17
1 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018) Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quran Azizul Azra Bin Abdul Razak 1 , Mohd. Hisyam Bin Abdul Rahim 2 ABSTRAK Dakwah bil hal merupakan salah satu cabang daripada metode dakwah dalam ilmu dakwah yang pelbagai. Fokus perbincangan menjurus kepada bentuk-bentuk dakwah bil hal yang digambarkan di dalam al-Quran sama ada menyentuh dari aspek akhlak, khidmat dan juga prasarananya. Tidak seperti metode dakwah bil lisan (perkataan) ataupun bil qalam (penulisan) yang sering dibahaskan oleh para pengkaji dewasa ini, dakwah bil hal kian kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, kajian ini berusaha mengetengahkan kembali perbahasan berkaitan metode dakwah bil hal dan pada masa yang sama mencadangkan prospek perkembangannya bersama metode-metode lain dalam bidang ilmu dakwah. Ia merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan metode analisis kandungan secara diskriptif dan induktif bagi mencapai matlamatnya. Berdasarkan asas- asas kukuh berkenaan dengan metode dakwah bil hal ini, ia berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan seiring dengan metode dakwah yang lain sekiranya kajian yang dijalankan berbentuk multidisplin dan tidak terhad dalam sesuatu bidang tertentu sahaja. Kata Kunci: Dakwah bil hal, al-Quran, akhlak, khidmat, prasarana Pendahuluan Dakwah telah mula menunjukkan perkembangan yang positif. Ianya dijana dari setiap lapisan samada individu, masyarakat dan organisasi kerajaan ataupun NGO. Setiap peranan mengetengahkan unsur-unsur dakwah beserta sarana-sarana dakwah masing-masing (Quraish Shihab:1992). Penggunaan media sebagai penyampaian mesej dakwah (bil lisan) di mana dakwah yang disampaikan secara langsung dalam berbagai bentuk seperti ceramah agama, halaqah,perbincangan (diskusi) samada secara bersemuka ataupun melalui tv dan radio.Terkini program realiti dalam melahirkan da’i professional seperti da’i (TV3), Pencetus Ummah (ASTRO), Imam Muda (TV9) dan Da’i Cilik (TV1). Program dakwah yang mana sasaran dakwah mereka sedar mereka sedang berdakwah. 1 Azizul Azra Bin Abdul Razak, Pusat Pengajian Umum & Ko-Kurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, [email protected]. 2 Mohd. Hisyam Bin Abdul Rahim 2 , PhD, Pusat Pengajian Umum & Ko-Kurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, [email protected]

Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

1

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quran

Azizul Azra Bin Abdul Razak1, Mohd. Hisyam Bin Abdul Rahim2

ABSTRAK

Dakwah bil hal merupakan salah satu cabang daripada metode dakwah dalam ilmu dakwah

yang pelbagai. Fokus perbincangan menjurus kepada bentuk-bentuk dakwah bil hal yang

digambarkan di dalam al-Quran sama ada menyentuh dari aspek akhlak, khidmat dan juga

prasarananya. Tidak seperti metode dakwah bil lisan (perkataan) ataupun bil qalam

(penulisan) yang sering dibahaskan oleh para pengkaji dewasa ini, dakwah bil hal kian

kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, kajian ini berusaha mengetengahkan

kembali perbahasan berkaitan metode dakwah bil hal dan pada masa yang sama

mencadangkan prospek perkembangannya bersama metode-metode lain dalam bidang ilmu

dakwah. Ia merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan metode analisis

kandungan secara diskriptif dan induktif bagi mencapai matlamatnya. Berdasarkan asas-

asas kukuh berkenaan dengan metode dakwah bil hal ini, ia berpotensi untuk berkembang

pada masa hadapan seiring dengan metode dakwah yang lain sekiranya kajian yang

dijalankan berbentuk multidisplin dan tidak terhad dalam sesuatu bidang tertentu sahaja.

Kata Kunci: Dakwah bil hal, al-Quran, akhlak, khidmat, prasarana

Pendahuluan

Dakwah telah mula menunjukkan perkembangan yang positif. Ianya dijana dari setiap lapisan

samada individu, masyarakat dan organisasi kerajaan ataupun NGO. Setiap peranan

mengetengahkan unsur-unsur dakwah beserta sarana-sarana dakwah masing-masing (Quraish

Shihab:1992).

Penggunaan media sebagai penyampaian mesej dakwah (bil lisan) di mana dakwah

yang disampaikan secara langsung dalam berbagai bentuk seperti ceramah agama,

halaqah,perbincangan (diskusi) samada secara bersemuka ataupun melalui tv dan

radio.Terkini program realiti dalam melahirkan da’i professional seperti da’i (TV3), Pencetus

Ummah (ASTRO), Imam Muda (TV9) dan Da’i Cilik (TV1). Program dakwah yang mana

sasaran dakwah mereka sedar mereka sedang berdakwah.

1 Azizul Azra Bin Abdul Razak, Pusat Pengajian Umum & Ko-Kurikulum Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia, [email protected].

2 Mohd. Hisyam Bin Abdul Rahim2, PhD, Pusat Pengajian Umum & Ko-Kurikulum Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia, [email protected]

Page 2: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

2

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Perkembangan metode ini adalah sangat baik akan tetapi pada masa yang sama ia

telah menenggelamkan fungsi dakwah lain khususnya dakwah bil hal (kerja dan karya nyata).

Bukan bermaksud agar memberhentikan usaha-usaha bil lisan atau bil kitabah akan tetapi

penambahbaikan dalam menyelidik, mengkaji dan mengetengahkan dakwah bil hal juga

perlu dilakukan agar gerakan dakwah lebih seimbang dan berhasil.

Jika dilihat melalui pepatah arab menyatakan “Lisan al-Hal Afsan Min Lisan al-

Maqal”. iaitu kata-kata yang realiti adalah lebih baik dari kata-kata yang diucapkan.Dalam

hal ini, dakwah bil halmerupakan amalan yang memfokuskan usaha atau karya nyata yang

boleh meningkatkan kedudukan dan kesejahteraan individu atau masyarakat (Faisal

Ismail:2013). Dengan melihat kepentingan yang wujud dalam huraian ini membuatkan

penulis ingin mengkaji metode dakwah bil hal yang merupakan kekuatan bagi proses dakwah

semasa dengan berpandukan nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran.

Model dakwah yang sesuai yang ingin dikembangkan dalam pembangunan dakwah

bil halini adalah merujuk kepada tiga aspek utama iaitu akhlak, khidmat dan prasarana.

Ketiga-tiganya mempunyai pengaruh yang besar dalam dakwah terdahulu sebagai contoh

ketika Rasulullah s.a.w telah tiba di Madinah, pertamanya baginda telah mendirikan Masjid

Quba’ (prasarana) dan memberikan khidmat dengan mempersaudarakan kaum Ansar dan

Muhajirin. Dari situlah bermulanya baginda telah menunjukkan akhlak dan memberikan

khidmatbakti melalui Piagam Madinah bagi menjaga serta memenuhi keperluan masyarakat

di Madinah. Suri tauladan serta sifat ambil berat yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w

menjadi tunjang utama kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w dan ini menjadi contoh kepada

pendakwah masakini agar dakwah bil halmenjadi medium utama dalam berdakwah.

Objektif kajiandijalankan adalah bagi menawarkan penyelesaian dengan

mengemukakan kerangka teori perjalanan dakwah bil hal seperti yang disarankan di dalam

al-Quran dan sirah nabawiyyah.

Bagi melaksanadan merealisasikan objektif kajianagar ianya lebih realistik, maka

penyelidikan ini dijalankan secara kualitatif. Kajian keperpustakaan yang melibatkan carian-

carian maklumat menerusi dokumen seperti jurnal, tesis, buku-buku serta keratan akhbar

adalah menjadi rujukan utama bagi mengupas maksud dakwah bil halmenurut perspektif al-

Quran.

Page 3: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

3

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Definisi dan Konsep Dakwah Bil hal Menurut Pengkaji Ilmu Dakwah

Terdapat beberapa pengertian yang diberikan oleh para sarjana berkaitan takrifan dakwah bil

hal, antaranya ialah Mustafa Masyhur(t.th)Muhammad Natsir (1962),Alias Othman

(1985),Mahmud Ali Abd HalimQuraish Shihab (1992),Padzal bin Hj. Mokhtar (1997),Ab.

Aziz B Mohd Zin (2005),Abdullah Muhammad Zin, (2006),Drs. Samsul Munir Amin dan Dr.

Abdul Karem Zaidan, (2009).

Namun dalam perbahasan ini hanya empat penakrifan yang akan dipilih dan

dibincangkan. Keempat-empat pendapat yang dipilih tersebut adalah cukup untuk memberi

gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan istilah dakwah bil hal dan

mampu memberi gambaran proses perkembangannya.

Menurut Siti Undriyati (2015) dakwah bil hal adalahHal dari kata bahasa Arab yang

bererti tindakan.Dakwah bil hal juga diertikan sebagai proses dakwah keteladanan, dengan

perbuatan nyata melalui pelbagai aspek kehidupan bagi meningkatkan kualiti hidup.Metode

keteladanan ini juga bermaksud suatu kegiatan dakwah yang dilakukan dengan cara

memperlihatkan sikap, gerak geri, kelakuan dan perbuatan (akhlak) dengan harapan orang

(mad’u) dapat menerima, melihat, memperlihatkan dan mencontohinya.Ia juga disebut

dakwah memberi khidmat pembangunan diri iaitu kegiatan-kegitan dakwah yang diarahkan

untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup umat samada jasmani atau rohani.

Proses pendekatan perlaksanaan dakwah bil haldapat dijalankan melalui dakwah fardhiah

(perseorangan), namun ianya juga boleh digerakkan menerusi amal jama’ah (kumpulan)

(Mustafa Masyur:t.th, Suisyanto:2002).

Aspek pembangunan dakwah bil halMenurut Zikmal Fuad (2014)ianya difokuskan

melalui berbagai-bagai bentuk kegiatan dakwah iaitu melalui bidang pendidikan, bidang

politik, kepimpinan dan sosial kemasyarakatan.

Tambahan dari itu, Menurut Drs. Samsul Munir Amin (2009) dakwah bil hal

sebagaidakwah dengan membangunkan prasaranasebagai contoh pembinaanhospital bagi

keperluan masyarakat sekitar yang memerlukan adanya hospital.

Analisis definisi yang telah diberikan seperti di atas dapatlah disimpulkan bahawa dakwah

bil hal adalah sebahagian dari metode dakwah yang dilaksanakan melalui kegiatan amal

usaha dan aktiviti yang sesuai melalui bidang pendidikan, politik, kepimpinan dan sosial

Page 4: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

4

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

kemasyarakatan. Pendekatan dilakukan secara fardhiah (individu) mahupun jamaah

(kumpulan) dengan menonjolkan, memperlihatkan, memberi penghayatan, memperkenalkan

dan membina keperibadian dan amalan gaya hidup Islam. Pendekatan lain yang dibawa oleh

da’i seperti memberi khidmat memenuhi keperluan individu atau masyarakat khususnya

golongan sasaran yang bantuan mengikut keperluanmereka. Bagi mengerakkan perjalanan

aktiviti agar lebih sistematik pembinaan prasarana perlu diwujudkan agar organisasi dakwah

dapat dibentuk.Dalam pada itu, sumber utama rujukan pelaksanaannya adalah berpandukan

al-Quran, Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w sesuai dengan kehendak semasa.

Manakala dalam konteks pengkajian ini definisi dakwah bil hal menurut pandangan

penulis adalah pelaksanaan dakwah menerusi hal keadaan mad’u yang memerlukan akhlak,

khidmat dan prasarana dari para da’i sebagai manhaj dan wasilah utama bagi memudahkan

penerimaan dakwah Islam dengan lebih berkesan.

Pembahagian Dakwah Bil hal Menurut Al-Quran

Asas penjelasan bagi perbincangan dalam tajuk ini adalah merujuk kepada firman Allah s.w.t

menerusi surah an-Najm ayat 4

إن هو إلا وح يوح

Terjemahan: “Ucapannya itu tiada lain hanyalah

wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”

Menurut Quraish Shihab ucapan yang dimaksudkan adalah wahyu al-Quran yang

disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Dalam konteks ini ianyatidak terhad kepada wahyu

yang diturunkan itu sahaja malah setiap tindakan Rasulullah s.a.w merupakan wahyu

daripada Allah s.w.t.

Dengan yang demikian, sebagaimana ianya dijelaskan dalam al-Quran berkenaan dengan

dakwah bil hal ada juga sesetengah perlakuan atau tindakan Rasulullah s.a.w yang tidak

terkandung di dalam Al-Quran. Justeru perbuatan Rasulullahs.a.w ini merupakan perbuatan

atas ilham dan wahyu dari Allah s.w.t.

Page 5: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

5

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang dikenalpastimemberi maksud dakwah bil hal

dengan menjadikan definisidan konsepnyasebagai kayu ukur.Justeru, penulismembahagikan

dakwah bil halkepada tiga bahagian utama iaitu dakwah bil hal dengan akhlak, dakwah bil

hal dengan khidmat dan dakwah bil hal dengan prasarana.

3.1 Dakwah Bil Hal Dengan Akhlak.

Dalam perbincangan ini penulis memfokuskan kepada dua bahagaian iaitu melalui suri

tauladan dan pembinaan ukhuwah.Dakwah Bil Hal Dengan Akhlak (Suri Tauladan).

Pendekatan ini dikenali dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).Kewajiban dan

tanggungjwab ini perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh setiap pendakwah tetapi juga umat

Islam. Firman Allah dalam surah al-Ahzabayat 21.

كن لكم ف رسول لاقد سوة حسنة ل من كن يرجوا ٱللا أ ٱللا

وذكر ٱلومٱألخر و ٢١كثريا ٱللا

Terjemahan: “Sesungguhnya telah ada pada (diri)

Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi

orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)

hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”

Sebagaimana nabi dan utusan yang mendapat bimbingan Allah, Rasulullah

merupakan model pendakwah terbaik yang berdakwah melalui akhlak mulia. Gambaran sifat

mulia baginda pernah dirakamkan oleh Khadijah melalui kata-katanya yang memuji

Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturahim, sentiasa berkata

benar apabila bercakap, menunaikan amanah, suka menolong mereka yang berada di dalam

kesusahan dan ditimpa musibah serta selalu menghormati tetamu (Ibn Jarir al-Tabari: 1994)

Dengan yang demikian, dakwah qudwah hasanah(suri tauladan) terlaksana dengan

cara membentuk akhlak pendakwah kemudian barulah disusuli dengan penyampaian dakwah

Page 6: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

6

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

kepada sasaran dakwah. Ini adalah lebih berkesan kerana para da’i akan lebih percaya pada

diri mereka sebelum melakukan penyampaian dakwah setelah keberhasilan yang berlaku

pada diri pendakwah sendiri (Faizal:2015).

Menurut beliau lagi, perlaksanaan dakwah bil haljuga memerlukan para da’i

menonjolkan keteladanannya sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah Fussilat ayat 46

ن وما ربك بظلام ۦ عمل صلحا فلنفسه ما ساء فعليهاومن أ

ل لعبيد

Terjemahan: “Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh

maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa

mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya

sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-

hamba-Nya”

Justeru, aspek pembinaan ukhuwan individu juga perlu dititikberatkan (Fathi

Yakan:1994).Hal ini bermaksud bahawa setiap pendakwah harus berusaha mendekati teman

baru dan berusaha menarik orang luar untuk memperhatikan ajaran Islam dan kebaikannya.

Hubungan ini terwujud samada dirancang atau secara kebetulan. Seterusnya pendakwah

berusaha mengalihkan hubungan itu menjadi suatu usaha yang diarahkan kepada penerapan

ajaran Islam. Maka proses dakwah bil hal akan diadaptasi iaitu dengan mempertonjolkan

ajaran Islam di mana ada kesempatan. Kenyataan ini juga disokong dan dimurnikan oleh

Faizal (2015) yang menyatakan kaedah kemahiran untuk berinteraksi secara bersemuka

(direct contact) bagi membina ukhuwah antara da’i dan mad’u. Ini dapat digambarkan

menerusi firman Allah s.w.t dalam surah Fussilat ayat 33

Page 7: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

7

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

ن دع إل ومن ما حسن قول م أ وعمل صلحا وقال إنان من ٱللا

ٱلمسلمي

Terjemahan: “Siapakah yang lebih baik perkataannya

daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan

amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk

orang-orang yang menyerah diri?”

Ayat ini menunjukkan adanya interaksi secara langsung antara da’i dengan individu

sebagai mad’u. Misalnya ketika da’imembantu dan menawarkan program peningkatan

kemahiran dalam bidang-bidang yang ingin diceburi.

Kesimpulannya, maka jelaslah bahawa akhlak merupakan aset penting dalam

menjayakan metode dakwah bil hal. Ini kerana seperti yang dijelaskan sebelum ini antara

daya tarikan bagaimana Rasulullah s.a.w mudah mendekati masyarakat Arab ketika itu

adalah melalui peribadi baginda yang dilengkapi dengan akhlak terpuji dalam semua aspek

kehidupan.

Dakwah Bil Hal DenganKhidmat

Skop perbincangan mengenai dakwah bil hal dengan khidmat adalah berkait rapat kepada

tuntutan agama iaitu membantu golongan yang memerlukan, golongan yang berkemampuan

dan peningkatan taraf hidup.

Dakwah bil hal dengan khidmat memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan

khususnya bagi golongan dua’fa (lemah).Menerusi firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’

ayat 75.

Page 8: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

8

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

لكم ل تقتلون ف سبيل وما ٱلر جال من ٱلمستضعفي و ٱللا

ين و ٱلن ساء و ٱلولدنٱلا خرجنا من هذه أ الم يقولون ربانا ٱلقريةٱلظا

هلها و نك ول ا و ٱجعلأ ا من لا ٱجعللا نك نصريا الا من لا

Terjemahan: “Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah

dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-

wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan

kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim

penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan

berilah kami penolong dari sisi Engkau!"

Dalam ayat ini terdapat dorongan yang kuat agar kaum muslimin membela

(membantu) saudara-saudaranya yang lemah (mempunyai beban masalah) dengan hikmah

agar pintu hati setiap orang yang memiliki perasaan dan berkeinginan baik dapat dibuka.

Menurut Suisyanto (2002) menafsirkan ayat melalui Jamaludin al-Qasimi dalam tafsir al-

Qasimi(1957)perkataan“membela yang lemah” adalah membantu memberi

perkhidmatanmembebaskan orang muslim yang lemah dan sedang menghadapi masalah

(kesulitan dan kesusahan) serta menjaganya dari ancaman musuh.

Manakala menurut Siti Undriyati (2015) dakwah bil hal dalam kalangan

dhua’fadengan memberikan khidmat bantuan sosial merupakan ajaran Rasulullah dan para

sahabatnya.Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 2.

ثم ول تعاونوا لع ٱتلاقوى و ٱلب وتعاونوا لع و ٱلعدون و ٱل ٱتاقواٱللا

إنا ٢ ٱلعقاب شديد ٱللا

Terjemahan: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam

(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong

Page 9: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

9

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu

kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”

Ayat di atas menyeru kepada kita untuk saling tolong menolong dalam kebaikan,

maksudnya setiap manusia diwajibkan memberi khidmat untuk menolong kepada yang

lemah.

Seterusnya dakwah bil hal dengan khidmatmembantu meningkat taraf

kehidupan.Ketetapan saling tolong menolong memberikan perkhidmatan dalam

meningkatkan taraf hidup dan berbuat baik diantara manusia sejajar dengan penegasan al-

Quran bahawa Allah tidak mengharamkan orang mukmin menjalin hubungan kerjasama

dengan golongan lain dan memberi apa yang menjadi hak dan bahagian mereka. Firman

Allah dalam surah al-Mumtahanahayat 8

ينهىكم لا ين عن ٱللا ين ف لم يقتلوكم ٱلا ن ٱل ولم يرجوكم م

وهم وتقسطوا إلهم إنا ن تب ديركم أ ٱلمقسطي يب ٱللا

Terjemahan: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan

berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu

karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu.

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

Dakwah bil hal dengan memberi perkhidmatan kewangan bagi membantu memenuhi

keperluan seharian ataupun bantuan kerjaya sebagai contoh “Projek ekonomi pengupayaan

Asnaf-asnaf zakat”.Islam amat mementingkan dari segi aspek menjaga kepentingan golongan

yang memerlukan samada berbentuk pemberian bantuan wang (zakat) atau sebagainya

kepada golongan yang memerlukan. Hal ini jelas diterangkan menerusi firmanoleh Allah

s.w.t di dalam surah al-Tawbah ayat 60

Page 10: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

10

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

دقت إناما قلوبهم ٱلمؤلافة عليها و ٱلعملي و ٱلمسكي للفقراء و ٱلصا

قاب وف وف سبيل ٱلغرمي و ٱلر بيل و ٱللا ن ٱبنٱلسا فريضة م ٱللا

و عليم حكيم ٱللا

Terjemahan: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-

orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para

mu´allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,

orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka

yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang

diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha

Bijaksana”

Strategi pendekatan secara praktikal ini iaitu dengan pemberian zakat kepada asnaf

zakatbertujuan untuk memotivasikan dan memantapkan lagi keIslamannya serta beramal

dengan ajaran Islam. Justeru, mereka juga merupakan penyebab kepada orang lain agar

mengenal Islam dengan lebih dekat serta meningkatkan sosioekonomi mereka dan terus

hidup berdikari mencari rezeki dengan menceburi bidang perniagaan. Tujuan lain adalah

menarik minat orang lain untuk mengeluarkan zakat. (Nur A’thiroh Masyaa’il Tan

Abdullah@Tan Ai Pao, Fakhrul Adabi Abdul Kadir (2014).

Dakwah Bil Hal Dengan Prasarana

Pelaksanaan dakwah bil hal dengan menggunakan prasarana sebagai medium dakwah adalah

amat perlu bagi menjamin institusi dakwah agar terus berkembang utuh. Penafsiran dakwah

bil hal melalui prasarana agak sukar ditemui jika skop definisi prasarana hanya menumpukan

kepada bangunan atau benda tidak alih akan tetapi jika ditafsirkan secara meluas prasarana

sebagai keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan

dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya yg perlu bagi pembangunan

pertumbuhan dan kemajuan infrastruktur: (Kamus Dewan: Edisi ke-4). Justeru penulis

membahagikan prasarana kepada dua bahagian iaitu bangunan dan bukan bangunan.

Page 11: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

11

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Penggunaan istilah prasarana (binaan bangunan) di dalam al-Quran dapat dijelaskan

menerusi firman Allah s.w.tdalam surah at-Taubah ayat 108-109

س لع ل س امسجد أ بدا ل

ن ٱتلاقوى تقم فيه أ

حق أ

ل يوم أ وا

من أ

و روا ن يتطها تقوم فيه فيه رجال يبون أ رين يب ٱللا ه فمن ١٠٨ ٱلمطا

أ

س بنينه سا تقوى من ۥأ لع س بنينه ٱللا سا

ن أ م ما

ۥورضون خري أ

شفا جرف هار ف ف نار جهنام و ۦبه ٱنهار لع ل يهدي ٱللا

لمي ١٠٩ ٱلقومٱلظا

Terjemahan: “Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu

selama-lamanya. Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar

takwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu

sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang

yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai

orang-orang yang bersih. 109. Maka apakah orang-orang yang

mendirikan mesjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan

keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang

mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu

bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam

neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada

orang-orang yang zalim”

Ayat di atas menyatakan binaan yang membawa kepada ketaqwaan, iaitu masjid sebagai

asetatau prasarana yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w bagi memimpin dan

melaksanakan strategi dakwah bil hal. Dengan pembinaan prasarana ini maka lahirlah

darinya pembinaan akhlak Islamiyyah, menggembeling tenaga memberi khidmat keperluan

masyarakat dan seterusnya pembinaan prasarana yang lain bagi membolehkan strategi

Page 12: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

12

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

dakwah dilakukan dengan sistematik dan berkesan menuju kepada daulah Islamiyyah yang

utuh sehingga sekarang.

Manakala dakwah bil hal dengan prasarana (bukan bangunan) menerangkan tentang

organisasi yang menjalankan aktiviti dakwah bil hal. Dalam kata lain, ianya dikenali sebagai

Manhaj al-Amal ma’a al-Jamaah (amal dalam jamaah).Firman Allah dalam surah ali Imran

ayat 104

ة يدعون إل وتلكن مانكم أ ٱلري م مرون ب

ٱلمعروف ويأ

ئك هم ٱلمنكر وينهون عن ول ٱلمفلحون وأ

Terjemahan: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan

umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang

ma´ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-

orang yang beruntung”

Al-Tabariyy Abu Jafar bin Muhammad bin Jarar (t.th), menafsirkan ayat ini sebagai

dalil perlunya wujud sekumpulan manusia yang mengajak manusia lain kepada Islam dan

syariatnya. Ibn Kathir (1948) pula menyatakan maksud ayat ini ialah hendaklah ada

sekumpulan manusia dari umat ini yang menguruskan dakwah walaupun tugas ini wajib bagi

setiap anggota umat mengikut keadaannya.

Sayyid Qutb,(1971) pula secara jelas mentafsirkan khalimah ummah dalam ayat ini

sebagai perkumpulan ataupun jemaah (organisasi). Jelasnya ayat ini secara tegas memberikan

arahan kepada para pendakwah agar bergerak dalam kumpulan atau organisasi.Firman Allah

dalam surah al-Mai’dah ayat 2

لع وتعاونوا لع ٱتلاقوى و ٱلب ثم ول تعاونوا ٱلعدون و ٱل

و إنا ٱتاقواٱللا ٱلعقاب شديد ٱللا

Page 13: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

13

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Terjemahan: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam

(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-

menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan

bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat

berat siksa-Nya”

Keperluan dalam dakwah bil hal amat menitik beratkan dalam memberi khidmat

kesatuan dalam amal jamaah(organisasi). Menurut Faizal (2013) dakwah bil haldengan

organisasi adalah merupakan dakwah yang dibentuk melalui amal perbuatan secara aktiviti

jamaah. Ianya bertujuan agar dapat memberi khidmat dalam menyelesaikan permasalahan

kehendak mad’u untuk melakukan perubahan dari sudut diri (akhlak), keinginan, khidmat

dalam memenuhi keperluan (ekonomi) dan penyertaan dalam bermasyarakat (sosial). Firman

Allah s.w.t dalam surah ar-Ra’du ayat 11.

إنا راد ٱللا أ نفسهم إوذا

ما بأ وا يغري ما بقوم حتا ل يغري ٱللا

ن ۥ مردا ل بقوم سوءا فل من وال دونهۦوما لهم م

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan

sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada

pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki

keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat

menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka

selain Dia”

Maka menurut M. Quraish Shihab menerusi firman Allah s.w.t dalam surah al-Anfal

ayat 53 ada kesamaan dengan ayat di atas yang berbicara berkenaan tentang keperluan untuk

melakukan perubahan sosial dengan berorganisasi disamping membantu golongan yang

memerlukan.

Page 14: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

14

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

نا ذلك بأ ما ٱللا وا يغري قوم حتا نعمها لع

عمة أ ا ن لم يك مغري

نا نفسهم وأ

بأ ٥٣سميع عليم ٱللا

Terjemahan: “(Siksaan) yang demikian itu adalah karena

sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat

yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu

merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan

sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

Menurut Ibn Kathir (1948) melalui ayat ini Allah memerintahkan orang-orang yang

beriman agar saling membantu melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dan

Allah melarang mereka daripada saling menolong melakukan kebatilan dan bekerjasama

melakukan dosa serta perkara yang diharamkan. Ayat ini merupakan dalil tentang perintah

mendirikan organisasi apabila tidak mungkin dicapai hasil yang lebih baik melainkan melalui

organisasi (Abu Urwah:1988).

Jelas di sini menunjukkan kepentingan penggunaan prasarana sebagai aset penting

dalam membina amalan dakwah bil hal dalam berdakwah. Dengan memanfaatkan prasarana

yang sedia ada seperti masjid, surau, bangunan wakaf dan dibantu dengan organisasi yang

baik dapat membantu memudahkan perlaksanaanaktiviti dakwah dengan lebih sistematik.

Kesimpulan

Setelah diterangkan bentuk dakwah bil hal melalui definisi serta dalil-dalil konkrit sebelum

ini, maka jelas di sini peranan akhlak, khidmat dan prasarana merupakan asas pembinaan

metode dakwah bil hal.

Akhlak Islamiyyah yang menitik beratkan kepada contoh akhlak Rasulullah s.a.w

sebagai model utama dan merupakan akhlak yang perlu dilakukan oleh para pendakwah dapat

mendekatkan diri kepada mad’unya dengan mudah. Seterusnya khidmat menjadikan mad’u

lebih yakin dengan diri pendakwah yang sentiasa dekat mengambil berat tentang kehidupan

denganmemberi bantuan memenuhi keperluan bagi kesejahteraan hidup mereka. Bantuan ini

juga termasuklah kursus-kursus, bantuan membina lapangan kerja seperti peniagaan, peluang

Page 15: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

15

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

kerjaya, perkhidmatan dan sebagainya.Manakalaprasarana merupakan tunjang pada

pergerakkan dakwah iaitu dengan membina tempat seperti masjid (masjid Quba’),

madrasah(rumah al-Arqam), rumah kebajikan (Suffat)pertubuhan badan kerajaan (JAKIM)

atau bukan kerajaan (PERKIM) agar dakwah dapat dilakukan dengan merancang strategi

dakwah dengan sistematik dan tersusun.

Bagi memudahkan lagi pengenalan gambaran dakwah bil hal melalui akhlak, khidmat

dan prasarana ini dijelaskandalam konteks semasa adalah seperti berikut:

Akhlak Khidmat Prasarana

• Menyantuni

akhlak

• Menonjolkan

keterampilan diri

• Akhlak Rasulullah

s.a.w sebagai

model contoh

ikutan.

• Mencipta lapangan

kerja

• Kepakaran dalam

perubatan

• Pendidikan

• Taman asuhan

kanak-kanak

• Ekonomi Islam

• Memperkasakan

pendidikan Islam

• Biasiswa pelajar

• Bantuan perniagaan

• Kaunseling

• Pengurusan haji dan

umrah

• Hospital

• Tadika/rumah

asuhan

• Rumah kebajikan

• Madrasah

• Sekolah buta huruf

• stesyen televisyen

Islam

• Masjid, surau

• Pertubuhan,

persatuan Islam

Rujukan

Ab. Aziz B Mohd Zin (2005), “Peranan Dakwah Dalam Pembinaan Islam Hadhari di

Malaysia”, UM, Kuala Lumpur.

Abdullah Muhammad Zin, (2006) An Analysis Of Contemporary Dakwah Approaches.

International Dakwah Conference Singapore, Darul Arqam,

Singapore).Abdurrahman ‘Azam (1999),“Keagungan Nabi Muhammad s.a.w

Kepahlawanan dan Keindahan Akhlak Rasulullah s.a.w”, Darul Iman, Kuala

Lumpur.

Abu Urwah, (1988) Risalah Usrah, Jil. 3, bah. 1, Kuala Lumpur, Pustaka Salam.

Ahmad Ba Dahdah, Ali ibn Umar ibn, DR, 1419H, Muqawwamat al-Daiyah al-Najih,

Cet. 3, Jedah: Dar al-Andalus Al-khadra :27

Page 16: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

16

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Alias Othman (1985) “Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah

Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

Al-Tabariyy Abu Jafar bin Muhammad bin Jarar, t.th, Tafsir al-Tabariyy, Misr Dar al-

Ma’ariff.

Andi Bismulissa Abusan, (2012), Model Dakwah Bil Hal, temu bual 23 ogos oleh Saifulazry.

Anwar Harjini SH.(1995) Indonesia Kita: Pemikiran Berwawasan Iman Islam, Gema Insani

Press, Jakarta).

Aziz Mohd Zin (2006), “Dakwah Islam Di Malaysia”, UM, Kuala Lumpur.

Barghush 2005, 92, Abdul al-Aziz, Manhaj al-Dakwah Fi al-Mujtamak al-Mutaaddid

al- Adyan Wa al-Ajnas, cet.1, IIUM, KL.

Dr Taufiq Yusuf al-Wa’i, (1990) al-Nisa al- Dai’yat Li al-Taba’ah Wa al-Nashr Wa

al-Tanzil, Mansurah, Dar al-Wafa.

Dr. Abdul Karem Zaidan, (2009) Dasar-Dasar Ilmu Dakwah, Jil. 2 Dewan Pustaka

Fajar, Jakarta.

Drs. Samsul Munir Amin (2009) Ilmu Dakwah, M.A Amzah, Jakarta

Faizal (2015), “Dakwah Bil hal dalam Perspektif al-Quran” Jurnal Ilmu Dakwah dan

Perkembangan Komunitas, Vol.VIII, No. 2, Julai

Fathi Yakan (1994) Menuju Kepada Islam, Thinkers Library Sdn Bhd, Selangor.

Ibn Jarir al-Tabari (1994) al-Sirah al-Nabawiyyah Li Ibn Jarir al-Tabari, Kaherah,

Dar al-Misriyyah al-Lubnaniyyah).

J. Suyuthi Pulungan,(1993),Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Piagam Madinah ditinjau

dari pandangan al-Quran, Syarif Hidayatullah, Jakarta

Louis Ma’luf, (1987) al-Munjit Fi Lughat Wa al-A’lam,Dar al-Masyrik, Bairut.

M. Natsir, (1962), Fiqhud Dakwah cet 8 solo: CV. Ramadhani. Hal. 230)

Mahmud (1991) Da’wah Bi al-Qudwah Hasanah wa Tabligh al-Dakwah Bi al- Sirah al-

Hasanah dan juga Mahmud, Mahmud Ali Abd Halim (1991) al-Mar’ah al-Muslimah

wa Fiqh al-Dakwah Ila Allah, Mansurah, Dar al-Wafa.

Mahmud Ali Abd Halim, (1990) Fiqh al-Dakwah Ila Allah. Jil. 1 Mansurah Dar al-Wafa’

Mahmud as-Saf, (1976) Usul al-Idarah. Al-Qahirah:Dar al-Nashir al-Arabiyy

Moh Ali Aziz (2004), “Ilmu Dakwah”, Kencana, Jakarta.

Page 17: Falsafah Dakwah Bil hal: Menurut Perspektif Al-Quranjournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · gambaran lengkap ke atas ruang lingkup perbahasan berkaitan

17

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Munir Muhammad al-Ghadban, t.th, Manhaj Haraki Li Sirah, terj. Taib Azamuddin Mohd

Taib, Pustaka Darussalam sdn. Bhd, Kedah

Mustafa Masyhur, t.t, Dakwah Fardiyyah, www. Dakwah. Info.

Nicholas Sylvester (2008) Jom Berdakwah, JI Media, Kuala Lumpur.

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah@Tan Ai Pao, Fakhrul Adabi Abdul Kadir (2014),

“Metodologi Dakwah Islamiah PERKIM Kebangsaan kepada Saudara Kita Melalui

Projek Ekonomi Pengupayaan Asnaf Muallaf: Koperasi Perkim Malaysia Berhad

(KOPERKIM)”, UKM, Bangi.

Padzal bin Hj. Mokhtar (1997) Dakwah Di kalangan Masyarakat Orang Asli Negeri

Terengganu, UKM, Bangi

Quraish Shihab, Pengembangan Dakwah Bil Hal Dalam Rangka Pemantapan Syiar Islam,

Kertas Kerja Persidangan Ulama Negara Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan

Singapura, Kuala Terengganu, 21-24 Julai 1992 hlm. 4)

Ridwan (2014),“Urgensi Dakwah Bil hal Dalam Membentuk Keluarga Islami Pada

Masyarakat Gampong Tualang Teugoh”, STAIN, Jakarta.

Sayyid Qutb, (1971) Fi Zilal al-Quran, Bayrut, Dar Ihya al-Turath al-Arabiyy

Sifulazry bin Mokhtar, (2014) Strategi Pelaksanaan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Penilaian Modul Kerohanian di Penjara

Sandakan, UKM, Bangi.

Siti Undriyati (2015),“Strategi Dakwah Bil hal di Masjid Jami’ Asholikhin Braingin

Ngaliyan” Semarang, Jakarta

Suisyanto (2002), “Dakwah Bil hal (Suatu Upaya Menumbuhkan Kesadaran dan

Mengembangkan Kemampuan Jamaah)”, Jurnal Aplikasi Ilmu-Ilmu Agama,Vol III,

No.2 Disember:182-192

Udah Mohsin, (1987), Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak Seorang Muslim, Hizbi,

Shah Alam, hal.1.

Zikmal Fuad, (2014) Pembangunan Dakwah Semasa, Bangi UKM.

Zikmal Fuad, (2011), Metodologi Dakwah Shaykh Muim al-Wahhab di Kalangan

Masyarakat Besilam Langkat, UKM, Bangi