mencantikkannya. Sebagaimana penciptaan ukiran yang asasnya bertujuan

menutupi dan melindungi bahagian-bahagian tertentu pada seni bina rumah ini.

Sebagai objek yang berfungsi, penghasilan ukiran tidak dapat dipisahkan

daripada aspek pemaknaannya. Simbolisme penggunaan ukiran juga dapat dilihat

melalui pemilihan motif, dikatakan pelbagai motif yang diletakkan pada ukiran

mengandungi maknanya yang tersendiri.

Ukiran juga dalam masyarakat Melayu membawa perlambangan tetentu,

contohnya ukiran induk ini dikaitakan dengan lambang kemewahan. Dalam masyarakat

Melayu semakin banyak ukiran diletakkan semakin tinggi statusnya.

Selain daripada itu kebijaksanaan pengukir Melayu juga dilihat dari aspek

penghasilan ukiran yang asli. Menurut Kamus Dewan keaslian ialah ketulenan, kejatian

dan kemuliaan. Ini bermakna bahawa faktor pengaruh asing tidaklah ditolak bahkan

terjadinya proses penyaringan atau penapisan, iaitu penafsiran semula makna dan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 52: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

35

menyaring serta menggubah dan meninggalkan mana-mana unsur yang dirasakan tidak

sesuai dengan budaya Melayu.

Sebagai contohnya kemahiran mengukir ini dikatakan berasal dari pengaruh

negara Indonesia dan Siam tetapi telah dimasukkan unsur-unsur tempatan dengan

meletakkan motif dari alam Melayu seperti pucuk rebung, bunga padi, daun inai, bunga

pecah empat, bunga kekwa, cengkih, melur dan bunga cempaka .

Keaslian penghasilan ukiran Melayu sebenarnya bermula dari proses memilih

kayu hinggalah mengukirnya. Kaaslian ukiran Melayu paling terserlah pada pemilihan

motif dan kehalusan pembuatannya. Di sinilah terserlah kebijaksanaan pengukir Melayu

dalam menghasilkan keaslian dalam ukiran Melayu.

B) Prinsip baik

Baik didefinisikan sebagai sesuatu yang memberi faedah dan memuaskan hati.

Dalam seni ukiran Melayu prinsip atau nilai baik ini dapat dilihat melalui penghasilan

ukiran yang bersesuaian dengan kehendak dan nilai dalam masyarakat. Maksud

kesesuaian ialah berpadanan, berpatutan, serasi, secocok dan tidak membazir.

Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian reka bentuk dengan fungsinya, kesesuaian reka

bentuk dengan nilai kepercayaan dan sosial, kesesuaian motif dan corak dengan bentuk

serta kesesuaian pemilihan kayu dan warna yang ditonjolkan.

Ukiran Melayu dikatakan baik kerana dalam penghasilan corak atau reka bentuk

ukiran ia bersesuaian dengan fungsinya. Berfungsi bermaksud dalam penghasilan karya

seni seperti ukiran ini, ia bukanlah sekadar hiasan untuk tatapan mata sahaja. Ukiran

Univers

ity of

Mala

ya

Page 53: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

36

digunakan untuk menutupi bahagian-bahagian tertentu atau untuk menutupi sambungan

yang terdapat pada sesuatu bahagian.

Sebagai objek yang berfungsi juga ia bukan sekadar memenuhi tuntutan individu

tetapi oleh keseluruhan ahli keluarga dan masyarakat. Melalui penggunaannya juga ia

dapat menceritakan tentang status seseorang individu, sebagai contohnya ukiran yang

halus mempunyai corak-corak dan motif-motif yang bersesuaian dengan fungsinya

menegaskan status sosial seseorang.

Selain itu penghasilan corak dan reka bentuk ukiran Melayu juga bersesuaian

dengan kepercayaan, nilai dan norma masyarakat. Bagi masyarakat Melayu setiap motif

hiasan mengandungi makna tetentu. Tidak kira sama ada ia berunsurkan geometri, flora

atau fauna. Dalam ungkapan adat ada menyatakan di mana bumi dipijak di situ langit

dijunjung. Dengan kedatangan Islam corak fauna tadi telah diabstrakkkan agar

memenuhi tuntutan agama. Terdapat pelbagai motif haiwan yang diabstrakkan

antaranya motif burung merak, kupu-kupu, unduk-unduk laut, siku keluang, gigi yu,

kuda laut dan pelbagai lagi.

C) Prinsip benar

Selepas kehadiran Islam ke Tanah Melayu, ukiran telah dihasilkan dengan nilai yang

lebih tinggi dan teliti. Ini dapat dilihat dari proses awal penghasilannya lagi. Seseorang

pengukir itu dikatakan perlu berada dalam keadaan tenang sebelum mengukir, ini

kerana kerja-kerja mengukir memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, bagi mereka

yang menjalankan kerja mengukir ini sebagai kerja sampingan perlulah melaksanakan

tugas-tugas utama terlebih dahulu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 54: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

37

Menurut Othman Yatim (2000) , Seni Islam bertolak dari satu isu fundmental iaitu

larangan penggunaan motif figura dan ini telah melahirkan unsus-unsur asas seperti

geometri, bunga-bungan, pucuk tumbuhan dan adaun. Larangan itulah kebanyakan

motif-motif bawah pengaruh Islam lebih banyak menggunakan unsur dari tumbuhan

untuk diterapkan dalam hasil mereka. Penghasilan ukiran Melayu juga dilihat

memenuhi kehendak Islam. Ia bermula dari proses awal hinggalah akhir. Dalam

penghasilan motifnya pula, tidak ada menggunakan motif makhluk bernyawa secara

terang atau langsung. Setiap motif akan diabstrakkan terlebih dahulu. Alam hanya

dijadikan sumber inspirasi dalam memperkayakan lagi ukiran Melayu. Malahan hampir

kesemua motif fauna dalam ukiran Melayu telah diabstrakkan. Manakala sesetengah

ukiran diselitkan dengan tulisan atau kaligrafi Islam. Pemilihan ayat yang sesuai dari

Al-Quran dan hadis secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan

yang Esa.

Sebagaimana yang kita ketahui, seni ukiran kayu telah melalui usia ratusan

tahun. Setiap karya seni yang terhasil perlu dikembangkan dan umum perlu

mengetahuinya. Setiap usaha memahami seni ukiran akan membawa kepada penjelasan

tentang ketinggian ilmu pengetahuan dan ketamadunan yang dimiliki sesebuah bangsa

itu. Pandangan ini selaras dengan persepsi Karl Marx yang menyatakan bahawa

kesedaran manusia ditentukan oleh keberadaban sosialnya. (Peter L.Berger, 1991)

Dalam penyelidikan ini pengkaji juga menggunakan teori sosiologi pengetahuan,

ini adalah untuk pengkaji memahami hubungan ukiran dengan masyarakat dan

bagaimana falsafah yang terkandung di dalam ukiran ini dapat dilestarikan. Sosiologi

pegetahuan merupakan ilmu baru yang menjadi cabang dari sosiologi yang mempelajari

Univers

ity of

Mala

ya

Page 55: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

38

hubungan timbal-balik antara pemikiran dan masyarakat. Sosiologi pengetahuan

menaruh perhatian pada kondisi sosial atau eksistensial pegetahuan. Ide-ide sosiologi

pegetahuan telah dilahirkan oleh Ibn Khaldun pada abab ke-14. Dalam kehidupan

seharian, manusia sering berkomunikasi dengan anggota masyarakat sama ada dalam

kelompok besar atau kecil. Proses seseorang untuk bertindak atau memberi gerak balas

kepada orang lain dinamakan interaksi sosial. (Peter L.Berger, 1991) Interaksi sosial

berkaitan dengan sosialisasi kerana melalui agen-agen sosialisasi itulah seseorang itu

belajar berinteraksi dengan persekitaran.

Melalui kajian ini, pengkaji menggunakan dan melihat sejauh mana kekuatan

Teori Eksternalisasi yang diutarakan oleh Peter L. Berger (1991) dalam melihat kaedah

pelestarian terhadap warisan tinggalan masyarakat ini. Teori ini membuktikan bahawa

sesuatu ilmu dan pegetahuan itu datangnya dari masyarakat dan ia perlu dikembalikan

atau dikongsikan dalam masyarakat.

Melalui teori ini ia mengandaikan bagaimana seseorang individu memberi gerak

balas terhadap tafsiran kehidupan sosial mereka. Setiap yang berlaku atau yang ingin

disampaikan oleh seseorang mungkin membawa maksud yang berbeza dari maksud

yang sebenar. Atau dengan contoh yang lebih mudah pemberian oleh seseorang kepada

individu lain boleh ditafsirkan sebagai tanda terima kasih atau mungkin ada udang di

sebalik batu. Di sini kita boleh melihat bagaimana masyarakat menggunakan simbol

dalam menyampaikan makna-makna di dalam masyarakat.

Simbol ialah satu alat fizikal yang telah diberikan makna. Manusia

berkomunikasi melalui simbol seperti perkataan dan gerak-geri seperti lukisan, muzik,

ukiran dan lain-lain. Melalui simbol pemaknaan yang diberikan kepada masyarakat itu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 56: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

39

berkemungkinan berbeza dari reality sebenar. Hakikat kedua dalam kehidupan manusia

bergantung kepada interaksi iaitu kesan proses kegiatan sesorang kepada gerak balas

individu lain terhadapnya. Misalnya, warna bendera yang dipilih, bukan semata mata

kerana kecantikannya tetapi di dalamnya mengandungi sejarah dan jati diri yang harus

dihormati. Oleh yang demikian dalam bermasyarakat, komunikasi amat diperlukan dan

komunikasi sesama manusia juga adalah satu simbolik.

Oleh itu perspektif ini ialah melihat persoalan interaksi dalam proses

berkomunikasi antara individu melalui simbol. Simbolik bermaksud pemahaman

individu terhadap sesuatu simbol. Dari situlah kita ingin melihat adakah ukiran juga

merupakan salah satu yang digunakan sebagai simbol untuk menyampaikan sesuatu

mesej atau pemikiran dari seseorang kepada seseorang yang lain dan sejauh mana

masyarakat mendukung dan memahaminya.

Simbol adalah objek, aktiviti, hubungan peristiwa dan unit wang dalam situasi

ritual. Simbol-simbol ritual menjadi faktor dalam perlakuan sosial, ada hubungan

dengan manusia itu sendiri, ada tujuan dan maksud tertentu yang hendak disampaikan.

Contohnya, dalam binaan Melayu, pada bahagian pintu yang dibina rendah supaya

seseorang individu tunduk tanda hormat kepada tuan rumah ketika memasuki rumah

dan tunduk sewaktu keluar rumah sebagai tanda hormatnya kepada Tuhan Pencipta.

Rupa bentuk simbol itu adalah pengaruh sejarah dan kehidupan seharian kerana

kepercayaan agama dan alam sekitarnya seperti kepercayaan animisme mereka

memikirkan tentang keindahan dan super natural.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 57: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

40

Pencurahan perasaan manusia secara terus menerus ke dalam dunia baik sama

ada dalam fizikal atau mental. Sebagai makhluk sosial manusia tidak hanya boleh

tinggal di dalam dirinya sendiri tapi harus selalu mengekspresikan diri dan berhubung di

tengah masyarakat. Perhubungan inilah yang disebut eksternalisasi (Peter L.Berger,

1991)

Setiap masyarakat yang terus berjalan dalam sejarah akan menghadapi masalah

pengalihan makna-makna objektifnya dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Masalah ini diselesaikan dengan cara atau proses sosialisasi, yaitu, proses yang

digunakan mendidik generasi baru untuk hidup sesuai dengan program-program

kemasyarakatan masyarakat tersebut. Tentu sahaja sosialisasi secara psikologis dapat

disebut sebagai suatu proses belajar (Peter L.Berger, 1991)

Menurut beliau lagi, generasi baru akan diperkenalkan pada makna-makna

budaya, belajar ikut serta dalam tugas-tugas yang sudah ditetapkan dan menerima

peranan-peranan selain menerima identiti-identiti yang membentuk struktur sosialnya.

Namun sosialisasi memiliki suatu dimensi penting yang tidak sepenuhnya boleh

dijelaskan sekadar membacanya sahaja. Individu tidak hanya belajar mengenai makna-

makna objektif sahaja, tetapi juga menghubungkan diri dengan dibentuk oleh makna-

makna tersebut. Dia menyerap makna-makna tersebut dan menjadikanya makna-

maknanya sendiri. Dia menjadi tidak saja seorang yang memiliki makna-makna ini,

tetapi juga seorang yang mewakili dan mengekspresikan makna-makna tersebut.” (Peter

L.Berger, 1991)

Interaksi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah satu proses

serentak antara subjektif dan objektif. Apa yang difikirkan oleh seorang individu bagi

Univers

ity of

Mala

ya

Page 58: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

41

dirinya adalah subjektif tetapi bagi pihak lain yang menilainya adalah objektif, dan

begitulah sebaliknya. Interaksi di antara individu dengan individu yang lain boleh

terjadi melalui seni. Melalui seni kita dapat mengeksperesikan makna-makna subjektif

dalam diri kita menjadi sesuatu yang objektif dalam masyarakat dan bergitulah

sebaliknya.

Disebut objektif kerana maksud-maksud subjektif yang telah diekspresikan

melalui seni menjadi sesuatu yang objektif, tidak hanya bagi orang lain tetapi bagi diri

kita sendiri. Untuk mewariskan pemikiran-pemikiran sosial yang sudah terbentuk,

masyarakat melakukan sosialisasi pada seluruh anggotanya. Sosialisasi adalah proses

internalisasi atau penyerapan kembali realiti tersebut dan mentranfomasikan struktur

dunia objektif ke dalam struktur kesedaran subjektif. Sosialisasi melibatkan proses

internalisasi terhadap pemikiran-pemikiran sosial yang sedia ada.

Kefahaman tentang konsep penciptaan sesuatu seni, punca kehilangannya dan

kepentingan pengekalan warisan ini sangat penting dalam usaha untuk memelihara dan

melestarikan falsafah dan warisan ukiran Melayu. Dari sinilah bermulanya bagaimana

kita ingin mencari langkah atau kaedah untuk menyelamatkan warisan seni negara ini.

Pemahaman mengenai konsep pelestarian haruslah diperluaskan dan diperjelaskan

dengan nyata kerana tidak mahu ada yang berpendapat bahawa kerja-kerja pelestarian

hanyalah membabitkan bidang displin bercorak alam bina semata-mata. Makna atau

konteks pelestarian seharusnya juga melihat kepada pendokumentasian terhadap makna,

falsafah dan pemikiran sesuatu artifak atau seni bina yang ditinggalkan itu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 59: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

42

1.10 Perincian Bab

Di dalam bab 1, pengkaji menerangkan mengenai latar belakang kajian yang

telah dijalankan. Tertulis di dalamnya permasalahan kajian, tujuan dilakukan, skop dan

fokus kajian ini. Pengkaji juga menulis tentang beberapa kajian terdahulu yang telah

diusahakan oleh pengkaji sebelum ini. Kerangka konsep dan teori dalam penyelidikan

ini adalah merupakan penemuan-penemuan konsep falsafah, pelestarian dan teori ilmu

pegetahuan yang dicetuskan oleh para ilmuan terdahulu yang berkaitan penyelidikan

tesis ini. Berdasarkan penemuan konsep ini ia menjadi landasan dan diaplikasikan oleh

penyelidik untuk mencari jawapan bagi permasalahan kajian ini.

Bab 2 pula pengkaji membincangkan mengenai sejarah seni ukiran Melayu.

Bentuk, pola dan unsur yang terdapat pada ukiran Melayu dibincangkan di dalam bab

ini. Ia merupakan pengenalan awal yang diperlukan bagi melihat dan memperkenalkan

ukiran Melayu. Tataletak, estetika dan prinsip keindahan ukiran Melayu turut

dibincangkan di dalam bab ini.

Bab 3 pula pengkaji membincangkan metedologi atau kaedah kajian mengenai

seni ukiran Melayu. Bentuk, pola dan unsur yang terdapat pada ukiran Melayu turut

dibincangkan di dalam bab ini. Ia merupakan pengenalan awal yang diperlukan bagi

melihat dan memperkenalkan tokoh dan ukiran Melayu. Tataletak, estetika dan prinsip

keindahan ukiran Melayu turut dibincangkan di dalam bab ini.

Di peringkat awal dalam bab ini, pengkaji juga memperkenalkan tokoh-tokoh

ukir yang menjadi rujukan utama dalam kajian ini. Bedasarkan temubual dan kajian

terhadap pemikiran mereka, pengkaji memperolehi maklumat berkaitan falsafah dan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 60: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

43

pemikiran yang ada pada seni ukiran Melayu. Tokoh-tokoh ini dipilih kerana mereka

adalah antara pengukir terbaik di Malaysia.

Dalam Bab 4 pula, adalah analisis yang yang dilakukan pada ukiran hasil karya

seni ukiran Melayu yang dipilih. Penganalisaan ini dilakukan terhadap beberapa ukiran

yang dihasilkan oleh beberapa orang tokoh pengukir. Maklumat adalah bedasarkan

temubual dan kajian terhadap pemikiran mereka, dan dari temubual inilah pengkaji

memperolehi maklumat berkaitan falsafah dan pemikiran yang ada pada seni ukiran

Melayu.

Penulisan Bab 5 menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh pelbagai

pihak dalam usaha melestarikan seni ukiran Melayu. Ia menyatakan dan mengupas

sejauh mana kekuatan akta yang ada di dalam memelihara warisan ini. Selain itu

peranan dan aktiviti yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak seperti kerajaan, swasta

mahupun perseorangan menjadi tumpuan perbincangan. Hal ini penting kerana tanpa

penglibatan pihak-pihak ini ia akan menyukarkan kerja pelestarian itu dilakukan.

Di dalam bab akhir iaitu Bab 6, pengkaji membuat rumusan mengenai

pengkajian yang telah dijalankan. Di dalamnya terkandung pandangan dan saranan

daripada penyelidik yang disokong oleh dapatan penyelidikan sebagai buktinya. Selain

itu dikemukan juga beberapa candangan untuk terus memastikan warisan ini terus

dipelihara dan dilestarikan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 61: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

44

Kesimpulannya, kandungan di dalam kesemua bab yang telah dinyatakan adalah

satu usaha pengkaji dalam menilai dan mengaplikasikan pelestarian falsafah seni ukiran

Melayu. Kegemilangan dan keindahan ukiran Melayu wajar diletakkan di tempatnya

yang tinggi di mata masyarakat. Memahami falsafah dan konsep pelestariannya sebenar

adalah suatu yang harus difahami masyarakat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 62: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

45

BAB 2: KAJIAN LITERATUR SENI UKIRAN KAYU MELAYU

2.1 Pendahuluan

Ukiran adalah salah satu warisan negara hasil tinggalan masyarakat lampau.

Ukiran merupakan suatu hasil yang terbentuk dari kesan kerja-kerja mengukir dengan

menggunakan alat-alat tertentu seperti pisau, pahat atau benda-benda yang tajam pada

sesuatu permukaan. Teknik ini akan menghasilkan suatu lukisan atau gambaran, sama

ada ia berbentuk cengkung, cembung atau tenggelam-timbul. Sesuatu ukiran itu

dibezakan berdasarkan bahan yang digunakan, sama ada kayu, logam, kulit, gading,

batu dan sebagainya. (Mohamad Nazzri Ahmad, 2001)

2.2 Seni Ukiran

Seperti yang dinyatakan oleh Mohd, Affendi Yahya (1995) dalam buku beliau

Simbolisme Dalam Senibina Melayu Kelantan, seni ukir adalah sebahagian daripada

hasil kraftangan yang wujud seiring dengan reka bentuk seni rupa. Beliau juga

menjelaskan bahawa seni ukiran bukanlah diciptakan kepada penggunaan barangan

harian sahaja, tetapi suatu yang lebih penting sebenarnya melalui seni ukiran ini turut

dinyatakan falsafah dan pegangan tertentu sekelompok masyarakat. Ukiran adalah

sebagai hasilan atau lukisan yang dibuat dengan cara memahat, menggores, menoreh

dan lain-lain pada bahagian-bahagian tertentu, manakala ukiran pula ialah sesuatu yang

telah diukir.

Jika disorot kembali masa-masa yang lampau dengan mengambil titik permulaan

dari peralihan pra sejarah ke era zaman sejarah, terdapat zaman yang dikatakan

mencabar bagi bangsa Melayu iaitu zaman yang digelar zaman kebudayaan Batu Hidup

Univers

ity of

Mala

ya

Page 63: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

46

atau Megalitik. Pada zaman itu, orang Melayu telah mula mendirikan tugu-tugu batu

yang mempunyai nilai-nilai spiritual berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk

animisme dan pemujaan yang mereka anuti ketika itu.

Pada waktu ini kita masih boleh melihat kesan peninggalan lalu seperti

monumen dan bangunan kepada generasi hari ini. Contoh dari tinggalan ini

menunjukkan bahawa mereka ini sudah menghayati suatu yang dikatakan seni ukiran

walaupun mereka sendiri mungkin tidak pernah terfikir atau menerima ilmu yang

berhubung dengan estetik dan artistik. Iaitu dari yang mengutamakan keindahan dan

penciptaan keindahan baik dari sudut falsafah sosial mahupun sudut sosio-budaya,

penciptaan hiasan pada waktu itu lebih kepada fungsi gunanya. (Halim Nasir, 1986)

Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, terdapat tugu-tugu

batu megalitik yang berbagai-bagai bentuk seperti pedang, dayung, sudu, kura-kura dan

lain-lain. Pada batu yang berbentuk pedang itu terdapat ukiran-ukiran yang dipahat

timbul, menggambarkan haiwan-haiwan yang menyerupai ular atau naga. Contoh-

contoh yang terukir pada batu megalitik di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas itu

membuktikan bahawa nenek moyang masyarakat Melayu pada zaman sebelum

terciptanya tulisan merupakan pencipta ukiran yang mempunyai kebolehan dan

menghayati seni ukiran.

Pensejarahan mengenai seni rupa yang menjadi induk lain-lain bentuk seni akan

mengingatkan kita kepada beberapa peninggalan sejarah purba di Gua Tambun, Ipoh,

Perak. Pada salah sebuah batu kukup masih terdapat lakaran atau pahatan yang

merupakan hasil karya manusia di zaman kuno. Sungguhpun tidak dapat dibuktikan

bahawa lakaran tersebut dihasilkan oleh nenek moyang kita, namun lakaran itu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 64: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

47

membuktikan kepada kita bahawa generasi dahulu sudah menerokai bidang tersebut.

(Halim Nasir, 1986)

Peninggaalan warisan yang sedemikian ini merupakan satu khazanah yang tidak

ternilai. Menerusi artifak-artifak sama ada ditemui secara sengaja atau secara

penggalian oleh ahli-ahli arkeologi seperti di muka-muka gua atau di pinggir sungai,

kita dapat mengesan hasil-hasil kemahiran kerjaya mereka dalam mencipta seni ukiran

bagi menghiasi alat-alat keperluan seperti peralatan memasak, memburu dan upacara

pemujaan.

Agama Islam tiba di Semenanjung Tanah Melayu sekurang-kurangnya pada

abad ke-14, kesan-kesan awal mengenai kedatangan awal agama Islam yang dapat

dipegang sebagai bukti ialah melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu 1303. Batu

Bersurat Terengganu bolehlah dikira sebagai bahan seni terawal yang dijumpai selepas

Islam menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu. (Othman Yatim, 1988)

Selain daripada Batu Bersurat Terengganu, bahan artifak seni daripada batu

yang terawal yang dijumpai ialah batu nesan berukir, atau digelar sebagai Nesan Batu

Acheh. Batu-batu nesan ini terdapat di perkuburan-perkuburan lama seperti di Pekan

(Pahang), Kota Tinggi (Johor) serta di Perak, Kedah dan Terengganu. Nesan berukir

yang berusia tua terutama sekali Nesan Batu Acheh mempunyai beberapa keistimewaan

yang sangat menarik.Selain daripada bentuknya yang unik, terdapat tulisan atau

kaligrafi yang sangat indah. (Othman Yatim, 1988)

Daripada petempatan-petempatan zaman Neolitik di kawasan persisiran pantai

telah lahir petempatan yang mengamalkan kebudayaan daripada logam. Mengikut

Univers

ity of

Mala

ya

Page 65: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

48

perkembangan dari zaman logam ini, zaman gangsa muncul dahulu tetapi keadaan

seumpama itu tidak semestinya berlaku di semua tempat di dunia. (Halim Nasir, 1986)

Justeru itu, berkemungkinan juga kebudayaan gangsa di Malaysia berkembang

bersama-sama kebudayaan besi. Antara faktor yang menolong kita membuat andaian

bahawa zaman gangsa dan zaman besi di Malaysia sezaman termasuklah wujudnya alat-

alat daripada gangsa yang kebetulan kecil bilangannya. Alat-alat itu terdiri daripada:

i. Gendang gangsa

ii. Loceng gangsa

iii. Mangkuk gangsa

Alat-alat gangsa ini djumpai di Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk

(Terengganu), Tembeling (Pahang) dan Pagoh, Muar (Johor). Semua alat gangsa itu

dijumpai di kawasan sungai atau pesisir pantai. Keadaan ini menunjukkan bahawa

kawasan ini merupakan tempat persinggahan kapal-kapal yang datang berdagang ke

negara ini. (Halim Nasir, 1986)

Dengan kedudukan yang sedemikian, besar kemungkinannya pembesar-

pembesar di situ berupaya membeli barang-barang import seperti gendang dan loceng

gangsa. Barang-barang itu dipercayai diimport dari wilayah Dong Son, Vietnam

berasaskan hiasan dan bentuk alat-alat itu. Petempatan-petempatan itu juga merupakan

jalan keluar bahan-bahan hutan dan hasil bumi logam seperti bijih timah, emas dan lain-

lain. yang terdapat di kawasan pedalaman Pahang, Terengganu dan Kelantan. (Halim

Nasir, 1986)

Univers

ity of

Mala

ya

Page 66: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

49

Di Malaysia, kepercayaan kepada wujudnya zaman gangsa dan besi serentak

didasarkan kepada bukti-bukti arkeologi. Antara bukti-bukti itu termasuklah yang

terdapat di tapak arkeologi di Sungai Lang dan kubur-kubur batu kepingan yang

dijumpai di Changkat Menteri, Perak.

Manik-manik dan mangkuk gangsa yang dijumpai bersama-sama dengan

gendang gangsa jenis Dong Son di Sungai Lang dijumpai juga di tapak kubur di

Changkat Menteri. Di kubur itu dijumpai juga alat-alat daripada besi. Setakat ini tiada

pendapat yang tepat tentang alat itu. Alat-alat lain yang dijumpai ialah beliung, kapak

dan fungsinya dipercayai ialah untuk memotong, menebas dan menggali.

Zaman gangsa besi di sesetengah tempat seperti petempatan di Sungai

Kelumpang, Selinsing (Perak) wujud hingga abad ke-10 tanpa pengaruh kebudayaan

India sepenuhnya walaupun kebudayaan itu mula meresap ke dalam masyarakat di Asia

Tenggara. Keadaan di Kuala Selinsing itu agak berbeza daripada yang berlaku di

Lembah Bujang (Kedah). Di Kedah, telah wujud pelabuhan entreport, pada abad ke-8

dan pengaruh India telah berkembang. (Halim Nasir, 1986)

Cara hidup masyarakat pada zaman besi menunjukkan satu lagi tahap kemajuan

yang dicapai dalam sejarah hidup manusia. Pelbagai jenis alat dicipta oleh masyarakat

tempatan daripada bahan mentah dari dalam dan luar negara dapat dilihat daripada hasil

arkeologi di Kelumpang (Perak). Petempatan-petempatan pada zaman logam itu

adakalanya berkembang menjadi kerajaan pelabuhan di Malaysia. Zaman logam ini

kadangkala ditafsirkan sebagai zaman akhir pra sejarah yang menjadi pembuka tirai

pada zaman yang lebih agung dan menarik.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 67: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

50

Terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk mengukir. Perbezaan

dengan ukiran antara satu sama lain ialah dari segi bahan, teknik dan cara pembuatan.

Walaupun terdapat pelbagai medium yang digunakan tetapi kayu merupakan bahan

alamiah yang sangat sesuai dan baik untuk diukir dan dijadikan struktur bangunan.

Tetapi kelemahannya pula ia mudah reput dan mudah terbakar jika tidak diawasi dengan

baik. Ini akan lebih mudah berlaku jika didedahkan kepada panas atau hujan.

Oleh sebab itu kerja-kerja pemeliharaannya perlu lebih teliti berbanding dengan

ukiran-ukiran lain. Ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan ukiran kayu sukar untuk

ditemui. Walau bagaimanapun, ada juga ukiran kayu yang dapat bertahan beratus-ratus

tahun sekiranya kayu yang dipilih untuk ukiran itu adalah dari jenis yang baik seperti

cengal, merbau, kempas dan bacang hutan.

Selain dari aspek ketahanan, hasil yang lebih bermutu dapat dihasilkan dengan

menggunakan kayu yang baik. Ukiran kayu terdapat pada rumah-rumah, istana, masjid,

surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan, peralatan pemujaan atau perbomohan,

alat-alat muzik tradisi, perabut, alat pertukangan, peralatan pertanian, senjata-senjata

pendek, peralatan memasak, perahu tradisional dan juga pada kenderaan seperti kereta

kuda, pedati dan kereta lembu.

Budaya hidup masyaralat Melayu, iaitu sebelum Tanah Melayu menerima

pengaruh-pengaruh luar, masyarakat Melayu menjalankan cara hidup iaitu ‘Hidup untuk

Hari ini’. Hidup sedemikian yang diibaratkan sebagai ‘temporary survival’ seperti

mempengaruhi bentuk-bentuk seni ukiran yang ditonjolkan pada bahan-bahan artifak

yang diperbuat daripada tanah atau batu. (Halim Nasir, 1986). Hidup sebagau pemburu

dan pengumpul makanan mempegaruhi bentuk kraftangan Melayu. Konsep kraftangan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 68: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

51

bagi masyarakat pemburu dan pengumpul makanan dapat dikategorikan dalam bentuk

kebudayaan fizikal. Ini bermaksud setiap barangan kfraf yang dibuat bertujuan untuk

memerdekakan diri daripada kesusahan dan untuk meneruskan kehidupan (Halim Nasir,

1987)

Walaupun seni telah tercipta pada waktu itu, namun adalah sukar untuk

membuat hipotesis tentang bentuk seni yang diterapkan pada bahan kayu, Ini

disebabkan tidak ada kayu dapat dikekalkan sehingga begitu lama lantaran sifat kayu

yang mudah reput.

Dari zaman pengaruh kebudayaan Hindu telah berlaku pertembungan antara

kebudayaan Hindu dengan kebudayaan Melayu Asli dan pengaruh kebudayaan Hindu

telah berjaya meresapi ke dalam kebudayaan Melayu. Seni ukiran kayu telah

berkembang luas ke istana-istana raja dan rumah-rumah orang kenamaan, tetapi

sayangnya kesan-kesan peninggalan zaman awal pengaruh kebudayaan Hindu tidak

dapat ditemui. Walau bagaimanapun pengaruh kebudayaan tersebut masih berterusan

sehingga sekarang. ( Mustaffa Mohamad. 1987)

Seni ukiran Melayu tradisi sekali lagi menerima perubahan sejak kedatangan

agama Islam. Agama Islam telah diterima dengan baik dan beberapa peraturan telah

menjadi pegangan hidup masyarakat Melayu. Seni ukiran itu sendiri telah diberi

perhatian, di mana unsur-unsur yang tidak sesuai dan bercanggah dengan ajaran Islam

secara beransur-ansur telah diketepikan seperti contoh-contoh unsur makhluk hidup

seperti manusia atau haiwan secara perlahan-lahan diganti dengan unsur-unsur motif

lain seperti kaligrafi dan arabes.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 69: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

52

Kedatangan agama Islam juga telah memperkenalkan tulisan-tulisan Arab yang

menjadi ilham kepada pengukir-pengukir tempatan untuk menggunakan tulisan-tulisan

tersebut pada kayu-kayu mereka. Unsur-unsur kosmos dan geometri telah

dipertingkatkan penggunaannya pada masa yang sama. (Othman Yatim, 1988)

Kegemilangan kraftangan ukiran bermula semenjak golongan bangsawan atau

raja mengangkat darjat tukang sebagai seniman istana atau menjadi pelindung yang

menghidupkan kesenian tersebut. Muhamad Affandi Yahya, 1995). Pada zaman

pemerintahan kerajaan Melayu awal, sudah menjadi kemestian kepada pemerintah

untuk tinggal di dalam rumah yang dipenuhi dengan ukiran. Oleh sebab itu, raja-raja

mempunyai tukang atau tukang ukirnya (pandai kayu) yang sendiri untuk menghiasi

kediaman-kediaman tersebut. Semakin banyak ukiran-ukiran yang dimiliki raja-raja

tersebut, semakin tinggilah status atau darjatnya di mata masyarakat. Tukang-tukang

ukir bergantung sepenuhnya kehidupan mereka dengan mengukir sebagai pendapatan

harian mereka dan mereka disediakan tempat tinggal, pakaian, kemudahan-kemudahan

lain yang hampir dengan istana untuk menghargai bakat yang ada serta

memperkembangkan seni ukiran. (Halim Nasir, 1987)

Di dalam ‘Sejarah Melayu’ yang ditulis oleh Tun Sri Lanang terdapat catatan

yang berkaitan dengan istana Sultan Mansur Shah. Selain dari bentuk istana yang indah

dan unik, terdapat ukiran-ukiran yang indah pada dinding, bendul, pintu, tingkap, tangga

dan sebagainya. Istana-istana berukir tersebut digelar oleh orang-orang Melaka sebagai

‘Istana Hawa Nafsu’ dan dikatakan bahawa istana tersebut tidak ada tolok bandingnya

dengan istana-istana lain di rantau tersebut. Malangnya ia tidak dapat ditemui lagi akan

tinggalannya kerana telah terbakar dan musnah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 70: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

53

Walaupun kebanyakan ukiran-ukiran tersebut telah musnah, tetapi kita masih

bernasib baik kerana terdapat beberapa istana kayu Melayu yang masih berukir dapat

dikekalkan. Ukiran-ukiran berusia tua ini dapat dilihat pada Istana Balai Besar di

Kelantan, dan di sekitar negeri Kelantan masih terdapat beberapa buah rumah Melayu

tradisi yang masih belum terjejas seni bina dan ragam hiasnya contohya rumah

Allahyarham Nik Rashiddin.

Di Terengganu, terdapat beberapa buah istana lama berukir seperti Istana Raja di

Besut, Istana Kolam dan Rumah Tengah. Di sekitar Jalan Patara, Kuala Terengganu

pula terdapat beberapa buah rumah tua tetapi malangnya perhatian untuk penjagaannya

tidak ditekankan dan berkemungkinan kediaman tersebut akan hilang dan musnah dari

tempat asalnya.

2.3 Unsur-Unsur Dalam Seni Ukiran Melayu Tradisi

Penjelmaan sesuatu gaya dalam sesuatu ukiran Seni Melayu dipengaruhi oleh

beberapa faktor seperti adat resam, kepercayaan agama, alam persekitaran, iklim dan

topografi. Pemilihan unsur perlu dibuat supaya bersesuaian dengan kehendak

perseorangan dan juga kehendak masyarakat supaya ia tidak bercanggah dengan

peraturan dan adat resam Melayu.

a) Unsur makhluk hidup

Gambar 2.1 : Motif Itik Pulang Petang

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 71: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

54

Pada umumnya unsur makhluk hidup tidak banyak digunakan kerana agama Islam

tidak menggalakkan ciptaan ragamhias yang berasaskan makhluk hidup. Walau

bagaimanapun, saki-baki daripada warisan kayu ukiran lama menampakkan ciri-ciri dari

unsur makhluk hidup seperti motif ayam berlaga, itik pulang petang, badak mudik, kuda

laut dan sebagainya.

Dalam pemilihan unsur-unsur terdapat di persekitaran dan mempunyai hubungan

dengan orang-orang Melayu itu sendiri yakni sama ada haiwan tersebut merupakan

haiwan peliharaan, atau kerana keistimewaan sifat-sifat yang ada pada haiwan yang

ditiru itu. (Abd.Halim Nasir, 1986)

b) Unsur kosmos

Gambar 2.2 : Motif Bintang

Unsur kosmos atau alam semesta dipersembahkan melalui gambaran matahari,

bulan, bintang, awan berarak, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain. Sebagaimana

motif matahari dan bintang sering dipasang pada bahagian atau muka tebar layar,

manakala motif awan berarak sering terdapat pada ukiran-ukiran yang mengambil pola

lengkap. Unsur-unsur ini juga sering dicantumkan dengan unsur-unsur tumbuhan dan

kaligrafi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 72: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

55

c) Unsur Geometri

Gambar 2.3 : Motif Geometri

Unsur geometri atau ‘tumpal’ dikatakan ada hubungan dengan pengaruh pra sejarah.

Ukiran yang berunsurkan geometri ini dapat dikesan dalam seni ukiran Melayu yang

mengambil pola-pola seperti bentuk bersegi atau dikenali juga sebagai pola tumpal.

Kaki dan bentuk perubahannya disusun berderet-deret dan kadangkala perubahan itu

dicantumkan dengan sulur tumbuhan. Satu lagi unsur geometri yang dikira sebagai

warisan pra sejarah ialah pilin berganda berbentuk huruf ‘S’ yang disusun berderet-

deret. Ukiran-ukiran geometri ini juga sering didapati pada alat-alat seperti tembikar,

barangan tembaga dan peralatan harian yang digunapakai di dalam rumah. (Abd.Halim

Nasir, 1986)

Univers

ity of

Mala

ya

Page 73: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

56

d) Unsur Kaligrafi

Gambar 2.4: Kaligrafi Surah al-Fatihah.

Unsur kaligrafi dalam seni ukiran Melayu bermula setelah orang-orang Melayu

menerima pengaruh Islam. Unsur ini mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan

tulisan Jawi. Unsur kaligrafi sering terdapat pada bangunan-bangunan masjid, surau dan

rumah-rumah kediaman rasmi orang-orang yang berkemampuan.

e) Unsur Tumbuh-Tumbuhan

Gambar 2.5 : Motif Bunga Asam Paya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 74: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

57

Dalam seni ukiran Melayu lebih banyak tertumpu kepada pengambilan unsur-unsur

tumbuhan. Biasanya tumbuhan menjalar dan pohon-pohon berbunga menjadi pilihan

utama. Unsur-unsur tumbuhan sangat sesuai dibentuk dan digayakan ukirannya

mengikut kebijaksanaan pengukir. Motif dari unsur ini yang sering menjadi sumber

ilham kepada pengukir Melayu ialah seperti jenis kekacang, labu, ketumbit, ketamburi,

kerak nasi, peria, bunga cengkih dan lain-lain. (Abd.Halim Nasir, 1986)

2.4 Tataletak Ukiran Melayu

Walaupun sesebuah bangunan harus dihiasi seni ukiran yang menarik, tidaklah

bererti seni ukir itu perlu menghiasi setiap permukaan bangunan. Sebenarnya hiasan

yang berlebihan boleh menjemukan. Sebaliknya ukiran yang terhad pada bahagian-

bahagian tertentu dapat menimbulkan kesan menarik. Inilah satu pendekatan konsep

hiasan yang diamalkan oleh pengukir Melayu pada zaman dahulu sehinggalah sekarang.

Seseorang tukang rumah atau pemilik rumah perlu melakukan keputusan yang

bijak dalam meletakkan ukiran pada binaan mereka. Kajian oleh Zulkifli Hanafi (2000),

menunjukkan bahawa rata-rata hiasan pada bangunan tradisional Melayu tertumpu

kepada beberapa bahagian tertentu sahaja :

a) Papan layang (tebar layar)

b) Pembukaan (jerejak dan kerawang)

c) Bahagian paras lantai (papan cantik)

d) Dinding dalaman

e) Papan kepala cicak

f) Tumpu kasau (papan pator)

g) Papan meleh (pemeleh)

Univers

ity of

Mala

ya

Page 75: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

58

Pola hiasan biasa yang mempunyai motif tumbuhan dan geometri digunakan

dengan meluas sekali pada papan pator dan papan cantik, sebaliknya ukiran tebuk

berukir dalam bentuk 3 dimensi menjadi pilihan utama untuk menghiasi kerawang,

jerejak dan dinding.

Ukiran tebuk menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau kaligrafi biasanya

menjadi hiasan pada dinding, kerawang tingkap dan pintu sahaja. Ia sesuai untuk

menjaga kesucian dan martabatnya.

Ragam hias dan perlambangan ini adalah merupakan alat perhubungan yang

mampu untuk menyampaikan amanat kepada setiap bangsa yang merentasi masa serta

ruang lingkup kedaerahan dan kebudayaan yang berbeza. Mastor Surat (2013).

Kesinambungan ini berlaku dari zaman tradisi hinggalah selepas kemasukan Islam di

Tanah Melayu.

2.5 Pola-Pola Pada Ukiran Melayu

Penjelmaan sesuatu pola atau ragamhias dalam karya seni ukiran tidak dapat

dipisahkan kerana beberapa perkara seperti :

a) Pilihan motif

b) Teknik penyusunan

Kedua-dua perkara tersebut terikat pula kepada faktor-faktor lain yang bersangkutan

seperti adat resam dan kepercayaan, nilai dan norma hidup, keindahan, fungsi dan lain-

lain lagi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 76: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

59

Pola dan motif juga mempunyai hubungan yang begitu rapat. Motif dalam seni

ukiran bermaksud suatu perhiasan yang diukir dalam 2 atau 3 dimensi, kemudian ia

disusun, digubah untuk dijadikan pola atau corak tertentu.

Corak hias yang digunakan sering atau biasanya mengandungi nilai pemikiran

falsafah tertentu. Oleh itu dalam pemilihan sesuatu motif itu, para pengkarya bukan

sahaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengukir tetapi perlu memahami makna-

makna motif yang dipilih.

Dalam seni ukiran Melayu, terdapat pelbagai teknik bagaimana sesuatu ukiran

tersebut digubah. Ia bergantung kepada kebijaksanaan, daya kreativiti dan kemahiran

yang dimiliki oleh seseorang pengukir itu.

Terdapat 3 pola utama atau penting dalam seni ukiran Melayu:

Gambar 2.6 : Motif Bunga Matahari

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi

a. Pola Bujang

Pola ini juga dikenali sebagai pola putu. Motifnya bersifat bebas atau oleh berdiri

sendiri, tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Kebiasaannya pola bujang

Univers

ity of

Mala

ya

Page 77: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

60

mengambil unsur-unsur dari kuntum bunga, putik, buah, bulan, bintang, matahari dan

juga unsur-unsur makhluk hidup. Pemilihan bunga atau tumbuhan sering berlaku

berdasarkan hubungan rapat pengukir dengan alam sekeliling.

Tumbuh-tumbuhan itu dipilih berkemungkinan kerana mudah didapati di sekitar

kediaman pengukir atau tumbuh-tumbuhan tersebut mempunyai keistimewaan-

keistimewaan tertentu, misalnya diguna sebagai bahan untuk membuat ubat atau sebagai

bahan makanan untuk dibuat ulam. Contoh-contoh yang disukai adalah seperti tampuk

manggis, bunga cengkih, bunga lawang, teratai, matahari, melati dan sebagainya.

Unsur-unsur kosmos atau makhluk hidup pula yang sering dipilih adalah seperti bulan,

ayam, itik, badak dan lebah. Contoh motif yag terhasil adalah seperti ayan berlaga,

badak mudik dan lebah bergantung. (Abd.Halim Nasir, 1986)

a) Pola Pemidang

Gambar 2.7 : Motif Ayam Berlaga

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi.

Dikenali juga sebagai pola bingkai. Ia adalah sejenis ukiran yang menggunakan

unsur-unsur yang sederhana. Pergerakannya tidak banyak berbelit-belit dan melingkar.

Sesuatu yang penting pola ini dikenali juga dengan namanya kerana ukiran yang terhasil

itu dilingkungi oleh pemidang atau bingkai . Ukiran-ukiran seperti ini banyak ditemui di

Univers

ity of

Mala

ya

Page 78: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

61

Negeri Sembilan. Ia menggunakan motif seperti itik pulang petang, badak mudik dan

setampuk manggis.

Pola pemidang atau bingkai ini juga banyak ditemui pada perkakas rumah seperti

tepak sirih, dulang dan almari. Di bangunan-bangunan pula, terdapat pada bahagian

paha tangga, kekisi, bendul dan cucuran atap, contohya S pilin dan kuda laut.

(Abd.Halim Nasir, 1986)

b) Pola Lengkap

Gambar 2.8 : Motif Bunga Peria

Dikenali juga sebagai pola induk. Nama pola ini terhasil kerana menggabungkan

semua unsur dalam satu bentuk ukiran yang lengkap. Untuk pola ini sering

menggunakan motif tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya yang lembut dan mudah disusun.

(Abd.Halim Nasir, 1986)

Bentuk pola ini merangkumi seluruh pohon atau tumbuhan yang dipilih, bermula

dari akarnya dan terus ke batang, dahan, daun, bunga, putik dan sulurnya. Sistem

penyusunannya melingkar-lingkar, bersilat, bergulung-gulung dan berawan larat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 79: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

62

Penyusunannya terpulang kepada kreativiti pengukir. Antara motif yang terhasil adalah

seperti daun sireh, bunga raya, bunga matahari dan sebagainya.

2.6 Estetika Seni Ukiran Melayu

Menurut Shipley (1957), sebelum abad ke-18, istilah estetika ini adalah merujuk

kepada keindahan, beauty (Ingeris), beaute (Perancis). Ia berasal dari bahasa Latin,

yaitu bellus, yang juga diturunkan melalui bonus, bonum yang bererti sesuatu yang baik,

sifat yang baik, keutamaan dan kebajikan. Secara etimologinya menurut beliau, estetika

berasal dari bahasa Yunani, yaitu, aistheta yang juga diturunkan dari aisthe (hal-hal

yang dapat ditanggapi oleh indra). Dalam pengertian yang lebih luas bererti kepekaan

untuk menangapi sesuatu objek.

Seni estetika Melayu dilihat daripada keindahan yang dipaparkan, penonjolan

motif dan penyusunannya sebagai pola dan corak tertentu. Penggunaan motif yang

berasaskan tumbuh-tumbuhan merupakan yang paling popular terutamanya sebagai

pulangan terhadap alam sekitar sehingga kelihatan harmoni dan mempunyai kesatuan

sifat, rupa dan bentuk.

Othman Yatim dan Mohd Nazzri Ahmad (2013) merumuskan, dari aspek

keindahan, seni ukir Melayu boleh diukir melalui sifat ukiran itu sendiri antaranya :

a) Dari satu punca – kelihatan tumbuh dan keluar secara perlahan.

b) Hujung menunduk – tidak menegak atau melentik jauh ke luar ruang.

c) Keseimbangan – antara rupa dan ruang, antara ruang kiri dan kanan dan antara

ruang atas atau bawah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 80: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

63

d) Kesederhanaan – tiada unsur rupa berlebihan dan terkawal sifatnya.

e) Pergerakan sosial – gerak kusut dan berbalas lentiknya.

2.7 Nilai Keindahan Dalam Seni Ukiran Melayu

Herbert Read dalam bukunya ‘The Meaning of Art’ (1968), mendefinisikan seni

sebagai usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk yang melahirkan rasa kesenangan hati.

Oleh itu, dalam menilai sesuatu bentuk seni akan wujud dalam diri individu itu perasaan

suka, senang atau sebaliknya.

Sidi Gazalba dalam bukunya ‘Pandangan Islam Tentang Kesenian’ menyatakan

bahawa teori-teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah sejak dulu lagi

dapat dibahagikan kepada teori-teori lama yang bersifat metafizikal dan teori moden

yang bersifat psikologikal.

Seterusnya Sidi Galzaba menyatakan bahawa sebagai objek penilaian, keindahan

itu bersifat ideal, bukan fakta. Sesuatu karya atau barangan (seni ukir) yang dikatakan

‘indah’ atau ‘cantik’, keindahannya itu tidak terletak pada karya atau bahan itu sendiri

tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh manusia ketika meneliti karya tersebut.

Sifat keindahan yang lahir dapat menimbulkan rasa kesenangan atau kepuasan tertentu

dalam diri kita yang disebut ‘estetika’.

Plato, Platinus dan Hegel berpegang kepada teori-teori metafizikal tentang

keindahan. Bagi mereka, keindahan itu dapat disamakan dengan kebenaran, kebaikan

dan sempurna. Dari segi psikologi, keindahan itu dapat dilihat sebagai sesuatu yang

Univers

ity of

Mala

ya

Page 81: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

64

sesuai kepada pancaindera dan deria rasa. Dikatakan bahawa akal bukan sahaja

memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu) tetapi juga indera rasa.

Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah suatu yang

digalakkan.Sebagaimana yang tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud :

“ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka pada keindahan”.

Berdasarkan puisi di bawah penyesuaian motif dengan nilai masyarakat dapat dilihat

dan di dalam puisi ini terkandung falsafah ukiran Melayu ;

“hidup bermula dari yang satu

Melingkar berkeluk penuh imbangan

Berakhir juga pada yang satu

Hujung tubuh tidak bercabang”

“tumbuh berpunca

Punca penuh rahsia

Tajam tidak menunjah lawan

Lilit tidak memaut kawan.”

Nakula (1985)

Berdasarkan puisi di atas ia menggambarkan bahawa, setiap motif yang

dihasilkan adalah bersifat sederhana dan ketaatan pada yang Esa turut dinyatakan.

Manakala melalui rangkap kedua menggambarkan tentang hubungan baik sesama

manusia. Oleh kerana itu, dilihat bahawa motif mempunyai perkaitan dengan nilai

sosial Melayu.

Selain itu penghasilan ukiran yang sederhana sifatnya sangat sesuai dengan

ajaran Islam. Melaluinya ia menggambarkan keseimbangan hidup di dunia dan akhirat

Univers

ity of

Mala

ya

Page 82: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

65

sabagaimana yang dikehendaki. Masyarakat Melayu memperkukuhkannya lagi

berdasarkan puisi yang berbunyi;

Tindih menindih tidak menghalang

Dahan melentur tidak patah

Batang bersilang tidak melintang

Hujung daun tidak menunjah

Ranting tumbuh tidak mendadak

Lingkar melingkar penuh mesra

Daun-daun berlipat lunak

Akhir sulur penuh rahsia...

Siti Zainon Ismail

Penghasilan ukiran Melayu juga menekankan kepada aspek kesesuaian corak

dan motif dengan bentuk. Ini termasuklah keseimbangan dengan bentuknya iaitu pada

bahagian bumbung, badan rumah dan tiang. Sebagai contohnya motif matahari

menempati bahagian tebar layar kerana bentuk tersebut adalah yang paling sesuai

kerana ia boleh dibuat menegak dan mengiring dengan bertemu di puncak sesuai dengan

tempatnya . Selain itu motif tersebut adalah simbol perlambangan kepada rezeki.

Manakala motif-motif seperti unduk-unduk (kuda) laut dan badak mudik pula

sesuai diletakkan di bahagian tepi jerejak sifatnya yang sesuai menjadi bingkai

manakala motif-motif flora seperti bunga cengkih, tampuk manggis dan bunga bintang

sesuai diletakkan pada dinding rumah kerana sifatnya yang merangkaikan motif

sehingga memenuhkan keseluruhan dinding tersebut. Motif tersebut berbeza saiz

mengikut kesesuaian atau keluasan ruang yang perlu diisi. Untuk hiasan yang cantik,

motif yang lebih kecil atau halus akan diletakkan pada ruang-ruang yang terhad atau

kecil.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 83: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

66

Ukiran Melayu turut menekankan kepada kesesuaian warna dengan warna

motifnya. Dalam masyarakat Melayu, lambang warna terdapat dalam kepercayaan dan

status sosial mereka. Oleh itu dalam pemilihan warna selain dari aspek kecantikan ia

perlu melihat dari aspek sosialnya. Bagi melahirkan ukiran yang menarik pewarnaan

motif asli kayu menjadi pilihan kerana kesan visual yang menarik. Walau

bagaimanapun, terdapat ukiran yang berwarna kuning dan hijau tetapi ia agak kurang

digunakan.

2.8 Etika Seni Ukir Melayu

Menurut Othman Yatim dan Mohd Nazzri Ahmad (2013), berdasarkan sifat estetika

seni ukir Melayu dapatlah dirumuskan beberapa manifestasi sifat Melayu khasnya dan

budayanya secara umum. Antara nilai yang dapat dilihat ialah :

a) Nilai Kepercayaan

Seni ukir Melayu secara tidak langsung memperlihatkan nilai kepercayaannya, iaitu

alam semesta keseluruhannya berpunca dari Tuhan Yang Satu dan diciptakan oleh

Tuhan dengan kawalan kuasaNya (dari satu punca).

b) Nilai Sosial

Pergaulan antara manusia tidak terbatas kepada Tuhan tetapi juga sesama manusia.

Kehidupan manusia Melayu yang ditonjolkan dalam seni ukir jelas memperlihatkan

beberapa sifat seperti tidak menyombong dan tidak meninggi diri. Ini dapat dilihat

daripada lentikan sebelah hujung ukiran yang selalunya menunduk sifatnya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 84: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

67

c) Aspek Kesederhanaan

Meliputi dalam segala hal di dunia yang bersifat sederhana, ia tergambar melalui

pemilihan motif yang tidak berlebihan dan keseimbangan yang terhasil di antara ruang.

d) Sifat Kelembutan dan Kesantunan

Dapat dilihat melalui pergerakan visual atau bentuk ukiran tersebut. Pergerakan ukiran

secara visualnya digerakan secara semulajadi dan tidak dipaksa.

e) Sifat Suka Membalas Budi

Dapat dilihat melalui arah punca, walau ke mana ia bergerak ia akan kembali ke tempat

asalnya.

2.9 Rumusan.

Secara rumusannya, di sini dapat kita memaparkan secara jelas kebijaksanaan

orang-orang Melayu. Pekara paling asas dapat membuktikan dan menjelaskan bahawa

orang Melayu itu ‘berakal’ atau mempunyai commonsense. Disebabkan itulah apabila

kita mengkaji seni ukiran Melayu ini, kita akan melihat bahawa penghasilan sesuatu

karya ukiran itu bukan sekadar berfungsi tetapi juga ‘berisi’ atau mempunyai makna.

Hasil kerja ukiran yang digabungkan dengan keseluruhan pemikiran dalam reka

bentuk bangunan Melayu tradisional ini telah berperanan sebagai hiasan dan

perlambangan kepada bangunan tersebut. Untuk senibina Melayu tradisional, hasil kerja

ukiran kayu bukan sahaja dilihat sebagai suatu pencapaian dalam hasil kerja hiasan,

tetapi harus dilihat sebagai ungkapan kerjasama antara pengukir, tukang bangunan dan

pembekal bahan kepada kerja-kerja ukiran kayu tersebut. Tanpa kerjasama di antara

Univers

ity of

Mala

ya

Page 85: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

68

mereka tidak ada penyatuan dan penyelarasan antara pengetahuan seni kerajinan tangan

dan pengetahuan saintifik kerja-kerja pembinaan. Hiasan yang dibentuk melalui ukiran

kayu dalam pembinaan merupakan sesuatu usaha tentang mencantikkan unsur bangunan

seperti tiang, dinding, bumbung, tangga dan sebagainya. Usaha ini telah memberikan

nilai tambah kepada rupa sesebuah bangunan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 86: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

69

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Sebagai pengkaji yang melakukan kajian di dalam bidang kesenian dan

kebudayaan Melayu, pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian

lapangan dan kepustakaan yang dirasakan sesuai dengan matlamat kajian. Kesemua

kaedah ini bertujuan mengumpulkan data dan membantu pengkaji dari aspek pengisian

kajian.

Pada peringkat awal, pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk penyelidikan

kepustakaan. Ia bertujuan untuk melihat dan mengumpulkan kajian-kajian lepas yang

telah diterbitkan sama ada di dalam bentuk artikel, laporan, majalah, laman Wab rasmi,

tesis sarjana atau buku-buku akademik. Kajian kepustakaan ini juga dilakukan bagi

mengenal pasti pemasalahan kajian dan pendekatan yang relevan berkaitan bidang yang

dikaji. Penyelidikan kepustakaan. ini juga sangat perlu di peringkat awal sebagai

persiapan pengkaji menyediakan soalan-soalan yang relevan dengan kajian yang dibuat.

Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian dan

pendokumentasian. Pengkaji telah melihat dan menjalankan kajian terhadap koleksi

ukiran yang terdapat di beberapa buah muzium dan galeri seperti Muzium Negara,

Muzim Terengganu, Muzium Kelantan, Muzium Seni Asia, Muzium Etnografi Melayu

dan Galeri Shah Alam. Sewaktu mengikuti kursus Permuziuman anjuran Muzium

Negara pengkaji juga turut berpeluang melihat bagaimana kerja-kerja pemuliharaan ini

dilaksanakan. Walaupun kerja-kerja yang bersifat teknikal tidak dibincangkan secara

terperinici di dalam kajian ini, ia sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada

pengkaji tentang cabaran kerja-kerja pemuliharaan ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 87: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

70

Kaedah pemerhatian ini tidak akan lengkap jika tidak dibantu dengan beberapa

siri wawancara. Melalui kaedah ini, pengkaji telah mewawancara panel atau responden

yang terlibat di dalam kerja-kerja mengukir, dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja

pemuliharaan dan pemeliharaan ini. Ia sama ada kakitangan kerajaan, swasta dan

individu. Temubual adalah kaedah yang paling sesuai dan berkesan bagi membolehkan

penyelidik mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, pengalaman

dan pemikiran responden yang ditemui. Tetapi kaeadah ini memerlukan peruntukan

masa yang panjang untuk menyesuaikan dengan jadual mereka yang diwawancara.

Apa yang perlu dilakukan oleh pengkaji terlebih dahulu adalah mengadakan

temujanji. Ini adalah untuk kebaikan agar tidak membuang masa dan memudahkan

mereka menyediakan maklumat apabila diminta. Ternyata sasaran responden seperti

pentadbir, kurator, pengukir, pelajar dan perseorangan yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung di dalam kerja-kerja pemuliharaan dan pengekalan warisan ini banyak

membantu pengkaji. Hasilan atau dapatan yang terdapat pada penyelidikan ini adalah

gabungan dari menggunakan kaedah-kaedah ini.

Dalam kajian ini, pengkaji cuba melihat dan memahami makna-makna di

sebalik pemikiran yang diterjemahkan dalam seni ukiran yang dibuat terutama dalam

ukiran kayu. Pemaknaan dalam ukiran Melayu ini boleh dibahagikan kepada dua

kumpulan yang utama, pertama pemikiran berdasarkan rupa bentuk sesuatu motif itu

dan yang kedua adalah berdasarkan nama motif tersebut. Ini adalah antara rahsia yang

perlu dibongkar untuk kita bukan sekadar melihat pemikiran pengukir tetapi masyarakat

Melayu tradisi secara keseluruhannya. Tumpuan perbincangan adalah kepada seni

ukiran kayu yang dibuatnya pada masa dahulu dan juga yang dihasilkan kebelakangan

ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 88: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

71

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih empat orang tokoh pengukir sebagai

responden utama. Responden yang dipilih ini adalah berdasarkan ketokohan dan latar

belakang masa atau zaman yang berbeza. Ini perlu dilakukan kerana pengkaji ingin

melihat sejauh mana mereka mendukung falsafah dan pemikiran dalam ukiran mereka.

Empat orang tokoh pengukir yang dimaksudkan itu ialah Wan Su bin Wan Othman

(Allahyarham), Abdul Latif Long, Wan Mustapha Wan Su dan Norhaiza Noordin.

Selain dari tokoh ini pengkaji turut menemuramah beberapa pengiat seni ukiran

seperti Che Mud Che Awang, Muhaimin Hasbollah dan Saudari Rokiah Abdul Samat

Penolong Pengarah, Bahagian Pendaftaran dan Penguatkuasaan Jabatan Warisan

Negara. Penyelidikan dan temubual dijalankan di bengkel mereka pada 12-15 Oktober

2009 dan pada 3-9 Januari 2013. Penyelidikan juga dijalankan pada bulan September

hingga Oktober 2013 iaitu sewaktu Pameran Nuansa Ukiran kayu Melayu berlangsung

di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pengkaji telah menjalankan

penyelidikan dan menemuramah kesemua tokoh ini dalam mendapatkan maklumat

berkaitan asal-usul dan falsafah ukiran Melayu ini.

Adalah sesuatu yang agak sukar bagi melihat perkembangan sebenar dalam seni

ukiran kayu ini. Ia disebabkan ukiran kayu yang terhasil diperingkat awal amat sukar

ditemui kerana musnah dimakan waktu dan bagi pengkaryanya pula kebanyakan

telahpun meninggal dunia. Dengan terhasilnya tesis dari kerjasama para pengukir

diharapkan ia dapat membantu kita dalam menyingkap dan mengenali rahsia ukiran ini

dari semasa ke semasa. Dengan menerumah tokoh-tokoh ini banyak maklumat yang

dapat dikongsikan bersama. Bab ini ditulis berdasarkan kepada kajian dan temuramah

yang dilakukan oleh pengkaji kepada tokok-tokoh tersebut.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 89: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

72

3.1 Tokoh Pengukir

3.1.1 Wan Su Bin Wan Othman (Allahyarham).

Allahyarham Wan Su bin Wan Othman atau lebih dikenali dengan panggilan

Tok Ayah adalah seorang anak seni yang telah dilahirkan pada tahun 1899 di Pengkalan

Kubur,Tumpat, Kelantan. Pada tahun 1947 yakni selepas dari pendudukan Jepun, Wan

Su telah berpindah ke Batu 4, Alor Lintang, Besut, Terengganu iaitu tempat kelahiran

isterinya. Pada mulanya beliau berkerja sebagai tukang gunting rambut, manakala kerja-

kerja mengukir wayang kulit pada masa itu dilakukannya secara sambilan.

Semenjak belasan tahun beliau tidak mensia-siakan bakat yang dianugerahkan

Tuhan kepadanya. Ayah beliau tidak pandai mengukir tetapi bakat seni itu telah

diwarisi dari datuk saudaranya Nik Wan Ali yang telah meninggal dunia sebelum Wan

Su dilahirkan lagi. Beliau mula mempelajari ukiran dengan membuat layang-layang di

zaman kanak-kanak dan kerana minatnya yang menebal dalam bidang seni ini beliau

mula belajar melukis dan mengukir patung wayang kulit.

Bakat yang ada ini telah dijadikannya sebagai satu pencarian rezeki bagi beliau

dalam menyara keluarganya. Menurut beliau, kegiatan seni ukir ini telah diharunginya

tanpa sedikitpun rasa penyesalan dan jemu. Beliau berpesan kepada semua pengukir

muda dalam menghasilkan sebuah ukiran yang baik bermula dari hati dan apa yang

penting adalah ketenangan dan minat yang mendalam terhadapnya.

Mempunyai unsur tradisi dan ukiran yang halus adalah kekuatan ukiran beliau.

Oleh itu, tidak hairanlah beliau pernah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia

Univers

ity of

Mala

ya

Page 90: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

73

sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah di peringkat tertinggi oleh

Lembaga Kraftangan Malaysia. Beliau juga telah menerima pengiktirafan tertinggi

negara iaitu sebagai ‘Tokoh Seni Negara’ yang pertama. Wan Su telah meninggal

dunia (15 september 2011). Semoga sumbangan dan jasanya tidak akan dilupakan. Kini

anaknya Wan Mustapha Wan Su meneruskan legasi dan perjuangannya itu.

3.1.2 Abdul Latif Long

Cik Latif atau nama sebenarnya Abdul Latif Long telah dilahirkan pada 1946 di

sebuah daerah pendalaman di Kuala Besut Terengganu. Beliau merupakan salah

seorang tokoh pengukir yang amat disegani di Malaysia. Ayahnya Che Long bin Che

Jusoh adalah seorang pengukir dan tukang kayu yang terkenal di Besut.

Minatnya bermula semenjak zaman kanak-kanak. Pada waktu itu beliau sering

melihat ayahnya mengukir, dan sewaktu ayahnya tiada di rumah, beliau akan mencuri

masuk ke bengkel dan meniru seperti apa yang dilakukan oleh ayahnya. Beliau pernah

dihukum oleh ayahnya kerana sering sahaja merosakkan barangan ukiran yang terdapat

di bengkel tersebut.

Menurut beliau, walaupun dalam keadaan begitu pada usianya 8 tahun, beliau

sempat juga menghasilkan beberapa bilah pisau dan menjualnya dengan harga 50 sen

sebilah pada waktu itu kepada rakan-rakannya. Tambah beliau lagi, beliau turut

menerima tempahan daripada guru-gurunya, malahan beliau pernah diminta untuk

menghias bilik guru dengan ukiran atau lukisan tertentu terutamanya yang bermotifkan

awan larat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 91: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

74

Ketika berusia 10 tahun beliau mula meminati untuk mengukir hulu keris

terutama keris pekaka, dan minatnya juga berkembang kepada pembuatan perahu.

Setiap hari apabila pulang dari sekolah beliau dengan sendirinya akan mempelajari

teknik-teknik membuat hulu keris. Oleh kerana minatnya yang memang mendalam

terhadap seni ukiran ini mudah baginya mempelajari sesuatu teknik dan ukiran baru

kerana sering melihat ayahnya yang membuat kerja-kerja di bengkel.

Menurut dari penceritaan beliau, pada waktu beliau masih kecil yakni sebelum

ayahnya Che Long meninggal dunia, Che Long pernah memegang kepala Cik Latif dan

menyatakan kepada ketua kampung pada masa itu bahawa suatu hari nanti anaknya Cik

Latif akan mewarisi bakat seni keturunannya. Beliau mengucap syukur kerana kini

ternyata kata-kata aruah ayahnya itu menjadi kenyataan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, pada tahun 1962 Cik

Latif telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kota Bahru, Kelantan. Keputusan

yang perlu diambil oleh beliau pada masa itu dirasakannya amat berat. Keputusan ini

diambil memandangkan pada masa itu pemintaan terhadap ukiran di Besut amat terhad.

Tetapi kerana minat, beliau mengambil tekad bagi meneruskan niatnya

memperkembangkan seni ukiran Melayu.

Di Kuala Terengganu selain dari ayahnya sendiri, beliau berguru dengan

beberapa orang pengukir seperti Haji Wan Enduk, Mat Saman dan Cik Ismail,

kemudian setibanya di Kota Bahru Cik Latif turut mendapatkan ilmu dari beberapa

orang tokoh pengukir lagi antaranya Tengku Mulia Raja, Pak Yee dan Pak Ibrahim.

Hasil didikan dari ramai guru-guru, beliau telah dapat memperkayakan lagi kemahiran

dan ilmu ukirannya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 92: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

75

Menurut beliau lagi, beliau bolehlah berasa bangga dan lega kerana hasil

perkongsian hidup dengan isteri yang dinikahinya pada 3 Mac 1969 beliau bukan sahaja

dianugerahkan dengan dua anak lelaki dan empat anak perempuan, tetapi yang lebih

penting kedua-dua anak lelakinya mengikut jejak langkah beliau bagi meneruskan

usahanya. Mohd Lazim yakni anak sulung lelaki telah menampakkan bakatnya

manakala anak lelaki bongsunya Che Long Aman juga menunjukkan minat dalam

bidang ini. Abdul Latif Long kini merupakan salah seorang Penasihat bagi Persatuan

Pengukir Malaysia (PENGUKIR) yang ditubuhkan pada 9 Jun 2011.

3.1.3 Wan Mustapha Wan Su

Encik Wan Mustapha Wan Su atau lebih dikenali sebagai Wan Po iaitu salah

seorang pengukir di Kampung Alor Lintang, Besut, Terengganu. Beliau mempunyai

bengkel yang diwarisi daripada ayah beliau dan kini ia diuruskan oleh beliau dan

rakan-rakan sejak 30 tahun yang lalu dan kini mempunyai beberapa orang pekerja yang

dibayar gaji mengikut mingguan. Wan Mustapha banyak menerima tempahan daripada

orang ramai dan badan-badan tertentu sama ada dalam negeri mahupun luar negeri

Terengganu seperti Istana Selangor, Masjid UIAM, Putrajaya, Universiti Tun Hussein

Onn dan sebagainya.

Wan Mustapha bin Wan Su dilahirkan pada 5 Mei 1939 di Pengkalan Kubur

Tumpat Kelantan. Wan Po telah menerima pendidikan awal di Sekolah Kampung Raja,

Besut Terengganu. Beliau juga pernah menerima pendidikan formal di Sekolah

Teknikal Perak pada tahun 1969 dalam bidang ukiran. Selain itu beliau juga pernah

Univers

ity of

Mala

ya

Page 93: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

76

mempelajari teknik ukiran terutama ukiran patung di DUTA MARA, Terengganu

selama 2 tahun.

Dilahirkan sebagai anak sulong dari sebelah ibu dan anak ketiga dari sebelah

ayah, Wan Po sebenarnya telah dilahirkan sebagai seniman, beliau menerima ilmu

ukiran ini dari warisan ayahnya sendiri iaitu Wan Su Wan Osman. Wan Po mempunyai

14 orang adik beradik tetapi beliau merupakan anak tunggal yang mewarisi bakat

mengukir ayahnya itu.

Semenjak umurnya 7 tahun beliau telah meminati seni, di zaman kanak-

kanaknya beliau sangat suka mendengar lagu-lagu dari piring hitam yang dimainkan

oleh jirannya, dan di zaman persekolahan beliau sering memenangi pertandingan

melukis diperingkat sekolah.

Kerana minatnya yang mendalam dalam memperjuangkan seni ukiran

tradisional beliau telah meneruskan apa yang telah dimulakan oleh ayahnya semenjak

1960-an lagi. Ayah belaiu telah menubuhkan Balai Seni Ukir Wan Su dan kemudiannya

pada tahun 1976 ayah beliau telah memberikan kepercayaan untuk beliau lalu

menyerahkan bengkel tersebut kepada Wan Po, dan untuk memudah urusan pinjaman

bagi mengembangkan bengkel tesebut beliau telah menukar nama bengkel tersebut

kepada Balai Seni Mustapha Wan Su. Sekali lagi pada tahun 2000 bengkel ini

ditukarkan nama dikenali dengan nama baru iaitu Balai Seni Wan Po.

Di bengkel ini Wan po mempunyai 30 orang pekerja tetap, 12 orang daripadanya

adalah pengukir manakala yang selebihnya adalah pembuat perabut. Melalui bengkel

ini beliau telah menerima banyak tempahan daripada pelbagai pihak, antara projek

Univers

ity of

Mala

ya

Page 94: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

77

terbesar beliau adalah menyiapkan ukiran di Istana Melawati Putra Jaya, Bank Negara,

Hotel Tun Daim Zainuddin dan Istana Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan di Kuala

Lumpur.

Selain itu Balai Seni Wan po juga telah diletakkan di bawah jagaan Yayasan

DiRaja Sultan Mizan dan melalui yayasan ini beliau sedang mengajar 10 orang belia

dalam bidang ukiran. Menurut Wan Po semenjak dahulu hingga kini beliau telah

mengajar lebih dari 400 orang pelajar dari seluruh negara. Di atas usahanya itu beliau

pernah dianugerahkan Tokoh Seni Negeri Terengganu pada 2002 dan pada 2007 Tokoh

Karyawan Kraf Kebangsaan dan seterusnya melayakkan beliau dilantik sebagai Adi

Guru Kraf.

Perkongsian hidup beliau dengan Yg Noriah bt Osman telah dikurniakan lima

orang anak iaitu empat lelaki dan satu perempuan. Menurut Wan Po, yang kini

merupakan seorang Penasihat Persatuan Pengukir Malaysia ( PENGUKIR), beliau

sangat gembira kerana dua orang anaknya kini mewarisi usahanya selama ini. Seorang

anaknya menuntut di Universiti Teknologi Mara Skudai membuat kajian PhD dalam

bidang ukiran kini sedang bekerja dengan beliau dan anak bongsunya adalah pemegang

diploma dalam bidang Hiasan Dalaman. Wan Po sangat berharap anak-anaknya dapat

meneruskan perjuangan dan memberikan nafas baru kepada ukiran tradisional Melayu

agar dapat diterima masyarakat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 95: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

78

3.1.4 Norhaiza Bin Noordin

Dilahirkan pada 1969 dan merupakan anak sulong, Norhaiza Noordin adalah

seorang pengukir muda yang berasal dari Kampung Raja, Besut, Terengganu. Beliau

mula menceburi bidang ukiran ini ketika masih berusia 12 tahun lagi. Sebuah bingkai

gambar merupakan ukiran pertama yang berjaya dihasilkannya. Menurut Norhaiza,

pada usianya 22 tahun beliau mula menceburi bidang ini secara serius dan antara guru

yang pernah mengajar beliau ialah Wan Su Othman dan Wan Mustappha selama lebih

kurang empat bulan berkenaan asas ukiran kayu. Pembelajarannya tidak berhenti setakat

itu, beliau kemudiannya telah belajar dengan Tengku Ibrahim Tengku Wok dari Jerteh

berkenaan ukiran seni halus pada ulu keris. Kemudiannya belaiu belajar dengan Abdul

Latif Long berkaitan teknik ukiran.

Walaupun darah seni dari keturunannya tidak ada tetapi kerana minat yang

mendalam beliau belajar dan menimba kemahiran itu atas daya usahanya sendiri tetapi

berasas dan dipimpin oleh beberapa tokoh pengukir yang terkenal. Beliau pernah

menerima tunjuk ajar dari seorang tokoh iaitu Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussein.

Beliau banyak mendalami ilmu falsafah daripada Nik Rashidin. Bersama dengan

Allahyarham beliau bukan sahaja berguru tetapi turut berkerjasama dalam mencari

maklumat dan berkongsi idea bagi memperkembangkan seni ukiran kayu ini. Mereka

banyak merancang program dan seminar berkenaan ukiran kayu dan sering juga

bersama dalam membuat pameran dan antara pameran yang paling berjaya adalah

Pameran Kayu Dan Semangat pada 18 Ogos hingga 16 September 2000 bertempat di

Badan Warisan Malaysia.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 96: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

79

Kerana minatnya untuk terus memperjuangkan seni ukir ini beliau tidak pernah

mengeluh tentang perbelanjaan yang terpaksa ditanggungnya, menurut beliau, apa yang

penting selagi beliau mampu beliau akan terus memperjuangkan ‘hayat’ seni ukiran ini.

Menurut Norhaiza lagi, kebanyakan dari usaha beliau terutamanya diperingkat awal

penglibatannya adalah dilakukan atas perbelanjaan sendiri. Salah satu yang dapat

pengkaji buktikan di dalam usahanya memelihara warisan seni ini, beliau sanggup

menghabiskan wangnya untuk membeli dua buah rumah lama dan kemudiannya

dipindahkan di perkarangan rumah beliau. Rumah tersebut kini dijadikan galeri hasilan

ukirannya.

Menurut Norhaiza, beliau menjadikan rumah itu sebagai ruang pameran hasil

seninya terutamanya tempat menyimpan senjata iaitu keris di samping merupakan salah

satu usaha beliau dalam mengembalikan kegemilangan seni bina rumah dan ukiran

tradisi. Menurut Norhaiza lagi, setahun selepas berjaya mendapatkan rumah tersebut

barulah beliau mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujangnya. Pengorbanan

yang beliau lakukan itu bolehlah dianggap sebagai bukti betapa seni tradisi itu begitu

rapat dengan dirinya.

Bengkel beliau yang dikenali dengan nama Bakawali kini mempunyai tujuh

orang pekerja yang juga merupakan bekas pelajar-pelajarnya. Menurut Norhaiza gaji

yang diberikan kepada mereka dikelaskan kepada dua bahagian iaitu yang bergaji tetap

dan tidak tetap (bukan gaji bulanan). Pendapat ini dibayar berdasarkan skil yang

dimiliki oleh seseorang pekerjanya. Bagi yang tidak bergaji tetap, pendapatan yang

diperolehi bergantung kepada permintaan ukiran para pelanggannya. Jika berjaya

menyiapkan banyak permintaan pelangannya, maka banyak pendapatan yang akan

diperolehi oleh para pekerjanya. Oleh kerana ketokohan dan kesungguhanya, beliau

Univers

ity of

Mala

ya

Page 97: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

80

telah dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Pengukir Malaysia (PENGUKIR) selain

dari menjadi Pengarah KANDIS Recource Centre.

3.2 Falsafah Ukiran Melayu

Dalam perbincangan ini, pengkaji cuba melihat dan memahami makna-makna di sebalik

pemikiran yang diterjemahkan dalam seni ukiran yang dibuat terutama dalam ukiran

kayu dan peletakkan ukiran dalam seni bina Melayu. Pemaknaan dalam ukiran Melayu

ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama, pertama pemikiran

berdasarkan rupa bentuk sesuatu motif itu dan yang kedua adalah berdasarkan nama

motif tersebut.

“Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak

yang bermula dari sifat gerak yang bermula dari satu punca

dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku. Biasanya

ukiran itu mempunyai imbangan semukur di antara bahagian

yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motif yang

terkawal dalam keadaan sederhana serta tiada unsur yang

berlebihan. Bahagian hujung sesuatu ukiran jarang sekali

berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih

menyarankan sifat merendah diri. Ukiran itu tersusun dalam

suatu ruang besar seperti mumbung di atas pintu yang tidak

ketara bahagian hujungnya.” (Syed Ahmad Jamal, 1992)

Seperti yang diperkatakan oleh Syed Ahmad Jamal (1992), ini adalah antara rahsia

yang perlu dibongkar untuk kita bukan sekadar melihat pemikiran pengukir tetapi

masyarakat Melayu tradisi secara keseluruhannya. Tumpuan perbincangan adalah

Univers

ity of

Mala

ya

Page 98: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

81

kepada seni ukiran kayu yang dibuat oleh tokoh yang dikaji pada masa dahulu dan juga

yang dihasilkan kebelakangan ini

Kebanyakan masyarakat Melayu sebelum ini tidak menggunakan bahan bertulis

untuk perbualan dan perhubungan harian. Mereka tidak buta huruf tetapi kebanyakan

mereka adalah orang-orang yang tidak menggunakan tulisan tangan (script) yang ditulis

pada bangunan. Walau bagaimanapun, mereka menggunakan ukiran sama ada pada

dinding kayu atau batu dan unsur bangunan lain dalam bentuk perumpamaan untuk

menyampaikan amanat atau penafsiran kepada amalan kehidupan masyarakatnya,

persejarahan serta iklim dan alam sekitar di kawasan serta kejiran mereka. Penjelasan

berikut adalah antara contoh pelbagai amanat yang telah dihasilkan oleh Orang Melayu

terdahulu melalui pendekatan kiasan bagi menyatakan identiti Orang Melayu,

persejarahan bangunan, wasiat pemilikan rumah, kerjaya pemilik rumah, talaan rumah,

tiang seri dan kiasan bentuk manusia. Mastor Surat (2013)

Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan seni ukiran kayu yang

dihasilkannya sangat berkait rapat dengan alam semulajadi dan persekitaran, tetapi

harus diingat bahawa faktor-faktor lain seperti kepercayaan, agama, iklim dan pengaruh

luar turut mencorakkan sesebuah seni ukiran ini. Selain dari pemilihan corak atau motif

pada ukiran, reka bentuk sesuatu hasil itu juga dibuat berdasarkan faktor-faktor tersebut.

Menurut Wan Mustapha, kebanyakan pengukir Melayu di Malaysia amat

memegang kuat pada falsafah Islam. Walaupun sebelum ini, terhasilnya banyak ukiran

yang bersifat figuratif atau makhluk bernyawa terutamanya pada ukiran wayang kulit

dan keris-keris Melayu tetapi rata-ratanya ia adalah hasil yang dibuat pada awal

penglibatan seseorang pengukir. Apabila pengaruh Islam bertapak kuat dan inginkan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 99: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

82

usaha yang dilakukan mendapat keredaan Allah, para pengukir mula meninggalkan

ukiran-ukiran yang dilarang itu dan menggantikannya dengan motif-motif baru.

Hiasan Awan Larat adalah merupakan hiasan utama dalam ukiran banyak

pengukir. Awan Larat ialah imej awan berarak yang bergumpal dan terapung ditiup

angin. Menurut kebanyakan pengukir awan berarak ini amatlah penting dalam

kehidupan manusia, ini kerana awan itu dikatakan akan menurunkan hujan dan

seterusnya memberikan manfaat kepada umat manusia.

Ranting tumbuh tidak mendadak,

Lingkar melingkar penuh mesra

Daun-daun berlipat lunak

Akhir sulur penuh rahsia.

Nakula (1985)

Menurut Wan Mustapha lagi, seperti pantun ukiran di atas, ukiran Awan Larat

adalah satu ukiran yang mengandungi banyak rahsia, misalnya Awan Larat bersifat

sorok punca, iaitu menyorokan kepala kala. Digambarkan bahawa ukiran jenis ini tidak

diketahui di mana pemilihan punca utama sesuatu ukiran itu dimulakan. Contohnya

seperti kita melihat angka ‘0’ dan ‘8’, dalam perkara seperti ini kita sudah tentu tidak

dapat mengesan di mana mula penulisan kepada angka-angka ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 100: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

83

Gambar 3.1 : Ukiran Sorok Punca.

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi.

Di sinilah sebenarnya tersembunyi satu falsafah masyarakat Melayu. Tambah

beliau lagi, ukiran Awan Larat seperti ini menggambarkan bahawa di alam kejadian

Tuhan ini ada perkara-perkara yang tidak dapat kita kenal pastikan permulaannya tetapi

sebenarnya permulaan itu wujud, tetapi akal kita tidak mampu untuk mendapatkan

jawapan kepada persoalan itu.

Wan Mustapha berpendapat bahawa hiasan Awan Larat ini sebenarnya

mempunyai banyak jenis dan corak pola. Di antaranya, ialah Kepala Kala, ia adalah

simbol permulaan sesuatu kejadian alam. Kejadian di dunia ini kebiasaannya dimulai

dengan tarikh misalnya tarikh kelahiran, kematian dan perkahwinan. Ini berbeza

dengan sifat Allah S.W.T yang tidak ada permulaannya iaitu bersifat Kidam (sedia ada).

Hasil dari kajian ini, pengkaji mendapati bahawa ukiran yang kita boleh lihat

kepala kalanya adalah merujuk kepada kehidupan kita manusia dan alam ini yang ada

permulaan dan akhirnya, manakala bagi ukiran yang tidak dapat dikesan kepala

kalanya adalah menggambarkan Keesaan Allah S.W.T.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 101: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

84

Selain ukiran Awan Larat Kepala Kala, terdapat ukiran yang boleh mengisi

dalam keseluruhan ruang yang hendak diukir. Ukiran hiasan Awan Larat ini dikenali

dengan ukiran Awan Larat Beribu. Kebiasaannya Awan Larat Beribu ini diukir di

tengah ruang yang masih kosong. Di sini sudah terdapat falsafahnya iaitu sesuai

dengan taraf seorang ibu iaitu sebagai seorang yang mengawal segala ruang yang ada

dalam sesebuah rumahtangga.

Menurut keterangan Wan Mustapha lagi, di belakangnya itu akan dikeluarkan

batang yang menjalar ke seluruh ruang. Permulaan yang mesti dimulakan dengan

kepala kala itu sudahpun dilindungi oleh Ibu tersebut. Unsur yang digunakan adalah

daripada tumbuh-tumbuhan yang saiznya lebih besar daripada unsur lain. Contohnya

bunga, ukiran bunga tersebut mestilah lebih besar daripada bahagian lain.

Seperti juga penjelasan oleh Wan Su, Wan Mustapha menjelaskan bahawa

falsafah yang terselindung di sebalik teknik ini adalah sesungguhnya ada kejadian di

dunia ini yang tidak dapat dikesan akan tarikh kewujudannya seperti kejadian matahari,

bulan, bumi, langit, syurga, neraka dan alam barzakh. Di sini menjelaskan kepada kita

bahawa dalam ukiran Awan Larat ini ia banyak mengandungi falsafah tentang

Keagungan Tuhan.

Menurut Wan Su pula, para pengukir adakalanya akan menggunakan pasu

sebagai Ibu kepada ukiran yang dihasilkan. Tujuan penggunaan pasu ini adalah sama

seperti yang diperkatakan tadi adalah untuk menyorokan punca permulaan sesebuah

ukiran, oleh itu falsafah yang didukung atau yang diketengahkan itu juga adalah sama

iaitu menyembunyikan tentang hari kewujudan alam semester dari tiada kepada ada.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 102: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

85

Menurut Wan Mustapha pula, selain itu dalam mengukir daun dan batang

dalam ukiran awan larat ini, ia turut mendukung falsafah tertentu, misalnya dalam

mengukir hujung daun, hujung pucuk, hujung buah dan lain-lain tidak boleh dalam

keadaan menikam badan unsur-unsur lain. Ini jelas dipancarkan melalui pantun ukiran

yang berbunyi:

Tindih menindih tidak menghalang,

Dahan melentur tidak patah,

Batang bersilang tidak melintang,

Hujung daun tidak menunjah.

Nakula (1985)

Menurut Norhaiza pula, penikaman hujung-hujung ini dikatakan akan

mencacatkan lagi ukiran tersebut dan ia juga mengandungi mesej kepada masyarakat

iaitu agar tidak mengamalkan cara hidup yang bermusuhan, bangga diri, sombong dan

hasad dengki. Kecantikan ukiran Melayu ini makin terselah apabila kita memahami

maksud tersiratnya itu.

Gambar 3.2 : Pecahan batang muda di bawah batang tua.

Sumber : Mengukir Kegemilangan Lalu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 103: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

86

Dalam teknik mengukir pecahan batang, ukiran batang tumbuhan kedua mesti

dikeluarkan di bawah batang pertama. Kelahiran batang ketiga dan seterusnya

mestilah di bawah batang sebelumnya. Dengan kata lain batang yang lebih muda

mesti diletakkan dan dikeluarkan di bawah batang yang tua. Tujuan pecahan batang

ini juga agar di bahagian hujung sesuatu motif tumbuhan itu tersusun rapi dan tidak

bercabang. Ia digambarkan dalam pantun ukiran Oleh Wan Su ini :

Hidup bermula dari yang Satu,

Melingkar berkeluk penuh imbang,

Berakhir juga pada yang satu,

Hujung tumbuh tidak bercabang.

Nakula (1985)

Mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah

mudah iaitu orang muda mestilah menghormati orang yang lebih tua darinya atau

orang yang rendah pangkat atau status mestilah mematuhi orang yang berpangkat

lebih tinggi. Prinsip seperti yang diinginkankan ini mengharapkan sesebuah

masyarakat itu dapat hidup dalam rukun dan harmoni.

Selain itu, Wan Su juga memilih Sebar Dayang sebagai salah satu motif ukiran

utamanya. Sebar Dayang adalah sehelai daun yang digunakan untuk menutup di antara

pecahan dua batang. Mesej yang boleh dilihat dari sini adalah sifat daun tersebut yang

melindungi kelemahan orang lain. Selain itu ukiran Sebar Dayang ini adalah menunduk

ke bawah, ia boleh juga digambarkan sebagai orang yang merendah diri.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 104: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

87

Gambar 3.3 : Ukiran Awan Larat

Sumber : Mengukir Kegemilangan Lalu.

Menurut Wan Mustapha, apabila seseorang pengukir ingin memilih Awan larat

sebagai motif di dalam ukiran mereka, seharusnya mereka memahami falsafah-falsafah

tersebut. Ini kerana jika dilihat dengan teliti kesemua yang terkandung dalam ukiran

Melayu ini menurut beliau mengandungi sesuatu yang tersembunyi baik dari segi

ketuhanan mahu pun kemasyarakatan. Setiap Awan Larat yang dihasilkan itu

mempunyai makna tersendiri.

Pengkaji juga mendapati, para pengukir akan mengambil bunga-bunga atau

tumbuh-tumbuhan di sekeliling sebagai motif dalam ukiran mereka. Terdapat beberapa

tujuan mengapa perkara ini terjadi, pertamanya sebagai penghayatan kepada keindahan

ciptaan Allah. Ia secara tidak langsung akan menyedarkan manusia tentang ilmu Allah

yang sangat luas dibandingkan pengetahuan yang ada pada manusia.

Mengabadikan motif tumbuhan pada ukiran ini juga ada kebaikannya, seperti

yang diketahui umum dunia saban hari mengalami perubahan, banyak perkara

sebenarnya makin dilupakan oleh generasi hari ini sama ada secara sedar atau tidak.

Untuk itu bagi mengabadikan tumbuhan itu supaya tidak hilang dari pengetahuan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 105: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

88

generasi muda meletakannya pada ukiran adalah salah satu dari caranya. Oleh itu

melalui ukiran ini ada beberapa perkara yang dapat disimpan untuk tatapan generasi

akan datang.

Menurut Wan Mustapha lagi, melalui tumbuhan yang dipilih ini juga para

pengukir ingin mengabadikan tumbuhan yang amat rapat dengan manusia kerana

khasiatnya dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. Kebanyakan tumbuhan ini

adalah penawar kepada pelbagai penyakit dan antara tumbuhan tersebut ialah pokok

ketumbit (untuk sakit perut dan kecacingan), kangkung, ketam guri, senduduk dan

teratai.

Gambar 3.4 : Keseimbangan ruang.

Seperti yang diperjelaskan oleh Wan Mustapha, para pengukir juga memilih

tumbuhan ini atas dasar sebagai elemen keindahan. Keindahan itu adalah dari kaca

mata pengukir itu sendiri. Pemilihan motif itu berkemungkinan kerana untuk

mewujudkan keseimbangan dan saiznya yang kecil. Selain itu adalah kerana

kecantikan pergerakan lingkaran pada tumbuhan tersebut, contohnya lingkaran yang

terdapat pada bunga Mas, sireh dan kangkung.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 106: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

89

Wan Mustapha menambah lagi, selain itu pemilihan sesuatu motif tumbuhan

juga disebabkan faktor sedap atau kelazatan buahnya. Beliau memberikan contoh

ukiran yang banyak terdapat di Thailand, menurut ceritanya, apa yang berlaku di sana

iaitu di pengkarangan istana Thailand banyak terdapat buah sukun dan secara

kebetulan juga Puteri Raja amat menggemari buah sukun. Lantaran itu, pada masa itu,

para pengukir di sana menjadikan daun sukun antara motif terpenting dalam ukiran

mereka.

Menurut Norhaiza Noordin, sesuatu peristiwa yang menarik juga boleh

memberi ilham kepada pengukir. Contohnya apabila seseorang pengukir ingin

mengabadikan pertemuan pertama dengan isterinya, sesuatu yang menarik dalam

pertemuan itu akan diungkapkan dalam ukiran, misalnya jika pertemuan tersebut

dilakukan di tepi tasik yang dipenuhi pokok teratai, maka ukiran yang dihasilkannya

ialah pokok teratai sebagai motif utamanya.

Wan Mustapha pula menambah dengan memberikan contoh lain. Menurut

beliau, pernah pihak Istana Terengganu meminta beliau mengukir ukiran bermotifkan

pokok keledang. Permintaan itu adalah kerana mengenang peristiwa dan

memperingati Sultan Terengganu yang dimakamkan di bawah sepohon pokok

keledang di atas bukit.

Menurut Abdul Latif Long pula, sesungguhnya bunga amat berhubung rapat

dengan orang Melayu, oleh itu bunga sering juga dikaitkan dengan sesuatu yang cantik

dan dikaitkan dengan golongan perempuan. Ini jelas apabila kita melihat dalam upacara

peminangan misalnya, orang Melayu yang datang bertandang itu akan menyatakan

hasratnya yang ingin menyunting bunga di halaman. Bunga yang dimaksudkan itu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 107: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

90

adalah anak gadis. Di sini menjelaskan mengapa terdapat banyaknya motif-motif bunga

di Alam Melayu.

Selain itu, pemilihan motif ini juga dibuat berdasarkan kedudukan atau status

sesuatu bunga itu. Misalnya bunga yang diiktiraf sebagai bunga kebangsaan atau pun

bunga kerajaan Negeri. Di antara contoh bunga-bunga tersebut adalah bunga raya,

orkid dan anggerik. Oleh kerana bunga ini diiktiraf sebagai mewakli negara atau negeri

maka ia boleh dijadikan pilihan dalam penghasilan sesebuah ukiran.

Alam kurnian Allah S.W.T ini merupakan alam yang luas dan kaya. Alam ini

merupakan ‘guru’ kepada perkembangan tradisi kebudayaan dan ketamadunan.

Kekayaan alam ini meliputi alam semulajadi, flora dan fauna dan apa jua isi di muka

bumi dan laut. Dari kekayaan alam maka lahirlah pelbagai warisan yang meliputi

tuntutan kehidupan. Ini dijelmakan seperti di dalam perbilangan Melayu yang berbunyi:

Penakik pisau diraut,

Ambil galah batang lintabung,

Seludang jadikan nyiru,

Setitik jadikan lautan,

Sekepal jadikan gunung,

Alam terkembang jadikan guru.

Adat Perpatih Nilai dan Falsafahnya (1996)

Warisan yang ditinggalkan itu terjelma dalam pelbagai bentuk umpamanya seni

ukiran Melayu dan pelbagai seni lain dalam menidentitikan sesuatu bangsa. Di sebalik

seni ukiran ini terlihat kekayaan pemikiran dan kreativiti bangsa yang perlu diterokai

dan difahami. Ini penting kerana melalui penerokaan dan pemahaman, mudah untuk kita

‘memandu’ arah tujuan seni bangsa.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 108: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

91

Gambar 3.5 : Berbalas lentik.

Sumber : Mengukir Kegemilangan Lalu.

Pengkaji berpendapat, ukiran adalah satu karya yang dihasilkan oleh manusia

dengan dua tujuan iaitu bagi keperluan rohani dan jasmani. Di dalamnya juga

menggambarkan tentang hubungan manusia sesama manusia yakni saling melengkapi

dan hubungan dengan Pencipta. Memberikan fungsi ukiran adalah satu keperluan

jasmani. Manusia meletakkan ukiran untuk memperolehi cahaya dan pengawalan suhu.

Bagi tujuan rohani, ukiran adalah satu hiasan yang mengandungi makna untuk difahami

oleh masyarakat.

Gambar 3.6 : Falsafah Ukiran.

Sumber : Mengukir Kegemilangan Lalu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 109: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

92

Tumbuh berpunca

Punca penuh rahsia

Tajam tidak menunjah lawan

Lilit tidak memaut kawan,

Tapi melengkar penuh mesra.

(Ukiran Melayu Warisan Melayu 2009)

Satu hakikat yang dapat disimpulkan bahawa kebanyakan bentuk, fungsi dan

bahan yang digunakan dalam seni ukiran amat dipengaruhi oleh alam sekitar sama ada

dari darat mahupun laut dan ia disesuaikan dengan adat, nilai dan kepercayaan sesebuah

masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.

Menurut Norhaiza Noordin lagi, jika dilihat dari awal perkembangan seni

ukiran, dapat dikatakan bahawa pengaruh agama, kealaman dan ketuhanan sangat

memainkan peranan utama dalam menentukan corak dan bentuk sesuatu ukiran.

Walaupun pengaruh Islam amat kuat tetapi unsur kebudayaan Hindu-Buddha masih

diterapkan di dalam ukiran Melayu ini.

Setelah agama Islam semakin meresap di kalangan masyarakat Melayu, motif

berunsurkan fauna mulai ditinggalkan dan digantikan dengan memperbanyakkan motif

berunsur tumbuhan. Penciptaan motif flora dan fauna ini tidaklah nyata seperti yang

terdapat pada alam sebenar. Dengan menggunakan kreativiti, pengukir menterjemahkan

dalam bentuk yang lebih abstrak.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 110: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

93

Unsur-unsur lain hasil pengaruh hindu-buddha ini telah diubahsuai dan

dijelmakan semula agar bersesuaian dengan alam Melayu itu sendiri. Ringkasnya adalah

seperti dalam jadual di bawah:

1. Dewa Tuhan

2. Kala Punca Bunga Ukir

3. Makara Sulur Bayur

4. Gunungan Kepala

5. Pohon Beringin Pohon Budi

6. Stupa Buah Guntong

7. Padma/Teratai Bunga Tanjung

8. Naga Tidak digunakan

9. Garuda/Jentayu Petala Indera/Gagak Sura

Jadual 3.1 : Makna Motif

(Sumber: Ukiran Melayu Warisan Melayu 2009)

Seni ukiran Melayu tradisional telah menarik ramai pengkaji di antaranya ialah

Abdul Halim Nasir. Kajian yang dilakukan oleh beliau meliputi hampir keseluruhan

aspek ukiran terutama dalam pembinaan rumah Melayu. Bagi masyarakat Melayu,

ukiran yang diletakkan di rumah bukan sekadar hiasan tetapi lebih daripada itu. Ia

meliputi aspek agama, kepercayaan adat dan kebudayaan.

3.3 Ukiran Dalam Seni Bina Melayu

Ada juga pendapat yang menyatakan bentuk ukiran dapat dilihat dalam pelbagai

tafsiran yang berbeza. Pendapat pengkaji perbezaan ini adalah disebabkan pengaruh

agama dan kepercayaan turut mengubah pemaknaan yang terkandung dalam ukiran

yang terhasil. Apabila Islam tiba di Tanah Melayu kebanyakan motif haiwan yang jelas

Univers

ity of

Mala

ya

Page 111: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

94

sifatnya telah diabstrakkan seperti motif burung, ayam, badak, kuda laut dan

sebagainya. Ini bagi memperlihatkan betapa eratnya hubungan antara ukiran, agama,

kepercayaan dengan manusia yang merujuk kepada tuan rumah atau pemilik ukiran

tersebut. Ia mungkin lahir sendiri daripada hati tuan rumah atau manifestasi tuan rumah

terhadap ukiran yang dimilikinya. Di atas dasar itulah terdapat ukiran yang diletakkan

pada setiap bahagian dalam rumah Melayu turut mendukung pemaknaannya yang

tersendiri.

3.3.1 Ukiran Pada Perenggan Bumbung

Bumbung mengikut Ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa bererti bahagian

teratas bangunan yang melindungi ruang dalaman dan kemasan daripada ditimpa hujan,

salji, sinaran matahari dan tiupan angin kencang. Perenggan bumbung adalah

merangkumi pelbagai binaan, ia dikira dari letaknya kayu alang panjang hingga ke

tulang perabung yang di atas sekali. Bumbung diibaratkan payung, ia melindungi

penghuni daripada terdedah kepada panas dan hujan di samping memberi jaminan

keselamatan.

Gambar 3.7 : Tebar Layar.

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 112: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

95

Bumbung adalah binaan yang terpenting kerana di sini jenis bentuk sesebuah

rumah itu dapat dikenal pasti. Bumbung rumah Melayu tradisional mempunyai bentuk

yang memanjang dan layar yang bertebar. Bumbung ini juga menggunakan sebatang

tulang perabung yang dilipat menjadi huruf V terbalik. Bentuk ini terus kekal sebagai

satu identiti yang menjadi lambang etnik Melayu ( Halim Nasir, 1985). Di bahagian

tebar layar bumbung ini, kebiasaannya masyarakat Melayu akan meletakkan ukiran

berunsurkan kosmologi seperti motif matahari.

Bumbung rumah Melayu juga biasanya mempunyai cerun yang tinggi pada

bahagian bumbung (perabung) dan melebar pada bahagian cucur atap iaitu bahagian

bawah. Bentuk bumbung ini berfungsi untuk mempercepatkan pengaliran air hujan dan

menghalang tempias, lebih-lebih lagi pada bahagian-bahagian yang berdinding separuh

seperti bahagian anjung dan serambi.

Bentuk atap yang curam sebenarnya bermula dari satu kejadian manusia yang

dikatakan berasal daripada Nabi Adam A.S. yang seterusnya berkembang ke seluruh

dunia dengan pelbagai jenis bangsa, warna kulit, bahasa dan agama. Wujud juga

pendapat lain yang menyatakan bumbung yang menjurus kecil ini adalah satu rentetan

atau rantaian ajaran Islam yang bermula daripada satu bumbung yang mempunyai

kesinambungan yang erat sebagai penaung kepada bahagian lain seperti anjung, serambi

dan sebagainya. (Abdullah Mohamed, 1985).

Univers

ity of

Mala

ya

Page 113: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

96

Gambar 3.8 : Buah Buton.

Buah buton sering disamakan dengan anggota badan manusia iaitu ‘kepala’.

Bahagian kepala bagi manusia adalah satu bahagian yang penting. Dalam binaan

sesebuah rumah, bahagian ‘kepala’ ini dilambangkan sebagai buah buton yang

bermakna tingkat hakikat, manakala bahagian kosong di atas adalah melambangkan

kekuasaan Allah yang sememangnya tidak dapat digambarkan (Abdullah Mohamed,

1985). Pada bahagian ini masyarakat Melayu gemar meletakkan ukiran yang berbentuk

tirus di bahagian atas atau di bahagian bumbung surau atau masjid ukiran motif bulan

dan bintang diletakkan.

Pada kedudukannya buah buton ini berada di perenggan bumbung rumah. Di

dalam seni bina tradisi Melayu buah buton ini wujud bukan sekadar untuk memenuhi

keperluan tetapi turut sebagai hiasan. Pada amnya buah buton ini berbentuk bulat dan

berfungsi sebagai penghubung kepada dua keping papan pemeleh serta ia mempunyai

pelbagai jenis nama seperti matahari tegap, awan beralih dan penunjuk langit. Pada

sesetengah rumah, buah buton ini turut menerima sentuhan ukiran.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 114: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

97

Penggunaan buah buton ini mengandungi makna yang simbolik. Ia

berkaitan dengan sistem kepercayaan yang merangkumi konsep ‘kealaman’ dan

‘ketuhanan’. Buah buton adalah lambang keteguhan iman masyarakat Melayu Islam.

Reka bentuk ini melambangkan satu bentuk binaan yang berfungsi sama seperti batu

nisan di perkuburan (makam). Buah buton juga memberikan erti satu tanda daripada

satu bentuk sesebuah bangunan bahawa manusia sentiasa bergerak dan hidup. Ada juga

di kalangan masyarakat yang mempercayai sekiranya kayu atau buah buton ini jatuh

dipanah petir, alamatnya satu bencana bakal menimpa seisi keluarga yang tinggal di

dalam rumah tersebut. Dikatakan juga ia dapat melindungi perempuan yang baru

bersalin daripada diganggu langsuir. (Abdullah Mohamed, 1985).

Bentuk buah buton kelihatan kecil di atas dan membesar ke bawah juga

menunjukkan pemahaman orang Melayu terhadap konsep khalik dan makhluk.

Bahagian yang membesar di bawah adalah gambaran alam yang penuh dengan

kekotoran (Muhamad Affandi Yahya, 1995). Bentuk buton yang semakin menajam ini

adalah menuju ke arah hakikat ketuhanan yang abadi.

Gambar 3.9 : Motif Gunungan.

Sumber : Ukiran Kayu warisan Melayu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 115: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

98

Bagi pemeleh dan tebar layar pula, kedua-duanya merupakan dua bahagian yang

penting dalam mengenal pasti identiti seni bina rumah Melayu. Pemeleh atau juga

dikenali sebagai papan layang di sini berfungsi sebagai penutup hujung atap untuk

menahan atap daripada dikopak angin dan ia menutupi bahagian bumbung atas tebar

layar. Bentuk pemeleh ini juga seakan bentuk gunungan. Dari segi pandangan

masyarakat Melayu tradisi ia dihubung dengan lubang sebagai ruang semangat,

manakala dari seni bina ia berfungsi sebagai tempat peredaran udara dan pencahayaan.

Pemeleh ini boleh disamakan dengan dua lengan tangan manusia yang mana

bahagian ini terletak pada bahagian bawah kepala atau alam hakikat yang terpancar

keluar dua lambang sifat-sifat Allah S.W.T. iaitu sifat-sifat Jalal dan Jamal. Jamal

mewakili sifat-sifat yang memancar ke arah kanan dan ke kiri pula dikenali sebagai

sifat-sifat Jalal. (Abdullah Mohamed 1985)

Tebar layar juga mengandungi falsafah serta unsur simbolik tertentu dalam

kepercayaan masyarakat Melayu. Tebar layar adalah berbentuk huruf V terbalik.

Menurut Halim Nasir (1986), penggunaan tebar layar sangat popular di Kelantan dan

Terengganu terutamanya bagi Rumah Bujang dan Rumah Tiang Dua Belas. Selain itu

tebar layar dipanggil sebagai tubing layar oleh masyarakat di kedua-dua negeri ini.

Tubing berkemungkinan membawa maksud miring, pepet atau condong manakala layar

mungkin diilhamkan daripada layar perahu yang berbentuk segi tiga.

Abdullah Mohamed (1985) menganggap bahagian tebar layar boleh disamakan

dengan bahagian dada manusia. Perkataan tebar atau tuban bererti air putih yang keluar

lebih dahulu daripada kelahiran bayi, manakala perkataan layar pula sama dengan

tabir atau kelir wayang kulit, tempat lahirnya bayang-bayang patung. Pengertian ini

Univers

ity of

Mala

ya

Page 116: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

99

menunjukkan perkataan tuban bermaksud pendahuluan kepada ilmu di alam nyata atau

bayang-bayang ilmu sebelum lahirnya bayang-bayang ilmu itu.

Selain itu penggunaan tebar layar dikatakan mempunyai unsur simbolik orang

Melayu dengan laut atau air. Dipercayai juga rekabentuk bumbung rumah Melayu

diilhamkan daripada seni bina perahu. Bumbung panjang dilihat mempunyai bentuk

yang sama apabila perahu itu diterbalikkan. Dalam masyarakat Minangkabau pula

bumbung rumah yang melentik itu selain disamakan dengan tanduk kerbau ia juga

dikaitkan dengan binaan perahu.

3.3.2 Ukiran Pada Perenggan Dinding

Perenggan dinding ini ialah satu bahagian binaan yang mendirikan suatu rumah

dan istana, ia mempunyai dua fungsi iaitu sebagai binaan dan hiasan. Dinding rumah

Melayu yang terawal diperbuat daripada daun-daun pokok yang disirat, misalnya daun

bertam, enau, rumbia dan nipah. Selepas mempunyai kemahiran yang lebih baik

barulah papan mula diperkenalkan. Walau bagaimanapun penggunaan dinding tepas

masih digunakan tetapi bilangannya kian berkurangan.

Pembinaan bilik dan anjung dikaitkan dengan keperluan memenuhi tuntutan

hidup bermasyarakat serta memenuhi tuntutan nilai kepercayaan adat resam dalam

masyarakat itu sendiri. Bilik dan anjung ini jika disamakan dengan manusia ia

mengambil fungsi perut yang sekiranya dilihat dari luar sistem itu terdiri daripada tiga

tingkat yang bersifat horizontal iaitu bilik, anjung dan jemuran.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 117: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

100

Ruangan rumah ibu merupakan tempat tertutup dan dianggap sebagai ruang

peribadi iaitu tempat tuan rumah merancang segalanya. Bilik juga disamakan dengan

kalbu manusia kerana bilik tuan rumah mendapat ilham dan merancang tentang

kehidupan dunia dan akhirat. Kedua-dua kalbu dan bilik mempunyai persamaan dalam

fungsinya di mana kalbu memerintah seluruh anggota manusia dan bilik seolah-olah

mempunyai kuasa di atas seluruh rumah. Rumah dianggap sebagai jasad, manakala

tuan rumah sebagai roh dan yang memerintah dalam bilik ini adalah tuan rumah itu

sendiri. Dalam struktur seni pembinaan rumah, bahagian rumah ibu adalah penting

kerana di sini terbentuknya ruang-ruang seperti serambi, anjung, jemuran, tangga dan

sebagainya. (Muhammad Affandi Yahya. 1995). Untuk keselesaan pengudaraan dan

cahaya ukiran tebuk tembus akan diletakkan di bahagian atas dinding manakala untuk

tujuan hiasan ukiran tebuk timbul akan diletakkan pada bahagian dinding.

Anjung pula merupakan ruang yang terletak di bahagian hadapan rumah.

Kedudukannya rendah sedikit dari paras lantai serambi, tetapi terdapat lantai anjung

yang disambung terus dari lantai serambi tanpa bendul atau tingkat. Kewujudan anjung

ini lebih kepada nilai fungsi atau kegunaan dan perlambangan di sebalik binaannya

tidak banyak yang dapat diungkapkan. Bahagian anjung ini merupakan tempat kaum

lelaki menjalankan kerja-kerja seperti menganyam bakul, membubul jaring,

membetulkan perabut, rawai atau membuat jala dan sebagainya. Bahagian ini turut

berfungsi sebagai tempat menyambut tetamu lelaki untuk istirehat pada waktu malam

serta sebagai tempat berbual dengan rakan-rakan sebaya. Di sini jelas menunjukkan

anjung merupakan satu ruang yang luas terletak di luar bilik. (Muhammad Affandi

Yahya. 1995). Untuk bahagian ini kekisi akan diletakkan sebagai hiasan dan fungsi

keselamatan. Untuk mencantikan bahagian hadapan rumah ini kekisi tersebut akan

diukir.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 118: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

101

Dinding rumah memainkan peranan yang penting dalam membentuk seni bina

rumah Melayu. Tempat tinggal yang belum berdinding tidak akan dikenali sebagai

sebuah rumah dan ia diibaratkan seperti orang yang tidak berpakaian, tidak bersopan

santun dan tidak boleh dipercayai serta memperlihatkan keburukan dirinya sendiri

sehingga ditatapi oleh orang lain (Muhamad Affandi Yahya.1995). Dinding bukan

sekadar binaan yang bertujuan untuk memperkukuhkan struktur binaan rumah tetapi

bertujuan untuk memberi keselesaan dan keamanan seisi rumah.

Gambar 3.10 : Motif Itik Pulang Petang.

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi.

Dinding juga berfungsi sebagai pelindung kepada penghuni rumah daripada

sebarang angkara buruk sama ada angkara manusia ataupun bencana alam. Dinding

diertikan sebagai sempadan terakhir antara rumah dengan ruang luar atau sebagai kulit

yang membaluti sesebuah rumah dan seterusnya membaluti penghuninya. Oleh itu

dinding ialah bahagian yang paling banyak dihiasi dengan ukiran, dan di antara motif

yang diletakkan adalah seperti itik pulang petang dan awan larat. Univ

ersity

of M

alaya

Page 119: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

102

Gambar 3.11 : Dinding Istana Satu Trengganu.

Bentuk ukiran pada bahagian dinding istana ini ialah ukiran tebuk terus. Unsur

yang digunakan dalam corak ukiran ini ialah bunga melor yang berkelopak empat.

Ukiran kelopak ini melambangkan terdapat empat unsur utama dalam kepercayaan

orang Melayu iaitu unsur tanah, air, angin dan udara. Falsafah dari keempat-empat

unsur ini dikatakan dapat mempengaruhi corak kehidupan seperti tanah untuk bercucuk

tanam, air untuk minum, angin untuk menjemur dan udara untuk bernafas.

Lantai merupakan tapak binaan rumah dan menjadi sempadan di antara

perenggan rumah. Dalam seni bina Melayu lantai diperbuat daripada papan atau buluh.

Menurut falsafah Melayu, lantai berkaitan dengan bahagian bilik yang disamakan

dengan hati manusia dan yang menentukan segala gerak dan perilaku. Sehubungan itu

lantai boleh dikatakan sebagai tapak bagi bilik atau tapak bagi hati. Lantai tidak boleh

berdiri dengan sendiri sekiranya tidak diperkuatkan oleh beberapa unsur lain seperti

penyambut, rasuk dan rabung. (Muhamad Affandi Yahya.1995).

Univers

ity of

Mala

ya

Page 120: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

103

Keterangan atau maklumat ini jelas menunjukkan bahawa kesemua unsur tadi

adalah lambang bagi penguat sesebuah rumah. Rumah telah diperkuatkan oleh bilik

sebagaimana manusia yang diperkuatkan oleh hati.

Perbezaan aras lantai juga melambangkan tentang sikap kebersihan yang

dipandang tinggi manakala yang kotor itu dipandang rendah. Ini dapat dilihat dengan

struktur rumah ibu yang lebih tinggi dari rumah dapur. Selain itu ia juga mencerminkan

bahawa dalam masyarakat Melayu kaum lelaki mempunyai kedudukan yang lebih tinggi

berbanding kaum wanita.

Melalui tingkat lantai yang berbeza ini akan membuatkan tetamu yang datang

merasakan diangkat dari satu tingkat kepada tingkat yang lebih tinggi, selain itu paras

lantai yang berbeza ini boleh dianggap sebagai ‘penapis’ iaitu hanya tetamu tertentu

sahaja yang boleh melangkah ke ruang-ruang tetentu yang dianggap privacy.

3.3.3 Ukiran Pada Perenggan Tiang

Tiang merupakan asas penting dalam kekuatan pembinaan sesebuah rumah di

mana bahan kayunya perlulah kuat dan baik. Tiang-tiang ini biasanya ditanam ke dalam

tanah beberapa kaki dalamnya. Dalam seni bina Melayu menghias tiang seri merupakan

satu keperluan dan tidak hairanlah terdapat banyak tiang seri berukir yang ditemui. Univers

ity of

Mala

ya

Page 121: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

104

Gambar 3.12 : Tiang Seri Rumah Penghulu Nata.

Menurut Abdullah Mohamed, bahagian tiang ini disamakan juga dengan paha

dan betis iaitu sebagaimana paha dan betis menegakkan manusia, begitulah rumah

ditegakkan manusia oleh tiangnya. Sebatang tiang mempunyai dua bahagian penting

iaitu bahagian tersembunyi di dalam bumi yang melambangkan alam batin iaitu warna

hitam dan bahagian nyata di atas bumi melambangkan alam zahir iaitu warna yang

pelbagai.

Pintu, tingkap dan tangga adalah bahagian asas dalam sesebuah rumah. Ketiga-

tiganya wujud bersama dan saling bergantungan serta kewujudannya turut dikatakan

berdasarkan kepada adat dan kepercayaan. Tangga dan pintu masuk ke dalam rumah

pada kebiasaannya terletak di bahagian hadapan rumah. Meskipun kedudukan tangga di

muka pintu rumah itu serong, tetapi pintu masuk ini tetap terletak di hadapan kerana

Univers

ity of

Mala

ya

Page 122: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

105

mengikut kepercayaan adat Melayu, kedudukan demikian dianggap lebih sopan (Ismail

Hamid, 1988)

Pintu dan tangga rumah turut dibina menghala ke arah matahari jatuh ataupun

matahari naik. Ini kerana mengikut kepercayaan masyarakat Melayu keadaan ini

mempunyai keberkatan daripada Allah S.W.T. Walaupun pintu dan tangga wujud

secara bersama namun daripada segi konsep dan fungsi ia mempunyai makna simbolik

yang tersendiri. Pintu rumah Melayu mempunyai penyelak sebagai pengunci daun

pintu. Penyelak atau pengunci ini berbentuk kayu palang yang panjang dan dipasang

pada bahagian belakang pintu dalam rumah. Ia juga boleh digunakan sebagai senjata

mempertahankan diri. Meletakkan ukiran motif ayam belaga di bahagian anak tangga

merupakan kebiasaan yang boleh ditemui. Ia memberikan maksud simbolik orang

Melayu tidak sukakan petelingkahan.

Gambar 3.13 : Motif Ayam Berlaga.

Sumber : Ukiran Melayu Tradisi.

Tangga pula merupakan bahagian untuk turun naik ke dalam dan keluar rumah.

Perkataan tangga ini berasal dari dua perkataan iaitu tangan dan genggam. Ini kerana

jika dilihat tangga ini seumpama orang bersalaman dengan dua belah tangan digenggam

erat. Kedua-dua belah tangan yang digenggam erat itu adalah diilhamkan kepada sistem

teknologi membuat tangga rumah iaitu mengejapkan konstruksi anak tangga dengan

paha tangga yang dirujuk kepada menyangkut anak tangga. Sistem tanggam pada anak

Univers

ity of

Mala

ya

Page 123: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

106

tangga dengan paha tangga disamakan dengan perbuatan orang yang bersalam dengan

kedua-dua belah tangan yang digenggam.(Muhammad Affandi Yahya,1995)

Bilangan anak tangga biasanya tidak dalam jumlah yang genap tetapi ganjil. Ini

berkaitan dengan warisan adat resam dan kepercayaan masyarakat dahulu. Bilangan

anak tangga yang genap dikatakan membawa keburukan seperti sering diganggu oleh

hantu dan ditimpa bencana alam. Sebaliknya angka ganjil melambangkan kebaikan dan

kesejahteraan penghuninya. Bilangan anak tangga yang popular yang sering digunakan

ialah lima tingkat, iaitu sesuai dengan falsafah alam kecil iaitu lima tingkat nafsu yang

dilalui oleh seseorang ‘salik’ untuk sampai ke tingkat makrifat dengan Allah S.W.T

(Muhammad Affandi Yahya, 1995)

Menyentuh tentang tingkap pula, didapati dalam pembinaan rumah Melayu

kebanyakan tingkap yang dibuat mempunyai paras ketinggian dan keluasan yang sama

dengan pintu. Yang membezakannya pada tangga tidak dipasangkan jerejak tetapi

digandingkan bersama tangga. Di bahagian tingkap pula, ia akan dipasangkan jerejak

atau kekisi berukir bagi tujuan pengudaraan dan keselamatan. Selain itu daun tingkap

biasanya dibuka ke arah luar rumah, manakala bagi pintu daunnya dibuka ke arah dalam

rumah. Kebiasaannya terdapat dua keping daun tingkap dan pintu pada rumah Melayu

tradisi. Pintu yang dibina rendah secara tidak langsung melatih orang Melayu untuk

tunduk hormat kepada tuan rumah ketika memasuki rumah dan Pencipta alam semesta

ketika hendak meninggalkan rumah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 124: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

107

Gambar 3.14 : Kekisi Dinding Istana Satu.

Melihat kepada kekisi di Istana Satu misalnya, terdapat ukiran kekisi yang juga

berbentuk tebuk terus. Motif yang digunakan ialah corak bunga melur yang diukir

secara seiring. Bunga melur yang kembang ini diibarat seorang anak gadis. Ianya

memberi ingatan supaya anak gadis pandai menjaga diri dan jangan mudah layu seperti

bunga. Sekiranya tidak pandai menjaga diri dibimbangi akan hilanglah maruah dan

harga diri seseorang gadis itu.

3.3.4 Ukiran Pada Bahagian-Bahagian Lain

Sesebuah rumah Melayu tradisi selain bahagian utama terdapat juga bahagian-

bahagian lain seperti jemuran, bendul dan bahagian lain yang berkaitan. Bahagian ini

turut dihiasi dengan ukiran bukan sekadar untuk hiasan tetapi untuk menonjolkan

‘kehadirannya’ yakni agar lebih mudah dilihat. Bahagian jemuran merupakan lanjutan

dari anjung yang merentasi bahagian rumah ibu dengan tangga. Bahagian ini

disimbolkan sebagai tempat tuan rumah membuat keputusan bagi sesuatu perkara yang

Univers

ity of

Mala

ya

Page 125: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

108

akan dilaksanakan apabila hendak melangkah pintu tangga untuk keluar dari rumah.

(Muhammad Affandi Yahya, 1995)

Bendul merupakan satu bentuk kayu panjang yang melilit bangunan. Bendul

adalah kayu pengikat yang membataskan komponen bangunan iaitu sebagai penutup

hujung papan lantai supaya tidak terdedah kepada pemandangan. Bendul juga

merupakan penahan kaki papan dinding supaya tidak mudah berganjak dari asasnya.

Bendul juga dilambangkan sebagai suatu sekatan ruang yang sangat diperlukan dalam

tata adat dan cara hidup orang Melayu yang berlandaskan aturan agama Islam. Bendul

juga merupakan satu alat untuk mendidik orang Melayu agar sentiasa pandai menjaga

diri dan bersopan. (Muhammad Affandi Yahya, 1995)

Antara bahagian lain dalam seni bina rumah tradisi Melayu ialah tangga

yang merujuk kepada tempayan air dan gayung serta bahagian salur air. Peralatan ini

dikaitkan dengan konsep kebersihan dalam Islam serta mempunyai makna yang

simbolik iaitu tempayan dilambangkan sebagai perbendaharaan tersembunyi atau alam

hakikat. (Muhammad Affandi Yahya,1995). Tempayan air dan gayung (batok) berukir

adalah berfungsi sebagai alat untuk mencuci kaki sebelum naik ke atas rumah.

Air dalam tempayan pula dilambangkan sebagai ilmu amalan yang datang dari

alam hakikat yang membawa manusia ke jalan Allah. Ilmu amalan ini terdapat dalam

Al-Quran atau Hadis yang juga dituntut oleh manusia. Gayung melambangkan pencari

ilmu amalan iaitu melambangkan tuan rumah itu sendiri. Mencuci kaki dengan air

melambangkan amal ibadat untuk mencuci kalbu. Saluran air berfungsi sebagai saluran

pengaliran air dari bumbung rumah adalah dilambangkan sebagai curahan rezeki

daripada Allah S.W.T. (Muhammad Affandi Yahya.1995).

Univers

ity of

Mala

ya

Page 126: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

109

Dalam masyarakat Melayu, ukiran ibarat mikrokosmos (alam kecil) bagi

manusia dalam menjalin hubungan dengan makrokosmos (alam besar). Ukiran juga

dikatakan mempunyai perasaan atau emosinya. Jesteru itu dalam meletakkan ukiran

pada alat dan binaan Melayu ada falsafah dan petua-petuanya. Ia dikatakan penting

dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan pemiliknya.

Secara ringkas, falsafah atau makna yang berdasarkan nama-nama motif adalah

seperti dalam Jadual 2 di bawah:

UNSUR FAUNA

FALSAFAH

Ayam berlaga Sifat tidak bermusuhan

Lebah gantung Kebersihan, setia kawan, rela berkorban

Semut beriring Kesabaran, gotong royong

Lawi ayam

Kegagahan dan kemegahan

Kucing lalok

Sifat tidak pemalas

Kuda laut

Kehandalan

Burung serindit

Bijaksana

Siku kluang

Kehidupan dinamik, bertanggungjawab

Ikan lumba-lumba

Kesetiaan dan kebijaksanaan

Naga berjuang

Kekuatan dan ketaatan

Kuda berlari

Kekuasaan pemiliknya

Itik pulang petang

Mengikut pemimpin,berdisplin

Badak mudik

Kesetiaan

Angsa

Kesetian , pecintaan

Burung

Perantara, kebebasan

Bangau

Kecekapan, rezeki

Univers

ity of

Mala

ya

Page 127: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

110

UNSUR KOSMOS

FALSAFAH

Matahari Rezeki, semangat

Bulan bintang Kecantikan , keindahan

Awan larat

Kelembutan, kehidupan

Awan Larat Beribu

Pengawal ruang

UNSUR FLORA

FALSAFAH

Sebar Dayang

Merendah diri

Pucuk rebung Keturunan, kesuburan,gunung

Paku pakis

Persaudaraan dan keakraban

Potong wajik

Mata angin, keseimbangan

Bunga cengkih

Kesucian, kasih sayang

Daun sirih

Penghormatan, semangat dan kesuburan

Bunga raya

Prinsip rukunegara, Rukun Islam

Bunga melor

Kesucian

Daun sireh Pemanis, penaik semangat

Bunga teratai

Kesucian, pegangan

Buluh Kesuburan, kasih saying

Bunga kundur

Kasih sayang dan hormat

Bunga tanjung

Selamat datang

Tampok Manggis

Kejujuran, kesucian, kesuburan

UNSUR KALIGRAFI

FALSAFAH

Khat Al-Quran/ Hadith

Islam, nasihat, perintah dan larangan

Jawi

Islam, nasihat, perintah dan mutiara kata

Univers

ity of

Mala

ya

Page 128: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

111

UNSUR GEOMETRI

FALSAFAH

Wajik

Empat penjuru mata angin

Bulatan Kesempurnaan

Tiga segi

Keinsafan, gunung

Lonjong

Timbang rasa

Jadual 3.2 : Makna - makna Motif.

3.4 RUMUSAN

Dapatlah dirumuskan di sini, perletakan ukiran dalam seni bina Melayu dan seni

rupa Melayu tradisi yang lain bukan saja berfungsi dan melambangkan peralatan dan

tempat kediaman yang disesuaikan dengan alam persekitaran, malah ia juga mempunyai

makna atau lambang yang berkaitan dengan konsep alam dan ketuhanan. Simbolisme

yang terdapat pada binaan dan seni rupa Melayu tradisi merupakan manifestasi daripada

gerak batin dan kreativiti serta kepekaan masyarakat Melayu itu sendiri. Kelahiran

sesuatu ciptaan tidak didasarkan semata-mata kepada faktor luaran sahaja, tetapi

merupakan gambaran batin mereka yang berteraskan pegangan Islam dan adat

kepercayaan yang dijiwai oleh mereka.

Kehadiran ukiran melengkapkan konsep seni rupa Melayu yang berkait rapat

dengan cara hidup dan ikatan keagamaan dengan sendirinya memperlihatkan suatu

sistem kehidupan masyarakat yang bersendikan adat dan agama. Oleh itu daripada apa

yang telah diterangkan, jelas memaparkan seni rupa Melayu yang sukar dipisahkan

dengan ukiran dan hubungan dengannya alam. Seni ukiran Melayu juga adalah umpama

cermin, ia memaparkan semula apa yang dilihat pada alamnya dan menceritakan

kewujudan sesuatu bangsa dan perkembangan tamadunnya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 129: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

112

BAB 4: ANALISIS DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Kehadiran ukiran melengkapkan konsep seni rupa Melayu yang berkait rapat

dengan cara hidup dan ikatan keagamaan dengan sendirinya memperlihatkan suatu

sistem kehidupan masyarakat yang bersendikan adat dan agama. Oleh itu daripada apa

yang telah diterangkan, jelas memaparkan seni rupa Melayu yang sukar dipisahkan

dengan ukiran dan hubungan dengannya alam. Seni ukiran Melayu juga adalah umpama

cermin, ia memaparkan semula apa yang dilihat pada alamnya dan menceritakan

kewujudan sesuatu bangsa dan perkembangan tamadunnya. Untuk melihat lebih jelas

lagi pengkaji memilih beberapa contoh ukiran Melayu untuk dibincangkan. Karya-karya

ini adalah hasil daripada tokoh yang dikaji dan juga beberapa orang pengukir yang juga

merupakan guru dan bekas anak didik kepada tokoh ini.

4.2 Analisis karya

Analisis kajian melibatkan tiga pilihan ukiran kayu yang mewakili tiga zaman, iaitu

Zaman Langkasuka, Zaman Tradisional dan Zaman Kontemporari. Setiap karya ukiran

dalam zaman-zaman ini menjadi pilihan untuk bentuk perubahan yang berlaku kepada

ukiran Melayu. Motif dalam seni ukiran adalah suatu perhiasan yang diukir dalam dua

atau tiga dimensi, kemudian disusun dan digubah untuk dijadikan pola atau corak

tertentu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 130: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

113

Menurut buku Kraftangan Malaysia dalam Mohd Faizal Md Nor, motif ukiran

Melayu boleh dibahagikan kepada empat era, iaitu motif Melayu Langkasuka (Kelopak

Dewa), motif Bunga Melayu Tua (Kelopak Maya), motif Melayu Daun Hidup (Kelopak

Hidup) dan motif Kontemporari (bebas). Menurut Jasman Ahmad dan Siti Razmah Hj.

Idris (1996) pula, terdapat sebanyak lima motif yang telah diserapkan dalam seni ukiran

kayu iaitu motif fauna, motif geometri, motif kaligrafi, motif kosmos dan motif flora.

Motif Melayu Langkasuka merupakan motif yang menggunakan gaya seperti

‘lidah api’, sama seperti motif-motif kerajaan Ayutthaya di Siam dan motif Majapahit di

Jawa. Motif ini tidak menggunakan bunga dan daun, sebaliknya lebih banyak

menggunakan unsur tenaga bumi seperti tanah, air, api dan angin. Motif Bunga Melayu

Tua pula dipengaruhi oleh budaya luar seperti negeri Cina dan barat. Motif Melayu

Daun Hidup berkembang pada tahun 1800.

Motif Kontemporari pula menonjol pada tahun 1970. Motif ini banyak

menggunakan elemen moden dan reka bentuknya lebih bebas dan pelbagai, serta tidak

terhad kepada motif tradisional sahaja. Unsur dalam seni ukiran Melayu terbahagi

kepada lima, iaitu unsur makhluk hidup, unsur kosmos, unsur geometri, unsur kaligrafi

dan unsur tumbuh-tumbuhan. Dalam pemilihan unsur-unsur, para pengukir memilih

unsur yang terdapat di persekitaran dan mempunyai hubungan dengan masyarakat

Melayu.

Unsur makhluk hidup merupakan penggambaran motif-motif binatang yang

diagungkan dan dianggap suci, seperti naga dan bangau. Unsur kosmos pula melibatkan

alam semesta seperti awan, ombak, gunung dan sebagainya. Unsur geometri

menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet-deret. Biasanya,

bentuk-bentuk ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-

Univers

ity of

Mala

ya

Page 131: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

114

barang tembaga. Unsur kaligrafi pula menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan al-

Quran dan tulisan Jawi. Unsur ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan

surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal. Unsur tumbuh-tumbuhan merupakan

unsur yang paling digemari pengukir. Antara unsur yang menjadi sumber ilham kepada

pengukir Melayu ialah bunga cengkih, peria, jenis kekacang dan sebagainya.

Allahyarham Wan Su berpendapat bahawa falsafah di sebalik seni ukir Melayu

adalah berkonsepkan keseimbangan alam dari segi komposisi, pemilihan motif dan

bentuk ukiran. Secara langsung, seni ukiran Melayu memberi pengajaran pada manusia

agar menghormati sesama manusia, menghormati alam dan tidak sombong sebagaimana

gubahan gaya daun yang sentiasa menunduk ke bumi. Pengolahan dan pengertiannya

adalah berhubung rapat dengan falsafah ketuhanan dan alam semesta beradun mesra

dalam kesatuan yang penuh harmoni. Untuk menghasilkan ukiran yang tinggi nilai

seninya, seseorang pengukir perlu yakin dan percaya kepada ilmu Tauhid dan harus

mempunyai keyakinan diri, keikhlasan dan kejujuran.

4.2.1 Zaman Langkasuka

Menurut Norhaiza Noordin, Langkasuka merupakan sebuah kerajaan Melayu

yang termasyhur dan berkuasa pada abad pertama hingga abad keempat belas. Antara

faktor yang menyebabkan kerajaan ini terkenal ialah pelabuhannya yang pesat kerana

disinggahi ramai pedagang dari pelbagai negara termasuk India, Arab, Rom dan China.

Sehubungan itu, kerajaan Langkasuka mempunyai hubungan yang akrab dengan

negara-negara kejiranan di rantau Asia Tenggara. Dari sudut geografi, pelabuhan

Langkasuka memainkan peranan penting sebagai perlindungan sebelah utara pantai

timur Semenanjung Malaysia daripada ombak besar waktu monsun. Satu perdebatan

tentang lokasi Langkasuka pernah ditimbulkan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 132: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

115

Namun, sumber dari Hikayat Merong Mahawangsa yang menyatakan bahawa

Langkasuka bertempat di negeri Kedah diragukan kerana tidak terdapat bukti yang

kukuh. Malah, semua catatan tradisional China dari 502 hingga 1643, Kitab Tarikh

Patani dan Sejarah Melayu membuktikan bahawa Langkasuka terletak di utara pantai

timur dan bukan di utara pantai barat (D. Devahuti, 1965).

Sebuah kerajaan yang terkenal dan mempunyai perdagangan antarabangsa pasti

mempunyai sebuah tamadun yang stabil dan berbudaya tinggi. Ternyata bahawa

kerajaan Langkasuka memang sebuah kerajaan yang bertamadun dan rakyat jelata hidup

aman sentosa dan penuh kemakmuran. Rakyatnya mampu menjalani prinsip

kekeluargaan dalam sistem sosial yang berdisiplin. Menurut Mohd. Zamberi A. Malek

(2011), Langkasuka mengamalkan sistem pemerintahan berkonsep dewaraja dalam

pentadbiran sebuah kota. Pengaruh Hindu-Buddha amat kuat dalam ciri-ciri

pentadbiran, adat istiadat, budaya dan amalan sosial penduduknya. Menurut L-Fang

dalam Mohd. Zamberi A. Malek (2011), Kota Langkasuka dikelilingi dengan bangunan

tembok batu yang tebal, berdinding kukuh dan tinggi dan terdapat dua buah pintu

gerbang besar.

Menurut beliau lagi, lebih daripada sepuluh orang dayang ditugaskan untuk

bermain muzik sambil memegang bunga-bunga emas manakala terdapat lebih daripada

seratus orang pengawal berpakaian seragam ditugaskan untuk mengawal seluruh istana.

Apabila raja keluar berjalan, dia akan menunggang seekor gajah dan pengawal-

pengawal yang mengikutinya siap membawa kain-kain rentang, panji-panji dan

gendang.

Bukti-bukti yang menunjukkan kewujudan kerajaan ini termasuklah manuskrip,

jurnal, hikayat dan artifak-artifak yang ditinggalkan. Sebagai contoh, candi dan batu

yang dijumpai di Lembah Bujang mempunyai ukiran dan banyak berunsur kosmos,

Univers

ity of

Mala

ya

Page 133: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

116

elemen-elemen Hindu-Buddha dan makhluk hidup. Seperti yang diketahui, kerajaan

Langkasuka wujud sebelum kedatangan Islam. Oleh yang demikian, tidak hairanlah

ukiran-ukiran yang terdapat pada zaman itu berligar pada unsur sedemikian.

Bahan yang digunakan oleh Norhaiza Noordin bagi menghasilkan karya ini

adalah dari jenis Merbau atau Cengal. Merbau juga dipanggil kayu besi atau

Moluccan ironwood dalam bahasa Inggeris. Pohon Merbau yang menghasilkan

kayu keras bermutu tinggi tersebut boleh mencapai setinggi 50 meter.

Merbau pada bahagian teras berwarna kelabu coklat sampai coklat merah

cerah manakala bahagian glubal berwarna kuning pucat. Merbau memiliki tekstur

kasar dan merata. Kayu yang telah diolah memiliki permukaan yang licin dan

mengkilap indah. Merbau termasuk dalam golongan kayu berat dan kuat.

Keistimewaannya, kayu ini tidak mudah menimbulkan cacat apabila dikeringkan.

Justeru, ukiran-ukiran yang dibuat pada kayu ini tentu sekali dapat dihasilkan

dengan sempurna tanpa meragukan keadaan fizikal kayu tersebut. Tarikh

penghasilan karya ini ialah 2 Jun 2010. Dalam erti kata lain, karya ini sudahpun

menjangkau usia tiga tahun lebih.

Cengal tergolong dalam kayu keras yang tahan lama dan pokoknya boleh

membesar setinggi 65 meter. Keistimewaan kayu ini adalah keupayaannya bertahan

dalam sebarang cuaca dan serangan anai-anai tanpa melalui proses pengawetan. Pokok

Cengal bukan sahaja boleh didapati di Malaysia, malah di Singapura dan Thailand.

Kayu jenis ini boleh mencapai harga tinggi di pasaran disebabkan mutunya yang tinggi

dan tahan lasak. Justeru, tidak hairanlah jika Norhaiza Noordin memilih kayu jenis ini

bagi menghasilkan karya ukiran yang berdaya tahan dan bermutu tinggi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 134: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

117

Ukiran karya Bunga Langkasuka bersama bingkai ialah 24.4inci panjang dan

24.4 inci lebar (Gambar 4.1.1) manakala ukiran karya itu sendiri ialah 17.3 inci

panjang dan 17.3 inci lebar (Gambar 4.1.2) serta 1.2 inci tebal (Gambar 4.1.3).

Gambar 4.1.1 Gambar 4.1.2 Gambar 4.1.3

Templat 4.1 : Panel Sisir Angin.

Terdapat pelbagai jenis teknik yang boleh digunakan bagi menghasilkan

sesebuah ukiran contohnya ukiran timbul tanpa silat, ukiran timbul bersilat, ukiran

tebuk tembus dan ukiran tebuk tembus tanpa silat.

Karya Bunga Langkasuka menggunakan teknik tebuk tembus bersilat. Ukiran

sedemikian dihasilkan pada sekeping kayu atau papan yang ditebuk hingga tembus

kecuali bentuk corak ukiran. Ukiran jenis ini berfungsi sebagai pengaliran udara dan

pencahayaan. (Ukiran Kayu Warisan Melayu, 2009). Ukiran teknik ini terdapat silat

pada motif ukiran. Untuk mendapat motif yang seolah-olah hidup, teknik ukiran tebuk

tembus bersilat yang mempunyai silat empat lapis digunakan. Ukiran jenis ini biasanya

diukir balas pada bahagian belakangnya menampakkan bunga dan daunnya hampir

serupa dengan kejadian asalnya seperti dalam Gambar 21.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 135: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

118

Gambar 4.1 : Panel Sisir Angin.

Terdapat beberapa teknik ukiran yang dilakukan oleh setiap pengukir mengikut

kebolehan, kebijaksanaan, daya kreatif dan pengalaman seseorang. Ukiran-ukiran ini

biasanya terdiri daripada beberapa pola. Antara pola yang penting dalam seni ukiran

Melayu ialah pola bujang, pola pemidang dan pola lengkap.

Pola yang digunakan dalam karya ini merupakan pola pemidang atau pola

bingkai. Jelas, ukiran ini menggunakan beberapa corak yang sederhana dan tidak

mempunyai unsur-unsur tertentu. Ukiran lidah api ini menggambarkan pergerakan

sederhana dan tidak berbelit-belit. Tambahan, ukiran ini mempunyai bingkai atau

pemidang. Pola pemidang biasanya diukir dengan mempunyai maksud tertentu yang

hanya diketahui oleh pengukir sahaja.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 136: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

119

Unsur ukiran kayu Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya

ialah unsur flora, fauna dan kosmos. Karya Norhaiza Noordin tergolong dalam unsur

flora bermotifkan Bunga Langkasuka. Karya beliau adalah berdasarkan karya asli bunga

tradisional yang berasal dari zaman kegemilangan Kerajaan Langkasuka.

Dari pandangan umum, motif tersebut mirip bunga teratai. Jika dilihat dengan

teliti,motif ini tidak menggunakan bunga dan daun secara serius, sebaliknya lebih

banyak menggunakan unsur tenaga bumi seperti tanah, air, api dan angin. Keempat-

empat unsur ini berkait rapat dengan dewa-dewi Hindu. Dewa-dewi tersebut dipercayai

menguasai daya-daya kekuatan alam. Sebagai contoh, dewa api dipanggil Agni. Sesuai

dengan watak yang dimilikinya, Agni dilukiskan sebagai dewa yang badannya berwarna

merah, rambutnya adalah api yang berkobar, berkepala dua dan selalu bersinar, berdagu

tajam, bergigi emas, memiliki enam mata, tujuh tangan, tujuh lidah, empat tanduk, tiga

kaki dan menunggang seekor biri-biri. Agni sering disebut-sebut sebagai dewa

pemimpin upacara dalam kitab Weda kerana arif dalam hal upacara keagamaan (K.M.

Sen, 1962).

Dewa angin pula dipanggil Bayu dan merupakan salah satu dewa paling penting.

Bayu sering digambarkan sebagai seorang pria tampan dengan kulit sedikit ungu. Dia

memiliki kenderaan menakjubkan yang ditarik oleh seribu kuda ungu dan putih. Selain

daripada itu, Bayu sering digambarkan memiliki empat lengan dengan dua lengan

memegang bendera kecil. Dewa angin tersebut dipandang sebagai dewa nafas

kehidupan.

Dewa air pula diberi nama Baruna atau Varuna. Menurut K.M. Sen (1962) lagi,

Baruna merupakan penguasa air lautan dan samudra. Menurut kepercayaan umat

Hindu,Baruna menguasai hukum alam yang disebut Reta dan sering digambarkan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 137: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

120

menaiki seekor binatang bernama Makara. Makara merupakan seekor binatang berupa

setengah buaya dan setengah kambing.

Keempat-empat elemen tersebut digabungkan dalam ukiran motif bunga yang

indah. Di sebalik motif tersebut, wujudnya satu fenomena gabungan empat kuasa seperti

yang diterangkan di atas. Justeru, ukiran Bunga Langkasuka tersebut mempunyai kuasa-

kuasa hebat dan dipercayai bahawa bunga itu turut menjadi sesuatu yang sakral bagi

rakyat Langkasuka.

Gambar 4.2 : Lakaran Bunga Langkasuka

Sumber : Norhaiza Noordin.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 138: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

121

Gambar 4.3 : Panel Sisir Angin.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, motif bunga yang diukir dalam ukiran

tersebut merupakan motif Bunga Langkasuka. Namun, bunga tersebut mungkin tidak

wujud lagi atau diberi panggilan lain. Setelah membuat penelitian, didapati bahawa

Bunga Langkasuka seakan-akan bunga teratai yang wujud sekarang. Lihat Templat 2.

Penemuan yang menarik ialah bunga teratai merupakan bunga nasional negara India.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 139: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

122

Bunga Teratai Sebenar Ukiran Bunga Langkasuka

Templat 4.2 : Bunga Teratai dan Panel Sisir Angin.

Menurut R. Raghu (2008), agama Hindu dan lagenda-lagenda Hindu

menggambarkan dewi Saraswathi bersemayam di atas bunga teratai. Jelas, bunga ini

merupakan sebahagian daripada kepercayaan Hindu-Buddha. Teratai juga dianggap

lebih daripada sekuntum bunga oleh masyarakat India kerana mewakili konsep

keindahan dan kemerdekaan.

Ukiran beliau begitu menarik dari segi warna kerana hasil karya tersebut

menampakkan keaslian warna kayu. Ukiran ini hanya menampakkan sejenis warna iaitu

coklat cerah. Bingkai karya tersebut berwarna coklat cerah, begitu juga dengan ukiran

beliau. Bunga Langkasuka ini tetap menarik perhatian peminat-peminat seni ukir kayu

Melayu dan sejarawan yang menghayati kegemilangan kerajaan Langkasuka. Menurut

Tenas Effendy (2009), warna coklat membawa erti kedamaian, kebaikan hati, kejujuran,

kesabaran dan ketabahan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 140: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

123

a. Pemikiran dalam Karya

Norhaiza Noordin menjelaskan falsafah dan pemikirannya terhadap karya Bunga

Langkasuka, motif-motif yang terdapat dalam ukiran tersebut sedikit sebanyak boleh

membantu pengkaji membuat penafsiran sendiri terhadap hasil karya beliau. Pertama,

unsur api yang dikaitkan dengan dewa api oleh masyarakat Hindu, Agni, dipercayai

menguasai setiap upacara keagamaan. Bunga-bunga Langkasuka yang wujud pada

zaman tersebut digunakan dalam melaksanakan upacara-upacara keagamaan. Kedua,

sehubungan dengan elemen angin yang dikaitkan dengan dewa angin, Bayu, pengkaji

berpendapat bahawa elemen angin dalam Bunga Langkasuka melambangkan nafas

kehidupan terhadap kerajaan Langkasuka.

Akhir sekali, kewujudan elemen air yang dikaitkan dengan Baruna, dewa air,

mungkin melambangkan kuasa hukum alam yang menjaga keseluruhan lautan pantai

timur di Semenanjung Malaysia khususnya dalam kawasan pemerintahan Langkasuka.

Justeru, pemikiran di sebalik karya Bunga Langkasuka dipercayai mengandungi kuasa-

kuasa setiap dewa Hindu yang menjaga seluruh kerajaan Langkasuka daripada ditimpa

bala dan bencana. Bunga Langkasuka tersebut mungkin wujud pada zaman itu dan

dianggap sebagai bunga yang sakral.

4.2.2 Zaman Tradisional

Karya kedua Norhaiza Noordin jelas mewakili zaman tradisional, iaitu zaman

ukiran-ukiran kayu yang berteraskan motif tumbuh-tumbuhan atau motif daun hidup

(kelopak hidup). Ukiran-ukiran yang memaparkan motif tersebut dianggarkan bermula

sekitar 1800-an oleh seniman-seniman dari Pattani dan Kelantan (Ukiran Kayu Warisan

Melayu, 2009). Dalam erti kata lain, itulah permulaan kepada zaman tradisional bagi

Univers

ity of

Mala

ya

Page 141: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

124

ukiran-ukiran kayu Melayu. Ukiran gaya ini dikatakan terbentuk daripada elemen

semula jadi dan hasil gubahan pengukir itu sendiri. Antaranya ialah corak awan larat

yang juga boleh dikesan dalam karya beliau ini. Karya beliau juga tergolong dalam

kategori kelopak hidup. Gambar 24 di bawah ini merupakan karya tradisional beliau

yang mewakili zaman tersebut.

Gambar 4.4 : Sisir Angin Motif Bunga Peria

Menurut Norhaiza Noordin ini, tarikh penghasilannya ialah 06 Mac 2006. Hal

ini bermaksud bahawa karya ini sudah dicipta sejak tujuh tahun lepas. Seperti

kebanyakan pengukir kayu terkenal, kayu-kayu yang dipilih untuk menghasilkan

ukiran-ukiran yang halus dan indah haruslah daripada jenis kayu yang baik. Kawasan

hutan tropika di Malaysia tidak kurang dengan kayu-kayu yang baik. Kayu yang

digunakan oleh Norhaiza Noordin bagi menghasilkan ukiran tersebut merupakan kayu

cengal. Antara sebab utama kayu cengal dipilih ialah kayu cengal merupakan kayu

tropika yang mudah dijumpai di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan

Thailand. Maka, pembelian bahan kayu yang besar ini boleh didapati dengan kos yang

rendah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 142: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

125

Selain faktor mudah didapati, kayu cengal juga terkenal dengan ciri ketahanan

yang tinggi dan sifatnya yang tidak mudah pecah. Kayu cengal mempunyai ketumpatan

antara 560 hingga 720 kilogram per meter padu. Ketahanan kayu ini juga disebabkan

kayu cengal mempunyai sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi teras kayu

tersebut. Maka itu, ukiran yang berjalin-jalin dan kompleks melalui teknik-teknik

khusus seperti teknik tebuk timbul bersilat boleh dihasilkan tanpa ragu-ragu bahawa

bahan kayu itu akan tersompek atau mudah sumbing.

Ukuran ukiran tradisional Norhaiza Noordin adalah sepanjang 42 inci dan

selebar 14 inci, manakala ukuran bagi reka bentuk ukiran adalah sepanjang 36 inci dan

selebar 9.4 inci. Ketebalan ukiran pula adalah setebal 2 inci. Hal ini dapat dilihat dengan

lebih jelas melalui Gambar 25 di bawah.

Gambar 4.5 : Ukuran Ukiran Sisir Angin.

Ukiran Kayu Warisan Melayu (2009) terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia telah menghuraikan tentang empat teknik yang sering diaplikasikan oleh

pengukir-pengukir terhadap ukiran kayu, iaitu teknik timbul tanpa silat, teknik timbul

bersilat, teknik tebuk tembus dan teknik tebuk tembus bersilat. Teknik yang telah

diaplikasikan oleh Norhaiza Noordin dalam ukiran tradisionalnya ialah teknik tebuk

Univers

ity of

Mala

ya

Page 143: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

126

tembus bersilat yang mempunyai silat empat lapis. Hal ini dapat dilihat dengan lebih

jelas lagi menerusi gambar di bawah:

liuk lentuk

Gambar 4.6 : Sisir Angin.

Silat merupakan ekspresi “liuk lentuk” motif ukiran yang dibuat. Teknik silat

dalam ukiran Kelopak Hidupnya merupakan elemen asas yang menjadikan ukiran

tersebut sangat indah dan menarik. Hal ini kerana dengan menggunakan teknik tebuk

tembus bersilat, motif dalam ukiran tradisional beliau seolah-olah hidup. Pohon peria

dalam ukiran beliau telah diukir balas pada bahagian belakangnya, menampakkan bunga

dan daunnya hampir serupa dengan keadaan sebenar. Gambar 26 jelas menunjukkan

teknik-teknik yang mampu menghasilkan keadaan sebenar elemen-elemen asas itu.

Ukiran tradisional seperti ini hanya terdapat di istana-istana dan rumah bangsawan

Melayu suatu ketika dahulu (Ukiran Kayu Warisan Melayu, 2009).

Univers

ity of

Mala

ya

Page 144: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

127

daun yang diukir

bunga yang diukir

hampir serupa

hampir serupa

dengan bunga asal

dengan daun asal

Gambar 4.7 : Ukiran Sisir Angin.

Menurut Abdul Halim Nasir (1986) dalam bukunya Ukiran Kayu Melayu

Tradisi, terdapat tiga pola dalam ukiran kayu Melayu tradisional iaitu pola bujang, pola

pemidang dan pola lengkap. Pola yang telah dikenal pasti dalam ukiran Kelopak Hidup

Norhaiza Noordin ialah pola lengkap. Menurut ( Halim Nasir, 1986), pola lengkap atau

pola induk menggabungkan semua unsur dalam satu bentuk ukiran yang lengkap.

Jika diteliti ukiran tradisional Norhaiza Noordin, dapat dilihat dengan jelas

bahawa ukiran beliau ternyata telah menggabungkan semua elemen yang terdapat pada

pohon yang dipilih iaitu bermula dengan benih (punca atau ibu), batang, ranting, sulur,

pucuk, daun, kudup dan bunga yang telah digabungkan dalam satu ukiran. Hal ini dapat

dilihat dengan lebih jelas lagi melalui gambar di sebelah:

Univers

ity of

Mala

ya

Page 145: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

128

bunga Punca Ibu ranting

Daun kudup

ranting Daun Kembang

Gambar 4.8 : Ukiran Sisir Angin.

Berdasarkan Gambar 27, pola yang terdapat dalam ukiran beliau jelas

menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan. Hal ini disokong oleh penerangan Abdul

Halim Nasir (1986), iaitu pola lengkap lazimnya menitikberatkan unsur tumbuh-

tumbuhan kerana sifatnya lebih lembut dan mudah disusun. Selain itu, berdasarkan

gambar di bawah, jelas dapat diperhatikan bahawa sistem penyusunan ukiran tradisional

Norhaiza Noordin adalah berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, bersilat, bergulung-gulung

dan berawan larat. Penyusunan yang dihasilkan ini sebenarnya mencerminkan kreativiti,

kebijaksanaan dan bakat Cik Norhaiza Noordin sebagai seorang adiguru pengukir.

penyusunan yang berlingkar-lingkar, bersilat, bergulung-gulung dan berawan larat

Gambar 4.9 : Ukiran Sisir Angin.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 146: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

129

Penyusunan ini berbeza jika dibandingkan dengan ukiran yang terdiri daripada

pola pemidang dan pola bujang. Pola pemidang menggunakan unsur-unsur yang

bersifat lebih sederhana, pergerakannya pula tidak banyak berbelit-belit atau

berlingkar dan mempunyai pemidang ( Halim Nasir, 1986). Pola yang terdapat pada

ukiran Kelopak Hidup ini juga jelas bukan pola bujang kerana motif pola bujang

mengambil gaya bebas dan tidak terikat (Halim Nasir, 1986). Sebaliknya, pola dalam

ukiran tradisional Norhaiza Noordin ini amat terikat pada disiplin pembentukan yang

merupakan ciri terpenting dalam ukiran tradisional.

Seni ukiran kayu Melayu kebanyakannya dipengaruhi faktor-faktor yang

berkait rapat dengan persekitaran seperti alam semula jadi, iklim, topografi dan

kepercayaan agama. Pada zaman pra-islam, motif yang berunsurkan fauna yang

dipilih oleh seniman ukir Malaysia banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan amalan

animism, contohnya ukiran burung bangau pada haluan perahu nelayan dipercayai

mempunyai nilai kepercayaan yang dikaitkan dengan kecekapan burung bangau

menangkap ikan. Selain ukiran bangau, terdapat juga ukiran yang memanfaatkan

motif dewa dan patung.

Menurut Jasman Ahmad dan Siti Razmah Hj. Idris (1996), terdapat sebanyak

lima motif yang telah diserapkan dalam seni ukiran kayu iaitu motif fauna, motif

geometri, motif kaligrafi, motif kosmos dan motif flora. Motif yang telah dikenal pasti

dalam ukiran Kelopak Hidup oleh Norhaiza Noordin ialah motif flora iaitu secara

khususnya, motif bunga peria. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi menerusi

Gambar 4.10 :

Univers

ity of

Mala

ya

Page 147: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

130

Bunga peria

Daun peria

Gambar 4.10 : Ukiran Sisir Angin.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan yang dipilih untuk dijadikan motif biasanya terdiri

daripada jenis yang ada kaitannya dengan khasiat dan estetika. Antara tumbuh-

tumbuhan yang biasa digunakan ialah Ketumbit, Kacang Laut, Kangkung yang memang

digunakan sebagai ubat tradisional. Ketam Guri, Bunga Cina dan Bunga Cempaka pula

sebagai tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan bau harum atau memiliki bunga yang

cantik. (Ukiran Kayu Warisan Melayu, 2009).

Pohon peria yang telah dimanfaatkan oleh Norhaiza Noordin dalam ukiran

tradisionalnya ternyata mempunyai banyak khasiat. Di negara-negara Asia Timur,

seperti Jepun, Korea, dan Cina, peria dimanfaatkan untuk pengubatan, antara lain

sebagai perangsang nafsu makan, menyembuhkan penyakit kuning, melancarkan

pencernaan, dan sebagai ubat bagi penyakit malaria. Selain itu, peria juga mengandungi

beta-karotena sebanyak dua kali ganda daripada brokoli sehingga mampu mencegah

penyakit kanser dan mengurangi risiko terkena serangan jantung ataupun jangkitan

virus.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 148: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

131

Selain khasiat, tidak dapat dinafikan juga bahawa pohon peria yang telah

dimanfaatkan oleh Norhaiza Noordin dalam ukiran tradisionalnya mempunyai nilai

estetik yang tinggi kerana bunga peria yang mekar dalam ukiran tersebut kelihatan amat

cantik dan indah.

Abdul Halim Nasir (1986) telah menghuraikan tentang lima unsur yang terdapat

dalam ukiran kayu Melayu tradisional. Unsur-unsur tersebut ialah unsur makhluk hidup,

unsur kosmos, unsur geometri, unsur kaligrafi dan unsur tumbuh-tumbuhan. Unsur yang

telah dikenal pasti dalam ukiran tradisional Norhaiza Noordin ialah unsur tumbuh-

tumbuhan. Biasanya, tumbuh-tumbuhan menjalar ataupun pohon-pohon yang

mengeluarkan bunga menjadi pilihan utama (Abdul Halim Nasir, 1986).

Bunga Peria yang mekar

Gambar 4.11 : Ukiran Bunga Peria.

Jika diteliti ukiran tradisional Norhaiza Noordin pada Gambar 30, pohon yang

telah dimanfaatkan oleh beliau dalam ukirannya ialah pohon peria yang mengeluarkan

bunga peria yang mekar. Pohon ini telah diukir secara menjalar (rujuk Gambar 4.11).

Ukiran pohon peria yang telah dibentuk dan digayakan secara menjalar ini ternyata telah

mencantikkan lagi seluruh ukiran tersebut dan menonjolkan kebijaksanaan Norhaiza

Noordin sebagai seorang pengukir.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 149: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

132

Batang menjalar

Gambar 4.12 : Ukiran Bunga Peria.

Dunia seni ukiran Melayu lebih banyak tertumpu kepada pengambilan unsur

tumbuh-tumbuhan (Halim Nasir, 1986). Hal ini kerana agama Islam tidak

menggalakkan penciptaan ragam hias yang berasaskan makhluk yang bernyawa. Oleh

itu, unsur tumbuh-tumbuhan lebih banyak digunakan oleh pengukir-pengukir Melayu

termasuk Norhaiza Noordin sendiri. Namun, saki-baki daripada warisan karya seni

ukiran lama masih tetap menampakkan ciri-ciri yang berunsurkan makhluk hidup

seperti badak mudik, itik pulang petang, ayam berlaga dan sebagainya (Halim Nasir,

1986).

Menurut Norhaiza Noordin dalam wawancaranya, lazimnya pengukir kayu

terutama dirinya tidak mengukir unsur tumbuh-tumbuhan dengan merujuk kepada

bunga, dahan atau daun yang tertentu. Beliau akan mengukir corak, motif dan unsur

yang difikirkannya dahulu. Setelah itu, beliau akan memadankan unsur tumbuh-

tumbuhan dengan bunga yang mirip dengan ukirannya. Pendek kata, ukiran itu

dilakukan tanpa merujuk kepada objek (unsur) yang hendak diukirnya itu secara fizikal.

Namun demikian, beliau menambah bahawa untuk memastikan ukiran itu tercipta dan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 150: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

133

sempurna, objek (unsur) yang hendak diukir itu haruslah wujud (benar), daripada

pernyataan itu menunjukkan bahawa motif bunga yang digunakan dalam ukiran beliau

ini pasti sudah bermain-main dalam fikirannya terdahulu (walaupun tidak dirujuk secara

fizikal).

a. Bunga peria kuncup b. ukiran bunga peria c.bunga peria mekar

Templat 4.3 : Ukiran Bunga Peria.

Motif bunga yang dihidupkan dalam ukiran tersebut merupakan motif bunga

peria. Sekiranya dibandingkan gambar bunga peria dalam keadaan sebenar dengan

ukiran motif bunga dalam karya Norhaiza Noordin ini, jelas terdapat persamaan antara

kedua-duanya. Bunga peria yang telah mekar telah diukir dengan begitu halus dengan

bahagian stigma bunga tersebut diperbesar supaya dapat memberikan perincian kepada

kehalusan stigma yang sebenarnya.

Kelopak bunga peria dalam gambar b jelas sama dengan kelopak bunga peria

dalam keadaan sebenar dalam gambar c. Bunga peria yang masih kuncup lagi atau

bahagian kudup juga dipaparkan dengan begitu indah dalam bentuk ukiran. Keadaan

kuncup bunga itu dalam gambar a jelas serupa dengan hasil ukiran dalam gambar b.

Jelas, keindahan dan kehalusan bunga peria itu dapat dirakam dalam ukiran Norhaiza

Noordin melalui kepakarannya dan kekreatifannya yang tinggi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 151: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

134

Secara tidak langsung, penggunaan bunga peria sebagai objek ukiran beliau

membawa maksud bahawa tumbuhan bunga peria ini sentiasa berada di fikiran

Norhaiza Noordin. Seperti dikatakan oleh beliau dalam wawancara, beliau tidak

merujuk kepada bunga tersebut semasa melaksanakan proses mengukir. Dalam erti kata

lain, bunga peria ini merupakan sesuatu yang dekat pada hati beliau. Terdapat beberapa

kemungkinan yang boleh dianggap sebagai alasan bunga peria itu menjadi objek ukiran

tersebut.

Pertama, pokok peria ini bukan ditanam di perkarangan rumah Norhaiza

Noordin sendiri. Walaupun buah peria ini berasa pahit, bunga peria jantan peria akan

mengeluarkan bau yang harum ketika bunga tersebut mekar. Kedua, buah peria memang

mempunyai khasiat yang baik sebalik rasanya yang pahit itu seperti dibincangkan pada

awalnya. Kemungkinan, dua faktor ini yang mendorong idea dan ilham Norhaiza

Noordin ketika beliau hendak memulakan proses mengukir karya ini.

Sekiranya diperhatikan, ukiran beliau ini divarnis dengan dua warna, iaitu warna

coklat muda pada bingkai ukiran dan warna coklat tua pada ukiran itu sendiri.

Umumnya, perbezaan warna ini dilakukan untuk membezakan bingkai dengan motif

ukiran itu tersendiri. Dalam erti kata lain, perbezaan warna ini membantu

menghidupkan atau highlight ukiran itu. Justeru, pelanggan atau penggemar seni ukiran

akan terus memberikan fokus penglihatan kepada ukiran itu. Selain itu, penggunaan

warna dalam ukiran juga mempunyai falsafah tersendiri. Ukiran Norhaiza Noordin ini

dikenakan dengan warna coklat-kecoklatan. Tenas Effendy (2009) menjelaskan bahawa

warna itu membawa erti kedamaian, kebaikan hati, kejujuran, kesabaran dan ketabahan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 152: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

135

Namun dalam wawancara bersama Norhaiza Noordin sendiri, beliau

berpendapatu, pemakaian warna coklat itu adalah untuk mencantikkan lagi karya

tersebut. Oleh sebab unsur tumbuh-tumbuhan itu berasal dari tanah dan kayu itu

berwarna coklat maka warna asli (tanah dan kayu) itu paling sesuai untuk mencantikkan

karya ukiran tersebut. Walau bagaimanapun, karya ukiran ini tampak lebih cantik

dengan pemakaian warna dan perbezaan yang ditimbulkan antara bingkai dan ukiran

tanpa menghiraukan alasan atau falsafah sebalik pemakaian warna itu sendiri.

a. Pemikiran dalam Karya

Seperti diketahui, setiap ukiran Melayu yang dihasilkan dalam zaman tradisional

ini akan memaparkan penggunaan elemen benih (punca atau ibu), batang, ranting, sulur,

pucuk, daun, bunga, buah (Mohd Sabrizaa Abd Rashid, 2008). Pada masa yang sama,

jelas karya tradisional Norhaiza Noordin iaitu Kelopak Hidup ini turut tidak terlepas

daripada menonjolkan elemen-elemen itu. Secara tidak langsung, Norhaiza Noordin

turut menambah bahawa elemen-elemen tersebut dianggap sebagai asas yang

menghasilkan rentak dan corak sesebuah ukiran itu.

Dalam pada itu, setiap karya tradisi yang dihasilkan dalam zaman tradisional ini

dihasilkan berdasarkan fahaman bentuk tumbuh berpunca (Ukiran Melayu, 2009). Hal

ini membawa maksud bahawa permulaan ukiran itu haruslah bermula daripada satu

punca seperti punca air, punca benih, punca rahsia, punca pasu dan punca tanah. Oleh

itu, perbincangan pemikiran yang terkandung dalam karya tersebut akan berlegar sekitar

fahaman punca dan elemen-elemen seperti daun, dahan dan sebagainya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 153: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

136

i. Punca

Jelas, setiap karya ukiran bergerak dari satu punca dan perlahan-lahan berjalar daripada

punca tersebut lalu memenuhi ruang yang ada. Karya ukiran Norhaiza Noordin ini turut

bermula daripada satu punca, iaitu punca rahsia atau punca tersorok. Hal ini bermaksud

bahawa ukiran ini bermula daripada satu sumber yang terselindung, sama ada di sebalik

pasu, daun, sulur atau dahan lain (Ukiran Kayu Warisan Melayu, 2009). Pada masa

yang sama, reka corak ukiran yang berasaskan punca rahsia lazimnya mempunyai sifat

simetrikal sama ada mendatar atau menegak (Mohd Sabrizaa Abd Rashid, 2008).

Gambar C jelas menunjukkan sifat simetrikal yang wujud secara mendatar

dengan menggunakan garisan merah. Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2008) memecahkan

jenis punca rahsia kepada tiga, iaitu yang pertama, jenis pangkal dan hujungnya yang

tiada titik (sifat seperti nombor lapan). Kedua, pangkalnya tiada berpunca tetapi

hujungnya diakhiri dengan elemen yang disebutkan di bahagian atas (sulur tak

berpunca). Ketiga, pangkalnya tiada punca dan berakhir dengan elemen-elemen ukiran

wujud bahagian tengah menyerupai gelang (gelang berpunca).

Karya Norhaiza Noordin tergolong dalam jenis kedua iaitu jenis yang

pangkalnya tiada punca tetapi berakhir dengan elemen-elemen ukiran seperti kudup,

bunga, sulur dan daun. Hal ini jelas dapat diperhatikan dalam gambar 4.2.13 yang

puncanya itu punca ibu (bunga mekar) yang permulaan atau pangkalnya tersembunyi di

belakang batang yang menjalar-jalar. Penghujung ukiran itu diakhiri dengan elemen-

elemen seperti kudup, bunga dan daun. Oleh itu, jelaslah bahawa karya beliau ini

merupakan suatu karya ukiran yang berjaya merakam ketepatan fahaman punca rahsia

(sulur tak berpunca).

Univers

ity of

Mala

ya

Page 154: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

137

Berakhir dengan daun

Semiterikal bunga yang melindungi batang

Berakhir dengan daun Semiterikal

Gambar 4.13 : Ukiran Bunga Peria.

Sebalik fahaman punca rahsia dalam karya Norhaiza Noordin ini, juga

tersembunyi falsafah dan makna yang besar. Falsafah ini boleh diperhatikan dengan

terperinci melalui penerangan (Abdullah Mohamed 1990). Beliau menjelaskan bahawa

alam ini ialah manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Sifat-sifat ilmu Allah itu ialah

rahsia yang hanya boleh dilihat dengan pandangan akal dan kalbu.

Maka daripada rahsia itu, terjadi berbagai-bagai organisma sama ada flora atau

fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan sesuai dengan sifat Allah yang

indah (Jamal) dan yang hebat (Jalal). Serupa juga dengan fahaman punca rahsia sulur

tak berpunca di dalam karya Norhaiza Noordin, permulaan atau pangkal ukiran tersebut

tersembunyi dan penuh rahsia. Aspek ini diibaratkan seperti sifat-sifat ilmu Allah yang

penuh rahsia dan tidak dapat difahami atau diketahui manusia. Hujungnya yang berakhir

dengan pelbagai elemen seperti bunga dan daun menunjukkan keindahan kejadian alam

ini tersendiri. Keindahan yang lahir daripada hubungan zat Allah dan kewujudan alam

jelas digambarkan dalam ukiran Norhaiza Noordin ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 155: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

138

Selain itu, terdapat juga sebuah falsafah lagi yang berkaitan dengan konsep

punca sebagai permulaan kehidupan dan digambarkan dengan penggunaan elemen

bunga. Elemen bunga yang digunakan itu sedang mekar berkembang dalam fenomena

permulaan kehidupan. Secara tidak langsung, kemekaran bunga itu menjadi lambang

keagungan dan kebesaran Tuhan dalam memberi nyawa dan kehidupan pada makhluk-

Nya. Ukiran yang menjalar-jalar ini menunjukkan keindahan ciptaan Tuhan di samping

kelemahan yang wujud pada makhluk manusia yang ada akhirnya. Hal ini berbeza

dengan sifat Allah s.w.t yang tiada awal dan akhir. Penerangan falsafah ini disokong

oleh Cik Norhaiza Noordin dalam wawancaranya dan juga dalam kertas kerja Mohd

Sabrizaa Abd Rashid (2008).

ii. Dahan

Seperti yang dijelaskan dalam bahagian punca, dahan atau batang itu dianggap sebagai

perjalanan hidup. Oleh itu, sifatnya haruslah menjalar-jalar, meliuk-liuk dan melilit-lilit

seolah-olah hendak memaparkan keadaan hidup yang diibaratkan seperti pasang dan

surut laut di pantai. Terdapat dua pemikiran dan falsafah yang boleh diperhatikan dalam

bahagian dahan ini. Pertama, falsafah ‘lilit tidak memaut kawan’ yang telah

dibincangkan dalam buku Ukiran Kayu Warisan Melayu (2009).

Falsafah ini menjelaskan bahawa kehidupan ini penuh perjuangan dan

keperluan demi penakatan hidup. Kadangkala, manusia lupa pada akidah dan pegangan

Islam lalu memijak antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, batang

dan dahan yang diukir oleh pengukir itu berlilit-lilit antara satu sama lain tetapi tidak

membinasakan (mengetatkan lilitan). Malahan, sifat lilitan itu bertumpang-tindih dan

seolah-olah menghidupkan harmoni dalam kehidupan yang berlandaskan syariah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 156: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

139

Tamplet 4.4 karya ukiran Norhaiza Noordin jelas menunjukkan sifat lilitan yang

harmoni dan bertumpang-tindih itu.

Tamplet 4.4 : Harmoni susunan batang muda menjalar daripada bawah batang tua.

Falsafah kedua juga boleh diperhatikan dalam Tamplet 4.4, iaitu sifat dahan dan

batang yang halus dan gemuk. Batang-batang yang muda diukir lebih halus daripada

batang-batang yang tua. Pada masa yang sama, batang muda selalu akan menjalar

bawah batang tua. Hal ini menggambarkan pegangan adat resam ‘hormat-menghormati’

kepada orang tua dan yang berpengalaman daripada diri kita (Mohd Nazzri Ahmad,

2002). Secara tidak langsung, falsafah ini turut berkaitan dengan falsafah yang pertama,

iaitu kehidupan ini sentiasa harus berlandaskan agama Islam.

iii. Daun

Ukiran daun-daun yang meliuk dan kadangkala terlentok ini tidaklah dilakukan sekadar

tujuan mencantikkan atau mengisi ruang kosong antara elemen ukiran lain. Terdapat

juga pemikiran di sebalik kelenturan dan kelembutan susunan ukiran daun itu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 157: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

140

Pemikiran itu berbalik kepada landasan akidah bahawa umat Islam dilarang bermusuh-

musuhan dan melakukan perkara yang boleh menyebabkan pertalian persaudaraan itu

terputus.

Hal ini jelas boleh diperhatikan dalam ayat 13, surah al-Hujaraat yang berbunyi,

“Hai manusia, sungguh Kami telah ciptakan kamu dan jenis laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal."

Daripada ayat tersebut, jelas manusia disuruh kenal-mengenali dan berbuat baik.

Pada masa yang sama, Nabi s.a.w sendiri berpesan agar saling hormat-menghormati

antara satu sama lain (walaupun berlainan bangsa) melalui kisah baginda dengan jiran

berbangsa Yahudi itu. Falsafah di sebalik akidah Islam ini didukung oleh pengukir-

pengukir kayu Melayu apabila mereka mengukir hujung-hujung daun dalam bentuk

menunduk apabila bertemu dengan daun lain agar tidak mendatangkan konflik. Falsafah

yang diterapkan ini dinamakan sebagai ‘tajam tidak menujah lawan’ (Ukiran Kayu

Warisan Melayu, 2009).

Templet 4.5 : Daun tidak menujah bunga dan daun lain.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 158: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

141

Secara tidak langsung, daun-daun yang diukir dalam ukiran Norhaiza Noordin

juga mendukung falsafah sedemikian, iaitu daun-daun tersebut seolah-olah meliuk ke

tepi atau menjalar ke atas daun lain agar tidak menikam daun-daun lain. Templat 4.6 ini

jelas menunjukkan pegangan ‘tajam tidak menujah lawan’ yang terdapat dalam ukiran

beliau ini.

iv. Bunga

Menurut Norhaiza Noordin (2005), bunga sebagai punca diletakkan di tengah kerana

pengukir ingin menjadikannya sebagai titik fokus sesebuah karya. Secara tidak

langsung, bunga itu juga melambangkan kemeriahan, kesegaran dan harmoni dalam

karyawan. Bunga utama yang berkembang mekar dengan besarnya itu boleh dilihat

terletak di tengah-tengah ukiran tersebut melalui Gambar 4.13.

Gambar 4.14 : Motif Bunga Peria.

v. Benih

Menurut Norhaiza Noordin dalam wawancaranya, benih digambarkan sebagai seorang

ibu yang akan mengandungkan anak, iaitu bunga. Bunga yang dilahirkan itu berada di

hujung batang yang menjalar, berliuk-liuk dan panjang kerana batang itu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 159: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

142

melambangkan jalan hidup anak tersebut. Benih dalam ukiran beliau ini juga merujuk

kepada punca atau ibu ukiran, iaitu puncanya rahsia (terselindung belakang daun).

vi. Bingkai

Ruang yang dikhususkan oleh Norhaiza Noordin bagi penjalaran dahan dan bunga

ukiran beliau itu terbatas dengan penggunaan bingkai. Secara tidak langsung, bingkai

ini juga dianggap sebagai salah satu elemen yang mempunyai falsafah, iaitu

mencerminkan sempadan seperti pegangan agama Islam dan adat kebudayaan Melayu

yang menjadi garis panduan dalam kehidupan manusia (Mohd Sabrizaa Abd Rashid,

2008). Maka, bingkai yang digunakan dalam karya tersebut mencerminkan bahawa

kehidupan manusia walau bagaimana jauh perjalanan dan naik turunnya itu tetap

bersandarkan panduan hidup (agama Islam dan adat resam).

Secara tidak langsung, aspek silat dalam teknik ukiran juga mengandungi

falsafah kecil. Oleh itu, aspek silat akan dibincangkan di bahagian kesimpulan kepada

pemikiran dalam karya. Menurut perbincangan dalam buku Ukiran Kayu Warisan

Melayu (2009), teknik silat dianggap sebagai hasil daripada gabungan falsafah-falsafah

yang telah dibincangkan mengenai punca, dahan dan daun. Teknik ini menunjukkan

kebijaksanaan pengukir untuk melampaui sempadan bingkai dan memanipulasikan

prinsip dan pegangan itu. Gabungan kesemua falsafah ini menunjukkan bahawa

sesebuah karya ukiran seperti karya ukiran Norhaiza Noordin ini bukanlah hiasan

semata-mata tetapi mengandungi makna tersurat dan tersirat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 160: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

143

4.2.3 Zaman Kontemporari

Ukiran kayu kontemporari merujuk kepada ukiran-ukiran yang lebih bersifat

bebas dan mengetengahkan elemen moden dan serius. Ukiran kayu kontemporari

dianggarkan telah bermula sekitar 1970-an (Ukiran Kayu Warisan Melayu, 2009).

Menurut Abdul Halim Nasir (1986) dalam bukunya Ukiran Kayu Melayu Tradisi,

selepas zaman kemerdekaan, terdapat beberapa faktor baharu yang mengakibatkan

perubahan dalam motif hias ukiran kayu.

Faktor baharu tersebut adalah seperti pengetahuan yang lebih luas, sistem

pendidikan yang lebih baik, dasar ekonomi kapitalis dan kemudahan teknologi. Selain

itu, penjajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu telah banyak mempengaruhi kehidupan

sosio-budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Kehidupan moden yang lebih kompleks

dalam masyarakat Melayu setelah kemerdekaan banyak mempengaruhi perkembangan

ukiran kayu di Malaysia. Seniman atau pengukir sebagai makhluk sosial tidak terlepas

dari perubahan sosial, budaya dan alam. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam

masyarakat telah mendorong para pengukir untuk menciptakan motif hias yang baharu

dalam bidang seni ukiran kayu.

Ukiran kayu kontemporari lazimnya memaparkan motif flora dan fauna,

mengikut kreativiti pengukir dan permintaan semasa. Lazimnya, proses penghasilan

ukiran kayu kontemporari tidak memakan masa yang terlalu lama berbanding

penghasilan ukiran kayu tradisi. Hal ini disebabkan oleh penggunaan teknologi terkini

dan juga motif yang ingin digunakan lebih mudah untuk diukir berbanding ukiran

tradisi. Gambar 4.15 di bawah merupakan karya kontemporari yang berjudul “Lopak”

yang telah dihasilkan oleh Norhaiza Noordin.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 161: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

144

Gambar 4.15 : Lopak 3.

Menurut lampiran maklumat yang disertakan semasa pameran karya Norhaiza

Noordin ini, tarikh penghasilan karya kontemporari ini ialah 22 Ogos 2013. Dalam erti

kata lain, karya ini baru sahaja dihasilkan. Seperti karya tradisional yang dihasilkan

beliau, kayu yang digunakan oleh Norhaiza Noordin bagi menghasilkan karya

kontemporari ini juga kayu cengal. Kayu cengal merupakan salah satu jenis kayu yang

mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan penggemar ukiran kayu.

Kayu cengal mudah didapati dan terkenal dengan ciri ketahanan yang tinggi dan

sifatnya yang tidak mudah pecah. Selain itu, kayu cengal juga mempunyai kepadatan

yang tinggi dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Kayu cengal juga kurang dihinggapi

oleh anai-anai kerana kayu ini merupakan jenis kayu keras.

Ukuran bagi ukiran kontemporari yang dihasilkan oleh Norhaiza Noordin adalah

sepanjang 47 inci dan selebar 24 inci. Ketebalan karya tersebut pula adalah setebal 1.25

inci. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada Gambar 38 di bawah ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 162: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

145

47 inci

24 inci

Gambar 4.16 : Lopak 3

Seperti yang telah diterangkan, terdapat empat teknik yang selalu diaplikasikan

oleh pengukir-pengukir dalam ukiran kayu. Bagi ukiran kontemporari, Norhaiza

Noordin telah mengaplikasikan dua teknik ukiran iaitu teknik tebuk timbul tanpa silat

bagi bahagian corak dan tebuk tembus bersilat bagi bahagian motif daun. Teknik tebuk

timbul tanpa silat ialah ukiran yang dibuat dengan meluakkan bahagian permukaan yang

kosong dan tidak mempunyai corak ukiran. Kesan daripada luakan itu mengakibatkan

penurunan permukaan kosong pada corak. Corak atau motif ukiran akan kelihatan

timbul dari permukaan kayu dan dibiarkan rata (tanpa silat). Teknik tebuk tembus

bersilat pula merujuk kepada ukiran yang ditebuk supaya tembus bentuk-bentuk bunga

atau coraknya. Bagi ukiran tebuk tembus bersilat, bahagian yang menindih dan

melengkung keluar ditimbulkan, manakala bahagian yang melengkung ke dalam dan

tertindih pula ditenggelamkan. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada gambar-

gambar yang berikut:

Univers

ity of

Mala

ya

Page 163: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

146

Gambar 4.17 :

bahagian yang

ditebuk timbul

dan

memperlihatkan

corak lopak air

Bahagian

yang

ditebuk

tembus

bersilat

Batang daun yang berlingkar dan bersilat, melengkung ke luar dan ke dalam

Gambar 4.18 : Teknik Tebuk Tembus bersilat.

Seperti yang boleh dilihat pada Gambar 4.18, teknik tebuk timbul tidak tembus

telah digunakan bagi menghasilkan corak lopak-lopak air. Teknik ini digunakan kerana

lopak-lopak air tersebut merupakan permukaan kosong yang menurun atau tenggelam

dan tidak mempunyai motif ukiran. Justeru, ‘silat’ atau ‘liuk lentuk’ ukiran diperlukan

pada bahagian corak tersebut. Dalam Gambar 40 pula, penggunaan teknik tebuk tembus

dapat dilihat dengan jelas.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 164: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

147

Penggunaan silat pada bahagian tersebut juga dapat dilihat dengan jelas kerana

batang daun melingkar-lingkar dan memperlihatkan bahagian yang melengkung ke luar

dan ke dalam. Ukiran pada bahagian motif tersebut diukir balas pada bahagian

belakangnya, lantas menampakkan daunnya hampir serupa dengan kejadian asalnya.

Ukiran tersebut juga menyebabkan motif daun ketam guri itu kelihatan seolah-olah

hidup.

Pola yang telah dikenal pasti pada ukiran kontemporari ini ialah pola lengkap.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pola lengkap atau pola induk menggabungkan

semua unsur dalam satu bentuk ukiran yang lengkap (Halim Nasir, 1986). Selain itu,

dari segi bentuk dan corak susun aturnya pula adalah berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh,

bergulung-gulung, berawan larat dan sebagainya (Powzi Muda, 1989). Jika diteliti

ukiran kontemporari yang dihasilkan Norhaiza Noordin ini, bentuk dan corak susun

aturnya berlingkar-lingkar dan berpiuh-piuh. Contohnya, seperti yang dapat dilihat pada

gambar berikut:

Gambar 4.19 : Corak yang saling melingkar berpiuh-piuh.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 165: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

148

Selain itu, Abdul Halim Nasir (1986: 99) telah mengatakan bahawa pola lengkap

menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya lebih lembut dan mudah

disusun. Pola pada ukiran kontemporari ini jelas menitikberatkan unsur tumbuh-

tumbuhan seperti daun, batang dan kudup. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi

pada Gambar 4.20 berikut:

Daun

Batang

Kudup

Gambar 4.20 : Unsur Tumbuhan.

Motif yang telah dikenal pasti dalam ukiran kontemporari oleh Norhaiza

Noordin ialah motif flora, iaitu motif daun ketam guri. Hal ini dapat dilihat dengan jelas

pada Gambar 4.21 di bawah ini.

Motif

Daun Ketam

Guri

Gambar 4.21 : Motif Ketam Guri.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 166: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

149

Lazimnya, tumbuh-tumbuhan yang dipilih untuk dijadikan motif dalam ukiran

terdiri daripada jenis tumbuhan yang mempunyai khasiat dan estetika (Ukiran Kayu

Warisan Melayu, 2009). Justeru, daun ketam guri dipilih kerana daun tersebut

mengandungi banyak khasiat. Daun ketam guri digunakan sebagai ubat untuk merawat

pelbagai penyakit, antaranya seperti bisul, kulit gatal atau kurap pada kepala, sesak

nafas, perut memulas, sakit gigi, luka berdarah dan lain-lain lagi. Daun ketam guri

dijadikan sebagai ubat dengan dua cara, sama ada daun tersebut direndam dan dijadikan

air untuk diminum ataupun daun tersebut dijadikan sebagai ramuan yang kemudiannya

disapukan pada bahagian-bahagian yang terkena penyakit.

Unsur yang telah dikenal pasti dalam ukiran kontemporari ini ialah unsur

tumbuh-tumbuhan, iaitu daun ketam guri. Lazimnya tumbuh-tumbuhan menjalar

ataupun pohon-pohon yang mengeluarkan bunga menjadi pilihan utama (Halim Nasir,

1986). Namun, unsur yang dimanfaatkan oleh Norhaiza Noordin dalam ukiran

kontemporarinya merupakan bahagian pokok ketam guri yang tidak ada bunganya,

tetapi daun sahaja.

Berdasarkan Gambar 4.21, dapat dilihat bahawa daun-daun ketam guri ini diukir

di bahagian dalam lopak-lopak air, sesuai dengan nama yang diberikan kepada ukiran

kontemporari ini, iaitu Lopak. Hal ini boleh dilihat dengan jelas pada gambar yang

berikut:

Univers

ity of

Mala

ya

Page 167: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

150

Gambar 4.22 : Lopak

Namun, jika dilihat pada keseluruhan ukiran ini, kombinasi lopak-lopak air yang

diukir memberi gambaran air yang sedang mengalir. Hal ini dapat dilihat dengan lebih

jelas pada gambar yang berikut:

Daun Ketam guri dalam lopak air

Gambar 4.23 : Daun Ketam Guri

Justeru, merujuk kepada Gambar 4.23 dapat dilihat bahawa bahagian pokok

ketam guri yang terdapat dalam ukiran ini menjalar seakan-akan sedang dibawa

mengikut arus air. Pokok ketam guri merupakan tumbuhan yang lazim dijumpai tumbuh

secara meliar di kawasan padang, tempat yang terbuka dan kawasan terbiar. Pokok ini

juga dikenali dengan nama getang guri, segar guri dan jerun jantan. Berikut merupakan

bandingan antara gambar ketam guri di dalam ukiran Norhaiza Noordin dan ketam guri

dalam keadaan sebenar:

Univers

ity of

Mala

ya

Page 168: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

151

a.Ukiran Motif Ketam Guri b.Bunga Ketam Guri

Templat 4.6 : Ukiran Motif Ketam Guri.

Berdasarkan Templat 4.6, terdapat persamaan pada pokok ketam guri dalam

gambar sebenar dengan ukiran Norhaiza Noordin, khususnya pada bahagian daunnya.

Jika dibandingkan gambar daun ketam guri dalam keadaan sebenar dengan ukiran daun

dalam karya Norhaiza Noordin ini, jelas terdapat persamaan antara kedua-duanya.

Kedua-dua daun itu mempunyai bahagian tepi yang bergerigi. Seperti yang telah

dijelaskan oleh Norhaiza Noordin sendiri dalam wawancara, beliau tidak merujuk

kepada bunga tersebut semasa menghasilkan karya ini. Namun begitu, Norhaiza

Noordin berjaya menghasilkan ukiran daun yang serupa dengan daun ketam guri yang

sebenar.

Daun ketam guri yang lengkap dengan batang dan kudup telah diukir dengan

begitu indah dan halus. Justeru, hal ini jelas membuktikan kepakaran serta kekreatifan

Norhaiza Noordin dalam menghasilkan sesebuah karya ukiran.

Ukiran kontemporari ini hanya menggunakan satu warna sahaja, iaitu warna

coklat muda. Tenas Effendy (2009) menjelaskan bahawa warna coklat membawa erti

kedamaian, kebaikan hati, kejujuran, kesabaran dan ketabahan. Oleh itu, mungkin karya

Univers

ity of

Mala

ya

Page 169: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

152

kontemporari ini diwarnakan dengan warna sedemikian untuk mendukung falsafah

tersebut.

a. Pemikiran dalam Karya

Berdasarkan sesi wawancara bersama Norhaiza Noordin, pengkaji mendapati

bahawa beliau enggan membincangkan tentang falsafah atau pemikiran beliau terhadap

karya-karyanya. Menurut beliau, falsafah atau pemikiran itu merupakan sesuatu perkara

yang bebas, terpulang kepada setiap individu untuk menilai sesebuah karya itu

berdasarkan fahaman dan tafsiran masing-masing.

Jika diteliti ukiran kontemporari oleh Norhaiza Noordin ini secara keseluruhan,

dapat dilihat bahawa ukiran ini menggambarkan air yang sedang mengalir. Secara

umumnya, terdapat banyak falsafah di sebalik penggunaan air dalam karya-karya seni.

Jika diteliti, elemen air banyak dipaparkan dalam karya-karya seni, bukan sahaja dalam

seni ukiran tetapi juga dalam seni lain seperti seni lukisan. Selain itu, bidang

kesusasteraan juga banyak menggunakan elemen-elemen air sebagai simbol yang

melambangkan falsafah dan maksud tertentu.

Secara umumnya, air merupakan sumber kehidupan. Semua makhluk yang hidup

memerlukan air untuk terus hidup. Air juga diperlukan bagi tujuan penyucian dan

pembersihan. Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dari sifat air. Misalnya,

sifat air yang mengalir dari tempat yang tinggi ke arah tempat yang lebih rendah tanpa

membezakan situasi yang dilalui menunjukkan bahawa manusia harus sentiasa

berakhlak dan saling menghormati satu sama lain, tanpa membezakan darjat atau

pangkat seseorang itu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 170: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

153

Sifat air yang fleksibel dan mudah mengalir juga menunjukkan bahawa manusia

harus selalu menyesuaikan diri dengan lingkungan masyarakat sekitarnya untuk

memastikan kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Air juga menjadikan

semua yang ada di bumi ini bersih dan segar. Justeru, hal ini melambangkan kewajipan

manusia terutamanya orang Islam dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah

kemungkaran supaya wujud suasana yang aman, tenteram dan sejahtera.

a. Lopak kecil. b. lopak besar

Pamplat 4.7 : Kombinasi Lopak kecil dan Besar.

Namun, jika dilihat ukiran kontemporari oleh Norhaiza Noordin secara teliti,

aliran air yang dapat dilihat dalam ukiran ini terdiri daripada kombinasi lopak-lopak

kecil yang disatukan dalam sebuah ukiran. Hal ini boleh dilihat pada Pamplet 4.6 di

atas.

Sesuai dengan nama ukirannya, ‘Lopak’, pengkaji dapat melihat lopak-lopak air

dalam ukiran kontemporari ini. Sepertimana yang ditakrifkan dalam Kamus Dewan

Edisi Ketiga, lopak bermaksud lubang di tanah yang berisi air. Dalam erti kata lain,

lopak boleh menakung air yang mengalir di tanah. Berdasarkan Pamplet 4., dapat dilihat

ukiran daun-daun ketam guri di dalam beberapa lopak. Pada pandangan pengkaji, daun-

Univers

ity of

Mala

ya

Page 171: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

154

daun dalam lopak ini seolah-olah dalam keadaan terperangkap dan tidak dapat mengalir

mengikut arus air. Daun-daun ini mungkin melambangkan makhluk atau manusia yang

sedang menghadapi cabaran atau ditimpa kesusahan.

Dalam kehidupan ini, setiap masalah yang dihadapi oleh manusia itu tidak akan

kekal selamanya. Manusia perlu berusaha untuk mengatasi setiap masalah yang mereka

hadapi. Sebagaimana daun yang terperangkap dan tidak dapat bergerak buat sementara

waktu itu, begitulah keadaan manusia yang sedang menghadapi kesulitan. Namun,

setelah kesulitan itu diatasi, manusia akan dapat bangkit semula dan meneruskan

kehidupannya, sepertimana daun yang terperangkap itu dapat mengalir semula

mengikut arus air.

Sekiranya diteliti setiap karya yang terhasil dalam setiap zaman, karya-karya ini

seolah-olah memanifestasikan pemikiran dan pandangan dunia yang terakam dalam

setiap pahatan, goresan, tebukan dan penyilatan yang dilakukan. Walaupun setiap

ukiran ini memiliki dan mengongsi ciri-ciri yang universal seperti pola, unsur, teknik

dan sebagainya, ukiran-ukiran ini masih mewakili zaman-zaman tersendiri dan tidak

boleh disaling ganti. Pengukir Norhaiza Noordin bijak dan berkebolehan dalam

menghasilkan ukiran-ukiran yang berbeza untuk mencerminkan zaman-zaman yang

berbeza walaupun beliau hidup dalam zaman kini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 172: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

155

Gambar 4.24 : Karya Jebak Puyuh

4.3 Analisis Karya Jebak Puyuh

Sejarah keberadaan perangkap burung jebak puyuh ini tidak dapat dinyatakan

secara tepat, namun perangkap jebak puyuh ini dihasilkan pada awal abad ke-20.

Terdapat beberapa pakar pembuat peralatan ini. Antara pakar yang mendapat

pengiktirafan di Malaysia ialah Che Mud Che Awang dan juga Allahyarham Nik

Rashidin Nik Hussein. Pembuatan jebak puyuh ini dihasilkan dengan teknik tradisional

yang rumit tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi. Secara amnya, kebanyakan bahan-

bahan yang perlu digunakan diperoleh dari hutan. Selain itu, penghasilan reka bentuk

jebak ini diilhamkan daripada badan burung puyuh itu sendiri.

Karya 4.13 ini merupakan jebak puyuh hasil ciptaan tokoh ukiran halus

Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussein. Pengkaji memilih jebak puyuh ini untuk dikaji

kerana menurut anak murid beliau iaitu Norhaiza Noordin ia merupakan salah satu

‘Master piece’ dari karya-karya yang pernah beliau hasilkan. Ukiran-ukiran yang

Univers

ity of

Mala

ya

Page 173: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

156

terdapat pada karya ini secara umumnya terdapat pada bahagian hadapan karya,

khususnya pada bahagian “pintu gerbang” (atas) dan juga panel-panel hiasan yang

terdapat di bahagian hadapan perangkap. Bahagian atas karya ini atau juga dinamakan

sebagai “pintu gerbang” dilihat mempunyai corak gunungan dan telah diukir

menggunakan teknik tebuk tembus bersilat. Teknik ini hampir serupa dengan teknik

ukiran tebuk tembus yang dilakukan dengan cara papan kayu ditebuk dan diukir

sehingga tembus mengikut bentuk corak yang dikehendaki pengukir.

Dalam teknik ini juga, terdapat elemen “bersilat” sebagai tambahan untuk tujuan

mencantikkan dan mempamerkan kelembutan motif ukiran berkenaan. Papan tebuk

diukir dengan kaedah tenggelam timbul, iaitu dengan menimbulkan atau menipiskan

bentuk ukiran. Ukiran pada bahagian panel hiasan di sisi perangkap juga menggunakan

teknik yang sama, iaitu teknik ukiran tebuk tembus bersilat. Teknik tebuk tembus ini

mungkin juga digunakan dengan sengaja untuk mencipta fungsi pengaliran udara dan

cahaya yang penting bagi membolehkan burung puyuh yang diperangkap di dalam

jebak ini untuk bernafas.

Selain itu, jebak puyuh pada awalnya dihasilkan hanya dengan ukiran dan ikatan

sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga jebak puyuh yang direka dengan hiasan

kompleks, unik dan indah sehingga dijadikan sebagai alat hiasan rumah yang indah dan

unik. Pembuatan jebak puyuh boleh dilaksanakan dengan menggunakan bahan yang

diperoleh di sekitar perkampungan, contohnya papan yang diperoleh dari kayu nangka,

sentul dan jelutong untuk dijadikan tapak jebak dan ukiran bahagian depan. Selain itu,

bilah buluh atau rotan lazim digunakan untuk membentuk kerangka luaran, manakala

serungkupnya menggunakan anyaman akar atau batang pokok ribu-ribu yang boleh

dijumpai di kawasan belukar.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 174: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

157

Bagi motif jebak puyuh pula, lazimnya motif awan larat, bunga kunyit dan

bunga mawa, daun saga kenering, dan makara sering menjadi pilihan untuk diukir.

Sehubungan itu, menurut Che Mud Che Awang yakni seorang Adiguru Aneka kraf,

jebak puyuh biasanya kecil sesuai dengan ukuran saiz puyuh, bagaimanapun saiznya

kini berubah-ubah bagi disesuaikan dengan permintaan pembeli berikutan hiasan dan

keunikannya. Setelah proses pembuatan jebak puyuh berakhir, jebak puyuh ini akan

dipasang di kawasan belukar berdekatan sawah dengan meletakkan seekor burung

puyuh denak bagi menarik perhatian burung puyuh liar mendekati pintu jebak yang

terbuka.

Bentuk dan ukuran jebak puyuh dihasilkan sesuai untuk memerangkap seekor

burung puyuh. Oleh itu, ukurannya tidak begitu besar. Namun demikian, terdapat saiz

yang berbeza-beza bagi setiap jebak puyuh yang dihasilkan. Menurut Che Mud Bin Che

Awang, jebak puyuh biasanya bersaiz kecil kerana sesuai dengan ukuran saiz puyuh.

Namun kini, saiznya berubah-ubah, disesuaikan dengan permintaan pembeli yang

membelinya sebagai perhiasan.

Menurut beliau lagi, jebak puyuh yang bersaiz kecil akan mengambil masa

sekitar 15 hari untuk disiapkan dan masa yang lebih lama diperlukan untuk menyiapkan

jebak puyuh yang bersaiz lebih besar. Jebak puyuh yang dihasilkan oleh Allahyarham

Nik Rashidin Nik Hussein ini pula bersaiz 33.4 x 30.8 x 23.1 (cm). Saiz ini merupakan

saiz biasa yang sesuai untuk memerangkap seekor burung puyuh.

Jebak puyuh merupakan sejenis alat perangkap untuk menjerat burung puyuh. Ia

seperti sebuah sangkar burung berbentuk separa bulatan dengan tapak yang rata. Bentuk

dan ukurannya cukup untuk memerangkap seekor burung puyuh. Jebak puyuh yang

dihasilkan oleh Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein amat halus dan teliti seni

ukirannya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 175: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

158

Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein menggunakan papan daripada kayu

angsana untuk dijadikan tapak serta ukiran di bahagian hadapan jebak. Pokok Angsana

atau dikenali sebagai pokok sena merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan

Malaysia. Kayu pokok angsana digunakan kerana kayu angsana sejenis kayu yang keras

dan tahan anai-anai. Kayu ini juga cantik dengan warnanya yang merah serta baunya

yang wangi.

Bagi membentuk kerangka luaran jebak puyuh pula, bilah-bilah buluh

digunakan, sementara serungkup jebak dihasilkan menggunakan anyaman ribu-ribu.

Pemegang pembuka pintu pula diukir dengan ukiran gading gajah yang teramat

memerlukan penelitian dan mengambil masa yang lama.

“It aroused his senses – the birds chirping, the lapping waves and the movement of the day dictated his work.”

(Rosnawati: 2007)

Isteri Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein iaitu Puan Rosnawati

mengatakan dalam sebuah temu duga yang dibuat oleh The Star, ilham ataupun idea

yang mendorong suaminya untuk mencipta sesuatu karya lazimnya berasal dari alam

dan persekitarannya. Kampung mereka terletak di kampung Kandis di Kelantan dan di

tempat itulah pengkarya mendapat ilham untuk menghasilkan Jebak Puyuh ataupun

perangkap untuk burung puyuh.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 176: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

159

a. Pemikiran dalam karya.

Secara amnya, artifak ini merupakan alat untuk menangkap burung, sejenis alat

tradisional masyarakat dahulu yang menggunakannya untuk mencari rezeki. Falsafah

karya ini terkandung dalam susunan daun saga kenering yang menghiasi bahagian

gunungan dan juga bunga Tanjung yang menghiasi pintu jebak puyuh (The Spirit of

Wood: 2003).

Batang tua

Batang muda

Sibardayang

ruang

Gambar 4.25 : Falsafah Ukiran Jebak Puyuh.

Terdapat banyak falsafah dan makna yang tersirat dalam gunungan jebak Puyuh

ini. Di antaranya ialah ruang, batang tua dan batang muda, sibar dayang dan hujung

daun saga kenering yang tidak menikam unsur-unsur ukiran lain. Ruang yang wujud

antara batang-batang dan daun di samping mengimbangi ukiran tersebut agar ia

kelihatan tersusun indah, juga membawa makna falsafah yang tersirat. Ruang yang

wujud mendukung falsafah bahawa setiap manusia di muka bumi Allah diberi ruang

untuk berfikir dan membuat refleksi diri. Ruang itu membuat manusia berfikir akan zat

dan kenikmatan yang telah diberi Allah selama ini; mengajak manusia untuk

bermuhasabah diri untuk beberapa waktu dalam kesibukan harian.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 177: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

160

Daun Sibar dayang pula merupakan ukiran daun yang wujud di antara pecahan

batang juga boleh kelihatan di gunungan Jebak Puyuh ini. Kewujudan sibar dayang

membawa peringatan kepada manusia sebagai makhluk Allah yang tidak boleh bersikap

riak atau sombong. Sifat ini merupakan sifat keji yang membawa kebencian orang lain

terhadap diri sendiri. Peringatan ini juga termasuklah lupa diri terhadap daratan ataupun

Allah. Oleh itu, kewujudan sibar dayang di setiap pecahan batang mengandungi falsafah

tersebut.

Batang tua dan batang muda pula boleh kelihatan dengan jelas di gunungan.

Batang tua merupakan batang utama yang diukir dalam gunungan. Batang muda pula

merupakan pecahan daripada batang tua. Gambaran batang tua dan batang muda ini

merupakan mirip realiti sifat pokok sendiri; setiap pokok ada batang tua dan batang

muda. Kepekaan orang Melayu terhadap alam memang tidak dapat dinafikan. Maka,

kepekaan itu ditambah dengan akal fikiran intelektual yang terkandung di sebalik

batang pokok tersebut.

Batang tua diibaratkan sebagai golongan yang lebih tua dan matang, pemimpin

atau pun orang yang berstatus tinggi. Batang muda pula merupakan golongan yang

muda, tidak berpengalaman ataupun masyarakat bawahan maka batang ini lebih kecil

berbanding dengan batang tua dan ia merupakan pecahan daripada batang tua.

Manakala, batang tua merupakan batang utama yang berdiri sendiri dan bukan pecahan

daripada bentuk batang lain. Hal ini memberi pengajaran bahawa golongan muda

haruslah sentiasa menghormati golongan tua agar kehidupan sejahtera dan makmur.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 178: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

161

Selain itu, terdapat juga falsafah di susunan hujung daun yang tidak menikam

unsur ukiran yang lain di bahagian gunungan. Jika terdapat hujung daun yang menikam

unsur ukiran lain, hal ini akan membuat ukiran itu tidak indah ataupun tidak halus. Di

samping itu, falsafah yang tersirat ialah sebagai peringatan bahawa kita hidup dalam

masyarakat dan hindarkan daripada menimbulkan masalah ataupun salah faham kepada

orang. Sifat-sifat negatif seperti hasad dengki, dendam ataupun cemburu terhadap orang

lain harus dibuang kerana orang-orang itu bukanlah orang asing tetapi orang-orang yang

dekat dengan diri kita; saudara-saudara kita yang sebangsa, senegara, sekampung

ataupun seagama.

Dalam menyingkap keindahan dunia seni ukir kayu Melayu, motif ukiran kayu

secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman

dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat

pengaruhnya kepada pengukir. Antara pengaruh yang dimaksudkan ialah unsur tumbuh-

tumbuhan, unsur makhluk hidup, unsur kaligrafi, unsur geometri, dan juga unsur

kosmos. Pengaruh motif ukiran kayu Melayu ternyata dapat dilihat pada kesemua

artifak seni ukir kerana hasilan-hasilan tersebut dilakar dan digarap dengan gagasan,

wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual bangsa Melayu, serta penuh dengan

lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya.

Seni ukiran kayu berkembang maju dalam budaya Melayu hasil dari banyaknya

sumber kayu di kepulauan Melayu dan juga kemahiran tukang kayu. Selain itu, iklim

tropika semula jadi yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna serta daya kosmik, juga

telah memberi inspirasi kepada motif-motif sama ada dalam bentuk abstrak atau stail di

atas papan kayu. Setelah kedatangan Islam, bentuk geometri dan seni khat Islam

kemudian secara tidak langsung diperkenalkan dalam seni ukiran kayu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 179: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

162

Apabila diteliti motif pada artifak seni ukir (jebak puyuh), terdapat banyak motif

yang kelihatan pada bahagian atas dan juga bahagian hadapan jebak. Lazimnya, jebak

puyuh akan diukir dengan ukiran yang bermotifkan awan larat, bunga kunyit, dan bunga

mawar. Namun, setelah pemerhatian teliti dilakukan terhadap Karya ini, jebak puyuh

ukiran Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussein sebenarnya diukir dengan ukiran yang

bermotifkan bunga tanjung, daun saga kenering dan makara. Motif bunga berunsur flora

ini tampak jelas kelihatan pada bahagian atas tengah jebak. Motif flora ini mengambil

konsep daripada sejenis bunga iaitu bunga tanjung, dan sejenis daun iaitu daun saga

kenering.

Bunga tanjung sebenarnya berwarna putih, berkelopak lapan, dan juga harum

baunya. Daun saga kenering pula merupakan sejenis daun yang bergerigi lembut.

Simbolisme di sebalik motif ukiran sebegini terlahir apabila makna ukiran itu

mengambil sifat daun yang lembut serta bunga tanjung yang cantik dan wangi sebagai

tanda keunggulan dan keindahan.

Satu lagi motif yang ketara pada ukiran jebak puyuh ini adalah makara. Menurut

Farish dan Khoo (2003), motif-motif seperti makara, kala, gunungan, stupa, garuda dan

naga wujud sejak era sebelum kedatangan Islam yang mana orang-orang Melayu

memegang kuat pada kepercayaan Hinduisme dan Buddhisme. Dengan kemasukan

Islam pada hujung abad ke-13, motif makara pada ukiran-ukiran Melayu telah perlahan-

lahan bertukar kepada unsur-unsur flora, bersesuaian dan tidak melanggar pantang-

larang agama Islam (Rosnawati, 2005; Norhaiza, 2009).

Pada bahagian atas kiri dan kanan jebak puyuh tersebut terdapat imej daripada

motif bunga yang berbentuk seperti mempunyai ‘belalai’. Dalam imej pra-Islam, imej

Univers

ity of

Mala

ya

Page 180: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

163

yang mempunyai belalai adalah makara. Makara adalah haiwan mitos yang berupa

raksasa air seperti ikan tetapi mempunyai belalai dan kehadirannya sering dikaitkan

dengan air. Ia menjadi lambang kesuburan dan sering terdapat pada perahu dan senjata.

Motif makara pada jebak puyuh tersebut makanya didapati digandingkan bersama motif

bunga tanjung dan daun saga kenering untuk memberikan imej jebak puyuh yang

handal dalam menjebakkan puyuh di samping bernilai estetik tinggi.

Gambar 4.26 : Karya Hulu Keris Motif Burung Kakak Tua

4.4 Analisis Karya Hulu Keris.

Keris merupakan senjata tajam milik dan warisan budaya orang Melayu. Senjata

ini khusus digunakan sebagai alat pertahanan diri, terutamanya oleh masyarakat Melayu

pada zaman dahulu semasa dalam pertarungan (Shahrum Yub, 1966:32), lebih-lebih

lagi di kalangan pendekar (pesilat), pahlawan atau perwira. Keris juga disebut sebagai

Univers

ity of

Mala

ya

Page 181: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

164

senjata tikam kerana peranannya lebih kepada digunakan untuk menikam lawan

(Hamzuri, 1984:1), atau senjata tertutup kerana ia lebih banyak tersimpan dalam

sarungnya daripada digunakan.

Terdapat beberapa teori tentang asal usul dan masa keris dicipta terutamanya

oleh pengkaji-pengkaji Barat. Menurut G.B. Gardner, keris mula dicipta di

Semenanjung Tanah Melayu apabila ‘iting’ atau sengat ikan pari dijadikan senjata

kerana racun yang terdapat padanya berkeupayaan untuk melumpuhkan atau membunuh

musuh-musuh (G.B. Gardner 1973:11). Teori lain tentang asal usul keris dikemukakan

oleh Edward Frey.

Berasaskan laporan Raffles pada tahun 1817, Frey menyatakan bahawa keris

atau pembuatan keris bermula di Jawa Tengah (Indonesia) sebelum abad ke-14 Masihi,

iaitu pada zaman pemerintahan kerajaan Majapahit. Bagi G.C. Griffith Wiliams, keris

telah dicipta dalam abad ke-14 dan abad ke-15 Masihi dan telah menjadi senjata

kebangsaan kerajaan Majapahit. Pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana ini

menunjukkan bahawa asal usul keris bermula sama ada di Kepulauan Jawa atau

Semenanjung Tanah Melayu. (G.B. Gardner 1973:11).

Keris mempunyai berbagai-bagai saiz sama ada kecil, besar, panjang, pendek,

mata lebar dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh permintaan pelanggan ataupun

pengguna kerana saiz keris itu harus disesuaikan dengan diri mereka. Di samping itu, ia

juga disesuaikan dengan bilangan lok iaitu 1, 3, 5, 7, 9, 11 dan dalam bilangan ganjil

seterusnya. Di samping itu, saiz keris itu tidak harus terlalu panjang ataupun pendek

serta praktikal untuk digunakan. (G.B. Gardner 1973:11).

Univers

ity of

Mala

ya

Page 182: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

165

Saiz keris juga dapat menggambarkan saiz pemilik asal keris tersebut. Jika

kerisnya kecil dan pendek maka tentulah tuannya rendah dan bertubuh kecil. Ada juga

keris-keris kecil yang dihasilkan untuk kaum perempuan. Walau bagaimanapun tidak

semua keris dihasilkan mengikut sukatan badan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih

karya Encik Muhammad bin Abdullah untuk dianalisis. Beliau merupakan salah seorang

pengukir yang terkenal dalam menghasilkan keris-keris Melayu. Beliau mempunyai

sebuah bengkel ukiran yang dikenali dengan nama Seni Pusaka Kraf yang terletak di

Kuantan Pahang. Menurut Encik Muhammad Bin Abdullah yakni pembuat keris, saiz

hulu keris mengikut kesesuaian memegang atau mengikut bilah mata keris. Saiz hulu

keris ini juga mengikut kesesuaian mata keris. Beliau juga mengatakan bahawa

wujudnya perbezaan saiz bagi hulu keris adalah disebabkan perbezaan jenis-jenis keris

dan juga penggunaannya. Bagi karya yang dipilih, beliau menyatakan bahawa keris

“Selit Mata” itu berukuran dua belas inci.

Keris merupakan senjata dan perhiasan berstatus tinggi dalam penilaian bangsa

Melayu. (Nik Rashiddin, 2000). Hulu keris terdiri dari pelbagai bentuk seni ukiran dan

jenis bahan pembuatannya. Bahan untuk hulu pula terdiri dari kayu kemuning, gading,

tanduk, akar baha, gigi ikan, gerahang gajah, perak, tembaga dan sebagainya. Hulu keris

yang dihasilkan oleh Muhammad bin Abdullah menggunakan kayu kemuning sebagai

bahan ukiran.

Kayu kemuning mempunyai kepadatan yang tinggi, halus ira gentian dan warna

yang cerah atau celoreng sesuai untuk ukiran hulu keris atau hulu badek. (Ismail Said:

2001) Pengukir keris lazimnya memilih kayu kemuning untuk hulu keris kerana kayu

ini menghasilkan hulu keris yang lebih indah. Pengukir keris akan memberi

kelonggaran untuk sarong keris yang boleh digantikan dengan kayu leban. Sifat kayu

kemuning yang berkilauan kuning cerah atau berceloreng turut menyebabkannya

Univers

ity of

Mala

ya

Page 183: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

166

menjadi pilihan utama pengukir dalam mengukir hulu keris. Kilauan ini juga dapat

bertahan dengan lebih lama setelah disapu dengan shellac.

Sehubungan itu, kepercayaan pengukir kepada semangat kayu kemuning juga

merupakan faktor pemilihan untuk hulu keris ini. Kayu kemuning mempunyai semangat

yang tinggi dan kayu yang bersemangat tinggi akan dihargai oleh masyarakat dan

menjadikan sesuatu kraf yang diukir itu berstatus tinggi dari segi persepsi orang

Melayu. Kepercayaan kepada semangat telah mendorong masyarakat Melayu

menghormati pokok dan kayu, seterusnya menggunakannya secara tertib dan beradab

(Farish, 2000).

Hulu adalah salah satu komponen wajib dan juga menjadi hiasan keris yang

sangat penting kerana hulu itu melambangkan status dan darjat pemakainya mengikut

daerah masing-masing. Hulu keris terdiri dari pelbagai bentuk seni ukiran dan jenis

bahan pembuatannya. Antara jenis hulu yang cukup popular penggunaannya untuk keris

Melayu adalah hulu tajung, Jawa Demam, Pekaka, Patah Tiga atau kerdas, Ayam

Teleng, Burung Kakak Tua dan lain-lain lagi. Hasil ukiran pada permukaan hulu

lazimnya bergantung kepada status bakal

Karya ini merupakan artifak yang telah dihasilkan pada abad ke-21 beberapa

abad setelah agama Islam bertapak di Tanah Melayu. Pada zaman agama Islam berpusat

di Tanah Melayu pada kurun ke 13 Masihi hingga 16 Masihi, corak dan motif ukiran

yang berunsurkan haiwan dan makhluk khayalan telah dipinggirkan dan jika ada

sekalipun ia telah diberikan pentafsiran yang berbeza. Kini, ukiran kayu telah semakin

berkembang dengan corak yang telah diubah pengertiannya di samping mendalami

penggunaan unsur semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan unsur-unsur geometri dan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 184: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

167

kaligrafi.

Ukiran pada kedua-dua hulu keris dalam karya ini berbentuk seperti kepala

burung kakak tua, namun keris-keris ini tidak lagi mendukung unsur kepercayaan, iaitu

sebagai suatu entiti untuk diagung-agungkan atau disembah seperti yang dilakukan pada

zaman pra-Islam. Malah, corak atau bentuk kepala burung ini dipilih pengukir kerana

hubungan beliau yang rapat dengan unsur fauna tersebut yang juga dapat menambahkan

nilai estetik karya ini.

Terdapat dua bahagian utama yang diukir dalam karya, iaitu bahagian hulu keris

dan pendongkoknya. Ukiran halus yang terdapat pada bahagian kepala hulu keris

diperhatikan telah diukir menggunakan teknik tebuk timbul bersilat. Teknik ini

merupakan teknik ukiran menyerupai teknik ukiran tebuk timbul tetapi ditambahkan

nilai estetika dengan lengkok ukiran seni yang halus melalui kaedah tenggelam timbul.

Pada bahagian paruh kepala burung kakak tua ini pula diperhatikan mempunyai

jurang antara paruh atas dan paruh bawah. Bahagian ini dipercayai telah diukir dengan

menggunakan teknik tebuk tembus yang melibatkan kayu ditebuk dan diukir sehingga

tembus, mengikut bentuk kedudukan paruh yang diinginkan pengukir.

Seterusnya, bahagian pendongkok keris yang diperbuat daripada bahan besi atau

logam turut menerima sentuhan ukiran. Pendongkok pada hulu keris (kiri gambar)

diperhatikan telah diukir dengan menggunakan teknik tebuk tembus manakala

pendongkok pada hulu keris (kanan gambar) pula diukir menggunakan teknik tebuk

timbul. Ukiran pada hulu keris biasanya menggunakan motif ketam guri, bayam peraksi

dan, daun sireh di bahagian dagu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 185: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

168

Ciri-ciri keaslian dan ketulenan sesebuah hulu keris boleh didapati pada

pelambangan falsafah pengukir itu sendiri. Jika diteliti pada karya iaitu hulu keris, motif

ukiran pada hulu keris ukiran Muhammad bin Abdullah tersebut halus dan rumit. Motif

ukiran pada hulu keris ialah motif burung kakak tua atau burung bayan. Hulu keris yang

berbentuk kepala burung kakak tua atau burung bayan dianggap indah dan tepat kerana

kesesuaian dengan fungsinya.

Salah satu hulu keris mempunyai mahkota yang lebih tinggi berbanding dengan

yang lagi satu. Hulu keris yang mempunyai mahkota yang kecil tersebut mempunyai

hiasan buah pinang di sebelah bawah. Motif berkonsepkan burung kakak tua yang

bermatakan permata merah itu mencerminkan sistem kepercayaan orang Melayu

bahawa keris yang diukir sebegini rupa ringan tetapi kuat dan melambangkan kualiti

keris tersebut.

a Pemikiran dalam karya.

Falsafah yang tersirat di sebalik hulu keris ini selain daripada menunjukkan

status seseorang ia juga mengandungi beberapa falsafah-falsafah yang lain. Di

antaranya ialah kedudukan jambul yang tajam di hulu keris. Kewujudan jambul yang

tajam itu mengajar manusia agar sentiasa bersedia ketika bertempur ataupun berhadapan

dengan musuh. Hulu keris yang tajam ini menunjukkan sifat manusia yang mempunyai

sikap yang negatif yakni talam dua muka, tidak jujur ataupun “tikam belakang”.

Mata keris itu sendiri sudah tajam dan itu tumpuan utama yang akan digunakan

ketika bertikam. Namun demikian, hulu keris yang tajam diibaratkan seperti tambahan

keselamatan diri dan juga menyiapkan diri untuk berhadapan dengan segala tingkah

laku musuh.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 186: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

169

Menurut Kathleen Cheen (2009), cara pemakaian keris ataupun hulu keris juga

membawa pemikiran dan makna yang berbeza. Keris yang bersifat hadiah ataupun

pemberian seseorang haruslah dipakai dengan cara menyisipkannya di pinggang sebelah

kanan. Keris kepunyaan sendiri ataupun keris pusaka haruslah diselitkan di bahagian

kiri atau belakang. Dari aspek hulu keris pula, pemakai harus mengarah hulu keris ke

dalam sebagai lambang pendamaian. Jika hulu keris itu menghala ke luar, ia membawa

pengertian bahawa pemakai ingin bertempur ataupun sedang bersiap sedia untuk

bertanding. Akhir sekali, jika pemakai keris ingin berhadap dengan raja, hulu keris

hendaklah ditutup atau disembunyikan di sebalik samping.

Pemakaian keris dan hulu keris itu sendiri mempunyai falsafah yang tinggi

seperti yang dihuraikan di perenggan atas. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat

Melayu tidak membuat ukiran yang kosong ataupun secara hiasan sahaja. Ukiran di

hulu keris, fungsi ukiran sehinggalah pemakaian ukiran dalam keris telah direka secara

teliti. Setiap ukiran mempunyai pengertian falsafah yang tinggi dan tersirat.

Terbukti melalui penciptaan keris bahawa masyarakat Melayu dahulu

merupakan golongan yang intelektual dan berfalsafah tinggi. Mereka tidak mencipta

sesuatu tanpa sebab musabab ataupun tanpa mengambil kira unsur-unsur lain. Setiap

ukiran ataupun penciptaan mengandung makna dan falsafah.

Univ

ersity

of M

alaya

Page 187: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

170

Gambar 4.27 : Karya Panel Sisir Angin

Corak Khat Tuluth Timbal Balik ‘Surah Al-Kahfi’

4.5 Analisis Karya Panel Ukiran

Ukiran panel adalah panel dinding kayu yang terdapat pada seni bina rumah

tradisional. Salah satu daripada fungsi panel ini adalah sebagai perhiasan dan ia

merupakan hiasan dua dimensi. Ukiran panel ini mempunyai lebar dan panjang yang

pelbagai dan ketebalan yang seragam mengikut ketebalan dinding. Selain itu juga,

ukirannya berpandukan saiz papan kayu dan permintaan pemilik.

Seni ukiran kayu merupakan seni kraf tangan yang lama dipraktikkan dalam

masyarakat Melayu. Dalam seni ukiran kayu, kayu merupakan sumber alam penting

yang digunakan oleh tukang ukir Melayu. Kayu mudah diukir namun demikian, kayu

juga mudah terbakar dan reput jika tidak dijaga dengan baik. Oleh demikian, ukiran-

Univers

ity of

Mala

ya

Page 188: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

171

ukiran Melayu biasanya diperbuat daripada kayu yang bermutu seperti cengal, kempas,

merbau, meranti, leban atau keruing. Ukiran kayu boleh bertahan lebih lama dan

buatannya lebih halus jika diperbuat daripada jenis kayu yang baik.

Pemilihan jenis kayu merupakan perkara yang penting yang perlu difikirkan

oleh pengukir sebelum memulakan kerja ukiran. Menurut Ismail Said (2001), terdapat

empat faktor yang mempengaruhi pemilihan kayu sebagai bahan binaan ukiran.

Pertama, kemudahan memperoleh bahan . Kedua, jenis penggunaan. Ketiga, sifat fizikal

dan daya tahan kayu dan akhir sekali, kepercayaan kepada semangat kayu. Jelaslah

bahawa sifat-sifat fizikal kayu diutamakan oleh pengukir dalam pemilihan bahan ukiran

seperti kepadatan, kekerasan, urat kayu atau kilauan permukaannya. Panel ukiran

gambar 4.16 telah dihasilkan di Terengganu pada abad ke-19.

Selain daripada memikirkan aspek ketahanan dan kecantikan kayu, aspek

kemudahan mendapatkan kayu juga turut diambil kira oleh pengukir. Jenis ukiran yang

hendak dihasilkan dan penggunaannya juga dipertimbangkan semasa proses pemilihan

kayu. Kepercayaan pengukir kepada semangat kayu juga merupakan salah satu faktor

pemilihan sesuatu spesies kayu untuk dijadikan ukiran.

Di Malaysia ini, terdapat lebih daripada 20 jenis kayu yang biasa digunakan oleh

pengukir untuk menghasilkan seni ukiran kayu. Kayu-kayu yang digunakan biasanya

diambil dari pohon yang tumbuh di hutan belukar, dusun atau perkarangan rumah

kampung. Terdapat lebih daripada lapan spesies kayu hutan yang biasa digunakan

seperti cengal, kemuning, merbau, meranti, seraya, balau, sentol dan kapur Ismail Said

dan Ahmad Saifuddin, (2001). Kayu yang diambil dari belukar atau perkarangan rumah

pula termasuklah nangka, ciku, rambai, kundang, belimbing, bacang, penanga laut,

tembusu, sena, leban, buluh dan jambu laut.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 189: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

172

Jelaslah bahawa terdapat banyak sumber kayu alam yang boleh digunakan untuk

menghasilkan ukiran, sama ada daripada belukar, dusun dan juga perkarangan rumah.

Namun begitu, pengukir haruslah bijak memilih jenis kayu yang bersesuaian.

Ukiran panel hiasan terdapat pada seni bina rumah tradisional yang merupakan

hiasan dua dimensi. Ukiran panel hiasan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz serta

ketebalan, mengikut ketebalan dinding. Jenis kayu yang digunakan haruslah sesuai

kerana hiasan yang diletakkan di dalam rumah mudah mengundang anai-anai.

Panel hiasan koleksi Jamalias Ismail menggunakan kayu cengal kerana kayu

cengal yang mudah dikerjakan ini keras dan tahan dari kulat dan bubuk serta tidak

menyerap air. Sifat ketahanan lasak kayu cengal merupakan faktor penting untuk bahan

ukiran panel hiasan. Malah kayu cengal memang digunakan oleh pengukir sejak

berzaman dahulu. Masjid-masjid kayu orang Melayu yang dibina pada zaman dahulu

menguatkan lagi bukti tentang kekuatan kayu cengal. Contohnya, ada disebutkan dalam

buku Seni Ukiran Kayu Tradisional Semenanjung Malaysia (1974), tentang sebuah

masjid yang berusia 300 tahun yang sangat terkenal di Kampung Laut, di tepi tebing

Sungai Kelantan. Masjid ini sangat tua tetapi tiang-tiang dan rasoknya yang diperbuat

daripada kayu cengal, didapati masih baik lagi keadaannya dan tidak perlu diganti

dengan yang lain.

Secara amnya seni ukiran yang mempunyai unsur Islam mula bertapak di Tanah

Melayu selepas kedatangan Islam pada abad ke-13. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

ini merupakan satu anjakan paradigma yang menyumbang kepada penghasilan seni

ukiran yang berunsurkan nilai-nilai agama Islam.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 190: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

173

Khat al-Thuluth ini merupakan kaedah penulisan kaligrafi yang rumit dan susah

untuk dihasilkan kerana seseorang penulis khat tidak akan diiktiraf melainkan setelah

berupaya menghasilkan khat al-Thuluth. Menurut Nor Azlin Hamidon (2009), khat al-

Thuluth ini dipanggil sebagai Umm al-Khutut iaitu ibu segala khat.

Khat al-Thuluth ini dipelopori oleh dua orang tokoh iaitu al-Dhahhak dan Ishaq

bin Hamad merupakan orang Sham, mereka ini menulis dengan menggunakan pena-

pena khas untuk tulisan di atas kertas-kertas gulungan. Selain itu, khat Kufi dikatakan

sebagai asas bagi seni khat Arab. Khat Kufi diperelok dan dibentuk dengan kreatif

sehingga melahirkan khat al-Thuluth. Khat Kufi mempunyai beberapa cara penulisan

yang merujuk kepada dua asas penulisan iaitu pertamanya melengkung dan lembut,

manakala asas yang kedua pula bersifat keras dan memanjang.

Seni ukiran Melayu merupakan suatu bidang yang sangat luas dan tidak hanya

mencakupi satu jenis ukiran sahaja. Pada peringkat awalnya, masyarakat Melayu

banyak menumpukan kepada ukiran batu sahaja. Namun kini, bahan ukiran yang

digunakan telah diperluas malah ukiran dari bahan-bahan lain telah mendominasi

perkembangan seni ukiran hari ini.

Teknik penghasilan seni ukiran Melayu lazimnya dapat dibahagikan kepada dua

teknik utama, iaitu teknik ukiran tebuk timbul dan tebuk tembus. Penghasilan ukiran-

ukiran ini pula boleh berbentuk silat atau tak bersilat. Pengertian ukiran yang bersilat di

sini boleh difahamkan sebagai reka bentuk ukiran timbul yang menonjolkan motif

bunga ukir pada ukiran kayu.

Teknik ukiran tebuk tembus dilakukan dengan cara papan kayu ditebuk dan

diukir sehingga tembus mengikut bentuk bunga atau corak yang dikehendaki.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 191: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

174

Lazimnya, teknik ukiran tebuk tembus ini dibuat pada bahagian perenggang atau

dinding, tebar layar, serambi rumah serta ambang pintu. Seterusnya, teknik tebuk

tembus bersilat pula merupakan teknik ukiran yang serupa dengan teknik ukiran tebuk

tembus.

Dalam teknik ini, terdapat elemen “bersilat” sebagai tambahan untuk tujuan

mencantikkan dan mempamerkan kelembutan motif ukiran berkenaan. Papan tebuk

akan diukir dengan kaedah tenggelam timbul, iaitu dengan menimbulkan atau

menipiskan bentuk ukiran.

Teknik ukiran tebuk timbul (tanpa silat) pula merupakan teknik ukiran yang

dibuat pada papan atau bungkah kayu dengan cara menebuk sebahagian daripada

permukaan bungkah. Ukiran tebuk timbul tidak jauh bezanya dengan teknik ukiran

tebuk tembus. Bentuk ukiran dengan teknik ini lazimnya terdapat pada dinding dan

pintu rumah-rumah Melayu. Seterusnya, teknik ukiran tebuk timbul bersilat pula

merupakan teknik ukiran yang hampir sama dengan teknik ukiran tebuk timbul tetapi

dicantikkan lagi dengan lengkok ukiran seni yang halus melalui kaedah tenggelam

timbul. Lazimnya, reka corak ukiran jenis ‘silat’ ini digunakan pada dinding, tiang, hulu

senjata tradisional, kotak sirih, perabot, daun pintu rumah, istana serta masjid.

Ukiran ayat yang dipetik dari surah al-Kahfi ini telah disusun oleh pengukirnya

agar ia terletak pada bahagian tengah dalam bentuk bulat lonjong. Ukiran ayat ini

dikatakan telah diukir menggunakan teknik tebuk tembus, yakni papan kayu ditebuk

kemudian diukir sehingga tembus mengikut bentuk ayat-ayat tersebut. Penggunaan ayat

dari kitab suci al-Quran ini boleh dikatakan sebagai unsur kaligrafi yang mula

digunakan oleh para pengukir setelah orang Melayu menerima pengaruh Islam sebagai

pegangan hidup mereka.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 192: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

175

Di sekeliling ukiran ayat al-Quran ini pula dipenuhkan dengan ukiran sulur

kacang yang juga diukir menggunakan teknik yang sama, iaitu teknik tebuk tembus.

Ukiran-ukiran ini kemudiannya dimuatkan dalam sebuah bingkai empat persegi panjang

menjadikannya karya sesuai untuk menghiasi dinding di rumah-rumah orang Melayu.

a. Pemikiran dalam karya.

Motif pada panel hiasan karya ini dimanifestasi oleh unsur-unsur Islam yang

datang pada akhir abad ke-13. Motif yang berunsur kaligrafi tersebut merupakan salah

satu motif yang menekankan keindahan yang terdapat pada bentuk-bentuk huruf Arab

yang telah dimodifikasi atau digayakan sehingga mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Keindahan bentuk ini mempunyai pengertian yang umum. Namun, dalam konteks data

kajian ini, motif kaligrafi ini mempunyai makna yang mendalam iaitu makna yang

dibawa dalam sepotong ayat al-Quran dari surah al-Kahfi ayat 10. Terjemahan bagi ayat

suci al-Quran tersebut ialah: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari

sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk

keselamatan agama kami". Karya ini ternyata menceritakan keagungan Ilahi yang

sentiasa amat diperlukan oleh manusia dari segi perlindungan dan keselamatan demi

kesejahteraan hidup kita.

Selain unsur kaligrafi yang nyata, karya ini juga menerapkan motif sulur kacang.

Motif sulur kacang yang dilihat di panel hiasan tersebut tidak mendongak ke langit dan

ini mengajar kita erti merendah diri dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Setiap lekuk

ukiran Jamalias Ismail ini tidak bertindih dan menikam satu sama lain dan ini

menceritakan kehidupan manusia yang perlukan sifat hormat-menghormati.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 193: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

176

Panel hiasan surah Al-Kahfi di bawah koleksi Jamalias Ismail menggunakan

unsur kaligrafi dalam mengukir ayat sepuluh surah Al-Kahfi. Ayat ke sepuluh surah

tersebut dijadikan sebagai panel hiasan kerana makna yang terkandung dalam ayat ini

amatlah dalam; umat Islam sering meminta petunjuk dan bantuan daripada Allah SWT

dan ayat ini berperanan sebagai peringatan jika umat Islam sesat mereka mestilah

kembali ke jalan yang lurus. Ayat ini amat sesuai dijadikan sebagai panel hiasan kerana

ia boleh berperanan sebagai peringatan kepada orang-orang yang melihatnya.

Unsur kaligrafi seperti ini lazimnya mempunyai falsafah-falsafah yang berkaitan

dengan keesaan dan keagungan Allah serta agama Islam itu sendiri. Masyarakat Melayu

Islam percaya bahawa dengan adanya panel hiasan yang mempunyai unsur kaligrafi

ayat-ayat suci akan menolak ataupun menjauhkan bala dan makhluk -makhluk ghaib.

Panel hiasan seperti ini dipercayai membawa berkat ataupun hawa “sejuk” di dalam

perkarangan rumah. Panel seperti ini juga berperanan sebagai asas panduan dan

pegangan hidup umat Islam.

Lazimnya, pengukir tidak akan memilih ayat-ayat dalam surah tanpa sebab.

Pengukir akan memilih ayat yang memberi kesedaran, keinsafan dan juga pengajaran

kepada pembaca seperti surah Al-Kahfi ayat sepuluh ini. Falsafah yang tersirat

merupakan falsafah ataupun pengajaran yang amat tinggi kerana ia merupakan

pengajaran ayat Al-Quran yang diibaratkan sebagai kata-kata Allah SWT.

Pengukir memilih surah Al-Kahfi kerana surah ini mempunyai manfaat dan

pengajaran kepada umat Islam. Menurut Riwayat Abu Sa'id al-Khudri RA,

“Barang sesiapa yang membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan

cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq” dan juga “Barangsiapa

Univers

ity of

Mala

ya

Page 194: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

177

membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di

antara dua Jum'at.” Surah Al-Kahfi mempunyai banyak manfaat dan tersebut

merupakan beberapa manfaat yang diraih jika surah ini dibaca dan diamalkan setiap

hari. Oleh itu, pemilihan ayat kesepuluh surah ini amatlah sesuai untuk dijadikan

perhiasan kerana, selain berfungsi sebagai perhiasan, panel hiasan ini juga boleh

berfungsi sebagai peringatan pembaca.

4.6 Rumusan Analisis Kajian

Pengkaji mendapati bahawa seni ukiran Melayu yang indah bukan sahaja

dihasilkan untuk fungsi estetik tetapi juga mempunyai fungsi kegunaanya. Melalui

ukiran pengukir cuba menyampaikan perasaan dan buah fikiran serta nilai-nilai murni.

Setelah mengenal falsafah yang terkandung di dalam ukiran kayu Melayu ini, pengkaji

ingin melihat pula bagaimana falsafah dan ukiran ini dipelihara atau dilestarikan agar

maksudnya itu dapat disampaikan dari satu generasi kepada generasi seterusnya.

Menjadi keperluan untuk kita memahami apa juga yang tertera di sebalik ciptaan

itu sama ada secara tersurat atau tersirat. Selain dari memaparkan identiti sendiri, suatu

yang lebih utama adalah melalui pemahaman kepada karya itu, ini akan membuatkan

karya itu mempunyai makna dan menambahkan lagi nilai estetiknya. Pada bab

seterusnya kita ingin melihat sejauh mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

dalam dunia ukiran ini dapat menjalankan tanggungjawab memelihara bukan sekadar

apa yang tersurat tetapi juga yang tersirat di sebalik sesebuah ukiran.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 195: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

178

BAB 5 : ANALISIS PERANAN PELBAGAI PIHAK DAN INSTITUSI BAGI

PELESTARIAN UKIRAN MELAYU

5.1 Pendahuluan

Di Negara Barat, fenomena pemuliharaan warisan sebenarnya bukanlah satu

perkara baru. Tetapi di Malaysia walaupun telah mencapai kemerdekaan lebih daripada

50 tahun kerja-kerja pemuliharaan ini masih dianggap sebagai satu fenomena yang baru

dan dianggap tidak menguntungkan oleh sesetengah pihak. Ini sangat menyedihkan

sungguhpun aktiviti-aktiviti pemuliharaan telah lama dijalankan oleh pelbagai pihak

termasuk pihak kerajaan mahupun persendirian.

5.2 Peranan Kerajaan.

Usaha-usaha pelestarian ukiran ini haruslah dilakukan sebagai usaha menjamin

kesinambungan khazanah seni negara kita. Dalam hal ini kerajaan memainkan peranan

yang paling penting dalam usaha merealisasikan apa yang dirancangkan. Untuk itu

kerajaan telah mengemaskini Akta pelindungan warisan dan menubuhkan beberapa

organisasi yang bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut. Di antaranya dengan

penubuhan Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara dan Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Negara dan Jabatan Penerbangan Awam.

5.2.1 Akta Warisan Kebangsaan 2005

Sebelum Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) diwartakan pada 31 Disember

2005 dan dikuatkuasa pada 1 Mac 2006, hanya terdapat Akta Benda Purba, 1976 (Akta

168) yang digunapakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan negara berkaitan

barang purba, monumen, dan tinggalan kebudayaan. Treasure Trove Ordinance, 1957

Univers

ity of

Mala

ya

Page 196: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

179

(Act 542) pula adalah berkaitan jumpaan harta karun tetapi pelaksanaannya terletak di

bawah bidang kuasa kerajaan Negeri.

Pada Sesi Parlimen Januari 2005, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

dipinda dengan memasukkan pemeliharaan warisan di dalam Senarai Bersama

(Concurrent List), dan menjadikan warisan di bawah bidang kuasa perundangan

bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, serta memberi obligasi

kepada kedua-dua kerajaan ini dan rakyatnya untuk memelihara, melindungi,

memperkembang dan menjaga warisan kebangsaan. Pelaksanaan ini juga adalah sejajar

dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Malaysia pada 27Mac 2004.

Akta Warisan Kebangsaan meliputi Warisan Budaya (Cultural Heritage) yang

dipecahkan kepada warisan ketara (tangible heritage) dan warisan tidak ketara

(intangible heritage), Warisan Semula Jadi (Natural Heritage), serta Warisan Budaya

Bawah Air Underwater Culture Heritage.

Akta ini bersifat saling melengkapi yang memperkukuh tetapi tidak menghapuskan

perundangan sedia ada berkaitan warisan termasuk kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan

Negeri, kecuali Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) dan Treasure Trove Act 1957 (Act

542).

Akta ini juga dapat memberikan mekanisme baru terutama yang berkaitan

dengan pelaksanaan kerja-kerja pemulihan, pemuliharaan dan pemeliharaan, khususnya

mengikut piawaian yang digunapakai di seluruh dunia. Selain itu, satu tanda aras akan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 197: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

180

diwujudkan dan digunapakai dalam mengemaskinikan prosedur-prosedur berkaitan

kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan ini.

Pengistiharan Warisan Kebangsaan. Seksyen 67. Akta Warisan Kebangsaan

menyebutkan:

1. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan

mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air

yang disenaraikan dalam Daftar atau mana-mana orang yang hidup sebagai suatu

warisan Kebangsaan

2. Dalam membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1) Menteri boleh

menimbangkan:

(a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah

Malaysia;

(b) ciri-ciri rekabentuk atau estetik;

(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal;

(d) hubungan sosial atau kebudayaan;

(e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik

lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia;

(f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi

bentuk yang kluar biasa.

(g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara

atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air;

Univers

ity of

Mala

ya

Page 198: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

181

(h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas

atau jenis suatu tapak atau objek ; dan

(i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan.

3. Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah

Negeri, Menteri hendaklah berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri sebelum

membuat apa-apa pengisytiharan di bawah sub seksyen(1).

4. Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah

beri hakmilik atau dipunyai oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan

atau suatu Kerajaan Negeri, pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak itu,

objek tidak alih atau warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah diberitahu

sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh pengisytiharan dicadangkan

itu.

5. Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan suatu warisan

kebudayaan tidak ketara dan hak cipta masih wujud dalam apa-apa kerja,

keizinan pemunya hak cipta itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa

pengisytiharan dibuat.

6. Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan orang yang hidup,

keizinan orang itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.

7. Suatu salinan perintah hendaklah disampaikan kepada pemunya, penjaga atau

pemegang amanah tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air atau

kepada orang yang hidup itu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 199: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

182

8. Mana-mana orang yang membantah pembuatan pengisytiharan di bawah

subseksyen (1) boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Menteri

dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiarannya dan boleh memohon kepada

Menteri bagi pembatalan perintah itu.

9. Menteri boleh, selepas dinasihati oleh Majlis, membatalkan atau enggan

membatalkan perintah itu dan keputusan itu adalah muktamad.

(Akta 645, Akta Warisan Kebangsaan 2005)

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Penguatkuasaan JWN,

Puan Rokiah Abdul Samat, terdapat beberapa permasalahan yang wujud walaupun akta

telah dikuatkuasakan, diantaranya adalah terdapat beberapa kekurangan dari aspek

penguatkuasaan dan terdapat sesetengah kes keuntungan dari aspek ekonomi mengatasi

kepentingan pengekalan warisan ukiran ini. Walau bagaimanapun dengan adanya (Akta

645 Akta Warisan Kebangsaan 2005) ia telah memperbaiki kelemahan yang terdapat

dalam Akta Benda Purba 1976, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Enakmen

Melaka No. 6 1988.

Selain dari itu menurut beliau lagi, kelemahan dari aspek pengurusan secara

menyeluruh dan berterusan juga mengakibatkan berlakunya kemusnahan dan

kehilangan warisan ukiran ini. Tanpa perancangan yang teratur dan dirancang teliti

boleh menyebabkan kemusnahan berlaku dan kos membaik pulih akan meningkat. Dari

aspek rakaman atau pendokumentasian juga harus dipertingkatkan agar segala

maklumat dan rupa bentuk asal terpelihara. Melalui kerja – kerja pendokumentasian ini

Univers

ity of

Mala

ya

Page 200: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

183

juga sebenarnya boleh dijadikan alat untuk menyampaikan maklumat yang lebih

terperinci kepada masyarakat.

Jika dilihat di dalam akta warisan ini tidak terdapat perincian tentang bagaimana

melindungi dan memelihara sesuatu warisan itu secara keseluruhan. Penekanan yang

diberikan lebih kepada bentuk fizikalnya sahaja. Oleh itu akta ini boleh disemak semula

dan memasukkan cara dan kaedah memelihara dari aspek makna, pemikiran dan

falsafahnya. Di sinilah peranan pendokumentasian itu penting agar ukiran yang

dipulihara itu bukanlah sekadar hiasan semata-mata tetapi ia mengandungi makna yang

melambangkan pemikiran masyarakat yang harus dikongsi bersama.

Sebagaimana yang diketahui Negara Malaysia mempunyai sebuah Kementerian

yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal kebudayaan, kesenian dan pelancongan.

Kementerian ini pernah dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan

terkini sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pengkaji

memperkatakan perkara ini untuk menjelaskan tentang peranan dan perkaitan yang

wujud antara bahagian-bahagian ini.

Menurut Prof Dr Awang Had Salleh dalam kertas kerjanya Warisan dan

Pelancongan: Implikasi Pendidikan? Sesebuah Negara meletakkan pelancongan sebagai

salah satu aset bagi pendapatan negara, dan kita menyedari bahawa warisan dan

kebudayaan adalah satu bahan yang boleh ‘dijual’ dalam urusan ini. Untuk

merealisasikan matlamat ini, pendekatan yang diambil oleh industri pelancongan adalah

seperti berikut :

Univers

ity of

Mala

ya

Page 201: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

184

A) Bahan warisan yang tinggi keunikannya adalah dianggap aset kepada industri

pelancongan. Bahan-bahan yang betapapun tinggi nilai budaya tidak unik

dianggap tidak akan menarik pelancongan. Maka itu penegasan diberikan

kepada aspek yang berpotensi menarik pelancong manakala aspek yang dikira

tidak berpotensi dialpakan atau dibiarkan kepada agensi-agensi lain.

B) Dimana perlu bahan warisan itu dipinta supaya diubahsuai bagi menarik

pelancong. Sebagai contoh, pihak tertentu yang meminta bantuan memulihara

A Famosa di Melaka pada suatu waktu telah mencadangkan supaya diletakkan

kedai-kedai makan, seperti MacDonald dan lain-lain, di ruang-ruang tetentu dan

strategik yang berinteraksi dengan bahagian-bahagian dalam tempat bersejarah

itu tidak di sekitar kawasan A Famosa, tetapi di dalam ruang A Famosa itu

sendiri. UNESCO tentunya tidak dapat melayan permintaan serupa itu atas

sebab-sebab yang ketara.

C) Industri juga kadang-kadang berkecenderungan mengadakan-adakan bahan-

bahan semata-mata untuk menambat hati pelancong. Contohnya Dataran Lang di

Kuah, Langkawi, Kedah.

Budayawan dan sejarahwan tidak boleh menerima pendekatan (a) di atas dan

bersikap dan bertindak selektif, kerana ia boleh mencacatkan konsep keimbangan

totaliti warisan. Hujahan mereka ialah bahawa warisan itu hendaklah dipulihara seperti

yang sebenarnya dan bukan apa yang sepatutnya. Mereka juga tidak dapat menerima

pendekatan (b) iaitu meminda yang asli, kerana pendekatan ini dianggap pencemaran

kalaupun tidak pencabulan. Pendekatan (c) iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru

juga dianggap sebagai pengeliruan, kalaupun tidak penipuan. Walau bagaimanapun

Univers

ity of

Mala

ya

Page 202: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

185

bukan tidak ada aspek positif dalam pendekatan mengadakan sesuatu yang baru seperti

itu. Mungkin selepas suatu generasi kemudian objek-objek itu akan dianggap sebagai

benar-benar satu warisan (Dr Awang Had Salleh : 2000)

Institusi pendidikan sangat perlu dalam menyumbang kepada kejayaan dalam

memupuk kesedaran kepada masyarakat untuk memahami dan menghargai setiap

tinggalan warisan ini. Melalui institusi pendidikan ini pengetahuan terhadap akta ini

dapat disampaikan sejak dari bangku sekolah lagi. Di dalam pendidikan formal

misalnya, melalui subjek sejarah pendekatan ilmu yang diberikan bukan sekadar

menyampaikan fakta dan faktornya tetapi yang perlu dinilai dan ditekankan juga adalah

apakah kesan atau akibat yang diterima berdasarkan peristiwa tersebut. Begitulah

halnya dengan warisan ukiran ini ia bukan sekadar menjelaskan proses pembuatannya

tetapi bagaimana kita memahami dan menghargainya. Melalui subjek ini perasaan

kebertanggungjawaban terhadap warisan ukiran ini dapat disampaikan.

Selain itu melalui pendidikan yang disampaikan secara tidak langsung juga boleh

mendidik masyarakat. Melalui program seperti pameran, ceramah dan bengkel ilmu, ia

dapat dimanfaatkan bagi memperjelaskan kandungan warisan ukiran itu sendiri.

Mengadakan ruang tertentu seperti muzium kecil atau galeri juga dilihat satu kaedah

yang baik. Tanggungjawab ini bukan sekadar diletakkan kepada pihak Muzium dan

Arkib sahaja sebaliknya ia boleh dikongsi bersama.

Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA

dan Universiti Sains Malaysia antara yang dilihat sangat aktif dalam memperkenalkan

dan mempopularkan warisan ukiran ini. Ini dapat dilihat melalui seminar dan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 203: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

186

penerbitan buku-buku yang telah dihasilkan. Pada 2 september hingga 31 oktober 2013,

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah bekerjasama dengan Pesatuan

Pengukir Malaysia dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia untuk menganjurkan

seminar dan pameran ukiran kayu Melayu. Seminar ini telah mengumpulkan peminat

seni ukiran dari pelbagai bidang seperti pengukir, pengusaha, para akademik dan

Jabatan-jabatan yang terlibat seperti sektor pekayuan. Jabatan kesenian Akademi

pengajian Melayu juga ada memperkenalkan subjek seni tradisional seperti Seni Ukiran

Melayu (JFEA 2317) yang dilihat satu usaha murni dalam mendidik pemimpin masa

depan yang bukan sahaja mahir dan soal pentadbiran dan pengurusan negara tetapi

seorang yang kuat jati dirinya.

5.3 Jabatan Warisan Negara (JWN)

Sejarah penubuhan JWN bermula daripada Bahagian Warisan di bawah

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Bahagian ini telah dipisahkan dari

kementerian dan digabungkan dengan Bahagian Antikuiti, Jabatan Muzium Malaysia

untuk membentuk Jabatan Pesuruhjaya Warisan Negara. Jabatan ini telah dinaik taraf

kepada Jabatan pada 1 Mac 2006 dan kini dikenali sebagai Jabatan Warisan Negara.

Objektif penubuhannya adalah untuk memulihara, memelihara dan melindungi

warisan kebudayaan dan warisan semulajadi melalui penyelidikan, pendokumentasian,

penguatkuasaan dan menggalakkan kesedaran terhadap warisan menerusi:

I. Peningkatan Pewartaan Warisan dalam Daftar Warisan

II. Bilangan butiran warisan yang telah dikonservasi

III. Penjanaan penemuan fakta baru warisan melalui penyelidikan arkeologi

Univers

ity of

Mala

ya

Page 204: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

187

IV. Pengikhtirafan dunia dan penyebaran pengetahuan tentang warisan agar rakyat

modal insan yang lebih terdidik dan berbudaya

V. Peningkatan pakar dalam pelbagai bidang warisan menepati piawaian

antarabangsa agar warisan terpelihara sebaiknya

VI. Pengiktirafan dunia ke atas Warisan Negara

Bagi mencapai objektif tersebut, jabatan ini berperanan untuk :

i. Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan

2005

ii. Mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan dan Daftar Warisan

Kebangsaan

iii. Memelihara dan memulihara warisan negara

iv. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan warisan

v. Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan

berkaitan warisan

vi. Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan warisan

vii. Mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi dari dalam dan luar

negara berkaitan warisan.

Sumber : Laman rasmi JWN

Aktiviti JWN adalah bertujuan untuk membongkar melalui penyelidikan dan

cari gali dan memastikan peninggalan khazanah negara sama ada dalam bentuk boleh

alih ataupun tidak boleh alih dikekalkan melalui aktiviti memulih, memelihara dan

membangunkan tapak-tapak arkeologi, monumen lama dan tapak tanah bersejarah

termasuk di dasar air bagi seluruh semenanjung Malaysia serta membongkar

peninggalan sejarah melalui aktiviti menggali cari dan menyelidik tapak-tapak

Univers

ity of

Mala

ya

Page 205: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

188

arkeologi. Dari segi pemeliharaan warisan budaya, ia bertindak sebagai penjana kepada

perkembangan produk pelancongan. Untuk tujuan itu ia berperanan menjalankan

penyelidikan, pemeliharaan dan penguatkuasaan, menguruskan Daftar Warisan

Kebangsaan, menjalankan pendokumentasian, pengembangan dan mendapatkan

pengiktirafan antarabangsa.(Laman rasmi JWN)

5.3.1 Peranan JWN dalam memelihara khazanah ukiran.

a. Pemuliharaan Monumen

Monumen adalah aspek-aspek masa lepas sejarah budaya, ekonomi, agama, dan

cara hidup negara. Oleh itu sesuatu monumen itu merupakan khazanah yang sangat

bernilai yang mesti dipelihara dan dijadikan bahan kajian dan penyelidikan. Oleh itu

JWN bertanggungjawab dalam pemuliharaan monumen-monumen negara. Sebagaimana

yang kita ketahui terdapat banyak tinggalan ukiran yang dihasilkan bersama dengan

monumen lama ini. Antara kejayaan-kejayaan yang dicapai termasuklah pemuliharaan

monumen Masjid Pangkalan Kakap, Taman Sejarah Negara, candi Lembah Bujang,

Rumah Perdana Menteri di Kedah dan banyak lagi. Di bawah ini tersenarai apakah

peranan JWN dalam memelihara monumen negara, khususnya sebelum 2005.

i. Menyelidik, mengenal pasti dan mengumpul maklumat mengenai persejarahan

monumen mengikut keperluan Akta Benda Purba 1976 Bil. 168 .

ii. Menyelamat dan memelihara monumen-monumen lama dan tapak tanah

bersejarah.

iii. Menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pewartaan

monumen- monumen lama dan tapak tanah bersejarah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 206: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

189

iv. Menyediakan kemudahan-kemudahan am di tapak-tapak monumen lama dan

tapak tanah untuk dilawati sebagai produk pelancongan.

v. Menyediakan bahan-bahan penerbitan mengenai monumen dan tapak tanah

bersejarah untuk diterbitkan di dalam usaha memberi kesedaran kepada

masyarakat tentang kepentingan dan kekayaan warisan sejarah negara.

b. Penyelidikan Arkeologi

i. Membuat penyelidikan dan mengenal pasti dan di mana mungkin membuat gali

cari bagi menentukan satu-satu tapak sebagai tapak arkeologi.

ii. Menjalankan kerja-kerja gali cari di tapak-tapak arkeologi dan tapak tanah

bersejarah untuk mendapatkan bukti mengenai prasejarah, proto-sejarah dan

sejarah negara yang terpendam di bawah tanah laut, tasik dan sungai bagi tujuan

melengkapkan penulisan tentang sejarah.

iii. Menyediakan laporan mengenai kerja-kerja tersebut dan penemuan-penemuan

bahan - bahan yang diperolehi.

vi. Menerbitkan laporan-laporan tersebut untuk pengetahuan umum.

vii. Mendokumentasi koleksi yang dijumpai, memelihara dan mempamerkan

di muzium-muzium di bawah Jabatan dan menyediakan inventori tapak arkeologi.

c. Pemuliharaan Benda Purba

Sebahagian daripada tugas JWN ialah memelihara bahan-bahan sejarah dan

kebudayaan. Ia mendapat sokongan daripada Akta Benda Purba 1976 yang memberi

kuasa lain menghindar daripada berlaku kerosakan atau kehilangan ke atas artifak

seperti ukiran yang terkandung di bawah definisi khazanah negara. Unit pemuliharaan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 207: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

190

menjalankan kedua-dua pencegahan kerosakan (Preventive Conservation) ke atas

bahan-bahan koleksi di muzium-muzium di bawah jabatan dan juga membaik pulih

bahan-bahan. Kerja-kerja pemeliharaan koleksi yang dilakukan adalah mengikut

peraturan yang ditetapkan. Selain itu juga mereka perlu membuat analisis terhadap

bahan-bahan yang dipulihkan. Bidang tugas mereka juga tidak tertumpu kepada

memelihara bahan-bahan sejarah dan kebudayaan, bahkan juga mereka

bertanggungjawab dalam memberi latihan kepada kakitangan muzium yang terlibat di

dalam kerja-kerja pemulihan. Menjalankan kerja-kerja baik pulih (Corrective

Conservation) ke atas bahan-bahan koleksi ukiran yang telah rosak sewaktu diperolehi.

Selain itu juga mereka akan membantu aktiviti monumen dan arkeologi di dalam kerja

pemulihan di lapangan yang berkaitan. Menjalankan ujian bagi memastikan alam

persekitaran di balai-balai pameran mengikut kesesuaian bahan-bahan yang dipamerkan

juga merupakan peranan yang harus dimainkan dalam pemuliharaan benda purba.

5.4 Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja

pemeliharaan, pengekalan dan penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sejarah,

kebudayaan dan alam semulajadi bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap

kekayaan warisan sejarah, budaya pelbagai kaum dan alam semulajadi negara ini dalam

usaha-usaha mewujudkan masyarakat harmoni, mempunyai keperibadian tinggi dan

membantu usaha-usaha kerajaan menggalakkan dan memajukan pelancongan negara.

JMM ini adalah di bawah portfolio Kementerian Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan. Jabatan ini diberi peruntukan perbelanjaan mengurus oleh kerajaan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 208: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

191

Untuk melaksanakan tugas-tugas, jabatan ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian

besar iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Muzium dan Bahagian Penyelidikan.

Usaha melestarikan warisan lama seperti ukiran telah dimulakan oleh JMM dan

sebagai agen perlaksanaan kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan. Jabatan ini telah menyenaraikan banyak rumah-rumah tradisional sebagai

monumen bersejarah. Melalui pemeliharaan rumah ini secara tidak langsung

membolehkan pemeliharaan ukiran pada sesebuah rumah itu dilakukan. Selain daripada

JMM, beberapa badan atau pihak tempatan lain turut terlibat dan mengambil insiatif

antaranya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan

Majlis Perbandaran Taiping. Di antara usaha utama mereka adalah menyediakan garis

panduan kerja baik pulih dan penggezonan bangunan bersejarah.

5.4.1 Peranan JMM dalam memelihara khazanah ukiran.

Pameran merupakan salah satu fungsi terpenting dan utama JMM dalam

menyebarkan ilmu pengetahuan warisan sejarah, kebudayaan, dan alam semula jadi

Malaysia kepada masyarakat tempatan dan pelancong, Tugas mereka adalah

mempamerkan koleksi-koleksi di dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan. Aktiviti

pameran terbahagi kepada empat kategori iaitu pameran tetap, sementara, khas dan

bergerak. Pameran tetap ditempatkan di galeri-galeri pameran muzium negara dan

semua muzium di bawah jabatan- Konsep persembahan dalam bentuk 3 diorama tiga

dimensi, tablo, maniator, artifak sebenar, replika audiovisual dan grafik. Teknik dan

kaedah susun atur yang menarik serta diterangi oleh penataan cahaya yang sesuai

berdasarkan piawaian permuziuman antarabangsa.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 209: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

192

Di Muzium Negara sahaja terdapat empat buah galeri pameran tetap yang

mempamerkan khazanah budaya dan alam semula jadi negara. Galeri-galeri ini

merangkumi empat balai iaitu balai A,B,C, dan D. Balai A memperagakan kebudayaan

dan mempamerkan khazanah warisan budaya masyarakat Malaysia berkaitan dengan

artifak etnologi dari bahan-bahan penggunaan harian seperti peralatan pemburuan,

pertanian, pengangkutan, hingga ke bahan untuk aktiviti pemujaan keagamaan dan adat

resam masyarakat tempatan. Balai B menempatkan koleksi bahan-bahan flora dan fauna

negara contohnya serangga dan mergastua, manakala Balai C memperagakan bahan

pameran seperti kategori senjata, perangkap dan jerat serta Balai D peralatan muzik

tradisional masyarakat pribumi Malaysia.

Pendidikan muzium dilaksanakan melalui kegiatan-kegiatan khidmat awam dan

swasta, khidmat teknik, khidmat sekolah dan latihan, khidmat tayangan dan khidmat

pengembangan. Selain itu juga JMM memberikan perkhidmatan pendidikan yang

bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung khususnya pelajar sekolah

rendah, menengah, dan Institut pengajian tinggi mengenali budaya, sejarah, flora dan

fauna negara dengan lebih dekat lagi. Di sini pihak muzium berpeluang untuk

memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan ukiran ini. (Laman rasmi JMM)

Selain itu juga, JMM bertanggungjawab dalam merancang, mengurus hal ehwal

pentadbiran, pembangunan, pengubahsuaian bangunan dan balai-balai pameran dan naik

taraf kemudahan dan perkhidmatan semula muzium di bawah JMM termasuk Taman

Sejarah Negara dan Kompleks Sejarah Perak.

Mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan penubuhan muzium-muzium

baru merupakan salah satu peranan JMM dalam memelihara khazanah seni di Malaysia.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 210: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

193

Selain itu juga JMM akan memberi bantuan kepakaran kepada muzium-muzium negeri,

agensi-agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di dalam bidang pameran dan

mengendalikan khidmat pendidikan kepada penuntut-penuntut di sekolah dan pusat

pengajian tinggi.

5.5 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)

Peranan Perbadanan Kraftangan Malaysia PKKM dalam mengekalkan warisan

ukiran ini adalah tidak boleh disangkal. Malahan pihak ini dilihat antara yang paling

aktif dalam usaha mengekalkan warisan ukiran ini. Mereka bukan sekadar memastikan

standard pengusaha ukiran terjaga tetapi turut membantu pengusaha ini dari aspek

pemasarannya. Melihat kepada peranan perbadanan ini sesuatu yang perlu

dipertingkatkan adalah setiasa menyediakan ruang kepada para pengukir untuk

berkongsi ilmu tentang pemikiran yang terkandung di sebalik karya-karya mereka.

Dalam usaha mencari peninggalan zaman silam, jabatan ini menjalankan usaha-

usaha mencari dan menjejaki di kawasan-kawasan yang mungkin mempunyai

peninggalan tersebut, menyelusuri pendalaman dan menjalankan penyelidikan. Jabatan

Ini turut memberi khidmat nasihat kepada muzium-muzium negeri seperti muzium

Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Dalam program pemuliharaan ukiran ini, pelbagai usaha telah dijalankan

meliputi penganjuran pameran berkonsepkan galeri dan bertema seperti Pameran Spirit

of Wood, penyelidikan mengenai tokoh-tokoh kraf, mengadakan sesi pendidikan seperti

seminar, bengkel dan pertandingan mengukir yang dianjurkan olek Lembaga

Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Di samping itu PKKM turut mengeluarkan Buku

Univers

ity of

Mala

ya

Page 211: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

194

Warisan Kraf Malaysia, Jurnal Kraf dan pelbagai video kraf yang bertujuan

mendokumenkan hasilan ukiran ini.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia merupakan badan berkanun di

bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada 1Oktober 1979 di bawah Akta

222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Matlamat utama penubuhan

ialah untuk memajukan dan menggalakkan dan menggiatkan kraftangan ke arah

pengwujudan perusahaan yang teguh dan kukuh.

Di atas kesedaran bahawa perusahaan yang diwarisi sejak zaman berzaman

tidak seharusnya terus kekal sebagai perusahaan kampung sahaja tetapi perlu

diketengahkan dan dimajukan. Perbadanan Kemajuan kraftangan diwujudkan dengan

tujuan memelihara dan melindungi warisan kraf negara.

5.5.1 Peranan PKKM Dalam Memelihara Khazanah Ukiran.

Visi: Menjadi pemimpin dalam pertumbuhan, pembangunan dan promosi industri kraf

yang kukuh dan berdaya saing.

Objektif: Untuk membangun dan mempromosi industri kraf negara

Nilai korporat:

1. Berusaha ke arah kecemerlangan

2. Inovatif dan kreatif

3. Komersial dan dorongan pasaran

4. Berorientasi keusahawanan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 212: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

195

Peranan PKKM sebagaimana yang termaktub dalam Akta Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Malaysia Tahun1979 adalah seperti berikut:

i. Memajukan dan di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan

ketukangan tradisional.

ii. Memajukan dan menggiatkan perkembangan dan memelihara standard,

perusahaan kraftangan dengan berbagai cara termasuk mengadakan

perkhidmatan penyelidik, penasihat dan pengembang.

iii. Memandu, mengorientasikan dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang

ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan

pemasaran.

iv. Mengawal, meninggikan dan memperbaiki kualiti dan menyelenggarakan

standard keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran-pasaran tempatan dan

luar negara.

v. Memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran-keluaran kraftangan

Perbadanan Kraftangan mempunyai 9 buah pusat pembangunan kraf dan 2

kompleks kraf yang memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan

industri kraf negara.

Antaranya ialah:

i. Kompleks Kraf Kuala Lumpur

ii. Kompleks Kraf Langkawi

iii. Pusat Pembangunan Kedah

Univers

ity of

Mala

ya

Page 213: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

196

iv. Pusat Pembangunan Kraf Perak

v. Pusat Pembangunan Kraf Negeri Sembilan

vi. Pusat Pembangunan Kraf Kelantan

vii. Pusat Pembangunan Kraf Terengganu

viii. Pusat Pembangunan Kraf Pahang ( Temerloh )

ix. Pusat Pembangunan Kraf Pahang ( Kuantan )

x. Pusat Pembangunan Kraf Sarawak

xi. Pusat Pembangunan Kraf Sabah

Alamat dan lokasi kompleks dan pusat Kraf dapat dilihat di lampiran 1.

Sumber (Laman Rasmi PKKM)

Bagi menghadapi alaf baru, Perbadanan Kraftangan telah mengorak langkah

dengan membuat perubahan struktur dan penyusunan semula organisasi selaras dengan

usaha untuk memberi fokus baru kepada fungsi bahagian dan Pusat Pembangunan Kraf.

Pertukaran peranan fungsi bahagian-bahagian adalah seperti berikut:

i. Bahagian pengeluaran bertukar kepada bahagian penyelidikan & pembangunan

yang berperanan di dalam membangunkan produk dan proses pengeluaran.

ii. Bahagian pemasaran bertukar kepada bahagian galakan dagangan yang

berperanan mempromosikan produk kraf dalam dan luar negara.

iii. Bahagian perancangan korporat bertukar kepada bahagian penyelidikan pasaran

& maklumat yang berperanan di dalam mengumpul maklumat industri dan

pasaran.

iv. Bahagian pentadbiran, kewangan & perkhidmatan bertukar kepada bahagian

perkhidmatan korporat dan berperanan menjalankan tugas dan fungsi yang

sama.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 214: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

197

v. Bahagian pengurusan harta/bangunan bertukar kepada bahagian pembangunan

yang diberikan tugas tambahan untuk menyelaras perancangan pembangunan 5

tahun di samping menjalankan tugas dan fungsi yang sama.

Program penyelidikan dan pembangunan merupakan aspek penting yang

diberikan penekanan dalam membangunkan industri kraf. Industri perusahaan

kraftangan perlu mengikuti peredaran zaman dan kehendak semasa untuk bersaing

dengan produk-produk kraf yang terkemuka di dunia supaya diterima oleh masyarakat

tempatan dan antarabangsa. Usaha menyelidik dan menerima dimensi baru melalui

mereka cipta barangan adalah projek berterusan dalam menghasilkan barangan yang

bermutu, disukai ramai den menambahkan bilangan penemuan baru di samping

memperkayakan lagi warisan bangsa.

Melalui daya cipta yang inovatif dan reka bentuk yang menarik hasil kraf yang

dahulunya digunakan untuk keperluan harian sahaja tetapi sekarang ia mula diterima

dan dihargai setelah diberi wajah baru yang menggabungkan corak-tradisi dan moden.

Program penyelidikan dan pembangunan dapat dibahagikan kepada dua bidang iaitu:

1. Pembangunan produk

Aktiviti ini menekankan kepada usaha-usaha mempelbagaikan rekaan dan

penampilan produk untuk pelbagai segmen pasaran di samping mendokumentasikan

rekaan produk untuk rujukan. Penyediaan rekaan dan produk oleh pereka perbadanan

kraftangan dibuat secara bersama dengan pengusaha kraf supaya mereka mendapat

faedah langsung dan mampu mengeluarkan produk yang berkualiti dan diterima oleh

pengguna.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 215: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

198

Perbadanan Kraftangan telah bekerjasama dengan Japan Trade Organization

(JETRO) menghasilkan produk untuk pasaran Jepun di mana seramai 14 orang

pengusaha kraf telah mengeluarkan 106 produk untuk diuji pasaran semasa. Bagi

memastikan maklumat tentang rekaan produk kraf dapat dikongsi bersama, pada tahun

2001 Perbadanan Kraftangan telah mewujudkan pangkalan data tekaan untuk

menyimpan imej dan maklumat hasil reka cipta produk.

2. Pembangunan pengeluaran

Perbadanan Kraftangan menekankan kepada usaha-usaha penyelidikan terhadap

kualiti dan teknologi pengeluaran kraf. Bagi tahun 2000, Perbadanan Kraf dengan

kerjasama Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya telah menghasilkan mesin yang dapat

meningkatkan teknologi pengeluaran songket yang dikenali sebagai 'Songcam'.

Songcam ini telah dapat mengubah cara pengeluaran tradisional kepada kaedah

automasi yang disokong oleh komputer untuk berfungsi dengan lebih cepat semasa

mereka corak, menjana data pembuatan dan mengawal proses menenun.

3. Program Galakan dagangan

Perbadanan Kemajuan kraftangan Malaysia adalah agensi kerajaan utama yang

berperanan memperkenalkan barangan kraf ke peringkat antarabangsa melalui anak

syarikatnya iaitu syarikat Pemasaran Karyaneka Sendirian Berhad yang berfungsi untuk

memasarkan barangan kraf di dalam dan luar negara. Program ini bermatlamat untuk

meningkatkan permintaan melalui tiga aktiviti iaitu:

Univers

ity of

Mala

ya

Page 216: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

199

4. Promosi Industri

Perbadanan telah menganjurkan dan menyertai pameran dan jualan yang

dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta. Di antaranya ialah pameran Home Decor

2000 (HOMEDEX), International Design Exhibition dan Ekspo Cintai Malaysia.

5. Khidmat Dagang

Perbadanan Kraftangan telah menyediakan ruang pameran tetap dengan

menyewa ruang tersebut untuk mempamerkan produk yang diusahakan oleh pengusaha

kraf dalam bidang tertentu. Kemudahan tersebut membolehkan semua pihak

menjalinkan hubungan niaga untuk pasaran tempatan dan eksport.

Perbadanan juga telah mengadakan insentif galakan dagangan kepada pengusaha

kraf yang dapat memenuhi kriteria untuk menyertai pameran perdagangan di peringkat

antarabangsa. Contohnya pada tahun 2000 yang lalu, lima orang pengusaha kraf telah

dipilih untuk menyertai Carlifornia Gifts Show.

6. Promosi kompleks

Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Langkawi merupakan pusat setempat kepada

para pengunjung tempatan dan luar negara. Di situ, pelancong dapat melihat kecantikan

pelbagai produk kraf dan mengikuti acara promosi serta mendapatkan maklumat tentang

kraf.

i. Program Latihan Kemahiran Kraftangan

Program ini bermatlamat untuk melahirkan para lulusan tahap sijil hingga

diploma dalam pelbagai kemahiran kraf Program Perbadanan Kraftangan ini dapat

Univers

ity of

Mala

ya

Page 217: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

200

melatih tenaga mahir dalam pelbagai bidang kraf untuk keperluan industri kraf. Selain

itu juga latihan kemahiran dijalankan kepada orang perseorangan dan kampung-

kampung yang dipilih untuk meramaikan bilangan pencipta kraf. Aktiviti kraftangan

dalam memberi latihan kepada pelatih dan pengusaha kraf dengan secara tidak langsung

memberi wajah baru dan imej yang tersendiri.

ii. Program sokongan

Program sokongan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia dapat di bahagikan kepada tiga program yang khusus iaitu:

7. Program Kajian Pasaran dan Maklumat

Kajian industri kraf telah dilaksanakan bagi mendapatkan status industri kraf

pada masa kini. Kajian tersebut meliputi bidang tekstil (tenunan dan batik, hasil rimba

(kayu, rotan, buluh dan anyaman), seramik, logam (tembaga dan perak) dan kraf etnik.

Aspek yang dikaji adalah yang berkaitan dengan profil pengusaha, pengeluaran,

pemasaran, kemudahan insentif sumber tenaga manusia, masalah dan cabaran semasa

yang dihadapi oleh industri.

8. Program Pembangunan Teknologi Maklumat

Perbadanan Kraftangan terus memperluaskan penggunaan teknologi maklumat

di dalam organisasi bagi membantu jentera pentadbiran. Ini selaras dengan hasrat

kerajaan dalam menggalakkan penggunaan teknologi dan komunikasi (ICT).

Penekanan telah diberi kepada peningkatan perkakasan bagi tahap rangkaian,

pemantauan serta pengukuhan ke atas sistem sedia ada iaitu sistem pembangunan dan

pengembangan kraf.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 218: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

201

9. Program pemuliharaan Kraf

Perbadanan Kraftangan juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha memelihara dan

memulihara kraf warisan supaya dapat dikenali oleh generasi muda. Aktiviti adalah

berbentuk pendidikan seperti pameran, seminar, bengkel dan pertandingan mengenai

sejarah pembuatan kraf. Selain itu juga, maklumat tentang tokoh-tokoh kraf yang

didokumenkan untuk kegunaan generasi akan datang.

Program pemuliharaan kraf telah menubuhkan satu fungsi organisasi yang

dikenali sebagai Pemuliharaan Kraf yang memainkan peranan utama dalam memelihara

kraftangan tradisi di negara ini.

i. Fungsi Bahagian Pemuliharaan Kraf

Perbadanan kraftangan sentiasa berusaha untuk memulihara dan memelihara

kraf warisan supaya pengetahuan tersebut terus kekal dan dapat dirujuk sebagai sumber

pendidikan. Untuk memastikan kraftangan tradisi terpelihara, Perbadanan Kraftangan

telah menubuhkan satu bahagian yang dikenali sebagai Pemuliharaan Kraf. Fungsi ini

dapat dibahagikan pula kepada pentadbiran dan kewangan, pendidikan pemuziuman dan

dokumentasi.

Program-program pemuliharaan kraf ini berperanan untuk memulihara

perkembangan dan kemajuan kraf tempatan melalui pengumpulan khazanah kraf

Malaysia dan mendokumenkan fakta sejarah, teknologi pembuatan, cara penggunaan

kraf. Ia merupakan sebagai salah satu kaedah pendidikan kepada orang ramai dalam

usaha mendidik generasi masa kini supaya dapat menghayati dan menghargai

Univers

ity of

Mala

ya

Page 219: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

202

sumbangan tempatan sebagai warisan bangsa dan negara. Antara usaha-usaha

pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia ialah:

I. Pendidikan

Melaksanakan pameran dalam dan luar negara. Aktiviti pameran merupakan

satu bentuk pendidikan yang bertujuan untuk mendedahkan orang ramai

bahawa terdapat pelbagai jenis kraftangan di negara kita dan berupaya

memupuk semangat kecintaan terhadap khazanah kraf tradisi. Antara pameran

yang pernah diadakan ialah:

i. Pameran Seni Logam Tembaga - Pameran ini diadakan di Kompleks Kraf Kuala

Lumpur yang memfokuskan kepada perkembangan industri logam di Malaysia.

ii. Pameran Ragam hias Tenunan - Pameran yang bertemakan songket emas yang

memaparkan keindahan reka corak tenunan serta himpunan tekstil yang terdapat

di tanah air.

iii. Pameran perhiasan diri - Pameran ini bertemakan 'Seri Bulan Tampak Di badan'

yang diadakan di Kompleks kaf Kuala lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi pada

tahun lalu. Pameran ini merupakan paparan yang istimewa perbadanan yang

mengenengahkan keunikan reka corak dan pemakaian perhiasan. Dalam tahun 2002 ini,

Perbadanan Kraf telah merancang beberapa pameran seperti:

a. Pameran Seni zukhruf

b. Pameran Kraf Borneo (anyaman bakul)

c. Pameran Kraf seramik

d. Pameran Tekstil Tradisional.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 220: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

203

Menjalin usaha sama dengan institusi, agensi dan sektor swasta untuk penganjuran

bersama. Usaha sama yang dijalankan adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan

sesuatu aktiviti yang dijalankan. Contohnya apabila Perbadanan ingin mengadakan

pameran kraftangan, tidak semestinya ia hanya memaparkan khazanah yang terdapat di

dalam muzium krafnya sahaja malah akan bekerjasama dengan muzium lain seperti

muzium negara untuk mempelbagaikan khazanah pameran. Setiap tahun PKKM

mengadakan pameran kraftangan Melayu. Pada 27 Febuari hingga 11 Mac 2013 mereka

telah mengadakan Pameran Seni Ukiran Kayu Malaysia. Pameran ini adalah hasil

kerjasama PKKM dan Persatuan Pengukir Malaysia (PENGUKIR).

i. Melaksanakan bengkel Cintai Kraf Malaysia

Bengkel Cintai Kraf Malaysia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada

masyarakat mengenai keunikan seni pembuatan sesuatu khazanah kraf tangan. Antara

bengkel yang pernah diadakan oleh perbadanan ialah:

a. Bengkel tenunan Melayu

b. Bengkel seramik

c. Bengkel ukiran kayu

d. Bengkel anyaman

Pada tahun 2002 ini Perbadanan telah mengadakan Bengkel warisan Kaligrafi,

bengkel kain sarung (batik dan tenunan), Bengkel warisan seramik dan bengkel manik

Sarawak.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 221: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

204

Muzium Kraf

ii. Melaksanakan urusan pemeliharaan

Urusan pemuliharaan merujuk kepada usaha pihak muzium memelihara dan

memulihara khazanah yang terdapat di muzium-muzium Kompleks Kraftangan supaya

berada dalam keadaan baik. Khazanah yang dipamerkan perlu dijaga oleh pihak

bertanggungjawab sahaja supaya nilai keasliannya terpelihara dan dapat dilihat oleh

generasi akan datang.

iii. Melaksanakan urusan penyelidikan

Urusan penyelidikan yang dijalankan ialah tentang tokoh-tokoh kraf dan

Adiguru kraf yang berkelayakan di antara pencinta-pencinta kraf.

Anugerah Tokoh Kraf telah diperkenalkan bagi bertujuan memberi satu

pengiktirafan kepada individu seni kraf yang menampakkan kecemerlangan, ketokohan

dan kesungguhan yang tinggi di dalam memartabatkan serta mengharumkan industri

kraf negara. Setelah dinilai dari beberapa calon, Anugerah Tokoh Kraf telah disandang

oleh Almarhum Yang Mulia Tengku Ibrahim Tengku Wook atau lebih dikenali di

kalangan masyarakat setempat sebagai 'Ayah Ku' yang sememangnya insan seni yang

kreatif dan unik. Beliau dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1929. Beliau

merupakan salah seorang pencinta seni, yang menjalankan ukiran halus dan sarung

keris, tongkat, katil, rumah dan barangan tain. Ukiran halus yang dihasilkan memang

halus dan bermutu dan sejak kecil lagi beliau telah didedahkan dengan teknik-teknik

mengukir yang baik oleh ayah beliau yang juga merupakan salah seorang pengukir yang

mahsyur.

Adiguru dilantik berasaskan kecenderungan dalam bidang masing-masing sama

ada anyaman, tenunan, seramik dan sebagainya. Kegemilangan seni kraftangan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 222: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

205

tradisional tidak akan sempurna tanpa sumbangan tukang kraf yang diwarisi sejak turun

temurun. Mengenal kepada hakikat kepentingannya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia telah melantik beberapa Adiguru Kraf yang bertujuan semata-semata

menghargai jasa tukang-tukang kraf. Contohnya bagi bidang ukiran Perbadanan telah

melantik ramai pengukir sebagai Adiguru misalnya Wan Su, Wan Mustapha dan

Norhaiza Noordin. Mereka ini telah lama berkecimpung dalam bidang ukiran dan

melebihi 20 tahun serta mahir dalam semua jenis ukiran. Kehalusan ukiran mereka

memang tidak dapat disanggkal lagi.

iv. Dokumentasi

Bagi memastikan maklumat tentang tokoh dan pembuatan kraf disimpan dengan

baik, maklumat-maklumat tersebut perlu didokumentasikan. Hasil daripada aktiviti

pendokumentasian matlamat berkenaan, Perbadanan Kraftangan telah mengeluarkan

Buku warisan Kraf Malaysia, Jurnal Kraf. Melalui kaedah ini segala bahan penerbitan

yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh semua peminat seni kraf Malaysia. Antara

aktiviti yang berkaitan dengan dokumentasi ialah:

i. Menyelaraskan penerbitan bercetak dan elektronik

ii. Menyelaras penerangan untuk aktiviti pameran

iii. Menyelaraskan grafik dalam reka bentuk penerbitan dan pameran.

5.6 Institut Kraf Negara (IKN)

Bagi Pencapaian matlamat PKKM, pada tahun 1992 pihak Perbadanan

Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mula menggubal kurikulum latihan kemahirannya

secara berperingkat-peringkat supaya selaras dengan keperluan industri kraf semasa.

Input pengajaran dan pembelajarannya telah diseimbangkan diantara unsur kemahiran

Univers

ity of

Mala

ya

Page 223: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

206

dan akademik atau praktis dan teori. Untuk itu pada tahun 1996 aktiviti latihan

dipusatkan di Kompleks Kraftangan di Taman Rekreasi Templer, Rawang, Selangor.

Antara bidang latihan yang diberi adalah kayu, batik, tenunan, rotan, seramik dan

logam. (Laman Rasmi IKN)

Institut Kraf Negara (IKN) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2001. Serentak

dengan itu program Diploma Seni Kraf ditawarkan kepada pelajar-pelajar disamping

Sijil Seni Kraf. Pengambilan pertama pelajar di bawah Program Diploma telah dibuat

dalam sesi pengajian 2002/2003. Sehingga Majlis Konvokesyen IKN ke-8 pada 14

November 2009, seramai 1,333 orang graduan (Diploma 620 orang dan Sijil 713 orang)

telah dilahirkan oleh IKN.

5.6.1 Peranan IKN dalam memelihara khazanah ukiran.

Pada 17 Disember 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui

Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK), telah memberikan

pengiktirafan terhadap Diploma dan Sijil Seni Kraf daripada Institut Kraf Negara (IKN),

yang setaraf dengan Diploma Biasa dan Sijil Biasa dari Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) tempatan. Pengiktirafan ini membolehkan graduan – graduan IKN dilantik ke

dalam Perkhidmatan awam mengikut kelayakan yang setaraf.

Visi IKN adalah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kraf yang dapat

melahirkan tenaga mahir berteknologi terkini, usahawan kraf dan menjadi pusat

rujukan, penyelidikan serta pemuliharaan warisan negara. IKN juga berperanan

memulih dan memelihara perkembangan dan kemajuan kraf tempatan melalui

pengumpulan, kajian dan merekod segala sumber yang berkaitan dengan khazanah kraf

Univers

ity of

Mala

ya

Page 224: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

207

Malaysia supaya menjadi bahan rujukan utama dan seterusnya dapat mendidik

masyarakat menghayati dan mencintai seni kraf warisan.

Strategi

i. Mengumpul khazanah dan koleksi kraf warisan tempatan yang berkaitan dengan

latar budaya dan kehidupan sesebuah masyarakat di negara ini.

ii. Melakukan aktiviti baik pulih dan menghasilkan semula (re-pro) produk kraf

tempatan dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf negara.

iii. Membuat kajian dan penyelidikan serta merekod segala aspek seperti sejarah,

asal usul, ragam hias, reka bentuk, teknik, proses pembuatan serta kegunaan

produk kraf warisan yang mencakupi seni kraf masyarakat etnik yang terdapat di

Malaysia.

iv. Mengumpul dan menyediakan bahan penerbitan dalam bentuk bercetak dan

elektronik untuk penyebaran informasi bagi mengenal seni kraf warisan.

v. Mengenalpasti dan memberi pengiktirafan kepada tokoh–tokoh kraf negara ini

yang banyak menyumbang jasa dalam usaha membangun dan mengekalkan seni

kraf warisan.

vi. Menganjurkan pendidikan kraf yang merangkumi aktiviti interaktif, bengkel,

forum, seminar serta kembara kraf bagi memberi peluang kepada kumpulan

sasar melihat, mempelajari dan mengalami sendiri situasi sebenar seni warisan

kraf.

vii. Melaksanakan pameran kraf warisan berkonsepkan pameran bertema, pameran

tetap dan galeri warisan yang bertujuan membantu penyebaran maklumat kraf

dalam usaha mewujudkan kesedaran masyarakat supaya menghargai dan

mencintai kraf tempatan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 225: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

208

Untuk memastikan objektif IKN tercapai beberapa unit telah ditubuhkan antaranya:

i.Unit Pemeliharaan.

Memulih dan memelihara koleksi kraf warisan negara untuk tujuan rujukan dan

pendidikan serta memberi pengiktirafan kepada tukang-tukang kraf yang telah lama

berkecimpung dalam mengembang dan memartabatkan seni kraf warisan.

ii.Unit Muzium Kraf

Mempertingkatkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan

perkembangan seni kraf warisan negara.

iii.Unit Pusat Sumber

Mengumpul, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat mengenai kraf untuk

meningkatkan kemahiran dan kecekapan warga Kraftangan Malaysia melalui

pembacaan, penyelidikan dan rujukan.

iv.Unit Dokumentasi

Membuat kajian dan penyelidikan yang mencakupi semua aspek mengenai seni kraf

warisan untuk dijadikan bahan rujukan utama.

5.7 Arkib Negara Malaysia. (ANM)

Arkib Negara Malaysia ditubuhkan pada 1 Disember 1957, Arkib Negara

Malaysia pada mulanya di kenali sebagai Pejabat Rekod Awam. Pada tahun 1963 ia

menerima namanya sekarang selaras dengan penggunaan antarabangsa. Arkib Negara

yang diluluskan oleh parlimen pada tahun 1966, secara sah memberi kuasa kepada

Univers

ity of

Mala

ya

Page 226: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

209

Arkib Negara sebagai penyimpan rekod-rekod awam bernilai sejarah dan kepentingan

negara.

Objektifnya adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan

kesedaran kebangsaan dengan cara mengumpul, memelihara dan menyediakan

kemudahan penyelidikan. Arkib Negara Mempunyai visi iaitu untuk membentuk

generasi yang cintakan sejarah dan negara. Manakala misinya ialah untuk menyimpan

dan memelihara bahan-bahan Arkib berkaitan dengan sejarah negara dan menyebarkan

maklumat mengenai kepentingannya kepada masyarakat. (Laman Rasmi Arkib Negara)

Arkib Negara Malaysia berperanan untuk mengumpul, memperolehi dan

memelihara rekod negara yang mempunyai nilai kebangsaan dan unsur-unsur sejarah,

memberi kemudahan rujukan dan menyelidik kepada jabatan-jabatan kerajaan dan

orang awam serta melaksanakan penyelidikan, memberi khidmat nasihat kepada

jabatan-jabatan kerajaan mengenai pengurusan rekod yang teratur dan sistematik,

maklumat kepada orang ramai dan meningkatkan aktiviti pembaharuan pengurusan dan

pentadbiran menerusi pelaksanaan program pengkomputeran. Dalam hal ini, Arkib

Negara boleh menyimpan segala maklumat berkaitan seni ukiran yang telah

didokumentasikan oleh pihak-pihak yang terlibat. Ini penting untuk menjadi sumber

rujukan pada masa akan datang.

5.7.1 Peranan ANM Dalam Memelihara Khazanah Ukiran.

Di ANM terdapat bahagian yang menjalankan kaji selidik. Bahagian ini

bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyimpanan arkib-arkib awam untuk

kegunaan rujukan dan penyelidikan orang awam. Bahagian ini terdiri daripada pusat

Univers

ity of

Mala

ya

Page 227: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

210

sumber arkib yang mengadakan perkhidmatan dan kemudahan penyelidikan dan

rujukan dan penyalinan yang efisien dan berkesan kepada para penyelidik dari dalam

dan luar negeri. Kedua unit pameran dan galeri yang mengendalikan pameran-pameran

arkib untuk pengetahuan umum dan mengendalikan pameran-pameran. Kedua unit ini

dilihat sangat efisen dalam menyimpan maklumat berkaitan warisan seni ukiran negara

untuk rujukan penyelidik dan pelajar.

Bahagian seterusnya yang boleh membantu melestarikan ukiran ini ialah

bahagian pemuliharaan dan reprografi. Bahagian ini bertanggungjawab memulihara

bentuk fizikal bahan asal arkib menjadi bahan yang lengkap dan boleh digunakan.

Bahagian ini terdiri daripada unit pemuliharaan yang berperanan untuk memelihara

kandungan catatan maklumat. Yang kedua unit penjilidan yang mengendalikan kerja-

kerja penjilidan ke atas buku-buku, rekod-rekod, surat khabar, manuskrip dan bahan-

bahan arkib yang lain untuk disimpan kekal. Unit pengawetan yang berperanan

mengendalikan bahan-bahan arkib menggunakan proses teratur secara salutmati. Dan

unit yang terakhir ialah unit reprografi yang berperanan membuat mikrofilem bagi

bahan-bahan arkib terutamanya bahan-bahan yang mudah rosak, menyediakan salinan-

salinan mikrofilem untuk kegunaan pam penyelidik awam, menyediakan salinan

gambar-gambar bersejarah untuk tujuan penyelidikan dan simpanan kekal dan

mengambil gambar-gambar tempat-tempat bersejarah. Pendokumentasian lengkap

berkaitan ukiran seperti catatan dan gambar boleh disimpan di sini.

Unit perpustakaan arkib yang berperanan memberikan perkhidmatan rujukan

bahan-bahan perpustakaan Arkib dan mengesan, memperolehi dan memproses bahan-

bahan perpustakaan berkaitan dengan rekod dan arkib, undang-undang negeri dan

negara.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 228: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

211

Bahagian yang terakhir ialah bahagian penyelidikan dan dokumentasi. Bahagian

ini bertanggungjawab membuat penyelidikan, mendokumentasikan dan merakam

peristiwa-peristiwa bersejarah. Bahagian ini terdiri daripada unit penyelidikan dan

aktiviti-aktiviti pemeriksaan ke atas peristiwa dan tempat-tempat bersejarah dan

membuat semakan harian dan keratan akhbar untuk tujuan rekod sebarang maklumat

atau peristiwa-peristiwa penting bernilai sejarah dan kebangsaan. Unit dokumentasi

yang berperanan mendokumentasikan peristiwa-peristiwa penting menyediakan

dokumentasi serta nota-nota atau penerangan dan panduan bersejarah yang diperlukan

bagi tujuan pameran dan rujukan-rujukan atau lampiran-lampiran khas dan membuat

kerja-kerja penterjemahan ke bahasa Malaysia mana-mana bahan rujukan rekod-rekod

awam yang telah mencapai taraf bagi tujuan penyelidikan dan penerbitan untuk tujuan

awam. Unit rakaman dan audio visual yang berperanan merakam dan

mendokumentasikan peristiwa-peristiwa penting (bernilai sejarah) boleh digunakan

untuk merakam aktiviti-aktiviti berkaitan ukiran yang dijalankan di seluruh Negara.

Arkib Negara sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk

mengetahui sejarah silam bangsa. Arkib Negara mempelawa orang ramai untuk melihat

pameran, melawat memorial-memorial yang ditubuhkan khusus untuk mengenang jasa

dan memperingati mereka yang berjasa kepada negara dan menggunakan segala

kemudahan penyelidikan yang disediakan. Bersangkutan dengan warisan, Arkib Negara

berperanan menyimpan segala data berkaitan warisan Negara seperti seni ukiran ini

untuk menjadi rujukan pengkaji pada masa akan datang.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 229: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

212

5.8 Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Sejak lebih 60 tahun, selain menjadi penyebar berita dan maklumat, kewujudan

siaran radio dan TV sangat membantu dari aspek menyampaikan hiburan dan seni

budaya kepada masyarakat. Oleh itu sangatlah sesuai agar elemen ini digunakan untuk

membantu melestarikan warisan ukiran ini. Melalui program-program dukumentari

boleh diselitkan wawancara atau temubual bersama tokoh ukiran. Selain dari itu

hebahan dan program berbentuk pertandingan mengukir sebaiknya mendapat ruang atau

slot untuk dikeudarakan di radio atau TV. Langkah ini dilihat boleh meransang minat

dan pertumbuhan dari golongan muda.

5.9 Pihak Berkuasa Tempatan

Selain itu agensi lain yang turut terlibat dalam mencegah kemusnahan dan

kehilangan khazanah seni ialah melalui Pihak Berkuasa Tempatan melalui kaedah

perundangan atau penguatkuasaan undang-undang. Perundangan ini dilakukan di

pelbagai peringkat sama ada di Peringkat Negeri, Peringkat Jabatan Persekutuan dan

juga pada Perundangan Antarabangsa.

Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti Majlis Daerah atau Majlis Bandaran.

Pihak ini berperanan dengan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemeliharaan

bangunan lama dalam kawasan masing-masing. Selain itu, ia juga berperanan dalam

menentukan pembangunan supaya ia tidak dibuat dalam kawasan yang diisytihar

sebagai kawasan bersejarah, menentukan bentuk supaya ia mesti sama dengan bentuk

bangunan di sekitar dan juga had ketinggian adalah tetap ia tidak melebihi bangunan

yang ada.. Begitu juga, peranan yang lebih kurang sama di lakukan di peringkat negeri

Univers

ity of

Mala

ya

Page 230: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

213

Cuma badan yang bertanggungjawab ialah kerajaan negeri. Namun terdapat tambahan

peruntukan yang di mainkan pada peringkat ini termasuk harta karun dan harta bawah

air misalnya kapal karan (Ordinan Benda Purba dan Harta Karun 1957). Hal ini sangat

penting kerana dengan meyelamatkan bangunan-bangunan lama ia dalam masa yang

sama dapat menyelamatkan tinggalan-tinggalan lain yang ada di dalamnya termasuklah

ukiran atau ragamhias bangunan tersebut

Manakala di peringkat Jabatan Persekutuan pula ia melibatkan Jabatan Marin

atau Laut untuk kapal karam. Pada peringkat ini, Jabatan Muzium dan Antikuiti

memainkan peranan bersama-sama. Melalui Akta Benda Purba 1976, jabatan Muzium

menjalankan perundangan dengan tujuan melindungi monumen dan tapak-tapak tanah

bersejarah melalui larangan merosakkan monumen dan tapak-tapak tanah bersejarah

menjalankan kerja-kerja cari gali dan mengeksport benda purba. Selain itu, ia

berperanan dengan menjalankan pencegahan dan perlaksanaan undang-undang

berkaitan lesen berniaga dan lesen penggalian.

5.10 Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)

DCA berfungsi sebagai badan kawal selia bagi penerbangan awam, lapangan

terbang dan perkhidmatan penerbangan, ia mewujudkan piawaian dan penguatkuasaan

dan berminat menarik lebih ramai lagi pengguna bagi perkhidmatan ini. Keselamatan

adalah misi utama dan teratas bagi DCA dan ia wujud dalam pengeluaran serta

perlaksanaan peraturan-peraturan dan piawaian yang berkaitan dengan operasi,

pengesahan, pengeluaran dan penyelenggaraan pesawat. Jabatan Penerbangan Awam

(DCA) adalah elemen dalam Kerajaan Malaysia yang memegang tanggungjawab utama

Univers

ity of

Mala

ya

Page 231: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

214

dalam memastikan keselamatan dan perkembangan industri Pengangkutan Udara di

negara ini.

Penerbangan awam ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan telah menjadi

Jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan dalam tahun 1976. Satu lagi fungsi ialah

memeriksa serta mengesahkan personal penerbangan dan juga lapangan -lapangan

terbang yang memberi perkhidmatan pada pesawat udara. Jabatan ini mengendalikan

Pusat Kawalan Trafik udara, memperuntukkan penggunaan ruang angkasa dan

memastikan keselamatan perkhidmatan Trafik Udara mengikut spesifikasi dan

kehendak yang telah ditetapkan di peringkat negara dan juga antarabangsa Ia juga

mengaturkan satu program untuk melindungi keselamatan penerbangan awam. Antara

lain program keselamatan ini adalah bertujuan untuk memelihara khazanah Melayu

negara kita daripada terlepas keluar negara.

A. Peranan Yang Dapat Dimainkan Dalam Melindungi Warisan Kebudayaan

1. Pemeriksaan ke atas penumpang dan bagasi.

Di dalam tugas-tugas kawalan keselamatan anggota-anggota Perkhidmatan

Keselamatan Awam membuat pemeriksaan ke atas bagasi-bagasi dan penumpang-

penumpang yang akan menaiki kapal terbang. Pemeriksaan ini dijalankan dengan

menggunakan alat-alat pemeriksaan X-ray yang telah dibekalkan kepada lapangan-

lapangan terbang dan juga memeriksa fizikal sekiranya perlu. Tiap-tiap penumpang dan

beg-beg mereka diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kapal terbang

dan sekiranya terdapat benda-benda yang berbahaya maka barang itu akan dirampas,

Sekiranya sesuatu benda itu melanggar undang-undang maka tindakan sewajarnya akan

diambil. Memandangkan tiap-tiap penumpang dan barang-barang mereka diperiksa

sebelum menaiki kapal terbang, maka di sini anggota keselamatan dapat membantu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 232: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

215

mengesan warisan-warisan kebudayaan kita termasuklah ukiran ini yang cuba di bawa

keluar daripada negara kita.

2. Kerjasama dengan Jabatan Muzium

Kerjasama dengan pihak muzium dilakukan bagi memberi pengetahuan kepada

anggota perkhidmatan dalam membezakan di antara barang-barang purba dengan

barang-barang yang baru dibuat kelihatan lama bagi mengelakkan kekeliruan. Oleh itu,

pihak Jabatan Muzium menyenaraikan juga memberikan panduan tentang benda atau

barang yang dijeniskan sebagai barang-barang purba. Dengan panduan yang diberikan,

anggota Perkhidmatan Keselamatan dapat berhubung dengan Kastam Lapangan

Terbang atau pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium

sekiranya barang warisan dikesan oleh mereka semasa pemeriksaan dan dengan ini

akan dapat menghalang warisan ukiran daripada terlepas keluar.

Selain itu, Jabatan Muzium mempamerkan kenyataan atau papan tanda di semua

lapangan terbang dengan menyenaraikan benda-benda purba yang dibawa keluar atau

sebarang sekatan ke atas barang warisan. Buku panduan juga dikeluarkan oleh Jabatan

Muzium kepada Syarikat Penerbangan supaya penumpang-penumpang dapat

mengetahui mengenai larangan-larangan yang dikenakan ke atas benda-benda purba.

5.11 Peranan Bukan Kerajaan:

Dalam usaha memelihara warisan ini ia tidak seharusnya diletakkan pada bahu

kerajaan semata-mata. Tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama, dan untuk itu

pihak bukan kerajaan atau swasta seharusnya memainkan peranan bersama.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 233: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

216

5.11.1 Peranan Badan Warisan Malaysia (BWM)

Setakat ini terdapat beberapa buah organisaasi swasta yang sangat aktif dalam

usaha ini, di antaranya ialah Badan Warisan Malaysia (BWM). BWM ini ditubuhkan

pada tahun 1983 dan ia bukan satu organisasi yang mementingkan keuntungan dalam

bentuk kewangan tetapi sebuah badan yang dilihat mementingkan keuntungan dari

aspek sosialnya.

BWM ini ditubuhkan dengan beberapa matlamat antaranya untuk

mempromosikan program dalam bidang pendidikan, iaitu memperluaskan pegetahuan

tentang monumen dan binaan yang selama ini merupakan identiti dan lambang bangsa.

Selain itu ia bermatlamat melahirkan kesedaran kepada masyarakat melalui aktiviti yang

dianjurkan.

Badan Warisan Malaysia atau akronimnya BWM merupakan sebuah organisasi

milik swasta yang tidak bertujuan mencari keuntungan dari segi sumber kewangan. Ia

telah ditubuhkan pada tahun 1983 dengan tujuan untuk mempromosikan usaha

pemuliharaan, pemeliharaan dan pengekalan bangunan warisan di Malaysia.

Ahli-ahli BWM memainkan peranan yang penting dalam memastikan

pemuliharaan struktur penting seperti bangunan Pasar Budaya di Kuala Lumpur,

Gedung Raja Abdullah di Klang dan Istana Tengku Long di Terengganu. Kini, mereka

juga turut terlibat dalam projek yang membabitkan beberapa buah negeri seperti Pulau

Pinang, Melaka dan Terengganu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 234: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

217

BWM juga mampu mengadakan seminar dan pameran, pusat bantuan tersendiri

dan juga menyediakan khidmat rundingan pemuliharaan melalui keahliannya. BWM

mempunyai misi dan visi yang tersendiri seperti yang telah termaktub dalam strategi

korporatnya. Visi BWM adalah untuk menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan yang

memulihara binaan dan monumen warisan Malaysia. Sementara misinya pula ialah

untuk muncul sebagai sebuah organisasi persendirian dalam usaha mempromosikan

bantuan pendidikan teknikal dan memupuk kesedaran tentang kepentingan memelihara

dan mengekalkan warisan khazanah seni negara.

BWM juga mempunyai matlamat tersendiri untuk berdiri sebagai sebuah

organisasi yang kukuh. Secara dasarnya, BWM mempunyai empat matlamat yang

utama. Matlamat pertama ialah untuk mempromosikan program dalam bidang

pendidikan, iaitu memperluas pengetahuan tentang monumen dan binaan yang selama

ini menjadi lambang sejarah Malaysia dan sumbangannya kepada pengekalan identiti

kebangsaan negara.

Matlamat kedua ialah untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan nilai

pemuliharaan. Matlamat ini dilaksanakan dengan menyebarkan secara meluas segala

maklumat kepada masyarakat yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan

manfaat daripada pemuliharaan dan pengekalan warisan budaya bagi memastikan

warisan khazanah seni terus wujud pada masa akan datang.

Matlamat yang ketiga pula, ingin membangunkan bantuan teknikal, iaitu ingin

dikenali umum sebagai sebuah institusi kebangsaan bagi membekalkan pengetahuan

serta maklumat yang berkaitan dengan kemahiran yang diperlukan bagi proses

pemuliharaan dan pengekalan warisan khazanah seni negara. Akhir sekali, BWM

Univers

ity of

Mala

ya

Page 235: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

218

bermatlamat untuk mencapai kestabilan dalam aspek kewangannya yang bertujuan

memastikan sumber kewangan dapat diperoleh melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

BWM juga mempunyai strategi tertentu, iaitu berdasarkan kepada pembangunan

fasa yang berpandukan kepada empat matlamat utamanya yang meliputi strategi jangka

pendek, pertengahan dan strategi jangka masa panjang yang koheren serta siri

perancangan projek, program dan aktiviti-aktivitinya. Dalam strategi jangka masa

pendek iaitu dari tahun 1998 sehingga 2000, BWM telah berusaha untuk mengukuhkan

keahliannya di sekitar Lembah klang semasa mengadakan program pembangunan dan

projek pengekalan di kawasan yang terpilih dalam negeri-negeri di Malaysia.

Pendedahan di peringkat antarabangsa dibiayai oleh BWM sendiri. Sementara

pembayaran balik ditanggung oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan, derma,

pendapatan sedia ada dan sumbangan daripada program dan projek. Di samping itu,

BWM juga turut meneroka lebih banyak sumber kewangan untuk menampung

pembiayaannya.

Strategi jangka masa pertengahan pula meliputi tempoh antara tahun 2001

sehingga 2005, iaitu dalam tempoh masa kini. Dalam jangka masa ini, strateginya ialah

untuk mengukuhkan keahlian di negeri-negeri yang terpilih dan mengembangkan lagi

projek serta program sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam jangka masa ini juga,

BWM ingin meningkatkan penyertaan di peringkat antara bangsa dengan sumber

kewangan yang memadai untuk menampung pembiayaan pengembaraan dan perjalanan

para ahli, juga perbelanjaan pengiriman pos ke luar negara. Pembiayaan bayaran balik

adalah ditanggung oleh wang kurniaan, subsidi kerajaan, pendapatan sedia ada, derma

dan sumbangan kecil daripada pihak penaja program dan projek.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 236: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

219

Strategi jangka masa panjang pula meliputi tahun 2006 sehingga seterusnya. Di

bawah strategi ini BWM merangka strategi untuk memperluaskan infrastruktur keahlian

dan portfolio program yang sedang dijalankan dan projek yang bertaraf kebangsaan di

arena antarabangsa. Selain itu, BWM juga akan cuba mencari peluang menjadi hos atau

penaja akan peringkat antarabangsa. Kos pembiayaan bayaran balik akan ditanggung

oleh wang kurniaan, pendapatan sedia ada, subsidi kerajaan dan derma. Kutipan penaja

projek dan program hanya akan digunakan untuk menanggung pembayaran pertubuhan

dengan projek dan program yang akan dilaksanakan. Untuk jangka masa ini, proses

perancangan lebih tertumpu kepada program pembangunan dan aktiviti yang

merealisasikan visi BWM.

1. Projek Dan Program Yang Teiah Dijalankan Oleh Badan Warisan Malaysia

(BWM)

i. Jejak Warisan Kuala Lumpur

Projek ini merupakan satu pencapaian besar yang berjaya dilaksanakan oleh

BWM setakat ini. Bagi menjayakan program ini sebanyak 10 ribu salinan buku kecil

mengenai Merdeka Square, Market Square dan Jalan Tunku Abdul Rahman telah

dicetak dan boleh didapati di Pusat lnformasi Pelancongan di No.2 Jalan Stonor, Kuala

Lumpur.

Penjejakan warisan ini telah mencantumkan sejarah seni bina serta

meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang nilai khazanah warisan

kebudayaan dan kesenian Negara, di samping dapat memperkenalkan khazanah budaya

kita terutama kepada pelancong asing.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 237: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

220

Dalam buku yang diterbitkan tersebut, turut diiklankan BWM. Dalam hubungan

dengan pihak kerajaan, projek ini juga telah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara

BWM dengan Arkib Negara Malaysia dan para penaja seperti menjalankan promosi

pelancongan Malaysia.

ii. Program Pendidikan

Antara program pendidikan yang telah dijalankan ialah Pilot Projek 2000, yang

turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek ini adalah

lanjutan daripada projek yang sama diadakan pada tahun 1999. lni berikutan sambutan

yang cukup menggalakkan dari golongan penyelidik dan pengajar. Bersempena dengan

projek ini juga, telah dilancarkan laman WEB Badan Warisan Malaysia sehari sebelum

alaf baru 2000, iaitu http://www.bwm.org.my/. Melalui projek ini juga BWM telah

menerima dua buah computer daripada IBM World Trade Corporation dan sebuah lagi

daripada Hitech Padu Sdn.Bhd.

Aktiviti-aktiviti yang di adakan bersempena dengan projek ini ialah

pertandingan multimedia untuk pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini telah

disertai oleh 62 orang pelajar dan turut menyertai pameran pada Hari Warisan yang

diadakan pada hari berikutnya. Projek ini telah mendapat tajaan bersama dari Canadian

High Commission sebanyak RM 40,000 dan juga dari British Council yang bernilai RM

25,000.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 238: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

221

Hasil dari sumbangan dan tajaan yang diperolehi ini membolehkan BWM

memulakan kerja-kerja penyelidikan yang akan dibuka kepada penuntut-penuntut

pengajian tinggi awam dan swasta.

Selain program pendidikan, antara program lain yang turut diadakan ialah

Program Hari Warisan. Malah, pertunjukan kesenian juga dipersembahkan dengan

berlatarbelakangkan warisan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan semasa hari

tersebut ialah demonstrasi kraftangan, ceramah dan permainan 'Heritage Hunt'

berdasarkan kebudayaan dan tanda seni bina.

Projek ini juga turut dijayakan oleh American Express Foundation dan Nestle

Malaysia Sdn. Bhd selaku penyumbang tetap projek Hari Warisan. BWM juga pernah

menjadi tuan rumah bagi beberapa pameran. Tujuannya ialah untuk meningkatkan

liputan media, mempromosikan keahlian dan menambahkan pendapatan BWM.

Pendedahan oleh pihak media massa dapat meningkatkan lagi jumlah pelawat yang

berminat dalam bidang pengajian dan dokumentasi tentang khazanah seni Negara.

iii. Lawatan ke Seluruh Negara

Badan Warisan Malaysia juga turut mengadakan lawatan kepada ahli-ahlinya

atau peserta jemputan. Lawatan ini sebenarnya bertujuan untuk melihat tinggalan

bangunan warisan yang terdapat di seluruh Negara. Antara lawatan yang telah dilakukan

ialah lawatan ke Stesen Keretapi Ipoh, Majestic Hotel dan meliputi 21 tujuan yang mana

berakhir di FMS Bar and Restaurant.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 239: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

222

Selain lawatan ke Ipoh, turut diadakan lawatan ke rumah Uda Manap di Rimbun

Dahan, Kuang, Perak. Lawatan ini telah disertai seramai 70 orang ahli BWM para

peserta jemputan. Rumah Uda Manap adalah kepunyaan seorang arkitek terkenal iaitu

Hijjas Kasturi dan Angela Hijjas. Rumah ini telah dibina berabad lamanya dan

lokasinya terletak di tebing sungai Perak.

Rumah tersebut juga turut menonjolkan elemen seni bina Merayu tradisional

yang bercirikan dekorasi China dan Indonesia, walaupun ia telah dibina daripada

konkrit dan besi keluli. Rumah Hijjas Kasturi ini diukir di bahagian dalam dan luarnya.

sementara lantainya diselaputi dengan jubin yang diperbuat daripada kayu yang dibawa

dari Indonesia.

iv. Pemuliharaan dan pemeliharaan ( Konservasi)

Sementara itu, program pemuliharaan tetap diteruskan juga dari semasa ke

semasa. Salah satu daripada program pemuliharaan yang telah dijalankan ialah

pembinaan semula rumah Penghulu Abu Seman yang terletak di Kampung Sungai

Kechil, Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah.

Program konservasi ini telah ditaja oleh Renong Sdn.Bhd. dan penyerahan untuk

usaha konservasi ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Ahmad Sarji Abdul

Hamid, Ketua Setiausaha Negara ketika itu pada tanggal 19 November 1997.

Usaha ini menjadi nyata dengan adanya sumbangan dan bantuan daripada

organisasi, agensi-agensi dan individu-individu yang terlibat. Malah usaha murni ini

juga tidak akan berhasil tanpa kerjasama daripada waris keturunan Penghulu Abu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 240: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

223

Seman yang telah sudi berkongsi khazanah warisan milik keluarga mereka turun-

temurun.

Sebaik mana pun hasil khazanah seni itu jika tidak dijaga dengan sempurna akan

menyebabkan warisan itu tidak dapat dinikmati oleh generasi seterusnya. Oleh itu,

kerajaan sebagai sebuah institusi tertinggi yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab

yang telah diamanahkan oleh rakyat, seharusnya lebih prihatin dan perlu memikirkan

inisiatif yang mampu mengekalkan agar ia mampu terus ditatap oleh generasi di masa

akan datang. Lantaran itu pendidikan di sekolah perlulah diperkemaskan dengan ilmu-

ilmu yang berkaitan dengan tradisi kemahiran masyarakat lama. Proses pembelajaran

berterusan ini, secara tidak langsung dapat memaut perasaan cintakan budaya dan

seterusnya mengenali jati diri masyarakat itu sendiri.

Badan-badan berkanun berkenaan khazanah seni yang ditubuhkan sebagai

agensi kerajaan seharusnya memberikan usaha untuk menggali dan mempopularkan

semula khazanah lama itu. Sekurang-kurangnya masyarakat dapat menikmati semula

pengalaman dan juga usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu sekaligus

mengiktiraf teknologi yang dicipta oleh orang-orang terdahulu.

Bagi merealisasikan dan menyampaikan mesej supaya rakyat menghargai

khazanah seni negara, peranan media merupakan elemen terpenting dan dianggap paling

berkesan untuk melahirkan rasa cinta pada khazanah seni negara. Dengan tersebarnya

maklumat ini, ia dapat mengembangkan pengetahuan mengenai sejarah pembuatan

sesuatu khazanah seni itu secara dekat dan berkesan. Bahan-bahan cetak pula sepatutnya

dibukukan dan diedarkan secara percuma ataupun dengan harga yang berpatutan tanpa

Univers

ity of

Mala

ya

Page 241: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

224

mengambil kira keuntungan sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas memartabatkan

khazanah seni negara.

5.11.2 Syarikat DIGI

Selain Badan Warisan Malaysia, pihak-pihak swasta turut bersama-sama

membantu usaha BWM dalam menjalankan aktiviti mempromosikan kepentingan

pemeliharaan, pemuliharaan dan pengekalan warisan khazanah seni negara. Di

antaranya ialah Syarikat DIGI yang turut dilihat berminat dalam kerja-kerja

pemeliharaan ini ialah syarikat komunikasi DIGI. Ia merupakan antara syarikat

komunikasi yang terbesar di negara ini. Syarikat ini amat memahami kepentingan

memelihara warisan dan sentiasa menyokong usaha ini. Melalui projek Memelihara

Warisan Negara DIGI ia telah membabitkan golongan muda dan pelajar di seluruh

negara terutama di luar bandar.

Antara projek atau aktiviti mereka termasuklah memelihara Wetland di Perak,

Tarian Singa Di Johor, Penglipur Lara di Perlis dan memelihara warisan rumah

tradisional rumah Terengganu. Setiap projek mempunyai tiga fasa iaitu membabitkan

penemuan, melaksanakan dan mendedahkan.

Dalam projek Memelihara Warisan Negara DIGI sekumpulan 40 pelajar dari

sekolah Menengah di Terengganu, merakam proses pembinaan rumah Terengganu dan

hasil kerja yang siap akan dibentangkan. Projek pembinaan rumah ini diketuai oleh

arkitek Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 242: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

225

Selain dari itu, syarikat lain yang turut berminat adalah syarikat minyak Shell.

Walaupun syarikat ini menjalankan aktiviti mencari gali di dasar laut tetapi ia tidak

pernah mengabaikan tanggungjawab dalam memelihara warisan di laut. Syarikat ini

juga turut memberikan bantuan seperti tajaan kepada mereka yang memerlukan.

5.11.3 Syarikat SHELL

Shell merupakan syarikat yang terlibat dengan perniagaan yang membabitkan

sumber semula jadi iaitu minyak dan gas. Bagi Shell, aktiviti pemuliharaan alam sekitar

merupakan isu yang mendapat perhatian serius melalui program-program pembangunan

berterusan yang dilaksanakan.

Walaupun pelbagai aktiviti dijalankan oleh syarikat ini, namun syarikat ini tidak

pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memulihara dan memelihara khazanah

seni khususnya yang terdapat di dasar laut. Sebenarnya pembabitan Shell dalam aktiviti

pemeliharaan dan pemuliharaan tertumpu kepada khazanah seni yang terdapat di dasar

laut. Dalam mengendalikan aktiviti cari galinya Shell akan memastikan lokasi yang

hendak dicari gali tidak terdapat khazanah seni yang boleh dijaga.

Salah satu usaha yang dijalankan oleh Shell untuk memastikan khazanah seni

dapat dipelihara ialah syarikat tersebut telah berjaya menukarkan gas kepada cecair

minyak bersih. Kejayaan inovasi ini membolehkan dan memudahkan lagi kerja-kerja

konservasi dijalankan. Sungguhpun khazanah seni itu berada di dasar laut, apabila

dibawa ke permukaan atau ke daratan, ini akan menyebabkan khazanah yang ditemui itu

terdedah kepada bahaya kandungan gas.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 243: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

226

Terdapat empat isu utama yang disentuh oleh Shell mengenai aspek

pemeliharaan khazanah seni mahupun alam semula jadi iaitu bagaimana menghadapi

masalah perubahan cuaca, mencari alternatif tenaga baru dan aktiviti biodiversiti iaitu

operasi di kawasan alam semula jadi yang sensitif. Keempat-empat hal ini boleh

diaplikasikan kepada kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah seni negara.

5.11.4 Sistem Televisyen Media Prima

Selain dari RTM, Sistem Televisyen Media Prima merupakan satu organisasi

swasta yang menjurus kepada bidang penyiaran. Media Prima sebagai sebuah pihak

media massa turut juga membantu usaha pihak-pihak tertentu dalam memulihara dan

memelihara warisan khazanah seni. Sebagai usaha ke arah aktiviti-aktiviti pengekalan

warisan khazanah seni, Media Prima telah mengadakan sebuah program televisyen yang

bertajuk Jejak Bahasa. Langkah ini dilihat sebagai salah satu langkah kepada

pengekalan warisan khazanah seni yang berbentuk kerja-kerja pendokumentasian.

Dengan adanya usaha pendokumentasian ini, orang ramai bukan sekadar mengenali

jenis khazanah seni yang negara kita miliki malahan juga, dapat mengetahui maklumat

mengenai khazanah tersebut. Program-program menjejaki budaya seperti ini perlu

diperluaskan meliputi kesenian Melayu.

Badan Warisan Malaysia, Media Prima, Shell dan Yayasan Restu merupakan

institusi bukan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengekal

dan mempromosikan khazanah seni yang tersimpan di negara kita. Walaupun usaha

pemuliharaan itu lebih ditumpukan kepada warisan seni bina, monumen dan kota-kota

lama, namun ia turut memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam usaha

mengekalkan warisan harta budaya dan seni tidak ternilai ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 244: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

227

5.12 Yayasan dan Individu:

Selain dari syarikat – syarikat koperat ini terdapat juga penglibatan yayasan dan

individu dalam usaha pelestarian warisan ini, diantaranya adalah Yayasan Restu dan

Pusat Penyelidikan Kandis.

5.12.1 Yayasan RESTU

Yayasan Restu ini ditubuhkan pada tahun 1987 iaitu empat tahun selepas

penubuhan Badan Warisan Malaysia. Yayasan Restu adalah sebuah organisasi bukan

kerajaan yang tidak berorientasikan keuntungan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti

pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah seni yang berkaitan dengan Islam.

Di bawah yayasan ini, terdapat satu jabatan kecil yang dikenali sebagai Black &

Brown Publications. Jabatan ini berfungsi sebagai penyelenggara projek Al-Quran

Mushaf Malaysia. Yayasan Restu mempunyai kakitangan seramai 50 orang dan mereka

ini merupakan ahli-ahli yang terlibat dalam seni Islam. Yayasan ini yang telah

mempunyai cawangan di Pulau Pinang sedang dalam proses pembukaan cawangan baru

di Shah Alam, Johor Baru dan Kuantan.

Yayasan Restu juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan di atas kerja-kerja

pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah seni Islam di Malaysia. Antaranya menerima

jemputan sebanyak tiga kali untuk mengadakan pameran di lran, menerima undangan

daripada British Museum untuk mengadakan pameran Al-Quran Mushaf Malaysia,

mendapat ruang pameran kekal di Baitul Quran Indonesia, mengadakan pameran di

beberapa tempat terpilih dan di institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti

Univers

ity of

Mala

ya

Page 245: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

228

Kebangsaan Malaysia, mengadakan seminar dan bengkel latihan dan pelbagai lagi

pengiktirafan.

Yayasan Restu mempunyai bank data yang menyimpan lebih 3000 motif dan

elemen seni tampak Melayu yang bercirikan kebudayaan Islam. Pihak Yayasan Restu

juga telah menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) yang telah menelan belanja

sebanyak RM 1.5 juta dalam tahun pertama dan keduanya. Ini membuktikan bahawa

mereka sangat komited dalam usaha pelestarian ini.

Kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Yayasan Restu ini adalah sebagai

satu perkembangan yang baik dalam menjalankan aktiviti pemeliharaan dan

pemuliharaan khazanah seni di Malaysia. Seharusnya seni ukiran Melayu juga

mendapat tempat kerana terdapat banyak unsur atau ciri-ciri kesenian Islam yang

diterapkan padanya yang perlu dipelihara.

5.12.2 KANDIS

Terdapat juga pihak individu lain yang bergerak dalam usaha memperjuangkan

seni ukiran Melayu ini. Pusat Kajian KANDIS yang terdapat di Bachok misalnya antara

usaha-usaha yang disumbangkan oleh individu yang perlu diberikan perhatian dan

sokongan. Pusat ini yang pada asalnya diilhamkan oleh Allahyarham Nik Rashidin kini

diteruskan oleh isteri beliau. Pusat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memastikan

ukiran Melayu dapat didokumenkan dengan baik agar ukiran Melayu pada masa akan

datang bukan sekadar difahami sebagai hiasan sahaja.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 246: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

229

Di tubuhkan di Bachok, Kelantan, ia merupakan pusat kebudayaan Melayu yang

bertujuan untuk menjaga dan memelihara seni ukir budaya Melayu. Kandis Resource

Centre (KRC), beralamat Kandis Resource ialah Lot 225, Kampung Kandis, Telong,

16310, Bachok Kelantan. Ia didirikan di atas tanah seluas 6 ekar yang berhampiran

dengan pantai Kampung Kandis Bachok. Jarak perjalanan dari KRC ke bandar Bachok

ialah 16 kilometer. Kedudukan Kandis Resource Centre yang berhampiran pantai

Kandis juga telah memberi satu peluang keemasan untuk mempromosikan dan

mempergiatkan lagi konsep dan program berbentuk pendidikan yang dicadangkan oleh

mereka.

2. Objektif penubuhan Kandis Resource Centre

(a) Untuk menjadi pusat bagi rujukan dalam bidang kesenian dan kraf tangan bagi

kebudayaan Melayu tetapi khusus dalam seni ukir Melayu

(b) Untuk memupuk kesedaran dan mendidik penduduk tempatan, terutamanya

golongan muda tentang kepentingan dan faedah terhadap kesenian yang mana ia

memberi imej dan identiti budaya Malaysia.

(c) Untuk menjadi pusat perkembangan pada masa hadapan bagi kesenian dan reka

bentuk ukiran Melayu yang berkonsepkan Langkasuka

(d) Untuk menjalankan kursus bagi para penyelidik, pelajar lepasan ijazah dan

peringkat universiti dalam membuat kajian terhadap semua aspek seperti reka

bentuk Melayu, seni bina tradisional dan lanskap

(e) Untuk melatih generasi muda bagi memastikan pemeliharaan kesenian tradisional

ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 247: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

230

(f) Untuk menjadi sebuah pusat kepada para tukang seni dan tukang kraf tangan untuk

bertemu dalam usaha meningkatkan dan memperbaiki produk yang dihasilkan bagi

pasaran antarabangsa

Datin Waveney Jenkins seorang yang aktif dalam Badan Warisan Malaysia,

seorang pengacara dan pelukis yang telah diberi mandat untuk menerajui projek yang

sedang dirancang oleh KRC setelah beliau yakin dan percaya dengan ilmu dan

kebolehan dalam seni ukir Melayu yang berasaskan Langkasuka oleh Allahyarham Nik

Rashiddin Nik Hussein dan saudara Norhaiza Nordin. KRC ditubuhkan pada tahun

2000, sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Keunikan ini kerana

penubuhannya adalah yang pertama di Kelantan yang menawarkan sebuah institusi

sebagai rujukan terhadap kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu.

Bagi jangka masa panjang, KRC akan mengembangkan aktiviti program dengan

membina sebuah akademi yang bertujuan untuk mengajar para belia dan juga mereka

yang berminat dalam seni ukir kayu serta yang berkaitan dengan kraf Melayu khususnya

seni Langkasuka bagi menjamin agar seni Melayu tidak pupus ditelan zaman. Projek

pembinaan sebuah muzium dan galeri oleh KRC yang sedang dalam proses pembinaan

sekarang akan mempamerkan segala hasil seni, kraf, seni ukir Melayu dan juga

disediakan bengkel pendidikan seni, bengkel tempat mengukir kayu dan tempat bagi

demonstrasi bagi para pengunjung dan pelancong yang datang ke KRC. Pusat ini

menawarkan berbagai-bagai pakej lawatan, kemudahan, aktiviti dan khidmat bagi

semua peringkat dan lapisan masyarakat dari peringkat sekolah, institusi pengajian

tinggi dan ilmuan, golongan seniman, tukang, pengkaji dan peminat seni.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 248: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

231

3. Aktiviti-aktiviti KRC Yang Telah Lepas

Projek Kayu dan Semangat merupakan aktiviti pertama yang dilakukan

oleh Kandis Resource Centre dengan mengadakan pameran dan kemudian diikuti

dengan penerbitan buku yang bertajuk The Spirit of Wood And The Art Of Malay

Woodcarving. Kedua-dua projek tersebut telah diadakan pada 18 Ogos sehingga 16

September 2000 bertempat di Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur. Pameran ini

telah dilancar dan disempurnakan oleh DYMM Seri paduka Banginda Raja Permaisuri

Agong iaitu Tuanku Siti Aisyah. Kemudian DYMM Sultan Selangor iaitu Sultan

Sharafuddin Idris Shah telah mencemar duli bagi melancarkan buku tersebut pada 22

Sempurna 2003.

Penghasilan buku The Spirit of Wood And The Art Of Malay Woodcarving, telah

membuktikan bahawa KRC ini memang bersungguh-sungguh untuk menjadi sebagai

sebuah pusat kebudayaan Melayu iaitu dengan menubuhkan muzium dan galeri seni

yang berkonsepkan Langkasuka yang unggul dan terkenal bagi kesenian, kraf dan seni

ukir kayu Melayu yang utama di Kelantan.

Sebuah buku terbitannya iaitu The Spirit of Wood And The Art Of Malay

Woodcarving, telah membuktikan bahawa KRC ini memang bersungguh-sungguh untuk

menjadi sebagai sebuah pusat kebudayaan Melayu iaitu dengan menubuhkan muzium

dan galeri seni yang berkonsepkan Langkasuka yang unggul dan terkenal bagi kesenian,

kraf dan seni ukir kayu Melayu yang utama di Kelantan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 249: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

232

Cadangan Program Yang Ditawarkan di KRC

Bersempena dengan sebuah muzium dan galeri seni yang dalam proses

pembinaan sekarang, KRC telah mencadangkan beberapa cadangan program yang akan

diketengahkan bagi merealisasikan pelancongan pendidikannya. Namun, pendekatan

bagi pemahaman terhadap seni ukir Melayu telah mencipta minat yang mendalam

daripada institusi dalam dan luar negara. Antara program-program yang telah dirancang

adalah bertemakan kepada :

i) Pelancongan Pendidikan (Education Tourism)

Terdapat tiga buah rumah yang berbentuk muzium yang dibina daripada kayu

cengal, yang mana rumah-rumah ini adalah tinggalan daripada Allahyarham Nik

Rashiddin yang mana di dalam rumah ini menyimpan segala hasil seni karya serta

artifak seni ukir Melayu Allahyarham. Dalam konsep pelancongan yang ditekankan

ialah lawatan ke muzium dan galeri seni. Terdapat juga bengkel, stor penyimpanan

kayu, perpustakaan dan pusat sumber, galeri seni dan muzium dan akademi dalam

menjayakan konsep pelancongan pendidikan ini.

Apa yang pelawat atau pelancong dapat ialah pengalaman pelancong (tourism

experience) iaitu dengan melihat sendiri seni ukir Melayu diukir. Di samping itu juga,

lawatan berpandu (guided tours) akan diberikan untuk meningkatkan lagi kefahaman,

kesedaran dan rasa minat terhadap bahan pameran yang ditayangkan. Kuliah atau

penerangan terhadap ukir kayu diberikan atas permintaan. Terdapat juga pelajar

peringkat pengajian tinggi yang berminat dalam program ini akan didedahkan dengan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 250: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

233

ilmu-ilmu yang berkaitan dengan projek dan pengajian mereka, penerangan dan topik-

topik yang diberikan adalah berkisar kepada :

a) Motif –motif ukiran Melayu

b) Ukiran dalam artifak Melayu

c) Falsafah Ukiran

d) Seni ukir keris Melayu

e) Ukiran seni bina rumah Melayu

f) Reka bentuk pintu gerbang

g) Ukiran kayu (reka bentuk dalaman)

h) Ukiran kayu (lanskap)

Pihak pengurusan KRC juga berpendapat untuk menggalakkan lagi lawatan dan

kunjungan para pelajar sekolah yang berminat dalam seni ukir kayu Melayu. Program-

program dirancang diselitkan dengan permainan untuk menarik mereka agar mereka

tidak merasa bosan sewaktu lawatan ke KRC. Ini termasuklah mengadakan

pertandingan tradisional Melayu seperti congkak, gasing, layang-layang dan permainan-

permainan tradisional yang dinamik serta menarik perhatian. Antara kesenian dan

aktiviti kraf yang boleh dipromosi dan dimasukkan ialah :

a) Kraf tangan daripada kulit kayu, batang atau ranting, dedaun, bunga dan juga

biji-biji. Daripada bahan ini dapat direka bentuk seperti kad-kad, buku-buku

penanda, bingkai gambar, tempat letak pensel dan bekas serba guna

b) Pengalaman yang melibatkan sumber alam semula jadi seperti pasir, air, angin

dan api. Contoh-contoh projek yang boleh ditonjolkan ialah membina istana

pasir, reka bentuk berbunyi serta membuat tanglung.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 251: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

234

c) Kraf tangan daripada daun pandan, daun kelapa, mengkuang, daun baru, daun

getah dan daun pisang yang boleh dijadikan seruling, bakul, tikar, tali dan objek-

objek muzikal.

d) Kraf tangan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula seperti

kertas, plastik, tin, botol dan kain. Ini boleh dijadikan reka bentuk bunga,

topeng, alat-alat muzik, model-model rumah bot dan permainan

e) Kraf tangan dari sumber pantai dan laut termasuk kulit kerang, siput, tempurung

kelapa, tali-temali. Semuanya ini dapat dijadikan kotak barang perhiasan, reka

bentuk bunga yang kreatif dan hiasan dalaman.

f) Objek-objek daripada blok kayu lembut untuk dibuat rehal dan gayong, objek

daripada buluh boleh dibuat wau dan akhir sekali objek daripada kelapa boleh

dijadikan key chain, tempat bekas, serta reka bentuk bunga-bunga.

Usaha KRC tidak berhenti setakat itu sahaja, pada 5 September sehingga 30

November 2003 mereka telah mengadakan pameran yang diadakan di Muzium

Tamadun Asia, Empress Place di Singapura. Bermula yang mana upacara ini telah

dirasmikan dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura iaitu Dato’

Parameswara. Galeri Berunei, Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, di Universiti

London telah menjadi tempat seterusnya dalam pameran yang mana ia telah diadakan

pada 20 Januari sehingga 19 Mac 2004 dan ia telah dirasmikan dengan rasminya oleh

Yang Berusaha Dato’ Abdul Aziz Mohamad Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK.

Pameran kemudiannya juga telah diadakan di Galeri 2, Muzium Negara di

Kuala Lumpur pada 16 Mei sehingga 17 Julai 2005 yang mana DYMM Sultan Selangor

Tuanku Sharafuddin Idris Shah, telah melancarkan dengan rasminya pameran tersebut.

Pada tahun 2005, satu lagi pameran berkenaan dengan kesenian ukiran kayu telah

Univers

ity of

Mala

ya

Page 252: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

235

diadakan di Muzium Negeri Terengganu, Losong Terengganu yang mana ia telah

dirasmikan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Haji Din Adam.

Sememangnya, kesemua pameran yang telah diadakan menemui kejayaan dan dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

5.12.3 Persatuan Pengukir Malaysia (PENGUKIR)

Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 9 Jun 2011. Ia merupakan sebuah

kumpulan yang dicadangkan oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Tujuan asal

penubuhannya adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya iaitu para

pengukir yang terdapat di negara ini. Bagi tujuan tersebut ahli jawatankuasa dalam

persatuan ini dipilih berdasarkan zon, yang mana zon-zon tersebut mewakili negeri-

negeri di Negara ini. Pada waktu ini, NorHaiza Noordin telah dilantik menjadi Yang

Dipertua manakala Saudara Muhaimin Hasbollah sebagai setiausahanya. Penasihat bagi

persatuan ini adalah Wan Mustapha dan Abdul Latif Long. Dengan penubuhan

persatuan ini diharapkan memberikan lagi sinar kepada pengukir dinegara ini.

Antara aktiviti – aktiviti PENGUKIR:

1. Mengadakan Pameran Ukiran Kayu Malaysia pada 27 Febuari- 11 Mac di

Kompleks Kraf, Jalan Coonley

2. Pertandingan Seni Ukiran Kayu pada 25 Febuari 2013.

3. Program Bicara seni pada 26 Febuari 2013 di Kompeks Kraf.

4. Bengkel Penyediaan Garis Panduan Seni Bina Beridentitikan Malaysia pada 18-

19 Disember 2012.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 253: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

236

Hasil lawatan Rasmi Menteri KPKK Y.B Dato’ Seri Utama Rais Yatim, di

Bengkel Bakawali, Besut, pada Majlis Ramah bersama pengukir pada 17 Januari 2013,

kementerian telah bersetuju memberikan suntikan dana kepada persatuan PENGUKIR

berjumlah RM100,000. Serentak dengan majlis tersebut persatuan telah memberikan

memorandum yang antaranya:

i. Menguatkuasakan setiap binaan bangunan kerajaan dihiasi dengan ciri-

ciri ukiran kayu Melayu.

ii. PENGUKIR sebagai satu badan pembuat dasar kelulusan apa jua kerja-

kerja ukiran

iii. Penyerahan kertas bekalan kerja-kerja mengukir secara NSC

iv. Dikecualikan cukai pembuatan (Jabatan Kastam)

5.13 Rumusan.

Rumusannya, daripada yang telah dibincangkan tadi, jelaslah bahawa selain

daripada peranan pihak kerajaan yang terletak di bawah Jabatan Muzium Malaysia,

institusi swasta dan individu juga turut menyumbangkan peranan mereka dalam usaha

pengekalan khazanah seni di Malaysia. Slot atau ruang untuk melestarikan warisan ini

memang ada, hanya menunggu pengisiannya sahaja. Banyak pihak sebenarnya yang

boleh terlibat atau membabitkan diri dalam perkara pelestarian ukiran ini. Jika kita

menyandarkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja adalah amat sukar untuk

melaksanakan pelan untuk melestarikan ukiran Melayu ini. Dengan adanya kerjasama

dari banyak pihak diharapkan falsafah dan pemikiran yang terterap di sebalik warisan

ini dapat dilestarikan bersama-sama dengan artifak ukiran itu sendiri kepada

masyarakat.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 254: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

237

Perkembagan dunia penyiaran tanah air menyaksikan kemunculan banyak stesen

televisyen yang menyediakan pelbagai saluran, namun begitu belum ada saluran

tempatan yang khas menyiarkan rancangan-rancangan berkonsepkan dokumentari yang

memberi manfaat kepada penonton. Di kalangan stesen televisyen tempatan RTM

mempunyai banyak menyiarkan rancangan-rancangan iaitu melebihi enam jam

seminggu. Adalah lebih baik jika RTM, Media Prima dan Astro bergabung untuk

menghasilkan siaran khas dokumentari tempatan selain menghidangkan dokumentari

dari luar.

Melalui program-program yang telah disediakan ini diharapkan matlamat untuk

menyampaikan maklumat dan pengisian yang ada di dalam seni ukiran ini dapat

dicapai. Seperti mana yang telah diperkatakan dalam pendekatan kajian ini bahawa, seni

ukir itu walaupun ciptaannya dari seseorang individu tetapi menjadi tanggungjawab

untuk berkongsi dan mengembalikannya kepada masyarakat kerana individu tersebut

juga lahir dalam kelompok masyarakat tersebut. Hanya melalui cara ini pelestarian

warisan ukiran itu dapat dicapai.

Namun begitu, sesuatu yang menyedihkan juga masih ramai di kalangan

masyarakat kita yang tidak menyedari tentang kewujudan NGO dan syarikat swasta

yang telah berusaha mempertahankan khazanah seni bangsa. Malahan tidak setakat itu

sahaja kerana masih ramai di kalangan mereka yang tidak tahu menghargai tinggalan

khazanah seni di negara sendiri.

Jadi, usaha yang telah dilakukan oleh badan bukan kerajaan ini harus diberikan

pujian dan perlu dicontohi oleh institusi atau pesendirian lain. Malah publisiti yang

lebih luas oleh media massa perlu diperhebatkan lagi dari masa ke semasa agar rakyat

Univers

ity of

Mala

ya

Page 255: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

238

negara ini lebih peka dan prihatin dengan usaha-usaha menjaga, memelihara,

menyayangi serta menghayati khazanah warisan milik nenek moyang mereka dahulu

supaya pada masa akan datang kehilangan warisan masih mampu dijejaki.

Bagaimanapun untuk merealisasikannya bukanlah tugas mudah bagi NGO dan

institusi swasta yang lain kerana terdapat banyak halangan dan cabaran yang perlu

dihadapi dalam menjalankan setiap perancangan ini kerana masalah utama yang mereka

hadapi ialah pengurusan organisasi dan kewangan. Namun begitu masalah di atas

bukanlah satu tiket untuk kita semua mengabaikan khazanah seni dan warisan bangsa

ini yang telah melalui sejarah yang cukup panjang.

Walau bagaimanapun, inisiatif yang dilakukan jika tanpa kesedaran diri

masyarakat tempatan sendiri sudah pasti ia sukar untuk mencapai matlamat dan sia-sia

belaka. Oleh itu, semua pihak sama ada individu, berkumpulan, kerajaan dan swasta

harus turun ke gelanggang untuk sama-sama menangani atau mempertahankan

khazanah hingga ke akar umbinya.

Kesedaran tentang warisan budaya kita yang unik itu sebagai satu rahmat dan

satu aset yang boleh dijadikan latar belakang dan asas yang kukuh kepada sebarang

usaha bagi tujuan pemeliharaan agar ia tetap utuh dan tidak di telan zaman. Dengan itu,

atas usaha yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan yang telah dibincangkan

mempunyai matlamat yang murni dan ia sememangnya patut dilakukan. Cintailah

khazanah seni dan warisan budaya bangsa sendiri dan pertahankannya agar tidak luput

ditelan zaman.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 256: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

239

BAB 6 : RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

6.1 PENGENALAN

Bab ini membentangkan dapatan hasil daripada kajian yang dijalankan.

Bahagian ini memuatkan beberapa aspek penting yang telah dinyatakan dalam bab-bab

sebelum ini. Ini bertujuan untuk menghasilkan satu rumusan yang menyeluruh berkaitan

data dan maklumat yang diperolehi. Di akhir bahagian ini mengutarakan beberapa

implikasi dan cadangan sebagai usaha untuk melestarikan seni ukiran Melayu ini.

6.2 RUMUSAN

Ukiran kayu adalah manifestasi atau gambaran keindahan jiwa, nilai sejarah dan

budaya yang dimiliki oleh orang Melayu. Keindahan ini dapat dilihat dari segi

kehalusan ukiran serta penyusunan dan olahan daun, batang, bunga, buah dan sulur pada

fizikal ukiran tersebut. Keindahan ini juga melibatkan makna yang tersirat pada ukiran

yang mempunyai cerita atau falsafahnya yang tersendiri. Pengukir menjadikan alam

sebagai sumber idea dan belajar dari alam sekeliling mereka. Kemudian dengan

gabungan ketinggian ilmu, kebolehan minda dan kemahiran menggerakkan deria

disalurkan kepada ukiran kayu yang diletakkan dalam keperluan harian mereka.

Seterusnya masyarakat menjadikan ukiran ini sebagai nikmat yang boleh dihayati.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 257: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

240

Carta 6.1 : Ukiran kayu yang tersurat dan tersirat

Seperti yang diringkaskan dalam rajah di atas, sesebuah seni yang bermakna itu

sebenarnya adalah satu cerminan kepada sebuah masyarakat yang bertamadun atau

mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sesuatu dimaksudkan sebagai seni yang

bermakna itu bukan sekadar sebuah hasil seni bersifat fizikal semata tetapi hasil seni

yang diberikan makna atau mengandungi maksud tersirat. Yakni seperti mana yang

diperbincangkan di dalam penyelidikan ini.

Sebuah seni yang lebih bermakna sebenarnya lebih dari itu. Bermakna yang

dimaksudkan itu sebenarnya bermula sejak dari proses permulaan idea itu dan ia juga

mengambil kira bagaimana seseorang seniman yang menghasilkan sesebuah karya dapat

berkongsi idea tersebut dan sebagai masyarakat kita dapat memahami sesuatu yang

dikongsikannya itu.

Rajah di bawah menjelaskan bagaimana masyarakat Melayu dalam

menghasilkan ukiran kayu pengkaji dapat melihat bahawa sebenarnya terdapat sesuatu

• TATALETAK

UKIRAN

PADA SENI

BINA DAN

PERALATAN

• FIZIKAL

(RUPA)

• FALSAFAH

(JIWA)

• MOTIF

• ESTETIKA

• FUNGSI

GUNAAN

Univers

ity of

Mala

ya

Page 258: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

241

yang perlu diberi perhatian iaitu perlakuan, penampilan dan pemikiran seseorang

pengukir itu. Ini kerana kesemuanya itu adalah penyumbang kepada pembentukan

sesebuah karya dan cara untuk memahami sebuah seni yang bermakna.

UKIRAN

PENGGUNAAN SANGAT MELUAS

DILETAKKAN DI TEMPAT YANG

SESUAI

MAKNA SANGAT PENTING BAGI ORANG

MELAYU

MAKNA MERUPAKAN ROH UKIRAN

TERKANDUNG FALSAFAH DAN

MAKNA.

ALAT UNTUKMENYEBARLUASKAN DAN

MENGEKALKAN NILAI LUHUR

Carta 6.2 : Manifestasi Seni Ukiran Kayu Melayu.

Dalam konteks menilai karya dalam masyarakat Melayu sebenarnya menuntut

pemikiran dalaman yang melibatkan hati dan perasaan. Walaupun tidak menolak

pemikiran yang berdasarkan fikiran fizikal tetapi pemikiran yang dikatakan lebih

bersifat kemelayuan adalah pemikiran yang berdasarkan pemikiran yang melibatkan

hati dan perasaan. Misalnya apabila kita melihat suatu ukiran bukan sekadar mewakili

sifat semulajadi tumbuhan itu sahaja tetapi mewakili sifat orang Melayu itu sendiri.

Kearifan dan kepandaian orang Melayu dalam membaca dan menilai bentuk dan

sifat alam menyebabkan mereka mampu menjadikan alam sebagai simbol dan sumber

falsafah yang diterjemahkan ke dalam motif ukiran. Hasil pemerhatian dan pemahaman

Univers

ity of

Mala

ya

Page 259: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

242

yang mendalam tentang perilaku dan sifat alam melahirkan simbol dalam motif-motif

ukiran.

Ungkapan ‘alam terkembang menjadi guru’, mendorong masyarakat Melayu

untuk memerhati perilaku dan sifat-sifat asas alam sekitar, yang kemudiannya

dikekalkan dalam bentuk simbol dan motif yang sarat dengan falsafah dan makna. Hal

ini dibuktikan melalui nilai-nilai falsafah disebalik motif-motif tersebut. Falsafah ini

boleh diringkas seperti yang dinyatakan di bawah :

A. Tumbuh dari satu punca – Kelihatan tumbuh dan bergerak keluar

perlahan-lahan. ( Ia menjelaskan fenomena alam, pertumbuhan sesebuah

tumbuhan dari satu akar. Ia membawa simbolisme falsafah ketuhanan

bahawa segala ciptaan pada alam ini mestilah berasaskan punca yang

satu, iaitu daripada Tuhan maha pencipta)

B. Hujung menunduk- tidak menegak atau melentik jauh ke ruang luar.

C. Hujung tidak menikam lawan. Ia menjelaskan falsafah dalam

hubungan manusia sesama manusia seperti tidak mengamalkan cara

hidup yang saling bermusuhan, hasad dengki dan sombong. Beretika

walaupun pada golongan yang bukan pihak, bangsa dan kejiranan kita)

D. Keseimbangan- antara ruang dan rupa, antara ruang kiri dan kanan,

antara ruang atas dan bawah.(ruang yang kosong itu bermaksud bahawa

Allah Taala telah mencipta ruang bagi didiami makhluk kerana ruang

adalah tempat yang masih kosong. Tempat yang kosong itu merupakan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 260: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

243

satu sumber bagi manusia berfikir dan mempelajari sifat dan zat Allah

Yang Maha Pencipta).

E. kesederhanaan– tiada unsur rupa berlebihan, terkawal sifatnya.

F. Pergerakan visual – bergerak lembut dan berbalas lentikkannya.(rahsia

pergerakan yang lembut pada sulur yang mengikut fitrah kecenderungan

manusia dan menonjolkan jalinan kasih sayang dan menjalinkan hubungan yang

erat tanpa menimbulkan kesan kepada orang lain. )

FALSAFAH

Hujung menunduk-

Yang muda tumbuh di

bawah yang tua

PERGERAKAN VISUAL

(BERGERAK LEMBUT DAN

BERBALAS LENTIKKANNYA

KESEDERHANAANKESEIMBANGAN

HUJUNG TIDAK

MENIKAM LAWAN

TUMBUH DARI SATU

PUNCA

Carta 6.3 : Falsafah Seni Ukiran Melayu.

Pemikiran inilah yang membezakan antara orang Melayu dengan Barat. Setiap

karya seni mempunyai bentuk yang tersendiri, ia berlainan antara satu sama lain. Oleh

itu dalam melihat dan memahami setiap karya penilai perlu memahami dan mengenali

Univers

ity of

Mala

ya

Page 261: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

244

banyak perkara atau elemen-elemen di antaranya sejarah, simbol, nilai, kepercayaan,

bentuk, rupa, warna, jalinan, garisan dan ruang karya tersebut terlebih dahulu.

Oleh itu, jika pemaknaan yang terdapat di dalam seni ukiran ini diabaikan

sebenarnya secara tidak langsung kita telah menolak salah satu dari cara berkomunikasi.

Sebenarnya di dalam kehidupan ini manusia boleh berkomunikasi dengan banyak cara,

dan salah satu yang terpenting adalah disampaikan melalui perlambangan atau simbol.

Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati bahawa ukiran Melayu bukan

sahaja mempunyai gambaran perlambangan yang simbolik bagi masyarakatnya tetapi

segala yang dibuat itu juga mempunyai fungsi yang tertentu. Ia bukan sahaja membawa

kepada fungsi estetik sahaja tetapi juga sebagai fungsi guna. Misalnya sebuah ukiran

tebuk terus berfungsi sebagai aliran udara di dalam sesebuah bangunan.

Jika kita tidak lagi menguasai bahasa secara perlambangan ia membawa kesan

kepada perkembangan seni itu sendiri. Ini kerana jika kita tidak memahami apa yang

cuba diperkatakan oleh pengkarya atau seniman itu lantas seni yang dihasilkan oleh

mereka akan bersifat kosong dihati para penilai. Kita hanya sekadar mentafsirkan dari

aspek luaran atau kecantikannya sahaja.

Sesungguhnya seni ukir memerlukan kemahiran yang tinggi di samping kearifan

yang mendalam dari kedua-dua pihak sama ada bagi pengukir itu sendiri mahupun

kepada para penilai atau penikmat. Kefahamannya bukan sahaja bersifat lahiriah tetapi

juga melibatkan kebatinan. Ini diperlukan kerana untuk memahami falsafah dan

pemikiran masyarakat Melayu terlalu banyak elemen yang perlu dikuasai seperti yang

telah dinyatakan tadi. Ini bermakna apabila seseorang pengukir itu ingin membuat

Univers

ity of

Mala

ya

Page 262: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

245

sesuatu ukiran mereka harus memikirkan apakah mesej yang ingin disampaikan dan

mesej itu disampaikan melalui ukiran yang dihasilkan.

Falsafah ukiran “batang muda tumbuh di bawah batang yang tua”, menjelaskan

orang muda hendaklah menghormati orang yang lebih tua, begitu juga orang yang

berpangkat rendah hendaklah menghormati orang yang mempunyai pangkat lebih tinggi

daripadanya. Selain itu, kebanyakan tumbuhan yang dipilih untuk dijadikan motif

merupakan jenis tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaannya kepada manusia

seperti digunakan sebagai ubat-ubatan dan bahan masakan di samping nilai

keindahannya. Pemilihan motif tumbuh-tumbuhan juga menggambarkan sifat

kesederhanaan orang Melayu itu sendiri.

Selain itu, pada umumnya unsur-unsur makhluk hidup tidak banyak digunakan

dalam karya seni ukiran Melayu, ini kerana Islam tidak menggalakkan penciptaan

ragam hias yang berasaskan makhluk bernyawa. Walaupun begitu, ia tetap digunakan

sebagai motif dalam ukiran tetapi mestilah bentuknya samarkan atau diabstrakkan

supaya tidak memperlihatkan bentuk yang sebenar. Dalam pemilihan unsur-unsur

makhluk hidup biasanya yang menjadi pilihan ialah haiwan-haiwan yang terdapat di

persekitaran kita seperti burung, ayam, badak, semut, burung merak, ikan, naga dan itik.

Ukiran yang berunsurkan makhluk hidup ini merupakan peninggalan warisan

kebudayaan Melayu sebelum Islam. Namun, motif-motif ini sudah mula dipinggirkan

kerana tidak bersesuaian dengan kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam

Dalam seni perlambangan ini, manusia meniru apa yang diperolehi dari alam

semulajadi, penghasilan mereka bukanlah bertujuan mencabar ciptaan Allah S.W.T

tetapi sabagai satu pancaran daripada ciptaan itu untuk menjadi renungan dan iktibar

Univers

ity of

Mala

ya

Page 263: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

246

bersama tentang kewujudan dan keesaan Allah itu sendiri. Setiap motif yang dihasilkan

diilhamkan dari alam dan kemudiannya digubah sesuai dengan kreativiti dan keperluan

masyarakat.

Usaha untuk melahirkan warga yang ‘celik seni’ bukanlah suatu yang senang,

kefahaman mengenai konsep pembangunan pelestarian dan segala aspek yang

bersangkutan dengannya akan membawa kepada pembangunan serta pembentukan

masyarakat yang memandang persekitarannya itu sebagai ‘guru’ yang sangat rapat

dengannya.

Setiap pihak seharusnya bersifat terbuka dalam mendengar pendapat orang lain

dan sentiasa beranggapan positif antara satu sama lain. Tidak guna jika bertelagah atau

meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak lain, kerana ia boleh membawa kepada

‘kegelapan sinar’ ukiran Melayu itu sendiri, ada baiknya mereka menerima

tanggungjawab itu dalam melihat perkembangan ukiran Melayu ini. Seperti yang

diringkaskan dalam rajah di bawah, tanggungjawab melestarikan falsafah ukiran ini

adalah tanggungjawab bersama.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 264: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

247

PEMELIHARAAN UKIRAN

KERAJAAN

NGO

INDIVIDU

SWASTA

Carta 6.4 : Peranan Pihak Yang Bertanggungjawab.

Oleh itu sebagai generasi muda sebenarnya menjadi tanggungjawab semua

untuk sama-sama memelihara martabat dan ketinggian status ukiran Melayu ini. Untuk

menerima konsep pemaknaan dalam ukiran ini amat mudah, yang penting setiap

pemerhati harus memahami konsep dan tujuan seni itu sendiri dan untuk melihatnya

perlulah pada ‘mata’ Melayu. Iaitu bukan kepada nilai komersial semata-mata tetapi

lebih kepada tanggungjawab sosialnya.

Pemeliharaan warisan budaya adalah kesinambungan dari akta-akta dan piagam

yang dijadikan garis panduan dalam usaha mengangkat martabat kebudayaan setempat.

Oleh itu, seharusnya pihak kerajaan bertangungjawab untuk merencana dan membiayai

segala aktiviti seni ukir itu sendiri. Melalui sistem pendidikan penerapan berkaitan

Univers

ity of

Mala

ya

Page 265: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

248

ukiran perlu dalam satu sukatan pelajaran seperti dalam subjek pendidikan seni. Di

peringkat tertinggi, kajian yang lebih mendalam terhadap seni ukir Melayu perlu

dijalankan dan diberikan sokongan, sama ada di IPTA atau IPTS.

Dengan itu, segala program yang dianjurkan dan segala aktiviti yang

dilaksanakan adalah digalakkan dan perlu dilaksanakan atau bermula dari peringkat

sekolah mahupun ke peringkat pengajian tinggi. Contohnya adalah seperti apa yang

dilaksanakan oleh Syarikat DIGI. Program yang berasaskan peringkat sekolah itu perlu

disokong oleh Kementerian Pelajaran bagi menggalakkan sekolah-sekolah lain turut

terlibat dalam program seperti itu.

Pertandingan di peringkat sekolah boleh dilakukan dalam usaha memulakan

minat kepada pelajar dan dari sini usaha memupuk dan membudayakan kefahaman

terhadap warisan ini dapat dilaksanakan. Pembangunan ekonomi yang dicari tidak akan

terjejas dengan keperluan mengekalkan warisan yang sedia ada. Malahan kekayaan

yang sedia ada ini boleh digunakan untuk meningkatkan ekonomi negara

Pihak swasta (NGO) boleh memainkan peranan dari aspek sumbangan dalam

bentuk kewangan untuk mengembalikan kegemilangan seni ukir Melayu. Contohnya

pihak perhotelan dan pelancongan patut menerapkan unsur seni ukir dalam bangunan.

Mereka patut menggunakan barangan berukir di dalam bangunan mereka kerana ia

menjadi tumpuan para pelancong. Oleh itu, seni ukir dapat memperindahkan lagi

bangunan tersebut.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 266: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

249

Peranan melestarikan warisan ukiran ini juga boleh dilakukan oleh perseorangan

atau individu-individu. Langkah yang paling asas yang boleh dilakukan oleh setiap

individu adalah meletakkan ukiran di rumah kediaman mereka. Walaupun kosnya agak

tinggi tetapi inilah salah satu cara untuk menunjukkan tanda sokongan dan cintanya kita

kepada ukiran ini.

Melalui institusi pemeliharaan khazanah seni warisan Melayu seperti penubuhan

KANDIS merupakan antara langkah yang dilihat paling berkesan. Ini kerana antara

punca seni warisan Melayu hilang adalah kerana tidak ada institusi yang khas atau

khusus bagi memelihara seni ukiran. Pendokumentasian terhadap ukiran itu sebenarnya

dilihat lebih bernilai dari sekadar peninggalan artifak. Pendokumentasian yang lengkap

merupakan bahan yang baik untuk menyampaikan ilmu berkaitan ukiran ini dari satu

generasi kepada generasi yang lain.

Dengan penubuhan institusi pusat sumber seperti ini, ia dapat dijadikan pusat

rujukan bagi pengukir atau pengkaji. Ini penting agar segala maklumat yang berkaitan

dunia ukiran dapat dikongsikan bersama dan maklumat yang terkumpul itu lebih tepat

dan padat.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh penyelidik Supyan Hussain dan Siti

Rokiah Mamat dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan

Malaysia untuk mendigitalkan bahan warisan seni ukir Melayu ini perlulah disokong.

Kaedah ini dilihat sesuai sebagai usaha mendokumentasikan seni ukir dengan tuntutan

zaman era digital yang bergerak pantas. Usaha ini akan lebih berjaya sekiranya ia dapat

mengumpul bukan sekadar rupa fizikal ukiran sahaja, tetapi juga meliputi pemilihan

motif, pola, falsafah dan sebagainya.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 267: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

250

6.3 IMPLIKASI DAN CADANGAN.

Persepsi tentang seni ukiran perlulah diubah. Ukiran selama ini agak diketepikan

kerana orang menganggap ukiran itu hanyalah sebagai satu hiasan semata-mata. Hiasan

boleh bertukar ganti apabila kita jemu melihatnya dan apabila kita merasakan hiasan

yang kita miliki itu sudah ketinggalan zaman. Tetapi apabila kita memahami ukiran

bukan sekadar keindahan luaran tetapi banyak ‘cerita’ di dalamnya kita akan lebih

memahami dan menyayanginya. Ukiran sebenarnya bukanlah hiasan semata-mata tetapi

dalam ukiran terdapat sejarah, budaya dan sebagainya.

Dalam memperjuangkan seni ukiran kayu Melayu ini, beberapa isu kesenian

kebudayaan kebangsaan sering kali timbul dalam masyarakat Melayu. Realitinya,

pemahaman masyarakat pada masa kini agak terkeluar dari landasan kerana pengaruh

budaya moden Barat. Oleh kerana itulah seni ukir Melayu perlu berdiri sendiri atas

nama persaingan dan yakin kelebihan yang dimiliki oleh warisan mereka sendiri.

Pengkaji merumuskan bahawa pemeliharaan warisan dan falsafah ukiran ini

perlu dijadikan usaha yang serius oleh semua pihak bermula dari peringkat atasan

(kerajaan) hinggalah yang di bawah (perseorangan). Ini sangat penting dalam usaha

memertabatkan lagi negara di mata dunia. Ia perlu untuk memastikan kesinambungan

warisan bukan sekadar fizikal sahaja dan kita sebagai generasi pelapis memahami akan

kekayaan ukiran kayu itu sendiri.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 268: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

251

Ini penting agar memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan

pelestarian dan semoga akta perlindungan warisan ukiran yang sedia ada dapat disemak

semula dan diperbaiki kelemahan-kelemaham yang ada. Misalnya, pemeliharaan yang

dilakukan bukan sekadar artifaknya sahaja tetapi juga sejarahnya.

Semoga kajian ini dapat juga mengubah persepsi masyarakat terhadap usaha

mempertahankan warisan ukiran. Oleh itu, sistem pendidikan Negara mungkin perlu

dikemas kini dengan menerapkan tentang kepentingan menyelamat dan memelihara

warisan ukiran. Pembelajaran sejarah sahaja adalah tidak memadai, seharusnya ia

diikuti dengan usaha mengekalkan warisan sejarah seni ukir yang ada itu untuk tatapan

semua.

Secara umumnya Pengkaji berharap melalui kajian ini ia dapat memberi input

kepada pihak dan insititusi yang terlibat secara lansung dalam kerja-kerja pemeliharaan

ini untuk :

i. Menasihati dalam menentukan dasar kepada pihak kerajaan di dalam

merangka program-program perkembangan dan pelestarian ukiran, dan

ii. Mewujudkan kerjasama dengan pengukir untuk mendidik masyarakat

untuk menyanyangi ukiran kepunyaan sendiri.

Mengadakan kempen atau bulan seni ukir juga merupakan satu langkah untuk

menarik minat dan menambah pengetahuan kepada masyarakat terhadap seni ukir

Melayu. Untuk mengembangkan seni ukiran ini masyarakat seharusnya menyokong

program seperti ini.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 269: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

252

Selain dari mengadakan pameran dan jualan kraftangan pada setiap tahun, usaha

pusat kraftangan mengadakan bengkel atau seminar tentang sejarah, proses pembuatan,

kegunaan dan sebagainya tentang seni ukir perlu diteruskan. Ini merupakan salah satu

lagi kaedah penyampaian maklumat kepada pelancong dan rakyat tempatan yang

berkesan, ‘membeli sambil menimba ilmu’.

Usaha ini juga tidak seharusnya dilakukan di sesebuah tempat sahaja, sebaliknya

mereka yang terlibat ini perlu membuat penjelajahan (road tour) ke seluruh negara dan

luar negara bagi memperkenalkan sejarah ukiran dan melakukan demonstrasi

pembuatan seni ukir. Pengukir tempatan juga seharusnya didedahkan dengan

pertandingan mengukir ini di peringkat antarabangsa. Ini salah satu cara yang dilihat

berkesan dan menguntungkan kepada semua pihak.

Dengan ini secara tidak langsung ia dapat menarik minat ramai pengusaha dan

seterusnya dapat membuka kepada peluang pekerjaan dan menambah pendapatan

kepada negara. Dengan adanya ruang seperti ini, warisan seni ukir Melayu itu sendiri

dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

Di sinilah pengkaji ingin melihat jasa kerajaan dan pihak swasta untuk bersama

membangunkan perusahaan ukiran kayu Melayu ini. Di Malaysia sebenarnya tidak

pernah kekeringan dengan kegiatan kesenian ini tetapi mereka memerlukan sedikit

perhatian untuk terus hidup dan bersaing. Pengusaha-pengusaha ukiran ini sangat

memerlukan suntikan modal bagi mengembangkan perusahaan mereka.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 270: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

253

Tenaga muda yang ramai dimiliki oleh Malaysia, dan ini merupakan salah satu

dari aset yang berguna. Kelas dan bengkel seharusnya diperbanyakkan untuk memberi

peluang dan mencungkil bakat baru ini. Pertandingan antara para pengukir juga boleh

menghidupkan kegiatan seni ini. Melalui persaingan yang sihat ini dapat menghasilan

ukiran yang benar-benar berkualiti.

Di bandar-bandar besar seluruh dunia amat memerlukan santapan jiwa dan

minda, dan seni ukiran merupakan salah satu bidang yang boleh membawa ke arah itu.

Pengkaji berani mengatakan bahawa pembangunan fizikal dan rohani manusia tidak

akan seimbang jika kegiatan kesenian seperti ini disekat perkembangannya. Keperluan

sebuah negara membangun dalam erti kata sebenar memerlukan perseimbangan kedua

perkara ini. Pemikiran negatif terutama dari pihak kerajaan dan swasta terhadap

kemampuan sumbangan seni ukiran ini seharusnya dihapuskan. Seharusnya mereka

berani mengeluarkan modal dan menaja kegiatan ini demi melihat perkembangannya.

Soal untung dan rugi sewajarnya tidak menjadi persoalan utama.

Kerana kepentingan inilah, semua warisan itu perlu dipelihara dan

dikekalkan. Pengekalannya bukan sahaja sebagai manifestasi kepada kewujudan

bangsa dan kesinambungan tamadun malahan ia boleh dimanfaatkan untuk

kepentingan ekonomi apabila ia diketengahkan dan diuruskan secara yang betul

dan teratur sebagai produk dalam industri pelancongan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 271: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

254

Penubuhan sebuah Institusi pemeliharaan khazanah seni Ukiran Melayu

adalah suatu yang perlu dilaksanakan. Punca seni warisan melayu hilang adalah

kerana tidak ada institusi yang khas atau khusus bagi memelihara seni ukiran.

Pendokumentasian dilihat lebih bernilai dari artifak. Persepsi tentang seni ukiran

perlulah diubah. Ukiran agak diketepikan kerana orang menganggap ukiran itu

hanyalah sebagai satu hiasan semata-mata. Ukiran sebenarnya bukanlah hiasan

semata-mata tetapi dalam ukiran terdapat sejarah, budaya dan sebagainya

Antara Langkah-langkah lain yang pengkaji cadangkan ialah:

i. Menubuhkan institusi pusat sumber dengan tujuan untuk dijadikan pusat

rujukan bagi pengukir atau pengkaji.

ii. Mengadakan kempen atau bulan seni ukir untuk menarik minat dan

menambah pengetahuan kepada masyarakat terhadap seni ukir melayu.

iii. Mengadakan bengkel atau seminar tentang sejarah, proses pembuatan,

kegunaan dan sebagainya tentang seni ukir kepada pelancong dan rakyat

tempatan

iv. Membuat penjelajahan (road tour) ke seluruh negara dan luar negara bagi

memperkenalkan dan melakukan demonstrasi pembuatan seni ukir.

v. Dengan ini secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan,

menambah pendapatan kepada masyarakat dan warisan seni ukir melayu

itu sendiri dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 272: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

255

Sekali lagi pengkaji menegaskan, selain dari penguatkuasaan akta, kaedah

pemuliharaan makmal dan kerja lapangan yang dijalankan dalam usaha melestarikan

warisan ukiran ini, cara terbaik untik melestariakan seni ukiran Melayu adalah melalui

penyampaian ilmu dari dalam kelompok masyarakat, sebagaimana dalam teori ilmu

pengetahuan atau sosiologi pegetahuan diperlukan dalam usaha ini. Teori atau

pendekatan ini memperjelaskan betapa pentingnya masyarakat hari ini perlu mamahami

dan menyampaikan ilmu dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Ini bersesuaian

dengan falsafah kesenian Melayu itu sendiri iaitu seni untuk masyarakat. Ia

sesungguhnya merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan dalam melestarikan

seni ukiran Melayu. Sesuatu pengetahuan berkaitan ukiran itu akan hilang jika tiada

kerjasama daripada pengiat seni ukiran dan masyarakat.

UKIRAN DAN

FALSAFAH UKIRAN MELAYU

KAEADAH LAPANGAN

KAEDAH PERUNDANGAN

KAEDAH MAKMAL

SOSIOLOGI PENGETAHUAN

Carta 6.5 : Kaedah Dalam Melestarikan Falsafah Ukiran Kayu Melayu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 273: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

256

Tanggungjawab melahirkan generasi yang mempunyai jati diri seharusnya

dipikul bersama oleh semua pihak. Salah satu darinya adalah menyokong aktiviti seni

ukiran ini tidak kira sama ada sebagai pemodal, pengusaha, pembeli atau sekadar

peminat seni. Harus disedari bahawa seni ukiran Melayu bukan sekadar mengisi masa

terluang atau bertujuan mencantikan kesenian Melayu, tetapi turut mengembalikan

masyarakat kepada akar umbi bangsanya dan mengenali budayanya. Berbanggalah

menjadi orang Melayu dan pelajarilah rahsia yang terkandung dalam keseniannya.

6.4 PENUTUP.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah dapat menjelaskan bahawa ukiran

Melayu adalah satu ragam hias yang menjadi lambang identiti dan daya kreativiti

masyarakat Melayu. Nilai keindahannya sangatlah tinggi dan perlu dihargai. Idea

kesepaduan dan kerjasama dari semua pihak ini merupakan kekuatan yang utama

kepada pelestarian ukiran Melayu. Seni ukiran ini wajar diperluaskan dan dihidupkan

kembali.

Daun diukir tumbuh berpunca

Tumbuh berpunca penuh rahsia

Jangan dicanggung ukiran pusaka

Kelak merana generasi kita

Kepada mereka yang dalam usaha memberikan nafas baru kepada ukiran

janganlah sampai menghilangkan tradisinya kerana di dalamnya terkandung banyak

pemikiran Melayu. Sesungguhnya ukiran bukanlah sekadar hiasan, pembuatannya harus

dengan keihkalasan, setiap pilihan motif dan susunan polanya menceritakan sejuta

perasaan dan kenangan. Bercerita tentang tradisi dan jati diri untuk panduan generasi ke

satu generasi.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 274: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

257

RUJUKAN :

Abd. Aziz Deraman. (1992). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu.

Kuala Lumpur : Arena Ilmu.

Abdulah Mohamed (Nakula) (1985). Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu.

Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.

Abdullah Bin Mohamed (Nakula) (1993). “Islam Sebagi Teras Keindahan Melayu

Dengan Tumpuan Khas Kepada Seni Bina dan Seni Ukir Kelantan”, Warisan

Kelantan XII, Kota Baharu : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Abdul Rahman Abdullah. (1999). Falsafah Alam Semesta Di Nusantara.

Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abd. Rahman, Mohd. Kamaruzaman. (1992). “ Penasihat Inggeris: Pembaruan

Pentadbiran Negeri Kelantan dan Pengukuhan Kuasa (1910-1920)”. Warisan

Kelantan XI. Kota Baharu, Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Abd. Halim Nasir. (1982). “Sejarah Seni Bina Rumah Melayu”, Cipta Oktober, Kuala

Lumpur: Utusan Malaysia.

Abd. Halim Nasir. (1985). Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung

Malaysia. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Abdul Halim Nasir. (1986). Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim. (1987). Traditional Malay Wood Carving. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Afandi Fikri. (2007). Pembangunan Kandis Rresource Centre: Pemangkin

Pelancongan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Al Faruqi, Ismai’l R. (1993). Fikiran Dan Budaya Islam, (Terjemahan Masood Rashid)

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali, Muhammads Mumtaz. (1993). Conceptual And Methodological Issues In Islamic

Research. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 275: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

258

Amir A. Rahman. (1991). Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Amran Kasimin. (1993). Agama dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Andaya, Barbara Watson Dan Leonard Y. Andaya. (1982). A History of Malaysia.

London: Macmillan Press Ltd.

Arba’iyah Ab. Aziz. (2010). Simbolisma Dalam Motif-Motif Songket Melayu

Terengganu. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Malaya

Awang, Ismail. (1982). “Sejarah Masuknya al-Quran Ke Kelantan”, Warisan Kelantan

V. Kota Baharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Aziz Deraman. (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya

Pantai (M) Sdn. Bhd.

Bamadhaj, Halimah. (1975). The Impact of Japanese Occupation Of Malaya on Malay

Society and Politics (1994-1995), Tesis Sarjana : University Of Auckland.

Bellwood, Peter. ( 2000). Kepulauan Sejarah Indo-Malaysia. Jakarta: PT. Gramedia

Pustaka Utama.

Bruke, Peter. (1974). Tradition And Innovation in Renaissance. Italy: B.T. Bastford.

Burchardt, Ibrahim Titus (1992). “Peranan Seni Halus Dalam Pendidikan Muslimin”,

Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia. Kuala Lumpur: University

Of Malaya Press.

Deraman, A. Aziz. (1998). “Kelantan Dalam Perspektif Sosial Budaya”, Warisan

Kelantan V. Kota Baharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Dr. Engku Ibrahim Ismail. (1992). Konsep Seni Dalam Islam. Kuala Lumpur : Akademi

Pengajian Melayu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 276: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

259

Dr. Muhyar Fanani. (2008). Metode Studi Islam : Aplikasi Sosiologi Pengetahuan

sebagai Cara Pandang. Yogakarta: Pustaka Pelajar.

Dr. Sidi Gazalbal. (1988). Islam dan Kesenian. Jakarta: Pustaka Alhusine.

Dzul Haimi Hj. Md Zain. (2009). “Seni Ilimunasi Al-Quran Di Alam Melayu”. Dalam

Persidangan Antarabangsa Kesenian 2009: Seni Dekorasi Pelestarian dan

Pembangun. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.

Ezrin Arbi . (2013). “ Ukiran Kayu Melayu Dalam Kebudayaan Kebangsaan” Dalam

Seminar Ukiran kayu Melayu. Akademi Pengajian Melayu.

Farish A. Noor & Eddin Khoo. (2003). Spirit Of Wood: The art of Malay woodcarving.

Singapore : Periplus.

Faridatul Akma Abdul Latif dan Siti Rasidah Md Sakip. (2004). Pengekalan dan

Pemeliharaan Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes: Kampung

Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra

Malaysia.

Garham, W.A. (1908). Kelantan – A State of The Malay Peninsula: A Handbook Of

Imformation. Glasgow : J. Maclehose.

Gayln, D. Ness. (1967). Bureaucracy And Rural Development in Malaysia. Berkeley

And Los Angles: University Of Califonia Press.

Gustami, S.P. (2000). Seni Kerajinan Mebel Ukir Jepara. Yogyakarta: Kanisius.

Hassan, Mohd. Affandi. (1992). Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Herskovits, M. (1970). Man And His Work. New York: Alfred A Knope.

Holt, Claire. (2000). Melacak Jejak Perkembangan Seni Di Indonesia. (Terjemahan R.

M Soedarsano). Bandung: Art. Line.

Humbert, Cloud. (1980). Islamic Ornamental Design. London: Feber Faber.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 277: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

260

Hussin, Sufean. (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim, Mohd. Azmi & “Ainu Sham Ramli. (1996). Wayang Kulit Warisan Teater

Melayu. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Ismail Hamid. (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Ismail Said dan Ahmad Saiffudin Abdullah, (2001). Spesis-spesis Kayu Dalam Seni

Ukiran Melayu. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail, Siti Zainon. (1997). The Traditional Malay Handcraft Design. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jasiman Ahmad Samat. (2000). Seni Anyaman. Kuala Lumpur: Mega Setia Emas Sdn.

Bhd.

Jasman Ahmad & Siti Raziman hj. Idris. (1996). Ukiran Melayu. Petaling Jaya: Pinang.

Jusoh, Md. Din. (1984). “ Seni Ukir: Satu Kajian Umum”, Warisan Kelantan III. Kota

Baharu : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Karsam. (1999). Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Ciri dan Motif. Tesis Sarjana

Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Kathleen Chee. (2009). Focus Ace Spm : Pendidikan Seni Visual.. Selangor : Pelangi

Punlising Group Berhad.

Keumala, Ezrin Arbi dan Mohamad Faisal. ( 2012). ‘Pengaplikasian Ukiran Kayu

Melayu dalam Seni Bina di Malaysia’. Journal of Design and Bulkt

Environment. Universiti Malaya : Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina.

Khoo Kay Kim. (1972). “ Semenanjung Tanah Melayu Pada Kurun Ke-19” Dalam

Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, ed. Zanal Abidin Abd. Wahid. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim. (2001). Malay Society: Transformation and Democratisation,

Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 278: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

261

K.M Sen. (1962). Hinduism : away of life. London: Penguin Books.

Knobler, Nathan. (1966). The Visual Dialogue. New York : Holt, Rinehart And

Winston.

Ku Zam Zam Ku Idris. (1984). “Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu.”

Dewan Budaya (Jun) : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lambard, Denys. (2000). Nusa Jawa: Silang Budaya . Jakarta: PT. Gramidia Pustaka

Utama.

Louis Michon, Jean. (1989). “ Pendidikan Dalam Seni Dan Pertukangan Tradisional

Dan Warisan Budaya Islam” Dalam Falsafah Kesusasteraan Dan Kesenian

Halus, (Terjemahan Baharuddin Ahmad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ludin, Manja Mohd dan Ahmad Suhaimi Mohd. Noor. (1995). Aspek – Aspek Kesenian

Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majid Takhry. (1993). Sejarah Falsafah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mana Sikana. (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi. (1995). Aspek-Aspek Kesenian Islam.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mastor Surat (2013). Gagasan Dan Pemikiran Ragamhias Dalam Senibina Warisan

Melayu: Cabaran Kepada Pengukir Malaysia Dalam Pembangunan

Senibina Beridentiti Kebangsaan. Seminar Nuansa Ukiran Kayu Melayu :

Akademi Pengajian Melayu.

Mohd Afandi Yahya. (1995). Simbolisma Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Affandi Hassan. (1992). Pendidikan Estetik daripada Pendidikan Tauhid. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 279: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

262

Mohd Zamberi A. Malek. (2011). Langkasuka Negeri Melayu Pertama. Kuala Lumpur:

Anjung Media Resources.

Mohd Sabriza Abd Rashid. (2008). “Penafsiran Falsafah ‘ibu’ Dalam Awan Larat:

Warisan Estetika Seni Ukiran Melayu”. Kertas kerja di Seminar Antarabangsa

Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut. UITM : FSPU.

Mohd Taib Osman Dan Wan Kadir Wan Yusof, ed. (1987). Kajian Budaya dan

Masyarakat Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Faizal Md Nor. (2011). Peletarian Rumah Melayu: Kajian Kes Rumah Melayu

Melaka. Tesis Sarjana : Akademi Pengajian Melayu.

Mohammad Mazlan. (1997). Pendidikan Seni 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Mohammad Nazzri Ahmad. (2002). “Pemikiran Melayu dalam seni Ukiran Kayu:

Tumpuan Kepada Tiga Orang Pengukir. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian

Melayu

Mohammad Mustapha. (1998). “ Perkembangan Seni Ukir”. Warisan Kelantan 1, Kota

Baharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. (2004). Warisan seni Bina Dunia Melayu Rumah-

Rumah tradisi. Johor Darul Taazim: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Zahari Mokhtar. (1998). “Pemuliharaan Bangunan Warisan Pembangunan

Sektor Pelancongan Warisan Pulau Pinang: Kajian Kes Di Lebuh Acheh dan

Lebuh Armenian, Georgetown Pulau Pinang”. Penang Past & Presant. Pulau

Pinang.

Mustaffa Mohamad. (1987). Perkembangan Seni Ukir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Muda, Sa’ad Shukri. (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan. Kota Baharu Kelantan:

Pustaka Aman Press.

Muhamed Abdullah. (1984). “Sriwijaya Awal”, Warisan Kelantan III. Kota Baharu:

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 280: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

263

Muhammad Faizal Abd Rani. (2011). Motif dan Pengaplikasian Seni Ukiran Melayu

pada Hotel 5 Bintang di Kuala Lumpur: Kajian kes Crown Plaza Hotel. Jabatan

Senibina, Fakulti Alam Bina. Universiti Malaya.

Mumford, Lewis. (1952). Art and Technics, London: Oxford University Press.

Muniandi, Kunaseelan. (1996). Hubungan Malaysia Indonesia 1957 – 1970. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nawawi, Norwani Mohd. (1989). Malaysia Songket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Naylor, Gillian. (1971). The Art and Craft Movement. London: Studio Vista Publishers.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2009). “Pelestarian Kesenian Kelantan : Fokus Silat

Jatuh.” Dalam Persidangan Antarabangsa Kesenian 2009. Seni Dekorasi

Pelestarian dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Noezehan Adli bin Muhammad. (2009). Seni Kraf Kayu: Motif dan Teknik. Selangor:

Institut Kraf Negara

Norhaiza Noordin. ( 2005). “Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini”.

Kertas kerja di International Seminar : Spirit & Form in Malay Design. Kuala

Lumpur : Muzium Negara.

Norhaiza Noordin. ( 2013). “Transformasi Ukiran Tradisi Kepada Kontemporari :

Pengalaman Seorang Pengukir.” Kertas kerja Seminar : Nuansa Ukiran Kayu

Melayu. Kuala Lumpur.

Nor Azlin Hamidon. (2009). “Seni Kaligrafi Dalam Tenunan Pahang”. Kertas kerja

Dalam Seminar Memperingati 100 tahun Za’Ba. Universiti Malaya: Akademi

Pengajiann Melayu.

Othman Mohd. Isa. (1992). Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1942 – 1945. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Mohd Yatim. (1986). Simbolisma Dalam Kesenian Islam : Rujukan

Kepada Nisan Kurun Ke-15 Di Semenanjung. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 281: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

264

Othman Mohd Yatim. (1995). Islamic Arts. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Yatim. (1996 ). “Peranan Muzium dalam Pendidikan Formal dan Tidak

Formal”. Kertas Kerja di Kongres Antarabangsa Jaringan Muzium Asia Timur.

Shah Alam, Selangor.

Othman Mohd Yatim. (2000). Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su Othman.

Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan kesenian dan Pelancongan.

Othman Mohd Yatim dan Abd Halim Nasir. (2000). “Seni Bina Melayu Islam:

Pengaruh Agama dalam Alam Bina”. Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Mohd Yatim dan Mohammad Nazzri Bin Ahmad. (2013). Keindahan

Ukiran Kayu Melayu. Seminar Nuansa Ukiran Kayu Melayu. Akademi

Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Peter L.Berger. (1991). Langit Suci, Agama sebagai Realitas Sosial. Jakarta: Lembaga

Penelitian, Pendidikan dan Penerangan, Ekonomi dan Sosial.

Pleto, Pretty J. Dan Gretel H. Pelto. (1989). Penyelidikan Antropologi. (Terjemahan

Abdullah Taib). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Powzi Muda. (1989). Bentuk dan Corak Ukiran Tradisi Melayu: Kajian Khas pada

Masjid, Rumah tradisi dan Istana lama di Terengganu. Universiti Malaya :

Jabatan Pengajin Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon. (2002). Pengantar Kesenian Melayu. Kuala

Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

Rais Yatim. (1996). Adat Perpatih nilai dan Falsafahnya. Negeri Sembilan.

Rajantheran, M.(1999). Sejarah Melayu : Kesan Hubugan Kebudayaan Melayu Dan

India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Read, Herbert. (1971). Pengertian Seni, (Terjemahan Soedarso Sp.). Yokyakarta: Stsri

Asri.

Rentse, Anker. (1986). “A Note On Kelantan Gold Coin”, Kelantan In Archaeological

Perspectif. Kota Baharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,

Univers

ity of

Mala

ya

Page 282: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

265

Roff, W.R. (1974). Kelantan: Religion, Society And Politics in a Malay State. Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

Roff, W.R. (1967). The Origin of Malay Nasionalism. Kuala Lumpur: University Of

Malaya Press.

Rosmawati Othman. (2009). “Motif Langkasuka: Asal Usul Rekabentuk Seni Ukir

Melayu”. Kertas kerja di bentang di SeminarAlam Melayu: Menjejaki

Langkasuka. Anjuran Insititut Alam dan Tamadun (ATMA). Universiti

Kebangsaan Malaysia. Jun 2010.

Samat, Azizah. (1988). “Sistem Pentadbiran Tanah Inggeris Di Kelantan : Peringkat

Pengukuhan 1915 – 1940”, Warisan Kelantan VII. Kota Baharu: Perbadanan

Muzium Negeri Kelantan.

Selat, Norazit. (1987). “ Penaung Dalam Masyarakat Melayu: Tradisi Dan Moden”,

Kajian Budaya Dan Masyarakat di Malaysia. ed. Mohd. Taib Osman dan Wan

Kadir Yusof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaffie, Faziah dan Ruslan Zainuddin. ( 2001). Sejarah Malaysi., Shah Alam Selangor:

Fajar Bakti, Sdn. Bhd.

Sheppard, Mubin. (1971). “ Seni Bina Yang Terdapat di Semenanjung Malaysia”.

Mimeo, makalah diajukan Pada Kongres Kebudayaan Kebagsaan. Kuala

Lumpur: 16 – 20 Augustus 1971.

Sheppard, Mubin. (1972). Taman Indera, Malay Decoratieve Arts And Pastimes. Kuala

Lumpur : Muzium Negara.

Siti Zainon Ismail. (1985). Getaran Jalur dan Warna. Petaling Jaya: Penerbit Fajar

Bakti.

Siti Zainon Ismail. (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soedarsono. R.m. (1999). Modotologi Penelitian Seni Pertunjukan Dan Seni Rupa.

Bandung: Arti. Line.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 283: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

266

Sp, Sudarso. (1992). “Quo Pendidikan Calon Guru Seni Rupa Kita”, SENI: Jurnal

Pengetahuan dan Penciptaan Seni. Edesi Khusus, Oktober 1992. Yokyakarta :

BP. Institut Seni Indonesia.

S.H Nasr. (1989). Falsafah Kesusteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (2000). Antara Langit dan Bumi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Syed Zainol Abidin Idid. ( 1995). Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Tenas Effendy. (2009). “Falsafah Dalam Ukiran Kayu”. Persidangan Antarabangsa

Kesenian 2009 : Seni Dekorasi Pelestarian Dan Pembangunan. Petaling Jaya,

Selangor.

Wan Abdul Kadir. (2000). Nilai-Nilai Sosial Asas Perubahan Sosio Budaya Melayu.

Kuala Lumpur :Akademi Pengajian Melayu.

Wan Abdul Kadir dan Hashim Awang. (1997). Seni dan Kosmologi.

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Wan Hashim Wan Teh. (1996). Malay Handicraft, Industries, Origins and

Development. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

W.G Shellabear. ed. ( 1983). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Wolff, Janet. (1993). The Social Production of Art. New York: New York University

Press.

Yaacob, Hamidah. (1998). “ Hiburan Tradisional Kelantan”, Warisan Kelantan I, Kota

Baharu : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Yahya Muhammad Afandi. (1995). Simbolisme Dalam Rumah Melayu Kelantan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 284: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

267

Zakaria Ali. (1989). Seni Dan Seniman : Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Zawiyah Baba. ( 2010). Warisan Seni Ukir Kayu Melayu: Legacy of The art of Malay

Woodcarving. Universiti Kebangsaan Malaysia : Istitut Alam dan Tamadun

Melayu.

Zulkifli Hanafi. ( 2000). Pola-Pola Hiasan di dalam Bangunan Tradisional Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ukiran Kayu Warisan Melayu, 2009. Kuala Lumpur : Penerbitan Perbadanan Kemajuan

Kraf Tangan Malaysia.

Akta 645 Akta Warisan Kebangsaan 2005. Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang

Malaysia.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 285: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

268

LAMPIRAN 1

Latar Belakang Informan :

Informan 1

Nama : Allahyarham Wan Su bin Othman

Tempat Lahir : Pengkalan Kubur, Kelantan

Alamat : Balai Seni Wan Po

Jalan Balai Seni Alor Lintang

222000 Besut , Terengganu

Informan 2

Nama : Hj.Abdul Latif Long

Tempat Lahir : Kelantan

Alamat : Kelantan Wood Craving

Jalan Paser Puteh, Batu 6

16150 Pasir Tumbuh , Kelantan

Informan 3

Nama : Wan Mustaphha Bin Wan Su

Tempat Lahir Terengganu

Alamat : Balai Seni Wan Po

Jalan Balai Seni Alor Lintang

222000 Besut , Terengganu

Univers

ity of

Mala

ya

Page 286: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

269

Informan 4

Nama : Norhaiza bin Noordin

Tempat Lahir : Kampung Raja, Besut, Terengganu

Alamat : Tunjamg Bakawali

331A/79 Jalan Jerteh

Kampung Raja

22200 Besut Terengganu

Informan 5

Nama : Abd Muhaimin Hasbollah

Tempat Lahir : Kulai, Johor.

Alamat : Lot 511 Kg, Bangau Tanjung

28020 Temerloh, Pahang

Informan 6

Nama :Muhammad Bin Abdullah

Tempat Lahir : Pahang

Alamat : Seni Pusaka Kraf

348 Felda Bukit Kuantan

26130 Kuantan Pahang

Informan 7

Nama : Puan Rokiah Abd Samat

Tempat Lahir : Johor Baharu

Alamat : Penolong Pengarah, Bahagian Pendaftaran & Penguatkuasaan

Jabatan Warisan Malaysia

Bangunan Sultan Abdul Samad

50000 Kuala Lumpur

Univers

ity of

Mala

ya

Page 287: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

270

LAMPIRAN 2

Pengkaji sedang menemuramah Tokoh Ukir Norhaiza Noordin di Tunjang Bakawali,

Besut. Temuramah diadakan di bengkel beliau pada 3 - 9 Januari 2010.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 288: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

271

Gambar yang diambil di Bengkel Tunjang Bakawali, Besut , memaparkan kerja-kerja

mengukir sedang dijalankan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 289: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

272

Pengkaji menemuramah Tokoh Ukir,

Wan Mustapha Wan Su, di Balai Ukir Wan Po, Besut pada 3-9 Januari 2010.

Abdul Latif Long di Bengkel Kelantan Wood Carving.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 290: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

273

Ukiran tebuk tembus tidak bersilat.

Wan Po sedang menerangkan falsafah di sebalik ukiran beliau.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 291: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

274

Wan Po melakarkan motif pada

kayu sebelum kerja mengukir dijalankan.

Pengkaji bersama Allahyarham Wan Su

Univers

ity of

Mala

ya

Page 292: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

275

Ukiran sisir angin

Motif Bunga asam paya

Karya Norhaiza Noordin

Univers

ity of

Mala

ya

Page 293: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

276

Ukiran wau Bulan

Motif Bunga emas dan bunga kadok

Karya Allahyarham Wan Su Osman

Univers

ity of

Mala

ya

Page 294: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

277

Ukiran sisir angin

Motif tumbuh-tumbuhan

Koleksi Azmi Ismail

Ukiran kukuran ayam jantan

Motif bunga bakawali dan naga

Koleksi Muzium Seni Asia

Univers

ity of

Mala

ya

Page 295: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

278

Ukiran Bangau perahu dan okak

Motif Bunga Patola dan bunga Guru

Koleksi Muzium Seni Asia

Bangau perahu

Motif Bunga pandan laut, bunga jambu laut dan pintalan tali

Koleksi Muzium Seni Asia

Univers

ity of

Mala

ya

Page 296: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

279

Ukiran sisir angin

Motif Daun bakawali

Karya Abd Rahim Ismail

Ukiran sisir angin

Motif sulur kacang

Karya Hj, Muhammad Bin Idrus

Univers

ity of

Mala

ya

Page 297: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

280

Ukiran dinding

Motif tumbuh-tumbuhan

Koleksi Azmi Ismail

Ukiran sisir angin

Motif Tumbuh-tumbuhan

Koleksi Azmi Ismail

Univers

ity of

Mala

ya

Page 298: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

281

Ukiran sisir angin

Motif Bunga bayam peraksi

Koleksi Muzium Seni Asia

Ukiran Hiasan dinding

Motif Bunga pucuk kacang

Karya Mohd Salizan Abd.Rahman

Univers

ity of

Mala

ya

Page 299: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

282

Ukiran sisir angin

Motif bunga pepulut, batang cincang

Koleksi Muzium Seni Asia

Pengkaji bersama En Zulhilmi selaku jurufota di Balai Seni Wan Po.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 300: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

283

Persatuan PENGUKIR bergambar bersama Y.B Dato’ Seri Utama Rais Yatim

Menteri KPKK di Majlis Ramah Mesra di Bakawali, pada 17 Januari 2013.

Wan Po bersama Nor Haiza Noordin

sedang membincangkan masa depan seni ukir Melayu.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 301: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

284

Pengkaji Bersama Norhaiza Noordin Dan Muhaimin Hasbullah di Pameran Nuansa

Ukiran Melayu 2013

Univers

ity of

Mala

ya

Page 302: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

285

Pengkaji sewaktu menghadiri Majlis Perisytiharan Warisan Kebangsaan Pada 10 Mei

2012 di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Pengkaji bersama Puan Rokiah Abd Samat Penolong Pengarah, Bahagian Pendaftaran

& Penguatkuasaan JWM bersama Tokoh Orang Hidup (dondang Sayang) Nyonya Tan

Abdullah (berdiri di tengah) di Majlis Perisytiharan Warisan Kebangsaan.

Univers

ity of

Mala

ya

Page 303: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdfii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN . Nama : MOHAMMAD NAZZRI BIN AHMAD . NO MATRIK : JHA 030003 . NAMA IJAZ

286

Lawatan pelajar APM ke Ina Kraf. Memberikan pendedahan tentang perusahaan

ukiran dan memberi ruang kepada pelajar untuk mengukir.

Univers

ity of

Mala

ya