Author
sivanathan-anbu
View
362
Download
3
Embed Size (px)
8/6/2019 Hoki Final Dini
1/55
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRU
PERMAINAN HOKI
BIODATA PELAJAR
NAMA PELAJAR
OPSYEN
NO KAD
PENGENALAN
NO TELEFON (HP)
ALAMAT ASRAMA
ALAMAT RUMAH
NAMA PENASIHAT
NAMA TUTOR
JABATAN
Sila
Lekatkan
foto di
8/6/2019 Hoki Final Dini
2/55
1.)SEJARAH DAN PERKEMBANGAN HOKI DI DUNIA
PERMULAAN
Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari nama perkataan hoki atau
hockey berasal .Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan
menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan
permainan hoki sekarang ,pada zaman kuno dulu .menurut catatan itu,ia dimainkan
oleh orang orang Greek ,parsi dan rom sejak zaman S.M lagi.Akan tetapi permainan
ini kemudianny diterus ienyap ,sekaranglah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali
diperkenelkan di England.
Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik
minat masyarakat di negara tersebut ketika itu.Ramai yang mula bermainannya .oleh
kerana tiada suatu peraturan atau undang undang khusus untuknya ,pelbagai cara
dan teknik permainan digunakan .Ini sering berlaku kekecohan sehinggan selalu
berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain,cara permainan yang
tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainanny.Akhirnya pihak atasan
Braitan terus mengharamkannya.
Dalam pada itu,sebagai permainan,hoki sudah mula diterima oleh leblh banyak
negara dunia.Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan
masa yang lama,namun ia mendatangkan manfaat kepada kepada permainan ini
kemudiannya.Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini,maka dapatlah
8/6/2019 Hoki Final Dini
3/55
permainan ini dimainankan dengan lebih teraturdan mudahlah lagi bagi mereka yang
mahu mempelajarinya.
Dahulunya,permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau
panggilan.contohnya,di Ireland,hoki dikenali dengan nama huvley atau huvling,di
Scotland,ia disebut shinty atau shinny dan Wales ia dikenali dengan sebutan banty atau
bandy,perkataan hockey pula diambil dari perkataan perancis.iaitu hoquet.Adalah
difahamkan,iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockry (hoki)
Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain,maka bermulalah era baru
kepada permainan ini.bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum
perempuan pun turut bermain.pasukan hoki pertama ditubuhkan di negara tersebut
pada tahun 1840,dan Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki
pertama dan tertua di dunia.Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun
1861.Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah cara
bermain,pengunaan pengadilan,kawasan permainan yang terhad,dan mengenakan
hukuman kepada pemain yang mrlakukan kesalahan
Berikutan dengan itu,undand-undang koki teleh digubal serta diperkemaskan
dalam satu masyarakat di London pada tahun 1875 Lapan tahun
kemudiannya,Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih
baik dan kemas untuk permainan ini.Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki
sebagai sukan yang kini merupakan salah faham sukan yang paling diminati di
dunia.Dari England permainan ini tersebar ke negara negara lain,seperti
India,Amerika syarikat dan beberapa negara eropah
8/6/2019 Hoki Final Dini
4/55
PERMAINAN ANTARABANGSA
Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain.Akan tetapi detik
bermulanya sebagai permainan antarabangsa bremula apabila ia diterima sebagai
salah satu acara dalam sukan Olimpik pada tahun 1924,ia diterima kembali dalam
sukan Olimpik berikutan.Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar
ini
Seperti permainan permainan lain,hoki juga memerlukan sebuah badan khusus
di peringkat dunai bagi menyelaraskan serta menganjurkan pertandingan pada
peringkat ini.M aka pada tahun 1924,tertubuhlah persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)
atas usaha negara-negara Eropah,iaitu Austria,Belgium ,Czecchoslovakia,H
ungary,perancis,Sepanyol dan Switzerland.Dengan itu, permainan hoki ini mempunyai
badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunai
Antara usaha terpenting badan dunia ini ialah memperkemaskan undang-
undang serta peraturan permainan agar semua negara dunai dapat bermain dengan
lebih teratur dan menarik.Badan ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan
dunia seperti Piala Dunia,Sukan Olimpik,Sukan Asia,Kejohanan Antara
Benua,Kejohanan Antara ,Juara-juara,Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia,antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat
termasuklah India ,Pakistan dan negara kita dari asia belanda,jerman barat,Sepanyol
dan England dari Eropah serta Australia dan New Zealand.Dalam pertandingan
pertandingan utama dunia,sering perebutan kejuaraan adalah di antara pasukan
pasukan ini.Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara terawal
8/6/2019 Hoki Final Dini
5/55
diperkenalkan dengan permainan ini, namun kini persembahannya di peringkat dunia
masih belum membanggakan
2.) SEJARAH HOKI DI MALAYSIA
Mulai tahun1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajar dan pemainnya
mulai meningkit. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di
negara kita.Semua peringkat umur bermainnya, lelaki dan juga perempuan.Pada
tahun1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan,iaitu di antara
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinyn
sendiri .ini terjadi pada tahun 1932 iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara
kita.Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan
Olimpik.Dalam perlawanan itu pasukan kita tewas 1-7.Namun perlawanan pertama
peringkat antarabangsa itu telah berjaya memberikan pengajaran paling berharga
kepada pasukan kita.
Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan
perlawanan seterusnya.Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah
mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao.Pasukan kita
memenangi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana.Pasukan hoki
8/6/2019 Hoki Final Dini
6/55
Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua
perlawanan.Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.
Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping, kemudian di
Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki
Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara
kita.Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya.Dengan
demikian, ia telah memberi peluang pasukan kita mengambil bahagian dalam
kejohanan dan pertandingan antarabangsa.Kemudian MHF bersama Kesatuan
Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951.Hingga kini
kejohanan ini menjadi acara tahunan MHF.Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak
dilantik sebagai Presiden MHF (1957), beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai
rebutan untuk pertandingan antara negeri ini.Piala ini dinamakan Piala
Razak.Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan TUn Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan
galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan
permainan ini di negara kita.Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan
peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF.Kini presiden MHF ialah Sultan Azlan
Shah,Sultan Perak.
MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat
antarabangsa.Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India dahulu telah mendorong
pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954.Setahun
8/6/2019 Hoki Final Dini
7/55
kemudian pasukan hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kita.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita.Ini kerana
pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang
diadakan di Melbourne.Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang
mengambil bahagian.Pasukan hoki jga turut mengambil bahagian dalam Piala
Dunia.Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, di mana
kita menduduki tempat keempat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki
tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara
yang mampu menggugat pasukan kita.
8/6/2019 Hoki Final Dini
8/55
3.) ANATOMI PERALATAN HOKI
(JENIS KAYU HOKI, BERAT,SAIZ)
KAYU HOKI
Kayu hoki, pada kebiasaannya, diperbuat daripada ash atau mulberry.Undang-
undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan
kayu yang mempunyai permukaan rata di bahagian kiri.Oleh itu kayu hoki
mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki.
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan
pemain dalam permainan.Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah
tidak selaras dengan tingginya seseorang pemain.Pada kebiasaannya, panjang
kayu hoki adalah di antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah
antara 510g hingga 624 g untuk wanita dan antara 510 g hingga 794g untuk
lelaki.Bagaimanapun, biasanya kayu yang beratnya 510g 624g sering
digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang
lembap.Semasa menyimpan, kayu hoki perlu ditempatkan secara sandaran
berdiri.Kepala kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan
daripada pecah.Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak
digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
8/6/2019 Hoki Final Dini
9/55
Rajah 1.4 Kayu hoki
BOLA
Bola hoki yang diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa diperbuat
daripada kulit pada bahagian luarnya.Bola jenis ini boleh digunakan untuk
pertandingan, manakala bola jenis plastic pula adalah sesuai untuk digunakan
bagi latihan sahaja.Bola bersalut kulit amat sukar untuk menjaganya kerana
ianya perlu dicatkan dengan warna putih apabila kelihatan pudar.Juga ianya
senang meresap air.Sebaliknya bola jenis plastic amat senang untuk
menjaganya dan tidak mudah diresapi air.Berat bola hoki ialah antara 156 g
hingga 163 g.
Rajah 1.5 Bola dan kayu hoki
8/6/2019 Hoki Final Dini
10/55
4.)PIALA YANG DI PERTANDINGKAN DI DUNIA DAN DI MALAYSIA
Pasukan hoki kebangsaan MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia
Persatuan Persekutuan Hoki Malaysia(Malaysian Hockey Federation)
Jurulatih Tai Beng Hai
Kapten Chuah Boon Huat
Kedudukan FIH ke-16
Perlengkapan 1 Perlengkapan 2
Pasukan hoki kebangsaan Malaysia ialah pasukan hoki padang yang mewakili Malaysia di dalampertandingan di seluruh dunia. Pasukan ini terdiri daripada para pemain hoki terbaik
di Malaysia.Sehingga Mac 2009, pasukan ini berada pada kedudukan ke-15 terbaik di dunia, dan ke-5 di
Asia, olehPersekutuan Hoki Antarabangsa.[1]
Badan yang mentadbir pasukan ini adalah Persekutuan Hoki
Malaysia.
Sejarah pertandingan
Hoki Piala Dunia
2006 - Tidak layak
2002 - Tempat ke-8'
1998 - Tempat ke-11
1994 - Tidak layak
1990 - Tidak layak
1986 - Tidak layak
8/6/2019 Hoki Final Dini
11/55
1982 - Tempat ke-10
1978 - Tempat ke-10
1975 - Tempat ke-4
1973 - Tempat ke-11
1971 - Tidak layak
Olimpik Musim Panas
2008 - Tidak layak
2004 - Tidak layak
2000 - Tempat ke-11
1996 - Tempat ke-11
1992 - Tempat ke-9
1988 - Tidak layak
1984 - Tempat ke-11
1980 - Tidak terlibat
1976 - Tempat ke-9
1972 - Tempat ke-8
1968 - Tempat ke-15
1964 - Tempat ke-9
1960 - Tidak layak
1956 - Tempat ke-9
Piala Juara-Juara
2007 - Tempat ke-8
1994 2006 - Tidak layak
1993 - Tempat ke-6
1978 1992 - Tidak layak
Cabaran Juara
2007 - Tidak layak
2005 - Tidak layak
2003 - Tempat ke-6
2001 - Tempat ke-4
Cabaran Juara II
8/6/2019 Hoki Final Dini
12/55
2009 -
Sukan Asia
2010 - Perak (Tempat-2)
2006 - Tempat ke-6
2002 - Gangsa (Tempat-3)
1998 - Tempat ke-5
1994 - Tempat ke-5
1990 - Gangsa (Tempat-3)
1986 - Tempat ke-4
1982 - Gangsa (Tempat-3)
1978 - Gangsa (Tempat-3)
1974 - Gangsa (Tempat-3)
1970 - Gangsa (Tempat-3)
1966 - Tempat ke-4
1962 - Gangsa (Tempat-3)
1958 - Tempat ke-4
Hoki Piala Asia
2009 - Tempat ke-4
2007 - Tempat ke-3 2003 - Tempat ke-5
1999 - Tempat ke-4
1994 - Tempat ke-4
1989 - Tempat ke-6
1985 - Tempat ke-5
1982 - Tempat ke-4
Sukan Komanwel
2006 - Gangsa
2002 - Tidak layak(hanya pasukan berkedudukan teratas di Asia dijemput)
1998 - Perak (Negara tuan rumah)
Piala Sultan Azlan Shah
2007 - Naib juara
8/6/2019 Hoki Final Dini
13/55
2000 - Tempat ke-4
1996 - Tempat ke-3
1994 - Tempat ke-4
1987 - Tempat ke-4
1985 - Naib juara
1983 - Tempat ke-4
Sukan ASEAN
2007 - Emas
2005 - Hoki tidak dipertandingkan
2003 - Hoki tidak dipertandingkan
2001 - Emas
1999 - Emas
1997 - Emas
1995 - Emas
1993 - Emas
1991 - Hoki tidak dipertandingkan
1989 - Emas
1987 - Emas
1985 - Hoki tidak dipertandingkan
1983 - Emas
1981 - Hoki tidak dipertandingkan
1979 - Emas
1977 - Emas
1975 - Emas
1973 - Perak
1971 - Emas
8/6/2019 Hoki Final Dini
14/55
5.) UNDANG-UNDANG HOKI
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung.pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Undang-Undang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka Undang-Undang
dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1. AM
Kejohanan ini akan dijalankan berpandukan kepada " Rules Of The Game Of Hockey " yang dikeluarkan
oleh The International Hockey Federation Rules Board dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) / Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan.
2. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Berpasukan Antara Cawangan-cawangan MSSK Daerah.
Pertandingan Berpasukan Antara Sekolah-sekolah yang mewakili MSSK Daerah.
3. PENGELOLAAN
Kejohanan ini adalah dianjurkan oleh Majlis Sukan-Sekolah Malaysia Kelantan di bawah
Jawatankuasa Teknik Hoki MSSMK.Sungguhpun demikian, pengelolaan pesta ini dari hari ke hari
adalah di bawah tanggungjawab Jawatakuasa Kecil Teknik dan pertandingan yang meliputi tugas-
tugas berikut:-
y Memastikan peraturan pertandingan dipatuhi sepanjang kejohanan oleh semua pemain
pegawai pasukan dan pegawai pertandingan.
y Penjagaan masa pertandingan / perlawanan.
y Pengendalian tempat perlawanan.
y Pengawasan pengadil, juri padang dan juri rayuan.
y Disiplin pemain dan pegawai pasukan .y Rekod.
y Bantahan
4. PENYERTAAN
Kejohanan ini adalah terbuka kepada pasukan dari tiap-tiap Majlis Sukan Sekolah Kelantan Daerah
8/6/2019 Hoki Final Dini
15/55
dalam peringkat umur berikut :-
4.1 Semua pelajar sekolah yang belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah yang berdaftar dan
menjadi ahli MSSK layak menyertai pertandingan.
4.2 Semua sekolah yang berdaftar dan yang menjadi ahli gabungan MSSMK layak menyertai
pertandingan-pertandingan antara sekolah atau cawangan.
4.3 Setiap MSSK Daerah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja mengikut
kumpulan umur yang dipertandingkan.
4.4 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
5. PENDAFTARAN PEMAIN
5.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar seramai 18 orang pemain sahaja dalam borangpendaftaran rasmi. Borang ini hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha MSSK Daerah dan
Pengurus Pasukan MSSK Daerah masing-masing.
5.2 Pengurus pasukan hendaklah melapurkan diri bersama pemain-pemainnya kepada pegawai
teknikal, 15 minit sebelum perlawanan.
5.3 Borang pendaftaran senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada setiausaha
kejohanan atau wakilnya 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
5.4 Pasukan yang lewat diberi tempoh 10 minit selepas masa yang ditetapkan untuk dimulakan
perlawanan. Jika pasukan itu masih tidak hadir kemenangan percuma diberikan kepada
pasukan yang hadir dengan kiraan dua (2) gol.
6. DOKUMEN PENGESAHAN
6.1. Semua pemain dari sekolah rendah hendaklah membawa surat beranak.
6.2. Semua pemain dari sekolah menengah hendaklah membawa kad pengenalan masing-masing
setiap kali perlawanan dijalankan.
7. PAKAIAN
7.1. Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai.
7.2. Pemain diwajibkan memakai stokin, kasut, dan pelindung betis.
7.3. Pemain juga digalakkan memakai alatan keselamatan yang lain.
7.4. Jika berlaku persamaan warna jersi maka pasukan yang namanya terlebih dahulu tercatat
8/6/2019 Hoki Final Dini
16/55
dalam jadual pertandingan mestilah menukar kepada jersi yang berlainan warna.
7.5. Penjaga Gol dikehendaki memakai baju atau pakaian meliputi sebarang perlindungan bahagian
di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warna yang dipakai oleh pemain-
pemain pasukannya mahupun dari pasukan lawan.
7.6. Penjaga Gol juga diwajibkan memakai pelindung kepala.
8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Pertandingan akan dijalankan secara '' LIGA 2 KUMPULAN " untuk pusingan awal.
Peringkat seterusnya adalah seperti berikut:
y Separuh akhir 1 - Johan Kumpulan A bertemu Naib Johan Kumpulan B.manakala
Separuh Akhir 2 adalah johan Kumpulan B bertemu Naib Johan kumpulan A.
y Perlawanan tempat ke 3 dan ke 4 adalah bagi pasukan yang kalah diperingkat Separuh
Akhir.
y Perrlawanan Akhir adalah bagi pasukan yang menang di pertingkat Separuh Akhir.
9. KIRAAN MATA(CARAMEMUTUSKAN KEPUTUSAN DALAM KUMPULAN)
9.1 Pemberian mata adalah seperti berikut :-
MENANG = 3 MATA SERI = 1 MATA KALAH = 0 MATA
9.2 Jumlah mata yang dikumpul akan menentukan kedudukan sesuatu pasukan itu di dalam
kumpulannya. Pemenang adalah pasukan yang memperolehi jumlah mata yang terbanyak.
Seandainya jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama,
kedudukan akan ditentukan seperti berikut:-
y Pemenang adalah pasukan yang mempunyai lebih perbezaan gol
y Jika masih sama, pasukan yang menjaring lebih gol dikira sebagai pemenang.
y Jika masih sama juga, penentuan akan dikira dari segi pernah mengalahkan pasukan yang sama
mata dengannya.
y Jika masih sama juga, penentuan dibuat menerusi Pukulan Penalti "SUDDEN DEATH".
10. PUKULAN PENALTI ' SUDDEN - DEATH'
10.1 Kedua-dua pasukan diminta menyerahkan kepada pengadil senarai lima orang pemainnya
yang akan mengambil pukulan penalti mengikut susunan giliran. Pukulan penalti ini akan
8/6/2019 Hoki Final Dini
17/55
diambil secara selang-seli.
10.2 Pengurus pasukan akan menentukan susunan penalti stroke pemain yang akan mengambil
pukulan penalti.
10.3 Pengadil akan membuat undian.Pasukan yang menang akan membuat pilihan sama ada
mengambil pukulan penalti atau bertahan dahulu.
10.4 Pemain yang digantung oleh wakil teknik atau yang diperintah keluar padang oleh pengadil
(Kad Merah) tidak boleh mengambil bahagian.
11. TATATERTIB
11.1 . Pemain dan Pegawai Pasukan akan dikenakan hukuman penggantungan seperti berikut:-
y Kad Kuning - pengantungan sekurang-kurangnya 5 minit semasa pertandingan.
y kad hijau atau 1 kad kuning dan 1 kad hijau - digantung satu perlawanan
y kad kuning - digantung satu perlawanan
y kad merah - digantung sepanjang kejohanan tersebut.
11.2. Mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan pasukannya yang
mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan didapati
mengganggu perjalanan pertandingan akan diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepada
Lembaga Tatatertib.
12. BANTAHAN
12.1. Bantahan secara lisan hendaklah dibuat terlebih dahulu kepada Pegawai Teknik bertugas
dalam tempoh 10 minit tamatnya sesuatu perlawanan berkenaan oleh pegawai pasukan
yang didaftarkan. Bantahan secara bertulis dengan wang cagaran sebanyak yang telah
ditetapkan oleh Pengelola Kejohanan dan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan atau
wakilnya dalam masa 30 minit selepas bantahan lisan dibuat. Wang cagaran tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas dan ditolak oleh Juri Rayuan.
12.2 . Keputusan bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknik kepada semua pihak dan
pegawai pertandingan selepas Juri Rayuan bersidang.
12.3 .Keputusan yang diberikan oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
13. JURI RAYUAN
Ahli Jawatankuasa Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minima) atau 7 orang
8/6/2019 Hoki Final Dini
18/55
(maksima) daripada sekurang-kurangnya 3 buah MSSK Daerah. Ketua Unit Sukan MSSMK
atau wakilnya adalah Pengerusi Juri Rayuan.
14. MENARIK DIRI
Jika mana -mana pasukan menarik diri dari Kejohanan ini atau memberi kemenangan
percuma setelah bermain satu atau lebih perlawanan atau tidak berrmain di dalam 2
perlawanan terawal, maka pasukan berkenaan dianggap tidak wujud di dalam Kejohanan ini
dan semua perlawanan yang melibatkannya TIDAK diambil kira ( Null and Void)
Pasukan ini akan dihadapkan ke lembaga tatatertib .
15. PELANTIKAN PENGADIL
y
Jawatankuasa Pengadil MSSM Kelantan bertanggungjawab melantik pengadil-pengadil untuksetiap kejohanan .
y Sebarang bantahan atau rayuan mengenai pelantikan pengadil TIDAK akan dilayan.
16. PERKARA-PERKARAYANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
Mana-mana perkara yang tidak diperuntukan dalam peraturan ini akan dirujuk kepada
PERATURAN-PERATURAN AM MSSMK / MSSM / PHM.
8/6/2019 Hoki Final Dini
19/55
8/6/2019 Hoki Final Dini
20/55
KASUT
Walaupun anda boleh memakai apa sahaja jenis kasut, tetapi daripada
segi keselamatan, kasut yang mempunyai pancang (spike), tetungku yang
terjulur (protruding studs) dan paku-paku (nails) tidak dibenarkan.Kasut yang
mempunyai tetungku getah atau bars dicadangkan.
Untuk permukaan tiruan, kasut khas harus digunakan.Kegunaan padang
yang mempunyai permukaan tiruan sangat popular sekarang.Kasut khas untuk
kegunaan di atas permukaan tiruan membenarkan anda mempunyai tempat
berpijak yang baik di atas permukaan basah tanpa tergelincir dan pada masa
yang sama membenarkan anda menukar arah dengan cepat tanpa kasut
tersekat oleh rumput (turf)
ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik disebabkan peranannya di
dalam pasukan.Penjaga gol mesti memakai ped di kakinya.Ped dipakai daripada
pergelangan kaki sehingga ke lutut dan cukup ringan untuk bergerak.Sekarang,
ped fibre-glass dengan penutup kulit adalah popular.Ped-ped lama yang
dipasang dengan kickersdan diisi dengan kapas, sabut dan gentian lain kurang
popular kerana berat dan kecenderungannya meresap air di padang basah dan
menjadi lebih berat.Ini akan meletihkan penjaga gol apabila permainan
diteruskan dan ped-ped bertambah berat.
8/6/2019 Hoki Final Dini
21/55
Hari ini ped-ped mempunyai kicker pasang tanggal.Kickersmesti menutup
keseluruhan kaki dan memberi perlindungan yang sempurna
kepadanya.Biasanya tempat yang mudah cedera ialah di kekuda kaki dan
tempat di man aped-ped disambung kepada kickers di atas pergelangan kaki.
Sarung tangan penjaga gol mesti mempunyai sarung untuk setiap
bahagian jari tanpa selaput jari.Gunakan sarung tangan yang lembut dan boleh
memegang hoki dengan kukuh.Jika penjaga gol hanya memakai sebelah sarung
tangan sahaja, mesti memakainnya di tangan kiri dan memegang kayu hoki di
tangan kanan, supaya dia bersedia untuk menggunakan kedua-dua tangan atau
salah satu tangannya.
Perlindungan kemola untuk penjaga gol lelaki, pelindung dari ped-ped
bahu, penutup muka dan seluar berped melengkapi alatan penjaga gol.
Pelindung kemola diperbuat daripada plastic atau fibre-glass yang dipakai di
bahagian kemola dan kadang-kadang ditambah dengan sekeping ped di atasnya
untuk perlindungan abdomen bawah.
Pelindung dada dan ped-ped bahu melindungi tubuh badan dan bahu.Ia dipakai
di bawah jersi penjaga gol.
Pelindung mulut adalah sama seperti yang digunakan oleh ahli-ahli tinju,
bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi penjaga-penjaga gol.Ada pelbagai
jenis penutup muka, di negara kita yang merupai topi keledar nampaknya sangat
popular.
8/6/2019 Hoki Final Dini
22/55
Rajah 1.7 Peralatan penjaga gol
PENJAGA GOL
Oleh kerana penjaga gol adalah pemain yang penting, dia mesti mempunyai
kemahiran-kemahiran sukan yang diperlukan untuk seorang penjaga gol hoki.Ia mesti
berkebolehan menggunakan kedua-dua kakinya untuk menahan, memesong,
menjauhkan atau untuk menghantar bola.Dia mesti boleh menggunakan tangannya
untuk menyelamatkan bola.Dia mesti boleh menggunaka kayunya untuk memukul ,
menolak dan menguis bola daripadanya atau untuk menghantar bola kepada pemain
pasukannya untuk memulakan serangan.Dia juga harus menggunakan badannya
semasa dia terbaring untuk mengadang sudut pintu gol.Ringkasnya, seorang penjaga
gol memerlukan:
a) Kemahiran sukan menggunakan kaki tangan, badan dan kayu
b) Kemahiran fisiologi kepantasan, kekuatan, ketangkasan, fleksibiliti, koordinasi
tangan-mata dan imbangan.
c) Kualiti mental konsentrasi, keyakinan dan tenang.
d) Kualiti social kepimpinan dan kerjasama.
8/6/2019 Hoki Final Dini
23/55
ALATAN PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol harus memakai banyak alatan perlindungan tambahan kerana
peranannya di dalam pasukan adalah berbahaya.Antara peralatannya ialah
a) 1 pasang - pelindung kaki / ped-ped
b) 1 pasang - kickers (disambungkan kepada ped-ped)
c) 1 - pelindung abdomen/pelindung groin (untuk lelaki)
d) 1 pasang - sarung tanga (dengan sarung tangan bahagian dalam jika
Diperlukan.
e) 1 pasang - seluar penjaga gol yang berped
f) 1 - kayu hoki
g) 1 - pelindung mulut
h) 1 pasang - ped siku
i) 1 - pelindung dada
j) 1 - topi keledar
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENJAGA GOL
Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan seperti di bawah:
1. Cara asas berdiri dan pergerakan melintasi gol.
2. Kemahiran menggunakan kaki atau ped-ped
3. Kemahiran menggunakan tangan atau sarung tangan
4. Kemahiran menggunakan tubuh badan
5. Kemahiran menggunakan kayu hoki.
8/6/2019 Hoki Final Dini
24/55
7.) GELANGGANG HOKI
KEMUDAHAN PADANG
1. BENDERA
Tiang bendera hendaklah ditempatkan pada setiap penjuru padang hoki dan juga
di luar padang bertentangan dengan garisan pertengahan kawasan
permainan.Bendera di garis luar padang permainan yang diletakkan
bertentangan dengan garis 22.9 meter tidak diperlukan oleh undang-undang hoki
antarabangsa.Pemasangan bendera tersebut adalah untuk memudahkan
penglihatan dan pengamatan pemain dan juga pengadil.Setiap tiang bendera
hendaklah tingginya sekurang-kurang 1.22 meter dan setiap satunya tidak boleh
ditanggalkan semasa permainan diadakan.Warna bendera pada setiap tiang
terpulang kepada kelab atau pasukan berkenaan.
Rajah 1.3 : kedudukan bendera
8/6/2019 Hoki Final Dini
25/55
PENGADIL
Satu-satu perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil.Pengadil mempunyai
kuasa mutlak le atas setiap perlawanan.Walaupun terdapat dua orang pengadil mereka
saling bekerjasama di antara satu sama lain di samping masing-masing membuat
keputusan dalam kawasan yang ditetukan.Pemain diingatkan agar bermain mengikut
arahan pengadil.Jika pemain didapati melakukan kesalahan mereka boleh dihukum
oleh pengadil.Pengadil yang baik , cekap dan jujur boleh menjamin permainan yang
baik dan bermutu.
Walaupun pengadil memunyai kuasa mutlak dan keputusan mereka adalah
muktamad, namun bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dianggap tidak wajar
atau salah.Caranya ialah dengan mengemukakan bantahan secara bertulis dan
hendaklah diberikan kepada jawatankuasa atau orang yang bertangungjawab dalam
satu-satu perlawanan atau kejohanan.
Selain dari itu dalam perlawanan hoki disediakan juga penjaga waktu.Penjaga waktu
akan menentukan masa permainan dimainkan dalam jangka waktu yang ditetapkan ,
iaitu 35 minit bagi satu tempoh permainan, tidak termasuk rehat dan masa kecederaan.
Pada setiap perlawanan hoki , pihak penganjur juga menyediakan peralatan dan
kemudahan perubatan dan pertolongan cemas.Ini penting kerana untuk memberikan
rawatan segera kepada mana-mana pemain yang tercedera dalam permainan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
26/55
PADANG HOKI
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter
lebar.Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan
belakang.Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.
Rajah 1.1: Padang hoki
i. Pintu gol
Gol diletakkan di tengah garisan belakang.Ia dibuat dengan dua tiang gol
tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar).
Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala
ketinggiannya adalah 2.14 meter.Semua tiang di cat dengan warna putih.
8/6/2019 Hoki Final Dini
27/55
Rajah 1.2: Pintu gol
ii. Jaring
Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar.Ia mempunyai
meshberukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
iii. Tiang bendera
Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan
dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20
meter hingga 1.50 meter.Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk
menjamin keselamatan pemain.
Rajah 1.3: Posisi tiang bendera
8/6/2019 Hoki Final Dini
28/55
iv. Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan.Biasanya
permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di
antara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g 235 g.
Rajah 1.4: Bola hoki
v. Kayu hoki
Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah
kanan.Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the
stick)dan hanya boleh digunakan dalam permainan.Bahagian bulat kayu
di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh
digunakan semasa bermain.Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala
kayu yang berbentuk J atau U.Kayu hoki hendaklah licin dan tidak
tajam di bahagian tepi.Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu
gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan
berat tidak melebihi 737 g.
8/6/2019 Hoki Final Dini
29/55
Rajah 1.5: Ukuran kayu hoki
Rajah 1.6: Gelung bagi diameter kayu hoki
vi. Alatan penjaga gol
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai
perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari
pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untukmembantu pergerakan penjaga gol.Sarung tangan penjaga gol diperbuat
daripada kulit dan plastik.Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan
memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.
Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung
bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, pelindung mulut dan
8/6/2019 Hoki Final Dini
30/55
kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk
melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol.Pelindung
mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera.
Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan
ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan
penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu
memakai seluar yang mempunyai ped.
Rajah 1.7: Kelengkapan alatan penjaga gol
vii. Kasut
Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yangmempunyai tetungku getah.Kasut khas digunakan untuk bermain di atas
permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat
berpijak yang baik.
8/6/2019 Hoki Final Dini
31/55
Rajah 1.8: Kasut tetungku getah
8.) KEMAHIRAN ASAS
Kemahiran hoki amat kompleks kerana adanya penggunaan kayu untuk meukul bola
yang mana pergerakan pemain-pemainnya dikawal oleh beberapa undang-undang
tertentu.Untuk membolehkan seseorang itu bermain hoki, ia perlu memperoleh bebrapa
kemahiran asas,terutama sekali dalam aspek kawalan.Dalam kemahiran asas
pengawalan, terdapat beberapa pergerakan yang sering juga disebut kemahira-
kemahiran secara khusus atau berasingan.Kemahiran asas itu adalah seperti berikut:
1. Mengawal bola
2. Mengelecek
3. Menyerkap
4. Mebuat elakan
5. Menjaga gol.
8/6/2019 Hoki Final Dini
32/55
1. MENGAWAL BOLA
Berikut terdapat beberapa panduan pengajaran yang boleh digunakan untuk
kemahiran mengawal bola.
i) Berdiri dan mula melangkah dengan kaki kiri di hadapan.
ii) Kayu hoki dipegang di hadapan badan selari dengan tanah.
iii) Bahagian kepala kayu berada di sebelah kanan badan pemain dengan
tangan kanan memegang sejarak lebih kurang 15.2cm dari kepala kayu
tersebut.
iv) Tangan kiri berada tidak berapa jauh dari tangan kanan di bahagian
berdekatan dengan pemegang kayu.
v) Bahagian leper kayu, iaitu permukaan ratanya, hendaklah menghala ke
langit.
vi) Bola dikenakan pada permukaan rata supaya melantun seberapa banyak
ulangan yang boleh.
vii) Mata pelaku hendaklah sentiasa melihat pergerakan bola.
LATIHAN
Kemahiran mengawal bola boleh dilantik menerusi gerak kerja secara berperingkat-
peringkat seperti berikut.
1. Secara perseorangan.Pemain melantun bola sambil berjalan perlahan-lahan dan
diikuti dengan berjalan cepat dan berlari anak.
2. Secara perseorangan.Pemain melantun bola dengan mengenakannya pada
semua bahagian kayu pemukul.
8/6/2019 Hoki Final Dini
33/55
3. Secara berpasangan dan berhadapan antara satu dengan lain.Pemain melantun
bola secara bergilir-gilir.
PERMAINAN KECIL
Bertiga.Tiga orang pemain diperlukan.Seorang memegang kayu hoki sebagai jaring
setinggi paras dada.Dua orang lagi berada di sebelah jaring dengan
menghadapkannya.Mereka cuba melantunkan bola supaya melepasi jaring dengan
menggunakan kayu `hoki dan bola itu hendaklah tidak jatuh ke tanah.Bola hendaklah
dikenakan pada kayu hoki semasa berada di bawah paras jaring.Satu mata
kemenangan diberikan jika lawan tidak dapat menyambut bola dengan kayu hoki.Masa
penamat boleh dibahsuai mengikut keadaan masa.Pada kebiasaannya lima mata amat
sesuai digunakan.
XI X2 X3
Pemain Jaring Pemain
2. MENGELECEK
Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis cara mengelecek yang biasa digunakan
oleh pemain hoki, iaitu mengelecek di sebelah kanan (close dribbling) dan
mengelecek di hadapan (Indian dribbling)
i) Mengelecek di sebelah kanan
8/6/2019 Hoki Final Dini
34/55
Beberapa panduan seperti berikut adalah perlu semasa mendedahkan
kemahiran mengelecek.
a) Pemain berdiri serta melangkah dengan kaki kiri di hadapan.
b) Tangan kiri pemain berada di sebelah hujung kayu dengan pagangan
berbentuk V menghala ke kepala kayu.
c) Tangan kanan pemain memegang kayu di sebelah bawah tangan kiri
sejarak lebih kurang 15.2 cm dengan tapaknya mengenakan di
bahagian belakang kayu.
d) Bola berada di sebelah kaki kanan pemain dan selari dengan hujung
kaki kirinya serta di bawah arah dahi.
e) Kayu diletakkan dengan sebelah permukaan ratanya mengenakan
bola serta melentangkannya sedikit.Permukaan rata kayu hendaklah
mengarahkan ke tempat arah bola.
f) Mata pemain hendaklah melihat bola dengan badan membongkok
sedikit.
g) Bola ditolak dengan mengenakan permukaan kayu.
Rajah 1.8 Mengelecek di sebelah kanan
8/6/2019 Hoki Final Dini
35/55
LATIHAN
1. Secara perseorangan.Pemain berjalan biasa tanpa bola sambil mengelecek
dengan mengunakan kayu hoki.
2. Secara perseorangan.Pemain berjalan biasa sambil mengelecek bola dengan
mengunakan kayu hoki, diikuti dengan lari perlahan-lahan.
3. Mengelecek melalui halangan sebaris.
4. Mengelecek dalam satu kawasan berbentuk bulatan atau segiempat.Apabila
diisyaratkan, pemain meninggalkan bola dan mara ke hadapan untuk
mengelecek bola lain yang ditinggalkan oleh rakan.
ii)Mengelecek di hadapan
a) Pemain berdiri dengan menganggkangkan kaki.
b) Kayu diletakkan di atas tanah dan di hadapan badan pemain supaya permukaan
ratanya mengenakan tanah.
c) Hujung kayu hendaklah berdekatan dengan kaki pemain.
d) Tangan kiri pemain memegang hujung kayu dengan dalam bentuk V sambil
tangan tersebut menghala kearah belakang kayu.
e) Tangan kanan pemain berada di bawah tangan kirinya sejarak lebih kurang 15.2
cm dengan tapak tangan dikenakan pada sebelah belakang kayu.
f) Bola berada di sebelah kaki kanan dan di bawah aras dahi pemain.
g) Badan pemain dibongkokkan sedikit serta mengenakan bahagian permukaan
kayu di belakang bola.
h) Mata pemain hendaklah sentiasa melihat bola.
8/6/2019 Hoki Final Dini
36/55
i) Bola ditolak di hadapan kaki kiri pemain sambil melangkahkannya.Pada ketika itu
kayu hendaklah berada di hadapan bola sambil melungkupkannya.Kilasan
dilakukan dengan melonggarkan genggaman tangan kanan dan diketatkan
semula apabila kayu berada di hadapan bola.
j) Selepas itu bola ditolak ke kanan sambil kaki kanan pemain melangkah.
k) Pemain mengembalikan kayu hoki seperti asal untuk persediaan tolak ke kiri.
Rajah 1.9 Menggelecek Indian
LATIHAN
1. Secara perseorangan.Pemain berjalan sambil mengelecek bola dengan
menggunakan kayu hoki ke suatu jarak yang ditetapkan dan dikuti dengan larian
perlahan.
2. Mengelecek melalui halangan sebaris.Pemain berlari sambil mengelecek bola
melalui halangan.
3. Mengelecek dalam satu kawasan berbentuk bulatan atau segi empat.Apabila
diisyaratkan , pemain meninggalkan bola dan mara ke adapan untuk mengelecek
bola lain yang ditinggalkan oleh rakan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
37/55
4. Mengelecek di atas garisan D.Pemain mengelecek bola di sepanjang garis D
seorang demi seorang tanpa halangan.
KESILAPAN
1. Memukul bola dan bukannya menolak bola
2. Memukul bola serta mengejarinya dan bukannya mengekalkan kawalan terhadap
bola.
3. Menentukan bola di bahagian sebelah kanan badan pemain.
4. Gagal menyekat bola semasa berada di sebelah kiri badan.
5. Kayu hoki tidak dipegang supaya berdiri tegak.
6. Tangan kanan pemain memegang kayu hoki padabahagian bawah yang
berhampiran dengan bahagian kepalanya.
3. MENYERKAP
Pada kebiasaannya terdapat dua jenis atau cara menyerkap atau menahan bola
yang digunakan oleh pemain hoki, iaitu menyerkap di hadapan badan dan
menyerkap di kiri badan.
i) Menyerkap di Hadapan Badan.
a) Pemain berdiri mengangkang menghadap kea rah bola.
b) Tangan kiri pemain memegang bahagian pangkal kayu dengan tangan kanan
menghadap ke badan.
c) Tangan kanan pemain berada lebih kurang 15.2cm di bawah tangan kiri, iaitu
8/6/2019 Hoki Final Dini
38/55
berdekatan dengan hujung kepala kayu hoki dengan tapak tangannya
menghala ke hadapan.
d) Bentuk V yang dibuat oleh ibu jari kiri pemain menghala ke hujung kepala
kayu.
e) Apabila bola datang dan menuju kearah pemain, kayu ditunjukkan kea rah
bola sambil menegakkannya.
f) Lengan kiri pemain dibengkokan dan sikunya berada lebih tinggi dari tangan
g) Lengan kanan pemain berada dalam keadaan agak lurus.
h) Badan pemain dibengkokan sedikit.
i) Pastikan kedudukan agar arah bola menghala ke kaki kanan di mana kayu
ditempatkan dan mata memandang bola.
j) Bola hendaklah dikenakan pada bahagian rata dan dibahagian lurus kayu.
k) Semasa bola menyentuh kayu,kepala kayu hendaklah dirapatkan ke tanah
dan juga dicondongkan sedikit ke hadapan.
Rajah 1.10 Menyerkap di hadapan Badan
LATIHAN
Kemahiran menyerkap di hadapan badan boleh dilatih dengan menggunakan gerak
kerja berikut mengikut peringkat yang diberikan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
39/55
1. Secara perseorangan.Pemain melakukan kemahiran menyerkapdi hadapan
tanpa mengunakan bola.
2. Berdua.Pemai menyerkap bola yang digulingkan oleh rakan dari jarak 5 meter.
3. Secara berdua.Pemain menyerkap bola yang dipukul oleh rakan secara terkawal
4. Secara berdua.Pemain menyerkap bola yang dipukul oleh rakan secara
terkawal.
5. Secara bertiga dan pemain-pemain berada dalam satu baris.Peserta di tengah
cuba menyerkap bola hasil dari tolakan oleh dua peserta lain secara berselang.
6. Secara bertiga dan pemain-pemain berada dalam satu baris.Pemain di tengah
cuba menyerkap bola hasil tolakan dua peserta lain secara berselang.
ii) Menyerkap di kiri Badan
a) Berdiri sambil mengangkangkan kaki dan menghadap bola.
b) Tangan kiri berada di pangkal kayu hoki dengan tapaknya menghala ke
badan.
c) Tangan kanan berada lebih kurang 15.2 cm di bawah tangan kiri dengan
tapaknya menghala ke hadapan.
d) Tangan kiri dengan bentuk V menghala ke hujung kepala kayu hoki.
e) Apabila bola menuju kea rah kaki.Kaki kanan dilangkahkan ke kiri dan
mengilaskannya supaya hujung kepalanya menyentuh tanah.Kilasan ini
dilakukan secara melonggarkan genggaman tangan kanan dengan
pergerakan kea rah menentang pusingan jam.
f) Bahagian rata kayu menghala kea rah bola
8/6/2019 Hoki Final Dini
40/55
g) Mata memandang pada bola dan badan membongkok dengan lutut kanan
dibengkokkan.
Rajah 1.10 Menyerkap di Kiri Badan
LATIHAN
Kemahiran menyerkap di kiri badan boleh dilatih dengan menggunakan gerak kerja
berikut:
a) Secara perseorangan.Lakukan kemahiran menyerkap di kiri badan sambil
bergerak tanpa menggunakan bola.
b) Berdua.Serkap bolayang digulingkan oleh rakan di kiri badan dari jarak 4 meter.
c) Berdua.Serkapbola yang ditolak oleh rakan di kiri badan.
d) Bertiga dalam satu baris.Pemain di tengah cuba menyerkap bola di sebelah kiri
badan hasil dari pukulan dua peserta lain secara berselang.
e) Bertiga dalam satu baris.Pemain di tengah cuba menyerkap bola di sebelah kiri
badan hasil dari tolakan dua peserta lain secara berselang.
8/6/2019 Hoki Final Dini
41/55
f) Kesilapan
1. Memukul bola dan bukanya menarik kayu hoki untuk mengurangkan
pergerakannya
2. Menyerkap bola yang terlalu dekat dengan kaki
3. Kaki dihalakan kearah bola dan bukannya kea rah yang akan ditujui oleh pemain.
4. Tidak bergerak untuk mendapatkan bola semasa ia menuju kea rah pemain,
iaitu menunggu kedatangan bola.
MENGELAK
Terdapat dua jenis mengelak (dodging) yang biasa digunakan oleh pemain hoki, iaitu
mengelak ke kanan dan mengela ke kiri.
a) Mengelak ke kanan
Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuai digunakan semasa melakukan
kemahiranmengelak ke kanan.
1. Berdiri mengangkang serta kayu hoki berada di tangan dengan badan
membongkok sedikit ke depan.
2. Bola berada di hadapan badan dan di bawah paras dahi.
3. Badan dicondongkan ke kiri dan elakkan semula kekanan.
4. Langkah kaki kiri ke hadapan kaki kanan sambil menolak bola ke kanan dan
ke hadapan serta maju.
8/6/2019 Hoki Final Dini
42/55
LATIHAN.
Kemahiran mengelak ke kanan oleh dilatih dengan menggunkan gerak kerja berikut.
1. Secara peseorangan, mengelak ke kanan tanpa menggunakan bola sambil
berjalan.
2. Secara perseorangan.mengelak ke kana tanpa menggunakan bola sambil berlari
anak.
3. Secara perseorangan.mengelak ke kanan dengan menggunkan bola dengan
bergerak selangkah dua.
4. Secara perseorangan.Mengelak ke kanan dengan menggunakan bola sambil
berlari.
5. Secara berpasangan.Seorang mengelak ke kanan dengan bola dan seorang lagi
menunggu.
6. Secara berpasangan.Seorang mengelak ke kanan dengan bola dan seorang lagi
cuba menghalang.
b) Mengelak ke Kiri
Berikut adalah beberapa panduan yang sesuai untuk kemahiran mengelak ke kiri
1. Berdiri mengangkang dengan kayu di tangan dan badan membongkok ke
depan.
2. Bola berada di hadapan badan dan di bawah aras dahi.
3. Badan dicondongkan ke kanan dan elakkan semula ke kiri.
4. Langkah kaki kanan ke hadapan kaki kiri sambil menolak bola ke kiri dan ke
hadan serta maju.
8/6/2019 Hoki Final Dini
43/55
5. LATIHAN
1. Tanpa bola sambil bergerak selangkah dua, diikuti dengan berjalan, berlari anak
dab berlari biasa.
2. Dengan bola sambil bergerak selangkah dua, diikuti dengan berjalan, berlari
anak dan berlari biasa.
3. Latihan tersebut boleh dijalankan secara
a) Perseorangan dengan menggunakan satu atau beberapa halangan atau
b) Berdua dengan seorang darinya menunggu atau berdua dengan seorang
darinya cuba menghalang.
KESILAPAN
1. Mengelak terlalu awal atau terlalu lewat.
2. Mengurangkan kelajuan apabila menghadap pemain lawan.
Mencondongkan badan kearah yang akan dilakukannmengelak
MENGHALANG ATAU MEREBUT BOLA
Berikut terdapat beberapa panduan yang perlu semasa melakukan kemahiran
menghalang atau merebut bola.
1. Berdiri melangkah dengan kaki kiri berada di hadapan badan.
2. Tangan kanan memegang kayu hoki pada bahagian hujungnya dan bentuk V
yang dibuat oleh ibu jari menghala ke hujung kepala kayu hoki.
3. Tangan kanan berada di bawah tangan kiri sejarak lebih kurang 20cm dengan
tapaknya di bahagian belakag kayu hoki.
4. Mata memandang pada kayu yang dikelecek.
8/6/2019 Hoki Final Dini
44/55
5. Semasa bola berada pada jarak yang sesuai, tangan kiri mengayun kayu hoki
dengan tangan kanan mengawasinya.
6. Kayu hoki hendaklah diayun dengan kuat dan tepat pada sasaran.
8/6/2019 Hoki Final Dini
45/55
LATIHAN
Untuk membolehkan seseorang itu mahir dalam kemahiran menghalang atau merebut
bola, gerak kerja berikut boleh digunakan semasa menjalani latihan.
1. Berdua.Salah seorang pemain cuba menghalang bola yang dikelecek oleh
rakannya.pemain akan cuba menghalang secara
a) Tanpa bergerak
b) Sambil berjalan
c) Sambil berlari anak
d) Sambil berlari pantas.
2. Bertiga.Salah seorang pemain cuba menghalang bola yang dikelecek oleh dua
orang rakannya secara sambil
a) Berjalan
b) Berlari anak
c) Berlari pantas
KESILAPAN
1. Mengenakan bola yang berada di kayu pemain lawan
2. Menerpa kayu hoki kea rah bola dan bukannya menempatkan kayu hoki ke bola
dengan pegangan yang kemas.
3. Bahu kiri tidak mendahului badan.
4. Kayu hoki berada secara bersudut kea rah depan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
46/55
MEMBUAT HANTARAN
Membuat hantaran dalam permainan hoki mempunyai beberapa kemahiran yang
berlainan.Di antara kemahiran tersebut termasuk memukul biasa, membuat pukulan
sudut, membuat tolakan, menguis dan membuat pukulan penalty.
MEMUKUL
Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuia untuk menededahkan kemahiran
memukul.
1. Berdiri dan mengangkang sedikit dengan bahu kiri menghala kea rah penujuan.
2. Kedua-dua belah tangan berada berdekatan, memegang kayu hoki berhampiran
pangkalnya dengan erat.
3. Bahagian rata kayu menghala kea rah kiri badan.
4. Kedua-dua tangan dikilas ke dalam
5. Bola berada di hadapan kaki kiri sejarak yang agak selesa.
6. Kayu dan lengan diayun ke kanan dan berat badan berada di atas kaki kanan.
7. Kayu diayun kembali untuk melakukan pukulan.
8. Semasa memukul bola berat badan ditukar ke kaki kiri.
9. Kayu hendaklah pada setiap masa berada di bawah aras bahu dan mata
hendaklah memandang bola.
10. Selepas memukul, kayu hendaklah dengan segera dilungkupkan dan berada
dalam keadaan ikut terus serta menunjukkan arak bola dengan mata
memandang kea rah bola.
8/6/2019 Hoki Final Dini
47/55
Teknik Teknik memukul
LATIHAN
1. Secara perseorangan.Pemain berlatih memukul tanpa bola
2. Secara perseorangan atau berdua.Pemain berlatih memukul bola tanpa
melangkah.
3. Secara perseorangan atau berdua.pemain berlatih memukul bola dengan
mengambil beberapa langkah
a) Menuju jarak 22 meter dan
b) Dari atas garis D kea rah gol.
4. Mengelecek di sebelah kanan (mendekat) dan juga mengelecek di hadapan di
atas garis D kemudian memukul bola kea rah gol.
KESILAPAN
1. Gagal merapatkan kedua-dua belah tangan
2. Semasa ayunan kea rah belakang, kepala kayu hoki tidak terkawal
3. Kedua-dua pergelangan tangan terlampau kaku semasa menghayun kayu ke
belakang dan juga kea rah depan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
48/55
4. Bola tidak dipukul dengan menggunakan kekuatan tangan kanan.
5. Pegangan kayu tidak kemas menyebabkan ia memutar semasa memukul bola.
MENOLAK
1. Kepentingan kemahiran menolak
Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkan
dengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan serta
merta tanpa disedari oleh pihak lawan.Kemahiran menolak sangat berguna untuk
clearance cepat atau jaringan.Kemahiran ini juga boleh dilakukan daripada
kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak boleh
digunakan.Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan
boleh dilakukan semasa pemain bergerak dengan cepat.Kelebihan strok ini
adalah ia dapat melindungi niat pemain.Ini kerana pemain tidak menggunakan
hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan
menjangka bila dan ke mana bola akan dihantar.
Kemahiran Menolak
8/6/2019 Hoki Final Dini
49/55
2. Mekanik menolak dan butiran mengajar
Pegangan
Tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang dengan
kuat di tengah kayu.
Cara berdiri
Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran.Kaki berjarak untuk mendapat
tapak yang kukuh.Jari kaki kiri menunjuk ke arah sasaran.Strok ini adalah cara
menolak bola dengan kuat di atas tanah.Hayunan tidak digunakan dan
keseluruhan aksi dilakukan dengan pergelangan tangan yang kukuh, dan
pemindahan berat badan daripada kaki ke kaki.Memegang kayu hoki dengan
cara yang sama untuk menggelecek dan menerima bola.Letakkan bola di
sebelah kaki kanan.Letakkan kayu hoki di belakang bola dan menyentuh
bola.Berat badan di kaki belakang .Pastikan kepala berada di atas bola, bergerak
ke hadapan (dengan memindahkan berat badan) ke kaki depan, dan serentak
menolak bola dengan kuat, ikut lajak kayu hoki kearah mana anda hendak bola
bergerak.Pastikan tidak ada bunyi semasa kayu hoki menyentuh bola dan bola
patut bergolek dengan licin di atas tanah.Uangi latihan kemahiran ini sehingga
tolakan menjadi kuat, rata, tetap dan cepat pada masa ia dilakukan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
50/55
3. Kesilapan biasa dan pembetulan
Kesilapan
a) Tidak menolak bola kea rah yang hendak bola bergerak.Kayu hoki membuat
satu arc di hadapan badan.
Pembetulan
Menolak bola kearah ia hendak digerakkan.Kayu hoki bergerak mengikut garisan
di mana kuasa ditumpukan.
Kesilapan
b) Tolakan naik ke udara.Bola terlalu di hadapan kaki depan.Kayu hoki
menyentuh bola dengan bersudut.
Pembetulan
Bola harus bergerak ke atas tanah.
MENGUIT / MENGUIS
1.Kepentingan kemahiran mengui
Untuk menjaringkan gol kemahiran menguit adalah penting kerana ia tidak
Memerlukan pergerakan persediaan untuk menguit bola dengan terkawal.Ia juga
boleh mengelirukan pemain lawan ke mana bola akan dihantar.Kemahiran menguit
8/6/2019 Hoki Final Dini
51/55
adalah sangat berguna untuk melepaskan bola daripada kayu hoki pihak lawan dan
menghantar hantaran jauh kepada pemain forward pasukan anda.
2.Mekanik menguit dan butiran mengajar
Kemahiran menguit adalh strok tolakan yang dinaikkan dan selalu
berpusing.Pegangan dan cara melakukan kemahiran menolak.Persamaan di
antara kedua-dua kemahiran ini ialah pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada
hayunan belakang kerana pergerakan bermula dengan kayu hoki di belakang bola,
memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan ikut lajak yang baik.
Keduduka kayu hoki ketika menguit dan menolak bola
Bola
Letakkan bola di hadapan kaki depan.
Strok
Berat badan berada di kaki belakang sehingga kayu hoki diletakkan di bawah bola,
sebelum berat badan dipindahkan ke kaki depan.Ini akan menyebabkan bola mendapat
peluncuran yang baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan.
8/6/2019 Hoki Final Dini
52/55
Semasa melakukan kemahiran menguit , satu pergerakan putaran yang cepat dengan
pergelangan tangan akan menyebabkan kuitan itu berputar.Strok ini sangat sukar untuk
dikawal olah penjaga gol.
Kayu
Semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke atas sedikit.Putaran
adalah bahagian strok yang paling susah.Bahagian rata kayu hoki melakukan
putaran.Cuba kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh,
sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola, kemudian sebelah bawah bola, sebelah
kiri bola dan akhirnya kuit dengan jari kayu hoki.
3.Kesilapan biasa dan pembetulan
Kesilapan
Tumpuan diberikan kepada menaikkan bola dan tidak kepada tolakan yang kuat.
Pembetulan
Tumpuan patut diberikan kepada tolakan yang kuat ke udara.
9.) PENGADILAN
Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang
penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan.Pengadilan yang
baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan
lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan
hoki:
8/6/2019 Hoki Final Dini
53/55
8/6/2019 Hoki Final Dini
54/55
Rajah 1.9: Isyarat-isyarat pengadil
10.) Sudut penalty
Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan
bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu
dipastikan semasa mengambil sudut penalti adalah:
y Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan
bola mesti biberhentikan di luar kawasan D.
y Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam
kawasan D semasa sudut penalti
8/6/2019 Hoki Final Dini
55/55
y Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol
sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.
y Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada
dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan
bermain.
y Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan
D sehingga bola di tolak masuk.