95
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT FRIM

Final Draf FRIM Safety Manual_ed

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN

MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

FRIM

Page 2: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

i

PENYUNTING: Hj Mohamad Zaki Hj Mohd Isa PENYUMBANG:

1. Dr Zaihan Jalaludin 2. En Shaharuddin Hashim 3. Dr Mohamad Nasir Mat Arip 4. En Puad Elham 5. En Azahari Mat Yusoff 6. En Mohd Radzi Ahmad 7. Pn Maizura Ishak 8. Pn Rohana Sahdan

Penghargaan kepada En Asmar, En Muhd Khair, Cik Nur Zalikha dan En Yusni atas sumbangan gambar.

Page 3: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

ii

AHLI-AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FRIM PENGERUSI : Dr Rahim Sudin

SETIAUSAHA : En Shaharuddin Hashim

AHLI-AHLI : Dr Zaihan Jalaludin

Dr Mohd Rosli Haron

Dr Mohamad Nasir Mat Arip

En Mohd Radzi Ahmad

Pn Rohana Sahdan

En Zamree Mohd Shah

En Khairul Azmi Jabar

En Mohd Azhar Ishak

En Azahari Mohd Yusoff

En Samsor Saleh

En Mohamad Fakhri Ishak

Pn Maizura Ishak

En Muhammad Syamil Azahar

En Mohd Md Sahat

En Puad Elham

Pn Nordahlia Abdullah Siam

En Rosmadi Salim

Page 4: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

iii

KANDUNGAN Muka surat

AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FRIM ii

SENARAI KANDUNGAN iii

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH FRIM viii

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FRIM

ix

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN FRIM x

BAB 1 1

1.0 PERATURAN AM KESELAMATAN MAKMAL DAN BENGKEL 1

1.1 Kod Keselamatan Makmal 1

1.2 Peraturan Am Bekerja di Makmal/Bengkel 2

1.3 Keselamatan di Makmal 2

1.4 Keselamatan di Bengkel 2

1.5 Kegunaan Alat Lindung Diri di Makmal/Bengkel 3

1.6 Kemalangan Utama Akibat Kecuaian Anda 9

1.7 Penyelenggaraan Am 9

1.8 Penyelenggaraan Makmal 9

BAB 2 11

2.0 PENYELENGGARAAN BAHAN KIMIA DAN GAS 11

2.1 Penyelenggaraan Bahan Kimia 11

2.1.1 Simbol Bahaya Bahan Kimia 11

2.1.2 Penggunaan Bahan Kimia Secara Am 14

2.1.3 Penggunaan Asid/Alkali Pekat 14

2.1.4 Penggunaan Bahan-bahan Organik 15

2.2 Pelupusan Sisa Bahan Kimia 15

2.2.1 Pengelasan Sisa Bahan Kimia 15

2.2.2 Prosedur Pelupusan Sisa Bahan Kimia 16

2.3 Penyelenggaraan Gas 16

2.3.1 Butir-butir Silinder Gas 17

2.3.2 Alat Pengatur Gas (Gas regulator) 18

2.3.3 Penggunaan Gas 18

Page 5: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

iv

KANDUNGAN Muka surat

BAB 3 20

3.0 TEKNIK BEKERJA DI MAKMAL DAN BENGKEL 20

3.1 Penggunaan Alat dan Radas Kaca di Makmal 20

3.1.1 Jenis Alat Kaca di Makmal 20

3.1.2 Memotong Tiub dan Batang Kaca 20

3.1.3 Pemanasan dan Penyejukan Radas Kaca 20

3.1.4 Penyambungan dan Penanggalan Radas Kaca 20

3.4 Teknik/Kaedah Kerja di Makmal 21

3.4.1 Teknik Ekstraksi/Refluks 21

3.4.2 Teknik Pemisahan 22

3.4.3 Teknik Penyulingan 23

3.4.4 Teknik Penurasan 23

3.5 Keselamatan dan Pencegahan Bahaya Biologi di Makmal 25

3.5.1 Cara Kemasukan Agen Biologi ke dalam Badan 25

3.5.2 Peraturan Umum bagi Pencegahan Bahaya Biologi 25

3.5.3 Kebuk Wasap/Kabinet Keselamatan Biologi 26

3.5.4 Meja Kerja 27

3.5.4 Tumpahan 27

3.5.6 Sisa biologi 28

3.6 Teknik bekerja di bengkel 28

3.6.1 Asas Keselamatan di Bengkel 28

3.6.2 Pengendalian dan Penyimpanan Bahan 28

3.6.3 Faktor yang Perlu Diambil Berat 29

BAB 4 31

4.0 BAHAYA DARIPADA PERALATAN ELEKTRIK/MEKANIKAL DAN KEBAKARAN 31

4.1 Punca Bahaya daripada Peralatan Elektrik 31

4.1.1 Penyelenggaraan Alat Elektrik 31

4.1.2 Pengendalian Alat Elektrik 31

4.1.3 Cara Mengelakkan Kemalangan Elektrik Secara Am 32

Page 6: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

v

KANDUNGAN Muka surat

4.2 Kebakaran 32

4.3 Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Berlaku Kebakaran 33

4.4 Peralatan Melawan Kebakaran 33

4.5 Notis Kebakaran (Umum) 34

4.6 Latihan Pengungsian Bangunan 35

BAB 5 37

5.0 PERTOLONGAN CEMAS DI MAKMAL/BENGKEL 37

5.1 Peti Pertolongan Cemas 37

5.2 Peringatan Jika Berlaku Kemalangan 37

5.3 Kecederaan Ringan 37

5.4 Kecederaan Teruk 38

5.5 Tidak Sedarkan Diri dan Lemas 38

5.6 Melepuh dan Melecur 38

1 Rawatan Am untuk Melepuh 38

2 Rawatan untuk Melepuh Disebabkan oleh Bahan Kimia 38

i. Terkena Asid atau Alkali 38

ii. Terkena Bromin 39

iii. Terkena Bahan Organik 39

iv. Terkena Fosforus 39

v. Fosforus, Bromin dan Selenium 39

vi. Terkena Tar 39

vii. Terkena Natrium, Kalsium 40

5.7 Luka 40

5.7.1 Rawatan 40

1. Luka Kecil atau Calar 40

2. Masuk Selumbar (Kayu, Logam Dan Sebagainya) 40

3. Pendarahan (Haemorrhage) 40

4. Luka Dalam dan Darah Meleleh Keluar dengan

Banyaknya 41

5.8 Renjatan Elektrik 41

Page 7: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

vi

KANDUNGAN Muka surat

5.8.1 Menolong Mangsa Renjatan 41

5.9 Kecederaan Mata 41

5.9.1 Benda Pejal dalam Mata 41

5.9.2 Kotoran yang Melekat di Mata 42

5.9.3 Mata Dimasuki Asid atau Alkali 42

5.10 Peringatan Ketika Kebakaran 42

1 Kebakaran Pakaian 42 2 Kebakaran Bahan Uji 43

5.11 Termakan Racun/Terhidu Gas/Fenol 43

1 Asid 43 2 Alkali 43 3 Racun-racun Lain 44 4 Gas 44 5 Fenol Atas Kulit 44

5.12 Renjatan 44

5.13 Pengsan 45

5.13.1 Gejala atau Isyarat Serangan 45

5.13.2 Rawatan 45

5.13.3 Jika Pesakit Berasa Baru Hendak Pengsan 46

BAB 6 47

6.0 ASAS KESELAMATAN DI LAPANGAN 47

6.1 Takrifan 47

6.2 Persediaan Sebelum ke Lapangan 47

6.3 Langkah-langkah dan Cara-cara Menghadapi Kecemasan 47

6.3.1 Bantuan Kecemasan

6.3.2 Rawatan Luka Kecil

6.3.3 Mengawal Pendarahan

6.3.4 Rawatan Hidung Berdarah

6.3.5 Merawat Mangsa Pengsan

6.4 Keselamatan Semasa Kebakaran 48

6.5 Keselamatan Semasa Menghadapi Bencana Alam 49

6.6 Penggunaan Peralatan Kerja di Lapangan 51

6.7 Rawatan Gigitan Sengat dan Binatang Berbisa 51

Page 8: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

vii

KANDUNGAN Muka surat

6.7.1 Definisi Sengatan atau Gigitan Serangga 51

6.7.2 Definisi Gigitan Binatang Berbiasa 51

6.7.3 Penyebab Gigitan Seranggan dan Binatang Berbisa 52

6.7.4 Kesan Akbibat Sengatan Serangga 52

6.7.5 Kesan Akibat Gigitan Binatang Berbisa 53

6.7.6 Rawatan Gigitan Serangga dan Binatang Berbisa 54

6.7.7 Rawatan Kecemasan Gigitan Serangga 55

6.7.8 Rawatan Kecemasan Gigitan Binatang Berbisa 55

BAB 7 56

7.0 ASAS KESELAMATAN DI PEJABAT 56

7.1 Persekitaran Pejabat 56

7.1.1 Mengoptimumkan Kualiti Udara 56

7.1.2 Kekemasan Ruang Kerja 56

7.1.3 Pelan Kecemasan 56

7.2 Ergonomik 56

7.2.1 Postur Duduk Semasa Mengendalikan Komputer 56

7.3 Pengurusan Stres/Tekanan 59

7.3.1 Definisi 59

7.3.2 Punca-punca Stres/Tekanan 59

7.3.3 Tanda-tanda Stres/Tekanan 60

7.3.4 Kaedah Menangani Stres/Tekanan 61

LAMPIRAN 1 62

LAMPIRAN 2 80

LAMPIRAN 3 81

LAMPIRAN 4 83

RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN 84

Page 9: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

viii

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH FRIM

Iltizam FRIM adalah memastikan semua kakitangannya berada dalam persekitaran kerja

yang sihat, selesa dan selamat. Ini selaras dengan keperluan Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan

keselamatan pekerja dan mereka yang berkaitan.

Penerbitan garis panduan ini bertepatan dengan aspirasi FRIM yang ingin melihat

semua kakitangannya bebas daripada kecederaan semasa di tempat kerja. Garis

panduan ini akan memastikan semua kakitangan dan pelanggan yang berurusan sama

ada di dalam serta di luar premis FRIM diberi maklumat dan arahan berkenaan cara

menjalankan tugas dengan selamat. Prinsip “Pencegahan adalah lebih baik daripada

merawat” menjadi asas kepada garis panduan ini.

Saya berharap garis panduan ini dapat memberi banyak manfaat kepada sesiapa sahaja

yang terlibat dengan kerja-kerja yang dijalankan. Akhirnya saya ingin merakamkan

ucapan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

FRIM serta mereka yang terlibat yang telah berusaha mengumpul, meneliti dan

seterusnya menyunting kembali Manual Peraturan Keselamatan Makmal, Bengkel,

Lapangan dan Pejabat ini.

‘Utamakan Keselamatan – Keselamatan Tanggung jawab Bersama’

DATO’ DR ABD. LATIF MOHMOD Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2013

Page 10: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

ix

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FRIM

Penerbitan manual keselamatan ini bertepatan dengan aspirasi FRIM yang ingin

melihat semua kakitangannya bebas daripada kecederaan semasa bertugas. Kerja-

kerja berisiko tinggi yang terdedah kepada bahan-bahan kimia yang beracun dan

berbahaya, bahan biohazard, kemalangan di bengkel kerja kayu dan gigitan haiwan

yang berbisa perlu diberi sepenuh perhatian supaya kemalangan yang tidak berbau

dapat dielakkan.

Manual ini merupakan siri penerbitan ketiga yang ditambah baik dengan maklumat

yang terkini daripada siri penerbitan kedua pada tahun 2003. Maklumat, panduan

dan kaedah yang dikumpulkan dalam manual ini diharap dapat menjadi garis

panduan kepada semua kakitangan dalam kerja-kerja yang dijalankan di FRIM dan

juga semasa kerja-kerja di lapangan. Manual ini juga menyertakan polisi

keselamatan dan kesihatan pekerjaan FRIM yang dilancarkan pada tahun 2012.

Pihak pengurusan FRIM sentiasa mengambil langkah yang bersepadu bagi

menyediakan persekitaran dan budaya kerja yang selamat dan menjamin kesihatan

kakitangan dan pelanggannya yang berurusan di Institut ini.

Kepada ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FRIM serta semua

pihak yang terlibat, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas inisiatif

menerbitkan panduan keselamatan ini. Semoga ia akan menjadi panduan berguna

kepada semua kakitangan FRIM.

‘UTAMAKAN KESELAMATAN’

Dr. Rahim Sudin Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FRIM 2013

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FRIM

Page 11: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

x

Menyedari pentingnya keadaan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk kakitangan

tanpa mengambil kira tempat kerja dan pengurusan risiko kepada orang lain daripada

aktiviti-aktiviti kerja, FRIM bertanggung jawab mengambil langkah-langkah yang

praktikal untuk mengelak dan mengurangkan bahaya dan menjaga keselamatan,

kesihatan dan keselesaan kakitangannya.

Adalah menjadi polisi FRIM untuk:

1. Menyedia dan mengekalkan suasana kerja yang sihat dan selamat untuk semua

kakitangan dan pelanggan.

2. Membentuk dan melaksanakan amalan-amalan kerja yang selamat serta

menyediakan latihan secukupnya kepada kakitangan berhubung perkara ini.

3. Memelihara alam sekitar, mencegah kerosakan harta benda, kecederaan anggota

dan kehilangan nyawa.

4. Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak membahayakan pelawat-

pelawat dan masyarakat setempat.

5. Semua kakitangan memainkan peranan masing-masing untuk mematuhi segala

strategi yang telah dirancang bagi mencapai objektif polisi ini.

Polisi ini akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk memastikan

aspek keselamatan dan kesihatan dapat dilaksanakan secara efektif.

DATO’ DR ABD. LATIF MOHMOD Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 23 April 2012

Page 12: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

1

BAB 1 1.0 PERATURAN AM KESELAMATAN MAKMAL DAN BENGKEL Menjaga keselamatan semasa bekerja dapat menjamin keselamatan diri sendiri, rakan-rakan setugas dan harta benda yang digunakan. Setiap gerak kerja yang dilakukan mempunyai peraturan dan kaedah yang patut diikuti supaya setiap kerja terlaksana dengan teratur, cermat dan selamat. Kerja-kerja yang dilakukan tanpa mengikut peraturan dan lalai, berkemungkinan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. Biasanya seseorang itu akan insaf dan menyedari kepentingan menjaga keselamatan setelah ditimpa kemalangan yang serius. Dalam hal ini mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh yang demikian setiap kakitangan yang bekerja di makmal atau bengkel dikehendaki:

Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.

Sentiasa menggunakan akal fikiran yang waras semasa menjalankan tugas.

Memahami tahap bahaya bahan-bahan kimia yang digunakan.

Menggunakan peralatan mengikut manual yang disediakan. Soal keselamatan merupakan tanggung jawab bersama dan setiap individu seharusnya mengambil daya usaha untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di FRIM. Kemalangan yang tidak diingini boleh dielakkan di samping menghasilkan kerja-kerja yang bermutu. 1.1. Kod Keselamatan Makmal Kod ini merupakan peraturan umum yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan yang bekerja di makmal dan bengkel. Kod ini telah dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Keselamatan Makmal Institut Kimia Malaysia (IKM) dan diamalkan oleh kebanyakan makmal di negara ini. Kod ini perlu dipamerkan di setiap makmal untuk makluman dan tindakan kepada semua kakitangan yang bertugas di makmal.

1. Gunakan teknik yang betul. Jika kurang pasti, bincangkan dengan orang yang lebih berpengetahuan atau berpengalaman.

2. Cermin mata keselamatan dan pakaian pelindung yang disediakan mesti dipakai.

3. Dilarang merokok di dalam makmal. 4. Dilarang makan, minum dan bersolek di dalam makmal. 5. Dilarang bergurau di dalam makmal. 6. Dilarang berlari di dalam makmal atau di sepanjang laluan. 7. Anggapkan setiap bahan kimia adalah berbahaya kecuali ada penerangan jelas

mengenainya. 8. Pastikan tangan anda kering apabila mengendalikan sebarang sambungan

elektrik bagi mengelakkan kejutan elektrik. 9. Padamkan api apabila tidak digunakan. 10. Elakkan bekerja seorang diri di dalam makmal. Pastikan terdapat orang kedua

yang boleh memberi bantuan jika berlaku kemalangan.

Page 13: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

2

1.2. Peraturan Am Bekerja di Makmal/Bengkel

1. Pastikan alat pemadam api ditempatkan berdekatan dengan pintu atau di tempat yang sesuai (Alat pemadam api mestilah berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi).

2. Pastikan tiada sebarang kebocoran gas sebelum dan selepas menggunakannya.

3. Pastikan alat-alat berada di dalam keadaan yang baik sebelum ianya digunakan terutama yang melibatkan nyalaan api dan gas.

4. Pastikan jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan daripada suis mencukupi bagi alat yang hendak digunakan.

5. Pastikan tempat bekerja anda mempunyai kotak pertolongan cemas yang lengkap.

6. Pastikan pakaian pelindung yang dipakai sesuai dengan jenis kerja. 7. Sentiasa memakai kasut bertutup semasa bertugas. 8. Gunakan alat pelindung pernafasan semasa mengendalikan bahan-bahan

beracun. 9. Pastikan pengatur udara termampat di dalam makmal/bengkel ditutup setiap

kali selesai menggunakannya. 10. Maklumkan kepada kakitangan lain di makmal setiap kali hendak memasang

mesin pemampat udara.

Beberapa peraturan keselamatan tambahan berikut perlu diambil perhatian. 1.3. Keselamatan di Makmal

1. Gunakan sarung tangan yang sesuai dengan bahan kimia yang dikendalikan. 2. Jangan hulurkan kepala ke dalam kebuk wasap semasa mengendalikan bahan

eksperimen. 3. Pastikan anda memakai cermin mata keselamatan apabila menjalankan uji kaji

yang mudah memercik.

BAHAYA DARIPADA BAHAN KIMIA - sila rujuk Lampiran 1 BAHAYA DARIPADA SILINDER GAS - sila rujuk Lampiran 2

1.4 Keselamatan di Bengkel

1. Pastikan semua jenis tumpahan dibersihkan sama ada di peralatan, meja atau lantai.

2. Pastikan semua peralatan dan alat radas disusun dengan kemas dan teratur selepas digunakan.

3. Gunakan topi keselamatan semasa anda bertugas di bengkel. 4. Gunakan kasut khas semasa menjalankan tugas. 5. Gunakan perlindungan telinga semasa mengendalikan mesin yang

mengeluarkan bunyi melebihi 80 dB.

Page 14: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

3

6. Gunakan sarung tangan kulit atau yang bersesuaian untuk mengendalikan kayu dan sarung tangan getah untuk mengendalikan bahan awet.

1.5 Kegunaan Alat Lindung Diri di Makmal/Bengkel Semasa menjalankan kerja-kerja am di bengkel dan makmal, perlindungan perlu diberikan kepada anggota badan seperti mata, tangan dan kaki kerana ianya tidak dapat menahan daripada kemalangan yang boleh berlaku seperti letupan peralatan kaca, asap toksik, bahan kimia atau objek yang jatuh. Penggunaan peralatan perlindungan diri dan peralatan keselamatan makmal yang bersesuaian adalah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya pekerja dapat bekerja dengan selamat. Peralatan keselamatan makmal/bengkel dan perlindungan diri dibekalkan bagi tujuan mengelak bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan, kimia, sinaran radiologi, mekanikal dan persekitaran yang berpotensi menyebabkan kecederaan atau ketidakfungsian sebarang anggota badan melalui penafasan, penyerapan atau hubungan langsung secara fizikal. Penggunaan peralatan ini mestilah memenuhi spesifikasi, prosedur, kaedah piawai, kod dan undang-undang yang terpakai. Penyenggaraan dan kebersihan terhadap peralatan tersebut perlulah dilaksanakan bagi memastikan alat tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan boleh berfungsi semasa diperlukan. a) Pelindung Badan Kegunaan: Melindungi pakaian dan anggota badan daripada sebarang pencemaran atau percikan bahan kimia. Prosedur Penggunaan:

Sentiasa memakainya semasa menjalankan kerja makmal

Mengenakan semua butang dengan sempurna

Semua pakaian lain seperti tudung, kolar baju, tali leher atau selendang hendaklah diselitkan dengan rapi ke dalam kot makmal

Page 15: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

4

b) Pelindung Mata

Kegunaan: Melindungi mata daripada sebarang kecederaan sewaktu menjalankan kerja-kerja berisiko tinggi seperti percikan bahan kimia dan lain-lain objek. Prosedur Penggunaan:

Sentiasa memakainya ketika melakukan kerja-kerja berisiko

Cermin mata keselamatan mestilah bersih daripada sebarang kotoran

Pastikan dalam keadaan sedia guna

c) Pelindung Muka Kegunaan: Melindungi keseluruhan bahagian muka daripada sebarang kecederaan sewaktu menjalankan kerja-kerja berisiko tinggi. Prosedur Penggunaan:

Sentiasa memakainya ketika melakukan kerja-kerja berisiko

Bahagian hadapan cermin mestilah bersih daripada sebarang kotoran

Pastikan dalam keadaan sedia guna

d) Pelindung Pernafasan (habuk dan partikel halus)

Kegunaan: Melindungi sistem penafasan daripada bahan meruap asid atau pelarut organik, bahan berdebu kering, wasap logam atau persekitaran berhabuk. Prosedur Penggunaan:

Memakainya sesuai dengan kerja dilakukan dan persekitaran

Menutupi keseluruhan bahagian hidung dan mulut

Pastikan dalam keadaan sedia guna

Sekiranya bau asid/pelarut organik dikesan semasa memakainya, respirator hendaklah ditukar

Page 16: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

5

e) Perlindungan Pernafasan (gas dan wap racun)

Kegunaan: Melindungi sistem penafasan daripada bahan toksik meruap dan gas.

Prosedur Penggunaan:

Memakainya jika berlaku kebocoran gas atau pencemaran asid atau pelarut organik meruap yang boleh memberi kesan serta merta kepada sistem penafasan

Menutupi keseluruhan bahagian hidung dan mulut

Penapis hendaklah ditukar apabila hampir ke tarikh luput

f) Peti Pertolongan Kecemasan Kegunaan : Menyimpan ubat-ubatan dan kelengkapan pertolongan cemas untuk rawatan awal. Prosedur Penggunaan:

Pastikan ianya diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan mempunyai senarai jenis ubat dan mempunyai notis tarikh luput

Pastikan penggunaan ubat berpandukan prosedur

Semua ubat hanya untuk rawatan awal sahaja

Jumpa doktor untuk rawatan lanjut

g) Pencuci Mata

Kegunaan: Mencuci/membilas mata daripada percikan bahan kimia (asid/alkali).

Page 17: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

6

Prosedur Penggunaan:

Buka tombol penutup dan percik larutan pembasuh ke mata

Jumpa doktor untuk rawatan lanjut

Pastikan dalam keadaan sedia guna dan bersih dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan

h) Selimut Kebakaran

Kegunaan: Melindungi bahagian anggota/pakaian daripada kebakaran kecil.

Prosedur Penggunaan:

Tarik selimut dari sarungnya dan secepat mungkin selubungi bahagian mangsa yang terbakar

Pastikan kebakaran pada mangsa telah terpadam sepenuhnya

Ketepikan selimut dan kenal pasti tanda kecederaan pada mangsa

Bawa mangsa ke hospital untuk rawatan seterusnya

i) Pancuran Keselamatan Kegunaan: Membasuh atau membilas bahagian anggota/pakaian yang terkena bahan kimia berkepekatan tinggi. Prosedur Penggunaan:

Buka air paip dengan menarik tombol pembuka ke bawah

Halakan bahagian yang terkena bahan kimia ke pancuran air

Jika bahan kimia telah mengenai bahagian kulit, biarkan pancutan air mengalir ke permukaan tersebut sehingga rasa sakit dapat dikurangkan

Jumpa doktor untuk rawatan lanjut

Pastikan dalam keadaan sedia guna dan bersih dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan

j) Pelindung Tangan (Sarung tangan getah)

Page 18: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

7

Kegunaan : Melindungi bahagian tangan daripada bahan/kotoran berjangkit atau semasa pengendalian bahan-bahan kimia berkepekatan rendah. Prosedur Penggunaan:

Sentiasa memakainya sesuai dengan kerja-kerja yang dilakukan

k) Pelindung Tangan (Sarung tangan getah kalis kimia) Kegunaan: Melindungi keseluruhan bahagian tangan daripada kecederaan semasa menjalankan kerja-kerja berisiko atau pengendalian bahan-bahan kimia berbahaya. Prosedur Penggunaan:

Memakainya sesuai dengan kerja-kerja yang dilakukan

Elakkan daripada memakai sebelah tangan sahaja

Bersihkan selepas menggunakannya

Pastikan dalam keadaan sediaguna

l) Pelindung Tangan (Sarung tangan kain kapas)

Kegunaan: Melindungi keseluruhan bahagian tangan daripada kecederaan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kerja berat dan melibatkan suhu panas. Prosedur Penggunaan:

Memakainya sesuai dengan kerja-kerja yang dilakukan

Elakkan dari memakai sebelah tangan sahaja

Bersihkan selepas menggunakannya

Setiap pekerja harus diberikan sepasang, tidak boleh berkongsi

Pastikan dalam keadaan sedia guna

m) Pelindung Telinga

Kegunaan: Melindungi anggota pendengaran daripada kesan bunyi bising yang mungkin memberi kesan negatif pada sistem pendengaran.

Page 19: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

8

Prosedur Penggunaan:

Memakainya sesuai dengan kerja dilakukan

Menutupi keseluruhan bahagian telinga

Pastikan sentiasa dalam keadaan sedia guna

n) Pemadam Api Serbuk Kering Kegunaan: Sesuai untuk kebakaran kecil kelas A (pepejal), kelas B (cecair) dan kelas C (elektrik). Prosedur Penggunaan:

Bawa alat berdekatan api

Tidak melawan arus angin

Tarik pin keselamatan

Halakan muncung ke pangkal api

Tekan pelancar

o) Pemadam Api Karbon Dioksida Kegunaan: Memadamkan kebakaran kecil kelas D (kebakaran logam dan cecair mudah terbakar). Prosedur Penggunaan:

Bawa alat berdekatan api

Tidak melawan arus angin

Tarik pin keselamatan

Halakan muncung ke pangkal api

Tekan pelancar

p) Pakaian untuk Kerja Bengkel dan Lapangan Kegunaan: Pakaian yang sesuai mestilah dipakai semasa menjalankan kerja-kerja yang boleh mendatangkan risiko (contoh: untuk kerja di taman dan memanjat pokok).

Page 20: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

9

1.6 Kemalangan Utama Akibat Kecuaian Anda

1. Luka, cedera dan buta

i. Akibat daripada percikan asid pekat, alkali pekat dan sebatian organik. ii. Pecahan daripada bahan-bahan kaca.

iii. Daripada mata gergaji, pisau, kayu dan benda-benda keras. iv. Daripada mesin-mesin yang melibatkan kuasa tekanan. v. Daripada renjatan elektrik.

2. Kebakaran dan Letupan

i. Akibat daripada pelarut organik, asid dan alkali pekat.

ii. Akibat daripada gas. iii. Akibat daripada punca-punca elektrik. iv. Akibat daripada alat bertekanan tinggi.

3. Keracunan

i. Akibat daripada bahan kimia.

ii. Akibat daripada habuk kayu/partikel halus. Bahaya Daripada Bengkel - sila rujuk Lampiran 3. 1.7 Penyelenggaraan Am

1. Kawasan kerja hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan selepas digunakan.

2. Lantai kawasan kerja hendaklah bebas daripada sebarang bentuk halangan dan tumpahan.

3. Semua peralatan yang telah digunakan, perlu dibersihkan dan diletakkan semula di tempat asalnya.

4. Sebarang peralatan yang rosak hendaklah dilabel dengan terang dan dilaporkan segera kepada pegawai atasan untuk tindakan lanjut. Sebarang sambungan elektrik hendaklah ditanggalkan.

5. Pastikan punca air, api, elektrik dan gas ditutup selepas digunakan.

Page 21: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

10

1.8 Penyelenggaraan Makmal

1. Bahan kimia perlu diletakkan di tempat asal selepas digunakan. Jika ada tumpahan di luar botol, ia hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.

2. Label pada bahan kimia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik dan jelas. Label yang rosak hendaklah diganti semula.

3. Pastikan bahan kimia yang disediakan mempunyai label dan tarikh penyediaannya. 4. Gunakan kebuk wasap apabila menggunakan bahan kimia yang meruap dan

membahayakan kesihatan. 5. Sisa-sisa bahan kimia hendaklah dikumpulkan di dalam bekas yang berasingan dan

dilabel dengan terang untuk tujuan pembuangan. Pembuangan bahan awet melalui longkang adalah dilarang sama sekali.

6. Pastikan semua peralatan yang melibatkan gam, gris, simen, bahan awet dan cat dicuci sempurna sesudah digunakan.

7. Sebelum menggunakan alat-alat bermotor, pastikan kandungan minyak pelincirnya mencukupi.

8. Pastikan terlebih dahulu keadaan mesin sempurna sebelum dan sesudah digunakan.

9. Bebaskan sebarang daya tekanan atau vakum pada alat radas selepas tamat bekerja.

Page 22: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

11

BAB 2 2.0 PENYELENGGARAAN BAHAN KIMIA DAN GAS 2.1 Penyelenggaraan Bahan Kimia Bahan-bahan kimia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang berbeza seperti:

1. Takat kilat (flash point), 2. Bentuk bahan kimia (pepejal, cecair atau gas), 3. Takat didih, 4. Takat lebur, dan 5. Kestabilan bahan pada suhu yang berbeza.

Faktor-faktor di atas mempengaruhi cara penyimpanan bahan-bahan tersebut termasuk suhu kawalan dan sistem pengudaraan. Kesemua bahan kimia perlu disimpan dalam keadaan yang sesuai bagi memanjangkan masa hayatnya. Bahan kimia yang berlebihan perlu disimpan di tempat yang memenuhi ciri-ciri berikut:

1. Ianya perlu diletak berasingan dari tempat kerja. 2. Mempunyai sistem pengudaraan yang baik. 3. Dilengkapi dengan alat penghawa dingin (24 jam) terutama bagi bahan kimia yang

mempunyai takat kilat yang rendah. Ini adalah kerana negara kita mempunyai cuaca yang panas dan lembab yang boleh menyebabkan kebanyakan bahan kimia meruap dan menimbulkan bahaya kemalangan.

4. Mempunyai rak untuk menyimpan bahan kimia dengan teratur dan sistematik, 5. Mempunyai rekod keluar-masuk bahan kimia yang lengkap dan kemaskini. 6. Dilengkapkan dengan alat-alat keselamatan seperti alat pemadam api, loceng

kebakaran, alat pernafasan, selimut kebakaran, pancuran keselamatan dan sebagainya.

7. Pastikan stor sentiasa berkunci apabila tidak digunakan. Kunci hendaklah dipegang oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan.

8. Setiap bahan kimia yang diterima dan dikeluarkan perlu diperiksa dan direkodkan dalam kad indeks.

2.1.1 Simbol Bahaya Bahan Kimia Kebanyakan bahan kimia adalah berbahaya kepada kesihatan sekiranya tidak digunakan dengan betul. Sebaliknya jika digunakan dengan mengikut peraturan yang betul, ianya akan memberikan faedah kepada kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan. Kakitangan yang bekerja di makmal seharusnya memahami simbol-simbol amaran yang terdapat di botol bahan kimia sebelum menggunakannya. Sikap ‘tidak apa’ selalunya akan membawa keburukan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Simbol-simbol amaran bahaya yang biasa terdapat di kebanyakan botol/bekas bahan kimia adalah seperti berikut:

Page 23: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

12

1. Mudah Terbakar (Highly flammable)

Simpan di tempat sejuk dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik

Jauhi dari punca api – dilarang merokok

Sila tutup dengan rapat

Awasi pembuangan statik (static discharge)

Contoh: Alkohol, butana, karbon monoksida, hidrogen, asetilina

2. Menghakis (Corrosive)

Menyebabkan hakisan atau kulit terbakar

Jauhi daripada sentuhan pada kulit dan mata

Contoh: Asid kuat (HCl, HNO3) alkali, asetik anhidrida, benzoil klorida

3. Racun (Toxic/poison)

Berbahaya jika tersedut atau terminum

Jauhi daripada terkena kulit/mata

Contoh: Sebatian arsenik, sianida, anilina, raksa

4.

Mudah Meletup (Explosive)

Simpan di tempat yang berasingan

Jauhi dari sebarang haba atau punca api

Contoh: asid pikrik, benzoil peroksida, hidrazina nitrat, merkuri fulminat

Page 24: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

13

5. Bahan Pengoksida (Oxidising)

Bahan ini mudah bertindakbalas dan mudah meletup

Jauhi daripada segala bahan kimia yang reaktif dan punca haba

Contoh: Asid perklorik, hidrogen peroksida, barium dioksida, semua jenis nitrat

6. Bahan Kimia Merangsang (Irritant/harmful)

Simpan di tempat sejuk

Botol perlu disejukkan dahulu sebelum dibuka

Gunakan kain basah untuk menyelaputi penutup sebelum botol dibuka

Jauhi daripada sentuhan kulit/mata

Contoh: Alil isotiosianat, sikloheksil isosianat, etil isosianat

7. Bahan Radioaktif (Radioactive)

Jauhi dari kawasan yang mengandungi simbol ini kecuali dilengkapi dengan pakaian pelindung

Terdapat dalam 3 kelas: - Max. Dose 0.5 mr/hr - Max. Dose 10 mr/hr - Max. Dose 200 mr/hr

8. Bahaya Biologi (Biohazard)

Bahan berbahaya yang terhasil daripada tumpahan atau pelepasan agen biologi, toksin, atau organisma berjangkit kepada persekitaran

Pelupusan sisa biologi hendaklah mengikut prosedur khas atau diautoklaf terlebih dahulu

Page 25: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

14

9. Bahaya Kepada Alam Sekitar (Dangerous for the environment)

Bahan kimia atau formulasi yang boleh membahayakan hidupan lain dan pencemaran alam sekitar

Menyebabkan kesan tercemar kepada air, tanah, udara, tanaman dan menyebabkan gangguan ekologi

Contoh: bahan anilina, pentana, petroleum benzin, tetraklorometana

2.1.2 Penggunaan Bahan Kimia Secara Am

1. Sebelum menggunakan sebarang bahan kimia anda mestilah memastikan dan memahami ciri-ciri bahan kimia tersebut daripada label yang dilekatkan kepada bekas penyimpan. Rujuk Rajah 1.

2. Pastikan anda mengetahui bentuk tindak balas yang akan terjadi daripada percubaan tersebut.

3. Pastikan anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk melindungi diri anda.

Sila rujuk pada contoh kod keselamatan seperti pada Rajah 1.

HCL = 36.46 Minimum assay

AnalaR BDH Chemicals Ltd Poole England

Hydrochloric acid sp. gr. 1.18

U.N. No. 1789 35.4% HCl

Weight per ml at 20 about 1.18 g

Maximum limits of impurities Causes burns

Irritating to respiratory system In case of contact with eyes, rinse immediately with plenty of water and seek medical advice

Keep out of reach of children

Colour 10 HU

Free chlorine (Cl) 0.0002 %

Sulphate (SO4) 0.0005 % Sulfite (SO3) 0.0001 % Aluminium (Al) 0.00005 % Ammonium(NH4) 0.001 Arsenic(As) 0.000002 %

Corrosive Prod 10125 2.5L

Barium (Ba) 0.00002 % Cadmium (Cd) 0.000005 % Calcium (Ca) 0.00001 Cobalt (Co) 0.00001 % Copper (Cu 0.000002 % Iron (Fe) 0.00005 % Lead (Pb) 0.0000005 % Magnesium (Mg) 0.00005 Manganese (Mn) 0.000002 Molybdenum (Mo) 0.000002 Nickel (Ni) 0.000005 Potassium (K) 0.00005 % Sodium (Na) 0.0001 % Strontium (Sr) 0.000002 % Zinc (Zn) 0.00002 %

Rajah 1. Contoh label bahan kimia

2.1.3 Penggunaan Asid/Alkali Pekat

1. Pencairan mestilah dilakukan dengan mencampurkan asid ke dalam air. 2. Gunakan pipet untuk kerja-kerja penyukatan asid/alkali. 3. Jika terjadi pertumpahan asid/alkali, neutralkan dengan alkali/asid cair terlebih

dahulu sebelum dilakukan pencucian.

BDH

Page 26: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

15

4. Gunakan alat pembawa botol khas untuk kerja-kerja pemindahan botol asid/alkali pekat.

5. Gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan terhadap bahan kimia ini. 6. Gunakan kebuk wasap.

2.1.4 Penggunaan Bahan-bahan Organik

1. Gunakan batu didih untuk tujuan pemanasan. 2. Jangan gunakan nyalaan api untuk tujuan pemanasan; gunakan mantel pemanas. 3. Pastikan botol ditutup dengan baik selepas sahaja digunakan.

AMARAN Kebanyakan daripada bahan kimia organik bersifat meruap, mudah terbakar, bertindak balas dengan kulit dan mempunyai ciri-ciri karsinogenik (untuk jangka panjang). 2.2 Pelupusan Sisa Bahan Kimia Sisa bahan kimia merupakan sebarang bahan buangan yang mengandungi apa sahaja bahan kimia yang terhasil dari makmal-makmal penyelidikan yang terdapat di FRIM. Ianya boleh terdiri daripada bentuk cecair, mendakan mahupun pepejal. Semua sisa bahan kimia ini dianggap sebagai toksik dan memerlukan langkah-langkah keselamatan tertentu untuk mengendalikannya. 2.2.1 Pengelasan Sisa Bahan Kimia Pengelasan sisa bahan kimia mengikut klasifikasi kumpulan oleh Kualiti Alam adalah seperti berikut:

Kumpulan Jenis sisa bahan kimia

A Sisa minyak mineral termasuk minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah tercemar minyak dan sebagainya.

B Sisa kimia organik mengandungi unsur halogen/sulfur seperti feron, sisa PVC dan sebagainya.

C Sisa kimia organik tanpa unsur halogen/sulfur (<1%) seperti aseton, alkohol, benzin dan sebagainya.

H Sisa kimia organik tanpa unsur halogen/sulfur seperti gam, lateks, cat, fenol, dakwat pencetak, minyak sintetik, epoksi dan sebagainya.

K Sisa mengandungi merkuri seperti lampu wap merkuri, bateri merkuri dan sebagainya.

T Sisa racun makhluk perosak seperti racun serangga, racun kulat, racun tikus dan sebagainya.

X Sisa bahan kimia takorganik seperti asid, alkali, sodium hipoklorit, garam takorganik, hidroksida logam, sisa sianida dan sebagainya.

Z Sisa pelbagai- sisa ubat, sisa asbestos, pepejal mineral, isosianida, bateri dan sebagainya.

Page 27: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

16

2.2.2 Prosedur Pelupusan Sisa Bahan Kimia Kaedah pengendalian sisa bahan kimia yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan yang terlibat dengan bahan kimia dari setiap makmal yang terdapat di FRIM.

1. Kumpulkan setiap sisa bahan kimia yang terhasil ke dalam bekas botol ‘Winchester’ (botol kosong bahan kimia) atau bekas yang disediakan. Bekas tersebut mestilah dilabelkan berdasarkan jenis sisa bahan kimia yang terdapat di dalamnya dan makmal yang terlibat.

2. Jenis sisa bahan kimia yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada label berikut yang boleh diperolehi daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FRIM.

Kategori Jenis Warna Label

A Sisa asid Merah

B Sisa alkali Biru

C Sisa pelarut organik Hijau

D Sisa pelarut bukan organik Putih

E Sisa-sisa racun Kuning

3. Botol yang telah penuh hendaklah dikumpulkan di atas rak di luar makmal masing-

masing. Sila maklumkan kepada JKKP FRIM apabila sisa bahan kimia tersebut sudah mempunyai kuantiti yang mencukupi untuk dipindahkan ke dalam stor penyimpanan sisa bahan kimia.

4. Sisa bahan kimia tersebut akan disusun di atas rak-rak yang disediakan berdasarkan kepada kategori di atas. Pihak JKKP FRIM akan menghubungi pihak syarikat yang berlesen dan berkelayakan (sebagai contoh: Kualiti Alam Sdn. Bhd.) untuk melupuskan sisa-sisa bahan kimia tersebut melalui kemudahan pembuangan sisa bahan kimia yang terdapat di Bukit Nenas, Negeri Sembilan.

5. Bagi sisa bahan kimia kategori A dan B di atas yang boleh dineutralkan antara asid dan alkali, ia boleh dilupuskan ke dalam ‘pit’ yang sedia ada selepas proses peneutralan dilaksanakan oleh ahli kimia.

2.3 Penyelenggaraan Gas 1. Bilik stor mesti mempunyai peredaran udara yang baik dari bahagian atas dan

bawah. 2. Penyimpanan silinder gas di tempat terbuka, mestilah dilindungi daripada

pancaran matahari yang tepat.

LARANGAN

Jangan gunakan sebarang bahan yang tidak telap air (contoh: kain khemah) untuk menyelimuti silinder.

Page 28: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

17

3. Silinder gas mesti dilindungi daripada keadaan yang boleh mendatangkan karat dan hakisan (elakkan dari permukaan lantai yang lembab).

4. Jauhi dari semua jenis suis elektrik kecuali suis elektrik jenis kalis api. 5. Labelkan silinder gas yang kosong dengan jelas dan letakkan berasingan daripada

silinder yang penuh. 6. Jauhkan silinder gas oksigen daripada silinder yang mengandungi gas mudah

terbakar (contoh: asetilin). 7. Pastikan silinder gas asetilin disimpan dalam keadaan tegak dengan menggunakan

pemegang silinder, besi atau rantai. Pastikan silinder gas kosong yang diletakkan mendatar mempunyai pasak (wedge) pada bahagian tepi dan setiap longgokan mestilah tidak melebihi dari empat tong.

8. Dilarang merokok di tempat penyimpanan silinder gas. 9. Elakkan minyak, air, pasir halus, kotoran atau bahan-bahan lain daripada

memasuki injap silinder. 10. Jangan gunakan silinder gas sebagai penggolek atau sebagai penahan. 11. Jauhkan silinder gas dari sumber-sumber haba (contoh: relau, dandang dan

radiator). Sekiranya silinder gas terdedah kepada haba, dinding silinder akan menjadi semakin lemah dan tekanan gas akan bertambah. Ini akan meningkatkan keadaan bahaya.

12. Jangan letakkan silinder gas penuh atau peralatan yang menggunakan gas pada ruang yang kecil. Gas yang terlepas keluar dari silinder atau peralatan membentuk keadaan yang berbahaya pada ruang tersebut.

13. Pastikan injap pada silinder gas tidak bocor pada setiap masa. 2.3.1 Butir-butir Silinder Gas

2.3.1.1 Warna silinder gas

a) Setiap silinder gas dicatkan dengan warna yang berlainan mengikut kandungan gas di dalamnya. Silinder-silinder gas yang dibekalkan oleh Linde Malaysia menepati kod warna dari Spesifikasi Piawaian BS EN 1089-3: 1997 Transportable Gas Cylinders – Cylinder Identification – Part 3 Colour Coding. Sila rujuk Lampiran 4.

b) Nombor siri nama pemilik, kapasiti, tanda pemeriksaan (inspection mark),

ujian tekanan serta tarikh dan lain-lain lagi juga dilabelkan pada silinder. Ini dapat diperhatikan dalam contoh Rajah 2 (I & II).

Page 29: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

18

Tanda Pengenalan yang Biasa pada Leher Silinder

ACETYLENE (I)

OXYGEN

(II)

Rajah 2. Tanda pada silinder gas

2.3.2 Alat pengatur gas

Pemasangan alat atur pada silinder gas mudah terbakar dan gas tidak mudah terbakar mempunyai arah putaran yang berbeza. Putaran ke arah kanan menunjukkan jenis gas yang tidak mudah terbakar (contoh: oksigen dan nitrogen). Putaran ke arah kiri adalah untuk gas yang mudah terbakar (contoh: asetilina, propanana dan hidrogen). Pengecualian adalah bagi silinder yang mempunyai kunci pemusing injap (valve spindle keys).

2.3.3 Penggunaan Gas

1. Jangan gunakan minyak dan gris pada injap silinder atau sebarang penyambungan gas kerana minyak atau gris mudah menyala oleh percikan api dan membakar dengan adanya oksigen.

2. Jangan pindahkan silinder gas dalam keadaan alat pengatur dan salur masih terpasang pada silinder gas.

1234

BOC

200 L

NO. SIRI SILINDER

KAPASITI SILINDER

PEMILIK

TANDA KILANG G

ACETYLENE COMPRESSED INTO POROUS

NOMBOR REKAAN

TANDA PEMERIKSAAN

D.N. 759

## 8.2.48 CTC P

T 1000 9.2.48

LABEL PELEPASAN

RAWATAN HABA

UJIAN TEKANAN DAN TARIKH

Page 30: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

19

3. Pastikan injap silinder telah ditutup untuk kerja-kerja pemindahan. 4. Pastikan injap silinder gas dibuka dengan perlahan. Injap silinder yang ketat dan

sukar dibuka mestilah diperlakukan dengan berhati-hati. Jangan gunakan pengetuk atau pengumpil untuk membukanya. Gunakan pembuka gas yang sempurna dengan memberi tekanan tangan. Sekiranya masih gagal lagi, hantar silinder tersebut pada pembekal.

5. Pastikan silinder dan injapnya dalam keadaan bersih sebelum kerja-kerja penyambungan dijalankan.

6. Pastikan skru pengatur keluar pada alat pengatur dibuka sebelum dipasang pada silinder gas yang penuh untuk penyelarasan bagi mengelakkan risiko kerosakan pada alat pengatur.

7. Pastikan silinder tidak dikosongkan sepenuhnya, (tinggalkan sedikit tekanan di dalam silinder tersebut kira-kira 200 kPa). Pastikan injap ditutup untuk mengelakkan peresapan udara ke dalam silinder. Ini adalah mustahak terutamanya bagi gas yang mudah terbakar.

8. Jangan gunakan injap silinder, alat atur dan pengukur tekanan yang rosak. 9. Elakkan sebarang kebocoran gas. Kebocoran gas dapat dikesan dengan

menggunakan larutan sabun atau 5% larutan teepol pada sambungan gas. 10. Pastikan pembawa silinder gas digunakan semasa kerja-kerja pemindahan pada

paras ketinggian yang sama. Lif mestilah digunakan untuk pemindahan pada paras ketinggian yang berbeza atau gunakan saluran gas yang dipasang khas.

11. Penjagaan penggunaan gas: a. Gunakan alat atur yang dikhaskan untuk gas yang hendak dipakai. b. Gunakan tolok yang disyorkan oleh pembekal gas untuk menyukat

tekanan. Tolok untuk gas oksigen mesti ditandakan dengan perkataan oksigen dan tidak boleh diuji dengan minyak. Tolok yang digunakan untuk menunjukkan tekanan kandungan bagi silinder oksigen, nitrogen atau hidrogen mesti mempunyai bacaan dail tidak kurang daripada 3000 lb/in² (psi) atau 225 atmosfera. Bagi asetilin, mesti mempunyai bacaan dail maksimum tidak kurang daripada 600 lb/in².

c. Penggunaan salur i. Gunakan salur yang bermutu tinggi serta boleh menahan lebih 4 kali

tekanan biasa. ii. Salur mestilah dipasang kedap pada paip penyalur dan

penyambungan yang lain oleh klip ‘O’. iii. Gunakan salur berwarna merah untuk gas asetilina dan gas-gas jenis

lain yang mudah terbakar. Manakala warna biru khas untuk gas oksigen. Pastikan kedua-dua warna salur ini tidak bertukar.

iv. Pastikan selalu salur getah bebas daripada sebarang kebocoran. v. Gunakan salur pada kepanjangan yang sesuai. Jangan dililit salur

yang lebih di sekeliling silinder gas.

Page 31: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

20

BAB 3 3. TEKNIK BEKERJA DI MAKMAL DAN BENGKEL Adalah penting bagi setiap kakitangan makmal mengetahui teknik asas bekerja di makmal. Kemalangan akibat daripada kesilapan dan kecuaian di makmal adalah berpunca daripada pengalaman teknik makmal yang tidak betul. Berikut adalah cara yang betul bagi mengelakkan kemalangan dalam kerja yang melibatkan:

1. Penggunaan alat kaca di makmal, 2. Ekstraksi dan Refluks, 3. Pemisahan, 4. Penyulingan, dan 5. Penurasan

3.1 Penggunaan Alat dan Radas Kaca di Makmal

3.1.1 Jenis Alat Kaca di Makmal

Ada dua jenis alat kaca yang digunakan di makmal.

1. Kaca borosilikat – lebih tebal, keras dan tidak mudah pecah oleh haba. Contoh: bikar, tabung uji dan kondenser

2. Kaca kapur soda –lebih rendah ketahanan terhadap haba dan kimia. Contoh: botol dan bekas kaca

3.1.2 Memotong Tiub dan Batang Kaca

1. Tandakan bahagian yang hendak dipotong dengan pemotong kaca atau kikir tiga segi.

2. Sarung tangan hendaklah dipakai sebelum mematahkan tiub atau batang kaca. Letakkan kedua ibu jari kepada garisan yang telah dibuat dan sentap dengan perlahan.

3. Keratan yang dibuat itu perlu dilicinkan dengan cara dibakar.

3.1.3 Pemanasan dan penyejukan radas kaca

1. Gunakan radas kaca yang tahan haba ketika pemanasan. 2. Apabila menjalankan kerja-kerja penyejatan cecair, suhu hendaklah

dikurangkan perlahan-lahan mengikut penurunan paras cecair. Ini bagi mengelak radas kaca daripada retak dan pecah.

3. Jangan panaskan radas kaca yang bercalar/retak kerana kekuatan sifat-sifat habanya telah berkurangan.

4. Jangan panaskan radas kaca pada suhu maksimum kerana ini boleh menyebabkan radas retak/pecah.

Page 32: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

21

5. Gunakan batu didih semasa memanaskan larutan.

3.1.4 Penyambungan dan penanggalan radas kaca

1. Memasukkan tiub kaca ke dalam penyumbat getah/gabus

i. Gunakan alat penebuk yang sesuai ii. Tebuk lubang dari hujung yang kecil.

iii. Saiz lubang sepadan dengan saiz tiub kaca. iv. Sapu sedikit bahan pelincir pada kedua-dua lubang penyumbat dan hujung

tiub kaca. v. Semasa memasukkan tiub kaca ke dalam penyumbat, pegang berhampiran

lubang penyumbat, dan masukkan tiub perlahan-lahan secara putaran. vi. Pakai sarung tangan semasa memegang tiub.

2. Menanggalkan jangkasuhu yang melekat pada penyumbat getah

i. Potong penyumbat getah tersebut untuk mengelakkan jangkasuhu daripada patah

ii. Jika jangkasuhu patah, kumpulkan raksa ke dalam suatu bekas yang berisi dengan serbuk sulfur secepat mungkin

iii. Jangan pegang dengan tangan 3. Lapik kertas di antara dinding penyambung penutup kaca yang hendak

disimpan supaya tidak melekat. 3.2. Teknik Ekstraksi dan Refluks

1. Pastikan semua sambungan tiub getah dari punca air ke kondenser atau sebaliknya berkeadaan baik dan tidak mudah tanggal (Rajah 3).

Page 33: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

22

Rajah 3: Kaedah refluks

2. Mantel pemanas merupakan alat pemanas yang paling sesuai digunakan untuk kerja-kerja ekstraksi kerana ia boleh dipanaskan dengan haba yang seragam dan terkawal.

3. Gunakan tiub getah yang berdinding nipis untuk kondenser dan tiub getah berdinding tebal bagi penurasan bawah vakum.

4. Pastikan sedikit bahan pelincir disapu di antara penyambungan kaca sebelum disambungkan.

5. Gunakan 1-2 batu didih di dalam kelalang. 6. Pastikan kuantiti pelarut yang digunakan mencukupi (2/3 isi padu kelalang) dan

mencukupi bagi setiap pusingan ekstraksi. 3.3 Teknik Pemisahan 1. Teknik ini bertujuan untuk memisahkan dua larutan kimia (Rajah 4). 2. Setelah larutan digoncang di dalam corong pemisah, halakan hujung corong pemisah

ke atas dan buka untuk membebaskan gas yang terperangkap. 3. Dapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman sebelum menggunakan

kaedah ini.

Page 34: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

23

Rajah 4: Teknik Pemisahan

3.4 Teknik Penyulingan

1. Pastikan jenis kondenser yang digunakan itu bersesuaian dengan takat suhu didih cecair yang digunakan (Rajah 5).

2. Bagi kerja-kerja penyulingan hampagas pastikan radas kaca yang digunakan berkeadaan baik (tidak retak atau calar) dan disokong dengan kemas (jangan terlalu ketat).

3. Jangan gunakan kelalang kon berdinding nipis atau bertapak leper untuk kerja-kerja vakum. Gunakan kelalang berbentuk bulat.

Rajah 5: Kaedah Penyulingan

3.5 Teknik Penurasan

3.5.1 Penurasan secara graviti (Rajah 6)

1. Elakkan daripada menghidu sebarang asap ketika penurasan larutan kimia.

Page 35: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

24

2. Corong penuras mesti dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan kehilangan pelarut atau penghabluran di tepi corong bagi penurasan larutan yang panas.

3. Basahkan corong penuras dengan pelarut yang sama dengan larutan turasan.

Rajah 6: Penurasan secara graviti

3.5.2 Penurasan secara vakum/sedutan (Rajah 7)

1. Basahkan kertas turas dengan pelarut yang digunakan supaya ia terlekat rapi

di atas corong Buchner/Hirsch tersebut semasa aspirator/pam dipasang 2. Pastikan tiub sedutan ditanggalkan dahulu sebelum mencabut corong turas

untuk mengelak sebarang tumpahan 3. Gunakan tiub berdinding tebal bagi penurasan bawah vakum 4. Tutup pam/aspirator hanya setelah tiub ditanggalkan supaya air dari pam tidak

disedut ke dalam kelalang.

Rajah 7: Penurasan secara vakum

Page 36: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

25

3.6 Keselamatan dan Pencegahan Bahaya Biologi di Makmal Semua kakitangan yang menjalankan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada spesimen-spesimen yang mungkin boleh membawa kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen adalah berbeza-beza mengikut:

1. Sifat semula jadi dan kepekatan agen berjangkit. 2. Laluan masuk agen penjangkit ke dalam badan. 3. Ketahanan pekerja yang terdedah

3.6.1 Cara kemasukan agen biologi ke dalam badan

Kemasukan agen biologi ke dalam badan boleh melalui beberapa cara iaitu melalui:

1. Penyerapan yang boleh terjadi melalui luka dan calar pada kulit yang terdedah,

menyerap masuk melalui kulit atau mata, atau masuk melalui lapisan mukus yang lain melalui sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar seperti pensel, pen atau pipet menggunakan mulut.

2. Inokulasi terus yang boleh terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-

lain, di mana agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam pengaliran darah.

3. Penelanan melalui mulut yang boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit kuku atau minum tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

4. Pembentukan aerosol di mana agen penjangkit mungkin boleh menjadi bawaan udara sebagai hasil daripada pelbagai prosedur makmal atau kemalangan seperti tumpahan, pengemparan, penggoncangan, penghomogenan, pembakaran, percikan, serbuk daripada kesan darah kering atau semasa membuka tiub (terutamanya jenis flip top).

3.6.2 Peraturan Umum bagi Pencegahan Bahaya Biologi

1. Semua spesimen hendaklah dianggap sebagai bahan yang berpotensi untuk

berjangkit. 2. Lakukan semua penghomogenan dan penyediaan sampel di dalam kebuk

wasap/kabinet keselamatan biologi. 3. Sarung tangan pakai buang mestilah dipakai sewaktu mengendalikan

specimen, permukaan dan objek yang terdedah kepadanya. 4. Sarung tangan hendaklah ditanggalkan sebaik sahaja tugas makmal selesai dan

dibuang ke dalam bekas sisa biologi. Sarung tangan tersebut tidak boleh dipakai sewaktu menggunakan telefon atau semasa menjalankan sebarang kerja pejabat yang lain.

5. Cermin mata atau topeng keselamatan yang sesuai mestilah dipakai dalam keadaan pesekitaran aerosol kuman atau kulat dijangka terjadi.

Page 37: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

26

6. Kot makmal yang bersih atau apron pakai buang hendaklah dipakai sewaktu menjalankan tugas seperti di (2). Tanggalkan kot, apron dan sarung tangan dan cucilah tangan sebelum meninggalkan makmal.

7. Tindakan berwaspada hendaklah diambil bagi mengelak kecederaan yang disebabkan oleh jarum, pisau, pisau bedah dan peralatan lain yang tajam.

8. Semua pipet Pasteur, alat kaca dan perkakas yang telah bersentuhan dengan spesimen hendaklah dibersih dan disteril semalaman dengan merendam peralatan tersebut di dalam larutan hipoklorit (0.5% klorin) yang baru disediakan.

9. Semua barang/alat kaca yang tajam dan pecah hendaklah dibuang ke dalam bekas sisa khas yang disediakan.

10. Selalu membasuh tangan dengan sabun dan air. Basuh tangan di sinki yang telah disediakan dan keringkan dengan tuala kertas pakai buang.

11. Jangan letak objek yang mungkin telah tercemar secara tidak sengaja ke dalam mulut (seperti pen/pensel).

12. Luka mestilah ditutup dengan pembalut atau plaster luka kalis air sebelum memakai sarung tangan.

13. Sentuhan tangan seperti menggosok mata, mengorek hidung dan sebagainya hendaklah dielakkan.

14. Makan, minum, menghisap rokok, menggunakan alat-alat kosmetik atau menyimpan makanan adalah tidak dibenarkan di kawasan kerja makmal.

15. Semua peralatan seperti pengempar, kukus air, peti sejuk, inkubator mestilah selalu dibersih dan dinyahjangkit.

16. Laluan masuk ke kawasan kerja/makmal biologi terhad kepada pegawai-pegawai yang dibenarkan sahaja.

3.6.3 Kebuk Wasap/Kabinet Keselamatan Biologi.

1. Kabinet-kabinet direka bentuk untuk menghindarkan operator terdedah kepada bahan-bahan yang sedang dikendalikan. Di samping itu, ia juga menyediakan satu zon bekerja yang dapat menghalang bahan-bahan biologi yang berbahaya kepada kesihatan daripada memudaratkan operator atau terlepas keluar ke dalam makmal. Tujuan utama kabinet ini adalah untuk menghalang sebarang aerosol yang terbentuk di dalam kabinet daripada terlepas keluar ke makmal.

2. Semua penghomogenan dan penyediaan sampel hendaklah dilakukan di dalam kabinet keselamatan.

3. Jangan sesakkan kabinet kerana ini akan mengganggu peredaran udara dan perlindungan operator tidak dapat dijamin.

4. Kertas kerja tidak boleh diletakkan di dalam kabinet keselamatan. 5. Selepas berlaku sebarang kemalangan/tumpahan di dalam kabinet,

dekontaminasi dan pembersihan hendaklah dijalankan.

6. Kepingan penyerap yang mempunyai lapisan plastik di bahagian belakangnya mungkin boleh dibentang di atas lantai kerja bagi memudahkan pembersihan

Page 38: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

27

semasa atau selepas kerja, dan dibuang ke dalam bekas sisa biologi yang sesuai.

7. Letakkan semua bahan dan peralatan yang diperlukan di tempat yang mudah dicapai oleh operator.

3.6.4 Meja Kerja

1. Meja kerja di dalam makmal dan kawasan di sekitar kebuk wasap/kabinet keselamatan biologi hendaklah sentiasa kemas.

2. Meja kerja dan kawasan di dalam kebuk wasap/kabinet keselamatan biologi selalu dibersih dan dinyahjangkit dengan 0.5% klorin sedia ada (sodium hipoklorit) atau disenfektan yang sesuai dan alkohol 70%.

3.6.5 Tumpahan

1. Kebuk wasap/kabinet keselamatan biologi direka bentuk untuk menampung

bahan berjangkit yang terbebas daripada tumpahan. Walau bagaimanapun, prosedur yang sesuai hendaklah digunakan sewaktu membersih tumpahan

2. Curahkan sodium hipoklorit (0.5% klorin sedia ada) atau disenfektan lain yang sesuai dengan kuantiti yang mencukupi, di kawasan tumpahan dan kawasan sekitarnya.

3. Selepas penyahaktifan awal tumpahan, cecair yang berlebihan dipindahkan dengan menggunakan bahan penerap (seperti tuala kertas) dan dilupuskan.

4. Lap kawasan kerja dan peralatan yang tinggal dengan larutan disenfektan dan alkohol 70%.

5. Jika tumpahan besar atau melibatkan mikroorganisma (yang sangat mudah berjangkit) di dalam kabinet, maka fumigasi (dekontaminasi dengan gas folmaldehid) mungkin diperlukan sebelum penggunaan selanjutnya. Pewasapan seharusnya dijalankan oleh orang yang berpengalaman.

3.6.6 Sisa Biologi

1. Sisa biologi hendaklah dianggap sebagai berpotensi untuk berjangkit. 2. Bekas biohazard khusus yang dilabel dengan jelas hendaklah disediakan di

dalam makmal bagi mengumpul bahan-bahan tercemar untuk pembuangan. Bekas-bekas tersebut ialah: i. Bekas biohazard untuk bahan-bahan tercemar seperti kertas, tuala,

sarung tangan, pipet tip. ii. Bekas biohazard untuk benda-benda tajam/pecahan kaca dan bilah pisau

bedah.

3. Semua sisa biologi di dalam makmal hendaklah dipungut setiap hari, dimasukkan ke dalam beg plastik yang lain dan ditutup terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam bekas biohazard yang khas.

Page 39: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

28

4. Sisa di dalam bekas besar hendaklah dipungut setiap minggu atau pada jarak waktu yang sesuai oleh agensi pelupus sisa yang dilantik untuk pelupusan sewajarnya.

5. Sebagai alternatif, sisa biologi yang dipungut di dalam bungkusan plastik boleh diautoklaf terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam bekas buangan biasa. Bekas tersebut hendaklah dikenal pasti khusus untuk sisa biologi yang diautoklaf dalam makmal.

3.7 Teknik Bekerja di Bengkel

3.7.1 Asas keselamatan di bengkel

Panduan yang perlu diambil oleh pekerja bengkel ialah 1. Operator tidak memakai pakaian yang terlalu longgar atau mempunyai rambut

yang panjang yang dibiarkan tanpa diikat. 2. Mesin yang berkedudukan kekal mesti dilengkapi dengan butang berhenti

kecemasan dan suis automatik kejatuhan voltan.

3.7.2 Pengendalian dan penyimpanan bahan

1. Cara penyimpanan yang tersusun dengan baik: Elakkan daripada membiarkan peralatan atau barangan kerja lain bertaburan di atas lantai. Ini dapat dilakukan dengan:

i. Menyediakan rak-rak pelbagai paras. ii. Menyediakan tempat penyimpanan yang khusus bagi setiap alat dan bahan

kerja. 2. Operasi pengendalian dan pengangkutan yang lebih cekap:

i. Untuk memastikan meja kerja sentiasa teratur, susunan alat hendaklah mengikut kekerapan alat tersebut digunakan. Letakkan alat-alat yang selalu digunakan berdekatan dengan meja kerja manakala alatan yang diperlukan sesekali sahaja, hendaklah disimpan di tempat penyimpanan yang sepatutnya.

ii. Gunakan storan bergerak seperti troli dan trak ansun untuk mengalih alatan yang besar dari satu tempat ke tempat yang lain.

Page 40: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

29

3. Mengalih/mengangkat beban yang berat

i. Jangan mengangkat beban lebih tinggi daripada sepatutnya, seperti mengangkat barangan dari bawah paras lutut terus ke paras atas bahu.

ii. Alihkan barangan pada paras yang sesuai dengan ketinggian seseorang pekerja.

iii. Kerja pemindahan alatan dan barangan perlu dilakukan dengan cekap dan selamat agar tidak mengakibatkan sakit belakang. Cara mengangkat beban secara manual adalah seperti berikut: (Rajah 8)

beban yang hendak diangkat diletakkan berhampiran dengan badan (posisi permulaan),

kedua belah kaki dijarakkan dan badan diimbang dengan betul

bengkokkan lutut,

leher dan bahagian belakang badan dalam keadaan lurus,

luruskan kaki ketika meluruskan belakang badan, dan

jika boleh, beban hendaklah dipegang kedua belah tangan.

Rajah 8: Teknik yang betul pemindahan beban berat

4. Pengendalian peralatan/mesin : Untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku:

peralatan mestilah disenggara dengan baik,

peralatan yang rosak perlu dibaiki dengan segera, dan

pekerja yang menggunakan mesin yang khusus perlu mempunyai latihan secukupnya.

Page 41: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

30

3.7.3 Faktor yang perlu diambil berat

Faktor yang perlu diambil berat ketika menjalankan kerja di bengkel adalah merangkumi: 1. Latihan dan arahan kerja

Kesemua pekerja yang mengoperasi mesin yang mempunyai tahap bahaya yang tinggi perlu diberi latihan secukupnya. Latihan yang diberi termasuk: i. Arahan pengoperasian mesin oleh operator yang mahir.

ii. Arahan alat keselamatan dan fungsinya. iii. Operasi-operasi percubaan.

2. Latihan juga perlu menekankan bahawa seseorang pekerja tidak boleh

mengoperasi mesin sekiranya:

i. Beliau tidak biasa/mahir dengan mesin tersebut. ii. Tanpa alat keselamatan.

iii. Jika beliau tidak pasti alat keselamatan yang disertakan beroperasi dengan baik.

3. Penyenggaraan

Ini adalah perlu untuk mengelakkan kemalangan yang kecil yang boleh dielakkan. Dalam membangunkan program penyelenggaraan, dokumen dan data berikut adalah diperlukan: i. Rekod penyenggaraan semua mesin dan peralatan. ii. Manual operasi dan gambarajah bagi setiap mesin. iii. Data pembaikan. iv. Menyediakan khidmat alat ganti yang bersesuaian.

4. Pelan lantai bengkel

Untuk mengelakkan kemalangan ruang kerja di bengkel perlu sesuai dan selamat:

i. Terdapat ruang yang mencukupi untuk bergerak dengan selamat. ii. Lantai yang rata dan tidak licin.

iii. Cahaya yang mencukupi bagi pekerja untuk melihat tempat bekerja dan kawasan sekeliling.

iv. Untuk mengelakkan kejutan elektrik, pepasangan elektrik perlu dibaiki sekiranya rosak dan penukaran sistem pendawaian dilakukan oleh pekerja yang mahir.

Page 42: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

31

BAB 4 4.0 BAHAYA DARIPADA PERALATAN ELEKTRIK DAN KEBAKARAN 4.1 Punca Bahaya daripada Peralatan Elektrik Kehilangan nyawa akibat kebakaran berpunca daripada kerosakan peralatan elektrik atau sistem-sistem litar kebanyakannya disebabkan daripada kelalaian atau kecuaian pengguna itu sendiri. 4.1.1 Penyelenggaraan Alat Elektrik

1. Gunakan alat elektrik terutama yang bervoltan tinggi dengan cermat. 2. Seseorang pengguna/pengelola mesin mestilah cekap dan cermat semasa

bekerja serta berpengetahuan dalam pengendalian mesin tersebut. 3. Pastikan setiap motor yang dibekalkan bersama dengan alat elektrik berada

dalam keadaan lengkap dan sempurna. 4. Gunakan kapasiti, toleransi voltan dan kuasa yang sesuai dengan alat yang

digunakan. 5. Pastikan sama ada ia menggunakan bekalan arus AC atau DC. 6. Motor yang digunakan hendaklah bersesuaian dari segi beban kerja peredaran

udara, ruang kerja dan ‘base mounting’ dengan alat elektrik yang digunakan. 7. Gunakan buku panduan semasa pemasangan alat dibuat.

4.1.2 Pengendalian Alat Elektrik

1. Pastikan sambungan kuasa dibuat dengan betul semasa pemasangan. 2. Gunakan buku panduan semasa mengendalikan alat elektrik. 3. Rujuk kepada pegawai atasan jika anda menghadapi sebarang masalah. 4. Gunakan teknik yang betul semasa mengendalikan ujian ekstrak yang

melibatkan mantel pemanas dan penyejuk air pada kondenser. 5. Arus elektrik perlu dilindungi dan dijauhi daripada sumber air/haba dan larutan

garam yang boleh menjadi pengalir elektrik. 6. Ruang peredaran udara hendaklah mencukupi. Alat jenis pemanas perlu

diletakkan sekurang-kurangnya 15 sm dari dinding. 7. Sesuatu motor yang digunakan harus dielakkan daripada menjadi terlalu panas

atau lebih muatan. 8. Jauhkan wap pelarut/asid daripada alat elektrikal bagi mengelakkan kakisan

dan terbentuknya karat. 9. Jangan letakkan sebarang halangan pada suis utama.

Ini adalah untuk memudahkan suis ditutup dengan segera apabila berlaku kecemasan.

4.1.3 Cara Mengelakkan Kemalangan Secara Am

Page 43: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

32

1. Pastikan suis enjin/elektrik ditutup sebelum menyentuh bahagian yang bergerak.

2. Jangan membuka dan mengalih kurungan besi daripada bahagian mesin yang sedang beroperasi.

3. Pakai pakaian pelindung yang sesuai. 4. Kenalpasti lokasi butang ‘OFF’ sebelum memulakan sesuatu operasi supaya

mesin dapat dihentikan dengan segera semasa kecemasan. 5. Tanamkan sikap bekerja yang baik seperti menegur kesalahan rakan sekerja

dengan menjelaskan potensi bahaya akibat daripada perbuatannya. 4.2 Punca Kebakaran

1. Bahan Kimia

i. Pelarut organik yang mempunyai tahap meledak yang rendah boleh menyebabkan letupan.

ii. Campuran wap pelarut organik dengan udara sangat mudah menyala hanya dengan tenaga haba yang rendah.

iii. Pemanasan larutan dengan api terbuka. iv. Pembuangan bahan kimia yang reaktif ke dalam tong sampah.

2. Penunu Bunsen

i. Dinyalakan tanpa dilindungi daripada angin dan sumber mudah

menyala. ii. Kebocoran tiub getah pembawa gas.

3. Perkakas Elektrik Dan Elektronik

i. Kabel dan komponen menjadi terlalu panas. ii. Penggunaan tanpa mengikut kadar yang betul. iii. Litar pintas disebabkan oleh kehadiran air.

4.3 Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Berlaku Kebakaran Kebakaran yang besar

1. Pecahkan kaca amaran kebakaran yang berhampiran untuk memberi amaran kepada semua kakitangan yang berada di dalam bangunan.

2. Hubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan segera.

3. Kosongkan bangunan dengan cepat, licin dan teratur tanpa kekecohan. 4. Berkumpul di tempat yang selamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh

Pegawai Keselamatan.

Page 44: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

33

5. Jangan memasuki semula bangunan melainkan jika diarahkan oleh Pegawai Keselamatan.

Kebakaran yang kecil

1. Jangan pecahkan kaca amaran kebakaran. 2. Cuba padamkan kebakaran dengan alat pemadam api yang terdapat

berdekatan tanpa berbahayakan diri sendiri. 3. Beritahu pegawai atasan atau pegawai keselamatan. 4. Jika dalam keraguan, ambil tindakan seperti di dalam kebakaran yang besar.

4.4 Alat-Alat Melawan Kebakaran Semua kakitangan makmal seharusnya mengetahui penempatan alat pemadam api, gulung hos-air, bakul pasir dan gebar api, dan juga cara penggunaannya yang betul. Sila rujuk Jadual 1. Jadual 1: Jenis-jenis kebakaran serta jenis alat pemadam api yang sesuai digunakan

Jenis kebakaran Alat pemadam yang sesuai

Nota

Bahan pepejal yang terbakar seperti kayu, kertas dan kain

Air, karbon dioksida, pasir

Jangan gunakan air di tempat yang ada suis elektrik atau alat kelengkapan

Cecair mudah terbakar, minyak, alat elektrik

Karbon dioksida serbuk kering

Berwaspada apabila menggunakan karbon dioksida kerana ia boleh mengurangkan oksigen di tempat yang sempit ke paras yang bahaya

Gas seperti metana, butana dan gas cecair

Karbon dioksida

Logam aktif seperti natrium, kalium, magnesium atau logam mangkin hiderid piroprik

Serbuk kering yang khas (bahan kimia kering), pasir

Jangan gunakan air atau karbon dioksida ke atas api ini

Elektrik Karbon dioksida Jangan gunakan air atau buih ke atas api ini

4.5 Notis Kebakaran (Umum)

Page 45: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

34

NOTIS DI BILIK TELEFON (DINDING)

JIKA ADA KEBAKARAN:- 1. Gunakan isyarat/penggera kebakaran atau hubungi operator dan beritahu lokasi

kebakaran. 2. Operator dail nombor 999 dan bila bercakap, minta Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia (JBPM), kemudian beritahu dengan jelas nombor telefon anda dan beritahu alamat tempat, tempat dan jenis kebakaran.

3. Cuba padamkan api dengan alat-alat atau selamatkan pesakit.

4.6 Latihan Pengungsian Bangunan 1. Setiap bangunan disyor mengadakan latihan pengungsian bangunan seberapa

kerap yang boleh setiap tahun, bertujuan untuk membiasakan kakitangan menghadapi keadaan kecemasan.

2. Stor bangunan mestilah sentiasa dalam keadaan kemas dan berkunci supaya

tidak disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sebagai tempat menghisap rokok dan sebagainya, yang mungkin akan mengakibatkan kebakaran.

3. Pintu-pintu bangunan jangan dikunci semasa bekerja, sebaik-baiknya sebaiknya

adakan alat pemadam api berhampiran bilik dan kakitangan mestilah diajar cara-cara menggunakannya.

4. Sebagai tambahan kepada alat pemadam api yang sedia ada, bolehlah mengadakan baldi-baldi berisi air dan pasir bagi tujuan pemadaman kebakaran peringkat permulaan, dan baldi-baldi tersebut hendaklah ditandakan dengan perkataan “API”.

5. Setiap kakitangan hendaklah ditanamkan sikap bertanggungjawab berhubung

dengan keselamatan kebakaran di bangunan dan tidak melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan punca-punca kebakaran seperti merokok, bermain mancis dan sebagainya, adakan tanda amaran “DILARANG MEROKOK”.

6. Bilik-bilik makmal hendaklah diadakan alat pemadam api yang khas untuknya.

7. Jangan membakar sampah di merata-rata tempat, sebaliknya hendaklah

dilakukan di tempat yang khas dan dikawal sehingga selesai.

Page 46: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

35

8. Jangan membuat penyambungan pendawaian elektrik sesukahati, sebaliknya dapatkan khidmat dari orang-orang yang berpengalaman dan bertauliah dan dapatkan kebenaran dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

9. Setiap tingkat bangunan hendaklah atau mewajibkan seorang penyelia bertugas

setiap masa.

10. Setiap suis yang tidak digunakan hendaklah sentiasa dalam keadaan “OFF” terutamanya dalam keadaan hujan yang lebat disertai oleh panahan petir.

11. Loceng isyarat kecemasan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan diperiksa

setiap masa, supaya ia dapat digunakan di waktu berlaku kecemasan atau kebakaran.

Carta Aliran Bertindak Semasa Proses Pengungsian Bangunan

Page 47: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

36

1. Pengumuman akan dibuat melalui sistem pembesar suara. 2. Loceng kecemasan akan dibunyikan selama 3 ke 4 minit dari

panel kebakaran di balai pengawal utama.

3. Bersedia untuk bertindak.

4. Semua kakitangan yang dipertanggung jawabkan melaksana tugas masing-masing:-

Jawatankuasa pengosongan bangunan.

Pasukan keselamatan kebakaran.

Unit keselamatan.

Ketua kawasan berkumpul.

Ketua jabatan/seksyen/unit. 5. Kepada kakitangan yang berkenaan, matikan punca bekalan

elektrik di kawasan masing-masing.

6. Keluar mengikut jalan keluar atau pintu yang paling hampir

dengan diri anda dan jangan berpatah balik.

7. Berbaris mengikut bangunan/program/unit masing-masing.

8. Tunggu panggilan nama oleh ketua. 9. Beritahu ketua kawasan berkumpul jika nama anda tidak

dipanggil. 10. Jika anda berkumpul bukan di tempat yang ditetapkan, beritahu

ketua kawasan berkumpul untuk tindakan susulan. 11. Tunggu arahan selanjutnya yang akan disampaikan oleh ketua

kawasan berkumpul melalui pengawal keselamatan dan JPBM.

12. Arahan akan disampaikan oleh ketua JPBM melalui semua ketua kawasan berkumpul.

13. Semua ketua jabatan, jawatankuasa, ketua kawasan berkumpul dan ketua unit keselamatan hadir untuk mesyuarat post-mortem bersama pegawai-pegawai JPBM.

Pengumuman dan

Loceng Dibunyikan

Berhenti daripada Membuat Kerja

Keluar dari Bangunan

Pergi ke Tempat Berkumpul

Yang Ditetapkan

Semua Kakitangan

Masuk Semula ke Kawasan Tempat

Kerja Masing-Masing

Page 48: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

37

BAB 5 5.0 PERTOLONGAN CEMAS DI MAKMAL/BENGKEL 5.1 Peti Pertolongan Cemas Peti pertolongan cemas yang lengkap perlu disediakan di setiap makmal. Ia tidak harus dikunci. Pastikan setiap peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya mengandungi peralatan berikut:-

1. Pembalut kain kasa yang bersih berukuran 3” x 3”, untuk membersih dan membalut luka dan bahagian anggota yang melepuh atau melecur.

2. Segulung pembalut kain kasa, berukuran 2” lebar, untuk membalut pembabat di atas luka, lepuh dan lecur dan sebagainya.

3. Sekotak pembalut luka. 4. Segulung pita pelekat 1”. 5. Segulung kapas. 6. Bahan pencegah kuman yang lembut. 7. Sebotol petroleum pekat. 8. Sekotak serbuk penaik (natrium bikarbonat) untuk merawat melepuh disebabkan oleh

asid. 9. Sebotol akriflavin (losyen kuning) untuk merawat melepuh yang teruk disebabkan oleh

asid/alkali. 10. Sebotol 1% asid asetik untuk merawat melepuh disebabkan oleh alkali dan untuk

diminum jika tertelan alkali. 11. Sebotol gliserin untuk merawat melepuh disebabkan oleh bromin. 12. Sebotol magnesium cair untuk diminum jika tertelan asid. 13. Gunting. 14. Penyepit. 15. Larutan garam ammonia (smelling salt) untuk menyedarkan pesakit yang pengsan.

5.2 Peringatan Jika Berlaku Kemalangan Teliti keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada pesakit untuk mengelak daripada terjadinya kemalangan lain. Alihkan mangsa ke tempat yang selamat sebelum diberi pertolongan cemas. Jika disyaki patah tulang atau cedera di dalam badan, panggil ambulan atau doktor secepat mungkin. 5.3 Kecederaan Ringan (terpegang benda panas) Letakkan bahagian anggota yang melepuh di bawah air mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan ia terdedah pada udara.

Page 49: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

38

5.4 Kecederaan teruk (sebahagian besar anggota melepuh atau jika kulit mengelupas)

1. Letakkan pedap kain kasa yang kering dan bersih pada seluruh bahagian yang terjejas. Jangan sapu sebarang minyak atau ubat serbuk. Jangan cuba bersihkan atau tanggalkan pakaian yang melekat.

2. Balut di sekeliling pedap ini dengan kain pembalut dan tentukan bahawa balutannya tidak terlalu ketat. Jika teruk sangat, tutup bahagian ini dengan tuala atau kain bersih sahaja.

3. Jika pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapat rawatan perubatan, maka seluruh pembalut itu hendaklah ditepukan dengan larutan natrium bikarbonat.

4. Jika pesakit dahaga, pesakit hanya dibenarkan berkumur-kumur sahaja.

5.5 Tidak Sedarkan Diri dan Lemas

1. Jika tidak boleh bernafas, beri pernafasan pemulihan dengan segera untuk mengelakkan lemas.

2. Jika jantung tidak berdenyut lagi, ia perlu diberi pengurutan luar jantung dengan menekan bahagian bawah sternum atau tulang dada.

3. Bila pernafasan pesakit kembali seperti biasa pesakit perlu diletakkan dalam keadaan pemulihan atau setengah tertiarap supaya:

a) Lidah/gigi palsu tidak akan jatuh ke dalam tekak yang boleh menghalang laluan trakea.

b) Air liur atau muntah tidak boleh masuk ke paru-paru. 4. Jika pesakit perlu dialihkan, pesakit perlu diangkat dengan alat pengusung dalam

keadaan separa tertiarap. 5. Jangan beri pesakit minum untuk mengelak pneumonia.

5.6 Melepuh dan Melecur Melepuh ialah tisu yang rosak disebabkan kepanasan kering (dry heat) dan melecur disebabkan oleh ‘wet heat’. Melepuh tertakluk kepada 4 perkara asas iaitu: luas kawasan yang tercedera, dalam atau tidak, bahagian tubuh yang melepuh, dan umur pesakit.

1. Rawatan Am untuk Melepuh Tujuan rawatan ini adalah untuk mengelak daripada renjatan, jangkitan dan untuk mengurangkan kesakitan.

2. Rawatan Untuk Melepuh Disebabkan Oleh Bahan Kimia

i. Terkena Asid atau Alkali

Basuh secukupnya di bawah air paip yang terbuka selama 10 minit.

Sapu dengan asid asetik 1% (untuk alkali) dan natrium hidrogen karbonat (untuk asid).

Page 50: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

39

Asid hidroflorik: selepas basuh dengan air dan dikeringkan, kalsium glukonat gel perlu digosokkan di tempatnya dan dibawa berjumpa doktor.

Peringatan

Gunakan air yang banyak bagi membasuh.

Jangan gunakan bahan peneutral sehingga bahagian terjejas dibasuh.

ii. Terkena Bromin

Basuh secukupnya dengan petroleum cair (t.s.d. 80 – 100°C) misalnya minyak tanah.

Sapu gliserin (gliserol) rata-rata pada kulit yang terjejas.

Selepas beberapa ketika sapu-buang gliserin yang berlebihan dan sapu pula dengan losyen kuning.

iii. Terkena Bahan Organik

Basuh secukupnya dengan alkohol etil (ethanol) atau dengan ‘rectified spirit’, dan kemudian basuh pula dengan air dan sabun.

iv. Terkena Fosforus

Basuh sehingga hilang kesemua kesan fosforus, dengan menggunakan air yang banyak.

Sapu dengan larutan argentum nitrat 1%.

Bagi melepuh yang teruk, rawatan boleh dilakukan dengan menyapu bahagian yang terjejas dengan bahan pembasmi kuman, mengeringkan kulit dan sapu dengan losyen kuning.

v. Fosforus, Bromin dan Selenium:

Basuh dengan air.

Keringkan dan sapu penawar dengan menggunakan lint atau gauze.

Penawar: untuk fosforus ialah larutan kuprum sulfat (3%); untuk bromin ialah larutan natrium tiosulfat (25%); untuk selenium adalah larutan natrium tiosulfat (10%).

vi. Terkena Tar

Balut dengan pembalut kering dan berjumpa doktor.

Jika ketulan tar masih ada, tidak perlu dibersihkan kerana tar itu sendiri merupakan perawat luka.

Page 51: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

40

vii. Terkena Natrium, Kalsium

Buang serpihan pepejal natrium yang terlekat pada kulit, dengan menggunakan pengepit yang telah dibasmi kuman dalam larutan dettol atau alkohol dan kemudian kesat dengan kapas.

Basuh secukupnya dengan air.

Basuh secukupnya dengan asid asetik 1%.

Balut dengan kain kasa yang direndam dengan losyen kuning. 5.7 Luka Luka merupakan kecederaan kepada kulit dan tisu yang dalam. Jenis luka yang selalu berlaku adalah seperti berikut:- Jenis luka:

1. Terkena pisau atau logam. 2. Terkoyak disebabkan daging tersangkut kepada jentera. 3. Terketuk. 4. Luka yang dalam disebabkan terpijak benda-benda tajam. 5. Calar di mana bahagian kulit carik disebabkan penggunaan kertas pasir.

5.7.1 Rawatan

1. Luka Kecil Atau Calar

i. Biarkan darah keluar selama beberapa saat. ii. Tentukan tidak terdapat kaca atau bahan asing pada luka. iii. Basuh secukupnya dengan air bersih atau dettol yang dicairkan dengan

sepuluh bahagian air. iv. Tampal pembalut luka pada tempat luka. v. Jika kesakitan berlaku pada tempat luka sehari selepas kecederaan, dapatkan

rawatan perubatan. 2. Masuk Selumbar (Kayu, Logam dan Sebagainya)

i. Cabut selumbar dengan pengepit yang telah dibasmi kuman. ii. Beri rawatan seperti luka kecil. iii. Jika benda asing tidak dapat dikeluarkan, balut luka di sekelilingnya dengan

pembalut yang besar dan jumpa doktor dengan segera.

3. Pendarahan (Haemorrhage)

Pendarahan adalah berbahaya jika darah keluar melebihi 2 pain.

Page 52: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

41

Cara Menghentikan Pendarahan

i. Gunakan tekanan setempat. ii. Letak kain alas yang bersih di atas luka dan balut dengan cermat. iii. Jika darah masih keluar, tambahkan kain alas di atas luka tadi dan balut. iv. Jika darah masih keluar juga, pegang kain alas pada luka sehingga doktor sampai. v. Jika tidak ada kain alas kasa individu, kain alas kasa yang bergulung atau sapu

tangan yang bersih boleh digunakan.

Amaran: Jangan gunakan tourniquet untuk menghentikan pendarahan kerana ia tidak mujarab dan selalunya berbahaya.

4. Luka Dalam dan Darah Meleleh Keluar dengan Banyaknya

i. Beri rawatan bagi renjatan (rujuk seksyen 5.12). ii. Buat ikat galas pada bahagian yang tercedera tanpa membersihkan luka. iii. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera.

5.8 Renjatan elektrik Renjatan elektrik merupakan tindak balas tubuh kepada pengaliran elektrik. Ia berubah daripada kebas kepada tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Jangan anggap pesakit telah mati bila terkena renjatan elektrik, walaupun pernafasan dan nadi telah tiada, kerana pesakit boleh diselamatkan. Arus terus (D.C.) tidak berbahaya seperti arus ulang alik (A.C.).

5.8.1 Menolong Mangsa Renjatan

1. Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta. 2. Berdiri di atas kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan

pengalir yang lain dan cuba pisahkan mangsa daripada litar arus dengan menggunakan sebatang kayu yang kering.

3. Jika pernafasan terhenti, jalankan pernafasan pemulihan. 4. Beri rawatan bagi renjatan (rujuk 5.12). 5. Rawat bahagian kulit yang melepuh. 6. Bawa pesakit berjumpa doktor atau ke hospital dengan serta-merta.

5.9 Kecederaan Mata 5.9.1 Benda Pejal dalam Mata

Jika disyaki ada benda-benda tajam seperti kaca atau logam yang termasuk ke dalam mata, JANGAN cuba keluarkan.

Page 53: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

42

i. Jangan gosok mata. ii. Tutup mata dengan pedap kain kasa yang tebal dan lembut. iii. Lekatkan pedap itu dengan pembalut atau pita pelekat. iv. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta.

5.9.2 Kotoran yang melekat di mata

Boleh dibersihkan dengan mengalirkan air ke dalam mata daripada botol basuh dan kepala pesakit dilentokkan ke sebelah atau dengan meminta pesakit membuka dan menutup matanya berulang-ulang di dalam bekas yang mengandungi air bersih. Jika ini tidak berjaya, gunakan bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu, kelopak mata bawah boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Jika ini pun tidak berjaya, ikut peraturan 5.9.1 di atas.

5.9.3 Mata Dimasuki Asid atau Alkali

Pertolongan perlu diberi segera kerana ini boleh menyelamatkan penglihatan seseorang. Terkena alkali adalah lebih berbahaya daripada terkena asid kerana ia akan merosakkan tisu mata walaupun setelah dicuci.

i. Basuh mata dengan secukupnya dengan air bersih. Ini mesti dilakukan DENGAN

SERTA-MERTA. ii. Bagi asid, basuh dengan larutan 1% natrium hidrogen karbonat (natrium

bikarbonat) di dalam jujus mata. iii. Bagi alkali, basuh mata dengan 1% larutan asid borik di dalam jujus mata.

Pengaliran perlu dibuat dengan berhenti sekejap selama 5-10 minit dan disambung semula. Bagi alkali pengaliran perlu dibuat selama lebih kurang 1 jam.

iv. Basuh sekali lagi dengan air. v. Tutup mata dengan pedap lembut dan bawa pesakit berjumpa doktor atau ke

hospital dengan segera. vi. Sakit mata yang mungkin berlaku selepas kecederaan yang kecil boleh dipulihkan

dengan memasukkan setitik minyak jarak di sudut mata.

5.10 Peringatan Ketika Kebakaran

1. Kebakaran Pakaian

i. Jangan biarkan orang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-ngibaskan api.

ii. Rebahkan dirinya (gunakan paksaan jika perlu) dan balut badannya kejap-kejap dengan selimut kalis api hingga api padam.

iii. Rawat mana-mana bahagian kulit yang melepuh (rujuk 5.6).

Page 54: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

43

2. Kebakaran Bahan Uji

i. Padamkan api secepat mungkin untuk mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua penunu gas dan suis litar elektrik di sekitarnya dan keluarkan apa-apa benda yang boleh terbakar. Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran.

ii. Kebakaran kecil biasanya boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam bila kekurangan udara.

iii. Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering (pasir yang telah digunakan ini hendaklah dibuang kerana ia mungkin mengandungi banyak bahan meruap yang mudah terbakar).

iv. Api juga boleh dipadamkan dengan menggunakan pemadam api karbon dioksida atau busa. Dalam apa jua hal, rawat mana-mana bahagian kulit yang melepuh (Rujuk 5.6).

5.11 Termakan Racun/Terhidu gas/fenol Semua pekerja hendaklah meludah keluar apa yang termasuk ke dalam mulut dan kumur dengan air secukupnya TANPA MENELANNYA. Jika termakan racun, pesakit hendaklah dihantar berjumpa doktor atau ke hospital DENGAN SEGERA. Doktor hendaklah diberitahu tentang jenis racun yang tertelan, atau disyaki tertelan.

1. Asid

i. Ludah keluar. ii. Kumur mulut dengan air secukupnya.

Jika tertelan i. Beri air kapur atau larutan magnesium (Milk of Magnesia) untuk diminum. ii. Beri rawatan bagi renjatan (rujuk 5.12).

JANGAN GUNAKAN ubat muntah, kecuali tertelan asid oksalik.

2. Alkali

i. Ludah keluar. ii. Kumur mulut dengan air secukupnya.

Jika tertelan

i. Beri 1% asid asetik (atau air limau atau cuka) untuk diminum. ii. Beri rawatan bagi renjatan (rujuk 5.12).

Page 55: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

44

3. Racun-racun lain

i. Ludah keluar. ii. Kumur dengan air secukupnya.

Jika tertelan i. Beri ubat muntah. ii. Masukkan 1 sudu besar sos biji sawi ke dalam segelas air panas atau 1 sudu besar

garam ke dalam segelas air panas. iii. Beri makan ubat muntah berulang-ulang jika pesakit tidak muntah.

(Perhatian: Ubat muntah tidak sepatutnya diberi jika (a) tertelan racun yang tajam ataupun kurang pasti tentang sifat racun yang tertelan itu, atau (b) pesakit tidak sedar diri atau mengidap penyakit kejang (convulsions).

iv. Jika pesakit tertelan atau termakan racun fosforus, beri larutan 0.2% kuprum sulfat sebanyak 20 ml untuk diminum, SEBELUM diberi ubat muntah

v. Beri rawatan bagi renjatan (rujuk 5.12).

4. Gas

i. Tersedut gas beracun memadai dengan membawa pesakit keluar untuk menyedut udara yang bersih. Penyelamat perlu memakai alat pernafasan untuk mengeluarkan pesakit dari tempat beracun.

ii. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh memulihkannya.

iii. Jika tersedut gas sianida, pakaian pesakit perlu ditanggal dan diletakkan di ruang terbuka (basuh dahulu sebelum digunakan). Jika pesakit bernafas, pecahkan kapsul natrium nitrit atau natrium tiosulfat atas kain dan beri pesakit hidu selama 15-30 saat setiap minit sehingga doktor dapat memberikan suntikan cobalt-edetate.

iv. Jika pesakit tidak juga pulih, bawa pesakit berjumpa doktor atau ke hospital.

5. Fenol Atas Kulit

i. Tanggalkan pakaian yang terkena fenol dan basuh kulit yang terkena fenol dengan

gliserol atau campuran 7 bahagian polietilin glikol cair dengan sebahagian methylate spirit selama 10 minit (gunakan air jika pelarut tiada).

ii. Bawa berjumpa doktor setelah dibasuh. 5.12 Renjatan Kemalangan yang teruk boleh menyebabkan berlakunya renjatan. Pesakit mungkin merasa seram sejuk dan pengsan atau pucat dan sesak nafas.

1. Rawat kecederaan pesakit dan yakinkan pesakit bahawa ia berada dalam keadaan yang tidak berbahaya.

Page 56: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

45

2. Baringkan pesakit mengiring dengan kepala direndahkan dan angkat bahagian badan sebelah bawah jika boleh. Jika luka atau kecederaan di bahagian kepala, dada atau abdomen, bahu perlu diangkat sedikit dan digalas dengan kepala mengiring. Jika kemungkinan muntah atau pengsan, letakkan pesakit dalam keadaan pemulihan (rujuk 5.13).

3. Tanggal atau longgarkan pakaiannya yang ketat terutama di bahagian leher, dada dan pinggang.

4. Selimutkan pesakit. 5. Tentukan bahawa ada orang yang menjaganya setiap masa. 6. Jika pesakit dahaga, basahkan bibirnya. 7. Periksa denyutan nadi dan pernafasan pesakit selalu jika penghantaran ke hospital

lambat.

Perhatian: Jangan beri pesakit apa-apa minuman kerana:

i. Jika pesakit cedera parah, ia mungkin perlu dibius, dan dalam hal ini bahan makanan dalam perutnya perlu dikeluarkan jika ada benda yang dimakan.

ii. Darah yang diperlukan untuk menghadamkan makanan itu boleh menyebabkan renjatan yang seterusnya.

JANGAN gunakan botol air panas untuk memanaskan pesakit dan jangan gerakkan pesakit jika tidak perlu. 5.13 Pengsan Pengsan biasanya disebabkan oleh kelesuan, kelaparan, renjatan akibat perubahan rasa hati yang berlaku secara tiba-tiba, bilik yang tidak sempurna pengudaraan dan sebagainya. 5.13.1 Gejala Atau Isyarat Serangan Pernafasan dan denyutan nadi pesakit lemah, muka pucat dan dahi berpeluh. 5.13.2 Rawatan

1. Baringkan pesakit dan rawat. Kalau boleh tinggikan kaki sedikit daripada kepala. 2. Tentukan pesakit mendapat udara yang bersih dan letakkan pesakit di tempat yang

teduh jika perlu. 3. Tanggal atau longgarkan pakaian pesakit jika ketat terutama di leher, dada dan

pinggang. 4. Jelum dahi pesakit dengan kain yang lembab. 5. Suruh pesakit menyedut garam penghidu jika ada. 6. Jangan beri apa-apa minuman kepada pesakit. 7. Jika pernafasan susah, letakkan pesakit dalam keadaan pemulihan (rujuk 5.12).

Page 57: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

46

5.13.3 Jika Pesakit Berasa Baru Hendak Pengsan Dudukkan pesakit di atas kerusi dengan melentokkan kepalanya ke bawah di antara kakinya yang terbuka dan suruh dia menarik nafas panjang berulang-ulang.

Page 58: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

47

BAB 6 6.0 ASAS KESELAMATAN DI LAPANGAN 6.1 Takrifan Keselamatan: keselamatan ditakrifkan keadaan selamat bagi kakitangan, keadaan, tempat tinggal dan kawasan kerja lapangan serta peralatan dan kelengkapan kerja. Lapangan: lapangan ditakrif sebagai kawasan atau tempat yang luas, gelanggang, medan, padang dan hutan. Dalam konteks manual ini, lapangan boleh merujuk kepada mana-mana tempat di luar pejabat yang mana kakitangan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data, pemerhatian, penilaian dan sebagainya bagi tujuan tertentu, sama ada di dalam premis bangunan atau di luar dan juga tempat tinggal sepanjang menjalankan kerja-kerja tersebut. (DBP, Ed.3) 6.2 Persediaan Sebelum Ke Lapangan Sebelum memulakan kerja-kerja di lapangan, kelulusan daripada ketua program adalah diperlukan. Permohonan boleh dibuat secara aplikasi talian untuk lawatan luar bagi kerja-kerja luar dari Negeri Selangor dan W.P. Kuala Lumpur dan yang melibatkan bermalam di luar. Butiran alamat dan juga nombor telefon pada borang tersebut adalah penting supaya kakitangan boleh dihubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Selain kelulusan, satu perancangan yang teliti perlu dibuat oleh Ketua Projek atau Ketua Pasukan dengan mengambil kira semua aspek termasuklah masa, tenaga kerja, kewangan, logistik, keadaan persekitaran tempat kerja dan cuaca. Peralatan dan kelengkapan kerja luar yang akan dibawa perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Perancangan yang teliti, peralatan yang selamat dan berkeadaan baik amat perlu bagi mengelak sebarang perkara yang boleh mengganggu kerja bagi memastikan keselamatan kakitangan terjamin. 6.3 Langkah-langkah dan Cara-cara Menghadapi Kecemasan

6.3.1 Bantuan Kecemasan Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan penuh tiba.

6.3.2 Rawatan Luka Kecil

i. Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih. ii. Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan

dengan air dan sabun atau anti-kuman. iii. Balut dengan kain bersih atau pembalut.

6.3.3 Mengawal Pendarahan i. Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan

dengan jari.

Page 59: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

48

ii. Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih. iii. Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada

luka. iv. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut. v. Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan anggota tersebut melebihi

paras jantung untuk mengurangkan tekanan. vi. Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

6.3.4 Rawatan Hidung Berdarah

i. Duduk dan tundukkan kepala supaya darah dapat mengalir daripada hidung.

ii. Bernafas menerusi mulut dan picit bahagian yang lembut pada hidung, secara berterusan.

iii. Jangan bercakap, menelan, batuk, meludah atau menghidu kerana boleh mengganggu darah beku yang terbentuk di dalam hidung.

iv. Kesat lelehan darah menggunakan tuala bersih. v. Lepaskan tekanan selepas 10 minit. Jika pendarahan masih belum

berhenti, gunakan semula tekanan bagi dua jangka iaitu 10 minit setiap waktu.

vi. Bersihkan hidung dengan air suam selepas pendarahan terhenti dan benarkan mangsa berehat.

vii. Jika pendarahan berterusan, bawa mangsa ke hospital.

6.3.5 Merawat Mangsa Pengsan i. Baring dan longgarkan pakaian yang ketat. ii. Tinggikan kaki dengan alas seperti bantal, buku dan sebagainya. iii. Pastikan udara bersih mencukupi. iv. Periksa kecederaan lain jika ada. v. Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

6.4 Keselamatan Semasa Kebakaran Kebakaran boleh mengakibatkan bencana besar dan kehilangan nyawa. Sekiranya ada kebakaran, segera laporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atau Jabatan Pertahanan Awam. Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar. Punca-punca haba termasuklah percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi panas. Bahan mudah bakar seperti surat khabar, langsir, pakaian dan perabot tergolong dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol.

1. Cara-cara Menghadapi Kecemasan Sekiranya Berlaku Kebakaran. i. Jangan cemas. Pastikan setiap orang keluar dari kawasan tersebut. ii. Tutup pintu untuk mengelak api merebak. iii. Sumbatkan kain di ruang antara di pintu dengan lantai (contoh: kain basah)

untuk menghalang asap.

Page 60: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

49

iv. Tutup suis utama elektrik atau punca gas jika anda boleh melakukannya v. Gunakan alat pemadam api untuk kebakaran kecil. vi. Hubungi pasukan penyelamat seperti JBPM di talian kecemasan 999 dan

telefon bimbit 112. vii. Tinggalkan kawasan kebakaran

2. Cara Menggunakan Alat Pemadam api

i. Goncang alat pemadam api sebelum menggunakannya. ii. Cabut pin keselamatan alat pemadam api. iii. Acukan muncung alat pemadam api ke arah kebakaran. iv. Tekan muncung alat pemadam api. v. Sembur tepat ke arah sumber api. vi. Jangan sembur melawan arah angin.

3. Melepaskan diri dari bangunan terbakar

i. Bergerak secara merangkak ke arah pintu keluar ii. Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain,

seelok-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan habuk masuk.

iii. Apabila bergerak dalam bangunan berasap gunakan cara meraba-raba dengan belakang tapak tangan untuk mengesan halangan dan juga bagi mengelak kejutan elektrik.

4. Pakaian Terbakar

i. Jangan cemas dan panik. Jerit untuk meminta pertolongan. ii. Rebahkan badan ke bawah dan tutup muka dengan tangan. iii. Gulingkan badan beberapa kali untuk memadamkan api.

6.5 Keselamatan Semasa Menghadapi Bencana Alam

1. Banjir

i. Elak mengharungi kawasan banjir. ii. Sekiranya kenderaan tersangkut dan enjin gagal dihidupkan, keluar dan

kunci kenderaan dan bergerak ke tempat yang selamat. iii. Sekiranya banjir berlaku di premis bangunan, keluar dan pergi ke tempat

yang selamat. iv. Elak menyentuh mana-mana kabel elektrik atau wayar yang terjatuh. v. Maklum kepada jabatan (pegawai yang bertanggungjawab).

2. Gempa Bumi/Tanah runtuh

i. Sekiranya berada di dalam bangunan, bertenang dan berlindung di bawah

meja atau dinding dalaman. Jauhi tingkap, pintu, rak perhiasan atau apa-apa yang berpotensi mencederakan kita seperti lampu dan perabot.

Page 61: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

50

ii. Sekiranya berada di luar bangunan, jauhi bangunan dan kabel elektrik yang tergantung. Terus berada di tempat lapang sehingga gegaran berhenti.

iii. Jangan gunakan lilin, mancis atau sebarang bahan bakar semasa dan selepas gegaran kerana mungkin terdapat kebocoran gas.

iv. Sekiranya sedang memandu, berhenti segera dan berdiam diri di dalam kenderaan anda. Elakkan berhenti berdekatan atau di bawah pokok, bangunan, jambatan, jejantas dan kabel elektrik tergantung.

v. Sekiranya terperangkap, duduk diam dan lindungi kepala dan muka daripada serpihan kaca atau objek lain yang mungkin jatuh dengan menggunakan baju, selimut, surat khabar, kotak, tilam dan lain-lain.

vi. Jauhi kawasan yang kurang stabil. Bersandar pada tembok yang tidak bertingkap kaca atau mempunyai rak di atas. Jika boleh, merangkak ke bawah meja atau katil. Jangan kemana-mana jika telah berada di kawasan selamat. Elakkan menggunakan lif.

vii. Gunakan apa sahaja yang boleh menarik perhatian (contoh: lampu suluh, ketukan pada dinding), tetapi jangan menghidupkan suis lampu atau mancis. Jika terhimpit/tersepit di bawah runtuhan cuba gerakkan jari-jemari tangan dan kaki bagi memastikan peredaran darah tidak tersumbat dan mengelak pembekuan darah.

viii. Kekalkan semangat hidup yang tinggi. Bertenang dan berwaspada dan sahut panggilan pasukan penyelamat tetapi jangan berteriak tanpa sebab kerana akan melemahkan badan.

3. Ribut dan Petir

i. Sekiranya terasa petir akan berlaku, segera membongkok ke hadapan,

duduk dan peluk lutut ke dada. ii. Jangan meniarap di atas tanah. iii. Jauhi struktur tinggi seperti pokok, pagar, tiang telefon, tiang elektrik dan

sebagainya. iv. Jauhi rod-rod pengalir seperti antena radio, tangga besi atau jentera

seperti traktor, basikal dan sebagainya. v. Jauhi longkang, sungai, paya, tasik atau mana-mana tempat takungan air. vi. Sekiranya berada di dalam kenderaan, berhenti di tepi jalan yang selamat

dan jauhi pokok-pokok besar. vii. Duduk di dalam kenderaan dan nyalakan lampu. viii. Jangan berhenti atau melalui jalan raya yang mungkin dilanda banjir. ix. Sekiranya berada di luar, segera masuk ke dalam bangunan.

4. Kemarau

i. Sediakan bekalan air yang mencukupi. ii. Pakaian harus yang longgar dan tidak memanaskan. iii. Banyakkan minum air dan jimatkan penggunaan air untuk aktiviti harian. iv. Segera berjumpa dengan doktor jika ada tanda-tanda batuk, selsema atau

sakit mata dan tekak.

Page 62: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

51

6.6 Penggunaan Peralatan Kerja Di Lapangan

1. Semua peralatan kerja yang dibawa keluar adalah di bawah tanggungjawab sepenuhnya pegawai atau kakitangan penjaga.

2. Semua peralatan kerja perlu digunakan dengan berhemah mengikut manual. 3. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, laporkan segera kepada pegawai

bertanggungjawab. 4. Peralatan yang berbahaya seperti parang haruslah diguna dan disimpan dengan

selamat bagi mengelakkan kecederaan kepada orang lain. 5. Tempat penyimpanan peralatan kerja sebaik-baiknya yang berkunci dan tidak

terdedah kepada bahaya dan kecurian.

6.7 Perawatan Gigitan Serangga Dan Binatang Berbisa. 6.7.1 Definisi sengatan atau gigitan serangga Sengatan serangga ialah gigitan serangga yang menyengat atau menggigit seseorang. Ia boleh menyebabkan bengkak, kemerahan, rasa sakit dan kegatalan. Kesan tindak balas sengatan atau gigitan tersebut boleh berlaku dalam masa yang singkat dan kadang kala selepas beberapa jam atau beberapa hari. Tindak balas oleh bayi dan kanak-kanak yang terkena gigitan serangga adalah lebih cepat jika dibandingkan orang dewasa. 6.7.2 Definisi gigitan binatang berbisa Ianya merupakan gigitan atau serangan gigitan haiwan berbisa seperti ular, labah-labah, kala jengking dan lain-lain. Ular yang berbisa memiliki ciri-ciri:

1. Bentuk kepala segiempat tepat. 2. Gigi taring kecil 3. Bekas gigitan merupakan luka halus berbentuk lengkungan.

Ciri-ciri ular tidak berbisa seperti:

1. Bentuk kepala segitiga. 2. Dua gigi taring besar di rahang atas. 3. Bekas gigitan: dua luka gigitan utama akibat gigi taring.

Bisa ular mengandungi toksin dan enzim yang berasal daripada air liur. Bisa tersebut bersifat:

1. Neurotosin: memberi kesan kepada saraf perifer atau tunjang. Boleh mengakibatkan kematian akibat kelumpuhan otot penafasan, kardiovaskular yang terganggu, tahap sedar yang menurun hingga ke tahap koma.

2. Haemotoksin: bersifat hemolitik dengan zat antara fosfolipase dan enzim lainnya atau menyebabkan penggumpalan dengan mengaktifkan protrombin. Pendarahan terjadi akibat proses lisis sel darah merah kerana toksin. Kesannya boleh menyebabkan luka

Page 63: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

52

gigitan yang terus berdarah, hematuria, hemoptisis, hematemesis dan kegagalan ginjal.

3. Myotoksin: boleh mengakibatkan rhabdomiolisis yang sering berhubungan dengan haemotoksin. Myoglobulinuria yang terjadi boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan hiperkalemia (kadar kalium darah yang tinggi) akibat kerosakan sel-sel otot.

4. Kardiotoksin: boleh merosak serat-serat otot jantung seterusnya membawa kepada kerosakan otot jantung.

5. Sitotoksin: dengan melepaskan histamin dan zat vasoaktifamin yang lainnya akibat gangguan sistem kardiovaskular.

6. Sitotolitik: zat ini yang aktif menyebabkan peradangan dan nekrosis (kematian sel) di kawasan terkena patukan atau gigitan.

7. Enzim-enzim: termasuk hyaluronidase sebagai zat aktif pada penyebaran bisa. 6.7.3 Penyebab Gigitan Serangga dan Binatang Berbisa Serangga dan binatang berbisa tidak akan menyerang kecuali jika ia diganggu atau merasa terancam. Kebanyakan gigitan dan sengatan digunakan untuk tujuan pertahanan sementara gigitan serangga bertujuan melindungi sarang mereka. Satu gigitan atau sengatan dapat menyuntik racun atau bisa secara tersusun kepada protein badan yang akan menyebabkan tindakbalas alahan kepada penderita. Gigitan atau sengatan lebah, tebuan, penyengat dan semut api daripada famili Hymenopterai boleh menyebabkan tindak balas yang cukup serius kepada orang yang alah kepada mereka. Kematian yang diakibatkan oleh serangga adalah tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi berbanding kematian yang diakibatkan oleh gigitan ular. Tindakbalas oleh lebah, tebuan dan semut api adalah berbeza-beza dalam sengatan mereka:

i. Lebah akan meninggalkan alat penyengatnya lalu mati setelah menyengat. Biasanya akan menyerang bersama-sama dalam kumpulan atau dalam jumlah yang banyak.

ii. Tebuan dan penyengat boleh menyengat berkali-kali dan sengatannya boleh menyebabkan tindak balas alahan oleh tubuh mangsa.

iii. Serangan semut api kepada seseorang adalah dengan gigitan dari rahangnya yang diputar berkali-kali.

6.7.4 Kesan akibat sengatan serangga

1. Reaksi Alahan berat (anaphylaxis) Reaksi ini jarang berlaku, namun kesannya boleh mengancam nyawa mangsa. Antara gejala yang timbul ialah:

i. Terkejut (shock). Boleh terjadi apabila sistem peredaran darah tidak mendapat kemasukan darah yang cukup untuk organ-organ penting.

ii. Batuk, desahan, sesak nafas, merasa sakit di dalam mulut atau kerongkong/tenggorok. iii. Angioederma atau bengkak di bibir, lidah, telinga, kelopak mata, telapak tangan, tapak

kaki dan lain-lain bahagian badan iv. Kerunsingan.

Page 64: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

53

v. Loya, cirit birit dan kesakitan di perut. vi. Kegatalan, bintik-bintik merah dan bengkak di kulit. Gejala tersebut dapat diikuti

dengan gejala lain beberapa tindak balas sampingan 2. Tindak balas racun oleh gigitan atau serangan tunggal daripada serangga disebabkan

oleh sengatan labah-labah dan kala jengking. 3. Reaksi kulit yang membengkak pada bahagian gigitan atau sengatan. 4. Jangkitan kulit pada bahagian gigitan atau sengatan. 5. Penyakit berkaitan darah, suatu tindak balas pada pengubatan (anti serum) yang

digunakan untuk mengubati gigitan atau serangan serangga. Penyakit serum menyebabkan kegatalan dengan bintik-bintik merah dan bengkak serta diiringi gejala selsema sehingga dua minggu setelah penggunaan anti serum.

6. Jangkitan virus ensefalitis dan denggi terjadi akibat gigitan nyamuk yang boleh menyebabkan peradangan dalaman dan kadangkala kematian.

7. Jangkitan parasit juga boleh terjadi akibat gigitan nyamuk yang boleh menyebarkan penyakit malaria dan chikunguya.

6.7.5 Kesan akibat gigitan binatang berbisa Gejala gigitan binatang berbisa adalah pelbagai dan bergantung kepada faktor yang mempengaruhinya. Kebanyakan gigitan serangga akan menyebabkan kemerahan, bengkak, kesakitan dan kegatalan di sekitar kawasan yang terkena gigitan atau sengatan. Kulit yang terkena gigitan boleh menjadi rosak dan dijangkiti kuman jika kawasan yang terkena gigitan tersebut luka. Jika luka tersebut tidak dirawat, akan menyebabkan peradangan akut. Gejala dan tanda-tanda gigitan ular berbisa boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama (Rajah 9):

1. Kesan lokal: dipatuk oleh ular kapak atau tedung boleh menimbulkan rasa sakit dan bengkak di kawasan yang terkena gigitan. Luka dapat merebak dan boleh berdarah serta melepuh. Bisa ular tedung juga dapat mematikan jaringan sel kulit sekitar sisi gigitan luka.

2. Pendarahan: gigitan oleh famili Viperidae boleh menyebabkan pendarahan organ dalaman seperti otak atau organ-organ abdomen. Mangsa akan berdarah daripada luka gigitan atau berdarah mulut atau luka yang lama. Pendarahan yang tidak terkawal boleh menyebabkan renjatan dan seterusnya membawa kepada kematian.

3. Kesan sistem saraf: bisa ular laut dan ular air boleh menyebabkan kesan langsung pada saraf. Bisa ular tedung boleh memberi kesan pantas dengan menghentikan otot-otot penafasan seterusnya menyebabkan kematian sebelum mendapat rawatan. Pada peringkat awal, mangsa akan menderita visual, kesukaran bertutur, bernafas serta kesakitan.

4. Kematian otot: Bisa ular kapak dan ular laut boleh menyebabkan kematian otot di beberapa kawasan tubuh. Sisa sel otot yang mati akan menyumbat ginjal yang menapis protein, dan menyebabkan kegagalan ginjal.

5. Mata: semburan bisa ular tedung yang tepat mengenai mata mangsa akan menghasilkan kesakitan dan kerosakan selain buta sementara pada mata.

Page 65: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

54

Rajah 9: Gejala dan tanda-tanda gigitan ular berbisa boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama

6.7.6 Rawatan gigitan serangga dan binatang berbisa Rasa gatal dengan bintik-bintik merah dan bengkak merupakan gejala yang sering ditemui. Ia boleh dirawat dengan ubat antihistamin. Jika terjadi jangkitan, adalah penting menjaga kawasan gigitan supaya ia tidak merebak ke kawasan lain. Seseorang yang tidak mempunyai sejarah digigit serangga juga perlu dirawat dengan segera jika terjadi tanda-tanda:

1. Mendesah. 2. Sesak nafas. 3. Sakit dada dan abdomen serta merasa sakit yang amat sangat. 4. Sesak nafas dan sukar untuk bercakap/bertutur. 5. Lemah dan pengsan. 6. Jangkitan.

6.7.7 Rawatan kecemasan gigitan serangga Rawatan bergantung pada jenis tindak balas yang terjadi. Jika hanya merasa sakit dan kemerahan pada bahagian digigit, tuaman sejuk (ais) boleh digunakan untuk rawatan segera.

Page 66: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

55

Bersihkan kawasan yang terkena gigitan dengan sabun dan air bersih untuk menghilangkan kotoran yang tercemar oleh serangga. Kotoran boleh menyebabkan jangkitan lanjutan jika luka tidak dibersihkan. Proses rawatan juga boleh dibuat menggunakan anti histamin seperti Benadryl dalam bentuk krim atau pil. Losen Calamine juga boleh membantu dalam mengurangi kegatalan. 6.7.8 Rawatan kecemasan gigitan binatang berbisa Rawatan bergantung pada tahap keterukan bisa yang dialami oleh mangsa yang diberikan sebagai rawatan kecemasan di lapangan dan pengurusan awal di klinik atau hospital. Seperti kes-kes kecemasan yang lain, tujuan utama ialah bagi menyelamatkan mangsa atau pesakit sehingga mereka tiba di hospital. Sering berlaku rawatan awal yang tidak tepat akan memburukkan lagi keadaan mangsa seperti membuat suntikan atau tebukan pada luka gigitan, menghisap dengan mulut, mengikat salur darah, tuaman sejuk ais atau kejutan elektrik. Rawatan kecemasan yang tepat perlu sesuai dengan prinsip bantuan kecemasan asas. Perlu tenangkan pesakit untuk mengelakkan terjadinya histeria semasa bantuan ABC (Airway, Breathing, Circulation) dilakukan. Pertolongan cemas yang perlu dibuat ialah:

1. Mencegah gigitan sekunder atau adanya mangsa kedua dan seterusnya 2. Tenangkan mangsa. Buka semua cincin atau benda-benda lain yang menjerut mangsa. 3. Perhatikan tanda-tanda penting pada mangsa seperti kawasan digigit mulai

membengkak dan berubah warna. 4. Segera dapatkan pertolongan perubatan. 5. Jika berada dikawasan yang terpencil atau pedalaman di mana pengangkutan ke

hospital memakan masa yang lama, selimutkan mangsa yang digigit. 6. Jika dipastikan digigit oleh ular yang berbahaya dan tidak terdapat kesan utma luka

setempat, balut dengan teknik jerutan statik atau tekanan.

Page 67: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

56

BAB 7

7.0 ASAS KESELAMATAN PEJABAT

Asas keselamatan di pejabat merupakan panduan bagi meningkatkan kualiti keselamatan di FRIM. Asas keselamatan pejabat merangkumi kesihatan persekitaran pejabat, ergonomik dan cara mengelakkan tekanan perasaan (stres).

7.1 Persekitaran Pejabat

7.1.1 Mengoptimumkan Kualiti Udara

1. Mewujudkan zon larangan merokok.

2. Mewujudkan pengudaraan yang baik dengan memasang kipas pengudaraan mengikut

kesesuaian kapasiti ruang pejabat.

3. Memantau pembuangan sisa makanan supaya ianya dilaksana mengikut jadual.

4. Menyenggara penyaman udara secara berkala.

5. Melaporkan masalah kebocoran bangunan dengan segera bagi mengelak serangan

kulat.

7.1.2 Kekemasan ruang kerja

1. Menyusun perabot dengan kemas supaya tidak menghalang laluan.

2. Melabelkan aras lantai yang tidak rata bagi mengelak kemalangan.

3. Merancang sistem pendawaian agar tidak menghalang laluan.

4. Memasang sistem stem lampu kecemasan yang akan menyala secara automatik

sekiranya bekalan elektrik terputus.

7.1.3 Pelan Kecemasan

1. Membina laluan keluar kedua untuk digunakan semasa berlakunya kecemasan.

2. Menyediakan tanda arah semasa berlaku kecemasan.

3. Mempamerkan Nombor talian kecemasan seperti bomba, polis dan ambulan di lokasi

yang mudah dilihat.

4. Memastikan alat pemadam api mudah dicapai.

5. Mengenal pasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya

berlaku kebakaran.

7.2 Ergonomik

7.2.1 Postur Duduk Semasa Mengendalikan Komputer (Rajah 10)

1. Menolak pinggul anda serapat mungkin dengan belakang kerusi.

2. Memastikan kedudukan keyboard lurus dan selari dengan lengan.

Page 68: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

57

3. Menyesuaikan ketinggian keyboard sehingga bahu anda rileks, siku anda berada

dalam kedudukan yang sedikit terbuka, dan pergelangan tangan anda lurus.

4. Menggunakan kaki keyboard untuk menentukan cerun keyboard dan sesuaikan

kecerunannya dengan tangan anda.

5. Menggunakan pergelangan tangan untuk membantu mempertahankan postur neutral

lengan anda.

6. Menyesuaikan monitor sehingga leher anda berada dalam neutral dan kedudukan

santai. Kedudukan paparan yang salah boleh menyebabkan kedudukan badan salah.

7. Duduk dengan lengan menjauh paparan dan sesuaikan jarak pandangan anda.

8. Dokumen perlu berada di hadapan anda.

9. Bantulah diri anda sendiri dan berehat sebentar bagi melepaskan ketegangan otot.

10. Buat senaman jari dengan menolak ke atas jari-jari anda.

Rajah 10: Postur Duduk Semasa Mengendalikan Komputer

7.3 Pengurusan Stres/Tekanan di Tempat Kerja

7.3.1 Definisi Stres merupakan satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Definisi yang paling diterima masa ini ialah daripada Richard S Lazarus:- “Stres/tekanan merupakan satu situasi di mana seseorang merasakan yang ia tidak mampu melakukan apa yang diminta/harapkan oleh seseorang, sesuatu atau keadaan”.

Page 69: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

58

Stres/Tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Ia merupakan reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang.

7.3.2 Punca-punca Stres/Tekanan 1. Dalam diri:

i. Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi. ii. Rasa tidak selamat. iii. Pengalaman zaman kanak-kanak. iv. Peristiwa dalam kehidupan. v. Perwatakan/personaliti. vi. Dilema dalam membuat keputusan. vii. Stres keibubapaan.

2. Sosial

i. Berpindah rumah ii. Konflik keluarga, penceraian dan krisis hidup. iii. Stres perkahwinan dan rumah tangga. iv. Perhubungan interpersonal yang bermasalah. v. Masalah di tempat kerja. vi. Cabaran kehidupan di kota atau di bandar. vii. Masalah/perubahan persekitaran. viii. Masalah kewangan.

3. Psikologi

i. Jenis personaliti. ii. Tragedi. iii. Hilang orang yang dikasihi. iv. Kurang keyakinan diri. v. Takut gagal.

4. Biologi

i. Penyakit fizikal yang kronik. ii. Perubahan dalam tubuh remaja.

7.3.3 Tanda-tanda Stres 1. Tanda-tanda fizikal

i. Kering mulut.

Page 70: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

59

ii. Gementar. iii. Sakit kepala. iv. Masalah tidur. v. Perubahan selera makan. vi. Cepat letih. vii. Lenguh-lenguh badan. viii. Jantung berdebar-debar. ix. Pernafasan semakin laju. x. Sakit perut. xi. Cirit-birit. xii. Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya. xiii. Letih lesu.

2. Tanda-tanda psikologi

i. Gelisah. ii. Hilang sabar. iii. Mudah marah. iv. Lemah semangat. v. Risau dan bimbang. vi. Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian. vii. Mudah lupa. viii. Takut gagal. ix. Rendah diri. x. Keresahan. xi. Tidak merasa seronok. xii. Bosan dan murung.

3. Tanda-tanda tingkah laku

i. Merokok berlebihan. ii. Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal. iii. Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri. iv. Tingkah laku impulsif dan agresif (buli, vandalisme). v. Penyalahgunaan dadah dan alkohol. vi. Masalah tabiat makan.

7.3.4 Kaedah Menangani Stres

Stres boleh dielakkan dengan: 1. Medekatkan diri dan beramal dengan agama. Kembali ke keadaan fitrah kehidupan

dengan kehidupan beragama.

2. Mengubah suai punca stres dengan merancang kerja dengan baik dan mengurus masa

dengan bijak.

3. Bersikap dan berfikiran positif semasa menjalankan tugas.

4. Sentiasa mencari keseronokan bekerja dengan mewujudkan persekitaran yang

harmoni.

Page 71: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

60

5. Mengamalkan cara hidup yang sihat dengan beriadah dan mengambil makanan

seimbang.

6. Merehatkan minda dengan mengalihkan tumpuan kerja contohnya melakukan

senaman pernafasan dan relaksasi otot.

7. Saling motivasikan diri antara satu sama lain.

8. Kenali kekuatan diri dan baiki kelemahan diri.

9. Wujudkan persaingan sihat di kalangan rakan sejawat.

Page 72: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

61

LAMPIRAN 1 (rujuk no 2 dan 3 pada mukasurat 84)

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Asetaldehid (Acetaldehyde)

Tersangat mudah terbakar, memedihkan mata dan sistem pernafasan. Wap menyebabkan pening kepala dan mengantuk. Penghiduan yang berterusan menyebabkan delirium, halusinasi dan kehilangan konsentrasi. Cecair jika diminum akan memedihkan organ penghadaman.

Elakkan menghidu wap dan terkena mata.

Asid asetik

(Acetic acid)

Mudah terbakar. Wap yang dikeluarkan mengganggu sistem pernafasan. Cecair adalah berbahaya kepada kulit dan menyebabkan BARAH. Jika terminum menyebabkan kerosakan organ dalaman.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Asetik anhidrida (Acetic anyhydride)

Mudah terbakar. Wapnya merosakkan sistem pernafasan. Cecair berbahaya pada kulit dan menyebabkan melecur. Cecair juga merosakkan mata. Jika terminum menyebabkan lemah badan, muntah dan pening kepala.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Aseton (Acetone) Tersangat mudah terbakar. Terhidu wap menyebabkan pitam. Cecair memedihkan mata dan boleh menyebabkan kecederaan yang teruk. Boleh menyebabkan gastrik dan khayal (narcosis) serta koma.

Elakkan menghidu wap dan terkena mata.

Asetonitril (Acetonitrile) Tersangat mudah terbakar. Sangat beracun. Jika terhidu wap menyebabkan sakit perut, pening kepala dan muntah-muntah. Boleh menyebabkan pitam, koma dan lumpuh.

Dilarang menghidu wap dan elakkan terkena mata dan kulit.

Akrilamida (Acrylamide) Sangat beracun. Boleh menyerap ke dalam kulit dan memedihkan mata. Jika tertelan akan mendatangkan kesan yang berbahayakan.

Elakkan tersedut habuk dan terkena kulit dan mata.

Page 73: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

62

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Alil alkohol (Ally alcohol) Sangat mudah terbakar. Beracun. Wapnya memedihkan mata dan mengganggu sistem pernafasan. Cecairnya merosakkan mata dan kulit. Jika terminum akan mengganggu organ penghadaman dan buah pinggang.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Ammonia Mudah terbakar. Gasnya sangat beracun. Jika terhidu akan mengakibatkan sakit pada sistem pernafasan dan kerosakan pada mata.

Elakkan menghidu gas yang dikeluarkan.

Sebatian antimoni (Antimony compounds)

Sebatian yang larut adalah beracun dan menyebabkan penyakit kulit. Jika tertelan akan mengakibatkan mulut dan tekak belecur, muntah dan sakit perut. Stibine – bahan yang terhasil dari tindakbalas agen penurunan asid boleh menyebabkan keracunan darah dan merosakkan buah pinggang dan hati.

Sebatian arsenik (Arsenic compounds)

Beracun. Menghidu asap atau habuk mengakibatkan keracunan arsenik. Sebahagian daripada sebatian akan memedihkan mata dan penyerapan ke dalam kulit menyebabkan keracunan. Jika tertelan akan menyebabkan sakit perut dan memberi kesan pada jantung, buah pinggang dan hati, pitam dan muntah. Kesan dari penyerapan ke dalam kulit yang berpanjangan menyebabkan BARAH.

Dilarang menyedut asap atau habuk. Elakkan terkena mata dan kulit.

Benzonitril (Benzonitrile) Berbahaya jika terminum dan terkena pada kulit. Memedihkan mata dan mengganggu sistem pernafasan.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Benzena (Benzene) Tersangat mudah terbakar. Jika terhidu wap akan menyebabkan

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan

Page 74: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

63

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

sakit kepala, pening; kepekatan wap yang tinggi boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri. Wapnya memedihkan mata dan selaput lendir (mucous membrane). Cecairnya meresap ke dalam kulit menyebabkan keracunan. Dianggap beracun jika diminum. Jika terhidu berulang kali dalam satu jangka masa menyebabkan LEUKIMIA.

mata. Disyaki KARSINOGENIK.

Benzoil Klorida (Benzoyl chloride)

Wap mengganggu sistem pernafasan. Cecair boleh menyebabkan kulit melecur dan sakit mata. Jika terminum memberikan kesan kesakitan serta-merta.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Benzil Bromida (Benzyl bromide)

Wapnya mengganggu sistem pernafasan. Kepekatan wap yang rendah akan memedihkan mata. Cecairnya menyebabkan kulit melecur. Jika terminum menyebabkan kesan pada organ dalaman.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Bromobenzena (Bromobenzene)

Mudah terbakar. Kesan keracunannya boleh dihubungkaitkan dengan BENZENE. Wap pada kepekatan yang tinggi mempunyai kesan narkotik. Jika menyerap ke dalam kulit dan terminum menyebabkan kesan keracunan.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

S-Butil Alkohol (Butan – 2 – Ol)

Mudah terbakar. Wapnya mengganggu sistem pernafasan dan memedihkan mata. Cecair menyebabkan kerosakan pada mata dan mendatangkan penyakit kulit. Jika terminum menyebabkan pening, mengantuk dan pengsan.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Butanon (Butanone) Sangat mudah terbakar. Jika terhidu wapnya menyebabkan sakit kepala

Elakkan menghidu wap dan terkena mata

Page 75: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

64

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

dan sakit perut. Cecairnya boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Jika terminum boleh mendatangkan gastrik dan kesan alkohol.

Karbon Disulfida (Carbon Disulphide)

Sangat mudah terbakar. Jika terhidu pada kepekatan yang tinggi memberi kesan narkotik dan boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri. Cecair dan wapnya memedihkan mata. Dianggap beracun jika diminum. Kesan kronik; menghidu wap secara berterusan menyebabkan kerosakan pada sistem saraf termasuk terencat akal, lumpuh dan kehilangan daya penglihatan.

Elakkan menghidu wap.

Karbon Tetraklorida (Carbon Tetrachloride)

Sangat beracun. Jika terhidu wap pada kepekatan yang tinggi menyebabkan sakit kepala, sakit perut, muntah, pitam dan hilang selera. Wap dan cecairnya memedihkan mata. Jika terminum boleh menyebabkan kerosakan pada hati, buah pinggang, jantung, sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Kesan kronik; jika menghidu secara berterusan pada kepekatan yang rendah menyebabkan pening kepala, loya, muntah, sakit paru-paru dan demam kuning. Ia juga boleh menyebabkan penyakit kulit.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Asid Kloroasetik (Chloroacetic Acid)

Bahan beracun. Pepejal atau larutannya merosakkan mata dan menyebabkan kulit melecur. Jika tertelan menyebabkan kerosakan organ dalaman.

Lindungi terkena kulit dan mata.

Klorobenzena (Chlorobenzene)

Mudah terbakar. Wapnya menyebabkan pengsan. Cecairnya menyebabkan gatal. Jika terminum

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit, mata dan pakaian.

Page 76: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

65

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

akan menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri.

Kloroform (Chloroform) Wapnya mempunyai kandungan pelali (anaesthetic) dan menyebabkan muntah, sakit kepala, loya, mengantuk, pitam dan pengsan. Wap dan cecairnya boleh menyebabkan penyakit selaput mata. Bahan beracun.

Elakkan terhidu wap dan terkena mata. Disyaki KARSINOGENIK.

Kresol (Cresols) Wap yang terhasil apabila dipanaskan akan mengganggu sistem pernafasan. Ia boleh merosakkan mata dan kulit melecur. Kesan penyerapan melalui kulit adalah sama seperti kesan pemakanan seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, sakit perut, lemah anggota dan pitam. Kesan kronik; kesan penghiduan dan penyerapan yang berulang kali boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati dan penyakit kulit.

Elakkan terhidu wap dan terkena kulit dan mata.

Sikloheksana (Cyclohexane)

Sangat mudah terbakar. Memedihkan mata, kulit dan sistem pernafasan. Jika terhidu pada kepekatan yang tinggi menyebabkan khayal (narcosis). Jika terminum boleh menyebabkan kesan narkotik.

Elakkan terhidu wap dan terkena kulit dan mata.

Sikloheksanon (Cylohexanone)

Mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata, kulit dan sistem pernafasan. Cecairnya boleh menyebabkan penyakit selaput mata dan kulit. Jika terminum akan mengganggu sistem penghadaman.

Elakkan terhidu wap dan terkena kulit dan mata.

Sikloheksanol (Cyclohexanol)

Wapnya memedihkan mata, kulit dan sistem pernafasan. Cecairnya menyebabkan penyakit selaput mata yang serius dan kadar penyerapan yang berlebihan menyebabkan

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 77: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

66

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

menggigil dan kerosakan pada buah pinggang atau hati. Jika tertelan akan mengganggu sistem penghadaman.

Diklorometana (Dichloromethane)

Wapnya memedihkan mata dan sistem pernafasan dan menyebabkan sakit kepala dan loya. Jika pada kepekatan yang tinggi menyebabkan kulit menjadi pucat dan pengsan. Cecairnya merosakkan mata. Dianggap beracun jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Dietil Eter (Diethyl Ether) Mudah terbakar dan menghasilkan bahan letupan peroksida. Jika terhidu menyebabkan mengantuk, pening dan tidak sedarkan diri. Jika terhidu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan selera, pening, cepat penat dan loya. Jika menghidu secara berterusan akan mendatangkan kesan ketagih.

Elakkan menghidu wap.

Dimetilaminobenzena (Dimethylaminobenzene)

Menghidu wap atau kadar penyerapan ke dalam kulit secara berlebihan menyebabkan sakit kepala, menggigil, kulit pucat, fikiran tak waras dan pada kes-kes tertentu menyebabkan sawan. Berbahaya sama ada terkena pada mata atau terminum. Pendedahan pada wap yang berpanjangan akan memberi kesan kepada darah dan sistem saraf, menyebabkan cepat penat, hilang selera dan pening.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Dimetil Sulfat (Dimethyl Sulphate)

Wapnya mengganggu sistem pernafasan dan mungkin menyebabkan kecederaan paru-paru dalam jangka masa tertentu. Wap dan cecair akan merosakkan

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata. Disyaki KARSINOGENIK.

Page 78: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

67

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

mata dan boleh menyebabkan pandangan kabur buat sementara waktu atau kekal. Wap dan cecair menyebabkan kulit mengelupas dan jika menyerap dalam jangka masa yang tertentu akan memberi kesan keracunan. Dianggap beracun jika diminum.

Dimetil Sulfoksida (Dimethyl Sulphoxide)

Cecairnya menyebabkan kulit gatal, ruam, mengelupas dan merosakkan mata. Jika menyerap ke dalam kulit menyebabkan loya, muntah, mengantuk dan menggigil.

Elakkan terkena kulit dan mata. Larutan atau campurannya boleh menembusi sarung tangan getah dan mendatangkan kesan keracunan.

Dioksan (Dioxan) Sangat mudah terbakar. Wapnya menyebabkan sakit hidung dan mata diikuti dengan sakit kepala dan mengantuk. Wap pada kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan loya dan muntah dan kecederaan pada buah pinggang dan hati. Jika diminum boleh mendatangkan kesan seperti di atas. Ia merupakan bahan letupan peroksida.

Elakkan menghidu wap.

Difenil (Diphenyl) Habuknya memedihkan mata dan sistem pernafasan. Boleh menyebabkan loya dan hilang selera.

Elakkan menyedut habuk dan terkena mata.

Difenil Amina (Diphenylamine)

Bahan beracun. Dilarang menghidu, terkena pada kulit dan tertelan. Boleh mengganggu selaput lendir dan kulit. Mempunyai kesan keracunan seperti anilin.

Etanatiol (Ethanethiol) Sangat mudah terbakar. Wapnya mengganggu sistem pernafasan dan mempunyai kesan narkotik pada kepekatan yang tinggi. Cecairnya memedihkan mata dan memberi kesan kepada selaput lendir. Dianggap beracun jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 79: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

68

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Etanol (Ethanol) Sangat mudah terbakar. Elakkan menghidu wap kepekatan yang tinggi.

2 – Etoksietanol

(2 – Ethoxyethanol)

Mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata dan mengganggu sistem pernafasan pada kepekatan yang tinggi. Cecairnya memedihkan mata. Beracun jika diminum dan boleh menyebabkan keracunan darah dan kerosakan buah pinggang.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit, mata dan pakaian.

Etil Asetat (Ethyl Acetate) Sangat mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata dan mengganggu sistem pernafasan. Cecairnya memedihkan mata dan permukaan lendir. Jika terhidu secara berterusan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati.

Elakkan menghidu wap dan terkena mata.

Etilbenzena (Ethylbenzene)

Sangat mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata, mengganggu sistem pernafasan dan boleh menyebabkan pitam. Cecairnya memedihkan mata dan menyebabkan sakit kulit. Beracun jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Furfuril Alkohol (Furfuryl Alcohol)

Memberi kesan kepada kesihatan jika terhidu, terkena pada kulit atau tertelan.

Larutan Formaldehid

(Formaldehyde Solution)

Wapnya mengganggu keseluruhan sistem pernafasan. Wap dan cecair memedihkan mata. Jika terkena pada kulit memberi kesan membeku dan menyebabkan penyakit kulit. Jika dalam pemakanan akan menyebabkan loya, muntah dan tidak sedarkan diri. Kesan kronik; jika menghidu pada kepekatan yang

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata. Elakkan campuran wap formaldehid dan asid hidroklorik kerana boleh membentuk KARSINOGEN bisklorometil eter.

Page 80: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

69

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

tinggi dalam jangka masa yang panjang menyebabkan demam paru-paru, sakit pembuluh nafas; pendedahan yang berterusan menyebabkan penyakit kulit dan jika berpanjangan menyebabkan BARAH KULIT terutamanya di bahagian jari dan dilaporkan berlaku BARAH HIDUNG.

Gliserol (Glycerol) Bertindak aktif atau meletup dengan mana-mana agen oksida.

Heptana (Heptane) Sangat mudah terbakar. Wapnya mengganggu sistem pernafasan dan jika pada kepekatan yang tinggi merupakan bahan narkotik.

Elakkan menghidu wap.

Heksana (Hexane) Sangat mudah terbakar. Wapnya mengganggu sistem pernafasan dan pada kepekatan yang tinggi mempunyai kesan narkotik. Kesan kronik; menyebabkan kehilangan daya rasa pada tangan dan kiri.

Elakkan menghidu wap.

Asid Hidroklorik (Hydrochloric Acid)

Wapnya mengganggu keseluruhan sistem pernafasan. Wap dan cecairnya mencederakan mata dan menyebabkan kulit melecur. Jika terminum akan menyebabkan kecederaan organ dalaman yang serius.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Iodometana (Iodomethane)

Jika terhidu wap akan menyebabkan pening, menggigil, fikiran tidak waras, renjatan dan meracau. Wap dan cecairnya memedihkan mata dan mengkaburkan penglihatan. Cecairnya menyebabkan kulit mengelupas. Beracun jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata. Disyaki KARSINOGENIK.

Asid Laktik (Lactic Acid) Cecairnya mencederakan mata dan menyebabkan kulit melecur. Jika

Elakkan terkena kulit, mata dan pakaian.

Page 81: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

70

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

terminum akan menjejaskan kesihatan.

Minyak Linseed (Linseed Oil)

Kain pengelap bahan lebihan yang dibuang ke dalam bakul sampah berpotensi sebagai penyebab kebakaran.

Maleik Anhidrid (Maleic Anhydride)

Habuk dan wapnya memedihkan mata, kulit dan sistem pernafasan. Jika tersentuh berterusan akan menyebabkan melecur. Beracun jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Mangan Dioksida (Manganese Dioxide)

Habuk boleh menyebabkan jangkitan pada sistem pernafasan. Beracun jika diminum. Kesan kronik; jika tersedut habuk secara berterusan dan menyebabkan keletihan serta memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

Elakkan terkena mata.

Metil Asetat (Methyl Acetate)

Sangat mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata dan sistem pernafasan. Wap pada kepekatan yang tinggi akan menyebabkan pening dan menggigil. Cecairnya memedihkan mata dan kulit. Beracun jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

4 – Metilpentana – 2 – on

(4 – Methylpentane – 2 – on)

Sangat mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata dan mengganggu sistem pernafasan. Merupakan bahan narkotik pada kepekatan yang tinggi. Cecairnya memedihkan mata dan menyebabkan kecederaan jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Metanol (Methanol) Sangat mudah terbakar. Menghidu wap pada kepekatan yang tinggi akan menyebabkan pitam dan gangguan penghadaman. Pada kepekatan yang rendah akan menyebabkan pening, loya, muntah dan kesakitan pada selaput lendir. Wap dan cecairnya berbahaya kepada mata; kadang-kala kesannya memakan masa selama berjam-jam.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 82: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

71

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Jika di dalam pemakanan, ia akan merosakkan pusat sistem saraf terutamanya saraf penglihatan (menyebabkan pandangan kabur atau menjadi buta), kerosakan buah pinggang, hati, jantung dan lain-lain organ. Selain daripada itu, boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri dan diikuti dengan kematian. Kesan kronik; pendedahan wap yang berterusan pada kepekatan yang rendah akan menyebabkan kesan-kesan di atas dan jika terkena kulit akan menyebabkan penyakit kulit.

2 – Metilpropana – 2 – ol

(2 – Methylpropane – 2 – ol)

Sangat mudah terbakar. Wapnya memedihkan mata dan mengganggu sistem pernafasan. Cecairnya memedihkan mata dan menyebabkan penyakit kulit. Jika terminum akan menyebabkan pening kepala, pitam, mengantuk dan khayal (narkosis).

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Naftalena (Napthalane) Bertindak balas dengan Nitril nitrat.

1 – Naftilamina Dan Garam-Garamnya (1 – Napthylamine and Salts)

Garam atau larutannya memedihkan mata. Kesan kronik; pendedahan kepada habuk atau penyerapan melalui kulit akan menyebabkan BARAH PUNDI-PUNDI KENCING. Berbahaya kepada kesihatan jika tertelan.

Elakkan dari menyedut habuk dan terkena pada kulit, mata dan pakaian. Disyaki KARSINOGENIK.

Asid Nitrik (Nitric Acid) Bertindak balas dengan bahan meruap dan menyebabkan kebakaran. Wapnya mengganggu keseluruhan bahagian sistem pernafasan. Wap dan cecairnya mencederakan mata dan menyebabkan kulit melecur. Jika terminum akan menyebabkan kecederaan organ dalaman yang teruk.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 83: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

72

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Oksalat-Oksalat (Oxalates) Menyebabkan gatal jika terkena kulit. Jika terminum akan menyebabkan pening kepala dan diikuti dengan pengsan.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Asid Oksalik (Oxalic Acid) Habuknya mengganggu sistem pernafasan. Habuk dan larutannya memedihkan mata. Jika terminum akan menyebabkan pening kepala dan diikuti dengan pengsan.

Elakkan dari terkena kulit dan mata.

Pentaklorofenol Dan Natrium Pentaklorofena (Pentachlorophenol And Sodium Pentachlorophenate)

Bahan beracun. Habuknya memedihkan mata dan sesak hidung. Jika menyerap melalui kulit atau pemakanan akan menyebabkan sesak nafas, berasa panas badan, lemah otot dan diikuti dengan sawan dan tidak sedarkan diri.

Elakkan menyedut habuk dan terkena kulit dan mata.

Pentana – 2, 4 – Dion (Pentane –2, 4 – Dione)

Mudah terbakar. Wapnya mengganggu sistem pernafasan. Cecairnya memedihkan mata dan kulit. Jika terminum akan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Pentil Asetat (Pentyl Acetate)

Mudah terbakar. Wapnya pada kepekatan yang tinggi akan memedihkan mata dan menyebabkan pening kepala dan mudah penat. Berbahaya jika diminum.

Elakkan menghidu wap dan terkena mata.

Asid Perklorik (Perchloric Acid)

Jika dikenakan haba akan menyebabkan letupan. Mudah bertindak balas dengan bahan meruap menyebabkan kebakaran. Cecairnya menyebabkan kecederaan mata dan kulit melecur. Jika terminum menyebabkan kecederaan dalaman yang teruk.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Petroleum Spirit (Petroleum Spirit)

Sangat mudah terbakar. Menghidu wap pada kepekatan yang tinggi di takat didih yang rendah boleh menyebabkan pening kepala, loya, pitam dan habuk. Cecairnya memedihkan mata dan jika terkena

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 84: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

73

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

kulit akan menyebabkan penyakit kulit. Jika terminum menyebabkan muntah, menggigil dan cirit-birit.

Fenasil Bromida Dan Fenasil Klorida

(Phenacyl Bromide Dan Phenacyl Chloride)

Wap dan habuknya memedihkan mata, kulit dan mengganggu sistem pernafasan.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Fenol (Phenol) Wapnya memedihkan mata dan sistem pernafasan. Jika terkena kulit akan menyebabkan kulit mengecut dan keputihan diikuti dengan melecur. Jika penyerapan berlaku secara berterusan akan menyebabkan pening kepala, pitam, sesak nafas, lemah badan dan pengsan. Jika terminum menyebabkan kecederaan organ dalaman yang serius, sakit tulang, loya dan muntah. Kesan kronik; menghidu wap dalam jangka masa yang panjang menyebabkan gangguan penghadaman saraf tidak berfungsi, kulit mengelupas dan kerosakan pada hati dan buah pinggang. Penyakit kulit terjadi apabila terkena larutan lemah berulang kali.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Fenilhidrazina Dan Hidroklorida

(Phenylhydrazine And Hydrochloride)

Kesan penyerapan daripada penghiduan, terkena kulit dan pemakanan menyebabkan kerosakan darah dan hati, loya, muntah dan sakit kuning. Ia diikuti dengan penyakit kulit dan mencederakan mata.

Elakkan menyedut habuk atau wap dan terkena kulit dan mata.

Asid Fosforik (Phosphoric Acid)

Cecairnya menyebabkan kecederaan mata yang serius dan menyebabkan kulit melecur. Jika terminum menyebabkan kecederaan dalaman yang teruk.

Elakkan terkena pada kulit dan mata.

Page 85: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

74

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Fosforus (Phosphorus) Merah Dan Putih (Kuning)

Merah : Sangat mudah terbakar Meletup bila bercampur dengan sebatian oksida.

Putih (Kuning): Terbakar secara spontan di udara. Sangat beracun.

Wap fosforus yang dinyalakan mengganggu hidung, tekak, paru-paru dan mata. Pepejal fosforus putih mencederakan mata dan kulit. Jika tertelan menyebabkan kecederaan yang serius. Kesan kronik; penyerapan dalam kuantiti kecil boleh menyebabkan kurang darah, lemah badan, pucat, sengal-sengal sendi dan kecederaan hati.

Lindungi terkena kulit dan mata.

Asid Pikrik (Picric Acid) Mempunyai risiko untuk meletup apabila bergeser, bergegar, dan dibakar dengan bahan yang menyala. Membentuk sebatian peletup metalik yang sensitif. Jika terkena kulit menyebabkan penyakit kulit. Beracun jika diminum. Kesan kronik; penyerapan melalui kulit atau tersedut dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kulit mengecut, pening kepala, loya, muntah atau cirit-birit dan kulit menjadi pucat.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Ftalik Anhidrida (Phthalic Anhydride)

Habuknya memedihkan mata, kulit dan sistem pernafasan. Jika tertelan menyebabkan kecederaan dalaman.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Kalium Klorat (Potassium Chlorate)

Meletup bila bercampur dengan bahan meruap. Jika termakan akan mengganggu buah pinggang dan pundi-pundi kencing.

Elakkan terkena pada kulit, mata dan pakaian.

Kalium Nitrit (Potassium Nitrate)

Meletup bila bercampur dengan bahan meruap.

Jauhkan terkena semua bahan meruap.

Page 86: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

75

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Kalium Permanganat

(Potassium Permanganate)

Jika terkena kepada bahan meruap akan menyebabkan kebakaran. Jika tertelan boleh mendatangkan sakit.

Propana (Propane) Gas cecair mudah terbakar. Pelali (anaesthetic) pada kepekatan yang tinggi tetapi tidak beracun.

Elakkan menghidu gas.

Propan-2-ol

Sangat mudah terbakar. Menghidu wap pada kepekatan yang tinggi dan cecair tercampur di dalam pemakanan akan menyebabkan pening kepala, pitam, loya, muntah, tekanan mental, khayal, ‘anaesthesia’ dan koma, takat bahaya ialah 100 cm. Cecairnya merosakkan mata.

Elakkan menghidu wap.

Piridina (Pyridine)

Sangat mudah terbakar. Wapnya mengganggu sistem pernafasan dan menyebabkan pening kepala, loya, muntah dan pitam. Wap dan cecairnya memedihkan mata dan menyebabkan penyakit selaput mata. Cecairnya menyebabkan kulit menjadi gatal dan penyakit kulit. Jika terminum akan mendatangkan kesan kepada pusat sistem saraf dan pada kuantiti yang besar menjadi racun kepada jantung.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Pirokatekol (Pyrocatechol) Serbuknya memedihkan mata dan sakit mata. Jika menyerap ke dalam kulit menyebabkan keracunan. beracun jika diminum.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Selenium dan Sebatiannya Hidrogen selenida memedihkan mata dan hidung dan menyebabkan paru-paru terbakar dan gangguan sistem penghadaman dan sistem saraf. Klorida, larutan asid dan garam menyebabkan kulit melecur dan sakit pada jari-jari melalui penyerapan. Serbuk selenium dioksida memedihkan mata, kulit dan sistem pernafasan. Beracun jika

Elakkan menyedut serbuk dan terkena kulit dan mata.

Page 87: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

76

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

diminum. Kesan kronik; menyedut serbuk selenium dalam jangka masa yang panjang menyebabkan cepat penat, hilang selera, gangguan penghadaman dan demam paru-paru. Jika terdedah berpanjangan pada kulit menyebabkan penyakit kulit.

Natrium Klorat (Sodium Chlorate)

Meletup bila bercampur dengan bahan meruap. Habuk dan larutan kuatnya memedihkan mata dan kulit menjadi gatal. Pepejal atau larutannya menyebabkan keracunan dan meloyakan, muntah, sakit abdomen dan rosak buah pinggang.

Elakkan terkena bahan meruap dan asid, dan terkena kulit, mata dan pakaian.

Natrium Ditionit (Sodium Dithionite)

Boleh menyebabkan kebakaran. Apabila terkena asid, ia akan melepaskan gas beracun. Jika tertelan akan mendatangkan sakit.

Elakkan terkena bahan lembab mudah terbakar termasuk pakaian.

Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide)

Pepejal dan larutan kuatnya menyebabkan kulit melecur dan merosakkan mata. Jika tertelan menyebabkan kecederaan dalaman yang teruk. Larutan lemah seperti 2.5 M boleh merosakkan mata.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Asid-Asid Sulfonik (Sulphonic Acids)

Larutannya memedihkan mata dan menyebabkan kulit melecur. Jika tertelan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Asid Sulfurik (Sulphuric Acid)

Asid pekat menyebabkan kulit melecur dan mencederakan mata. Larutannya memedihkan mata dan menyebabkan kulit melecur dan penyakit kulit. Jika terminum akan menyebabkan kecederaan organ dalaman yang teruk.

Lindungi terkena kulit dan mata. Jangan campurkan air ke dalam bekas asid.

Page 88: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

77

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

Tetrakloroetilin (Tetrachloroethylene)

Terhidu wap akan menyebabkan pening kepala, loya, muntah dan pada kepekatan yang tinggi menyebabkan kebas. Cecairnya memedihkan mata dan mempunyai kesan berminyak pada kulit. Jika terminum menyebabkan kesan yang sama seperti jika terhidu.

Elakkan terhidu wap dan terkena kulit dan mata.

Tetrahidrofuran (Tetrahydrofuran)

Sangat mudah terbakar. Boleh membentuk bahan peletup peroksida. Wapnya memedihkan mata dan sistem pernafasan. Mempunyai kesan narkotik pada kepekatan yang tinggi. Jika menyerap melalui kulit atau pemakanan akan menyebabkan kerosakan hati.

Elakkan dari menghidu wap dan terkena pada kulit dan mata.

Tionil Klorida (Thionyl Chloride)

Bertindak balas aktif dengan air. Cecairnya mengganggu sistem pernafasan dan menyebabkan kulit melecur.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata. Jangan mencampurkan air ke dalam bekas asid.

Titanum Klorida (Titanium Chloride)

Bertindak balas aktif dengan air. Wapnya mengganggu sistem pernafasan. Wap dan cecairnya memedihkan dan merosakkan mata. Cecairnya merosakkan kulit. Jika terminum menyebabkan kerosakan dalaman yang teruk.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata. Jangan mencampurkan air ke dalam bekas asid.

Asid Trikloroasetik (Trichloroacetic Acid)

Habuknya memedihkan mata dan menyebabkan kulit melecur selepas suatu tempoh. Jika tertelan menyebabkan kecederaan dalaman.

Elakkan terkena kulit dan mata.

Toluena (Toluene) Sangat mudah terbakar. Menghidu wap menyebabkan pening kepala, loya dan gangguan mental. Cecair dan wapnya memedihkan mata dan selaput lendir. Penyerapan melalui kulit dan pemakanan boleh menyebabkan keracunan. Kesan kronik; jika toluen mengandungi

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 89: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

78

BAHAN KIMIA BAHAYA LARANGAN

lebih kandungan benzena sebagai bendasing, menghidu wap dalam jangka masa yang panjang menyebabkan keracunan darah dan penyakit kulit.

Sebatian Vanadium (Vanadium compounds)

Serbuk atau asap vanadium pentoksida menyebabkan gangguan sistem pernafasan, sesak nafas, batuk dan lidah pucat. Serbuk dan asapnya memedihkan mata dan menyebabkan penyakit selaput mata. Jika tertelan menyebabkan muntah, air ludah keluar dengan banyak dan cirit-birit. Jika tertelan dalam kuantiti yang banyak akan merosakkan sistem saraf dan menyebabkan gigil, sawan dan pengsan.

Elakkan menyedut serbuk.

Xilen (Xylenes) Mudah terbakar. Jika terhidu menyebabkan mengantuk, pening kepala dan tekanan mental. Wap dan cecairnya memedihkan mata dan selaput lendir. Penyerapan melalui kulit atau pemakanan akan menyebabkan keracunan. Kesan kronik; jika xilen mengandungi kandungan benzena sebagai benda asing, menghidu wap berulang kali akan menyebabkan keracunan darah. Jika terkena kulit dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan penyakit kulit.

Elakkan menghidu wap dan terkena kulit dan mata.

Page 90: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

79

LAMPIRAN 2 (rujuk no 5 pada mukasurat 84)

NAMA CIRI-CIRI

Asetilin/Acetylene (C2H2) Mudah terbakar. Tiada warna dan berbau seperti bawang putih.

Argon (Ar) Tidak mudah terbakar. Tiada warna dan tidak berbau.

Karbon Dioksida/Carbon Dioxide (CO2)

Tidak mudah terbakar. Tiada berwarna dan tidak berbau.

Siklopropana/Cyclopropane (C3HC) Mudah terbakar. Tiada warna dan berbau manis seperti petroleum nafta.

Helium (He) Tidak mudah terbakar. Tiada warna dan tidak berbau.

Hidrogen/Hydrogen (H2) Mudah terbakar. Tiada warna dan tidak berbau.

Nitrogen/OFN (Oxygen Free Nitrogen) (N2)

Tidak mudah terbakar. Tiada warna dan tidak berbau.

Oksigen/Oxygen (O2) Tidak mudah terbakar. Membantu pembakaran. Tidak berwarna.

Page 91: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

80

LAMPIRAN 3 (rujuk no 19-24 pada mukasurat 84) BAHAYA MESIN DI BENGKEL 1. Mesin pemotong balak/kayu gergaji/buluh/rotan

Bahaya: i. Pemantulan kayu balak dan kayu gergaji, ii. Mata pisau dan motor penggerak, iii. Kecederaan pendengaran akibat bunyi yang kuat, iv. Kecuaian pengendalian kren pengangkut balak, dan v. Sedutan habuk kayu.

Cara mengelakkan kemalangan: i. Pastikan semua pekerja memakai topi, kasut dan pakaian keselamatan

yang dikhaskan, ii. Pastikan hanya kakitangan terlatih mengendalikan kren dan mesin

pemotong, iii. Pastikan jumlah kakitangan mencukupi semasa menjalankan kerja, dan iv. Pastikan bahagian mata gergaji/pisau ditutup dengan pengadang

keselamatan (safety guards).

2. Mesin pengetam kayu

Bahaya kecederaan akibat: i. Pemantulan kayu dan mata pisau. ii. Kayu terutama kayu yang telah diawet.

Cara mengelakkan kemalangan: i. Pastikan semua pekerja terlatih mengendalikan mesin dan memakai topi,

kasut dan pakaian keselamatan yang dikhaskan dan bahan kayu dihalakan pada arah pusingan mata pisau yang betul,

ii. Gunakan pengadang keselamatan, dan iii. Pastikan skru pengikat mata pisau cukup ketat.

3. Mesin kumai (moulder)

Bahaya kecederaan akibat mata pisau yang terunjur keluar dan berputar laju.

Cara mengatasi: i. Pastikan kakitangan terlatih sahaja yang mengendalikan alat tersebut. ii. Pastikan pekerja memakai pakaian keselamatan.

4. Mesin penghancur kayu Bahaya kecederaan akibat:

i. Mata pisau. ii. Pantulan serpihan kayu.

Page 92: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

81

iii. Tali penggerak motor.

Cara mengatasi: i. Gunakan pengadang keselamatan. ii. Pastikan pekerja memakai topi, kasut dan pakaian keselamatan yang

dikhaskan. 5. Mesin bertekanan tinggi Bahaya kecederaan akibat:

i. Wap bertekanan tinggi. ii. Voltan elektrik tinggi.

Cara mengatasi: i. Pastikan kakitangan terlatih mengendalikan alat tersebut, ii. Pastikan pemeriksaan keselamatan alat tersebut dilakukan oleh pegawai

pemeriksa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) setiap 18 bulan,

iii. Pastikan kebocoran wap dan kegagalan injap diuji setiap kali penggunaan, iv. Pastikan tekanan tinggi dibebaskan sebelum ‘vessel’ dibuka, v. Pastikan bahan kimia dikeluarkan sebelum ‘horizontal vessel’ dibuka, dan vi. Pastikan pekerja memakai topi, kasut dan pakaian keselamatan yang

dikhaskan. 6. Mesin pemampat udara Bahaya kecederaan akibat:

i. Letupan. ii. Pancutan udara mampat ke dalam salur darah melalui kulit terutama

melalui luka/calar.

Cara mengatasi: i. Pastikan air luapan dikeluarkan dari penakung udara yang terletak di

bawah mesin sebelum digunakan untuk mengelakkan letupan. ii. Jangan hembus habuk pada pakaian sebaliknya guna berus atau penyedut

hampagas. 7. Enjin pembakar Bahaya kecederaan:

i. Letupan. ii. Kebakaran. iii. Pembebasan gas beracun.

Cara mengatasi: i. Gunakan di kawasan terbuka. ii. Gunakan pakaian yang sesuai.

Page 93: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

82

LAMPIRAN 4 (rujuk no 4 pada mukasurat 84) WARNA SILINDER GAS Nama gas

Warna

1. Oksigen

hitam

2. Karbon dioksida kelabu

3. Udara hijau muda

4. Nitrogen hijau muda dan hitam di bahagian atas

5. Nitrogen (oksigen bebas) hitam berbulatan putih di bahagian atas

6. Nitrogen + oksigen hijau muda bergelang hitam di bahagian tengah dan hitam di bahagian atas

7. Hidrogen merah

8. Hidrogen + nitrogen merah dan bergelang hijau muda di bahagian tengahnya

9. Helium coklat muda

10. Helium + oksigen coklat muda bergelang hitam di bahagian tengahnya dan separuh putih di bahagian atas

11. Asetilina larut coklat tua

12. Argon biru

13. Argon + karbon dioksida biru dan berbelang hijau tua di bahagian tengahnya

14. Argon + oksigen biru dan berbelang hitam di bahagian tengahnya

15. Argon + nitrogen biru dan berbelang hijau muda di bahagian tengahnya

16. Argon + hidrogen biru dan berbelang merah

Page 94: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

83

RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN Halimaton, H. & Zaiton, A. M., 1994. Keselamatan makmal. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. DOSH: GP (I) 4/97, Guidelines for the Classification of Hazardous Chemicals

DOSH: GP (I) 8/2005, Guidelines on Storage of Hazardous Chemicals.

DOSH: GP (I) 4/2000, Guideline for the preparation of chemical register.

DOSH: GP (I) 5/97, Guidelines for Labelling of Hazardous Chemical.

DOSH: GP (I) 3/97, Guidelines for the Formulation of a Chemical Safety Data Sheet.

DOSH: 2005(I), Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

DOSH: GP(I) 1/2003, Guideline on Occupational Vibration.

DOSH : GP(I) 06 / 2004, Guidelines On First-Aid In Workplace.

DOSH DP 127/37914-46, Guidelines on Occupational Safety and Health for design,

Inspection, Testing and examination of local exhoust ventilation system.

DOSH: GP (I) 01/2002, Guidelines on Monitoring of Airborne Contaminant.

DOSH : GP (I) 3/2002, Guidelines on reproductive health policy & programmes at the

workplace.

DOSH : GP (I) 02/2002, Guidelines on occupational safety and health for standing at

work.

DOSH : GP (i) 2/2003, Guidelines on occupational safety and health for seating at work. DOSH & FRIM 1998. Guideline on reduction of exposure to noise in the wood processing industry, Kuala Lumpur. DOSH & FRIM 1998. Guideline on safety and health in the wood processing industry, Kuala Lumpur. DOSH & FRIM 1998. Guideline on control of exposure to dust in the wood processing industry, Kuala Lumpur. DOSH & FRIM 1998. Guideline on control of exposure to chemicals in the wood processing industry, Kuala Lumpur.

Page 95: Final Draf FRIM Safety Manual_ed

MANUAL PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL, BENGKEL, LAPANGAN DAN PEJABAT

84

DOSH & FRIM 1998. Guideline for management of wood waste from the wood processing industry, Kuala Lumpur. FRIM, ILO & DANCED 1998. Higher productivity and a better place to work- an action manual for the furniture industry, Kuala Lumpur.