29
Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangun an Taman Kaya Dan Membandin gkan Dengan Negara Lain (Singapura) Folio Geografi PMR 2008

Folio Geografi PMR 2008

  • Upload
    rain

  • View
    11.513

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

A complete geography folio..I'm pretty sure with this kind of folio,you can have great marks for it..It only for example..That's why I upload it pretty late..If u want to copy it go ahead heh..Thanks a lot to my friends that helped me

Citation preview

Page 1: Folio Geografi PMR 2008

Kegiatan Ekonomi Terhadap

Pembangunan Taman Kaya Dan

Membandingkan

Dengan Negara

Lain (Singapura)

Page 2: Folio Geografi PMR 2008

Bilangan Kandungan Halaman1 Penghargaan 32 Pendahuluan 43 Objektif Kajian 54 Kawasan Kajian 6 - 75 Kaedah Kajian 86 Dapatan Kajian

a. Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi Di Taman Kayab. Sumbangan Kegiatan EkonomiTerhadap Taman Kayac. Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitard. Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap Alam Sekitare. Jadual Data Kajianf. Grafik

9 - 1011 -1213 - 1415 - 16

1718

7 Rumusan 198 Lampiran 20 - 279 Rujukan 28

Muka Surat | 2

Page 3: Folio Geografi PMR 2008

Saya dapat menyiapkan folio Geografi PMR saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Yahya Bin Abdul Rahman dan juga pihak sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk menjalankan tugasan ini.Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 saya, Cik Norbe Binti Barker yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi PMR, membimbing dan memperbetulkan kesilapan saya semasa proses pembuatan folio ini.

Tidak ketinggalan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Husain Bin Ali@Ramli dan Rogayah Binti Ahmad serta ahli keluarga yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya.Tidak lupa juga kepada juga semua penduduk Taman Kaya yang terlibat sebagai responden.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang turut membantu saya iaitu Nor Nabilahanis Binti Abu Bakar kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Taman Kaya serta memberi peluang kepada saya untuk menemubual ibu bapanya iaitu Abu Bakar Bin Arshad dan Rosmah Binti Che Ya yang terlibat sebagai orang sumber, Nur Izzati Binti Ramli dalam memberikan petunjuk serta inspirasi kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas saya yang lain.Terima kasih di atas bantuan anda semua.

Muka Surat | 3

Page 4: Folio Geografi PMR 2008

Saya menjalankan kajian yang bertajuk ‘Kegiatan Ekonomi dan Kesannya Terhadap Pembangunan di Taman Kaya’, bagi memenuhi keperluan kerja kursus Geografi PMR.

Saya memilih Taman Kaya sebagai kawasan kajian setelah berbincang dengan beberapa rakan-rakan sekelas saya yang lain.Taman Kaya merupakan pilihan terbaik kerana memenuhi kehendak tema kajian yang saya jalankan iaitu di sekitar Taman Kaya terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang boleh dikaji serta tidak terletak begitu jauh dengan kawasan tempat tinggal saya.

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan Taman Kaya dan juga kesannya terhadap alam sekitar.Saya telah menjalankan kajian ini bersama seorang rakan sekelas iaitu Nor Nabilahanis Binti Abu Bakar.Kami berdua telah berkerjasama bagi memperoleh,mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk menulis laporan lengkap secara individu.

Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Singapura.Saya memilih Singapura sebagai negara bandingan saya kerana negara tersebut terletak berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia.Singapura adalah sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dan juga merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil.Hal ini memudahkan saya melakukan kerja-kerja perbandingan.

Saya telah menjalankan kajian ini selama 2 bulan lebih dan saya berpuas hati dengan hasilnya.Selama 4 minggu, saya dan rakan saya telah berusaha mengumpul data dan maklumat yang diperlukan, 3 minggu pula diperuntukkan untuk mendokumentasikan kajian saya.Masa yang selebihnya telah saya gunakan untuk memperbaiki folio saya.

Muka Surat | 4

Page 5: Folio Geografi PMR 2008

Antara objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Taman Kaya.2. Mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi di Taman Kaya.3. Mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.4. Mengenal pasti langkah-langkah mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam

sekitar.

Salah satu unsur patriotisme yang saya dapati apabila mengkaji kawasan Taman Kaya ialah bekerjasama dan bermuafakat antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat khususnya penduduk Taman Kaya.

Muka Surat | 5

Page 6: Folio Geografi PMR 2008

Saya telah memilih Taman Kaya sebagai kawasan kajian saya.Taman Kaya merupakan salah sebuah kawasan perumahan yang terawal dibina di kawasan Pengkalan Aur.Dahulunya Taman Kaya merupakan sebuah kawasan belukar yang luas yang terletak berhampiran dengan kawasan bekas lombong bijih timah dan telah dibangunkan sebagai kawasan petempatan bagi menampung jumlah penduduk bandar Taiping yang semakin bertambah.

Bentuk muka bumi di sekitar Taman Kaya ialah kawasan tanah pamah dan beberapa buah bekas kolam lombong bijih timah. Penduduk Taman Kaya majoritinya ialah kaum Melayu walaupun begitu terdapat juga kaum Cina dan India.

Taman Kaya terletak di dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS), negeri Perak iaitu kira-kira 8 kilometer dari pusat bandar Taiping.Taman Kaya terletak di sebelah tenggara bandar Taiping.Simpang ke Taman Kaya terletak di antara pertengahan jalan menuju ke Simpang dari bandar Taiping.

Taman Kaya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.Di Taman Kaya juga terdapat perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas awam dan teksi.Berdekatan dengan Taman Kaya terdapat beberapa kawasan perumahan yang lain seperti Taman Indah dan Taman Pengkalan Maju.

Jarak relatif bagi seorang dewasa dari bandar Taiping ke Taman Kaya dengan menaiki bas awam ialah 95 sen/RM 0.95 manakala RM 5 dengan menaiki teksi.Masa yang dianggarkan untuk sampai di Taman Kaya dari bandar Taiping ialah kira-kira 20 minit.

Muka Surat | 6

Page 7: Folio Geografi PMR 2008

Peta Lakar Kawasan Taman Kaya

Muka Surat | 7

Page 8: Folio Geografi PMR 2008

Bagi mendapat maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian ini, beberapa kaedah telah saya gunakan iaitu:

a. PERMERHATIAN: Saya telah menggunakan kaedah ini dengan memerhati dan seterusnya menilai jenis perkerjaan penduduk Taman Kaya secara umum.Caranya ialah saya melihat pakaian sewaktu pergi atau pulang bekerja serta waktu mereka pergi dan pulang bekerja.Saya juga telah membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal dan budaya di sekitar kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi serta kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

b. TEMU BUAL: Saya bersama Nor Nabilahanis Binti Abu Bakar telah menemubual kedua-dua ibu bapanya tentang nama dan jenis pekerjaan penduduk di Taman Kaya.Dengan menggunakan kaedah ini, saya dapat memastikan pekerjaan penduduk Taman Kaya yang saya telah perhatikan adalah benar.Ini memudahkan saya mengumpul maklumat dan data serta menjimatkan masa.

c. SOAL SELIDIK: Saya menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat mengenai nama, umur, jenis perkerjaan secara terperinci dan juga pendapatan responden.Saya telah menggunakan borang soal selidik yang disediakan oleh pihak sekolah dan diberikan kepada sebanyak 30 orang responden.

d. RUJUKAN PERPUSTAKAAN: Saya telah membuat rujukan mengenai negara bandingan iaitu Singapura di Perpustakaan Awam Taiping.Saya juga telah banyak merujuk kepada buku teks Geografi Tingkatan 3 untuk menulis dapatan kajian.

e. MELAYARI INTERNET: Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa buah laman web untuk mendapatkan peta daerah Larut Matang dan Selama (LMS) dan peta negara Singapura serta memperoleh maklumat tambahan berkaitan dengan Singapura.

Muka Surat | 8

Page 9: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 9

Page 10: Folio Geografi PMR 2008

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi Di Taman Kaya

Di sekitar Taman Kaya terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan.

Kegiatan ekonomi pertanian hanya dijalankan secara kecil-kecilan di kebun di kawasan Taman Kaya.Kebun tersebut diusahakan oleh 2 orang yang berbangsa Cina iaitu Tan Koh Him yang berumur 48 tahun dan Chew Ah Long yang berumur 54 tahun.Contoh tanaman yang ditanam di kebun kepunyaan mereka ialah betik, pisang, sawi, kubis serta kangkung.

Kebanyakan responden yang telah disoal selidik, mereka terlibat dengan sektor perindustrian.Hal ini disebabkan terdapat beberapa buah kilang seperti kilang ais batu dan kilang membuat pakaian yang terletak berhampiran dengan Taman Kaya.

Kegiatan perdagangan dijalankan dengan adanya pasar.Perniagaan secara kecil-kecilan boleh didapati di pasar pagi dan pasar malam.Di Taman Kaya terdapat juga 2 barisan rumah kedai yang menempatkan sebuah pasar mini iaitu Pasar Mini K K Maju, kedai runcit serta Restoran Tai Ka Lok yang merupakan sebuah restoran Cina.

Di Taman Kaya terdapat Sekolah Rendah Pengkalan Aur, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika ABIM dan Sekolah Agama Rakyat Al-Ershadiah yang termasuk dalam salah satu bahagian daripada kegiatan ekonomi perkhidmatan iaitu pendidikan.Kegiatan ekonomi pengangkutan seperti bas awam dan teksi juga terdapat di Taman Kaya.Salah seorang daripada respoden merupakan seorang pemandu lori.

Di negara perbandingan kajian saya iaitu Singapura, terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti di Taman Kaya tetapi kegiatan ekonomi yang paling utama ialah perdagangan dan perindustrian.Hal ini disebabkan ekonomi negara Singapura yang berorientasikan perdagangan eksport dan import.Kerajaan Singapura amat menitikberatkan pendidikan bagi penduduk Singapura.Oleh sebab yang demikian, terdapat sebanyak 180 buah sekolah rendah dan 164 buah sekolah menengah di Singapura.Contoh sekolah bagi sekolah rendah ialah Ahmad Ibrahim Primary School, CHIJ St. Nicholas Girl’s School dan Bukit

Panjang Primary School manakala sekolah menengah pula ialah Yusof Ishak Secondary School, Ngee Ann Secondary School dan Woodlands Secondary School.

Muka Surat | 10

Page 11: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 11

Page 12: Folio Geografi PMR 2008

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Taman Kaya

Terdapat banyak sumbangan kegiatan ekonomi di sekitar Taman Kaya terhadap pembangunan Taman Kaya serta penduduk Taman Kaya.

Peluang pekerjaan diperoleh dengan adanya pelbagai kilang yang didirikan yang berdekatan kawasan Taman Kaya.Apabila penduduk Taman Kaya semakin bertambah, kerajaan telah membina sebuah sekolah rendah untuk kemudahan penduduk Taman kaya.Dengan adanya sebuah sekolah rendah ditambah dengan 4 buah tadika swasta serta sebuah sekolah agama yang terdapat di Taman Kaya, sektor pendidikan juga menyediakan peluang perkerjaan.Di samping itu, sektor perdagangan turut memberikan peluang pekerjaan selain daripada sektor perindustrian dan pendidikan apabila dua barisan rumah kedai dibina serta sebuah pasar.

Melalui pelbagai kegiatan ekonomi yang dilakukan, pendapatan penduduk Taman Kaya yang kian bertambah dan tetap secara tidak langsung terdapat peningkatan taraf hidup penduduk Taman Kaya yang menjadi semakin baik dan selesa. Ini termasuk taraf kesihatan dan pendidikan penduduk Taman Kaya.

Kemudahan infastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk Taman Kaya juga disediakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Contohnya bekalan elektrik, jalan bertar dan sekolah rendah.

Kegiatan ekonomi seperti sektor perindustrian di Taman Kaya yang mengeluarkan hasil penindustrian untuk dipasarkan sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam pendapatan negara untuk membiayai pembelanjaan mengurus dan mentadbir negara.

Di negara Singapura, dengan adanya pelbagai kegiatan ekonomi juga dapat memberikan peluang pekerjaaan kepada penduduk negara Singapura dan turut menyumbang dalam pendapatan negara Singapura terutama sektor perindustrian dan sektor pelancongan.Contohnya kawasan perindustrian di kawasan Jurong dan Sungei Kadut serta kawasan pelancongan di Pulau Sentosa.Singapura juga mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap yang lebih baik daripada yang terdapat di Taman Kaya, seperti sistem telekomunikasi yang cekap dan kemudahan pengangkutan awam kereta api bawah tanah.

Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah tinggal di dalam sebuah negara aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta.

Muka Surat | 12

Page 13: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 13

Page 14: Folio Geografi PMR 2008

Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Kegiatan ekonomi juga kadang-kala memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Kegiatan ekonomi juga boleh mengubah pandang darat sesuatu kawasan.Di sekitar kawasan Taman Kaya terdapat perubahan pandang darat apabila sesuatu kawasan baru dibuka untuk pelbagai tujuan seperti pembinaan petempatan dan kemudahan infrastruktur seperti sekolah dan jalan perhubungan.

Pencemaran terjadi kerana sikap tidak bertanggungjawab penduduk Taman Kaya dan pengusaha kilang perindustrian yang membuang sisa makanan mahupun sisa industri ke dalam parit dan longkang yang menjadi punca berlakunya pencemaran air.Pencemaran udara turut terjadi disebabkan oleh pelepasan asap dari kenderaan bermotor ke udara dan juga daripada aktiviti perindustrian. Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Kejadian hujan asid berkait rapat dengan pelepasan asap yang berbahaya daripada kilang dan kenderaan bermotor.Kilang-kilang yang berhampiran dengan Taman Kaya seperti kilang perabot dan kilang membuat biskut serta kenderaan bermotor menjadi penyumbang dalam pembentukan hujan asid di Taman Kaya.

Di negara Singapura juga tidak terlepas daripada mengalami perubahan pandang darat dan landskap.Perubahan pandang darat daripada pinggir laut kepada kawasan daratan yang ketara dapat dilihat di Kawasan Perindustrian Jurong serta Pulau Jurong.Perubahan ini bertujuan untuk mengatasi kekurangan tanah disebabkan negara Singapura mempunyai keluasan tanah yang kecil.Untuk terus berkembang maju, kerajaan Singapura telah menembus guna pinggir laut untuk dijadikan kawasan daratan.Singapura juga menghadapi masalah pencemaran udara dan hujan asid terutama di sekitar kawasan perindustrian iaitu di Kawasan Perindustrian Jurong serta Kawasan Perindustrian Sungei Kadut.

Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenang-wenangnya.

Muka Surat | 14

Page 15: Folio Geografi PMR 2008

Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Muka Surat | 15

Page 16: Folio Geografi PMR 2008

Pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

Penduduk Taman Kaya diingatkan tentang kepentingan menjaga alam melalui kempen.Kempen ini kebanyakan disiarkan melalui media masa terutama televisyen. Langkah ini menyedarkan penduduk Taman Kaya tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar penting bagi mengajar kepentingan memelihara alam skitar khasnya generasi muda.Kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) mahupun peringkat sekolah menengah (Geografi dan Sains).

Kitar semula juga diamalkan oleh penduduk Taman Kaya dengan menjual surat khabar lama kepada pembeli surat khabar lama.Amalan ini dapat mengurangkan jumlah hutan yang ditebang.Tong kitar semula juga turut disediakan oleh Majlis Pembandaran Taiping tetapi malangnya tong-tong tersebut tidak digunakan secara berkesan walaupun kerajaan Malaysia telah berusaha mengadakan kempen kitar semula dan menyiarkan iklan di media masa untuk mengalakkan sikap mengitar semula.

Kerajaaan Melaysia telah menguatkuasakan beberapa undang-undang sebagai salah satu cara untuk memelihara alam sekitar.Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1994 yang merupakan perundangan yang menyeluruh termasuk kawasan Taman Kaya.

Kerajaan Singapura juga turut berusaha untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Singapura.Terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam menjayakan kempen yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dan Bahan Buangan Singapura (WMKAS).Sebuah institut iaitu Singapore Environment Institute (SEI) dibina khas untuk pendidikan alam sekitar.Beberapa undang-undang telah digubal untuk melindungi alam sekitar daripada terus terjejas.Contohnya ialah

- Enviroment Public Health (Toxic Waste) Regulating 1988- Clean Air (Stardards) Regulations 1992, as amended 1978- Clean Air (Probihibition on The Use of Open Fires) Order 1973- Factories (Permissble Exposure Levels of Toxic Subtances) Order 1996- Surface Water Drainage Regulations 1979

Kita hendaklah bekerjasama mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar dan bertanggungjawab memelihara alam sekitar.

Data Jadual Kajian

Jenis pekerjaan BilanganPertanian II

Muka Surat | 16

Page 17: Folio Geografi PMR 2008

Pembalakan -Perikanan -

Perlombongan -Perindustrian IIII IPerkhidmatan

- Pelancongan- Perdagangan

- Pengangkutan- Kewangan- Pendidikan

-IIII II

IIII

IIII IIII IJumlah 30

Jadual 1: Jenis pekerjaan penduduk Taman Kaya

Jenis pekerjaan BilanganPertanian 2

Perindustrian 6Perkhidmatan

- Perdagangan- Pengangkutan

- Kewangan- Pendidikan

713

11Jumlah 30

Jadual 2: Jenis pekerjaan penduduk Taman Kaya

- Sumber data diperoleh melalui borang soal selidik penduduk Taman Kaya

Muka Surat | 17

Page 18: Folio Geografi PMR 2008

Grafik

Graf Bar 1: Jenis perkerjaan penduduk Taman Kaya mengikut kegiatan ekonomi

Muka Surat | 18

Page 19: Folio Geografi PMR 2008

Melalui kajian Geografi yang telah saya tulis, salah satu rumusan yang dapat dibuat ialah kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Taman Kaya telah banyak memberikan kesan positif mahupun kesan negatif terhadap Taman Kaya.

Saya mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Taman Kaya.Kita hendaklah mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kita untuk memupuk sifat menghargai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan kawasan kajian saya iaitu Taman Kaya.

Saya juga dapat mengetahui sumbangan kegiatan ekonomi di Taman Kaya terhadap kawasan sekitar dan negara Malaysia. Dengan ini, unsur patriotisme seperti rasa berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.Bagaimanapun pelbagai langkah yang telah diambil untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar yang dihadapi.

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi di kawasan Taman Kaya telah memberikan banyak faedah kepada perkembangan sosiekonomi para penduduk Taman Kaya. Saya berharap agar kawasan Taman Kaya akan berkembang dengan lebih pesat dan terus memberikan sumbangan kepada pembangunan Taman Kaya mahupun penduduk Taman Kaya.

Muka Surat | 19

Page 20: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 20

Page 21: Folio Geografi PMR 2008

Peta Daerah Larut Matang dan Selama (LMS)

Peta 2: Daerah Larut Matang dan Selama (LMS)

Muka Surat | 21

Page 22: Folio Geografi PMR 2008

Peta Negara Perbandingan (Singapura)

Peta 3: Negara perbandingan (Singapura)

Muka Surat | 22

Page 23: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 23

Page 24: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 24

Page 25: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 25

Page 26: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 26

Page 27: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 27

Page 28: Folio Geografi PMR 2008

Muka Surat | 28

Page 29: Folio Geografi PMR 2008

Buku Teks

Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan 3.Malaysia: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Orang Sumber

Encik Abu Bakar Bin Arshad, 55 tahun, No 80, Lorong 3, Taman Kaya, 34000 Taiping, Perak.Puan Rosmah Binti Che Ya, 42 tahun, No 80, Lorong 3, Taman Kaya, 34000 Taiping, Perak.

Internethttp://www.geocities.com/jkrtaiping/planlms.htm http://www.lib.utexas.edu/maps/singapore.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Singapurahttp://en.wikipedia.org/wiki/List_of_schools_in_Singapore

Muka Surat | 29