22
1.0 Pengenalan Definisi kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.Sebernanya kesenian wujud ,berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tadisi sosial atau masyarakat.Selain itu, kesenian juga adalah milik masyarakat dan dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat.Kesenian ini juga menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identity masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Pernyataan ini juga dipersetujui oleh Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002) . Manakala definisi untuk kraf tradisional pula adalah perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun- temurun.Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Halim Nasir (1987 ) untuk menghasilkan kraftangan tradisional sebenarnya memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain.Yang mana, kraftangan tradisional ini merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan budaya nenek moyang kita pada masa dulu.Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan budaya-budaya dan ini jelas tercemin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan

HBAE3103_Cindy Liew Suk Ching

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Seni

Citation preview

1

1.0 Pengenalan

Definisi kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.Sebernanya kesenian wujud ,berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tadisi sosial atau masyarakat.Selain itu, kesenian juga adalah milik masyarakat dan dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat.Kesenian ini juga menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identity masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Pernyataan ini juga dipersetujui oleh Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002).Manakala definisi untuk kraf tradisional pula adalah perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun.Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Halim Nasir (1987 ) untuk menghasilkan kraftangan tradisional sebenarnya memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain.Yang mana, kraftangan tradisional ini merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan budaya nenek moyang kita pada masa dulu.Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan budaya-budaya dan ini jelas tercemin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya.Malah, kraftangan tradisional yang dihasilkan adalah mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu tetapi bahan yang digunakan tidak terhad.

Seperti yang dinyatakan di atas bahawa kraf tangan ini adalah diturunkan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu lagi, maka ini bermakna kraftangan tradisional ini memainkan peranan yang cukup penting untuk sesebuah bangsa dan negara.Bukan itu saja, perkataan seni yang dihasilkan oleh mereka ternulik dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Bahkan kraftangan tradisioanl ini juga berkait rapat dengan ajaran islam yang dianuti oleh golongan masyarakat melayu.

Sepeti yang dinyatakan di atas bahawa seni kraftangan tradisional ini mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan antara orang Melayu dan kepercayaannya iaitu agama Islam.Pernyataan ini juga disebut oleh Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995).Yang mana buktinya boleh kita perhatikan dalam hasil kraftangan tradisional yang dihasilkan oleh kaum melayu iaitu ketiadaan penggunaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias.Ini kerana, penggunaan figura binatang dalam kraftangan adalah tidak dibenarkan di sisi agama islam.Maka, ini uga menunjukkan bahawa kraf tradisional melayu adalah melambangkan seni islam yang terdapat di negara kita.Di samping itu, kita juga dapat perhatikan bahawa dalam penghasilan kraftangan melayu terutamanya proses penggarapan, pentafsiran, dan pemberian suatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam suatu hasil karya seni tersebut.

Dengan itu, motif ragam hias yang relevan dengan penghasilan sesuatu kraf tangan tradisional dalam negara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kajian ini.Untuk menyokong perbincangan yang akan dilakukan dalam kertas kajian ini, empat jenis kraftangan akan digunakan sebagai contoh .Dalam kajian ini, hubungan di antara motif ragam hias dalam kraf tangan tradisional dengan alam sekitar dan fungsinya serta fungsi fungsi motif ragam hias tersebut kepada budaya turut akan dibincangkan.Malah, suatu kesimpulan secara keseluruhan akan digunakan untuk mengakhiri perbincangan yang dilakukan dalam kertas kajian ini.

2.0 Motif Ragam Hias untuk Empat Jenis Kraf Pilihan

Seperti yang telah dijelaskan oleh Zulkifli Hanafi (2000), motif ragam hias boleh didefinisikan sebagai bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi pola yang diulang-ulang dalam suatu karya kerajinan atau seni.Karya ini dapat berupa tenunan, tulisan pada kain (misalnya batik), songket, ukiran, atau pahatan pada kayu/batu. Ragam hias dapat distilisasi (stilir) sehingga bentuknya bervariasi.Belaiu juga berpendapat bahawa ragam hias di Tanah Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti alam semesta, flora dan fauna, dan manusia sendiri.walau bagaimanapun dalam kajian ini tumpuan akan diberikan kepada empat jenis kraf tangan tradisional iaitu tembikar, ukiran kayu, anyaman, dan batik.

(A) Tembikar

Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), tembikar bolehlah didefinisikan sebagai sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Salah satu tembikar yang terkenal di Malaysia ialah labu-labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Sebenarnya kebanyakan tembikar seperti dalam bentuk Labu Sayong adalah menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih, dan juga geometri yang harmoni.Manakala dari segi teknik menghasilkan labu sayong ini juga pelbagai iaitu seperti teknik picit, teknik kepingan, teknik tuangan dan teknik lingkaran.Bahan utama untuk menghasilkan lau sayong ialah tanah liat. Contoh motif motif ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

BilMotif Ragam HiasContoh

1GeometriGarisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung dan susur kelapa

2Gayaan organikSulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung

Rajah 1.0 Motif Ragam Hias untuk Tembikar(B) Ukiran

Menurut Norhaiza Noordin (2005), seni ukiran kayu adalah merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta Orang asli memang terkenal dengan seni kraftangan ini. Selain itu, seni ukir juga akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran melayu tradisi. Di samping itu juga, kayu adalah merupakan bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.Motif ukiran kayu sebenarnya dipengaruhi oleh unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu lagi.Bukan itu saja, adat resam, kepercayaan , agama, iklim, geografi dan persekitaran juga amat kuat pengaruhnya kepada pengukir.Pada masa yang sama, tentu juga terdapat banyak motif ragam hias yang digunakan dalam ukiran. Antara yang dimaksudkan adalah motif flora, motif seni khat dan motif awan larat serta kosmo. Contoh- contoh setiap motif ragam hias adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

BilMotif Ragam HiasContoh

1FloraDaun,bunga dan tumbuh tumbuhan

2FaunaItik pulang petang

3Seni khatAyat ayat Al-Quran

4KosmoMatahari, bulan, gunung dan awam

5GeometriHuruf- huruf Arab, Pilih berganda dan Swastika

Jadual 2.0 Contoh Motif Ragam Hias dalam Ukiran

(C) Anyaman

Seperti yang telah diterangkan oleh Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995), anyaman merupakan suatu proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.Kebiasaannya bahan-bahan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuan, jut dan sebagainya.Sebab utama menggunakan bahan ini adalah disebabkan mudah dikeringkan dan juga lembut.Selain itu, beberapa motif ragam hias yang tertentu juga akan digunakan sebagai anyaman dalam masyarakat tempatan seperti kelarai dan haiwan. Bagi Mackenzie, Donald A., (1926) telah menerangkan bahawa motif kelarai merupakan motif yang dihasilkan berdasarkan alam semula jadi atau persekitaran berhampiran.Sebernanya nama setiap kelarai yang indah dan berbunyi klasik, menunjukkan ia berpandu kepada corak alam antaranya bunga melur, tapak harimau, bunga cengkih, kepala lalat, sisik ikan dan bunga teratai.Pada masa yang sama, motif haiwan juga boleh digunakan dalam menghasilkan anyaman.Contohnya adalah seperti jari kedidi dan mata punai .

(D) Batik

Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Halim Nasir (1987), batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik.Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup dan batik terap.Manakala teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun.Kalau dilihat pada teknik batik yang terdapat dalam negara kita sebernanya boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu batik blok, batik skrin, batik tulis atau canting dan batik pelangi. Batik ini merupakan suatu kraf tradisional yang begitu unik dan tidak asing lagi di Asia mahupun Gugusan Kepulauan Melayu. Antara faktor yang menjadikan batik di negara kita terkenal adalah seperti keindahan corak yang digunakan akan mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Bagi contoh jenis motif ragam hias yang akan digunakan dalam penghasilan batik adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

BilMotif Ragam HiasContoh

1FloraDaun dan bunga

2FaunaBurung, ayam, rusa dan ikan

3IsenAda ada, cacah gari, dan cantlel.

4Benda buatan manusiaAbor, jaring ikan,dan wau

5GeometriPilin berganda, parang rosak, dan buntut siput.

Jadual 3.0 Contoh Motif Ragam Hias dalam Ukiran

3.0 Analisis Perbincangan Motif Ragam Hias yang Dipengaruhi Alam Sekitar dan Fungsinya

Fungsi utama motif ragam hias adalah untuk menghasilkan pelbagai jenis kraf tangan tradisional seperti batik, tenunan, tembikar, ukiran dan ayaman yang dipengaruhi oleh alam sekitar. Dalam elemen alam sekitar ini terdapat tiga komponen yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam penghasilan kesenian kraftangan tradisional iaitu flora, fauna dan kosmo. Tentu kalau kita sebut tentang kesenian kraftangan tradisional memang mempunyai kaitan yang rapi dengan kaum melayu yang terdapat di negara kita.

Melalui penerangan yang dikemukakan di atas telah menunjukkan bahawa kaum melayu tidak dibenarkan menggunakan figura bintang dalam kesenian kraftangan tradisional. Ini kerana, di sisi agama islam adalah halangan.Oleh itu, kebiasaannya kraftangan yang dihasilkan oleh oleh golongan kaum melayu adalah rapat dan berdekatan dengan alam semulajadi. Pernyataan ini juga dikemukakan oleh Halim Nasir (1987) dalam hasil kajiannya.Malah, sumber alam semula jadi yang digunakan oleh golongan masyarakat turut dijadikan sebagai sumber inspirasi mereka dalam menghasilkan motif ragam hias ke atas kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka.Malah, dengan pertambahan kepelbagaian bentuk motif dari alam semulajadi yang terdiri daripada flora, fauna, kosmos tentu dapat menambahkan kecantikan pada hasil kraftangan yang dihasilkan.Di samping itu, kesenian gangsa Dong-son turut digunakan dalam penghasilan kesenian kraftangan tempatan.Pengaruh Dong-son bukan saja wujud pada tembikar dan anyaman tetapi juga pada bahan kraf lain seperti kayu, buluh dan takstil.Melalui Dong-Son ini jugalah telah menambahkan lagi minat menghias pada barangan kraf.Idea mencipta motif hiasan ini banyak dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat Melayu pada waktu itu yang dikelilingi oleh sumber alam semulajadi.Di negara kita terdapat beberapa contoh yang menggunakan motif fauna ataupun haiwan dalam menghasilkan seni kraf tangan tempatan.Yang paling terkenal adalah rumah rumah tradisional Minangkabau di Negeri Sembilan.Ukiran yang digunakan pada pada rumah rumah tradisional Minangkabau adalah itik pulang petang.Motif yang digunakan ini akan diukir dengan rupa seperti sifat semulajadi itik berjalan secara berderet-deret mengikut ketua yang menuju ke satu arah sahaja.Nilai moral yang ingin disampaikan oleh pengukir adalah kita patut mengikut dan taat setia kepada raja dan pemimpin, tidak sombong dan tidak mengatsi orang yang berada di hadapan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.Di bawah ini adalah contoh motif ragam hias untuk itik pulang petang.

Rajah 1.0 Motif Itik Pulang Petang

Seperti yang dinyatakan di atas bahawa di sisi agama islam figura manusia adalah tidak dibenarkan menggunakan ragam hias ini dalam kraftangan. Oleh itu, dalam masyarakat tempatan tumbuh tumbuhan telah memainkan peranan yang cukup penting dalam proses perkembangan kraf tangan tradisional.Yang mana, motif ragam hiasan seperti bunga kertas, anggerik, raya, matahari, kaca piring, bakung dan lain lain akan digunakan sebagai oleh kaum melayu terutamanya dalam perhiasan yang dapat mencantikkan perkarangan rumah.Malah, penggunaan tumbuh-tumbuhan seperti mawar, melor dan kenanga turut dapat membantu mewangikan sekitar halaman. Bukan itu saja, kalau diperhatikan pada adat-adat ritual yang dijalankan oleh golongan masyarakat melayu kraftangan dalam bentuk motif ragam hias alam semulajadi juga akan digunakan.

Perkataan fauna bukan sesuatu yang asing lagi dalam penghasilan kraftangan tradisional. Fauna ini didefinisikan sebagai haiwan atau binatang. Unsur fauna ini juga memainkan peranan yang cukup penting dalam penghasilan kraftangan tempatan.Ini kerana, makhluk-makhluk halus boleh dihalau dengan menggunakan motif haiwan menururt kepercayaan masyarakat tempatan.Pernyataan ini turut dikemukakan oleh Halim Nasir (1987).Kesimpulan yang boleh dihasilkan di sini adalah dalam mayarakat tempatan penghasilan kraf tangan tradisional tempatan yang berunsur fauna memainkan peranan yang cukup penting.

Seni kraftangan sebenarnya telah wujud sejak zaman neolitik lagi.Bahan dari alam semulajadi merupakan bahan utamayang digunakan untuk menghasilkan kraf tradisi ini kerana seperti mana yang kita ketahui, penempatan asal orang Melayu adalah di pinggir-pinggir hutan dan sungai.Dengan itu, menerusi penyelidikan ini kita akan dapat melihat bagaimana motif flora dan fauna kan kosmos yang telah distalisasikan menjadi motif paling utama dalm menghasilkan reka corak pada kraf tradisional melayu. Motif angkasa atau kosmos sebenarnya merupakan penerapan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau dalam kraftangan. Motif kosmos ini adalah penting dalam menghasilkan kraf tangan tradisional seperti batik, songket, anyaman, ukiran dan tembikar.Walau bagaimampun dalam menghasilkan barangan kraftangan ini terdapat pelbagai bahan dan teknik penggunaan yang berbeza perlu digunakan.Oleh itu, semasa proses mengadaptasi dijalankan para pereka perlu menggunakan pengalaman yanga ada untuk mengadaptasi sumber dari alam semulajadi kepada barangan kraftangan.Mengikut kepercayaan golongan masyrakat kaum melayu bahawa motif angkasa atau kosmos yang digunakan pada kraftangan adalah menunjukkan maha esa dan kuasa tuhan iaitu membina dan menghasilkan alam semesta yang pelbagai dan menarik. Contohnya adalah seperti awam, matahari dan lain-lain.Ini bermakna masyarakat pada masa tersebut menggunakan motif ragam hias ini sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej dan ajaran dalam aspek kepercayaan kepada orang ramai.

Motif ragam hiasan yang berasaskan alam semulajadi juga memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan nilai murni melalui kraf tangan yang dihasilkan dalam masyarakat tempatan. Contohnya adalah seperti motif badak mudik yang menunjukkan kaum lelaki yang merupakan tunggak utama atau ketua dalam sesebuah keluarga.Badak dijadikan ilham kerana sesuai dengan sifat fizikalnya yang besar, kulitnya keras dan bersifat sentiasa memerhati dan melindungi anak-anaknya dari serangan haiwan. Contohnya, motif badak mudik (seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.0).Yang mana, Yang mana corak ini mempunyai maksud di sebaliknya.

Rajah 2.0 Motif Badak Mudik4.0 Perbincangan Sumber Fungsi Motif Motif Ragam Hias kepada Budaya

Penerangan yang diberikan di atas sudah jelas menunjukkan bahawa hubungan antara kebudayaan dan kepercayaan dengan motif-motif ragam hias memang rapat terutamanya kaum melayu.Contohnya adalah seperti di sisi agama islam adalah tidak dibenarkan menggunakan figura binatang.Yang dibenarkan adalah tumbuh-tumbuhan sebagai ganti kepada figura binatang.

Kemunculan motif atau ragam hias baru dari kalangan industri kecil memang sangat diperlukan.Sebagaimana dikatakan Lilik, Ketua Asosiasi Pengajian Jawa Timur yang menyatakan bahawa sebenarnya pengajian bisa memasarkan produknya tidak hanya menjelang lebaran saja.Karena tergantung dari inovasi dan kreativitas pengajian.Seperti rajin dalam membuat desain terbaru sehingga pasarnya terus berkembang.Kutipan itu membuktikan bahawa masyarakat membutuhkan bentuk baru atau desain baru.Malah, menurut msyarakat Melayu yang tradisional mempercayai motif motif alam semulajadi selalunya mempunyai kuasa magiknya

Pada zaman sekarang, terdapat banyak ciri ciri seni Islam telah dimasukkan dalam karya seni melayu.Antaranya adalah seperti penggunaan corak dan tulisan dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kesemua ini telah menunjukkan bahawa pengaruh golongan masyarakat melayu dalam kraftangan melayu adalah kuat.Antara motif yang boleh digunakan adalah motif arabes yang bermaksud penggunaan gambar atau hiasan yang bermotif bunga, daun, binatang, pola-pola geometri dan sebagainya dalam satu jalinan dan terperinci. Arabes juga adalah seperti mana dibayangkan dalam namanya, unsur-unsur kesenian islam yang sering ditemui menghiasi dinding masjid. Sebenarnya Arab yang mempengaruhi motif arabes yang digunakan dalam seni kraf Melayu.

Hubungan antara orang melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam memang tidak dapat dipisahkan.Kesemuanya boleh dibuktikan dengan melalui corak dalam penghasilan hasil karya ukiran kayu dalam masyarakat Melayu. Yang mana, pada corak itu terdapat banyak tulisan Jawi digunakan. Pernyataan ini turut dikemukakan oleh Mohamed Najib bin Ahmad Dawa.Dengan penggunaan corak tulisan jawi ini telah menunjukkan keunikan dan keistimewaan yang terdapat pada kebudayaan seluruh masyarakat di negara kita terutamanya golongan kaum melayu.Malah dengan menggunakan corak dalam penghasilan hasil karya ukiran kayu turut dapat menunjukkan hubungan yang erat antara kaum melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Contohnya adalh seprti tidak ada penggunaan figura biantang dalam seni kraftangan melayu kerana tidak dibenarkan di sisi agama islam.Semua ini telah membuktikan hubungan antara islam dengan penghasilan seni kraf melayu seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Hanafi (2000).

Kesimpulannya adalah motif motif hiasan ragam yang digunakan dalam menghasilkan kraf tangan tradisional dalam masyarakat tempatan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebudayaan yang dipercayai oleh golongan masyakarat.Kesemua contoh telah dinyatakan dengan jelas di atas.

5.0 Aktiviti Masyarakat Tradisional yang Relevan dengan Ragam Hias Kraf Tradisional

Jika kita perhatikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat tradisional memang tidak boleh dipisahkan dengan ragam hias kraftangan tradisional.Yang mana pandangan ini juga dikemukakan oleh Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995).Contohnya bakul yang dihasilkan itu digunakan oleh penduduk dalam masyarakat tradisional untuk menyimpan barangan mereka seperti sayur-sayuran untuk diangkat ke pasar dan dijual.Bakul yang dihasilkan itu adalah berdasarkan konsep anyaman yang dilakukan dengan menggunakan ragam hias kraf yang tertentu. Kebiasaan jenis sayur-sayuran yang disimpan dalam bakul adalah seperti buluh, pakus-pakis, dan barangan peribadi.Maka, ini telah menunjukkan aktiviti harian yang dijalankan oleh masyarakat tradisional mempunyai hubungan rapat dengan ragam hias kraf tradisional.

Bukan itu saja, upacara menyembah yang dijalankan oleh golongan masyarakat tradisional dalam menghalau mahluk halus yang akan mengacau ketenteraman mereka juga mempunyai hubungkait dengan penggunaan motif ragam hias. Menurut Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995) dengan menggunakan tembikar yang bercorak ragam hias untuk mengisi beras dan juga barang barang yang lain semasa melakukan penyembahan tersebut dipercayai boleh menakutkan makhluk halus ini.Sebenarnya aktiviti ini adalah merupakan aktiviti kehidupan yang penting bagi masyarakat tradisional dalam negara ini.Malah, ia turut merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka.

Menurut Mackenzie, Donald A., (1926) di rumah-rumah masyarakat tempatan tradisional terdapat banyak hasil kraf tangan yang dihasilkan dengan menggunakan motif ragam hias.Yang mana, hasil kraftangan ini akan menjadi hiasan pada rumah mereka.Bagi golongan melayu dengan meletakkan papan yang diukir dengan menggunakan ajaran islam merupakan suatu kepujian kepada maha esa Tuhan dan ia juga merupakan suatu cara yang terbaik untuk mengembangkan ajaran agama Islam kepada generasi yang akan datang.

Akhirnya ialah golongan masyarakat tradisional juga menghasilkan kraftangan dengan menggunakan motif ragam khas untuk dijual di pasar. Ini juga merupakan salah satu sumber yang membolehkan penduduk masyarakat tempatan memperolehi pendapatan.Yang mana, pendapatan yang diperolehi ini adalah digunakan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.Penerangan di atas juga sebenarnya juga dikemukakan oleh Farish Noor & Eddin Khoo (2003).

6.0 Kesimpulan

Kraftangan-kraftangan yang terdapat di negara kita seperti tenunan, tembikar, batik, ukiran kayu, gasing perhiasan, wau dan lain lain lagi memang merupakan salah satu hasil kesenian yang begitu unik dalam masyarakat melayu tempatan. Selain itu, dalam mengahasilkan kraftangan tradisional corak yang berunsur flora, alam sekitar, arabes, geometri dan tulisan dalam al-Quran juga akan digunakan. Dengan ini secara tidak langsung dapat menambahkan keunikan dan keistimewaan pada kraftangan yang dihasilkan.Malah, melalui pertunjukkan motif ragam hias ini juga dapat mencerminkan kebudayaan yang dipercayai dan didukung oleh rakyat rakyat dalam masyarakat tempatan pada masa lampau. Maka, tugas memelihara dan memulihara pelbagai kraf tangan tradisional yang dihasilkan oleh penduduk tempatan tradisional harus dipandang berat oleh semua pihak.

7.0 Rujukan

Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore

Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002), The Mosque, Thames & Hudson : London. Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur

Mackenzie, Donald A., (1926), The Migration of Symbols and their Relations to Beliefs and Customs., Alfred A. Knopf : New York.

Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), Masjid Masjid Di Negara China, Pustaka Antara : Kuala Lumpur.

Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995). The Symbolism of Batik from Kelantan, Malaysia : Its Origins and Transformation, Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Institute of Advance Studies, Manchester Metropolitan University, UK. 1995.

Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD, Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007.

Norhaiza Noordin (2005). Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini, International Seminar : Spirit & Form in Malay Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 29 Jun 2005.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, ABIM: Kuala Lumpur

Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, DBP : Kuala Lumpur