12
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN 26 JUN 2014 (KHAMIS) MASA PERKARA/PETANDA CATATAN TAKLIMAT PERJALANAN MAJLIS. Bismillahirrohmanirrahim...... Perhatian hadirin sekalian, Terlebih dahulu diucapkan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru 2014 Daerah Kinta Selatan. Di minta kerjasama daripada semua pihak agar dapat berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat. Sila pastikan telefon bimbit anda dimatikan atau ditukar kepada nada senyap supaya tidak mengganggu majlis. Di minta kepada semua warga dewan berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Guru Malaysia serta bersama-sama melafazkan ikrar hari guru. Diminta juga kerjasama semua warga dewan supaya mematuhi adab- adab semasa berada dalam majlis rasmi : o tidak berbual-bual, o minimumkan pergerakan keluar, o makan dan minum waktu yang ditetapkan sahaja 1

Hari Guru 2014 - Teks Mc (1)

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN26 JUN 2014 (KHAMIS)MASAPERKARA/PETANDACATATAN

TAKLIMAT PERJALANAN MAJLIS.Bismillahirrohmanirrahim......Perhatian hadirin sekalian, Terlebih dahulu diucapkan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru 2014 Daerah Kinta Selatan. Di minta kerjasama daripada semua pihak agar dapat berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat. Sila pastikan telefon bimbit anda dimatikan atau ditukar kepada nada senyap supaya tidak mengganggu majlis. Di minta kepada semua warga dewan berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Guru Malaysia serta bersama-sama melafazkan ikrar hari guru. Diminta juga kerjasama semua warga dewan supaya mematuhi adab-adab semasa berada dalam majlis rasmi : tidak berbual-bual, minimumkan pergerakan keluar, makan dan minum waktu yang ditetapkan sahaja dan tidak meninggalkan dewan sehingga majlis selesai Kerjasama daripada warga dewan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

KETIBAAN TETAMU PERASMI

-Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omardiiringi oleh Yang Berusaha Kpt. Dr. Hj. Ahmad Damanhuri B. Ibrahim Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

LAGU NEGARAKU

Terima kasih. Yang Berbahagia Dato dan hadirin dipersilakan duduk.

3.32ptgATUR CARA BERMULA

Batu permata tidak terbilangBersinar indah di atas paraGuru inovatif sentiasa cemerlangMelonjak pasti transformasi negara

Bismillahirramanirrahim. Alhamdulillahirobbilalamin. Wassolatu wassalammu ala ashrafil ambiyaiwalmursalin.Waala alihiwasohbihi ajmain. Yang Berbahagia Dato Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omar

Yang BerusahaKapten Doktor Hj. Ahmad Damanhuri B. IbrahimKetua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan Yang Berusaha Tuan Haji Saidi bin Ngah Abdul SaidPengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf Merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Daerah Kinta Selatan Yang Dihormati Tuan Syed Sheikh bin Syed IbrahimPengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selatan Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Pengetua-pengetua dan guru-guru besar sekolah sekolah Daerah Kinta Selatan Guru-guru serta Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kinta Selatan Kali ke-7 (2014)

Para hadirin yang dihormati sekelian,Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul bersama-sama pada petang yang cukup indah dan bersejarah ini bagi meraikan para guru yang sungguh dedikasi terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Anak kancil pergi berguruTidak terbiasa kerja yang siaDari kecil diasuh guruAgar dewasa menjadi manusia

Hendak berburu ke luar kotaSeluas alam bumi terbentangTanpa guru siapalah kitaIbarat malam tanpa bintang

Jalan ke barat berpilin-pilinCuaca redup menawar dukaGuru ibarat cahaya lilinMenyuluh hidup tiap ketika

Putik baru mekar di lamanKembang kudup kumbang terpikatHargai guru sepanjang zamanAgar hidup beroleh berkat

DOA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al fadhil Tn Hj Mohd Shir Afzal Khan b. Mohd Tamin.Falyatafaddhol masykuro.DOA

Amin, amin ya rabbal alamin. Jaza kallahu khairan kathiro ila Al-Fadhil Tn Hj Mohd Shir Afzal Khan b. Mohd Taminatas bacaan doa sebentar tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini akan berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t.

UCAPAN ALU-ALUAN

Setinggi mana kepulan awanTinggi lagi terjulang harapanSeluas mana hamparan lautanLuas lagi hajat tersimpan

Seterusnya sebagai membuka persada ucapan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Kapten Dr Hj Ahmad Damanhuri bin IbrahimKetua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatanuntuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.UCAPANDemikian tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Kapten Dr Hj Ahmad Damanhuri bin IbrahimKetua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN

Tali belati tersangkut duriHendak dipasang sebagai tandaKami menanti ungkapan bestariMemberi perangsang menjana minda

Hadirin yang dihormati sekelian;Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omar untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Kinta Selatan kali ke-7 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPANDengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Kinta Selatan kali ke-7 2014. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omar

GIMIK PERASMIAN

UPACARA BACAAN IKRAR /LAGU GURU MALAYSIA

Sidang hadirin yang dihormati sekelian;Upacara bacaan ikrar menyusul kini.Majlis dengan bangganya mempersilakan lima orang guru yang diketuai oleh _________________________

_________________________________________________________________________________________ bagi mengetuai lafaz ikrar Hari Guru. Sejurus selepas lafaz ikrar Hari guru dibacakan , kita akan saksikan persembahan koir daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Diminta kepada semua hadirin agar dapat turut sama berdiri melafazkan ikrar Hari Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia bersama-sama.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada kumpulan koir Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dan tidak lupa kepada hadirin yang turut serta menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat.Untuk pengetahuan sidang hadirin, kumpulan koir itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Adila binti Endud, Pegawai Fasilinus Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH

Para hadirin yang dihormati sekelian,Kini tibalah kita kepada acara kemuncak majlis pada petang ini. Majlis pada petang ini akan memberi pengiktirafan kepada warga pendidik yang telah dipilih oleh panel khas di atas jasa dan sumbangan serta khidmat bakti yang telah mereka taburkan di bidang dunia pendidikan. Anugerah tersebut dikenali sebagai

Pingat Penghormatan Guru Tokoh guru dan Tokoh Kepimpinan Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang BerusahaKapten Doktor Haji Ahmad Damanhuri B. Ibrahim Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan bagi mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omaruntuk menyampaikan anugerah kepada mereka yang telah dipilih.

Kita mulakan dengan Pingat Penghormatan GuruDijemput penerima pertama yang akan menerima plak serta sijil penghargaan (rujuk senarai penerima)

Hadirin dan hadirat sekelian begitulah tadi dua belas orang penerima Pingat Penghormatan GuruPeringkat Daerah Kinta Selatan.

Sidang hadirin yang dihormati sekelian berikut adalah 2 anugerah utama yang yang akan disampaikan iaitu Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan.

Majlis seterusnya mempersilakan En. Mior Khir bin Hj. Ghazali untuk membacakan biodata Tokoh Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan Pn. Hamidah binti Tahir untuk membacakan biodata Tokoh Kepimpinan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CENDERAMATA

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan diharapkan agar anugerah tersebut akan terus dapat menyuntik semangat para guru untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi serta dengan penuh rasa tanggungjawab.

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, majlis mempersilakan sekali lagi kepada Yang Berusaha Kapten Doktor Hj. Ahmad Damanhuri B. IbrahimKetua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan bagi menyampaikan cenderamata kenangan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin bin Hj. Omar

SESI FOTOGRAFI

Majlis seterusnya akan merakamkan potret kenangan bersama Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin bin Hj. Omar. Diharap agar para penerima anugerah dapat naik ke atas pentas untuk sesi fotografi. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin bin Hj. Omar dan tidak lupa kepada Yang Berusaha Kapten Dr HjAhmad Damanhuri bin Ibrahim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan . Dan kepada semua penerima anugerah syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi.

JAMUAN

Hadirin dan hadirat sekelian dengan ini berakhirlah sudah Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kinta Selatan. Kepada semua diucapkan Selamat Hari Guru dan tahniah kerana telah berjaya menggalas tugasan anda sebagai seorang pendidik dan tekadkan azam kita selagi kita masih menyedut udara di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Dijemput kepada semua hadirin agar dapati menikmati minuman petang yang telah disediakan.

Hendak disimpan bunga selasihBeralas sutera di dalam petiMenuai budi bersulam kasihJasamu guru bertakhta di hati

Bunga seroja di atas paraJatuh ditimpa buah beranganAndai kata tersilap bicaraKemaafan jua kami pohonkan.

Sekian.... Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....

1