46
[KEMBARA AMIRA] SPM 2011 BIODATA PENGARANG… Novel “Kembara Amira” ini merupakan karya Amer Hamzah B. L.Kadir. Beliau dilahirkan pada 19 Jun 1966 di Dungun, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Seterusnya, beliau memperoleh B.Ed(Hons) dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan M.Ed dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini, beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang, Kulim, Kedah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sekitar tahun 1994. Pada awalnya, beliau menumpukan dalam bidang penulisan cerpen dan kini beliau lebih cenderung dalam penulisan novel. Penglibatan dalam dunia sastera bermula dengan Projek Hadiah Galakan Sastera Kenyalang, satu projek memupuk bakat penulisan dalam kalangan penulis baharu di Sarawak. Pada tahun yang sama cerpennya yang bertajuk “Caturrangga” telah dijadikan judul antologi cerpen dan puisi bagi projek ini. Cerpen “Belasungkawa” telah diberi pengiktirafan antara cerpen terbaik dalam projek tersebut. Kedua-dua cerpen ini telah disiarkan dala, akhbar Berita Minggu dan penerbitan antologi ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Bank Utama pada 1999. 1 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

folio kembara amira

  • Upload
    ckg-rmy

  • View
    15.035

  • Download
    13

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BIODATA PENGARANG…Novel “Kembara Amira” ini merupakan karya Amer Hamzah B. L.Kadir. Beliau dilahirkan

pada 19 Jun 1966 di Dungun, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah

Kebangsaan Bukit Bertam dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Seterusnya, beliau memperoleh B.Ed(Hons) dalam

bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan M.Ed dalam bidang Kesusasteraan

Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini, beliau bertugas sebagai guru di Sekolah

Menengah Kebangsaan Mahang, Kulim, Kedah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang

penulisan sekitar tahun 1994. Pada awalnya, beliau menumpukan dalam bidang penulisan

cerpen dan kini beliau lebih cenderung dalam penulisan novel.

Penglibatan dalam dunia sastera bermula dengan Projek Hadiah Galakan Sastera

Kenyalang, satu projek memupuk bakat penulisan dalam kalangan penulis baharu di Sarawak.

Pada tahun yang sama cerpennya yang bertajuk “Caturrangga” telah dijadikan judul antologi

cerpen dan puisi bagi projek ini. Cerpen “Belasungkawa” telah diberi pengiktirafan antara

cerpen terbaik dalam projek tersebut. Kedua-dua cerpen ini telah disiarkan dala, akhbar Berita

Minggu dan penerbitan antologi ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan

kerjasama Bank Utama pada 1999.

Penglibatan dalam penulisan novel pula bermula pada tahun 2004 apabila novel

pertama beliau iaitu “Biar Bintang Berguguran” telah diterbitkan. Kemudian diikuti dengan

“Demi Kasih Katrina” dan “Krisandra & Cinta yang Lara” yang diterbitkan oleh Tintarona

Publications Sdn. Bhd.

Kembara Amira pula merupakan novel yang memenangi hadiah utama Hadiah Sastera

Kumpulan Utusan 2005 dan diterbitkan pada tahun 2006. Akhir sekali, novel beliau iaitu “ Kala

Yuda” telah mengungguli tempat pertama dalam Sayembara Fiksyen, Sains dan teknologi UTM-

Kumpulan Utusan.

1 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 2: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

SINOPSIS keseluruhan…

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti

sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor

Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti

sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di

situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para

pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi.

Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang tinggal di

kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus

itu.

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan

lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi

pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah John

O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique

pula diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet.

Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Ah Chin dan Roslan di samping

pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit,

iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak

berjumpa dengan Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira

bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta

pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang

dihanyutkan oleh air sungai.

2 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 3: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang

pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar

dan kapak batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air

yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga

menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka

mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat

kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah

mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan

empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta

pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak

berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah

membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan

menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.

Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan

akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat

ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan

iaitu tulang kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk

yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah

gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-

kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan

usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.

3 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 4: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpa mobile disk

kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari

Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua

itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan

kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu. Amira benar-

benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta

bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor

Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang

sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut

untuk menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin

bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung

beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka

membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya

dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu

dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang

dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya

dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini

bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah)

telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima

oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung

itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan untuk

tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya

merawat kecederaannya itu.

4 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 5: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di

Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique

meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia

dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua

laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang

disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas.

Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat

milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan

projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut.

Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan

dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.

5 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 6: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Sinopsis bab demi bab …BAB 1:

Amira dan rakan baiknya Jacinta bakal menghabiskan musim cuti sekolah bersama-sama

ibunya, Profesor Zaidah di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa bersama-sama pelajar tahun

akhir Universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi. Dalam kesibukan ibunya Amira turut

memikirkan akan ayahnya yang bertugas sebagai seorang jurutera computer sebuah syarikat

multinasional negara dan sedang berada di Eropah kerana menjalankan tugas. Sesekali Amira

yang sedang berada dalam koc kelas satu keretapi itu dikejutkan dengan bunyi keliut kereta api

yang berbunyi kerana dihentak. Kemudian dia teringat akan ushanya ketika berada di asrama

untuk memancing minat rakan sebiliknya, Jacinta untuk menyertainya bersama-sama

menghabiskan musim cuti sekolah.Jacinta merupakan gadis berketurunan Cina yang menetap di

Pulau Pinang, bapanya seorang jutawan dan seringkali sibuk dengan pekerjaan, oleh sebab itu

dia kurang mendapat kasih sayang berikutan kematian ibunya, Amira bertindak menunjukkan

batu Kuarza miliknya demi mengajak rakan bainya itu untuk turut serta, Lamunan Amira

terhenti apabila melihat seorang lelaki kulit putih bersama seorang pemuda. Dalam pada

itu,situasi berbeza dialami oleh Profesor Zaidah dan para pelajarnya, hujan yang turun

menyebabkan ada beberapa khemah yang terputus talinya. Kemudiannya mereka di situ

menyedari bahawa ada antara tali khemah itu dipotong oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab.

BAB 2:

Sesampainya Amira dan Jacinta mereka dijemput oleh Pak Lias yang datang agak lewat

kerana kecemasan yang berlaku pada malam semalam, dalam perjalanan menuju ke tapak kem

Pak Lias memperlahankan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk member

laluan kepada kenderaan di belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang dilihatnya

dalam keretapi pada malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka. Dalam pada

itu, Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka lintasi tadi adalah

orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan tidak akan menganggu mereka.

6 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 7: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 3:

Soalan tiket yang diajukan Amira kepada Jacinta membuatkannya berasa curiga, Amira

kemudiannya memaklumkan bahawa dia terbaca SMS Jacinta kerana telefon bimbit mereka

yang sama. Jacinta rupanya tidak pulang setiap kali cuti sekolah, dia merajuk dan tidak dapat

menrima perubahan dalam keluarganya. Kedatangan Profesor Zaidah akhirnya Berjaya

menenangkan Jacinta yang sedang mengalami kekusutan dalam jiwa itu. Profesor Zaidah

kemudiannya memberikan tapak sepuluh kepada mereka untuk melakukan kajian.

BAB 4:

Setelah selesai mandi di air terjun Amira dikejutkan dengan kedatangan Malique yang

datang menghulurkan salam perkenalan. Malique memaklumkan bahawa dia ke hutan tersebut

kerana atas permintaan ibunya untuk mengikut leleaki kulit putih tersebut. Sebellum berpisah

Malique sempat memberitahu bahawa dia merasakan ada hubungan dengan hutan tersebut.

Semasa sarapan pagi Jacinta sempat bergurau dengan Dr. Zawawi yang menjadi kegilaannya

selain daripada batu Kuarza, suasana kemudiannya berubah apabila ada pelajar yang terbau

asap rokok serta bunyi tapak kaki di sekeliling khemah mereka setiap malam.

BAB 5:

Kedatangan Malique yang tidak kunjung tiba akhirnya disambut dengan sapaan Jacinta

kepada Amira yang sedang bertenggek di atas batu sungai yang deras alirannya. Akibat tidak

dapat mengimbangi badan semasa melangkah batu-batu sungai yang licin, Amira akhirnya

dihanyutkan arus deras, Jacinta tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menjerit nama

Amira dan meminta tolong. Setelah sedar dua susuk tubuh jelas terpacak di hadapannya.

Akhirnya mereka memperkenalkan diri mereka iaitu Itai dan Tau yang menyelamatkan Amira.

Tau dan Itai kemudiannya menghantar Amira pulang setelah memberinya makanan

7 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 8: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 6:

Kemarahan Profesor Zaidah ternyata apabila tindakan Amira turut menyebabkan

Jacinta menjadi mangsa, namun begitu Jacinta yang sengaja mencari nahas kerana sengaja

berpatah balik setelah meninggalkan kawasan air terjun tersebut.Habis calar-balar tubuh

Jacinta yang terbaring lemah dan lesu. Jacinta hilang dalam ushah untuk mencari Amira

bersendirian namun operasi menyelamat dibantu dengan kepakaran Tau.Keesokannya Amira

berjumpa ibunya untuk meminta maaf atas kejadian yang disebabkan oleh tindakan bodohnya

menanti Malique dengan tujuan yang tidak jelas akhirnya Malique yang ditunggu-tunggu tidak

kunjung melainkan dia sendiri yang hampir-hampir menjadi korban akibat tindakan sendiri.

Profesor Zaidah menceritakan kepada Amira bahawa mereka mungkin mendapat tentangan

daripada dua pihak iaitu Pelombong emas dan Suku orang asli.

BAB 7:

Dua hari Malique mengikuti John O’Hara untuk perjumpaannya bersama-sama pelabur-

pelabur kawasan lombong emas mereka. Malique jelas membantaj keputusan John O’ Hara

untuk membina lombong emas di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kenderaan yang dipandu

Pak Lias yang juga dinaiki oleh Profesor Zaidah terlibat dalam kemlangan setelah bahagian brek

kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka solah-olah dirosakkan dan tidak dapat

dikawal ketika menuruni bukit, tanpa banyak pilihan Pak Lias segera menghimpit tebing tepi

demi mengelakkan mereka daripada jatuh ke dalam gaung.

8 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 9: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 8:

Tau yang jelas membantah tindakan pasukan Profesor Zaidah melakukan kajian kerana

tempat tersebut dianggap suci baginya menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada abangnya

Ludin yang juga ketua kampong di kawasan tersebut, Tau juga teringat akan bekas isterinya

Ipah yang lari keluar dari hutan meninggalkannya. Pada masa yang sama Jacinta akhirnya

tersedar dan segera bangun dari segala rasa lemah dan lesu. Pada ketika itu Amira

memperkenalkan Itai yang telah menyelamatkan nyawanya kepada Jacinta. Namun begitu

kegembiraan mereka hanya seketika kerana mereka dikejutkan dengan berita kemalangan

Profesor Zaidah.

BAB 9:

Profesor Zaidah dan Pak Lias terselamat daripada kemalangan. Akhirnya tindakan bijak

Pak Lias menyelamatkan mereka setelah kereta mereka terhenti di dasar sungai. Selepas

melihat keadaan Pak Lias yang hanya luka-luka kecil. Namun begitu perasan bimbang jelas

terpancar daripada setiap penghuni Desa Karpus setelah beberapa kejadian tidak diingini

berlaku. Tindakan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kajian mendapat tentangan daripada

Profesor Zaidah. Akhirnya kesungguhan anak-anak buah Profesor Zaidah membuatkan kerja

semakin lancer. Mereka kemudiannya menerima kunjungan daripada Itai dan ayahnya Ludin,

Setelah memeriksa tangan Profesor Zaidah Ludin dan anaknya Itai segera meninggalkan

khemah dan pulang dengan membawa daun-daun daripada hutan.

BAB 10:

Hati O’Hara menjadi panas apabila mengetahui beberapa pekerja baharu mabuk dan

bergaduh semasa berjudi di kala ketiadaannya. Hati orang kulit putih tersebut bertambah

marah apabila mengetahui Ah Chin yang ditugaskan menjaga pekerja juga tidak pulang setelah

keluar berburu. Pada ketika itu, di Desa Karpus Amira menjadi kagum apabila rawatan Ludin

kepada ibunya membuatkan tangan Profesor Zaidah yang dipercayai retak pulih dengan cepat.

Jacinta dan Amira menyedari rupa-rupanya Itai merupakan peserta Pameran Saintis Muda 2002

yang mewakili negeri tersebut.

9 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 10: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 11:

Tau duduk sendirian sambil mengenangkan harta miliknya yang semakin hilang, selepas

maruahnya diragut kerana terpaksa menerima Ipah sebagai isteri demi menyelamatkan Ludin.

Namun kebahagiaan Tau hanya seketika kerana Ipah bertindak lari keluar dari hutan tersebut

dan membawa anak pertamanya Sabi dan meninggalkan anak yang baru dilahirkannya. Ingatan

Tau terhadap Johnny terus menerpa apabila dia teringatkan O’Hara yang berada di kem carigali.

Tau kemudiannya teringatkan akan tindakannya membenarkan isterinya bekerja di kem orang

putih tersebut satu ketika dahulu ternyata membawa bencana. Suatu petang, Tau bagai diragut

maruahnya apabila isterinya, Ipah serta tulang-tulang di kubur Ridley dan Brenda dibawa

pulang ke Australia.

BAB 12:

Rawatan yang diterima Profesor Zaidah daripada Ludin ternyata berkesan dan

menimbulkan rasa kagum kepada beliau di kala semua pelajar kembali bekerja dengan penuh

semangat, Dr. Zawawi yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya turut berasa kagum!!.

Profesor Zaidah kemudiannya memberitahu Ludin yang juga penghulu orang asli bahawa kajian

yang dijalankan oleh mereka boleh menyelamatkan kampong orang asli tersebut. Tindakan

Amira untuk memberikan Jacinta batu Kuarza akhirnya membuatkan Itai bertindak mengajak

Amira untuk mencari emas.Kedatangan Malique ternyata menimbulkan tanda Tanya kepada

Profesor Zaidah.

BAB 13:

Itai membawa Amira mencari emas di dalam hutan. Penemuan emas di dasar sungai

oleh Amira ternyata membuatkannya terkejut dan sukar mempercayai kata-kata Itai. Namun

kegembiraan mereka hanya seketika kerana kehadiran seekor makhluk berbulu yang membawa

seorang lelaki.Sebelum sempat berbuat apa-apa Itai dan Amira terus berlari menyelamatkan

diri daripada maut. Dalam usaha menyelamatkan diri mereka turut dikejar oleh makhluk

berbulu yang menjadi misteri dan dipercayai penunggu kawasan tersebut.

10 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 11: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 14:

Malique dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di kem mereka. Seorang pekerja

baharu hilang selama dua hari tanpa diketahui oleh rakan-rakannya. Tindakan Malique

mengikut Roslan tanpa pengetahuan John O’Hara ternyata membawa padah hujan turun dalam

perjalanan mereka mencari pekerja tersebut. Enjin yang tiba-tiba meragam membuatkan

kenderaan mereka terhenti, oleh kerana mereka yang berada di belakang jadi kelibat mereka

tidak dapat dilihat oleh kenderaan yang berada di hadapan. Roslan meminta Malique tunggu di

dalam kenderaan dan dia keluar mendapatkan bantuan dalam hujan. Tanah merah dan lumpur

yang turun kerana hujan menolak kenderaan yang dinaiki Malique it terus ke dalam gaung.

BAB 15:

Itai dan Amira hampir sampai ke desa dan mereka kemudiannya disergah Tau yang

terjun dari sebatang pokok. Itai dan Amira memberitahu Tau bahawa mereka telah dikejar

makhluk berbulu namun Tau bagai sudah tahu akan perkara itu kerana dia sedikit pun tidak

terkejut. Dua hari kemudian, Amira mengajak Jacinta untuk ke perkampungan Itai setelah

diberitahu oleh Ludin bahawa Itai bagai hilang semangat setelah kejadian tersebut. Akhirnya

tindakan Amira dan Itai mengambil emas di kawasan hutan tersebut diketahui oleh Ludin dan

Tau. Mereka kemudiannya mengadakan perbincangan adat yang berkenaan Itai yang bakal

dilantik sebagai pengganti penghulu kampong tersebut satu hari nanti.

11 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 12: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 16:

Suasana pagi yang ceria, membantu kerja-kerja arkeologi di Desa Karpus penemuan-

penemuan baru sangatlah memberangsangkan apabila Amira dan Jacinta menjumpai sebuah

tembikar zaman dahulu yang sempurna sifatnya, ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti

diberikan kepada Amira dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa Karpus

bersama-sama Itai menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau

memaklumkan bahawa mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada

setiap malam sekaligus menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di situ.Namun

begitu mereka dikejutkan dengan berita kehilangan Malique.

BAB 17:

Malique tersedar daripada tidurnya dan dia mendapati dirinya berada dalam tempat

yang gelap serta berbau tengik sementara tangan kirinya terasa sakit menyengat dan kaki

kirinya patah. Dia teringatkan ibunya yang berada di Melaka, yang pada satu ketika dulu dia

pernah bertanya kepada ibunya, mengapa ibunya seorang yang cantik dan bapanya seorang

kulit putih manakala dia berkulit hitam dan berambut kasar. Setiap kali melelapkan mata dia

sering dihantui dengan mimpi yang sama.

BAB 18:

Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi, Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah

untuk melakukan penemuan arkeologi terhadap hutan tersebut. Mereka kemudiannya

menjumpai lukisan-lukisan dinding di dalam gua tersebut yang belum pernah terusik. Manakala,

Rusdi menjumpai sebilah kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik. Namun begitu,

penemuan mobile disk oleh Amira terus menimbulkan tanda Tanya tanpa memberitahu sesiapa

mengenai penemuan tersebut.

12 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 13: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 19:

Penemuan kapak batu serta lukisan dinding menggemparkan seluruh Desa Karpus,

namun begitu, Amira, Jacinta serta Itai Berjaya memcahkan kod keselamatan pada mobile disk

tersebut dan membuktikan ianya milik Malique. Malam tersebut Itai memberitahu Rusdi

bahawa mereka akan keluar pada keeseokan harinya.

BAB 20:

Keputusan Jennifer untuk ke hutan tersebut ternyata menimbulkan kegelisahan kepada

O’Hara, Jennifer terdesak datang ke hutan itu kerana risau akan anaknya dan sekaligus

mengembalikan memori lamanya terhadap hutan tersebut. Mimpi yang dihantui Tau

menyebabkannya terus mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua sambil

mengenakan bulu beruang untuk menutup badannya.

BAB 21:

Amira, Jacinta serta Itai meneruskan perjalanan dalam usaha untuk mencari Malique di

Gunung Gua Gajah sambil dibantu Pak Lias dan Roslan. Penemuan disk oleh Amira boleh

dianggap berguna sebagai petunjuk kepada mereka. Namun begitu, Roslan datang ke kaki

gunung tersebut dengan memandu pacuan empat roda sambil membawa Jennifer dan John O’

Hara bersama. Makhluk berbulu keluar daripada persembunyiannya setelah dikejutkan dengan

deruman enjin kenderaan dan kelibat seorang wanita yang bersama-sama lelaki berbaju putih

itu seolah-olah menghilangkan semangatnya. Namun begitu Jennifer terkenangkan zaman

kanak-kanaknya dahulu dia selalu dipinggirkan kerana dianggap ahli sihir disebabkan

rambutnya yang kemerah-merahan.

13 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 14: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 22:

Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-sama isterinya Brenda serta anak kecilnya

Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia sete;ah melakukan kajian mengenai reptilian di

Pulau Langkawi. Malangnya, kapal terbang Cessna 310 model tahun1953 yang dikendalikan

Ridley itu terhempas sambil menghentam pokok setelah kedua-dua enjinnya rosak. Jidin

bersama dua anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan kuat tersebut dan bergegas

ke kawasan kejadian. Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak cedera pulang ke

kampong setelah kedua-dua orang tuanya hangus dijilat api.

BAB 23:

Pencarian Amira hampir menemui jalan buntu apabila tiada apa yang dapat

dikesan.Tetapi masih ada harapan buat mereka apabila Amira menemui kesan tapak kaki

manusia. Mereka kemudiannya menemui laluan kecil yang kemudiannya menunjukkan jalan ke

puncak gunung tersebut kepada mereka. Itai memanjat ke atas dan menghulurkan tali kepada

Amira, Pak Lias dan Roslan yang berada di bawah. Tiba-tiba Itai terdengar suara seolah-olah

sedang mengerang kesakitan di atas puncak gunung tersebut.

BAB 24:

Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh Profesor Zaidah, jawapan daripada Rusdi

membuatkan Profesor Zaidah dan anak-anak buahnya segera menuju ke Gua Gunung Gajah.

Dalam pada itu, Amira dan rakan-rakannya Berjaya menjumpai sebuah pondok di puncak

gunung tersebut dan segera memeriksa. Akhirnya mereka Berjaya menemukan Malique yang

lesu dan tidak bermaya. Mereka kemudiannya disergah makhluk berbulu ketika dalam usaha

membawa Malique keluar. Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah kumpulan Profesor Zaidah

bertembung dengan Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke sana.

14 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 15: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 25:

Niat Amira dan Itai untuk menyelamatkan Malique dihalang oleh makhluk berbulu tebal

itu. Makhluk itu tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Pak Lias

akhirnya membantu dengan berhadapan dengan makhluk tersebut. Beberapa kali serangan

makhluk tersebut dipatahkan oleh Pak Lias yang ternyata lincah dan tangkas. Dalam pada itu,

kedatangan Profesor Zaidah, Ludin serta pasukan mereka mebuatkan Jennifer menegur Ludin

yang kemudiannya menimbulkan rasa keliru kepada semua yang berada di situ Jennifer

mendakwa dia sedang menunggu anaknya yang merupakan anak saudara Ludin, Malique

ataupun Sabi diselamatkan. Tindakan nekad Pak Lias untuk menamatkan riwayat makhluk

tersebut duhalang oleh Ludin yang segera menyelamatkan keadaan. Persoalan akhirnya

terjawab apabila bulu yang dipakai itu dibuang dan Tau mula mendedahkan identitinya demi

mengelakkan mereka daripada membawa Sabi keluar.

BAB 26:

Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau akhirnya terungkai di Desa Karpus apabila

ketiga-tiga pihak yang dianggotai oleh pencari emas, ahli arkeologi dan orang asli berkumpul

dalam khemah bersama-sama. Sejarah keluarga Tau akhirnya berkahir apabila memberitahu

bahawa Itai dan Malique merupakan anak lelakinya selama ini, manakala Itai terpaksa dijaga

oleh abangnya setelah maruahnya diragut Jennifer yang merupakan isterinya bertindak

melarikan diri dengan membawa Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan abang

kepada John O’ Hara yang bertindak demikian turut melarikan tulang-tulang milik Ridley serta

Brenda untuk dikuburkan di Australia.

15 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 16: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

BAB 27:

Amira yang telah menamatkan satu semester di Universiti menerima e-mel daripada

rakan-rakannya, Itai sedang berada di Kubang Kerian sedang menyambung pengajiannya dalam

bidang perubatan. Malique pula sedang bertugas sebagai ketua kampong tempat kelahirannya

dan sibuk dalam projek IT, dan dia Berjaya menggagalkan projek lombong emas di kawasan

tersebut. Jacinta pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan bapanya dalam

bidang fesyen. Profesor Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang ke rumah neneknya di

Kulim kerana bapanya bakal pulang bercuti juga. Dr. Zawawi pula sedang berada di perairan

Malaysia untuk mengesan khazanah Melayu

TEMA…16 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 17: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Tema novel ini ialah ketabahan dalam menjayakan sesuatu misi atau tugas tanpa

mengenal erti putus asa dan takut.

Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di

Gunung Mat Raya iaitu tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya

menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran

dan dugaan yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri,

Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu.

Amira hampir mati lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana diselamatkan

oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika

hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib

baik kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran iaitu dia

mendapat kecederaan iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang

dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana breknya mengalami kerosakan.

Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka

bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu

ditangguhkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju

dengan cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan kerja

itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai

artifak yang berupa bekas air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan

tangan manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan

Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias,

dan Jacinta.

PERSOALAN…

17 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 18: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.

Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

Persahabatan yang erat dalam kehidupan .

Contohnya, Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati antara satu sama lain.

Tolong-menolong dalam kehidupan

Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.

Keberanian dalam menempuh cabaran

Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

Kebijaksanaan dalam tindakan

Contohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan Malique.

Kesabaran dan ketekunan dalam melaksanakan tugasan

Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan itu.

Keikhlasan dalam setiap tindakan

Contohnya, Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya dan Ludin merawat Profesor Zaidah yang mengalami kecederaan di tangannya dengan ikhlas.

Kepatuhan terhadap arahan ketua

18 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 19: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Contohnya, Pak Lias dan Dr. Zawawi taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu.

Hormat-menghormati dalam mengeratkan perhubungan

Contohnya, Amira menghormati emaknya dan juga orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin. Itai juga menghormati Ludin, Tau dan Profesor Zaidah.

Kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga

Contohnya, Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

Sayang akan alam sekitar daripada kemusnahan

Contohnya, Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan haiwan yang terdapat di dalam hutan.

Ketaatan kepada perintah Tuhan

Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah menunaikan kewajipan mereka kepada Allah iaitu dengan menunaikan solat seperti solat subuh.

Permuafakatan dalam membuat keputusan

Contohnya, masyarakat kampung orang Asli berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti hendak membuat keputusan berkaitan dengan peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang terdapat ketulan emas.

Kebijaksanaan dalam membuat keputusan

Contohnya, Amira berfikir dengan rasional dan bijaksana dalam membuat keputusan dengan menceritakan perkara yang sebenar kepada Ludin tentang peristiwa dia dan Itai mengambil ketulan emas di sungai, untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

19 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 20: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

PLOT…

(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya

untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan

oleh Itai.

Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari

salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.

Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan

tamadun awal manusia.

Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

(iii) Klimaks

Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang

mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga

untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus

mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv) Peleraian

Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala

Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.

Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah

yang harus dilindungi.

20 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 21: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

TEKNIK PLOT …

i. Pemerian

a) Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof.

Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling

hujung adalah khemah dapur.

ii. Dialog

a) “ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak

b) “ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

iii. Imbas kembali

a) Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah

ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu

Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

iv. Kejutan

a) Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak

kepada Tau.

21 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 22: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

v. Suspens

a) Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya.

Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu.

Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu

membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

b) Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar.

Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu,

Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat

berharap perkara itu berlaku.

c) Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik

merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan

rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu

yang berharga dalam kajian mereka.

d) Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah

kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu.

Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang

berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang

berkulit putih.

22 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 23: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

WATAK DAN PERWATAKAN …WATAK UTAMA:

Amira:

i. Seorang remaja perempuan yang bijak, peramah, lasak, penyayang, nekad, tegas dan

pandai memujuk.

ii. Merupakan anak kepada Professor Zaidah dan Amir ( Jurutera IT).

iii. Amira sangat memahami kesibukan ibunya (Profesor Zaidah) dan bapanya (Amir, yang

selalu ke luar negara).

iv. Amira ialah pembantu ibunya dalam mengemas kini laman sesawang maklumat

arkeologi.

v. Amira seorang yang berani. Dia berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah

walaupun berbahaya.

vi. Dia juga seorang yang penyabar. Amira sangat penyabar dalam melaksankan kerja

lapangan yang amat memerlukan kesabaran yang tinggi.

WATAK SAMPINGAN:

Jacinta (JC):

i. Teman akrab Amira, anak tunggal seorang jutawan yang berkahwin semula setelah

kematian ibu JC 4 tahun yang lalu.

ii. Perwatakan JC digambarkan sebagai sensitif (mudah tersentuh) dan sedikit penakut

(manja), tetapi lasak, setia kawan, peramah, berterus terang dan pemaaf.

iii. JC juga seorang yang memendam rasa. Dia tidak berpuas hati dengan ayahnya yang

telah berkahwin lain tetapi JC tidak berterus terang.

23 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 24: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Itai:

i. Berkulit gelap dan berbadan tegap.

ii. Anak orang asli yang bersekolah di bandar.

iii. Anak kepada Tau dan merupakan bakal ketua kampung.

iv. Seorang yang tahu selok belok hutan. Setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya

mengenal selok belok hutan. Dia juga telah berjaya menyelamatkan Amira daripada

dihanyutkan oleh arus deras.

v. Seorang yang prihatin. Apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti

Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.

vi. Seorang yang berani. Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat

digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

vii. Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Itai dianugerahkan kelebihan

deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki

dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

Profesor Zaidah:

i. Wanita pertengahan usia dan merupakan ibu kepada Amira.

ii. Seorang pensyarah universiti yang meminati bidang arkeologi.

iii. Seorang yang penyayang.Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika

Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang

dihanyutkan oleh arus.

іv. Seorang yang tegas. Sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam

memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.

v. Seorang yang tidak mudah berputus asa. Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan

pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas,

24 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 25: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

Tau:

i. Seorang yang tinggi lampai dan berbadan tegap.

ii. Bapa kepada Malique dan Itai serta bekas suami kepada Ipah (Jennifer).

iii. Adik kepada Ludin.

iv. Seorang yang bersifat prejudis. Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan

Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.

v. Seorang yang sanggup berkorban.Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk

berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.

vi. Seorang yang prihatin. Pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk

menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.

Malique ( Sabi):

i. Berkulit gelap dan berambut kasar.

ii. Anak Tau dengan Ipah dan merupakan abang kepada Itai.

iii. Seorang yang mahir dalam bidang IT. John O’hara menyuruh Malique menyiapkan

laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

iv. Seorang yang mencintai alam sekitar. Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam

laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara

yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

v. Seorang yang bersopan-santun. Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique

yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah

25 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 26: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

John O’Hara:

i. Seorang pengesan emas, prospector berpengalaman dari Australia.

ii. O'Hara seorang yang amanah, kuat bekerja, tetapi kadang-kadang panas baran.

Jennifer (Ipah):

i. Anak kepada Ridley, pensyarah universiti di Australia dan Brenda yang terbunuh di

lokasi Desa Karpus.

ii. Berkahwin dengan Tau setelah perawan, tetapi disisihkan oleh masyarakat orang Asli

kerana Ipah dianggap sebagai perempuan sihir yang jelik.

iii. Kemudian, Ipah lari dengan Johnny membawa Sabi sekali, tetapi meninggalkan Itai.

Ludin :

i. Ketua kampung orang Asli. Mahir dalam rawatan herba, termasuk merawat tangan kiri

Profesor Zaidah.

ii. Merupakan abang kepada Tau.

Dr. Zawawi:

i. Doktor perubatan yang bertindak sebagai orang kanan Profesor Zaidah dalam projek

penyelidikan arkeologi.

ii. Dr. Zawawi prihatin tentang keselamatan dan kelakar.

iii. Dr.Zawawi juga seorang yang bijak mententeramkan keadaan, setia dan beretika.

Pak Lias:

26 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 27: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

i. Pemandu pacuan empat roda projek arkeologi. Pak Lias sangat cekap memandu dan

bersilat, prihatin, berterus terang, penyayang serta berhati-hati.

ii. Pak Lias bertanggungjawab menumpaskan makhluk misteri dengan pencak silat gerak

songsang yang pernah dipelajari daripada Kiai Rashid.

LATAR… Latar Masa:

i. Pada tahun 2002 ke atas

ii. waktu pagi (di stesen kereta api), waktu petang (air terjun), waktu malam

(kompleks arkelogi).

Latar Tempat:

i. Desa Karpus: tapak cari gali artifak yang dinamakan (secara tidak rasmi) sempena

nama tulang karpus yang dijumpai. Lokasinya di belantara Titiwangsa,

berhampiran Bukit Mat Raya. Kebanyakan penceritaan novel berkisar di situ.

Pesawat Cessna yang dinaiki Ridley, isterinya (Brenda), dan anak

(Samantha/Ipah/ Jeniffer) terhempas di situ menandakan detik bermulanya

konflik keluarga Tau. Dianggap sebagai "tapak suci" oleh Tau yang saban malam

menjenguknya sejak berbelas-belas tahun.

ii. Perkampungan orang Asli di sekitar Bukit Mat Raya: petempatan keluarga Itai,

bersama-sama Ludin (ayah saudara, ketua kampung), Tau (adik Ludin), Jidin

(bapa Ludin, Tau).

iii. Air Terjun Angin: tempat Malique datang berjumpa Amira dan JC, memberikan

alamat e-mel. Amira tergelincir ke dalam arus sungai yang berhampiran ketika

berharap untuk bertemu Malique buat kali kedua.

iv. Gunung Gua Gajah: terdapat dinding lakaran arang yang ditunjuki Tau dan

jumpaan kapak batu zaman neolitik oleh Rusdi. Amira pula terpijak mobile

disk milik Malique yang terjatuh gaung bersama-sama pacuan empat roda.

27 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 28: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Peranti itu menjadi petunjuk dalam misi menyelamat Malique yang 'ditawan'

oleh makhluk misteri separuh beruang.

v. Bukit Kerengga: sebuah bukit curam yang hanya boleh didaki dengan pacuan

empat roda oleh pemandu berpengalaman seperti Roslan yang membawa John

O'Hara dan Malique.

vi. Stesen kereta api Dahan Hijau: tempat Amira dan JC menunggu Pak Lias

menjemput mereka ke Desa Karpus. Amira juga mengqada solat Subuh di situ.

Menghubungkan belantara Titiwangsa dengan pekan terdekat.

vii. Lata Bukit Hijau, Kulim: lokasi dusun nenek Amira.

viii. Batu Feringghi: banglo keluarga Jacintha yang dijaga oleh Baba Teck dan

Nyonya Sim setelah bapa JC berkahwin lain.

ix. Bilik asrama sekolah sawasta di Pulau Pinang: tempat Amira memancing

perhatian JC untuk mengajaknya menyertai rombongan kajian arkeologi Desa

Karpus. JC tetap menginap di situ pada waktu cuti persekolahan bagi

mengelakkan diri daripada ibu tirinya walaupun disediakan tiket penerbangan

ke London.

x. Koc (gerabak kereta api: pertama kali Amira terpandang Malique (berkulit agak

gelap), kontras dengan seorang lelaki kulit putih yang nyenyak di sebelahnya.

Latar Masyarakat:

i. Masyarakat yang bijak dan peka. Amira mengimbas kembali kejayaannya

memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar

tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses)

Jacintha terhadap batu kuarza.

ii. Masyarakat yang menggunakan masa terluang dengan sebaik-baiknya. Amira

menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc /

28 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 29: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang

(web) milik ibunya.

iii. Masyarakat yang berapndangan jauh. Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa

tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba

menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar

terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi.

iv. Masyarakat yang teliti. Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah

diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba

menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar

terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi.

v. Masyarakat yang cekap dan pantas. Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi

menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan

mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba itu.

29 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 30: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Gaya bahasa… Simile

Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

Personifikasi

Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada

haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

Hiperbola

“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia.

Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”

Sinkope

“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian

Jacinta

Inversi

Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua

boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

Kata Ganda

Ludin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru

Samantha.

Peribahasa

Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

30 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 31: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Nilai … Nilai bekerjasama:

Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

Nilai kasih saying:

Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Nilai keberanian: Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Nilai cinta akan alam sekitar:

Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Nilai semangat bermasyarakat:

Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Nilai kesopanan:

Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

Nilai ketaatan:

Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

Nilai amanah:

Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.

Nilai keikhlasan:

Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

31 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 32: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Nilai tolong-menolong:

Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias

Pengajaran…

Kita sebagai ibu bapa harusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada

anak-anak:

Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan

memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang

mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh

Tuhan:

Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata

untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan

tersebut.

Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat:

Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan

projek yang dijalankan berjaya.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan

masyarakat yang berbilang kaum:

Hal ini dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta

yang berbangsa Cina.

Pengajaran

Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam

kesusahan:

32 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]

Page 33: folio kembara amira

[KEMBARA AMIRA] SPM 2011

Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan

yang berlaku bersama Pak Lias.

33 [MUHAMMAD SHUKORIZAL BIN KAMARUZAMAN]