21
FAKTOR MENARIK KEDATANGAN IMIGRAN KE TANAH MELAYU Encik Zawawi bin Mokhtar

Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

FAKTOR MENARIK KEDATANGAN IMIGRAN KE TANAH MELAYU

Encik Zawawi bin Mokhtar

Page 2: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

KEDATANGAN IMIGRAN

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi.

Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.

Page 3: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Pada masa yang sama,tenaga buruh yang ramai dan murah untuk sektor getah dan bijih timah amat diperlukan.

Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

Page 4: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

ORANG CINA

Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu.

Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina.

Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19.

Page 5: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina.

Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam.

Page 6: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor bijih timah diambil alih oleh pedagang Eropah.

Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan ke negeri – negeri Melayu.

Page 7: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

FAKTOR PENARIK

Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu.

- Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu.

- Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya.

Page 8: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

- Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina.

- Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

Page 9: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Kestabilan politik

- Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik.

- British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak.

Page 10: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

- Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik.

- Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang.

- Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

Page 11: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Dasar British di Tanah Melayu

- Kerajaan British memang menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengeluarkan hasil ekonomi Tanah Melayu terutamanya bijih timah.

- Bagi menarik lebih ramai orang Cina berhijrah, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara.

Page 12: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

- Antaranya ialah kerajaan British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang lebih baik daripada negara asal.

- Melonggarkan syarat – syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu.

- Kerajaan British telah berlembut dengan orang Cina. Mereka diberi kebebasan untuk menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial masing – masing. Hal ini menyebabkan orang Cina berasa seolah – olah tinggal di negara asal mereka kerana cara hidup mereka tidak terganggu.

Page 13: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

ORANG INDIA

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang.

Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas.

Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai.

Page 14: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

FAKTOR PENARIK

Perkembangan perusahaan getah

- Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu.

- Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.

Page 15: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Galakan daripada Kerajaan British

- Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya.

- Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain.

Page 16: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

- Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu.

- Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

Page 17: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Menjelang kurun ke-20, perusahaan getah berkembang dengan pesat akibat perkembangan perusahaan membuat automobil di Amerika Syarikat.

Permintaan yang tinggi dan kenaikan harga getah di pasaran telah menggalakkan lebih banyak kawasan-kawasan baru dibuka untuk ditanam denga getah.

Page 18: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

ORANG INDONESIA

o Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu.

o Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa.

o Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14.

o Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor.

Page 19: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di lading kopi, ladang getah dan juga di lombong-lombong bijih timah.

Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat.

Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

Page 20: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

FAKTOR PENARIK

Faktor ekonomi

- Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu.

Page 21: Faktor Penarik Kedatangan Imigran

Faktor politik - Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih

baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan daripada pembesar

- Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya.