Fiqh Harta

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    1/90

    FIQH HARTA: SATU PENGENALAN

    Kata Pembukaan

    ,

    , .

    .

    Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami

    memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami

    dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka

    tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah

    petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada

    sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berjalan melintasi (sebuah

    kedai yang menjual) makanan. Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam

    makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang

    sudah rosak). Maka baginda bertanya: Apakah ini wahai pemilik makanan? Dia

    menjawab: Ia telah basah kerana terkena air hujan ya Rasulullah! Rasulullah

    membalas:

    .

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    2/90

    Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya boleh dilihat oleh

    orang ramai (dan mereka mengetahui ia sudah rosak)? Sesiapa yang menipu maka dia

    bukan daripada golonganku.[1]

    Ketika mengulas hadis ini, Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:

    Adapun maksud hadis, maka ia berlaku kepada orang yang menghalalkan

    (penipuan dalam urusniaga) sedangkan dia mengetahui (kesalahan itu) secara nyata.

    Maka (orang tersebut) kafir dan keluar dari agama Islam. Ada yang berkata, maksud

    hadis ialah (orang yang melakukan penipuan dalam urusniaga) tidak berada di atas

    jalan dan hidayah kami (Muhammad) secara sempurna. Sufyan bin Uyaynah

    rahimahullah membenci penafsiran tidak berada di atas hidayah kami. Beliau

    berkata: Amatlah buruk perkataan itu. Lebih baik menahan diri dari memberi

    takwilan sedemikian kepada hadis ini supaya ia lebih berkesan dalam jiwa dan sebagai

    satu pencegahan. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.[2]

    Hadis di atas dan ulasannya oleh seorang ilmuan Islam yang tidak diragukan

    ilmunya menunjukkan kepada kita bahawa fiqh harta adalah satu subjek yang

    amat penting. Kita umat Islam berinteraksi dengan harta dalam kehidupan

    seharian. Namun tidak ramai di antara kita yang mengetahui bahawa jika kita

    salah dalam berinteraksi dengan harta, ia boleh menyebabkan kekafiran, yakni

    murtad dari Islam.

    Atas dasar ini, saya berpandangan subjek fiqh harta perlu diberi tumpuan dan

    penekanan yang lebih, bahkan pada tahap yang sama dengan fiqh thaharah dan fiqh

    solat. Ini kerana sebagaimana kita berhadapan dengan persoalan kebersihan dan

    solat dalam kehidupan seharian, kita juga berhadapan dengan persoalan harta dalam

    kehidupan seharian.

    Fiqh harta sehari-harian yang saya maksudkan merangkumi enam perkara:

    1. Fiqh Mencari Harta.

    2. Fiqh Jual-Beli.

    3. Fiqh Menyimpan Harta.

    4. Fiqh Pelaburan Harta.

    5. Fiqh Membelanjakan Harta.

    6. Fiqh Hutang-Piutang Harta.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    3/90

    Tidak dapat tidak, setiap individu muslim pasti akan berinteraksi dengan

    salah satu atau lebih daripada enam perkara di atas. Setiap hari kita bekerja, itu

    adalah fiqh mencari harta. Pada waktu pagi kita singgah ke gerai bersarapan nasi

    lemak, itu adalah fiqh jual-beli. Pada hujung bulan kita mendapat gaji dan

    menyimpannya, itu adalah fiqh menyimpan harta. Melaburkan lebihan harta yang

    tersimpan, itu adalah fiqh pelaburan harta. Membelanjakan harta untuk seisi

    keluarga, itu adalah fiqh membelanjaan harta. Meminjamkan RM50.00 kepada rakan

    sekuliah, itu adalah fiqh hutang-piutang harta.

    Berpijak pada dasar ini, saya merasakan perlu untuk menulis sebuah buku

    berkenaan fiqh harta yang ditujukan kepada masyarakat umum, bukan kepada

    ahli ekonomi, perbankan dan kewangan. Saya judulkan buku ini Fiqh Harta: Satu

    Pengenalan. Berdasarkan judul ini:

    Perkataan fiqh memiliki dua maksud, kefahaman dan hukum. Maka

    dalam buku ini saya cuba memberi kefahaman tentang konsep harta

    dalam Islam. Pada waktu yang sama saya juga akan mengupas hukum-

    hukum berkaitan harta.

    Perkataan harta tidak semestinya bermaksud jongkong emas yang

    menimbun, tetapi apa jua yang dimiliki sama ada sedikit atau banyak,

    yang memiliki nilai.

    Saya menambah pada judulnya Satu Pengenalan kerana buku ini

    hanya menyentuh satu titik dari lautan ilmu yang amat luas dalam

    subjek harta. Harapan saya buku ini dapat menjadi pencetus kepada

    para penyampai dan para penuntut ilmu untuk lebih memberi tumpuan

    kepada subjek harta.

    Penghargaan.

    Buku ini asalnya ialah kertas kerja tambahan yang saya tulis khas sempena

    seminar The Professional Mukmin Generation: Synergy of Faith, Knowledge and

    Action anjuran Islamic Medical Association of Malaysia Czech Republic Student

    Chapter yang diadakan di Cerny Most Mosque, Praque, Czech Republic pada 22 dan

    23 March 2008. Ketika itu kertas kerja tersebut berjudul Islam dan Harta: Beberapa

    Pesanan Moral.Kertas kerja tersebut kemudian saya kembangkan sedikit sebanyak

    sehingga menjadi buku kecil ini dan diubah judulnya menjadi Fiqh Harta: Satu

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    4/90

    Pengenalan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada para pelajar di sana yang

    sudi menjemput saya yang dengan jemputan itu lahirlah buku ini.

    Tidak ketinggalan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri

    dan sahabat-sahabat yang sudi membaca pruf buku ini dan mengemukakan

    beberapa pembetulan dan cadangan pembaikan. Semoga Allah membalasi mereka

    dengan apa yang lebih baik. Walaubagaimanapun diakui bahawa buku ini tidaklah

    sempurna. Justeru dialu-alukan apa-apa pembetulan dan cadangan pembaikan

    daripada para pembaca yang budiman sekalian.

    Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar buku ini

    berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pengenalan kepada umat Islam dalam

    subjek fiqh harta.

    Hafiz Firdaus Abdullah6 Jun 2008

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    5/90

    Bahagian A:

    Fiqh Mencari Harta

    Islam menganjurkan umatnya mencari harta sebagaimana firman Allah

    Subhanahu wa Ta'ala:

    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan

    sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati

    Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat

    itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang

    sebenarnya).

    Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi

    dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah

    banyak-banyak supaya kamu berjaya. [al-Jumuah 62:9-10]

    Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintah umat Islam

    meninggalkan urusniaga jual-beli apabila azan Jumaat dilaungkan. Ini menunjukkan

    bahawa sebelum azan, urusan mencari harta melalui jual-beli dibolehkan.

    Seandainya ia haram, sudah tentu Allah akan melarangnya secara keseluruhan dan

    bukan sekadar menyuruh berhenti ketika azan.

    Kemudian setelah selesai solat Jumaat, Allah Subhanahu wa Ta'ala

    memerintahkan umat Islam untuk meneruskan urusan mencari harta. Sekali lagi,

    seandainya usaha mencari harta adalah tercela, nescaya Allah tidak akan

    memerintahkan sedemikian.

    Seperkara lain yang perlu diperhatikan ialah dua ayat di atas berbicara

    berkenaan hari Jumaat. Hari Jumaat tidak dianggap sebagai hari cuti tetapi tetap

    merupakan hari kerja mencari harta. Ringkasnya, dalam Islam tidak ada cuti hujung

    minggu, cuti sekolah, cuti semester dan cuti bersara. Ia hanyalah budaya

    masyarakat bukan Islam yang telah diislamkan. Islam menuntut umatnya sentiasa

    berusaha demi agama dan masyarakat sepanjang masa tanpa mengenal cuti sekian-

    sekian. Percutian bagi umat Islam ialah di Hari Akhirat kelak, di dalam syurga Allah

    Subhanahu wa Ta'ala.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    6/90

    Dua ayat suci di atas adalah di antara sekian banyak dalil daripada al-Quran

    dan hadis yang menyuruh umat Islam mencari harta. Mencari harta dengan titik

    peluh sendiri adalah jauh lebih baik dari meminta-minta dan mengharapkan belas

    kasihan orang lain, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi

    wasallam:

    .

    Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, seseorang di antara kalian yang mengambil

    talinya lalu mengikat kayu api dan membawa di atas bahunya adalah lebih baik daripada

    dia mendatangi seseorang dan meminta-minta kepadanya, sama ada orang itu memberi

    atau menolaknya.[1]

    Oleh itu mencari harta merupakan sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

    Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara berkenaan harta yang perlu

    diketahui sebelum kita berusaha untuk mencari harta:

    Pertama: Kedudukan Harta Dalam Islam.

    Kedua: Antara Mencari Harta Dan Bertawakkal.

    Ketiga: Antara Miskin dan Kaya.

    Keempat: Antara Harta dan Keberkatan.

    Kelima: Antara Harta dan Ketaqwaan.

    Keenam: Antara Redha dan Dengki.

    Ketujuh: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tuan.

    Kelapan: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tujuan Hidup.

    Kesembilan: Antara Harta Dan Dakwah.

    Kesepuluh: Tidak Mencari Harta Dengan Cara Yang Batil dan Zalim.

    Kesebelas: Harta Tidak Boleh Membeli Segala Sesuatu.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    7/90

    Pertama: Kedudukan Harta Dalam Islam.

    Apabila kita berbicara tentang harta, ketahuilah bahawa umat Islam secara

    umumnya terbahagi kepada tiga kumpulan:

    Pertama ialah mereka yang memandang harta sebagai sesuatu yang tercela.

    Mereka menghimpun semua ayat al-Quran dan hadis yang mencela harta

    dan mengabaikan ayat dan hadis yang memuji harta. Hasilnya, mereka

    menganggap umat Islam perlu menjauhkan diri daripada apa jua yang

    memiliki kaitan dengan harta.[1]

    Kedua ialah mereka yang memandang harta sebagai tujuan hidup. Mereka

    mengabaikan semua hukum halal dan haram berkenaan harta. Bagi mereka

    Islam hanyalah agama wudhu, solat dan puasa, tiada kaitan langsung

    dengan harta. Umat Islam memiliki kebebasan sepenuhnya untuk berinteraksi

    dengan harta melalui apa jua cara yang mereka kehendaki.

    Ketiga ialah mereka yang berada dipertengahan antara kumpulan pertama

    dan kedua di atas. Mereka memandang harta sebagai milik Allah manakala

    kita manusia adalah pengurusnya. Maka kita sebenarnya tidak memiliki

    kebebasan dalam berinteraksi dengan harta, sebaliknya hendaklah

    mengurusinya mengikut undang-undang Pemiliknya, iaitu Allah Subhanahu

    wa Ta'ala. Jika kita mengurusnya secara benar, maka Pemilik harta akan

    mengurniakan kita kehidupan yang lapang di dunia dan akhirat. Sebaliknya

    jika kita mengurusi harta secara salah, maka Pemiliknya akan menghukum

    kita dengan kehidupan yang sempit di dunia dan akhirat. Dalam situasi

    terakhir inilah harta menjadi satu fitnah yang tercela.

    Kebenaran terletak pada kumpulan ketiga. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu

    wa Ta'ala:

    Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan

    kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu

    menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta

    mereka yang membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap

    beroleh pahala yang besar. [al-Hadid 57:07]

    Dr. Abd Allah al-Mushlih dan Dr. Shalah al-Shawi menerangkan:

    Harta pada dasarnya milik Allah. Manusia seluruhnya hanya bertugas

    mengurusinya. Orang yang bertugas mengurusinya tentu tidak berhak keluar

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    8/90

    dari aturan dan tujuan pemilik harta. Kalau itu dilakukan, maka orang itu

    kehilangan peranannya sebagai pengurus harta. Maka kurniaan tersebut (yakni

    harta) sepatutnya berpindah daripada dirinya kepada orang yang lebih tepat

    melakukan tugas tersebut dan lebih mampu menjaga apa yang menjadi hak

    harta itu.[2]

    Oleh itu kita perlu sedar dan akur bahawa harta bukanlah milik kita. Ia

    merupakan milik Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diamanahkan kepada kita

    untuk mengurusinya dengan cara yang dikehendaki-Nya. Rasulullah shallallahu

    'alaihi wasallam pernah menegur:

    :!! :

    .

    Seorang hamba berkata: Hartaku! Hartaku! Sesungguhnya yang menjadi (harta)

    miliknya tidak lain hanya tiga:

    (1) Apa yang dia makan hingga habis,

    (2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan

    (3) Apa yang dia sedekahkan maka ia disimpan sebagai pahala untuk akhirat. Apa jua

    selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya

    kepada manusia.[3]

    [1] Penjelasan akan maksud di antara dalil yang mencela harta serta memuji harta telah saya kemukakan dalambuku Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

    [2]Ma La Yasa al-Tijaru Jahluhu (edisi terjemahan oleh Abu Umar Basyir atas judul Fikih Ekonomi KeuanganIslam; Darul Haq, Jakarta, 2004), ms. 1 dengan beberapa suntingan bahasa. Rujukan ini seterusnya akandiringkaskan sebagai Fikih Ekonomi Keuangan Islam sahaja.

    [3]Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2959 (Kitab al-Zuhud wa al-Raqaiq).

    Kedua: Antara Mencari Harta Dan Bertawakkal.

    Kadangkala wujud salah faham bahawa seorang muslim tidak perlu berusaha keras

    untuk mencari harta. Memadai dia duduk dan bertawakkal, Allah akan mengurniakan

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    9/90

    harta kepadanya. Salah faham ini perlu diluruskan. Dalam Islam, usaha terdiri

    daripada lima langkah:

    1. Merancang.

    2. Berdoa, khasnya melalui solat Istikharah agar apa yang dirancangnya adalah

    baik untuk dirinya dan agama. Menyentuh tentang solat Istikharah, terdapat

    banyak bidah yang telah menyelinap masuk sehingga mencemari

    ketulenannya. Justeru saya sarankan para pembaca sekalian mengkaji

    tatacara solat Istikharah yang menepati sunnah. Antara rujukan yang baik

    lagi sahih ialah Shalat Istikharah: Membuka Kesuksesan Hidup oleh Syaikh

    Abdullah bin Muhammad al-Hamadi. Ia telah diterjemahkan ke bahasa

    Indonesia oleh Fathurrahman Hamid dan diterbitkan oleh Pustaka Azzam,

    Jakarta, 2005.

    3. Berusaha mendapatkan apa yang dirancang. Sambil itu doa tetap diteruskan.

    4. Bertawakkal, iaitu berserah kepada Allah dengan keyakinan Allah akan

    memberikan yang terbaik untuknya. Secara mendalam tawakkal bererti:

    Suatu prilaku di dalam hati yang bersumber dari pengenalan seseorang kepada

    Allah serta adanya keyakinan bahawa Allah satu-satunya yang melakukan

    penciptaan, pengaturan, bahaya, manfaat, pemberian dan penolakan. Dan

    bahawa apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan apa yang Allah tidak

    kehendaki pasti tidak akan terlaksana. Maka wajib bagi seseorang untuk

    menyandarkan perkaranya kepada Allah, menyerahkan kepada-Nya, percaya

    kepada-Nya serta yakin dengan suatu keyakinan bahawa yang disandarkan itu

    (Allah) akan mengurus (urusan)nya dengan cara yang terbaik untuk dirinya.[1]

    5. Redha. Jika berjaya dia bersyukur dan memperbaikinya, jika gagal dia sabar

    dan memperbetulkannya. Dia tidak putus asa kerana yakin ada hikmah Allah

    di sebalik kegagalannya itu.

    Justeru tidak boleh terus melompat ke langkah keempat (tawakkal) dengan

    meninggalkan langkah pertama, kedua, ketiga dan kelima. Hadis berikut

    memberi gambaran yang tepat tentang tawakkal:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    10/90

    .

    Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,

    nescaya kalian diberi rezeki sebagaimana burung yang diberi rezeki.

    Ia pergi (terbang) pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong

    dan kembali pada waktu petang dengan perut kenyang.[2]

    Perhatikan bahawa burung itu tidak sekadar bertenggek di dahan menunggu

    makanan, tetapi ia keluar berusaha, yakni dengan terbang mencarinya. Justeru

    duduk berdiam diri menunggu harta bukanlah sikap tawakkal tetapi sikap orang

    yang kurang akal. Tawakkal ialah berserah kepada Allah setelah berusaha

    mencari harta dengan keyakinan Allah akan memberikan yang terbaik

    kepadanya.

    [1] Demikian penjelasan al-Imam Ibn al-Qayyim sebagaimana yang dinukil oleh Dr. Abd Allah bin Umar al-

    Dumaiji dalam bukunya al-Tawakkul ala Allah wa Alaqatuhu bi al-Asbab (edisi terjemahan oleh Kamaluddin

    Sadiatulharamaini & Farizal Tarmizi atas judul Rahasia Tawakal & Sebab Akibat; Pustaka Azzam, Jakarta, 2000),

    ms. 5 dengan beberapa suntingan bahasa.[2]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:

    2344 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan tawakkal kepada Allah).

    Ketiga: Antara Miskin dan Kaya.

    Apabila disebut mencari harta, ramai yang berminat kerana ia dapat mengubah

    seseorang daripada miskin menjadi kaya. Takrif miskin ialah orang yang sedikit

    harta manakala takrif kaya ialah orang yang banyak harta.

    Sebenarnya Islam memiliki takrif tersendiri tentang miskin dan kaya. Miskin ialah

    orang yang memiliki harta tetapi merasakan ia masih tidak cukup, enggan

    mensedekahkannya dan enggan berusaha mencarinya. Kaya ialah orang yang

    kaya jiwanya sehingga sentiasa merasa lapang dan cukup sekalipun dia memiliki

    harta yang sedikit. Perhatikan dua hadis berikut yang menjelaskan takrifan

    miskin dan kaya di dalam Islam:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    11/90

    .

    Bukanlah digelar miskin orang yang berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu

    atau dua suap (makanan) dan satu atau dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin

    ialah orang yang tidak menemui kekayaan yang mencukupi keperluannya (yakni kaya

    tetapi masih merasakan tidak cukup), tidak mengerti ke manakah hartanya patut

    disedekahkan dan tidak mahu berusaha sebaliknya hanya meminta-minta kepada

    manusia.[1]

    .

    Bukanlah digelar kaya orang yang banyak pembekalannya akan tetapi

    yang digelar kaya ialah yang kaya jiwanya. [2]

    Orang yang kaya jiwanya ialah orang yang sentiasa bersikap lapang terhadap

    harta. Hatinya tidak rakus mengejar harta, tidak sombong apabila mendapat

    harta dan tidak hancur apabila kehilangan harta. Orang bersikap lapang seperti

    ini, hartanya diberkati oleh Allah sehingga sekalipun sedikit pada pandangan

    mata zahir, ia tetap banyak pada pandangan mata hati. Penjelasan seterusnya

    memperincikan lagi hakikat ini.

    [1]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1479 (Kitab al-Zakat, Bab firman Allahsurah

    al-Baqarah, ayat 273).[2]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6446 (Kitab al-Riqaq, Bab orang yang kaya

    ialah orang yang kaya jiwanya).

    Keempat: Antara Harta dan Keberkatan.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    12/90

    Pernahkah anda makan banyak tetapi tetap tidak kenyang? Pernahkah anda

    makan sedikit tetapi berat badan tetap naik? Pernahkan anda mengambil

    makanan yang baik tetapi tetap mendapat penyakit? Persoalan di atas lazim

    timbul dan tidak sedikit yang gagal menemui jawapannya. Ini kerana mereka

    lupa atau mengabaikan satu faktor yang lebih penting di sebalik makanan yang

    dimasukkan ke dalam perut, iaitu faktor keberkatan.

    Faktor keberkatan tidak sahaja penting dalam persoalan makanan, ia juga

    penting dalam persoalan harta. Keberkatan berasal daripada perkataan arab

    al-Barakahyang bererti kebaikan, keutamaan dan nikmat yang berkekalan lagi

    bertambah, melimpah-ruah. Keberkatan adalah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala

    dan Allah mengurniakannya kepada para hamba-Nya yang mencari harta melalui

    cara yang diredhai-Nya. Cara tersebut pernah diterangkan oleh Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat yang bernama Hakim bin

    Hizam radhiallahu 'anh:

    !

    .

    .

    Wahai Hakim! Sesungguhnya harta ini hijau dan manis (amat indah dan menarik

    perhatian manusia). Maka sesiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang lapang,

    diberkati baginya harta itu. Sesiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang sesak,

    tidak diberkati baginya harta itu sebagaimana orang yang makan namun tidak

    kenyang. (Ketahuilah) tangan di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada

    tangan di bawah (yang meminta-minta).[1]

    Orang yang lapang jiwanya akan berinteraksi dengan harta menurut tunjuk ajar

    Islam. Dengan itu hartanya sentiasa diiringi dengan kebaikan, keutamaan dan

    nikmat yang berkekalan lagi bertambah-tambah kerana ia diberkati oleh Allah

    Subhanahu wa Ta'ala. Berbeza dengan orang yang sesak jiwanya, sedikit

    sebanyak dia akan berinteraksi dengan harta melalui cara yang menyelisihi

    tunjuk ajar Islam. Ini menyebabkan hartanya, sekalipun besar jumlahnya, tidak

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    13/90

    membawa kebaikan, keutamaan dan nikmat yang dicari-cari dalam kehidupan

    kerana ia tidak diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

    Oleh itu apabila mencari harta, yang penting bukanlah jumlahnya tetapi

    keberkatan di sebaliknya. Betapa banyak orang yang bekerja keras mencari

    harta atau memiliki harta yang banyak tetapi itu semua tidak membawa

    kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana mereka memandang kebahagiaan

    terletak pada jumlah harta dan bukan pada keberkatan harta.

    [1]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1472 (Kitab al-Zakat, Bab menahan diri dari

    meminta-minta).

    Kelima: Antara Harta dan Ketaqwaan.

    Terdapat hubung kait yang amat rapat antara harta dan ketaqwaan. Harta akan

    bertambah bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang kerana sikap takutnya

    terhadap Allah, sentiasa memerhatikan perintah larangan-Nya dalam setiap

    urusan hariannya, sama ada dalam bab harta mahupun selain harta.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman mengenai orang yang bertaqwa:

    Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya

    jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

    serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

    [al-Talaq 65:2-3]

    Sebelum melanjutkan ke poin seterusnya, ingin saya minta para pembaca yang

    budiman sekalian untuk benar-benar memerhatikan hubung kait antara harta

    dengan keberkatan dan ketaqwaan. Ini kerana dalam subjek fiqh harta ini, akan

    ditemui perintah larangan Islam yang jika dikira dengan kalkulator manusia, ia

    memang tidak menguntungkan. Bahkan ada sebahagian yang kelihatan seolah-

    olah merugikan. Akan tetapi jika dikira dengan kalkulator Allah, ia pasti

    menguntungkan dengan kadar yang tidak terlintas di hatinya.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    14/90

    Keenam: Antara Redha dan Dengki.

    Dengki ialah sifat membenci kebaikan yang ada pada manusia lain. Dengki terdiri

    daripada tiga tahap, kesemuanya salah di sisi Islam:

    Tahap Pertama: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain.

    Tahap Kedua: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain dan

    berharap kebaikan itu hilang daripadanya.

    Tahap Ketiga: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain dan

    melakukan sesuatu tindakan agar kebaikan itu hilang daripadanya.

    Kedengkian amat bertentangan dengan ciri-ciri keimanan, kerana ciri seseorang

    yang benar lagi sempurna imannya ialah dia menyukai kebaikan yang ada pada

    manusia lain. Seolah-olah kebaikan itu ada pada dirinya juga. Rasulullah

    shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    .

    Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya

    apa yang dia cintai untuk dirinya.[1]

    Dalam konteks perbincangan kita, kadangkala manusia dengki kepada manusia

    lain yang memiliki harta yang lebih. Ini sebenarnya ialah sifat yang tercela

    kerana banyak atau sedikit harta yang dimiliki oleh seseorang bergantung

    kepada kurniaan Allah. Apabila seseorang itu membenci seseorang lain kerana

    kelebihan harta yang dimilikinya, tanpa disedari dia sebenarnya membenci Allah

    kerana telah mengurniakan kelebihan tersebut. Allah Subhanahu wa Ta'ala

    berfirman:

    Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam

    kehidupan dunia ini,

    (setengahnya Kami jadikan kaya dan setengahnya miskin);

    dan juga Kami telah mengangkat darjat setengah mereka lebih tinggi dari darjat

    setengahnya yang lain;

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    15/90

    (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan

    menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain.

    Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat)

    adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka

    kumpulkan.

    [al-Zukhruf 43:32]

    Kelebihan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala berikan tidak semestinya merupakan

    satu keistimewaan. Kadangkala ia adalah satu ujian sukar bagi orang yang

    menerimanya:

    Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamuatas setengahnya yang lain beberapa darjat,

    kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.

    Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya,

    dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [al-Anaam 6:165]

    [1]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 13 (Kitab al-Iman, Bab termasuk sifat iman

    orang yang mencintai).

    Ketujuh: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tuan.

    Jangan menyembah harta, iaitu menjadikannya sebagai tuan sehingga kita

    melakukan apa sahaja demi harta. Kita tidak lebih seumpama seorang hamba

    yang bertuankan harta sehingga apa sahaja yang dituntut oleh harta, kita

    mentaatinya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menerangkan sikap

    manusia yang menjadikan harta sebagai tuan dan dirinya sebagai hamba:

    .

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    16/90

    Celakalah hamba dinar dan dirham.[1]

    Hamba dinar dan dirham dapat dikenali melalui beberapa sikapnya seperti:

    1. Dia menjadi amat gembira apabila menerima harta, amat sedih apabila

    kehilangan harta.

    2. Dia riang dan ceria sepanjang hari jika harga saham-saham miliknya

    naik, menjadi muram dan sugul jika sebaliknya.

    3. Jika sesuatu kerja menjanjikan ganjaran harta di sebaliknya, dia akan

    melakukannya. Jika tidak ada ganjaran, dia tidak akan melakukannya.

    Sebenarnya manusia melalui empat tahap sebelum mencapai kematangan dalam

    berinteraksi dengan harta. Ia seperti berikut:

    Tahap Pertama: Kehidupan = Harta.

    Objektif kehidupan ialah mencari harta semata-mata. Hampir semua aktiviti

    harian dilakukan demi mencari harta. Ini memang sifat lazim kebanyakan

    manusia sebagaimana dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:

    kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,

    iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;

    harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;

    kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;

    dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.

    Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.

    Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

    [Ali Imran 3:14]

    Tahap Kedua: Kehidupan = Lebih Banyak Harta.

    Apabila sudah dapat memegang harta, manusia ingin memperbanyakkannya.

    Pada tahap ini seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan

    kos kehidupan demi memperbanyakkan hartanya. Dia sanggup tinggal di pondok

    buruk demi menyewakan rumah yang dimilikinya. Dia sanggup menaiki kereta

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    17/90

    kecil demi menjimatkan kos petrol. Dia sanggup tidur malam tanpa memasang

    kipas demi mengurangkan bil elektriknya.

    Tahap kedua merupakan lanjutan dari tahap pertama. Ini kerana kebanyakan

    manusia apabila sudah memegang harta, timbul keinginan untuk memegang

    lebih banyak harta. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat

    ini:

    .

    Seandainya anak Adam (manusia) dihadapkan kepada dua lembah yang dipenuhi

    harta, nescaya dia ingin mendapatkan lembah ketiga. Tidaklah setiap rongga pada

    tubuh anak Adam melainkan diselaputi tanah (apabila dia mati kelak. Dia tidak akan

    dapat membawa harta itu).[2]

    Tahap Ketiga: Harta = Kehidupan.

    Tahap ketiga ialah tahap akil baligh. Seseorang itu mula sedar bahawa peranan

    harta ialah memudahkan kehidupan dan bukan menyusahkan. Maka dia mula

    mengubah cara hidupnya. Dia berpindah ke rumah yang selesa, membeli kereta

    saiz biasa demi keselamatan dan menggunakan penghawa dingin ketika tidur.

    Pada waktu yang sama dia mula membayar zakat harta dan bersedekah.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang manusia yang berada pada

    tahap ini:

    Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu

    akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu

    (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. [al-Qasas 28:77]

    Brian Sher menerangkan orang yang berada pada tahap ini dan ketidak

    matangan mereka yang berada di tahap pertama dan kedua:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    18/90

    Virtually anyone you meet wants to be rich in the monetary sense. Nearly

    everyone in life wants to make more money. The truth, however, is that being

    rich in life isnt just about having more money. Many people have made the

    mistake of believing this.

    Money should be seen as it is just a tool for getting things done. The more

    money you have the more things you can get done. At this early stage you must

    realise money is merely a means to an end, not an end itself.Being truly rich in

    life means having many, many other things more important than money, such as

    more fulfilling and rewarding relationships, good friends, a satisfying career, a

    happy life and enjoyment to the fullest. Its about living a long and healthy life

    both physically and spiritually being honest with yourself and others, and

    having strong values and beliefs.

    the pursuit of money without regard to its consequences can be a very

    disappointing and unrewarding experience. Anyone who is rich financially but

    poor emotionally and spiritually is simply a bankrupt soul.[3]

    Tahap Keempat: Harta = Kehidupan Untuk Semua Orang.

    Seseorang akan mencapai tahap kematangan apabila dia menyedari bahawa

    harta bukanlah untuk memudahkan kehidupan dirinya sahaja tetapi turut

    merangkumi kehidupan orang ramai. Maka pada tahap ini dia mula

    menyedekahkan sebahagian besar hartanya demi memudahkan kehidupan

    masyarakat. Bahkan dia berusaha lebih keras untuk memperbanyakkan harta

    agar dia dapat memudahkan kehidupan orang lain yang lebih ramai jumlahnya.

    Dia juga amat berhati-hati ke mana hartanya dibelanjakan agar tidak menjadi

    sumber kerosakan bagi manusia dan alam.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan ciri-ciri orang yang berada di tahap ini:

    Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik

    kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    19/90

    melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang

    yang berbuat kerosakan. [al-Qasas 28:77]

    [1]

    Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6435 (Kitab al-Riqaq, Bab berhati-hatidaripada fitnah harta).[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6436 (Kitab al-Riqaq, Bab berhati-hati

    daripada fitnah harta).[3]What Rich People Know & Desperately Want To Keep a Secret (Truewealth, Kuala Lumpur, 1999), ms. 3-4.

    Kelapan: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tujuan Hidup.

    Selain ditegah menjadikan harta sebagai tuan, kita juga ditegah daripada

    menjadikan harta sebagai tujuan hidup. Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah

    shallallahu 'alaihi wasallam telah membezakan antara orang yang menjadikan

    akhirat sebagai tujuan hidup dengan orang yang menjadikan dunia sebagai tujuan

    hidup. Termasuk dalam kategori dunia ialah harta.

    .

    Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, Allah menjadikan kekayaan di dalam

    hatinya, menghimpunkan baginya segala urusannya dan dunia datang kepadanya dalam

    keadaan tunduk. Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, Allah menjadikan

    kefakiran dekat kepada kedua-dua matanya, memisah-misahkan urusannya dan dunia

    tidak akan mendatanginya melainkan apa yang telah ditentukan baginya.[1]

    [1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:

    2465 (Kitab Sifat al-Qiyamat, Bab ke 29).

    Kesembilan: Antara Harta Dan Dakwah.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    20/90

    Beberapa rakan pernah mencadangkan kepada saya untuk berhenti bekerja

    sebagai juruterbang dan menjadi seorang pendakwah sepenuh masa. Saya tidak

    setuju. Ini kerana dengan bekerjaya, seseorang itu memperoleh harta yang

    dapat membantu usaha dakwahnya. Kepentingan harta bagi usaha dakwah

    pernah diterangkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

    .

    Tidak ada harta kekayaan yang bermanfaat sama sekali untukku sebagaimana

    manfaatnya harta Abu Bakar. Ketika mendengar pengakuan ini, Abu Bakar menangis

    seraya berkata: Aku dan hartaku hanyalah untukmu wahai Rasulullah![1]

    Kerap kali kita melihat seorang pendakwah mengurusniagakan Islam kerana dia

    tidak memiliki sumber perolehan harta yang tersendiri, yang bebas dari kerja

    dakwahnya. Mengurusniagakan Islam yang saya maksudkan ialah:

    1. Hanya menyampaikan apa yang suka dibaca dan didengar oleh masyarakat

    tanpa membezakan sama ada kesukaan tersebut selari atau tidak dengan

    ajaran Islam yang tulen. Dia mengetahui jika disampaikan ajaran yang

    tulen, masyarakat tidak menyukainya dan mereka tidak akan membeli

    bukunya atau menjemputnya memberi kuliah. Tiada pembelian, tiada

    jemputan, bererti tiada harta.

    2. Mensyaratkan bayaran yang tinggi bagi sesuatu program agama. Jika pihak

    penganjur tidak mampu, dia tidak akan turut serta menjayakan program

    tersebut.

    3. Saling dengki dan memusuhi antara pendakwah semata-mata kerana lebih

    atau kurangnya harta yang diperolehi dalam sesuatu kerja dakwah.

    4. Menjual produk-produk yang diiklankan atas nama Islam, seperti kismis

    untuk menguatkan hafalan dan kayu kokka yang memiliki seratus

    kemujaraban.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    21/90

    Seandainya seorang pendakwah sudah memiliki sumber perolehan harta yang

    bebas dari kerja dakwahnya, dia tidak akan mengurusniagakan Islam. Kerja-

    kerja Islamnya akan bebas dan bersih dari unsur-unsur yang berkaitan dengan

    harta.

    [1]Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no:

    77 (Muqaddimah, Bab keutamaan Abu Bakar)

    Kesepuluh: Tidak Mencari Harta Dengan Cara Yang Batil dan Zalim.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)

    harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil. [al-Nisa 4:29]

    Kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. [al-Baqarah 2:279]

    Mencari harta secara zalim dan batil banyak berlaku tanpa kita sedari, sama ada

    bagi seseorang yang melakukan urusniaga jual-beli atau pekerjaan yang

    mendapat gaji pada hujung bulan. Berikut sebahagian daripadanya:

    1. Riba.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala mengenai orang yang mencari harta melalui

    interaksi dengan riba:

    Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu riba yang kamu berikan supaya bertambah kembangnya

    dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak sekali-kali akan berkembang di sisi Allah

    (tidak mendatangkan kebaikan). [al-Rum 30:39]

    Jika seseorang itu tetap berinteraksi dengan riba, maka:

    Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    22/90

    melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana

    sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa

    sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan

    berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

    Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya

    lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu

    (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada

    Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli

    neraka, mereka kekal di dalamnya.

    [al-Baqarah 2:275]

    Allah Subhanahu wa Ta'alajuga menegaskan:

    Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah meninggalkan riba),

    maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya.

    Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.

    (Dengan yang demikian) kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. [al-Baqarah 2:279]

    Betapa besarnya kesalahan riba dapat diketahui melalui dua ayat di atas:

    Orang yang berinteraksi dengan riba, dia berdiri seperti berdirinya orang

    yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang.

    Orang yang berinteraksi dengan riba, maka akan adanya peperangan

    daripada Allah dan Rasul-Nya.

    Orang yang berinteraksi dengan riba, maka itulah ahli neraka, mereka

    kekal di dalamnya.

    Para ilmuan Islam pernah menegaskan, tidak ada satu kesalahan di dalam Islam

    yang diancam dan dihukum sebegitu berat melainkan kesalahan riba. Terdapat dua

    jenis riba, kedua-duanya adalah haram dan merupakan kesalahan yang amat besar

    di sisi Islam:

    a) Riba jual-beli. Ia akan saya kupas dalam bab Fiqh Jual-Beli Harta.

    b) Riba pinjaman. Ia akan saya kupas dalam bab Fiqh Hutang-Piutang Harta.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    23/90

    2. Menipu.

    Sebelum ini di bahagian Kata Pembuka telah dikemukakan hadis bagaimana

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui seorang peniaga yang melakukan

    penipuan. Di dalam rangka mencari harta, kita tidak boleh melakukan penipuan,

    sekecil mana sekalipun. Penipuan juga tidak boleh dilakukan sama ada terhadap

    sesama umat Islam atau terhadap orang bukan Islam.

    Sebaliknya hendaklah kita bersikap jujur. Merujuk kembali kepada seorang peniaga,

    maka sikap yang benar ialah:

    .

    Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain,

    (justeru) tidak dihalalkan bagi seorang muslim menjual kepada saudaranya

    sesuatu yang dalamnya memiliki kecacatan kecuali dia menjelaskan kecacatan itu

    kepadanya.[1]

    3. Perjudian.

    Iaitu mencari harta melalui cara yang tidak dapat dijangka langsung kadar

    keuntungan atau kerugiannya. Ia hanya secara kebetulan semata-mata. Perjudian

    juga disebut sebagai pertaruhan. Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang perjudian

    melalui firman-Nya:

    Wahai orang-orang yang beriman!

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    24/90

    Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib

    dengan batang-batang anak panah adalah kotor dari perbuatan Syaitan.

    Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

    [al-Maidah 5:90]

    Perjudian yang dimaksudkan bukan sekadar pergi ke kasino atau bertaruh dalam

    permainan sukan, tetapi meliputi pelbagai urusan harta yang lain. Antara yang lazim

    berlaku pada masa kini ialah dalam pengambilan insuran konvesional. Apabila Nurul

    mengambil insuran peribadi dengan membayar premium RM1000.00 setiap tahun,

    dia sebenarnya menceburi satu urusan perjudian. Ini kerana musibah seperti

    kemalangan, penyakit atau kematian bukanlah sesuatu yang dapat dijangkakan. Jika

    Nurul menghadapi sesuatu musibah, dia akan mendapat bayaran yang besar

    daripada pihak insuran. Jika Nurul tidak menghadapi apa-apa musibah, bayaran

    premiumnya diambil dan menjadi hak milik syarikat insuran.

    Terdapat juga produk insuran konvesional yang menjanjikan bayaran balik premium

    yang telah dibayar jika tiada apa-apa musibah berlaku selama tempoh perlindungan.

    Produk seperti ini tetap dilarang kerana perjanjian tersebut memiliki unsur gharar

    yang dilarang oleh Islam. Kita akan mengupas lebih lanjut tentang gharardalam bab

    seterusnya insya-Allah.

    Pilihan yang ada untuk kita umat Islam ialah mengambil insuran taawun yang

    bermaksud saling tolong menolong. Ia dikenali sebagai takaful. Melalui insuran ini,

    sejumlah orang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain dengan cara

    meletakkan sejumlah wang dalam satu tabung. Apabila salah seorang daripada

    penabung menghadapi musibah, wang dari tabung akan diambil untuk

    membantunya. Lebihan wang, jika ada, akan dikembalikan kepada orang-orang yang

    menabung pada awalnya. Tidak berlaku perjudian kerana tujuan asal meletakkan

    wang dalam tabung ialah membantu sesiapa jua yang menghadapi musibah.

    4. Rasuah.

    Ia adalah haram berdasarkan keterangan Abd Allah bin Amr radhiallahu 'anh:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    25/90

    .

    Rasulullah (shallallahu 'alaihi wasallam) melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. [2]

    Di sini perlu dibezakan tiga perkara:

    a) Hadiah ialah harta yang diberi tanpa disebabkan oleh apa-apa kedudukan ataupekerjaan, sama ada sebelum, semasa atau sesudah ia diberikan. Saling memberi

    hadiah amat dianjurkan oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi

    wasallam:

    .

    Salinglah memberi hadiah, nescaya kalian saling mencintai (sesama umat Islam). [3]

    b) Upah ialah harta yang diberi untuk satu kerja yang dilakukan. Ia juga disebut

    sebagai gaji, bayaran, ganjaran, elaun dan sebagainya. Memberi upah sebagaimana

    yang dipersetujui sebelum sesuatu kerja dilakukan adalah wajib. Rasulullah

    shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman

    (Hadis Qudsi):

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    26/90

    .

    Tiga golongan yang Aku menjadi musuh mereka pada Hari Kiamat kelak:

    (1) orang yang berjanji di atas nama-Ku kemudian mengkhianatinya,

    (2) orang yang menjual orang lain yang merdeka (bukan hamba) dan memakan hasilnya

    dan

    (3) orang yang mengupah pekerja lalu menyuruh dia menyiapkan kerja tetapi tidakmembayar upahnya.[4]

    c) Rasuah ialah harta yang diberikan sebagai hadiah kepada seseorang yang

    memiliki kedudukan atau pekerjaan yang melibatkan kepentingan orang ramai.

    Kepentingan orang ramai di sini boleh merujuk kepada kampung, bandar, komuniti,

    pejabat, syarikat, sekolah, kolej, persatuan atau negara. Kedudukan atau pekerjaan

    yang dimaksudkan ialah seumpama ketua kampung, imam surau, bilal masjid,

    penyelia jabatan, guru, pensyarah, pengerusi pertubuhan, bendahari persatuan,

    menteri, hakim dan sebagainya.

    Dilarang memberikan apa-apa harta atau hadiah kepada orang-orang sedemikian

    berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

    .

    Hadiah kepada para pekerja adalah pengkhianatan.[5]

    Abi Humaid al-Saidi radhiallahu 'anh menerangkan:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    27/90

    .

    :

    .

    :

    :

    !

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    28/90

    !

    .

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghantar seorang yang bergelar Ibn al-

    Latabiyyah[6]

    untuk memungut zakat di perkampungan Bani Sulaim. Tatkala datang orang untuk

    mengaudit (pungutan zakatnya), dia berkata, Ini harta kamu (untuk Baitul Maal) dan ini

    hadiah (milik aku).

    (Mendengar sedemikian) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayah dan ibu kamu sehingga datang kepada

    kamu hadiah kamu,

    jika kamu seorang yang jujur?

    (Abi Humaid al-Saidi melanjutkan) kemudian (Rasulullah) berkhutbah kepada kami.

    Setelah memuji dan mengagungkan Allah, baginda bersabda:

    Seterusnya, sesungguhnya aku mempekerjakan seseorang dari kaliandengan satu pekerjaan yang Allah pertanggungjawabkan kepadaku,

    lalu orang itu datang kepadaku dan berkata:

    Ini harta kamu (untuk Baitul Maal) dan ini hadiah yang telah dihadiahkan kepadaku.

    Kenapa tidak dia duduk saja di rumah ayah dan ibunya sehingga datang kepadanya

    hadiah itu?

    Demi Allah! Tidaklah seseorang dari kalian mengambil sesuatu yang bukan haknya

    kecuali dia akan bertemu Allah pada Hari Kiamat dengan membawa apa yang diambilnya

    itu.[7]

    Islam melarang pemberian hadiah kepada orang yang memiliki kedudukan atau

    pekerjaan yang melibatkan kepentingan orang ramai kerana secara halus hadiah

    tersebut akan memberi kesan yang mempengaruhi sikap antara pemberi dan

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    29/90

    penerima. Sekalipun pemberi mungkin memiliki tujuan berterima kasih atau demi

    menjalin silaturahim, tanpa disedari dalam masa terdekat atau jauh, ia tetap akan

    memberi kesan yang bakal mempengaruhi sikap antara pemberi dan penerima.

    Pemberi pada satu hari nanti mungkin mengharapkan daripada penerima sesuatu

    yang bukan haknya atau penerima pada satu hari nanti mungkin menyerahkan

    sesuatu yang bukan haknya kepada pemberi.

    Inilah yang dimaksudkan sebagai rasuah. Oleh itu jangan memberi apa-apa hadiah

    kepada orang yang memiliki kedudukan atau pekerjaan yang melibatkan

    kepentingan anda. Sebaliknya ucapkanlah terima kasih atas usahanya yang baik dan

    berdoalah agar Allah Subhanahu wa Ta'ala menghadiahkannya ganjaran yang baik di

    dunia dan akhirat.

    Jika anda adalah orang yang memiliki kedudukan atau pekerjaan yang melibatkan

    kepentingan orang ramai, jangan menerima apa-apa hadiah yang diberikan oleh

    orang yang berada di bawah urusan anda. Jika anda diberi hadiah, tolaklah ia

    dengan penjelasan yang hikmah. Seandainya anda tidak memiliki ruang untuk

    menolak, maka ambillah hadiah itu tetapi dengan segera hendaklah

    menyerahkannya kepada Baitul Maal atau mana-mana badan kebajikan bagi

    kegunaan orang awam.

    Sebagai contoh, Fazlina tidak boleh memberi hadiah kepada Prof. Dr. Norma yang

    merupakan pensyarahnya selagi mana Fazlina masih belajar di universiti yang Prof.

    Dr. Norma bertugas sebagai pensyarah. Akan tetapi apabila Fazlina telah tamat

    pengajian, dia boleh memberi hadiah kepada Prof. Dr. Norma kerana pada saat itu

    Prof. Dr. Norma tidak lagi memiliki apa-apa kepentingan kepada Fazlina.

    5. Hasil daripada perkara yang haram hukumnya.

    Seperti arak, bangkai, khinzir, patung berhala, anjing, pelacuran, bomoh dan

    sebagainya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    .

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    30/90

    Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan

    patung.[8]

    Abi Masud al-Anshari radhiallahu 'anh menerangkan:

    .

    Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

    melarang hasil penjualan anjing, hasil zina dan upah bomoh.[9]

    6. Harta anak yatim.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik

    (untuk mengawal dan mengembangkannya),

    sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).

    [al-Anaam 6:152]

    Demikian enam cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam. Perhatikan

    bahawa dalam pengharaman tersebut, al-Quran dan al-Sunnah hanya menyebut

    cara dan bukan bentuk. Ini kerana bentuk boleh berubah-ubah mengikut zaman

    dan peradaban manakala cara di sebaliknya tetap sama.

    [1]Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no:

    1873 (Kitab al-Tijarat, Bab orang yang menjual barang yang cacat hendaklah menjelaskan kecacatannya).[2]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:

    1337 (Kitab al-Ahkam, Bab orang yang merasuah ).

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    31/90

    [3] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, hadis

    no: 593 (Bab menerima hadiah).

    [4]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2227 (Kitab al-Buyu, Bab dosa menjual orang

    merdeka).[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami al-

    Shagheir, hadis no: 7021.[6] Ada juga yang menyebut namanya sebagai Ibn Lutbiyyah.[7]Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6979 (Kitab al-

    Hiyal, Bab helah seorang pekerja untuk mendapatkan hadiah bagi dirinya). [8]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2236 (Kitab al-Buyu, Bab menjual bangkai

    dan patung).[9]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2237 (Kitab al-Buyu, Bab hasil penjualan

    anjing).

    Kesebelas: Harta Tidak Boleh Membeli Segala Sesuatu.

    Money cannot buy everything.

    Demikian kata pepatah Inggeris. Ia amat benar tetapi sayang sekali tidak ramai

    di antara kita yang menyedarinya. Antara lain, harta tidak dapat membeli

    perpaduan umat Islam mahupun menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan

    umat Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan hakikat ini:

    Dan (Allah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).

    Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi,

    nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka,

    akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.

    Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    [al-Anfal 8:63]

    Bahagian B:

    Fiqh Jual-Beli Harta

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    32/90

    Seorang peniaga muslim selalu menghiasi diri dengan akhlak

    yang mulia. Sikap itu tidak muncul hanya dari sisi

    kepentingan komersil semata seperti yang dilakukan oleh

    kalangan bukan Islam. Namun sikap itu muncul darikeyakinan yang kukuh, yang asasnya ialah ketaatan kepada

    Allah Subhanahu wa Ta'aladan mengikuti jejak langkah

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamserta mengharapkan

    pahala dalam hal itu. Seandainya mereka mendapat

    keuntungan di sebalik akhlak yang baik tersebut, seperti

    urusniaga yang semakin laris, hal itu terjadi sebagai hasil

    sampingan, bukan tujuan utama.

    Budi pekerti yang baik bagi peniaga muslim berpengaruh

    besar dalam penyebaran Islam di banyak negara Asia dan

    Afrika. Kenyataannya Islam tersebar melalui perantaraan

    para peniaga yang berdakwah, bukan pendakwah yang

    berniaga.

    Namun hampir tidak pernah habis kehairanan kita kepada

    perbezaan antara realiti masyarakat Barat yang sangat

    pakar dalam bidang pelayanan menyambut para pelanggan

    (customer service), ditambah dengan sikap rendah diri

    dalam berinteraksi dengan para pelanggan, dengan realiti

    masyarakat Islam yang kebanyakannya dalam cara

    mengurusi perniagaan lebih pakar dalam menyakiti hati

    pelanggan dan bersikap kasar terhadap mereka. Seolah-olah

    perbuatan mereka itu memberi isyarat kepada para

    pelanggan: Jangan sekali-kali anda sekalian kembali

    berurusniaga dengan kami!

    Saya tidak berbeza pandangan walau sedikit jua dengan

    pengamatan Dr. Abd Allah al-Mushlih dan Dr. Shalah al-Shawi

    di atas.[1] Islam sangat menekankan akhlak yang mulia dan saat

    ketika berjual-beli, apabila dua atau lebih muslim saling

    bertemu, merupakan saat untuk kita berakhlak mulia. Akan

    tetapi sayang sekali apabila bertemu dengan peniaga muslim,

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    33/90

    yang lazim ditemui adalah muka yang masam, layanan nak

    tak nak dan komunikasi yang memiliki maksud tersirat: Lepas

    ini jangan datang ke kedai ini!

    Semua ini amat bertentangan dengan ciri-ciri akhlak mulia

    yang sepatutnya menjadi pakaian seragam umat Islam.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan:

    .

    Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang

    paling baik akhlaknya.[2]

    Akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling

    memberatkan timbangan amal:

    .

    Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari

    Akhirat) berbanding akhlak yang baik.[3]

    Orang yang memiliki akhlak yang mulia menjadi orang yang

    dicintai oleh Allah:

    .

    Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam

    segala urusan.[4]

    Dalam riwayat yang lain, para sahabat radhiallahu anhum

    pernah bertanya:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    34/90

    Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?

    Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjawab: Orang

    yang paling baik akhlaknya.[5]

    Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang

    yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan

    menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat:

    .

    Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian

    dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat

    adalah orang yang paling baik akhlaknya.

    Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    35/90

    dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat

    adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong. [6]

    Akhlak yang mulia menghiasi seseorang:

    .

    Sesungguhnya tidaklah sikap lemah lembut terdapat pada sesuatu

    melainkan ia menghiasinya

    dan tidaklah ia (sikap lemah lembut) tercabut dari sesuatu melainkan ia

    memburukkannya.[7]

    Akhlak yang mulia merupakan salah satu faktor penentu kejayaan,

    termasuklah kejayaan perniagaan:

    .

    Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah

    lembut,

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    36/90

    Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap

    kekasaran

    dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi

    kelembutan).[8]

    Apabila dua orang muslim bertemu, seorang pembeli dan

    seorang penjual, hendaklah mereka saling mengucap dan

    menjawab salam serta melakukannya dengan wajah yang ceria.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    .

    Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman

    dan tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian saling mencintai.

    Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan

    nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara

    kalian.[9]

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    37/90

    .

    Janganlah engkau meremehkan sedikit jua daripada perbuatan baik,

    sekalipun sekadar engkau menampakkan wajah yang manis kepada

    saudara engkau.[10]

    Kemudian apabila jual-beli berlangsung, maka:

    .

    Dua orang yang melakukan jual-beli boleh saling menyatakanpilihan sebelum mereka berpisah.

    Jika mereka berdua jujur dan berterus-terang, jual-beli mereka akan

    diberkati.

    Sebaliknya jika mereka saling menyembunyikan dan berdusta,

    dihapuskan keberkatan dalam jual-beli itu.[11]

    Hubungan yang saling redha, saling toleran dan berlebih

    kurang di antara penjual dan pembeli bakal memperoleh

    rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi

    wasallam bersabda:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    38/90

    .

    Allah merahmati seseorang yang bersikap lapang dada apabila

    membeli, menjual dan mengutip hutang.[12]

    Cara jual-beli yang diharamkan.

    Beberapa Pesanan Berkenaan Fiqh Jual-Beli.

    Kandungan

    [1] Fikih Ekonomi Keuangan Islam, ms. 3-4 dengan beberapa suntingan bahasa.[2]Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam

    Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1162 (Kitab al-Radha, Bab berkenaan hak wanita ke

    atas suaminya).[3]Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan

    Abu Daud, hadis no: 4799 (Kitab al-Adab, Bab berkenaan akhlak yang baik).[4]Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya hadis no: 2165 (Kitab al-Salam,

    Bab larangan mendahului Ahl al-Kitab).[5] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mujam al-Ausath, hadis no:

    6380 (Bab al-Mim, Orang yang bernama Muhammad) dan dikemukakan oleh al-Haitsami

    dalam Majma al-Zawaiddan beliau berkata: Riwayat al-Thabarani dan para perawinya

    adalah perawi yang sahih. Rujuk Bughyah al-Raid fi Tahqiq Majma al-Zawaid wa

    Manba al-Fawaid, hadis no: 12691. Sebelum itu ia juga dikemukakan oleh al-Dimyathi

    dalam al-Matjar al-Rabih dan beliau berkata: Riwayat al-Thabarani dengan isnad yang

    menepati syarat sahih. Hadis ini juga disahihkan oleh Zakaria bin Ghulam al-Pakistani,pentahqiq kitab al-Matjar al-Rabih. Rujuk Shahih al-Matjar al-Rabih fi Tsawab al-Amal al-

    Shalih (Dar Ibn Hazm, Beirut, 2001), hadis no: 908.[6]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan

    al-Tirmizi, hadis no: 2018 (Kitab al-Birr wa al-Solah, Bab berkenaan akhlak mulia).[7]Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2594 (Kitab al-Birr wa al-

    Solah, Bab keutamaan bersifat lemah lembut).

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    39/90

    [8]Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2593 (Kitab al-Birr wa al-

    Solah, Bab keutamaan bersifat lemah lembut).

    [9] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 54 (Kitab al-Iman, Bab

    menjelaskan bahawa tidak akan masuk syurga).[10]Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2626 (Kitab al-Birr wa

    al-Solah, Bab disunatkan berwajah manis).[11]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2079 (Kitab al-Buyu,

    Bab apabila dua orang melakukan jual-beli).[12]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2076 (Kitab al-Buyu,

    Bab mudah dan lapang dada dalam pembelian, penjualan).

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    40/90

    Bahagian C:

    Fiqh Menyimpan Harta

    Harta yang sudah diperoleh tentu akan disimpan, sama ada di

    bank atau di bawah tilam. Berikut beberapa perkara yang perlu

    diketahui tentang menyimpan harta.

    Pertama: Keluarkan Zakat.

    Kedua: Harta Tidak Kekal.

    Ketiga: Jangan Bersikap Bermegah-Megahan Dan

    Sombong Dengan Harta.

    Keempat: Berhati-Hati Terhadap Fitnah Harta.

    Pertama: Keluarkan Zakat.

    Apa jua harta yang anda simpan, terdapat hak zakat di

    dalamnya yang wajib dikeluarkan kepada pemerintah atau

    wakil yang dilantik olehnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala

    berfirman:

    Ambillah dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),

    supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan

    mereka;

    dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu

    menjadi ketenteraman bagi mereka.

    Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    [al-Taubah 9:103]

    Dan orang yang dalam harta mereka terdapat hak bagi yang

    termaklum

    bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    41/90

    diri (daripada meminta).

    [al-Maarij 70: 24-25]

    Orang yang tidak mengeluarkan zakat diancam keras oleh Allah

    Subhanahu wa Ta'ala:

    Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak

    serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (iaitu mengeluarkan

    zakat),

    maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa

    yang tidak terperi sakitnya.

    (Iaitu) pada hari dibakar emas perak itu dalam neraka jahannam,

    lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta

    belakang mereka

    (sambil dikatakan kepada mereka):

    Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,

    oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

    [al-Taubah 9:34-35]

    Menyentuh tentang zakat, terdapat tiga persoalan yang lazim

    dikemukakan. Saya merasakan ia penting untuk dikupas dalam

    tulisan ini kerana tidak sedikit yang menjadikan tiga persoalan

    ini sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan zakat.

    Persoalan Pertama:

    Wajibkah mengeluarkan zakat terhadap bentuk-bentuk harta

    yang tidak wujud pada zaman Rasulullah tetapi wujud pada

    zaman kini seperti zakat wang simpanan, zakat gaji dan zakat

    saham?

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    42/90

    Jawapan:

    Jika dirujuk kepada ayat 103 surah al-Taubah serta ayat 24 dan

    25 surah al-Maarij, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebut hartasecara umum. Di dalam harta itu terdapat hak zakat yang wajib

    dikeluarkan. Harta yang dimaksudkan dalam kedua-dua ayat di

    atas tidak terhad kepada bentuk harta yang wujud pada zaman

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sahaja tetapi meliputi

    apa jua yang ditakrifkan sebagai harta di sisi manusia baik

    dahulu, kini dan akan datang.

    Persoalan kedua:

    Bolehkah membayar zakat secara terus kepada orang-orang

    yang berhak menerimanya?

    Jawapan:

    Terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan terhadap

    persoalan ini[1] dan ia dapat diringkaskan kepada dua pendapat:

    1. Zakat hendaklah dikeluarkan kepada pemerintah atau wakil

    yang dilantik oleh pemerintah seperti Pusat Zakat. Tidak

    sah mengeluarkan zakat secara sendiri.

    2. Zakat boleh dikeluarkan secara sendiri kepada orang-orang

    yang berhak menerimanya. Tidak wajib mengeluarkannya

    kepada pemerintah mahupun wakilnya.

    Pendapat yang dipilih ialah yang dipertengahan. Jika seseorang

    itu hidup di negara yang memiliki pemerintah yang mengurusi

    hal-ehwal zakat seperti di Malaysia, maka zakat dikeluarkankepada pemimpin atau wakilnya. Jika seseorang itu hidup di

    negara yang tidak memiliki pemerintah yang mengurusi hal-

    ehwal zakat seperti di Eropah, maka zakat dikeluarkan secara

    sendiri kepada orang-orang yang berhak menerimanya.[2]

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    43/90

    Dalil yang mewajibkan zakat dikeluarkan kepada pemerintah

    atau wakilnya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang

    bermaksud: Ambillah dari harta mereka menjadi sedekah(zakat). Siapakah yang diperintah oleh Allah untuk

    mengambil harta umat Islam sebagai zakat? Pada saat ayat di

    atas diturunkan, ia merujuk kepada Rasulullah shallallahu

    'alaihi wasallam yang berperanan sebagai pemerintah. Pada

    masa kini ia adalah pemerintah umat Islam di negara masing-

    masing. Syaikh Wahbah al-Zuhaili berkata:

    Bahawa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Ambillah dari

    harta mereka menjadi sedekah (zakat)tidak terhad kepada

    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tetapi merangkumi para

    pemerintah sesudah baginda.[3]

    Persoalan Ketiga:

    Adakah kita tetap mengeluarkan zakat kepada Pusat Zakat

    yang tidak cekap dalam menguruskannya?

    Jawapan:

    Sebelum menjawab persoalan ini, saya akan kemukakan

    beberapa soalan terlebih dahulu?

    1. Apabila dikatakan Pusat Zakat tidak cekap, wujudkah bukti

    yang kukuh untuk mendakwa sedemikian? Sudahkah orang

    yang mendakwa melakukan audit ke atas Pusat Zakat

    secara menyeluruh atau ia semata-mata berdasarkan

    rungutan tiga empat orang? Pada pengamatan saya, ia lebih

    kepada sangkaan semata-mata, bukan berdasarkan audit

    atau penilaian yang diiktiraf.

    2. Bercakap tentang audit, sudahkah orang yang mendakwa

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    44/90

    memerhatikan hasil audit terhadap syarikat-syarikat yang

    besar? Jika sudah, nescaya dia akan mendapati paling

    kurang 5 hingga 10 peratus daripada urusan kewangan

    syarikat tersebut ditakrif sebagai tidak cekap oleh pihak

    pengaudit. Malah, jika yang mendakwa melakukan audit ke

    atas perbelanjaan harian dirinya sendiri, nescaya dia juga

    akan menemui beberapa perbelanjaan yang tidak

    sepatutnya dia lakukan. Fakta penting yang cuba saya bawa

    di sini ialah, kesempurnaan hanya milik Allah manakala

    kekurangan ialah milik manusia. Kekurangan pentadbiran

    Pusat Zakat seandainya ada bukanlah merupakan ciri

    khusus mereka tetapi merupakan ciri kelaziman manusia.

    3. Jika terbukti Pusat Zakat tidak cekap, sudahkah kita

    berusaha untuk menasihati mereka dan membantu mereka

    meningkatkan kecekapan? Atau kita hanya duduk

    merungut?

    Berdasarkan tiga soalan di atas, maka jawapan kepada soalan

    asal: Adakah kita tetap mengeluarkan zakat kepada Pusat

    Zakat yang tidak cekap dalam menguruskan zakat? ialah:

    1. Jika Pusat Zakat terbukti secara jelas melakukan khianat

    dan penyelewengan dalam urusan zakat, maka tidak wajib

    mengeluarkan zakat kepada mereka. Zakat boleh

    dikeluarkan secara bersendirian kepada yang berhak

    menerimanya.

    2. Jika kecekapan Pusat Zakat diragui dalam urusan zakat,

    maka zakat tetap dikeluarkan kepada mereka (Pusat

    Zakat). Ini kerana hukum-hukum Islam dibina di atas

    keyakinan manakala keraguan semata-mata tidak boleh

    mengubahnya.

    [1] Asal usul perbincangan merujuk kepada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang

    sering menyebut zakat sebagai sedekah. Ini kerana dari sudut manfaatnya, zakat dan

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    45/90

    sedekah hampir sama. Hanya dari sudut hukumnya, zakat adalah wajib manakala

    sedekah adalah sunat.

    Berpijak dari kesamaan antara istilah zakat dan sedekah, sebahagian orang

    membaca dalil-dalil yang menganjurkan sedekah kepada ahli keluarga, sanak saudara

    dan orang miskin dengan kefahaman boleh mengeluarkan zakat secara terus kepada ahli

    keluarga, sanak saudara dan orang miskin. Padahal anjuran yang dimaksudkan oleh dalil-

    dalil al-Quran dan al-Sunnah tersebut ialah sedekah yang sunat dan bukannya zakat

    yang wajib hukumnya.

    Lalu apabila mengkaji al-Quran dan al-Sunnah, bagaimanakah untuk kita

    membezakan sama ada perkataan sedekah yang digunakan bermaksud zakat yang

    wajib hukumnya atau sedekah yang sunat hukumnya? Caranya ialah dengan mengkaji

    susunan ayat. Jika ayat tersebut bersifat memerintah atau mengancam orang yang

    enggan dengan azab, maka perkataan sedekah bermaksud zakat. Jika ayat tersebut

    bersifat anjuran atau menjanjikan ganjaran, maka perkataan sedekah bermaksud

    sedekah sunat. Sebagai contoh, ayat 103 surah al-Taubah di atas memerintah untuk

    mengambil sedekah, bererti sedekah yang dimaksudkan ialah zakat.

    [2] Rujuk Fiqh al-Zakatoleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (edisi terjemahan oleh Salman Harun,

    Didin Hafidhuddin & Hasanuddin atas judul Hukum Zakat; Mizan & Litera AntarNusa,

    Jakarta, 1996), ms. 733 dan seterusnya (Bab cara membayar zakat).[3] al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariyyah wa al-Manhaj (Dar al-Fikr, Beirut,

    1998), jld. 11, ms. 35.

    Kedua: Harta Tidak Kekal.

    Sekalipun seseorang itu menyimpan hartanya mengikut kaedah

    yang paling selamat, ketahuilah bahawa ia tetap tidak kekal.

    Pada bila-bila masa Allah boleh mengambilnya semula dengancara yang tidak disangka-sangka. Dalam al-Quran terdapat

    kisah tentang pemilik kebun anggur yang berkata:

    Tuan kebun itu pula mempunyai harta lalu berkatalah dia kepada

    rakannya,

    semasa dia berbincang dengannya:

    Aku lebih banyak harta daripadamu dan lebih berpengaruh dengan

    pengikut-pengikutku yang ramai!

    Dan diapun masuk ke kebunnya sedang dia berlaku zalim kepada

    dirinya sendiri sambil dia berkata:

    Aku tidak fikir kebun ini akan binasa selama-lamanya!

    [al-Kahf 18:34-35]

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    46/90

    Maka Allah membalas sikapnya itu dengan:

    Dan segala tanaman serta harta bendanya itupun dibinasakan,

    lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana

    menyesal)

    terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada

    kebun-kebunnya,

    sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya;

    sambil dia berkata:

    Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan (syirik) sesuatupun

    dengan Tuhanku!

    [al-Kahf 18:42]

    Satu perkara yang menarik perhatian kita dalam ayat 42 surah

    al-Kahf di atas ialah ucapan orang yang dibinasakan tanaman

    dan harta bendanya: Alangkah baiknya kalau aku tidak

    sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!Mengapakah dia

    mengaitkan peristiwa yang terjadi dengan persoalan syirik?

    Sebahagian ahli tafsir berkata, mungkin kerana dia seorang

    musyrik yang tersedar akan kesalahannya. Namun ada

    pandangan lain yang lebih saya cenderungi[1], iaitu timbulnya

    persoalan antara tauhid dan syirik kerana orang itu

    menganggap dia berkuasa sepenuhnya dalam urusan hartanya

    baik dahulu, kini dan akan datang. Dia menafikan peranan Allah

    Subhanahu wa Ta'ala terhadap hartanya padahal harta adalah

    milik Allah dan hanya Allah yang memiliki kuasa sepenuhnya

    dalam urusan harta tersebut baik dahulu, kini dan akan datang.

    Maka bagi orang tersebut, dia ialah seorang muslim tetapi

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    47/90

    memiliki aqidah yang salah. Dia menyekutukan Allah kerana

    menganggap dirinya mampu melakukan peranan ketuhanan.

    Apabila Allah memusnahkan hartanya, barulah dia sedar akan

    kesalahan aqidahnya lalu mengakui: Alangkah baiknya kalau

    aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!

    Pengajaran penting di sini ialah jangan kita lupa bahawa harta

    ialah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala sementara kita hanya

    diwakilkan oleh-Nya untuk mengurusi harta tersebut. Kedua,

    kekal atau tidak harta adalah urusan Allah Subhanahu wa

    Ta'ala manakala kita hanya menjaganya sekadar yang mampu.

    Bila-bila masa Allah boleh mengambilnya, mengubahnya,

    menambahinya atau menguranginya. Justeru jangan merasa

    yakin harta simpanan termasuklah rumah, perabut, kenderaan

    sehinggalah kepada talifon bimbit dan dompet akan kekal

    selama-lamanya. Sebaliknya sentiasalah berdoa kepada Allah

    Subhanahu wa Ta'ala agar harta kita dipelihara dan diberkati

    oleh-Nya.

    [1] Rujuk Tafsir al-Mishbah oleh Dr. Muhammad Quraish Shihab (Lentera Hati, Jakarta,

    2002), jld. 8, ms. 64-65.

    Ketiga: Jangan Bersikap Bermegah-Megahan Dan

    Sombong Dengan Harta.

    Di dalam al-Quran juga terdapat kisah seorang yang bernama

    Qarun:

    Sesungguhnya Qarun, adalah dia dari kaum Nabi Musa.

    Kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka

    dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan

    yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk

    dipikul oleh sebilangan orang yang kuat.

    (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    48/90

    Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu),

    sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang

    bermegah-megah.

    [al-Qasas 28:76]

    Terhadap nasihat ini:

    Qarun menjawab (dengan sombongnya):

    Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan

    pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.

    [al-Qasas 28:78]

    Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala membalas kesombongannya

    itu:

    Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam

    tanah,

    maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh

    menolongnya dari azab Allah

    dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

    [al-Qasas 28:81]

    Harta yang sedikit lazimnya menyebabkan manusia merasakan

    dirinya rendah dan hina manakala harta yang banyak lazimnya

    menyebabkan manusia merasakan dirinya megah dan

    sombong. Ini kerana dengan harta tersebut, dia merasa

    mampu melakukan pelbagai perkara dan boleh mencapai apa

    jua yang dikehendakinya.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    49/90

    Dalam surah al-Qasas Allah Subhanahu wa Ta'ala merakam

    kisah seorang yang bernama Qarun. Dia memiliki harta yang

    amat banyak sehingga kunci yang digunakan untuk membuka

    atau menutup gudang hartanya perlu dipikul oleh sebilangan

    orang yang kuat.Akan tetapi sekalipun dengan harta yang

    sebegitu banyak, ia tidak dapat membantu Qarun apabila

    berhadapan dengan azab Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akhirnya

    Qarun ditenggelamkan ke dalam tanah sebagai balasan akan

    kemegahan dan kesombongan dirinya.

    Kisah di atas dirakam oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bukan

    untuk kita jadikan bahan bacaan sebelum tidur, tetapi untuk

    kita jadikan iktibar dan mengukur diri kita apabila berinteraksi

    dengan harta. Janganlah harta yang banyak menyebabkan kita

    merasa megah dan sombong kerana harta itu, sebanyak mana

    sekalipun, tidak sekali-kali akan dapat membantu kita di

    hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

    Keempat: Berhati-Hati Terhadap Fitnah Harta.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

    .Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat fitnah dan fitnah bagi

    umatku ialah harta.[1]

    Harta adalah sesuatu yang jika diuruskan dengan betul, ia akan

    menarik kita ke arah syurga. Akan tetapi jika diuruskan dengan

    salah, ia akan menolak kita ke arah neraka. Sayang sekali di

    antara pengurusan yang betul dan salah, harta lebih kerap

    diurus dengan cara yang salah. Oleh kerana itulah Rasulullah

    shallallahu 'alaihi wasallam amat bimbang akan nasib umatnya

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    50/90

    apabila berinteraksi dengan harta. Sejak awal baginda telah

    mengingatkan bahawa antara fitnah yang terbesar bagi kita

    ialah harta.

    Fitnah yang terkandung di dalam harta tidak bermakna kita

    patut meninggalkan harta. Sebaliknya yang patut kita lakukan

    ialah sentiasa berhati-hati apabila berinteraksi dengan harta. Di

    sini sekali lagi terdapat bukti akan kepentingan subjek fiqh

    harta agar dengan itu kita terpelihara dari kesalahan-kesalahan

    dalam mengurusi harta. Justeru apabila berinteraksi dengan

    harta, jangan lalai dari mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala.

    Secara lebih mendalam, jangan lalai dari mengingati hukum-

    hukum Allah apabila berinteraksi dengan harta. Allah

    Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    Wahai orang-orang yang beriman!

    Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-

    pinak kamu daripada mengingati Allah.

    Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah

    orang-orang yang rugi.

    [al-Munafiqun 63:09]

    Kelalaian boleh berlaku dalam empat penjuru:

    1. Hubungan kita dengan Allah. Maka janganlah lalai daripada

    mendirikan solat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir dan

    berdoa.

    2. Hubungan kita sesama manusia. Maka janganlah lalai

    daripada hukum-hukum fiqh harta apabila berinteraksi

    dengan manusia. Jika diteliti kesemua hukum-hukum fiqh

    harta, akan ditemui bahawa Islam menginginkan keadilan

    dan menjauhkan kezaliman di antara manusia.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    51/90

    3. Hubungan kita dengan alam sekitar. Jangan sibuk dengan

    harta hingga merosakkan alam dan menzalimi haiwan.

    Terdapat hubungan yang rapat antara sesama manusia dan

    alam sekitar. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang dan

    janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

    Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya. Dan

    janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan

    janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

    [al-Syuara 26:181-183]

    4. Hubungan kita dengan diri sendiri. Maka janganlah kerana

    harta kita lalai dari menuntut ilmu agama, menyucikan

    harta dengan mengeluarkan zakat dan membersihkan hati

    dari sifat tamak, dengki, ujub, kedekut dan sebagainya.

    [1]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan

    al-Tirmizi, hadis no: 2336 (Kitab al-Zuhud, bab berkenaan bahawa fitnah bagi umat ini

    ialah harta).

    Bahagian D:

    Fiqh Perlaburan Harta

    Pada masa kini hampir semua orang yang memiliki harta ingin melaburkannya

    agar ia berkembang menjadi lebih banyak. Di luar sana terdapat banyak bentuk

    pelaburan sehingga seseorang sering tertanya-tanya Pelaburan apakah yang

    paling menguntungkan? Di kalangan umat Islam yang prihatin terhadap hukum

    halal dan haram, mereka tertanya-tanya: Pelaburan apakah yang halal dan

    menguntungkan?

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    52/90

    Pelaburan yang halal amatlah penting kerana keuntungan seperti bonus dan

    dividen yang diperolehi daripadanya akan menjadi salah satu sumber harta yang

    kelak akan diaudit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi

    wasallam mengingatkan kita:

    .

    Tidak berganjak dari sisi Allah kedua tapak kaki manusia pada Hari Kiamat (kelak)

    sehingga dia ditanya tentang lima perkara:

    1. Tentang umurnya untuk apa ia dihabiskan,

    2. Tentang masa mudanya untuk apa ia digunakan,

    3. Tentang hartanya dari mana ia diperolehi,

    4. (Tentang hartanya) kepada apa ia dibelanjakan,

    5. Dan apa yang dia amalkan dari ilmu yang dimiliki.[1]

    Lebih memberatkan, harta yang diperolehi secara tidak halal sama ada melalui

    pelaburan atau selainnya, lalu kemudian digunakan untuk membeli bahan

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    53/90

    makanan untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga, maka daging yang tumbuh

    daripadanya akan menjadi bahan bakaran api neraka. Rasulullah shallallahu

    'alaihi wasallam memberi amaran:

    .

    Sesungguhnya tidak akan berkembang[2] daging yang tumbuh dari makanan yang

    haram

    melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya.[3]

    Sumber perolehan harta, sama ada melalui pelaburan atau selainnya, juga memberi

    kesan kepada kemakbulan doa seseorang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

    pernah menerangkan tentang tindakan seorang yang menadah tangannya ke langit

    dan berdoa Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! akan tetapi:

    ...

    makanannya (daripada sumber yang) haram,

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    54/90

    minumannya (daripada sumber yang) haram

    dan pakaiannya (daripada sumber yang) haram

    dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram.

    Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan?[4]

    Oleh itu apabila ingin melakukan pelaburan, sama ada dalam bentuk hartanah,

    saham syarikat, amanah saham (unit trust), perniagaan dan sebagainya,

    pastikan ia adalah halal, iaitu:

    1. Anda atau syarikat yang anda labur mengeluarkan zakat, seperti zakat saham

    atau zakat perniagaan.

    2. Anda atau syarikat yang anda labur tidak terlibat dengan riba pinjaman.

    3. Anda atau syarikat yang anda labur tidak melakukan urusniaga yang dilarang

    oleh Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bab pertama dan keduabuku ini.

    Selanjutnya:

    1. Apabila melabur melalui amanah saham (unit trust), pastikan syarikat yang

    mengurusi amanah saham tersebut menepati tiga syarat di atas dan

    melakukan pelaburan ke dalam syarikat-syarikat yang juga menepati tiga

    syarat di atas.

    2. Tidak boleh bertaklid (mengikut tanpa mengkaji) sijil atau kelulusan halal

    yang dikeluarkan ke atas syarikat atau amanah saham tertentu melainkan

    anda ialah orang yang hidup bergayut di atas pokok di pendalaman hutan

    rimba. Maksud saya:

    a. Kelonggaran bertaklid hanya diberikan kepada orang yang benar-

    benar tidak faham subjek fiqh harta sekalipun dia telah berusaha

    sekuat mampu. Golongan ini ialah mereka yang duduk di

    pendalaman dan mengalami kesukaran yang tidak dapat dielak

    untuk mendapat ilmu yang sahih. Bagi golongan ini dibolehkan

    bertaklid sama ada dalam persoalan fiqh harta mahupun hukum-

    hukum agama yang lain. Seandainya hukum yang mereka taklid

    adalah salah, beban dosa tidak berada pada bahu mereka tetapi

    berada pada bahu ilmuan yang mengeluarkan hukum tersebut.

    b. Adapun orang yang memilik kelulusan pendidikan, tinggal di

    tempat yang bertamadun dan mampu menjana lebihan harta

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    55/90

    sehingga dapat dilaburkan, maka bagi mereka tidak ada

    kelonggaran untuk bertaklid. Jika golongan terakhir ini tidak faham

    subjek fiqh harta, ia tidak lain disebabkan oleh kemalasan diri

    mereka sendiri.[5]

    [1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:

    2416 (Kitab Shifat al-Qayamah, Bab Kiamat).[2] Yakni tubuh badan yang tidak akan membawa manfaat atau pahala kepada tuannya.[3]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:

    614 (Kitab al-Jumuah, Bab berkenaan keutamaan solat).[4]Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya hadis no: 1015 (Kitab al-

    Zakat, Bab diterimanya sedekah daripada sumber yang baik).[5] Lebih lanjut tentang hukum taklid, sila rujuk buku saya Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam terbitan

    Jahabersa, Johor Bahru.

    Pelaburan Islam dan Pelaburan Ciptaan Manusia

    Di sebalik kesukaran mengkaji dan menapis pelaburan yang halal atau haram, apa

    kata saya perkenalkan kepada para pembaca yang budiman sekalian kepada

    Pelaburan Islam (PI). Ia adalah sesuatu yang benar-benar berasal dari Islam, bukan

    pelaburan ciptaan manusia (PM) yang kemudiannya dipasarkan dengan nama-nama

    Arab yang canggih. Pelaburan Islam (PI) memiliki lima perbezaan besar berbanding

    cara pelaburan ciptaan manusia (PM). Berikut diterangkan perbezaan antara

    keduanya:[1]

    PI: Modal pelaburan dijamin akan dikembalikan sepenuhnya.

    PM: Modal pelaburan tidak dijamin, ia bergantung pada keuntungan atau

    kerugian.

    PI: Pulangan dividen dijamin berterusan. Tidak ada kerugian.

    PM: Dividen bergantung pada keuntungan atau kerugian pelaburan.

    PI: Kadar dividen bergantung pada jumlah harta milik pelabur.

    PM: Kadar dividen bergantung pada jumlah harta yang dilaburkan.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    56/90

    PI: Pelaburan boleh dilakukan sekalipun terhadap syarikat yang memiliki

    rekod yang tidak baik. Pelabur tidak perlu menyemak latarbelakang dan

    prestasi sesebuah syarikat sebelum melabur.

    PM: Pelaburan hendaklah dilakukan terhadap syarikat yang memiliki rekod

    yang baik. Pelabur perlu menyemak latarbelakang dan prestasi sesebuah

    syarikat sebelum melabur.

    PI: Pelaburan boleh dilakukan dengan apa jua yang dimiliki oleh pelabur

    tanpa terhad kepada matawang.

    PM: Pelaburan hanya boleh dilakukan dengan matawang.

    Berikut diterangkan portfolio pelaburan Islam yang dimaksudkan. Keterangan ini

    boleh dirujuk sepenuhnya dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Hanya dalamkedua-dua rujukan ini, pelaburan disebut sebagai sedekah, infaq dan perbelanjaan di

    jalan Allah.

    1. Modal pelaburan dijamin akan dikembalikan sepenuhnya.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal,

    akan disempurnakan kepada kamu, dan kamu tidak dikurangkan.[al-Baqarah 2:272]

    2. Pulangan dividen dijamin berterusan. Tidak ada kerugian.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,

    ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

    [al-Baqarah 2:261]

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjamin:

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    57/90

    .

    Tidaklah sedekah itu menyusutkan harta

    dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat kemaafannya melainkan

    kemuliaan

    dan tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan

    darjatnya.[2]

    3. Kadar dividen bergantung pada kadar harta milik pelabur.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    .

    :

    :

    .

    Satu dirham, pahalanya lebih besar daripada seratus ribu dirham.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    58/90

    Para sahabat bertanya: Bagaimana (hal itu boleh terjadi)?

    Rasulullah menjawab:

    Seorang yang memiliki dua dirham lalu dia mensedekahkan satu dirham

    dan seorang (lain) yang pergi ke tempatnya (di mana disimpan) harta yang melimpah,

    diambilnya seratus ribu dirham lalu disedekahkannya.[3]

    4. Pelaburan boleh dilakukan sekalipun terhadap syarikat yang memiliki

    rekod yang tidak baik.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    : .

    : .

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    59/90

    :

    .

    .

    Seorang lelaki berkata: Sungguh aku akan bersedekah!

    Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang pencuri.

    Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: Sedekah diberikan kepada pencuri!

    Lelaki itu menjawab: Ya Allah! Bagimu segala pujian. Sungguh aku akan bersedekah

    (lagi).

    Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang penzina.

    Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: Sedekah diberikan malam tadi kepada

    penzina!

    Lelaki itu menjawab: Ya Allah! Bagimu segala pujian (aku telah bersedekah) kepada

    penzina.

    Sungguh aku akan bersedekah (lagi).

    Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang kaya.

    Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: Sedekah diberikan kepada orang

    kaya!

    Lelaki itu menjawab: Ya Allah! Bagimu segala pujian (aku telah bersedekah) kepada

    pencuri,

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    60/90

    penzina dan orang kaya.

    (Pada malam hari) dia didatangi oleh seseorang (dalam mimpinya) lalu dikatakan

    kepadanya:

    Adapun sedekah kamu kepada pencuri, mudah-mudahan dapat menahannya darimencuri.

    Adapun kepada penzina, mudah-mudahan dapat menahannya dari berzina.

    Adapun kepada orang kaya, mudah-mudahan dia dapat mengambil iktibar darinya

    dan mensedekahkan apa yang Allah kurniakan kepadanya. [4]

    5. Pelaburan boleh dilakukan dengan apa jua yang dimiliki oleh pelabur

    tanpa terhad kepada harta. Apa saja kelebihan yang dimiliki oleh

    seseorang seperti masa, ilmu dan kekuatan fizikal boleh dilaburkan.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    .

    Tidaklah seorang muslim menanam pokok lalu dimakan daripadanya

    melainkan ia menjadi sedekah bagi (yang menanam)nya.

  • 7/31/2019 Fiqh Harta

    61/90

    Apa yang dicuri darinya menjadi sedekah baginya,

    apa yang dimakan ole