4
SELASA | 30 APRIL 2013 | 19 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #11 PROJEK MEWAH KERAJAAN PAS KELANTAN MASALAH perumahan untuk golongan kelas menengah dan bawahan sering diperkatakan malah ia telah menjadi isu utama bagi penduduk Kelantan terutama di Kota Bharu. Ia agak sukar untuk diselesaikan kerana terdapat perbezaan kuasa di antara kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan PAS Kelantan mempunyai kuasa penuh ke atas tanah dan mereka berhak untuk menentukan segalanya di atas tanah-tanah tersebut sama ada mahu membantu rakyat atau mengisi poket masing-masing. Dan di atas kebijaksanaan tersebut, rakyat dapat melihat dengan nyata, PAS telah menggunakan kuasa yang ada untuk meraih sebanyak mungkin keuntungan demi kepentingan diri dan kelangsungan parti itu. Perkembangan tersebut dapat dilihat di sekeliling kita, asalkan ada tanah kosong semuanya diisi dengan bangunan komersial untuk dijual dengan harga ratusan ribu ringgit. Projek bangunan komersial tersebut pula dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri. Jadi di mana kebajikan untuk rakyat? Dimanakah keuntungan tersebut disalurkan? Apakah ia tidak mencukupi untuk membina rumah rakyat atau membantu golongan yang tidak berkemampuan? Berikut adalah sebahagian daripada projek mewah yang dilaksanakan oleh agensi Kerajaan PAS Kelantan 1. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) D'Perdana Residency - Kondominium 24 tingkat - 215 unit servis apartment - 8 unit rumah kedai - 4 tingkat rumah parkir - Kolam renang - Kos RM44.3 juta - di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu - Harga seunit bermula dari RM161,000 Desa Madhiah Binaraya - Rumah teres dua tingkat - Kos RM5 juta - Harga bermula dari RM150,000 sehingga RM240,000 Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa - 50 buah rumah teres dua tingkat dan Banglo - Kos RM10 juta - Harga bermula dari RM280,000 sehingga RM450,000 Apartment di Pantai Cahaya Bulan - Masih diperingkat perancangan. 2) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Tunjong Pavilion - Kompleks komersial dan kondominium - Kos ratusan juta ringgit Lagenda Tunjong - Kompleks komersial Bazar Tengku Anis - Kos RM40 juta - Kompleks perniagaan - Kurang mendapat sambutan daripada peniaga dan pelanggan Bazar Tok Guru - Kompleks perniagaan untuk peniaga kecil - Kos lebih RM100 juta (meningkat dengan mendadak disebabkan kelemahan perjanjian di antara pemaju dengan kerajaan PAS Kelantan) - Harga RM70,000 3) Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) - An-Naim Resident - Sentosa Residence - City Point Kesimpulannya, agensi kerajaan PAS Kelantan mempunyai modal yang besar dan mampu untuk melaksanakan dasar kebajikan untuk rakyat. Bagaimanapun pemimpin PAS memilih untuk mencari keuntungan yang berlipat kali ganda semata-mata untuk keuntungan peribadi. Lihat bagaimana cara hidup pemimpin PAS sekarang, lebih kaya dan mewah daripada UMNO. Sedangkan pada masa yang sama, pemimpin PAS mengutip derma untuk pelbagai dana dan ini jelas menipu rakyat. Ingat, tolak PAS bukan bererti menolak Islam. PAS bukan Islam, Islam bukan PAS.

Fikrah#11 Edisi 11 - Projek Mewah Kerajaan PAS Kelantan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fikrah#11 Edisi 11 - Projek Mewah Kerajaan PAS Kelantan - sempena PRU13 untuk adik kakok Pengundi Kelantan

Citation preview

Page 1: Fikrah#11 Edisi 11 - Projek Mewah Kerajaan PAS Kelantan

SELASA | 30 APRIL 2013 | 19 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #11

PROJEK MEWAHKERAJAAN PAS KELANTAN

MASALAH perumahan untuk golongan kelas menengah dan bawahan sering diperkatakan malah ia telah menjadi isu utama bagi penduduk Kelantan terutama di Kota Bharu.Ia agak sukar untuk diselesaikan kerana terdapat perbezaan kuasa di antara kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan PAS Kelantan mempunyai kuasa penuh ke atas tanah dan mereka berhak untuk menentukan segalanya di atas tanah-tanah tersebut sama ada mahu membantu rakyat atau mengisi poket masing-masing. Dan di atas kebijaksanaan tersebut, rakyat dapat melihat dengan nyata, PAS telah menggunakan kuasa yang ada untuk meraih sebanyak mungkin keuntungan demi kepentingan diri dan kelangsungan parti itu.

Perkembangan tersebut dapat dilihat di sekeliling kita, asalkan ada tanah kosong semuanya diisi dengan bangunan komersial untuk dijual dengan harga ratusan ribu ringgit.

Projek bangunan komersial tersebut pula dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri. Jadi di mana kebajikan untuk rakyat?

Dimanakah keuntungan tersebut disalurkan? Apakah ia tidak mencukupi untuk membina rumah rakyat atau membantu golongan yang tidak berkemampuan?

Berikut adalah sebahagian daripada projek mewah yang dilaksanakan oleh agensi Kerajaan PAS Kelantan

1. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

D'Perdana Residency - Kondominium 24 tingkat - 215 unit servis apartment- 8 unit rumah kedai- 4 tingkat rumah parkir - Kolam renang - Kos RM44.3 juta - di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu- Harga seunit bermula dari RM161,000

Desa Madhiah Binaraya- Rumah teres dua tingkat - Kos RM5 juta- Harga bermula dari RM150,000 sehingga RM240,000

Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa - 50 buah rumah teres dua tingkat dan Banglo - Kos RM10 juta- Harga bermula dari RM280,000 sehingga RM450,000

Apartment di Pantai Cahaya Bulan- Masih diperingkat perancangan. 2) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Tunjong Pavilion- Kompleks komersial dan kondominium - Kos ratusan juta ringgit

Lagenda Tunjong - Kompleks komersial

Bazar Tengku Anis - Kos RM40 juta- Kompleks perniagaan- Kurang mendapat sambutan daripada peniaga dan pelanggan

Bazar Tok Guru- Kompleks perniagaan untuk peniaga kecil - Kos lebih RM100 juta (meningkat dengan mendadak disebabkan kelemahan perjanjian di antara pemaju dengan kerajaan PAS Kelantan)- Harga RM70,000

3) Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) - An-Naim Resident - Sentosa Residence- City PointKesimpulannya, agensi kerajaan PAS Kelantan mempunyai modal yang besar dan mampu untuk melaksanakan dasar kebajikan untuk rakyat. Bagaimanapun pemimpin PAS memilih untuk mencari keuntungan yang berlipat kali ganda semata-mata untuk keuntungan peribadi. Lihat bagaimana cara hidup pemimpin PAS sekarang, lebih kaya dan mewah daripada UMNO. Sedangkan pada masa yang sama, pemimpin PAS mengutip derma untuk pelbagai dana dan ini jelas menipu rakyat. Ingat, tolak PAS bukan bererti menolak Islam. PAS bukan Islam, Islam bukan PAS.

Page 2: Fikrah#11 Edisi 11 - Projek Mewah Kerajaan PAS Kelantan

2 | FIKRAH PRU 13

SOKONGAN TERBUKA DAN SENYAP AHLI PASberi kelebihan kepada BN

BN TUNAI JANJIdi Manek UraiKUALA KRAI – Semasa kempen Pilihanraya Kecil Manek Urai 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat janji khusus bagi penduduk di kawasan terbabit.

Empat janji itu membabitkan projek membaik pulih 500 rumah uzur, pembinaan jambatan Manek Urai, kemudahan sukan di Manjor dan pembaikan Masjid Temalir.

Biarpun calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat tewas kepada calon Pas, Fauzi Abdullah dengan majoriti 65 undi namun kerajaan Barisan Nasional tetap melunaskan janji yang telah dibuat semasa kempen tersebut.

Bagaimanapun kekalahan itu digunakan se-penuhnya oleh PAS dalam ceramah-ceramah mereka bahawa BN tidak akan menunaikan janji yang ditabur namun hakikatnya ia hanya satu

propaganda untuk mereka menghasut rakyat supaya membenci Kerajaan Pusat.

Tidak cukup dengan hasutan itu, PAS juga menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada untuk menghalang daripada jambatan tersebut dapat dibina termasuk dalam soal pemilikan tanah.

Halangan yang diberikan itu menyebabkan kos pembinaan jambatan yang asalnya hanya bernilai RM7 juta melambung kepada RM15 juta, namun selepas empat tahun, penduduk di situ kini boleh tersenyum riang kerana harapan mereka sudah ditunaikan dengan terbinanya jambatan baharu dua lorong.

Malah biarpun tewas tiga lagi janji telah ditunaikan lebih awal demi membantu memberikan kemudahan yang terbaik untuk rakyat.

Untuk rekod kos untuk membaik pulih 500 rumah usang di Manek Urai membabitkan kos RM1.5 juta; baik pulih Masjid Temalir bernilai RM600,000 dan Kompleks Sukan Manjor bernilai RM400,000.

Pelaksanaan projek tersebut telah menutup mulut busuk pemimpin PAS yang tidak pernah serik membuat fitnah kepada rakyat.

Usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) membantu rakyat tanpa memilih bulu.

Bagi BN rakyat harus didahulukan sepertimana Akujanji BN Kelantan untuk PRU 13, Janji Ditepati, Rakyat Dihati.

PASIR PUTEH – Sokongan daripada rakyat terutama ahli dan penyokong PAS baik secara terbuka mahupun senyap yang berterusan memberikan satu petanda baik buat Barisan Nasional berdasarkan perubahan yang berlaku di negeri ini sejak akhir-akhir ini.

Pengerusinya, Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan sambutan rakyat dalam tempoh seminggu selepas hari penamaan calon adalah di luar dugaan termasuk peningkatan pengundi atas pagar serta penyokong parti lawan yang tampil memberi sokongan untuk mengundi dacing.

"Perubahan ini amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota PAS yang bukan sahaja di peringkat akar umbi tetapi

membabitkan sebilangan pemimpin tempatan yang berpengaruh dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO sama ada secara terbuka atau senyap," katanya semasa berucap pada perjumpaan Khas dengan lebih 1,000 jentera BN Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku, Semerak dekat sini.

Berdasarkan perubahan itu tidak mustahil BN Kelantan mampu melakukan kejutan lebih besar termasuk kemungkinan memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar jangkaan awal yang mensasarkan hanya 23 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei depan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perubahan

itu hasil kerja kuat seluruh jentera UMNO dan BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal PAS' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis yang dianjurkan.

Beliau berkata, berasaskan perkembangan itu UMNO dan BN bahagian itu dijangka akan dapat merampas kesemua lima kerusi berkenaan iaitu satu Parlimen dan empat DUN yang dimenangi PAS pada PRU Ke-12 lepas.

Page 3: Fikrah#11 Edisi 11 - Projek Mewah Kerajaan PAS Kelantan

3FIKRAH PRU 13 |

CALON BN SEDIA BERJUANGHADAPI LAWAN

BN BANTU1000

PENIAGAPASAR

JELAWAT

Tuan Pa (tiga dari kanan)

BACHOK - Kira-kira 1,000 peniaga kecil di Pekan Jelawat, dekat sini bersyukur kerana dapat menjalankan perniagaan dengan lebih selesa berikutan bantuan yang disalurkan Kerajaan Pusat sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih kemudahan asas di pasar berkenaan.

Peruntukkan berkenaan diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan lawatan ke pekan berkenaan dalam siri lawatan ke Kelantan sebelum ini.

Malah Tan Sri Muhyiddin sempat bersarapan pagi dan berbual mesra dengan peniaga di pasar tersebut.

Sebelum ini nasib peniaga terbabit tidak pernah dipedulikan Kerajaan PAS Kelantan sehingga terpaksa menghadapi pelbagai masalah ter-masuk lantai pasar rosak dan atap pula bocor.

Apabila hujan lantai di pasar turut becak dan

ada peniaga kerugian apabila barangan jualan rosak terkena air hujan.

Namun peniaga di pasar tersebut gembira apabila kerja membaik pulih pasar berkenaan yang diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan secara rasminya siap sepenuhnya 25 April lepas.

Pekan berkenaan adalah nadi ekonomi penduduk Bachok dan semakin menjadi tumpuan ramai berikutan kewujudan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST).

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Husin berkata, kemenangan BN di Kelantan dan Bachok

pastinya akan membantu memesatkan lagi usaha untuk memajukan pekan Jelawat sebagai kawasan pertumbuhan baru pusat perniagaan yang produktif.

"Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membangunkan daerah ini termasuk Pekan Jelawat berikutan kegagalan kerajaan PAS Kelantan melakukan perubahan di sini.

"Projek pembangunan pasar ini yang di-laksanakan oleh Kerajaan Pusat adalah fasa pertama dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik supaya keadaan di sini bertambah ceria sesuai dengan slogan 'Bachok Baru Bachok Maju' sekiranya diberi menang pada 5 Mei ini," katanya.

PASIR PUTEH - Calon BN bagi P28 Parlimen Pasir Puteh untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak gentar menghadapi lawan sama ketika bertanding di Dun N32 Gaal dalam PRU12 pada tahun 2008. Tuan Mustaffa Tuan Mat berkata, kekalahan kepada calon PAS, Nik Mazian dulu tidak boleh dijadikan ukuran kerana suasana antara Parlimen dan Dun agak berbeza. "Kekalahan lalu hanya disebabkan masalah teknikal kerana PAS hanya menang dengan majoriti 43 undi sahaja, saya tetap yakin BN merampas semula kerusi Parlimen daripada PAS.

"Di peringkat Dun kelompok pengundi lebih kecil tidak seperti Parlimen dan penglibatan saya dalam politik dan aktiviti masyarakat di

Dun Gaal dan Selising memberi kelebihan," katanya yang lebih dikenali sebagai Tuan Pa. Beliau berkata, perkembangan mutakhir di Dun Limbongan dan Semerak juga agak baik kerana calon mempunyai ke-kuatan tersendiri sekali gus membantu meningkatkan sokongan untuk Parlimen. Sementara itu, Mohd Rujhan Salleh ketika ditemui berkata, rakyat mula menunjukkan semangat tinggi untuk berubah dan bersedia menyokong calon BN dalam PRU13. Katanya, reaksi itu mungkin disebabkan kesedaran sendiri selepas melihat kegagalan kerajaan PAS Kelantan. "PAS menerajui negeri ini untuk tempoh lama tapi rakyat masih tidak nampak

kejayaan PAS, justeru mereka mengambil keputusan untuk menyokong BN," katanya yang akan ditentang calon PAS, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah di DUN Limbongan. Beliau berkata, jika diberi mandat, salah satu perkara yang akan diberikan tumpuan ialah meningkatkan Industti Kecik dan Sederhana (IKS). "Kita akan terus membantu menjana pen-dapatan usahwan kecil dengan me-nawarkan pelbagai bantuan termasuk dalam bentuk kursus dan seminar dan kalau kita lihat Risda sendiri bukan untuk getah semata-mata, agensi ini juga membantu membina ekonomi keluarga pekebun kecil," katanya.

Page 4: Fikrah#11 Edisi 11 - Projek Mewah Kerajaan PAS Kelantan

4 | FIKRAH PRU 13

PAS TAKUTUMUM

MANIFESTOMANIFESTOPAS KELANTANADALAHFANTASITANAH MERAH - Manifesto PAS Kelantan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang turut memuatkan agenda amalan federalisme berkaitan tuntutan royalti disifatkan sebagai cubaan mengkhayalkan rakyat Kelantan dengan perkara-perkara fantasi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata, manifesto itu tidak akan terlaksana kerana bergantung sepenuhnya kepada tuntutan royalti yang jumlahnya belum diketahui dan masih dalam perbincangan.

Beliau berkata, manifesto itu juga bersifat politik semata-mata dan tidak menghormati jawatankuasa khas petroleum yang ditubuhkan dengan Kelantan sendiri diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

"Kita berasaskan fakta dan undang-undang, yang layak terima adalah RM140 juta, yang dituntut adalah RM12 bilion, kerana ada percanggahan antara kedua-dua pihak, maka Kerajaan Pusat tubuhkan Jawatankuasa Khas Petroleum Ogos tahun lalu dan Kelantan juga ada wakil.

"Benda yang kita tidak tahu ada hak atau tiada hak untuk terimanya, jangan kita khayalkan rakyat.

"Kalau benda itu benar, Alhamdulillah. Tapi kalau kita sengaja reka-reka angka tidak munasabah, maka ini pendustaan sehingga mengkhayalkan rakyat dan mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Bertemu Jalinan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, di sini.

Yang turut hadir, empat calon BN dalam pilihan raya umum akan datang iaitu bagi kerusi Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Baharudin Yusof (DUN Bukit Panau), Mohd. Bakri Mustapha (DUN Gual Ipoh) dan Dayang Saniah Awang Hamid (DUN Kemahang).

Apa yang berlaku itu jelas menunjukkan bahawa PAS semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa kerana rakyat sudah menyedari auta dan putar belit pemimpinnya.

Tempoh 23 tahun yang diberikan sudah terlalu lama dan ternyata PAS dan Nik Aziz gagal untuk membawa perubahan seiring dengan kemajuan negara.

Setiap kali menjelang pilihan raya umum, perkara paling penting yang dilihat oleh rakyat adalah manifesto setiap parti yang bertanding. Namun apakah erti manifesto yang sebenarnya?

Maksud perkataan tersebut perlu diperjelaskan kerana hari ini ada parti yang bermain wayang dengan perkataan tersebut semata-mata untuk memastikan mereka selamat dan boleh terus berbohong kepada rakyat.

Secara mudah dan fahaman umum sejak dahulu lagi, manifesto bermaksud tawaran yang akan dilaksanakan oleh parti politik sekiranya mereka menang atau mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Dalam erti kata lain, ia adalah aku janji. Apabila berjanji harus dikotakan. Jika janji tidak dikota adalah munafik.

Apakah PAS sudah termasuk golongan munafik? Mungkin ya disebabkan mereka tidak pernah menunaikan janji yang dibuat sejak tahun 1990 sehingga hari ini.

Dan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, PAS masih gagal untuk menyebarkan manifesto mereka kepada rakyat. Mereka hanya mengadakan majlis pelancaran di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh pada 23 April lalu dan sidang akhbar pada 25 April.

Paling melucukan, PAS hanya mencetak 10 buah buku manifesto, itu pun hanya untuk barisan pemimpin tertinggi parti itu dan tidak diedarkan untuk media.

Jelas ini menunjukkan bahawa PAS takut sekiranya manifesto tersebut diedarkan lebih awal rakyat akan mengkaji dan membuat perbandingan dengan aku janji Barisan Nasional

(BN) dan mereka tidak pastinya ditolak oleh rakyat.

Malah PAS juga takut untuk menyatakan secara terbuka bahawa manifesto yang dibentangkan itu adalah janji yang akan mereka laksanakan sekiranya menang pada PRU 13 ini.

Mana tidaknya Nik Aziz , Ahmad Yakob, Husam Musa dan barisan pemimpin PAS yang lain sudah takut untuk berbohong lagi kerana rakyat sudah menyedarinya.

Manifesto PAS Kelantan PRU13 yang mereka gelarkan sebagai Program Tambahan PRU13 tidak ada satu perkara yang benar-benar konkrit.

Perkara pokok yang ditekankan dalam manifesto tersebut ialah 23 pelaksanaan sekiranya mendapat wang royalti sebanyak 20 peratus.Ini adalah satu usaha untuk mengkhayalkan rakyat dan terus menanamkan api kebencian kepada BN.

Paling menarik dalam manifesto tersebut ialah terdapat hampir 10 pemberian wang tunai secara one off kepada rakyat negeri ini mengikut kategori. Sekiranya ia benar berlaku nanti, apakah penerima wang tersebut sama seperti lembu dan ayam yang Nik Aziz gelarkan kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Maka sebagai pengundi, fikirlah secara mendalam, kita tidak perlu menyalamatkan Nik Aziz dan rakan-rakannya daripada terus menjadi golongan munafik.

Dan cara terbaik untuk menyelamatkan Mursyidul Am PAS itu adalah menumbangkannya dalam pilihan raya umum ini, jika tidak Nik Aziz dan rakan-rakannya tidak akan sedar diri.