22
1.0 Latar belakang kajian. Sepintas lalu mengenai Orang Asli yang secara asasnya terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Orang Kuala tergolong dalam kumpulan Melayu Asli (Proto) yang tiba sekitar 2500-1500sm di bahagian selatan Malaysia. Tumpuan selatan Malaysia lebih di pantai barat Johor. 1.1 Bidang kajian. Kajian dilakukan adalah untuk meneliti cara perbandingan fonologi antara Bahasa Orang Asli Kuala dengan Bahasa Melayu yang dituturkan di Rengit, Batu Pahat, Johor. Kajian yang dijalankan bersifat rekonstruksi luaran dan dalaman yang memerlukan bahan sinkronik dengan cara huraian berbentuk fonologi generatif. 1.2 Objektif kajian. Melihat perbandingan Bahasa Orang Asli Kuala dan Bahasa Melayu darisegi fonologi generatif iaitu fitur-fitur yang terlibat apabila berlaku perubahan fonem dalam perkataan 1

Fonologi Generatif Bahasa Duano

  • Upload
    fs

  • View
    100

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perubahan Fitur Distingtif

Citation preview

Page 1: Fonologi Generatif Bahasa Duano

1.0 Latar belakang kajian.

Sepintas lalu mengenai Orang Asli yang secara asasnya terbahagi kepada

tiga kelompok utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Orang Kuala

tergolong dalam kumpulan Melayu Asli (Proto) yang tiba sekitar 2500-1500sm

di bahagian selatan Malaysia. Tumpuan selatan Malaysia lebih di pantai barat

Johor.

1.1 Bidang kajian.

Kajian dilakukan adalah untuk meneliti cara perbandingan fonologi antara

Bahasa Orang Asli Kuala dengan Bahasa Melayu yang dituturkan di Rengit,

Batu Pahat, Johor. Kajian yang dijalankan bersifat rekonstruksi luaran dan

dalaman yang memerlukan bahan sinkronik dengan cara huraian berbentuk

fonologi generatif.

1.2 Objektif kajian.

Melihat perbandingan Bahasa Orang Asli Kuala dan Bahasa Melayu darisegi

fonologi generatif iaitu fitur-fitur yang terlibat apabila berlaku perubahan

fonem dalam perkataan yang dianalisis. Secara tidak langsung,

memperlihatkan adanya hubungan atau saling mempengaruhi antara kata

dalam bahasa yang dianalisis.

1.3 Kawasan kajian

Analisis kajian akan ditumpukan di Kampung Bumiputera Dalam, Renggit,

Batu Pahat, Johor. Kawasan ini dipilih kerana majoriti penduduknya ialah

1

Page 2: Fonologi Generatif Bahasa Duano

Orang Asli, Orang Kuala yang menggunakan bahasa Kuala dikalangan yang

memahaminya.

1.4 Metodologi

Kaedah rakaman dilakukan ke atas informan yang bernama -------------,

beralamat di ---------------------- Batu Pahat, Johor. Informan mempunyai dua

orang isteri dan dua orang anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki.

2.0 Proses perubahan fitur distingtif.

Perbezaan antara konsonan dan vokal bukanlah satu pembahagian yang

utama, tetapi juga berdasarkan ciri kenyaringan sama ada dari segi fitur kelas

utama iaitu silabik, sonoran atau konsonantal. Namun demikian, analisis

pertama ini melibatkan perubahan ciri antara sonoran kepada obstruent yang

memperlihatkan perubahan ciri nasal yakni perhilangan ciri nasal ke

obstruent.

Bagi fitur yang menunjukkan pertentangan, fitur binari digunakan (+ / -)

untuk menunjukkan persamaan (+) dan perbezaan (-). Notasi ini sesuai

digunakan untuk semua fitur yang menunjukkan kualiti bertentangan.

Proses perubahan fitur distingtif yang akan dianalisis adalah melalui

penghilangan ciri nasal kepada obstruent, perubahan nilai a kepada ə dan

aspirasi yang wujud dalam bahasa yang dikaji.

2

Page 3: Fonologi Generatif Bahasa Duano

2.1 Set 1 : Pola perubahan = Ŋ → Ɂ

Berlaku penghilangan ciri +nasal dan digantikan dengan ciri +obstruent yakni

–nasal. Proses penyahnasalan menyebabkan ciri distingtif pada sesuatu

fonem itu boleh jadi hilang (Asmah:33).

Terdapat beberapa contoh perkataan dalam bahasa Orang Asli Kuala

(seterusnya BOAK) yang menunjukkan perubahan ini. Pola perubahan ini

akan dibandingkan dengan bahasa Melayu (seterusnya BM) bagi

menunjukkan perbezaan yang berlaku.

BM BOAKŋ Ɂ

pawaŋ pawaɁpantaŋ pantaɁgendaŋ gendaɁsiaŋ siaɁkampoŋ kampoɁpedaŋ pedaɁsenapaŋ senapaɁserampaŋ serampaɁbinataŋ binataɁgauŋ geɣoɁgunuŋ gunuɁ

Melalui pola yang diperoleh, didapati berlaku perubahan seperti yang

diperkatakan iaitu perubahan antara nasal ŋ ke obstruent Ɂ. Perubahan

sedemikian hanya berlaku pada konsonan tersebut pada akhir kata sahaja.

3

Page 4: Fonologi Generatif Bahasa Duano

2.1.1 Fitur-fitur distingtif dibentuk bagi mencari perbezaan antara keduanya.

Melalui analisis fonologi generatif yang dijalankan ke atas bahasa BOAK,

didapati berlaku perubahan atau penghilangan ciri nasal kepada ciri obstruent

iaitu dari nasal ŋ kepada obstruent Ɂ. Dilihat darisegi penggunaan integer,

ŋ = 2 manakala Ɂ = 1 kelantangannya.

2.1.2 Apabila kelewahan dibuang didapati fitur yang dibezakan ialah :

Perbezaan fitur distingtif yang penting antara fonem ŋ dan fonem Ɂ ialah

sonoran, continuant, nasal, posterior dan voiced. Fonem ŋ adalah +sonoran,

+continuant, +nasal, +posterior dan +voiced. Manakala berbeza dengan

fonem Ɂ yang –sonoran kerana Ɂ adalah +obstruent, -continuant, -nasal,

+posterior, dan – voiced.4

Fitur distingtif Ŋ ɁSilabik - -Sonoran + -Consonantal + +Continuant + -Delayed Release + +Strident - -Nasal + -Lateral - -Anterior - -Coronal - -Posterior + +Voiced + -

Fitur distingtif Ŋ ɁSonoran + -Continuant + -Nasal + -Posterior + +Voiced + -

Page 5: Fonologi Generatif Bahasa Duano

2.1.3 Rumus

1. ŋ / _ # → Ɂ / _ #

2.1.1.1 Walau bagaimanapun, perubahan nasal ŋ→Ɂ mempunyai satu

peringkat lagi diantaranya iaitu ŋ→k→Ɂ atas dasar logik. Rumus

nasalisasi digunakan dalam perubahan ini.

Berikut merupakan fitur distingtif persamaan dan perbezaan

kedua-dua fonem tersebut iaitu k dan Ɂ.

2.1.1.2 Ternyata fonem k dan Ɂ mempunyai persamaan hampir dalam

keseluruhan fitur yang disenaraikan kecuali tempat artikulasi. Fonem k

+coronal manakala fonem Ɂ +posterior.

5

Fitur distingtif k ɁSilabik - -Sonoran - -Consonantal + +Continuant - -Delayed Release + +Strident - -Nasal - -Lateral - -Anterior - -Coronal + -Posterior - +Voiced - -

Fitur distingtif k ɁCoronal + -Posterior - +Integer 2 1

Page 6: Fonologi Generatif Bahasa Duano

Oleh yang demikian, berdasarkan dari segi logik sememangnya fonem

k digunakan seperti dalam kebanyakkan bahasa Austronesia akan

tetapi dalam BOAK, fonem Ɂ telah dibunyikan dalam bahasanya.

Secara kesimpulannya, dalam proses perubahan dari ŋ → Ɂ, terselit

diantaranya satu lagi proses y intermediate iaitu ŋ →k→Ɂ.

2.1.1.3 Rumus

1. ŋ / _ # → k / _ # → Ɂ / _ #

2.2 Set 2 : Pola perubahan = n → t

Pola perkataan yang kedua juga menunjukkan berlakunya perubahan dalam

penghilangan nasal n kepada obstruent t. Perbandingan dilakukan antara BM

dan BOAK.

2.2.1 Fitur-fitur distingtif fonem n dan fonem t dibentuk bagi mencari perbezaan

antara keduanya dengan menyenaraikan beberapa fitur distingtif.

6

BM BOAKn t

dukon dukotbadan bədət

Page 7: Fonologi Generatif Bahasa Duano

2.2.2 Apabila kelewahan dibuang didapati fitur yang tinggal ialah sonoran,

continuant, nasal, coronal dan voiced.

Fonem nasal n mempunyai fitur +sonoran, +continuant, +nasal, +coronal dan

+voiced. Manakala berbeza dengan fonem t, fitur-fiturnya ialah -sonoran, -

continuant, -nasal, -voiced dan mempunyai fitur yang sama bagi coronal iaitu

+coronal.

2.2.3 Rumus

1. n / _ # → t / _ #

7

Fitur distingtif n tSilabik - -Sonoran + -Consonantal + +Continuant + -Strident - -Nasal + -Lateral - -Anterior - -Coronal + +Posterior - -Voiced + -

Fitur distingtif n tSonoran + -Continuant + -Nasal + -Coronal + +Voiced + -

Page 8: Fonologi Generatif Bahasa Duano

Consonantal nasal selain daripada ŋ dan n terdapat lagi dua fonem nasal iaitu

m dan ɲ. Melalui analisis dalam BOAK ini didapati hanya satu sahaja

perkataan yang melibatkan nasal m iaitu perubahan m kepada p. Namun,

tiada data ditemui melalui perubahan nasal ɲ.

2.3 Set 3 : Contoh perubahan m → p

Terdapat perubahan ciri distingtif nasal m kepada obstruent p apabila

dibandingkan antara BM dengan BOAK.

2.3.1 Fitur-fitur distingtif seperti silabik, sonoran, consonantal, continuant, strident,

nasal, lateral, anterior, coronal, posterior dan voiced dibentuk bagi mencari

perbezaan antara keduanya.

8

BM BOAKm p

musim musip

Fitur distingtif m pSilabik - -Sonoran + -Consonantal + +Continuant + -Strident - -Nasal + -Lateral - -Anterior + +Coronal - -Posterior - -Voiced + -

Page 9: Fonologi Generatif Bahasa Duano

2.3.2 Apabila kelewahan dibuang didapati fitur yang mempunyai perbezaan ialah

sonoran, continuant, nasal, anterior dan voiced.

Nasal m mempunyai fitur distingtif seperti +sonoran, +continuant, +nasal,

+anterior dan +voiced. Fonem p mempunyai fitur distingtif seperti -sonoran, -

continuant, -nasal kerana p ialah obstruent, tetap +anterior dan -voiced.

2.3.3 Rumus

1. m / _ # → p / _ #

Melihat daripada ketiga-tiga set pola perubahan didapati apabila semua fitur

yang lewah dikeluarkan, distingtif fitur yang tinggal pada ketiga-tiga set adalah

sama iaitu sonoran, continuant, nasal, dan voiced. Fitur yang universal

diperoleh iaitu universal bagi nasal ŋ → Ɂ, n → t, dan m → p dalam BOAK ini.

Ini bermakna, berlaku penghilangan ciri nasal, yakni berubah nasal seperti ŋ,

9

Fitur distingtif m pSonoran + -Continuant + -Nasal + -Anterior + +Voiced + -

Page 10: Fonologi Generatif Bahasa Duano

n dan m kepada obstruent Ɂ, t dan p pada suku kata kedua sebelum

kesenyapan

.

2.3.4 Gabungan Rumus

1. ŋ / _ # → Ɂ / _ #

2. n / _ # → t / _ #

3. m / _ # → p / _ #

Sonoran dalam konteks kesenyapan akan menjadi obstruent dalam konteks

kesenyapan.

4. Ŋ Ɂ

n # → t #

m p

10

Page 11: Fonologi Generatif Bahasa Duano

3.0 Proses perubahan fitur distingtif.

3.1 Perubahan nilai vokal a → ə.

Terdapat pola yang menunjukkan perubahan vokal a kepada ə. Fitur distingtif

yang disenaraikan ialah high, low, back dan round.

Didapati fitur distingtif bagi fonem a ialah -high, +low, -back dan –round

manakala bagi fonem ə ialah -high, -low, -back dan –round. Apabila

kelewahan diasingkan, perbezaan antara keduanya hanyalah pada fitur low

iaitu fonem a adalah +low berlawanan dengan ə adalah –low.

3.1.1 Berdasarkan perbandingan yang dilakukan dalam BM dan BOAK, didapati

perubahan nilai daripada a kepada ə berlaku dalam konteks selepas

konsonan b, d dan g. Perubahan nilai berlaku pada segmen pertama.

BM BOAKa ə

barat bəɣətbarah bəɣahbadan bədətbatuk bətuɁ

11

Fitur distingtif a əHigh - -Low + -Back - -round - -

Fitur distingtif a əLow + -

Page 12: Fonologi Generatif Bahasa Duano

3.1.2 Perubahan nilai berlaku pada segmen terakhir.

BM BOAKa ə

kəbas kəbəstombak tumbəkbandar bandəɁadat ɁadətŠurga sərgə

3.1.3 Perubahan nilai berlaku pada segmen tengah.

BM BOAKa ə

agama agəmu

3.2 Rumus

1. a[+low] → ə [-low ] / z [plosive, bersuara] _ -high -high -back -back -round -round

2. a[+low] -→ ə [-low] / z [plosive, bersuara] _

3. a → ə / z_

4. x → w / z_

12

Page 13: Fonologi Generatif Bahasa Duano

4.0 Perubahan fitur distingtif

Aspirated t→th hanya berlaku dalam lingkungan sahaja. t dalam konteks

sebelum vocal u menjadi aspirated dalam konteks sebelum u, menjadi

konsonan + aspirated, jika bukan dalam konteks, konsonan kekal, t sebelum

vocal a,i dan ə t tidak akan diaspirasikan. Hanya aspirated sebelum vocal u.

4.1 Pola perubahan dalam aspirasi dibandingkan antara BM dengan BOAK.

BM BOAKt th

kota kothubuta buthumata Mathuhantu Hanthubatu bothukuku khukhu

a e i o uHigh - - + - +Low + - - - -Back - - - + +Round - - - + +

Vokal juga mempunyai fitur distingtifnya sendiri seperti vokal a -high, +low, -

back dan -round. Vocal e -high, -low, -back dan -round. Vocal i +high, -

low, -back dan -round. Vocal o -high, -low, +back dan +round. Vocal u

+high, -low, +back dan +round.

13

Page 14: Fonologi Generatif Bahasa Duano

a uHigh - +Low + -Back - +Round - +

Vocal a yang mempunyai fitur distingtif –high, +low, -back dan –round akan

berubah menjadi vocal u yang mempunyai fitur +high, -low, +back dan

+round. Keadaan ini akan mempengaruhi konsonan t yakni akan di

aspirasikan apabila diikuti oleh vocal u.

4.2 Rumus

Hanya obstruent t yang diikuti oleh vocal u akan diaspirasikan dan tidak

bagi vocal yang lain selain vocal u. Dalam erti kata lain, konsosnan t

hanya aspirated apabila diikuti oleh vocal high iaitu u.

1. t / _ a # → th /_ u #

2. t [-aspirasi] / _ a # → th [+aspirasi] / _ u #

3. t [-aspirasi] / _ a -high # → th [+aspirasi] /_ u +high #

+low -low

-back +back

-round -round

14

Page 15: Fonologi Generatif Bahasa Duano

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya bahawa dapat dihuraikan disini berdasarkan

analisis yang diperoleh, meyakinkan adanya perubahan nilai atau berlakunya

perubahan fitur-fitur distingtif antara BAOK dengan BM. Hasil kelewaahan

yang dilakukan akhirnya dapat membentuk beberapa buah rumus yang

merupakan kemuncak kepada Fonologi Generatif oleh Schane ini.

Sedikit keterangan mengenai dapatan kajian bahawa rumus universal

bagi nasal dapat dibentuk kerana ciri atau puncanya adalah sama bagi ketiga-

tiga fonem nasal. Ini berikutan kerana dalam ketiga-tiga bahagian, setelah

kelewahan dibuang didapati semua fitur yang tinggal adalah sama. BAOK

juga sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan Bahasa Orang Laut di

Pulau Adang, Wilayah Satun, Thailand.

Aspirasi yang berlaku dalam BAOK juga ditunjukkan pola serta

rumusnya. Akhirnya dibuktikan bahawa vocal juga mengalami perubahan

nilai, bukan sekadar pengaruh persekitaran tetapi pola yang diperoleh

membuktikan bahawa perubahan nilai ini sememangnya berlaku.

15

Page 16: Fonologi Generatif Bahasa Duano

6.0 Rujukan

Asmah Haji Omar 1977. Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______________ 1981. “ Pengumpulan Pembendaharaan Kata Bahasa-

bahasa Sarawak : Panduan untuk Penyelidik”. Dalam Dewan Bahasa,

September hlm. 31-42.

_________________ 1995. Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Schane, Sanford A. 1973. Generative Phonology. Prentice-Hall, Inc.

Abdullah Hassan. 1969. Satu kajian Fonologi-Morfologi Bahasa Orang-Orang

Melayu Asli, Dialek Temuan. Universiti Malaya : Jabatan Pengajian

Melayu.

16