15
   PENGENALAN Rajah 2 1:  Karya Yusof Ghani Apakah falsafah yang tersirat pada karya ini? Sumber: weiling-gallery.com/Mindbodysoul.htm Tahukah anda akan Socrates, Plato dan Aristotle? Mereka merupakan ahli falsafah Yunani yang terkenal. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan T T o o p p i i k k  2 2   Pengenalan kepada Falsafah  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Member ika n pengert ian f alsafah seni kepa da umu m; 2. Menera ngka n tent ang e mpat mazhab fa lsa fah bara t; dan 3. Membe zakan antara falsaf ah ba rat, falsa fah Islam dan f alsaf ah timur.

HBAE4303 topik 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Apresiasi dan Kritikan Seni

Citation preview

  • PENGENALAN

    Rajah 2.1: Karya Yusof Ghani Apakah falsafah yang tersirat pada karya ini? Sumber: weiling-gallery.com/Mindbodysoul.htm

    Tahukah anda akan Socrates, Plato dan Aristotle? Mereka merupakan ahli falsafah Yunani yang terkenal. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan

    TTooppiikk22 Pengenalan kepada Falsafah

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memberikan pengertian falsafah seni kepada umum; 2. Menerangkan tentang empat mazhab falsafah barat; dan 3. Membezakan antara falsafah barat, falsafah Islam dan falsafah timur.

  • 20 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    falsafah seni di barat juga di Malaysia. Falsafah boleh dianggap satu bidang yang mencabar intelektual manusia namun mampu membantu pembentukan pemikiran manusia secara subjektif dan objektif. Kita perlu memahami makna tersurat serta tersirat sesuatu karya seni itu dalam membuat penilaian dari sudut falsafah. Karya seni menjadi kurang menarik jika tidak dihayati dan difahami oleh khalayak.

    2.1 PENGENALAN FALSAFAH SENI Pengertian Falsafah

    Philos dalam bahasa Yunani bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala Sophia bermakna kebijaksaan atau pengetahuan. Maka, Philosophia secara jelasnya membawa maksud mencintai akan kebijaksanaan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996) ffalsafah bermaksud: Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang dianggap ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.

    Rajah 2.2: Leonardo da Vinci

    Berikan pendapat anda tentang kepentingan falsafah seni dalam penghasilan karya-karya seni.

    AKTIVITI 2.1

  • TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 21

    Menurut Leonardo da Vinci, Pelukis adalah individu yang menggambarkan minda yang bebas untuk mengenai pelbagai binatang, tumbuhan, buah-buahan, lanskap dan sebagainya. Jika semangat itu tidak menggunakan tangan maka tidak akan ada seni yang terhasil. Walaupun alam untuk kita nikmati dan berakhir dengan pengalaman tetapi adalah perlu bagi kita melakukan sesuatu kelainan dengan pengalaman untuk mendapat pengetahuan. Mohd Taib Osman (1988) pula menyatakan bahawa: Hasil-hasil kesenian menjadi barang dagangan, lambang status sosial, memenuhi selera mereka yang berkemampuan ataupun santapan rohaniah bagi golongan intelektual.

    Malahan, beliau juga mengatakan bahawa kesenian dalam masyarakat moden kini sudah menyimpang jauh dari karya seni yang dihasilkan secara spontan dengan penuh perasaan keagamaan.

    2.2 FALSAFAH SENI BARAT Ilmu falsafah merangkumi pencarian nilai keindahan yang terdapat dalam karya seni. Persoalan mengenai ilmu falsafah telah timbul sejak lebih dari 5000 tahun yang lampau khususnya dari zaman Yunani Klasik. Menurut Plato, karya seni adalah satu bentuk peniruan atau imitasi melalui pengulangan kata-kata atau gerak tangan yang dihasilkan. Konsep imitasi yang dihasilkan oleh Plato ini merujuk kepada karya seni seperti catan, lukisan dan arca. Plato menjelaskan bahawa pelukis adalah orang yang meniru benda yang telah dihasilkan oleh orang lain. Setiap individu yang menghayati karya seninya pasti akan terpegun melihat kehebatan seniman dalam pengolahan karya. Dalam Barat telah terbahagi kepada empat mazhab yang membincangkan bidang falsafah. Empat mazhab falsafah tersebut ialah Idealisme, Realisme, Pragmatisme dan Eksistensionalisme.

  • 22 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    Rajah 2.3: Mazhab-mazhab falsafah di barat Idealisme Mazhab falsafah yang tertua, terdiri daripada ahli-ahli falsafah terkenal seperti Plato, Ren, Descartes , Kant, Hagel dan ramai lagi. Falsafah ini memberi perhatian tentang pentingnya fikiran jiwa dan kerohanian dalam membentuk peribadi individu. Kerohanian manusia adalah unsur penting dalam kehidupan manusia didalam mazhab falsafah ini. Ahli falsafah idealisme mempercayai kepentingan akal dan idea yang dianggap mampu untuk melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea. Oleh yang demikian, pendidikan seni visual perlu berusaha untuk memupuk para pelajar dengan unsur-unsur kerohanian dalam hubungan manusia dan alam semula jadi.

    Realisme Mementingkan nilai kerohanian dan realiti. Aristotle dikatakan sebagai pengasas mazhab ini. Mazhab ini menganggap bahawa seniman, guru seni dan pelajar adalah daripada golongan yang berfikiran rasional kerana minda manusia mampu untuk berfikir secara rasional, abstrak dan logikal. Pragmatisme Perkataan pragma dalam bahasa Yunani membawa erti tindakan atau perbuatan. Ahli-ahli falsafah Amerika seperti C.S. Pierce, William James dan John Dewey adalah adalah pencetus kepada mazhab ini. Pragmatisme juga melibatkan perubahan, proses dan realiti. Mengikut Pragmatisme, pembelajaran berlaku apabila seseorang itu terlibat di dalam penyelesaian masalah yang berdasarkan subjek dan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Proses yang dihasilkan oleh seseorang artis atau seniman adalah merangkumi pemikiran

  • TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 23

    secara kritis dan kreatif serta melibatkan kebijaksanaan. Menurut John Dewey (1859-1952), estetika dalam sistem pengkajian seni dianggap sebahagian daripada satu ekspresi yang merangkumi semua makna, sama ada melibatkan pengalaman dalaman atau luaran.

    Rajah 2.4 : John Dewey (1959-1952) RRajah 2.5: William James (1842-1910) Eksistensionalisme Adalah satu falsafah baru yang wujud di Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Soren Kierkegaard adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan falsafah ini. Menurut beliau, manusia mempunyai sifat dalaman yang bebas untuk mengarahkan jalan kehidupannya. Falsafah ini dikatakan terlalu individualistik dan bergantung atas faktor-faktor yang subjek seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan. Kebebasan seperti ini memberi peluang kepada manusia untuk melihat kepentingan dan makna dirinya serta tanggungjawabnya pada moral dan sosial.

    Rajah 2.6: Soren Kierkegaard Sumber: www.kevinstilley.com/.../worldview/philosophy/

  • 24 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    2.3 FALSAFAH SENI ISLAM Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kitab Al-Quran dan juga hadis Nabi. Kebanyakan karya seni Islam agak mudah dan ringkas. Setiap karya yang dihasilkan oleh pengkarya seni adalah berkonsepkan syahadah. Menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabadian diri kepada Tuhan.

    Rajah 2.7: Al-Faruqi Al-Faruqi juga menegaskan bahawa: Setiap motif arabesque dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak. Kebanyakan karya-karya seni Islam bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan tetapi dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafi diri kepada Pencipta. Konsep keinsafan ini bertujuan merendahkan diri terhadap kebesaran

    Senaraikan tujuan falsafah seni dalam penghasilan karya mengikut kefahaman anda

    AKTIVITI 2.2

  • TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 25

    Allah, di mana Karya-karya seni yang dihasilkan adalah gambaran alam yang Tidak semula jadi iaitu tidak menyerupai alam sebenar. Gambaran alam adalah bersifat konsepsi sahaja. Kesenian Islam sinonim dengan proses penggayaan. Seniman Islam berusaha untuk menghasilkan karya daripada alam semula jadi dengan gaya tersendiri. Gambaran bunga-bungaan tidak menjadi rupa bunga di alam nyata tetapi kita mengetahui bahawa karya tersebut adalah gambaran bunga. Ciri-ciri asal kejadian dan sifat bunga itu telah ditiadakan dan yang terhasil adalah suatu konsepsi keindahan. Seniman Islam akan berusaha untuk menghasilkan karya seni dengan menunjukkan keindahan sebenar tetapi manusia tidak mampu untuk menyatakan sesuatu tanpa pengisian ilmu dan ilmu sebenar hanyalah milik Allah SWT. Dalam Islam, menghasilkan peniruan yang bertentangan dengan ciptaan Allah SWT adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan seniman Islam akan berusaha untuk mengabstrakkan gambaran alam. Gambaran alam telah berubah kepada corak-corak tumbuhan dalam gaya geometri. Istilah yang biasa digunakan oleh sarjana Barat adalah corak arabesque manakala seniman Islam menggunakan istilah sendiri iaitu corak Islimi. Corak Islimi mempunyai makna dan falsafah tersendiri yang berlandaskan Al-Quran. Model rujukan seni Islam oleh para seniman adalah Al-Quran. Seniman Islam tidak boleh lari daripada konsep fitrah atau pandangan Islam yang telah lama wujud dalam menghasilkan karya seni. Kebudayaan Islam membawa maksud berfikir dalam perkara berkaitan dengan kehidupan manusia dan akhirnya akan membentuk masyarakat dalam sesuatu ruang waktu.

    Rajah 2.8: Contoh Motif Arabesque

  • 26 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    2.4 FALSAFAH TIMUR

    2.4.1 Falsafah China Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.

    Rajah 2.9: Rajah menunjukkan simbol Yin dan Yang Sumber: www.nickpagan.com

    Yin dan Yang adalah perlambangan mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan seperti kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan di antara kedua-dua unsur ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China.

    Anda perlu mencari 1 karya seni Barat dan 1 karya seni tempatan. Bincangkan falsafah seni yang terdapat dalam karya tersebut.

    AKTIVITI 2.3

  • TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 27

    Rajah 2.10: Menunjukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan mereka

    Rajah 2.11: Confusious Sumber : www.chineseartpaintings.com/gallery.html

    Confucius berpendapat bahawa manusia tidak hidup berseorangan atau terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu diajar bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

    Jika wujud sifat hormat-menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan berlakunya keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

    Menurut Taoisme pula, kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah. Undang-undang dan peraturan yang sedikit akan memudahkan kefahaman rakyat. Penekanan kepada alam pula telah

  • 28 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    menggalakkan pengikut Taoisme menerokai sains dan teknologi. Pengaruh Taoisme juga terdapat dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

    Rajah 2.12: Falsafah Cina terbahagi kepada Mencius, Confucius dan Taoisme.

    2.4.2 Falsafah India

    Di India, falsafah disebut Darsana yang mempunyai maksud yang sama dengan sophia dalam bahasa Yunani atau al-hikmah dalam ajaran Islam.

    Darsana bermaksud kearifan hidup yang berkaitan dengan ketuhanan.

    Walaupun ia bersifat spiritual namun falsafah adalah sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan yang sebenar. Orang-orang India amat mempercayai perkaitan antara falsafah dan kehidupan sebenar.

    Bagi ahli falsafah India, individu yang menghadapi kesukaran-kesukaran sebenar dalam kehidupan merupakan seseorang yang akan beroleh kebenaran dan kebahagiaan hidup. Oleh yang demikian ramai ahli falsafah India menyatakan bahawa, kehidupan seharian melibatkan keseluruhan masyarakat.

  • TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 29

    Rajah 2.13: Rajah menunjukan lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis India yang berlatarbelakangkan ketuhanan dan masyarakat

    Sumber: www.craftsinindia.com/products/miniature_painting

    Falsafah India menekankan kaitan antara hubungan Tuhan dengan dunia dan manusia, serta hubungan sesama Tuhan sendiri.

    2.4.3 Falsafah Nusantara Nusantara meliputi kepulauan Melayu, iaitu kumpulan kepulauan yang terbesar di dunia (Encyclopaedia Britannica(1982). Setiap karya yang dihasilkan mempunyai world view kemelayuan. World view yang dimaksudkan sebagai suatu falsafah hidup atau konsepsi terhadap dunia dan kehidupan mereka sendiri.

    Al-Ahmadi (1997) menegaskan bahawa pandangan Melayu mengalami anjakan besar daripada mitologikal-animistik kepada rasional dan filosofikal. Kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara pada abad ke-13 telah mengubah pemikiran dan falsafah orang-orang Melayu dalam aspek kehidupan termasuk kesenian. Menurut Winstedt (1961), karya seni Melayu berkait rapat dengan keindahan dan kebaikan Islam meskipun pengaruh Hindu Buddha berada dalam kehidupan orang Melayu sebelum itu.

    Sulaiman Esa (1993) pula menegaskan bahawa pandangan dunia seniman Melayu ini meliputi tauhid. Tauhid lebih menekankan konsep keEsaan terhadap

  • 30 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    Allah SWT. Konsep tauhid ini mengandungi konsep yang membawa erti Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dalam memelihara kemurnian tauhid, seniman Islam dilarang menghasilkan representasi yang menyerupai Allah SWT ataupun representasi realistik manusia atau haiwan. Segala bentuk manifestasi seni yang terhasil dalam seni Islam adalah dalam bentuk arabesque dan rekacorak adalah berdasarkan tumbuhan.

    Rajah 2.14: Karya Islam dan pengaruh pada karya seni Melayu Tradisi

    Sumber : http://www.miamipaks.com/tissue/arabesque_sapphire-dandelion.htm Dalam tradisi lisan Melayu, kehalusan serta ketertiban falsafah seni yang bersandarkan tauhid terserlah melalui piagam estetik ukiran kayu yang berbunyi iaitu:

    Tumbuhan berpunca Punca penuh rahsia Tumbuhan tidak menunjak lawan Memanjat tidak memaut kawan Tapi melenkar penuh mesra. (Aziz Deraman 1983)

    Menurut Abdullah Mohamad (Nakula), falsafah seni Melayu lebih menekankan aspek asal-usul motif ukiran kayu berlandaskan konsep ketuhanan dan alam. Beliau juga berpendapat bahawa setiap kejadian perlu berpandukan asal-usul dan penciptanya. Dalam konsep falsafah seperti ini mampu menjadikan seseorang itu berjiwa halus dan sensitif kepada alam sekitarnya.

  • TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 31

    Falsafah seni merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan, rasa

    dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Tokoh-tokoh falsafah yang terkenal adalah seperti Socrates, Plato, Leonardo da Vinci, Aristotle, Mohd Taib Osman dan lain-lain. Tokoh-tokoh ini berperanan memberikan pendapat dan idea tentang keindahan seni yang menjadi kompas kepada para seniman.

    Empat mazhab falsafah barat terbahagi kepada Idealisme, Realisme,

    Pragmatisme dan Eksistensionalisme. Mazhab falsafah Idealisme percaya bahawa sifat kerohanian yang baik membentuk peribadi yang mulia lalu menjurus kepada masyarakat harmoni. Mazhab Realisme pula, walau mementing keperibadian rohani namun menekankan konsep pemikiran manusia yang rasional serta logikal. Mazhab Pragmatisme lebih kepada pemahaman yang melibatkan tindakan dan perbuatan. Pragmatisme turut mementingkan konsep penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kreatif serta menuntut kebijaksanaan. Mazhab Eksistensionalisme tercetus selepas Perang Dunia kedua. Eksistensionalisme mempunyai pemahaman bahawa manusia mempunyai sifat dalaman yang bebas untuk mengarahkan jalan kehidupannya.

    Falsafah seni adalah sesuatu yang global. Falsafah secara umumnya

    terbahagi kepada falsafah barat, falsafah Islam dan falsafah timur. Mengikut falsafah seni barat, seni adalah suatu proses meniru keindahan. Meniru bermaksud memandang sesuatu yang menarik perhatian dan direalisasikan semula melalui pergerakan tangan. Ini merangkumi luahan melalui lukisan mahupun penulisan. Manakala, falsafah seni Islam pula lebih berkonsepkan keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-

    Hasilkan satu esei mengenai falsafah Melayu tradisi berdasarkan seni ukiran kayu Melayu Tradisi. Bincangkan mengenai pendapat Pak Nakula dan pilih dua (2) jenis ukiran kayu untuk dianalisa berdasarkan pendapat Pak Nakula.

    AKTIVITI 2.4

    RUMUSAN

  • 32 TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    bulat keindahan ciptaan Tuhan, di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geomatrik. Falsafah seni timur terbahagi kepada, falsafah China, falsafah India dan falsafah nusantara. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius, Confusius dan Taoisme. Manakala, falsafah India pula disebut Darsana, yang bersifat ketuhanan, spiritual dan percaya bahawa seni berkait rapat dengan masyarakat. Pemahaman salsafah seni di nusantara pula menyerupai falsafah Islam yang mengutamakan keagamaan dan Tauhid.

    Falsafah Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensionalisme Tawhid

    Arabes Alam Jiwa halus

    Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).

    Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    RUJUKAN