30
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN SITI NORBAYA BT MA HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

  • Upload
    others

  • View
    47

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ

PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH YAYASAN

ISLAM KELANTAN

SITI NORBAYA BT MA HUSSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SITI NORBAYA BT MA HUSSIN

(KP : 821201-03-5276) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 3438 JALAN SULTANAH ZAINAB, 15050 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : 30 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)

TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN NAMA PENYELIA

Tarikh : 30 APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

PAKEJ PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF SAINS TULEN DI SEKOLAH

YAYASAN ISLAM KELANTAN

SITI NORBAYA BINTI MA HUSSIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

ii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan di mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI NORBAYA BINTI MA HUSSIN

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

iii

Dedikasi Teristimewa Buat :

Ayahanda Bonda Tercinta:

Hj Ma Hussin Bin Said & Hjh Noorasiah Binti Che Jaafar

Jutaan terima kasih buat ayahanda & bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan

dan dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.

Semoga ayahanda & bonda dipanjangkan usia, diberikan kesihatan dan dirahmati Allah

S.W.T. selalu hendaknya.

Buat Adik Beradik Yang Dikasihi:

Muhammad Faisal, Nurul Huda, Muhammad Hazim, Muhammad Adib, Mastura &

Muhammad Luqman Hakim

Terima kasih di atas segala pengorbanan, bantuan masa, kesabaran, melapangkan minda

untuk membantu menyiapkan tesis ini. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki

serta dilindungi Allah S.W.T selalu hendaknya.

Buat Sahabat Istimewa, Teman Seperjuangan & Rakan-Rakan Yang Terlalu

Memahami

Kehadiran kalian begitu istimewa. Malah terlalu banyak dorongan dan sokongan yang

telah dicurahkan. Semoga kalian dirahmati Allah S.W.T selalu hendaknya.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

Projek Sarjana Muda, Tuan Haji Hassan Bin Hushin di atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih

yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas segala

jasa baiknya selama ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada pihak Yayasan

Islam Kelantan dan juga semua warga pendidik serta pelajar pelajar sekolah Yayasan

Islam Kelantan diatas kesudian melapangkan masa memberi maklumat dan sedia

bekerjasama dalam segala aspek. Kepada rakan-rakan yang banyak membantu

mengulur bantuan dan masa memberi idea dan cadangan mengenai Projek Sarjana

Muda ini.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan

dirahmati dan dibalas Allah S.W.T.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar memilih pakej pengajian Islam elektif Sains Tulen di Sekolah Yayasan Islam

Kelantan. Terdapat empat persoalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini, iaitu

faktor minat, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Pengkaji juga mengkaji sistem

perkembangan pendidikan yang berlaku di dalam Yayasan Islam Kelantan melalui

dokumen analisis dan temuramah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik

dan skala Lima Likert pemeringkatan telah digunakan untuk mengukur jawapan

responden. Data-data mentah telah dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.5

iaitu Statical Package of Social Science 11.5 untuk mendapatkan kekerapan dan

peratusan. Berdasarkan kepada nilai kekerapan dan peratusan, keputusan menunjukkan

bahawa faktor minat, ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah tinggi dan telah

mendorong mempengaruhi pemilihan pelajar dalam kelas elektif Sains Tulen. Dalam

kajian ini juga pengkaji menyatakan beberapa cadangan lanjutan yang boleh digunakan

untuk kajian akan datang.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

vi

ABSTRACT

This research was conducted in order to identify the factors that influenced the

form four students choosing the Islamic education with Pure Science elective in

Kelantan Islamic Foundation School. Four research question namely factors such as

interest, parents, teachers and peergroups were studied. The progress and development

of the Kelantan Islamic Foundation was also studied through document analysis and

interview. The questionnaires which used the Likert scale were analyzed using SPSS

version 11.5 (Statical Package of Social Science 11.5) to obtain the frequencies and

percentages. Based on the frequencies and percentages obtain the results showed that the

interest factors, parents, teachers and peergroups were high and led the students in

choosing the science elective. In this study some recommendations were made that can

be used for futher research.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Kajian 12

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

viii

1.8 Definasi Istilah

1.8.1 Faktor 13

1.8.2 Pengaruh 13

1.8.3 Pelajar 13

1.8.4 Pengajian Islam 13

1.8.5 Elektif Sains Tulen 14

1.8.6 Minat 14

1.8.7 Ibu Bapa 14

1.8.8 Guru 15

1.8.9 Rakan Sebaya 15

1.9 Kesimpulan 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pendidikan Dalam Islam 17

2.3 Pendidikan Melalui Sistem Persekolahan Islam 19

2.4 Yayasan Islam Kelantan 21

2.5 Sistem Pengajian Di Sekolah Yayasan Islam Kelantan 21

2.5.1 Kurikulum Dalam Sistem Persekolahan Yayasan

Islam Kelantan 22

2.5.2 Pakej Pengajian Islam dan Sains Teknologi

Yang Ditawarkan 23

2.6 Sikap Pelajar 26

2.7 Minat Pelajar 27

2.8 Faktor Ibu Bapa 31

2.9 Faktor Guru 35

2.10 Faktor Rakan Sebaya 38

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

ix

2.11 Kesimpulan 40

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Rekabentuk Kajian 43

3.3 Pengumpulan Data 44

3.3.1 Kajian Perpustakaan 44

3.3.2 Temubual 45

3.3.3 Kajian Lapangan 46

3.4 Lokasi Kajian 46

3.5 Populasi dan Sampel 48

3.6 Instrumen Kajian 50

3.7 Kajian Rintis 54

3.8 Prosedur Kajian 56

3.9 Jangka Masa Kajian 58

3.10 Analisis Data 59

3.11 Kesimpulan 60

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 61

4.1.1 Bagi Bahagian A 63

4.1.1.1 Jantina 63

4.1.1.2 Sekolah 63

4.1.1.3 Keputusan Peperiksaan PMR 64

4.1.1.4 Gred bagi subjek Sains dan Matematik 65

4.1.1.5 Jenis Pekerjaan Ibu Bapa Responden 66

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

x

4.1.2 Bagi Bahagian B 68

4.1.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 68

4.1.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 72

4.1.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 76

4.1.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 80

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN, KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Rumusan 85

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 86

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item 87

5.2.1.1 Faktor Minat 87

5.2.1.2 Faktor Ibu Bapa 88

5.2.1.3 Faktor Guru 89

5.2.1.4 Faktor Rakan Sebaya 89

5.3 Perbincangan 91

5.3.1 Apakah pelajar mempunyai minat terhadap

kelas Pengajian Islam elektif Sains Tulen 91

5.3.2 Apakah ibu bapa mempengaruhi pelajar

Mengikuti kelas Pengajian Islam elektif Sains

Tulen 93

5.3.4 Apakah peranan guru dalam mempengaruhi

Pelajar memilih kelas Pengajian Islam

elektif Sains Tulen 94

5.3.5 Apakah peranan rakan sebaya dalam

mempengaruhi pelajar memilih kelas

Pengajian Islam elektif Sains Tulen 95

5.4 Cadangan 97

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98

5.6 Penutup 98

BIBLIOGRAFI 99

LAMPIRAN

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Lampiran E

Lampiran F

Lampiran G

Lampiran H

Lampiran I

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pakej Elektif Pengajian Yang DiTawarakan Di Sekolah YIK 5

1.2 Menunjukkan Pakej Pengajian Yang DiTawarkan Di Sekolah-Sekolah YIK 8 2.1 Jenis Peperiksaan Bagi Pelajar Sekolah YIK 23 2.2 Pakej Pengajian Yang DiTawarkan Di Sekolah YIK 25 3.1 Sekolah Yang Terlibat Dalam Kajian 46 3.2 Jumlah Populasi 49

3.3 Taburan Responden Mengikut Sekolah 50

3.4 Penggunaan Skala Likert 53 3.5 Jenis Konstruk dan Bilangan Item Dalam Soal Selidik 53 3.6 Taburan Item 54 3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratusan 60

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

xiv

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 63

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut

Sekolah 63

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Keputusan PMR

Mengikut Bilangan ’A’ 64

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Gred Yang Diperolehi

Oleh Responden Bagi Subjek Sains 65

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Gred Yang Diperolehi

Oleh Responden Bagi Subjek Matematik 66

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Jenis Pekerjaan

Bapa Responden 66

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Jenis Pekerjaan

Ibu Responden 67

4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar

Mengenai Minat 69

4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar

Mengenai Faktor Ibu bapa 73

4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar

Mengenai Faktor Guru 77

4.11 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respon Pelajar

Mengenai Faktor Rakan Sebaya 81

4.12 Menunjukkan Nilai Peratusan Pembolehubah Yang Dikaji 84

5.1 Ringkasan Penyebab Yang Mempengaruhi Pelajar Tingkatan

Empat Di Sekolah YIK Memilih Kelas Pengajian Islam

elektif Sains Tulen 90

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Cara Pengiraan Sampel Untuk Satu Sekolah 49

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

xv

SENARAI SINGKATAN

YIK - Yayasan Islam Kelantan PMRU - Penilaian Menengah Rendah Ugama PMR - Penilaian Menengah Rendah SMU - Sijil Menengah Ugama SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Transkrip Mengenai Yayasan Islam Kelantan

B Data Temubual Bersama Ustaz Zakaria bin Mohamed

(Timbalan Pengarah (Bahagian Akademik) YIK.

C Data Temubual Bersama Cikgu Sabri bin Mat Daud

(Penolong Pengarah Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum)

D Set Borang Soal Selidik

E Keputusan Nilai Alfa Kajian Rintis

F Surat Pengesahan Item Soal Selidik

G Surat Kebenaran Daripada YIK Untuk Menjalankan Kajian

Di Sekolah- Sekolah YIK

H Surat Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah YIK

I Surat Pengesahan Pelajar UTM

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Yayasan Islam Kelantan atau singkatanya YIK merupakan sebuah organisasi

Kerajaan Negeri yang diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti di dalam bidang

pendidikan Islam dan juga pengajian Bahasa Arab bagi rakyat Kelantan (YIK, 2008).

Ia merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam

memperkembangkan bidang pendidikan di negeri tersebut.

Tujuan utama penubuhan Yayasan Islam Kelantan adalah untuk meningkatkan

pendidikan menerusi sekolah-sekolah agama supaya seimbang dengan keperluan

masyarakat dan negara. Ia juga turut berusaha untuk melayakkan sekolah-sekolah

agama di negeri Kelantan untuk menjadi saluran ataupun penyumbang kepada pusat

pengajian tinggi di dalam dan juga diluar negara. Berdasarkan matlamat pendidikan

pula adalah untuk melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu

pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangunkan keluarga,

masyarakat, negara dan ummah. Selaras dengan matlamat pendidikan tersebut,

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

2

Yayasan Islam Kelantan amat menititberatkan aspek pendidikan Islam dalam bidang

pendidikan sebagaimana falsafah pendidikan YIK iaitu pendidikan Islam sebagai yang

diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta’dib, irsyad dan tadris adalah satu

usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai

hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqilah, emosi, aqidah dan jasmani

berdasarkan kepada ajaran Islam. Bertepatan dengan falsafah pendidikan negara,

pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh

yang demikian YIK merupakan organisasi yang menguruskan institusi pendidikan

yang berkualiti dalam melahirkan insan yang berintelektual dan beriman serta

berakhlak terpuji. YIK juga turut berfungsi dalam proses pembangunan insan secara

menyeluruh dan juga pembangunan insan sepanjang hayat. Proses pembangunan insan

melibatkan pembangunan minda dan juga pembangunan akhlak ataupun sahsiah diri.

Pembangunan minda adalah proses pendidikan secara ilmiah, dimana ia akan

menghasilkan pencapaian terhadap diri pelajar tersebut. Sebagaimana institusi

pengajian ataupun sekolah yang menyediakan pendidikan di negara kita, aspek yang

diutamakan ialah penyediaan kurikulum dan ko-kurikulum untuk para pelajar

mengikut tahap tertentu berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM).

Penyediaan bidang pendidikan yang baik akan menghasilkan kecemerlangan

untuk pelajar dalam meningkatkan kualiti pendidikan di dalam perkembangan

pendidikan tanah air khususnya. Sebagaimana kejayaan yang terbaru dilakarkan dalam

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

3

sistem pendidikan Malaysia, dimana Pelajar Terbaik SPM 2008 iaitu Nik Nur

Madihah adalah antara pelajar yang telah mendapat pendidikan menengah di salah

sebuah sekolah YIK iaitu di Maahad Muhammadi Perempuan

(http://kotabharudaily.spaces.live.com). Kejayaan yang diraih merupakan sesuatu

yang menjadi aspirasi buat semua pelajar sekaligus rakyat Malaysia. Bagaimana

beliau mampu mencipta kejayaan dengan memperolehi gred ‘A’ dalam semua

matapelajaran dan apakah sistem pengajian yang telah beliau ikuti. Sebenarnya beliau

telah pun melalui sistem pendidikan dwi kurikulum yang telah diperkenalkan di

sekolah-sekolah YIK. Sistem ini telah berperanan sebagai medium pengajian sejak

dulu sehingga kini bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk proses pembangunan

pendidikan di negeri Kelantan dan tanah air khususnya. Sistem dwi kurikulum

merupakan dua kurikulum yang diamalkan secara serentak iaitu kurikulum al-Azhar

dan kurikulum Kebangsaan (kurikulum arus perdana).

Dalam temubual yang telah dilakukan dengan Ustaz Zakaria Mohamed,

Timbalan Pengarah (Akademik) YIK pada 20 Ogos 2008. Menurut beliau YIK telah

melaksanakan sistem serampang dua mata dalam kurikulumnya iaitu dengan

mengamalkan dua kurikulum secara serentak Kurikulum yang digunakan adalah

kurikulum al-Azhar dan kurikulum Kebangsaan (Arus Pedana). Kurikulum al-Azhar

merupakan kurikulum asas utama dalam pengajian diseluruh sekolah YIK. Kurikulum

al-Azhar ini membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah

Rendah Ugama (PMRU), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama

Malaysia (STAM). Semua jenis peperiksaan tersebut mencakupi mata pelajaran

agama dan bahasa arab. Ia juga merupakan sebahagian kecil daripada kurikulum yang

dipelajari di Universiti Al-Azhar, Mesir. Manakala kurikulum Kebangsaan pula

kurikulum yang wajib diambil oleh setiap pelajar yang belajar disekolah-sekolah

Malaysia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Kurikulum

Kebangsaan membolehkan para pelajar YIK menduduki peperiksaan Penialai

Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajarn Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama

Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Keterangan lanjut

mengenai sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan terdapat di dalam Bab Dua.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem kurikulum serampang dua mata yang diamalkan oleh YIK telah

melibatkan pengajian dalam aliran agama dan juga sastera ikhtisas sahaja.

Pengabungan dua kurikulum ini telah diamalkan sejak dulu lagi sehingga hari ini.

Sejak YIK mula ditubuhkan, fokus YIK terhadap bidang pendidikan adalah lebih

kepada bidang pengajian pendidikan Islam sahaja. Walaupun pengajian pendidikan

Islam dan sastera ikhtisas sahaja yang ditawarkan di sekolah - sekolah YIK, ibu bapa

masih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut dengan hasrat

agar anak-anak mereka akan mendapat pendidikan agama. Hasilnya para pelajar

lepasan YIK hanya boleh mengikuti jurusan pengajian Islam dan sastera sahaja

selepas mereka menamatkan pengajian mereka di sekolah menengah. Keadaan ini

telah menyebabkan ibu bapa menganggap, peluang kerjaya bagi para pelajar lepasan

YIK hanya dalam bidang tersebut sahaja. Sedangkan para ibu bapa juga ingin melihat

anak-anak mereka mengikuti bidang profesional di alam kerjaya kelak.

Sistem kurikulum yang diamalkan oleh YIK juga turut menyebabkan para

pelajar akan berpindah ke sekolah menengah biasa untuk mengikuti bidang pengajian

yang mereka minati serta dapat mencapai cita-cita mereka untuk terlibat di dalam

bidang professional seperti doktor, jurutera, saintis dan sebagainya lagi. Peluang

kerjaya yang pelbagai merupakan elemen yang penting dalam pemilihan aliran

ataupun bidang pengajian yang perlu diikuti sejak zaman persekolahan lagi. Adalah

penting bagi sesebuah sekolah menyediakan kelas aliran seperti sains tulen, teknikal

dan vokasional dan juga perakaunan bagi membolehkan para pelajar menyertai aliran

pengajian yang pelbagai. Adalah menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan ingin

melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang pendidikan, tidak hanya cemerlang

dalam bidang pengajian Islam sahaja tetapi juga perlu cemerlang dalam bidang

akademik Kecemerlangan dalam bidang akademik akan membolehkan para pelajar

menjadi tenaga kerja yang professional. Sebelum tahun 1996 pelajar YIK tidak

mempunyai peluang memilih aliran jika mereka ingin meneruskan pengajian di

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

5

sekolah-sekolah YIK. Tetapi jika mereka ingin memilih aliran sains tulen, teknikal

dan perakaunan, mereka perlu bertukar ke sekolah lain seperti sekolah menengah

biasa. Dalam temubual bersama Encik Sabri Mat Daud selaku Penolong Pengarah

(Kurikulum Umum dan Ko-Kurikulum YIK), akibat daripada pemindahan para pelajar

ke sekolah menengah biasa, YIK telah mengambil satu langkah dengan menyediakan

kelas aliran bagi memberikan peluang kepada para pelajarnya memperolehi sistem

pengajian yang sama seperti pelajar sekolah menengah harian biasa. Oleh yang

demikian bermula tahun 1996, YIK telah memperkenalkan kelas pengajian Islam

elektif Sains Tulen di Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammmadi

Perempuan, sebagaimana di dalam senarai jadual dibawah :

Jadual 1.1: Pakej Elektif Pengajian Yang DiTawarkan Di Sekolah YIK

Aliran Pengajian Selain Bahasa Arab dan Agama

Pakej Pengajian Sekolah

Pengajian Islam elektif Sains Tulen

Maahad Muhammadi Lelaki

Maahad Muhammadi Perempuan

Pengajian Islam elektif Sastera Ikhtisas

(Perdagangan/ Akaun)

Maahad Muhammadi Lelaki

Maahad Muhammadi Perempuan

Maahad Muhammadi Pasir Mas

Maahad Muhammadi Pasir Pekan

Sumber Yayasan Islam Kelantan

Dengan tertubuhnya pakej pengajian tersebut, maka telah ramai pelajar yang

mengikuti kelas tersebut bagi memperolehi bidang pengajian yang mereka minati di

sekolah-sekolah YIK juga. Ini bermakna para pelajar selesa dengan sistem pengajian

yang ditawarkan oleh YIK, tambahan pula mereka juga dapat mengikuti bidang

pengajian yang mereka sukai. Hasilnya para pelajar di sekolah YIK mula

menunjukkan kecemerlangan dalam aliran yang dipilih seperti aliran pengajian Islam

elektif Sains Tulen. Bermula dari tahun kelas elektif ini diperkenalkan pada SPM

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

6

1997, pencapaian yang ditunjukkan adalah memberangsangkan. Pada tahun 2000

apabila sistem persijilan terbuka diperkenalkan dalam SPM yang menyebabkan pelajar

boleh mengambil sejumlah mata pelajaran yang tiada had di dalam peperiksaan SPM.

Oleh kerana itu pada dua tahun kebelakangan ini pencapaian yang ditunjukkan oleh

pelajar YIK amat membanggakan seperti dalam jadual di bawah :

Analisa Keputusan Peperiksaan Persijilan Terbuka Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2007 dan 2006 di Maahad Muhammadi Lelaki

Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2007

13A 12A 11A 10A 9A 8A 7A 6A 5A

Jumlah Pelajar

1 6 5 7 5 10 11 16 26

Sumber Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan

Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2006

13A 12A 11A 10A 9A 8A 7A 6A 5A

Jumlah Pelajar

1 10 12 10 10 19 20 20 22

Sumber Majalah Al-Hikmah Maahad Muhammadi Lelaki

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

7

Analisa Keputusan Peperiksaan Persijilan Terbuka Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2007 dan 2006 di Maahad Muhammadi Perempuan

Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2007

15A 14A 13A 12A 11A 10A 9A 8A 7A

Jumlah Pelajar

1 1 2 - 11 8 11 19 29

Sumber Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan

Analisa Kecemerlangan Calon (Aliran Sains Tulen) - 2006

18A 17A 16A 15A 14A 13A 12A 11A 10A

Jumlah Pelajar

1 2 - 1 1 13 9 17 14

Sumber Majalah Al-Nur Maahad Muhammmadi Perempuan

Tambahan pula adanya permintaan daripada pihak ibu bapa yang meminta

pihak YIK menyediakan lebih banyak kelas aliran ini, di setiap sekolah YIK bagi

membolehkan anak-anak mereka mengikuti kelas aliran pengajian Islam elektif Sains

Tulen. Bermula tahun 2003, terdapat 4 buah sekolah lagi yang menawarkan aliran

pengajian Islam elektif Sains Tulen. Ini adalah berikutan dengan permintaan

dikalangan para pelajar berdasarkan minat mereka dalam bidang tersebut. Menurut

En. Sabri Mat Daud lagi, pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan

cemerlang akan mendapat tawaran daripada YIK untuk melanjutkan pelajaran dimana-

mana sekolah YIK yang mempunyai aliran pengajian Islam elektif Sains Tulen. YIK

akan menawarkan aliran pengajian tersebut melalui sekolah para pelajar. Disamping

itu guru dan rakan sebaya merupakan agen penyumbang yang penting terhadap

pemilihan kelas Pengajian Islam elektif Sains Tulen.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

8

Berikut merupakan jenis tawaran aliran pengajian yang dilakukan oleh YIK

kepada para pelajar yang mendapat keputusan PMR yang baik seperti berikut.

Jadual 1.2: Menunjukkan pakej pengajian yang ditawarkan di sekolah-sekolah YIK

Bil. Jenis Aliran Pengajian

Sekolah Yang Menawarkan Aliran Syarat Kemasukkan

1. Pengajian Islam Sains Tulen

• Maahad Muhammadi Lelaki

• Maahad Muhammadi Perempuan

• Memperolehi sekurang-kurangnya 6A ke atas.

• Lulus sekurang-kurangnya pangkat B dalam subjek Sains dan Matematik.

2. Pengajian Islam Sains Tulen

• Maahad Amir Indera Petra.

• Maahad Pengajian Islam.

• Maahad Muhammadi Pasir Mas.

• Maahad Muhammadi Tumpat.

• Memperolehi sekurang-kurangnya 5A ke atas.

• Lulus sekurang-kurangnya pangkat B dalam subjek Sains dan Matematik

Sumber Yayasan Islam Kelantan

Bersesuaian dengan falsafah YIK yang mahukan para pelajarnya mahir dalam

pelbagai bidang sains dan teknologi sama seperti para pelajar yang belajar di sekolah

menengah biasa. Berdasarkan visi YIK yang ingin melahirkan professional yang

beriman dan berakhlak mulia, maka penubuhan kelas aliran ini sebagai satu

cabangnya.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

9

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah diatas, YIK telah memainkan peranan

yang besar dalam perkembangan pendidikan bagi para pelajarnya. Dasar terbuka yang

diamalkan oleh YIK ternyata telah memberikan kesan yang positif terhadap sistem

pendidikan yang diamalkan. Meskipun masih mengekalkan sistem pengajian Islam

terhadap para pelajarnya, YIK turut mengambil kira faktor minat ataupun keinginan

para pelajarnya terhadap bidang sains dan teknologi. Begitu juga dengan permintaan

yang sangat tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka belajar

dalam bidang sains dan teknologi tetapi dalam masa yang sama menerima pengajian

Islam. Guru-guru dan rakan sebaya juga turut berperanan dalam memberikan galakkan

dan dorongan yang sihat serta positif terhadap para pelajar. Oleh yang demikian,

tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar memilih kelas Pengajian Islam elektif Sains Tulen di sekolah-

sekolah YIK

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

10

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau beberapa

aspek tersebut :

i. Mengenalpasti sama ada minat pelajar terhadap kelas Pengajian Islam Sains

Tulen.

ii. Mengenalpasti sama ada ibu bapa mempengaruhi pelajar mengikuti kelas

Pengajian Islam Sains Tulen.

iii. Mengenalpasti sama ada peranan guru dalam mempengaruhi pelajar memilih

kelas Pengajian Islam Sains Tulen.

iv. Mengenalpasti sama ada rakan sebaya dalam mempengaruhi pelajar memilih

kelas Pengajian Islam Sains Tulen.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan.

Dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang hendak diselidiki adalah seperti berikut :

i. Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar terhadap kelas Pengajian Islam

Sains Tulen ?

ii. Apakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar mengikuti kelas Pengajian

Islam Sains Tulen ?

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH PAKEJ … · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih pakej pengajian islam elektif sains tulen di sekolah yayasan islam kelantan

11

iii. Apakah faktor guru mempengaruhi pelajar memilih kelas Pengajian Islam

Sains Tulen ?

iv. Apakah faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi pelajar memilih kelas

Pengajian Islam Sains Tulen ?

1.6 Kepentingan Kajian

Melalui kajian penyelidikan dapat menghuraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi para pelajar memilih kelas pengajian Islam elektif Sains Tulen.

1.6.1 Pelajar mendapat kesedaran bahawa terdapat berbagai-bagai alternatif pilihan

yang boleh dipilih untuk meneruskan pengajian di tingkatan 4.

1.6.2 Pelajar-pelajar tingkatan 3; sebagai panduan untuk merancang memperoleh

keputusan peperiksaan yang baik dalam PMR.

1.6.3 Peranan ibubapa dan keluarga penting dalam membimbing anak-anak menbuat

pilihan terhadap kelas pengajian Islam elektif Sains Tulen. Mereka juga perlu

mengikuti perkembangan terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran

diperingkat yang lebih tinggi.

1.6.4 Guru-guru dapat mempertingkatkan lagi daya usaha mereka untuk

memberikan pengetahuan dan pendedahan yang terperinci dalam pengajaran

dan pembelajaran secara formal dan tidak formal.