4
LADANG RAKYAT LADANG 'KANDI PITIH' PAS RABU | 24 APRIL 2013 | 13 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #5 BUKAN tapi Ladang Rakyat adalah satu projek kontroversi Kerajaan Nik Aziz yang banyak menumpahkan air mata rakyat. Puluhan ribu rakyat Kelantan di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli telah terjejas akibat projek ini tetapi yang menikmati hasilnya hanyalah segelintir penduduk Kelantan yang menjadi ahli PAS. Projek Ladang Rakyat dilaksanakan di bawah sebuah badan yang dinamakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLR). Ia diperbadankan pada tahun 2006. Bukti projek ini penuh dengan masalah ialah bila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 telah menegur projek ini. Perkara yang disentuh oleh LKAN ialah berhubung pemajakan tanah kepada syarikat-syarikat swasta yang tidak meng- untungkan kerajaan dan rakyat Kelantan. Lebih menyedihkan lagi penemuan LKAN mendapati janji-janji PPLR terhadap peserta Ladang Rakyat sendiri tidak ditunaikan. Projek Ladang Rakyat melibatkan tanah seluas 81,095 ekar dan menurut LKAN, 94% dari jumlah tanah itu telah dipajak kepada syarikat swasta termasuklah dari luar Kelantan selama 99 tahun. Tanah-tanah ini dipajak pada harga hanyalah RM150 – RM300 seekar. Pajakan ini terpaksa dibuat kerana PPLR amat lemah dalam soal pengurusan dan juga gagal untuk memajukan sendiri tanah-tanah tersebut. Akibatnya PPLR hanya menerima hasil sebanyak RM21 setahun berbanding dengan syarikat yang memajak tanah itu yang memperolehi sebanyak RM1.62 billion setahun. Perolehan PPLR yang terlalu rendah berbanding pendapatan syarikat yang memajak tanah itu menimbulkan kecurigaan. Apatah lagi langsung tidak ada ketelusan di dalam pengurusan dan pembahagian pajakan oleh PPLR. LKAN menegur prosedur pemilihan syarikat yang tidak dibuat secara terbuka. Projek Ladang Rakyat juga gagal me- nyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat apabila PPLR tidak mengenakan syarat kepada syarikat pemajak untuk menggunakan khidmat pekerja tempatan. Akibatnya hanya pekerja- pekerja asing yang diambil pekerja. Ladang Rakyat adalah projek zalim PAS yang mengamalkan rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Tanah- tanah yang dahulunya di terokai oleh penduduk-penduduk setempat dan orang asli yang rata-ratanya daif dan miskin di ambil dan diberikan kepada tauke-tauke yang sudah sedia kaya raya. Apakah inilah bentuk kebajikan yang diamalkan oleh PAS? Tidak hairanlah selepas 23 tahun, rakyat Kelantan akhirnya sedar wajah sebenar PAS. Selama 23 tahun rakyat Kelantan dizalimi menerusi amalan pilih bulu, kronisme dan nepotisme yang berleluasa dalam PAS. Pimpinan PAS hanya mementingkan kandi politik mereka dan mengisi kocek masing- masing. Bagaimanapun rakyat Kelantan tidak lagi perlu menunggu lebih lama, kerana pada 6 Mei 2013, Kelantan akan memiliki kerajaan negeri yang baru dan PAS akan diusir dari Kelantan.

Fikrah#5 Edisi 5 - sempena PRU13 Negeri Kelantan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fikrah#5 Edisi 5 - sempena PRU13 untuk adik kakok Pengundi Kelantan

Citation preview

Page 1: Fikrah#5 Edisi 5  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

LADANG RAKYATLADANG 'KANDI PITIH' PAS

RABU | 24 APRIL 2013 | 13 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #5

BUKANtapiLadang Rakyat adalah satu projek kontroversi Kerajaan Nik Aziz yang banyak menumpahkan air mata rakyat. Puluhan ribu rakyat Kelantan di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli telah terjejas akibat projek ini tetapi yang menikmati hasilnya hanyalah segelintir penduduk Kelantan yang menjadi ahli PAS.

Projek Ladang Rakyat dilaksanakan di bawah sebuah badan yang dinamakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLR). Ia diperbadankan pada tahun 2006. Bukti projek ini penuh dengan masalah ialah bila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 telah menegur projek ini.

Perkara yang disentuh oleh LKAN ialah berhubung pemajakan tanah kepada syarikat-syarikat swasta yang tidak meng-untungkan kerajaan dan rakyat Kelantan. Lebih menyedihkan lagi penemuan LKAN mendapati janji-janji PPLR terhadap peserta Ladang Rakyat sendiri tidak ditunaikan.

Projek Ladang Rakyat melibatkan tanah seluas 81,095 ekar dan menurut LKAN, 94% dari jumlah tanah itu telah dipajak

kepada syarikat swasta termasuklah dari luar Kelantan selama 99 tahun. Tanah-tanah ini dipajak pada harga hanyalah RM150 – RM300 seekar. Pajakan ini terpaksa dibuat kerana PPLR amat lemah dalam soal pengurusan dan juga gagal untuk memajukan sendiri tanah-tanah tersebut.

Akibatnya PPLR hanya menerima hasil sebanyak RM21 setahun berbanding dengan syarikat yang memajak tanah itu yang memperolehi sebanyak RM1.62 billion setahun.

Perolehan PPLR yang terlalu rendah berbanding pendapatan syarikat yang memajak tanah itu menimbulkan kecurigaan. Apatah lagi langsung tidak ada ketelusan di dalam pengurusan dan pembahagian pajakan oleh PPLR. LKAN menegur prosedur pemilihan syarikat yang tidak dibuat secara terbuka.

Projek Ladang Rakyat juga gagal me-nyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat apabila PPLR tidak mengenakan syarat kepada syarikat pemajak untuk menggunakan khidmat

pekerja tempatan. Akibatnya hanya pekerja-pekerja asing yang diambil pekerja.

Ladang Rakyat adalah projek zalim PAS yang mengamalkan rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Tanah-tanah yang dahulunya di terokai oleh penduduk-penduduk setempat dan orang asli yang rata-ratanya daif dan miskin di ambil dan diberikan kepada tauke-tauke yang sudah sedia kaya raya. Apakah inilah bentuk kebajikan yang diamalkan oleh PAS?

Tidak hairanlah selepas 23 tahun, rakyat Kelantan akhirnya sedar wajah sebenar PAS. Selama 23 tahun rakyat Kelantan dizalimi menerusi amalan pilih bulu, kronisme dan nepotisme yang berleluasa dalam PAS. Pimpinan PAS hanya mementingkan kandi politik mereka dan mengisi kocek masing-masing.

Bagaimanapun rakyat Kelantan tidak lagi perlu menunggu lebih lama, kerana pada 6 Mei 2013, Kelantan akan memiliki kerajaan negeri yang baru dan PAS akan diusir dari Kelantan.

Page 2: Fikrah#5 Edisi 5  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

2 | FIKRAH PRU 13

RAMPAS TANAH RAKYATSERAH KEPADA KRONI

NEGARA KEBAJIKAN PAS RAMPAS dari 'si miskin' beri kepada 'si kaya'

KUALA KRAI – Tindakan PAS Kelantan mengambil sebahagian daripada 900 hektar tanah dan menyerahkan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan sebagai ladang komersial di Kampung Senduk dan Serasa Dabong menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk di kawasan berkenaan yang mengusahakan tanah terbabit.

Sikap kerajaan negeri yang tidak endah dengan bantahan yang dibuat penduduk menyebabkan mereka yang terbabit men-gadakan perhimpunan aman selepas bertemu Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim sebagai wakil kerajaan negeri sejak 2011 dikatakan tidak membuahkan hasil.

Selain membawa pelbagai sepanduk bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Negeri, penduduk turut melahirkan keyakinan, masalah mereka hanya akan selesai jika BN kembali sebagai kerajaan di Kelantan selepas PRU13.

Wakil penduduk, Halim Ismail, 45, berkata, PAS ternyata gagal untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi rakyat malah pemimpin negeri ini semakin angkuh kerana terlalu lama berkuasa.

Katanya, mereka telah bertemu dengan wakil kerajaan negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Arifabillah Ibrahim ketika masalah ini mula timbul pada tahun 2011 namun ia tidak memberi sebarang kesan.

Segala penat lelah dan usahanya selama lebih 15 tahun mengusahakan tanah seluas 3.6 hektar itu menjadi sia-sia selepas semuanya musnah dalam sekelip mata.

Ketika pertemuan yang turut dihadiri oleh wakil syarikat pemaju itu, Arifabillah bersetuju untuk memulangkan semula tanah kami tetapi selepas dua minggu keputusan itu berubah.

"Ketika pertemuan itu berlangsung wakil syarikat tersebut yang juga anak kepada seorang aktivis PAS telah mengeluarkan senapang dan menembak pokok petai, untuk apa dia mengeluarkan senapang? Kami tidak takut kerana ini adalah hak dan maruah kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Halim menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri ini memang zalim, betul-betul zalim.

"Sepatutnya bincang dulu dan utamakan penduduk yang usahakan tanah ini sejak berpuluh-puluh tahun dan bukannya orang luar.

"Saya tanam tak kurang 60 pokok petai dan 200 dokong. Semua pokok sudah berbuah. Tapi sekarang hanya tinggal petai dua tiga pokok saja," katanya.

Menurutnya, dia tetap bertegas tidak akan benarkan syarikat itu mengambil walau seinci daripada tanah yang diusahakannya itu dan sanggup melakukan apa sahaja.

Che Kob Che Ngah, 80, berkata, tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan getah ditanamnya di atas kawasan seluas tiga hektar dan sudah boleh ditoreh, semuanya habis ditebang syarikat pemaju.

"Saya sudah teroka tanah ini lebih 30 tahun. Deposit tanah pun sudah dibayar pada 2010. Kalau tak boleh (jadi hak milik), sepatutnya beritahu masa nak sukat tanah dulu lagi," katanya.

Menurut Che Kob, sebagai pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam, kerajaan PAS Kelantan sepatutnya lebih bertimbang rasa kerana penduduk terlibat dengan pengambilan tanah itu semuanya orang Melayu.

“Kerajaan negeri patut faham kesusahan kami yang mengusahakan tanah ini sejak lebih 30 tahun dan keadaan selepas ini kerana kami tidak ada tanah lain,” katanya.

Ladang Rakyat adalah perancangan tersusun PAS mencari kekayaan untuk parti dan pimpinannya atas nama ‘mengurangkan kadar kemiskinan rakyat’. Apa yang berlaku ialah dengan adanya projek Ladang Rakyat, rakyat telah bertambah miskin dan tersiksa.

Berikut adalah fakta-fakta yang mem-buktikannya.

Peluang Pekerjaan

Orang asing diutamakan dan penduduk tempatan terpinggir. Jumlah pekerja asing ialah 639 orang berbanding hanya 282 pekerja tempatan.

Tanah Terokaan Di Rampas

Sudahlah tidak diberi pekerjaan, tanah yang dulu diterokai rakyat dan memperolehi hasil menerusi tanaman seperti pokok-pokok buah-buahan dan juga getah kini dirampas oleh PAS dan dipajakan kepada syarikat swasta. Sehingga kini 27,649 ekar tanah yang diterokai oleh rakyat telah diambil. Sekiranya PAS terus memerintah, lebih

banyak lagi tanah yang direntah rakyat akan dirampas.

Tanah Orang Asli Habis

Penduduk orang asli yang bergantung rezeki kepada alam semulajadi tidak terlepas dari terseksa oleh kezaliman PAS. Sehingga hari ini seluas 32,487 ekar tanah orang asli telah dirampas dan dipajakan kepada syarikat swasta. Akibatnya orang asli bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetapi kualiti hidup mereka turut terjejas bila pembangunan tanah secara rakus oleh pemaju swasta telah memusnahkan ekosistem dan mengakibatkan pencemaran yang kritikal terhadap sumber air mereka.

Peserta Ladang Rakyat Ditipu

Kezaliman PAS bukan sahaja setakat merampas hak rakyat tetapi mereka juga tergamak menipu penyokong mereka sendiri bila peserta-peserta Ladang Rakyat (yang rata-rata orang PAS) dijanjikan penempatan dan pekerjaan tetapi semua itu janji air liur.

269 orang peserta dari Ladang Rakyat Limau Kasturi dan Ladang Rakyat Paloh 4 di janjikan pekerjaan, rumah dan tanah sejak 2005 lagi. Tetapi sehingga hari ini janji-janji itu tidak ditunaikan.

Lebih malang lagi, ladang yang sepatutnya

diusahakan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLR) itu telah dipajakkan kepada Eastbay Venture Sdn Bhd mulai Mac 2012.

Wang Akaun Amanah Peserta Disapu

Laporan Ketua Audit Negara mendapati wang berjumlah RM1 juta telah dikeluarkan pada tahun 2008 atas kelulusan Ahli Lembaga Pengarah untuk dilaburkan didalam 2 skim pelaburan yang men-curigakan. Pengeluaran ini melanggar arahan amanah kerana wang tersebut HANYA untuk kegunaan bantuan bulanan kepada orang miskin dan peserta yang miskin.

Kedua-dua pelaburan itu kini bermasalah dan ada antaranya dibekukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Akibatnya pulangan pokok sebanyak RM1 juta tidak di-kembalikan. Semua kita tahu bahawa setiap jenis pelaburan sebegini dibuat menerusi agen dan agen itu sudah tentu mendapat pulangan yang lumayan tetapi yang menjadi mangsa ialah orang-orang yang miskin.

Inilah bentuk kebajikan yang diuar-uarkan oleh PAS. Rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya.

Kroni Siapakah Tauke Ini?

Page 3: Fikrah#5 Edisi 5  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

3FIKRAH PRU 13 |

DANA ZIONISBANTUKEMENANGANPEMBANGKANG?

NIK AZIZ ENGGANjumpa Orang AsliKOTA BHARU – Tindakan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz enggan menerima kunjungan sekumpulan masyarakat Orang Asli yang ingin menyelesaikan masalah tanah yang diceroboh Kerajaan Kelantan membuktikan wujud sesuatu yang tidak kena mengenainya.

Nik Aziz bagaimanapun dikatakan enggan menemui kumpulan Orang Asli terbabit dan mengarahkan wakilnya untuk menemui dan menerima memorandum tersebut.

Sama ada Nik Aziz sedar atau tidak dakwaan menceroboh tanah Orang Asli tanpa memaklumkan kepada mereka adalah suatu kesalahan yang sukar diterima golongan terbabit yang selama ini percaya Kerajaan Kelantan sepatutnya membela nasib mereka dan bukan menganiayai

mereka yang selama ini mengundi PAS.Tidak cukup dengan itu, kenyataan timbalan Nik Aziz, Ahmad Yakub yang mengatakan tidak ada istilah tanah adat milik masyarakat Orang Asli di Kelantan turut mendukacitakan golongan terbabit.

Kesal dengan kenyataan Ahmad itu, lebih 300 penduduk Orang Asli berhimpun secara aman di Kampung Angkek, bagi membantah kenyataan itu sambil meluahkan rasa kecewa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perhimpunan itu Azmi Badol berkata bagi mereka, kenyataan itu seolah-olah 'menghalalkan' langkah kerajaan negeri pimpinan PAS untuk terus merampas tanah itu yang diusahakan sejak sekian lama untuk diberi kepada syarikat asing bagi pembangunan ladang rakyat dan lain-lain.

"Kenyataan Mat Yakub amat mengguris perasaan masyarakat Orang Asli yang telah sekian lama membangunkan tanah adat itu. Ia tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin kerajaan negeri yang melaungkan pemerintahan Islam kerana menghina kaum Orang Asli yang tidak mempunyai tanah walaupun pernah didesak supaya diwartakan, katanya.

Azmi berkata, Orang Asli mempunyai hak ke atas tanah itu kerana mereka juga warganegara ini.

Pemimpin berkenaan sepatutnya berfikir secara rasional terhadap perasaan kaum lain berhubung perkara itu kerana sekarang ini bukan sahaja Orang Asli kehilangan tanah untuk bercucuk tanam, malah kami juga hilang mata pencarian disebabkan hutan dibuka ladang secara meluas.

"Sebelum ini kita sudah berulang kali menyerahkan memorandum kepada pemimpin kerajaan negeri untuk menyelesaikan tanah yang diterokai kami namun tidak pernah diberi pembelaan dan seolah-olah kami ini adalah kaum pendatang," katanya.

Sementara itu, Penghulu Kampung Lambok Damak Angah berkata, penduduk Orang Asli merasa semakin tertindas dengan pemerintahan kerajaan PAS yang merampas tanah mereka.

Gagal: Hanya wakil Nik Aziz yang dihantar menerima memorandum dari Orang Asli.

BACHOK - Kementerian Kewangan menerima laporan mengenai terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

"Ini mungkin disebabkan negara ini mem-

beri sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka," katanya.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, turut berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200 dan RM300 di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perupok di sini, melibatkan beberapa individu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum menyerahkan wang, pengundi yang ditemui

dalam lawatan rumah ke rumah itu diminta bersumpah di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.

Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di Dun Tawang dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.

Beliau menggesa kegiatan itu dihentikan segera.

Page 4: Fikrah#5 Edisi 5  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

KENAPAPERLU TUKAR

KERAJAAN PAS

KELANTANAPA KATAMEREKA?

“Dah lama dah rakyat Kelantan dibelenggu dengan kesusahan. Banyak isu-isu rakyat kerajaan Pas Kelantan gagal selesaikan walaupun lebih 20 tahun memerintah negeri ini.

4 | FIKRAH PRU 13

PAS AKANMENYEMBAH

BUMI

Maka sekarang masa paling

sesuai kita bangkit lakukan perubahan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat"– Suhaimi Mat Nawi

Sekitar tahun 1964 iaitu sejak 48 tahun yang lalu, Kerajaan PAS Kelantan ketika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak seluas kira-kira melebihi 300,000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Tragedi itu telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan, tetapi ia berjaya dikawal.

Bagaimanapun krisis kepimpinan PAS negeri yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 23 tahun isu yang hampir sama wujud lagi.

Kali ini tanah seluas 4,259.9 hektar di Gua Musang dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Difahamkan, syarikat berkenaan asalnya milik individu lain tetapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan itu, secara tidak langsung, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut.

Sedar atau tidak Kerajaan PAS pimpinan Nik Aziz telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada kroni dan syarikat

Tak ada sebab untuk tidak sokong

Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu rakyat. Saya percaya jika rakyat memberi sokongan penuh kepada BN nescaya banyak lagi kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat. “Sebab itu kita perlu tukar kerajaan demi perubahan untuk membawa kemajuan rakyat dan negeri” - Wee Boon Chai

Kita mesti tukar kerajaan PAS

kepada Barisan Nasional (BN) kerana sepanjang 23 tahun Pas memerintah tak ada apapun yang dia (PAS) bantu rakyat. “Tapi BN sangat perihatin kepada rakyat, banyak bantuan disalurkan walaupun tidak memerintah negeri ini”– Ibrahim Tayib

milik cina DAP dan Cina Singapura, sedangkan rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati kerajaan negeri yang hanya pandai menabur janji.

Rakyat marhaen yang berpuluh tahun meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi Negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat hanya zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 23 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.