22
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN BENTUK KELUARGA PADA MASA KINI Antara faktor yang mempengaruhi perubahan keluarga pada masa kini ialah pengecilan saiz keluarga. Pada masa kini, ramai wanita yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. M ereka banyak menghabiskan masa untuk belajar dan tidak memberikan tumpuan kepada pem betukan keluarga. Apabila semakin meningkat usia, tahap kesuburan wanita semakin menurun dan hal ini akan menyebabkan saiz keluarga bertambah kecil kerana mereka berkahwin pada umur yang agak lewat iaitu dalam 30-an ke atas. Wanita tidak digalakkan untuk mengandung pada usia 40 tahun bagi mengel akkan sebarang komplikasi terhadap anak berlaku. Pendidikan yang diterima pula kadang -kala memberi kesan kepada sesetengah wanita iaitu mereka mesti mempunyai suami yang jauh lebih baik sistem pendidikannya kerana tidak mahu pendapatannya melebihi suami. Hal ini akan menjejaskan sistem kekeluargaan yang ingin dibina dan berlakulah pengecilan saiz keluarga berbanding dahulu. Selain itu, faktor yang mempengaruhi perubahan keluarga pada masa kini ialah peningkatan bilangan ibu yang bekerja. Dahulu, ibu lebih sinonim berada di rumah dan menyelesaikan segala tanggungjawab untuk menjaga rumah dan anak - anak. Perhatian juga boleh diberikan sepenuhnya kepad a anak-anak dan suami. Namun kini, ibu bapa yang bekerja amat sibuk dengan tugasan di tempat kerja malah apabila pulang ke rumah, mereka sudah terlalu penat dan tiada masa diluangkan bersama suami. Suami isteri juga jarang berinteraksi dan hal ini menyebabkan keluarga kini kian hambar dan tidak mengambil berat tentang pasangan. Kesannya, anak-anak akan rasa terabai malah tanggungjawab sebagai isteri juga sudah berkurang memandangkan m ereka turut bersama -sama untuk menambahkan pendapatan keluarga. Perubahan ini berlaku seiring dengan tahap pendidikan yang diterima oleh kaum wanita. Penceraian juga banyak berlaku kini. Kebiasaannya, penceraian berlaku disebabkan umur yang terlalu muda dan hal ini turut mempengaruhi perubahan keluarga masa kini. Sememangnya, dahulu ramai juga yang berkahwin pada usia muda tetapi mereka sudah cukup m atang kerana dide dahkan dengan pelbagai kemahiran rumah tangga. Selain itu, wanita juga mempunyai ekonomi yang kukuh

FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 1/22

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN BENTUK KELUARGA

PADA MASA KINI

Antara faktor yang mempengaruhi perubahan keluarga pada masa kini ialah

pengecilan saiz keluarga. Pada masa kini, ramai wanita yang mempunyai taraf 

pendidikan yang tinggi. Mereka banyak menghabiskan masa untuk belajar dan tidak

memberikan tumpuan kepada pembetukan keluarga. Apabila semakin meningkat

usia, tahap kesuburan wanita semakin menurun dan hal ini akan menyebabkan saiz

keluarga bertambah kecil kerana mereka berkahwin pada umur yang agak lewat

iaitu dalam 30-an ke atas. Wanita tidak digalakkan untuk mengandung pada usia 40

tahun bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap anak berlaku. Pendidikan

yang diterima pula kadang-kala memberi kesan kepada sesetengah wanita iaitu

mereka mesti mempunyai suami yang jauh lebih baik sistem pendidikannya kerana

tidak mahu pendapatannya melebihi suami. Hal ini akan menjejaskan sistem

kekeluargaan yang ingin dibina dan berlakulah pengecilan saiz keluarga berbanding

dahulu.

Selain itu, faktor yang mempengaruhi perubahan keluarga pada masa kini

ialah peningkatan bilangan ibu yang bekerja. Dahulu, ibu lebih sinonim berada di

rumah dan menyelesaikan segala tanggungjawab untuk menjaga rumah dan anak -

anak. Perhatian juga boleh diberikan sepenuhnya kepad a anak-anak dan suami.Namun kini, ibu bapa yang bekerja amat sibuk dengan tugasan di tempat kerja

malah apabila pulang ke rumah, mereka sudah terlalu penat dan tiada masa

diluangkan bersama suami. Suami isteri juga jarang berinteraksi dan hal ini

menyebabkan keluarga kini kian hambar dan tidak mengambil berat tentang

pasangan. Kesannya, anak-anak akan rasa terabai malah tanggungjawab sebagai

isteri juga sudah berkurang memandangkan mereka turut bersama -sama untuk

menambahkan pendapatan keluarga. Perubahan ini berlaku seiring dengan tahap

pendidikan yang diterima oleh kaum wanita.

Penceraian juga banyak berlaku kini. Kebiasaannya, penceraian berlaku

disebabkan umur yang terlalu muda dan hal ini turut mempengaruhi perubahan

keluarga masa kini. Sememangnya, dahulu ramai juga yang berkahwin pada usia

muda tetapi mereka sudah cukup matang kerana didedahkan dengan pelbagai

kemahiran rumah tangga. Selain itu, wanita juga mempunyai ekonomi yang kukuh

Page 2: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 2/22

dan boleh menampung perbelanjaan hidup sendiri. Me reka tidak lagi memerlukan

lelaki dalam semua perkara. Hal ini menyebabkan masing -masing membawa haluan

sendiri dan mengambil keputusan untuk berpisah. Dahulu semamangnya kaum

wanita agak bergantung kepada lelaki namun perubahan pemikiran, keberanian

untuk berubah serta mempunyai semangat yang tinggi akhirnya menjadikan wanita

kini lebih berdikari. Sistem kekeluargaan akan turut berubah apabila penceraian

berlaku.

Page 3: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 3/22

FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga. Pada usia 22 tahun ini, saya

telah melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan dan saya boleh lihat dengan

jelas bahawa keluarga mempunyai fungsi tersendiri. Antara fungsi utama keluarga

bagi saya adalah kasih sayang. Pada pendapat saya, kasih sayang merupakan

segalanya-galanya dan ia merupakan salah satu nikmat yang sangat berharga. Saya

amat menghargai kasih sayang yang diberikan oleh keluarga.

Sejak saya di tadika lagi, ibu dan ayah saya tidak pernah lupa menyambut

hari lahir saya. Setiap kali hari jadi semasa saya di tadika dan sekolah rendah,

mereka sentiasa menyediakan makanan untuk diberikan kepada rakan-raka sekelas

saya. Pada tahun 2006 iaitu hari lahir ke-12 saya, mereka menjemput rakan-rakan

saya dan kami membuat jamuan ringan. Saya berasa amat dihargai di dalam

keluarga.

Semasa saya di tahun 5, saya mengalami kemalangan dan terpaksa bercuti

selama seminggu kerana jari saya mempunyai keretakan. Ibu dan ayah saya tidak

perah leka menjaga saya. Mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap saya.

Saya bersyukur kerana tidak sakit terlalu lama.

Sebelum memasuki Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, saya pernah

menuntut di MRSM Pontian di Johor. Apabila saya mengadu tentang kerja -kerja

harian di sekolah, ibu tidak jemu-jemu menasihatkan saya dan memberi motivasi

kepada saya. Ayat yang selalu digunakan ialah ³ Sesenang air di daun keladi, harap -

harap semuanya mudah bagi adik.´ Itulah ayat yang mesti dituturkan apabila saya

meminta nasihat ibu saya. Kasih sayang yang diberikan cukup mendalam sehingga

saya sangat bermotivasi untuk belajar dengan lebih bersemangat.

Pernah pada suatu ketika, saya begitu menginginkan kek. Walaupun dalam

perjalanan ke Putrajaya bagi menghadiri sambutan kemerdekaan ke 50, ibu sayatelah meminta abang saya berhenti semata-mata untuk memenuhi keinginan saya.

Apabila difikirkan kembali, saya berasa amat terharu dengan perhatian dan kasih

sayang yang diberikan.

Page 4: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 4/22

S mbut ri ir«

Page 5: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 5/22

 

Page 6: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 6/22

Selain kasih sayang, keluarga saya juga berfungsi untuk menyediakan

pendidikan yang terbaik bagi saya. Melalui pendidikan, saya melihat bahawa ibu

bapa saya telah memberikan pendidikan yang terbaik bagi saya. Pendidikan yang

utama bagi keluarga saya adalah pendidikan agama. Se jak kecil lagi, saya dihantar 

kepada ustaz yang boleh mengajar saya membaca Al-Quran. Saya diajar sehingga

saya lancar membacanya sehingga sekarang. Saya juga menghadiri sekolah dua

sesi iaitu sekolah kebangsaan pada sesi pagi dan sekolah agama pada sesi p etang.

Pada pendapat saya, kedua-dua aliran ini penting dalam mendidik saya menjadi

seorang insan yang seimbang.

Selain menghadiri kelas biasa, saya juga mengikuti tuisyen untuk PMR dan

juga belajar berkaitan komputer. Walaupun saya dalam keluarga yang sederhana,

ayah saya berusaha untuk menyediakan pendidikan yang sempurna.

Semasa ditawarkan untuk menjadi pelajar di MRSM pontian, ibu agak berat

hati dan bertanya kembali adakah saya sanggup untuk pergi belajar di Johor 

memandangkan Johor agak jauh dari Selangor dan akan memakan masa lebih

kurang 5 hingga 7 jam. Apabila saya ingin bersekolah di sana, ibu akur dan

memberikan restu dan sepenuh sokongan untuk saya. Ibu dan ayah sanggup

berjauhan dari saya asalkan saya mendapat pendidikan yang terbaik.

Seterusnya, saya juga sempat belajar di Kolej Matrikulasi Perak dan sayaamat gembira serta tenang belajar di sana. Namun, apabila permohonan kali kedua

untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru diterima, keluarga sangat menyokong saya

untuk pergi belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang dulu dikenali

sebagai Maktab Perguruan Ulu Kinta. Keluarga saya mengatakan bahawa guru

merupakan kerja yang terjamin. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk saya

dan saya bersetuju walaupun pada mulanya agak berat apabila kursus yang

ditawarkan sangat berbeza dengan kemahiran saya. Saya memohon opsyen

matematik sebagai pilihan pertama namun saya akur, say a bakal menjadi guruprasekolah, muzik dan pendidikan jasmani.

Selain pendidikan berbentuk formal, keluarga ju ga ada mendidik saya cara

menghormati orang, cara melayan orang lain, perkara yang perlu dibuat apabila

orang datang ke rumah dan juga mendidik saya tentang menjaga solat 5 waktu

sehari semalam. Pendidikan ini berlagsung secara tidak formal. Saya masih ingat

Page 7: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 7/22

ketika  aya  erumur  tahun, i u  menyuruh  aya  ersembahyang  an  saya 

menangis-nangis  kerana ti ak  mahu  bersembahyang. Ibu  mengatakan  bahawa 

syaitan ber tepuk tangan kerana saya melakukan perkara yang ti ak baik iaitu ti ak 

mahu bersembahyang. Saya berasa takut an menger jakan sembahyang. Sejak itu,

saya akan sembahyang  an menjaga waktu solat. Saya juga i i ik untuk berhenti

melakukan ker ja apabila telah masuk waktu sembahyang.

mb r me erim pe i i w l

S Po ti : Jo or (2004-2005)

Page 8: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 8/22

Kolej tri ul i Per i ope (2006)

 

I titut Pe i i uru Kampu Ipo (2006-2011

Page 9: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 9/22

Keluarga juga berfungsi menyediakan ek n mi yang diperlukan. Keluarga saya

menyediakan keperluan seperti makanan dan minuman. Keperluan dari segi

makanan dan minuman sentiasa dipenuhi malah kadang kala agak berlebihan.

Ketika saya pulang ke kampung halaman, saya akan disajikan dengan makanan

yang berkhasiat, sedap dan pelbagai contohnya ikan siakap masam manis, kerabu

mangga, sotong goreng tepung, dan sayur-sayuran. Menu akan sangat pelbagai

apabila adik beradik saya yang lain berkumpul di rumah. Apabila saya pulang ke

kampung, ibu dan ayah saya selalu memberi duit untuk makanan dan duit belajar.

Ibu dan ayah akan selalu bertanya sama ada saya memerlukan apa-apa barang

untuk dibawa balik ke Ipoh.

Ibu bapa saya merupakan ibu bapa yang terbaik. Seboleh-bolehnya,

kemahuan saya akan dituruti tambahan pula saya anak yang terakhir. Semasa saya

tahun 3, saya pernah meminta kasut tumit tinggi yang saya lihat di pasaraya. Saya

sempat singgah di sebuah pasaraya dan saya amat teringin untuk memakai kasut

tumit setinggi 3 inci. Mungkin, saya begitu bersungguh-sungguh menghendakinya

dan ayah saya bersetuju untuk membelinya. Walaupun pada ketika itu, ekonomi

keluarga hanyalah sederhana memandangkan ayah saya bekerja sebagai seorang

pengawal.

Pada seawall usia 18 tahun, saya disahkan menghidap penyakit Thyroid .

Pada mulanya, saya berdaftar di hospital kerajaan tetapi ibu dan ayah saya sangat

risau dan berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta. Walaupun

ekonomi kami sederhana, namun ibu dan ayah saya sangat menitikberatkan

kesihatan dan akan memberi priority utama kepada masalah kesihatan terlebih

dahulu. Pengorbanan mereka terlalu besar kerana menyediakan doktor pakar untuk

saya. Sehingga sekarang, saya masih lagi makan ubat yang ditetapkan. Mereka

telah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mengubati penyakit saya.

Ibu dan ayah saya juga memperuntukkan sejumlah wang untuk anak -anak.Saya juga tidak mengetahui jumlah sebenar kerana setiap kali mereka mendapat

bonus, mereka akan memberikan sedikit kepada akaun anak -anak. Sehinggakan

adik beradik saya yang lain terkejut saya mempunyai wang sebanyak itu. Selain itu,

mereka juga ada membuka akaun Tabung Haji untuk sa ya dan tidak membenarkan

Page 10: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 10/22

saya mengusik duit tersebut. Dari segi ekonomi, keluarga saya bukan sahaja

memenuhi keperluan semasa malah turut memikirkan masa depan.

Fungsi lain yang pernah saya alami dalam keluarga saya adalah

menyediakan aktiviti r ekr easi. Sebenarnya, sejak saya kecil lagi, keluarga selalu

membawa saya bermandi-manda di Teluk Batik. Kami gemar ke sana sekeluarga

malah kadang-kala turut bersama-sama dengan keluarga mak cik saya yang

menetap di Teluk Intan. Bagi kami, berkelah boleh menenangkan kerana

pemandangan yang sangat cantik boleh dilihat. Kami lebih suka meluangkan masa

bersama dengan cara melancong atau melawat tempat-tempat bersejarah. Antara

tempat yang telah kami pergi ialah Teluk Batik, Cameron Highland, Bukit Tinggi di

Pahang, Langkawi, dan juga Tawau Sabah. Saya juga ada pergi ke tempat -tempat

permainan seperti di Time Square. Selain itu, saya dan keluarga juga pernah pergi

ke i-City di Shah Alam dan juga Eye on Malaysia.

Selain melancong, kadang kala, saya juga sempat melakukan aktiviti riadah

bersama kakak,abang, kakak ipar dan dan abang ipar. Malah, kadang-kala, anak

buah saya yang masih kecil juga ikut serta. Kami selalunya berjanji di satu tempat

dan µj ogging¶  bersama-sama. Saya rasa amat seronok dan berpedapat bahawa

riadah amat penting dalam menjaga kesihatan dan secara tidak langsung dapat

mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Berdasarkan pengalaman yang telah dilalui , fungsi utama keluarga bagi saya

ialah memberi kasih sayang, menyediakan pendidikan dan ekonomi sert a

menyediakan aktiviti rekreasi bagi menjamin kehidupan yang bermakna sepanjang

hayat.

Page 11: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 11/22

Tempat ang Per nah ilawati ber  ama Keluar ga 

M

E

L

A

K

A

T

E

L

U

K

B

A

T

I

K

Page 12: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 12/22

E e on  alaysia 

Cameron ighland 

Page 13: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 13/22

i i y di Shah Alam Selang r  

Page 14: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 14/22

GAYA KEIBUBAPAAN DALAM MENDIDIK ANAK DAN BAGAIMANA GAYA

TERSEBUT MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU DAN EMOSI

Saya telah memerhati gaya keibubapaan yang digunakan oleh Puan

Rinairyani Bt Ahmad dan Nor Azmi Sungip ke atas anaknya, Muhammad Nurirfa

Irsyad Bin Nor Azmi. Saya telah mengenalpasti tiga gaya keibubapaan yang

berbeza-beza contohnya autoritarian iaitu mengawal ketat akan tingkah laku anak.

Permisif pula menggambarkan gaya keibubapaan yang bersifat terbuka dan bebas.

Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang bersifat autoritatif iaitu tegas dan bersifat

terbuka. Setelah membuat pemerhatian kepada corak keibubapaan yang digunakan

oleh Puan Rinairyani dan Encik Nor Azmi, ternyata gaya yang digunakan lebih

cenderung kepada gaya keibubapaan permisif. Antara ciri-cirinya ialah komunikasi

terbuka, kurang kawalan, tidak menggunakan kekerasan, memberikan kebebasan,

memenuhi permintaan anak dan juga boleh menerima idea yang diutarakan oleh

anaknya.

Sepanjang saya, mereka tidak terlalu garang dan bersifat terbuka dalam

mendidik anak-anak. Ibu dan ayahnya mengamalkan komunikasi terbuka dengan

anak-anak. Mungkin pada pendapat orang luar, cara mereka berinteraksi agak kasar 

tetapi sudah menjadi adat orang Jawa menggunakan panggilan µAku¶, dan µKau¶.Ibunya juga boleh mendengar masalah yang diceritakan Irfam sekiranya ada. Ibu

dan ayahnya juga tidak kisah sekiranya Irfan ingin bergurau dan bermain dengan

mereka kerana bagi mereka komunikasi amat penting dalam membentuk

perkembangan anak mereka. Antara kesan apabila ibu bapa tidak meletakkan had

dalam komunikasi ialah dikhuatiri Irfan t idak tahu adab dengan orang tua tetapi dari

sudut emosinya, Irfan akan stabil dan tenang memandangkan dia mempunyai

tempat untuk bercerita, berkongsi idea, dan juga tempat bergurau senda.

Walaupun mengamalkan komunikasi terbuka, ayah dan ibunya kurang

menekankan tingkah laku baik anak. Mereka hanya menegur ³Jangan!´ , ³Tak

boleh.´ dan lain-lain tanpa menyatakan sebab apa tingkah laku itu disekat atau

dihalang. Mereka tidak menerangkan akibat dari pada sesuatu tingkah laku dan hal

ini sebenarnya membuatkan Irfan tidak mengetahui sebab yang kukuh mengapa

tingkah lakunya disekat. Apabila tingkah laku yang tidak baik tidak ditegur, kesannya

Page 15: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 15/22

akan kelihatan kepada tingkah laku anak tersebut. Contohnya, apabila Irfan

bergaduh, ibunya tidak menegur malah membiarkan sahaja Irfan bergaduh. Hal ini

akan memberikan satu persepsi bahawa pergaduhan itu bukan suatu masalah dan

ia bukan tingkah laku negatif kerana orang lain tidak menegur kesalahan tersebut.

Sekiranya tidak ditegur segera, Irfan boleh bertindak agresif apabila tidak berpuas

hati dengan seseorang malah emosinya turut terganggu dan mungkin boleh bersifat

pendendam.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, ibu dan ayahnya memberikan

kebebasan kepada anaknya malah tidak kisah sekiranya Irfan duduk seharian

dengan neneknya. Hal ini tidak menjadi masalah pada mereka memandangkan

rumahnya dan rumah nenek hanya mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit

sahaja. Dia juga tidak kisah dengan aktiviti yang dila kukan oleh Irfan kerana

beranggapan kanak-kanak perlu diberikan ruang untuk meneroka dunia mereka

sendiri. Kesannya kepada tingkah laku Irfan ialah Irfan lebih berani untuk mencuba,

bebas meneroka, mempunyai pelbagai pengalaman serta mempunyai emosi yang

stabil serta fleksibel mengikut masa dan situasi. Kanak-kanak amat sukakan

kebebasan dan ruang yang cukup harus disediakan oleh orang dewasa.

Semasa pemerhatian dijalankan, saya tidak dapat melihat sebarang bentuk

kekerasan kepada Irfan. Oleh itu, saya boleh menyatakan bahawa ayah dan ibu

Irfan tidak atau kurang menggunakan kekerasan. Mereka tidak mendenda,

memukul, mencubit atau merotan tetapi mereka lebih suka untuk bermain dengan

psikologi Irfan. Contohnya, kadang-kala ibunya merajuk apabila Irfan berting kah laku

negatif. ³Adik nak ikut jalan-jalan tak? Kalau nakal-nakal, ibu tak nak kawan adik.´

Kesan yang dapat saya lihat melalui gaya keibubapaan ini ialah anak -anak akan

mudah memberi kerjasama apabila ibu bapa tidak menggunakan kekerasan. Anak

juga mendapat peluang untuk membuat perubahan secara perlahan -lahan. Emosi

mereka juga tidak terganggu dan mereka akan lebih berupaya untuk mengeka lkan

tingkah laku yang diingini oleh ibu bapa. Emosinya akan berkembang dengan baik

kerana tidak perlu menghadapi sebarang tekanan ataupun penderaan.

Selain itu, gaya permisif juga dikatakan melayani dan memenuhi kehendak.

Ibunya berusaha memenuhi kehendak anaknya iaitu meminta makanan dan mainan.

Walaupun begitu, terdapat juga permintaan yang tidak dipenuhi kerana tidak

Page 16: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 16/22

mempunyai kepentingan dalam perkembangannya. Irfan suka membeli mainan

seperti kereta, motor dan lain-lain. Walaupun stok alat permainan banyak di rumah,

namun ibunya tetap memenuhi kehedaknya asalkan coraknya berbeza. Gaya ini

iaitu melayani kehendak amat memberi kesan negatif kepada anak tersebut kerana

apabila keinginannya sentiasa dipenuhi, dia tidak dapat membezakan antara

kehendak dengan keperluan. Selain itu, anak yang diasuh begini berpotensi untuk

bersifat ego iaitu orang lain perlu tunduk pada permintaannya. Kesannya kepada

emosi Irfan pula ialah dia akan sentiasa merasakan segala kehendaknya perlu

dipenuhi dan dari sudut emosi, dia akan berasa puas apabila mendapat apa yang

diinginkan.

Irfan juga diberikan kebebasan mengatur aktiviti iaitu hendak pergi ke pasar,

bermain di taman permainan atau bersiar-siar serta apa jua cadangan aktiviti. Irfan

akan diberikan masa untuk berfikir tentang aktiviti yang ingin dilakukan. Kesan

daripada kebebasan memilih aktiviti kesukaan ialah dia boleh menjadi lebih kreatif,

berfikiran luas dan mencapah, serta berani menyatakan pendapat yang sesuai. Dia

juga akan sentiasa tenang dan mempunyai emosi yang terkawal atau gembira

kerana diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

Sebagai kesimpulannya, ibu dan ayahnya mengamalkan corak keibubapaan

permisif iaitu pendidikan bebas dan terbuka. Gaya keibubapaan ini mempunyai

kesan positif dan juga kesan negatif yang tersendiri terhadap tingkah laku dan juga

emosi anak.

Page 17: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 17/22

TINGKAH LAKU NEGATIF IRFAN YANG MEMPENGARUHI GAYA

KEIBUBAPAAN DAN ADANGAN GAYA KEIBUBAPAAN YANG SESUAI BAGI

IRFAN

Tingkah laku negatif Muhammad Nurirfan Irsyad ialah dia tidak tahu

mengekspresikan perasaan marah atau dia akan melakukan tindakan yang agresif 

ketika marah. Irfan akan mengamuk, menjerit-jerit malah memaksa orang lain

menuruti kehendaknya sehinggalah ia dipenuhi. Dia juga kadang-kala memukul,

menghentak-hentak kaki atau mengamuk ketika baring dan menghentak-hentakkan

badannya.

Sebenarnya, ibu dan ayahnya tidak mahu mencari masalah dengan bertindak

kasar dengannya. Oleh itu, mereka berlembut dan selalu menuruti kehendak Irfan.

Mereka perlu berusaha supaya permintaan Irfan dipenuhi dengan cepat. Ibu dan

ayahnya tidak mahu mengongkong kebebasan anaknya kerana tidak mahu Irfan

lebih memberontak. Mereka juga mempunyai pendirian tersendiri dalam memberi

didikan kepada anak mereka iaitu dengan mendekati dan menasihati serta

berbincang secara terbuka dengan anak. Mereka berpendapata bahawa cara terbaik

dalam memberi didikan kepada anak adalah dengan memberi kebebasan

sewajarnya kepada anak untuk berkembang secara holistik.

Pada pendapat saya, setiap ibu bapa akan mencuba untuk mendidik anak

dengan cara yang terbaik namun saya ingin mengutarakan cadangan bagi gaya

keibubapaan yang lebih sesuai dengan Irfan iaitu gaya keibubapaan autoritatif. Ibu

bapa Irfan perlu lebih tegas dalam mendidik anak bagi mengelakkannya terlalu

manja. Walaupun mempunyai sifat tegas, mereka masih perlu bersedia mendengar 

pandangan Irfan. Mereka juga perlu bertolak ansur mengikut keadaan dan anak

dididik dengan penuh kemesraan.

Kemesraan juga termasuk dalam kasih sayang. Ibu dan ayahnya perlu

memberikan kasih sayang secara konsisten kepada Irfan supaya dia yakin bahawa

orang terdekat dengannya amat menyayanginya dan menghargainya. Bagi mendidik

Irfan menggunakan gaya keibubapaan autoritatif, ibu dan ayahnya perlu mempunyai

peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak. Walaubagaimanapun, syarat -syarat yang

Page 18: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 18/22

ditetapkan perlulah dibincang dengan lebih awal dengan anak. Peraturan yang telah

dipersetujui perlulah dilaksanakan dengan tegas supaya tidak berlaku kekeliruan

kepada anak. Ayah dan ibu berperanan untuk bersikap realistik terhadap

kemampuan anak anda seiring dengan perkembangan umurnya. Hal ini penting agar 

ibu dan ayah tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi atau tidak realistik. Harapan

tidak realistik dikhuatiri boleh menyumbang tekanan ke atas anak -anak.

Pengurusan disiplin yang salah boleh membawa implikasi kepada anak-anak

terutama dari segi kognitif, emosi dan tingkah laku. Disiplin sebenarnya melibatkan

langkah pencegahan dan pemulihan. Langkah pencegahan termasuklah pengajaran

dan latihan untuk membina kebolehan anak serta penyediaan sempadan bertingkah

laku. Pemulihan pula bertujuan membetulkan tingkah laku negatif dan membantu

anak supaya tidak mengulangi tingkah laku yang jelas bertentangan dengan normamasyarakat dan agama. Peraturan sepatutnya diwujudkan sejak di peringkat awal

lagi. Ini boleh dimulakan dengan membuat peraturan -peraturan yang mudah.

Peraturan perlu dilaksanakan secara konsisten dan tidak bersikap berat sebelah.

Selain itu, ibu dan ayah Irfan juga perlu menujukkan komitmen yang tidak

berbelah bagi supaya anak juga boleh mendapat inspirasi dan motivasi daripada

sikap ibu dan ayahnya. Sebagai ibu dan ayah, mereka perlu mengambil tahu tentang

apa yang dikehendaki oleh anak. Permintaan yang diutarakan boleh dipenuhi tetapi

perlu sesuai dengan anak. Dari segi komitmen juga, ibu dan ayah sebenarnya perlu

meluangkan masa untuk mengenali rakan-rakan anak. Melalui cara ini, mereka

boleh megetahui dengan siapa anak mereka berkawan.

Ibu dan ayah seharusnya menjadi orang pertama yang menegur kesalahan

anak. Sebagai ibu bapa, meurut gaya autoritatif, ibu bapa perlulah peka dengan

tingkah laku yang dipamerkan oleh anak kerana apabila tingkah laku negatif 

ditunjukkan, ibu da ayah seharusnya memberi teguran membina kepada anak.

Mereka perlu menerangkan konsekuen yang bakal menimpa sekiranya tingkah laku

yang ditunjukkan tidak dihapuskan.

Komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. Walaupun ibu dan

ayah Irfan bersikap terbuka dan bebas, namun dikhuatiri perbualan atau interaksi

yang berjalan adalah tidak berkualiti. Bagi memperbaik inya, ibu bapa perlu

Page 19: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 19/22

menekankan kepentingan penggunaan masa. Interaksi juga bukan hanya perlu

apabila timbul konflik sahaja tetapi mereka perlu melatih anak untuk menghargai

kejayaan anak.

Secara keseluruhannya, gaya keibubapaan yang digunakan adalah

bergantung kepada tingkah laku yang ditunjukkan anak. Sekiranya gaya

keibubapaan yang sesuai dan tepat digunakan, anak akan berkembang dengan

persekitaran yang membina dan positif.

Tingkah lak nega if yang di nj kkan

Page 20: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 20/22

REFLEKSI KENDIRI

Disediakan leh Si i N r  annah B Ahmad

N . Kad Pengenalan 88 73 3

Apabila saya mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan

projek ini sesuatu kajian ringkas yang menarik memandangkan saya perlumengenalpasti fungsi utama keluarga yang saya pernah alami sendiri. Tugasan ini

memerlukan kejujuran memandangkan ia merupakan perkara yang pernah dialami

dalam kehidupan. Keluarga saling melengkapi dan kejayaan seorang anak amat

bergantung pada gaya atau pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak -anak.

Antara kelebihan yang telah dikenalpasti ialah saya sedar dan amat

bersyukur kerana masih dikurniakan keluarga yang bahagia iaitu keluarga yang

selalu memberi dorongan tanpa jemu dan perhatian serta kasih sayang yang tidak

berbelah bagi. Apabila saya menghuraikan isi berkaitan kasih sayang, saya begitu

terharu sehingga menitiskan air mata dan menele fon keluarga untuk menenangkan

diri. Tugasan ini membuatkan saya sedar tentang segala maksud tersirat yang

dilakukan oleh keluarga ke atas saya selama ini.

Selain itu, tugasan ini juga membuka mata saya betapa besar pengorbanan

ayah yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan saya mendapatkan

pendidikan yang terbaik. Sebelum ini, mungkin terdapat juga rungutan daripada saya

berkaitan pendidikan yang diterima namun setiap tempat yang saya pergi tetap akan

memberikan saya sesuatu iaitu untuk bersikap leb ih matang dan berdikari.

Saya juga sedar bahawa keluarga selalu menyediakan keperluan asas malah

amat mengambil berat kesihatan saya. Sebenarnya, saya sudah jemu untuk makan

ubat setiap hari tetapi apabila saya membuat tugasan ini, saya berasa bersalah

Page 21: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 21/22

kerana tidak menjaga diri sendiri sedangkan keluarga telah menyediakan khidmat

doktor pakar untuk saya. Saya tidak boleh membuat mereka risau akan kesihatan

saya lagi.

Antara kelemahan yang saya telah kenalpasti, saya mendapati agak sukar 

sebenarnya untuk mengenalpasti gaya atau pendekatan keibubapaan yang

digunakan. Hal ini adalah kerana ibu dan ayah yang diperhatikan kadang -kala

menunjukkan gaya yang berubah-ubah. Namun, saya mengatasi masalah ini

dengan mengenalpasti kecenderungan yang lebih banyak berkaitan ketiga -tiga gaya

iaitu authoritarian, permisif dan autoritatif. Saya membuat pemerhatian berdasarkan

satu gaya sahaja pada satu masa bagi mendapatkan keputusan yan g jitu.

Saya juga menghadapi masalah untuk memberi cadangan gaya keibubapaan

yang sesuai memandangkan saya sendiri tidak dapat menjangkakan tingkah laku

dan emosi anak apabila ibu dan ayahnya menggunakan gaya atau pendekatan yang

berbeza. Walaupun saya sudah sedia maklum tentang gaya yang terbaik iaitu gaya

autoritatif namun saya juga agak khuatir sekiranya gaya tersebut tidak sesuai

dengan anak. Setiap anak memerlukan pendekatan yang berbeza -beza dan saya

mengatasi masalah ini dengan membuat penambahbaikan berdasarkan apa yang

kurang dari gaya permisif. Contohnya, gaya permisif terlalu memberikan kebebasan

dan saya menghadkan kebebasan kepada perkara yang perlu sahaja dengan

menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi.

Sepanjang membuat pemerhatian, kadang -kala ibu dan ayahnya kurang

memberikan kerjasama kerana bimbang tentang laporan yang bakal ditulis. Mereka

juga melihat kembali gambar-gambar yang telah diambil kerana sangat bimbang

saya membuat laporan yang negatif ke atas anaknya. Walaupun begitu, saya

meyakinkan mereka bahawa ini hanyalah kajian untuk melihat sejauh mana

keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dalam mendidik anak -anak. Apabila

saya menerangkan bahawa hanya pensyarah yang akan membacanya danmaklumat disimpan dengan baik, dia bersetuju dan mula memberikan kerjasama.

Melalui seluruh kajian yang dijalankan, saya menyedari bahawa komunikasi

sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan. Melalui komunikasi, orang

yang sedang marah boleh bertukar tenang, orang yang sedang sedih boleh kembali

Page 22: FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

8/7/2019 FUNGSI UTAMA KELUARGA YANG PERNAH DIALAMI DALAM KEHIDUPAN

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-utama-keluarga-yang-pernah-dialami-dalam-kehidupan 22/22

tersenyum dan orang yang lalai boleh disedarkan. Komunikasi antara ahli keluarga

amat penting dalam membentuk perkembangan sihat anak-anak.

Sebagai guru, saya juga perlu mengetahui kaedah yang sesuai dalam

meneruskan pendidikan awal oleh ibu bapa. Akhir kata, gaya keibubapaan

sebenarnya memberikan impak yang amat besar kepada perkembangan anak-anak

kerana tingkah laku dan emosi yang digambarkan oleh anak -anak merupakan

cermin kepada cara kita mendidiknya. Pada saya, guru dan ibu bapa tidak jauh

bezanya.

Sebagai penutup, Saya tertarik dengan kata -kata terjemahan yang dipetik

daripada Dorothy Law Notle dan saya ingin berkongsinya di sini.

´J ika anak dibesarkan dengan celaan, dia belaj ar memaki.  

J ika anak dibesarkan dengan permusuhan,  dia belaj ar berkelahi. 

J ika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belaj ar rendah diri.  

J ika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belaj ar menyesali diri.  

J ika anak dibesarkan dengan toleransi,  dia belaj ar menahan diri.  

J ika anak dibesarkan dengan dorongan,  dia belaj ar percaya diri. 

J ika anak dibesarkan dengan celaan, dia belaj ar memaki. 

J ika anak dibesarkan dengan puj ian,  dia belaj ar menghargai.  

J ika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,  dia belaj ar keadilan. 

J ika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belaj ar menaruh kepercayaan. 

J ika anak dibesarkan dengan dokongan,  dia belaj ar menyayangi dirinya.  

J ika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,  

dia belaj ar menemukan cinta dalam kehidupan.