9
6 9. Menterjemah Nama Bahan Kimia Bahasa Asing kepada Bahasa Kebangsaan 1 Muhammad Nasri, 2 Vijayaletchumy Subramaniam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putera Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia 2 E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama-nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Dalam kajian ini nama-nama bahan kimia dalam bahasa kebangsaan adalah nama-nama bahan kimia bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana ia sesuai dengan responden yang merupakan rakyat Malaysia dan sedang menerima pendidikan di Universiti Putra Malaysia dalam bidang sains kimia. Manakala, nama bahan kimia dalam bahasa asing pula adalah nama bahan kimia bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang agak dominan dalam pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian ini memberikan data empirik yang terkini tentang kemampuan golongan mahasiswa tersebut dalam menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada nama bahan kimia dalam bahasa kebangsaan. Data ini kemudiannya dianalisis berdasarkan beberapa pengelasan dan kategori yang bersangkutan dengan senarai bahan kimia yang telah diberikan kepada responden. Berdasarkan data dan analisis dalam kajian ini, kelemahan dan kelebihan golongan mahasiswa tersebut dapat diteliti. Ia juga dapat membantu dari sudut maklumat dalam menyusun langkah dan strategi bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang mampu menjadi penterjemah yang unggul serta menyumbang kepada menghasilkan karya-karya terjemahan bidang sains kimia yang berkualiti tinggi dalam bahasa kebangsaan. Kata kunci: menterjemah, nama bahan kimia, bahasa kebangsaan, bahasa asing, bahasa Melayu, bahasa Inggeris. Pengenalan Kemampuan adalah satu kemahiran atau keahlian seseorang dalam melakukan sesuatu tindakan tertentu yang melibatkan penerapan keterampilan yang didukung oleh pengetahuan dan pandangan yang sesuai dengan keadaan yang ditetapkan (Amir, 2012). Terdapat beberapa kemampuan yang perlu ada pada seseorang individu ketika menghasilkan bahan bacaan bidang kimia dalam bahasa kebangsaan melalui aktiviti penterjemahan. Salah satu kemampuan utama yang perlu dimiliki oleh individu tersebut adalah kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Kemampuan ini sangat penting kerana ia melibatkan tiga keperluan ketika melakukan penterjemahan. Menurut Eneste (1995), antara keperluan ketika melakukan penterjemahan ialah (a) pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan, (b) pengetahuan dalam bahasa sumber dan (c) pengetahuan dalam bahasa sasaran. Dalam konsep kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, keperluan-keperluan tersebut dilambangkan oleh istilah (1) nama bahan kimia, (2) bahasa asing dan (3) bahasa kebangsaan. Istilah ‘nama bahan kimia’ merupakan istilah yang terdiri daripada kata ‘nama’, ‘bahan’ dan ‘kimia’. Kata ‘nama’ bermaksud ‘panggilan dan sebutan bagi barang’, manakala kata ‘bahan’ pula bermaksud ‘sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan’ (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Seterusnya, dalam kamus yang sama, kata ‘kimia’ pula ditakrifkan sebagai ilmu sains asas yang berkaitan dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena kimia (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Oleh itu, istilah nama bahan kimia ini boleh didefinisikan sebagai istilah-istilah khusus yang diberi dalam merangkum ciri-ciri yang dimiliki oleh sesuatu bahan yang digunakan bagi menerangkan fenomena kimia. Dalam konsep kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, istilah ‘nama bahan kimia’ ini dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam bidang yang ingin diterjemahkan, iaitu keperluan pengetahuan dalam bidang sains kimia. Hal ini selari dengan pandangan Sayle (2009) yang menyatakan bahawa penterjemahan nama bahan kimia secara tradisinya memerlukan kepakaran yang khusus dalam bidang kimia.

full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

  • Upload
    vananh

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

6

9. Menterjemah Nama Bahan Kimia Bahasa Asing kepada Bahasa Kebangsaan 1Muhammad Nasri, 2Vijayaletchumy Subramaniam

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putera Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia

2E-mel: [email protected]

ABSTRAK Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama-nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Dalam kajian ini nama-nama bahan kimia dalam bahasa kebangsaan adalah nama-nama bahan kimia bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana ia sesuai dengan responden yang merupakan rakyat Malaysia dan sedang menerima pendidikan di Universiti Putra Malaysia dalam bidang sains kimia. Manakala, nama bahan kimia dalam bahasa asing pula adalah nama bahan kimia bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang agak dominan dalam pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian ini memberikan data empirik yang terkini tentang kemampuan golongan mahasiswa tersebut dalam menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada nama bahan kimia dalam bahasa kebangsaan. Data ini kemudiannya dianalisis berdasarkan beberapa pengelasan dan kategori yang bersangkutan dengan senarai bahan kimia yang telah diberikan kepada responden. Berdasarkan data dan analisis dalam kajian ini, kelemahan dan kelebihan golongan mahasiswa tersebut dapat diteliti. Ia juga dapat membantu dari sudut maklumat dalam menyusun langkah dan strategi bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang mampu menjadi penterjemah yang unggul serta menyumbang kepada menghasilkan karya-karya terjemahan bidang sains kimia yang berkualiti tinggi dalam bahasa kebangsaan. Kata kunci: menterjemah, nama bahan kimia, bahasa kebangsaan, bahasa asing, bahasa Melayu, bahasa Inggeris.

Pengenalan

Kemampuan adalah satu kemahiran atau keahlian seseorang dalam melakukan sesuatu tindakan tertentu yang melibatkan penerapan keterampilan yang didukung oleh pengetahuan dan pandangan yang sesuai dengan keadaan yang ditetapkan (Amir, 2012). Terdapat beberapa kemampuan yang perlu ada pada seseorang individu ketika menghasilkan bahan bacaan bidang kimia dalam bahasa kebangsaan melalui aktiviti penterjemahan. Salah satu kemampuan utama yang perlu dimiliki oleh individu tersebut adalah kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Kemampuan ini sangat penting kerana ia melibatkan tiga keperluan ketika melakukan penterjemahan. Menurut Eneste (1995), antara keperluan ketika melakukan penterjemahan ialah (a) pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan, (b) pengetahuan dalam bahasa sumber dan (c) pengetahuan dalam bahasa sasaran. Dalam konsep kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, keperluan-keperluan tersebut dilambangkan oleh istilah (1) nama bahan kimia, (2) bahasa asing dan (3) bahasa kebangsaan.

Istilah ‘nama bahan kimia’ merupakan istilah yang terdiri daripada kata ‘nama’, ‘bahan’ dan ‘kimia’. Kata ‘nama’ bermaksud ‘panggilan dan sebutan bagi barang’, manakala kata ‘bahan’ pula bermaksud ‘sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan’ (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Seterusnya, dalam kamus yang sama, kata ‘kimia’ pula ditakrifkan sebagai ilmu sains asas yang berkaitan dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena kimia (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Oleh itu, istilah nama bahan kimia ini boleh didefinisikan sebagai istilah-istilah khusus yang diberi dalam merangkum ciri-ciri yang dimiliki oleh sesuatu bahan yang digunakan bagi menerangkan fenomena kimia. Dalam konsep kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, istilah ‘nama bahan kimia’ ini dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam bidang yang ingin diterjemahkan, iaitu keperluan pengetahuan dalam bidang sains kimia. Hal ini selari dengan pandangan Sayle (2009) yang menyatakan bahawa penterjemahan nama bahan kimia secara tradisinya memerlukan kepakaran yang khusus dalam bidang kimia.

Page 2: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

7

Istilah ‘bahasa asing pula merujuk kepada bahasa selain bahasa ibunda, yang biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2013). Dalam kamus yang lain, perkataan ‘bahasa’ didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain), manakala perkataan ‘asing’ ditakrifkan sebagai berasal (datang) dari daerah atau negeri lain, bukan tempatan dan bukan anak negeri (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Berdasarkan dua ruas istilah tersebut, istilah ‘bahasa asing’ boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang asing bagi rakyat sesebuah negara dan tidak melambangkan identiti bangsa serta budaya bangsa yang dikongsi dan dimiliki oleh rakyat negara tersebut. Dalam konsep kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam bahasa sumber. Hal ini adalah kerana penterjemahan sesuatu bahasa sumber memerlukan pengetahuan dalam bahasa sumber tersebut (Ainon & Hassan, 2008).

Istilah ‘bahasa kebangsaan’ seterusnya dirujuk berdasarkan pandangan Asmah (1993) yang mendefinisikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan sesebuah negara. Pada masa yang sama, Nuraini (2005) berpendapat bahawa setiap bahasa yang telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan itu akan memainkan peranan yang tertentu bagi menggambarkan identiti sesebuah negara. Bahasa kebangsaan juga merupakan elemen paling penting yang menyatukan pelbagai kaum yang memiliki budaya yang berbeza-beza (Wan Hashim, 2011). Indhumathy (2013) pula merumuskan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti bangsa, kedaulatan sesebuah negara dan lambang penyatuan penduduknya. Selain itu, bahasa kebangsaan juga didefinisikan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan ramai oleh pendudukan dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang berlainan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Oleh itu, dalam kajian ini, bahasa kebangsaan adalah bahasa yang melambangkan identiti bangsa dan budaya bangsa yang dikongsi dan dimiliki oleh rakyat sesebuah negara. Dalam konsep kemampuan menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan merupakan bahasa sasaran dan istilah ‘bahasa kebangsaan’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam bahasa sasaran. Hal ini adalah kerana menurut Zuchridin dan Sugeng (2003), penghasilan sesuatu bahasa sasaran melalui penterjemahan memerlukan pengetahuan penterjemah dalam bahasa sasaran tersebut.

Memandangkan ketiga-tiga istilah dalam konsep kemampuan yang dibincangkan mempunyai kaitannya yang kuat dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu proses penterjemahan, maka kelemahan dan kelebihan yang dimiliki oleh penterjemah serta bakal-bakal penterjemah dalam bidang sains kimia dapat dilihat sekali gus melalui tahap kemampuan mereka dalam menterjemah nama bahasa kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Dengan mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada, masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan lebih mudah (Irmansyah, 1999). Oleh itu, sebagai langkah awal untuk melahirkan lebih ramai penterjemah yang pakar dalam bidang sains kimia daripada kalangan mahasiswa, satu kajian telah dirangka bagi mengenal pasti dan menganalisis tahap kemampuan pelajar menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Dengan menilai tahap tersebut, kelemahan dan kelebihan yang ada pada mahasiswa dapat diperlihatkan. Seterusnya, pengetahuan tentang kelebihan dan kelemahan tersebut dapat membantu memaksimumkan kemampuan dan bakat alami mahasiswa (Josephine, 2008).

Objektif Kajian

Untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan.

Metodologi Kajian Metodologi adalah ilmu mengenai cara mencapai tujuan (Roymond & Kep, 2009). Dalam sesuatu kajian, metodologi atau kaedah kajian merupakan aspek penting dalam memastikan objektif serta matlamat kajian dapat dicapai seperti yang telah dirancangkan (Zulzana, Mohamed & Roslina, 2014). Antara perkara yang menjadi sebahagian daripada metodologi sesuatu kajian adalah reka bentuk kajian itu sendiri. Hal ini adalah kerana Menurut Kerlinger (1973), penyediaan reka bentuk kajian

Page 3: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

8

dalam suatu penyelidikan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan. Oleh itu, kajian yang berbentuk kuantitatif secara deskriptif digunakan bagi mencari jawapan bagi persoalan-persoalan kajian ini. Sehubungan itu, kajian ini terbatas kepada matlamat serta objektif mengenal pasti dan menganalisis tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Tahap kemampuan mahasiswa ini akan dilihat daripada aspek-aspek yang berkait rapat dengan hubungan antara hasil terjemahan mahasiswa dalam bahasa kebangsaan dengan nama bahan kimia dalam bahasa asing yang akan diterjemahkan.

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang mahasiswa bidang kimia petroleum, 20 orang mahasiswa bidang kimia industri dan 20 orang mahasiswa bidang kimia tulen yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Oleh itu, jumlah kesemua sampel adalah seramai 60 orang mahasiswa dan mereka yang terdiri daripada tiga bidang ini merupakan pelajar tahun 4 (tahun akhir) bagi sesi 2014/2015. Kajian ini dijalankan di bilik dan dewan kuliah serta kawasan-kawasan lain di sekitar Universiti Putra Malaysia, kampus Serdang.

Menurut Sheffie (1991), instrumen berbentuk soal selidik merupakan pengganti diri penyelidik dan penyumbang di antara penyelidik dan sampel. Oleh itu, pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan instrumen kajian yang mengandungi 36 nama bahan kimia bahasa Inggeris yang terdapat dalam jadual berkala (periodic table) daripada format standard IUPAC (International Union of Pure and Applied Chemistry) dan Glosari Sains Untuk Sekolah daripada PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Senarai nama bahan kimia tersebut boleh dilihat dalam Lampiran 1. Nama-nama bahan kimia dalam instrumen tersebut akan diterjemahkan oleh mahasiswa kepada Bahasa Melayu. Nama bahan kimia dalam bahasa Inggeris dipilih sebagai istilah sumber dalam instrument kajian ini kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa asing yang paling dominan digunakan dalam pendidikan peringkat pengajian tinggi di Malaysia dan mahasiswa tempatan lebih arif menggunakan bahasa asing ini dalam pembelajaran sains kimia berbanding bahasa asing yang lain. Manakala istilah sasaran atau hasil terjemahan mahasiswa yang akan dinilai ialah nama bahan kimia dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan mahasiswa (sampel kajian). Hal ini sesuai dengan keperluan objektif kajian.

Seterusnya, hasil terjemahan mahasiswa disemak sama ada betul atau salah berpandukan maklumat daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam bahagian Glosari Sains Untuk Sekolah dan Istilah Malaysia (bidang kimia). Kemudian, hasil terjemahan-terjemahan yang betul akan dipersembahkan dalam bentuk peratus. Setelah itu, peratus-peratus tersebut diasingkan sebanyak dua peringkat. Pertama, pengasingan peratus berdasarkan dua kategori iaitu, kategori ‘Ejaan istilah sumber dan sasaran sama’ dan ‘Ejaan istilah sumber dan sasaran berbeza’. Pengasingan yang kedua adalah berdasarkan kategori ‘Bunyi istilah sumber dan sasaran sama’ dan ‘Bunyi istilah sumber dan sasaran berbeza’ bagi nama bahan kimia yang mempunyai ejaan bahasa sumber dan ejaan bahasa sasaran yang berbeza.

Rajah 1 Pengasingan peratus mengikut kategori Setelah pengasingan dilakukan, purata peratus bagi keempat-empat kategori tersebut dikira

dan dibandingkan supaya tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama bahan kimia bahasa asing kepada bahasa kebangsaan dapat dilihat dengan lebih jelas.

36 nama bahan kimia

Ejaan istilah sumber dan sasaran sama

Ejaan istilah sumber dan sasaran berbeza

Bunyi istilah sumber dan sasaran berbeza

Bunyi istilah sumber dan sasaran berbeza

Page 4: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

9

Dapatan Kajian

Demografi sampel Melalui analisis yang dilakukan terhadap instrument kajian yang telah edarkan, kesemua

mahasiswa yang merupakan pelajar tahun akhir (tahun 4) semester 7 dari Universiti Putra Malaysia yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian adalah sekitar umur 20 hingga 23 tahun. Kesemua mahasiswa-mahasiswa ini merupakan warganegara Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mereka terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Bidayuh, masing-masing seramai 45 orang, 13 orang, 1 orang dan 1 orang. Kumpulan tersebut juga terdiri daripada 42 orang mahasiswa lepasan matrikulasi, 6 orang pelajar lepasan asasi, 12 orang pelajar lepasan STPM dan tiada di antara mereka yang merupakan pelajar lepasan diploma. Walaupun sampel dipilih secara rawak, namun bilangan mahasiswa (sampel) berdasarkan bidang yang lebih khusus adalah terkawal, iaitu mahasiswa dalam bidang kimia tulen adalah seramai 20 orang, diikuti dengan mahasiswa dalam bidang kimia industri dan kimia petroleum, masing-masing adalah seramai 20 orang. Analisis Tahap Kemampuan Mahasiswa Dalam analisis ini, konsep ‘menterjemah nama bahan kimia bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu’ diungkapkan atau dinyatakan dalam bentuk akronim MNBKdBIkBM. Manakala, konsep ‘nama bahan kimia bahasa Inggeris’ dan ‘nama bahan kimia bahasa Melayu’ masing-masing adalah diungkapkan atau dinyatakan dalam bentuk akronim NBKBI dan NBKBM. 4.2.1 Ejaan Istilah Sumber dan Sasaran Sama

Rajah 2 Tahap kemampuan mahasiswa menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang sama dengan NBKBM

Berdasarkan Rajah 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemampuan mahasiswa

menterjemah nama bahan kimia Boron, Nitrogen dan Radon kepada bahasa Melayu bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang sama dengan NBKBM masing-masing adalah pada tahap 100.0 %. Manakala, dalam kategori yang sama, tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM yang paling rendah adalah kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia Aluminium pada tahap hanya 58.3%. Dari segi min tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang sama dengan NBKBM adalah pada tahap 93.3%.

Page 5: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

10

Ejaan Istilah Sumber dan Sasaran Berbeza

Rajah 3 Tahap kemampuan mahasiswa menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang berbeza dengan NBKBM

Berdasarkan Rajah 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemampuan mahasiswa

menterjemah nama bahan kimia Carbon dan Gold kepada bahasa Melayu bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang berbeza dengan NBKBM masing-masing adalah pada tahap 98.0 %. Tahap ini merupakan tahap yang paling tinggi dalam kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang berbeza dengan NBKBM. Manakala, dalam kategori yang sama, tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM yang paling rendah adalah kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia Manganese, iaitu pada tahap hanya 18.3%. Dari segi min tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai ejaan yang berbeza dengan NBKBM adalah pada tahap 70.4%. Ejaan ISu dan ISa Berbeza tetapi Bunyi ISu dan ISa Sama

Rajah 3.1 Tahap kemampuan mahasiswa menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang sama dengan NBKBM

Berdasarkan Rajah 3.1, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemampuan mahasiswa

menterjemah nama bahan kimia Carbon kepada bahasa Melayu dalam kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang sama dengan NBKBM adalah pada tahap 98.3 %. Tahap ini merupakan tahap yang paling tinggi dalam kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang sama dengan NBKBM. Manakala, dalam kategori yang sama, tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM yang paling rendah adalah kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia Phosphorus pada tahap hanya 60.0%. Dari segi min tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang sama dengan NBKBM adalah pada tahap 80.0%.

Page 6: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

11

Ejaan ISu dan ISa Berbeza tetapi Bunyi ISu dan ISa Berbeza

Rajah 3.2 Tahap kemampuan mahasiswa menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang berbeza dengan NBKBM

Berdasarkan Rajah 3.2, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemampuan mahasiswa

menterjemah nama bahan kimia Gold kepada bahasa Melayu bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang berbeza dengan NBKBM adalah pada tahap 98.3 %. Tahap ini merupakan tahap yang paling tinggi dalam kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang berbeza dengan NBKBM. Manakala, dalam kategori yang sama, tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM yang paling rendah adalah kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia Manganese, iaitu pada tahap hanya 18.3%. Dari segi min tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM bagi kategori menterjemah NBKBI yang mempunyai bunyi yang berbeza dengan NBKBM adalah pada tahap 58.0%.

Perbincangan

Berdasarkan keseluruhan dapatan kajian, tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa asing kepada bahasa kebangsaan dapat dilihat dengan jelas melalui tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu memiliki purata tahap yang berbeza-beza mengikut empat kategori yang telah dikemukakan, iaitu (i) ejaan istilah sumber dan sasaran yang sama, (ii) ejaan istilah sumber dan sasaran yang berbeza, (iii) bunyi istilah sumber dan sasaran yang sama dan (iv) bunyi istilah sumber dan sasaran yang berbeza. Perbezaan tersebut dapat dilihat dalam Rajah 5 di bawah:

Rajah 4 Perbezaan purata tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu

Berdasarkan Rajah 4, purata tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM bagi kategori ejaan istilah sumber dan sasaran sama (93.3%) adalah lebih tinggi daripada purata dalam kategori ejaan istilah sumber dan sasaran berbeza (70.4%). Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa lebih

Page 7: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

12

mahir menterjemah nama bahan kimia bahasa asing (bahasa sumber) yang mempunyai ejaan yang sama dengan nama bahan kimia bahasa kebangsaan (bahasa sasaran) berbanding menterjemah nama bahan kimia bahasa asing (bahasa sumber) yang mempunyai ejaan yang berbeza dengan nama bahan kimia bahasa kebangsaan (bahasa sasaran).

Selain itu, Rajah 4 turut menunjukkan bahawa purata tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBIkBM bagi kategori ejaan istilah sumber dan sasaran berbeza tetapi bunyi sama (80.0%) adalah lebih tinggi daripada purata dalam kategori ejaan dan bunyi istilah sumber dan sasaran berbeza (58.0%). Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa lebih mahir menterjemah nama bahan kimia bahasa asing (bahasa sumber) yang mempunyai bunyi yang sama dengan nama bahan kimia bahasa kebangsaan (bahasa sasaran) berbanding menterjemah nama bahan kimia bahasa asing (bahasa sumber) yang mempunyai bunyi yang berbeza dengan nama bahan kimia bahasa kebangsaan (bahasa sasaran).

Melalui penelitian pada Rajah 2, dapat dilihat bahawa terdapat tiga nama bahan kimia yang diterjemahkan dengan baik dan sempurna. Ketiga-tiga nama bahan kimia tersebut adalah nama bahan kimia Boron, Nitrogen dan Radon. Masing-masing mempunyai purata pencapaian sebanyak 100%. Kajian lanjut perlu dilakukan supaya dapat melihat punca dan faktor mahasiswa mencapai tahap yang sempurna bagi ketiga-tiga nama bahan tersebut. Jadual 1 Purata pencapaian dan tahap kemampuan mahasiswa MNBKdBAkBK

Bilangan Sampel 60 orang

Purata % Pencapaian Keseluruhan 78.9%

Secara keseluruhannya, kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama bahan kimia dalam

bahasa asing kepada bahasa kebangsaan adalah pada tahap yang tidak meyakinkan. Hal ini adalah kerana purata peratus pencapaian keseluruhan mahasiswa adalah sejumlah 80.0 peratus. Berdasarkan purata ini, dapat dianggarkan bahawa secara puratanya mahasiswa hanya dapat menterjemah 28 hingga 29 nama bahan kimia dengan betul dan bakinya adalah 7 hingga 8. Bilangan nama bahan kimia yang tidak dapat diterjemahkan dengan betul ini, sudah pastinya mampu mengundang kecacatan yang serius dalam sesuatu teks terjemahan bidang sains kimia.

Cadangan

Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya pihak universiti dan pihak-pihak yang berkaitan memberikan peluang serta pendedahan kepada mahasiswa yang mempelajari bidang sains kimia tentang aktiviti dan keperluan dalam bidang penterjemahan. Peluang dan pendedahan ini dapat meningkatkan kebolehan, kemahiran dan pengetahuan (ASK) mahasiswa dalam menterjemah istilah-istilah penting seperti nama bahan kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Bukan itu sahaja, malah peluang dan pendedahan ini juga adalah untuk pembangunan potensi mahasiswa. Hal ini adalah kerana menurut Zaidi dan Hanafiah (2006), sebagai langkah melahirkan bakal-bakal siswazah yang berkualiti, berketerampilan dan berdaya saing, mahasiswa perlu diberikan peluang dan pendedahan yang sesuai untuk mengembangkan potensi diri.

Selain itu, pengkaji juga menyarankan supaya kajian tentang tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa asing kepada bahasa kebangsaan ini juga diperluaskan dan dijalankan ke atas mahasiswa-mahasiswa universiti yang lain. Hal ini adalah kerana mengulangi sesuatu kajian dengan sampel yang lebih luas dan pelbagai dapat menentukan keberkesanan tentang sesuatu isu yang dikaji (Rifin, 2000). Keberkesanan tentang tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa asing kepada bahasa kebangsaan dapat mencetuskan lebih banyak persoalan dan idea yang bernas tentang cara atau kaedah yang berkesan dalam melatih dan membimbing mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai potensi dalam menjadi penterjemah pakar dalam bidang sains kimia.

Page 8: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

13

Sehubungan itu, pengkaji juga menyarankan supaya pihak kerajaan, bukan kerajaan, pihak universiti dan pihak-pihak yang berkaitan saling bekerjasama dalam menubuhkan satu jabatan, unit, badan atau program yang berfungsi untuk memantau dan menyelidik tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa asing kepada bahasa kebangsaan secara berterusan. Kerjasama ini penting kerana tanpa kerjasama yang erat daripada semua pihak yang terlibat dengan penyelidikan yang dijalankan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sudah tentulah data dan maklumat yang dikehendaki atau dicari tidak diperoleh dengan baik (Azizi at al, 2006). Data dan maklumat yang tepat, luas serta jitu akan dapat membantu banyak pihak dalam menilai tahap penguasaan bahasa asing, tahap penguasaan bahasa kebangsaan, tahap pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan serta tahap pengetahuan tentang ilmu dan amalan penterjemahan.

Kesimpulan

Para penyelidik perlu aktif melibatkan diri dalam menilai tahap kemampuan mahasiswa dalam menterjemah nama bahasa kimia dalam bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Hal ini adalah kerana menurut Rahmati dan Budi (2014), kemampuan menterjemah merupakan kemampuan bahasa yang wajib dikuasai oleh mahasiswa. Penelitian terhadap tahap kemampuan ini dapat memperlihatkan kelemahan yang kelebihan yang dimiliki oleh mahasiswa, seterusnya membantu pelbagai pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah wajar yang berikutnya supaya lebih ramai penterjemah yang pakar dalam bidang sains kimia dapat dilahirkan dalam negara ini. Melahirkan penterjemah-penterjemah daripada kalangan pelajar bidang sains kimia merupakan satu jalan pintas untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang sains kimia. Namun begitu, setiap jalan pintas pasti mempunyai hambatan dan halangan yang lebih besar berbanding jalan usaha yang lebih mudah dan panjang. Setiap langkah mesti dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan akibat yang tidak diingini (Miller dan Morris, 2007). Malah, setiap langkah yang diambil perlulah dilakukan dengan berhati-hati supaya hasilnya akan menjadi lebih baik dan lebih sempurna. Oleh itu, untuk mengambil langkah yang cermat dan berhati-hati, pelbagai penyelidikan dan kajian yang berterusan perlu dilakukan, khusus kajian tentang tahap kemampuan mahasiswa menterjemah nama bahan kimia bahasa asing kepada bahasa kebangsaan.

Rujukan Ainon, M. & Hassan, A. (2008). Teori dan teknik terjemahan. PTS Professional. Amir. (2012). Kemampuan menterjemahkan bahasa Jerman sebagai bahasa sumber ke dalam bahasa Indonesia sebagai bahasa target. Allemania, 2(1), 67-80. Asmah, O. H. (1993). Bahasa Melayu Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi, Y. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: teori, analisis & interpretasi data. PTS Professional. Eneste, P. (1995). Buku Pintar Penyuntingan Naskah. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Glosari Sains Untuk Sekolah. (2014, Januari). Retrieved from Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/ Indhumathy. M. (2013). Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Peralihan di Tiga Buah Sekolah di Daerah Sekudai. Master thesis: Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan. Istilah Malaysia. (2014, Januari). Retrieved from Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/ Irmansyah, E. (1999). Kesadaran jiwa. Gramedia Pustaka Utama. Josephine, C. (2008). Detoksifikasi Hidup Anda. ESENSI. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. Kerlinger, F.N. (1973). Foundatios of Behavioral Researc. Holt, Rinehart and Winston, New York. Miller, W. L., & Morris, L. (2007). R & D Generasi Keempat. ITBM. Nuraini, Y. (2005). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Periodic Rahmanti, A. & Budi S. (2014). Pemanfaatan online dictionary dalam menterjemahkan teks prosedur bahasa Indonesia ke dalam bahasa Inggris. Semantik 2014.

Page 9: full paper for proceeding-1 bahasa asing kepada bahasa kebangsaan, bahasa asing merupakan bahasa sumber dan istilah ‘bahasa asing’ dapat melambangkan keperluan pengetahuan dalam

14

Rifin, A. (2000). Kesahan isi, kesahan serentak, kebolehpercayaan dan analisis item Kertas Sains Peperiksaan Percubaan Selaras Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2000. Thesis Master. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Roymond, H. S., & Kep, M. (2009). Buku ajar pendidikan dalam keperawatan. EGC. Sayle, R. (2009). Foreign Language Translation of Chemical Nomenclature by Computer. J. Chem. Inf. Model, 519-530. Sheffie, M. (1999). Methodologi Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Table of the Elements. (2013, Mei). Retrieved from International Union of Pure and Applied Chemistry: http://www.iupac.org/fileadmin/user_upload/news/IUPAC_Periodic_Table-1May13.pdf Wan Hashim, T. (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: ITBM. Zaidi, M. I & Hanafiah, O. (2006). Perancangan, kekangan dan cabaran: suatu perspektif Pusat Pembangunan Mahasiswa UKM. Zuchridin, S. & Sugeng, H. (2003). Translation Bahasan Teori & Penuntun Praktis Menerjemah. Kanisius. Zulzana, Z., Mohamed S. & Roslina A. T. (2012). Hubungan antara minat, sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 – Quantity Measurement. Politeknik Port Dickson.

Lampiran 1 Bahagian B: Terjemahan Istilah Terjemahkan nama bahan kimia bahasa Inggeris berikut kepada bahasa Melayu.

Bil. Nama Bahan Kimia

Bil. Nama Bahan Kimia

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Melayu 1. Aluminium 19. Mercury

2. Argon 20. Neon

3. Barium 21. Nickel

4. Boron 22. Nitrogen

5. Calcium 23. Oxygen

6. Carbon 24. Phosphorus

7. Chlorine 25. Potassium

8. Cobalt 26. Radium

9. Copper 27. Radon

10. Germanium 28. Rubidium

11. Gold 29. Silicon

12. Helium 30. Silver

13. Hydrogen 31. Sodium

14. Iodine 32. Strontium

15. Iron 33. Sulfur

16. Lead 34. Tin

17. Magnesium 35. Xenon

18. Manganese 36. Zinc