2

Click here to load reader

Frasa frasa yang menarik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Frasa frasa yang menarik

Frasa frasa yang menarik.

“Beri saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah

ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno

yang menggambarkan betapa gahnya peranan rmaja sebagai penentu pembangunan

dan kemajuan negara pada masa hadapan.

“Remaja hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan

merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa,

pemudi tiang negara.”

Dalam menempuh arus globalisasi ini, ibu bapa semakin alpa terhadap

tanggungjawab mereka kerana mereka terlalu obses mengejar arus modenasasi.

Menurut statistik institut sosial Malaysia masalah pencerian dalam kalangan

suami dan isteri yang berumur 30 tahun dan ke bawah meningkat pada setiap

tahun.

Contoh Pendahuluan yang Lengkap.

“Beri saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,”

begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia,

Soekarno yang mengambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu

pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Remaja pada hari ini bakal

menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal

insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Malangnya keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir akhir

ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah

masalah pembuangan bayi. Malah menurut statistik Polis diRaja Malaysia, kes

pembuangan bayi menunjukkan peningkatan pada tahun 2011 berbanding 2010.

Pelbagai usaha kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan dalam menyifarkan

masalah pembuangan bayi di negara ini hanya seperti melukut di tepi gantang

kerana kes tersebut masih meningkat secara signifikan sehingga hari ini.

Page 2: Frasa frasa yang menarik