20

HARI RAYA AIDILADHA - jheains.sabah.gov.my · Kebenaran Pindah dan Permit Penyembelihan Luar. Ketiga-tiga dokumen ini boleh didapati dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar

  • Upload
    others

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha masih dapat dirasakan. Berbeza dengan Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha lebihsinonim dengan ibadah haji dan ibadah korban. Walaupunibadah korban ini sudah terlalu biasa dilaksanakan olehmasyarakat kita, tidak dapat dinafikan masih ada persoalanyang kita ti dak ketahui atau terlepas pandang.

Antaranya ialah penyembelihan di luar rumah penyembelihan hanya boleh dibuat sekiranya mendapat permit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Berdasarkan Kaedah 5(1) Akta Binatang 1953, Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, dinyatakan; “Kecuali sebagaimana yangdiperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah ini, tiada seorangpun boleh menyembelih atau menyebabkan disembelihapa-apa binatang kecuali di rumah penyembelihan diluluskanatau rumah penyembelihan dilesenkan”.

Manakala, dalam Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban terbitan JPV pula menggariskan bahawa mana-mana pihak (sama ada pengurusan atau individu) yang hendak membuat penyembelihan di luar rumah penyembelihan hendaklah mendapatkan Sijil Kesihatan Veterina, Akuan Kebenaran Pindah dan Permit Penyembelihan Luar. Ketiga-tiga dokumen ini boleh didapati dari Pusat Veterinar Kecil, Pejabat Veterinar Daerah, Ibu Pejabat PerkhidmatanVeterinar Negeri dan Rumah Sembelih Jabatan ini. Tujuannya adalah untuk memastikan haiwan itu diuruskan dalamkeadaan yang betul, bersih, tak berpenyakit dan selamatdimakan.

Cara pelaksanaan korban juga menjadi satu perkara yangboleh menimbulkan perselisihan di kalangan pihak yang melaksanakan ibadah korban dan masyarakat. Lazimnyadi Sabah peserta ibadah korban atau aqiqah akan mewakilkan pihak kedua atau ketiga untuk melaksanakan semua urusan berkaitan pelaksanaan ibadah korban bagi pihak dirinya. Ia merupakan amanah dan tanggungjawab yang besar kepada pihak yang dipertanggungjawabkan kerana ibadah korban ini ada hubung kaitnya dengan hukum Syarak. Semua proses ini perlu difahami dengan baik oleh semua pihak yangterlibat dengan pelaksanaan ibadah ini. Salah satu di antaranya ialah cara pengagihan daging korban di mana ti dak harus pihak yang diamanahkan untuk menyimpan daging korban sekiranya masih terdapat golongan fakir miskin atau masyarakat Islamyang berhajat kepadanya. Ini kerana keharusan menyimpan daging korban hanya diberikan oleh syarak kepada pesertaatau individu yang melaksanakan ibadah korban. Daripada Ali RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW memerintahkan akuuntuk menyembelih binatang korban dan mengagih-agihkan semua daging dan kulitnya; dan aku ti dak diberi upah sesuatu apapun daripada sembelihannya.

Bagaimanapun daging korban harus diberikan kepada petugas atau pekerja sekiranya dia tergolong dalam fakir miskin atau diniatkan sebagai hadiah. Menurut Wahbah al-Zuhayli, petugas juga berhak untuk memperoleh daging korban atas dasar hadiah sebagaimana orang lain, bahkan lebih berhak kerana sumbangannya secara langsung dalam menjayakan pelaksanaan ibadah korban. Wallahu a'lam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

HARI RAYA AIDILADHA

Bermuhasabah dirilahmengejap hidayah segenap relong jiwamerdu takbir, solat sunat serta lirih khutbahbermunajat hanya ke hadrat-Nyaseluruh umat Islam yang mampumenunaikan fardu haji ke Makkah Rukun Islam Kelima.

Menginsafi akal fi kiranmenempuh pergolakan ranjau ujianhadapi rencah dalami kewujudanmengamati menghargai perjuangan luhurpengorbanan besar Nabi Ibrahim ASkesanggupan memenuhi perintah 'Nahar'ketaatan amat pasrah mulia di sisi-Nyaperisti wa penyembelihan anaknya Nabi Ismail AS.

Bulan Zulhijah amat bermaknajuga termaktub penti ng dalam sejarahNabi Adam AS dan isterinya Hawadikeluarkan daripada syurgaditurunkan ke bumi di Padang Arafah.

Hari Raya Aidiladhakewajiban sembahyang berjemaahmengikat silaturahim ummahupacara bermula dengan sempurnalembu kambing biri-biri dikorbankanberbahagi rezeki bagi orang ramai juga fakir miskinjangan lupa menziarahi pusara keluarga sanak saudarabersama memohon redha restu maghfi rahdalam zikir doa-doa kudus akan menerima syafaat-Nya.

Oleh:Duliam SuariKota Kinabalu

215 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Bagaimana Perubatan Moden Merawat Kanser?3. RadioterapiKesan Jangka PanjangKesan-kesan jangka panjang, sukar untuk mendapat zuriat, hilang ingatan (jika radioterapi dilakukan pada bahagian otak), kerosakan pada bahagian usus, masalah cirit-birit dan pendarahan.

4. Tumor Marker Tumor Marker adalah protein, enzim, atau hormon

yang dihasilkan oleh sel normal dan sel kanser dalam tubuh badan. Tahap/bacaan tumor marker akan menjadi tinggi jika terdapat ketumbuhan kanser.

Beberapa keadaan lain (bukan kanser) yang menyebabkan peningkatan bacaan tumor marker (false-positive results) adalah seperti mengandung, penyakit buah pinggang, fibroid, penyakit hati dan hepatitis.

Medium bagi mendapatkan tumor marker adalah melalui darah, air kencing atau biopsy tisu pesakit kanser.

Tumor Marker digunakan untuk kanser ‘screening’, diagnosis bagi mengenal pasti kanser, memantau keadaan pesakit kanser selepas rawatan kanser, mengenal pasti jika kanser datang kembali ‘relapse’.

Jenis-jenis Tumor MarkerKanser Paru-paru, Kanser Hati, Kanser Prostat, Kanser Testikular, Kanser Payudara, Kanser Perut/ Gastrik, Kanser Pankreas, Kanser Usus, Kanser Ovari.

Rawatan Moden KanserRamai yang beranggapan bahawa kaedah moden adalah satu-satunya jalan keluar bagi penyakit kanser yang dihidapi oleh mereka. Biar sesulit mana pun ujian yang dihidapi, yakinlah! Andai kita orang bertakwa dan memohon kepada Allah SWT pasti akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh-Nya. Firman Allah SWT:

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 8)Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

Maksudnya: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan bagi tiap-tiap sesuatu itu ketetapan.”(Surah At-Thalaq ayat 2 - 3).

Secara ilmiahnya, masih tiada penawar atau rawatan paling sesuai dalam merawat pesakit kanser. Kaedah rawatan yang sedia ada kini, hanyalah berfungsi untuk mematikan sel-sel tumor kanser tetapi ia tidak dapat memusnahkan sel stem kanser. Malah, kesan sampingan yang bakal dialami oleh pesakit kanser selepas rawatan moden akan melemahkan lagi semangat pesakit dan menjatuhkan motivasi mereka.

Dari perspektif perubatan moden, kanser begitu sukar dipulihkan terutamanya jika sudah berada pada tahap tiga dan empat. Sebaik sahaja sel kanser masuk ke saluran darah dan ikut serta dalam sistem peredaran limfa, maka amatlah sukar untuk memastikan bahagian organ mana yang sel-sel kanser telah pun mengalami proses metastasis. Jadi, jalan paling mudah ialah rawatan kemoterapi iaitu memasukkan ubat anti kanser menyasarkan keseluruhan sel organ dalam badan. Itulah yang membawa kepada kesan sampingan yang membimbangkan pesakit.

Mengapa kanser kembali menyerang biarpun selepas rawatan? Hal ini kerana sel-sel stem sel kanser yang dilemahkan semasa rawatan moden misalnya kemoterapi, akan kembali aktif selepas beberapa jangka masa atas beberapa faktor seperti tekanan emosi, stres, pemakanan tidak seimbang dan pelbagai faktor yang lain. Apabila kanser kembali menyerang, pesakit perlu mengulangi semula rawatan seperti rawatan pertama yang dijalani dahulu. Perkara ini yang membuatkan pesakit berasa putus asa dan emosi tertekan. Perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak pernah selesai.

Bersambung... dengan Rawatan Kanser melalui Kaedah Ayat-ayat Suci Al-Quran

FASAKH ATAUPUN PEMBUBARAN PERKAHWINAN(BAHAGIAN 1)

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Perkahwinan boleh dibubarkan dalam Islam apabila berlaku sebab-sebab yang menghilangkan sifat halal ke atasnya. Ianya juga dikenali sebagai fasakh. Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti suami mati pucuk, kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

Seksyen 53 menjelaskan mengenai perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh seperti berikut:-

(1) Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu- (a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih

daripada satu tahun; (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama

tempoh tiga bulan; (c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih; (d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan

perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun; (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri

tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk; (f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit

kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit; (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak

perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu, antara lain: (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji

mengikut pandangan Hukum Syarak; (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-

haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; (v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan

agamanya; (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan

secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum syarak;

(Bersambung)...

1815 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Program Korban di Kg. Buah Pandai, Kota Beludanjuran Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

Kuala Lumpur dengan kerjasama JHEAINS dan JAKIM

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

"KORBANKANLAH TUANKESALAHAN SAYA"Oleh: Adi Pitang

Sambutan Aidiladha masih dirasakan dengan ucapan doadan selamat serta kunjung-mengunjungi di antara handaitaulan. Antara ucapan selamat raya yang ku terima melaluiwhatsapp yang cukup mencuit hatiku ialah ucapan daripadaseorang sahabat imam yang ku kenali baik iaitu tulisnya;“Korbankanlah tuan kesalahan saya”. Hmmm… mahudisembelih di mana ne? Pengorbanan daripada seorang sahabat,hahaha. Korban di mana? Tanya seorang sahabat. Suatu kelaziman untuk melaksanakan ibadat korban bagi masyarakatIslam kita, sama ada di dalam kariah masjid sendiri atau di luar dari kawasan. Melalui media sosial,terpampang gambar-gambar pelaksanaan korban yang dilakukan oleh rakan-rakan. Suasana meriah gotong-royong nampak kelihatan. Apatah lagi hubungan silaturahim dengan sendirinya terjalin di kalangan pihak yangmelaksanakan korban dengan masyarakat setempat, khususnya penerima daging korban. Seorang rakanbertanya, bolehkah daging korban diberikan kepada bukan Islam?Sempat bertanya kepada Sohibus Samahah Datuk Hj. Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabahdi Masjid Negeri sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha tentang agihan korban kepada bukan Islam. Beliaumenjelaskan bahawa dalam konteks kita di Sabah, masyarakat pelbagai agama dalam sebuah keluargamerupakan satu perkara yang biasa. Di mana adiknya Islam, kakak atau abangnya tidak Islam atau anaknyaIslam, ibu bapanya tidak Islam atau sebaliknya. Kalaupun tidak ada pertalian darah dan kekeluargaan, berlaku interaksi yang sangat rapat antara orang Islam dan bukan Islam di negeri ini. Hubungan ini semakin rapat danakrab bila amalan ziarah-menziarahi dan saling jemput-menjemput menjadi kebiasaan. Malah seorang Islam atau bukan Islam mungkin merasakan amat janggal jika tidak menjemput jiran atau rakan yang bukan seagamake majlis yang diadakan. Keadaan ini akan lebih ketara pada ibadat korban yang menjadi pegangan majoritiorang Islam di Malaysia bahawa daging korban haram diberi makan kepada orang bukan Islam. Jika dijemputtakut melanggar hukum syarak yang mengharamkan daging korban diberi makan kepada bukan Islam. Keadaan seperti ini menimbulkan satu tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra jiran, sedangkan ajaran Islam itu sendiritelah meletakkan dasarnya sebagai agama yang mampu memesrakan hubungan masyarakat pelbagai agama. Dalam hal ini SS Datuk Mufti menjelaskan bahawa Negeri Sabah telah merungkai persoalan ini pada 2 tahunlepas yang lalu (hmmm…baru tahu, hahaha), melihat suasana yang berlaku di Sabah (pendekatan Fiqh Sabahi). Di mana dalam Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 yang bersidang pada 23 - 24 Mei 2017 bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah telah memutuskan bahawa;“Muzakarah bersetuju memutuskan sebagai panduan orang Islam di Negeri Sabah bahawa harus memberimakan, mengagihkan atau menghadiahkan daging Korban Sunat sahaja kepada bukan Islam terutama ahlikeluarga, kaum kerabat dan fakir miskin atas sebab maslaha dalam masyarakat majmuk, sementara Korban Wajib adalah tidak harus”.Ibadah korban dikaitkan dengan pengorbanan hamba kepada pencipta-Nya Pensyariatan ini telah melaluiperjalanan masa yang panjang dalam sejarah tamadun manusia iaitu sejak pertama kali dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail. Firman Allah SWT yang bermaksud;“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Haianakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fi kirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuatbaik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. (Surah al-Saffat ayat: 102 - 107).Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati.

POTRET ANTI KEKERASANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

(1)Suatu hari Rasulullah SAW berkeliling di pasar untuk memerhatikan aktiviti jual beli dan berbagai macam kegiatan manusia di pasar. Baginda mengajarkan tentang ini dan itu, menyapa orang-orang, dan mewarnai masyarakat dengan warna Islam. Baginda berhenti di depan seseorang yang menjual makanan. Kemudian, baginda memasukkan tangannya ke dalam sebuah wadah dan jari-jarinya mendapati sesuatu yang basah. Baginda bertanya, “Apa ini, wahai pemilik makanan? Ini yang di atas kering dan yang di bawah basah.”

Ia menjawab, “Diguyur hujan, ya Rasul, sehingga basah.”

Baginda bersabda, “Mengapa kamu tidak menjadikannya di bahagian atas makanan sehingga orang-orang dapat melihatnya. Barang siapa menipu kami, maka ia bukan termasuk golongan kami.”

(2)Suatu hari Abu Mas’ud Al-Badri memukul salah seorang budaknya dengan cemeti. Tiba-tiba ia mendengarsuara dari arah belakang, “Ketahuilah, Abu Mas’ud.” Akan tetapi, kerana marahnya sudah memuncak,ia tidak mendengarkan suara itu dan tidak mengetahui siapa yang memanggilnya. Ketika suara itumendekat, ia mengetahui bahawa orang itu adalah Rasulullah SAW ia berhenti memukul dan wajahnyamemerah kerana malu kepada Rasulullah SAW yang telah melihatnya sedang memukul budaknya. Lalu, baginda bersabda, “Abu Mas’ud, jika kekuasaanmu mendorongmu untuk berbuat aniaya kepada manusia, ketahuilah Allah lebih berkuasa daripada kamu. Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud sesungguhnya Allah lebih berkuasa terhadap dirimu daripada engkau terhadap budak ini.”

Maka cemeti itu pun jatuh dari tangan Abu Mas’ud kerana kewibawaan baginda. Ia berkata, “Ya Rasul, aku tidak pernah lagi memukul budak selamanya.” Kemudian, ia menoleh ke arah Rasulullah SAW untukmendapat redhanya seraya berkata, “Ya Rasulullah, ia merdeka kerana Allah SWT.”

Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Seandainya kamu tidak memerdekakannya, pasti kamu akandisentuh api neraka. Abu Mas’ud, barang siapa memukul budak miliknya sebagai hukum had atas apayang tidak ia lakukan, atau ia menamparnya, maka kifarahnya adalah dengan memerdekakannya.”

Abu Ali Suwaid bin Muqarrin berkata, “Aku adalah orang ketujuh dari tujuh bersaudara dari BaniMuqarrin. Kami hanya memiliki seorang pelayan (hamba sahaya). Pada suatu ketika, saudara kami yang masih kecil menamparnya, kemudian Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk memerdekakannya.

[Riyadhus Shalihin, Bab Larangan Menyeksa Budak].

415 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Nama lengkap Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri ialah Aminuddin Abdul Rauf bin AliAl-Jawi Al-Fansuri As-Singkili, juga lebih dikenali sebagai Tok Syeikh di Kuala. Beliaudilahirkan di Singkel, sebuah perkampungan di pesisir pantai di Aceh Selatan padatahun 1620. Oleh itu beliau juga dikenali sebagai Abdul Rauf As-Singkili. Beliau adalah penyusun Turjumanul Mustafid iaitulah terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertamadalam bahasa Melayu.

Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri mendapat pendidikan awal dalam lingkungan pondokdayah yang dikelola oleh ayahnya iaitu Syeikh Ali Al-Fansuri. Kemudian beliau belajar

kepada beberapa ulama di daerah Fansur, Aceh. Beberapa tahun kemudian, beliau berguru denganseorang tokoh ulama Aceh yang cukup terkenal di zamannya, iaitu Syeikh Syamsuddin Al-Sumatrai di BandaAceh. Kemudian beliau merantau ke Tanah Arab pada tahun 1642 dan belajar selama 19 tahun dengan 27 ulamayang ahli dalam berbagai disiplin Ilmu Islam. Beliau merantau hampir ke seluruh Tanah Arab seperti Doha,Yaman, Jeddah, Makkah dan Madinah untuk menimba ilmu. Pengetahuan beliau mencakupi dalam bidangsyariat, fiqh, hadis, ilmu kalam dan tasawuf. Dengan ilmunya yang meluas, beliau dikatakan pernah mengajardi Makkah dan Madinah, terutama bagi murid-murid yang berasal dari Nusantara. Sekembalinya ke Aceh, beliaubermukim di Kuala sebuah tempat yang jaraknya 15 km dari Banda Aceh. Di tempat tersebut beliau telahmembuka madrasah dan menjadi tenaga pengajar utama di sana.

Di Timur Tengah, Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri telah memulakan pengajian di Doha, Qatar, dengan bergurupada seorang ulama besar iaitu Syeikh Abd. Al-Qadir al Mawrir. Ketika di Yaman, beliau belajar di sebuah kota bernama Bayt al-Faqih dengan keluarga Ja'man. Beberapa anggota keluarga tersebut terkenal sebagai ahli sufi dan ulama terkemuka seperti Syeikh Ibrahim Muhammad Ja'man dan Faqih al-Thayyib Abi al-Qasim Ja'man. Guru paling berpengaruh terhadap pemahaman keagamaan beliau adalah Syeikh Ibrahim Abdullah Ja'man yangmerupakan seorang muhaddis dan faqih. Ketika berada di Jeddah, beliau belajar dengan mufti Abd. Al-QadirAl-Bharkali. Di Madinah, beliau belajar dengan dua orang ulama terkemuka iaitu Syeikh Ahmad Al-Qusyasyidan Syeikh Ibrahim al-Kurani.

Murid Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri sangat ramai, di antaranya ialah, Baba Daud bin Agha Ismail bin AghaMustata al-Jawi ar-Rumi, Syeikh Burhanuddin Ulakan, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan, Syeikh Yusuf TajulMankatsi dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Terengganu atau lebih popular dengan gelar Tok Pulau Manis.

Di antara karya Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri pula ialah bidang fiqh: Mir’at al-Tullab fi Taysir al-Ahkamal-Syar’iyyah li al-Malik al-Wahhab, bidang tasawuf: Tanbih al-Masyi al-Mansub ila Tariq al-Qusyasyi, bidangtafsir: Tarjuman al-Mustafid bi al-Jawiy, yang merupakan tafsir pertama di dunia Islam dalam bahasa Melayudan bidang hadis: Al-Arba’in Haditsan li al-Imam al-Nawawiyah.

Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri meninggal dunia pada tahun 1693, ketika berusia 73 tahun. Beliau dimakamkandi pekarangan masjid di Kuala Aceh, desa Dayah Raya Kecamatan Kuala, sekitar 15 km dari Banda Aceh.

RUJUKAN:● wikipedia.org./wiki/AbdulRaufAlFansuri

SYEIKH ABDUL RAUF AL-FANSURIPENTAFSIR AL-QURAN PERTAMA DALAM BAHASA MELAYU

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

ILMU TASAWWUF DAN METODOLOGI TARIQATDIGERUNI MUSUH (BAHAGIAN 3)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sejarah juga telah membuktikan bahawa kejayaan umat Islam terhadap pihak kafi r dalam beberapa siri peperangan adalah kerana asbab amalan-amalan mendekatkan dirikepada Allah SWT melalui amalan Tariqat.

Mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui IlmuTasawwuf dan Metodologi Tariqat adalah merupakan cara efi sien dan landasan terbaik para ulama' dan 'abid toriq ilAllah untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.

Konsep Iman-Islam-Ihsan merupakan tunjang kepadaagama Islam. Maka kedudukan terakhir iaitu Maqam Ihsandapat dicapai melalui Ilmu Tasawwuf dan Metodologi Tariqat yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnahsangat dititikberatkan.

Maka dengan itu, tapak utama iaitu Ilmu Aqidah yang sahih mesti berlandaskan kepada prinsip aqidahmanhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah disusun Imam Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah di dalam mencapai kejayaan.

Jikalau kita telusuri sejarah, kita akan mendapati Sultan Salahuddin al-Ayubi yang mempertahankan KotaKaherah merupakan seorang ahli Tasawwuf yang bertariqat yang berakidah Manhaj Al-Asya'irah dan bermazhab Al-Syafi 'iyyah.

Demikian juga dengan Sultan Muhammad al-Fatih yang membuka Kota Konstantinople merupakan seorang ahli Tasawwuf yang bertariqat. Beliau berakidah manhaj Al-Maturidiyyah dan bermazhab Hanafi yyah.

Begitu juga peperangan moden masa kini seperti perang Afghanistan dengan Rusia/Amerika Syarikat yanglengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghanistan yang hanya menggunakan senjata biasa sahaja.

Pejuang Mujahidin Afghanistan ini jika diteliti merupakan ahli Tasawwuf beraliran Chisty, berakidahAl-Maturidiyyah, serta bermazhab Al-Hanafi yyah.

Kesan daripada amalan Tasawwuf dan Metodologi Tariqat, tentera Rusia yang lengkap bersenjata itu tidakmampu menawan dan mengalahkan mereka.

Malah tentera Rusia hancur lebur di tangan ahli-ahli Tariqat yang bertasawwuf dengan kekuatan zikrullah.

Demikian juga dengan kisah para mujahid Chechen yang menentang Rusia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang biasa sahaja.

Pejuang Chechen mampu dan berjaya menghancurkan musuh dengan kekuatan dalaman zikirullah.

Hal ini kerana, Mujahidin Chechen bertariqat Naqshabandi berakidah Al-Asyairah dan bermazhab As-Syafi 'iyyahyang mengekalkan zikrullah di sanubari, lantas mampu bertahan dan berjaya mengusir tentera Rusia.

Demikian juga situasi yang sama terjadi di tanah Melayu ini. Para pejuang Melayu sejak dari dulu lagi yangmenentang orang kafi r penjajah semuanya berakidah Al-Asya'irah, bermazhab Al-Syafi 'iyyah dan merupakanahli Tasawwuf yang bertariqat.

1615 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

BERSUMPAH DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAHOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANAdakah kita boleh bersumpah dengan menyebut nama Allah?

JAWAPANYa, kita boleh dan dibenarkan bersumpah dengan menyebut nama Allah. Sebab sumpah yang dibenarkan oleh Islam ialah: Bersumpah dengan menyebut nama Allah atau dengan menyebut nama sifat-sifat-Nyadengan menggunakan huruf Qasam (Huruf Sumpah). Huruf-huruf Qasam itu ada tiga iaitu Wawul Qasam, Baaul Qasam dan Taaul Qasam. Misalnya:

Yang ertinya: “Demi Allah”.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: ”Sesiapa yang bersumpah, hendaklah dengan lafazAllah atau hendaklah diam sahaja.” (HR: Bukhari dan Muslim).

Bersumpah adalah mengucapkan seperti janji atau ikrar dengan kesungguhan untuk menguatkanpernyataan yang dibuat oleh seseorang.

APAKAH TUJUAN BERSUMPAH?Sumpah yang diucapkan oleh orang yang bersumpah itu adalah meliputi dua tujuan iaitu:

1. Memastikan sesuatu yang masih belum pasti kebenarannya.

2. Menolak sesuatu tuduhan yang dilemparkan tuduhan oleh orang yang menuduh. Maka orang yangdituduh boleh menolak tuduhan itu dengan bersumpah.

Oleh itu sumpah itu tidak boleh dipermain-mainkan, apatah lagi dipalsukan.

Berdusta pada sumpah atau bersumpah palsu adalah tergolong dalam melakukan dosa besar. Nabi SAW menyatakan dalam hadisnya:

Maksudnya: “Dari Abdullah bin Umar RA dari Nabi SAW sabdanya: Dosa-dosa besar iaitu: mensyirikkan Allah, durhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh diri dan bersumpah dusta.” (HR: Bukhari).

Wallahu a’lam.

MERAIH IKHLAS DAN TAKWA DARI SEMBELIHAN QURBANOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Segala puji bagi Allah SWT, Rabb semesta alam. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad , keluarga, para sahabat dan orang-orang yang meniti jalan mereka hingga akhir zaman.

Penyembelihan qurban ketika hari raya Eidul Adha disebut dengan al udh-hiyyah, sesuai dengan waktupelaksanaan ibadah tersebut. Sehingga makna al udh-hiyyah menurut istilah syar’i adalah haiwan yangdisembelih dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, dilaksanakan pada hari an-nahr (EidulAdha) dengan syarat-syarat tertentu.

Dari defi nisi ini, maka yang tidak termasuk dalam al udh-hiyyah adalah haiwan yang disembelih bukandalam rangka taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah SWT (seperti untuk dimakan, dijual atau untukmenjamu tamu). Begitu pula yang tidak termasuk al udh-hiyyah adalah haiwan yang disembelih di luar haritasyriq walaupun dalam rangka taqarrub pada Allah SWT. Begitu pula yang tidak termasuk al udh-hiyyahadalah haiwan untuk aqiqah dan al hadyu yang disembelih di Mekkah.

Menyembelih qurban adalah suatu ibadah yang mulia dan bentuk pendekatan diri pada Allah SWT, bahkansering kali ibadah qurban digandingkan dengan ibadah solat. Allah Ta’ala berfi rman:

“Maka dirikanlah sholat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” (Qs. Al-Kautsar: 2).

“Katakanlah: sesungguhnya sholatku, nusuk-ku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semestaalam.” (Qs. Al An’am: 162). Di antara tafsiran an-nusuk adalah sembelihan, sebagaimana pendapat Ibnu ‘Abbas, Sa’id bin Jubair, Mujahid dan Ibnu Qutaibah. Az Zajaj mengatakan bahawa makna an-nusukadalah segala sesuatu yang mendekatkan diri pada Allah ‘Azza Wa Jalla, namun umumnya digunakan untuksembelihan.

Ketahuilah, yang ingin dicapai dari ibadah qurban adalah keikhlasan dan ketaqwaan, dan bukan hanyadaging atau darahnya. Allah Ta’ala berfi rman:

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapiketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (Qs. Al-Hajj: 37).

Ingatlah, bukanlah yang dimaksudkan hanyalah menyembelih saja, dan yang Allah SWT harap bukanlahdaging dan darah qurban tersebut kerana Allah SWT tidaklah memerlukan pada segala sesuatu danDialah yang seharusnya diagung-agungkan. Hal yang Allah SWT harapkan dari qurban tersebut adalah keikhlasan, ihtisab (selalu mengharap-harap pahala dari-Nya) dan niat yang soleh. Oleh kerana itu, AllahSWT katakan (yang artinya), “ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapai redha-Nya”. Inilah yangseharusnya menjadi motivasi ketika seseorang berqurban iaitu ikhlas, bukan riya’ atau berbangga dengan harta yang dimiliki, dan bukan pula menjalankannya kerana sudah jadi amalan kebiasaan setiap tahun.

615 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Maksudnya: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikiansesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuriisteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekaldengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban memintasedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

Menurut pendapat para ulama Nahwu lahiriah ayat ini mengandung makna bahawa musim haji adalahbeberapa bulan yang dimaklumi iaitu bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhajj. Allah mengkhususkan ibadah yang berkaitan dengan ibadah haji termasuklah ibadat umrah yang dikerjakan sebagai persiapan sebelummelaksanakan ibadah haji bermula niat ihram, wuquf di Arafah, mabit di Muzdalifah, melontar di Mina, Tawaf, Saei dan diakhiri dengan tahalul. Hal ini menunjukkan bahawa tidak sah melakukan ihram sebelum tiba bulan-bulanhaji.

Perlaksanaan ibadah haji hanya ditetapkan pada bulan-bulan tertentu sahaja tidak boleh dilaksanakan di luarbulan-bulan berkenaan, samalah juga dengan perlaksanaan solat-solat fardhu hendaklah dikerjakan dalamwaktu-waktu solat yang telah ditetapkan. Imam Syafi e rah berpendapat, berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas RA bahawa tidak layak bagi seseorang melakukan ihram haji kecuali dalam musim haji berdasarkan ayat di atas.

Sebagaimana yang kita sedia maklum rukun Islam lima perkara. Sesuatu yang perlu kita perhatikan adalahpelaksanaan rukun Islam yang pertama hingga ke empat boleh dilakukan di mana-mana tempat di muka bumiini tetapi tidak dalam perlaksanaan ibadah haji ia hanya ditetapkan di bumi di mana telah diturun syariat Islam.

Ibadah haji adalah pelengkap kepada kemuncak ibadat seorang muslim. Dengan kata lain, orang yangmenunaikan haji seolah-olah telah melengkapkan empat rukun Islam terawal iaitu mengucap syahadat, solatfardu lima waktu sehari semalam, berpuasa Ramadan dan menunaikan zakat. Inilah di antara hikmah mengapa kefarduan haji diletakkan pada kedudukan ke lima rukun Islam.

Sewaktu wuquf di Arafah, kebanjiran hampir 5 juta umat Islam dalam konvensyen terbesar dunia itu denganmengenakan pakaian ihram yang sama berwarna putih menterjemahkan makna ikrar sebuah ukhuwah sebagai saudara seagama merentasi perbatasan bahasa, suku kaum, warna kulit, pangkat, kedudukan dan segala yang menjadi ukuran materialistik duniawi dengan hanya satu tautan kalimah tauhid.

Berpaksikan tujuan utama menyahut Undangan Agung Ilahi sebagai Dyufur Rahman, berusaha meninggalkansifat-sifat mazmumah, mengeluarkan diri dari kepungan hawa nafsu, merendahkan diri serta mengikhlaskan hati agar mendapat pengampunan Allah Rabbul Jalil. Terasa amat kerdilnya diri yang pernah bergelomang dengan dosa lalu pasrah mengharapkan rahmat menjadi titik tersingkapnya bayangan kita sebagai hamba Allah yangserba kekurangan bakal dibangkitkan semula dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung segala amalan.

Meskipun ibadah haji hanya diwajibkan sekali seumur hidup berbanding dengan ibadat lain perlu dilaksanakan berterusan dan berulang setelah disempurnakan kerana haji adalah kemuncak penyempurnaan ketaatan seorang hamba. Lantaran itu penganugerahan “Haji Mabrur” tiada ganjaran yang selayaknya diterima melainkan syurga.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH : 197“HIKMAH HAJI DI SEBALIK RUKUN ISLAM KELIMA”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Pelbagai perangkat yang digunakan untuk menjawab persoalanini. Ada sesetengah yang menyatakan bahawa dosa peribadibukan jenayah (1), atas alasan: ‘Undang-undang jenayah syariahsering kali tidak mengikuti semangat kebebasan individu dalamPerlembagaan Malaysia. Dan ‘Tidak seharusnya dosa peribadidikanunkan melalui undang-undang jenayah apabila kitamempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk“amar ma'ruf wa nahy al-munkar’. Dosa peribadi yang dilakukansecara bersendiri, dengan sukarela, sekiranya menurut hipotesis ini, dosa peribadi tidak wajar ditegah olehPemerintah. Seakan-akan menyatakan bahawa Pidana Syariah hanya melibatkan kejahatan yang melibatkan oranglain dengan akibat yang tidak disukainya.

Lalu bagaimana kejahatan yang ‘self-inflicting’? Bukankah ia dosa peribadi, tetapi bukan jenayah pula? Misalnyadadah yang diambil secara sukarela, zina secara sukarela, maka tidak wajar adanya campur tangan hisbah danpemerintah, sekiranya hipotesis ini diikutkan.

Seluruh Perbuatan Jahat dan Maksiat itu merupakan jenayah seseorang terhadap hak Allah Ta’ala, yakni jenayahkepada hak Allah untuk ditaati sepenuhnya. Namun, ada beberapa jenayah yang khusus dibincangkan hukumanduniawinya oleh Allah Ta’ala, yang mudaratnya besar sekiranya tidak diberikan hukuman jelas, atau muta’addi/merebakdan melampaui si pelaku kepada si mangsa, atau kezaliman berleluasa kerananya. Jenayah jenis ini terbilang puladi dalam Syarak dan hukumannya dilaksanakan pula oleh Pemimpin yang Syar’ie.

Jenayah-jenayah yang tidak diperuntukkan hukumannya pula, seperti jenayah menipu dalam jual beli, jenayahberbohong, jenayah mengumpat, jenayah menyebarkan dan mengamalkan ajaran sesat, dan pelbagai lagi; Syariahmemiliki mekanisme yang pelbagai untuk menghukumnya dengan syarat partisipasi masyarakat sebagai muraqib/pengawas bahkan penghukum (pada kadarnya). Disyariatkan untuk mereka memulaukan (alHajr) pelaku dosa danpelaku bid’ah (2), sekiranya dilihat tiada cara lain untuk mengubahnya. Bukanlah dibiarkan begitu saja atas dasar ‘dosa peribadi’.

Pembahagian kepada dosa peribadi dan dosa sosial, seperti yang dikesan, ialah pembahagian yang kelak akanmematikan roh amar makruf nahi mungkar itu sendiri; ‘jadikanlah maksiat dan dosa itu seluruhnya peribadi danpemerintah tidak akan masuk campur’; sepertimana halnya mereka yang mengagumkan beberapa negara yang kadar jenayahnya kurang, walhal hakikatnya jenayah di negara-negara tersebut sudah dihalalkan oleh undang-undangnya.

Adapun berkenaan pelaksanaan hukuman yang tidak adil, tidak mengubah Perbuatan Jahat itu an sich (in itself/pada dirinya sendiri). Adakah wajar menurut hukum akal, sebuah mahkamah yang korup akan mengubah jenayah menjadikeharusan? Adakah wajar menurut hukum akal, sebuah kebiasaan masyarakat yang jahat akan mengubah kejahatan menjadi kebaikan? Tidak. Cermin buruk tidak akan mengubah wajah yang cantik. Maka, Perbuatan Jahat kekallahJahat, dan ia adalah Jenayah, sepertimana yang telah kita terangkan tadi.

RUJUKAN:● Lihat: ‘Syariah bezakan dosa peribadi & jenayah’, laman sesawang Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/284237

(akses terakhir: 2 Mei 2019M)● Dengan syarat: Mereka menyeru kepada perbuatan jahat itu, dan tahu bahawa perbuatan itu jahat.

ADAKAH SELURUH PERBUATAN JAHAT ITU DIGELAR SEBAGAI JENAYAH? KRITIKAN KEPADA PEMBAHAGIAN

DOSA PERIBADI DAN DOSA SOSIALOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

1415 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

SEMBELIHAN WANITAOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Jarang sekali kita dapati kaum wanita yang mahu menjadi volunteer dan tampil ke hadapan bagi menyembelihhaiwan ternakan sama ada sekecil-kecil ayam atau sebesar-besar kerbau sekalipun. Di sebelum kedatanganIslam, kaum Arab Jahiliyah percaya bahawa wanita tidak dibenarkan untuk menyembelih haiwan dan hasilsembelihan mereka juga tidak boleh dimakan sama sekali.

Namun, ternyata pandangan mereka itu salah selepas datangnya Islam. Ini kerana ada satu kisah mengenaiseorang wanita yang merupakan seorang budak penggembala kambing yang mana di suatu hari, kambingnyatelah diterkam oleh serigala. Bagi mengelakkan kambingnya itu daripada mati dan menjadi bangkai, lalu diapun terus mengambil batu yang tajam untuk menyembelih kambing tersebut. Apabila Rasulullah SAWdikhabarkan mengenai hal yang demikian, baginda SAW memerintahkan untuk memakan sembelihan budakperempuan itu.

Cerita ini sudah cukup membuktikan bahawasanya sembelihan oleh wanita itu dibenarkan dan hasil sembelihanmereka itu halal dimakan. Ianya juga ada termasuk di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Hadis tersebut berbunyi:

Di dalam satu hadis riwayat Ka’ab Bin Malik, beliau menceritakan:

Maksudnya: “Seorang wanita menyembelih seekor kambing. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW tentangsembelihan tersebut. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan untuk makan sembelihan yang dilakukan wanita tersebut.” (HR: al-Bukhari).

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab “sembelihan wanita dan hamba perempuan” seakan beliauingin memberi isyarat sahnya sembelihan tersebut dan harus makan hasil sembelihan wanita, tidak kira samaada dia seorang hamba atau seorang yang bebas, kecil atau yang dewasa, Muslim atau ahli kitab, atau dalam keadaan suci mahupun tidak. Ini kerana Nabi SAW memerintahkan untuk memakan sembelihan wanita tanpabertanya apa-apa.

Selain itu, di dalam kitab Fath al-Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan:

“Sa’id Bin Mansur dengan sanadnya daripada Ibrahim al-Nakhaie. Ibrahim berkata tentang sembelihan wanitadan kanak-kanak bahawa tidak mengapa jika dia mampu untuk menyembelih dan menyebut nama Allah. Inilah pandangan yang dipegang oleh Jumhur ulama.”

Perlu diketahui di sini bahawa Sheikh Zakariyya al-Ansari ada menyebutkan 4 rukun sembelihan iaitupenyembelihan, tukang sembelih, haiwan sembelihan dan alat penyembelihan. Dan menyentuh tentang syarat tukang penyembelih, para ulama telah memberikan beberapa syarat bagi penyembelih haiwan supaya daginghasil sembelihannya itu menjadi halal untuk dimakan. Di antara syaratnya ialah:1. Penyembelih adalah seorang Muslim atau2. Penyembelih adalah merupakan ahli kitab yang asal (sebelum berlakunya penyelewengan).

(al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Syafi e)

Secara kesimpulannya, tidak disyaratkan penyembelih bagi ‘lelaki’ sahaja. Oleh itu, sembelihan yang dilakukan oleh wanita adalah sah dan halal dimakan walaupun ada sebahagian ulama mengatakan bahawa sembelihanlelaki itu lebih afdhal daripada wanita. Ini kerana mereka melihat dari sudut kekuatan dan kemampuanmenyembelih binatang. Tapi, tidak menjadi masalah jika mana-mana wanita yang ingin menjadi penyembelihhaiwan ternakan.

Wallahu a’lam.

HARAM MELAKUKAN KEZALIMANOleh: Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Zar al-Ghifari RA daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang Bagindariwayatkan daripada Allah SWT bahawa Dia berfi rman: Wahai hamba-Ku! Sesungguhnyaaku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram atas kamu, maka janganlah kamu berbuat kezaliman.

Wahai hamba-Ku! Kamu semua sesat kecuali sesiapa yang Aku beri petunjuk, maka hendaklah kamu memintapetunjuk dari-Ku nescaya Ku beri.

Wahai hamba-Ku! Kamu semua lapar kecuali sesiapa yang Aku beri makanan, maka hendaklah kamu memintamakanan daripada-Ku nescaya Aku akan berikan.

Wahai hamba-Ku! Kamu semua telanjang kecuali sesiapa yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamumeminta pakaian daripada-Ku nescaya Aku akan berikan.

Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, makamintalah keampunan daripada-Ku nescaya akan Aku ampuni.

Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya tidak ada mudharat yang dapat kamu lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak adamanfaat yang dapat kamu berikan kepada-Ku.

Wahai hamba-Ku! Seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripadakalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling bertakwa dalam kalangan kamu, nescaya hal tersebuttidak menambah keagungan-Ku sedikitpun.

Wahai hamba-Ku! Seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripadakalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling jahat dalam kalangan kamu, nescaya hal tersebut tidakmengurangi keagungan-Ku sedikitpun.

Wahai hamba-Ku! Seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripadakalangan manusia dan jin berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripada-Ku dan Aku penuhi permintaansetiap mereka, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa yang ada di sisi-Ku kecuali bagaikan sebatangjarum dicelup di dalam laut.

Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya semua perbuatan kamu akan diperhitungkan dan kemudian diberi balasannya. Siapayang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah SWT dan siapa yang mendapat selain daripada itu,janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam Muslim).

PENGAJARAN HADIS1. Perbuatan zalim adalah sifat yang diharamkan Allah SWT ke atas diri-Nya dan ke atas setiap hamba-Nya.2. Setiap makhluk adalah berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan daripada Allah SWT.3. Segala hajat dan permohonan kita, hendaklah dipohon dan diajukan hanya kepada Allah SWT.4. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Tiada makhluk yang boleh memberikan-Nya

manfaat dan mudharat.5. Wajib bagi setiap mukmin untuk bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat dan taufi q-Nya.6. Segala pemberian dan kurniaan Allah SWT kepada seluruh makhluk-Nya, tidak akan mengurangkan sedikitpun apa

yang dimiliki-Nya.7. Setiap amalan baik dan buruk akan diperhitungkan oleh Allah SWT dan Dialah yang akan menyempurnakan

pembalasannya.8. Hendaklah sentiasa memohon keampunan dari perbuatan dosa dan sesungguhnya Allah SWT akan mengampuninya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

815 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

KONSEP AL-BA'TH (KEBANGKITAN SETELAH KEMATIAN)(BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Hampir semua agama di dunia ini menyebut bahawa manusia tidak musnah kerana datangnya kematian, melainkan hanya berpindah tempat daripada alam dunia ke alam yang lain dan di sana manusia akan menerima balasan daripada perbuatan-perbuatannya sama ada yang baik ataupun yang buruk.

Sesungguhnya, terbenamnya matahari pada setiap hari adalah satu kiasan bagi kematian makhluk yang hidup. Betapa bahagianya, jika kita boleh menemui hari lain seperti matahari yang terang benderang dan bersinar-sinar di alam cakerawala ini. Kenyataan ini amatlah penting kerana terbenamnya matahari tidak dapat dielakkan dan begitulah juga dengan kematian adalah kenyataan yang sama ada disukai ataupun tidak, ianya pasti akan terjadi. Demikian penegasan al-Imam al-Juwayni dalam kitabnya “al-Irshad” apabila membincangkan berkenaan ajal manusia.

Imam Abu Hasan Al-Ash’ari dalam menyatakan kewajipan mempercayai al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) ini, beliau berhujjah dengan dalil naqli dan ‘aqli. Di antara dalil naqli tersebut seperti di dalam ayat 27 Surah Al-Rum: "Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagi-Nya..”. Begitu juga dalam ayat 79 Surah Yaasin: Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya.”

Dalam  firman Allah  SWT  tersebut  jelas menyatakan maksudnya  sehingga  tidak  ada  alasan  untuk memberikan erti lain (ta’wil) selain yang dimaksudkan oleh zahir ayat tersebut. Kerana itu, menurut Imam Abu Hasan Al-Ash’ari di dalam kitab, Usul ahl al-Sunnah wa al-jamaah, kewujudan (al-Ba’th) adalah wajib dipercayai dan diimani. Ini ditegaskan dengan penyataan al-Quran tentang orang-orang yang mengingkari kewujudan hari kebangkitan dapat dibahagikan kepada dua kelompok mengikut pandangan Imam Abu Hasan Al-Ash’ari, iaitu; Pertama,  mereka  yang  percaya  adanya  Allah  SWT  sebagai  pencipta  bagi  seluruh  makhluk,  tetapi  mereka mengingkari kemungkinan kembalinya jasad itu hidup seperti semula. Kedua, mereka menetapkan alam ini adalah Qadim dan beranggapan bahawa hari kebangkitan itu mustahil terjadi kerana akan bertemu dua hal yang saling berlawanan.

Menurut Imam Abu Hasan Al-Ash’ari, kedua-dua ayat al-Quran tersebut cukup menjadi peringatan dan hujjah bagi mereka yang mengingkari adanya kehidupan setelah mati, kerana sesungguhnya adanya kebangkitan setelah  mati  adalah  hak  mutlak  yang  Maha  Pencipta  dan  berada  di  luar  jangkauan  akal  manusia.  (Risalat  fi istihsan al-khaud fi ilm al-kalam).

Golongan  dan  kelompok  yang  menafikan  adanya  al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) adalah kerana akal pemikiran mereka telah diresapi keraguan disebabkan lojik akal mereka mendapati bahawa mereka hidup dalam keadaan lembap dan panas sedangkan mati adalah sejuk dan kering iaitu tabi’at tanah, maka mereka mempersoalkan kemungkinan dihimpunkan semula, iaitu tanah, tulang belulang yang reput sehingga menjadi makhluk yang hidup sedangkan “dua yang bertentangan tidak akan berhimpun”. Sesungguhnya prinsip ‘dua yang bertentangan tidak akan berhimpun’ pada satu tempat, pada satu sudut dan pada satu maujud di lokasi tertentu tetapi kemungkinan kedua-dua yang bertentangan ini wujud pada dua tempat secara berdekatan atau berjiran. Maka Allah menghujjahkan kepada mereka yang mengingkari al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) dengan  alasan  prinsip  “dua  yang  bertentangan  tidak  akan  berhimpun”  dengan  firman  Allah  SWT: "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon- pohon itu." (ayat 80 Surah Yaasin).

HAJI: SEJARAH DAN IBRAHOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ibadah Haji secara simboliknya adalah demonstrasi falsafah penciptaan manusia pertama iaitu, Nabi Adam AS oleh Allah SWT. Ia juga dilatari tentang kisah pertarungan manusia dengan syaitan. Namun Allah SWT telah menyediakan kelengkapan-kelengkapan petunjuk Allah SWT untuk kegunaan manusia.  Secara umumnya boleh juga dikatakan bahawa ibadah haji adalah perihal demonstrasi kejadian dan penciptaan, demonstrasi sejarah, demonstrasi kesatuan ummah dan demonstrasi pandangan alam Islam.

Musim haji mengimbau kita kembali kepada kisah Adam AS, kisah Ibrahim AS, kisah Hajar, kisah Ismail dan kisah syaitan. Dan semua lokasi-lokasi penting ibadah haji berlatarkan Masjidil Haram, Arafah, Madinah, Safa dan Marwah dan lain-lain lagi.

Ibadah haji sarat dengan hikmah untuk dipelajari dan dicontohi oleh umat Islam. Bermula daripada memasang niat untuk menunaikan haji sehingga ke penghujung pelaksanaan haji terkandung pelbagai ibrah dan pelajaran.

Berbicara tentang perintah ibadah haji, mari kita telusuri kisah Nabi Ibrahim AS. Nabi Ibrahim telah diperintah Allah SWT menghantar Siti Hajar dan Nabi  Ismail berpindah dari Palestin ke Makkah. Siti Hajar dan Nabi Ismail AS ditinggalkan di sebuah tempat yang gersang dan tidak berpenghuni. Ketika ditinggal oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail menangis lantaran kehausan. Siti Hajar berusaha mencari sumber air di antara bukit Safa dan Marwah. Ketika Siti Hajar kembali mendapatkan Ismail semula, Nabi Ismail telah berhenti daripada menangis. Ketika itu Hajar melihat air mengalir dari bawah kaki Nabi Ismail. Siti Hajar terus berusaha menggali pasir di bawah kaki Ismail. Ketika sedang menggali, terpancar air keluar dari perut bumi. Ternyata lokasi tersebut mempunyai sumber air zam-zam yang masih ada hingga saat ini.

Beberapa  tahun  kemudian  Nabi  Ibrahim mendapat  wahyu  dari Allah  SWT  untuk menyembelih  anaknya. Di satu sisi, Nabi Ibrahim harus menjalani perintah Allah SWT itu. Namun di sisi  lain, beliau merasa sedih kerana beliau akan kehilangan anak yang sangat dicintainya. Kemudian, Nabi Ibrahim menyampaikan perintah  Allah  SWT  itu  kepada  Nabi  Ismail  dan  Siti  Hajar.  Dengan  lapang  hati,  Ismail  dengan  rela dikorbankan demi melaksanakan perintah dari Allah SWT.

Nabi Ibrahim yang lahir dan membesar di rumah Azar, bapanya, memaparkan perjuangan berpanjangan seorang hamba Allah menentang penyembahan terhadap patung dan berhala. Malah Nabi Ibrahim bukan sahaja menentang penyembahan berhala dan Namrud tetapi juga terhadap kejahilan dan kezaliman.

Hajar, ibu kepada Nabi Allah Ismail AS, seorang yang berstatus rendah di sisi mata manusia ketika itu menjadi  ikon  penting  dan  signifikan  dalam  episod  ibadah  haji.  Seorang  yang  taat  kepada  suami  dan perintah  Allah  SWT,  melaksanakan  tanpa  ragu-ragu.  Ibadah  saei  dari  sudut  sejarahnya  adalah  kisah kehidupan isteri Nabi Ibrahim AS, Hajar, berlatar suasana padang pasir yang kering kontang tanpa makanan dan air.

Di miqat kesemua jemaah haji akan bermula memasang niat dan hanya memakai dua helai kain putih seperti kain kafan. Maka bermulalah ternampak lautan keseragaman manusia. Di miqat kesemua Jemaah haji tidak kira berstatus tinggi ataupun rendah mesti meninggalkan segala jenama, pangkat atau apa sahaja lambang-lambang dunia yang ada pada mereka. Sifat ego, bongkak, sombong, tinggi diri dan sifat mazmumah yang  lain mesti  juga ditinggalkan di miqat. Perjalanan dan pengalaman menemui Allah SWT bermula bagi semua jemaah hanya berbekal kain ihram atau kain kafan dua helai itu sahaja. Masing- masing berharap Allah SWT akan menerima  ibadah  haji mereka  dan  akan  kembali  semula  seperti  fitrah ketika dilahirkan.

1215 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Program Khidmat Sosial Korporat (CSR) Qurban Borneo 2.0 bersama pendudukKg. Buah Pandai Kota Belud yang dirasmikan oleh Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,

Pengarah JHEAINS anjuran bersama JHEAINS dan Masjid Sultan Abdul SamadKuala Lumpur pada 12 Ogos 2019 bersamaan 11 Zulhijah 1440H

Majlis menunaikan Solat Sunat Aidiladha bersama Tuan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta

Orang-orang Kenamaan yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah dan khutbah telah disampaikan oleh S.S Mufti Kerajaan Sabah

pada 10 Zulhijah 1440H/11 Ogos 2019M di Masjid Negeri Kota Kinabalu

Peristiwa

1015 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Zulhijah 1440H/16 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11