24
771204115412 HBML 1203 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER SEPTEMBER 2014 Nama : ROHANA BT MOHD ZALI No. Kad Pengenalan : 771204-11-5412 Nombor Matrik :771204115412001 Nombor Telefon : 019 9563172 Alamat E-mail : [email protected] Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE 1

Fonetik dan Fonologi

  • Upload
    glechoh

  • View
    408

  • Download
    63

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kepentingan fonetik dan fonologi

Citation preview

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEMESTER SEPTEMBER 2014

Nama: ROHANA BT MOHD ZALINo. Kad Pengenalan: 771204-11-5412Nombor Matrik :771204115412001Nombor Telefon : 019 9563172Alamat E-mail : [email protected] Pembelajaran: TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPT 2014

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan32.0 Sistem Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu4 - 112.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu2.2 Definisi Bunyi Bunyi Bahasa2.3 Vokal2.4Diftong2.5Konsonan2.6Fonem

3.0Aplikasi prinsip Prinsip Fonetik Dan Fonologi Dalam12 -14 pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

4.0Kesimpulan15

5.0Rujukan

771204115412 HBML 1203

16

1.0 Pengenalan

Penulisan merupakan satu cara berkomunikasi yang berbentuk grafik. Ini telah diperkatakan oleh Juriah Long ,et.al,1990. Penulisan bukan sahaja disampaikan melalui tulisan di atas sekeping kertas, tetapi boleh disampaikan melalui gambarajah dan beberapa jenis penulisan seperti cerpen, novel , karangan, sajak dan puisi.Proses penulisan melibatkan penggunaan minda seperti berfikir, menaakul,menyusun dan mengolah idea sebelum menjadi sebuah karyaBahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Oleh itu, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem bunyi .Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan proses mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Manakala Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara amat penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu akan menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa untuk merakamkannya. Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu yang di miliki dan di peroleh adalah melalui perantaraan bahasa.

2.0Sistem Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu2.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi Bahasa MelayuMenurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi - bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ - organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi- bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi- bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik pula adalah kajian tentang bunyi- bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran - kebenaran umum dan memfomulasikan hukum- hukum umum tentang bunyi - bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungki nan pengenalan dan pengucapan bunyi - bunyi ujar itu.Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi- bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.

2.2 Definisi Bunyi Bunyi BahasaBunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya.Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga Bahasa di seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa juga ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di bawah:

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal bermaksud bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit. Ini kerana bunyi tersebut dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].2.3 VokalMenurut Yunus Maris, terdapat 6 fonem vokal yang digunakan dalam sebutan Bahasa Melayu standard dan 3 alofon yang digunakan oleh sesetengah penutur sebagai variasi kepada sebahagian daripada vokal-vokal asli tersebut. Vokal-vokal tersebut terdiri daripada vokal /i/, /e/, /a/, //, /u/, /o/ dan bunyi [], [] dan [] pula merupakan alofon kepada vokal /e/, /o/ dan //. Namun begitu, dalam penggunaan hari ini, alofon [] tidak lagi hadir sebagai kelainan variasi bagi vokal // dalam sistem fonetik Bahasa Melayu. Bunyi tersebut telah digantikan dengan bunyi []. Oleh itu, jumlah vokal dalam Bahasa melayu moden adalah sebanyak enam fonem vokal standard dan dua alofon. Jadual 1 : Vokal Bunyi Berdasarkan Jadual 1 di atas, vokal depan yang terdapat dalam Bahasa Melayu standard adalah vokal [i] dan [e]. Vokal [i] adalah vokal depan sempit yang dihasilkan di bahagian depan lidah dinaikkan agak tinggi ke lelangit keras, sementara hujung lidah ditahan dibelakang gigi bawah dan bibir dibuka sempit. Bagi mengeluarkan bunyi [i], bibir tidak dibundarkan. Kedudukan vokal [i] terletak di antara vokal depan (1) dan (2) vokal kardinal.Manakala Vokal [e] dihasilkan dengan lidah berada di kedudukan yang lebih rendahdari kedudukan ketika menghasilkan [i], hujung lidah ditahan di belakang deretan bawah dan bibir tidak dibundarkan. Mulut dibuka lebih luas sedikit daripada ketika menghasilkan vokal [i].Fonem vokal /e/ mempunyai dua alofon iaitu [e] dan []. Alofon-alofon ini merupakan alofon bebas di mana iai boleh bertukar ganti dalam lingkungan yang sama tanpa membezakan makna kata tersebut. Contohnya dalam perkataan ekor, fonem /e/ pada lingkungan awal kata tersebut boleh direalisasikan sama ada sebagai [ekor] atau [kor] .Sistem fonetik bagi vokal tengah separuh tertutup [] dan [a]. Vokal tengah [] dihasilkan dengan menaikkan bahagian tengah lidah ke kedudukan yang agak tinggi ke arah lelangit hingga menghasilkan jarak yang agak sempit di antara lidah yang diangkat dan lelangit. Manakala keadaan bibir tidak begitu bundar dan tidak begitu hampar. Vokal ini juga dikenali sebagai h. Bunyi vokal [a] dihasilkan dengan menghamparkan bahagian depan dan tengah lidah dan bahagian hujung lidah ditahan di belakang deretan gigi bawah seperti ketika menghasilkan vokal [i] dan [e]. Bentuk bibir tidak dibundarkan dan mulut dibuka lebih luas.Sisten fonetik bagi vokal belakang dalam penggunaan Bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu vokal belakang tertutup [u] dan vokal belakang separuh tertutup [o]. Kesemua vokal belakang ini dihasilkan dengan bentuk bibir yang dibundarkan.Manakala bunyi vokal [u] ini dihasilkan dengan menaikkan bahagian belakang lidah rapat ke lelangit lembut dengan kedudukan hujung lidah berada pada bahagian belakang deretan gigi bawah. Bentuk bibir dibundarkan dengan mulut dibuka sempit. sementara lelangit lembut pula dinaikkan menutup rongga hidung untuk memaksa udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Kedudukan vokal [u] dalam adalah lebih rendah daripada kedudukan vokal kardinal (8). Vokal belakang [o] pula diujarkan dengan menaikkan belakang lidah sedikit rendah dari kedudukan ketika menghasilkan bunyi vokal [u], tetapi perlu mengekalkan kedudukan hujung lidah di belakang deretan gigi bawah. Pada masa ini, lelangit lembut dinaikkan menutup rongga hidung untuk memaksa udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Bentuk bibir dibundarkan tetapi mulut dibuka lebih luas berbanding ketika menghasilkan bunyi vokal [u]. Kedudukan vokal [u] ini juga lebih rendah daripada vokal kardinal (7). Rajah di bawah adalah jenis- jenis vokal digunakan dalam sistem fonetik dan fonologi dalam pengajaran Bahasa Melayu.

2.4DiftongDiftong ialah urutan dua vokoid yang mempunyai satu puncak kelantangan yangdihasilkan tanpa sebarang hentian antara kedua-dua vokoid tersebut. Diftong dihasilkan dengan keadaan lidah berada pada kedudukan vokoid yang pertama dan bergerak pantas untuk menghasilkan vokoid yang kedua. Geluncuran ini berlaku kerana wujud hanya satu sahaja puncak kelantangan dalam penghasilan diftong. satu vokoid disebut lebih nyaring .Dalam pengajaran Bahasa melayuterdapat tiga jenis diftong iaitu [ai ],[ au ],dan [ oi ].Diftong [ai] dihasilkan dengan lidah dinaikkan pada kedudukan menyebut vokal depan terbuka [a] dan menggeluncur dengan pantas ke arah kedudukan untuk menyebut vokal depan tertutup [i]. Hujung lidah akan berada di belakang gigi bawah, manakala pita suara perlu digetarkan dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Bentuk bibir tidak dibundarkan contohnya pakai [pakai]. Diftong [au] pula dihasilkan dari bahagian hadapan lidah yang perlu dinaikkan sedikitke lelangit keras untuk mengeluarkan bunyi vokal [a], kemudian geluncurkan bahagian belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya, lelangit lembut hendaklah dinaikkan dan pita suara digetarkan untuk menghasilkan bunyi vokal [u]. Bagi menyebu vokal [a] bibir tidak dibundarkan tetapi mengalami pembundaran setelah digeluncurkan untuk membunyikan vokal [u]. Contohnya pulau [pulau].Manakala Diftong [oi] dihasilkan dengan keadaan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut dan bibir dibundarkan untuk menyebut vokal belakang separuh tertutup [o] .Dengan pantas lidah dikedudukan lidah digeluncurkan untuk menyebut vokal depan tertutup [i].Oleh itu, Keadaan bibir yang bundar pada awalnya kemudian berubah menjadi terhampar Seperti perkataan kaloi . Oleh demikian , diftong-diftong ini hanya dapat hadir dalam suku kata terbuka sahaja. Diftong /ai/ dan /au/ boleh hadir di awal dan akhir kata suku kata terbuka, manakala diftong /oi/ hanya hadir pada akhir kata suku kata terbuka.

2.5KonsonanKonsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya. Udara boleh dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Antara huruf-huruf konsonan yang lazim diketahui iaitu [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [f], [v], [s], [z], [x], [h], [r], [l], [w],[y]Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada konsonan letupan, konsonan geseran, konsonan sisian, konsonan sengauan dan konsonan separuh vokal. Konsonan [p] dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut,maka keluarlah bunyi [p]. Panghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Sekiranya pita suara bergetar,bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].Konsonan [t] dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir dan lelangit lembut dinaikkan sehingga menyentuh rongga tekak untuk menghalang aliran udara dari keluar melalui rongga hidung. Manakala hujung lidah pula dirapatkan ke gusi atas. Konsonan [d] dihasilkan dengan cara pengeluaran dan titik artikulasi yang sama seperti konsonan [t] kecuali ketika menghasilkan bunyi konsonan [d], pita suara digetarkan. Manakala,Konsonan [k] dihasilkan dengan menaikkan lelangit lembut sehingga berlaku sekatan penuh ke atas aliran udara yang keluar dari paru-paru. Konsonan [k] hadir di awal dan tengah kata tetapi dalam lingkungan akhir kata konsonan [k] digantikan dengan bunyi hentian glotis []. Konsonan [g] pula dihasilkan dengan cara pengeluaran dan titik artikulasi yang sama seperti konsonan [k]. Namun begitu, semasa penghasilan bunyi konsonan [g] pita suara digetarkan. Rajah di bawah menunjukkan cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa melayu.

2.6 FonemFonem ialah bunyi Bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan laying. Bunyinya hampir sama yang membezakan antara dua kata iaitu fonem [b] dan [I].. Tentulah bunyi fonem [b] dan [I] uang menyebabkan perbezaan erti. Oleh itu /b/ dan /i/ adalah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Antara contoh bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem-fonem yang berasingan iaitu :/tabah/ - / tapah//tekak/ - /tegak/Terdapat enam fonem vokal dalam Bahasa Melayu iaitu /a / , / e /, / I /, / o /, / u /. Manakala fonem konsonen dalam Bahasa melayu mengandungi 25 konsonen. Fonem-fonem konsonan asli /p/, /t/, /d/, /s/, /h/, /l/, /r/, /m/, /n/ dan // boleh hadir dalam semua lingkungan kata dalam Bahasa melay. Sementara fonem letupan tidak bersuara /k/ dan fonem separuh vokal /w/ dan /j/ boleh hadir dalam lingkungan awal dan tengah kata sahaja. Akhir kata fonem /k/ diganti oleh fonem hentian glotis //. Manakala fonem-fonem /b/, /g/, //, /d/, dan // hadir pada lingkungan awal dan tengah kata dalam kata asli Bahasa Melayu.

3.0Aplikasi prinsip Prinsip Fonetik Dan Fonologi Dalam pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuPrinsip fonetik dianggap sebagai satu kaedah pengajaran bahasa yang saintifik atau dikenali sebagai kaedah lisan. Melalui kaedah ini, guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan seperti bunyi kepada perkataan, rangkai kata dan seterusnya ayat. Kesemua ini akan digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita.Dalam sistem fonetik sebutan dan bahasa diutamakan dalam pengajaran di mana isi dan bahan yang dipilih dikawal dan di susun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara bahasa yang diajar.Perbendaharaan kata dan ayat yang diajar hendaklah sesuai dengan keperluan, peringkat umur dan latar belakang murid. Oleh demikian ,guru-guru digalakkan menyediakan bahan-bahan pengajaran yang lebih tersusun dan teratur. Murid-murid terlebih dahulu dilatih untuk memahirkan bentuk-bentuk atau corak aayat yang hendak diajar. Kesannya, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Malahan, murid-murid dapat bertutur dengan cepat dan membina ayat dengan lancar mengikut ayat Bahasa ibunda mereka sendiri. Contohnya dalam pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan maksud ayat. Iaitu :a) # Emak makan nasi adik #b) # Emak makan nasi # adikMelalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja.Prinsip pengajaran dalam kaedah fonetik mendahulukan sebutan bunyi perkataan yang dipelajari . Kemudian, guru akan membuat latih tubi bunyi-bunyi Bahasa sama ada ia mempunyai persamaan ataupun perbezaan dari segi Bahasa kerana bunyi inilah yang boleh menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Contohnya bunyi dasar b,r,j,d patut diutamakan kerana Bahasa mereka pada dasarnya tiada perbezaan. Oleh sebab itulah terdapat kanak kanak cina menyebut baju sebagai maju., bulu sebagai mulu. Dalam pengajaran ini, guru perlulah mendahulukan pengajaran perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan Bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan, guru dikehendaki mendahulukan perkataan yang serupa antaranya coffee dengan kopi , bag dengan beg dan banyak lagi. Oleh demikian, guru digalakkan mengajar strukur ayat yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Setelah itu,guru boleh memilih bentuk ayat yang berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.Murid-murid zaman kini membaca menggunakan sistem bacaan secara fonetik yang lebih memfokuskan kepada bunyi simbol huruf. Sistem bacaan ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk murid-murid kerana ia telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kaedah ini berasaskan teori bahawa pelajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod atau lambang yang mempunyai hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Pengajaran ini lebih menekankan setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan nada juga mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam Bahasa Inggeris. Kaedah ini dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut :

a. Bunyi vokalb.Bunyi Konsonanaaaa

eeee

iiii

oooo

uuuu

bbehEen

ccehPpeh

ddehQqeh

ffehRrer

ggehSsss

hhehTteh

jjehVvev

lelYyeh

Bunyi-bunyi tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata dan seterusnya kepada Pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambar ilustrasi untuk menarik minat murid. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata boleh dibina dan digabungkan suku kata menjadi perkataan. Akhirnya murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah menggunakan perkataan yang telah dipelajari.

4.0Kesimpulan

Bahasa mempunyai makna yang sistematik dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa merupakan ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis. . Bahasa juga sebagai alat komunikasi yang berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar yang memerlukan kemahiran berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengarinya itu. Dengan bantuan teknologi canggih komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu dengan yang lain. Pengajaran bahasa Melayu mempunyai keunikan tersendiri kerana ia berhubung dengan konsep fonologi. Dengan ini dapat memperbaiki dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi sebutan, bunyi, ujaran mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun artikulasi manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa.Oleh yang demikian kaedah fonetik dan fonologi amat sesuai digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran Bahasa melayu kerana murid-murid dapat membaca dengan cepat. Ini dibuktikan secara saintifik otak manusia yang membaca dapat memecahkan perkataan yang dilihat terhadap bunyi-bunyi. Otak tersebut membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut mahupun membaca perkataan tersebut.( 2825 patah perkataan )

5.0Rujukan

Abdullah Hassan, (2005), Linguistik am : Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. BhdDr Ali Mahmood etc, Edisi Kedua ( April 2012 ), HBML 1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu : Open University Malaysia, Kuala LaumpurIndirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamus Dewan, edisi keempat (2007) :Dewan Bahasa Dan Pustaka ,Kuala Lumpur

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

www.ms.wikipedia.org. Fonologi Bahasa Melayu.com

www.suriangkasa.blogspot.com.fonetikdanfonologi.my