Format Format Karangan

Embed Size (px)

Citation preview

PENULISAN BAHASA MALAYSIA UPSRDISEDIAKAN OLEH: PN. NORHAYATI BT MAHMOOD GURU BAHASA MALAYSIA S.K. BUKIT SENTOSA

PEMARKAHANBAHAGIAN A 10 MARKAH

MARKAHBAHAGIAN C 20 MARKAH BAHAGIAN B 3O MARKAH

BAHAGIAN A1.MESTI JAWAB 2.BERDASARKAN GRAFIK 3.LIMA AYAT 4.MASA 15 MINIT 5.LEBIH 8 PATAH PERKATAAN

FORMULA LAGI. SAYA BUKAN KENA DENDA BUKAN BUKAN S(SIAPA) B(BUAT APA) K(KENAPA BUAT) D(DIMANA BUAT) B(BILA BUAT) B(BAGAIMANA BUAT)

SITUASI MENYAPU SAMPAH DI DALAM KELASSAYA ABU BUKAN MENYAPU SAMPAH KENA BERSIH DENDA KELAS BUKAN BUKAN MENGGUNAKAN SEBATANG PENYAPU

ABU SEDANG MENYAPU SAMPAH SUPAYA BERSIH DI DALAM KELASNYA DENGAN MENGGUNAKAN SEBATANG PENYAPU.

menatang

berbual

mencuci mengelap

menyiram

Vmembasuh kereta M

1.Puan Hamidah sedang menatang dulang yang berisi minuman untuk dihidangkan kepada keluarganya menuju ke halaman dengan berhatihati. 2.Datuk berbual-berbual bersama nenek bagi mengeratkan silaturahim diatas tangga hadapan pintu sambil melihat raut wajah nenek. 3.Adik sedang menyiram pokok bunga dihalaman rumah agar hidup subur dengan menggunakan penyiram pokok . 4.Ayah sedang mencuci sebuah kereta miliknya dihalaman rumah agar kelihatan bersih dan selesa dinaiki dengan menggunakan span. 5.Abang mengelap bonet kereta ayah agar berkilat di halaman rumah dengan menggunakan alat pencuci .

KESILAPAN PELAJAR1.Memberi gambaran umum. Contoh;Gambar ini menunjukan sambutan majlis anugerah cemerlang.

2.Menyatakan sifat adjektif Contoh: Dia menyapu sampah dengan perasaan gembira dan tersenyum.

3.Menambah frasa. Contoh:Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa sedang membuat persiapan majlis hari anugerah.

BAHAGIAN B30 MARKAH

JENIS KARANGAN BERFORMATSURAT KIRIMAN RASMI UCAPAN DIALOG BERITA

SYARAHANPERBAHASAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

LAPORANCERAMAH CATATAN

Contoh Surat RasmiSetiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, 483000 Rawang, Selangor. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru Besar, 12 JUlLAI 2009 Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Tuan, Memohon Keizinan Mengadakan Perkhemahan Ke Gunung Kinabalu

Merujuk kepada perkara diatas, saya selaku Setiausaha Persatuan Pengakap sekolah ini ingin memohon keizinan mengadakan perkhemahan ke Gunung Kinabalu sempena cuti penggal persekolahan yang akan tiba.2. 3. 4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti luar dan juga merupakan aktiviti tahunan persatuan ini. Untuk pengetahuan tuan,seramai 25 0rang ahli persatuan ini telah mengadakan persetujuan untuk menyertai perkhemahan ini.Mengikut perancangan perkhemahan ini akan diadakan pada 23 Ogos 2009 hingga 27 Ogos 2009. Semoga permohonan perkhemahan ini mendapat persetujuan daripada pihak tuan.

Sekian,terima kasih. Yang benar, ___________________ (BASYIRAH BTE ANUZI) Setiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.

Surat Tidak RasmiNo,73 Jalan Sentosa , Taman SeriGombak 68100 BatuCaves, Selangor. 10 Julai 2009 Menemui sepupuku,Amir bin Adlin yang berada di kampong Nibong semoga sihat sejahtera selalu begitu juga dengan keluarga.Bagi saya sekeluarga di sini sentiasa sihat. Saudara, Tujuan sebenar saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada saudara sekeluarga bahawa saya dan keluarga akan menziarahi saudara pada cuti sekolaha nanti.Saya amat merindui saudara dan sudah lama kita tidak bersua. Tentu sudah banyak yang berubahkan. Bagaimana dengan pelajaran saudara? Tentu saudara telah banyak membuat persiapan menjelang peperiksaan .Saya disini sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian.Saya berharap semoga saudara berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan. Saya berharap sangat ketika saya sekeluarga datang menziarahi saudara nanti,saudara ada di rumah dan dapatlah kita berborak panjang.Lagipun sudah lama kita tidak berjumpa.Tentu banyak cerita yang hendak kita bualkan.Jadi,saudara tunggulah kedatangan kami nanti ya. Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini.Kita bersua lagi di lain lembaran dan waktu.Akhir kata,sambutlah salam ingatan daripada saya dan keluarga di sini.Tidak lupa juga,sampaikan salam keluarga saya di sana.Sekian,terima kasih. Sepupumu,

BERITAMELAKA,23 April 2009- Polis daerah ini telah menahan seorang lelaki yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan yang berumur tujuh tahun di rumah tidak bernombor,jalan Raja Singa,Air Keroh. Mangsa ,Amilda ,berusia tujuh tahun ,tinggal bersama ayah tirinya Abdullah ,42 tahun ,yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat swasta yang berhampiran dengan rumah mereka.Lelaki yang dimaksudkan sebagai pendera ialah ayah tiri Amilda. Ibu Amilda bekerja di luar negara selama tinga tahun dan meminta suaminya menjaga Amilda.Keputusan ini sebulat suara kerana penjagaan anak di luar negara amat sukar dilaksanakan diatas sebab sebab tertentu.Lantaran sikap yang tidak bertanggungjawab,Abdullah telah mendera anak tirinya. Lelaki itu telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat dan polis meminta pihak mahkamah membenarkan lelaki itu ditahan untuk memudahkan penyiasatan.Kebenaran akan terserlah.Yang salah akan mendapat pengajarannya. Manakala Amilda dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Amilda mengalami kecederaan yang agak serius diseluruh badannya .Terdapat kesan dirotan dan seterika panas. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana bekerjasama dengan mereka serta menengkap mangsa.Sikap beginilah harus dicontohi oleh orang ramai dalam membantu pihak polis menyelesaikan masalah.

LAPORANLaporanPertandingan Bercerita PersatuanMalaysia , Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa

Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan pertandingan bercerita.Pertandingan ini telah diadakan pada 7 Mac 2009 yang bertempat di Dewan Budiman ,Sekolah Kebangsaaan Bukit sentosa.Pertandingan ini bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang.Tujuan pertandingan bercerita ini diadakan untuk mengcungkil bakat murid dan membentuk keyakinan serta bersikap berani terutamanya murid-murid tahap satu untuk merealisasikan pelajar yang boleh berinteraksi dengan baik. Aktiviti bercerita ini diserai seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada tahap satu dan tahap dua.Bermakna terdapat dua kategori iaitu 7 orang tahap satu dan 7 orang tahap dua.Cerita yang dipersembahan ini ditetapkan tajuknya oleh guru masing-masing.Cerita mereka berpandukan peribahasa yang membawa maksud kegigihan. Hadiah-hadiah turut disediakan untuk para pemenang berbentuk sijil dan baucer buku.Hadiah ini sumbangan daripada Persatuan Bahasa Malaysia.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Hamidon bin Ahmad ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa. Pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.Diharapkan agar pihak sekolah akan terus menyokong aktiviti ini diteruskan . Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2009

----------------------------------(BASYIR BAIHAQI B ANUZI ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa

SYARAHAN Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.Saya berasa bangga kerana dapat berdiri di atas pentas ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajukPunca-punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya. Hadirin yang dihormati sekalian, Kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja.Kemalangan jalan raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang sering kali membawa maut kepada pengguna jalan raya.Malapetaka ini ini berpunca daripada beberapa faktor.Faktor utama insedin ini berpunca daripada sikap pemandu semasa di jalan raya. Hampir semua pemandu pada masa kini bersikap mementingkan diri sendiri.Mereka tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain semasa memendu.Mereka memendu dengan laju dan memotong sesuka hati. Selain itu,peraturan dan undang-undang jalan raya juga tidak dipatuhi.Pemandu bertindak sesuka hati untuk kepuasan hati mereka.Mereka melanggar isyarat lampu merah,memandu mengikut had laju dan kurangkan laju di kawasan tertentu serta lain-lain lagi.Banyak mansa terkorban akibat kecuaian ini. Hadirin sekalian Seterusnya ,pemandu jalan raya yang tidak bertimbang rasa juga mengakibatkan kemalangan jalan raya.Ramai pemandu yang membawa muatan berlebihan tidak mengikut syarat-syaratnya .Contohnya lori dan basSeharusnya pemandu mesti memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang.Lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang jauh.Sikap sebegini harus dihindari untuk mengelakkan kemalangan. Saya mengakhiri syarahan saya dengan harapan agar semua pengguna mengubah sikap mereka untuk menjamin keselaman diri sendiri dan pengguna yang lain.Pandu cermat,jiwa selamat. Sekian,terima kasih.

UCAPANTerima kasih Tuan Pengerusi Majlis,Yang dihormati Tuan guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit sentosa,guru guru serta rakan-rakan seperjuangan.Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati, Saya bersyukur kepada ilahi keranamenjadikan hari ini sebagai hari yang terindah dan bersejarah buat saya.Jutaan terima kasihdiucapkan kerana pada tahun ini saya di pilih sebagai olahragawati sekolah. Kejayaan saya sebenarnya kejayaan kita bersama.Guru-gurulah yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuhsaya.Tunjuk ajar yang diberikan oleh Cikgu Wahab selaku guru sukan di sekolah ini amat bermakna bagi saya.Saya berjanji akan meningkatkan usaha saya untuk muncul sebagai salah seorang ahli sukan negara pada suatu hari nanti. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya selama ini.Jasa kalian tidak akan saya lupakan.Nasihat saya,jadikan penglibatan kita dalam sukan sebagai satu matlamat memajukan dan mengenalkan negara ke peringkat antarabangsa. Pilihlah satu bidang yang benar-benar kamu mahir,gilapalah ia sehingga mengeluarkan cahaya.Pastikan kejayaan sukan seiringan dengan pelajaran agar menjadi pelajar yang seimbang dari segi jasmani,rohani,emosi dan intelek. Setakat ini sahaja ucapan yang dapat saya sampaikan pada hari yang bermakna ini.Terima kasih kepada semua dan tidak lupa kepada kedua-dua orang tua saya yang banyak memberi sokongan kepada saya sehingga menjadi jaguh sukan sekolah. Sekian,terima kasih.

CATATAN8.00 pagi 8.15 pagi : Ibu bapa dan para jemputan mengambil tempat . : Ketibaan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi,Encik Ali Bustaman,diringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga,Ecik Jamal Hassan. : Perbarisan lintas hormat oleh semua kontegen rumah sukan dan persatuan. Seterusnya diteruskan dengan bacaan doa,nyanyian lagu negaraku dan bacaan ikrar kejohanan. : Ucapan alu-aluan oleh Tuan guru Besar dan ucapan perasmian oleh Encik Ali Bustaman. : Acara sukan bermula iaitu acara sukanneka dan acara padang dan belapan.Acara sukaneka ialah acara dalam guni,memecah belon dan mengisi air dalam botol.Manakala acara belapan pula acara olaraga iaitu 100 meter,200 meter,4 x 100 meter,400 meter dan 4 x 400 meter.Acara lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru juga dipertandingkan.

8.30 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi

11.00 pagi : Acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.Termasuklah olahraga dan olaragawati pada kali ini.Rumah sukan erbaik juga turut diumumkan dengan memberikan piala pusingan.Semua hadiah ini disampaikan oleh Tuan Pengawai Pendidikan Daerah kota Tinggi.Sambutan Kejohanan sukan kali ini begitu meriah sekali. 1.30 petang : Kejohanana sukan berakhir.Sebelum bersurai semua yang hadir di jemput menjamu selera di dewan Budiman. Tahniah kepada yang menang.Majulah sukan untuk diri,sekolah dan negara.

CATATAN LEBIH 1 HARI26 Mei 2009 (Isnin) Pagi-pagi lagi aku sudah bangun.Pagi ini aku,Zulhamdi,Arif,Faris dan Mukesh akan memulakan perjalanan untuk mendaki gunung.Kami membawa kelengkapan secukupnya.Sepanjang perjalanan kami berasa sangat gembira. Setibanya di pinggiran gunung,kami mendirikan khemah untuk bermalam,menyediakan makanan dan berehat kerana terlalu letih dan lapar sepanjang perjalanan.Sungguh enak makan di tempat yang sunyi,dibuai hembusah angin dan kemerduan kicauan beburung. 27 Mei 2009(Selasa) Kami memulakan pendakian Gunung Ledang.Di sepanjang pendakian itu,kami berehat beberapa kali untuk menghilangkan penat serta membasahkan tekak.Kami terpaksa memanjat lereng bukit yang curam dengan menggunakan tali.Pelbagai halangan yang terpaksa kami tempuhi. Tepat jam 2:30 petang,kami berjaya menakluk puncak Gunung Ledang.Kami telah berjaya.Segala penat lelah kami hilang serta-merta.Kami menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.Kami memacak bendera sekolah kami di tengah-tengah puncak.Kami amat bangga dan berbesar hati dapat mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan ini. 30 Mei 2009(Jumaat) Kami berada di puncak Gunung Ledang selama tiga hari.Tidak puas rasanya menjadi penghuni sementara di puncak itu.Kami kemudiannya berkemas-kemas dan bersarapan untuk bertolak pulang.Segala pengalaman dan kenangan sewaktu mendaki Gunung Ledang tidak dapat kami lupakan.

BAHAGIAN B 30M3S BAHAGIAN B F + TF 80PP

LANGKAH MENJAWAB1.BACA SEMUA SOALAN DAN FAHAM. 2.CARI KUNCI SOALAN - KEHENDAK SOALAN - FORMAT KARANGAN - LAKARKAN 4 ISI - TULIS KARANGAN - SEMAK.

TIPS MENULIS1.1p- 4 isi- 1p 2.Mesti ada IKC atau ICK contoh:Faedah Membaca(K.fakta) Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

I K C

Apabila membaca kita dapat mengetahui maklumat tentang pelajaran.

Misalnya membaca buku tatabahasa dan buku teknik menjawab soalan.

.

PERENGGAN 1Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Apabila kita membaca kita dapat mengetahui maklumat tentang pelajaran.Misalnya buku tatabahasa dan teknik menjawab soalan.

BAHAGIAN C 20 Markah 1 Perenggan Penukaran nilai/pengajaran (Maksud mesti sama) Abadikan formula GIDC

15 NILAI1.BAIK HATI 2.BERDIKARI 3.HEMAH TINGGI 4.MENGHORMATI 5.KASIH SAYANG 6.KEADILAN 7.KEBEBASAN 8.BERANI 9.KEBERSIHAN 10.KEJUJURAN 11.RAJIN 12.KERJASAMA 13.KESYUKURAN 14.SEDERHANA 15. SEMANGAT PATRIOTIK

ANTARANYA. SELAIN ITU SETERUSNYA. SELAIN DARIPADA ITU AKHIRNYA

AGAR SUPAYA KERANA UNTUK

KITA MESTILAH KITA HARUSLAH KITA HENDAKLAH KITA SEPATUTNYA KITA SEWAJARNYA

N C H

Rujuk petikan Rujuk petikan Fikir alasan

KOTAK ILMUPENANDA WACANAA S S S W

KATA BANTUH H M

NILAI DAN CARA

KATA HUBUNGA S K U

HURAIAN

AH

S

Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di kilang pakaian.Ibu terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan kami berdua.PENAND KATA NILAI A BANTU WACANA A N T A R A N Y A KITA H A R U S L A H BERTANGGUNG JAWAB APA/ CARA (RUJUK PETIKAN MENCARI REZEKI KATA HURAIAN HUBUNG

AGAR

KEHIDUPAN KELUARGA SEMPURNA .

Tulis pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggan. BERTANGGUNGJAWAB BERAZAM Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di Kuala Kubu

Bharu.Ibu terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan kami berdua.Aku sangat menghargai pengorbanan suci ibu.Jauh di sudut hatiku,aku bertekad untuk membalas segala jasa dan curahan kasih sayang ibu.Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu.Ibu dapat membelinya dengan harga yang murah di kilang tempat kerjanya. Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku.Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun tidur dan menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untukku.Setiap pagi aku dan ibu menikmati sarapan bersama-sama.Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah.Emak,Shidah ke sekolah ya!Doakan Shidah agar berjaya dalam pelajaran ya,mak.Barulah tangan ibu kulepaskan dan aku mencapai basikalku.Aku mengayuh basikalku bagi mencari sinar-sinar gemilang yang amat aku idam-idamkan. BERDIKARI PRIHATIN JIMAT CERMAT

HURAIANN1.Bertanggungjawab 2. Prihatin 3.Berazam 4.Jimat cermat 5.Berdikari

N CHH kehidupan sempurna selesa pergi sekolah rasa dihargai kurangkan kos perbelanjaan. kejayaan digapai

Ccari rezeki sedia sarapan berbakti kepada ibu. bawa bekal mengayuh basikal

PENGUKUHAN C

PWPengaja ran yang difokusk an Selain itu Seterus nya

KBharusla h

NILAI +APA/CARABertanggungjawab mencari rezeki menyara keluarga

KHagar

KESAN/HURAIANKehidupan sempurna

hendakl ah mestila h

Prihatin menyediakan sarapan Berazam berbakti kepada ibubapa

supaya agar

Selesa pergi sekolah Ibubapa rasa dihargai

Oleh ituAkhir sekali

wajarlahhendakl ah

Berjimat cermat dengan membawa bekal ke sekolah seperi shidahBerdikari dengan bersunggguh-sungguh mengayuh basikal ke sekolah

supayaagar

Dapat menjimatkan kosKejayaan menjadi kenyataan

CONTOH ULASANPengajaran yang difokuskan,ibu haruslah menunaikan tanggungjawab mencari rezeki untuk anak-anak agar kehidupan sempurna dan terjamin.Selain itu,ibu juga mestilah prihatin terhadap pemakanan anakanak agar seimbang dengan perkembangan tumbesaran mereka terutamanya penyediaan sarapan pagi agar mereka selesa untuk mengikuti pelajaran di sekolah.Seterusnya ,sebagai seorang anak,kita sewajarnya berazam untuk berbakti kepada ibu sebagai tanda ucapan terima kasih bagi setiap pengorbanan yang dicurahkan agar ibu berasa diri disayangi dan dihargai.Selain itu juga,kita haruslah membantu keluarga dengan berjimatcermat dalam perbelanjaan dengan membawa bekal ke sekolah agar dapat mengurangkan kos perbelanjaan.Akhir sekali,seharuslah sikap berdikari perlu disemai dijiwa kita dengan bersungguh-sungguh pergi ke sekolah walaupun berbasikal sendirian agar kejayaan yang diidamkan menjadi kenyataan .

SOALAN LATIHANTulis lima pengajarn yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.Tiba-tiba beliau dihampiri seorang pengemis.Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling wang baki sakunya kepada pengemis itu.Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.Apabila bas sekolahnya tiba,Aminah beratur sebelum menaiki bas .Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu.Ketika berada di dalam bas,dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas.Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

RANGKA ULASANPengajaran yang difokuskan,kita haruslah _________________agar ________________________.Selain itu,kita hendaklah ____________ ___________Supaya __________________.Seterusnya,kita mestilah ____________________ agar _______________________________ . Oleh itu,kita wajarlah _______________________________________ Supaya ____________________________________.Akhir sekali,kita hendaklah___________________ agar___________________ .

BAHAGIAN CULASAN CEMERLANG 1.Ada nilai/pengajaran berdasarkan petikan. 2.Tukar dan 0lah nilai yang sama maksud. Contoh: Petikan-Anis membaca buku notanya . Olahan- kerajinan 3.Mesti ada PW, KB ,N+a/c KB ,K dalam setiap huraian nilai yang dijelmakan dalam ulasan. Contoh:Selain itu,kita hendaklah membantu keluarga dengan membawa bekal ke sekolah agar dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

Cara semak1.Cemerlang- lima idea lengkap - pengulangan seperti untuk huraian hanya 2 kali sahaja. - Jangan gunakan perkataan TIDAK dalam huraian. -Lebih 50pp semak seperti biasa 2.BAIK -Empat nilai lengkap(15-17 markah) -Tiga nilai (12-14 markah)tanpa apa-apa kesalahan dapat 15 markah 3.MEMUASKAN -2 nilai tiada kesalahan boleh dapat 12

DAH HABIS DAATERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI ILMU.ANDA BERJAYA,CIKGU TURUT BAHAGIA.KORBANKAN SEDIKIT MASA UNTUK BELAJAR SEBELUM ANDA TERKORBAN. SEKIAN TERIMA KASIH.