8
Selamat Datang Ke Firnena Department Kesihatan Haiwan! Memandangkan Firnena Kesihatan Kucing adala sebuah ‘mini website’, dan tujuannya pula adalah supaya anda boleh segera bermula secepat mungkin dalam mengubati haiwan kesayangan anda, maka format penjelasan yang ada dalam ebook ini adalah berkonsepkan straight to the point. Baiklan, semak Pakej yang tiba. Ia sepatutnya mengandungi sebotol Penawar Haiwan dan satu alat plastik kecil bagi tujuan menyumbat / menyuntik penawar ke dalam mulut haiwan. Sudah semak? Ada? Okay...Kita mulakan. Kategori Pertama – Untuk Kucing Sakit Kita bermula dengan kucing yang sakitnya di tahap sederhana. Maksud saya; kemungkinan ia sakit kerana demam, jangkitan selsema atau tidak lalu makan. Simptom-simptom ini adalah pembunuh kucing dalam keadaan perlahan. Ia mengambil jangka masa yang agak lama berbanding penyakit-penyakit kronik untuk menunjukkan kesan ketara. Cara untuk ubati adalah dengan menggunakan satu dos penuh sebanyak ini: Dos sebanyak itu harus diberi setiap hari (tak kisah siang atau malam). - Amalkan selama seminggu – 7 hari. - Kemudian jarakkan menjadi selang 2 hari selama seminggu lagi. Selepas tempoh ini, ia dijangka sudah sihat. Maka anda boleh terus kepada babak Penjagaan Kucing Sihat. (Iaitu selang 3 hari berterusan, dalam kuantiti yang sama.) Untuk anak kucing dan arnab (2 – 3 bulan ke atas), separuh dos. Penawar Kesihatan Kucing (Haiwan) Kandungan penawar ini sebenarnya unik. Tetapi apa yang perlu anda ketahui adalah; ia tidak mengandungi apa-apa unsur kimia atau bahan merbahaya. Ia mengandungi herbal-herbal tradisional dan moden, digabungkan bersama bagi tujuan mengubati dan juga menaikkan taraf kesihatan. #1 - Penyakit Kulit seperti Kurap dan Gatal-gatal. Penyakit ini amat biasa. Kucing yang terkena simptom ini selalunya berada dalam suasana harian yang kotor. Punca pemakanan bukan sebab utama tetapi minuman. Kemungkinan ia banyak mendapatkan sumber minuman di longkang-longkang atau lopak air yang kotor. Memang selalu sangat kucing yang terbiar di lorong-lorong terdedah kepada bahana ini. Firnena Kucing Page 1

Firnena ubat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ubat kucing

Citation preview

Page 1: Firnena ubat

Selamat Datang Ke Firnena Department Kesihatan Haiwan! Memandangkan Firnena Kesihatan Kucing adala sebuah ‘mini website’, dan tujuannya pula adalah supaya anda boleh segera bermula secepat mungkin dalam mengubati haiwan kesayangan anda, maka format penjelasan yang ada dalam ebook ini adalah berkonsepkan straight to the point. Baiklan, semak Pakej yang tiba. Ia sepatutnya mengandungi sebotol Penawar Haiwan dan satu alat plastik kecil bagi tujuan menyumbat / menyuntik penawar ke dalam mulut haiwan. Sudah semak? Ada? Okay...Kita mulakan. Kategori Pertama – Untuk Kucing Sakit Kita bermula dengan kucing yang sakitnya di tahap sederhana. Maksud saya; kemungkinan ia sakit kerana demam, jangkitan selsema atau tidak lalu makan. Simptom-simptom ini adalah pembunuh kucing dalam keadaan perlahan. Ia mengambil jangka masa yang agak lama berbanding penyakit-penyakit kronik untuk menunjukkan kesan ketara. Cara untuk ubati adalah dengan menggunakan satu dos penuh sebanyak ini:

Dos sebanyak itu harus diberi setiap hari (tak kisah siang atau malam).

- Amalkan selama seminggu – 7 hari. - Kemudian jarakkan menjadi selang 2 hari selama seminggu lagi.

Selepas tempoh ini, ia dijangka sudah sihat. Maka anda boleh terus kepada babak Penjagaan Kucing Sihat. (Iaitu selang 3 hari berterusan, dalam kuantiti yang sama.) Untuk anak kucing dan arnab (2 – 3 bulan ke atas), separuh dos. Penawar Kesihatan Kucing (Haiwan) Kandungan penawar ini sebenarnya unik. Tetapi apa yang perlu anda ketahui adalah; ia tidak mengandungi apa-apa unsur kimia atau bahan merbahaya. Ia mengandungi herbal-herbal tradisional dan moden, digabungkan bersama bagi tujuan mengubati dan juga menaikkan taraf kesihatan. #1 - Penyakit Kulit seperti Kurap dan Gatal-gatal. Penyakit ini amat biasa. Kucing yang terkena simptom ini selalunya berada dalam suasana harian yang kotor. Punca pemakanan bukan sebab utama tetapi minuman. Kemungkinan ia banyak mendapatkan sumber minuman di longkang-longkang atau lopak air yang kotor. Memang selalu sangat kucing yang terbiar di lorong-lorong terdedah kepada bahana ini.

Firnena Kucing Page 1

Page 2: Firnena ubat

Kucing saya tinggal dalam rumah, tapi tetap ada simptom macam ni. Kenapa? Manusia dan haiwan berbeza. Andaikata anda membela kucing di dalam rumah, sedikit sebanyak semestinya ia ada membuang najis atau kencing (pancut) dalam rumah. Kuman-kuman dari najis ini walaupun dicuci, akan tetap ada melekat di mana-mana. Apatah lagi kalau kes pembuangan najis dan pancut berulang. Kita rasa kita dah bersihkan sebaik mungkin tetapi sangkaan tersebut selalunya salah. Andaikata kucing membuang najis di tempat lain pula (dalam rumah), maka kuman-kuman ini akan bergabung dengan kuman lama yang ada. Hanya kalau kes pembuangan najis itu berlaku sekali dua, kemudian anda ketatkan displin dengan tidak membenarkan ia melakukannya lagi dengan cara melarang ia untuk berkeliaran di dalam rumah dengan bebas. Makna – kawasan tersebut memang tidak mungkin lagi terdedah kepada pembuangan najis kucing. Maka lama kelamaan ia akan bersih semula sebab kuman-kuman lama tidak menjumpai sebarang ‘teman’ untuk teruskan generasi kehidupan. Kalau begini, maka rumah anda bersih dan jangkitan penyakit 90% tiada. #2 - Penjagaan Haiwan Sakit Teruk Baiklah, kita teruskan kepada babak seterusnya, bagi haiwan yang terlibat dengan penyakit ‘berat’ – keracunan, batu karang, pendarahan dalaman dan cacing kerawit tahap dewasa (yang berupaya melenyapkan selera makan haiwan dengan cepat dan membunuh dalam masa lebih kurang seminggu). Dos yang diperlukan adalah isian penuh. Diberikan pada waktu pagi (8 – 9 pagi). Disebabkan dos agak banyak, jangan sumbat ‘sekali shot’. Sebab kalau buat macam tu; akan tersembur keluar semula (tak masuk semua ke dalam). Geser-geser (pat) kepala haiwan secara gentle, dan kemudian pujuk ia untuk membenarkan dos di masukkan perlahan. Bahagikan kalau boleh kepada 3 bahagian – 3 kali suntikan. Kalau tumpah sedikit tu tak apa. Yang penting masuknya penawar – banyak. Selepas melakukan ini, anda tak perlu berikan ia apa-apa. Tak perlu berulang-alik beri tumpuan nak bagi apa-apa lagi. Biarkan saja. Tak perlu bagi makan atau susu. Ini kerana penawar ini sudah terbukti merangkumi semua aspek. Ia akan membekalkan organ dalaman haiwan dengan zat vitamin secukupnya. Nota: penawar ini bukan seperti zat vitamin biasa. Ia lebih kuat. Di samping memberi nutrisi dan memperbaiki organ dalaman haiwan, ia juga akan singkirkan kotoran dan kuman yang menyebabkan penyakit kepada haiwan. Kemudian, anda dikehendaki memberi satu lagi dos penuh kepadanya dalam lebih kurang pukul 3 – 4 petang macam tu. (Saya harap dos pertama adalah pukul 8 – 9 pagi.Jangan terlalu lewat sehingga 11 atau 12pm.) Pun sama – buat sebagaimana mula tadi. Pujuk ia menerima dos perlahan. Terakhir; pada satu lagi dos pada pukul 11 – 12 malam macam tu.

Firnena Kucing Page 2

Page 3: Firnena ubat

Oleh kerana ia sakit teruk, apa yang perlu anda pastikan adalah ia berehat di tempat yang bersih di lapik kain dan juga kertas bersih. Itu saja. Bersabar beri masa penawar tu meresap dan men-sihatkan ia semula. Baiklah, setelah melakukan teknik tersebut, nampaknya tidak banyak yang perlu anda lakukan lagi selain dari menunggu. Haiwan akan memberi isyarat ia lapar apabila dengan lemah ia bangkit dan berbunyi. Di ketika ini, adalah elok anda memberikan makanan lembut khas untuk haiwan iaitu – makanan tin. Jangan gaul dengan nasi. Selalunya yang paling berkesan adalah jenis ‘Sardin + Squid’ (kalau untuk kucing). Jenis daging selalunya hanya elok untuk yang sihat. Mengikut kajian, ia akan makan setelah seminggu anda pastikan penawar diberi ikut jadual (3 kali sehari). Apabila ia mula untuk makan, jadikan pemberian penawar dengan hanya 2 kali sehari – pagi dan malam sahaja. Amalkan begini sehingga anda nampak kesan ia betul-betul berselera untuk makan secara normal semula. Perlahan-lahan kurangkan pemberian penawar kepada satu dos penuh selang-sehari pula - selama seminggu. Dan apabila ia sudah normal (sihat), jadikan pemberian penawar kategori haiwan sihat. Sila baca babak Penjagaan Haiwan Normal pula. #3 – Arnab Penjagaan arnab tak banyak beza dengan kucing. Disebabkan saiz mereka yang lebih kurang sama. Jadi, andaikata arnab sakit teruk, anda boleh ikut panduan yang telah diberi setakat ini. Penternak Arnab

Yang sangat bagusnya penawar ini adalah buat penternak arnab. Penternak arnab bertujuan nak buat duit dan dengan memiliki penawar serta pengetahuan melalui ebook ini, anda bakal menjadi penternak arnab berjaya. Mengamalkan pemberian penawar ini (mengikut jadual) akan membuatkan arnab jadi sihat dan mudah membiak. Tahap kecergesan baka jantan untuk mengawan akan jadi subur, manakala baka betina pula akan bersedia mengandungkan baby-baby sihat, dan melahirkannya juga sihat. Ini kerana sejak di dalam ‘womb’ (rahim), anak-anak tersebut sudah dilengkapi dengan zat nutrisi. Ibunya pula amat sihat dan kuat. Jadi, proses dari mula hingga akhir menyaksikan kitaran sihat tanpa masalah. Proses kelahiran disambung lagi dengan bekalan susu yang sihat dari ibu.

Firnena Kucing Page 3

Page 4: Firnena ubat

Ringkasannya di sini: arnab tersebut akan senantiasa berada dalam kitaran produktif. Yang perlu dilakukan adalah memastikan ia diberi penawar tersebut secara konsisten. Perhatian: baby-baby kecil tersebut tidak perlu diberi penawar. Cuma dikhuatiri pada peringkat ia separuh besar, jangkitan cacing akan berlaku. Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, disarankan agar memberi dos

kecil kepada anak ini apabila ia masuk di bulan ke-2. (Dah besar sikit.) Dos yang harus diberi cuma separuh. Sikit sahaja. Teruskan beri dos kecil ini selang 2 hari. Penawar ini telah terbukti berjaya membanteras penyakit ‘cacing pembunuh baby’ tanpa perlu diberi apa-apa ubat lain. Lebih mengenai ini akan diterangkan di babak seterusnya.

Gambarajah menunjukkan arnab dalam lebih kurang 2 - 3 bulan. Dalam fasa ini sudah sesuai untuk diamalkan setengah dos sekali sehari. (Selang 3 hari.) # 4 – Sukatan Dos untuk Anjing Basically, langkah yang perlu diambil adalah sama saja buat semua. Cuma yang berbeza adalah sukatan dos berdasarkan saiz haiwan.

Sekiranya jenis anjing anda lebih kurang besar yang ditengah itu, maka anda bernasib baik. Sukatan dos anjing sebesar itu adalah satu dos penuh seperti biasa, dan kemudian selang 3 – 4 hari. Kalau anjing anda jenis besar (seperti kiri dan kanan), maka anda tiada pilihan melainkan kena berbelanja lebih sikit kalau anda mahu ia mengamalkan penawar ini. Tetapi sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah. Walaupun satu dos penuh dengar macam ‘sikit saja’, anda harus tahu bahawa penawar ini ‘kuat’. Anjing bersaiz besar memerlukan 2 dos penuh dan kemudian seperti biasa; selang 3 atau 4 hari mengamalkannya.

Firnena Kucing Page 4

Page 5: Firnena ubat

#5 – Penjagaan Kepada yang Normal (Sihat)

Dengan penerangan ringkas ini, topik Firnena Kesihatan Haiwan hampir meliputi semuanya mengenai apa yang perlu anda tahu dalam usaha penjagaan haiwan mengunakan teknik ini. Itulah kelebihan sesuatu yang berkesan. Tidak perlu penerangan yang panjang lebar. Sebaik saja anda bermula, penawar ini akan memainkan hampir seluruh peranan memastikan kesihatan haiwan kesayangan terjaga. Hanya tinggal anda yang akan memastikan kesihatan seterusnya dengan memberikan makanan seimbang. Perhatian: saya benar-benar syorkan anda berikan makanan tin. Sebab makanan begini diproses dengan menambahkan zat nutrisi berkualiti – yang sukar untuk dipastikan haiwan mendapat secukupnya melalui amalan pemakanan biasa. Oleh itu, kita kini sampai kepada bahagian paling mudah Teknik Penjagaan Kesihatan Haiwan ini. Kalau haiwan kesayang sudah sedia sihat, dan anda Cuma mahu me-maintain-kan kesihatan atau mahu meningkatkan lagi dari sekadar biasa-biasa, maka:

- 1 dos sukatan penuh - Selang 3 – 4 hari berterusan

Manakala untuk anak kucing dan arnab, separuh dos sahaja. Anak anjing yang agak besar saiznya, sila beri 1 dos penuh. Untuk pengetahuan anda, tiada bahaynya kalau terlebih dos diberikan. Penawar ini selamat. Cuma kawalan dos diperlukan bagi mengawal tahap kecergasan – supaya ia terkawal. Kalau terlebih, dikhuatiri tahap agresif haiwan tersebut akan jadi tinggi lalu mewujudkan ke-tidak-selesaan kepadanya. So; amalkan dos yang telah digaris-panduankan. Itu saja! Selesai. Tips: anda juga boleh menggunakan minyak kelapa sawit yang telah diguna goreng ikanuntuk sapuan bagi mengubati kurap. Sangat berkesan. Hanya yang telah diguna sahaja.

Firnena Kucing Page 5

Page 6: Firnena ubat

# 6 - Sakit Malangnya, penyakit tidak pernah berhenti mencari haiwan-haiwan yang tidak dijaga sebaiknya sebagai mangsa. Salah satu penyakit yang paling awal dihadapi adalah selepas 4 minggu kelahiran (atau sebulan). Kebanyakkan haiwan peliharaan tidak dapat lari dari penyakit ‘serangan cacing kerawit haiwan’ – yang akan serang hampir semua haiwan peliharaan tidak kira jenis. Ia adalah penyakit paling popular (sering sangat terjadi) di antara semua penyakit yang ada. Serangan cacing tersebut tinggi peratusnya membawa maut. Ini bergantung kepada beberapa faktor, tetapi hanya 3 yang paling utama:

- Kesihatan ibu - Persekitaran

- Pembawaan

Andaikata kesihatan ibu haiwan mengandung sihat di permulaan, maka risiko anak-anak selamat dari maut adalah 60% - 40%. Tetapi kalau ibunya kesihatannya tidak berapa bagus (agak kurus), selalu tidak cukup makan, maka anak-anak dijangka tidak akan selamat dari serangan cacing ini.

Persekitaran – selalunya haiwan peliharaan yang terkurung dalam rumah tidak dibenarkan keluar menikmati suasana dan udara segar, akan memberi peluang kepada kuman-kuman lain terkumpul dalaman rumah untuk bergabung dengan kuman cacing ini. Walaupun rumah tersebut di’rasai’ (anggap) bersih, namun kuman-kuman tetap ada. Kuman-kuman ini ‘liat’ untuk

meninggalkan kawasan mereka melainkan kawasan tersebut dibasuh dengan air panas + bahan pencuci (clorox) bagi memastikan kebersihan total. Namun; persekitaran tetap memainkan peranan dalam menghasilkan tahap aktif cacing-cacing pembunuh itu terutama persekitaran kotor. Pembawaan – adalah berdasarkan penurunan genetik dari ibu bapa haiwan terbabit. Samaada dari gen bapa, atau ibu. Sekiranya ibu bapa haiwan berada di tahap kesihatan memuaskan, maka peluang anak-anak selamat adalah tinggi. Ini bukan kerana cacing itu tak kuat, tetapi tahap kesihatan anak yang menyusui ibu yang sihat, mempunyai imunisasi melawan penyakit yang bagus. Tetapi ada juga kes ibu haiwan yang sihat (sederhana) tetapi anak-anak kemudiannya dijangkiti cacing kerawit hingga mampu membunuh anak-anak dengan ‘pasti’.

Perlu anda tahu; gejala cacing ini bagaikan penyakit ‘wajib’ yang akan muncul apabila anak-anak mencapai sekitar 2 – 3 bulan. Ia seumpama ‘parasit’ yang akan memakan sumber-sumber kesihatan yang ada di dalam badan haiwan. Cacing-cacing ini selalunya tidak begitu kuat

Firnena Kucing Page 6

Page 7: Firnena ubat

terhadap haiwan dewasa (tengok jenis juga…) Tetapi terhadap anak-anak, ia cukup kelengkapan membawa maut. Hampir semua akan melalui proses ini. Persoalannya; bukan samaada cacing itu kuat, kronik atau biasa. Tetapi; adakah anak-anak haiwan itu berjaya melepasi serangan yang bakal berlaku itu? Serangan cacing bukan penyakit berpanjangan, tetapi mempunyai tempoh tertentu. Selalunya; kalau selepas 3 minggu serangan cacing berlaku dan anak haiwan selamat, maka peluangnya untuk meneruskan hidup sehingga dewasa menjadi cerah. (Tahniah!) Maka dengan mudah menyelesaikan masalah cacing ini seterusnya memastikan anak haiwan berjaya melepasi tahap ‘maut’ ini, sila pastikan anda berikan satu dos penuh sebaik saja ia kelihatan sudah bercerai susu (tidak beberapa memerlukan susu ibu). Sudah nampak ia sepatutnya memulakan alam makan pula. Selalunya ia memasuki bulan ke -2 atau 3. Jangan tunggu ia nampak sakit baru nak bagi. Diharap bersiap-sedia apabila ia masuk ke umur itu. Berikan separuh dos selang sehari dan kalau anak anjing yang bersaiz agak besar, satu dos; juga selang sehari. Selepas seminggu, jarakkan kepada selang 2 hari dan apabila masuk minggu ke-3, sudah boleh dijarakkan lagi dengan menjadikan ia selang 4 hari. # 7 - PEMBANTERASAN LEBIH BERKESAN – Ubat Cacing Vet

Seni penjagaan kucing atau apa jua haiwan peliharaan, adalah sebaik mungkin mengelakkan ia dari dijangkiti sebarang penyakit ataupun jatuh sakit. Seelok-eloknya, selepas sebulan kelahiran, anda dikehendaki memberi ia ‘ubat cacing’. Ubat cacing ni boleh didapati di Vet

di kawasan anda. (Klinik Haiwan.) Sama ada doktor akan beri ubat ini dalam bentucecair atau kapsul, ia bertujuan untuk membuang cacing yang ada. Juga; membunuh kuman penyebab cirit-birit.

k

Saya benar-benar tegaskan agar anda ikuti langkah memberi ubat ini. Ingat; dalam lebih kurang sebulan atau 3 minggu, ubat ini layak diberi. Ubat ini selalunya berada dalam lingkungan RM10.

Andaikata haiwan peliharaan melampau benar sakitnya – nampak lembik, lesu dan sangat kurus, adalah lebih baik anda mulakan proses rawatan dengan memberi ubat ini (minta saja pada doktor dengan nama ubat cacing, cirit atau demam). Ubat ini tak perlu diberi terus-menerus. Kalau ia dalam keadaan tenat, berikan ubat ini (mengikut sukatan yang

Firnena Kucing Page 7

Page 8: Firnena ubat

telah doktor berikan), kemudian selepas beberapa jam (lebih kurang; 4 – 5 jam), berikan pula penawar haiwan firnena. Kalau ia tidak sakit, dan anda mahu berikan semata-mata kerana langkah penjagaan, maka cuma perlu berikan 2 kali sahaja. 3 lebih elok. Sebab kalau ia ambil ubat ini dalam keadaan sihat, kesannya lebih cepat. Segala kuman penyakit akan terhapus. Seterusnya, ia LEBIH BERSEDIA mengamalkan penawar firnena. Memang begini. Ubat doktor ini bukan amalan, tetapi sebagai langkah rawatan di tahap maksimum. Kombinasi 2 ini akan membuatkan haiwan kesayangan lebih berjaya kesihatannya. Contoh Teladan #1: saya pernah mempunyai anak kucing yang mengalami cirit-birit. Saya berikan ia penawar firnena seperti biasa. Walaupun ia kelihatan sihat dan cergas, namun ciritnya masih ada. Melalui penilaian saya; anak kucing ini mengalami cirit-birit ‘berat’. Selepas 2 minggu berikan penawar firnena, ia pulih dan sihat sepenuhnya. Contoh Teladan #2: kali ini, saya ada seekor lagi anak kucing yang sama kesnya – cirit-birit sepertimana anak kucing pertama. Yang ini, saya mulakan rawatan dengan memberi ia dos ubat cacing yang diberikan doktor, 2 hari berturut-turut (sekali sahaja sehari). Di susuli dengan penawar firnena dan selepas 4 hari sahaja, cirit-biritnya hilang terus! Hasilnya di sini: lebih cepat, lebih berkesan dan sempurna. Jadi, teramat elok kalau anda membuat persediaan dengan ubat cacing ini disimpan di rumah. Mana-mana haiwan sakit, mulakan dengan memberi ubat ini, di samping itu penawar firnena sebagai susulan dan amalan. Pemberian ubat cacing; sama saja, suntik ke dalam mulut haiwan (sila ikut dos saranan doktor). Begitulah – mudah! Kombinasi yang telah diberi akan menyelesaikan masalah serangan cacing kerawit termasuk yang sangat kronik. Anak kucing (haiwan) pula; akan membesar dengan elok tanpa sebarang masalah. Well, itu saja seni menjaga serta merawat haiwan peliharaan / kesayangan di tahap terbaik. Semoga berjaya!

Nota: gambar menunjukkan tahap anak-anak haiwan yang sesuai untuk mula diberikan dos separuh. (Anjing – dos penuh.) PS: sebagai pelanggan berulang, anda tak perlu pesan dengan cara mengisi borang di website firnena lagi. Cuma email-kan beritahu maklumat pembayaran serta berapa botol yang mahu dipesan. Contoh: bank-in RM80 kalau 2 botol, atau RM100 untuk 3 (diskaun). Pembayaran dibuatdalam akaun Maybank atau CIMB sepertimana tertera di website. Boleh juga kalau nak guna bo-rang di website. Caranya: tulis (tambah) jumlah botol pesanan di belakang 'Firnena Kucing' di ba-hagian Tajuk Pesanan. Contoh: Firnena Kucing 3 (atau berapa botol yg anda mahu). www.firnena.com/kucing

Firnena Kucing Page 8