29
GEJALA SOSIAL ZULKARNAIN BIN SABARI MOHAMMAD ZULHAFIZZAN BIN ASMALI NURRAHMAN BIN MUHAMMAD RAMLEE MUHAMMAD NUR IQMAR BIN JABAIR MUHAMMAD RAIMI BIN ROSLAN MELAYU ISLAM BERAJA

Gejala sosial

  • Upload
    zrxhman

  • View
    11.258

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Gejala sosial

GEJALA SOSIAL

ZULKARNAIN BIN SABARIMOHAMMAD ZULHAFIZZAN BIN ASMALINURRAHMAN BIN MUHAMMAD RAMLEEMUHAMMAD NUR IQMAR BIN JABAIRMUHAMMAD RAIMI BIN ROSLAN

MELAYU ISLAM BERAJA

Page 2: Gejala sosial

Berikan Pendapat Kamu Mengenai Cara

Mengatasi Atau Menangani Isu-Isu Dan

Masalah Kegiatan Sosial Yang Semakin Berleluasa Sekarang

Ini. Bincangkan…

Page 3: Gejala sosial

PengenalanDEFINISI GEJALA SOSIAL Brunei dengan bangganya menuju ke alaf baru yang

berorientasikan sains and teknologi. Tetapi meraka alpa dengan perkembangan gejala sosial.

Masalah kegiatan gejala sosial in semakin berluasan. Masalah sosial adalah salah satu masalah yang

dihiraukan kerana ianya memburukkan imej Negara. Bahkan mampu menjatuhkan Negara tersebut.

Secara umumnya masalah sosial berlakunya melalui sifat-sifat yang buruk dan negatif. Ini disebabkan para-para anggota masyarakat yang tidak memberi sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara.

Page 4: Gejala sosial

MASALAH-MASALAH GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU DI NEGARA INI.

Pelbagai gejala sosial yang menjadi bayang hitam di Negara kita, diantaranya adalah:

1. PENYALAHGUNAAN DADAHPenyalahgunaan dadah merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, dan inhalan (bahan yang disedut).Dadah juga merupakan bahan kimia pembuatan.Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau yang diberikan oleh doktor.

Page 5: Gejala sosial

2. MINUMAN KERAS Perkara yang amat dilarang oleh undang-undang

Negara dan juga diharamkan oleh agama Islam. Dikenali juga sebagai minuman beralkohol iaitu

minuman yang mengandungi etanol. Di berbagai Negara, penjualan minuman beralkohol

dibatasi ke sejumlah kalangan sahaja, umumnya orang-orang yang telah melewati batas usia tertentu.

Tetapi, berbeza sekali dengan Negara kita yang majoritinya penduduknya adalah beragama Islam. Maka minuman haram tersebut amat dilarang dan diharamkan untuk memasuki ke Negara kita bahkan apalagi dengan meminumnya.

Page 6: Gejala sosial

3. MEROKOK

Salah satu gejala sosial yang semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi terutamanya dikalangan kanak-kanak yang masih di bawah umur mahupun remaja yang baru meningkat dewasa.

Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun.

4. RASUAH

Perkara yang boleh menjatuhkan dan memburukkan prestasi Negara.

Merupakan tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi dirinya sendiri.

Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikkan dirinya sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Page 7: Gejala sosial

5. MENGHIDU GAM ATAU INHALAN

Sangat merbahaya terutamanya untuk kesihatan individu yang boleh memudaratkan dan seterusnya gangguan mental dan fizikal jika pengambilan yang berlebihan. Menghidu gam ini sering melibatkan golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun. Dikenali juga sebagai hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

6. PEMUGUT /VANDALISM Dipandang serius oleh masyarakat sekeliling kerana ia melibatkan wang atau sebarang ancaman. Berlakunya ancaman si pemugut kepada mangsa ugut adalah tidak mengira usia, keadaan dan tempat. Bahkan ada juga memeras ugut ini melalui alat komunikasi canggih masa kini iaitu dari telefon ataupun komputer seperti di laman sesawang dan sebagainya.

Page 8: Gejala sosial

7. BUDAYA LEPAK

Sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan dipandang negatif oleh masyarakat setempat. Budaya ini juga boleh dipandang secara positif kerana ia untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Didefinisikan juga sebagai amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi yang biasanya terdiri dari golongan remaja. Mereka juga suka memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain alat muzik dan yang lebih parah lagi ialah merokok d tempat awam.

Page 9: Gejala sosial

8. PEMBUANGAN BAYI/ANAK

Gejala sosial ini sering berlaku sejak kebelakangan ini disebabkan masyarakat sekarang mengikut aliran kemodenan sehingga membutakan hati dan mata tentang halal dan haram.Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, masjid, sampah dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan berperikemanusiaan. Punca yang paling jelas berlakunya gejala ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan hina itu mereka sanggup membuang bayi mereka dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.

Page 10: Gejala sosial

9. HOMOSEKSUAL (SAMA JANTINA)

Diterjemah secara harafiah adalah “sama jantina” yang merupakan gabungan prefix Yunani homo- bererti “sama” dan asas Latin sex- bererti “seks”. Perkataan yang lebih spesifik bagi homoseksual ini adalah gay dan lesbian. Golongan hina ini sangat dipandang keji oleh masyarakat sekeliling. Perkara negatif ini boleh memburukkan status dan maruah Negara.

Page 11: Gejala sosial

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA GEJALA

SOSIAL

1. Peranan ibubapa2. Menginginkan kebebasan

3. Terpengaruh oleh rakan-rakan.4. Peralatan Elektroni atau Media Cetak

Page 12: Gejala sosial

1.Peranan Ibubapa

Kurangnya sokongan moral Kurang didikan Agama Terlalu taksub dengan pekerjaan Keretakkan rumahtangga

Page 13: Gejala sosial

2. Menginginkan Kebebasan

Tidak suka dikongkong oleh orang tua Terlalu taksub dengan dunia yang serba

moden Terpengaruh dengan budaya

luar( Amerika dan Eropah) Ingin mencuba sesuatu yang baru.

Page 14: Gejala sosial

3. Terpengaruh dengan rakan sebaya

Iman yang lemah. Termakan dengan kata-kata manis Hasutan daripada rakan karib dan

segelintir remaja untuk melakukan perkara yang tidak bermoral.

Terpaksa mematuhi arahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. (secara kasar dan serik dibuli)

Page 15: Gejala sosial

4. Peralatan elektronik berteknologi tinggi.

Terjadinya penyalahgunaan alat teknologi tinggi.

Adanya peralatan mudah alih seperti telefon bimbit berteknologi tinggi dan dengan kadar yang murah untuk mengakses laman sesawang.

Melayari laman sesawang yang tidak berfaedah dan penyebaran video dan gambar lucah.

Ini berlakunnya perkara negatif yang menyebabkan penyebaran aritikel-artikel yang sumbang tanpa menghiraukankesan terhadap si penerima.

Page 16: Gejala sosial

CARA-CARA MENANGANI MASALAH

GEJALA SOSIAL

Page 17: Gejala sosial

Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan gejala sosial, Contoh:-

DADAH

- Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

- Di berikan hukuman gantung bagi pengedar dadah.

- Memberi hukuman berat kepada penagih dadah.

Page 18: Gejala sosial

PENAGIH ALKOHOL

- Ubah gaya hidup dengan menjauhkan diri dari tempat-tempat yang menyajikan alkohol

- Seperti Kelab malam, parti, majlis tari menari.

- Mengawal diri dari minum alkohol.- Melakukan aktiviti fizikal, senaman.

Pengawasan ibu bapa sangat penting supaya anak mereka tidak terjebak dalam gejala yang negatif ini.

Menyiasat dengan siapa anak mereka berkawan dan sebagainya.

Page 19: Gejala sosial

MEROKOK

- Pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha lebih gigih untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongon remaja termasuk pelajar untuk berhenti merokok.

- Menjalankan kempen untuk mengatasi masalah merokok.

- Seperti kempen anti merokok, anti dadah, anti rasuah, menayangkan iklan-iklan di televisyen, ceramah.

Page 20: Gejala sosial

Keruntuhan akhlak remaja yang berpunca dengan kegiatan masalah sosial sentiasa diberikan perhatian.

Ibu bapa hendaklah memperhatikan setiap gerak geri anak mereka, mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka dan meluangkan masa bersama mereka.

Peranan media masa dan cetak amatlkah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras.

Page 21: Gejala sosial

AKIBAT-AKIBAT DARI MASALAH SOSIAL YANG BERLAKU DI

SEKELILING

Page 22: Gejala sosial

Akibat Penyalahgunaan Dadah

Dari segi tingkahlaku:•menjauhkan diri daripada masyarakat umum•bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu.

Dari segi fizikal:•menjadi kurus•lemah tenaga•malas dan kesihatan berada dalam keadaan khayalan•penagih boleh kehilangan tenaga seks, •pitam•pengsan•berperasaan ganas•rasa ketagihan yang berlebihan•sakit perut•berkemungkinan mati.

Page 23: Gejala sosial

Akibat Meminum Minuman Keras

Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Meminum arak adalah sangat dilarang kerana ia mengandungi sedikit bahaya iaitu:

1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila.2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.5. Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.6. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala

kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.7. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti

tercabut imannya ketika mati.

Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam sesebuah sector kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.

Page 24: Gejala sosial

Akibat Merokok

Dari segi Kesihatan Kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan - bahan kimia yang

berbahaya dalam asap rokok. Kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh

badan. Boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan -

mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah

mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigimenjadi kuning. Akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa

letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.

Dari segi sosial Terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah

terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba

yang tinggi. Ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba

untuk merokok.

Page 25: Gejala sosial

Akibat Dari Rasuah

Kesan Terhadap Individu: Kehilangan pekerjaan. Kejatuhan moral atau maruah. Menerima hukuman. Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga. Keluarga terabai.

Kesan Terhadap Masyarakat: Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak

orang tertentu. Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. Membebankan golongan orang susah. Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang

telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

Kesan Terhadap Negara: Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran. Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan. Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. Kenaikan kos barang dan perkhidmatan. Mengurangkan pendapatan negara. Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Page 26: Gejala sosial

Akibat Budaya lepak

Budaya lepak dikalangan remaja boleh meninggalkan impak negatif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pembaziran masa dan wang. Lepak di tempat awam, kedai kopi, siber cafe merupakan golongan

yang tidak menghargai kepentingan masa. Sebenarnya masa yang diluangkan untuk aktiviti ini boleh

digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti aktiviti sukan dan akademik.

Remaja yang terlibat dalam budaya lepak mudah terjebak dalam kegiatan anti sosial.

Antara kegiatan anti sosial adalah pencurian, pengambilan dadah, gengsterisme dan sebagainya.

Kegiatan anti sosial sebegini berlawanan dengan aksiologi seseorang dimana ia berlawanan dengan konsep insan dan pembinaan ummah berdasarkan ilmu wahyu.

Page 27: Gejala sosial

Akibat Pembuangan Anak

Kesan–kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti:

kesan kepada bayi ibu yang melahirkan keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja.

Akibat daripada tiada perikemanusiaan- bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal

ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun

mereka tidak berdosa. Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati kerana dibuang di tempat yang

tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat.

Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan.

Page 28: Gejala sosial

Akibat Homoseksual

Keruntuhan Moral Dan Tamadun Memusnahkan kekuatan moral masyarakat. Aktiviti sedemikian

mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat. Tidak perlu diberi hak-hak istimewa. Golongan ini sering dikaitkan

dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengan tingkahlaku syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Mereka sering dipinggirkan tanpa penjelasan yang kukuh.

Mencerminkan kemunduran masyarakat. Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabi¶I manusiaakan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa.

Pembunuh institusi kekeluargaan. Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalaminstitusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat.

Page 29: Gejala sosial

Kesimpulan

Pihak kerajaan dan masyarakat sekeliling hendaklah berganding bahu untuk membenteras perkara-perkara gejala sosial dari berkembang luas untuk melindungi anak-anak yang meningkat remaja dan dewasa.

Perkara ini amat ditekankan kepada para remaja generasi harapan di masa hadapan yang lebih maju dan inovatif tanpa jenayah dan gejala sosial.

Sebagai rakyat Negara yang aman damai hendaklah menyokong terhadap mereka yang bermasalah dengan membantu meraka kembali ke pangkal jalan dan memulakan hidup yang baru.