Hak Mempertahankan Diri

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    1/30

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    2/30

    HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN (HPP)

    PENDAHULUAN. i. Apabila seseorang berhadapan denganbahaya ke atas dirinya sendiri atauterhadap hartanya dan pada masa yangsama bantuan atau perlindungan daripihak berkuasa tidak mungkin diperolehidengan segera.ii. Undang-undang membenarkannyapempertahankan tubuhnya dan hartanya.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    3/30

    Empat (4) jenis HPP:

    @ Terhadap tubuhnya sendiri.

    @ Terhadap tubuh orang lain.

    @ Terhadap hartanya sendiri.

    @ Terhadap harta orang lain.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    4/30

    SEKSYEN 96 APA-APA JUA YANG DILAKUKANDALAM PERTAHANAN PERSENDIRIAN TIDAKMENJADI SUATU KESALAHAN.

    Tidak menjadi kesalahan terhadap apa- apa yang dilakukan pada menjalankan hak

    pertahan persendirian .

    Misalan :- A melakukan suatu perbuatan dengan niat hendakmembunuh B, maka B ada hak pertahanan persendirian.Jika B melakukan suatu perbuatan (menikam A) dalammenjalankan hak pertahanan persendirian itu maka Btidaklah melakukan apa-apa kesalahan.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    5/30

    SEKSYEN 97 HAK PERTAHANANPERSENDIRIAN MENGENAI TUBUHDAN HARTA.

    Tiap-tiap orang mempunyai hak untukmempertahankan diri sendiri.

    Tertakluk kepada sekatan-sekatan yangterkandung dalam seksyen 99 KK.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    6/30

    Hak pertahanan persendirian diperuntukkan

    untuk mempertahankan

    Tubuhnya sendiri dan tubuh orang lain terhadap

    kesalahan mengenai tubuh manusia.Hartanya sendiri dan harta orang lain samadaharta alih atau tidak terhadap kesalahanmencuri, rompak, khianat atau pencerobohan

    jenayah atau percubaan melakukan kesalahanmencuri, rompak, khianat atau pencerobohan

    jenayah.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    7/30

    SEKSYEN 98 HAK PERTAHANANPERSENDIRIAN TERHADAP PERBUATAN

    SESEORANG YANG TIDAK SEMPURNA AKAL.

    Sesuatu perbuatan yang menjadi suatukesalahan tidak menjadi suatu kesalahan:-

    Perbuatan yang dilakukan oleh orang yang belum cukupumur. Perbuatan yang dilakukan oleh orang yang belum cukupakal. Perbuatan orang yang tidak sempurna akal. Perbuatan orang yang mabuk atau salah faham.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    8/30

    Misalan 1 :- Z, oleh sebab gilanya, mencubamembunuh A. Z tidaklah melakukanapa-apa kesalahan. Tetapi A ada hak

    pertahanan persendirian samaseperti hak sekiranya Z tidak gila.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    9/30

    Misalan 2

    A pada suatu malam, masuk ke dalam sebuahrumah yang ia berhak di sisi undang-undang

    masuk. Z dengan suci hati, menyangka Asebagai pemecah rumah terus menyerang A. Disini Z menyerang A dalam keadaan salahfahamtidaklah melakukan apa-apa kesalahan. A adahak pertahanan persendirian terhadap seranganZ, sama seperti hak sekiranya Z menyerangnyadalam keadaan bukan salahfaham.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    10/30

    SEKSYEN 99 PERBUATAN YANG TIADAHAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

    TERHADAPNYA.

    Tidak ada hak pertahanan persendirian.

    Terhadap sesuatu perbuatan yang tidakmunasabah menyebabkan ketakutan kematianatau cedera parah,

    Dilakukan atau cuba dilakukan oleh seorangpenjawat awam yang bertindak dengan suci hatiatas kuasa jawatannya.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    11/30

    Di bawah perenggan ini terdapat tiga (3)elemen penting yang perlu wujud.

    Perbuatan itu dilakukan atau cuba dilakukandengan suci hati oleh seorang penjawat awam.

    Perbuatan itu dilakukan atas kuasa jawatannya. Ada sebab munasabah untuk mempercayaibahawa pihak yang diambil tindakan mengetahuibahawa orang yang bertindak itu adalahseorang penjawat awam.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    12/30

    Penjelasan

    Perenggan ini bertujuan untuk melindungiseorang penjawat awam terhadappenggunaan hak pertahanan persendirian

    semasa menjalankan tugas rasminya.Penjawat awam itu mestilah bertindakdengan suci hatinya.

    Penjawat awam itu mesti mempunyaibidang kuasa (jurisdiction) untukbertindak.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    13/30

    Misalan :- Penguasa Ahmad telahmengarahkan Penolong Penguasa

    Abu untuk menangkap Ali kerana Alitelah menggangu teman wanitanya.Semasa tangkapan dibuat, Ali berhakmenggunakan hak pertahanan

    persendirian, kerana tangkapan ituadalah salah di sisi undang-undang.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    14/30

    Tidak ada hak pertahanan persendirian

    Terhadap sesuatu perbuatan yang tidakmunasabah menyebabkan ketakutan

    kematian atau cedera parah.Perbuatan itu dilakukan atau cubadilakukan menurut arahan seorangpenjawat awam yang bertindak dengan

    suci hati atas kuasanya.Meskipun arahan itu mungkin tidakdiluluskan di sisi undang-undang dengansepenuhnya.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    15/30

    Tidak ada hak pertahanan persendirian.

    Dalam hal yang sempatmendapat perlindungan daripihak berkuasa awam.

    Misalan :- Sekumpulan lelaki telah menghampirirumah A dengan bersenjatakan pisau dan parangserta mengugut hendak membakar rumah A. Akemudiannya melepaskan tembakan dan

    mencederakan salah seorang daripada kumpulan itu.Di sini A mempunyai hak pertahanan persendiriankerana tidak berkesempatan untuk meminta bantuanatau perlindungan pihak berkuasa awam. Lagipunkumpulan itu sedang membawa senjata merbahaya.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    16/30

    Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali- kali termasuk mengenakan kerosakan yanglebih daripada yang perlu dikenakan bagimaksud pertahanan.

    Dua perkara penting yang perlu diperhatikan sebelummendatangkan kerosakan semasa menjalankan hak

    pertahanan persendirian :

    Tidak sekali-kali mengenakan kerosakan yang lebihdaripada yang perlu bagi maksud pertahanan.

    Perbuatan itu mestilah munasabah mendatangkanketakutan kecederaan kepada tubuh badan atauhendak melakukan suatu kesalahan.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    17/30

    Misalan 1 :- A semasa diserang oleh B dengan tombak, telahmelepaskan tumbukan ke muka B yang menyebabkan

    kematian B. Di sini A tidak bersalah atas kesalahanmembunuh. Perbuatan A tidak dianggap melampau. Misalan 2 :-

    Jika A membunuh seorang wanita tua yang didapatimencuri barangnya atau Z setelah berjaya menangkapseorang pencuri, dengan sengaja melepaskan geramnyasehingga membunuh pencuri itu. Perbuatan sedemikiandi anggap telah melampaui daripada yang perlu bagi

    maksud pertahanan.

    Misalan 3: Kes Tony Beliang.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    18/30

    SEKSYEN 100 BILA HAK PERTAHANANPERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH TERMASUK

    MENYEBABKAN KEMATIAN

    Hak pertahanan persendirian mengenai tubuhtermasuk menyebabkan dengan sengajakematian atau apa-apa kerosakan yang lainkepada penyerang itu.

    Tertakluk kepada sekatan-sekatan dibawahseksyen 99 KK.

    Jika kesalahan yang menyebabkan hak itudijalankan dari mana-mana jenis kesalahanberikut :-

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    19/30

    Serangan yang munasabahmenyebabkan ketakutan bahawa

    kematian akan berakibat / berlakudari serangan itu jika hak pertahanantidak dijalankan.

    Serangan yang munasabahmenyebabkan ketakutan bahawa

    cedera parah akan berakibat / berlakudari serangan itu jika hak pertahanantidak dijalankan.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    20/30

    Serangan dengan niat melakukanrogol.

    Serangan dengan niat memuaskannafsu luar tabii.Serangan dengan niat menculik atau

    melarikan orang.Serangan dengan niat hendakmengurung seseorang dengan salah

    dalam keadaan yang munasabahmenyebabkan ia takut bahawa iatidak akan dapat pertolongan pihak

    berkuasa awam bagi melepaskannya.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    21/30

    Penjelasan

    Ketakutan yang munasabahbahawa kematian akan berlaku merupakan fakta yang mana Mahkamah

    akan putuskan berdasarkan keadaansekeliling kes itu seperti keadaanbentuk badan serta kelakuanmangsa serta senjata yang

    digunakan.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    22/30

    Misalan 1 :

    Simati yang berbadan tegap dan kuat telahmenagih hutang daripada tertuduh dengan kasarsekali. Apabila tertuduh berdiam diri, simati taditerus mengambil sebilah pisau dan mengacu kearah tertuduh. Tertuduh kemudian mengambilsebatang kayu dan terus memukul tangan simatidan pisau tersebut pun tercampak. Semasa

    pergelutan untuk mengambil pisau tersebut,simati telah tertusuk pisau itu dan terbunuh. Di

    putuskan bahawa semasa simati mengacukan pisau kea rah tertuduh, telah menimbulkanketakutan yang munasabah bahawa kematianakan berlaku.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    23/30

    Misalan 2 :

    A dengan niat hendak menculik Bseorang kanak-kanak perempuan yangberumur 13 tahun, telah mengheret B dancuba memasukkannya ke dalam sebuahkereta. C abang kepada B yang kebetulanberada disitu telah menikam A dengansebilah pisau. A mati akibat tikaman

    tersebut. C dikatakan berhak bertindakdemikian untuk melaksanakan hak pertahanan itu.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    24/30

    SEKSYEN 101 BILA HAK ITU TERMASUKMENYEBABKAN APA-APA KEROSAKAN YANG LAIN

    DARIPADA KEMATIAN

    Jika kesalahan itu bukan dari mana-mana jenis yang disenaraikan dalamseksyen 100 KK.

    Maka Hak pertahanan persendirianmengenai tubuh tidaklah termasuk

    menyebabkan dengan sengaja kematiankepada penyerang itu.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    25/30

    Jika dibawah sekatan-sekatan yang

    tersebut dalam seksyen 99 KK.

    Hak pertahanan persendirian tersebutadalah termasuk menyebabkandengan sengaja kepada penyerang ituapa-apa kerosakan yang lain daripada

    kematian.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    26/30

    SEKSYEN 102 BILA HAK PERTAHANAN

    PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUHBERMULA DAN MASIH ADA.

    Hak pertahanan persendirian mengenaitubuh bermula :

    Setelah suatu ketakutan yang munasabahakan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatupercubaan atau ugutan hendak melakukankesalahan.

    Walaupun kesalahan itu tidak dilakukan.Hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahayakepada tubuh itu masih ada.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    27/30

    Penjelasan

    Dalam kes Kata Singh vs Emperor 1933 Lah 167.

    A seorang lelaki yang ganas serta berbadan tegapdan kuat. Manakala B pula adalah seorang yangberbadan kecil dan lemah. Pada suatu hari satupertengkaran berlaku antara A dn B. A denganbersenjatakan sebatang kayu telah menyerang B hinggamenjatuhkannya. B kemudiannya berjaya memukul Adan memukul bertubi-tubi di kepala A. Tiga harikemudian A meninggal dunia. Mahkamah memutuskanbahawa hak pertahanan persendirian mengenai tubuhtelah dilaksanakan oleh B secara sah di sisi undang- undang.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    28/30

    Dalam kes Nga Chit Tin A.I.R Rang. 225.

    A semasa berada di sebuah pondok teahdiugut oleh B. A kemudian terus beredar daripondok berkenaan atas kehendaknya sendiri.Kemudian dengan tiba-tiba datang kembali danterus memukul B dengan sebatang kayu. Bkemudiannya telah mati. Mahkamah memutuskan bahawa A tidakmempunyai hak pertahanan persendirian di sini,kerana sebaik saja A beredar dari pondokberkenaan, ketakutan yang munasabah akanbahaya kepada tubuh A telah reda.

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    29/30

  • 8/11/2019 Hak Mempertahankan Diri

    30/30