24
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PIBG DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK LUAR BANDAR DI JITRA, KEDAH. NORZALINDA BINTI MD LAZIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PIBG DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK LUAR BANDAR DI JITRA, KEDAH. NORZALINDA BINTI MD

Embed Size (px)

Citation preview

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN IBU BAPA

DALAM AKTIVITI PIBG DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK LUAR

BANDAR DI JITRA, KEDAH.

NORZALINDA BINTI MD LAZIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya NORZALINDA BINTI MD LAZIM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: 12 MAC 2004 Tarikh: 12 MAC 2004

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PIBG DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK LUAR BANDAR DI JITRA, KEDAH.

(HURUF BESAR)

EN AZLAN BIN ABD LATIB NO119, KAMPUNG NAGA,

06200 KEPALA BATAS, KEDAH.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN IBU BAPA

DALAM AKTIVITI PIBG DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

AKADEMIK LUAR BANDAR DI JITRA, KEDAH.

NORZALINDA BINTI MD LAZIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)”

Tandatangan :

Nama penyelia : EN AZLAN BIN ABD LATIB

Tarikh : 12 MAC 2004

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : NORZALINDA BINTI MD LAZIM

Tarikh : 12 MAC 2004

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Buat abah dan mak tersayang,

Md Lazim bin Md Rejab & Siti Zaliha binti Saad

Terima kasih atas dorongan, didikan dan doa kalian yang sentiasa mengiringi setiap

detik perjalanan hidup anakmu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku

tunaikan jua. Semoga kejayaan ini akan menjadi batu loncatan buat adik-adik,

(Norfaiezah binti Md Lazim & Muhamad Razali bin Md Lazim) untuk mencapai

kejayaan yang lebih tinggi.

Buat Mohd Hafiz bin Daman Huri dan teman-teman seperjuangan,

Dayah, Sham, Uya, As, Ieda dan Sue-n

Teruskanlah perjuangan yang belum selesai.

Semoga detik-detik bersama akan menjadi kenangan manis yang abadi selamanya.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala bantuan dan dorongan yang

diberikan serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Semoga Allah memberkati usaha kita dan memberi hidayah serta membuka pintu

rahmatNya untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Azlan Bin

Abd Latib atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan tesis ini dijalankan. Saya juga ingin merakamkan ucapan

terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak Jabatan

Pendidikan Daerah, Pengetua dan guru-guru sekolah yang terlibat serta ibu bapa bagi

pelajar yang terlibat dalam kajian.

Penghargaan ini juga diberikan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan

serta sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran atas

bantuan yang telah diberikan kepada saya. Insya- Allah ianya akan tetap dikenang

hingga akhir hayat.

Wassalam.

vi

ABSTRAK

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mula ditubuhkan di sekolah menengah

dan rendah pada tahun 1971 untuk melibatkan ibu bapa dalam institusi sekolah

melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Namun begitu, penglibatan ibu bapa dalam

aktiviti PIBG adalah kurang memberangsangkan terutamanya di sekolah menengah.

Justeru itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi

penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG di sekolah menengah akademik luar bandar

di Jitra, Kedah. Skop kajian ini hanya melihat kepada empat faktor sahaja iaitu

faktor kepimpinan PIBG, kefahaman ibu bapa tentang peranan mereka dalam PIBG,

faktor kesibukan tugas seharian dan faktor sikap ibu bapa. Seramai 201 orang ibu

bapa bagi pelajar tingkatan dua di enam buah sekolah akademik luar bandar di Jitra

telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden melalui anak-anak

mereka di sekolah. Maklum balas bagi soal selidik tersebut adalah diukur dengan

menggunakan Skala Likert yang dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical

Package for Social Science for Windows) versi 11.5 untuk mendapatkan peratus dan

min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi

penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG ialah kesibukan tugas dan sikap ibu bapa

itu sendiri. Walau bagaimanapun, ibu bapa mempunyai tanggapan yang baik

terhadap kepimpinan PIBG yang sedia ada tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu

ditingkatkan untuk menambahkan keberkesanan kepimpinan PIBG. Ibu bapa

didapati memahami peranan mereka dalam PIBG. Oleh itu, kurangnya kefahaman

tentang peranan mereka dalam PIBG bukanlah merupakan faktor yang

mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti PIBG.

vii

ABSTRACT

Parent and Teachers Association was structure in 1971 to invite parent’s

participations in school organization through the activities. However, parents

participation in Parent and Teachers Association is not embolden especially in

secondary school. So, this research was conducted to look at the factors that

influence parents’ participation during the Parent and Teachers Association activities

in rural secondary school in Jitra. The scope was focused on four factors that was the

leadership, parents understanding, daily occupied and parent’s attitudes. The

respondents for this study consist of 201 parent of form two students in six

secondary school. A questionnaire was used as the instrument to get feedbacks from

the respondents. The questionnaire was distributed to the respondents through the

students. The responds was measured in Likert scale and had been analyzed using

the SPSS 11.5 programmed (Statistical Package For Social Science For Windows).

It is show in percentage and mean. The overall result from the research showed that

the main influence factors were the daily occupied and parent’s attitudes. However,

the leadership is accept by the parents but can be improve in certain aspect. Most of

the parents understand their role in Parents and Teacher Association. So the lack of

understanding or knowledge is not influencing their participation.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xiii

xiv

xv

BAB I

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang masalah

1.3 Pernyataan masalah

1

1

2

6

ix

1.4 Objektif kajian

1.5 Persoalan kajian

1.6 Kepentingan kajian

1.7 Skop dan batasan kajian

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Ibu bapa

1.8.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru

1.8.3 Sekolah menengah akademik

luar bandar

1.8.4 Kepimpinan PIBG

1.8.5 Sikap

6

7

7

8

9

9

9

9

10

10

BAB II

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

SOROTAN KAJIAN

2.1 Kajian berkaitan kerjasama dan

hubungan ibu bapa dengan guru-guru

2.2 Kajian-kajian berkaitan PIBG

2.3 Kajian berkaitan sikap ibu bapa

terhadap pelajaran anak-anak

2.4 Penutup

11

12

14

19

21

x

BAB III

BAB IV

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk kajian

3.3 Tempat kajian

3.4 Populasi dan sampel kajian

3.5 Instrumen kajian

3.6 Keesahan

3.7 Kebolehpercayaan

3.8 Prosedur kajian

3.9 Analisis data

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis data bahagian A

4.2.1 Jantina

4.2.2 Bangsa

4.2.3 Umur

4.2.4 Pekerjaan

22

22

23

23

24

24

26

26

27

28

32

32

33

33

34

34

35

xi

4.3 Analisis data bahagian B

4.3.1 Analisis tanggapan ibu bapa

terhadap kepimpinan PIBG

yang telah dilantik di sekolah

menengah akademik luar

bandar di Jitra

4.3.2 Analisis kefahaman ibu

bapa tentang peranan ibu

bapa dalam PIBG

4.3.3 Analisis pengaruh kesibukan

tugas harian terhadap

penglibatn ibu bapa dalam

aktiviti PIBG

4.3.4 Analisis sikap ibu bapa

terhadap peranan yang

dimainkan oleh PIBG

4.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi

penglibatan ibu bapa dalam PIBG

36

36

41

44

47

51

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan

53

53

54

57

xii

5.4 Cadangan

5.4.1 Sekolah

5.4.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru

5.4.3 Ibu bapa

5.5 Cadangan kajian lanjutan

64

64

64

65

66

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 68

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A – E 73 - 77

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung

tahunan PIBG di SMTATAR

Taburan soalan berkaitan persoalan kajian

Set Skala Likert

Jadual analisis data

Jadual peratusan

Jadual kategori min

Jantina

Bangsa

Umur

Pekerjaan

Tanggapan ibu bapa terhadap kepimpinan PIBG

yang telah dilantik di sekolah menengah

akademik di Jitra

Kefahaman ibu bapa tentang peranan mereka

dalam PIBG

Pengaruh kesibukan tugas harian terhadap

penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG

Sikap ibu bapa terhadap aktiviti PIBG

Purata maklum balas bagi setiap persoalan

kajian

4

25

26

29

29

30

33

34

34

35

37

41

44

47

51

xiv

DAFTAR SINGKATAN / SIMBOL / ISTILAH

KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia

PIBG – Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SPSS – Statistical Package For Social Sciences For Window

SMTATAR – Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul

Rahman

BPPDP – Bahagian Pembangunan Penyelidikan Dasar Pendidikan

f – Frekuensi / kekerapan

% - Peratus

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C D E

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

pihak sekolah

Hasil analisis data kajian rintis menggunakan

kajian rintis

Soal selidik

73

74

75

76

77

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Sekolah memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Ini

adalah kerana sekolah berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan formal dalam

masyarakat untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

Organisasi sekolah adalah jelas dengan peruntukan masa dan ruang yang telah

ditetapkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga diasuh mengenai

tingkah laku yang sempurna melalui disiplin diri yang diterapkan di sekolah.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu bapa boleh menyerahkan tanggungjawab

mendidik anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Jackson, J. (1997) telah

menyatakan bahawa:

A school system without parents at its foundation is like a bucket with a hole in

it.

Pernyataan ini menjelaskan bahawa institusi sekolah adalah kurang berkesan

tanpa penglibatan ibu bapa. Justeru itu, penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di

sekolah-sekolah adalah satu langkah yang bijak. Ini adalah kerana persatuan ini dapat

menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi

melahirkan individu yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melibatkan

ibu bapa dalam institusi sekolah melalui penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) di sekolah. Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah

hasil Laporan Aziz yang diumumkan pada 1971. Allahyarham Tun Hussein Onn yang

merupakan Menteri Pendidikan pada ketika itu telah mengarahkan agar PIBG ditubuh

dan didaftarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri yang menjadi pendaftar melalui surat

Arahan P.V. (A 146/1973) yang dikeluarkan pada tahun 1973 (Noran Fauziah dan

Ahmad Mahdzan,1993).

Antara tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga dan

melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru di samping memberikan sumbangan

untuk perkembangan sekolah. Ini adalah untuk memastikan pelajar mendapat faedah

maksimum dan mempunyai sumber yang diperlukan untuk kerja sekolah mereka. Selain

itu, persatuan ini juga bertujuan untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya

bagi membolehkan murid mencapai perlembagaan kerohanian, akhlak, mental dan

jasmani (Omardin,1996).

PIBG didapati dapat memberikan bantuan kewangan kepada aktiviti-aktiviti

sekolah. Ini adalah kerana tidak semua sekolah mempunyai wang yang cukup untuk

membiayai program-program yang telah dijadualkan. Justeru, ibu bapa yang

berkemampuan diharap dapat memberikan sokongan atau derma kepada PIBG. Selain

itu, bantuan turut diperolehi melalui pungutan derma daripada orang kenamaan, syarikat

dan firma. Sumber kewangan PIBG juga diperolehi daripada yuran tahunan yang

diwajibkan kepada ibu bapa pada setiap tahun. Wang PIBG ini turut dapat digunakan

untuk tujuan kebajikan seperti membantu pelajar miskin menjelaskan bayaran

peperiksaan awam.

3

Selain memberikan bantuan kewangan kepada aktiviti sekolah, PIBG turut

menganjurkan pelbagai program untuk ibu bapa dan guru-guru. Antaranya ialah

gotong-royong dan hari terbuka sekolah. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat

menyalurkan segala maklumat mengenai kegiatan atau rancangan sekolah kepada ibu

bapa. Di samping dapat mengikuti perkembangan sekolah, ibu bapa dapat memberikan

bantuan tenaga dan buah fikiran bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak mereka.

Agha Abdul (1995) menyatakan bahawa ibu bapa dapat berbincang dan bertukar-tukar

fikiran serta maklumat tentang pelajaran dengan guru-guru melalui PIBG.

Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin telah menggariskan salah satu

intisari Wawasan Pendidikan adalah untuk mewujudkan perpaduan di antara pelajar dan

guru, kakitangan dan ibu bapa. Ini dinyatakan dalam kertas kerja bertema Pengisian

Wawasan Pendidikan di Persidangan Pendidikan Nasional yang diadakan pada 8 hingga

11 April 1993 (Mok Soon Sang,2001). Pernyataan tersebut jelas menyatakan hubungan

yang baik antara ibu bapa dan guru adalah penting untuk mewujudkan perpaduan dalam

organisasi pendidikan. Hubungan ibu bapa dan guru-guru di sesebuah sekolah akan

menjadi lebih rapat melalui penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG. Walau

bagaimanapun, penglibatan serta peranan ibu bapa untuk berganding bahu bersama

sekolah buat masa ini adalah tidak menggalakkan.

Penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG di

sekolah menengah adalah begitu rendah jika didasarkan kepada kehadiran ibu bapa

semasa mesyuarat-mesyuarat agung yang diadakan pada setiap tahun. Mizan Adiliah

(2001), turut menyatakan bahawa PIBG lebih aktif di sekolah rendah berbanding di

sekolah menengah. Senario kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang

dianjurkan oleh pihak sekolah bukanlah sesuatu yang asing lagi kerana ia berlaku di

kebanyakkan sekolah di negara ini. Kajian yang dijalankan oleh Md Razak (1998), turut

menunjukkan bahawa fenomena tersebut turut berlaku di Sekolah Menengah Dato’

Abdul Rahman Yaakob, Merlimau.

4

Berikut merupakan data kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG yang

diadakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

(SMTATAR), Jitra pada tiga tahun kebelakangan ini.

Jadual 1.1 : Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG di SMTATAR

Tahun Bilangan kehadiran ibu

bapa (orang)

Bilangan ibu

bapa (orang)

Peratus kehadiran ibu

bapa ( %)

2001 139 936 14.85

2002 151 942 16.00

2003 284 921 30.84

Data tersebut menunjukkan bahawa peratus kehadiran ibu bapa dalam PIBG

adalah tidak mencapai 50% daripada jumlah ibu bapa atau penjaga seperti yang

dinyatakan oleh Mohd Salleh (1998). Jumlah ini adalah sangat berkurangan jika

dibandingkan dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk melibatkan

ibu bapa dalam program yang dianjurkan.

Mesyuarat PIBG diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara yang

melibatkan pembelajaran murid-murid terutamanya murid-murid yang bermasalah. Ia

juga diadakan untuk menerima laporan jawatankuasa yang telah dilantik. Penyata kira-

kira yang telah diaudit turut dibentangkan dalam mesyuarat itu. Justeru, penglibatan ibu

bapa dalam mesyuarat ini adalah penting supaya mereka mengetahui isu-isu semasa

yang berlaku di sekolah.

Sesuatu keputusan sukar diambil apabila kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat

yang diadakan adalah terlalu sedikit. PIBG juga menghadapi masalah apabila keputusan

yang telah diambil tidak dipersetujui oleh ibu bapa yang lain. Fenomena inilah yang

menjadikan kehadiran dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh

PIBG begitu penting. Akibatnya terdapat program yang terpaksa dibatalkan pada saat-

5

saat akhir kerana mendapat bantahan daripada sebilangan ibu bapa yang tidak

menghadiri mesyuarat tersebut.

Terdapat juga ibu bapa yang sewenang-wenangnya mengambil tindakan ke atas

sekolah apabila berlaku sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka. Adalah lebih baik

sekiranya masalah itu disalurkan melalui PIBG agar dapat dibincangkan bersama bagi

menyelesaikannya. Namun begitu, lebih menyedihkan lagi apabila terdapat segelintir

ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang hal persekolahan anak-anak sebaliknya

menyalahkan pihak sekolah apabila anak-anak mereka terlibat dalam salah laku disiplin

atau gejala sosial.

Peranan PIBG akan lebih berkesan dengan adanya sokongan daripada ibu bapa.

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang diadakan oleh PIBG adalah untuk memastikan

bahawa ibu bapa sentiasa mengikuti perkembangan persekolahan anak-anak mereka.

Selain itu, PIBG juga mengharapkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang

dianjurkan supaya ibu bapa dapat merasai dan melihat sendiri usaha yang telah

dijalankan untuk memberikan pendidikan yang berkesan kepada pelajar dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Mohd Salleh (1998), menyatakan bahawa ibu bapa dan masyarakat mesti

mengambil tahu tentang kedudukan anak-anaknya di sekolah sama ada berjaya, mundur

atau terlibat dalam perkara yang tidak diingini. Ini adalah kerana ibu bapa merupakan

aspirasi yang utama kepada pelajar (Mok Soon Sang, 2002). Harapan yang ditunjukkan

oleh ibu bapa dapat mendorong anak-anak untuk berusaha dengan lebih giat dalam

kurikulum dan ko-kurikulum. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah akan sedikit

sebanyak menunjukkan komitmen dan sikap mereka terhadap pendidikan anak-anak.

Memandangkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam PIBG, maka penyelidik

merasakan adalah wajar agar satu kajian mengenainya dijalankan.

6

1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG di sekolah-sekolah

menengah akademik luar bandar di Jitra, Kedah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi penglibatan ibu bapa di sekolah-sekolah menengah akademik luar bandar

di Jitra, Kedah. Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap kepimpinan PIBG yang telah

dilantik di sekolah-sekolah menengah akademik luar bandar di Jitra, Kedah.

ii. mengenal pasti kefahaman ibu bapa berkaitan dengan peranan mereka dalam

PIBG.

iii. mengenal pasti pengaruh kesibukan tugas harian terhadap penglibatan ibu

bapa dalam aktiviti PIBG.

iv. mengenal pasti sikap ibu bapa terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.

7

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menepati

objektif kajian ini dijalankan.

i. Apakah tanggapan ibu bapa terhadap kepimpinan PIBG yang telah dilantik di

sekolah-sekolah menengah akademik luar bandar di kawasan Jitra, Kedah?

ii. Bagaimanakah kefahaman ibu bapa tentang peranan mereka dalam PIBG?

iii. Bagaimanakah kesibukan tugas harian menyebabkan ibu bapa tidak dapat

melibatkan diri dalam aktiviti PIBG?

iv. Bagaimanakah sikap ibu bapa terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG?