27
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Di Negara Malaysia,Guna Tenaga dijalankan didalam tiga sektor iaitu sektor utama.sektor kedua dan sektor ketiga.Guna Tenaga memainkan peranan penting dalam setiap sektor dan pertumbuhan ekonomi negara.Guna tenaga bukan sahaja bergantung kepada sektor utama tetapi ia juga bergantung kepada sektor kedua dan ketiga. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental secara produktif.Guna tenaga boleh menjadi petunjuk kepada perkembangan ekonomi negara.Semakin banyak guna tenaga digunakan,semakin tinggi tingkat perkembangan ekonomi.Dalam tahun 2000 dan 2001,sebahagian besar penduduk Malaysia banyak bergantung kepada sektor utama untuk sara hidup.Sektor ini juga merupakan sektor dimana terdapat pengangguran dan guna tenaga tak penuh. Sektor utama pula ialah aktivti yang berkait langsung dengan sumber alam,iaitu yang melibatkan penggunaan atau pengeksploitasian sumber. Contohnya, pertanian, perikanan,penternakan, perlombonga dan kuari. Sektor ini juga banyak menyumbangkan kepada pertambahan guna tenaga dan seterusya boleh menambahkan pendapatan negara.Sektor ini banyak digunakan di Sabah dan Sarawak.Hal ini kerana negeri ini mempunyai keluasan yang luas dan mempunyai sumber yang boleh dugunakan.Lantaran itu,ia memerlukan guna tenaga dengan lebih banyak. 1

Hassil Kajian Dan Perbincangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hh

Citation preview

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Di Negara Malaysia,Guna Tenaga dijalankan didalam tiga sektor iaitu sektor utama.sektor kedua dan sektor ketiga.Guna Tenaga memainkan peranan penting dalam setiap sektor dan pertumbuhan ekonomi negara.Guna tenaga bukan sahaja bergantung kepada sektor utama tetapi ia juga bergantung kepada sektor kedua dan ketiga.Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental secara produktif.Guna tenaga boleh menjadi petunjuk kepada perkembangan ekonomi negara.Semakin banyak guna tenaga digunakan,semakin tinggi tingkat perkembangan ekonomi.Dalam tahun 2000 dan 2001,sebahagian besar penduduk Malaysia banyak bergantung kepada sektor utama untuk sara hidup.Sektor ini juga merupakan sektor dimana terdapat pengangguran dan guna tenaga tak penuh.Sektor utama pula ialah aktivti yang berkait langsung dengan sumber alam,iaitu yang melibatkan penggunaan atau pengeksploitasian sumber. Contohnya, pertanian, perikanan,penternakan, perlombonga dan kuari. Sektor ini juga banyak menyumbangkan kepada pertambahan guna tenaga dan seterusya boleh menambahkan pendapatan negara.Sektor ini banyak digunakan di Sabah dan Sarawak.Hal ini kerana negeri ini mempunyai keluasan yang luas dan mempunyai sumber yang boleh dugunakan.Lantaran itu,ia memerlukan guna tenaga dengan lebih banyak. Penurunan yang amat ketara dapat dilihat pada tahun 2000 disebabkan oleh keadaan ekonomi negara yang merudum kerana faktor tertentu sepeti inflasi,pengangguran dan sebagainya yang mana mempengaruhi peratus guna tenaga sektor utama di Malaysia pada ketika itu.Walaubagaimanpun,pada tahun 2004,peratus guna tenaga sektor utama telah menunjukkan penurunan tetapi keadaan ini tidaklah mempengaruhi keadaan ekonomi negara Malaysia.Hal ini kerana,sektor-sektor selain sektor utama telah menampung penurunan yang berlaku pada sektor utama dengan menyumbang lebih banyak kepada ekonomi negara Malaysia.

Berikut adalah gambar rajah peta dimana kedudukanyang menggunakan guna tenaga bagi sektor utama yang banyak:

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Saya ingin mengkaji tentang polar perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 kerana ingin tahu tentang perubahan pola guna tenaga di sektor utama sama ada meningkat,menurun, atau konsisten sepanjang siri masa berkenaan.Saya ingin mengkaji tentang pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 kerana ingin tahu tentang pola perubahan guna tenaga yang mana banyak menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi.Selain itu,ia membantu kerajaan untuk meningkatkan kadar guna tenaga di aktiviti yang guna tenaganya rendah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenalpasti tentang pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.2.Mengaitkan pola perubahan kadar sektor utama dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.

4.0 KAEDAH KAJIAN 4.1 Mengumpul data Penyelidikan ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan data untuk mendapatkan tentang pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012.Maklumat yang diperolehi daripada buku,jurnal,artikel,kertas kerja dan laman sesawang.Sementara itu,data diperolehi melalui pelbagai laporan dan penerbitan JTM,Jabatan Perangkaan Malaysia,Laporan Ekonomi,Laporan Bank Negara dan lain-lain sumber yang berkaitan.Berdasarkan objektif 1,data dibawah dipetik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan dikumpul untuk menunujukkan pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia dari tahum 2000 hingga 2012 sebagai data mentah:Jadual 1:Guna Tenaga Sektor Utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012TahunGuna tenaga bagi sektor pertanian,perhutanan dan perikanan (000)Guna tenaga bagi sektor perlombongan dan kuari (000)Guna tenaga di Malaysia (000)

20001407.541.29271.2

20011406.541.89532.5

20021405.542.29840.0

20031402.642.810181.1

20041406.942.610463.7

20051401.342.710892.8

20061391.442.611159.1

20071391.242.911409.6

20081390.942.811576.5

20091390.942.311640.9

20101390.242.211958.5

20111388.641.012555.5

2012*1386.941.412505.0

Anggaran * Berdasarkan objektif 2,data dibawah pula dipetik daripada Laporan Bank Negara untuk menunjukkan KDNK benar di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012:Jadual 2:Pertumbuhan Ekonomi di Negara Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012

TahunKDNK benar (RM juta)

20008.3

20010.4

20024.2

20035.4

20047.1

20055.0

20065.9

20076.2

20084.6

2009-1.7

20107.2

20115.1

2012*5.6

Anggaran*

4.2 Menganalisis dataPengkaji menggunakan kaedah ini dengan menganalisis data melalui dua cara iaitu secara statistik dan grafik.Kaedah menganalisis data secara sistematik dan statistik ialah pengiraan dari sesuatu data mentah dan menjadikan data proses.Kaedah grafik pula menggunakan data selepas pengiraan dan bertukar menjadi bar atau graf .Data dibawah digunakan unuk mengira kadar guna tenaga sektor utama dan perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012 yang dipetik dari Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia:Jadual 3:Pola Perubahan Guna Tenaga Sektor Utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012TahunSektor utamaGuna tenaga di Malaysia (000)Kadar guna tenaga (%)Perubahan guna tenaga (%)KDNK benar (000)

Pertanian,perhutanan dan perikanan (000)Perlombongan dan kuari (000)

20001407.541.29271.215.62-0.688.3

20011406.541.89532.515.24-0.380.4

20021405.642.29840.014.71-0.534.2

20031402.642.810181.114.19-0.525.4

20041406.942.610463.713.86-0.337.1

20051401.342.710892.813.30-0.565.0

20061391.442.611159.112.88-0.425.9

20071391.242.911409.612.19-0.696.2

20081390.942.811576.512.380.194.6

20091390.942.311640.912.32-0.06-1.7

20101390.242.211958.511.98-0.347.2

20111388.641.012555.511.66-0.325.1

2012*1386.941.412505.011.43-0.235.6

Anggaran *

Cara pengiraan untuk mendapatkan kadar guna tenaga dan perubahan kadar guna tenaga yang ada di data atas:

(a) Kadar guna tenaga= Jumlah guna tenaga sektor utama x 100 Jumlah guna tenaga di Malaysia

@ ( Sektor perhutanan,pertanian dan perikanan + Sektor perlombongan dan kuari ) x 100 Jumlah guna tenaga di Malaysia Contoh pengiraan kadar guna tenaga tahun 2000 =1407.5+41.2 x 100 9271.2 = 15.62% (b) Perubahan kadar guna tenaga = kadar guna tenaga tahun semasa kadar guna tenaga tahun sebelum

Contoh pengiraan perubahan kadar guna tenaga tahun 2011= 11.66-11.98 = -0.32%

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama Hasil kajian tertumpu kepada dua aspek iaitu mengenalpasti pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.Manakala,aspek kedua pula adalah perkaitan antara kadar guna tenaga sektor utama dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Jadual 1:Pola Perubahan Kadar Guna Tenaga Sektor Utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012:TahunKadar Guna Tenaga (%)Perubahan Kadar Guna Tenaga (%)

200015.62-0.68

200115.24-0.38

200214.71-0.53

200314.19-0.52

200413.86-0.33

200513.30-0.56

200612.88-0.42

200712.19-0.69

200812.380.19

200912.32-0.06

201011.98-0.34

201111.66-0.32

2012*11.43-0.23

Anggaran*

Kadar (%)Berdasarkan rajah di atas

Kadar (%)TAHUN

Berdasarkan graf diatas menunjukkan graf Kadar Guna Tenaga sektor utama dan Perubahan Kadar Guna Tenaga dar tahun 2000 hingga 2012.Berdasarkan graf menunujukkan kadar guna tenaga di Malaysia initidak konsisten kerana mengalami turun dan naik sepanjang tahun.Dimana pada tahun 2000 kadar guna tenaga adalah sebanyak 15.62% menurun kepada 15.24% pada tahun 2001.Penurunan sebanyak -0.38% begitu juga perubahan kadar guna tenaga pada tahun 2000 iaitu -0.68%.Kadar guna tenaga pada tahun 2002 juga menunjukkan penurunan sebanyak -0.53% iaitu kepada 14.71%.Pada tahun 2003 kadar guna tenaga adalah sebanyak 14.19% iaitu penurunan sebanyak -0.52% daripada tahun sebelumnya.Mengikut laporan ekonomi Malaysia penurunan kadar guna tenaga adalah disebabkan oleh firma-firma mengurangkan pekerja untuk mencapai tahap pengeluara yang tinggi dan disini juga boleh dilihat berlaku sedikit peningkatan didalam perubahan kadar guna tenaga.Kadar guna tenaga menunjukkan penurunan pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 2004 sebanyak 13.86% atau -0.33% tetapi ia menunjukkan peningkatan didalam guna tenaga berbanding tahun sebelumnya.Pada tahun 2005 juga berlaku sedikit penurunan didalam kadar guna tenaga iaitu sebanyak 13.30% tetapi dari segi perubahan guna tenaga berlaku penuruna n dari tahun sebelumnya.Pada tahun 2006 kadar guna tenaga menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 12.88% dan ia juga menunjukkan peningkatan didalam guna tenaga iaitu -0.42% berbanding -0.56% pad tahun 2005.Kadar guna tenaga menunjukkan penurunan yang paling tinggi berbanding dengan tahun yang lain iaitu pada tahun 2007 sebanyak 0.69%.Mengikut laporan ekonomi Malaysia penurunan ini disebabkan oleh firma memberhentikan pekerja kerana mengalami kemerosotan permintaan barang.Kemudian perubahan kadar guna tenaga pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 0.19% berbanding dengan tahun yang lain,begitu juga dengan kadar guna tenaga iaitu 12.38% berbanding tahun sebelumnya.Mengikut laporan ekonomi pada tahun 2008 peningkatan secara mendadak ini adlah disebabkan oleh kerajaan yang membenarkan pengambilan pekerja asing untuk mengatasi kekurangan pekerja dan kemahiran serta melahirkan senergi untuk meningkatkan produktiviti dan melancarkan skim latihan graduan bertujuan membantu mereka mendapatkan pekerjaan.Manakala,pada tahun 2009 pula menunjukkan penurunan didalam kadar guna tenaga iaitu sebanyak 12.32% tetapi perubahan kadar guana tenaga juga menunjukkan penurunan dari tahun 2008 tetapi ia juga boleh dikatakan tinggi juga berbanding dengan tahun-tahun yang lain.Selain itu, pada tahun 2010 masih lagi menunjukkan penurunan didalam kadar guna tenaga iaitu sebanyak 11.98% atau -0.34%.Begitu juga pada tahun 2011 menunjukkan penurunan sebanyak 11.66% tetapi menunjukkan peningkatan didalam pernubahan kadar guna tenaga iaitu -0.32% serta anggaran pada tahun 2012 iaitu -0.23% atau 11.43%.Daripada analisis diatas pengkaji dapat membuat rumusan bahawa sepanjang tempoh 12 tahun hanya satu tahun sahaja yang menunjukkan peningkatan mendadak iaitu pada tahun 2008.Manakala penurunan mendadak pula pada tahun 2007.Pola yang menunjukkan peningkatan Selain daripada itu,rumusan lain yang diperolehi menunjukkan pola penurunan dan peningkatan.Jadual dibawah menunjukkan,12 tahun data menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 92.30% manakala yang menunjukkan peningkatan adalah satu tahun sahaja pada tahun 2008 iaitu sebanyak 7.7%.TahunPerubahan Kadar Guna Tenaga (%)Pola

2000-0.68Menurun

2001-0.38Menurun

2002-0.53Menurun

2003-0.52Menurun

2004-0.33Menurun

2005-0.56Menurun

2006-0.42Menurun

2007-0.69Menurun

20080.19Menaik

2009-0.06Menurun

2010-0.34Menurun

2011-0.32Menurun

2012-0.23Menurun

Cara pengiraan pola peningkatan bagi 1 tahun (2008):

X 100 = 7.7%113

Cara pengiraan pola penurunan bagi 12 tahun:

X 100 = 92.3%1213

Jadual 2: Pola Perubahan Kadar Guna Tenaga Sektor Utama dengan Pertumbuhan Ekonomi

TahunKadar Guna Tenaga Sektor Utama(%)Pertumbuhan KDNK benar(RM juta)

200015.628.3

200115.240.4

200214.714.2

200314.195.4

200413.867.1

200513.305.0

200612.885.9

200712.196.2

200812.384.6

200912.32-1.7

201011.987.2

201111.665.1

2012*11.445.6

Anggaran*

RM JutaKadar (%)Guna Tenaga Sektor Utama & KDNK Benar di Malaysia dari Tahun 2000-2012Berdasarkan graf menunujukkan perkaitan antara Pola Perubahan Kadar Guna Tenaga Sektor Utama dan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.Berdasarkan data menunujukkan pertumbuhan ekonomi adalah tidak stabil dimana mengalami penurunan dan peningkatan sepanjang tahun.Dimana pada tahun 2000 kadar guna tenaga adalah 15.62% atau 0.68%,pada masa yang sama keluaran Negara Kasar (KDNK) menunjukkan yang tertinggi iaitu RM8.3 juta.Walaupun kadar guna tenaga di sektor utama menunjukkan penurunan tetapi ia tetap berlaku peningkatan didalam pertumbuhan ekonomi.Hal ini kerana,kemungkinan sektor-sektor lain yang banyak menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun 2000.Pada tahun 2001 kadar guna tenaga menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 15.24% tetapi perubahan guna tenaga pula menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak -0.38% berbanding tahun 2000.Walaubagaimanapun KDNK benar pada tahun tersebut menunjukkan penurunan iaitu sebanyak RM 0.4 juta.Penurunan mendadak ini disebabkan sektor lain mebuat penyerdahanan subsektor perkhidmatan yang bergantung pada aktiviti berkaitan perdagangan dan pasaran modal.Pada tahun 2002, kadar guna tenaga menurun kepada 14.71% atau -0.53% namun berlaku pertumbuhan ekonomi dengan KDNK benar meningkat kepada RM 4.2 juta.Pada tahun 2003,perubahan kadar guna tenaga telah meningkat sedikit iaitu sebanyak -0.52% berbanding -0.53% dan kadar guna tenaga menunjukkan penurunan kepada 14.19%.KDNK benar juga meningkat pada tahun tersebut iaitu sebanyak RM5.4 juta.Walaupun kadar guna tenaga mengalami penurunan tetapi ia tidak mempengaruhi KDNK kerana tekah meningkat dengan jumlah yang tinggi.Pada tahun 2004 kadar guna tenaga mengalami penurunan sebanyak 13.86% tetapi perubahan kadar guna tenaga menunjukkan peningkatan iaitu -0.33%,begitu juga dengan KDNK benar yang meningkat kepada RM7.1 juta.Peningkatan KDNK adalah disebabkan permintaan bahan mentah yang tinggi berbanding dengan sektor-sektor lain yang terjejas oleh ekonomi global yang lembap.Pada tahun 2005,kadar guna tenaga telah menurun sebanyak 13.30% dan perubahan kadar guna tenaga juga teah menurun kepada -0.56% berbanding tahun sebelumnya.Pada tahun 2006 dan 2007 kadar guna tenaga mengalami penurunan iaitu sebanyak 12.88% kepada 12.19% tetapi perubahan kadar guna tenaga mengalami peningkatan dan penurunan iaitu penurunan sebanyak -0.42% pada tahun 2006 dan penurunan sebanyak -0.69% pada tahun 2007.Pada tahun 2008,kadar guna tenaga telah mengalami peningkatan sebanyak 12.38% begitu juga dengan perubahanya iaitu sebanyak 0.19% tetapi KDNK pada tahun tersebut menunjukkan penurunan sebanyak RM4.6 juta.Pada tahun 2009 pula kadar guna tenaga adalah 12.32%,penurunannya adalah sebanyak -0.06% sementara KDNK berlaku penurunan mendadak iaitu sebanyak RM -1.7 juta.Pada tahun 2010,kadar guna tenaga adalah 11.98% menurun dari tahun sebelumnya,manakala perubahan kadar guna tenaga juga menurun sebanyak -0.34% tetapi KDNK meningkat secara mendadak kepada RM 7.2 juta.Pada tahun 2011 kadar guna tenaga masih lagi menurun tetapi perubahan kadar guna tenaga meningkat kepada -0.32% dan KDNK jatuh kepada RM 5.1 juta.Anggaran kadar guna tenaga padatahun 2012 adalah sebanyak 11.43% dan menunjukkan penurunan tetapi berlaku peningkatan didalam perubahan kadar guna tenaga.Sementara itu,anggaran KDNK juga telah meningkat pada tahun tersebut iaitu sebanyak RM5.6 juta.Mengikut laporan ekonomi Malaysia peningkatan ini adlah disebabkan oleh permintaan dalam negeri yang kukuh dan diperteguhkan oleh prestasi eksport yang lebih baik.TahunPertumbuhan Ekonomi(%)Pertumbuhan Kadar Guna Tenaga(%)

2000_

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012*

Anggaran*

Kesimpulannya, walaupun pola perubahan guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi tidak stabil sepanjang tahun,namun pertumbuhan ekonomi juga meningkat.Oleh itu,secara ringkasnya semakin tinggi kadar guna tenaga semakin semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi negara.Kesimpulan ini dapat dibuktikan melalui jadual diatas terdapat enam tahun negara Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi iaitu pada tahun 2002,tahun 2003,tahun2004,tahun 2006,tahun 2010 dan tahun 2012.Namun begitu, pertumbuhan ekonomi bukan sahaja disebabkan oleh sektor-sektor utama tetapi juga dibantu oleh sektor-sektor lain.Hal ini juga disebabkan oleh faktor inflasi,faktor pengangguran dan sebagainya.

6.0 CADANGAN Bagi meningkatkan perubahan komposisi guna tenaga yang positif di masa hadapan, pihak kerajaan haruslah mengatur pelbagai strategi bagi meningkatkan prestasi pertumbuhan sektor utama ke tahap optimum.Ini kerana perancangan dan strategi yang baik dalam sektor utama terutamanya perkara yang meliputi aspek pertambahan kadar guna tenaga,secara tidak langsung ianya akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi.Justeru itu,pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlulah dipantau pada tahap maksimum agar keberhasilannya dapat dicapai.Bagi mencapai matlamat yang telah diutarakan, kerajaan perlulah memainkan peranan penting dalam merangka dasar-dasar agar ianya member manfaat kepada semua pihak.Contohnya,pelaksanaan pelaburan modal manusia bagi membentuk perubahan komposisi guna tenaga yang positif perlulah diselarikan dengan penggunaan teknologi tinggi agar ia dapat menjana dan mengeluarkan produk yang berkualiti dan berdaya saing.Kesinambungan antara buruh dan modal perlulah dilaksanakan pada tahap yang ideal bagi menggelakkan pengangguran berlaku.Selain itu,penggunaan buruh yang berkemahiran jug adapt digunakan secara optimum.Ini kerana,jika pelaksanaan dasar dilakukan hanya pada satu sisi sahaja nescaya ianya akan membantutkan hasrat kerajaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada masa hadapan.Lambakan pekerja asing yang mempunyai kemahiran yang rendah perlulah dikurangkan agar ianya dapat membuka peluang kepada rakyat tempatan Bilangan pekerja asing bekemahiran rendah secara tidak langsung akan menyebabkan aliran keluar modal yang tinggi.Manakala pekerja asing yang berkemahiran tinggi pula perlu dihadkan pengambilannya berdsarkan kepada keperluan sahaja.Kemasukkan pekerja asing berkemahiran tinggi adalah untuk membentuk kerjasama dengan pekerja tempatan,secara tidak langsung memudahkan pemindahan teknologi tinggi dilakukan dan kepakaran mereka juga dapat diwarisi.Keadaan ini adalah penting bagi meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara secara keseluruhan.Keadaan eksport negara yang berkurangan saban tahun perlulah diberi perhatian yang serius terutamanya pada sektor utama yang berpotensi tinggi dengan memberi suntikan modal agar sektor tersebut dapat mengembangkan prestasi sehingga mencapai yahap yang optimum.Hal ini kerana dengan perubahan positif dalam aspek eksport negara,ianya secara tidak langsung dapt meningkatkan kemahiran pekerja serta membentuk perubahan komposisi guna tenaga yang maksimum seperti negara-negara maju yang lain.Oleh itu,pelaksanaan dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi meningkatkan guna tenaga disektor utama yang positif,maka ianya haruslah dijalankan dengan saksama tanpa mengabaikan aspek-aspek lain.Pelaksanaan yang dilakukan dengan melihat kepentingan keseluruhan aspek akan lebih memudahkan sasaran negara dicapai.

7.0 PENUTUP

Secara ringkasnya,kadar guna tenaga di Malaysia sektor utama adalah memberangsangkan.Namun begitu semua pihak tidak harus berasa selesa akan keadaan ini terutamanya pihak kerajaan mahupun swasta.Segala pendekatan dan langkah-langkah yang berkaitan dengan guna tenaga seperti pendidikan,latihan,seminar dan sebagainya perlulah dimajukan dari tahun ke tahun agar perubahan komposisi guna tenaga yang optimum dapt dicapai begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi negara.Dengan adanya guna tenaga yang berkemahiran dan mencukupi dalam negara terutamanya dalam sektor utama tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga luar.Selain itu,pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mapan juga lebih mudah dilakukan jika aliran keluar modal dapat diminimumkan.Apa yang dapat saya rumuskan setelah melihat kajian ini yang menunjukkan dua jenis pola iaitu pola meningkat dan menurun ialah pola menurun lebih mendominasi dengan jumlah 12 tahun menunjukkan pola menurun sebanyak 92.30% manakala pola meningkat hanya berlaku selama 1 tahun dengan nilai sebanyak 7.7% iaitu pada tahun 2008 .Oleh itu,pendekatan yang serius perlulah dilakukan agar matlamat negara untuk menjadi salah satu negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dapat dicapai.

9.0 SENARAI RUJUKAN

1. www.bnm.gov.my2. www.sttistic.gov.my3. Jabatan Perangkaan Malaysia.2009.Perangkaan Ekonomi Malaysia-Siri Masa, Kuala Lumpur.Jabatan Perletakan Negara.4. Jabatan Perangkaan Malaysia 2007.Perangkaan Ekonomi Malaysia-Siri Masa.Putrajaya Jabatan Perangkaan Malaysia.5. Sabariah Ali.2013.Makroekonomi Penggal 2.Selangor Darul Ehsan

20