12
Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Lembangan Melayu & Lembangan Penyu Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM Di luar pantai Terengganu, terdapat dua lembangan sedimen Tertier iaitu Lembangan Melayu dan Lembangan Penyu. Di bahagian utara Lembangan Melayu terdapat Lembangan Thai yang menganjur hampir utara-selatan, di di selatannya pula terdapat Lembangan Penyu (menganjur hampir timur- barat) dan juga Lembangan Natuna Barat. Kesemua lembangan sedimen ini merupakan kawasan yang kaya dengan bahan hidrokarbon (minyak dan gas). Kajian seismik dan penggerudian sangat aktif di dalam lembangan-lembangan ini. Pendahuluan

Geologi lembangan melayu

  • Upload
    builien

  • View
    264

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Stratigrafi Semenanjung Malaysia

Geologi Lembangan Melayu & Lembangan Penyu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Di luar pantai Terengganu, terdapat dua lembangan sedimen Tertier iaitu LembanganMelayu dan Lembangan Penyu.

Di bahagian utara Lembangan Melayu terdapat Lembangan Thai yang menganjur hampirutara-selatan, di di selatannya pula terdapat Lembangan Penyu (menganjur hampir timur-barat) dan juga Lembangan Natuna Barat.

Kesemua lembangan sedimen ini merupakan kawasan yang kaya dengan bahanhidrokarbon (minyak dan gas). Kajian seismik dan penggerudian sangat aktif di dalamlembangan-lembangan ini.

Pendahuluan

Page 2: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Lembangan Melayu terletak di luarpantai Terengganu, dan Kelantan, danianya membentuk satu lembanganyang menganjur baratlaut-tenggaraiaitu selari dengan SemenanjungMalaysia.

Panjangnya ialah 500km dengankelebaran 200km. Lembangan initerdiri daripada sedimen daratanhingga tepian lautan, yang manapengaruh (sedimen) lautan bertambahdi bahagian atas jujukan, dan juga dibahagian selatan.

Ketebalan sedimen yang dicatatkanialah setebal 12,000m. LembanganPenyu pula terdapat di luar pantaiPahang, dan menganjur hampir timurbarat dan ketebalan sedimen Tertiersekitar 4 atau 5 ribu km.

Pendahuluan

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Dipercayai batuan dasar ataubasement kepada lembangan Tertierdi Laut China Selatan ini adalah lanjutan daripada batuan pre-Tertieryang terdapat di SemenanjungMalaysia.

Data penggerudian mendapati batuandasar ini terdiri daripada batuansedimen klastik dan karbonat berusiaJura-Kapur dan juga Trias, sertabatuan metamorf serta igneus.

STRUKTUR LEMBANGAN DI LAUT CHINA SELATAN

Page 3: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

PEMBENTUKAN LEMBANGN MELAYU

Lembangan Melayu, Penyu & Natuna Baratmengarah atau tersusun dalam tiga arah yang bertentangan dan bertemu pada satu tempatatau puncak.

Mengikut Tjia H.D.,susunan ketiga-tigalembangan ini terbentuk disebabkan adanyahotspot yang panas di bawah kerak bumi.

Akibat daripada hotspot ini, terbentuk kerak yang mengelembung, dan akhirnya merekah kepada tiga arah. Hotspot dikaitkan dengan penerobosangranit Kapur Akhir ini.

Aktiviti ini dipercayai berlaku pada masa Kapur Atas (Tjia, H.D.) kerana di sekeliling kawaangelembungan atau dipanggil Dome Melayuterdapat granit berusia Kapur Atas.

Lembangan ini terletak dalam satu kawasan yang mana terdapat himpitan kepinganbenua daripada semua arah, iaitu Kepingan India menyusup Sumatra, KepinganAustralia menyusup Jawa dan Kepingan Pasifit menyusup Filipina.

Pergerakan benua ini menghasilkan tegasan, yang membentuk sesar serta lipatan.

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Pada peringkat awal pembentukanlembangan ini, dipercayai batuan dasartelah mengalami sesar dan membentukblok-blok sesar, dan ini akhirnyamenbentuk struktur graben dan separuhgraben (half-graben).

Sesar Three Pagoda yang terdapat diThailand dipercayai menganjur melaluiLembangan Melayu, dan memainperanan yang besar dalam sejarahperkembangan Lembangan Melayu ini.

PEMBENTUKAN LEMBANGN MELAYU

Page 4: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

PEMBENTUKAN LEMBANGN MELAYU

Aktiviti yang berlaku pada masa awal Tertier inidikaitkan dengan aktiviti tektonik fasa ekstensiakibat daripada pergerakan kepingan Eurasia, Australia dan India.

Semasa berlakunya amblesan (subsidence –pembentukan lembangan), sedimen yang terkumpul berkait rapat dengan sesar, dan berlakusecara tempatan seawal masa Oligosen Akhir, dan berterusan hinggalah pada masa AkhirMiosen.

Semasa Miosen Akhir, terutamanya di bahagianselatan, aktiviti pengangkatan secara global berlaku diikuti oleh lipatan dan sesar. Fasatektonik aktif ini menyebabkan paras laut rendah, dan banyak hakisan berlaku, dan terbentuklahsatu satah ketakselarasan di dalam lembangan ini.

Selepas itu, proses amblesan (subsidence) danpengendapan sedimen berlaku semula, bersama-sama dengan pembentukan sesar, terutamanya dibahagian baratlaut Lembangan Melayu.

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Stratigrafi Lembangan Melayudilakukan secara berasinganoleh syrikat yang menjalankankerja caligali minyak di sini.

Kaedah kajian yang paling banyak dilakukan ialah dengancara kajian seismik. Gelombangseismik akan terpantul dandibalikkan apabila terkenasempadan lapisan.

Daripada kaedah seismik ini, litologi batuan yang ada dibawah permukaan bumi bolehdiketahui.

Biasanya kaedah seismik akandiikuti oleh beberapa lubanggerudi untuk dibuatperbandingan dan pengesahanlitologi, usia, sekitaran endapandan sebagainya.

STRATIGRAFI LEMBANGAN MELAYU

Page 5: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

ESSO Production Malaysia Incorporated (EPMI) adalah antara syarikat yang mendapatkonsesi carigali hidrokarbon di LembanganMelayu, dan mereka menggunakan kaedahseismografi dalam kajiannya.

Jadi mereka telah memperkenalkanseismostratigrafi untuk Lembangan Melayu. Seismostratigrafi ini dibantu oleh kajianpalinologi, analisis jujukan sekitaran dankajian foraminifera.

Jujukan sedimen yang ada di LembanganMelayu di bahagikan kepada kumpulan yang dikenali dengan huruf A hingga P (kumpulanP hanya dijumpai di Lembangan Thai).

Sempadan antara kumpulan atau pengelasanini ditandakan oleh “seismic markers” atausempadan pantulan gelombang seismik., dansempadan ini kemudiannya dikorelasi dengandata lubang gerudi.

ESSO Production Malaysia Incorporated (EPMI)

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Secara umumnya, terdapat tiga “cycle” yang boleh di kesan di Lembangan Melayu, sebagaimana yang terdapat di Lembangan Thai.

ESSO Production Malaysia Incorporated (EPMI)

Sedimen tertua yang terdapat dalam cycle-I terdiri daripada lapisan merah dan didalamnya ditafsirkan terdapat pasir channel (alur) sungai. Sedimen ini dipercayaiberusia Oligosen.

Bahagian atas cycle inimungkin terdapat hiatus sebelum terendapnyasedimen daripada cycle-II.

Page 6: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Cycle-II yang berusia Miosen Tengah mula terbentuk dengan jujukan nipis syal yang berwarna perang (brown) dan batu pasir yang terbentuk atau terendap di sekitaranfluviomarin.

Ini diikuti oleh siri lapisan syal kelabu hingga hitam, batu pasir dan juga lapisan arangyang dipercayai mewakili pengendapan di sekitaran paya tepian pantai, delta dandataran pasang surut.

ESSO Production Malaysia Incorporated (EPMI)

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Lapisan basal (dasar) cycle-III yang berusia Miosen Akhir terdiri daripada endapan“lag” yang kasar, iaitu lapisan batu pasir berpebel dan dengan asingan buruk. Kebanyakan pebelnya terdiri daripada serpihan syal yang berbentuk bulat.

Lapisan batu pasir berpebal ini diikuti oleh lapisan batu pasir litoral yang berlapisdengan batu kapur yang mengandungi foraminifera.

Di atas lapisan basal initerdapat selang lapis batupasir dan batu lodak sertalumpur yang berlapis denganlignit (arang).

Sekitaran pengendapannyadipercayai pantai paya bakau(costal mangrove swamp) yang saling bertukar atauberubah dengan laut cetek(shallow marine).

ESSO Production Malaysia Incorporated (EPMI)

Page 7: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Conoco telah menggunakanskim litostratigrafi untukmemperkenalkan unit-unit formasi untik sedimen diLembangan Melayu.

Antara nama formasi yang adaadalah seperti Pilong, Pasir/Arang Batu, SyalTerengganu, Tapis dan Sotongdan ada yang dibahagikan lagikepada ahli bawah, tengah danatas.

Formasi-formasi ini mempunyaisifat litologinya yang tertentuyang bermula dati Oligosensehingga Kuartener.

Continental Oil Company (CONOCO)

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Armitage

Armitage juga telahmenggunakan skim litostratigrafiuntuk memperkenalkan unit-unit formasi untik sedimen diLembangan Melayu.

Antara nama formasi yang adaadalah seperti Pilong, Formasi Bekok, Tapis, Pulai, Seligi danLedang.

Page 8: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Kajian oleh Carigali dilakukan didalam dua fasa iaitu fasa yang pertama ialah denganmelakukan pengezonanbiostratigrafi.

Fasa kedua ialah penandastratigrafi iaitu denganmengambil data log telaga dandata seismos.

Gabungan kedua-dua fasa inidiinterpretasikan di dalam satuskim stratigrafi seperti di dalamrajah.

PETRONAS Carigali

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Lembangan Penyu terletakdi luar pantai Pahang.

Dipisahkan denganLembangan Melayu olehkawasan tinggi ‘TenggolArch’.

Page 9: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Lembangan Penyu (Oligosen – Resen) dicirikan oleh sesar-sesar normal dan grabenyang berarah hampir timur dan timurlaut yang bersambung ke Lembangan NatunaBarat.

Graben serta haft-graben yang di sempadani oleh sesar-sesar ENE dan NW. Kebanyakan sesar ENE adalah sesar normal manakala sesar NW pula mengalamianjakan mendatar (strike-slip).

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Semasa berlakunya pergerakan sehingga terbentuknya lembangan graben/haft-graben ini, sedimen akan mengisi lembangan yang sedang terbentuk (pergerakanjuga terus berlaku- synrift) dan sedimen ini akan menebal di bahagian berdekatandengan satah sesar.

Antiklin juga terbentuk akibat daripada pergerakan yang berlaku.

Page 10: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Stratigrafi Lembangan Penyu padaperingkat awalnya dibuatberdasarkan kepada kajian seismik, dan terdapat 3 unit stratigrafi utamaditafsirkan (Khalid Ngah, 1975);

•Diatas batuan dasar pre-Terteir ialahsedimen daratan berusia Oligosen –Miosen Bawah.

•Unit tengah terdiri daripada sedimenMiosen Tengah-Atas yang terdiridaripada batu pasir pesisir, lumpur danlignite.

•Unit atas terdiri daripada sedimen lautanberusia Pliosen hingga Kuaternaer.

Texaco (1992) telah perkenalkannama-nama unit stratigrafi yang formal.

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Pada peringkat awal pembentukan Lembangan Penyu, sedimen diendapkan dalamgraben/haft-graben yang sedang terbentuk (syn-rift) dan diikenali dengan nama Formasi Penyu.

Formasi Penyu ini terdiridaripada selang lapis batupasir, lodak dan syal yang terendap di sekitarandaratan (dataran alluvial, lakustrin dan paya).

Satah ketakselarasanyang terbentuk secaraglobal pada masaOligosen Akhirmenggambarkanberakhirnya fasa syn-fift.

Page 11: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Formasi Penyu ditindih secara tidak selaras oleh syal berusia Miosen Awal dan syalini dikenali dengan nama Formasi Terengganu yang setara dengan K-syal dibahagian selatan Lembangan Malayu.

Formasi Pari menindihFormasi Terengganusecara selaras, danformasi ini terdiri daripadasedimen tepian lautanberusia Miosen Tengah-Akhir yang terendapselepas pembentukanlembangan haft-graben(post-rift).

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

STRATIGRAFI LEMBANGAN PENYU

Unit paling muda yang terdapat dalam Lembangan Penyu ialah Formasi Pilong yang berusia Miosen Atas hingga Kuaterner, dan terdiri daripada syal yang dominan.

Formasi Pari dan Formasi Pilong dipisahkan olehsatah ketakselarasan.

Page 12: Geologi lembangan melayu

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

KORELASI LEMBANGAN MELAYU & LEMBANGAN PENYU

Kamal Roslan Mohamed – GEOLOGI UKM

Sekian…