fizik tingkatan 4 tajuk haba

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pelajar tingkatan 4 boleh menggunakan nota ini sebagai rujukan pada masa akan datang

Citation preview

BAB 4: H ABA

BAB 4: H ABA4.3: HABA PENDAM TENTU

Tuntutlah ilmu kerana jika anda seorang kaya maka ilmu itu memperindahkan anda dan jika anda miskin maka ilmu akan memelihara anda.

-saidina Ali bin Abi Thalib-Haba pendam tentu suatu bahan ialahkuantiti haba yang diperlukan untukmengubah bentuk 1 kg bahan tanpaperubahan suhu.Unit S.I.nya ialah J kg-1. PERUBAHAN FASA:

(a)Takrif HabaPendam TentudanUnit S.I.nya

Haba pendam tentu pelakuran :

kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah bentuk 1 kg bahan dari keadaan pepejal menjadi cecair tanpa perubahan suhu. Haba pendam tentu pengewapan:

kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah bentuk 1kg bahan dari keadaan cecair menjadi wap tanpa perubahan suhu.

Jenis-jenis habapendam tentudan kaitannya dengan prosesperubahan rupa bentukHaba pendam tentu bagi suatu bahan ialah tenaga yang diperlukan untuk menukarkan keadaan 1 kg bahan itu tanpa perubahan suhunya.Unit haba pendam tentu ialah J/kg. Contohnya, haba pendam tentu ais ialah 334000J/kg, ini bermakna 334000J tenaga haba diperlukan untuk mengubah 1 kg ais kepada air atau sebaliknya.Formula:Haba pendam tentu pelakuran (L) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan pepejal kepada keadaan cecair atau sebaliknya tanpa perubahan suhu.Haba pendam tentu pengewapan (1) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan cecair kepada keadaan gas atau sebaliknya tanpa perubahan suhu.Q = mL Q=Haba m= Jisim L = Haba pendamtentu

Eksperimen untuk menentukan haba pendam tentu pelakuran ais.

Catatkan kuasa pemanas rendam yang diguna = PTimbang jisim bikar A dan bikar B Jisim bikar A = m1Jisim bikar B =m2Apabila air menitis pada kadar yang tetap pada kedua-dua corong turas, hidupkan pemanas rendam,mulakan jam randik,dan letakkan bikarA dan bikar B serentak di bawah corong turas masing-masing. Selepas masat, alihkan kedua-dua bikar.Timbang semula jisim bikar A dan bikar B .Jisim bikar A = m3Jisim bikar B =m4Kirakan jisim ais yang lebur disebabkan oleh pemanasrendam,m=(m3- m1) -(m4- m2)Kirakan tenaga haba dari pemanas =Pt Dengan itu dengan menganggap tiada kehilangan haba kesekeliling maka Pt =mL

L = Pt/mSebagai langkahberjaga-jaga:Pastikan air dilap supaya kering,supaya tenaga pemanas digunakan untuk meleburkan ais sahaja.Pastikan unsur pemanas diliputi sepenuhnya oleh ais supaya tiada berlaku kehilangan haba ke persekitaran.Catatkan kuasa pemanas yang digunakan = PPanaskan air sehingga mendidih dengan mantap.Hidupkan jam randik dan serentak dengan itu catatkan bacaan penimbang = m1Selepas masa t,catatkan semula bacaan neraca = m2Kirakan jisim air yang menjadi wap =m1- m2Kirakan jumlah tenaga daripada pemanas = PtDengan menganggap tiada kehilangan haba ke sekeliling makaPt=mLL = PtmSebagai langkah berjaga-jaga pastikan gegelung pemanas berada di bawah permukaan airtetapi tidak menyentuh dasar bikar supaya pergerakan neraca tidak terhalang.

Eksperimen untuk menentukan haba pendam tentu pengewapan air.

Nilai L yangdidapati daripada eksperimen > daripada nilai L teori.Disebabkan kehilangan haba ke sekeliling,makaJisim ais yang melebur dan menjadi wap kurang daripada yang sepatutnya. MakaLmenjaditinggi keranaL=Pt/mPERBANDINGAN NILAI L YANG DIDAPATI EKSPERIMEN DAN NILAI TEORIGRAF PEMANASAN NAFTALENA GRAF PENYEJUKAN DAN PEMANASAN NAFTALENA

Takat lebur =80C Takatdidih = 218CAB=pepejalBC=pepejal+cecair C cecairDE=cecair+gasEF=gas Pada AB,CD dan EF : Suhu didapati meningkat.Berdasarkan teori kinetik jirim, suhu bergantung padatenaga kinetikjirim.Pada ketika ini haba yang diserap untuk menambah tenaga kinetik molekul.Oleh itu suhu bertambah.Pada BC,DE : Suhu didapati tetap(pada t1dan t2)Pada masa ini perubahan bentuk berlaku.Suhu digunakan untuk memecahkan ikatan-ikatan molekul tetapi tidak digunakan untuk menambah tenaga kinetik molekul.Oleh itu suhu adalah tetap.

GRAF PENYEJUKAN NAFTALENA

Takat beku = 80C Takat Kondensasi = 218cAB=GasBC=Gasl+CecairCD=cecairDE=cecair+pepejalEF=pepejalPada AB,CD dan EF : Suhu didapati menurun.Berdasarkan teori kinetikjirim,suhu bergantung pada tenaga kinetikjirim.Pada ketika inihabadibebaskan menyebabkantenaga kinetik molekul berkurang Oleh itu suhu berkurang.Pada BC,DE : Suhu didapati tetap(pada t1dan t2)Pada masa ini perubahan bentuk berlaku.Haba dibebas untuk merapatkan jarak antara molekul tetapi tidak digunakan untuk mengurangkantenaga kinetik molekul. Oleh itu suhu adalah tetap.