24
F akulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manu s ia FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Nor Asma binti Safri .IF 1655 Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian M822 (Pembangunan Sumber Manusia) 2011 20 II

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

  • Upload
    hadung

  • View
    244

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Nor Asma binti Safri

.IF 1655

Sarjana Muda Sains Dengan KepujianM822 (Pembangunan Sumber Manusia)2011

20 II

Page 2: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

JJusat Khidmat Makluma( Akedcmf UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKPiliiiHl~fiI~ii

1000224383 .

SESI PENGAJIAN : ____

Saya r1vo~ {PMft &\1V1\ SAP-P-I (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

* * sila tandakan (...J )

ID (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan at au SULIT

kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh ~RHAD organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

D TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:

~~dJqft

Tarikh: !1 L'Y\t] :L~1' Tarikh: _-L..L~'~~,~~,---,-I-=-z..___IT-Catatan: * Tcsis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Saljana dan S3Ijana Muda *Jika tesis ini SULlT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ol'ganisasi bcrkenaan dengan menyatakan

sckali sebab dan tempoh tesis ini pel'lu dikelaskan scbagai TERHAD.

Page 3: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

Projek bertajuk 'faktor-faktor tekanan kerja dan prestasi kerja di kalangan pekerja perkhidmatan awam malaysia.' telah disediakan oleh Nor Asma Safri dan telah

diserahkan kepada fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia sebagai memenuhi syarat untuk ijazah saIjana muda sains dengan kepujian Pembangunan Sumber Manusia

Diterima untuk diperiksa oleh:

(En. Ab

Tarikh:/1/0' --------~;;;,~-~;;;

.' Gred

A ­

Page 4: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

PENGHARGAAN

Alharndulilah... Pertarna sekali saya berasa begitu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

berkat dan petunjuk-NY A saya telah beIjaya rnenyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Projek ini

tidak akan berj aya tanpa sebarang sokongan dan birnbingan daripada sernua pihak khususnya

ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan

Megat serta adik-beradik. Dengan doa dan berkat restu rnereka telah rnenguatkan saya untuk

rnenghadapi segal a cabaran dalam rnenyiapkan Projek Tahun Akhir saya.

Saya juga ingin menyarnpaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terirna kasih kepada Dekan

Fakulti dan pensyarah-pensyarah Program Pernbangunan Surnber Manusia terutama Encik

Abang Ekhsan Bin Abang Othman selaku penyelia projek saya ini. Beliau begitu banyak

mernberikan komen, cadangan, sokongan serta motrvasi dalarn saya berusaha untuk rnenyiapkan

projek ini sehingga ke draf akhir. Ucapan terirna kasih juga kepada sernua pensyarah fakulti yang

banyak rnemberikan rnaklumat kepada saya dalarn projek ini.

Ucapan terirna kasih juga ditujukan kepada Pihak Bomba dan Penyelarnat Kota

Samarahan(BPP) kerana rnembenarkan saya rnenjalankan kajian dan kesudian bekeIjasarna serta

layanan yang baik sepanjang saya rnendapatkan informasi berkaitan projek saya .

.. Kepada ternan-ternan saya di FSKPM, terutarna dalarn Program Pernbangunan Surnber Manusia

2008/2011, iringan sekalung budi dan penghargaan buat kalian di at as segala tunjuk ajar dan

dorongan yang diberikan dalarn rnembantu saya rnenyiapkan projek ini. Sernoga persahabatan

leita akan sentiasa berkekalan dan didoakan semoga kita sama-sarna beroleh kejayaan. Akhir

sekali, kepada sernua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan

projek ilrniah ini, terirna kasih yang tidak terhingga buat semua. Terirna Kasih. Wassalarn ...... .

Page 5: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

lSI KANDUNGAN

Penghargaan ladual Kandungan Senarai 1adual Senarai Rajah Abstrak

BABI-PENDAHULUAN

1.0- Pengenalan

1.1- Latar belakang kaj ian

1.2- Kenyataan masalah

1.3- Objektif Kaj ian

1.3.1- objektifumum

1.3.2- objektifkhusus

1.4- Persoalan kajian

1.5- Kepentingan kajian

1.6- Batasan kajian

1.7- Skop kajian

1.8- Definisi istilah .' 1.9-Kesimpulan

BAB 2- SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0- Pengenalan

2.1- Konsep tekanan keIja

2.2- Teori Berkaitan

..

Muka surat

II

III

4

6

6

6

6

7

8

8

9

12

14

14

18

Page 6: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

2.2.1- Teori Rasioanal Emotif: A-B-C (1950) 18

2.2.2- Teori Tingkah laku dan Biologikal .. 21

2.2.3- Teori Person-Environment Fit 22

2.2.4- Teori Eustress dan Distress 24

2.2.5 - Teori Dua Faktor oleh Frederick Herzberg (1959) 25

2.2.6- Teori Behaviorisme 26

2.3- Faktor tekanan keIja 27

2.3.1-Faktor Instrinsik 27

2.3.2- Peranan di dalam organisasi 29

2.3.3 - Hubungan di tempat keIja 30

2.3.4- Faktor keluarga 32

2.3.5-Faktor individu itu sendiri 33

2.3.6-Demografi 34

2.4- Kajian ciri tekanan fisiologikal terhadap prestasi keIja 38

2.5- Kajian ciri tekanan psikologikal terhadap prestasi keIja 39

2.6- Kajian tingkah laku terhadap prestasi kerja 40

2.7- Tekanan Dengan Prestasi keIja 41

2.8- Model Tekanan Kerja 43

2.8.1- Model Punca Tekanan KeIja (Jaafar Muhammad,2003) 43

2.8.2-Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1955) 44

2.9- Kesimpulan 45

DAB 3- METHODOLOGI KAJIAN

3.0- Pengenalan 47

3. 1- Pendekatan Kaj ian 48

3.2- Prosedur Kajian 49

3.3- Instrumen 49

3.4- Teknik Pengumpulan Data 50

3.4.1- Analisis Dokumen 50

3.4.2 - Kaedah Temubual 51

ii

Page 7: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

I

3.4.3- Persediaan Sebelum Temubual 52

3.5- Analisis Data 52

3.6- Kesimpulan 53

BAD 4 - DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pendahuluan 54

4.1- Latar belakang kajian 55

4.3- Ringkasan kaj ian 56

4.4- Analisis Kualitatif 57

4.5- Dapatan Kajian dan Perbincangan 58

4.5.1- Tema Pertama: Faktor -Faktor Tekanan KeIja 58

4.5 . 1.1 -Masalah Beban Tugas 59

4.5.1 .2 -Konflik Peranan 60

4.5.1.3 -Hubungan Rakan Sejawatan 61

4.5.1.4 -Masalah Tekanan Pihak Pentadbiran 62 . 4.5.2- Tema Kedua: Kesan Tekanan keIja 63

4.5.2.l-Kepuasan keIja 64

4.5.2.2-Kesihatan 65

4.5.3 Tema Ketiga : Cara Mengatasi 66

4.5.3.1 Pengurusan Masa Yang Bijak 66

4.6 Kesimpulan 67

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 68

5.1 Rumusan Kajian 68

5.2 Cadangan 69

5.2.1 Organisasi 68

5.2.2 Individu 72

5.2.3 Pengkaji Akan Datang 72

iii

Page 8: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

5.3 Kesimpulan

SENARAI RAJAH

74

Gambar Rajah 2.7

Hubungan Antara tekanan dengan prestasi kerja

43

Gambar Rajah 2.8.2

Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, falzon &Baghoni 1995) 45

.'

iv

Page 9: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

SENARAI JADUAL

Jadual 2.8.1

Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhammad,2003) 43

.'

v

Page 10: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

NOR ASMA BINTI SAFRI

Pendekatan kepada masalah tekanan kerja kini menjadi keutamaan dan penting dalam setiap proses kerja sesebuah organisasi. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk mengenalpasti faktor-faktor tekanan kerja dan prestasi kerja. Tempat kajian yang dipilih ialah Balai Bomba dan Penyelamat di Kota Samarahan, Sarawak. Ia melibatkan lima orang informan. Faktor tekanan kerja yang diselidiki ialah terdiri daripada faktor instrinsik, peranan di dalam organisasi, hubungan di tempat kerja, faktor keluarga, faktor individu itu sendiri, demografi sementara tekanan kerja pula ditinjau dari aspek-aspek psikologikal, fisologikal dan tingkah laku. Kaedah temubual telah digunakan dalam kajian ini dalam menganalisis faktor-faktor tekanan kerja dan prestasi kerja. HasH kajian menunjukkan terdapat pe1bagai faktor tekanan kerja dan prestasi kerja dikalangan pekerja seperti masalah beban tugas, konflik peranan, hubungan rakan sejawatan dan lain-lain. HasH kajian menunjukkan ia memberi kebaikan terhadap organisasi, pengkaji akan datang dan pengamal sumber manusia bagi meningkatkan prestasi kerja di tempat kerja.

Page 11: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

,... ...... I

ABSTRACT ,.

FACTORS OF WORK STRESS AND WORK PERFORMANCE AMONG OF EMPLOYEES IN GOVERNMENT SECTOR

NOR ASMA BINT! SAFRI

This study is an exploratory research which aims to identify the factors of work stress and job performance among employees. This research was conducted at fire and rescue station, Kota Samarahan Sarawak. A total of five informers were from different levels. The work stress investigated include the organization factors, intrinsic factor, role organization factor, relationship at workplace factor, family factor, individual factor and demographic factor are viewed from the physiological, psychological and behavioral aspects. The qualitative method was used in analyzing the factors of work stress and job performance aspects. The results of the study indicate many causes of work stress such as work overload, role conflict, and poor colleague relation. The finding of this research is beneficial for the organization, future researcher and even human resource practitioner to enhance performance and to identify method of improving to enhance job performance in the workplace .

.'

Page 12: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

,.... I

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang latar belakang kajian, pemyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan

kajian, skop kajian dan definisi istilah tekanan, tekanan kerja, prestasi

kerja, fisiologi, psikologi dan tingkah laku .

.'

1.1 Latar belakang kajian

Kebanyakan kajian mengenai tekanan meliputi aspek seperti kesan

tekanan ke at as individu, kumpulan serta organisasi. Kajian keatas

tekanan banyak menyentuh mengenai punca tekanan kerja sehingga

menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang. Misalnya, banyak kajian

telah dibuat terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan dan kesan

tekanan terhadap faktor-faktor lain. Faktor demografi individu terbukti

1

Page 13: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

memberi kesan keatas tekanan kerja individu. Dalam satu kajian yang

dilakukan oleh Guppy dan Rick (1996) menerangkan bahawa pekerja

bawahan kurang kepuasan dalam kerja dan sering mengalami tekanan

kerja. Manakala, menurut pengkaji Jick dan Mitz (1985) dalam kajian

yang telah dilakukan, perbandingan tekanan kerja ke atas jantina

mendapati kebanyakan wanita mengalami kemurungan psikologi,

manakala kebanyakan lelaki mengalami kemurungan fizikal. Kajian oleh

Turnage dan Spielberger (1991), menunjukkan pekerja perkeranian

menghadapi tekanan apabila gaji yang diperolehi tidak mencukupi dan

sekiranya tidak melakukan apa-apa tugas. Manakala tafsiran tekanan bagi

kumpulan professional pula ialah seperti kerja lebih masa dan

menggunakan peralatan yang kurang berkualiti. Peranan yang dimainkan

oleh sesorang pekerja di dalam sesebuah organisasi juga banyak

menyumbang kepada terjadinya tekanan kerja dikalangan pekerja.

Beberapa penyelidikan mengenai tekanan kerja juga telah

mengaitkannya dengan aspek psikolososial di tempat kerja

(Frankenhaeuser dan Johansson, 1984, Kahn dan Quinn, 1970). Maklumat

ini menimbulkan rasa tanggungjawab kepada pihak organisasi untuk cuba

mengatasi masalah persekitaran yang membawa kepada tekanan kerja.

Hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh psikologikal

menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara penyebab tekanan

(stressor) keatas kerja dan fizikal dengan emosi dalam diri individu.

Kebanyakan kajian mendapati punca tekanan psikologikal adalah

disebabkan berlakunya perubahan kimia, honnon dan fungsi organik

dalam badan~ Ini dapat dilihat berdasarkan tahap kebimbangan yang

dialami oleh individu, ketegangan dan kemurungan yang diukur melalui

honnon-honnon adrenalin, noradrenalin dan paras kortisol yang

merupakan alat ukuran tekanan yang subjektif (Buchanan, 1985). Oleh

itu, perubahan fisiologikal terhadap situasi kerja boleh diukur melalui

tekanan darah tinggi, kadar den yutan jantung dan analisis air kencing.

Contohnya, tekanan-tekanan tersebut dialami oleh pekerja-pekerja dalam

sektor perkhidmatan awam disebabkan masalah beban kerja tinggi yang

2

Page 14: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

tinggi dalam pekerjaan. Mereka menjalankan tanggungjawab berasaskan

kepada bidang tugas yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan

organisasi masing-masing. Ini berrnakna bahawa mereka sentiasa dikawal .. oleh sepasukan pekerja lain dalam organisasi yang sarna yang boleh

membawa tekanan terhadap mereka.

Dalam kajian (Martino 2001) mengenai tekanan dalam kalangan

pekerja di temp at kerja telah menyatakan bahawa dalam keadaan biasa,

pekerja perlu mampu mengaktitkan tindak balas mereka untuk

mendapatkan tindak balas baru dan imbangan terhadap keadaan baru.

Tekanan yang terjadi tidak semestinya menjadi suatu fenomena yang

negatif. Dengan hanya memberi tumpuan terhadap aspek patologi,

tekanan adalah salah tanpa menekankan tentang kepentingan usaha

mencan dan mendapatkan penyesuaian dinamik terhadap keadaan

tertentu. Sekiranya kesihatan di anggap sebagai keseimbangan dinamik,

tekanan adalah menjadi sebahagian daripadanya. Hanya tekanan yang

kritikal yang menjadi masalah patologi. Berdasarkan kajian yang

dilakukan oleh Martino (2001), tekanan adalah " sesuatu yang biasa dan .

perlu". Namun, jika seseorang individu itu mengalami tekanan yang

berlebihan, berpanjangan atau berulangan dan jika ia tidak mampu

mengatasi, tekanan akan menjadi suatu fenomena yang negatif yang akan

menyebabkan penyakit fizikal dan masalah psikologi. Situasi sedemikian

akan memudaratkan tekanan meliputi suatu julat yang luas daripada

kelesuan kronik kepada kemurungan , insomnia, kebimbangan, migraine,

ulser, alergi, masalah kulit, gangguan emosi dan seterusnya boleh

berakhi~ dengan kesan dan akibat paling serius iaitu masalah serangan

jantung, kemalangan dan bunuh diri. Sylvia McNeely (1995) juga telah

mengkaji tekanan dan cara mengendalikannya di kalangan jururawat.

Beliau merupakan seorang pelajar penyelidik di Nene Callage,

Northampton, UK. Kajian beliau telah berjaya menunjukkan bahawa

tekanan kerja mempengaruhi kualiti jururawat di tempat kerja.

3

Page 15: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

1.2 Kenyataan Masalah

Mantan Perdana Menteri Malaysia Y AB Dato' Seri A"bdullah

Ahmad Badawi telah menyarankan supaya sistem penyampaian kerajaan

(delivery system) terutamanya yang berkaitan sektor awam perlu

dimantapkan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dan

sekaligus meningkatkan taraf hid up masyarakat (Utusan Malaysia 9

Febuari 2007). Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang

dilancarkan pada Januari 2006 yang mana lebih menekankan kepada

kebajikan rakyat. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan beban kerja

yang dipikul oleh penjawat Awam semakin bertambah dengan mendadak

tanpa berlaku pertambahan bilangan pegawai professional teknikal dan

persekitaran kerja yang seimbang. Pertambahan kerja yang berlaku secara

mendadak semestinya memberikan tekanan kepada individu dan ia secara

tidak langsung akan mempengaruhi prestasi kerja (Halimah, 2006).

Cabaran utama sesebuah organisasi adalah untuk mengawal dan

menangani tekanan kerja yang membawa impak negatif sehingga

menyumbang kepada kemerosGtan prestasi organisasi dan juga

menyebabkan organisasi akan kehilangan daya saing ( Robbins, 2001). Ini

kerana tekanan kerja merupakan salah satu faktor utama yang menghalang

peningkatan prestasi.

Konsep stress di temp at kerja telah digunakan dengan meluas

untuk mengukur keberkesanan organisasi. Faktor seperti masalah

hubungan dalam organisasi seringkali memberi tekanan kepada pekerja.

Antara corttohnya seperti faktor dalaman terhadap pekerjaan, peranan di

dalam organisasi, tekanan video display terminal, masalah hubungan di

tmpt kerja, pembangunan kerjaya, faktor gaji, keperluan kerja yang tidak

sepadan dengan kebolehan, sumber dan kehendak pekerja juga

merupakan aspek utama stress di tempat kerja. Faktor demografi seperti

umur, jantina, status perkahwinan juga merupakan punca- punca yang

menyumbang kepada tekanan kerja dalam perkhidmatan awam. Oleh itu,

isu stress di tempat kerja memberi kesan keatas prestasi keseluruhan

4

Page 16: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

t'Usat Khidmat Mak II at kademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK I

organisasi dan individu tennasuk~ah masalah penurunan prestasi kerja,

kadar ketidakhadiran yang tinggi dan ketidakpuasan kerja,

kemalangan dan kesilapan serta pengambilan alkohol dan dadah dan

pusing ganti buruh yang tinggi dimana organisasi kehilangan pekerja

berkualiti dan peningkatan yang besar dalam kos pengambilan dan

kos latihan semula. Kesemua masalah ini mempunyai perkaitan dengan

"stress" di tempat kerja dan masalah yang biasa berlaku dalam organisasi

masa kini. Masalah stress akan memberi kesan ke atas psikologi dan

fisiologi manusia. Seseorang individu yang tertekan dengan kerja yang

dilakukan akan mengalami kemurungan yang berpanjangan. Apabila rasa

tertekan, psikologi seseorang pekerja akan terganggu dan menyebabkan

kegagalan untuk membuat keputusan dengan baik. Situasi ini boleh

menjejaskan prestasi kerja mereka dan menggugt produktiviti organisasi.

Masalah yang paling dibimbangi adalah tekanan pekerja di tempat kerja

yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti sakit jantung,

tekanan darah tinggi dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap

penyakit. Stress di tempat kerja juga boleh menyebabkan masalah

kemalangan di tempat kerja, peJlingkatan kos keselamatan dan kesihatan

pekerjaan, gangguan trauma kumulatif serta menggangu kegiatan sosial

individu.

Sektor awam merupakan nadi kepada sesebuah kerajaan

(Mahathir, 1994). Kecekapan pentadbiran sektor awam menggambarkan

kekuatan sesebuah kerajaan. Ini kerana pentadbiran dan perkhidmatan

yang sering dikaitkan dengan kemerosotan dalam prestasi akan memberi

gambantn yang negatif kepada sesebuah organisasi yang mewakili pihak

kerajaan. Secara spesifiknya, kajian ini cuba untuk mengukur sejauh

manakah perkaitan tekanan kerja mempengaruhi prestasi kerja seseorang

individu kerana jika seseorang individu itu berhadapan dengan tekanan

akan menyebabkan individu itu gagal berfungsi dengan baik di dalam

masyarakat ( Sindhunata, 1993). Oleh itu, pennasalahan kajian ini

bertujuan untuk menilai perkaitan antara faktor yang mempengaruhi

tekanan kerja di kalangan pekerja perkhidmatan Awan Malaysia. Pengkaji

5

Page 17: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

akan mengkaji hubungkait faktor-faktor tekanan seseorang pekerja yang

menyumbang kepada prestasi kerja.

~

Kajian juga dilakukan untuk melihat permasalahan tekanan

terhadap produktiviti dan prestasi kerja. Pengkaji akan menekankan dan

melihat hubungkait kepada ciri-ciri tekanan kerja yang menjejaskan

prestasi kerja dari aspek fisiologikal, psikologikal dan tingkah laku.

Menurut Naib Presiden Persatuan Psikologi Psikiatri Malaysia, Dr.Abdul

Kadir Abu Bakar, tekanan dalam diri bukan sahaja menyebabkan

seseorang itu akan mengalami penyakit mental, bahkan daripada segi

fizikal individu itu boleh mengalami sakit jantung yang merupakan

penyakit pembunuh.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif

khusus. Penjelasan lanjut ten tang kajian ini adalah seperti berikut:

Objektif umum

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor tekanan kerja dan prestasi

kerja dalam kalangan pekerja Perkhidmatan Awam Malaysia.

Objektif khusus

I. Mengkaji perkaitan antara faktor utama tekanan terhadap prestasi

kerja.

2. Mengkaji ciri-ciri tekanan psikologikal, fisiologikal dan tingkah laku

dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja.

3. Mengkaji tekanan kerja dan prestasi kerja.

6

Page 18: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

1.4 Persoalan kajian

1. Apakah faktor-faktor utama tekanan yang mempengaruh! prestasi

peketja perkhidmatan awam?

2. Apakah ciri-ciri tekanan dalam kalangan pekerja?

3. Apakah tekanan fisiologi, psikologi dan tingkah laku

menyumbang kepada penurunan prestasi pekerja?

4. Apakah hubungan diantara tekanan kerja dan prestasi kerja?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini mengaitkan sebahagian daripada isu-isu mengenal

masalah kerja yang dihadapi oleh pekerja dan hubungannya dengan

tekanan kerja yang mereka alami. Tekanan kerja akan terjadi sekiranya

individu terlibat dengan masalah dalam persekitaran kerja dan wujud

mengikut jenis peketjaan (Beerh and Newman (1987). Dalam aspek .

organisasi, kajian ini diharapkan dapat membantu organisasi bagi

mengenalpasti punca utama penurunan prestasi pekerja, ketidakhadiran

serta ketidakpuasan kerja yang memberi kesan terhadap pekerja itu sendiri

mahupun orgamsasl di sampmg bagi membolehkan organisasi

mengenalpasti aspek-aspek kritikal yang mendorong kepada tekanan

emosi terhadap pekerja. Ini diharapkan dapat memperkayakan tagi

penulisan ilmiah berkaitan isu tekanan kerja yang dihadapi dalam

kalangan-pekerja.

Kajian ini penting bagi memberikan gambaran keseluruhan

tentang masalah tekanan emosi yang dialami oleh pekerja dalam

organisasi. Ia akan dapat menjelaskan lagi teori-teori tentang isu tekanan

kerja di kalangan pekerja. Dari segi gunaan pula, pengurus-pengurus

sumber manusia boleh menggunakan dapatan hasil kajian ini bagi

mengurus dan mentadbir pekerja dalam sesebuah organisasi. Jadi ini

membolehkan mereka mengambil langkah-langkah tertentu bagi

7

Page 19: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

mengurangkan masalah tekanan kerja dalam kalangan pekerja mereka.

Hasil daripada kajian ini diharapkan ia akan menjadi satu gambaran

kepada sesebuah organisasi untuk mengambil langkah sewajamya dalam

mengatasi maslah tekanan kerja bagi pekerja.

1.6 Batasan Kajian

Semasa menjalankan kajian ini terdapat beberapa batasan yang

telah dihadapi. Antara batasan-batasan tersebut ialah kajian yang

dijalankan bukan bersifat menyeluruh. Tumpuan kajian ini hanya terhad

kepada satu temp at sahaja. Oleh yang demikian, hasil dan dapatan kajian

mungkin tidak sesuai digunakan di kawasan lain disebabkan oleh

beberapa perbezaan. Selain itu, kaedah yang digunakan untuk mengumpul

data adalah melalui menemubual responden. Oleh itu, ketepatan

maklumat yang diterima adalah bergantung kepada kerjasama responden

semasa menjawab soalan. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini adalah

bergantung kepada maklumat yang diberikan mengikut situasi semasa

ditemuramah. Faktor tersebut akan mempengaruhi hasil dapatan kajian

yang dijalankan. Kemungkinan ia hanya benar berdasarkan mas a kajian

atau mungkin juga berbeza dengan dapatan-dapatan yang seterusnya.

Kesemua dapatan daripada hasil kajian yang dijalankan hanya sesuai

digeneralisasikan di dalam organisasi dan sampel yang dikaji sahaja.

Jadi, kajian ini tidak boleh dianggap sebagai dapatan yang mewakili

situasi pekerja di Malaysia.

I{ekangan mas a dan kos juga mungkin menyebabkan dapatan

kajian tidak menyeluruh mewakili tahap tekanan yang dialami oleh

pekerja Perkhidmatan Awan. Untuk mengatasi masalah ini, diharapkan

pengkaji akan datang dapat meluangkan mas a untuk menjalankan kajian

mengenai tekanan kerana ia memerlukan masa yang agak panjang kerana

pengkaji perlu memahami konsep tekanan dan budaya keIja sesebuah

orgamsasl.

8

Page 20: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini ialah faktor tekanan kerja dan prestasi kerja

dikalangan pekerja perkhidmatan awam. Kajian ini akan meneliti faktor

di antara masalah bebanan kerja, masalah hubungan dalam budaya

organisasi, persekitaran ditempat kerja dan sebagainya terhadap prestasi

kerja. Organisasi yang dipilih ialah Jabatan Bomba di Balai Samarahan

Sarawak. Ia melibatkan seramai 5 orang informan iaitu pekerja bomba di

bahagian masing-masing dalam perkhidmatan bomba mengikut bahagian­

bahagian yang terdapat dalam organisasi tersebut.

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu definisi konseptual

dan definisi operasional.

1.8.1 Tekanan

Definisi Konseptual

Perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan menanggung

beban yang sukar untuk ditanggung (Kamus Dewan, 1997). Tekanan

merujuk kepada sebarang gangguan fikiran dan perasaan yang menjadi

punca perubahan tingkahlaku seseorang. Hal ini merujuk kepada keadaan

yang dialami oleh golongan pekerja yang berada dalam keadaan tidak .' stabil. Menurut Sabitha Merican (1996), tekanan adalah suatu tindak balas

pad a suatu punca tekanan, rangsangan, atau satu suasana yang

menjejaskan keadaan fisiologi seseorang individu. Selye (1956),

menyatakan bahawa tekanan adalah corak taraf emosi (paterns ojemotion

states) dan tindak balas psikologikal yang timbul sebagai balasan kepada

permintaan daripada dalam at au luar organisasi .

9

Page 21: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

Definisi Operasional

Dalam kajian ini, tekanan merujuk kepada semua gangguan yan~ boleh

menghilangkan tumpuan terhadap tugasan yang diberikan.

1.8.2 Tekanan Kerja

Definisi Konseptual

Poon (1994 dalam Abdul Majid 2001), mendefinisikan tekanan kerja

sebagai suatu situasi ketegangan yang dapat mempengaruhi emosi, proses

pemikiran dan keadaan fizikal.

Definisi Operasional

Dalam konteks kajian ini tekanan kerja merujuk kepada situasi

ketegangan yang akan menganggu proses pemikiran pekerja dan ianya

akan mendatangkan tekanan kepada seseorang pekerja.

1.8.3 Prestasi kerja

Defmisi konseptual

Prestasi kerja ialah satu pencapaian yang telah diperolehi. Prestasi kerja

melibatkan beberapa hasil pencapaian yang memberi nitai kepada ,,'

organisasi dan juga seseorang individu (Ivaflcevich,1994).

Definisi Operasional

Prestasi kerja merupakan tahap pencapatan seseorang pekerja yang

mempunyai hubungan dengan tugasan dan kerja yang diberikan. Prestasi

kerja dalam kalangan pekerja akan dinilai oleh pihak majikan dan majikan

perlu melihat peningkatan dan penurunan prestasi setiap pekerja mereka.

10

Page 22: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

1.8.4 Fisiologikal

Definisi konseptual

Tekanan fisiologikal terdiri daripada ulser, lemah jantung, sakit kepala,

tekanan darah tinggi dan insomnia.

Definisi operasional

Tekanan fisiologikal merupakan antara salah satu ciri tekanan yang

dialami oleh peketja dan sebahagian besarnya mempengaruhi tahap

kesihatan pekerj a.

1.8.5 Psikologikal

Definisi konseptual

Tekanan psikologikal didefinisikan sebagai perasaan yang timbul dalam

diri seseorang seperti kemurungan, rasa kecewa, resah, benci, tidak

dihargai dan hilang minat untuk bekerja dan sebagainya.

Definisi operasional

Tekanan ps!kologikal merupakan simptom yang dialami oleh individu

apabila mereka menghadapi tekanan dan set~rusnya akan mempengaruhi

tahap prestasi ketja dalam kalangan pekerja.

11

Page 23: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

1.8.6 Tingkab Laku

Definisi konseptual

Aspek tingkah laku terdiri daripada prestasi kerja yang rendah, pembuatan

keputusan yang salah, kemalangan di tempat kerja dan ketidakhadiran

yang tinggi (Me Shane dan Von Glinow,2005).

Definisi Operasi

Tingkah laku merupakan tindak balas yang dilakukan oleh pekerja, kesan

daripada tekanan yang dialami.

1.9 Kesimpulan

Masalah tekanan kerja tidak boleh dianggap remeh kerana ianya

berkait rap at dengan prestasi warga organisasi penjawat awam. Hal ini

seharusnya menjadi salah satu agenda yang perlu diperhalusi oleh pihak

pengurusan kerana kegagalan pihak pengurusan dalam menangani isu ini

akan menyebabkan produktiviti organisasi menurun dan situasi ini akan

menjatuhkah imej organisasi. Sektor perkhidmatan awam akan dapat

beroperasi dengan lanear apabila mempunyai pekerja yang mempunyai

daya usaha yang tinggi atau bermotivasi untuk melakukan pekerjaan bagi

meneapai objektif organisasi. 8agi meneapai objektif tersebut, setiap

organisasi perlu mengambil kira aspek kesejahteraan pekerjanya . .. Sehubungan dengan itu, pengurus-pengurus organisasi perlu mengambil

kira dan menekankan aspek-aspek pengurusan dan pembangunan sumber

manusia dalam membangunkan organisasi tersebut.

Oi dalam bidang sumber manUSla, aspek-aspek utama

pembangunan kakitangan seperti masalah tekanan kerja di tempat kerja

perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak pengurusan. Ini adalah

kerana pekerja memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

12

Page 24: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Tekanan Kerja dan... · ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan Megat serta adik-beradik

produktiviti sesebuah negara. Seeara umumnya, masalah tekanan emosi

menjadi punea sejumlah besar berlakunya kemalangan dan penyakit

pekerjaan yang akhimya membawa maut dan menyebabkan pengeritaan

serta hilang upaya. Masalah tekanan memberi kesan kepada pekerja dari

segi fizikal, mental, psikologi dan fisiologi. Terdapat sebahagian

daripada manusia menghidapi penyakit seperti ulser, lemah jantung,

koronari arteri, ulser dan tekanan darah tinggi kesan daripada masalah

tersebut terutama yang berkaitan dengan pekeIjaan (Me Lean,1985).

Penyakit-penyakit tersebut sebahagianya disumbangkan oleh tahap

tekanan kerja yang tinggi sehingga menimbulkan tekanan kepada

seseorang pekerja. Penyakit-penyakit yang timbul ini akan mendorong

kepada penurunan produktiviti dan prestasi seseorang pekerja

13