40
Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu NoVEL RENYAh Nama : Anis Suraiya Binti Mat Naji Kelas : 4 Al-Hamdani Nama Guru : En Saiful

Folio Renyah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Folio renyah ting.4 2010....

Citation preview

Page 1: Folio Renyah

Maktab Rendah Sains MaraKuala Terengganu

NoVEL RENYAh

Nama : Anis Suraiya Binti Mat Naji

Kelas : 4 Al-Hamdani

Nama Guru : En Saiful

Page 2: Folio Renyah
Page 3: Folio Renyah

SINOPSIS RENYAH

Novel ini mengisahkan kehidupan seorang tokoh korporat terkemuka yang Berjaya dalam dunia niaga bernama Datuk Dolhi tetapi sentiasa diburu kegelisahan oleh pelbagai karenah anak-anak. Harapan untuk melihat anak-anak dapat mengambil alih perniagaannya suat hari nanti hampa kerana anak-anaknya Hasnol, Mukhlis, Ilham, Dani dan Amera langsung tidak menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Hasnol lebih berminat menjadi pegawai tadbir, Ilham dengan dengan dunia penulisan dan berjuang mempertahankan alam sekitar, Mukhlis suka berdakwah, Amera dengan profesion pergruan manakala Dani bercita-cita menjadi bintang rock.

Datuk Dolhi berpendapat kerjaya Hasnol tidak mungkin menjadi kaya raya tanpa rasuah. Aktiviti Ilham, Mukhlis dan Dani pula hanya sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Satu tamparan hebat buat Datuk Dolhi apabila anaknya Hasnol disyaki terlibat dengan rasuah RM1 jut untuk meluluskan tender projek. Dani pula ditangkap polis ketika berurusan mendapatkan dadah. Ilham menjadi buruan polis di luuar negara kerana terlibat dengan tunjuk perasaan menentang kemusnahan alam sekitar dan bersekongkol membina ‘benteng manusia’ sewaktu tunjuk perasaan di Sarawak.

Mukhlis pula menjadi tidak siuman, malah terlibat pula dengan kemalangan akibat mengikut kumpulan pendakwah songsang. Hal-hal tersebut cukup untuk memal dan menjatuhkan imej Datuk Dolhi sebagai tokoh korporat bertaraf jutawan yang terkenal. Albert Lee yangmenjadi sahabat dan juga rakan kongsi sentiasa mencari peluang untuk mengukuhkan empayar perniagaannya. Hasratnya untuk bermenantukan Hasnol dan Amera tidak Berjaya kerana Hasnol mengahwini Linda dan Amera pula berkahwin dengan YB Wahab.

Kegelisahan dan tekanan Datuk Dolhi terubat apabila satu-satunya anak bernama Wahi hasil perkahwinan keduanya dengan Mastura secara rahsia tidak mengecewakannya. Dibesarkan dengan pelbagai cabaran yang menjadikannya lebih cekal, bijak, berkarisma dan ada jati diri, Wahi muncul sebagai pegawai eksekutif paling dikagumi di Dolhi-Albert Holding. Wahi menjadi orang kesayangan dan paling dipercayai Datuk Dolhi untuk menggantikantempatnya sebagai Pengarah Urusan.

Page 4: Folio Renyah

Sekembalinya Wahi dari mengikuti kursus di Jepun, Datuk Dolhi mengumumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dia akan berundur dan tempatnya akan digantikan oleh Wahi. Berita itu menimbulkan rasa tidak puas hati Albert yang selama ini bercita-cita untk mengukuhkan kedudukannya, lalu bertindak keluar daripada syarikat bersama anaknya Robert.

Kepulangan Wahi bersama isterinya Yuka disambut gembira oleh Datin Tominah dan anak-anak yang lain walaupun sebelum ini Datin Tominah bersikap dingin sebaik saja suaminya menceritakan hal sebenar kedudukan Wahi dengan dirinya.

Datuk Dolhi mampu menarik nafas lega apabila dia mulai dapat berehat, sementara Hasnol dibebaskan dengan jaminan, Mukhlis hamper sembuh dan akan dirawat di pusat mental, Dani pula akan dihantar ke pusat serenti selepas selesai perbicaraan. Datuk Dolhi bercadang menunaikab haji bersama Datin Tominah.

Page 5: Folio Renyah

TEMA

Tekanan perasaan seorang tokoh korporat dalam berhadapan dengan pelbagai karenah anak-anak

1. Keengganan anak-anak Datuk Dolhi membantunya dalam perniagaan

Semua anak-anak Datuk Dolhi melainkan Wahi tidak berminat dalam bidang perniagaan, malah langsung enggan mencuba untuk membantu sehingga merisaukan Datuk Dolhi sekiranya tiada anak-anak yang menggantikan tempatnya kelak.

2. Sentiasa mengharapkan bantuan kewangan bapa

Hasnol sentiasa meminjam wang ibu bapa kerana inginkan gaya hidup mewah

Ilham ada ijazah tetapi tiada pekerjaan tetap untuk menampung keperluan dan mengharapkan kewangan ibu bapa

Mukhlis seorang pendakwah, tetapi tidak bekerja dan mahukan bapanya membiayai jemaahnya ke India untuk berdakwah

3. Terlibat dengan kes jenayah/kes polis

Page 6: Folio Renyah

Hasnol menerima rasuah ratusan ribu ringgit, Datuk Dolhi terpaksa menjaminnya sementara menunggu perbicaraan.

Dani ditangkap ketika berurusan mendapatkan bekalan dadah. Datuk Dolhi menjaminnya dan akan dibicarakan serta ditempatkan di pusat serenti.

Mukhlis menyerang tuk gurunya kerana marah isterinya pulang ke pangkuan bekas suaminya ( tuk guru ) dan lebih-lebih lagi apabila dibayar gaji lima ringgit sehari ketika bekerja di kilang mi.

Ilham pula menjadi buruan polis kerana terlibat dengan tunjuk perasaan dan membina benteng manusia di Sarawak.

4. Tiada masa depan dan hala tuju

Mukhlis terikut-ikut ajaran songsang dan terpesong dari landasan ajaran Islam sebenar. Berakhir dengan kurang siuman dan ditimpa kemalangan.

Ilham terlibat dengan kegiatan tidak berfaedah dalam memperjuangkan keamanan sejagat tetapi menganggur dan menyusahkan ibu bapa.

Dani terkinja-kinja dengan muzik rock, berambut panjang, tidak berdisiplin dan mengambil dadah.

5. Tidak bermoral

Ilham cuuba memperkosa Inem, pembantu rumahnya dengan cuba menceroboh masuk ke bilik beberapa kali

Page 7: Folio Renyah

PERSOALAN

Persoalan Huraian Contoh

Minat dan kecenderungan seseorang tidak boleh dipaksa.

Setiap orang dilahirkan dengan memiliki kemahiran dan bakat

yang berbeza. Contohnya, Amera lebih meminati profesion

perguruan. Jiwanya tetap ingin menjadi pendidik walaupun

dipelawa oleh bapanya supaya menceburi bidang perniagaan.

Begitu juga Dani yang suka bidang nyanyian, Ilham pula berbakat

dalam penulisan dan puisi.

Datuk Dolhi bagaikan putus harapan untuk

membawa Amera keluar daripada bidang

pendidikan yang amat diminati oleh anaknya

itu.(Hal. 78)

Rasuah dalam kalangan

Kesempitan hidup adakala menjadikan seseorang tidak dapat

Tengku Munir memaksa supaya Hasnol

Page 8: Folio Renyah

kakitangan kerajaan.

berfikir dengan waras dan akibatnya mudah terperangkap dengan rasuah untuk menikmati

kesenangan melalui jalan singkat. Contohnya, akibat desakan hidup Hasnol sanggup menerima RM500 000 wang suapan daripada Tengku Munir kerana ingin hidup mewah

dan bergaya.

memberikan projek Jambatan Kota sebanyak

RM80 juta kepadanya dengan kesediaannya untuk memberi rasuah

sebanyak lima ratus ribu ringgit kepada hasnol.

(Hal. 146)

Perjuangan menentang pemusnahan alam sekitar.

Isu pembalakan berleluasa mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan pencinta alam semula jadi. Contohnya, Ilham

bersama aktivis lain memperjuangkan hal ini menerusi

pelbagai aktiviti.

Ilham dikatakan berada di Sarawak untuk

membentangkan kertas kerja berkaitan masalah hutan dan pembalakan

(Hal. 104)

Wujudnya para pendakwah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Menggunakan agama dan aktiviti dakwah atas kepentingan peribadi.

Golongan sperti ini sering mencemar dan menjatuhkan imej

agama Islam itu sendiri. Contohnya, Mukhlis tidak bekerja tetapi ingin berdakwah hingga ke India, kotor dan tidak terurus. Ini

bukanlah ajaran Islam yang sebenar yang dibawa oleh

Rasulullah SAW.

Mukhlis ditegur oleh bapanya supaya

bekerja, merapikan misaim dan janggut

serta berpakaian segak dan berpersonaliti.

(Hal. 74)

Persahabatan tidak terbatas kepada bangsa, agama dan Negara.

Persahabatan yang ikhlas tidak mengenal sempadan. Contohnya, keluarga Datuk Dolhi amat rapat

dengan keluarga Albert Lee sehingga mewujudkan usaha sama perniagaan malah Albert Lee juga

menerima dengan hati terbuka sekiranya Robert Lee memeluk

Islam dan ketrunan mereka nanti menjadi melayu.

Albert Lee menasihati anaknya Robert supaya memikat Amera agar

keluarga mereka bersatu dan dapat

membina empayar niaga malah tidak mengapa sekiranya anak cucu mereka akan menjadi

Melayu.(Hal. 154)

Dunia korporat dan urusan perniagaan

Kehidupan ahli perniagaan Berjaya memerlukan daya usaha yang gigih serta kesanggupan untuk bekerja siang dan malam tanpa

mengenal erti jemu dan putus asa.

Datuk Dolhi sering berasa letih tetapi

enggan melayan rasa sakitnya itu, malah

sentiasa menguatkan

Page 9: Folio Renyah

Contohnya, kejayaan Datuk Dolhi dan Albert Lee dalam perniagaan mereka adalah kerana ketekunan Datuk Dolhi berusaha dan mencari

seberapa banyak peluang perniagaan yang ada.

diri untuk bekerja keras. Dia masih ke sana ke

mari memeriksa projek, menghadiri seminar, dan

mencari peluang-peluang niaga.

(Hal. 15-16)

Tidak bertegas dengan anak-anak

Datuk Dolhi dan Datin Tominah tidak mendidik anak-anak dengan

sempurna, malah diberi kemewahan sehingga anak-anaknya jauh terpesong dari

landasan yang sebenar. Contohnya, Mukhlis cenderung dalam keagamaan tetapi tidak

diberikan bimbingan yang betul, Dani pula berminat dalam dunia

muzik tetapi tidak diberikan pendididkan formal mengenai

muzik dan terlibat dengan penggunaan dadah. Datuk Dolhi

hanya berharap dan mengimpikan anak-anaknya membabitkan diri dalam perniagaan tetapi hanya

Wahi yang dapat memenuhi impiannya itu kerana Wahi dididik

dengan betul oleh nenek Wahi.

Page 10: Folio Renyah

PLOT

1.Permulaan

o Memperkenalkan watak utama iaitu Datuk Dolhi seorang tokoh korporat terkemuka dan isterinya Datin Tominah.

o Memperkenalkan anak-anak Datuk Dolhi bersama isterinya yang memiliki minat yang berbeza. Hasnol Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidak berminat menceburi bidang perniagaan. Ilham penulis dan aktivis, Mukhlis berdakwah, Amera pendidik dan Dani pula penyanyi rock.

2.Perkembangan

o Cerita berkembang dengan beberapa peristiwa antaranya Datuk Dolhi keluar joging bersama albert Lee yang memperlihatkan hubungan rapat mereka berdua sebagai ‘partner-niaga’.

o Seterusnya Datuk Dolhi pulang sebaik selesai memberi ceramah dan seminar yang diadakan di beberapa tempat dalam usaha berkongsi ilmu, menyuntik semangat demi hasratnya mahu melihat lebih ramai bangsa Melayu yang terlibat dalam dunia korporat yang menjanjikan pulangan lumayan dan kekayaan.

o Ilham mencadangkan Dani menerbitkan lagu yang mempunyai ilmu supaya dapat mengajak masyarakat berfikir.

o Hasnol menegaskan pendiriannya mahu terus berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.

o Mukhlis datang ke pejabat untuk meminjam wang daripada ayahnya untuk berdakwah ke India. Datuk Dolhi tidak memberinya.

o Amera memberitah yang dirinya terpilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri dan berharap ayahnya hadir dalam majlis penyampaian anugerah tersebut.

3.Perumitan

Page 11: Folio Renyah

o Konflik terjadi apabila Datuk Dolhi beranggapan aktiviti anak-anaknya itu menyimpang dari landasan sebenar, sia-sia serta tidak berfaedah. Kesemua mereka langsung tidak mahu terlibat untuk membantu tenaga dalam perniagaan bapa mereka melainkan hanya tahu meminjam dan meminta wang sahaja kecuali Amera.

o Amera tertanya-tanya siapakah peminat misteri yang mengiriminya kad dan jambangan bunga.

o Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memaklumkan mahu berhenti kerja secara tiba-tiba. Seminggu selepas itu, Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu Ilham telah beberapa kali cuba menceroboh masuk ke biliknya.

o Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu anaknya Mukhlis telah berkahwin secara senyap-senyap dengan bekas isteri tuk gurunya. Anaknya itu kini dikatakan tinggal di Kampung Sungai Bakau, tempat perkampungan jemaah dakwahnya.

o Datuk Dolhi menjadi bertambah bimbang apabila diberitahu oleh Albert bahawa Ilham ada bersama-sama orang asli mahu membuat benteng manusia bertujuan menghalang kerja-kerja pembalakan.

o Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn. Tengku Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan permohonannya untuk projek Jambatan Kota. Sebagai imbuhannya, Hasnol bakal diberi sagu hati sebanyak RM300 ribu yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank luar Negara.

o Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi merupakan anak kandungnya daripada isteri keduanya. Berita tersebut amat mengejutkan isteri dan anak-anak Datuk Dolhi sehingga Datin Tominah bersifat dingin terhadap suaminya.

4.Puncak Cerita

o Datuk Dolhi diberitahu oleh Ustaz Wahab mengenai keadaan Mukhlis yang hidup menderita. Mukhlis tidak siuman selepas menyerang tuk gurunya kerana marah isterinya lari meninggalkannya dan kembali semula ke pangkuan bekas suaminya(tuk guru).

o Hasnol yang melarikan diri ke London memberitahu ibunya melalui telefon, bertemu Ilham di sana. Ilham menjadi buruan polis akibat aktivis yang dilakukannya.

o Dani pula tiba-tiba gagal membuat persembahan sulungnya kerana ‘ketagih’. Dia ditangkap polis ketika sedang berurusan mendapatkan dadah.

Page 12: Folio Renyah

o Mukhlis hamper gila, Ilham menjadi buruan pihak berkuasa, manakala Hasnol dan Dani bakal dibicarakan di mahkamah.

5.Pengakhiran

o Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarah bercuti sehingga siasatan selesai.

o Datuk Dolhi terpaksa menjamin Dani dan bercadang untuk memasukkannya ke pusat serenti.

o Mukhlis yang kemalangan ketika merayau-rayau dimasukkan ke hospital dan dilaporkan semakin sembuh. Datuk Dolhi bercadang untuk memasukkan Mukhlis ke pusat rawatan mental.

o Wahi pulang berkursus dari Jepun bersama isterinya, Yuka. Kepulangan mereka disambut mesra oleh semua ahli keluarga Datuk Dolhi termasuk Datin Tominah.

o Pengumuman Datuk Dolhi bahawa Wahi akan menggantikannya sebagai Pengarah Urusan, disambut rasa syukur oleh semua ahli syarikat, kecuali Albert Lee dan Robert Lee yang bertindak keluar dari syarikat.

o Hubungan Datuk Dolhi dengan Albert Lee mlai retak.o Datuk Dolhi menarik nafas lega kerana masalah-

masalah yang dihadapi beransur pulih, beliau bercadang untuk berehat dan ke Tanah Suci, Mekah bersama isteri.

Page 13: Folio Renyah

TEKNIK PLOT

Teknik Maksud Contoh

1. Teknik pemeri/ penceritaan

Teknik yang menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran, ataupun pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu.

Pengarang menggambarkan Datin Tominah berbual dan menghubungi beberapa orang datin seperti Datin Atikah, Datin Salmah dan Syarifah Wafa.(Hal.17)

2. Teknik dialog Dialog adalah perbualan di antara watak.

“Siapa yang akan menyambung perniagaan abang, Tom?” Datuk Dolhi mengeluh.(Hal.2)

3. Teknik Imbas Kembali

Teknik yang digunakan untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami watak.

Datuk Dolhi teringat kembali ketika Hasnol lahir dia masih menjadi pegawai kerajaan bertugas sebagai Pengarah Jabatan. Ketika itu dia berdoa agar suatu hari Hasnol akan menjadi pegawai tadbir dan

Page 14: Folio Renyah

diplomatik.(Hal.3)

4. Teknik konflik Konflik merupakan pertentangan pendapat, idea, sikap, fikiran dan emosi sama ada sesama watak, dalam diri watak atau persekitarannya

Datuk Dolhi beranggapan aktiviti anak-anaknya itu menyinggung dari landasan sebenar, sia-sia serta tidak berfaedah. Kesemua mereka langsung tidak mahu terlibat untuk membantu tenaga dalam perniagaan bapa mereka melainkan hanya tahu meminjam dan meminta wang sahaja kecuali Amera.(Hal.2)

Konflik yang berlaku apabila sebelum Hasnol pergi bercuti di London, Tengku Munir memanggil Hasnol ke pejabatnya kerana tender yang diperoleh hanya empat daripada dua belas. Tengku Munir mahu kesemua permohonan tendernya diperoleh. Akibatnya, Hasnol tersepit antara permintaan Tengku Munir yang meminta semua tender yang disertainya diluluskan dan isterinya yang tidak boleh bertolak ansur untuk segera pergi ke London.(Hal.191)

5. Teknik Monolog Menggambarkan watak sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka.

Datuk Dolhi bagaikan ingin menulis surat yang panjang lebar kepada anak-anaknya untuk berpesan supaya mereka meninggalkan kerja mereka yang tiada jaminan masa depan kepada dunia perniagaan yang lebih cemerlang.(Hal.107)

6. Teknik Monolog Dalaman

Menggambarkan sesuatu peristiwa atau pemikiran watak melalui pemaparan

Datuk Dolhi tidak menyalahkan sesiapaa apatah lagi kelima-lima anaknya

Page 15: Folio Renyah

perkara yang difikirkan atau kata-kata di dalam hati watak.

sendiri ‘buta niaga’ dan ‘buta usaha’, namun dia menganggap orang yang positif tidak akan menyalahkan orang lain.(Hal. 32)

7. Teknik imbas muka/hadapan

Pengarang memberikan bayang-bayang peristiwa yang bakal berlaku kepada pembaca.

Datuk Dolhi percaya Wahi diramalkan mampu menjadi pengurus yang baik beberapa tahun yang akan datang.(Hal. 27)

8. Teknik saspens/ketegangan

Teknik ini digunakan bagi menimbulkan tanda Tanya pembaca tentang peristiwa yang bakal berlaku seterusnya.

Hasnol menerima ugutan daripada Tengku Munir supaya meluluskan permohonan tendernya dengan balasan akan diberi wang sebanyak tiga ratus ribu ringgit.(Hal. 146)

Begitu juga rahsia Wahi yang disimpan oleh Datuk Dolhi, menimbulkan kebimbangan sekiranya Wahi enggan menerima hakikat itu.(Hal. 108)

9. Teknik kejutan/surprise

Teknik yang memberi kejutan apabila berlaku peristiwa di luar jangkaan.

Keputusan Albert Lee keluar daripada rakan kongsi Syarikat Dolhi Albert Holding bersama Robert sebaik saja Datuk Dolhi mengumumkan pelantikan Wahi sebagai Pengarah Urusan menggantikan beliau.(Hal. 213)

WATAK DAN PERWATAKAN

Page 16: Folio Renyah

WATAK UTAMA

a. Datuk Dolhi

Berusia 60 tahunSeorang tokoh korporat yang sangat cintakan bidang

perniagaan sehingga berhasrat agar anak-anaknya turut mengikut jejak langkahnya

Memiliki rangkaian perniagaan yang luas sehingga ke luar Negara

Syarikatnya diberi nama Dolhi-Albert HoldingDatuk Dolhi mempunyai 5 orang anak bersama isteri

pertamanya, Datin Tominah(Hasnol, Mukhlis, Ilham, Amera, Dani) dan seorang anak lelaki bernama Wahi bersama isteri keduanya, Mastura yang telah meninggal dunia.

Datuk Dolhi seorang yang kaya raya dan bertaraf jutawan.

Perwatakan Contoh

Bijak dalam menguruskan bisnes

Datuk Dolhi menghantar wahi belajar ke Jepun untuk mendapatkan pengetahuan tentang teknologi dan sistem pengurusan Jepun.

Mengkagumi Dr Mahathir Mohamad

Datuk Dolhi biasanya memulakan ucapannya dengan kata-kata bernas daripada tokoh yang dikagumi terutamanya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Banyak membaca Datuk Dolhi sering membaca buku yang ditulis James P.Womack, Daniel T.Jones, Daniel Roos dan Robert H.Schaffer lebih-lebih lagi sebelum menyampaikan ceramah atau membentangkan kertas kerja.

Penyayang Datuk Dolhi begitu menyayangi kesemua anaknya dan dia amat risau memikirkan masa depan mereka. Hal ini jelas dapat digambarkan apabila Datuk Dolhi teringat kepada sebuah buku yang bertajuk Surat-surat seorang usahawan kepada puteranya. Ketika itulah Datuk Dolhi teringat akan anak-anaknya.

Jujur dan amanah Datuk Dolhi tidak akan menggunakan duit syaikat untuk kepentingan peribadi. Contohnya, ketika Mukhlis datang ke

Page 17: Folio Renyah

pejabat Datuk Dolhi untuk meminjam wang, begitu juga Hasnol pulang ke rumah untuk meminjam wang sebanyak RM10 000, Datuk Dolhi tidak memberikan wang tersebut kepada Mukhlis dan Hasnol.

Bersifat patriotic dan cintai barangan buatan Malaysia

Datuk Dolhi menggunakan Limousin Saga serta memakai batik Kelantan di majlis-majlis tertentu.

b. Datin Tominah

Isteri Datuk Dolhi berumur dalam lingkungan 50-an.Masanya banyak diisi dengan bertem dan berbual dengan

rakan-rakan “Datin” sehinggakan bercadang menubuhkan Persatuan Datin-datin

Berminat untuk membuka kedai busana Islam tetapi kurang mendapat galakan daripada suaminya

Perwatakan Contoh

Cemburu Beliau yang mencadangkan agar “Kelab Datin-datin” yang ditubuhkan memastikan isteri muda tidak boleh memakai gelaran datin.

Protes Memprotes Datuk Dolhi apabila Wahi diumumkan sebagai anak kandung Datuk Dolhi.

Kurang memberikan tumpuan kepada anak-anak sehingga anak-anaknya mengikut haluan masing-masing.

Sering menitiskan air matamengenagkan kerenah anak-anak

Mementingkan kecantikan

Page 18: Folio Renyah

c. Albert Lee

Rakan perniagaan Datuk Dolhi.Syarikatnya diberi nama Dolhi-Albert Holding.Mempunyai rangkaian perniagaan yang luas.Akhirnya menarik diri daripada syarikat Dolhi-Albert

Holding kerana tidak bersetuju atas pelantikan Wahi sebagai peneraju syarikat.

Perwatakan Contoh

Penyayang Walaupun sibuk bekerja beliau tetap meluangkan masa untuk bermesra dengan isteri dan anak-anaknya.

Berpandangan jauh

Berhasrat memperteguh empayar perniagaan. Merancang mengawinkan dua orang anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi; Hasnol dengan Elaine dan Amera dengan Robert Lee, walaubagaimanapun anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat terhadap cadangan tersebut.

d. Hasnol

Menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD)Beliau lebih berminat bekerja sebagai kakitangan

kerajaan kerana mempunyai banyak masa lapang dan berpencen

Mempunyai isteri bernama Linda.Melarikan diri ke London.

Perwatakan Contoh

Page 19: Folio Renyah

Keras hati Tidak mahu meceburi bidang perniagaan walaupun telah dipelawa oleh Datuk Dolhi berkali-kali.

Tidak bersikap tegas Sebagai suami, hasnol tidak bersikap tegas kerana sering tunduk dengan kemahuan isterinya.

Biadap Ada ketika Hasnol bersikap biadap terhadap ibunya. Contohnya, dia menghempaskan telefon kerana marah apabila ibun ya tidak dapat memberinya duit.

Boros Sering dihimpit masalah kewangan sehingga sering meminjam wang ibu bapanya kerana terikut-ikut dengan gaya hidup yang mewah.

Tidak berpandangan jauh

Berpelajaran tinggi tetapi tidak berpandangan jauh malah terjebak pula dengan kes rasuah jutaan ringgit.

e. Mukhlis

Berusia 30 tahun.Tidak bekerja.Berjanggut dan berjambang tetapi tidak terurus.Mengahwini Hanisah(bekas isteri ketiga tuk gurunya).

Perwatakan Contoh

Jahil agama Terikut-ikut dengan golongan pendakwah songsang.

Berprasangka buruk Enggan bekerja di firma bapanya kerana menganggap perniagaan bapanya dipenuhi riba dan bersifat secular.

Biadap Berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Gila Menjadi kurang siuman setelah isteri meninggalkannya dan terlibat pula dengan kemalangan.

Page 20: Folio Renyah

f. Ilham

Berkelulusan ijazahTidak mempunyai pekerjaan tetap.Melarikan diri ke London dan seterusnya menuju ke Paris.

Perwatakan Contoh

Berbakat/bijak Penyair dan penulis berbakat dan bijak mencipta sajak.

Malas Sering mengharapkan kewangan ibu bapa.

Biadap Cuba melakukan perkara yang tidak baik terhadap pembantu rumahnya, Inem.

Agresif/Tidak rasional Menjadi buruan polis kerana terlibat dengan tunjuk perasaan dan membina benteng manusia dalam usaha menentang pembalakan di hutan Sarawak.

Terlalu ghairah dengan perjuangan keselamatan dunia dan alam sejagat.

g. Amera

Satu-satunya anak perempuan Datuk Dolhi dan Datin Tominah.

Bertugas sebagai guru di sebuah sekolah terkemuka.Berkahwin dengan YB Wahab iaitu seorang Timbalan

Menteri tugas-tugas Khas

Perwatakan Contoh

Berdedikasi dan berkaliber

Pernah menerima anugerah tokoh guru cemerlang negeri.

Page 21: Folio Renyah

Sederhana Tidak berminat dalam bidang perniagaan malah tidak pernah bercita-cita untuk menjadi kaya.

Penyayang Menganggap tugasnya sebagai pendidik ialah mendidik anak bangsa supaya menjadi orang berguna.

Berakhlak Bimbang nama baiknya tercemar apabila Ilham memberitahunya berita terkini di sebuah akhbar bahawa seorang YB ada hubungan dengan seorang guru.

h. Dani

Bercita-cita menjadi penyanyi rock dan menerbitkan album.

Berpakaian compang-camping.Berambut panjang.

Perwatakan Contoh

Liar Bergaul dengan orang-orang yang telah rosak akhlaknya.

Mudah terpengaruh Terikut-ikut dengan budaya kuning.

Tidak berpandangan jauh

Tidak memiliki ilmu mendalam.Ditangkap polis kerana terlibat dengan dadah.

i. Wahi

Anak kandung Datuk Dolhi bersama isteri keduanya, Mastura.

Dibesarkan oleh neneknya dengan pembiayaan Datuk Dolhi.

Berkahwin dengan seorang gadis Jepun bernama Yuka.Dilantik menjadi Pengarah Urusan menggantikan Datuk

Dolhi.

Page 22: Folio Renyah

Perwatakan Contoh

Berbudi bahasa Menjadi orang kesayangan dan kepercayaan Datuk Dolhi malah sikapnya yang bebudi bahasa, berhemah dan berdiplomasi oleh orang lain.

Baik hati Tidak pernah berdendam kepada bapanya atas apa yang pernah dilalui ibunya dahulu.

Rajin Minat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuanDatuk Dolhi menghantarnya berkursus di Jepun dalam

usaha menerapkan nilai-nilai dan budaya pengurusan kerja Jepun.

WATAK-WATAK SAMPINGAN

a. Emzita

Pegawai senior di Dolhi-Albert Holding.Cekap bekerja tanpa mengira siang atau malam.Cekal, tabah dan belum berumah tangga.

b. Rozie

Setiausaha kepada Datuk Dolhi.Memiliki kelulusan Sains Kesetiausahaan ITM.Cekap melaksanakan tugas.

Page 23: Folio Renyah

c. Raj Hussein

Pegawai dari Raamalo Consultant.

d. Hanisah

Isteri kepada Mukhlis.Merupakan bekas isteri kepada tuk guru yang

mempunyai tiga orang anak.Hanisah bekas pelajar Maktab Pertanian dan fanatic

dalam ajaran Islam songsang.Seorang yang tidak setia kepada suaminya yang dulu

walaupun pada ketika itu dia telah mempunyai suami.

e. Saiful Bahri

Rakan yang sama-sama berdakwah dengan Mukhlis.Anak kepada Tan Sri Mokhtar Latib.Bertanggungjawab menggalakkan Mukhlis mengambil

Hanisah sebagai isteri.

f. Tuk Guru

Pemimpin ajaran sesat.Hidup mewah seperti sering bercuti ke luar negeri,

dengan alasan berdakwah.Suka berkahwin dan bercerai sesuka hati tanpa

bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.

g. Tengku Munir

Bertubuh besar dan berkulit putih.Walaupun tersenyum mukanya tampak bengis.Merupakan seorang kerabat diraja.

h. YB Wahab Yahya

Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.Suami kepada Amera.Berusia lingkungan 30-an dan merupakan duda yang

mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Page 24: Folio Renyah

i. Robert Lee

Anak lelaki kepada Albert Lee.Bijak melakukan urusan perniagaan.Kacak dan kaya.Jatuh hati dengan Amera tetapi cintanya tidak berbalas.

j. Ustaz Wahab

Seorang sahabat lama Datuk Dolhi.Pegawai di Jabatan Agama Islam.

LATAR

LATAR MASA

Latar Masa Peristiwa

Pada tahun 1994

Latar masa dalam novel ini tidak begitu jelas, tetapi oleh sebab karya ini memenangi Hadiah Penghargaan Kategori novel Remaja pada tahun 1994, sudah tentulah novel ini dihasilkan pada atau sebelum tarikh tersebut.

Oleh itu, penggunaan nama Perdana menteri, Tun Dr.

Page 25: Folio Renyah

Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bersesuaian mengikut tarikh tersebut.

Pada waktu siang

Datuk Dolhi dan Albert Lee bermain golf.Percutian Datuk Dolhi ke Jepun.Pertemuan Datin Tominah bersama rakan-rakannya.Kedatangan Mukhlis ke pejabat bapanya.Datuk Dolhi tiba tepat jam 6.15 pagi waktu tempatan. Hujan

renyai-renyai menyelubungi Lapangan Terbang Narita.

Pada waktu malam

Pertemuan amera dengan YB Wahab di Kelab Mawar.Majlis pertunjukkan pakaian busana islam di Hotel Merlin

yang dihadiri oleh Datuk Dolhi bersama-sama Datin Tominah.

LATAR TEMPAT

Latar Tempat Peristiwa

Bukit Serakah Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging.Sambil berjoging mereka berbual daripada perniagaan

kepada golf, daripada golf kepada anak-anak dan daripada anak kepada kelab dan isteri.

Page 26: Folio Renyah

Pejabat Dolhi-Albert Holding

Tempat Datuk Dolhi bekerja dan berlangsungnya mesyuarat syarikat.

Menerima kedatangan Mukhlis untuk meminjam wang sebelum berangkat ke India.

Rumah Datuk Dolhi Tempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah berbincang mengenai karenah anak-anak.

Tempat anak-anak berkumpul.Tempat berlangsungnya majlis pernikahan antara

Amera dengan YB Wahab.

Institute Perdagangan Kebangsaan

Tempat Datuk Dolhi menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar perdagangan.

Dewan Jubli Intan Tempat diadakan majlis penganugerahan Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri yang dihadiri oleh Timbalan Menteri. Pada majlis itu Amera dianugerahkan Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri.

Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

Datuk Dolhi mengambil keputusan berangkat ke Jepun bagi menenangkan fikiran.

Beliau berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam.

Kampung Sungai Bakau

Tempat tinggal Mukhlis selepas menyertai Jemaah. Contohnya :

Datuk Dolhi mengatakan kepada Datin Tominah. Mukhlis tinggal di Sungai Bakau.(Hal 103)

Kelab Mawar Tempat pertemuan Amera dengan peminatnya. Barulah Amera mengetahui peminat setianya ialah YB Wahab.

Jepun Wahi yang dihantar oleh Datuk Dolhi di Negara tersebut untuk melihat mendalami ilmu perniagaan.

Selain itu, Datuk Dolhi ke Jepun bagi menenagkan fikirannya sambil bersiar-siar mengutip kenangan ketika mudanya.

Teratai Inn Hasnol menemui Tengku Munir yang akhirnya Tengku Munir Berjaya mempengaruhi Hasnol agar meluluskan permohonannya bagi projek Jambatan Kota yang

Page 27: Folio Renyah

bernilai RM 80 juta.

Sarawak Ilham cuba menghalang kegiatan pembalakan dengan menghasut kaum peribumi supaya membuat benteng manusia untuk menghalang kerja-kerja pembalakan.

LATAR MASYARAKAT

Latar Huraian

Page 28: Folio Renyah

Masyarakat

Masyarakat korporat

Datuk Dolhi, Albert Lee, Wahi dan Robert.Mereka bekerja di Dolhi-Albert Holding.Kecekapan dan kebijaksanaan menguruskan syarikat

menjadikan perniagaan mereka melebarkan sayap sehingga ke luar negara.

Masyarakat berbilang kaum

Albert Lee, Robert, Elaine yang berketurunan Cina dan Raj Hussein berketurunan India.

Albert Lee sendiri sangat ingin menjodohkan anak-anak mereka berdua, agar persahabatan mereka dipereratkan lagi dengan ikatan kekeluargaan.

Masyarakat pendakwah

Mukhlis yang hidup dalam jemaah di perkampungan Sungai Bakau.

Mengamalkan cara hidup yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar seperti tidak bekerja, kawin-cerai, dan tidak menguruskan diri dengan baik-baik.

Masyarakat pendidik

Amera menjalankan tugas sebagai pendidik demi anak bangsa sehingga beliau dianugerahi tokoh pendidik Cemerlang Negeri.

Penganugerahan diberi berdasarkan kecemerlangan Amera menjalankan tugas.

Masyarakat artis

Dani yang asyik menyanyi lagu-lagu rock dan bercita-cita merakamkan album.

Dani sering mengadakan persembahan yang diberi nama ‘Young Rock Band”.

Masyarakat penulis/penyair

Ilham yang bergiat dalam penulisan mengupas isu-isu keamanan manusia sejagat melalui rencana-rencana dan sajak-sajak.

Masyarakat aktivis

Ilham juga terlibat dengan mengadakan pelbagai aktiviti ceramah, demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Beliau menghasut peribumi supaya membuat benteng manusia supaya kegiatan pembalakan tidak dapat dijalankan.

Beliau lari ke luar negara apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa.

Page 29: Folio Renyah

Masyarakat peribumi di Sarawak

Mereka diperalatkan menjadi benteng manusia oleh pihak yang terlibat dalam usaha menentang aktiviti pembalakan di hutan Sarawak.

Masyarakat bangsa asing

Yuka, gadis Jepun yang menjadi isteri Wahi, bersedia untuk tinggal di Malaysia.

Bruno Manser pula adalah aktivis Barat, memperjuangkan keselamatan alam sekitar daripada diancam oleh aktiviti manusia.

Masyarakat ahli politik

YB Wahab pula berjawatan Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas yang akhirnya berkahwin dengan Amera.

Masyarakat pekerja asing

Inem iaitu pembantu rumah Datin Tominah yang berasal dari Indonesia.

Page 30: Folio Renyah

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa Contoh

Penggunaan bahasa asing

Bahasa Inggeris.Contohnya:

Rock of the year.(Hal.125)Confirm(Hal.123)Hard rock dan heavy metal.(Hal. 123)

Bahasa Jepun.Contohnya:

“Konbanwa!”“O genki desu ka?”“Genki desu…”“Dozo…” (Hal. 113)“Ohaiyo gozaimasu”(Hal. 128)“Wakaretemo sukina hito”(Hal 138)

Bahasa Arab.Contohnya:

Ana, anta, assalamualaikum, astagfirullah, Insya-Allah, Masya-Allah, rahmatullah..

Penggunaan peribahasa

Lembut gigi daripada lidah.(Hal.14)Kalau tak ada sebab takkan tempua bersarang

rendah.(Hal.63)Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

(Hal.89)Kalau guru kencing berdiri, anak-anak murid kencing

berlari.(Hal.89)Hangat-hangat tahi ayam.(Hal. 99)Ditatang bagai minyak yang penuh.(Hal.100)Seperti bulan jatuh ke riba.(Hal.181)

Page 31: Folio Renyah

Personafikasi …menggigit kulit(Hal.20)…diperhatikan oleh matahari senja(Hal.21-22)Neon di dalam kaca sudah mempamerkan wajahnya.

(Hal.24)Jip warna hitam membelah senja yang kian kelabu.

(Hal.24)…digigit oleh cuaca sejuk.(Hal.127)…lopak-lopak menyambut kedatangan mereka.

(Hal.184)

Simile …macam budak-budak baru masuk universiti.(Hal.23)Bibir tuanya seperti sagu pecah.(Hal.39)Peluh seperti air mata yang keluar dari liang-liang

batu.(Hal.20)Guru seperti lilin membakar diri.(Hal.89)

Bahasa puisi (Hal.50,55)

Metafora …memutarkan filem kenangan.(Hal.3)…Rimba Fikiran.(Hal. 123)…menerjang dinding fikiran.(Hal.196)

Sarkasme Perkataan kasar

“Tolol”(Hal.83)

Hiperbola …menjamu mata dengan kehijauan bukit bukau yang saujana mata memandang.(Hal.19)

Page 32: Folio Renyah

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

Nilai Murni Pengajaran Contoh

Kasih sayang

Ibu bapa perlulah menyayangi dan mengambil berat tentang anak-anak.

Datuk Dolhi sentiasa risau akan kegiatan Mukhlis, Ilham dan Dani yang dirasa tidak ada masa depan.

Berusaha gigih/rajin berusaha

Kita hendaklah berusaha gigih agar memperoleh kejayaan.

Kegigihan Datuk Dolhi menguruskan perniagaan menjadikannya seorang ahli korporat yang Berjaya bertaraf jutawan.

Jujur dan Kita perlu amanah dalam Datuk Dolhi tidak akan

Page 33: Folio Renyah

amanah menjalankan tugas. menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi, walaupun syarikat tersebut miliknya sendiri.

Cintai alam sekitar

Kita haruslah memastikan alam sekitar terpelihara demi kesejahteraan sejagat.

Ilham terlibat dengan aktivis memperjuangkan kesejahteraan alam sekitar terutama aktiviti pembalakan.

Bertanggungjawab

Sebagai suami/ bapa wajib bertanggungjawab terhadap keluarga.

Datuk Dolhi membiayai perbelanjaan Wahi walaupun anak itu tidak tinggal bersama-samanya kerana berlainan ibu.

Keagamaan/keimanan

Kita mestilah mempelajari dan memahami ajaran Islam sebenar agar tidak terpesong.

Mukhlis terpengaruh dengan dakwah songsang kerana cetek pengetahuan agamanya.

Berilmu pengetahuan

Kita hendaklah menambah lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.

Datuk Dolhi sanggup mengikuti kursus pengucapan awam untuk membolehkan dia mampu bercakap di khalayak ramai.

Dia juga sentiasa membaca buku-buku pengetahuan terutama yang berkaitan dengan motivasi dan perniagaan.

Berdikari Kita mestilah boleh berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapa selama-lamanya.

Wahi pandai berdikari dan bijak walaupun tidak dibesarkan oleh ibu bapanya sejak kecil.