38
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN KOTA PUTRA, 22200 BESUT, TERENGGANU RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN PROJEK KERJA AMALI RAK BUKU NAMA : HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZIL NO KAD PENGENALAN : 910225-11-5435 UNIT : 1 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 PENSYARAH : ENCIK HATTA BIN ISMAIL JABATAN : KEMAHIRAN HIDUP

Folio Rak Buku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RBT 3102

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZANKOTA PUTRA,22200 BESUT,TERENGGANU

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATANPROJEK KERJA AMALI RAK BUKU

NAMA:HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZILNO KAD PENGENALAN:910225-11-5435UNIT:1 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1PENSYARAH:ENCIK HATTA BIN ISMAILJABATAN:KEMAHIRAN HIDUP

SENARAI KANDUNGAN1. BIODATA 2. PENGHARGAAN3. Kertas tugasan4. PENGENALAN5. OBJEKTIF 6. ANALISIS MASALAH7. PENGUMPULAN MAKLUMAT8. LAKARAN LAKARAN IDEA LAKARAN PERKEMBANGAN LAKARAN PROJEK PILIHAN LAKARAN CERAIAN9. ANALISIS LAKARAN10. JADUAL KERJA11. CARTA GANTT12. ALATAN-ALATAN13. BAHAN-BAHAN14. PROSES-PROSES15. TANGGAM16. LUKISAN AUTOCAD ORTOGRAFIK ISOMETRIK17. CONTOH PRODUK RAK BUKU 18. ANGGARAN KOS19. REFLEKSI

BIODATA

HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZIL910225-11-54351 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

PENGHARGAANAssalamualaikum. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Hatta bin Ismail, pensyarah pembimbing bagi subjek RBT 3102 Teknologi Bahan dan Pembuatan yang telah memberikan tugasan ini kepada saya. Tugasan kali ini adalah lebih kurang dengan subjek lain iaitu dikehendaki untuk membuat sebuah folio. Tugasan pada kali ini adalah untuk saya menyiapkan satu folio tentang tugasan yang diberikan iaitu membina rak buku gantung.Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang turut memberikan sumbangan mereka sewaktu saya menyiapkan tugasan ini dari aspek kewangan dan juga sokongan moral yang telah banyak membantu saya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai kerana setiap pendapat yang dikongsi dapat dijadikan satu maklumat yang tepat dan sekaligus dapat menjawab tugasan soalan. Rujukan yang didapati juga hasil daripada perkongsian rakan-rakan yang mana rujukan banyak diperolehi di perpustakaan, internet dan pensyarah.Kesimpulannya, saya berasakan tugasan kali ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada saya dan dapat diaplikasikannya pada masa kelak.

PENGENALANNegara Malaysia semakin membangun dari sehari ke sehari dan akan menjelang Wawasan 2020 tidak lama lagi. Untuk menjadi sebuah negara yang membangun, sudah tentunya kita perlu berusaha untuk menghasilkan perabot-perabot yang berkualiti. kerana perabot yang terbaru dan moden lebih sesuai dengan imej negara yang futuristik. Antara contoh perabot yang patut dihasilkan adalah perabot rak buku gantung. Sememangnya sudah banyak rak buku yang telah dihasilkan sama ada yang diperbuat daripada kayu mahupun logam. Namun, adakah semua rak buku yang ada di pasaran itu memenuhi cita rasa pengguna? Tepuk dada, tanyalah selera. Oleh sebab itu, saya sebagai penuntut Insitut Pendidikan Guru (IPG) yang mengikuti kursus Reka Bentuk dan Teknologi telah ditugaskan untuk membina satu rak buku gantung yang sesuai menepati cita rasa pengguna.Pada mulanya, kami telah diberi pendedahan awal mengenai proses pembuatan rak buku yang diarahkan oleh pensyarah pembimbing saya, iaitu Encik Hatta Bin Ismail. Rak buku yang dihasilkan hendaklah unik dan masih tidak terdapat di pasaran. Bahan yang digunakan adalah papan berketumpatan sederhana (MDF), playwood dan saiz rak buku yang bakal saya hasilkan adalah 720 mm x 600 mm x 240 mm.

OBJEKTIFKerja kursus ini akan meninggalkan pelbagai pengalaman dan faedah kepada kita, tidak kira sama ada baik mahupun buruk. Objektif menjalankan projek ini adalah untuk memupuk budaya ilmu pengetahuan pembacaan, perbincangan akademik dan pengisian maklumat secara pintar dalam kalangan pelajar. Melalui projek ini juga, ia mengajar saya cara untuk menggunakan peralatan-peralatan dan mesin-mesin yang terdapat di bengkel seperti mesin pemotong dan mesin pengasah yang tidak pernah saya gunakan sebelum ini.Di samping itu, ia juga melatih saya untuk berfikiran secara kritis dan kreatif. Hal ini demikian kerana, saya dikehendaki untuk membuat 5 lakaran rak buku dan setelah membuat analisis, hanya satu lakaran yang akan digunakan. Projek ini turut melahirkan pelajar yang beretika, beradab dan berdisiplin dalam melaksanakan tugas. Sewaktu membuat kerja rak buku ini, saya hendaklah mematuhi peraturan di dalam bengkel dari semasa ke semasa.Selain itu, semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam kalangan guru-guru pelatih ketika melaksanakan tugas. Semasa di dalam bengkel, saya disarankan untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain. Apabila terdapat rakan yang menghadapi kesusahan semasa menggunakan mesin-mesin, saya haruslah segera menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan setiap masa setakat yang saya mampu.Objektif untuk penghasilan produk adalah untuk menghasilkan satu rak buku yang menarik dan memenuhi cita rasa pengguna berbanding dengan hasil yang telah ada di pasaran. Di samping tiu, tugasan ini juga dapat memberi pengalaman kepada setiap guru pelatih untuk menghasilkan satu perabot buatan sendiri yang tidak pernah dialami sebelum ini.Sepanjang penghasilan produk ini, saya diarahkan oleh pensyarah untuk melaksanakannya di bengkel dan memakai pakaian bengkel yang telah ditetapkan serta kasut yang tertutup. Guru pelatih haruslah peka untuk menggunakan mesin-mesin yang ada di dalam bengkel untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Implikasinya, guru-guru pelatih boleh menggunakan kemahiran yang diperolehi sewaktu bekerja dalam bengkel untuk mengajar murid-murid di sekolah kelak.

ANALISIS MASALAHSeperti yang kita semua ketahui, pelbagai rupa dan reka bentuk rak buku telah dihasilkan di pasaran sekarang. Walau bagaimanapun, tidak kesemua rekaan itu memenuhi cita rasa pengguna dan mempunyai ciri-ciri dan faktor-faktor pemilihan yang diingini oleh pengguna. Antara masalah yang sering dihadapi dalam pemilihan rak buku gantung di pasaran adalah seperti berikut:

PENGUMPULAN MAKLUMATSepanjang tempoh projek ini berjalan, saya telah mengumpul sebanyak mungkin yang sedia ada bagi memantapkan lagi projek saya ini. Antara maklumat yang telah saya perolehi ialah:

ANALISIS LAKARANSemasa membuat lakaran untuk idea awalan, saya telah membuat sebanyak 5 lakaran sebagai pilihan. Bagi memastikan pemilihan saya memenuhi semua aspek yang saya kehendaki, saya telah membuat borang analsis seperti yang ada di bawah: - LAKARAN

KRITERIA

12345

Nilai ergonomik

Nilai estetik

Aspek keselamatan

Kos bahan

Anggaran berat

Fungsi

Daripada jadual yang telah saya buat, saya telah mengambil beberapa aspek untuk dipertimbangkan. Antaranya ialah nilai ergonomik, nilai estetik, aspek keselamatan, fungsi, kos bahan dan juga anggaran berat. Keenam-enam aspek ini penting bagi saya untuk membuat hasil produk saya yang bagus.Melalui analisis yang saya lakukan, saya dapat mengenalpasti lakaran yang paling sesuai untuk dijadikan rak buku saya ialah lakaran yang pertama. Ini adalah kerana lakaran tersebut memenuhi semua aspek yang saya pertimbangkan, iaiyu mempunyai nilai ergonomik yang sesuai untuk kesemua saiz rumah, nilai estetik yang tinggi, aspek keselamatan yang sesuai untuk semua peringkat umur, kos bahan yang tidak terlalu mahal, dan anggaran berat yang dirasakan sesuai.Setelah memilih lakaran ini, saya melukis semula lukisan ini mengikut di atas kertas lukisan A4. Tujuannya adalah untuk melihat gambaran sebenar rupa rak buku yang telah saya pilih. Selepas itu, saya ke peringkat seterusnya iaitu membuat lakaran perkembangan. Lakaran perkembangan disini bertujuan untuk menambahbaikkan lagi rak buku saya. Disini segala idea baru dilukis untuk memantapkan lagi projek yang dijalankan. Setelah selesai lukisan perkembangan idea saya membuat lakaran projek pilihan. Lakaran projek pilihan disini berfungsi untuk melihat gambaran sebenar projek rak buku yang dijalankan. Kemudian, saya telah melukis semula lukisan ini sekali lagi menggunakan perisian autoCAD untuk lukisan isometrik dan ortografik.Setelah meneliti lukisan yang dihasilkan, saya amat berpuas hati dengan hasil kerja ini. Saya berharap agar rak buku ini akan mendapat pujian dan sokongan daripada orang ramai atas berkat usaha yang telah saya lakukan dalam tempoh masa ini.

JADUAL KERJAPERKARATARIKHCATATAN

Tugasan diberi oleh pensyarah.

Pensyarah memberi penerangan tentang kaitan rekacipta dengan projek yang akan dijalankan. Pensyarah memberi penerangan tentang projek yang akan dilaksanakan. 9/1/2011

9/1/2011

9/1/2011 Pensyarah memberi penerangan mengenai rekabentuk secara draf. Menerima tugasan.

Mula mengumpul maklumat. Membuat rujukan dari sumber rujukan.

Melakar dan mencipta idea yang kreatif serta mudah dihasilkan.12/1/2011 Berbincang bersama rakan.

Berbincang bersama pensyarah pembimbing idea rekaan.14/1/2011 Mendapat maklum balas daripada pensyarah pembimbing.

Memilih beberapa idea yang sesuai daripada rekaan yang telah dihasilkan. (memilih sekurang-kurangnya 3 rekaan yang terbaik)1/2/2011 Lakaran ciptaan yang terbaik dipilih untuk memulakan projek.

Membentang hasil rekaan yang dipilih di hadapan pensyarah. Pensyarah memberi pendapat tentang projek dan memilih salah satu projek.22/2/2011

22/2/2011 Pensyarah memberi komen mengenai rekaan yang dipilih. Meminta pandangan serta nasihat daripada pensyarah.

Membuat tinjauan mengenai bahan-bahan yang akan digunakan. (meninjau dipasaran)24/2/2011 Mendapat maklumat mengenai kos bahan dan sebagainya.

Menyenaraikan bahan dan harga setiap bahan dalam projek.26/2/2011 Untuk rujukan ahli kelas dan pembekal.

Menyerahkan senarai bahan kepada pensyarah dan menerangkan kepada pembekal tentang bahan yang akan digunakan termasuk saiz, jenis dan sebagainya.2/3/2011 Memulakan projek selepas perbincangan dengan pensyarah dan pembekal.

Memulakan dokumentasi mengikut langkah-langkah yang sepatutnya.4/3/2011 Menyusun maklumat mengenai projek.

Mendapat barang yang dipesan untuk membuat projek.9/3/2011 Meneruskan projek yang telah dirancang.

Membuat soal selidik dan mengenal pasti masalah projek.9/3/2011 Membuat perancangan dan peringkat penghasilan projek.

Menjalankan pembinaan prototaip.27/3/2011 Prototaip dibina mengikut pelan yang disediakan.

Projek dihantar dan dinilai.6/5/2011 Untuk semakan pensyarah.

CARTA GANTT MINGGU PERKARA1234567

Menerima tugasan daripada pensyarah dan mendengar taklimat awal daripada pensyarah.

Membuat beberapa lakaran idea awalan.

Membuat lukisan pilihan lakaran rak buku gantung.

Mengukur kayu mengikut saiz yang dikehendaki.

Memotong kayu mengikut rekabentuk yang dilukis diatas kertas.

Membuat tanggam pada rak buku gantung dan menguji tanggam. Mengosok rekabentuk rak buku gantung menggunakan kertas pasir.

Melekatkan tanggam menggunakan paku.

Menanda pada fomica mengikut saiz yang dikehendaki.

Memotong fomica mengikut saiz yang dikehendaki. Melekatkan fomica pada kayu.

Memasang engsel pada laci di rak buku gantung.

Spray plat besi menggunakan spray colour.

Memasang plat besi pada ruang yang telah disediakan.

Memasang rak buku kayu mengikut kayu yang telah dipotong.

Membuat kemasan terakhir.

Membuat lukisan AutoCad.

Menyiapkan dan melengkapkan folio.

Menghantar projek folio rak buku gantung.

ALATAN-ALATANSetelah membuat pemilihan tentang lakaran yang dipilih, langkah seterusnya ialah memilih bahan-bahan yang sesuai. Setelah memilih bahan yang sesuai, langkah seterusnya adalah untuk untuk menyiapkan rak buku ini. Alatan yang digunakan haruslah sesuai dengan bahan yang dipilih untuk memudahkan proses pembuatan rak buku ini. Antara alatan yang saya gunakan adalah seperti berikut;GAMBAR ALATANNAMA ALATANGAMBAR ALATANNAMA ALATAN

Pembaris keluliMesin gerudi

Pensel lukisanPahat

Apit G

Gergaji jig

PakuSkru

EngselPemutar skru Philips

Kikir parutGandin kayu

Sesiku LPita pengukur

Berus catRagum kakak tua

Mesin gerudi mudah alihGergaji tangan

Gergaji putingTukul kuku kambing

BAHAN-BAHANAntara bahan-bahan yang saya gunakan untuk menghasilkan produk ini adalah seperti berikut: GAMBAR BAHANNAMA BAHANGAMBAR BAHANNAMA BAHAN

Kayu berketumpatan sederhana (MDF)

Kertas pasir

Playwood 2 mm

Cat kayu

Kayu

Thinner

Spray pengilat

Tepung penyumbat

PROSES-PROSES Membuat ukuran dan menanda pada kayu mengikut saiz yang dikehendaki.

Memotong kayu mengikut saiz yang telah diukur dengan mesin pemotong.

Memotong playwood nipis dengan menggunakan pisau kerja.

Memotong playwood 2 mm dengan menggunakan Gergaji Jig.

Kemudian, kayu yang dipotong tadi dikemaskan dengan mesin mesin pengasah.

Membuat tanggam pada bahagian yang telah dirancang.

Menggunakan kikir untuk mengemaskan kayu.

Selepas itu, melincinkan permukaan kayu dengan menggunakan kertas pasir.

Mengukur mengikut saiz projek yang telah dipotong pada fomica.

Memotong fomica yang telah diukur menggunakan pisau kerja.

Menampal fomica pada projek kayu.

Mengecat menggunakan cat kayu pada kayu pengantung.

Mencantum kayu mengikut perancangan yang telah disediakan.

Akhir sekali membuat kemasan pada projek kayu yang dihasilkan.

TANGGAMTanggam-tanggam yang digunakan dalam pebinaan bangunan dan perabot telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Tiaptiap jenis tanggam ini mempunyai kegunaan yang tertentu mengikut cara tradisi.Pembinaan tanggam dalam kerja ketukangan kayu adalah amat diperlukan untuk menghasilkan satu sambungan diantara kayu yang kuat dan baik supaya ianya sentiasa selamat dan tidak rosak atau lemah. Jenisjenis tanggam yang digunakan perlulah sesuai dengan keadaan kerja yang diperlukan supaya dapat memenuhi kehendak diatas itu. Tanggam-tanggam ini boleh dikelaskan kepada 4 kategori utama mengikut fungsi dan penggunaannya seperti :i. Tanggam melebar Tanggam Glu Gesel Tanggam Penatap Tanggam Lidah Dan Lurah Tanggam Tetingkat

ii. Tanggam siku Tanggam Temu Tanggam Temu Tetingkap Tanggam Temu Tetingkap Lidah Berparit Tanggam Rencong Biasa Tanggam Bajang Tunggal Tanggam Bajang Biasa Tanggam Bajal Hujung Litup

iii. Tanggam pemidang Tanggam Lekap (penjuru, penjuru rencong, dan lekap-T) Tanggam Kekang (penjuru biasa, penjuru rencong) Tanggam Penetap Tanggam Lubang Dan Putting (biasa, berjanjang, berbahu tinggi Rendah, berbahu sebelah)iv. Tanggam memanjang Tanggam Skaf Tanggam Plat Sambut Tanggam Sambung Jari Tanggam Sambut Lekap

TANGGAM YANG DIGUNAKAN DI DALAM PROJEK

Tanggam Temu

juga dikenali tanggam tepi. hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. ia digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa secara tepat.

Tanggam Temu Tetingkat

ia juga dikenali tanggam penjuru hujung litup. tetingkap digunakan untuk menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukan nya apabila dipakukan. ia digunakan dalam pembuatan kotak ,penjuru perabot dan laci.

CONTOH PRODUK RAK BUKU ANGGARAN KOSBIL.BAHAN-BAHANBIL. UNITHARGA SEUNITJUMLAH HARGA

1.Kayu berketumpatan sederhana (MDF)2Rm 5.00Rm 10.00

2.Playwood 2 mm1Rm 3.00Rm 3.00

3.Kayu1Rm 0.50Rm 0.50

4.Engsel2Rm 0.50Rm 1.00

5.Spray pengilat1Rm 9.00Rm 9.00

6.Tepung penyumbat1Rm 6.00Rm 6.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM)RM 26.50

KOS MODAL (HARGA PASARAN)Kos bahan, kos pembuatan dan kos pemasaran adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi kos atau modal untuk sesuatu produk.KOS BAHAN Jumlah keseluruhan kos bahan yang digunakan untuk menyiapkan rak buku. Kos bahan = RM 26.50

KOS PEMBUATAN Kos pembuatan ialah kos yang kita peruntukan bagi membayar semua kos tenaga yang terlibat dalam pembuatan produk. Kos Pembuatan = RM 10.00

KOS PEMASARAN Kos pemasaran produk adalah kos yang kita anggarkan untuk mendapatkan keuntungan jualan daripada produk. Kos Pemasaran = RM 15.00

Harga pasaran= kos bahan + kos pembuatan + kos pemasaran= RM 26.50 + RM 10.00 + RM 15.00= RM 51.50

REFLEKSIAlhamdulillah, saya telah berjaya meyiapkan projek kerja kayu ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Ini merupakan kejayaan saya yang pertama dalam pembikinan rak buku kerana ia dating dari buah fikiran dan hasil kerja saya sendiri meskipun mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang lain. Saya berasa amat berbangga dengan hasil kerja saya atas daya kreativiti yang saya curahkan selama ini. Pelbagai ilmu pengetahuan telah saya perolehi dan nilai-nilai murni yang dapat saya terapkan ketika sya menjalankan proses pembuatan projek ini. Amalan sistematik ini bukan sahaja diterapkan di dalam projek kerja kayu malah, saya mengaplikasikannya di dalam kerja kursus yang lain.Pelbagai kekekangan dan masalah telah saya hadapi sewaktu tempoh kerja projek ini berlangsung. Antaranya ialah kekurangan pengalaman untuk mengendalikan mesin-mesin yang baru dan besar, kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang kayu dan lain-lain. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada saya. Sebaliknya, ia menjadi batu loncatan kepada diri saya untuk menimba pengalaman baru dan ilmu pengetahuan yang belum saya terokai sebelum ini.Saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang bagi melibatkan diri dalam projek kerja kayu seumpama ini berbekalkan ilmu-ilmu pengetahuan yang baru saya perolehi dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing saya, projek rak buku ini selesai dengan jayanya. Akibatnya, ia menaikkan semangat saya untuk terus menceburkan diri dalam bidang yang agak mencabar ini.Secara keseluruhannya, saya tetap berasa bangga akan hasil kerja saya sendiri meskipun terdapat pelbagai reka bentuk yang lebih canggih dan futuristic daripada rakan-rakan yang lain. Saya menganggap saya telah berjaya mendidik diri saya untuk terus berpegang kepada kata hati saya dan ia akan mewujudkan keyakinan diri yang tinggi terhadap diri saya sendiri. Harapan saya ialah projek ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.