44
i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI UTHM MOHD HAFEEZ AL-AMIN BIN ADUL WAHAB Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2013

i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

  • Upload
    dodien

  • View
    257

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

i

PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN

PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI UTHM

MOHD HAFEEZ AL-AMIN BIN ADUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2013

Page 2: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

v

ABSTRAK

Kemahiran Keusahawanan merupakan antara kemahiran penting dalam kemahiran

insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat

pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan

untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan

kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Responden kajian terdiri daripada

234 orang pelajar yang merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan

mekanikal di UTHM. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan

instrumen soal selidik dan data yang dikumpulkan telah di analisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira

nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penerapan elemen

kemahiran keusahawanan adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5956 dan

tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan juga

sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5230 serta tahap penguasaan pelajar juga

adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.4934. Secara keseluruhannya tahap

penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar

adalah di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penerapan, kesedaran dan

penguasaan elemen kemahiran keusahawanan boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih

tinggi lagi dengan memberi lebih penekanan terhadap kemahiran keusahawanan bagi

mewujudkan kesedaran dan penguasaan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Page 3: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

vi

ABSTRACT

Entrepreneurship skills are some of the important skills in soft skills to be owned by

students either from the low education or higher education level. This study was

intended to determine how far the adoption of entrepreneurship skills through teaching

and learning activities among the students of mechanical engineering at the UTHM. The

objective of the study is to identify the level of adoption, the awareness and the mastery

entrepreneurship skills through teaching and learning activities among the students of

mechanical engineering at the UTHM. Respondents consisted of 234 students, which are

the final year students of bachelor degree in mechanical engineering at the UTHM. The

method of data collection is carried out by using the questionnaire instruments and the

collected data was analyzed by using the Statistical Package Social Science (SPSS)

software version 16.0 taking into account the mean score and percentage. The results of

the study found that the level adoption of elements of entrepreneurship skills is medium

with an overall mean score 2.5956 and the level of students' awareness of the application

of elements of entrepreneurship skills is also medium with the overall mean score

2.5230 as well as the level of mastery of the student is also a medium with an overall

mean score 2.4934. The overall level of adoption, awareness and mastery

entrepreneurship skills element among the students is in medium level. However, the

level adoption, awareness and mastery entrepreneurial skills element could be upgraded

to higher level by giving more emphasis on entrepreneurship skills in order to create

high awareness and mastery entrepreneurship skills among the students.

Page 4: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Penyataan masalah 8

1.4 Tujuan kajian 8

1.5 Objektif kajian 9

1.6 Persoalan kajian 9

1.7 Kepentingan kajian 9

1.8 Skop kajian 11

1.9 Batasan kajian 11

1.10 Kerangka teori 12

1.11 Kerangka konsep 14

1.12 Definisi istilah 15

1.13 Rumusan 17

Page 5: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Teori keusahawanan 18

2.1.1 Pendekatan ekonomi 18

2.1.2 Pendekatan sosiologi 20

2.1.3 Pendekatan psikologi 21

2.1.4 Pendekatan islam 23

2.2 Usahawan 24

2.3 Keusahawanan 25

2.4 Kemahiran insaniah 26

2.5 Kepentingan kemahiran insaniah 27

2.6 Kemahiran keusahawanan 29

2.7 Kepentingan kemahiran keusahawanan 31

2.8 Penerapan kemahiran keusahawanan

dalam kalangan pelajar 33

2.9 Kesedaran kemahiran keusahawanan

dalam kalangan pelajar 37

2.10 Penguasaan kemahiran keusahawanan

dalam kalangan pelajar 39

2.11 Pendidikan keusahawanan 42

2.12 Rumusan 45

BAB 3 METODOLOGI 46

3.1 Pengenalan 46

3.2 Reka bentuk kajian 46

3.3 Populasi dan sampel kajian 47

3.4 Lokasi kajian 48

3.5 Instrumen Kajian 48

3.6 Borang soal selidik 49

3.7 Kerangka operasi 51

3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan 53

3.9 Analisis kajian 54

3.10 Rumusan 56

Page 6: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

ix

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 57

4.1 Pengenalan 57

4.2 Analisis kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik 57

4.3 Demografi responden 59

4.3.1 Taburan responden berdasarkan bangsa 59

4.3.2 Taburan responden berdasarkan peringkat umur 60

4.3.3 Taburan responden berdasarkan jantina 60

4. 4 Dapatan kajian 61

4.4.1 Analisis kaji selidik 61

4.4.2 Persoalan kajian 1 62

4.4.3 Persoalan kajian 2 69

4.4.4 Persoalan kajian 3 75

4.4.5 Dapatan keseluruhan 82

4.5 Rumusan 83

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan dapatan kajian 85

5.2.1 Penerapan elemen kemahiran keusahawanan

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 85

5.2.2 Kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen

kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran 88

5.2.3 Persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan

elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 90

5.3 Kesimpulan 93

5.4 Cadangan 95

5.5 Cadangan kajian lanjutan 98

5.6 Penutup 98

RUJUKAN 100

LAMPIRAN 109

Page 7: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

x

SENARAI JADUAL

3.1 Bahagian-bahagian dalam set soal selidik 50

3.2 Skala Likert 50

3.3 Pecahan-pecahan item mengikut elemen

kemahiran keusahawanan 54

3.4 Analisis Skala Likert 55

4.1 Nilai Alpha Cronbach bagi setiap bahagian soal selidik 58

4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 59

4.3 Taburan responden berdasarkan peringkat umur 60

4.4 Taburan responden berdasarkan jantina 60

4.5 Julat skor min dan tafsiran 62

4.6 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan

mengenal pasti peluang perniagaan menerusi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran 63

4.7 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan

merangka perancangan perniagaan menerusi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran 64

4.8 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan membina,

meneroka dan merebut peluang perniagaan dan

pekerjaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 66

4.9 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan untuk

bekerja sendiri menerusi aktiviti pengajaran

dan pembelajaran 67

4.10 Min keseluruhan dan tahap penerapan elemen

kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran 68

4.11 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan

Page 8: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

xi

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 70

4.12 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 71

4.13 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut

peluang perniagaan dan pekerjaan menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran 72

4.14 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan untuk bekerja sendirimenerusi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran 74

4.15 Dapatan keseluruhan min dan tahap kesedaran pelajar

terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 75

4.16 Min dan tahap penguasaanpelajar terhadap elemen

kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 76

4.17 Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 78

4.18 Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut

peluang dan pekerjaan perniagaanmenerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran 79

4.19 Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan

elemen kebolehan untuk bekerja sendirimenerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran 80

4.20 Dapatan keseluruhan min dan tahap penguasaan

pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran

keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran

dan pembelajaran 82

Page 9: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

xii

4.21 Min dan tahap bagi keseluruhan dapatan kajian 82

Page 10: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka teori 13

1.2 Kerangka konsep 15

3.1 Kerangka operasi 52

Page 11: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Jadual penentuan saiz sampel (Morgan Table)

B Surat kebenaran menjalankan kajian

C Borang soal selidik

D Kesahan instrumen kajian (Pengesahan pakar)

E Kebolehpercayaan instrumen kajian (Keputusan kajian rintis)

F Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 1)

G Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 2)

H Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 3)

Page 12: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai reformasi sejak zaman selepas

merdeka sehingga kini. Perubahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk

memperbaiki sistem pendidikan sedia ada supaya sesuai dan selari dengan keperluan

semasa di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia. Ini adalah

bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan

menyediakan pendidikan di negara ini bertaraf dunia (Yusoff, et. al 1999). Pendidikan

merupakan industri berjuta ringgit dan ianya amat penting bagi memajukan sesebuah

negara. Ianya menentukan masa hadapan negara terutamanya pendidikan kejuruteraan

atau teknikal apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju berlandaskan

perindustrian seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Abd. Aziz dan

Muhammad, 2007).

Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan ke arah mencapai Wawasan

2020. Pada tahun 2006, Rancangan Malaysia kesembilan (RMke-9) telah dilancarkan.

Antara agenda RMK ke-9 termasuk merangka strategi untuk membangunkan

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian generasi kedua (MPPB2) dalam usaha

membangunkan usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mantap (Othman et

Page 13: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

2

al,. 2009). Pendidikan keusahawanan di Malaysia dilaksanakan sebagai salah satu

strategi melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) dengan tujuan

untuk menambah bilangan sumber manusia mahir, berkebolehan membangunkan inovasi

dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat

perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020 (Buang dan Mohd Yasin, 2008).

Isu keusahawanan telah mula berkembang di Malaysia selepas pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Matlamat DEB adalah untuk

mengurangkan dan membasmi kemiskinan, serta mempercepatkan proses penyusunan

semula masyarakat Malaysia supaya ketidakseimbangan ekonomi dapat diperbetulkan.

Salah satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB adalah mewujudkan satu

masyarakat perdagangan dan perusahaan bumiputera yang berdaya maju. Bidang

keusahawanan adalah satu bidang penting bagi sesebuah negara kerana melaluinya

budaya makan gaji dapat dikikis di kalangan rakyat, sebaliknya budaya mencipta

pekerjaan sendiri dapat dipupuk (Judeh dan Rahim, 2011).

Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang

bergantung kepada kerajaan kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan

menyarankan agar masyarakat membuat kerja sendiri dengan tidak mengharapkan

bantuan orang lain untuk menyara diri dan keluarga. Ini bermaksud kerajaan secara tidak

langsung telah menggalakkan masyarakat untuk berniaga dan menjadi usahawan.

Dengan adanya usahawan dalam bidang perniagaan dapat menambahkan peluang

pekerjaan kepada rakyat Malaysia, maka budaya makan gaji dapat dikurangkan dengan

kewujudan usahawan dalam pasaran pekerjaan (Nasharudin dan Harun, 2010).

Di Malaysia, kerajaan telah mengenal pasti bidang keusahawanan sebagai salah

satu faktor yang paling signifikan di dalam proses perkembangan dan pembangunan

ekonominya. Ini dibuktikan dengan penubuhan Kementerian Pembangunan

Keusahawanan (KPUn) pada tahun 1995 yang sekarang ini dikenali sebagai

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebagai kementerian yang

bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan di Malaysia (Deraman et al.,

2005 ). Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk bidang pembangunan

dan penyelidikan bermatlamat melahirkan graduan-graduan yang benar-benar berkualiti

dan berdaya saing, menggalakkan ramai graduan untuk menceburi kursus-kursus

Page 14: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

3

keusahawanan yang ditawarkan oleh kerajaan dan membaikpulihkan sistem pendidikan

dengan memasukkan nilai-nilai pembangunan modal insan bagi setiap bidang (Abdul

Aziz et al., 2011).

Untuk menjadi seorang usahawan, seseorang individu itu perlu tahu ciri

usahawan yang efektif dan efisien sebelum menceburi bidang perniagaan dan

keusahawanan. Seseorang usahawan muncul bukan kerana memiliki ciri-ciri personaliti

semula jadi atau dilahirkan, tetapi kerana pelbagai faktor lain dan boleh dilatih (Lope

Pihie dan Elias, 1998). Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan kunci kepada peningkatan pelajar

dalam prestasi akademik. Pemilihan strategi yang sesuai lagi berkesan mampu

membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran serta memberikan maklum balas

yang positif dalam proses pembelajaran. Bagi menentukan keberkesanan sesuatu strategi

pengajaran, seseorang guru perlu mengenal pasti keupayaan dan keperluan pelajar dalam

menerima isu pengajaran yang disampaikan (Judeh dan Rahim, 2011).

Oleh itu, penerapan kemahiran keusahawanan perlu dilaksanakan supaya pelajar

di institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat membuka perniagaan sendiri selepas tamat

pengajian. Pelajar merupakan golongan yang diharapkan dapat mencorak negara pada

masa hadapan. Mereka mempunyai pelbagai kepakaran daripada segi ilmu pengetahuan

yang dipelajari di peringkat tinggi dan ilmu tersebut sangat berguna jika dapat

disalurkan ke arah yang betul dan boleh dimanfaatkan oleh generasi lain. Galakan perlu

diberikan kepada pelajar ke arah keusahawanan kerana golongan ini berpotensi menjadi

usahawan yang berjaya. Pendedahan perlu diberikan kepada pelajar untuk menceburi

bidang keusahawanan. Sikap, minat dan persepsi mereka terhadap kerjaya

keusahawanan harus diperbetul agar keusahawanan dipilih sebagai salah satu peluang

pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian (Nasharudin dan Harun, 2010).

Page 15: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

4

1.2 Latar belakang masalah

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan landasan utama dan medan untuk

melahirkan tenaga kerja yang produktif dan profesional bagi menggerakkan segala

mekanisme dan jentera pembangunan yang digarap oleh teraju kepimpinan kita. Dengan

kata lain, institusi ini menyediakan pekerja yang berkemahiran dan profesional untuk

menggerakkan agenda pembangunan negara. Walau bagaimanapun, penyediaan

siswazah untuk alam pekerjaan bergantung kepada kurikulum di Intitusi Pengajian

Tinggi (Pandian et al, 2009)

Dewasa ini, kadar pengangguran siswazah yang berkelulusan tinggi tempatan

semakin meningkat. Pelbagai pihak mula mempersoalkan kualiti pendidikan di negara

ini memandangkan sejumlah besar siswazah tempatan menjadi penganggur. Ramai yang

menyalahkan siswazah sendiri dan ramai juga yang menyalahkan pihak universiti yang

dikatakan tidak menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan kehendak majikan.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009,

mendapati jumlah siswazah menganggur sebanyak 63,000 siswazah gagal mendapat

pekerjaan. Manakala berdasarkan perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi, pada

tahun 2010 sahaja seramai 37,910 pelajar telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran

dalam bidang kejuruteraan di IPTA. Manakala, pada tahun yang sama juga iaitu 2010,

seramai 108,428 pelajar yang sedang mengikuti bidang kejuruteraan dan seramai 23,269

orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Ini bermakna pada tiap-

tiap tahun hanya untuk jurusan kejuruteraan sahaja, hampir 20 ribu orang pelajar

terpaksa merebut peluang yang semakin terhad.

Menurut Mohd (2008), memiliki keterampilan akademik semata-mata masih

tidak menjamin seseorang graduan mendapat pekerjaan akibat dari persaingan sengit di

dunia pasaran kerjaya hari ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan

pencapaian akademik sebagai kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan

penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di kalangan graduan sebagai kriteria

pemilihan bakal pekerjanya. Berdasarkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah

(2006), antara kelemahan graduan termasuklah tidak keterampilan dan tidak memiliki

Page 16: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

5

kemahiran, khususnya kemahiran generik sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di

samping pasaran kerja yang kompetitif.

Kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang

melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti

nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran

berterusan. Berdasarkan modul tersebut, terdapat 7 kemahiran generik yang menjadi

rujukan kepada IPT di Malaysia iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral

professional dan kemahiran kepimpinan.

Antara kemahiran generik yang menjadi rujukan IPT di Malaysia adalah

kemahiran keusahawanan. Menurut Deraman et al. (2007), keusahawanan merupakan

satu bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara.

Keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada

pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan masyarakat yang mempunyai paling ramai

usahawan dianggap masyarakat yang paling baik. Dari segi ekonomi, bidang

keusahawanan dikatakan menjadi penyelesai kepada banyak masalah terutamanya

menjadi penyumbang kepada pekerjaan atau sebagai salah satu instrumen dalam

menyelesaikan masalah pengangguran (Hashim dan Radio, 2011). Tidak dapat

disangsikan bahawa keusahawanan memainkan peranan yang amat kritikal dalam

ekonomi dunia dimana keusahawanan merupakan daya penggerak kepada pertumbuhan

ekonomi dan mencipta peluang kerja. Ini dibuktikan apabila Modul Kemahiran Insaniah

(2006) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk pelajar-pelajar Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara ini mengambil kira aspek keusahawan sebagai

salah satu aspek kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh para graduan (Mohd

Hamzah, 2010).

Selain itu, antara sebab utama bidang keusahawanan diberi perhatian dan

dititikberatkan oleh kerajaan adalah kerana keusahawanan dilihat antara cara menangani

isu pengangguran. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani

isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat

yang berdaya saing. Menurut A. Malek (2009), isu pengangguran dalam kalangan

Page 17: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

6

graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada negara. Masalah

pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu graduan setiap

tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan tidak dapat

digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Bagi mengatasi masalah

ini, graduan perlu didedahkan dengan pendidikan keusahawanan ketika di institut

pengajian tinggi lagi. Ini bertujuan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi dunia

pekerjaan kelak. Pendidikan keusahawanan telah diintegrasikan dalam sistem

pendidikan dan meninggalkan kesan positif terhadap pelajar. Didapati bahawa

pendidikan keusahawanan telah berjaya menimbulkan kesedaran dan mengubah sikap

serta persepsi pelajar kepada lebih positif terhadap bidang keusahawanan (Chum et al.,

2010).

Setiap tahun ramai pelajar yang keluar dari institusi pengajian tidak kira dari

universiti atau kolej awam dan swasta, institut kemahiran mahupun pusat-pusat latihan.

Sudah pasti bilangan yang begitu ramai ini akan mencari pekerjaan dan bukan semua di

kalangan mereka mendapat pekerjaan. Ini kerana kerja yang ada dengan bilangan

pemohon tidak sama banyak. Bagi mereka yang bertegas untuk bekerja makan gaji,

mereka mungkin terpaksa menganggur dalam suatu jangka masa tertentu. Keinginan

kuat untuk makan gaji mungkin berpunca daripada cara didikan. Anak-anak disuruh

belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan lulus dengan pangkat terbaik, kemudian

mencari kerja dengan gaji yang lumayan. Keinginan makan gaji di kalangan lepasan

pelajar institusi pengajian ini amat membimbangkan sehingga pada setiap tahun kadar

pengangguran meningkat. Ini terjadi adalah disebabkan oleh tahap kesedaran yang

rendah di kalangan graduan dan ibu bapa terhadap aspek dan pendidikan keusahawanan

yang merupakan alternatif penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan

graduan (Mohd. Noor dan A.Rahim, 2011).

Menurut Abu (2003), mentaliti masyarakat kita jarang sekali menggalakkan

anak-anak menjadi majikan kerana tahap pengambilan risiko pada diri kita adalah

rendah. Seseorang yang telah menghabiskan pengajian dari institusi pengajian hendaklah

digalakkan untuk bekerja sendiri atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kerana

bidang keusahawanan menawarkan peluang kerja yang cukup luas pada masa ini. Oleh

itu, aspek keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang amat tepat dalam melahirkan

Page 18: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

7

murid yang berjiwa kental, kompetitif, inovasi dan kreatif serta seterusnya mampu

bersaing di pasaran global apabila mereka ini mula memasuki pasaran kerja (Mohd

Hamzah, 2010).

Penerapan nilai keusahawanan dan perubahan minda perlu dilaksanakan supaya

pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat membuka perniagaan sendiri selepas

tamat pengajian. Di bawah RMKe-9, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk

pembangunan keusahawanan dalam Program Pembangunan Belia. Dengan peruntukan

yang diberikan, maka golongan belia perlu merebut peluang untuk membuka perniagaan

sendiri terutamanya pelajar di peringkat IPT di mana mereka perlu diberi pendedahan

dari awal lagi dalam bidang keusahawanan dengan memulakan perniagaan secara kecil-

kecilan di kampus supaya pelajar dapat mempelajari dan mendalami dunia perniagaan

(RMKe-9).

Menurut Nasharudin dan Harun (2010), untuk melahirkan para pelajar yang

berkebolehan, matang dan mampu menjalankan sesuatu perniagaan, peranan guru dan

pentadbir sekolah amat penting. Guru-guru sewajarnya memainkan peranan penting

dalam menyampaikan isi pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang

berkesan seperti kemahiran berfikir, persembahan lisan, kemahiran diagnostic, kerja

kumpulan, kajian kes, penyelesaian masalah, perbincangan, simulasi, main peranan dan

kaedah arahan kendiri (individual instruction method). Semua teknik pengajaran tersebut

amat berkesan kerana ia dapat melibatkan pelajar serta dapat mencungkil bakat

kepimpinan yang ada pada mereka. Ia juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih

berani, kreatif dan inovatif.

Walau apapun bentuk program yang dilaksanakan untuk menerapkan konsep

keusahawanan sama ada diperingkat sekolah, lepasan sekolah, kelulusan institusi

pengajian tinggi dan juga untuk usahawan-usahawan sedia ada, penilaian perlu

dilakukan bagi melihat keberkesanannya.Guru-guru atau pendidik harus memainkan

peranan penting dalam memberi pendedahan awal dan galakkan serta dorongan kepada

pelajar dalam keusahawanan.

Page 19: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

8

1.3 Penyataan masalah

Isu pengangguran dikalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada

Negara. Antara sebab berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan graduan

adalah disebabkan oleh kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di

kalangan graduan. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani

isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat

yang berdaya saing.

Pendedahan kepada keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar supaya mereka

dapat menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan mengikut

profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Penerapan kemahiran

keusahawanan dalam pembelajaran amat penting dan tidak boleh bergantung kepada

silibus sahaja. Pendidik perlu memainkan peranan penting untuk menerapkan kemahiran

keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penerapan kemahiran

keusahawanan dapat mewujudkan budaya keusahawanan dan dapat memberikan

kesedaran, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada pelajar.

Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan satu penyelidikan untuk melihat

sejauhmana tahap penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Oleh yang

demikian, pengkaji ingin mengenalpasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan

pelajar terhadap elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran

keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar

kejuruteraan mekanikal di UTHM.

Page 20: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

9

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran

keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran

keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini ialah:

i. Apakah tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran?

ii. Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran

keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

iii. Apakah persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran

keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

1.7 Kepentingan kajian

Melalui kajian ini dapat memberi maklumbalas mengenai pelajar Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) yang mengikuti kursus kejuruteraan terhadap penerapan,

kesedaran dan penguasaan elemen kemahiran keusahawanan pelajar yang merupakan

Page 21: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

10

salah satu daripada elemen kemahiran insaniah yang dititikberatkan oleh pihak KPT.

Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada kepada pihak-pihak tertentu

seperti pihak universiti, KPT dan pelajar.

i. Universiti

Menjadi panduan kepada pihak universiti untuk mengenalpasti tahap penerapan,

kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran keushawanan yang

dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini diharap

memberi maklum balas kepada pihak universiti khususnya Fakulti Kejuruteraan

Mekanikal dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti.

ii. Kementerian Pengajian Tinggi

Memberi gambaran kepada pihak KPT mengenai tahap kemahiran keusahawanan

dikalangan pelajar kursus kejuruteraan. Pihak KPT juga dapat merancang srategi

untuk menambahbaik perancangan sedia ada untuk dilaksanakan di peringkat

IPT.

iii. Pensyarah

Hasil kajian diharap mampu membekalkan hasil penyelidikan kepada pensyarah

khasnya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam merancang strategi yang terbaik

untuk menerapkan elemen kemahiran keusahawanan kepada pelajar menerusi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv. Pelajar

Dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran

keusahawanan yang merupakan salah satu daripada kemahiran insaniah yang

amat diperlukan oleh semua pelajar. Selain itu, ia dapat membentuk pelajar

dalam memastikan mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahiran

keusahawanan di samping mengimbangkannya dengan kemahiran dan

pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 22: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

11

1.8 Skop kajian

Tumpuan kajian ini ialah terhadap penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan

pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Kajian ini hanya

tertumpu kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM iaitu pelajar tahun akhir

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini hanya memfokuskan kepada

kemahiran keusahawanan yang merupakan salah satu daripada tujuh kemahiran yang di

tetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam kemahiran insaniah dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran menjadi medium untuk mengukur kemahiran

keusahawanan di kalangan pelajar. Elemen kemahiran keusahawanan terbahagi kepada

empat bahagian iaitu kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan

merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, kebolehan membina, meneroka

dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan, dan kebolehan untuk bekerja sendiri.

1.9 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan bagi kajian yang dijalankan. Batasan tersebut adalah seperti

berikut :

(i) Kajian hanya tertumpu kepada pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan iaitu

pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM sahaja.

Ia tidak melibatkan keseluruhan kursus di UTHM.

(ii) Dapatan kajian mungkin tidak dapat digeneralisasikan untuk semua pelajar tahun

akhir di UTHM. Ia hanya merujuk kepada pelajar tahun akhir ijazah sarjana

muda kejuruteraan mekanikal sahaja dan bergantung sepenuhnya kepada

ketepatan maklum balas responden terhadap soal selidik yang diedarkan.

Page 23: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

12

(iii) Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini,

segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui

soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada

kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal

selidik.

1.10 Kerangka teori

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kerangka kajian seperti dalam Rajah 1.1.

Pengkaji menggunakan teori ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kolb (1984). Teori ini

turut digunakan dalam berbagai bidang kajian seperti Yusof et al., (2005), Othman et al.,

(2003), Othman et al., (2008), Yahaya dan Abd Majid., (2010) mengenai keusahawanan,

kemahiran insaniah, pendidikan perakaunan dan gaya pembelajaran. Kolb (1984)

menjelaskan bahawa pembelajaran dianggap sebagai proses yang holistik dan tidak ada

titik hujungnya. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelasnya cara-cara

bagaimana pengetahuan diperolehi dan dicipta melalui interaksi seseorang itu dengan

persekitarannya.

Teori pembelajaran Kolb meliputi empat fasa utama iaitu pengalaman sebenar

(concrete experience), pemerhatian dan reflektif (observation and reflection),

pembentukan konsep yang abstrak (formation of abstract concepts) dan eksperimentasi

aktif. Empat fasa ini berada dalam satu kitaran, setiap fasa menjurus kepada perlakuan

yang berbeza yang bertujuan menggalakkan pelajar mempelajari cara untuk belajar

(learning to learn), penghargaan kepada ilmu, peningkatan kemahiran dan kreativiti.

Teori Kolb dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 1.1.

Kolb menerangkan dimensi pertama pada paksi menegak ialah dimensi

menerima maklumat secara pengalaman konkrit dengan merasai (feeling) atau

konseptual abstrak iaitu secara berfikir pada paksi yang bertentangan. Pengalaman

konkrit bermaksud pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung

Page 24: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

13

sementara konseptual abstrak adalah secara pemahaman konsep. Dimensi kedua ialah

keupayaan memproses maklumat pada dua paksi iaitu sama ada secara pemerhatian

reflektif iaitu memerhati atau secara eksperimentasi aktif iaitu dengan melakukan.

Pelajar memproses maklumat sama ada dengan refleksi secara sengaja atau secara

melakukan sesuatu iaitu eksperimentasi aktif. Proses pembelajaran melibatkan konflik

antara cara yang bertentangan di mana individu menerima maklumat iaitu antara

pengalaman konkrit dan konseptual abstrak dan cara maklumat diproses antara

pemerhatian reflektif dan eksperimentasi aktif.

Rajah 1.1: Kerangka Teori

Adaptasi daripada Othman et al,. (2003) dan Kolb (1984)

Melalui empat fasa teori pembelajaran Kolb, penerapan kemahiran

keusahawanan boleh dilakukan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teori

Kolb menyatakan pembelajaran bermula dari pengalaman konkrit yang dialami oleh

seseorang. Melalui fasa pengalaman konkrit penerapan kemahiran keusahawanan dapat

Pengalaman Konkrit

Pemerhatian &

Reflektif

Konseptual Abstrak

Eksperimentasi

Aktif

Elemen Keusahawanan

i. Kebolehan mengenal pasti peluang

perniagaan.

ii. Kebolehan merangka

perancangan perniagaan.

iii. Kebolehan membina, meneroka dan

merebut peluang perniagaan dan

pekerjaan.

iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

Dimensi Hasil

Dimensi

Proses

Page 25: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

14

dilakukan terhadap pelajar jika pensyarah sentiasa mendedahkan pelajar secara langsung

dalam aktiviti perniagaan. Melalui fasa konseptual abstrak pelajar sedar mengenai

konsep kemahiran keusahawanan jika diberitahu tentang konsep dan teori kemahiran

keusahawanan dan perniagaan pada fasa konseptual abstrak. Pada fasa pemerhatian

reflektif, pelajar sedar jika selalu didedahkan dengan lawatan berkenaan bidang

keusahawanan yang boleh diceburi seperti memberi pendedahan kerjaya keusahawanan,

lawatan keusahawanan dan sebagainya. Manakala pada fasa eksperimen aktif, pelajar

menguasai bidang keusahawanan jika didedahkan secara langsung dalam aktiviti yang

melibatkan bidang perniagaan.

1.11 Kerangka konsep

Kerangka konsep seperti rajah dibawah merupakan asas kajian bagi pengkaji dalam

melaksanakan kajian ini. Kerangka konsep ini dibina bagi mengkaji kemahiran

keusahawan dibentuk menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran

keusahawanan dibentuk apabila terdapat penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap

elemen kemahiran keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

kalangan pelajar. Elemen kemahiran keusahawanan yang dikaji oleh pengkaji adalah

berdasarkan elemen kemahiran keusahawanan dari modul pembangunan kemahiran

insaniah untuk institusi pengajian tinggi yang diterbitkan oleh kementerian pengajian

tinggi malaysia (2006) yang merangkumi empat elemen. Rajah 1.2 menunjukkan

kerangka konsep bagi kajian ini.

Page 26: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

15

Rajah 1.2: Kerangka konsep

1.12 Definisi istilah

Definisi istilah digunakan bagi memperjelaskan maksud atau istilah yang terdapat dalam

kajian. Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut.

i. Penerapan

Menurut Kamus Dewan (2002), penerapan bermaksud perbuatan seperti

menerapkan, mengenakan pada, menyerapkan kepada, perbuatan atau

mempraktikkan. Dalam kajian ini, penerapan ialah usaha yang dijalankan oleh

pensyarah untuk menyerapkan elemen kemahiran keusahawanan dalam

pengajaran kepada pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Input

Proses

Output

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

i. Mengenal pasti peluang perniagaan.

ii. Kebolehan merangka perancangan

perniagaan.

iii. Kebolehan membina, meneroka dan

merebut peluang perniagaan dan

pekerjaan.

iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

Pelajar Tahun Akhir Bidang

Kejuruteraan Mekanikal

Kemahiran Keusahawanan

i. Penerapan

ii. Kesedaran

iii. Penguasaan

Page 27: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

16

ii. Kemahiran

Menurut Bujang, (2006), kemahiran ialah keupayaan untuk mempersembahkan

aktiviti mental dan fizikal di mana ia boleh dikembangkan melalui latihan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kemahiran bertujuan untuk

melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat, dan negara. Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk

kepada penguasaan pelajar terhadap elemen kemahiran keusahawanan.

iii. Kemahiran Insaniah

Berdasarkan modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian

Tinggi, kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang

melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik

seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan

pembelajaran berterusan. Dalam konteks kajian, kemahiran insaniah yang

digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan modul pembangunan kemahiran

insaniah yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk IPT pada

tahun 2006.

iv. Kemahiran Keusahawanan

Kemahiran Keusahawanan merupakan minat dan keupayaan untuk meneroka

peluang dan membangunkan kesedaran terhadap risiko (risk awareness),

kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.

Kegiatan keusahawanan merupakan satu proses memupuk dan melahirkan

pelajar dengan budaya berniaga (KPT, 2006). Dalam konteks kajian ini, pengkaji

merujuk elemen kemahiran keusahawanan berdasarkan modul pembangunan

kemahiran insaniah yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada

tahun 2006.

Page 28: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

17

v. Kejuruteraan

Menurut Kamus Dewan (2002), jurutera adalah orang yang terlatih dalam

mereka, membuat dan menggunakan jentera dalam bidang awam, elektrik atau

jentera. Kejuruteraan adalah kepandaian atau kepakaran dalam perbuatan mereka

atau membuat jentera seperti jambatan, bangunan bagi jurusan awam. Dalam

konteks kajian ini, kejuruteraan merujuk kepada kursus kejuruteraan mekanikal

di UTHM.

vi. Pengajaran

Menurut Mok (2003), pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti

yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah

dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya

dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Dalam konteks kajian ini,

pengajaran merujuk kepada pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penyeliaan guru atau pendidik.

1.13 Rumusan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan mengenai pengenalan, latar belakang

masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,

batasan kajian, teori kajian dan konsep kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Seterusnya, Bab Dua akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan kajian literatur

untuk menyokong kajian ini.

Page 29: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Teori keusahawanan

Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang

konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin. Secara amnya, teori keusahawanan

boleh dikelompokkan kepada empat kategori iaitu:

2.1.1 Pendekatan ekonomi

Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan.

Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti

keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang

perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya. Usahawan adalah

sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.

Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar

kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.

Antara tokoh yang memperkenalkan teori keusahawanan adalah Shumpeter.

(1934). Beliau adalah antara ahli ekonomi yang banyak memberi sumbangan

Page 30: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

19

dalam kajian keusahawanan. Teori keusahawanan yang diperkenalkan oleh Shumpeter

melihat inovasi sebagai teras keusahawanan. Pengertian inovasi yang dimaksudkan oleh

Shumpeter ini merangkumi semua kegiatan yang membawa kepada satu pembaharuan

termasuklah pengenalan kapada proses teknologi baru. Beliau melihat seorang usahawan

sebagai pencetus inovasi yang tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada dalam

suasasana statik. Shumpeter membincangkan soal keseimbangan dimana beliau

menimbulkan persoalan siapakah dan apakah yang menyebabkan keseimbangan berlaku

dalam ekonomi. Beliau mengaitkan keadaan ini dengan tindakan usahawan melalui daya

inovasinya. Tindakan usahawan diibaratkan sebagai tindakan membina. Dengan kata

lain, seorang usahawan ialah seorang pemimpin perniagaan, mempunyai keupayaan dari

segi fikiran dan mempunyai kemahuan untuk mengatasi cara berfikir yang kolot serta

berkemampuan pula untuk menangkis tentangan sosial.

Kirzner (1973) merupakan antara tokoh yang memperkenalkan teori

keusahawanan di dalam bidang keusahawanan. Beliau melihat usahawan adalah

seseorang yang peka kepada peluang keuntungan. Keuntungan merupakan pendorong

kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Menurut beliau,

usahawan merupakan orang tengah antara pembekal dan pelanggan yang memperoleh

faedah daripada urusan pertukaran. Dia tidak perlu memiliki sumber-sumber, tetapi

memainkan peranan maklumat yang membolehkannya memperoleh untung melalui

proses pertukaran. Kirzner juga mengkaitkan keusahawanan dengan soal ketidaktentuan

atau 'uncertainty'. Beliau cuba menerangkan elemen keuntungan yang terdapat di dalam

kegiatan ekonomi. Menurut Kirzner, seorang usahawan itu adalah berperanan sebagai

orang tengah iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.

Secara ringkasnya, Kirzner melihat usahawan sebagai orang tengah yang menanggung

risiko ketidaktentuan yang bermaksud orang tengah membeli dengan harga yang lebih

murah dan kemudiannya menjual dengan harga yang lebih mahal dengan melepasi kos-

sos yang terlibat dan sekiranya perniagaan tersebut laku usahawan tersebut akan

mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut.

Selain itu, tokoh yang memperkenalkan teori keusahawanan adalah Marshall,

(1946). Beliau merupakan ahli ekonomi yang berbangsa Inggeris. Ahli ekonomi ini

mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses evolusi iaitu hayat sesebuah

Page 31: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

20

perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Marshall menyebut

tentang ahli perniagaan dan bagaimana perniagaan berkembang melalui proses masa

iaitu dari perniagaan runcit hingga syarikat perniagaan yang menjalankan beberapa

aktiviti perniagaan. Hayat sesebuah perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya

meninggal dunia. Perniagaan yang mati ini akan digantikan oleh perniagaan baru yang

dimulakan oleh ahli-ahli perniagaan yang lain. Di dalam teori keusahawanan Marshall,

beliau menerangkan tentang hayat sesebuat perniagaan yang terlalu bergantung kepada

syarikat induk dan syarikat induk akan hilang apabila pemiliknya meninggal dunia.

Ketiadaan pemilik akan menimbulkan soal pengganti bagi meneruskan dan juga soal

perebutan dan pembahagian harta di antara warisnya. Proses hayat sesebuah perniagaan

dari awal pembangunannya hinggalah ke peringkat luput dianggap sebagai satu proses

evolusi.

2.1.2 Pendekatan sosiologi

Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh mempengaruhi kemunculan

seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model peranan,

galakan masyarakat, pengalaman dan latar belakang pendidikan.

Hagen, (1962) menegemukakan satu teori bahawa proses melahirkan usahawan

akan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati dalam sesebuah

masyarakat. Usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati

dengan keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati ini

seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk mengatasi

masalah tersebut. Menurut beliau, usaha ini akan mengambil bentuk kegiatan ekonomi

dan penerokaan dalam perniagaan yang baharu.

Selain itu, Weber (1958) yang merupakan salah seorang tokoh sosiologi telah

menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan

landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa

kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran

Page 32: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

21

yang terdapat dalam agama Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan

golongan ini adalah disebabkan oleh pegangan yang kuat kepada agama menjadi

dorongan utama golongan Protestant untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi.

Gibb dan Ritchie, (1981) yang merupakan tokoh akademik telah mengemukakan

satu model keusahawanan yang di panggil model pembangunan sosial. Model ini

menyatakan proses yang dilalui serta perhubungan sosial yang dilakukan oleh sesorang

memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk

menceburkan diri dalam perniagaan. Langkah yang diambil akan memberi kesan yang

berbeza pada individu yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia

bergantung kepada kesungguhan, personaliti dan persiapan yang dilakukan sebelum

menceburi bidang keusahawanan.

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan

kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori

dan model yang dikemukakan. Berdasarkan huraian teori sosiologi menunjukkan

bahawa faktor-faktor sosial, situasi dan dorongan merupakan faktor yang mempengaruhi

kemunculan seseorang usahawan.

2.1.3 Pendekatan psikologi

Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti

seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus

kawalan dan kecenderungan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan

dengan bukan usahawan. Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih

cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan

keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti

tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.

Menurut McClelland (1961), teori keperluan kepada pencapaian atau „need for

achievement‟ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa

usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur

Page 33: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

22

sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan,

berdikari dan dominasi dari bapa. Teori McClelland (1961) menyatakan bahawa

keperluan pencapaian adalah satu kekuatan psikologikal disebalik tindakan manusia dan

telah di cadangkan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi gelagat keusahawanan.

Mengikut Teori McClelland, individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang

tinggi adalah mereka yang ingin menyelesaikan masalah sendiri, menetapkan sasaran,

dan berjuang mencapai sasaran melalui usaha sendiri. Teori ini mencadangkan bahawa

individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat selalu menjumpai jalan ke

arah keusahawanan dan lebih berjaya berbanding orang lain sebagai usahawan. Adalah

dipercayai bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi akan

mempunyai pencapaian yang lebih baik dan mempunyai keinginan yang kuat untuk

berjaya.

Menurut Vries (1977) dalam model yang diutarakannya iaitu model

psikodinamik, beliau menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang semasa

kecilnya tidak berpeluang untuk mendapat kemudahan-kemudahan tertentu

menyebabkan dalam keadaan yang tertekan ini mendorongnya untuk memberontak

dengan mencari satu alternatif bagi mengubah kehidupan mereka. Tekanan emosi ini

akan mendorong seseorang menjadi usahawan untuk mendapat kemudahan yang tidak

diperoleh. Bagi golongan ini keusahawanan merupakan bidang yang penting untuk

mengubah kehidupan masa depan yang lebih terjamin.

Menurut Rotter, (1966), usahawan mempunyai punca kawalan diri secara

dalaman. Belaiau menyatakan tentang faktor kejayaan adalah merujuk kepada peranan

personaliti. Beliau berpendapat bahawa individu mempunyai dua set personaliti yang

mengawal dirinya iaitu personaliti dalaman (internal) dan personaliti luaran (external).

Rotter mendatangkan andaian bahawa individu yang lebih kepada personaliti dalaman

adalah individu yang lebih cenderung untuk mencapai kecemerlangan berbanding dari

mereka yang mempunyai personaliti luaran. Bagi Rotter, personaliti dalaman berkait

dengan pembelajaran justeru mendorong dan menyokong kepada usaha untuk mencapai

kejayaan. Personaliti luaran pula meghalang pembelajaran dan menggalakkan individu

menjadi pasif.

Page 34: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

23

Berdasarkan keterangan daripada teori-teori diatas menunjukkan usahawan boleh

ditakrifkan dengan merujuk kepada aspek-aspek gelagat (behavior) serta ciri-ciri

peribadi dan personaliti seseorang. Contoh cara pengambilan risiko, punca kawalan diri,

kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dan sebagainya.

2.1.4 Pendekatan islam

Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah

di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang meliputi hidup di dunia dan di

akhirat. Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi

perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. Urusan

ekonomi dalam Islam merupakan perhubungan sosial yang mengandungi pelbagai

kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi.

Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang

dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:

i. Aqidah mestilah betul iaitu umat Islam percaya terhadap pegangan agama Islam.

ii. Niat mestilah betul iaitu melakukan aktiviti perniagaan yang betul tanpa unsur-

unsur penyelewengan.

iii. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam dan membawa feadah

kepada orang ramai. Contohnya mengeluarkan zakat atau bersedekah yang boleh

di manfaatkan masyarakat.

iv. Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai

v. Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus seperti sembahyang fardhu lima

waktu.

Page 35: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

24

2.2 Usahawan

Usahawan adalah merujuk kepada individu yang melibatkan diri dalam apa jua jenis

atau bidang perniagaan dan menggunakan kreativiti mereka dalam mengurus serta

menjayakan perniagaan tersebut selain memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang dapat

mendorong mereka untuk menerokai bidang keusahawanan seperti mempunyai daya

usaha untuk menceburi dunia perniagaan dan sanggup mengambil risiko. Aspek

keusahawanan melibatkan tugas-tugas seorang usahawan iaitu menanggung risiko dan

membuat pelaburan terhadap sumber-sumber untuk mengeluarkan sesuatu yang baru

atau pun membentuk pasaran dan cara baru terhadap sesuatu yang telah ada (Abu Bakar

et al,. 2007)

Menurut Yusuf, (1998) setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi

usahawan. Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah

kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan

kesungguhan bekerja untuk membantu, membangun dan memaksimumkan potensi diri

dengan menfaatkan peluang yang diperolehi. Menurut YB Dato‟ Seri Mohamed Khaled

Bin Nordin (2012), usahawan yang berpotensi ialah seseorang individu yang bukan

sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan

semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya.

Bidang keusahawanan melibatkan individu yang bergelar usahawan yang

bertindak sebagai pencetus kepada pertumbuhan ekonomi. Usahawan akan merangka

rancangan tindakan ke arah menggerak dan menggembleng tenaga manusia, modal dan

tanah dengan cekap bagi menghasilkan output yang tinggi. Usahawan juga akan sentiasa

berusaha mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan yang mempunyai potensi

utnuk dimajukan dan bersedia untuk menghadapi sebarang risiko dalam perniagaan

(Raja Yusof et al. 2002).

Berdasarkan McClelland (1961), beliau mendefinisikan usahawan sebagai

seorang yang mempunyai penguasaan keatas sejumlah alat pengeluaran dan

mengeluarkan sesuatu yang lebih daripada keperluannya sendiri, supaya dapat dijual

bakinya untuk memperolehi pendapatan. Menurutnya, usahawan mempunyai tahap

Page 36: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

100

RUJUKAN

A. Malek, M. A. N., (2009). Kesediaan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Tesis Sarjana.

Abd Aziz, M. S. dan Muhammad, M., (2007). Rekabentuk Kerangka Piawaian Nasional

Program Kejurulatihan Guru/Pensyarah TVET: Perspektif Iinstitusi Pengajian

Tinggi Di Malaysia.

Abdul Aziz, N. A., Ismail Saliyan, Mohammad, M. K. A., Mohamad Rofie, M. F.,

Jurisda Risno dan Umar, N. M. S., (2011). Keusahawanan Di Salah Sebuah

Institut Pendidikan Guru Sarawak.

Abdul Ghafar, M. N., (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti

Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N., (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Abd. Mutalif, S. A., (2003). Mengenal Pasti Tahap Motivasi Dan Kecenderungan

Terhadap Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Semester Akhir Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal: Satu Tinjauan Di Kuittho. Tesis Sarjana.

Abu, M. S., Kamsah, M. Z. dan Razzaly, W., (2008). Laporan Kajian Soal Selidik

Penerapan Kemahiran Insaniah (Ki) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti

Pengajaran & Pembelajaran Di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Abu Bakar, T. @ S., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H. dan Muktar, S. N., (2007).

Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor:

Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan

Pengendalian Perniagaan.

Ali, H., Ahmad, L., Ahmad, S. dan Ali, N., (2009). Keperluan, Kepentingan Dan

Sumbangan Perancangan Pendidikan Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia.

Volume 4, Number 1, 13-29, 2009.

Page 37: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

101

Alvarez, R. M. & Nagler, J. (2005). A Method for Weighting Survey Samples of Low-

Incidence Voter. Paper prepared for the 2005 Political Methodology Summer

Meeting, Tallahassee, Florida July, 2005.

Arsat, M. dan Rahimi, S. D., (2011). Kemahiran Generik Dalam Latihan Industri

Terhadap Pembentukan Kerjaya Jurutera Di Dyson Manufacturing Sdn Bhd.

Asimiran, S. dan Jusoh, R., (2008). Membangunkan Kemahiran Generik Usahawan

Malaysia (Kegum): Satu Kajian Kes Ke Atas Usahawan Makanan. Seminar

Kemahiran Keusahawanan.

Boon, Y. dan Abdol Aziz, A., (2010). Profil Keusahawanan Di kalangan Pelajar Tahun

Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik).

Buang, N. A. dan Mohd. Yassin, R., (2008). Kajian Keperluan Pendidikan

Keusahawanan Secara Formal Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan

dan Alam Bina dan Fakulti Pendidikan, UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan

& Alam Bina (PeKA2008).

Buang, N. A. (2006). Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA. Fakulti

Pendidikan, UKM.

Buang, N. A.. 2002. Asas keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Bujang, J. H., (2006), Kajian Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Tesis Sarjana.

Burn, R. B. (2000). Introduction Research Method. Edisi ke empat. Australia: Longman.

Che Hassan, S., Che Hassan, N. dan Buang, N. A., (2010). Penguasaan Kemahiran

Insaniah (Kemahiran Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di

Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher

Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November

2010.

Chum @ U. P., , Norasmah Othman dan Jamil Ahmad, 2010. Penilaian Program

Perintis Usahawan (Ppu) Di Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Penyelidikan

Siswazah UKM.

Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala

Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Page 38: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

102

Deraman, N., Mohamad, A., Bakar, H., Hashim, N. & Keat (2007). Keusahawanan:

Teori dan praktis. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.

Deraman, N., Zainuddin, N. Dan Hamdan, O., (2005). Kajian Tentang Ciri-Ciri

Personaliti Keusahawanan Di Kalangan Usahawan Bumiputra (Melayu)

Malaysia. Jurnal Manajemen & Bisnis Sriwijaya Vol. 3 No. 6 Desember 2005.

Esa, A, Mohd J. Yunus dan Mat Assain @ Hashim F, (2011). Penerapan Kemahiran

Insaniah Di Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan Dalam Tiga

Platform yang Berbeza. Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940 | Vol. 3 No.

2 October 2011.

Foxon, M., (1990). Using Simulations to Enhance Technical Training. Journal of

European Industrial Training. 14 (4):23-67.

Gibb, A. and Ritchie, J. (1981). Influence on Entrepreneurship - A Study Over Time,

in Bolton Ten Years On, Polytechnic of Central London

Goodwin, C. J. (2005). Research in Psychology: Method and Design. 4th

. Ed: John

Wiley & Sons.

Hagen, E., 1962. On The Theory Of Social Change: How Economic Growth Begins.

Illinois: Howewood.

Haron Husaini M., dan Ahmad, K. A., 2008. Kemahiran keusahawanan: Satu Kajian

Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah

dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-19 Ogos, 2008.

Hisrich, R. D., Peters, M. P. & Shephard D. A. (2008). Entrepreneurship (International

Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.

Husaini, M. H. dan Ahmad, K. A., (2008). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian

Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Prosiding SKIKS 2008.

Hussain, A, Azhari, C. H., Abdul Wahab, D., Ishak, N. dan Ariffin, S. R., (2005).

Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model

Tersebati. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005Hashim, S. dan

Mohammad, S. H., (2010) Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif

Guru. pp. 1-11. Universiti Teknologi Malaysia.

Page 39: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

103

Hashim, S. dan Md Yasin, R., (2011). Persepsi Pelajar 4 Sph Di Universiti Teknologi

Malaysia Terhadap Kesedaran Dalam Bidang Keusahawanan. Journal of

Educational Management, Volume 2 Jun 2011, Pages 119-135 / ISSN: 2231-

7341.

Hashim, S. dan Sidi, F. (2010). Persepsi Pelajar Semester Akhir 4 SPH Terhadap

Penerapan Kemahiran Keusahawanan. Fakuti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

Hashim, S. dan Radio, N., (2011). Ciri Personaliti Keusahawanan Pelajar Tahun 2 Sph

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Idris, N., (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

198-213.

Ishak, Z., Buang, N. A. dan Halim, L., (2010). Ciri-ciri Tahap Pemikiran Sains

keusahawanan dan Kesediaan Integrasi Pemikiran Sains Keusahawanan dalam

Proses Pengajaran Guru-Guru Sains di MRSM. Prosiding Seminar

Penyelididkan Siswazah UKM; jilid.1:4. Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.

Ismail, R., Idris, N. A., Mohd Saukani, M. N. dan Noorasiah, (2006). Daya Saing

Usahawan dan Syarikat Melayu dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan.

Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2006.

Ismail, A. dan Alias, Z., (2010). Pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) Melalui

Program Berasaskan Keusahawanan: Kajian Kes Terhadap Kumpulan

Inkubator Keusahawanan Di Politeknik Merlimau Melaka.

Jabor, M. K. dan Abd Hadi, A. F., (2011). Kecenderungan Pelajar Tahun Akhir Di

Institut Kemahiran Mara Terhadap Bidang Keusahawanan. Journal of

Educational Management, Volume 5 March 2012, Pages 16-33 / ISSN: 2231-

7341.

Judeh, M. A. dan Rahim, S. E., (2011). Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Melalui

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

Kamsah, M. Z., Abu, M. S. dan Razzaly, W., (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah

(Ki) Kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di IPTA.

Prosiding SKIKS 08.

Page 40: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

104

Kenyataan akhbar berita harian 05 Julai 2010. Mara Sasar 200 Pelajar Setiap Kolej

Pengurusannya Dapat Pengetahuan Asas.

Capaian: http://www.bharian.com.my/articles/Keusahawanan/Article/

Kirzner, I. (1973). Competition and Entrepreneurship. Chicago: University of Chicago

Press.

Konting, M. M.(1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and

Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Krejcie. R.V. and Morgan, D.W. (1970). Detemining sample size for research.

Educational and Psychological Measurements, 30,607-610

Kuratko, D. F. dan Hodgetts, R. M. 2004. Entrepreneurship: Theory, Process and

Practice. 6. Ohio: South Western.

Lim C. H., (2007). Penyelidikan Pendidikan: Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif.

Selangor: Mc Graw Hill Education.

Lope Pihie, Z. A.dan Elias, H., (1998). Keusahawanan dan Motivasi Diri. Serdang:

Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Mansor, M. F., Yahya ,I., Abd Rahim, M. S. dan Hussain, A., (2007). Penilaian

Kemahiran Insaniah Dalam Projek Tahun Akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Elektronik Dan Sistem UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina

2007.

Marshall, A. (1946). Principles of Economics. London, MacMillan.

Mat Safar, H. & Hasyim, F. (2007). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah

Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan. Jurnal Pendidikan, 2(2), 16-17.

Weber, M., (1958). The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism. New York:

Scribner's Press, 1958, pp. 47 - 78.

McClelland, D.C. (1961). The Achieving Society, Collier-Macmillan, New York, NY

and London.

Md Zain, S., Suja, F., Ahmad Basri, N. dan Basri, H. (2007). Penilaian Kemahiran

Insaniah Dalam Kursus Sistem Bioreaktor. Seminar Pendidikan Kejuruteraan

dan Alam Bina 2007.

Page 41: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

105

Md Din, A. G. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publications dan Distributors Sdn Bhd.

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi.

(2006) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2006.

Mohamed Said, N. H. dan Embong, N., (2011) Kajian tinjauan penerapan kemahiran

generik melalui penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir

Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM.

Mohamed, A., Mohd Isa, F. L. dan Shafii, H., (2007). Kemahiran Di Kalangan Graduan

Sebagai Kriteria Penting Pasaran Tenaga Kerja: Kajian Kes

Mohd Noor, N. dan Sahimin, S., (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Yayasan Sabah.

Mohd. Osman, M. H., (2007). Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan

Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan.

Mohd Hamzah, M. I., Ahmad, J. dan Alias R.,(2010). Perbandingan Keperluan Aspek

Keusahawanan Dengan Lain-Lain Aspek Kemahiran Generik Dalam Memenuhi

Pasaran Kerja Mengikut Persepsi Majikan Dan Pelajar Institusi Pengajian

Tinggi Swasta Di Malaysia.

Mohd Noor, N. dan Borhan, N., (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam

Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan, UTM.

Mustafa, M. Z., Buntat, Y., Mohd Salleh, K., Madar, A. R. dan Maznor, M., (2011).

Kompetensi Interpersonal Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Berdasarkan

Kepada Model Human Resource Development (Hrd) Practice Mclagan. ISSN:

1985-7012 Vol. 4 No. 2 July-December 2011.

Mohd. Noor, N. dan A. Rahim, N., (2011). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut

Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Mok, S. S. (2003) Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd,

Subangjaya

Page 42: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

106

Nasharudin, N. dan Harun, H., (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam

Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia

35(1)(2010): 11-17.

Othman, N., Anuarm A. dan Husin, M., (2009). Kekangan Dalam Menjalankan

Perniagaan Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 12 Jun/June 2009 (87 - 107)

Othman, N., Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Nazri, M. I. dan Tarmizi, R. A., (2003).

Aplikasi model kolb dalam program keusahawanan remaja. Jurnal Teknologi,

Universiti Teknologi Malaysia.

Othman, M., 2010. Pengajian Perniagaan 2 – Bab 2 Keusahawanan

Othman, N., Othman, N. H., Poo B. T. dan Ismail, R., (2012). Impak Globalisasi dan

Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar

Universiti. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1 (2012) 435 - 445 ISSN: 2231-962X

Othman, H., Mohd Salleh, B., Dawilah al-Edrus, S. M. dan Sulaiman, A, (2008).

Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Pbl Dan

Popbl) Bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar.

Pandian, A., Azman, H. dan Haroon H. A., (2009). Kurikulum universiti dan keperluan

untuk memperoleh pekerjaan. Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi;

13/2009. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), 2009.

Graduan Fakulti Kejuruteraan, Ukm. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan

Alam Bina 2007.

Raja Yusof, R. M., Devi, S., Din, J., Noordin, N. dan Saari, N., (2002). Ciri-ciri

Keusahawanan Dan Amalan Pengurusan Di Kalangan Pengurus-pengurus

Koperasi Di Malaysia: Suatu Perbandingan Di Antara Koperasi Berjaya

Dengan Koperasi yang Kurang Berjaya. Monograf Penyelidikan Maktab

Kerjasama Malaysia.

Razak, A., (2010). Profil Pandangan Lepasan Siswazah Menceburi Bidang

Keusahawanan Pertanian. Tesis Sarjana.

Rotter, B. (1966). Generalized Expectancies for Internal versus External Control of

Reinforcement. Psychological Monographs, 80: Whole No 609.

Page 43: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

107

Saadan, R., Bokhari, M., Yahya, A., Noor Rajikon, M. A., Syed Najmuddin Syed

Hassan Asiah Moh dan D Pilus, (2011). Keberkesanan Kursus Kokurikulum

Berkredit dalam Memperkasakan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar

Institusi Pengajian Tinggi Awam. Journal of Human Capital Development. ISSN:

1985-7012 Vol. 4 No. 1 January-June 2011.

Schumpter, J. A., 1934. The Theory of Economic Development. Cambridge:

Massachusetts.

Teresa V Menzies, Joseph C Paradi (2002). Encouraging Technology-Based Ventures:

Entrepreneurship Education And Engineering Graduates. New England Journal

of EntrepreneurshipFall 2002. Vol. 5, Iss. 2; pg. 57, 8 pg.

Vries, K. D. & Manfred F.R. (1977). The entrepreneuriel personality: A person at the

cross roads. Journal of Managerial Studies, 14(1), 34-57.

Wan Omar, W. L. O. dan Mohamed, S., (2002). Memperkasakan Usahawan: Panduan

Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan. Utusan Publication

& Distributoors Sdn Bhd. Terbitan Pertama 2002.

Yahaya, A. dan Abd Majid, N., (2010). Teori Dan Model Berkenaan Dengan Gaya

Pembelajaran.

Yap, P. M. (2002). Kesediaan guru-guru perdagangan terhadap pengajaran subjek

pengajian keusahawanan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

YB Dato‟ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, (2012). Kelestarian Keusahawanan

Memacu Ekonomi Mapan. Ucapan Perasmian Seminar Keusahawanan

Kebangsaan 2012 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 31 Oktober 2012.

Yin, R., (1994). Case study research: Design and methods (2nd ed.). Beverly Hills, CA:

Sage Publishing.

Yusuf, A. A. (1998). Asas-asas Keusahawanan, Prentice hall.

Yusof, N., (2011). Tahap Pengetahuan Terhadap Pendidikan Keusahawanan Dalam

Kalangan Usahawan Di Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Timur.

Tesis Sarjana.

Yusoff, R. Z., Md Ali, K., Madon, M. S., Mohamad, A. (1999). Sistem Pengurusan

Kualiti MS ISO 9000 Dalam Pendidikan. Konsep & Aplikasi di Sekolah.

Page 44: i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM …eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL-AMIN_BIN... · i PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN

108

Yusof, R., Othman, N. dan Karim, F., (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman

Berasaskan Model Kolb dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan 30

(2005) 113-128.