Folio Agama Islam Maulidur Rasul Kumpulan 1

Embed Size (px)

Citation preview

KUMPULAN 1 : MAULIDUR RASUL NAMA AHLI KUMPULAN:MUHAMMAD IQMAL 2.MUHAMMAD HAIRUL AZWAN 3.MUHAMMAD HAZIM 4.AMIRUL AKRAM 5.CHE MUHD FIRDAUS1.

KELAS: 4P GURU: USTAZ TANUSI

KANDUNGAN:

ISI:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

M/SPENGHARGAAN: PENDAHULUAN: OBJEKTIF KAJIAN: KAEDAH KAJIAN: LAPORAN KAJIAN: RUMUSAN: LAMPIRAN: RUJUKAN: 1 2 3 4 5 6 7 8

Pada mulanya kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi rahmat iaitu dari segi kesihatan serta telah memberi petunjuk kepada kami bagi menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran agama Islam iaitu Ustaz Tanusi yang selalu memberi dorongan, nasihat dan galakan serta peluang kepada kami untuk menyiapkan projek ini dengan sempurna dan baik.kami juga ingin mengucapkan terima kasih antara satu sama lain kerana telah memberi maklumat mengenai cara-cara membuat kerja kursus dengan baik serta teratur. Tidak ketinggalan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami serta ahli keluarga kami yang lain yang sentiasa memberi galakan dan semangat agar saya dapat menghasilkan kerja yang baik serta menyiapkan kerja pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya, Muhammmad Iqmal bin Mohammed Zamri serta kumpulan saya telah memilih tajuk Maulidur Rasul kerana tajuk ini telah ditetapkan dan diundi dengan cara adil.Selain itu, tajuk ini amat bagus dan mudah untuk dibuat kajian.

Saya telah menjalankan kajian ini secara berkumpulan, iaitu dua rakan sekelas saya diberi tugasan untuk membuat corak serta hiasan untuk projek ini manakala dua orang lagi mencari maklumat dan data mengenai maulidur rasul.

Kami semua telah menyiapkan kerja kursus ini selama 3 minggu.Tepat waktu yang telah ditetapkan oleh ustaz kami.

ANTARA OBJEKTIF KAJIAN KAMI ADALAH BAGI:1. 2.

Mengenal pasti pengertian maulidur rasul. Mengetahui sejarah maulidur rasul.

3. Menyatakan kepentingan hari maulidur rasul.4.

Mengenal pasti cara-cara menyambut maulidur rasul.

5. Menyatakan dalil-dalil yang membolehkan maulidur rasul disambut. 6. Menyatakan peristiwa-peristiwa penting maulidur rasul.

SAYA

TELAH

MENGGUNAKAN

BEBERAPA

KAEDAH

KAJIAN

UNTUK

MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN DATA.ANTARANYA IALAH:

1. 2.

Kaedah pemerhatian: Saya memerhati sambutan kawasan sekitar saya. Kaedah soal selidik: Saya telah menemuramah 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik.Tujuannya adalah untuk

mendapatkan maklumat tentang sambutan maulidur rasul daripada mereka.Borang soal selidik boleh dilihat dalam lampiran yang disediakan.3.

Kaedah rujukan: Saya telah merujuk internet untuk mendapatkan maklumat dan data.

PengertianBulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul AwalAda banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa

nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. 8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkanoleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Sejarah Maulidur Rasul: Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-

12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Pelbagai cara umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul setiap kali menjelang tanggal 12 Rabiulawal yang jatuh pada Isnin lalu. Selain mengadakan perarakan dan ceramah agama atau pun forum pengkisahan sejarah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW, sambutan itu juga diberi nafas baru melalui beberapa acara mengikut kesesuaian setempat.

Antara yang mengadakan sambutan itu ialah lebih 500 penduduk Islam di taman perumahan Bangi Perdana, Selangor. Mereka membawa sepanduk puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW dan slogan 'Muhammad Rasul Penyelamat Ummah dan Wahdah Pemangkin Khairah Ummah' sambil berselawat sepanjang 500 meter menuju ke perkarangan masjid. Perarakan yang diselangi dengan selawat yang di ketuai imam surau, Karim Kecik bertujuan memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim di kalangan penduduk tempatan. Acara kemuncak pada sebelah malam diisi dengan ceramah perdana oleh Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Zamihan Mohd. Zin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mohd. Mestah Anu dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Turut diadakan ialah pertandingan perarakan, pertandingan azan, iqamat, hafalan, mewarna peringkat kanak-kanak, remaja dan karnival jualan untuk mengisi tabung surau. Sementara itu, di kawasan perumahan Puncak Alam, Selangor, sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Furqan Fasa 2 tidak kurang meriahnya. Penduduk turut bergotong-royong menyembelih seekor lembu untuk sajian kepada lebih 1,500 penghuni yang menjayakan majlis tersebut. Turut diadakan ialah pertandingan hafazan sekolah rendah dan menengah, azan dan juga bercerita kisah-kisah nabi. Kesemua acara mendapat penyertaan yang menggalakkan. Sementara itu, surau al-Mutmainnah Pandan Perdana, Kuala Lumpur turut mengadakan forum bertajuk 'Meneladani Rasulullah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah' sempena Maulidur Rasul.

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran.

Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku AlKamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma 'moon Al-Bataa 'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa 'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi ( s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau

menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama ' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama-ulama yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

Antara ulama yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan. Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi

dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bidah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid arRasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bidah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampuradukkan dengan perkara-perkara bidah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam. Dalil-dalil yang Membolehkan Maulidur Rasul Disambut: Berikut adalah antara dalil-dalil yang membolehkan Maulid ini: 1) Allah berfirman: maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung. Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan hari-hari Allahialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Maani menjelaskan lagi dengan katanya kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura? Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.Maka Nabi berkata: Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu. [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan. Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan

adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintangbintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa penduduk di sekitar kawasan saya mempunyai penduduk yang mengamalkan sambutan Maulidur Rasul.Bagi mengingati rasul kita, semua umat Islam telah bersama-sama menyambut hari kelahiran baginda hingga kini.Pada masa yang sama, negara Malaysia mempunyai umat Islam yang masih lagi mempunyai semangat dalam meraikan sambutan maulidur rasul dengan pelabagai cara.Saya juga mendapati Negara Malaysia mempunyai rakyat islam yang berkerjasama dalam mengamalkan sambutan kelahiran nabi kita iaitu nabi Muhammad.selain itu, saya serta ahli kumpulan saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Maulidur Rasul. Oleh itu, saya sebagai umat islam berasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Islam sejak dilahirkan lagi.

LAMPIRAN A:

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH BORANG SOAL SELIDIK TENTANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KERJA KURSUS AGAMA ISLAM TAHUN 2011. Sila isikan maklumat di bawah ini: 1. Nama anda: ______________________________________________ ______________________________________________ 2. Jantina: ( ) Lelaki ( ) Perempuan 3. Pekerjaan anda: ______________________________________________ 4. Alamat rumah: ______________________________________________ 5. Tandakan /.Pada pendapat anda, maulidur rasul penting sebab: 1. Mengingati rasul ( ) 2. Memeriahkan suasana ( ) 3. Memupuk semangat ( ) 4. Memupuk kesedaran ( ) 5. Memupuk sikap jihad ( ) 6. Menceriakan persekitaran ( ) 6. Tandakan / satu sahaja.Pada pendapat anda, adakah anda rasa sambutan

maulidur rasul sangat memberi pengajaran atau iktibar: 1. Ya 2. Tidak TERIMA KASIH ( ( ) )

Lampiran B:

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Lampiran C:

Contoh gambar yang dimuat turun di internet.

1. INTERNET: a) http://www.wikipidea.com b) http://www. shamatun.blogspot .com 2. ORANG SUMBER: a) ENCIK MUHAMMAD AIMAN BIN KHAIRUDDIN, 43 TAHUN, NO. 16, JALAN WIRA JAYA, TAMAN SRI AMPANG, 31350 IPOH, PERAK. b) PUAN NUR AMANI BINTI MUHAMMAD ADAM, 40 TAHUN, NO. 12,

JALAN WIRA JAYA, TAMAN SRI AMPANG, 31350 IPOH, PERAK. 3. BORANG SOAL SELIDIK: a) Lampiran A.