17

Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara
Page 2: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

Hak Cipta Terpelihara © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD.

Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan pernerbitan.

Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas

dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secara langsung atau tidak langsung

akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin

berbeza dari semasa ke semasa.

Page 3: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

kandungan01 11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

02

03

04

05

06

07

08

09

10

kongsikan apa Yang anda Tahu

Menjual hadiah /Voucher penghargaan

keluarkanPress release

serTai Mana-Mana organisasi

Menjual Mengeluarkan invoice

keMpen goTong-roYong

Fokus unTuk MeMperbaiki sTaF

sMs pelanggan anda

sokong badan kebajikan

Tulis dan kongsikan proFil aTau kisah anda

eMel

MaksiMakan penggunaan kad perniagaan

rakaMkan Video anda di YouTube

berikan jaMinan Wang dikeMbalikan

MeWujudkan sisTeM MeMperkenalkan kaWan

lancarkan keMpen unTuk MeMbuaT sesuaTu perubahan

MenaWarkan perundingan aTau MeMberikan ucapan

naikkanharga

Mulakan e-newsletter

gunakan kreW proMosi

Page 4: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

20 idea MarkeTing Mudah unTuk Tahun 2020Kenapa ada orang berjaya dalam bisnes dan ada orang gagal? Apa punca utamanya?

“The biggest regret bukan sebab bisnes tak berpotensi untuk berjaya, tapi sebab anda sebagai usahawan tak buat apa-apa tindakan untuk berjaya. Ramai orang suka komplen, kos sara hidup meningkat, tak ada duit. Menyalahkan orang lain adalah kerja paling senang. Persoalannya, apa kita buat dengan diri kita? Apa kita buat untuk naikkan bisnes kita?”

Dr Azizan Osman.

Apakah perkara atau teknik yang betul, yang boleh menarik perhatian orang lain? Ini 3 tanggapan salah dalam perniagaan:

Pertamanya, dalam dunia sebenar, semua orang cuba nak menang dengan tak buat apa-apa. Ramai usahawan beranggapan bila buka kedai, pelanggan akan datang berpusu-

pusu tanpa kita buat apa-apa.

Kedua, jangan ingat kalau dah viral dah bagus untuk bisnes. Berapa banyak bisnes di luar sana yang dah pernah viral tapi akhirnya gulung tikar. Sebab mereka tak tahu maca mana nak dapatkan Recurring Revenue atau repeat sales. Anda bukan sahaja perlu tahu untuk dapatkan people’s attention, tapi perlu tahu macam mana nak influence mereka.

Page 5: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA MARKETING MUDAH UNTUK TAHUN 2020 akan memberi sedikit idea-idea kepada anda sebagai PERMULAAN untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri. Baca sampai habis, dan jangan tinggalkan sedikit pun isi-isi yang ada.

Ketiga, buat satu teknik marketing dan menjadi dan terus mengharapkan ianya jadi sepanjang masa tanpa perlu upgrade dan ubah apa-apa. Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara marketing, esok orang lain dah boleh tiru. Anda perlu ada Winning Formula, anda mesti bersedia untuk ubah dan upgrade tindakan dan bersedia untuk bersaing. Anda perlu lebih advance dari pesaing.

Page 6: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

1

kongsikan apaYang anda Tahu

Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.

Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insurans. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan persaraan mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

11

Page 7: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

2

kongsikan apaYang anda Tahu

Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad?

Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.

Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda.

Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

MaksiMakanpenggunaankad perniagaan 2

Page 8: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

3

Steve Job, yang mengasaskan syarikat gergasi Apple INC pada April 1976 selalu menggunakan YouTube. Setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti Facebook.

rakaMkan Videoanda di YouTube

berikan jaMinan Wang dikeMbalikanSekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.

Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

3

4

Page 9: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

4

v

MeWujudkan sisTeM MeMperkenalkan kaWan Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM 50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

lancarkan keMpenunTuk MeMbuaTsesuaTu perubahan

Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuas hati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang nyamuk aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.

6

5

Page 10: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

5

v

MenaWarkan perundingan aTau MeMberikan ucapanCari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.

naikkan harga

Mulakan e-neWsleTTer

Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda.

Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang low-end tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.

Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa stay connected dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang “kewujudan” anda!

7

89

Page 11: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

6

vgunakan

kreW proMosiAnda boleh mendapatkan krew part-time atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang

ramai.

Pastikan mereka memakai t-shirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria

apabila menyertai kempen ini.

Menjual hadiah/Voucher penghargaanRamai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Popular, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.

10

11

Page 12: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

7

Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar Press Release kepada media. Press Release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.

keluarkanpress release

serTaiMana-Mana organisasi Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.

Menjual Mengeluarkan inVoiceSekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen invoice tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut.

12

14

13

Page 13: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

8

keMpengoTong-roYong

Kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja t-shirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.

Fokus unTukMeMperbaiki sTaF Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.

16

15

Page 14: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

9

Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan SMS 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada anda serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di web.etsi.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.

sMspelanggan

anda

sokongbadan kebajikanTuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.

17

18

Page 15: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

10

Tulis dan kongsikan proFil aTau kisah andaYa, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

20 eMelMengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.

19

Page 16: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

Tahniah dan terima kasih kepada anda kerana telah memuat turun E-book 20 IDEA MARKETING MUDAH TAHUN

2020 ini dan menghabiskan bacaan.

Kami doakan semoga apa yang kami berikan ini dapat membantu anda. Semoga kejayaan dan keberkatan sentiasa bersama kita. Anda kaya dan berjaya. Kita semua kaya dan berjaya

dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Page 17: Hak Cipta Terpelihara - Richworks · 2019-12-13 · E-book yang kami berikan pada anda ini iaitu 20 IDEA ... Dalam marketing kena inovatif dengan cepat. Hari ni anda buat satu cara

TaMaT.