27

Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk
Page 2: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk
Page 3: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonan Konsolidasi Program Pengajian Pascasiswazah Mod Penyelidikan

Garis panduan ini menerangkan proses dan prosedur serta dokumen yang perlu dilengkapkan bagi

permohonan untuk proses konsolidasi program pengajian mod penyelidikan (program sarjana mod

penyelidikan dan kedoktoran). Dokumen yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke Pusat Jaminan

Kualiti (Kualiti UKM) untuk semakan kecukupan. Bagi memastikan program yang dibuat konsolidasi

menepati kriteria jaminan kualiti yang ditetapkan, permohonan tersebut akan dinilai oleh panel

penilai yang dilantik dalam kalangan kakitangan akademik mengikut bidang program yang dipohon.

Proses permohonan konsolidasi Program Pengajian Pascasiswazah Mod Penyelidikan adalah seperti

berikut (rujuk Jadual 3.1 Proses dan Prosedur Permohonan Konsolidasi Program Pengajian):

1. Fakulti/Institut mengemukakan cadangan konsolidasi program pengajian (permohonan

mengikut Garis Panduan Konsolidasi Program Pengajian UKM, 2015, Standard Program dan

menyemak kelestarian, kerelevanan, isu, cabaran dan penilaian program).

2. Fakulti/Institut berhubung dengan Ketua Jaminan Kualiti di Fakulti/Institut masing-masing

untuk mendapatkan khidmat nasihat semasa penyediaan dokumentasi bagi memastikan

dokumentasi tersebut memenuhi keperluan yang ditetapkan.

3. Cadangan konsolidasi program pengajian yang telah lengkap dibawa ke Mesyuarat

Fakulti/Institut yang dipengerusikan oleh Dekan/Pengarah yang bertanggungjawab

menyemak penyediaan kemudahan, sumber manusia, kewangan dan lain-lain.

4. Selepas cadangan konsolidasi program tersebut dipersetujui oleh Mesyuarat Fakulti/Institut,

dokumen tersebut dihantar kepada Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM).

5. Kualiti UKM bertanggungjawab menyemak kecukupan dokumen permohonan mengikut

Garis Panduan Konsolidasi Program Pengajian UKM, 2015 dan dokumen sokongan yang

meliputi minit Mesyuarat Fakulti/Institut serta laporan Jawatankuasa/Panel Penasihat

Program bagi program yang belum disemak mengikut tempoh kitaran program. Sekiranya

tidak lengkap, Kualiti UKM akan memulangkan semula kepada Fakulti/Institut untuk

dilengkapkan.

6. Jika dokumen lengkap, Kualiti UKM melantik ahli panel penilai untuk membentuk Panel

Penilai (JKPP).

7. JKPP bertanggungjawab menyemak dokumen yang dihantar sama ada memenuhi keperluan

COPPA, Standard Program dan Garis Panduan konsolidasi Program Akademik UKM, 2015.

Sekiranya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, Panel Penilai memaklumkan kepada

Kualiti UKM keperluan yang perlu dilakukan penambahbaikan. Proses ini berulang sehingga

kriteria tersebut dipenuhi dan Panel Penilai mengemukakan laporan untuk diserahkan

kepada Kualiti UKM.

8. Kualiti UKM mengemukakan laporan JKPP kepada Jawatankuasa Perancangan dan

Perkembangan Akademik (JPPA) untuk memperakukan cadangan konsolidasi program

pengajian tersebut kepada Senat.

LAMPIRAN A

Page 4: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

9. JPPA bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab memperakukan cadangan konsolidasi

program pengajian berdasarkan kepada laporan JKPP. Jika tidak diperakukan, JPPA

mengembalikan laporan tersebut kepada Kualiti UKM untuk disemak semula oleh Panel

Penilai.

10. Setelah diperakukan oleh JPPA, cadangan konsolidasi program pengajian tersebut

dikemukakan kepada Senat untuk kelulusan. Jika tidak diluluskan, Urus Setia Senat akan

mengembalikan cadangan tersebut kepada Kualiti UKM yang memaklumkan keputusan

tersebut kepada JPPA.

11. Apabila cadangan konsolidasi program pengajian diluluskan oleh Senat, cadangan tersebut

akan dikemukakan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk kelulusan peruntukan

sumber manusia dan kewangan, serta kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk

makluman.

12. Kualiti UKM akan memasukkan maklumat program yang telah diluluskan oleh Senat ke

dalam Sistem UKM-QR.

Page 5: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

Mula

Fakulti/Institut Melengkapkan dokumen cadangan konsolidasi

program pengajian. mendapatkan khidmat nasihat dan semakan

berkaitan penjaminan kualiti program pengajian

daripada Ketua Jaminan Kualiti di Fakulti/Institut.

Fakulti/Institut Pembentangan cadangan konsolidasi program

untuk kelulusan Mesuarat Fakulti/Institut. Menyerahkan dokumen cadangan konsolidasi

program yang telah diluluskan kepada Kualiti

UKM

KUALITI UKM Semakan kesukupan/penjaminan kualiti

Dokuman Lengkap/ Tiada Pembetulan

Fakulti/Institut Pembetulan

Ya

Tidak

KUALITI UKM Lantik Panel Penilai

Panel Penilai Menyemak dokumen dan mengemukakan laporan

penilaian

Memenuhi keperlluan bidang/UKM/MQA

Tidak

KUALITI UKM Mengemukakan laporan penilaian JKPP untuk perakuan JPPA

Perakuan JPPA

Fakulti/Institut Pembetulan

Kelulusan Senat

Tidak

Ya

Ya Tidak

Urus Setia Senat Menghantar makluman penawaran

program kepada KPT

Fakulti/Institut Menawarkan program kepada calon

pelajar

Tamat

t

6 B

ula

n

3 B

ula

n

(an

ggar

an t

emp

oh

tin

dak

an s

ekir

anya

tia

da/

min

imu

m p

emb

etu

lan

ole

h

Faku

lti/

Inst

itu

t)

Jadual 3.1 Proses dan Prosedur Permohonan Konsolidasi Program Pengajian

KUALITI UKM Memasukkan maklumat program ke

dalam UKM-QR

Page 6: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

A. Ringkasan Eksekutif

Sila sediakan Ringkasan Eksekutif seperti format berikut:

JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PERKEMBANGAN AKADEMIK (JPPA)

RINGKASAN EKSEKUTIF CADANGAN PROGRAM PENGAJIAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. FAKULTI /INSTITUT YANG MEMOHON

2. BIDANG TUJAHAN FAKULTI/INSTITUT

3. TUJUAN

4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DIPOHON

5. PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN

6. SESI PENGAJIAN PROGRAM AKADEMIK

DIMULAKAN

7. JANGKA MASA PENGAJIAN DAN KAEDAH

PENYAMPAIAN

8. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

AKADEMIK

9. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN

PROGRAM

10. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

11. STRUKTUR PROGRAM

12. UNJURAN PELAJAR

Tahun 20__ 20__ 20__ 20__ 20__

Pengam-

bilan

Enrolmen

Page 7: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

Keluaran

13. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

14. IMPLIKASI KAKITANGAN, FIZIKAL DAN

KEWANGAN

(a) Implikasi Kakitangan;

(b) Implikasi Fizikal;

(c) Implikasi Kewangan.

15. PROGRAM PENGAJIAN YANG SEDANG

DITAWARKAN DI FAKULTI/INSTITUT

YANG MEMOHON

i. Program pengajian yang sedang ditawarkan.

ii. Program mobiliti/kerjasama yang ditawarkan

(jika berkaitan).

iii. Program pengajian yang dicadangkan untuk

konsolidasi.

16. KEAHLIAN DAN ULASAN

JAWATANKUASA/PANEL PENASIHAT

PROGRAM TERHADAP PROGRAM

PENGAJIAN YANG DIPOHON

(a) Keahlian Jawatankuasa/Panel Penasihat

Program;

(b) Ulasan Jawatankuasa/Panel Penasihat

Program (pengecualian kepada program

yang disemak mengikut tempoh kitaran

program).

17. TARIKH PROGRAM DILULUSKAN (a) Jawatankuasa/Panel Penasihat Program

(pengecualian kepada program yang

disemak mengikut tempoh kitaran

program);

(b) Mesyuarat Fakulti/Institut;

(c) Senat;

(d) Lembaga Pengarah Universiti.

18. KESIMPULAN/SYOR

Page 8: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

B. Kertas Cadangan Konsolidasi Program

1. FAKULTI/INSTITUT YANG MEMOHON

Nyatakan Fakulti/Institut yang memohon program.

2. BIDANG TUJAHAN FAKULTI/INSTITUT

Nyatakan bidang tujahan Fakulti/Institut yang memohon program.

3. TUJUAN

Nyatakan tujuan Kertas Cadangan.

4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DIPOHON

i. Nyatakan nama program dan nama ijazah yang akan dianugerahkan.

ii. Nyatakan sama ada ijazah perlu diiktiraf oleh mana-mana badan profesional.

5. PERINGKAT PENGAJIAN DAN MOD PENGAJIAN

Nyatakan peringkat pengajian, sama ada sarjana atau kedoktoran dan tahap MQF bagi program akademik yang dipohon. Contoh: Sarjana, MQF Tahap 7.

6. SESI PENGAJIAN PROGRAM AKADEMIK DIMULAKAN

Nyatakan semester dan sesi pengajian program akademik akan dimulakan. Contoh: Semester I Sesi 2013/2014 (September 2013).

7. JANGKA MASA PENGAJIAN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN

i. Nyatakan jenis pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa serta

jangkamasanya dalam semester dan tahun.

ii. Nyatakan kaedah pengendalian program.

iii. Nyatakan kaedah penyampaian sama ada konvensional, jarak jauh atau dalam talian

atau lain-lain.

8. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM AKADEMIK

Justifikasi yang dikemukakan boleh merangkumi rasional berikut:

i. Keperluan tenaga manusia dalam bidang kepakaran yang diperlukan oleh negara;

Page 9: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

i. Perkembangan dan perubahan teknologi.

ii. Justifikasi lain.

9. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

i. Nyatakan rasional dan tujuan program diwujudkan.

ii. Nyatakan Matlamat dan Objektif Pendidikan Program.

i. Nyatakan kesesuaian (i) dan (ii) dengan visi, misi dan matlamat pendidikan Universiti

serta aspirasi negara dan kepentingan global.

10. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

i. Nyatakan tahap kompetensi yang akan ditunjukkan oleh pelajar di akhir program,

seperti penguasaan pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk ICT, daya intelek,

dari segi menyelesaikan masalah, membuat keputusan secara kreatif, ketrampilan,

praktikal, kebolehan berkomunikasi, berfikir secara kritikal, sikap dan akhlak sebagai

warganegara yang bertanggungjawab serta keupayaan meningkatkan kebolehan diri.

Untuk program profesional seperti Kejuruteraan, Perubatan, Seni Bina, Undang-undang,

Perakaunan dan sebagainya, Hasil Pembelajaran Program adalah seperti yang

disyaratkan oleh Badan Profesional masing-masing.

ii. Tunjukkan kaitan antara kompetensi pada akhir program (Hasil Pembelajaran Program)

dengan kompetensi yang akan diperolehi dalam alam pekerjaan (Objektif Pendidikan

Program). Pastikan Hasil Pembelajaran Program digubal mengikut tahap kelayakan di

dalam Kerangka Kelayakan Malaysia, iaitu Aras 7 untuk Ijazah Sarjana dan Aras 8

untuk Ijazah Kedoktoran. Bagi menyokong perkara ini, sediakan Jadual Matriks seperti

di lampiran berikut:

(a) Lampiran 10.1: Contoh Pemetaan antara Hasil Pembelajaran Program dengan

Objektif Pendidikan Program;

(b) Lampiran 10.2: Contoh Pemetaan antara Objektif Pendidikan Program dengan

Matlamat Pendidikan UKM;

(c) Lampiran 10.3: Contoh Pemetaan antara Hasil Pembelajaran Program (HPP) dan

Tahap Kelayakan Aras 7 atau 8 (Jika HPP berbeza dengan hasil pembelajaran aras

tersebut)1.

11. STRUKTUR PROGRAM

i. Berikan sinopsis program yang ditawarkan.

1 Rujuk Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran, MQA (2013).

Page 10: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

ii. Untuk program yang mempunyai kursus, nyatakan sinopsis kursus dan lampirkan

senarai buku teks/rujukan (rujuk Lampiran 11.1).

iii. Nyatakan kandungan dan struktur program:

Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk memahami konsep,

prinsip, dan kaedah bagi pembelajaran program tersebut;

Huraikan prinsip yang dijadikan panduan dalam mereka bentuk kurikulum

program.

iv. Nyatakan penilaian/pemarkahan program dan pengurusan peperiksaan.

Huraikan kekerapan dan kaedah penilaian termasuk kriteria lulus/gagal dan

penganugerahan ijazah.

Huraikan mekanisme dinamik untuk meningkatkan kualiti program dari segi

struktur, fungsi, strategi dan aktiviti program.

12. UNJURAN PELAJAR

Nyatakan unjuran pelajar dari segi bilangan pengambilan,enrolmen dan keluaran (graduan)

untuk tempoh lima tahun.

13. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

i. Nyatakan keperluan kelayakan asas

ii. Nyatakan keperluan dan kemahiran prasyarat serta syarat / kelayakan lain jika

diperlukan.

iii. Nyatakan syarat khas Fakulti/Institut/Program.

iv. iv. Jelaskan sama ada terdapat kursus khas bagi mereka yang terpilih tetapi tidak

memenuhi kriteria kemasukan.

v. Sebarang syarat lain mengikut mengikut KelulusanSenat/Syarat Am dan Khusus.

14. IMPLIKASI KAKITANGAN, FIZIKAL DAN KEWANGAN

i. Implikasi Kakitangan :

Organisasi Fakulti/Institut/Pusat.

Senaraikan tenaga akademik yang terlibat dengan program pengajian.

Nyatakan jumlah tenaga pengajar sedia ada untuk program pengajian yang

dipohon beserta kelayakan,kepakaran dan kemahiran serta kesepadanan

kelayakan dan kepakaran dengan bidang pengajian (lampirkan nama). Nyatakan

bilangan tambahan tenaga pengajar yang diperlukan bagi tempoh lima (5) tahun .

Page 11: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

Nyatakan jumlah kakitangan sokongan sedia ada dan unjuran – rujuk

Lampiran 14.1.

ii. Implikasi Fizikal:

Kemudahan-kemudahan fizikal/makmal/peralatan dan lain-lain yang sedia ada

dan tambahan yang diperlukan bagi tempoh lima tahun – rujuk Lampiran 14.2.

iii. Implikasi Kewangan:

Keperluan peruntukan pembangunan program;

Keperluan peruntukan mengurus (termasuk emolumen kakitangan) bagi tempoh

lima tahun;

Nyatakan sama ada terdapat kemudahan lain yang menyokong kepada

keberkesanan program.

15. PROGRAM PENGAJIAN YANG SEDANG DITAWARKAN DI FAKULTI/INSTITUT YANG

MEMOHON

i. Nyatakan program-program pengajian yang sedang ditawarkan.

ii. Nyatakan program mobiliti/kerjasama yang ditawarkan (jika berkaitan).

iii. Nyatakan program pengajian yang dicadangkan untuk konsolidasi.

16. KEAHLIAN DAN ULASAN2 JAWATANKUASA/PANEL PENASIHAT PROGAM TERHADAP

PROGRAM YANG DIPOHON

Senaraikan keahlian Jawatankuasa Penasihat Fakulti/Institut/Program atau Lembaga

Pengajian dan sertakan ulasan dan minit mesyuarat.

17. TARIKH PROGRAM DILULUSKAN

Nyatakan tarikh program diluluskan oleh pihak-pihak berikut:

(a) Jawatankuasa/Panel Penasihat Program2;

(b) Mesyuarat Fakulti/Institut;

(c) Senat;

(d) Lembaga Pengarah Universiti.

18. KESIMPULAN/SYOR

Nyatakan kesimpulan/syor ke atas cadangan program.

2 Pengecualian kepada program yang disemak mengikut tempoh kitaran program.

Page 12: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

C. Kriteria Tambahan untuk Akreditasi Sementara (pengecualian untuk

program lama yang telah mendapat Akreditasi Penuh)

Bahagian ini meliputi maklumat dan kriteria yang menerangkan secara spesifik tentang program

yang akan ditawarkan. Ia diadaptasi daripada standard-standard terpilih yang disenaraikan di dalam

Kod Amalan Akreditasi Program dan Standard Program untuk Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara

Penyelidikan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Ia juga disesuaikan untuk tujuan

penilaian dalaman yang terfokus kepada keperluan semasa peringkan reka bentuk suatu program

dan peringkat awal pelaksanaan program, antaranya kepada reka bentuk dan penyampaian

kurikulum, penilaian pelajar, pemilihan dan khidmat sokongan pelajar, serta pentadbiran dan

pengurusan program.

Justeru, Kertas Cadangan ini perlu melampirkan laporan mengikut format berikut bagi

Fakulti/Institut menyatakan sejauh mana kriteria di bawah dipatuhi dan diamalkan.

1. REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM

1.1 Reka Bentuk Program dan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran

1.1.1 Proses untuk membangunkan struktur program, semakan dan penilaian yang

melibatkan staf akademik perlu ditakrifkan.

1.1.2 Program hanya diambil kira setelah mengenal pasti sumber untuk menyokong

program.

1.1.3 Program seharusnya berupaya meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran

analitis, di samping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.

1.1.4 Terdapat kepelbagaian dalam aktiviti akademik yang membantu pencapaian

hasil pembelajaran dan memastikan pelajar bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka.

1.2 Kandungan dan Struktur Kurikulum

1.2.1 Pelajar diberi pendedahan kepada konsep, prinsip dan kaedah penyelidikan

yang menyokong hasil program. Ini termasuklah untuk mengelakkan salah laku

penyelidikan seperti plagiat dan lain-lain.

1.2.2 Program dinilai secara berkala agar sentiasa setanding dengan perkembangan

saintifik, teknologi dan pengetahuan, di samping memenuhi keperluan

masyarakat.

1.2.3 Fakulti dan jabatan perlu membangunkan mekanisme untuk capaian maklumat

masa nyata (real-time) dan mengenal pasti bidang berkepentingan terkini

melalui penggunaan teknologi terkini dan jaringan global.

Page 13: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

1.3 Pengurusan Program

1.3.1 Pelajar mesti dibekalkan dengan maklumat bertulis terkini mengenai tujuan,

rangka, hasil pembelajaran dan kaedah penilaian program.

1.3.2 Pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang berkaitan dengan

pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklum balas pelajar

adalah jelas.

1.3.3 Jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai-pegawai akademik utama

termasuk penyelaras yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana,

memantau dan menambahbaik program menggunakan sumber yang

secukupnya melalui prosedur yang telah dibangunkan dinyatakan.

1.3.4 Proses penyemakan dan penilaian program dijalankan dan keputusan penilaian

digunapakai untuk menjamin kualiti program mencapai aras 7 bagi program

sarjana dan aras 8 bagi program kedoktoran. Penilaian perlu melibatkan penilai

luar program.

1.3.5 Fakulti dan Jabatan menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat

menyemai budaya penyelidikan.

1.4 Hubungan dengan Pihak Berkepentingan Luar

1.4.1 Pihak berkepentingan yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan

program adalah dikenal pasti serta bentuk penglibatan pihak berkepentingan

dijelaskan.

2. PENILAIAN PELAJAR

2.1 Hubungan Penilaian dan Pembelajaran

2.1.1 Prinsip, kaedah dan amalan penilaian diselarikan dengan hasil pembelajaran

dan kandungan program melalui kaedah penilaian iaitu penilaian formatif

(berterusan) dan penilaian sumatif (penilaian di akhir semester).

2.1.2 Penilaian pelajar perlu selaras dengan Tahap Kelayakan dan lapan domain Hasil

PembelajaranMQF.

2.1.3 Jabatan perlu memantau penilaian pelajar untuk mengurangkan lebihan

bebanan kurikulum dan menggalakkan pembelajaran bersepadu.

2.1.4 Fakulti dan Jabatan perlu memastikan sikap-sikap yang wajar dipupuk dan

dinilai, contohnya menghormati kepelbagaian sosio-budaya, sensitif terhadap

hak orang lain, keberkesanan kos, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang

hayat. Untuk memastikan sikap tersebut diterap dan dinilai, pelajar diperlukan

untuk mematuhi garis panduan etika penilaian.

Page 14: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

2.2 Kaedah Penilaian

2.2.1 Kaedah penilaian pelajar perlu dijelaskan dari segi jangka masa, kepelbagaian,

pemberatan, kriteria, dan liputannya dan bagaimana penilaian inididokumenkan

dan disampaikan kepada pelajar.

2.2.2 Proses dan prosedur perlu didokumenkan dan boleh dicapai oleh pelajar.

2.2.3 Fakulti dan Jabatan perlu memastikan kebolehpercayaan, kesahan dan

kesesuaian kaedah penilaian, melalui pembentukan Jawatankuasa Pemeriksa

Tesismengikut keperluan program dan juga peraturan yang telah dibangunkan.

2.2.4 Kaedah penilaian perlu disemak semula secara berkala dengan mengambilkira

maklum balas daripada pihak berkepentingan luar dan dalam, dan pemeriksa

luar.

2.3 Pengurusan Penilaian Pelajar

2.3.1 Autoriti yang bertanggungjawab terhadap dasar penilaian dan terma-terma

rujukan dinyatakan dengan jelas.

2.3.2 Fakulti dan Jabatan bertanggungjawab terhadap dasar penilaian dan terma-

terma rujukan. Perlu ada jawatankuasa dan proses bagi:

(a) pengesahan dan pemurnian bagi penilaian sumatif;

(b) penandaarasan standard akademik bagi proses penilaian.

2.3.3 Fakulti dan Jabatan perlu ada autoriti yang bertanggungjawab untuk

memastikan kerahsiaan dan keselamatan proses penilaian pelajar dan rekod

akademik diselenggara.

2.3.4 Prestasi dan keputusan penilaian sumatif dan formatif perlu diberikan kepada

pelajar melalui mekanisme yang bersesuaian

2.3.5 Fakulti dan Jabatan perlu memberikan maklumbalas kepada pelajar tentang

prestasi akademik untuk memastikan mereka mempunyai masa yang cukup,

bagi mengambil tindakan pembetulan.

2.3.6 Prestasi penilaian dan segala keputusannya disampaikan kepada pelajar.

2.3.7 Fakulti dan Jabatan perlu membangunkan mekanisma bagi rayuan terhadap

keputusan peperiksaan lisan.

2.3.8 Fakulti dan Jabatan perlu mempunyai mekanisma untuk menyemak dan

melaksanakan kaedah-kaedah baru bagi penilaian.

Page 15: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

3. PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR DI FAKULTI DAN INSTITUT

3.1 Staf Pentadbiran dan Pengurusan

3.1.1 Struktur staf pentadbiran yang menyokong program adalah jelas.

3.1.2 Bilangan yang diperlukan dan yang sedia ada, kategori jawatan dan kelayakan

minimum staf bukan akademik untuk program ini dikenal pasti – lihat Jadual 1.

Jadual 1 Staf bukan akademik untuk program

Kategori Jawatan Bilangan Semasa

Bilangan

Diperlukan

Kelayakan Minimum

1.

2.

3.

4.

3.1.3 Nama, kelayakan akademik, tanggungjawab semasa dan maklumat lain yang

berkenaan bagi setiap staf yang membantu dalam program ini disenaraikan.

3.1.4 Proses dan tatacara pengurusan disiplin staf adalah jelas.

Page 16: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN

KERTAS CADANGAN KONSOLIDASI PROGRAM PENGAJIAN

(MOD PENYELIDIKAN)

Page 17: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN 10.1 Contoh Pemetaan antara Hasil Pembelajaran Program dengan Objektif

Pendidikan Program

Hasil Pembelajaran

Program (HPP)

OP

P1

:

OP

P2

:

OP

P3

:

OP

P4

:

OP

P5

:

OP

P6

:

HPP 1:

HPP 2:

HPP 3:

HPP 4:

HPP 5:

HPP 6:

HPP 7:

HPP 8:

HPP 9:

Objektif Pendidikan

Program (OPP)

Page 18: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN 10.2 Contoh Pemetaan antara Objektif Pendidikan Program dengan Matlamat

Pendidikan UKM

MPUKM 1: Siswazah

beraspirasi kebangsaan

MPUKM 2: Siswazah

berkompeten

MPUKM 3: Siswazah berdaya

saing dan inovatif

OPP 1:

OPP 2:

OPP 3:

Objektif

Pendidikan

Program (OPP)

Matlamat

Pendidikan UKM

(MPUKM)

Page 19: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN 10.3 Matriks hubungan Tahap Kelayakan MQF (contoh: Aras 7 bagi Ijazah Sarjana) dan Hasil Pembelajaran Program (HPP)

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

Perincian Tahap Kelayakan Aras 7 HP

P 1

HP

P 2

HP

P 3

HP

P 4

HP

P 5

HP

P 6

1 Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap

sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan.

2 Mengguna pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan

bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

3 Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks.

4 Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad,

mengambilkira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan.

5 Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar

dengan jelas.

6 Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.

Page 20: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN 11.1 Contoh Maklumat Kursus

(1) Kod Kursus : PPPY6283

(2) Nama Kursus : Kaedah Penyelidikan

(3) Kredit : 3

(4) Taraf Kursus : Wajib Fakulti

(5) Sinopsis:

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan konsep penyelidikan dalam Pengajian Islam,

kaedah menulis cadangan penyelidikan, kaedah menjalankan penyelidikan dan kaedah

menulis manuskrip penyelidikan. Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dan etika

penyelidikan, pengenalan kepada kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan

masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan

kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan

data, penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut

Panduan Gaya UKM. Kursus ini juga memperkenalkanSPSS dan NVivo sebagai alat

penganalisisan data. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan berupaya untuk menulis

cadangan penyelidikan, menjalankan penyelidikan empirikal dan menghasilkan sebuah

manuskrip ilmiah yang ditulis secara sistematik.

(6) Pra-Keperluan:

Tiada.

(7) Rujukan:

Bamberger, M. 2000. Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development

Projects. Washington, D.C.: The World Bank.

Neuman, W.L. 1991. Social Research Methods – Qualitative and Quantitative

Approaches.Boston: Allyn and Bacon.

al-Dughmi, Mohammad Rakkan. 1997. Asalib al-Bahth al-cIlmi wa Masadir al-Dirasah al-

Islamiyyah. Amman: Maktabah al-Risalah.

Ahmad Sunawari Long. 2010. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:

Jabatan Usuluddin dan Falsafah.

Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Edisi Semak Kedua.

Bangi: Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 21: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

(8) Matriks Hasil Pembelajaran:

Bil. Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)

Taks

on

om

i

Hasil Pembelajaran Program3

(HPP)

Pengajaran Pentaksiran

HP

P 1

HP

P 2

HP

P 3

HP

P 4

HP

P 5

HP

P 6

HP

P 7

1. Berkebolehan untuk menerangkan falsafah penyelidikan dalam Islam dan pendekatannya dalam penyelidikan.

C3 X Perbincangan Kumpulan Kecil

Sorotan Literatur

2. Berkemampuan dalam menjalankan penyelidikan dan menyiapkan disertasi atau tesis.

A4 X Kuliah Interaktif

Penulisan Proposal

3. Berkebolehan menganalisis data kualitatif dan kuantitatif.

P5 X Tutoran Analisis data menggunakan aplikasi SPSS/Nvivo

4. Berkeupayaan melakukan sintesis terhadap pelbagai sumber maklumat dan data.

C5 X Tutoran Interpretasi Data Hasil Kajian

3 Rujuk HPP yang disenaraikan di dalam Seksyen A.10 dan Seksyen B.10

Page 22: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

(9) Rancangan Pembelajaran:

Minggu Topik Perbincangan

Kumpulan Kecil Kuliah

Interaktif Tutoran Belajar Kendiri

Jumlah Jam Belajar

1 Konsep Penyelidikan dalam Pengajian Islam, Tajuk dan Proposal Kajian

- 1 - 2 3

2 Pernyataan Masalah,Persoalan Kajian, Hipotesis dan Objektif - 1 1 4 6

3 Metodologi:Rekabentuk Kajian Kuantitatif dan Kualitatif 1 1 1 6 9

4 Metodologi:Pemilihan Lokasi dan Sampel 1 1 - 4 6

5 Metodologi:Pengumpulan Data Kuantitatif dan Kualitatif-Pembinaan Soal Selidik dan Temu Bual

1 1 - 4 6

6 Metodologi: Analisis Aplikasi SPSS - 1 - 1 2

7 Metodologi: Analisis Aplikasi Nvivo - 1 - 1 2

8 Pelan tempatan dan keterlibatan pihak berkepentingan 1 1 1 6 9

9 Model analitikal dan intiutif. Penilaian alam sekitar dan visual 1 1 1 6 9

10 Infrastruktur pengangkutan, MSMA 1 1 1 6 9

11 Kajian kes - - - 10 10

12 Kajian kes - - - 10 10

13 Kajian kes - - - 10 10

14 Kajian kes - - - 10 10

15 - 17 Peperiksaan - - - 20 20

Jumlah Jam Pembelajaran per Semester 6 10 5 100 121

Jumlah Jam Nosional yang diperlukan 120

Jumlah Kredit 3.025

Page 23: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

(10) Pentaksiran:

Bil.

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)

Pada akhir semester ini pelajar berupaya:

HP

P/T

akso

no

mi Komponen Pentaksiran

Sorotan Literatur

Penulisan Proposal

Analisis data menggunakan

aplikasi SPSS/NVivo

Interpretasi Data Hasil

Kajian

1. Berkebolehan untuk menerangkan falsafah penyelidikan dalam Islam dan pendekatannya dalam penyelidikan.

1C3

20

2. Berkemampuan dalam menjalankan penyelidikan dan menyiapkan disertasi atau tesis.

4A4 30

3. Berkebolehan menganalisis data kualitatif dan kuantitatif.

2P5 20

4. Berkeupayaan melakukan sintesis terhadap pelbagai sumber maklumat dan data.

6C5

30

JUMLAH/ TOTAL 20 30 20 30

Page 24: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN 14.1 Staf Akademik dan Staf Sokongan

A. Maklumat ringkas berkenaan setiap staf akademik yang terlibat mengendalikan program:

Jadual 1 Ringkasan maklumat staf akademik yang terlibat dalam program

Nama dan jawatan staf

akademik

Status lantikan

(sepenuh masa,

separuh masa,

kontrak, dll.)

Kewarga-negaraan

Modul diajar dalam

program

Modul diajar dalam

program lain

Kelayakan Akademik Pengalaman Kerja

Kelayakan, Lapangan

Pengkhususan, Tahun

Pengijazahan

Nama institusi dan negara

yang menganuge-

rah

Jawatan yang

dipegang Majikan

Tahun perkhidmatan

(mula dan akhir)

1.

2.

3.

Sertakan biodata setiap staf akademik yang mengajar program ini, dengan perkara berikut:

i. Nama Penuh ii. Kelulusan Akademik

iii. Keahlian Profesional Semasa iv. Tanggungjawab Pengajaran dan Pentadbiran Semasa v. Pengalaman Kerja

vi. Persidangan dan Latihan vii. Penyelidikan dan Penerbitan

viii. Perundingan ix. Khidmat Masyarakat x. Maklumat lain yang berkaitan

B. Maklumat ringkas berkenaan setiap staf sokongan yang terlibat mengendalikan program:

Jadual 2 Ringkasan maklumat staf sokongan yang terlibat dalam program

Nama Jawatan Kelayakan Penempatan

1.

2.

3.

Page 25: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk

LAMPIRAN 14.2 Senarai Kemudahan Fizikal

Kemudahan Semasa

Unjuran Penambahan

Tahun 1 Tahun 2

Bil. Kapasiti Lokasi Bil. Kapasiti Bil. Kapasiti

1 Dewan Kuliah

2 Bilik Tutorial

3 Bilik Perbincangan

4 Kemudahan Klinikal

5 Makmal dan Bengkel

- Makmal penyelidikan

- Makmal Komputer

- Makmal Sains

- Makmal Bahasa

- Bengkel Kejuruteraan

- Bengkel Pemprosesan

- Bengkel Pembuatan

- Studio

- Lain-lain

6 Perpustakaan danPusat Sumber

7 Ruang Sosial Pelajar

8 Kemudahan-kemudahan lain

Page 26: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk
Page 27: Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. Nyatakan kandungan dan struktur program: Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk