24

Click here to load reader

HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hbml 4303

Citation preview

Page 1: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 1

Topik 1 Pengenalan Konsep 5P PENGENALAN Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu (kini Bahasa Malaysia) ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah Rberperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. R berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat; Rberperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama dengan satu wawasan. Rmempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi ó bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Rmenyediakan murid dalam menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa yang betul dan tepat. Rmurid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran ber_kir secara kritis dan kreatif. penekanan kepada nilai-nilai murni, semangat patriotik dan RStrategi pengajaran dan pembelajaran itu perlu berlandaskan kepada penyepaduan Konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian KONSEP 5P RKonsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah-sekolah Rmerupakan satu saranan supaya bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu. Rsemua elemen dalam Konsep 5P dijalankan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Rterdiri daripada strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program pengayaan dan pemulihan. PENGGABUNGJALINAN ó proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. ó untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti Tujuan RTujuan strategi penggabungjalinan mengikut adalah seperti yang berikut: ó Kemahiran berbahasa dapat dikuasai secara serentak, iaitu kemahiran lisan, yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. ó Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan kerana guru dapat mempelbagai kaedah dan teknik P&P. ó Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi, kemahiran guru dalam cara penyampaian secara individu yang berbeza daripada guru lain. ó melibatkan pelbagai kemahiran, iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis serta kemahiran tersendiri yang dimiliki oleh guru dalam cara penyampaian. ó melibatkan ramai pelajar. Prinsip-prinsip R mempunyai empat prinsip utama yang perlu dipatuhi mengikut R Empat prinsip utama tersebut adalah seperti berikut: óPrinsip pertama - ialah penggabungjalinan yang dilakukan mestilah mudah ubah serta bergantung kepada matlamat dan objektif P&P yang hendak dicapai. RPrinsip kedua - guru mesti mengetahui apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. R Prinsip ketiga - guru mestilah merancang kemahiran fokus dan sampingan dengan baik. R Prinsip keempat - penggabungjalinan yang dilakukan oleh guru

mestilah berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar. Bentuk-bentuk Penggabungjalinan Rpenggabungjalinan turut terdiri daripada tiga bentuk, iaitu: ó Penggabungjalinan Kemahiran Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, guru perlu mengajar kemahiran mendengar dan bertutur, iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. ó Penggabungjalinan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ini ditunjukkan dalam Ketika guru mengajar mata pelajaran lain seperti Muzik dan Pendidikan Seni, selain daripada menggabungjalinkan kemahiran muzik dan seni, guru turut menggabungjalinkan kemahiran bahasa ketika menyampaikan pengajaran. (b) Penggabungjalinan Aktiviti ó menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Rancangkan penggabungjalinan itu dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik, contohnya: R Berceramah - mencatat isi R Bercerita - berbincang - menulis karangan R Membaca - mengesan isi - mengulas - menulis ulasan ó lisan berceramah misalnya, aktiviti penulisan, iaitu dengan mencatat isi-isi penting dapat digabungjalinkan. ó aktiviti lisan bercerita, perbincangan dan seterusnya aktiviti penulisan dengan menulis karangan dapat dilakukan oleh murid-murid. ó aktiviti membaca penggabungjalinan aktiviti membaca lain, iaitu mengesan isi dengan aktiviti lisan, iaitu mengulas isi tersebut dan ó aktiviti penulisan, - menulis ulasan berdasarkan isi-isi yang diperkatakan. Penggabungjalinan Bahan ó memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. ó terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian pelajar. (i) Berita - ulasan (ii) Iklan - surat permohonan - temu duga - surat jawapan PENYERAPAN Apa pula yang dimaksudkan oleh proses penyerapan? Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar Aspek-Aspek Penyerapan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) - penyerapan R boleh dilihat dalam empat aspek, iaitu aspek pembelajaran, aspek komunikasi, pengetahuan atau isi pelajaran dan nilai murni. Mari kita teliti satu persatu keempat-empat aspek tersebut dengan terperinci RAspek Pembelajaran ó membantu murid-murid untuk menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan; membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan; meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati; memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu; membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif; dan meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. RAspek Komunikasi ó dapat membantu murid-murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks; memahami dan menerima serta mengamalkan aspek-aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri; dan menguasai serta mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

Page 2: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 2

R Aspek Pengetahuan atau Isi Pelajaran ó meliputi bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. RPenyerapan pengetahuan am - hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri pula dilakukan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan mata pelajaran lain yang tidak mengajar topik tersebut. Begitu juga dengan penyerapan topik hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan. R Aspek Nilai Murni ó boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai-nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. ó boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid-murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. PENILAIAN ó merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. ó Dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran Jenis Aktiviti Penilaian ó terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu Rpenilaian mengesan penguasaan; dijalankan ketika guru berada di dalam bilik darjah. ó mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran matematik yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta R penilaian mengesan kemajuan; ó dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. ó bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran- kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Rpenilaian mengesan pencapaian ó dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. óTujuan penilaian ini diadakan adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing. Jenis Penilaian penilaian mengesan pencapaian boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif (a) Penilaian Formatif ó melibatkan penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. ó Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. ó menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan dengan segera sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. ó bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya boleh menjadi alat dorongan untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar. Semasa melakukan penilaian formatif secara tak formal, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang berikut: R Menentukan unit atau tajuk pembelajaran; R Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki; R Menyusun perkara-perkara yang akan diuji dalam unit; R Membina item-item ujian; dan

R Mengesyorkan langkah-langkah pemulihan, pengukuhan dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan. (b) Penilaian Sumatif ó mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. ó guru dapat menentukan setakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. ó dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas-pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan. Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil. PENGAYAAN ó sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan. ó disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. ó Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas kerana diberikan kepada murid-murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid-murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu ( Objektif Objektif program pengayaan :- R Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu yang lain; R Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka; R Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri; (d) Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan; dan R Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. Prinsip Perancangan Program Pengayaan ó mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan Antaranya adalah seperti yang berikut: RMenggunakan daya usaha sendiri; RMembuat kerja sendiri dan hasilan kendiri; RMemberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental; RMenggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah; RMelibatkan pembacaan luas; dan RMemberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial. ó program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti iaitu: RPembelajaran akses kendiri; RKerja projek; RBacaan tambahan; RPermainan dan rekreasi; dan R Pembelajaran menggunakan komputer. óPembelajaran akses kendiri boleh dijalankan óKertas projek melibatkan sesuatu topik yang diberi oleh guru dan murid-murid menulis tentang topik tersebut, contohnya penyediaan buku skrap. óBacaan tambahan berkenaan sesuatu topik dilakukan oleh murid-murid dengan merujuk internet atau pergi ke perpustakaan. ó aktiviti permainan dan rekreasi berkenaan topik yang diajar oleh guru dilaksanakan untuk menambah pengetahuan murid-murid tentang sesuatu topik. ó aktiviti penulisan karangan tentang permainan tradisional. óAktiviti pembelajaran berasaskan komputer - melibatkan penggunaan CD ROM, program komputer dan sebagainya serta bahan yang dimuat turun daripada internet berkenaan topik yang diajar oleh guru. PEMULIHAN ó Program pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran.

Page 3: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 3

ó pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). ó Murid-murid pemulihan perlu diberikan pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali ( Objektif Antara objektif program pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid-murid: R Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka; R Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; R Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru; R Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke R R Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; R Membina, memperoleh dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; dan R Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Topik 2 - Strategi dan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran PENGENALAN ó Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. ó Strategi melibatkan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan cara yang berkesan. ó Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan pencapaian objektifnya secara optima. ó Untuk melaksanakan langkah-langkah penyampaian yang telah dirancangkan dengan licin dan berkesan, guru harus memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik berdasarkan mata pelajaran, objektif pelajaran, isi pelajaran, langkah-langkah mengajar, peruntukan masa, kebolehan murid-murid serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada. R Strategi pengajaran dan pembelajaran itu ialah mediatif, direktif, generatif, kolaboratif, koperatif, kontekstual, masteri dan belajar cara belajar. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan pula ialah deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif ó kriteria-kriteria tertentu untuk memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh di gunakan. Kriteria-kriteria tersebut terdiri daripada tujuh criteria, iaitu: R merujuk kepada mata pelajaran yang akan diajar. Misalnya, strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, direktif, generatif, kolaboratif, koperatif, kontekstual, masteri dan belajar cara belajar serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif untuk mata pelajaran bahasa Malaysia; R berdasarkan kepada objektif pelajaran; R berdasarkan kepada kebolehan murid-murid; R berdasarkan kepada jenis aktiviti pelajaran yang akan diajarkan; R berdasarkan kepada aktiviti pembelajaran murid- murid; R berdasarkan kepada prinsip bersepadu; dan R merangkumi akses kendiri STRATEGI PENGAJARAN ó Terdapat enam strategi pengajaran yang sesuai digunakan ketika mengajar bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah Strategi Pengajaran Mediatif ó.Mediatif bermaksud penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran ó Media yang digunakan dalam strategi ini ialah media cetak dan yang terkini ialah media elektronik melalui penggunaan komputer dan internet. ó penggunaan surat khabar untuk mengajar mata pelajaran tertentu, misalnya program Akhbar Dalam Darjah (ADD). ó Media elektronik melalui penggunaan komputer pula misalnya buku elektronik yang digunakan untuk menggantikan buku teks dalam bilik darjah. Dengan penggunaan buku

elektronik, seorang murid boleh membaca bahan pelajaran dari satu topik ke topik yang lain bergantung kepada tahap kebolehannya. ó strategi mediatif ini sesuai digunakan untuk aktiviti dialectical reasoning, iaitu memberi penjelasan tentang penggunaan struktur tatabahasa sesuatu teks, misalnya dengan menggunakan media cetak, iaitu akhbar Berita Harian. ó perbincangan terbuka tentang sesuatu isu, misalnya dalam aktiviti penulisan karangan jenis pendapat, murid- murid berbincang untuk mengenal pasti isi-isi penting karangan itu secara berkumpulan sebelum menulis karangan itu ( ó boleh digunakan untuk topik-topik lain, iaitu pemahaman, membina ayat, membetulkan kesalahan ayat, merumuskan karangan dan sebagainya. Strategi Pengajaran Direktif ó Direktif bermaksud arahan. Arahan yang dimaksudkan di sini ialah arahan yang diberi oleh guru ó hanya berpusatkan guru semata-mata kerana murid-murid perlu mendengar dan mengikut arahan yang diberi oleh guru ó Fokus pengajaran adalah kepada kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan (termasuk mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia. ó menerangkan dan melakukan demonstrasi tentang topik pelajaran yang diajar terlebih dahulu sebelum memberi murid-murid soalan- soalan latih tubi dan latihan kecekapan. ó strategi ini sesuai untuk topik tatabahasa. Contohnya membina ayat berdasarkan perkataan, pengimbuhan dan kata ganda. Guru yang mengajar akan menerangkan terlebih dahulu maksud perkataan, jenis-jenis imbuhan dan kata ganda dalam bahasa Malaysia sebelum mengarahkan murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. Strategi Pengajaran Generatif ó Strategi pengajaran ini melibatkan kaedah pemudahcaraan dan sumbang saran. ó fokus utamanya diberi kepada kaedah pemudahcaraan. Ketika melaksanakan strategi pengajaran ini, guru menyediakan soalan bermasalah dan murid-murid diberi pilihan penyelesaian yang sesuai. ó Guru pula akan membantu murid- murid di sepanjang proses penyelesaian masalah itu. ó berpusatkan guru kerana guru menyediakan soalan bermasalah untuk diselesaikan oleh murid-murid. ó juga turut berpusatkan murid-murid kerana mereka menetapkan pilihan dalam penyelesaian masalah dengan bantuan daripada guru Strategi Pengajaran Kolaboratif ó Kolaboratif bermaksud kerjasama erat antara dua pihak atau lebih. Strategi ini menitikberatkan kaedah projek dan sumbang saran dan berpusatkan murid-murid sepenuhnya. ó membahagikan murid- murid kepada kumpulan tertentu dan bertindak sebagai fasilitator. Murid-murid menetapkan objektif pembelajaran dan peranan masing-masing dalam kumpulan yang dibentuk. Murid-murid juga bertindak mengurus sesuatu projek secara berkumpulan dengan merujuk kepada guru jika ada masalah Strategi Pengajaran Koperatif ó strategi pengajaran koperatif berpusatkan kedua-dua pihak, iaitu murid- murid dan guru-guru. ó Koperatif bermaksud kerjasama, iaitu kerjasama antara murid-murid dalam bilik darjah. Strategi ini dimulakan dengan guru mengajar sesuatu topik. Setelah selesai, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. ó Selepas selesai sesi perbincangan, ujian diedarkan oleh guru untuk mengesan kemajuan atau pencapaian murid-murid dalam setiap kumpulan. Guru akan memberi peneguhan sosial kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang ( ó strategi pengajaran ini boleh digunakan untuk mengajar topik penulisan karangan berformat dan karangan berdasarkan bahan rangsangan. Strategi Pengajaran Kontekstual ó Strategi ini menekankan pengajaran berdasarkan konteks tertentu, iaitu isi pelajaran yang dirancang berasaskan kurikulum dan objektif pelajaran yang ditentukan.

Page 4: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 4

ó menggabungjalinkan isi pelajaran berasaskan KBSR dan KBSM dengan pengalaman harian murid-murid di sekolah dan alam sekitar. ó melibatkan aktiviti hands on dan minds on, iaitu secara kerja praktik. Di samping itu, strategi ini melibatkan pelbagai kemudahan seperti bilik darjah, makmal, alat bantu mengajar dan alam sekitar. ó dihuraikan berdasarkan akronim REACT. Relating (menghubungkait), iaitu aktiviti pembelajaran menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman murid-murid. Experience (mengalami), iaitu aktiviti pembelajaran melalui inkuiri, penerokaan, penemuan dan reka cipta. Applying (mengaplikasi), iaitu aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk pelbagai situasi nyata. Cooperating (bekerjasama), iaitu pembelajaran secara kerjasama melalui aktiviti kumpulan. Transferring (memindahkan), iaitu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk situasi baru ó boleh mengajar latihan tatabahasa, iaitu membina ayat berdasarkan perkataan atau mengenal pasti perkataan tertentu seperti kata majmuk berdasarkan teks dengan membawa murid-murid ke makmal bahasa. Guru juga boleh mengajar topik menulis karangan keperihalan dan karangan jenis laporan dengan membawa murid-murid melawat ke satu destinasi menarik. PENDEKATAN PENGAJARAN ó Pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran secara keseluruhannya dalam bilik darjah. ó seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid agar suasana pembelajaran lebih sempurna, menarik dan berkesan. Oleh itu, guru digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti dan memilih bahan-bahan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid-murid (Juriah Long, et al.1992:34). ó terdapat empat pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru, iaitu pendekatan deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif. Pendekatan Pengajaran Deduktif ó pendekatan deduktif memperlihatkan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisisa hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh yang konkrit (Kamarudin Haji Husin, et al.1997:22-24). Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti yang berikut: RMempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum; R Satu proses penaakulan yang tinggi seperti dalam pendekatan induktif; R Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum; R Menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi; dan R Membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik. ó ciri-ciri pendekatan deduktif pula adalah seperti berikut: R Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperoleh dan bukan pembentukan kebiasaan; R Bersifat idealisionalisme untuk mendapatkan ilmu pengetahuan; R Permulaaannya daripada keseluruhan yang dipermudah kepada keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya; R Struktur isi (pembelajaran) dan kognitif dapat memudahkan pembelajaran; R Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal; R Memulakan pengajaran dengan mengemukakan contoh dan kemudian diikuti dengan teori; R Pendekatan ini selaras dengan linguistik tradisional dan transformasi generatif; dan R Menekankan aspek penulisan berbanding dengan kemahiran yang lain. ó prinsip penggunaan pendekatan deduktif. R Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan; R Pelbagai hipotesis atau penyelesaian dikemukakan. Generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit, iaitu jelas, tepat dan mudah. Data dikumpul dengan cara sistematik; R Perkara atau hubungan dalam data tersebut dicari; R Guru dan murid boleh mengemukakan contoh; R Latihan yang diberi perlulah beraneka jenis, konteks, dan situasi;

R Contoh yang diberi hendaklah betul dan pelajar meniru contoh dan menghafalnya kemudian membentuk contoh-contoh lain melalui latih tubi; R.Latihan tidak seharusnya memakan masa yang panjang; R Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada; R Keputusan digunakan untuk menyelesaikan masalah situasi semasa; R Pemahaman generalisasi haruslah dinilai dengan meminta pelajar menggunakan generalisasi dalam situasi yang serupa; dan R Peningkatan kognitif yang akan dilaksanakan adalah dengan mengemukakan generalisasi, menganalisa konsep dan mencuba generalisasi tersebut. RMerancang

ó mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai ó menyediakan contoh yang sesuai dan mencukupi ó Menstruktur isi pelajaran dengan baik ó Membantu membuat generalisasi untuk memudahkan

pembelajaran ii. Melaksanakan aktiviti ó memulakan pelajaran dengan generalisasi ó generalisasi berupadefinisi/konsep/peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelajaran ó utamakan pemahaman murid ó murid-murid menenruskan pembelajaran berdasarkan genaralisasi ó penerangan dilanjutkan dengan contoh ó murid-urid mencuba membuat genaralisasi ó muird-murid boleh memberikan ilustrasi dan contoh. iii. Menilai aktiviti ó meluhat keberkesanan pg-pb ó menulis refleksi ó membuat pengayaan- murid murid yang bagus ó membuat pemulihan – murid lemah Langkah-langkah pengajaran deduktif Terdapat tiga langkah kesemuanya, iaitu: R Menentukan masa pengajaran, kelas, bilangan pelajar, umur pelajar, perkara, tajuk, bidangan bahasa yang akan diajarkan, aspek atau penggabungjalinan dan penyerapan, pengetahuan sedia ada dan objektif; R Menentukan struktur kognitif, iaitu isi, yang diceraikan atau dipecah- pecahkan kepada beberapa komponen dan disusun semula mengikut urutan yang sesuai agar pelajar mudah memahaminya; dan R. Penentuan kebolehan kognitif dapat dilakukan dengan melibatkan pemberian maklumat atau peraturan-peraturan pada awal bahagian pengajaran. Dalam pengajaran melalui pendekatan deduktif, guru boleh mengemukakan generalisasi kemudian menganalisis konteks dan akhirnya guru mencuba generalisasinya. Selain langkah-langkah di atas, prosedur yang berikut boleh digunakan oleh guru, iaitu: i. Peringkat awal generalisasi ó tidak mendedahkan perkara yang hendak diajar ó Menegaskan tujuan pengajaran ó memberikan tajuk pelajaran ó Memberikan rangka kasar seluruh idea ii. Peringkat mengemukakan generalisasi ó dilakukan dalam langkah pertama pg. ó menerangkan peraturan/rumus-rumus/pengertian yang berbentuk hokum ó penerangan jelas ó Gunakan carta untuk memperjelaskan struktur iii. Peringkat menganalisis konsep ó biasanya dilakukan dalam langkah kedua ó berikan contoh-contoh ó wujudkan pelbagai aktiviti dan situasi- untuk meningkatkan pemahaman terhadap isi pelajaran yang disampaikan ó guru menggunakan teknik , bbm yang tertentu. iv. Peringkat mencuba generalisasi ó diajakankan dalam bentuk aktiviti kumpulan ó boleh melihat kebolehan pelajar ó Boleh menjalankan aktiviti gerak kerja bertulis/latihan yang dapat menggambarkan penguasaan kemahiran murid/ ó. Peringkat penutup ó Membuat kesimpulan

Page 5: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 5

ó Aktiviti tambahan sebagai pengukuhan ó latihan tambahan yang difikirkan perlu Pendekatan Pengajaran Induktif ó satu pendekatan pengajaran bahasa yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, murid-murid tidak diajarkan sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran tersebut tetapi mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. ó Selepas itu mereka akan mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu bab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru akan mengumpulkan contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana sesuatu itu bekerja dan berfungsi, dan membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai ó lebih terkenal sebagai pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu pengajaran dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. ó menggunakan kaedah pencarian atau discovery method yang melibatkan proses memperhatikan, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. ó dalam pendekatan ini guru akan berbuat seperti yang berikut, iaitu guru tidak digalakkan: RMemberi de_nisi; RMenerangkan peraturan-peraturan; RMenerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan; dan RMemberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran. Namun demikian, guru boleh: RMengemukakan soalan; RBertanya; RBerbincang; RMemperhatikan; RMengkaji; dan RMemberikan contoh-contoh. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru bolehlah membuat kesimpulan. ó Konsep pendekatan induktif pula dapat dijelaskan melalui perincian yang berikut: RMempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum; RMemperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman; RMengumpulkan maklumat untuk membentuk hukum; RMembentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu; RMendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran; RMembuat justi_kasi daripada yang spesi_k (khusus) kepada yang umum; dan R. Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan umum daripada fakta-fakta atau contoh-contoh tertentu. ó Ciri-ciri pendekatan induktif adalah seperti yang berikut: RBermatlamatkan pembentukan kebiasaan; RMenggunakan pengantara deria (pengalaman deria) untuk memperoleh pengetahuan; RMementingkan kekerapan ulangan beraneka konteks dan situasi untuk menguasai sesuatu kemahiran; RMenekankan kepada pengajaran yang berbentuk konkrit; RSelaras dengan linguistik struktural. Pengajaran tatabahasa menurut analisis struktural; RMemberikan murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru; RMenekankan penglibatan pelajar secara aktif; R Bersifat saintifik yang mampu menyediakan satu situasi pengajaran yang menarik; RMenekankan aspek lisan; dan RMenggunakan model, iaitu contoh kepada generalisasi. ó prinsip yang dianggap penting dan utama. Antaranya termasuklah: RDalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru perlulah menyediakan satu struktur isi (struktur kognitif) yang hendak disampaikan. Berdasarkan bahagian-bahagian isi yang saling berkaitan yang telah disediakan dalam satu struktur itu, guru

bolehlah menyusun satu turutan langkah-langkah penyampaian yang logik bagi memudahkan pemahaman pelajar; R Satu strategi penyoalan haruslah disediakan supaya guru dapat membantu murid-murid membentuk konsep-konsep dengan jelas dan mudah, dan seterusnya membuat generalisasi yang sesuai; R Kemahiran-kemahiran intelektual yang akan terlibat ialah pembentukan konsep, membuat generalisasi (interpretasi) dan mencubakan generalisasi tersebut (aplikasi); R harus merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan pelajar belajar secara aktif dan melibatkan diri sepenuhnya; R perlu menyediakan bahan bantu belajar untuk mewujudkan satu bentuk pembelajaran secara konkrit; R Contoh- yang dipilih - sesuai dan mencukupi; R Contoh-contoh tidak seharusnya datang daripada guru sahaja, tetapi murid- murid juga haruslah boleh dan digalakkan mengemukakannya; R Bantuan dan bimbingan guru adalah diperlukan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku; dan R Pengajaran harus didasarkan kepada proses pemikiran induktif yang melibatkan kegiatan-kegiatan mencari, memperhati, mengkaji, mengemukakan contoh-contoh dan sebagainya pada awal pengajaran. Prosedur pendekatan induktif melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Hal-hal yang terlibat ialah struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. ó Prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut: (a) Peringkat pendedahan R mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung; R menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa; R dilakukan pada peringkat set induksi, iaitu bahagian permulaan pengajaran; R menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini, seboleh-bolehnya guru: jangan menerangkan objektif; jangan menerangkan peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan; dan sebagainya pada permulaan pengajaran; dan R Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada (PSA). (b) Peringkat pembentukan konsep R Pembentukan konsep melalui contoh-contoh yang dikemukakan; R Mendengar ayat yang dibina oleh murid; R Mendengar ayat yang dibina oleh guru; R Lakukan beberapa usaha untuk pelajar menguasai pelajaran; dan RGuru memandu pelajar langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh. (c) Peringkat mencuba generalisasi R Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis; dan R Pelajar diberikan latihan dalam kumpulan; (d) Peringkat penutup R menutup pengajarannya; R membuat rumusan berdasarkan topik yang diajarnya; dan R . Murid-murid diberi aktiviti susulan sebagai pengukuhan. Pendekatan Pengajaran Eklektik ó Pendekatan eklektik ialah gabungan antara beberapa pendekatan yang sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pencapaian. ó Pendekatan ini biasanya diambil daripada pelbagai ciri yang baik dan ini akan meyakinkan murid- murid. Sifat pendekatan ini juga luwes dan mudah ubah (Kamarudin Haji Husin, 1991:37). Pendekatan eklektik terbentuk hasil daripada gabungan pendekatan induktif dengan deduktif . Pendekatan Pengajaran Komunikatif Secara dasarnya, pendekatan komunikatif ini memfokuskan pelajar. Prinsip pendekatan komunikatif menekankan perkara-perkara yang berikut: RMurid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya; RPengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; RPengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; dan RMempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Page 6: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 6

ó berpusatkan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan lain-lain aktiviti berkomunikasi yang diperlukan dan berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. ó menekankan kepada penyerapan bentuk- bentuk gramatikal, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan sebagainya bagi tujuan berkomunikasi. Dengan perkataan lain, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan tentang kegunaan bahasa serta penggunaannya. ó Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin, et al. 1998:38-40). ó pendekatan komunikatif mempunyai kaitan dengan komunikasi. ó memberi penekanan kepada penguasaan aspek lisan dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Hal ini dilakukan sebelum seseorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. PEMBELAJARAN MASTERI Konsep Pembelajaran Masteri ó didefinisikan sebagai pembelajaran penguasaan. Perkataan masteri berasal daripada bahasa Inggeris yang mempunyai erti kepakaran atau mampu menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap. ó Berdasarkan huraian ini, pembelajaran masteri boleh didefinisikan sebagai kepakaran dalam pembelajaran ketika menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ó pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid-murid menguasai apa yang diajar serta mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan. óTujuan pembelajaran masteri adalah untuk mendapat maklum balas terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian bagi meningkatkan keberkesanannya. ó memberi bantuan dan masa yang diperlukan oleh murid-murid mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan. Strategi pengajaran/ pembelajaran terdiri daripada empat langkah yang berikut: R Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah mereka didedahkan kepada proses pengajaran/pembelajaran. Objektif pelajaran eksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian; R Beri pendedahan kepada murid-murid tentang kaedah dan teknik mengajar yang berkesan serta penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai; R Lakukan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid-murid selepas aktiviti P&P; dan R Laksanakan aktiviti pemulihan untuk murid-murid yang belum menguasai kemahiran yang diajarkan sepenuhnya. Berikan aktiviti pengayaan untuk mereka yang telah mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. BELAJAR CARA BELAJAR ó Pendekatan ini menekankan isi pelajaran harus dirancang berasaskan kepada pembelajaran pelajar dan bukannya pengajaran seseorang guru. Ini bermakna, perancangan pengajaran dan pembelajaran harus berasaskan strategi pemusatan murid-murid dan bahan di samping penggunaan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti Strategi Pemusatan Pelajar ó Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau secara individu. Kaedah yang bersesuaian untuk strategi pemusatan pelajar ini ialah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbang saran ó ciri-ciri strategi ini adalah seperti yang berikut:

R Murid-murid mempunyai peranan yang penting manakala guru hanya pemimpin yang membimbing murid-murid dalam aktiviti pembelajaran; RKomunikasi antara murid-murid dan guru adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid-murid supaya berfikir sebelum memberi jawapan; R Guru bersikap demokratik kerana murid-murid digalakkan mengemukakan pendapat. Guru kerap menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti P&P; (d) Strategi P&P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid- murid; R Perkembangan murid-murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani; RUjian formatif diutamakan dan keputusan ujian digunakan untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid; R Pengajaran ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna agar murid- murid memahami fakta-fakta yang disampaikan serta berupaya membuat rumusan; RTerdapat banyak peluang interaksi antara murid-murid, iaitu tolong- menolong, bekerjasama dan bertolak ansur; R Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan serta memberi tumpuan kepada perbezaan murid-murid dari segi minat dan kebolehan; dan R Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Strategi Pemusatan Bahan ó bahan pelajaran yang digunakan untuk P&P terdiri daripada dua jenis, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. ó Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen, projektor, komputer, laptop serta LCD. Bahan pembelajaran pula digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. ó Bahan-bahan pembelajaran ini terdiri daripada buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat uji kaji dan komputer ó memainkan peranan yang penting dalam proses P&P. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan. Murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru. Antara kaedah yang sesuai untuk strategi ini ialah kaedah audiovisual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video Topik 3 Kaedah, Teknik Pengajaran dan Kepelbagaian Sumber PENGENALAN ó Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. ó Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. ó teknik pula adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah dan digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. óTeknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985:3-4). KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Pendekatan pengajaran bahasa wujud berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Berdasarkan pendekatan tersebut terdapat prosedur-prosedur mengajar yang dikenali sebagai kaedah pengajaran. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Tegasnya, kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Maklumat yang terperinci tentang kaedah pengajaran digambarkan berdasarkan yang berikut:

Page 7: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 7

Kaedah Nahu Terjemahan ó merupakan kombinasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kaedah nahu dan kaedah terjemahan. Menurut kaedah nahu, tatabahasa diajarkan secara formal dengan kumpulan perkataan. Perkataan-perkataan itu kemudiannya disusun mengikut peraturan nahu atau tatabahasa yang telah diajarkan. ó Dengan perkataan lain, pengetahuan tentang nahu atau tatabahasa lebih dipentingkan daripada latihan mengaplikasikannya. Kaedah terjemahan dalam pengajaran bahasa mengandungi latihan-latihan terjemahan teks yang disusun mengikut aras kesukarannya. Kaedah ini mengutamakan penterjemahan baris demi baris dalam teks. Oleh sebab kaedah nahu terjemahan ini adalah kombinasi antara kaedah nahu dan kaedah terjemahan, maka ciri-cirinya ialah tatabahasa atau nahu yang tepat amat dipentingkan dalam pengajaran; perbendaharaan kata bergantung kepada teks yang dipilih; pengajaran bermula dengan peraturan-peraturan bahasa, perbendaharaan kata secara terasing, paradigma dan terjemahan; perbendaharaan kata dibahagikan kepada beberapa senarai perkataan untuk dihafal; terdapat perkaitan dari segi perbendaharaan kata dalam setiap topik yang diajarkan; sebutan tidak diajarkan langsung, jika adapun terhad kepada bahagian pengenalan sahaja; dan nahu dihafal dalam bentuk unit-unit yang selalunya termasuk ayat-ayat contoh Kaedah Bacaan ó sesuai sekiranya matlamat pengajaran dan pembelajaran hanya semata-mata untuk memperoleh kemahiran membaca sahaja. ó sesuai digunakan jika dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu aktiviti yang diutamakan ialah bacaan serta diikuti oleh latihan-latihan kefahaman. ó Teks-teks bacaan yang disediakan berdasarkan kaedah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian itu didahului dengan senarai perkataan- perkataan yang akan diajarkan melalui konteks, terjemahan ataupun gambar. ó Apabila murid-murid sudah mencapai tahap kemahiran yang baik khususnya daripada segi perbendaharaan kata, mereka akan diberikan bacaan tambahan yang lebih panjang seperti cerita dan novel yang dipermudahkan untuk meluaskan perbendaharaan kata. ó Murid-murid juga digalakkan menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan yang sukar .Guru-guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar, objek dan lain-lain yang bersesuaian. Guru tidak semestinya mahir dalam bahasa yang diajarkannya khususnya dari segi kemahiran bertutur dan menulis ketika menggunakan kaedah ini. Setelah selesai mengajar, guru boleh memberi latihan- latihan terjemahan untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid. Kaedah Terus ó Kaedah terus merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran seseorang dalam menguasai bahasa pertama secara natural. ó bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Bahasa lisan turut diutamakan kerana perkataan yang diajar ialah perkataan yang digunakan sehari-hari. Tatabahasa tidak diajar secara langsung tetapi melalui situasi atau keadaan. Kaedah ini juga memerlukan penggunaan pelbagai alat bantu mengajar ó mengutamakan kemahiran bahasa, bukannya pengetahuan tentang bahasa. Oleh itu, guru yang mengajar dengan

menggunakan kaedah ini perlu benar-benar menguasai bahasa yang diajar supaya boleh menjadi rujukan kepada murid-murid. ó merupakan satu kaedah yang popular terutamanya untuk pengajaran lisan. Ini kerana, murid- murid menggunakan terus bahasa tersebut tanpa terjemahan. Kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid- murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran. Kaedah Fonetik/Linguistik ó dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. ó tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik ó Nahu atau tatabahasa diajar secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus- rumus tatabahasa itu diajar Kaedah Eklektik ó Kaedah eklektik mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya menjadi kaedah eklektik. Kaedah yang digabungkan misalnya, ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang diubah suai mengikut situasi dalam pengajaran. ó dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. ó kemahiran-kemahiran bahasa diajar mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Kaedah ini juga bersifat fleksibel kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya berdasarkan keperluan murid-murid. Aspek tatabahasa pula diajar mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Terjemahan dan latihan-latihan terjemahan boleh digunakan oleh guru tetapi tidak diberi penekanan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan lisan, bacaan kuat dan bersoal jawab. Kaedah Audiolingual ó merupakan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). ó kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti lisan. Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, cakera padat atau compact disc (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana ó murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat dikukuhkan dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan. ó mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan. TEKNIK Teknik Soal Jawab ó teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. ó mudah dilaksanakan, tetapi kerana bentuknya yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. ó mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan murid-murid befikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang telah diajar. ó tiga tujuan utama teknik soal jawab, iaitu untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid; untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis; dan untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar Teknik Main Peranan ó Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. ó murid-murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Walau

Page 8: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 8

bagaimanapun, teknik main peranan ini ialah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. ó Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini pula cuba menyelesaikan atau menjelaskan sesuatu situasi kepada murid-murid lain. Murid-murid yang lain akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan (Kamarudin Haji Husin, 1989:34). Teknik main peranan biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai misalnya, amalan berbudi bahasa. Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui _lem, televisyen, memperdengarkan rakaman dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat dan didengar, murid- murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid-murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan. Teknik Lakonan/Drama ó sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif, iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. ó Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. ó murid-murid berlakon berdasarkan skrip yang disediakan oleh mereka. Misalnya, murid-murid berlakon untuk drama yang bertemakan penagihan dadah dalam kalangan remaja ó dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid- murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama/lakonan berperanan sebagai ragam pembelajaran, iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. ó menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. Teknik Permainan Bahasa ó satu cara dalam mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan memberi peluang kepada murid-murid memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). ó menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid-murid, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Jenis-jenis permainan bahasa yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa Malaysia ialah Rpermainan menyampaikan pesanan. Rpermainan tekalah saya. Rpermainan menikam angka. Rpermainan memerhati dan mengingat Rpermainan berpasangan R permainan slip undian Teknik Hafazan ódikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian: demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian itu mempunyai nisbah 1:2, iaitu satu bahagian demonstrasi dan dua bahagian latih tubi. Dalam demonstrasidiajarkan tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi itu dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Dalam latih tubi pula, informan jati atau guru membacakan beberapa ayat manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal ó tatabahasa atau nahu diajar secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan. Teknik Latih Tubi ó ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. ó untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. ó boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan

serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu. ó berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. ó perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa, iaitu

(i) sebutan (accent) – menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi,

(ii) (ii) tatabahasa (grammar) – penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek,

(iii) perbendaharaan kata (vocabulary) – meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu,

(iv) (iv) kefasihan (_uency) – menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya, dan

(v) (v) kefahaman (comprehension) – latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar

Teknik Perbincangan ó didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. ó melatih murid-murid mengeluarkan pemikiran dan pendapat dengan bernas. ó satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. ó melibatkan aktiviti perbincangan antara murid-murid secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik yang diberi misalnya, mesyuarat, forum, seminar, bengkel dan perbahasan ó boleh dijalankan mengikut empat langkah, iaitu guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yangakan dijalankan, guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai, guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul dan setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut mana-mana yang penting. ó Setelah perbincangan selesai, guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. Teknik Penyelesaian Masalah ó merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, teka silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. ó melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri- ciri masalah yang dikemukakan, mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan, memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran mereka untuk menjalankan aktiviti penyelesaian ó memahami dan mematuhi lima prinsip, iaitu sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperoleh ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan, soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka, sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, ó membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah ó berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ó mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru harus dilakukan oleh murid- murid sendiri.

Page 9: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 9

ó memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu. Penggunaan Pusat Sumber ó penggunaan pusat sumber bermaksud penggunaan perpustakaan sekolah oleh guru dan murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya ketika mempelajari bahasa Malaysia (a) Bahan-bahan ADD/NIE RBahan-bahan ADD tergolong dalam jenis bahan rujukan khas yang terdapat di pusat sumber. Bahan tersebut ialah akhbar harian seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar topik pemahaman, tatabahasa dan menulis karangan bahasa Malaysia. Ada antara akhbar ini, misalnya Berita Harian yang menerbitkan edisi khas untuk murid-murid misalnya Didik untuk murid sekolah rendah dan soalan-soalan latih tubi untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Guru boleh memilih untuk menggunakan edisi khas ini ketika mengajar atau memilih mana-mana petikan yang sesuai dalam akhbar tersebut. RSetiap murid perlu merujuk kepada petikan atau topik yang dipilih oleh guru dalam akhbar tersebut sebelum aktiviti penulisan karangan, menjawab soalan pemahaman atau menulis ayat dapat dilaksanakan. Teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dengan menggunakan bahan-bahan ADD ini ialah teknik soal jawab, permainan bahasa, latih tubi, perbincangan, hafazan, main peranan, lakonan/drama dan penyelesaian masalah. (b) Buku Rujukan RBuku rujukan yang terdapat di pusat sumber terdiri daripada dua jenis: buku rujukan am dan buku rujukan khas. Buku rujukan am ialah ensiklopedia, kamus, buku panduan, buku laporan tahunan, buku rasmi tahunan, atlas, biogra_, bibliogra_, indeks, dokumen kerajaan dan buku tahunan statistik. Manakala buku rujukan khas pula ialah akhbar, keratan akhbar, fail tegak, brosur, risalah, iklan, laporan, majalah, modul, panduan kurikulum, kertas seminar dan gambar. RBuku rujukan boleh digunakan oleh murid-murid untuk mencari maklumat tentang sesuatu topik, misalnya topik menulis karangan yang diberi oleh guru. Guru boleh menggunakan gambar untuk topic menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan. Teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dengan menggunakan bahan rujukan ialah teknik latih tubi, perbincangan, soal jawab dan penyelesaian masalah. (c) Majalah ó tergolong dalam jenis buku rujukan khas yang terdapat di pusat sumber. Koleksi majalah yang diterbitkan secara bulanan serta sesuai untuk mata pelajaran bahasa Malaysia ialah Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan sebagainya. ói amat sesuai untuk mengajar topik merumuskan karangan, menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan, menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan penulisan karangan yang lain. Manakala teknik pengajaran yang sesuai digunakan ialah soal jawab, main peranan, lakonan/drama, latih tubi, perbincangan dan penyelesaian masalah. (d) Kamus Rtergolong dalam koleksi bahan rujukan am. Kamus yang terdapat di pusat sumber terdiri daripada kamus ekabahasa misalnya, kamus bahasa Malaysia-Bahasa Malaysia dan kamus dwi bahasa misalnya kamus bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris. Penggunaan kamus boleh digabungkan dengan penggunaan bahan lain yang terdapat di Pusat Sumber, iaitu bahan ADD, majalah, buku rujukan, bahan sastera dan bukan sastera. Murid-murid boleh menggunakan kamus jika ingin mencari makna atau definisi sesuatu perkataan, iaitu sinonim dan makna perkataan berlawan, iaitu antonim. Aktiviti yang boleh dijalankan dengan penggunaan kamus termasuklah mencari maksud rangkai kata berdasarkan petikan dan membina ayat berdasarkan perkataan sama maksud (sinonim) dan yang berlawan maksudnya (antonim). Teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru pula ialah soal jawab, latih tubi, hafazan, permainan bahasa, perbincangan dan penyelesaian masalah. (e) Bahan Sastera ó terdiri daripada novel, antologi cerpen, sastera klasik seperti Hikayat Malim Deman, cerita rakyat seperti Pak Pandir, koleksi sajak, pantun, syair, seloka, gurindam dan lagu-lagu rakyat seperti Bongai. Ada

antara bahan sastera ini terdiri daripada komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Malaysia serta menjadi rujukan wajib untuk murid-murid tingkatan satu hingga lima. Guru boleh menggunakan bahan-bahan sastera untuk mengajar topik menulis karangan, pemahaman dan merumuskan karangan. Teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru pula ialah soal jawab, latih tubi, hafazan, perbincangan, main peranan, lakonan/drama dan penyelesaian masalah. (f) Bahan Bukan Sastera ó terdiri daripada bahan rujukan am seperti biografi tokoh, buku panduan dan bahan rujukan khas seperti laporan perjalanan seseorang atau catatan perjalanan, modul dan kertas seminar. Semua bahan ini boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid-murid untuk menjalankan aktiviti penulisan karangan, menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dan merumuskan karangan. Manakala teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru pula ialah latih tubi, perbincangan, soal jawab dan penyelesaian masalah TEKNIK PENGAJARAN BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHAN ELEKTRONIK Teknik Sumbang Saran ó dikenali sebagai teknik percambahan fikiran (brainstorming) ó merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. ó menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif, iaitu murid- murid saling memberi pendapat masing-masing berkenaan sesuatu isu. ó memberi satu isu untuk dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan kecil. ó Setiap ahli kumpulan perlu mengemukakan cadangan, pendapat serta idea masing-masing berkenaan isu yang diberi. ó ketua kumpulan atau pengerusi kumpulan perlu membentangkan dapatan kumpulannya dalam sesi umum ó mempunyai ciri-ciri yang berikut, iaitu Rtopik perbincangan perlulah sesuai dengan kebolehan dan minat murid, garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas, Rsemua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum, R setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak, R setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan, Rmurid-murid digalakkan mengemukakan seberapa banyak idea, Rsuasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan, Rguru perlu memastikan peruntukan masa untuk sesi sumbang saran adalah patut dan mencukupi, R guru boleh menggunakan prinsip 5W, iaitu (What? Why? Who?Where? How?) untuk memandu murid-murid mengemukakan idea berkenaan sesuatu isu, R guru tidak boleh mengkritik cadangan dan idea yang dikemukakan oleh murid- murid dan R setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan agar pendapat yang dikemukakan juga pelbagai tahapnya. Teknik Projek ó menjadikan alam pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti. ó diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan mereka. ó mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan projek yang diberi oleh guru. ó digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. ó guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses penyediaan projek oleh murid-murid secara berterusan. ó memastikan diri mereka mudah diakses oleh murid-murid pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh dimaksimumkan. ó Langkah terakhir - ialah pembentangan hasil tugasan. Komputer boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan. ó digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan murid-murid. ó Tajuk projek - kajian teks tentang ciri-ciri dan asal usul pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak. Projek yang diberi juga boleh berupa kajian kes ó faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid lemah dalam

Page 10: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 10

aspek penulisan bahasa Malaysia atau kajian tentang teknik pengajaran yang paling berkesan untuk kemahiran membaca. ó projek - menyediakan folio atau buku skrap berdasarkan topik oleh guru. Teknik Simulasi ó ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. ódigalakkan memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Murid-murid juga diberi peluang untuk mengalami sendiri sesuatu situasi dan masalah. Teknik ini juga menggabungjalinkan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis. ó mewujudkan aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran Teknik Inkuiri Berasaskan Pembelajaran Kajian Masa Depan ó merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau masalah yang dikemukakan. ó murid-murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. kemahiran membaca. ó merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh murid-murid untuk mengenal pasti sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna, murid-murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid-murid mendapat manfaat yang maksimum ó dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan itu berlaku dan cara mengatasinya misalnya dengan pembinaan modul-modul tertentu supaya murid-murid yang terlibat mendapat manfaat yang maksimum Penggunaan Bahan Elektronik ó bahan bantu mengajar yang terdiri daripada media elektronik seperti radio, televisyen, VCD, DVD, komputer, disket dan internet (Haji Ridzuan Ahmad, 1990:10- 12). ó digunakan sejak lama dahulu, iaitu sekitar tahun 1970-an dalam bidang pendidikan; manakala bahan elektronik yang lain seperti cakera padat, VCD, DVD, komputer dan disket telah mula digunakan sejak tahun 1980-an. ó bahan elektronik berupa alat multimedia, iaitu internet hanya digunakan dalam pendidikan bermula awal 1990-an. ó Antara teknik pengajaran yang boleh menggunakan radio sebagai bahan bantu mengajar ialah projek, simulasi dan sumbang saran. ó televisyen merupakan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dalam penyampaian ilmu. melatih murid-murid mendengar, murid-murid juga boleh menggunakan deria penglihatan mereka untuk mengikuti pelajaran yang khusus. ó komputer yang telah banyak membawa perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. ó dibahagikan kepada empat bidang, iaitu Pengajaran Berbantukan Komputer yang merujuk kepada penggunaan komputer untuk melaksanakan tugas mengajar dan belajar misalnya melalui aplikasi Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. ó Literasi komputer mempunyai kepentingan yang sama dengan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dengan perkataan lain, murid-murid yang yang tidak cekap menggunakan komputer dianggap sebagai buta huruf; ó Membantu Pengajaran yang merujuk kepada penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. ó membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. ó Tugas utama guru hanya mereka bentuk program perisian manakala murid-murid menggunakan program

tersebut untuk belajar. Modul-modul dalam program perisian yang disediakan oleh guru berbentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu, permainan dan penyelesaian masalah; ó Komputer Mengurus Pengajaran - merujuk kepada penggunaan komputer untuk mengumpul data dan membuat analisis serta menilai keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan- bahan pelajaran, situasi pengajaran dan pembelajaran serta interaksi murid- murid dalam bilik darjah. Hasil dari kajian ini akan digunakan untuk mengubah suai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ó Komputer Membantu Pengujian, iaitu - digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. ó dikendalikan dengan dua cara, iaitu murid-murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer, jawapan murid- murid kemudiannya diperiksa dan diberi markah oleh komputer dan komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari bank item yang menayangkan soalan tersebut melalui skrin monitor komputer. Murid-murid menggunakan komputer untuk menjawab semua soalan yang kemudiannya diperiksa dan diberi markah oleh komputer. Dengan cara ini, pencapaian murid-murid dapat dikesan dalam masa yang singkat. ó pengajaran yang sesuai dengan penggunaan VCD ialah sumbang saran, projek, simulasi dan teknik inkuiri berasaskan pembelajaran Kajian Masa Depan (KMD), Disk Video Decoder. ó Internet (singkatan internetwork dalam bahasa Inggeris). berfungsi sebagai jaringan perantaraan, iaitu sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer berkomunikasi secara global dengan pengguna-pengguna lain, membekal dan saling bertukar maklumat, gambar dan sebagainya. Melalui Perkhidmatan Pembekal Internet (Internet Service Provider, ISP), pengguna internet dapat berkomunikasi secara global (tanpa had) misalnya melalui e-mel antara satu sama lain ataupun memperoleh maklumat yang dikehendaki melalui WWW (World Wide Web). PEMILIHAN DAN KESESUAIAN BAHAN óbahan ADD/NIE (Akhbar Dalam Darjah/ Newspaper In Education), buku rujukan, majalah, kamus, bahan sastera dan bukan sastera. Manakala bahan-bahan elektronik pula terdiri daripada radio, televisyen, VCD, DVD, komputer, disket dan internet ó guru perlu memilih bahan-bahan yang sesuai digunakan berdasarkan jantina, peringkat umur, bidang, pencapaian serta budaya murid-muridnya (Faridah A. Manaff, 1990:30-31). .ó Pemilihan bahan-bahan perlulah sesuai dengan murid-murid yang lemah, sederhana dan yang cemerlang. ó bahan yang dipilih itu mestilah tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. tidak menghina kaum atau budaya sesuatu kaum. Topik 4 Konsep KBSR dan KBSM PENGENALAN ó Kurikulum ialah suatu perancangan yang merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab, persatuan, pergerakan beruniform dan permainan. ó mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada akademik dan bukan akademik yang boleh membantu murid-murid mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ó hendaklah selaras dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan murid-murid. ó dirancang berdasarkan empat aspek, iaitu objektif, kandungan, kaedah pelaksanaan dan penilaian. ó KBSR bertujuan untuk memastikan perkembangan murid-murid secara menyeluruh, iaitu dari aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, sosial dan nilai-nilai estetik. ó KBSM berhasrat untuk membantu murid-murid mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. ó dapat menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan diri supaya dapat berfungsi secara berkesan dan produktif dalam proses pembangunan ó kandungan KBSR dan KBSM telah dirancang dengan teliti. KBSR dirancang untuk membolehkan tiga bidang asas, iaitu komunikasi,

Page 11: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 11

manusia dengan alam sekitarnya dan perkembangan diri individu berlaku. ó KBSM - mata pelajaran dirancang secara bersepadu dan menyeluruh serta menekankan semua aspek perkembangan seseorang individu. ó Kandungan KBSM - terdiri daripada tiga bidang utama, iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling dan perkembangan diri. ó mula dilaksanakan secara percubaan pada tahun 1982 di 302 buah sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. ó 1983, KBSR telah dilaksanakan di Tahun 1 untuk semua sekolah rendah secara berperingkat-peringkat. ó KBSM dilaksanakan pada tahun 1988 dengan mata pelajaran bahasa. ó 1989, KBSM dilaksanakan dengan memperkenalkan semua mata pelajaran di sekolah-sekolah menengah di negara ini. Mata pelajaran itu ialah bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Pengetahuan Moral, Sejarah, Geografi Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Seni. Manakala mata pelajaran tambahan pula ialah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. ó Peringkat akhir dalam perancangan KBSR dan KBSM ialah penilaian. Penilaian dapat mengesan sejauh mana pelaksanaan KBSR dan KBSM itu berkesan dan mencapai objektif-objektifnya. ORGANISASI KANDUNGAN KBSR DAN KBSM ó KBSR dirancang untuk mengisi tiga bidang asas: komunikasi; manusia dan alam kelilingnya; dan perkembangan diri individu. ó KBSM - meliputi ketiga-tiga bidang tersebut tetapi dengan penekanan yang berlainan kerana meliputi aspek-aspek kesepaduan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni serta penguasaan bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran ó Komunikasi melibatkan kemahiran-kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) yang merupakan keperluan hidup yang asasi. ó bidang komunikasi dikenali sebagai Komponen Kemahiran Asas. óAspek- aspek yang terkandung dalam 3M ini bukanlah setakat kemahiran berbentuk mekanis tetapi meliputi kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan dan pemahaman serta penulisan. ó bidang komunikasi ini dilaksanakan melalui perantaraan bahasa dan melibatkan aktiviti mengira. ó Bidang manusia dan alam kelilingnya dijadikan Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran dalam KBSR. ó Komponen ini dipadukan terus dengan Komponen Kemahiran Asas pada peringkat permulaan dan peringkat kemudiannya, iaitu apabila kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai oleh murid-murid dengan baik. Bidang manusia dan alam kelilingnya melibatkan banyak aspek yang berkaitan dengan hal-hal kerohanian, nilai, sikap, kemanusiaan dan persekitaran, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral serta Alam dan Manusia. Semua aktiviti yang berkaitan dengannya melibatkan perhubungan antara manusia, perhubungan antara manusia dengan alamnya, perhubungan antara unsur- unsur alam dan perhubungan manusia dengan Tuhan. ó Bidang ini berhasrat membiasakan diri murid-murid dengan pengalaman-pengalaman asas yang dapat membina sikap serta peribadi yang mulia dalam kalangan mereka. ó Bidang perkembangan diri individu melibatkan semua aspek termasuk aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, moral, nilai-nilai estetika dan sosial. ó jasmani dan nilai-nilai estetika telah dipisahkan dan dijadikan unsur-unsur yang terkandung dalam komponen ketiga, iaitu komponen Kesenian dan Rekreasi ó Organisasi kandungan KBSM - terdiri daripada aspek-aspek kesepaduan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni serta penguasaan bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran. ó Aspek kesepaduan bermakna, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai dalam kandungan KBSM itu digabungjalinkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek (pengetahuan), rohani dan emosi (afektif) dan jasmani (psikomotor). ó Kesepaduan dalam bidang- bidang kajian juga turut diadakan terutama dari segi teori, amali dan nilai-nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang perkembangannya.

ó aspek nilai dan amalan dilanjutkan dan diperkukuhkan melalui kegiatan kokurikulum. Oleh itu, pendidikan di sekolah menjadi lebih bermakna dan berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. ó Aspek penghayatan dan amalan nilai-nilai murni ialah nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. utama dalam bidang kajian Agama Islam dan Pendidikan Moral, ó pemupukan nilai- nilai murni turut diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar berdasarkan KBSM ó aspek penguasaan bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran penting kerana bahasa Malaysia menjadi satu alat dalam usaha untuk mencapai perpaduan rakyat di negara kita. Sesuai dengan matlamat ini, bahasa Malaysia telah dijadikan bahasa komunikasi utama dan bahasa ilmu. ó memberi tumpuan khas dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran. PENGISIAN KURIKULUM PERINGKAT RENDAH DAN MENENGAH ó mempunyai lima ciri yang mempengaruhinya ó bermaksud ciri-ciri yang menjadi acuan utama kepada pembentukan sesuatu kurikulum yang bersesuaian dengan tahap, latar belakang, budaya dan kemahiran murid-murid ó Kelima-lima komponen yang mendasari kurikulum di peringkat rendah dan menengah di negara kita ialah ilmu, kewarganegaraan, nilai, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah . Ilmu ó Pelbagai ilmu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran dalam KBSR dan KBSM. Ilmu lain contohnya Sejarah, turut dikemukakan kepada murid-murid ketika pengajaran mata pelajaran bahasa Malaysia melalui kaedah penyerapan. ó Penerapan ilmu ini merujuk kepada proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran. Kewarganegaraan ó Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. ó bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. ó Unsur kewarganegaraan ini secara tidak langsung merujuk kepada kehendak masyarakat terhadap individu yang bakal dilahirkan daripada sisitem pendidikan di negara kita. teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan bermasyarakat. ó KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid: R Menguasai bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara; R Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah; R Menguasai kemahiran mengira; R Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; R Membina sikap dan perlakuan baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima oleh masyarakat berlandaskan Rukun Negara; R Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat dan kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar; R Bergaul, menghormati hak orang lain dan mempunyai semangat toleransi dan bekerjasama; R Mengembangkan bakat, asas keyakinan, daya kepimpinan untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan; dan R Memahami, meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian serta rekreasi yang tergolong dalam lingkungan kebudayaan kebangsaan ó KBSM pula, hasrat untuk melahirkan warganegara yang baik adalah pemupukan nilai-nilai kewarganegaraan dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kaum; mendidik murid-murid supaya berkebolehan untuk menghadapi cabaran hidup; dan mengembangkan kemahiran teknologi, sifat keusahawanan, pengetahuan pengurusan waktu, pemikiran kreatif dan etika kerja supaya murid-murid dapat memainkan peranan

Page 12: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 12

yang sejajar dengan proses pemodenan dan perindustrian Nilai ó nilai murni turut diserapkan ketika pengajaran dan pembelajaran ó Penerapan nilai murni dalam pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. ó membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. ó Nilai-nilai murni bersifat global dan selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat ó Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat–menghormati, kasih sayang, keadilan, Peraturan Sosiobudaya ó sistem pendidikan di sekolah terikat dengan peraturan serta amalan, iaitu peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Peranan sekolah sebagai sebuah masyarakat kecil serta peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya meliputi: RMurid-murid dan guru-guru menjadi anggotanya (masyarakat kecil); RPengetua, Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan menjadi pemimpin-pemimpinnya; RSekolah seperti juga masyarakat, mempunyai peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi oleh anggota-anggotanya; R Sekolah turut mempunyai beberapa nilai serta norma yang perlu disampaikan kepada murid-muridnya; R Sekolah seperti juga masyarakat, mempunyai tujuan dan objektif yang jelas untuk dicapai oleh anggota-anggotanya; R Budaya saling menghormati dan tolong-menolong dalam kalangan anggota masyarakat jelas terdapat dalam kalangan murid-murid; R Pelbagai adat resam, kebudayaan dan agama yang terdapat dalam sesebuah masyarakat terdapat juga di sekolah; R Sesebuah masyarakat menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada anggota-anggotanya melalui pelbagai jenis latihan, taklimat dan bengkel. Keadaan seperti ini jelas terdapat di sesebuah sekolah; R Pelbagai perasaan terdapat di kalangan anggota-anggota masyarakat. Begitu juga dengan perasaan yang terdapat dalam kalangan murid-murid, iaitu ada kala gembira dan kadangkala berduka cita; dan R Persamaan antara anggota masyarakat dan anggota sekolah adalah nyata. R Murid-murid berpakaian seragam ke sekolah, begitu juga anggota-anggota masyarakat seperti bomba, polis dan sebagainya; kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat dan semangat kewarganegaraan. R Struktur pentadbiran dalam sesebuah masyarakat adalah teratur dan tersusun rapi. Begitu juga dengan pentadbiran di sekolah; dan R Sistem demokrasi diamalkan dalam kebanyakan masyarakat. Kemahiran Bernilai Tambah ó mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid-murid serta senario dunia yang global. ó terdiri daripada tujuh komponen Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah R kemahiran berfikir, R kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, R kemahiran belajar cara belajar, R kajian masa depan, R kecerdasan pelbagai, R pembelajaran konstruktivisme dan R pembelajaran kontekstual ó Kemahiran berfikir diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan ó Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi - diajar kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperoleh maklumat melalui internet.

ó Kemahiran belajar cara belajar - diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. ó membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. ó Kajian Masa Depan - satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. ó murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. ó Kecerdasan pelbagai - merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik- matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. ó mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. ó Pembelajaran konstruktivisme - melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar sepanjang hayat. ó pembelajaran kontekstual, iaitu kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ó huraian sukatan pelajaran ialah dokumen yang memperinci sukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ó menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21 serta menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, serta kepelbagaian teknik dan ó berfungsi sebagai panduan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Huraian sukatan pelajaran ini disediakan bagi setiap tingkatan, iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. ó digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. ó diharapkan dapat memberikan penekanan kepada kemahiran bernilai tambah. Di samping itu, nilai murni, semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid-murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Hasil Pembelajaran ó pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum sesuatu mata pelajaran bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ó membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran serta memberi petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Hasil pembelajaran turut membantu guru menjalankan pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Hasil pembelajaran ini dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. ó Hasil pembelajaran bahasa Malaysia untuk peringkat sekolah rendah hanya dikategorikan sebagai hasil pembelajaran sahaja, manakala di peringkat sekolah menengah terdiri daripada hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus. ó Hasil pembelajaran utama ialah pernyataan kecekapan berbahasa yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa Malaysia. Pernyataan kecekapan berbahasa ini merangkumi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. ó Manakala hasil pembelajaran khusus pula ialah perincian kecekapan berbahasa bagi hasil pembelajaran utama. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terangkum dalam pernyataan hasil pembelajaran khusus. Hasil ó disusun dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar dan harus dikuasai oleh murid-murid. Setiap bidang penggunaan bahasa mempunyai sejumlah hasil pembelajaran utama, manakala setiap

Page 13: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 13

hasil pembelajaran utama terbina daripada sejumlah hasil pembelajaran khusus yang perlu dikuasai oleh murid- murid. Huraian Hasil Pembelajaran ó ialah pernyataan tentang aras kemahiran secara jelas dan perlu dicapai oleh murid-murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2 atau Aras 3. ó Aras 1 ialah aras paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. ó Aras 2 - berpencapaian sederhana, ó Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang Pemeringkatan kemahiran berdasarkan aras ini sejajar dengan konsep pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian rendah Aplikasi dalam Pengajaran ó Hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran menjadi dua daripada tiga komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. ó panduan kepada guru untuk menentukan kemahiran serta aras yang ingin dicapai untuk murid-murid mereka. ó Komponen lain dalam huraian sukatan pelajaran, iaitu cadangan aktiviti juga menjadi panduan tentang aktiviti yang boleh dijalankan Pengajaran Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah ó Matlamat kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. ó Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah rendah adalah agar murid-murid dapat: R Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; R Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; R Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; R Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan, menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; R Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; R Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis; R Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; R Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis; R Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan R Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara. ó Kurikulum Bahasa Malaysia sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. ó berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. ó Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum, iaitu: (i) Kemahiran mendengar dan bertutur; dan (ii) Kemahiran membaca dan kemahiran ó Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. ó bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.

ó Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang. ó Kemahiran membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. ó Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat, menaakul dan menghayati teks. Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ó Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. ó Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. ó Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis - keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. Pengajaran Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Menengah ó tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. ó membolehkan murid menggunakan bahasa Malaysia secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. ó Komponen Wajib Kesusasteraan Melayu turut diajar yang diharapkan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. ó memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. ó Matlamat kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan urusan harian. ó Objektif kurikulum ini :- R Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan; R Perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; R Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat; (d) Menggunakan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; R Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; R Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan R Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara ó Penggunaan bahasa bagi bidang interpersonal merujuk kepada kebolehan murid memulakan, membina dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. ó Penggunaan bahasa bagi bidang maklumat merujuk kepada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. ó Penggunaan bahasa bagi bidang estetik merujuk kepada keupayaan murid menikmati karya sastera, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. ó Kemahiran yang perlu dicapai oleh murid-murid dalam ketiga-tiga bidang tersebut ialah: R Hasil pembelajaran bidang interpersonal; R Hasil pembelajaran bidang maklumat; dan R Hasil pembelajaran bidang estetik ó Hasil pembelajaran bidang interpersonal berfokus kepada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. ó bertujuan untuk mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi atau berurus bagi tujuan komersial. ó Hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam bidang interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Page 14: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 14

ó hasil pembelajaran bidang maklumat pula berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat daripada multimedia. ó Hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus yang dapat dicapai oleh murid dalam bidang maklumat ialah mendapat, memproses dan menyampaikan maklumat. ó Hasil pembelajaran bidang estetik pula berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. ó Bidang estetik mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan. ó Hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam bidang estetik ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Pendekatan Pedagogi untuk Tahap Satu Sekolah Rendah ó Pedagogi merujuk kepada sains pengajaran terutamanya kajian tentang prinsip dan kaedah dalam pendidikan formal ó kajian pedagogi ini adalah luas. - pedagogi merangkumi konsep pengajaran dan pembelajaran, iaitu organisasi sekolah, kurikulum sekolah, pengaliran, pengumpulan, pendidikan pemulihan, pengajaran, pengujian dan penilaian. Walaupun bidang kajian pedagogi itu luas, Topik 5 Penggunaan Tatabahasa yang Tepat Pengenalan ó Tatabahasa ialah nahu atau peraturan penggunaan bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. ó penting dipelajari untuk menjadikan seseorang itu fasih dalam sesuatu bahasa yang dituturkannya ó Pemilihan aspek tatabahasa - merujuk kepada ciri tatabahasa yang diberi penekanan dalam pengajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah. ó perlu dirujuk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan Sukatan Pelajaran ini, aspek tatabahasa untuk peringkat sekolah rendah dan menengah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa ó Kandungan pemilihan aspek tatabahasa berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia dibahagikan kepada dua bidang, iaitu R morfologi ó bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Manakala sintaksis pula ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, Rsintaksis. ó bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. ó kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat Pemilihan aspek tatabahasa R Pengajaran Tatabahasa Secara Induktif ó bermula dengan guru mendedahkan beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk. ó Langkah ini diikuti pula oleh tindak balas murid-murid mengemukakan contoh yang tepat dan sesuai. ó Guru memandu murid-murid langkah demi langkah sehingga mendapat satu hukum, peraturan dan generalisasi tentang tajuk dan bahan tatabahasa yang diajar. ó memerlukan guru mengemukakan contoh-contoh bahan tatabahasa dalam situasi yang sesuai. ó Bahan tatabahasa itu pula disampaikan secara tidak langsung. ó Pendekatan ini juga menitikberatkan murid-murid menggunakan dengan betul dan tepat sesuatu aspek dan kemudian tatabahasa itu.

ó Murid-murid diberi latihan melalui latih tubi akan aspek dan kemahiran tatabahasa yang diajar. ó menyediakan banyak persediaan dan bahan bantu mengajar supaya muridmurid mudah mengikuti pelajaran. ó mementingkan kefahaman dan penggunaan kemahiran dan aspek tatabahasa itu. ó sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam bahasa ibunda di sekolah rendah R Pengajaran tatabahasa secara deduktif ó dimulakan dengan guru mendedahkan hukum dan peraturan tatabahasa ó diikuti oleh contoh-contoh untuk menerangkan peraturan tersebut. ó tatabahasa diajar secara formal, iaitu menerangkan hukum dan peraturan tatabahasa itu. ó Bahan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa boleh disampaikan dengan mudah secara berperingkat. ó Guru mengajar, murid pula mengingat dan menghafal hukum dan peraturan tatabahasa serta memberi contoh yang berkaitan. Murid-murid perlu mengingat hukum, peraturan, generalisasi dan fungsi tatabahasa itu. ó sesuai untuk murid-murid di sekolah menengah serta menjimatkan masa kerana guru boleh berterusan mengajar dan murid mendengar Kepelbagaian Penggunaan Tatabahasa ó Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis Aspek morfologi yang diberi tumpuan di peringkat sekolah rendah dan menengah (Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tingkatan Satu Bahasa Melayu, 2003:6) adalah seperti berikut: RStruktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi: óKata asli bahasa Malaysia; óKata pinjaman bahasa Malaysia. RBentuk kata: óKata tunggal; ó Kata terbitan; ó Kata majmuk; ó Kata ganda. RGolongan kata: óKata nama; óKata kerja; óKata adjektif; dan óKata tugas. ó aspek sintaksis yang diberi tumpuan di peringkat sekolah rendah pula adalah seperti yang berikut: R Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat; RJenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan; RRagam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; RSusunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; RBinaan dan proses penerbitan ayat: ó Ayat dasar; ó Ayat tunggal; dan ó Ayat terbitan atau ayat majmuk; dan ó Aspek tanda baca. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan di peringkat sekolah menengah pula adalah seperti yang berikut: RUnsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat; RJenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan; RRagam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; RSusunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; RBinaan ayat: óAyat dasar; óAyat tunggal; dan ó Ayat terbitan atau ayat majmuk; RProses penerbitan ayat: ó Konsep ayat terbitan; ó Proses pengguguran; ó Proses penyusunan semula; dan óe Proses peluasan; dan ó Aspek tanda baca.

Page 15: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 15

Kegiatan berbahasa yang bermakna ó Guru boleh merancang kegiatan berbahasa yang bermakna dengan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia bagi mencungkil, menyubur dan menyerlahkan kecerdasan murid-murid yang berguna dalam kerjaya masa depan mereka ó Kegiatan berbahasa yang bermakna untuk setiap ciri kecerdasan pelbagai boleh dijalankan oleh guru R Pemetaan konsep R Mengarang cerita, berdrama, berpuisi R Teka silang kata RPengucapan awam Pemilihan Bahan-Bahan Bacaan ó menjadi perangsang terhadap pembelajaran seseorang murid. ó memilih bahan bahan bacaan yang sesuai untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. ó mengenal pasti kategori dan jenis bahan bacaan iaitu: R Bahan Sastera (kreatif) ó Novel, cerpen, cerita rakyat, hikayat, lipur lara, pantun, syair, mantera, gurindam, seloka dan sebagainya. RBahan Bukan Sastera ó Berita, rencana, anekdot, esei, teks ucapan, risalah, surat, catatan pengembaraan dan sebagainya R Bahan Grafik Carta, graf, gambar rajah, peta minda, jadual dan sebagainya. R Bahan Bukan Grafik ó Lukisan, kartun, gambar foto dan sebagainya Pembentukan Kebiasaan Membaca ó Kebiasaan membaca ini terdiri daripada empat jenis, R bacaan mekanis (kuat), R bacaan mentalis/akaliah (kefahaman), R bacaan intensif (mendalam) dan R bacaan ekstensif (meluas). ó Bacaan mekanis (bersuara) R Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi. RMembaca dengan gaya dan intonasi yang betul. ó Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman RBacaan dalam hati tanpa suara. RDijalankan selepas pelajar menguasai bacaan bersuara. R Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran. ó Bacaan intensif(mendalam) R Dilaksanakan dengan tujuan memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. R Bacaan yang memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa. R Bacaan yang meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. ó Bacaan ekstensif (meluas) RBacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. RBacaan yang menikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. R Bacaan yang membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Topik 6 Pengajaran dan Pembelajaran Bertema ó Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa dan tatabahasa serta pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan ó ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. óTopik-topik utama dan sampingan ini berubah ubah untuk setiap minggu dan mengandungi kemahiran, pembelajaran bahasa, kosa kata dan ilmu daripada pelbagai disiplin yang diserapkan. ó memudahkan pengajaran guru kerana guru boleh menyediakan bahan pengajaran berdasarkan tema yang telah ditentukan. ó dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping boleh menambah pengetahuan tentang bidang ilmu yang lain. ó menambah pengetahuan tentang bidang ilmu lain serta hal ehwal semasa. ó Murid-murid juga turut berpeluang memperkembangkan minda dan pemikiran mereka untuk disiplin ilmu lain serta isu semasa yang berlaku di dalam serta di luar negara. meliputi bidang ilmu, hal persendirian, dan kemasyarakatan serta isu semasa.

ó Pendekatan ini bermaksud pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru berdasarkan tema umum dan tema khusus yang telah ditetapkan dalam Rancangan Pelajaran Pengajaran dan pembelajaran bertema ó merangkumi pengajaran dan pembelajaran untuk kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa dan tatabahasa, kosa kata dan penyerapan disiplin lain. ó diajarkan berdasarkan satu tema umum dan satu tema khusus untuk setiap minggu dalam Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. ó berubah-ubah untuk setiap minggu dalam setahun Tema Kemahiran, Pembelajaran Bahasadan Tatabahasa ó Kemahiran bahasa yang terangkum dalam pengajaran dan pembelajaran bertema ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. ó digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurangkurangnya antara dua kemahiran. ó Kemahiran mendengar - keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti soal jawab, perbincangan, ucapan, lakonan dan temu bual. ó Kemahiran bertutur- merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. ó kemahiran membaca - keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. ó kemahiran menulis - keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas ó Penggunaan bahasa bagi bidang interpersonal membolehkan murid memulakan, membina dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial. óPenggunaan bahasa bagi bidang maklumat membolehkan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pihak tertentu. ó Penggunaan bahasa bagi bidang estetik pula membolehkan murid menikmati karya sastera, bercerita, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. ó Bidang interpersonal memberikan fokus pada kemahiran lisan iaitu, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Namun begitu, kemahiran membaca dan menulis perlu juga diterapkan di mana-mana yang sesuai. ó Bidang maklumat dan estetik pula memberikan fokus dan penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis di samping menerapkan kemahiran mendengar dan bertutur. ó Bidang maklumat menekankan topik ilmu, manakala estetik lebih bertumpu kepada topik imaginatif ( Manakala tema tatabahasa untuk bahasa Malaysia peringkat rendah dan menengah pula terdiri daripada aspek morfologi dan sintaksis. ó Aspek morfologi yang diberi tumpuan di peringkat sekolah rendah dan adalah seperti yang berikut: (a) Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi: RKata asli bahasa Malaysia; dan RKata pinjaman bahasa Malaysia. (b) Bentuk kata: RKata tunggal; RKata terbitan; RKata majmuk; dan RKata ganda. (c) Golongan kata: RKata nama; RKata kerja; RKata adjektif; dan RKata tugas. ó aspek sintaksis yang diberi tumpuan di peringkat sekolah rendah pula adalah sepertiyang berikut: (a) Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat;

Page 16: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 16

(b) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan; (c) Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; (d) Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; (e) Binaan dan proses penerbitan ayat: RAyat dasar; RAyat tunggal; dan RAyat terbitan atau ayat majmuk; dan RAspek tanda baca. ó aspek sintaksis yang diberi tumpuan di peringkat sekolah menengah pula adalah seperti yang berikut: (a) Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat; (b) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan; (c) Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; (d) Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; (e) Binaan ayat: R Ayat dasar; RAyat tunggal; dan RAyat terbitan atau ayat majmuk; (f) Proses penerbitan ayat: RKonsep ayat terbitan; RProses pengguguran; RProses penyusunan semula; dan RProses peluasan; dan RAspek tanda baca. Tema Pengembangan Kosa Kata ó merujuk kepada perkataan atau rangkai kata yang diperkenalkan kepada murid-murid. óberbeza mengikut setiap minggu berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan. Kosa kata yang dijadikan tema terdiri daripada disiplin ilmu yang berbeza untuk mata pelajaran bahasa Malaysia ó terdiri daripada kata umum dan istilah. óKata umum - kepada perkataan yang tidak menjurus kepada manamana disiplin ilmu atau laras bahasa. Contohnya perkataan panorama, riadah dan rekreasi. ó istilah, - laras bahasa yang menjurus kepada disiplin ilmu tertentu misalnya protein, karbohidrat dan virus yang terdiri daripada laras bahasa sains Tema Penyerapan Disiplin Lain ó tema penyerapan disiplin lain dalam mata pelajaran bahasa Malaysia mencakupi unsur-unsur yang berikut: (a) Isi pelajaran bahasa Malaysia menyerapkan pelbagai bidang ilmu mencakup pelbagai tema, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan; (b) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semula jadi; (c) Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. ó Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah :- RMencirikan; RMengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan; RMenghubungkaitkan; RMembandingkan dan membezakan; RMenyusun mengikut keutamaan; RMenentukan urutan; RMengenal pasti kenyataan benar atau palsu; RMembezakan fakta dengan pendapat; RMenganalisis; RMengesan kecondongan pendapat; RMengenal pasti sebab akibat; RMeramalkan; RMensintesiskan; RMengitlak; RMenganalogikan; RMembuat inferens; RMembuat kesimpulan;

RMenginterpretasikan, mentafsirkan; RMenilai; RMenjanakan idea; RMereka cipta; (xxii) Merumuskan, meringkaskan; RMembuat keputusan; dan RMenyelesaikan masalah. (d) Kemahiran bernilai yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. Penentuan tema ó ditentukan oleh guru-guru dalam Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan pada setiap awal tahun. ó Tema yang ditentukan berhubung kait dengan kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa, kosa kata yang akan diajarkan kepada murid-murid. Perancangan Penentuan Tema ó Ketua Panitia bahasa Malaysia biasanya akan merancang tema yang akan diajarkan kepada murid-murid bersama dengan guru-guru Bahasa Malaysia yang lain. Perancangan penentuan tema ini dilakukan pada awal tahun serta dimasukkan ke dalam Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. Setiap minggu akan ditentukan dengan tema daripada disiplin ilmu yang tertentu, Tema Pelbagai Ilmu, Kemasyarakatan dan Isu Semasa ó melibatkan pelbagai ilmu, unsur kemasyarakatan dan isu semasa. ó tema perlu menampilkan disiplin ilmu yang berlainan daripada bahasa Malaysia misalnya kesihatan dan ekonomi. ó unsur kemasyarakatan boleh diserapkan dalam tajuk bagi setiap tema dan kosa kata yang diajarkan. ó tema juga boleh memperkatakan isu semasa yang berlaku dalam negara Bacaan luas ó Bacaan luas juga dikenali sebagai bacaan ekstensif. Konsep dan Aplikasi ó bermaksud kegiatan membaca secara luas. Sasaran bacaan luas ini meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. ó Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. ó biasanya melibatkan perkara-perkara yang berikut: (a) Membaca tinjauan; (b) Membaca sekilas; dan (c) Membaca dangkal. ó Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. ó meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. ó Membaca sekilas pula adala - sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. ó tiga tujuan utama dalam membaca sekilas. R untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. R untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. R untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. ó Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca ó tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. ó konsep bacaan luas ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. ó menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting ó kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan Kekangan

Page 17: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 17

ó bacaan luas ini dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru, ó dua kemungkinan yang akan berlaku ialah R murid tidak mengetahui maksud sesuatu konsep atau rangkai kata. Walaupun murid-murid boleh merujuk kamus, akan tetapi jika murid-murid melakukan penafsiran yang salah maka bacaan akan menjadi tidak bermakna. R murid-murid perlu mempunyai inisiatif yang lahir dari dalam diri mereka sendiri untuk bersedia melakukan bacaan luas. R murid perlu mempunyai minat yang mendalam untuk membaca dan mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan bacaan luas ini. R Kesukaran dalam memahami bahan yang dibaca ini tentunya akan menyebabkan murid-murid yang sederhana dan lemah ini hilang minat untuk melakukan bacaan luas Kesan kepada Perkembangan Mental Murid-Murid ó Bacaan luas memberi banyak manfaat kepada perkembangan mental murid murid. ó amat bermanfaat untuk murid-murid yang cerdas. Ini disebabkan oleh murid-murid yang cerdas boleh membaca sendiri tanpa bimbingan kerana tidak menghadapi sebarang kesukaran. ó memberi kesan positif terhadap perkembangan mental murid-murid disebabkan oleh bahan bacaannya adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita murid-murid. ó menambah pengetahuan tentang pelbagai disiplin baru serta isu semasa. ó memperkaya penguasaan bahasa mereka khususnya dari segi perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya ó membina pemikiran yang kreatif dengan bacaan luas di samping membina daya berfikir yang positif. ó menambah pengetahuan tentang pelbagai istilah dan laras bahasa seperti lara bahasa sains, matematik, ekonomi dan agama melalui bacaan luas. Topik 7 Kemahiran Berfikir PENGENALAN ó Istilah berfikir boleh didefinisikan secara umum sebagai apa-apa sahaja yang terdapat dalam keadaan bawah sedar seseorang individu (Ee Ah Meng, 1987,11) ó “Ber_kir dalam istilah yang luas bermaksud kegiatan akal yang dapat menguasai tindakan manusia terhadap sesuatu situasi yang dihadapinya KEMAHIRAN BERFIKIR ó bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman seseorang. Lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang ada pada diri, besar kemungkinan seseorang dapat berfikir dan memberi cadangan penyelesaian yang membina. Konsep dan Definisi Kemahiran Berfikir ó definisi berfikir dibataskan kepada kemampuan akal untuk bertindak, menguasai sesuatu kemahiran atau mendalami maklumat yang dikemukakan. Dengan perkataan lain, konsep kemahiran berfi kir yang akan dibincangkan hanya terbatas kepada kemampuan akal untuk membantu seseorang individu mencari punca bagi memperoleh jawapan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan ó Secara khususnya, untuk mata pelajaran bahasa Malaysia, definisi kemahiran berfikir terbatas kepada kemahiran akal seseorang murid mengawal kemampuannya untuk bertindak balas terhadap simulasi yang berkait dengan aktiviti empat kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. ó Konsep kemahiran berfikir boleh dihuraikan berdasarkan dua cara, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran ber_kir secara kreatif. ó Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. ó kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea Ciri-ciri Kemahiran Berfikir

ó Pemikiran kreatif ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasikan atau mereka cipta sesuatu yang baru. ó pemikiran secara kreatif membolehkan murid-murid mengembang, memodifikasi, mengubah suai atau mencipta sesuatu yang baru. ó Ciri-ciri pemikiran kritis terdiri daripada menciri, mengelas, mengumpul dan menganalisis. ó ciri-ciri pemikiran kreatif ialah meramal, mensintesis dan mentafsir PENYERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ó membolehkan murid-murid memahami konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. ó boleh bercerita tentang laporan sesuatu perkara dan memberi jawapan yang benar kepada sesuatu soalan. ó membolehkan murid-murid menilai sesuatu, peristiwa atau berita di samping menggalakkan mereka menghasilkan sesuatu karya yang bermutu ó penyerapan ciri-ciri kemahiran berfikir yang berikut: (i) Mengkategori, menilai, menyusun atur, menjana idea, merumus dan meringkas. ó Ciri-ciri mengkategori, menilai, menyusun atur, menjana idea, merumus dan meringkas boleh diserapkan melalui alat ber_kir, iaitu pengurusan grafik melalui peta minda, peta konsep, peta nukleus, gambar rajah Venn, carta aliran, carta klasi_kasi, carta jaringan, carta tulang ikan, peta rentetan, tangga hierarki dan pohon fikiran (ii) Mengitlak, membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat serta menyelesai masalah. Terdapat beberapa alat berfikir yang boleh digunakan untuk ciri-ciri kemahiran berfikir, iaitu mengitlak, membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat serta menyelesai masalah. Alat berfi kir yang pertama ialah PMI (Plus, Minus, Interesting), iaitu plus ialah perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea, minus ialah perkara yang di_kirkan tidak baik bagi sesuatu idea dan interesting ialah perkara yang tidak termasuk dalam plus atau minus tetapi di_kirkan menarik bagi sesuatu idea. PMI dijalankan sewaktu mengadakan sesi perbincangan yang memerlukan murid-murid membanding dan membeza, mengenal pasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan, membezakan fakta dengan pendapat dan menyelesaikan masalah. ó Alat berfikir lain yang boleh digunakan - C&S (Consequences and Sequel) atau Meramalkan Sebab dan Akibat. Alat berfikir C&S bersesuaian dengan keperluan membuat inovasi dalam kehidupan murid-murid. Murid- murid perlu mengambil kira kesan segera, jangka pendek (1-5 tahun), jangka sederhana (6-25 tahun) dan kesan jangka panjang (lebih daripada 25 (iii) Membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi. ó dua alat ber_kir yang sesuai untuk menyerapkan ciri-ciri kemahiran berfi kir, iaitu membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi. Alat ber_kir itu ialah CAF (Consider All Factors) dan FIP (First Important Priorities). CAF melibatkan kemahiran bagi melatih seseorang meneroka setiap aspek sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan perkataan lain, seseorang perlu membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi sebelum membuat keputusan. ó Manakala alat berfikir FIP (First Important Priorities), juga membantu murid-murid membuat keputusan melalui ciri-ciri membuat perkaitan dan hubungan, analogi, inferens, kesimpulan dan menginterpretasi. FIP boleh digunakan jika murid-murid berhadapan dengan faktor, objektif dan kesan yang banyak KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)

Page 18: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 18

KONSEP KBT ó mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Rialah kemahiran berfikir, Rkemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, Rkemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, R kecerdasan pelbagai, Rpembelajaran konstruktivisme Rpembelajaran kontekstual ( (a) Kemahiran berfi kir ó diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang mememerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. ó Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan sangat penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. (b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ó diajar kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperoleh maklumat yang terdapat dalam internet. (c) Kemahiran Belajar Cara Belajar ó ialah penguasaan teknik belajar cara belajar. ó menanam sikap dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. ó membolehkan murid dapat mengemaskinikan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah. (d) Kajian Masa Depan ó satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid menyedari sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum. (e) Kecerdasan Pelbagai ó merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. (f) Pembelajaran Konstruktivisme ó melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. ó menjadikan murid lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat. (g) Pembelajaran Kontekstual ó ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. ó disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka Topik 8 Pengajaran Mikro ó Latihan perguruan praktik ini menggunakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan, kawalan yang lebih rapi, kaedah yang lebih analitikal dan pendekatan baru untuk mendapatkan maklum balas daripada pengajaran dan pembelajaran ó pengajaran mikro yang menitikberatkan guru-guru pelatih diberi pengalaman dan kemahiran mengajar yang diperlukan dalam situasi sebenar. ó menggunakan teknik simulasi yang melibatkan situasi pengajaran yang dipermudahkan. Situasi-situasi ini dapat memberikan lebih banyak peluang kepada guru-guru pelatih untuk mengawal, memeriksa dan mendapatkan maklum balas berdasarkan pengajarannya sendiri. ó Semasa pengajaran mikro dijalankan, penyelia atau pensyarah dan rakan-rakan akan memerhati dan menilai pengajaran yang disampaikan oleh guru pelatih.

ó Rakaman video akan dilakukan semasa pengajaran mikro dijalankan. Penyelia dan rakan-rakan akan memberi komen berkenaan kekuatan dan kelemahan pengajaran tersebut dengan bantuan ulang tayang rakaman video ó Kelemahan-kelemahan yang terdapat akan dibaiki oleh guru pelatih melalui pengajaran dan rakaman semula. PENGAJARAN MIKRO Konsep dan Definisi Pengajaran Mikro ó Mikro, bermaksud kecil atau halus. ó pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberi fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. ó Dengan perkataan lain, semasa pengajaran mikro dijalankan, hanya satu jenis kemahiran mengajar sahaja yang difokuskan. Antara kemahiran-kemahiran yang menjadi fokus dalam pengajaran mikro ialah R kemahiran memulakan pengajaran (set induksi), R kemahiran menyoal, Rmenerang, Rkemahiran menggunakan papan tulis, Rkemahiran variasi rangsangan, Rkemahiran pengelolaan bilik darjah dan Rkemahiran menutup pengajaran PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MIKRO ó Prinsip-prinsip yang dimaksudkan termasuklah saiz, tempoh, bilangan dan tumpuan kemahiran. Prinsip-prinsip tersebut memperlihatkan perbezaan pengajaran mikro dengan pengajaran sebenar di bilik darjah. Saiz, Tempoh, Bilangan, Tumpuan Kemahiran ó didefinisikan sebagai satu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Saiz kelas juga dikecilkan kepada enam hingga sepuluh orang murid. Secara idealnya, murid- murid sekolah yang sebenar patut dibawa ke bilik pengajaran mikro dijalankan. ó Pengajaran mikro yang dijalankan di institut perguruan di Malaysia, biasanya mengikut peringkat-peringkat yang berikut: (a) Pensyarah menerangkan tentang konsep pengajaran mikro; (b) Pensyarah akan menentukan satu kemahiran yang akan dicuba oleh guru pelatih; (c) Pensyarah akan menerangkan tentang borang penilaian kemahiran; (d) Pensyarah menunjukkan contoh kemahiran guru lain melalui tayangan video; (e) Perbincangan dan latihan dilakukan dengan menggunakan borang bimbingan berdasarkan pengajaran demonstrasi; (f) Memilih guru pelatih untuk sesi mengajar dan memberikannya peluang untuk membuat persediaan; (g) Pensyarah menentukan sama ada hendak menggunakan rakaman video atau audio; (h) Guru pelatih mulai mengajar dan yang lain membuat pemerhatian serta menyemak borang penilaian; (i) Perbincangan diadakan antara guru pelatih yang mengajar dengan penyelianya. Kemudian, perbincangan dibuka kepada guru-guru pelatih yang lain; (j) Guru pelatih membuat persediaan semula berdasarkan komen-komen yang diberi oleh penyelia; dan (k) Guru pelatih mengajar semula kepada satu kumpulan ‘murid’ yang berlainan. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO ó bertujuan untuk melatih guru-guru pelatih menguasai kemahiran mengajar. Kemahiran ini diterapkan satu persatu dalam setiap sesi pengajaran mikro. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah set induksi, penyoalan, penerangan, variasi rangsangan, penggunaan papan tulis, pengelolaan bilik darjah dan penutup Set Induksi ó merujuk kepada cara guru memulakan pelajaran. ó menimbulkan minat serta menggerakkan murid-murid supaya sedia belajar dan berfikir tentang apa yang disampaikan guru. ó ó Tujuan set induksi terdiri daripada lima aspek, iaitu mendapatkan perhatian murid, memotivasikan murid, mencadangkan cara-cara

Page 19: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 19

menjalankan tugas, menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan dan mengaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada pada murid. (a) Menarik Perhatian ó mengubah nada suara; menggunakan alat bantu mengajar, kontak mata dan gerak isyarat; dan mengubah interaksi antara guru dengan murid. (b) Mewujudkan Motivasi ó memotivasikan murid-murid dengan mewujudkan unsur-unsur saspens, menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti- aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. (c) Menstruktur ó memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. (d) Membuat Perkaitan ó membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. ó menekankan kepada perbandingan atau perbezaan. Misalnya, guru yang mengajar tentang buah-buahan boleh merujuk kepada buah durian terlebih dahulu. Penyoalan ó suatu kemahiran yang amat kompleks. ó Tujuan penyoalan terdiri daripada lima aspek, iaitu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid-murid, memusatkan perhatian murid-murid kepada satu konsep yang khusus, menggalakkan murid-murid menyoal dan membantu perkembangan daya pemikiran murid-murid. Juriah Long, et al. (1922:11) menyatakan bahawa komponen kemahiran penyoalan terdiri daripada enam aspek, iaitu: (a) Pembentukan Soalan ó berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan jelas serta mudah difahami murid-murid. (b) Fokus Soalan yang dibentuk menumpukan kepada satu idea misalnya, berikan satu contoh kata nama am. ó Soalan yang dibentuk juga boleh menumpukan lebih daripada satu idea (c) Alih Hala Soalan Setelah guru mendapat satu jawapan daripada seorang murid, dia mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. (d) Sebaran ó menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. (e) Hentian Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk memberi peluang kepada murid-murid memikirkan jawapan. (f) Melayani Jawapan Murid ó dilayani dengan baik. Sekiranya jawapan yang diberi itu kurang tepat, guru perlu cuba membaikinya dan jangan diketepikan sahaja. Jika jawapan itu ternyata salah, guru perlu menjelaskannya kepada murid. (g) Membantu dengan Memberi Petunjuk ó guru boleh membantu murid-murid memikirkan jawapan dengan cara memberi petunjuk (clue). (h) Mencungkil Komponen ini digunakan apabila guru terus menyoal murid-muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi. Di samping itu, Koh Boh Boon (1989:35), berpendapat bahawa seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan tentang aras-aras soalan yang hendak dikemukakan kepada murid-murid. Aras-aras soalan yang perlu diketahui oleh guru adalah seperti yang berikut: (i) Ingatan Kembali ó mengemukakan soalan yang hanya memerlukan murid mengingati kembali sesuatu fakta yang telah dipelajari. (ii) Kefahaman Kefahaman murid berkenaan perkara yang diuji oleh soalan. (iii) Aplikasi ó mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. (iv) Analisis

ó memerlukan murid-murid mengkaji bukti- bukti, menginterpretasikan hasil dan membuat huraian daripada hasil kajian. (v) Sintesis ó memerlukan murid menjalankan aktiviti kreatif seperti mengarang, menulis puisi, sajak atau cerita. Sintesis sebenarnya merujuk kepada usaha menyatukan beberapa idea. (vi) Penilaian ó itu memerlukan murid-murid memberi hujah- tentang sesuatu idea serta mengemukakan bukti-bukti untuk menyokong keputusan yang diambil. Penerangan ó satu proses memberi kefahaman kepada orang lain. Maklumat yang disampaikan itu dapat difahami oleh penerima, iaitu murid- murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kemahiran menerang terdiri daripada tiga aspek, iaitu menjelaskan sesuatu isu, membolehkan murid- murid menghuraikan sesuatu proses dan membolehkan murid-murid menaakul punca-punca berlakunya sesuatu peristiwa. Komponen kemahiran menerang terdiri daripada empat aspek (Shahabuddin Hashim, et al. 2003:36) iaitu: (a) Arah Permulaan ó menimbulkan serta mengekalkan minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan. Sekiranya terdapat kesediaan murid untuk menerima tajuk yang dipilih, maka pembelajaran akan mudah berlaku. (b) Kemahiran Ilustrasi ó menggunakan contoh-contoh yang mencukupi serta relevan dengan tajuk. ó Contoh-contoh yang jelas, menarik dan dalam lingkungan pengalaman murid, akan mempercepat kefahaman murid. ó perlu menggunakan media yang dapat merangsang murid-murid memahami tajuk yang disampaikan. Contoh-contoh media tersebut termasuklah, gambar yang berwarna-warni, model, slaid, pita rakaman dan bahan-bahan maujud. (c) Penyusunan Idea ó Penerangan seharusnya bermula dari yang mudah kepada yang kompleks dan dari yang konkrit kepada yang abstrak. Pelbagai rangsangan perlu digunakan oleh guru untuk memotivasikan murid-murid. Rangsangan itu termasuklah perubahan tempo, intonasi dan kekuatan suara. Di samping itu, gerakan isyarat dan pergerakan yang wajar boleh juga digunakan. Penerangan lisan sepatutnya jelas dan jitu. Rangkai kata seperti “......dan sebagainya” dan “.....dan lain-lain lagi” perlu dielakkan. (d) Penutup ó menyatakan semula isi-isi penting yang terkandung dalam penerangan yang telah dikemukakan. Selain komponen yang telah dibincangkan, ó menggunakan petunjuk, perkaitan dan keutamaan semasa memberi penekanan kepada sesuatu aspek penting dalam penerangannya. Variasi Rangsangan ó berusaha mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mewujudkan serta mengekalkan minat murid-murid. ó merangkumi semua aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam usahanya mempelbagaikan teknik penyampaiannya. ó mempunyai empat tujuan: ó mewujudkan dan mengekalkan perhatian serta minat murid-murid; ó melibatkan murid-murid dalam pembelajaran; ó menyediakan peluang kepada murid-murid menggunakan deria mereka; ó menyediakan peluang untuk memenuhi perasaan ingin tahu murid-murid melalui aktiviti penerokaan. Komponen kemahiran variasi rangsangan ini pula terdiri daripada enam aspek (Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz dan Arb’ie b Sujud, 1997:37-38). Keenam-enamnya termasuklah: (a) Pergerakan Pergerakan guru ke kiri atau ke kanan ataupun ke hadapan dan ke belakang boleh mengurangkan kebosanan dalam bilik darjah. Akan tetapi pergerakan berlebihan boleh mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid. (b) Pergerakan Anggota Guru yang ekspresif akan dapat menggunakan kepala dan badannya dengan berkesan apabila hendak menekankan kepada isi-

Page 20: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 20

isi pelajaran yang penting. Walau bagaimanapun, pergerakan yang mengganggu tumpuan murid harus dielakkan. (c) Perubahan Pertuturan Suara guru perlu berubah dari segi nada serta kekuatannya. Suara yang mendatar sudah tentu membosankan murid-murid. (d) Perubahan Fokus Deria Fokus deria berlaku apabila guru berubah daripada bercakap kepada penggunaan pita rakaman, slaid, bahan-bahan maujud dan sebagainya. Cara ini dapat menambahkan minat murid-murid. (e) Bentuk Penglibatan Lisan Murid-Murid Penglibatan lisan murid-murid bolehlah berbentuk menyoal atau menjawab soalan, menceritakan semula kisah yang didengar atau mengambil bahagian dalam perbincangan. Aktiviti seumpama ini mampu menyeronokkan murid-murid. (f) Bentuk Penglibatan Fizikal Murid-Murid Penglibatan fi zikal murid-murid boleh berbentuk lakonan, main peranan, melukis rajah di papan hitam atau mengambil bahagian dalam simulasi. Aktiviti seumpama ini boleh mengelakkan kebosanan. Penggunaan Papan Tulis ó papan tulis yang digunakan dengan baik akan menambahkan keberkesanan pengajaran seseorang guru. ó Data yang dicatatkan dengan teratur serta gambar rajah yang dilukis di tempat yang sesuai akan memudahkan murid-murid membaca serta menarik minat mereka. ó Tujuan kemahiran menggunakan papan tulis ini terdiri daripada empat aspek, iaitu R menarik serta mengekalkan tumpuan murid-murid kepada bahan pengajaran, Rmenjelaskan sesuatu konsep, R mewujudkan disiplin yang baik kerana murid-murid yang boleh mengikuti dan melihat apa yang dicatatkan di papan hitam jarang menimbulkan kesulitan dan R menggalakkan pemikiran produktif dalam kalangan murid-murid. Komponen kemahiran ini pula terdiri daripada empat aspek, iaitu: (i) Kejelasan ó terang dan sesuai saiznya, lurus dengan jarak antara huruf, perkataan dan barisan sesuai. (ii) Susunan ó dibahagikan kepada beberapa ruang yang teratur untuk nota-nota dan rajah-rajah. Bahan-bahan yang digunakan seharusnya berkaitan dan perlu kelihatan jelas kepada murid-murid. (iii) Penonjolan Penonjolan atau penekanan boleh dilakukan oleh guru dengan menggunakan warna yang menarik, menggaris atau membulatkan perkataan. (iv) Teknik Persembahan Pengajaran tentang idea-idea kompleks memerlukan nota-nota, simbol- simbol, carta-carta dan rajah-rajah dilukiskan di papan tulis. Di samping itu, guru boleh melibatkan murid-murid dengan cara meminta mereka melukis, menama, melabel atau menunjukkan sesuatu di papan tulis. Pengelolaan Bilik Darjah Seorang guru pelatih juga perlu mempunyai kemahiran mengelola bilik darjah. Kemahiran pengelolaan bilik darjah ini memerlukan guru berkemahiran mengelolakan tujuh perkara (Ee Ah Meng, 1987:41-42). Kesemua yang dimaksudkan itu termasuklah: (a) Mengelola dan mengurus aktiviti murid ó berkemahiran mengelola semua aktiviti yang melibatkan murid di bilik darjah. ó Aktiviti ini merangkumi aktiviti khusus untuk pengajaran dan pembelajaran, iaitu bersoal jawab, perbincangan dan sebagainya serta aktiviti umum seperti tugasan kumpulan dan sudut bacaan. (b) Mengelola dan mengurus bahan atau sumber ó Guru perlu bijak dalam mengelola dan menggunakan bahan atau sumber semasa pengajaran berdasarkan perancangan pengajaran yang disediakan. ó berpandukan pemeringkatan isi. ó memaksimumkan penggunaan bahan atau sumber yang disediakan dengan melibatkan interaksi murid-murid seperti bersoal jawab. ó Bahan atau sumber bukan sekadar ditunjukkan atau ditayangkan kemudian disimpan. (c) Mengelola dan mengurus aktiviti penilaian

ó perlu dikelola atau diuruskan dengan baik. Agihan kertas soalan, pengawasan, pemarkahan dan penulisan laporan hendaklah dikelola dengan baik. (d) Mengelola dan mengurus rutin bilik darjah ó merangkumi semua tugas yang biasa atau lazim yang perlu dilakukan khususnya oleh guru kelas yang berkaitan dengan bilik darjahnya. ó berperanan mengelola perkara-perkara berikut, iaitu Rorganisasi bilik darjah dan jadual bertugas murid-murid, R perabot dan Rperalatan lain dalam bilik darjah, R kedatangan dan jadual kedatangan murid-murid, Rlaporan kemajuan murid-murid, R sijil berhenti, Rsurat akuan R kad 001, Rpendaftaran murid masuk dan keluar dari sekolah, kutipan yuran dan derma, kebajikan dan kesihatan murid-murid serta pengurusan kokurikulum. (e) Mengelola dan menguruskan disiplin ó mengelola dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Adab dan peraturan keluar masuk kelas, semasa berbincang dan lain-lain perlu teguran daripada guru jika ketetapan tersebut tidak dipatuhi oleh murid-murid. Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreativiti dan gaya pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas. (f) Mengelola dan menguruskan kemudahan dan keadaan _zikal ó bijak mengelola dan mengurus kemudahan dan keadaan fizikal bilik darjah bagi menyediakan suasana yang kondusif untuk aktiviti dan pembelajaran. ó memastikan Jadual Bertugas Mingguan yang disediakan dipatuhi oleh murid-murid supaya lantai, papan tulis, tingkap, lampu dan kipas sentiasa bersih; manakala almari, meja, kerusi dan rak buku tersusun rapi dan kemas. Papan kenyataan di belakang bilik darjah dilekatkan dengan bahan-bahan yang sesuai dan sering ditukar paparannya. Sebarang kerosakan kemudahan dan peralatan perlu dilaporkan untuk dibaiki. (g) Mengelola dan menguruskan tugas-tugas lain ó perlu mengelola tugas-tugas lain selain daripada yang telah dibincangkan. Penutup ó merujuk kepada penumpuan perhatian kepada penyelesaian sesuatu tugas tertentu. ó Terdapat dua jenis penutup dalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. ó Penutup kognitif memerlukan guru menyenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. ó penutup sosial pula memerlukan guru memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid yang telah dapat menguasai sesuatu topik yang diajar. Tujuan kemahiran penutup terdiri daripada lima aspek, iaitu untuk menarik perhatian murid-murid kepada perkara yang telah dipelajari, mengukuhkan pembelajaran murid-murid, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dalam kalangan murid-murid, menggunakan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk menilai dan mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985:42). ó Kemahiran penutup mempunyai tiga prinsip utama yang perlu dipatuhi: R penutup seharusnya sejajar dengan minat, umur dan kebolehan murid-murid; R berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran; R mempunyai perkaitan dengan pelbagai topik yang telah diajarkan. ó Kemahiran penutup juga mempunyai tiga komponen utama Ketiga-tiganya ialah: (a) Kaitan Kognitif ó membuat rumusan tentang sesuatu yang berkaitan dengan pengalaman murid-murid. Penutup itu sepatutnya ada hubungan dengan bahagian penting pelajaran. Di peringkat ini juga, guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti susulan. (b) Kaitan Sosial

Page 21: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 21

ó menggunakan pelbagai jenis pujian apabila murid-murid dapat menjawab soalan-soalan di peringkat penutup. Dengan cara ini, murid- murid dapat menikmati perasaan pencapaian dan kejayaan. (c) Mewujudkan Motivasi Melalui aktiviti-aktiviti susulan, guru mungkin dapat menimbulkan kemesraan, rasa ingin tahu atau unsur-unsur saspens. Topik 9 Pengajaran Makro PENGENALAN ó mirip kepada aktiviti simulasi pengajaran yang sebenar iaitu melihat keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara kontekstual (Azizi Ahmad, 2007:3 ó rakan-rakan guru pelatih akan bertindak sebagai murid-murid. Pensyarah akan bertindak sebagai penyelia atau pembimbing dalam pengajaran makro yang dijalankan oleh guru pelatih. ó pengajaran makro dijalankan seperti pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Oleh itu, masa pengajaran adalah antara 30 hingga 60 minit (bersamaan dengan satu hingga dua sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah) manakala saiz murid adalah antara 30 hingga 40 orang (Ee Ah Meng, 1987:35). ó dijalankan di institut perguruan atau di universiti tempat guru pelatih belajar sebagai suatu latihan mengajar sebelum mereka menjalankan latihan mengajar atau praktikum di sekolah. ó dapat dikatakan sebagai latihan prapraktikum untuk guru-guru pelatih. PENGAJARAN MAKRO ó lanjutan daripada pengajaran mikro yang dijalankan di institut perguruan atau di universiti tempat guru-guru pelatih menuntut ilmu. ó menyediakan guru pelatih menjalani program latihan mengajar atau praktikum di sekolah. Konsep dan Definisi Pengajaran Makro ó mikro bermaksud kecil, makro pula bermaksud besar. ó Konsep besar dalam makro merujuk kepada masa pengajaran, saiz murid serta fokus kemahiran yang lebih besar dan luas. Pengajaran makro terhasil berdasarkan pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. ó bersamaan dengan 30 hingga 60 minit. ó saiz murid juga didasarkan kepada saiz sebenar murid di sekolah, iaitu antara 30 hingga 40 orang murid ó bukan murid sebenar tetapi terdiri daripada rakan-rakan guru pelatih sendiri. ó perlu memilih satu topik pengajaran dan menggunakan semua kemahiran yang telah dikuasai semasa pengajaran mikro, iaitu set induksi, penyoalan, penerangan, variasi rangsangan, penggunaan papan tulis, pengelolaan bilik darjah dan penutup. Pengajaran makro yang dijalankan ini akan turut dibuat rakaman video atau audio untuk tujuan penilaian. ó pensyarah akan bertindak sebagai penyelia di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. mengemukakan kritikan dan pandangan peribadinya terhadap ó Pandangan dan kritikan daripada rakan-rakan guru pelatih akan turut diminta sebagai panduan untuk guru pelatih meningkatkan kemahiran pengajarannya serta mengelakkan sebarang kelemahan PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MAKRO ó prinsip-prinsip pengajaran makro menyerupai pengajaran sebenar. ó mempunyai objektif, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan penilaian Objektif ó menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (ringkasan mengajar) untuk topik yang akan diajarnya. ó persediaan ini dilakukan sehari sebelum pengajaran bermula untuk membolehkan guru benar-benar bersedia dengan kaedah, aktiviti dan contoh serta bahan atau sumber yang sesuai bagi memenuhi objektif yang ditetapkan. Objektif pengajaran adalah suatu keterangan tentang prestasi (performance) yang perlu ditunjukkan oleh murid sebelum dianggap cekap (competent). ó dinyatakan oleh seseorang guru bagi menentukan kandungan, prosedur pengajaran, menyusun strategi, menetapkan aktiviti,

menilai serta mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. ó dipelbagaikan untuk kelas yang muridnya mempunyai pelbagai keupayaan ó Terdapat dua jenis objektif: objektif implisit dan objektif eksplisit. R Objektif implisit - hanya menyatakan perubahan-perubahan dalaman, iaitu tingkah laku yang tidak nyata. R Objektif eksplisit - menyatakan perubahan-perubahan luar yang dapat dilihat dan dinilai ó dibahagikan kepada objektif tingkah laku dan objektif ekspresif. Objektif tingkah laku merupakan objektif yang menyatakan perubahan tingkah laku murid yang diharapkan setelah pengajaran dijalankan. Tingkah laku merujuk kepada apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid. Di samping itu, tingkah laku boleh dilihat dan dinilai dengan jelas. Contoh: Setelah diterangkan lima ayat menggunakan kata hubung tetapi, murid-murid telah dapat membina enam ayat menggunakan kata hubung “tetapi”. 70% daripada semua murid membina ayat yang betul. ó Objektif ekspresif pula memerlukan murid menganalisis sesuatu yang mirip kepada daya cipta dan domain afektif. Dalam situasi ini, murid-murid dapat menunjukkan bakat masing-masing contohnya, murid-murid yang mencipta pantun, puisi, syair, menghasilkan bahan pameran atau menerbitkan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ó menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dijalankannya. ó perlu mempunyai kemahiran menyediakan isi pelajaran yang sesuai, menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (ringkasan mengajar) dan menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pengajaran makro seperti juga pengajaran sebenar terdiri daripada set induksi, perkembangan dan penutup (a) Set Induksi ó Merupakan pendekatan yang diperkenalkan pada permulaan pelajaran untuk menarik perhatian murid-murid kepada topik pelajaran. ó Set induksi juga boleh digunakan apabila guru menukar ke topik baru, sebelum sesi soal jawab dijalankan, sebelum perbincangan panel diadakan, sebelum pertunjukan filem dan slaid serta sebelum rancangan radio dan televisyen ditayangkan. Sekiranya guru berjaya menjalankan set induksi dengan baik, maka situasi yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berjaya diwujudkan. (b) Perkembangan ó bahan-bahan baru akan diperkenalkan. Fungsi guru pada peringkat ini adalah seperti yang berikut: RMenyampaikan bahan pelajaran yang baru; RMendedahkannya; RMenerangkannya; RMenarik perhatian murid-murid tentang aspek-aspek penting berkaitan bahan pelajaran itu; R Menyusun bahan itu dengan cara yang memudahkan pemahaman murid-murid; (vi) Membantu murid yang menghadapi masalah; dan (vii) Membantu dan membimbing murid menggunakan bahan yang dipelajari. ó aktiviti-aktiviti yang boleh jalankan adalah mengingat kembali, mengadakan sintesis, membuat rumusan, mengadakan soal jawab, perbincangan dan ilustrasi. ó Peringkat penyampaian dijalankan mengikut beberapa langkah perkembangan tertentu. ó disusun untuk memudahkan kefahaman konsep atau memperoleh sesuatu kemahiran. ó ada kaitan antara suatu langkah dengan yang lain. Langkah itu perlu bermula daripada yang ringkas kepada yang kompleks. ó Pembahagian masa perlu dilakukan untuk setiap langkah. ó mematuhi masa yang ditentukan supaya langkah-langkah yang lain dapat diberi perhatian yang sewajarnya. Isi-isi pelajaran lain serta teknik- teknik mengajar yang akan digunakan perlu

Page 22: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 22

dicatatkan dalam bahagian perkembangan ringkasan mengajar. ó tidak akan tergopoh- gapah sekiranya setiap teknik yang akan digunakan telah difi kirkan terlebih dahulu. ó Perancangan serta pemeringkatan isi dan teknik pengajaran akan memudahkan pencapaian objektif pengajaran. Soalan-soalan serta aktiviti- aktiviti perlu dirancangkan. Soalan yang di_kirkan terlebih dahulu adalah lebih jelas dan mudah diberikan kepada murid-murid. Bahan-bahan serta rajah-rajah yang akan dicatat di papan tulis untuk membina setiap langkah perkembangan hendaklah ditunjukkan dalam ringkasan mengajar. Contoh- contoh serta soalan-soalan yang akan dikemukakan perlu juga dicatatkan. (c) Penutup ó merupakan bahagian terakhir sesuatu pelajaran. ó merupakan bahagian yang tidak kurang pentingnya dan berfungsi untuk merumuskan bahan penting pengajaran yang disampaikan, memberikan perasaan pencapaian kepada murid-murid dan menentukan aktiviti-aktiviti susulan. ó Guru juga boleh mengukuhkan pengajarannya dengan merumuskan semua fakta dan idea yang penting di bahagian penutup. ó Isi-isi tersebut boleh dicatatkan di papan tulis setelah dikemukakan oleh murid-murid dengan bimbingan guru. ó boleh memberi aktiviti dan latihan untuk dijalankan oleh murid- murid. ó menimbulkan perasaan pencapaian atau kejayaan dalam kalangan murid-murid melalui pengukuhan. Cara ini akan mendorong murid-murid menunjukkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang. (a) Kemahiran menyediakan isi pelajaran yang sesuai ó menyediakan isi pelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid-murid. ó Isi pelajaran yang terlalu sukar difahami akan menambahkan masalah dan mungkin juga masalah disiplin. ó isi pelajaran yang terlalu mudah atau rendah arasnya tentunya tidak mencabar kebolehan intelek murid-murid. Selain itu, murid-murid mudah berasa bosan dan gelisah. ó mengkaji pengetahuan sedia ada serta kebolehan murid-murid sebelum menyediakan isi pelajaran. ó berkemahiran menyediakan isi pelajaran yang sesuai untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan. Bagi murid-murid yang lemah, pendidikan pemulihan perlu disediakan manakala aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid-murid yang telah mencapai kemahiran-kemahiran dalam suatu unit pembelajaran. ó perlu mahir menyusun isi pelajaran daripada aras yang mudah ke aras yang lebih sukar dan daripada bentuk konkrit ke bentuk abstrak. Langkah-langkah isi pelajaran juga perlu diberi perhatian, iaitu disusun dalam bentuk yang mudah difahami serta diikuti. (b) Kemahiran menyediakan Rancangan Pelajaran Harian ó Rancangan Pelajaran Harian atau ringkasan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada pada murid, objektif, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Semua perkara yang dinyatakan dalam ringkasan mengajar akan disampaikan oleh guru pelatih dalam satu atau dua waktu pelajaran. ó meningkatkan keberkesanan pelajaran serta mengelakkan keadaan yang kecoh dalam bilik darjah. ó perlu disediakan oleh seseorang guru: R Menentukan objektif pengajaran dan dengan itu guru tidak akan menyeleweng daripadanya; R Memahami dan menentukan isi yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan; R Menyediakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat kebolehan serta minat murid-murid; R Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan; R Merancang aktiviti untuk murid-murid; R Membantu guru mengawal bilik darjah dengan baik; R Menyediakan peluang kepada guru menilai keberkesanan pengajaran serta pembelajaran murid; R Menimbulkan keyakinan guru semasa menghadapi murid-murid; R Membantu guru mengingati bahan-bahan pelajaran yang akan disampaikan;

R Membantu guru pelatih menilai sama ada objektif-objektif pelajarannya tercapai; dan R Membantu guru pelatih merancang aktiviti-aktiviti susulan. (c) Kemahiran menentukan strategi pengajaran ó memikirkan strategi pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran makro. ó Strategi pengajaran meliputi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang akan digunakan. Pemilihan pendekatan, kaedah atau teknik yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran. ó Kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai bukan sahaja akan meningkatkan mutu penyampaian, malahan juga menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid. . (d) Kemahiran menentukan bahan bantu mengajar yang sesuai ó berkemahiran menentukan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kehendak objektif pelajaran. ó menggunakan pelbagai bentuk alat untuk merangsang penggunaan pelbagai deria murid-murid. Alat-alat yang biasa digunakan termasuklah kad-kad perkataan, kepingan gambar, model-model, objek-objek maujud, pita rakaman, slaid, projektor overhed, komputer, Internet, carta-carta, radio dan televisyen. ó perlu memikirkan cara-cara penggunaan, iaitu sama ada perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan. Cara-cara mengedar dan mengutip semula alatan seharusnya difikirkan supaya masa dan tenaga dapat dijimatkan. Sekiranya bahan bantu mengajar memerlukan bekalan elektrik, guru perlu menguji panjangnya dawai, saiz plag, keadaan mentol projektor dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Bagi carta-carta yang digunakan, guru perlu meneliti saiz tulisan dan daya tarikan gambar- gambar itu. Tulisan yang terlalu kecil akan mengurangkan keberkesanan penggunaan carta itu. Gambar-gambar yang kabur serta tidak berwarna tidak mungkin dapat menarik minat murid-murid. Penilaian ó dijalankan untuk menentukan sejauh mana objektif- objektif pelajaran telah tercapai, iaitu sejauh manakah murid-murid telah memahami pelajaran serta dapat menggunakannya dalam situasi baru. ó Penilaian yang dijalankan boleh berbentuk lisan atau tulisan. ó Penilaian harus berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah disampaikan oleh guru ó Penilaian yang boleh dilakukan oleh guru pelatih ketika pengajaran makro dijalankan ialah: R mengesan penguasaan, iaitu penilaian yang dijalankan ketika guru berada di bilik darjah bertujuan untuk mengesan kelemahan murid- murid dalam sesuatu kemahiran yang diajar supaya kelemahan itu dapat dibetulkan serta merta; dan R mengesan kemajuan, iaitu penilaian yang dijalankan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik yang telah diajar untuk mengesan kemajuan murid-murid dalam usaha menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN MAKRO Pengukuhan ó didefi nisikan sebagai penggunaan insentif oleh guru sebagai ganjaran kepada tingkah laku. ó perlu mempunyai kemahiran melakukan pengukuhan semasa menjalankan pengajaran makro untuk mengelak rasa bosan dalam kalangan murid-murid. ó Pengukuhan terdiri daripada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan negatif. ó komponen pengukuhan yang dimaksudkan itu ialah: (a) Melakukan pengukuhan positif seperti baik, bagus, betul, kerja yang kemas, idea yang menarik; (b) Melakukan extra verbal cues atau tanda verbal tambahan contohnya, ya...ya..., aha, teruskan; (c) Melakukan gerak isyarat positif contohnya mengangguk, senyuman, tepukan, melihat dan mendengar dengan penuh minat; (d) Mendekati atau mendampingi contohnya, bergerak mendekati murid, berdiri hampir dengan murid, duduk hampir dengan murid; (e) Melakukan sentuhan contohnya, menyentuh kepala, bahu atau belakang, berjabat tangan. Namun dalam konteks budaya dan

Page 23: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 23

masyarakat kita, sentuhan-sentuhan ini terhad kepada guru lelaki dengan murid lelaki dan guru perempuan dengan murid perempuan; (f) Menulis jawapan murid di papan tulis sebagai galakan kepada respons murid; (g) Penandaan seperti menulis komen dalam tugasan, buku latihan atau kertas jawapan ujian, memberi markah dan membuat carta kemajuan murid- murid; (h) Melakukan pengukuhan negatif misalnya, tidak, salah, bukan; (i) Melakukan gerak isyarat negatif misalnya, menggeleng-gelengkan kepala, mengerut dahi, merenung murid-murid, menjauhi murid atau membiarkan murid terus berdiri; dan (j) Tidak melakukan sebarang pengukuhan, iaitu guru tidak memberi sebarang pengukuhan atau sebarang respons walaupun sepatutnya berbuat demikian. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar R membantu mengekalkan minat dan tumpuan murid, boleh mengaktifkan murid-murid melalui perbincangan yang berkaitan dengan bahan serta meningkatkan kefahaman murid-murid berkenaan topik yang disampaikan. R perlu mempunyai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar berdasarkan tiga komponen (a) Kesesuaian R sesuai dengan peringkat umur murid serta sesuai dari segi saiz dan topik yang disampaikan. R memberi sumbangan yang bermakna dari segi kandungan topik dan dapat memberi gambaran yang jelas berkenaan topik yang disampaikan. (b) Menarik R menarik perhatian murid-murid, iaitu mempunyai warna, susun atur dan kandungan yang menarik. (c) Penggunaan R digunakan secara maksimum oleh guru pelatih. R merangka aktiviti perbincangan, soal jawab dan sebagainya berasaskan bahan bantu mengajar yang digunakan. R merancang cara memperkenalkan bahan dan aktiviti semasa serta selepas penggunaan bahan bantu mengajar. Menggunakan Contoh dan Ilustrasi ó memudahkan murid-murid memahami maksud idea atau konsep yang abstrak. ó Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. ó berkemahiran serta mematuhi tiga prinsip penggunaan contoh dan ilustrasi. R Prinsip pertama ialah guru perlu mengemukakan contoh yang mudah dan berdasarkan pengalaman sedia ada murid-murid terlebih dahulu, iaitu daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui. R Prinsip kedua alah guru perlu memastikan contoh dan ilustrasi yang diberi relevan dan berkaitan dengan idea, konsep atau isi yang hendak disampaikan. R prinsip ketiga pula ialah contoh dan ilustrasi yang diberi itu mestilah dapat mengekalkan minat dan rasa ingin tahu murid-murid . Respons secara lisan daripada murid-murid membantu guru mengesan keadaan ini. Topik 10 Aplikasi Pengajaran Mikro dan Makro PENGENALAN ó pengajaran mikro hanya melibatkan satu kemahiran sahaja, manakala satu sesi pengajaran untuk pengajaran ó makro pula menyamai sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah, yang perlu mengaplikasikan semua kemahiran ó .Aplikasi di sini maksudnya menerapkan semua kemahiran yang telah dikuasai dalam sesi pengajaran mikro dan makro yang sebenar. Dengan perkataan lain, guru perlu menggunakan semua kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan pengajaran mikro dan makro bagi satu sesi pengajaran APLIKASI PENGAJARAN MIKRO ó merujuk kepada penerapan kemahiran yang telah dikuasai oleh guru pelatih ketika menjalankan pengajaran mikro. Aplikasi pengajaran mikro perlu berdasarkan kepada hanya satu kemahiran sahaja, iaitu sama ada set induksi, penyoalan, penerangan, variasi

rangsangan, penggunaan papan tulis, pengelolaan bilik darjah atau penutup. Menurut Shahabuddin Hashim (2003:27) R rbermula daripada pensyarah atau penyelia memperkenalkan konsep pengajaran mikro kepada guru pelatih. R pensyarah membimbing guru pelatih menentukan sesuatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru pelatih serta borang bimbingan yang bersesuaian dengan kemahiran tersebut. R Pensyarah seterusnya melakukan demonstrasi sesuatu kemahiran, contohnya set induksi dan melatih guru pelatih menggunakan borang bimbingan. R Guru pelatih seterusnya menyediakan persediaan mengajar untuk sesuatu kemahiran, contohnya set induksi tersebut. Pensyarah akan menentukan jenis rakaman yang akan dilakukan, iaitu sama ada rakaman audio atau video. R guru pelatih akan mengajar kemahiran yang ditentukan misalnya set induksi. R Pensyarah akan bertindak sebagai penyelia, manakala rakan-rakan guru pelatih bertindak sebagai murid-murid yang turut diminta mengisi butiran dalam borang bimbingan untuk memberi komen tentang pengajaran guru pelatih tersebut. R Setelah selesai mengajar, penyelia akan memberi maklum balas terhadap pengajaran guru pelatih diikuti oleh rakan-rakan guru pelatih yang lain. R Berdasarkan maklum balas ini, guru pelatih berkenaan perlu merancang semula pengajarannya serta mengajar semula kepada satu kumpulan murid yang berlainan ó komponen-komponen utama dalam set induksi (a) Menarik Perhatian ó mengubah nada suara, menggunakan alat bantu mengajar, ó menggunakan kontak mata, gerak isyarat dan mengubah interaksi antara guru dengan murid. (b) Mewujudkan Motivasi ó mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk set induksi serta berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. (c) Menstruktur ó menerangkan tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu kepada setiap kumpulan. (d) Membuat Perkaitan ó perkaitan antara set induksi dengan memberi contoh APLIKASI PENGAJARAN MAKRO ó pengajaran makro dijalankan oleh guru pelatih untuk satu sesi pengajaran lengkap yang mempunyai semua kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru sebenar. ó pengajaran makro - latihan mengajar yang lengkap yang perlu dikuasai oleh guru pelatih sebelum melangkah ke sekolah untuk menjalankan latihan mengajar (praktikum). ó dijalankan dalam masa 30 hingga 60 minit, iaitu bersamaan dengan satu hingga dua masa pengajaran sesuatu mata pelajaran di sekolah. ó jumlah murid adalah antara 30 hingga 40 orang murid yang tentunya terdiri daripada rakan-rakan guru pelatih yang turut memainkan peranan untuk menilai pengajaran guru pelatih berdasarkan borang penilaian yang diedarkan oleh pensyarah. ó pensyarah akan bertindak sebagai penyelia untuk menilai pengajaran yang dijalankan. ó menyediakan persediaan mengajar yang lengkap sama ada untuk satu masa (30 minit) atau dua masa (60 minit) pengajaran. Di samping itu, guru pelatih juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang lengkap untuk pengajarannya. ó Selepas sesi pengajaran, memberi maklum balas terhadap semua kemahiran pengajaran yang diaplikasi oleh guru pelatih. ó melakukan refleksi dan memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya. ó menguasai dua jenis kemahiran, iaitu kemahiran sebelum dan ketika menjalankan pengajaran makro. ó Kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru pelatih sebelum pengajaran makro dijalankan terdiri daripada kemahiran menyediakan isi pelajaran yang sesuai, kemahiran menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (ringkasan mengajar), kemahiran menentukan strategi pengajaran yang akan digunakan serta kemahiran menentukan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran.

Page 24: HBML4303SMP Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML4303SMP – KURIKULUM & PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OUMClub

http://OUMClub.blogspot.com/ 24

ó kemahiran yang perlu dikuasai ketika pengajaran makro dijalankan ialah kemahiran pengukuhan, kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dan kemahiran menggunakan contoh dan ilustrasi. ó mengaplikasikan semua kemahiran itu dengan menjalankan pengajaran makro. ó perlu menyediakan ringkasan mengajar yang lengkap terlebih dahulu. ó menjalankan pengajaran makro ó memulakan pengajaran, iaitu menjalankan set induksi selama 5 minit, kemudian menjalankan perkembangan pelajaran yang terdiri daripada langkah 1 hingga 5 yang dijalankan selama 10 minit setiap langkah. Akhirnya guru pelatih perlu menjalankan penutup selama 5 minit. ó menggunakan pendekatan pengajaran kemahiran ber_kir, iaitu mengkategori, membuat keputusan dan konstruktivisme, iaitu menjelajah (explore) dan menerangkan(explain). ó menggunakan kaedah terus dan linguistik ó teknik pengajaran - menggunakan teknik perbincangan, soal jawab, sumbang saran, penyelesaian masalah dan latih tubi. Ketika menyampaikan perkembangan isi pelajaran juga guru pelatih perlu mengaplikasikan semua kemahiran pengajaran mikro, iaitu penyoalan, penerangan, variasi rangsangan, penggunaan papan tulis dan pengelolaan bilik darjah ó mengaplikasikan semua kemahiran pengajaran makro, iaitu kemahiran pengukuhan, kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dan kemahiran menggunakan contoh dan ilustrasi. ó menjalankan penutup kognitif dan sosial selama 5 minit. Ketika itu, guru pelatih dan murid-murid membuat rumusan bersama- sama disusuli oleh guru pelatih mengemukakan rumusannya dan murid-murid menyanyi. ó selepas menjalankan pengajaran, guru pelatih perlu menulis refleksi sama ada objektif pengajaran telah dapat dicapai atau tidak. ó boleh menulis sebarang masalah yang timbul sepanjang pengajaran makro dijalankan. Manakala pensyarah yang bertindak sebagai penyelia pula akan menulis komen di bahagian komen pensyarah pembimbing ( PRAKTIKUM ó Program ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a) Prapraktikum yang merangkumi dua komponen, iaitu: (i) Pengajaran mikro dan makro sebagai persediaan bagi pelajar menjalani praktikum yang dilaksanakan di institut perguruan atau universiti. (ii) Pengalaman mengajar atau Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru pelatih semasa bertugas di sekolah. pendidikan. Oleh itu, komponen pengalaman mengajar ini diharap dapat membantu guru pelatih menjana ilmu keguruan berdasarkan pembelajaran dalam konteks sebenar. (b) Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah yang di bawah seliaan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. ó menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilken teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri. Melalui pengalaman ini dan proses refleksi, guru pelatih akan menghasilkan ilmu binaan (situational knowledge) yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan mereka. ó membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan. Dalam pelaksanaan praktikum, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara institut perguruan atau universiti dengan sekolah yang menjadi teras pelaksanaan praktikum. Pemuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme guru. ó Komponen utama yang perlu ada dalam praktikum ialah pengajaran dan pengalaman bilik darjah; pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah; dan pembinaan sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan. ó tujuan praktikum pula, adalah untuk melahirkan guru sekolah dan bukan semata-mata guru bilik darjah. Oleh sebab itu, praktikum harus dilihat dan dilaksanakan secara menyeluruh dan

bersepadu yang melibatkan usaha sama antara institut perguruan atau universiti dengan sekolah menegaskan bahawa objektif pelaksanaan praktikum adalah untuk menyediakan guru pelatih agar dapat: RMemupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai profesional keguruan; RMembina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; RMeningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; RMenyesuaikan diri dengan budaya sekolah; RMenyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran; RMenguasai strategi pengajaran; RMengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru; dan RMembuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru. Manakala melalui program praktikum juga, pihak institut perguruan atau universiti dan sekolah akan dapat: