14

huruf abjad

Embed Size (px)

DESCRIPTION

huruf abjad

Citation preview

Topik 3

Aina nurfasya ramlisiti lianah majnieKAEDAH ABJAD

Konsep Kaedah AbjadKaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf/mengeja.

Kaedah ini memberi tumpuan kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja.

Kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf a, b, c x, y, z mengikut susunan abjad akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca.

Zulkifley Hamid (1994) : Kaedah ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf.

Untuk membolehkan murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. menghafal nama huruf membaca perkataan mudah

Kaedah ini dijalankan dengan :Memperkenalkan 26 huruf, iaitu dari a hingga z melalui aktiviti menyebut dan menghafal merangkumi huruf kecil dan huruf besar

Memperkenalkan huruf-huruf vokal : a, e, i, o, u & huruf-huruf kosonan yang mengandungi 21 huruf

Diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan

Setelah menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan

Daripada suku kata, dibentuk perkataan seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan.

PengukuhanMengaitkan gambar dengan sesuatu huruf Contoh : a ayamb bolac cawan

Menerusi nyanyian laguContoh : - Lagu ABC - Lagu ciptaan - Lagu muat turun internet

Latihan buku tulisContoh : Murid diminta menulis huruf kecil dan huruf besar bagi sesuatu huruf bagi satu muka surat supaya mereka dapat membezakannya

Kelebihan Kaedah AbjadMurid boleh membaca perkataan baharu kerana mereka dapat mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik

Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi

Memberi kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca

Memberi keyakinan dalam membaca

Cara mengeja suku katanya tetap

Kelemahan Kaedah AbjadDapat membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca

Murid masih terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja

Hanya menghafal huruf. Penghafalan huruf-huruf yang abstrak agak bercanggah dengan prinsip pendidikan iaitu murid harus mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu.

Membosankan kerana kaedah ini lebih kepada aktiviti hafalan dan kurang penghayatan.

Tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. Kemungkinan akan lupa pengajaran jika tidak diulang berkali-kali. AktivitiMenyebut nama huruf abjad a hingga z ; huruf besar dan huruf kecil(i) Arahan : Sebut nama huruf besar di bawah.

(ii) Arahan : Sebut nama huruf kecil di bawah.

2. Latihan menyebut suku kata V dan KVV = huruf vokal iaitu a, e (taling), e (pepet), i, o, u

K = huruf konsonan yang terdapat 22 huruf

Contoh aktiviti :Menggunakan kad perkataan yang dibina menggunakan kertas keras yang berwarna supaya kelihatan menarikArahan : Sebut suku kata berikut.

a bai tuu bii bu3. Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasaii) Eja dan sebut perkataan. Isi petak kosong dengan huruf.

UUKuku/Cucu /Buku/DukuDDDada/DaduIUSiku/CikuSDSudu/SidaAUBaru/Haru/Garu/Baju/Layu/Kayu(iii) Eja dan sebut frasa dengan kuat.

BukubiruBuku biru

BajubaharuBaju baharu

4. Latihan membaca ayat Membaca ayat berbantukan gambar.

- Ini bola keranjang.- Bola ini berwarna jingga.- Bola ini berbentuk bulat.- Terdapat garisan hitam bercorak di atas bola ini.

Membaca ayat tanpa berbantukan gambar.Contoh : - Nama saya Ali.- Umur saya tujuh tahun.- Saya ada lima orang adik-beradik.

5. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuaiArahan : Setiap murid diminta membina satu ayat berdasarkan gambar di bawah.

Daun

Ayam

Pensel

SEKIAN TERIMA KASIH