Author
zak2one
View
232
Download
2
Embed Size (px)
KEMAHIRAN BERMAIN HOKI
MENGGELECEK
Kemahiran asas pertama yang harus diajar adalah
kemahiran menggelecek. Menggelecek adalah cara
mengawal bola bergerak. Ia adalah kemahiran yang
digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain lawan.
Selain itu kegunaan menggelecek ialah :-
· mengekalkan pemilikan bola
· persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol
· mencari ruang dan menukar arah
· menlengahkan masa
Cara-cara menggelecek
1. MENGELECEK LONGGAR
Kemahiran menggelecek ini ( open / loose dribble ) digunakan apabila pemain hendak
menggerakkan bola dengan cepat, dengan tujuan :-
- melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan
- berlari dengan bola ke arah gol
BUTIRAN MEKANIK
Pegangan tangan
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, siku dan
pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki
dengan tapak tangan menghadap keluar.
Badan
Bongkokkan badan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata
Mata memandang bola pada masa tolakan. Pandang ke depan dengan serta merta selepas
tolakan untuk mengkaji situasi permainan.
Bola
Bola hoki harus berada di sebelah kanan dan di depan kaki kanan. Bola tidak harus terlalu jauh
sehingga tidak dapat dikawal atau terlalu dekat sehingga menghalang pergerakan atau
menghadkan penglihatan.
Bola digerakkan ke hadapan dengan ketukan dilakukan oleh tangan kanan.
Kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 darjah ke tanah.
2. MENGELECEK RAPAT
Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia
digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain
samada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan. Mengelecek cara ini
membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak dihadapan kayu. Kelecek bebas ini
membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi menambahkan risiko
bola dirampas oleh pihak lawan. Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan membiarkan bola
bergerak jauh dari kayunya dan menghadapi risiko bola dirampas oleh pihak lawan. Kelecek
bebas juga digunakan untuk melepasi lawan yang berada dalam keadaan pegun dengan
menolak bola melalui celah dan keliling kaki lawan ke tempat lapang dan menggunakan
kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola. Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di
tempat lapang untuk bergerak pantas dengan bola seperti seorang penyerang bergerak ke
sasaran yang lapang.
BUTIRAN MEKANIK
1. Pegangan Kayu:
Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri memegang
kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola saja.
2. Bola:
Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan. Bola hendaklah di
hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan mengganggu pergerakan dan
jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya.
3. Kaki dan Badan:
Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola.
Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri. Kaedah ini menggalakkan seseorang
pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat mengatasi kawasan
permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat
kehadapan semasa ia berlari dan menggelecek bola.
3. MENGELECEK CARA 'INDIA' (INDIAN DRIBBLE)
Kelecek cara ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan hoki. Pemain-
pemain yang dapat menguasainya akan memperolehi kepuasan dan berupaya bertindak
cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanya seorang pemain menunjukkan kelecek 'India'
yang 'cantik' sekiranya tiada pemain lawan yang berhampiran. Pemain-pemain mestilah
melaksanakan kelecek India di hadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan
ke belakang melintang badan dan dengan cara silih berganti memainkan bola menggunakan
hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu belakang dan ke hadapan ke
atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri
untuk melakukan ketukan untuk menukar arah gerakan bola.
BUTIRAN MEKANIK.
1. Pegangan Kayu:
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan ke luar
sambil buku jari tangan kiri pandangkan badan pemain. Tangan kanan memegang
kayu di bawah sedikit. Tangan kiri memusing kayu sambil tangan kanan
membantunya sahaja.Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu de ngan meluncur bola.
2. Bola:
Bola hendaklah berada lebih kurang 30cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudian ditolak ke kaki
kiri dan apabila bola sampai. Kayu meluncurkan bola dan tariknya balik kepada kaki kanan.
3. Kaki dan Badan:
Kedudukan kaki adalah kangkang dan badan dibongkokkan ke hadapan dengan bola lebih
kurang 60cm di depan. Pada awalnya gerakan bola dari kanan ke kiri adalah secara perlahan
dan kemudiannya secara pantas. Jika kaki kanan di hadapan maka bola berada di kanan dan jika
kaki kiri bergerak ke hadapan maka bola ditarik ke kiri juga. Seorang pemain harus ingat,
bahawa bola mestilah di hadapannya semasa bergerak dan badan pula condong ke depan. Kayu
sentiasa berhampiran dengan bola dan ini membolehkan pemain mengawal bola pada setiap
masa.
MANUAL LATIHAN
Mengelecek longgar
Memanaskan badan.
a. - Berjogging dari garisan 25 ela ke garisan 50 ela dan ulangi latihan ini sebanyak tiga kali.
- Berlari anak dengan menggunakan kelajuan yang sama tetapi bergerak mengikut arahan.
- Lari skip lari sisi jog lari ke belakang dan diulangi sebanyak tiga kali.
b. - Kalistenik untuk melonggarkan otot dan sendi.
- Regang tengkuk ( tangan bawah dagu tolak ke atas. Tangan atas kepala tekan ke bawah.
Tangan di kanan dagu tolak ke kiri dan tangan di kiri dagu tolak ke kanan untuk kelembutan
sendi tengkuk.)
- Regangan bahu
- Regangan tangan
- Regangan pinggang ( memutarkan pinggang)
- Regangan badan ( bongkokkan dan luruskan badan )
- Melonggarkan otot quadericeps dan hamstring.
- Memutarkan pergelangan kaki.
- Angkat tumit bertubi-tubi.
Aktiviti Ansur Maju
a.Pemain berjalan biasa tanpa bola sambil mengele cek dengan menggunakan kayu hoki dalam
garisan yang lurus.
A
b. Secara individu pemain berjalan secara biasa sambil menggelecek bola
dengan kayu hoki, diikuti dengan berlari perlahan-lahan.
A
a. Menggelecek melalui halangan sebaris.
A X X X
d. Dalam kumpulan empat pemain sepasukan, dua pemain dari setiap
kumpulan berdiri di hujung kawasan bermain.
A3 A1 A2 A4
B3 B1 B2 B4
Pemain pertama daripada setiap kumpulan ( A1 ,B1) menggelecek bola hoki kepada pemain
kedua dalam pasukannya ( A2, B2). Pemain kedua kemudian menggelecek bola hoki kepada
pemain ketiga ( A3, B3) dan pemain ketiga menggelecek kepada pemain keempat ( A4 B4 ).
Litar latihan mengelecek.
Indian Dribble
KAWALAN DAN GELECEK
Figure 1: Kedudukan bola tidak jauh dari kayu,pandangan kearah depan dan bola
Figure 2: Menggunakan badan untuk menghalang pihak merampas bola
Figure 3: Mengawal bola dekat dengan kayu untuk elak dirampas oleh pihak lawan
Figure 4 : Menggunakan 'reversed stick ' untuk kawal bola disebelah kanan badan
Figure 5 : Kedudukan badan antara bola dan pihak lawan boleh elak bola dirampas
Figure 6 : Kegunaan 'reversed stick' semasa elak dari pihak lawan
Figure 7: Mengawal bola menggunakan sebelah tangan
Figure 8 : Mata pada bola semasa mengawal dan mengelecek bola ke kiri dan ke kanan
Figure 9: Mengelak dan melarikan diri dari halangan pihak lawan.
Indian Dribble