GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN …jknsel.moh.gov.my/.../pdf/unknownImages_pdf/stories/2012/pdf/pjk…Garis panduan ini perlu dibaca bersama dengan Manual PJKM yang mengandungi

Embed Size (px)

Citation preview

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    iBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN

    MAKANAN (PJKM AM)

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    2010

    Bahagian I : Garis panduan am dan senarai semak bagi membantupengusaha dalam pelaksanaan program jaminan keselamatan

    makanan di kilang / premis

    BAHAGIAN1

    GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINANKESELAMATANMAKANAN (PJKM AM)

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI

    MAKANANKEMENTERIAN

    KESIHATAN MALAYSIA 2010

    Bahagian I : Garis panduan am dan senarai semak bagi membantu pengusaha dalam pelaksanaan program jaminan keselamatan

    makan di kilang / premis

    BAHAGIAN I

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2010

    Aras 3, Blok E7, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    PutrajayaTel : 03-8883 3558 Fax : 03-8889 3815

    http://fsq.moh.gov.my

    Hak Cipta 2010 Kementerian Kesihatan Malaysia Copyright 2010 Ministry of Health Malaysia

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    iBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN

    MAKANAN (PJKM AM)

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    2010

    Bahagian I : Garis panduan am dan senarai semak bagi membantupengusaha dalam pelaksanaan program jaminan keselamatan

    makanan di kilang / premis

    BAHAGIAN1

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    ii Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    iiiBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN Muka surat

    Pengenalan 1Objektif 2Skop 3Kaedah menggunakan garispanduan 4

    ELEMEN-ELEMEN PENTING PJKM

    1.0 LATIHAN 4

    2.0 PEKERJA 5-7

    3.0 PENYELENGGARAAN & SANITASI 8-11

    4.0 KAWALAN PEMPROSESAN MAKANAN 12-13

    5.0 PEMBUNGKUSAN MAKANAN 14

    6.0 PENYIMPANAN MAKANAN 15

    7.0 PENGEDARAN MAKANAN 15

    8.0 KAWALAN BAHAN MENTAH 16

    9.0 KAWALAN MAKHLUK PEROSAK 17

    10.0 KAWALAN BAHAN KIMIA 17

    11.0 KAWALAN BAHAN BUANGAN & PELUPUSAN SISA 18

    12.0 SISTEM KEBOLEHKESANAN MAKANAN 18

    13.0 REKOD & BUKTI PELAKSANAAN 18-19

    14.0 VERIFIKASI PEGAWAI BERKUASA 19

    RUMUSAN

    PENGHARGAAN

    RUJUKAN

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    1 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    PENGENALAN

    Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) ialah suatu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan yang memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan.

    Garis panduan ini disediakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan untuk memperjelas keperluan Program Jaminan Keselamatan Makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009).

    Tuan punya, pemunya atau penghuni premis yang dinyatakan dalam *Jadual Ketiga hendaklah menyediakan dan mengadakan suatu program jaminan keselamatan makanan di premis makanan ini .

    *Jadual Ketiga : Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    2Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    OBJEKTIF

    Garis panduan ini adalah generik untuk membantu para pengusaha dan pengeluar makanan bagi tujuan yang berikut;

    Mewujudkan program jaminan keselamatan makanan di premis masing-masing.

    Menjamin keselamatan dan kualiti makanan yang dihasilkan.

    Supaya pengusaha mematuhi kehendak & keperluan PPKM 2009.

    Sebagai panduan bagi pengusaha untuk melaksanakan PJKM dengan betul dan berkesan.

    SKOP

    Garis panduan ini adalah berbentuk generik yang boleh digunapakai pada semua jenis kilang penyediaan makanan.

    PJKM yang dinyatakan dalam garis panduan ini merangkumi elemen yang paling minimum berdasarkan kepada elemen-elemen Amalan Pengilangan Baik (GMP) .

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    3 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    KAEDAH MENGGUNAKAN GARIS PANDUAN

    Garis panduan Am Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) mempunyai dua (2) dokumen yang perlu digunakan bersama ;

    Bahagian II : Manual PJKM Bahagian III : Senarai Semak PJKM

    Garis panduan ini perlu dibaca bersama dengan Manual PJKM yang mengandungi contoh dokumentasi yang lengkap.

    Manual PJKM berfungsi sebagai panduan dalam pelaksanaan program jaminan keselamatan makanan dan dokumen ini juga boleh terus digunakan sebagai dokumentasi.

    Senarai Semak PJKM di Bahagian III dapat digunakan sebagai penentu ukur kepatuhan kepada pelaksanaan program jaminan keselamatan makanan.

    Garispanduan PJKM Am ini juga perlu digunakan bersama Garispanduan PJKM spesifik yang disediakan khusus mengikut jenis produk.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    4Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    1. LATIHAN

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Mempunyai program latihan untuk pekerja?(Prosedur 1)

    1.1 Latihan Pengendali Makanan

    1.2 Lain-lain latihan untuk pekerja (sila nyatakan)

    2 Pekerja yang baru diberikan latihan?

    3 Penilaian Program Latihan

    3.1 Pekerja dinilai semula selepas jalani latihan

    3.2 Ujian kefahaman pekerja bagi latihan dari masa ke semasa

    4 Latihan Ulangan

    5 Rekod

    5.1 Adakah semua latihan direkodkan? (Rekod 1.1)

    5.2 Adakah setiap pekerja mempunyai rekod latihan peribadi? (Rekod 1.3)

    5.3 Terdapat rekod penilaian? (Rekod 1.2)

    NOTA :Latihan termasuklah latihan dari segi pengendalian, operasi atau sebarang prosedur kerja yang terlibat dalam proses di kilang/premis pengusaha

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    5 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    2. PEKERJA

    2.1 Pemeriksaan Kesihatan Pekerja

    Pengusaha makanan perlu memastikan semua pekerja yang mengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan yang sepatutnya.

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem yang mengawal selia pemeriksaan kesihatan pekerja? (Prosedur 2)

    2 Buku pemeriksaan perubatan masih dalam tempoh sah (kurang dari 3 tahun)

    3 Buku pemeriksaan kesihatan disimpan dalam fail pekerja

    3.1 Perakuan pemeriksaan kesihatan daripada hospital yang diiktiraf

    4 Ada senarai pengendali makanan yang menjalani pemeriksaan kesihatan (Rekod 2.1)

    5 Pekerja telah mendapat suntikan

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    6Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    2.2 Kawalan Penyangkit Berjangkit

    Setiap pekerja perlul dipastikan sihat dan tidak menghidap penyakit berjangkit seperti cirit-birit, demam kepialu atau taun .

    Pekerja yang tidak sihat perlu diasingkan (kuarantin), diberikan cuti dan tidak dibenarkan bekerja dalam tempoh masa tertentu.

    Pekerja yang mengalami kecederaan, seperti luka atau kudis juga perlu melaporkan kepada pegawai yang telah diberi tanggungjawab untuk menyelia tahap kesihatan pekerja dengan serta merta.

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1. Mempunyai sistem kawalan penyakit berjangkit

    (Prosedur 3.0)

    2. Prosedur untuk melaporkan pekerja berpenyakit berjangkit (Rekod 3.1)

    3. Deklarasi kesihatan pelawat (Rekod 3.2)

    KECEDERAAN DAN TINDAKAN SEGERA YANG PERLU DIAMBIL

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    7 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    2.3 Kebersihan Pengendali/Pekerja

    Pengusaha makanan perlu sentiasa memastikan kebersihan pekerja-pekerja yang mengendalikan makanan. Kebersihan diri dan amalan-amalan kebersihan pengendali makanan memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan makanan. Antara aspek yang penting untuk dikawal selia termasuklah pakaian dan kebersihan diri pekerja.

    2.3.1 Pakaian

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Pakaian perlu sentiasa berkeadaan bersih

    2 Memakai pelindung pakaian (apron) luar, bersih & cerah

    3 Memakai penutup kepala/ rambut

    4 Memakai penutup mulut jika perlu

    5 Tidak memakai aksesori / rantai / gelang cincin / jam / dll

    6 Memakai kasut bertutup( selipar adalah tidak dibenarkan)

    2.3.2 Kebersihan Diri

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Kuku pendek dan bersih

    2 Tiada luka / kudis

    3 Tidak sakit perut / berjangkit

    4 Cuci tangan dengan langkah mencuci tangan yang betul dan sempurna

    5 Kawalan dan rekod(Prosedur 4.0 & Rekod 4.1)

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    8Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    3.0 PENYELENGGARAAN & SANITASI

    3.1 Pembersihan & Kalibrasi Peralatan

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1Mempunyai sistem pembersihan bagi;

    1.1 Sistem pembersihan bagi semua kawasan? (Prosedur 6.0)

    1.2 Sistem pembersihan bagi semua peralatan?

    2 Sistem pembersihan yang lengkap(Skop, ojektif, kaedah, jadual/kekerapan, rekod; tanggungjawab dinyatakan dengan jelas)

    3 Prosedur pembersihan yang betul dan mencukupi.(Cth : cucian/ biasa/CIP: kepekatan/masa; pemeriksaan/ujian

    4 Pembersihan direkodkan (Rekod 6.1,6.2, 6.3)

    5 Kalibrasi dijalankan ke atas peralatan dan direkodkan(Rekod 6.4, 6.5)

    6 Pelan Kilang (Sila rujuk Perkara 3.4)

    NOTA TAMBAHAN

    1. Kaedah pencucian bahagian atau peralatan adalah berbeza mengikut jenis bahan binaan, jenis permukaan dan lekapan yang ada.

    2. Bagi peralatan, kaedah pembersihan perlu dirujuk kepada manual penggunaan peralatan tersebut dan kaedah penyelenggaraan.

    3. Langkah pencucian perlu dipastikan dengan betul, mencukupi dan kekerapan yang sesuai bagi memastikan keadaan sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    9 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    3.2 Kaedah Pembersihan

    Kaedah pembersihan perlu dipastikan betul dan mencukupi agar dapat menghapuskan punca pencemaran yang boleh menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak bersih dan tidak selamat.

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Prosedur pembersihan diverifikasi

    1.1 Kaedah/prosedur : Betul & mencukupi

    1.2 Kekerapan langkah pembersihan yang mencukupi

    1.3 Kaedah verifikasi yang sesuai

    Contoh kaedah: Visual, Ujian, Analisis atau penggunaan alat. Sila nyatakan.

    2Mempunyai rekod MSDS spesifikasi teknikal bahan cuci/detergen

    (Rekod 6.1)

    3.3 Kawalan & Rekod

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Prosedur diikuti mengikut jadual yang telah ditetapkan

    2 Mempunyai rekod pencucian

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    10Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    3.4 Pelan Susun Atur Kilang

    Disediakan bagi memudahkan dan bagi mengenalpasti kawasan dalam kilang. Pelan susun atur ini mestilah dipastikan betul mengikut kedudukan peralatan dan kawasan pemprosesan dalam premis.

    Contoh;

    RUANG PENERIMAAN

    STOR BAHAN KIMIA STOR BAHAN MENTAH BAHAN PEMBUNGKUS STOR PRODUK SIAP

    KAWASAN PEMPROSESAN

    KEMUDAHANCUCI TANGAN

    BILIK PERSALINAN TANDAS

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    11 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    4.0 KAWALAN PEMPROSESAN MAKANAN

    Kawalan pemprosesan makanan melibatkan kawalan proses dari awal penghasilan makanan sehingga produk siap dihasilkan. Prosedur kawalan, jenis parameter proses yang dikawal adalah berbeza mengikut jenis produk dan proses penghasilan produk.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem kawalan pemprosesan? (Prosedur 7.0)

    1.1 Ada prosedur yang didokumenkan?

    1.2 Ada rekod kawalan (Rekod 7.2)

    2 Prosedur, teknik dan parameter pemprosesan; kawalan parameter pemprosesan, suhu/masa; paramater matrik makanan

    3 Carta alir proses yang menunjukkan maklumat penting seperti masa dan suhu dll (Lampiran 7.1)

    4 Prosedur turut memasukkan kawalan terhadap peralatan dan kesihatan pekerja

    5 Prosedur turut memasukkan kawalan terhadap keadaan dan kebersihan kontainer produk

    6 Amalan mencegah pencemaran silang dengan berkesan

    10 Verifikasi membuktikan keberkesanan sistemCth : Kawalan suhu produk (semasa penerimaan,semasa pemprosesan,selepas penyejukbekuan dan semasa penstoran sejuk)

    11 Sistem bagi kawalan penyahbekuan yang didokumenkan.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    12Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    4.1 Keperluan Khas Pemprosesan (hanya untuk yang berkenaan sahaja)

    4.1.2 Pengalengan

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem kawalan proses yang didokumenkan dan rekod?

    2 Parameter proses retort ditentusahkan dan dikawal dengan baik

    3 Kaleng atau kantung disejukkan dalam keadaan terkawal (Penyejukan adalah kritikal dari segi air yang digunakan dan kawasan penyejukan)

    4 Ada kawalan ketahanan kaleng atau kantung Terdapat verifikasi bagi kelim dubel

    5 Ujian inkubasi (37C 35C) dijalankan bagi setiap lot

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    13 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    5.0 PEMBUNGKUSAN MAKANAN (PER.36)

    Proses pembungkusan makanan adalah satu langkah kawalan yang penting. Bahan pembungkus berfungsi untuk melindungi makanan daripada pencemaran, mengekalkan kesegaran dan memastikan kebersihan makanan.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem kawalan proses yang didokumenkan dan rekod? (Prosedur 8.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 8.1)

    3 Prosedur mengikut peraturan/prosedur kawalan/pemeriksaan/ujian yang telah ditetapkan?

    NOTA TAMBAHAN:

    Bahan pembungkus bagi makanan perlulah;diperbuat daripada bahan yang tidak toksik.teguh dan cukup kuat untuk menahan koyak atau bocor.Gred makanan (Food grade)

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    14Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    6.0 PENYIMPANAN MAKANAN (PER.37)

    Makanan atau produk yang telah siap perlulah disimpan pada keadaan yang sesuai dan dilindungi daripada pencemaran supaya makanan kekal dalam keadaan yang baik. Kawalan terhadap keadaan penyimpanan termasuklah dengan memastikan suhu, tempat dan peralatan yang sesuai digunakan mengikut jenis produk.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem kawalan proses yang didokumenkan dan rekod? (Prosedur 9.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 9.1)

    3 Prosedur dijalankan mengikut peraturan/prosedur kawalan/pemeriksaan/ujian

    4 Terdapat sistem kawalan suhu semasa penstoran yang didokumenkan (Bagi alat kawalan suhu automatik perlu guna thermologger)

    5 Verifikasi membuktikan keberkesanan sistem. Penyimpanan bagi membenarkan pengaliran udara, storan sejuk/suhu dalaman (Core T)

    7.0 PENGEDARAN MAKANAN (PER. 56)

    Selain memastikan semua proses di premis dilaksanakan mengikut prosedur yang betul, pengusaha juga perlu memastikan pengangkutan yang digunakan dalam pengedaran makanan adalah berkeadaan baik, sesuai dan berupaya mengekalkan kualiti, kebersihan dan keselamatan produk sepanjang rantaian edaran.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem didokumenkan (Prosedur 10.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 10.1)

    3 Pengedaran mengikut prosedur

    (Prosedur ikut peraturan/prosedur kawalan/ pemeriksaan/ujian)

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    15 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    8.0 KAWALAN BAHAN MENTAH (PER. 36)

    Kawalan bahan mentah juga merupakan satu elemen penting yang perlu diberi penekanan dalam PJKMBahan mentah perlu diterima, disimpan dan dikendalikan dengan baik bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk yang dihasilkan.

    Prosedur kawalan bahan mentah adalah perlu bagi menerangkan kaedah pengendalian bahan mentah yang betul dan sesuai, berserta rekod pemeriksaan kualiti dan lain-lain pemeriksaan ke atas bahan mentah yang digunakan jika ada.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem didokumenkan (Prosedur 11.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 11.1 & 11.2)

    3 Penerimaan mengikut peraturan/prosedur kawalan/ pemeriksaan/ujian

    * Nota : Bahan mentah termasuk juga air yang digunakan/ditambahkan dalam penghasilan produk.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    16Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    9.0 KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

    Pengusaha perlu memastikan kawasan luar dan dalam premis sentiasa bersih dan bebas daripada makhluk perosak. Oleh itu, satu program yang berkesan adalah perlu bagi mencegah kemasukan dan mengawal ancaman serangga/makhluk perosak.

    Program kawalan mestilah sentiasa dipantau, dipatuhi dan dipastikan keberkesanan kaedah kawalan yang digunakan.

    Kaedah kawalan yang digunakan juga perlu sesuai dengan keadaan premis, jenis pemprosesan dan jenis produk supaya tidak menjejaskan keselamatan dan kebersihan makanan.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem didokumenkan dengan rekod. (Prosedur 12.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 12.1)

    10. KAWALAN BAHAN KIMIA

    Bahan kimia yang digunakan di premis penghasilan makanan perlu dikendalikan dengan betul bagi mengelakkan bahaya pencemaran atau menyebabkan keracunan.

    Semua bahan kimia termasuk bahan pencuci, cecair sanitasi atau lain-lain jenis bahan kimia, perlu mempunyai kawalan dari segi kaedah penggunaan dan pengendalian, kakitangan yang mengendalikan dan juga arahan penyimpanan.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem didokumenkan dengan rekod (Prosedur 13.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 13.1)

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    17 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    11. KAWALAN BUANGAN

    Pengurusan sisa dan bahan buangan perlulah mempunyai prosedur tertentu dalam memastikan semua bahan buangan dilupuskan dengan kaedah yang betul, tidak mencemar alam sekitar, selain menjamin kebersihan premis luar dan dalam.

    Prosedur pengurusan sisa perlu mempunyai jadual yang teratur, kaedah yang sesuai untuk pelupusan sisa dan bahan buangan, kakitangan yang terlibat dan kekerapan yang mencukupi.

    Senarai Semak

    Perkara Ya Tidak Tindakan Pembetulan

    1 Ada sistem didokumenkan dengan rekod (Prosedur 14.0)

    2 Ada rekod kawalan, pemeriksaan dan verifikasi (Rekod 14.1)

    12. SISTEM KEBOLEHKESANAN MAKANAN

    Premis makanan perlu mempunyai sistem kebolehkesanan makanan bagi mengenalpasti satu langkah ke belakang dan satu langkah ke hadapan ke mana produk akan diedar keluar.

    Sistem kebolehkesanan boleh dirujuk kepada Garis panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    18Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    13. REKOD & BUKTI PELAKSANAAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    Pengusaha kilang makanan perlu memastikan semua sistem yang digunapakai mempunyai bukti perlaksanaan sepertimana yang dinyatakan dalam prosedur.

    Perkara yang berikut perlu dipastikan bagi membuktikan pelaksanaan PJKM;

    1. Prosedur mengamalkan prosedur yang sama seperti yang didokumenkan.2. Kekerapan mengikut jadual yang ditetapkan.3. Dijalankan oleh pegawai yang telah dipertanggungjawabkan dan kompeten.4. Disahkan oleh pegawai atasan

    13.1 Penyimpanan Rekod

    Rekod-rekod perlu disimpan dengan baik dan sempurna supaya mudah didapati dan rekod boleh disemak untuk penambahbaikan

    Semua rekod perlu dibuat serta merta dan tidak boleh ditangguhkan.

    Sebarang pindaan/pembetulan di atas, rekod perlu dibuat dengan cara yang betul tanpa mendatangkan sebarang keraguan.

    13.2 Kaedah Dokumentasi

    Rekod dan dokumentasi adalah catatan dengan menulis atau merakam.

    13.2.1 Bentuk dokumentasi bergantung kepada kompleksiti pemprosesan makanan.

    13.2.2 Bagi industri yang mudah, bentuk dokumentasi boleh ditulis di atas kertas atau dinding dengan ciri yang kekal, mudah digunakan dan mudah didapati oleh anggota kerja yang berkaitan.

    13.2.3 Dokumentasi harus dipinda mengikut amalan kerja atau keadaan semasa.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    19 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    14.0 VERIFIKASI OLEH PEGAWAI BERKUASA

    Verifikasi PJKM oleh Pegawai Berkuasa berdasarkan elemen-elemen penting yang dilaksanakan di premis makanan.

    Pemeriksaan premis adalah bagi menentukan premis makanan tersebut telah memenuhi keperluan asas premis, peralatan dan perkakas, pengendali makanan dan lain-lain kriteria penting mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

    Selain itu Pegawai Berkuasa juga akan membuat penilaian dari aspek teknologi makanan bagi menentukan sama ada PJKM yang telah dilaksanakan mencukupi atau tidak.

    Antara aspek yang akan dinilai dalam pemeriksaan termasuklah :-

    kaedah dan parameter pemprosesan makanan. teknik-teknik verifikasi prosedur /kaedah. jenis bukti yang ada. rekod dan dokumentasi.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    20Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    RUMUSAN

    Panduan ini hanya menggariskan keperluan-keperluan minimum sebagai panduan dalam pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). Walau bagaimanapun pengusaha boleh menambah keperluan lain yang difikirkan perlu.

    Pengusaha juga perlu memastikan semua prosedur yang digunakan adalah betul, mencukupi dan kaedah yang digunakan telah diverifikasi. Semua bukti proses, perlaksanaan dan arahan kerja perlu didokumenkan dan direkod untuk dijadikan panduan dan amalan pada setiap masa.

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    21 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    PENGHARGAAN

    Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan garis panduan ini.

    Pn Noraini Dato Mohd Othman - Penasihat

    En. Jamal Khair Bin Hashim - Ketua Pengarang

    En. Amran Bin Hasan

    En. Shanmugam Supramaniam

    Pn. Siti Aminah Bt. Ramli

    Pn. Afaf Ruhi Bt. Abdul Fattah

    Pn. Siti Noraini Bt. Md. Isa

    En. Kamal Bin Karim

    Cik Ratna Dewi Bt. Abdul Rahman

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    22Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    RUJUKAN

    Akta Makanan 1983, Malaysia

    Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Malaysia

    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Malaysia

    Food Hygiene Basic Text. Codex Alimentarius. Third Edition. 2003

    Garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP), Kementerian Kesihatan Malaysia.2007

  • GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    iBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

    GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN

    MAKANAN (PJKM AM)

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    2010

    Bahagian I : Garis panduan am dan senarai semak bagi membantupengusaha dalam pelaksanaan program jaminan keselamatan

    makanan di kilang / premis

    BAHAGIAN1

    GARIS PANDUAN PROGRAM JAMINANKESELAMATANMAKANAN (PJKM AM)

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI

    MAKANANKEMENTERIAN

    KESIHATAN MALAYSIA 2010

    Bahagian I : Garis panduan am dan senarai semak bagi membantu pengusaha dalam pelaksanaan program jaminan keselamatan

    makan di kilang / premis

    BAHAGIAN I

    BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2010

    Aras 3, Blok E7, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    PutrajayaTel : 03-8883 3558 Fax : 03-8889 3815

    http://fsq.moh.gov.my

    Hak Cipta 2010 Kementerian Kesihatan Malaysia Copyright 2010 Ministry of Health Malaysia