24
BIL. 3 / 2012 • JULAI-SEPTEMBER EDARAN PERCUMA Sambutan HARI MALAYSIA 2012 KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 12-13

HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

  • Upload
    others

  • View
    30

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

BIL. 3 / 2012 • JULAI-SEPTEMBEREDARAN PERCUMA

Sambutan

HARI MALAYSIA

2012KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar

w w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 12-13

Page 2: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

2

BULE

TIN

KES

EDA

R

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

ABD. AZIZ AHMADMOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAHHUSNIFAISAL RAMLI

HAJI OTHMAN SETAPANIK JOHAN NIK ABDULLAH

HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANIAHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

https://www.facebook.com/pages/Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan-KESEDAR/171405426242605

http://twitter.com/Kesedarkklw

Bangsa Berjati Diri

Assalamualaikum Warahmatullah HiwabarakatuhSalam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana diberikan nikmat dan keupayaan untuk kita terus menjalani hidup di dalam suasana yang aman, harmoni dan kesejahteraan berpanjangan.

Pertama-tama saya ingin mengambil kesempatan sementara kita masih meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke 55 untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua pembaca yang budiman. Kita berharap semoga Negara kita terus maju dan berkembang menjadi sebuah negara moden yang paling kondusif.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, coretan saya kali ini berkisar di atas tajuk Pengukuhan Jati Diri – untuk bangsa dan negara. Tajuk ini saya pilih kerana ramai di kalangan kita terlupa bahawa nikmat kemerdekaan yang terhidang ini semacam tidak begitu ternilai lantaran kita sendiri tidak pernah terjebak di dalam urusan menuntut kemerdekaan. Kebanyakan daripada kita dilahirkan setelah negara merdeka.

Bagaimana untuk membentuk jati diri bangsa? Mengambil contoh atau perbandingan seekor ikan, walaupun bertahun-tahun hidup di lautan yang airnya masin, namun isi atau dagingnya tetap tawar. Begitulah maksudnya apabila jati diri, imej dan gaya hidup yang sentiasa konsisten, walaupun diterjah dengan berbagai-bagai cabaran dan pengaruh dari pelbagai sudut. Jati diri menurut Kamus Dewan (2005) membawa maksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama. Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu seterusnya menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa.

Mutakhir ini, banyak dipersoalkan kekuatan jati diri yang ada dalam kalangan orang kita. Adakah ia masih kukuh akibat diancam pelbagai bentuk penjajahan alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat yang mampu mempengaruhi sesiapa sahaja tanpa mengira usia, warna kulit, ideologi atau bangsa.

Menuju matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju, kita memerlukan masyarakat yang berminda kelas pertama. Maknanya, negara amat mengharapkan rakyat yang mempunyai pengukuhan jati diri, bijak tanpa terpengaruh dengan unsur-unsur negatif supaya menjelang detik tersebut kita berupaya membina sebuah negara bangsa yang kukuh, bermoral dan maju sepenuhnya.

Sekian, selamat berjuang, selamat maju jaya.

Wassalam.

Dalam Kenangan, Al- Fatihah

Para pembaca sekalian,

Sidang editorial merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudara Kamaruzaman bin Ahmad (Rakan Editor Bersekutu) Buletin KESEDAR yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 2012. Semoga roh beliau dirahmati Allah dan dihimpunkan bersama-sama para anbiya dan syuhada. Amin...

Ketua Editor

editorial

Page 3: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55, warga KESEDAR telah dikejutkan dengan pemergian Encik Kamaruzaman bin Ahmad, Penolong Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan ke Rahmatullah pada pukul 2.30 petang akibat serangan jantung.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh isteri, anak-anak dan ahli keluarga malahan seluruh kakitangan KESEDAR. Allahyarham dikenali dengan sifat dan sikap yang bertanggungjawab serta tekun dalam menjalankan tugas.

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempat meluangkan masa selama 30 minit untuk menziarahi keluarga Allahyarham. YB Menteri diiringi oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan pegawai-pegawai KESEDAR turut memberi sumbangan peribadi tanda simpati kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama para Solihin.

Al-Fatihah...

3

BULETIN

KESEDA

R

YB MENTERI PRIHATIN

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

3

BULETIN

KESEDA

R

Page 4: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

KESEDAR PRIHATIN 1

Salur Sumbangan Sempena Ramadan dan Aidilfitri 2012oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri KESEDAR telah menyalurkan sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan orang – orang kurang upaya di tiga buah kampung iaitu Kampung Batu 2, Kampung Lepan Jaya dan Kampung Seberang Lembaga, di Gua Musang.

Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zin, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR yang sudi meluangkan masa turun padang bagi melihat dan merasai denyut nadi kesusahan hidup yang dialami oleh masyarakat setempat.

Barang-barang keperluan makanan yang bernilai RM200 telah diagihkan kepada 30 penerima. Sumbangan makanan ini adalah daripada kakitangan KESEDAR yang bermurah hati menderma melalui ‘Tabung KESEDAR’. TPB (Pembangunan) juga turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM100 kepada semua penerima.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi sinar dan membantu meringankan beban mereka bagi meraikan Aidilfitri dengan sempurna.

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 5: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

5

BULETIN

KESEDA

R

Pada 30 Ogos 2012, KESEDAR telah mengulangi satu lagi kejayaan kerana telah mendapat Sijil Audit Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tahun berakhir 31 Disember 2011. Penganugerahan sijil tersebut telah dibuat semasa diadakan majlis ‘Exit Conference’ antara Jabatan Audit Negara dengan KESEDAR bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Pejabat Timbalan Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Pencapaian merupakan suatu kebanggaan kepada KESEDAR kerana dapat mengekalkan prestasi memperolehi Sijil Bersih selama enam tahun berturut-turut.

Pada majlis tersebut, pihak KESEDAR telah diwakili oleh Pengurusan Tertinggi KESEDAR iaitu Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail (Pengurus Besar), Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim (Timbalan Pengurusan Besar - Pengurusan), Tuan Haji Wan Johan bin Wan Hassan (Pengurus Kewangan), Puan Azlina binti Ghazali (Ketua Unit Audit Dalam), Encik Marzewan bin Mohamad (Akauntan) dan Encik Mohd. Nor Hanif bin Yaacob (Penolong Akauntan).

‘Exit Conference’ tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Anwari bin Suri selaku Timbalan Ketua Audit Negara. Pada akhir sesi pembentangan, beliau telah berpuashati dengan pihak KESEDAR terhadap Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan telah menandatangani sijil bagi pihak Ketua Audit Negara.

Pihak pengurusan KESEDAR amat berbangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga berjaya mengekalkan pencapaian ini. Syabas untuk semua yang terlibat.

SIJIL AUDITTANPA TEGURAN

oleh:HAJI MOHD AFFANDI ABD GHANI

5

BULETIN

KESEDA

R

Page 6: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

MesyuaratALP KESEDAR

JOM Makan

DURIAN 3KMesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP)

KESEDAR telah diadakan pada hari Isnin, 3 September 2012 di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang, Kelantan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Ramzi Ab Rahman, Pengerusi KESEDAR dan dihadiri oleh enam Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR yang lain.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

oleh: ABD AZIZ AHMAD

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 7: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

JOM Makan

DURIAN 3K

Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah mengadakan program ‘Jom Makan Durian’ yang mengumpulkan seramai 450 orang warga KESEDAR di Perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR pada 19 Julai 2012 yang lalu.

Yang Dipertua Kelab Keluarga KESEDAR, Encik Mohd Fadhly bin Abd Manaf berkata program yang julung kali diadakan itu adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan bersama menikmati raja buah yang sedang berlambak.

Sebelum menjamah durian, program ini dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai bagi memohon keberkatan Allah SWT dalam segala urusan.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

7

BULETIN

KESEDA

R

Page 8: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

oleh: HUSNIFAISAL RAMLI

Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan kerjasama Century Software Sdn Bhd (CENSOF) telah mengadakan Persidangan Global Innovating The Future Financial Management di Bandung, Indonesia pada 13-15 Jun 2012.

Persidangan ini merupakan program dwi tahunan yang dihoskan secara bergilir-gilir di antara Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan CENSOF.

Penyertaan KESEDAR di persidangan ini diwakili oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR bersama dua pegawai iaitu Encik Marzewan bin Mohamad dan Encik Wan Nazri bin Wan Omar. Persidangan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada pengguna sistem SAGA CENSOF di samping mengikuti perkembangan terbaru sistem SAGA, penilaian terhadap SAGA Compliance dan Pelaksanaan IPSAS di Malaysia.

8

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 9: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Bertempat di Dynasty Hotel Kuala Lumpur, Satu Bengkel Kajian Pelan Strategik ICT (ISP) KESEDAR telah diadakan selama tiga hari bermula dari 9 Julai sehingga 11 Julai 2012. Bengkel ini telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu Kajian yang terdiri dari Pengurusan Kanan KESEDAR.

Ianya diadakan adalah untuk mengenalpasti dan memastikan input dan maklumat berkaitan keperluan ISP ini berjaya mencapai objektifnya. Beberapa aktiviti dan sesi perbincangan telah dijalankan sepanjang bengkel berlangsung iaitu Strategi ICT, Rangka Kerja ICT Sektor Awam dan Trend ICT, Kajian Jurang dan Peluang ICT yang dicadangkan, sumbang saran terhadap peluang ICT dan keutamaan serta tadbir urus ICT.

Penglibatan dan komitmen peserta terhadap semua aktiviti yang dijalankan adalah amat membanggakan. Beberapa strategi, peluang dan inisiatif ICT telah berjaya ditemui berdasarkan hasil perbincangan serta aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel diadakan.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

Bengkel ISPKajian Pelan Strategik ICT (ISP) KESEDAR

9

BULETIN

KESEDA

R

Page 10: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

MajlisHari Raya

KESEDARoleh: HASRI RIFDI HAMZAH

3 September 2012–Sempena bulan yang mulia ini, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tidak ketinggalan mengadakan Rumah Terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain menyambut Aidilfitri, majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara kakitangan dengan kumpulan sasar untuk beramah mesra lantaran kesibukan dan kekangan tugas masing-masing. Majlis sambutan hari raya peringkat KESEDAR ini telah diadakan diperkarangan Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang dalam suasana penuh meriah. Dalam majlis sambutan ini juga, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan

upaya (OKU) dan warga emas turut diraikan dengan pemberian ‘duitraya’ dan juga sedikit sumbangan barang harian sekaligus menambahkan lagi keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 11: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

MajlisHari Raya

KESEDAR

Majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR diketuai oleh Pengerusi KESEDAR Dato’ Ramzi bin Ab Rahman. YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan juga turut hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini. Bersempena dengan majlis ini , Tabung Derma Rohingya telah dilancarkan oleh Dato’ Pengerusi KESEDAR untuk meringankan beban umat Islam yang dilanda krisis di Myanmar.

Usaha KESEDAR mengadakan majlis seperti ini adalah wajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan serta kumpulan sasar tidak mengira jawatan dan pangkat. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, akan bertambah erat hubungan dengan seluruh warga KESEDAR.

11

BULETIN

KESEDA

R

Page 12: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Sambutan

HARI MALAYSIAoleh: KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

Bertemakan ”Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera” Sambutan Hari Malaysia Ke-49 Peringkat KESEDAR dirai penuh gemilang oleh lebih 5,000 orang masyarakat pelbagai kaum di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang pada 16 September 2012. Program sambutan yang disambut serentak diseluruh Negara pada kali ini lebih meriah dengan pelbagai acara diadakan seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain itu, Kelab Berbasikal KESEDAR turut dilancar pada hari tersebut yang mana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Simbolik kepada pelancaran tersebut, kayuhan amal Hari Malaysia dari Dataran KESEDAR Putra ke PPMS KESEDAR Sejahtera meliputi jarak 16 KM telah diadakan dengan disertai lebih 50 ahli Kelab Berbasikal KESEDAR.

12

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 13: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

BULETIN

KESEDA

R

13

2012Sambutan

HARI MALAYSIA

Kemuncak kepada acara sambutan ialah pada sebelah malam, diserikan dengan persembahan dikir barat oleh 100 orang pendikir daripada Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh 1, Paloh 2, Chalil dan Lebir. Kehadiran artis tempatan iaitu Sabri Yunus dan Roy Kapilla dengan diiringi kumpulan band tempatan telah menghangatkan lagi pengisian program. Masyarakat yang hadir pada malam tersebut juga dihiburkan dengan persembahan tarian singa oleh masyarakat Tiong Hua, Gua Musang. Turut tidak ketinggalan ialah perbarisan menaikkan bendera oleh pelatih PLKN dan nyayian lagu Negaraku oleh kumpulan koir KESEDAR serta pertunjukkan bunga api telah menaikkan semangat patriotisme setiap jiwa pengunjung yang hadir.

Sebelum itu, Perutusan Sambutan Hari Malaysia telah disampaikan oleh YB. Encik Ab. Aziz bin Yusoff, ADUN Galas. Program ini juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan wakil-wakil ketua Jabatan/agensi Kerajaan, pemimpin-pemimpin tempatan dan badan-badan bukan kerajaan di Gua Musang.

13

BULETIN

KESEDA

R

Page 14: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya

Aidilfitri Kepada Warga Emas, Ibu Tunggal Dan Oku Wilayah

Gua Musang 2012

Gua Musang – Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah, Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Untuk Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU peringkat DUN Galas, Paloh dan Nenggiri yang melibatkan penerima seramai 306 orang dengan peruntukan sebanyak RM 30,600.00.

Bagi DUN Galas majlis telah berlangsung pada 08 Ogos 2012 di Perkarangan Rumah ADUN Galas Taman KESEDAR Jaya yang melibatkan 122 orang penerima. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Galas.

Majlis yang serupa diadakan bagi DUN Nenggiri di Balairaya Kg. Kuala Tol yang melibatkan penerima seramai 124 orang pada 09 Ogos 2012. Ianya telah disempurnakan oleh YB Encik Mat Yusof bin Ab Ghani, ADUN Nenggiri.

Manakala bagi DUN Paloh pula majlis ini telah berlangsung pada 12 Ogos 2012 di Dewan GDW, Kg Limau Kasturi yang melibatkan 60 orang penerima. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh.

KESEDAR PRIHATIN 2

oleh: HAJI OTHMAN SETAPA

14

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 15: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Sumbangan Berbuka Puasa Wilayah Gua Musang 2012

Bertempat di KESEDAR Inn, Gua Musang pada 15 Julai 2012 telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan berbuka puasa untuk 59 buah masjid dan madrasah Wilayah Gua Musang. Sumbangan tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM26,050.00 dengan sumbangan untuk masjid sebanyak RM600.00 manakala madrasah sebanyak RM350.00.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Galas kepada wakil-wakil masjid dan madrasah yang dihadiri 120 orang.

15

BULETIN

KESEDA

R

Page 16: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

AGROPOLITIANPerasmian Kursus Asas Teknologi Tanaman KOKO dan

Pelancaran Program KOKO Untuk Rakyat

Pada 11 hingga 13 September 2012 , satu program Kursus Teknologi Tanaman Koko dan Pelancaran Koko untuk Rakyat telah diadakan di Taman Agropolitan, Rantau Manis Gua Musang, Kelantan. Program ini merupakan anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan kerjasama Unit Agropolitan KESEDAR dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Kursus ini telah disertai oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan(PAKS) dan peserta luar iaitu 54 orang peneroka RKT, 5 orang peserta Negeri Kelantan, 6 orang peserta wakil Terengganu dan 18 orang peserta daripada Pahang.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai penanaman serta penjagaan tanaman koko kepada para peserta yang baru menyertai program tanaman baru koko. Sepanjang kursus tersebut, para peserta akan diberikan ilmu pengetahuan mengenai kaedah cantuman, pembajaan dan

paloh 3JOHAN DESACEMERLANGnegeri kelantan

oleh: NORHASLIZA ISMAIL

kawalan rumpai, kaedah mencantas, cara-cara menangani serangga perosak serta kawalan penyakit dan seterusnya pembelajaran secara praktikal dikebun koko peserta perintis PAKS.Bagi peserta PAKS, tanaman koko adalah merupakan tanaman sekunder dan para peserta akan dibekalkan sebanyak 300 anak pokok untuk ditanam dibelakang lot rumah masing-masing. Setiap peserta akan dipertanggungjawabkan menjaga kebun masing-masing bagi memastikan kebun koko tersebut mendapat hasil yang tinggi.

Pelancaran Program Koko untuk Rakyat ini telah dirasmikan oleh Dato’ Hilmi bin Hj. Yusoff selaku Ahli Lembaga Pengelola LKM. Turut hadir sama Dr. Lee Choon Hui (Ketua Pengarah LKM), Encik Zulkifli bin Yaacob (Pengurus besar ECERDC) dan Hj. Mohamad Suhaimi bin Othman (Pengurus Perancangan dan Penilaian KESEDAR).

Manakala majlis penutup pula telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR.

16

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 17: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Anugerah Desa Cemerlang (ADC) diadakan bagi tujuan melahirkan sebuah kampung yang akan menjadi model pembangunan desa dan tempat rujukan para akademik serta jabatan/agensi kerajaan. Penghakiman bagi anugerah peringkat Negeri Kelantan ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan panel hakim terdiri dari pegawai-pegawai pelbagai jabatan/agensi kerajaan. Aspek yang dinilai meliputi aspek kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kebersihan, keceriaan, kerohanian dan teknologi maklumat.

ADC 2012 telah memilih RKT Paloh 3 sebagai Johan ADC Peringkat Negeri Kelantan. Pada peringkat ini, RKT Paloh 3 yang mewakili Jajahan Gua Musang telah mengalahkan enam buah kampung lain yang mewakili jajahan masing-masing iaitu Kg. Pangkai Petai (Machang), Kg. Seri Bayu (Pasir Mas), Kg. Besar, Semerak (Pasir Putih), Kg. Kubang Tok Sut (Kota Bharu) dan Kg. Gobek (Tanah Merah).

Sebagai Johan, RKT Paloh 3 telah menerima hadiah berjumlah RM10,000. Sebelum itu RKT Paloh 3 telahpun berjaya menjadi Johan peringkat Jajahan dengan menggondol hadiah sebanyak RM4,000. Dengan itu RKT Paloh 3 akan mewakili negeri Kelantan bagi Anugerah Desa Cemerlang

Peringkat Kebangsaan. ADC peringkat Negeri di RKT KESEDAR Paloh 3 yang telah disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh, YB Abdul Aziz bin Yusof, ADUN Galas, YB Mat Yusoff bin Abdul Ghani, ADUN Nenggiri, Dato’ Makhtar bin Mustapha, Pengarah JPPK, Tuan Haji Fazam bin Mat lazim TPB (Pembangunan) KESEDAR dan juga pegawai-pegawai pelbagai jabatan/agensi kerajaan.

oleh: RAJA ADLINA RAJA MUSTAPHA

paloh 3JOHAN DESACEMERLANGnegeri kelantan

17

BULETIN

KESEDA

R

Page 18: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

oleh: KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

Satu Transformasi

Program Khidmat KomunitiKESEDAR (3K)

KESEDAR sekali lagi mengadakan transformasi dalam mendampingi kumpulan sasar iaitu dengan memperkenalkan Program Khidmat Komuniti KESEDAR (3K). Berkonsepkan program turun padang dan merakyatkan perkhidmatan, Program 3K dilaksanakan dengan matlamat mengukuhkan jaringan hubungan antara KESEDAR dengan masyarakat Kelantan Selatan. Program 3K diadakan secara jelajah melibatkan 22 lokasi kampung terpilih diseluruh kawasan operasi KESEDAR yang dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Wilayah KESEDAR dengan penglibatan langsung kepimpinan tempatan dan penduduk kampung.

Sehingga kini, enam (6) siri program 3K telah dilaksanakan meliputi lima (5) segmen program iaitu khidmat komuniti, sukan, keinsanan, kesenian & kebudayaan dan acara sisipan. Pelbagai aktiviti

18

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 19: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

BULETIN

KESEDA

R

19

diadakan seperti gotong-royong membersih kawasan kampung dan kenduri kampung, lawatan muhibah ke rumah warga emas, OKU dan anak yatim, ceramah agama, pelbagai acara sukan dan sukan rakyat, pameran dan perkhidmatan oleh pelbagai jabatan/agensi Kerajaan, jualan produk IKS tempatan dan persembahan kebudayaan tempatan.

Selain itu, Program 3K juga dianggap unik kerana berjaya menempatkan seramai 50 orang kakitangan KESEDAR bagi dijadikan anak angkat kepada penduduk di setiap kampung berkenaan. Program anak angkat ini adalah penting untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada kakitangan terhadap kerja-kerja sosial di lapangan disamping dapat berinteraksi, memahami sosio budaya dan merasai kehidupan masyarakat di desa.

Antara Lokasi Program 3K yang telah dilaksanakan seperti berikut:

Siri Lokasi DUN Tarikh

1. Kg. Batu Papan, Gua Musang Galas 30 Jun

2. RKT Paloh 1, Gua Musang Paloh 7 Julai

3. Kg. Bukit Sireh, Kuala Krai Mengkebang 14 Julai

4. Kg. Kuala Balah, Jeli Kuala Balah 15 Julai

5. Taman Guchil Jaya, Kuala Krai Guchil 13–14 September

6. Kg. Jerek, Gua Musang Nenggiri 21–22 September

7. RKT Sungai Asap, Gua Musang Nenggiri 6–7 Oktober

8. Kg. Blok Ulu Kusial, Tanah Merah Gual Ipoh 8–9 Oktober

19

BULETIN

KESEDA

R

Page 20: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

Kakitangan BaharuBIL. NAMA JAWATAN

1. Zharif bin Ibrahim Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

2. Nik Aiman bin Nik Anuwar Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

3. Mohd Sarizal bin Mustafa Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

4. Mohd Shapuan bin Mansor Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

5. Mohd Hafizul bin Che Mat Razali Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

6. Mohamad Juzaili bin Zulkifli Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

7. Mohd Fazerul Hisham bin Anuar Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

8. Shaifudin bin Mohamad Nor Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

9. Mohd Farezul Faez bin Roseli Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

10. Wan Mohd Syafiq bin Wan Malzelam Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

11. Jaha bin Ismail Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

12. Mohd Azman bin Jusoh Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

13. Mohamad Zairul bin Azahari Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

14. Amirul Hisham bin Abdullah Penyelia Rancangan Tanah Gred G17 ( K )

PertukaranBIL. NAMA PENEMPATAN LAMA PENEMPATAN BARU

1. Mohd Sidik bin Che HamidPenyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)

Pejabat Operasi Limau Kasturi Pejabat Wilayah Gua Musang

2. Mohd Tahir bin Mat SamanPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)

Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber

Manusia

Bahagian Ekonomi & Pelaburan

3. Wahab bin SemanPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)

Unit JKR KESEDAR Tanah Merah Bahagian Kewangan

4. Mohd Fadhly bin Ab ManafPegawai Tadbir Gred N44

Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber

Manusia

Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan

(menanggung kerja Gred N48)

Meninggal DuniaBIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN TARIKH

1. Che Aziz bin Mahmood Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 WKK 27 Ogos 2012

2. Kamaruzaman bin Ahmad Pegawai Tadbir Gred N44 (memangku N48 ) Bhg. Pemantauan dan Penyelarasan 31 Ogos 2012

3. Mohd Azlee bin Abdullah Pem. Pembangunan Masyarakat Gred S17 P.O Sg. Asap 13 Sep 2012

Pegawai Yang Menunaikan HajiBIL NAMA PENEMPATAN JAWATAN TARIKH

1. Wan Umar bin Wan Hamat Pejabat Operasi Mengkebang Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 16 September 2012

2. Ahmad bin Abdullah Pejabat Wilayah Gua Musang Pegawai Tadbir Gred N41 26 September 2012

3 Tengku Hayati Akmal bt Tg. Hitam Bhg. Ekonomi & Pelaburan Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N22 26 September 2012

4. Izani bin Jaafar Bahagian Pembangunan Pertanian

Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 26 September 2012

20

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 21: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

PerkahwinanBIL NAMA NAMA PASANGAN TARIKH

1. Mohamad Salleh bin Boniya (Bhg. Kewangan) Noraini bt Mohd Yusoff 24 Ogos 2012

Bersara PilihanBIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN TARIKH

1. Gayah binti Ismail Pen. Pegawai Tadbir N27 Bhg. Pem. Ekonomi & Pelaburan 8.7.2012

2. Mat Using bin Jusoh Penyelia Rancangan Tanah N22 Pejabat Operasi Sungai Satan 1.8.2012

3 Zakaria bin Awang Senik Pem Pembangunan Masyarakat N22 Pejabat Operasi Lebir 1.8.2012

4. Harisah binti Jusoh Pembantu Tadbir (P/O) N17 Unit Undang-Undang 1.8.2012

5. Roseli bin Mohd. Zain Penyelia Rancangan Tanah N22 Pejabat Operasi Paloh 3 1.8.2012

6. Norhayati binti Yusuf Pembantu Tadbir (P/O) N22 Pejabat Operasi Paloh 3 1.8.2012

7. Siti Fatimah binti Yaacob Pembantu Tadbir (P/O) N22 Pejabat Wilayah Kuala Krai 7.9.2012

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011BIL. Nama / Jawatan / Penempatan

1. Che Rosdin bin Che SulaimanPekerja Awam R1 (Bhg. Hartanah)

2. Mohd. Azuki bin Muhamad NorPekerja Awam R1 (Bhg. Hartanah)

3. Tuan Mat bin Tuan YaacobPekerja Awam R4 (Wkk)

4.Badrol Hisham bin MohamadPemandu Kenderaan R6P.O Air Chanal

5.

Ab. Rahim bin DeramanPemandu Kenderaan R6Bhg. Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

6.Md. Nasir bin DaudPembantu Am Pejabat N4Bhg. Ekonomi Dan Pelaburan

7.Ranah binti AwangPembantu Tadbir N17Bhg. Teknologi Maklumat

8.Norizan binti Ab. GhaniPembantu Tadbir N17Pejabat Operasi Sungai Asap

9.Hajah Zarinah binti YazidPembantu Tadbir N17Pejabat Wilayah Gua Musang

10.Rosely bin Abu BakarPem. Pembangunan Masyarakat S17Pejabat Operasi Sungai Satan

11.Zainab binti AwangPembantu Tadbir N22Pejabat Opreasi Mengkebang

12.Radzee bin IsmailPembantu Tadbir N22Bhg. Ekonomi Dan Pelaburan

BIL. Nama / Jawatan / Penempatan

13.Nik Roslan bin HamzahPembantu Tadbir N22Bhg. Pembangunan Masyarakat.

14.Hajah Hasnah binti MasaudPembantu Tadbir N22Bahagian Kewangan

15.Abd. Rahim bin SepeinPembantu Tadbir N22Pejabat Operasi Jelawang.

16Azmi bin IsmailPembantu Tadbir N22Bhg. Pembangunan Pertanian

17.Hajah Maznah binti MahmoodPembantu Tadbir N22Bhg. Pent. & Pengurusan Sumber Manusia

18.Abdullah Zawawi bin OthmanPereka B22Unit Perhubungan Awam

19.Asiah binti AbdullahPem. Pembangunan Masyarakat S22Pejabat Operasi Paloh 2

20.Haji Mohd. Himmi bin YusoffPem. Pembangunan Masyarakat N22Pejabat Operasi Peralla

21.Mohd. Radzin bin YusoffPenyelia Rancangan Tanah G22Bhg. Pemantauan & Penyelarasan

22.Abdul Majid bin ZakariaPenyelia Rancangan Tanah G22Pejabat Wilayah Gua Musang

23.Mohd. Zahid bin NordinPenyelia Rancangan Tanah G22Bhg. Pembangunan Pertanian

24.Mat Zawi bin RazakPenyelia Rancangan Tanah G22Pejabat Operasi Temalir

21

BULETIN

KESEDA

R

Page 22: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

BIL. Nama / Jawatan / Penempatan

25.Haji Norazi bin Abd. GhaniPenyelia Rancangan Tanah G22Pejabat Operasi Chenulang

26.Che Zariman bin Che HasanPenyelia Rancangan Tanah G22Pejabat Wilayah Jeli

27.Che Azmi bin Che HassanPenyelia Rancangan Tanah G22Pejabat Operasi Paloh 1

28.Mohamed bin MajidPenyelia Rancangan Tanah G22Bhg. Pent & Pengurusan Sumber Manusia

29.Tuan Syed Zainal Adnan bin Mohd ShahPenyelia Rancangan Tanah G22Pejabat Wilayah Gua Musang

30.Azmi bin JunohPembantu Tadbir (P/O) N26Bhg. Pent & Pengurusan Sumber Manusia

31.Abdullah bin ChikPen. Pegawai Rancangan Tanah G27Pejabat Operasi Paloh 1

32.Masheran binti HussinSetiausaha Pejabat N27Pejabat Pengurus Besar

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011

BIL. Nama / Jawatan / Penempatan

33.Che Seman bin Che Wook.Pen. Peg. Rancangan Tanah G27Pejabat Operasi Paloh 3

34.Norliar binti Abd. RahmanPenolong Juruaudit W32Unit Audit Dalam

35.Nik Johan bin Nik AbdullahPen. Peg. Rancangan Tanah G32Pejabat Wilayah Kuala Krai.

36.Mohd. Sazanuddin bin MahmudPenolong Pegawai Tadbir N36Bhg. Perancangan dan Penilaian.

37.

Tuan Haji Othman bin SetapaPen. Peg. Pembangunan Masyarakat S38 (Memangku)Pejabat Wilayah Gua Musang.

38.Azlina binti GhazaliJuruaudit W41Unit Audit Dalam

39.Tuan Haji Ramli bin Mat ZinTimbalan Pengurus Besar (Pembangunan)Pegawai Tadbir N54

Kakitangan Baharu

Seramai 14 orang warga kerja baharu KESEDAR telah melapor diri pada 15 Ogos 2012. Mereka kesemuanya berjawatan Penyelia Tanah Gred G17 (Kontrak) ditempatkan di pejabat-pejabat operasi di bawah Bahagian Pembangunan Pertanian. Kemasukan mereka ini merupakan penambahan kepada bilangan anggota di KESEDAR sekaligus memperkasakan Modal Insan khususnya bagi menterjemahkan kesediaan KESEDAR menangani isu tanam semula di RKT yang terlibat.

Sidang Editor mengucapkan selamat bertugas dan Selamat Maju Jaya kepada mereka. Marilah kita bersama-sama berganding bahu Memacu KESEDAR ke Puncak Jaya.

XPDC GUNUNGRABONG

22

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 23: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

7 Julai 2012, seramai 23 orang Ahli Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah berjaya menawan Gunung Rabong Gua Musang. Dengan ketinggian 1,538 meter dari paras laut, ia adalah gunung tertinggi di Hulu Kelantan yang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana dari kejauhan pengunjung dapat melihat pemandangan yang menghijau.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga KESEDAR disamping memupuk semangat berpasukan dikalangan ahli kelab. Selain dari ahli Kelab Keluarga KESEDAR, pendakian ini juga turut disertai oleh tiga orang wakil dari agensi kerajaan sekitar Gua Musang. Kumpulan pendakian ini merupakan kumpulan pertama dari KESEDAR menawan Gunung Rabong.

XPDC GUNUNGRABONG

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

23

BULETIN

KESEDA

R

Page 24: HARI MALAYSIA 2012kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/3_BuletinKesedar...senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan kreatif 1 Malaysia. Selain

BULE

TIN

KES

EDA

R

24

FUTSALMANIA!!!KEJOHANAN FUTSAL 3K 2012

KEJOHANAN FUTSAL 3K 2012

12 Julai 2012, bertempat di Gelanggang Futsal, Pusat Rekreasi KESEDAR Perdana, Gua Musang, sekali lagi Kelab Keluarga KESEDAR menganjurkan kejohanan Futsal 3K buat tahun kedua berturut-turut.

Kejohanan yang disertai oleh sebahagian kakitangan KESEDAR mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Antara objektif utama penganjuran ialah untuk mengeratkan hubungan serta memupuk kerjasama antara warga kerja KESEDAR.

Kejohanan yang akan dianjurkan secara tahunan ini berakhir dengan piala dimenangi oleh Bahagian Hartanah. Hadiah utama berupa wang sebanyak RM800, tempat kedua RM500, tempat ketiga dan keempat sebanyak RM300. Semoga KESEDAR terus cemerlang dalam melahirkan atlet berbakat!

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

24

BULE

TIN

KES

EDA

R