gunung berapi

Embed Size (px)

Citation preview

GUNUNG BERAPIOLEH: NURBAITI

Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif

terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai " Lingkaran Api Pasifik". Indonesia terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah berlaku daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain. Gunung berapi terbentuk hasil daripada batu-batan cair yang terkumpul di bawah kerak bumi. Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu-batan menjadi cair. Batu-batan cair ini dikenali sebagai magma.

Kebanyakan magma terbentuk kira-kira 80km

hingga 160km di bawah permukaan bumi. Magma yang panas akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan dan kurang tumpat daripada batu disekitarnya. Magma mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan atau lohong gunung berapi dikenali sebagai lava.

Kebanyakan gunung berapi terbentuk di kawasan

sempadan plat. Ahli sains telah mengemukakan teori plat tektonik untuk menjelaskan proses pembentukan gunung berapi. Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi. Gunung berapi juga terdapat di zon permatang tengah lautan. Perebakan dasar laut berlaku apabila magma naik menolak litosfera ke arah yang bertentangan. Lava ini akan membentuk dasar laut sebagai permatang tengah laut. Gunung berapi di Iceland merupakan jenis pembentukan ini.

Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah

plat, jauh dari sempadan plat seperti Kepulauan Hawaii. Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Proses pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Rajah di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.

KAWASAN GUNUNG BERAPI DI DUNIA

proses GUNUNG BERAPI

KON LAVA ASIDjenis ini berbentuk lebih curam berbanding kon

gunung Berapi yang lain letusan gunung berapi amat kuat. lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan. mempunyai cerun yang curam. contoh: Gunung Vesuvius di Itali.

KON LAVA BESmempunyai cerun yang landai. lava sangat panas dan cair. lava mengalir dengan laju. contoh: Gunung Mauna Loa di Hawaii.

KON ABUberbentuk cekung dan curam. Bahan yang terkeluar semasa meletusnterdiri

daripada debu, Abu dan serpihan batu atau batu tongkol. Sesetengah bahan ini dikenali sebagai ''aliran piroklastik' atau bahan sinder y ang membentuk ''bom gunung berapi''akibat letusan yang kuat. Letusan boleh mencapai sehingga 3km tingginya. contohnya ialah gunung berapi Pinatubo dan Dan gunung berapi Mayonyang berada di

KON KOMPOSITdikenali sebagai stratokun. kon utama terbina daripada abu dan lava. kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon

utama. kon-kon kecil dinamakan kon parasit. contoh: Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.

KRATERApabila gunung berapi meletus,maka puncak gunung

berapi akan dihancurkan dan membentuk satu lekukan atau kawah yang besar yang dikenali sebagai krater atau genahar. Saiz krater bergantung kepada kekuatan letupan berkenaan. Semakin kuat letupan maka semakin luas puncak gunung berapi yang Mampu dihancurkan dan kesannya krater yang lebih besar akan terhasil. Apabila magma di dalam lohong gunung berapi iyu membeku,maka krater atau genahar tersebut boeh menakung air yang akan membentuk tasik kawah/krater yang terdapat di puncak gunung berapi seperti tasik Crater Di Amerika Syarikat yang terbentuk pada zaman pra sejarah dan tasik Krater di puncak gunung berapi Poas,Costa Rica.

KALDERATerbentuk akibat cantuman beberapa krater

gunung yang letaknya berdekatan antara satu sama lain. Siri letupan gunung berapi akan memusnahkan setiap Krater dan seterusnya krater-krater tersebut akan bercantum antara satu Sama lain membentuk tasik kawah yang sangat besar yang dikenali sebagai kaldera.. Satu contoh kaldera yang sangat luas ialah danau Toba di Indonesia, Kaldera Katmai disemenanjung Alaska yang mempunyai kelebaran 3km dan Kedalaman1000 meter. Kaldera yang paling besar di dunia ialah kaldera Yang terbentuk akibat letusan gunung berapi

PERBEZAAN BES DAN

LAVA LAVA ACID

LAVA ASID LAVA BES Tahap kecairan lava asid adalah tahap kecairan lava bes pula cair sangat pembekuan lava asiddan dan mengalir tahap pembekuan Tahap likat, pekat, melekit ialah lava bes pula dengan laju mengalir dengan perlahan sahaja adalah lambatkaya dapat ia cepat membeku didalam lava lava bes pula dan dengan Kandungan mineral permukaan bumiialah jarak dengan silika asid peleburan alirannya adalah mengalirmempunyaidi besi dan magnesium. takat takat dan kaya lava asid lava bes lebih jauh dekat.lava asid ialah 800 celcius permukaan rendah sangat 1200 mempunyai takat lebur yang lebur lava bes pula 1100- panas Suhu suhu yang bumi. tinggi letupan lava asid adalah celcius menghasilkan letupan hingga 1000 celcius Kadar lava bes menghasilkan letupan yang kuat yang kecil kerana gas2 berada di kerana banyak mengandungi gas bawah tekanan tinggi dalam yang berada di bawah pengaruh dalam lava ini adalah sedikit. tekanan yang tinggi

JENIS GUNUNG BERAPI

Gunung berapi aktif

Gunung berapi hidup adalah aktif dan sering

meletus. Gunung berapi jenis ini seperti gunung etna di itali, mauna loa di hawaii dan gunung stromboli di itali.

Gunung berapi pendamgunung berapi ini pernah meletus dan

terpendam dalam satu jangka masa. ia akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang. gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur". contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.

Gunung berapi matigunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan

meletus lagi. walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung itu pendam atau mati. contoh: Gunung Kenya di Kenya dan Gunung Kilimanjaro di Alaska.

FAKTOR - FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEPELBAGAIAN GUNUNG BERAPI

1.Jenis bahan yang diletuskan. 2.Sifat lohong gunung berapi. 3.Sifat dan jenis letusan. 4.Kuantiti lava dan bahan piroklas yang

terkeluar. 5.Proses gondolan yang dialami

JENIS BAHAN YANG DILETUSkeanekaan bahan yang diletuskan akan

mempengaruhi kelpelbagaian rupa gunung berapi . lava bes akan menbentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar contohnya Gunung Berapi Mauna Loa dan Mauna Kea Di Kepulauan Hawaii .

SIFAT LOHONG GUNUNG BERAPISifat lohong gunung berapi akan menentukan

cara & arah aliran lava . Contohnya lohong linear / mendatar akan menhasilkan dataran lava tersebut membeku . bagi lohong tengah / tunggal akan menghasikan kon . terdapat lohong lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain maka kon - kon gunung berapi yang terbentuk akan bercamtum & boleh menghasilkan kon serba ragam . contohnya gunung berapi etna di kepulauan sicily

SIFAT & JENIS LETUSANletusan yang senyap & berterusan akan

mewujudkan kon gunung berapi yang sekata. letusan yang kuat lohong gunung berapi akan musnah & dan mewujudkan kawah yang besar / kaldera di puncak gunung berapi. magma membeku dalam lohong utama & memyumbatkannya lava terpaksa mencari tempat lain.tekanan daripada gunung akan mewujudkan lohong-lohong cawangan yang baru membolehkan lava keluar lalu membentuk kon serba ragam. Kon ini dipanggil kon parasit.

KUANTITI LAVA & BAHAN PIROKLAS YANG KELUAR.Saiz gunung berapi bergatung kepada kuantiti

lava. kekuatan letusan mempegaruhi saiz gunung berapi. Letusan yang kuat mungkin akan mengecilkan / memusnahkan gunung berapi.

Proses gondolanSifat & saiz gunung berapi yang terbentuk

tidak kekal. ia akan diubah oleh proses-proses geomorfologi di permukaan bumi. hakisan yang berterusan dicerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun & mendedahkan magma yang telah membeku dalam lohongnya. magma yang keras muncul dipuncak gunung berapi sebagai PALAM GUNUNG BERAPI

JENIS - JENIS LETUSAN GUNUNG BERAPI

1.Jenis 2.Jenis 3.Jenis 4.Jenis 5.Jenis 6.Jenis 7.Jenis

iceland Hawaii Stromboli Vulcan Vesuvius Pliny Pelee

JENIS ICELAND.Dikenali sebagai letusan rekahan, magma jenis basalt yang keluar, Tidak

likat,nipis dan membentuk permukaan yang hampir rata. Letupan ini adalah kecil dan senyap.

JENIS HAWAIIjenis letupan yang paling popular. Bahan yang paling banyak ialah Lava bes yang

cair.Lava ini ditolak keluar dalam bentuk pancutan Sebagai ''bom percikan api'' dan jatuh semula menghasilkan kon percikan. Lava jenis ini bersifat nipis dan jika ia mengalir maka Alirannya adalah jauh sebelum membeku

JENIS STROMBOLILetusannya sederhana dan berterusan. Lava yang telah beku Dihambur keluar dalam

bentuk ketulan-ketulan. Jarak antara Letusan-letusan mengambil masa beberapa minit sahaja

JENIS VULCANLavanya lebih likat dan membeku dengan

cepat. letusannya Lebih kuat dan jarak antara letusan mengambil masa yang lebih lama. Semasa letusan,lava yang likat akan berkecai menjadi Bahan-bahan yang lebih kecil

JENIS VESUVIUSLetusannya lebih kuatdan menghamburkan

keluar magma dengan banak. Letusan yang kuat ini disebabkan oleh pengumpulan dan tekanan gas yang kuat sebelum lava keluar. Magma yang terpancut keluar hingga beratusratus meter tingginya.

JENIS PLINYBanyak mengeluarkan bahan piroklastik yang

terdiri dari Bongkah dan serpihan batu. Letusannya lebih kuat berbanding Dengan Vesuvius. Letusan ini mengeluarkan sedikit sahaja Lava.

JENIS PELEEMempunyai jenis lava yang sangat likat dan

letupan yang lewat. Lava yang keluar tidak hambur sebaliknya mengalir/ meleleh di sepanjang rekahan dan alur-alur yang terdapat di dinding gunung berapi tersebut.

KESAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP ALAM SEKITAR DAN MANUSIA

KESAN NEGATIFLava daripada letusan gunung berapi

membawa kepada kemusnahan petempatan dan kerosakan kepada aktiviti manusia. Letusan gunung berapi juga memusnahkan bentuk muka bumi di kawasan itu seperti letusan Gunung Kratatoa di Indonesia pada tahun 1883 yang memusnahkan seluruh pulau itu. Aktiviti gunung berapi juga memusnahkan harta-benda serta mengorbankan banyak nyawa manusia.

KESAN POSITIFWalaupun aktiviti gunung berapi membawa

kemusnahan dan kerosakan, tetapi ia juga banyak membawa faedah kepada manusia. Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser boleh digunakan

untuk menghasilkan tenaga geotermal.

Mata air panas juga dipercayai boleh

mengubati penyakit kulit. samping itu juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahar

yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong

SEKIAN TERIMA KASIHCredit as tagged