Hak Kanak-kanak Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pismp sem 8

Citation preview

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA EDU 3O93

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIAEDU 3O93OLEH :PISMP SEM 8, RBT 1

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANGKonvensyen mengenai hak kanak-kanak, Convention on the Rights of the Child (CRC) telah dibentangkan dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989.

Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan PERLINDUNGAN kepada kanak-kanak dari segi PengabaianPenderaanEksploitasiMenjamin kanak kanak mendapat haknya.

MENGAPA KONVENSYEN INI PERLUBanyak negara yang tidak mempunyai struktur perundangan bagi kanak-kanak.Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak. Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa. Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan.Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi

PRINSIP PRINSIP KONVENSYENKanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikanKanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembanganKepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaanKanak-kanak harus diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka

3 PRINSIP UTAMA CRCKanak kanak ialah sesorang yang berumur di bawah 18 tahun.Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kecualian dan tiada diskriminasi.Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child)

HAK KANAK-KANAKHak KehidupanHak PerlindunganHak PerkembanganHak Penyertaan

HAK KANAK KANAK DI MALAYSIA

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIABeberapa bentuk perundangan yang melindungi hak kanak-kanak di Malaysia antaranya;

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991 (AKTA 468)Merupakan satu akta bagi peruntukan mengenai permuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya.

Dalam Seksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, dikatakan kanak-kanak memerlukan perlindungan jika :

Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seksPenjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut Penjaga kanak-kanak telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak

4.Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memlihara kanak-kanak itu.

5.Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian.

6.Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal.

7. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.

8. Kanak-kanak itu terlibat dengan mana-mana kesalahan yang tersebut dalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam bahagian VI telah atau dipercayai telah dilakukan dan penjaganya ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada sedemikian

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984(AKTA 308)Akta ini merupakan peruntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun

PENGAMBILAN ANAK ANGKAT (AKTA PENGANGKATAN ANAK ANGKAT 1952)Dalam konteks melindungi hak kanak-kanak, kerajaan juga telah memperuntukan undang-undang dalam pengambilan anak angkat. Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Peruntukan undang-undang ini sebagaimana dikanunkan di dalam Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin

AKTA KANAK-KANAK 2001 (PINDAAN 2002)Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

Akta ini menyatukan tiga undang-undang yang terdahulu, iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973Akta Mahkamah Juvenil

Akta ini membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kategori :

Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindunganKanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihanKanak-kanak yang dilarikan atau dijualKanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayahKanak-kanak yang tidak dapat dikawal, danKanak-kanak yang mengemis

Penggubalan akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Hak Kanak-kanak. Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyelia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak

Peruntukan dalam Seksyen 31; mana-mana individu termasuk ibu bapa, penjaga atau individu yang diberi kuasa untuk menjaga anak, boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak

Secara spesifikasinya, akta ini memperuntukan bahawa adalah menjadi kesalahan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah (Seksyen 33)

USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK KANAK

Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak. Antaranya;

Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti atau program pencegahan dan pemulihan dijalankanPasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerahPasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri

4. Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984 bertujuan memastikan standart minimum penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak telah dikaji semula untuk menetapkan penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak

5. Selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak, usaha telah dibuat untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Misalnya;Kanak-kanak dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara [NPA] Pertama dan merangka Pelan Tindakan Negara Kedua.Pelan Tindakan Negara Kedua mengambil kira elemen-elemen yang terkandung dalan Konvensyen Hak Kanak-kanak, iaitu yang berhubung dengan keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak