25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN MENGAJAR ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN

PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN

MENGAJAR

ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 346, KG KEPULAU, 16040 PALEKBANG,KELANTAN.

PROF MADYA DR. SETH BIN

SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia: PM DR SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : ………………………….

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN

PENGAJARAN GURU PELATIH UTM DALAM MENGHADAPI LATIHAN

MENGAJAR

ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH

AP040342

850126-03-5307

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : ZULFAHMI BIN MD HANAFIAH

Tarikh : ………………………….

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

iv

DEDIKASI

Untuk Allahyarham ayahanda tersayang yang telah kembali ke rahmatullah

Md Hanafiah Bin Muhammad,

buat bonda tercinta Che Som Binti Che Hassan,

kepada abang-abang dikasihi Sani Azman, Hadi Irman dan Noorul Khairi,

serta adik-adikku yang dirindui, Siti Hajar dan Siti Fatimah..

Terima kasih di atas segala sokongan

dan pengorbanan yang kalian berikan..

Buat rakan taulan....

Terima kasih di atas segala-galanya....Doa kalian membakar semangat...Semoga

Kejayaan menjadi milik kita semua...

Semoga segalanya mendapat rahmat dan hidayah dari

Allah S.W.T..

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya projek

sarjana muda ini dapat disiapkan.

Pertama sekali diucapkan setinggi penghargaan kepada pensyarah

pembimbing PSM saya iaitu Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman. Segala tunjuk ajar dan

panduan yang diberikan membolehkan saya melaksanakan projek ini dengan baik

serta banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh ini.

Penyelidik turut merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang

diberikan oleh responden-responden yang terlibat dalam projek ini.

Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu penyelidik

dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Jasa kalian amat dihargai dan semoga

mendapat rahmat dan keredhaan Illahi. Terima kasih.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam menghadapi latihan

mengajar. Faktor-faktor tersebut adalah faktor persediaan pengajaran, faktor

persekitaran pengajaran, faktor teknik pengajaran, faktor penggunaan alat bantu

mengajar dan bahan bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set

soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi butir-butir

peribadi responden, manakala Bahagian B pula mengandungi 40 item yang berkaitan

dengan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih.

Keberkesanan pengajaran guru pelatih ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu

dipengaruhi oleh faktor, sederhana dipengaruhi oleh faktor dan tidak dipengaruhi

oleh faktor. Seramai 80 orang responden telah dipilih ialah pelajar tahun akhir iaitu

pelajar-pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik, Sains,

Matematik dan Kimia), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar-

pelajar tersebut telah menjalani latihan mengajar pada semester 1 sesi 2007/2008.

Data-data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis dengan berbantukan

komputer menggunakan Statistical Package for Social Science (SPPS) versi 10.0.

Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran

guru pelatih dipengaruhi oleh faktor persediaan pengajaran, faktor persekitaran

pengajaran, faktor teknik pengajaran, faktor penggunaan alat bantu mengajar dan

bahan bantu mengajar pada tahap dipengaruhi oleh faktor.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

vii

ABSTRACT

This research was conducted to identify the factors that can influence on the

effectiveness of teaching by teacher trainees during practical teaching. The factors

were teaching preparation, teaching environment, teaching technique and usage of

teaching tools and materials. Research instrument used was a questionnaire which

consisted of two parts. Part A looks at personal data of respondents, whereas part B

contains 40 items related to the factors that influence on the effectiveness of

teaching. The effectiveness of teaching is categorized with three levels namely

“influenced by factor”, “moderately influenced by factor” and “none influenced by

factor”. A group of 80 respondents from fourth year undergraduate science courses

(Physic, Science, Mathematic, and Chemistry) in Faculty of Education UTM were

chosen. These students had practical teaching experience in semester 1 session

2007/2008. Data collected were analysed by using Statistical Package for Social

Science (SPSS) version 10.0. Overall, the outcome of the research shows that the

effectivesness of teaching by teacher trainees during practical teaching is at level

“influenced by factors”.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Pengajaran 11

1.8.2 Keberkesanan 11

1.8.3 Guru 12

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

ix

1.8.4 Guru Pelatih 12

1.8.5 Latihan Mengajar 12

2 SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Latihan Mengajar 14

2.3 Objektif Latihan Mengajar 15

2.4 Objektif Pengajaran 16

2.5 Pengajaran Berkesan 17

2.6 Persediaan Pengajaran Guru Pelatih 18

2.7 Persekitaran Pengajaran 20

2.8 Teknik Pengajaran 22

2.9 Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Bahan 24

Bantu Mengajar

2.10 Rumusan 26

3 METODOLOGI 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Instrumen Kajian 28

3.4 Kajian Rintis 30

3.5 Populasi Sasaran 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Analisis Data 33

3.8 Kaedah Min 35

3.9 Analisis Deskriptif 36

3.10 Jangka masa Kajian 36

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden 39

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

x

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 40

Pengajian

4.2.3 Bilangan Responden Mengikut PNG 41

4.3 Bahagian B : Analisis Faktor-faktor yang 42

Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran

Guru Pelatih UTM

4.3.1 Item Soal Selidik Mengikut Faktor 42

4.3.2 Analisis Persoalan 1 42

4.3.3 Analisis Persoalan 2 44

4.3.4 Analisis Persoalan 3 46

4.3.5 Analisis Persoalan 4 48

4.4 Rumusan Hasil Kajian 50

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 51

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 52

5.2.1 Persoalan Kajian 1 53

5.2.2 Persoalan Kajian 2 54

5.2.3 Persoalan Kajian 3 55

5.2.4 Persoalan Kajian 4 57

5.3 Rumusan Kajian 59

5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59

mempengaruhi keberkesanan pengajaran

guru pelatih dalam latihan mengajar

5.3.2 Adakah faktor persekitaran pengajaran 59

mempengaruhi keberkesanan pengajaran

guru pelatih dalam latihan mengajar

5.3.3 Adakah faktor teknik pengajaran 59

mempengaruhi keberkesanan pengajaran

guru pelatih dalam latihan mengajar

5.3.4 Adakah faktor penggunaan ABM dan BBM 60

mempengaruhi keberkesanan pengajaran

guru pelatih dalam latihan mengajar

5.4 Cadangan 60

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.6 Penutup 62

SENARAI RUJUKAN 63

LAMPIRAN 66 - 71

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan Soalan-Soalan 29

3.2 Skala Likert 30

3.3 Populasi Sasaran 32

3.4 Pengelasan Skala Pemeringkatan Likert 34

3.5 Skor Peratusan 35

3.6 Skor Min 36

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus Pengajian 40

4.3 Bilangan Responden Mengikut PNG 41

4.4 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor persediaan 42

pengajaran.

4.5 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor persekitaran 44

pengajaran

4.6 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor teknik 46

pengajaran

4.7 Taburan data kekerapan, f dan peratus faktor ABM dan 48

BBM

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

xiii

SENARAI SINGKATAN

f - Kekerapan

% - Peratus

PNG - Purata Nilai Gred

SPSS - Statistical Package for the Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

ABM - Alat Bantu Mengajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

LM - Latihan Mengajar

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 66

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Profesion pendidikan agak berbeza dan kompleks jika dibandingkan dengan

profesion dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain. Dalam

bidang pendidikan, tugas pengajar adalah mendidik dan membentuk manusia yang

keadaannya mempunyai perbezaan daripada segi kebolehan kognitif, afektif dan

psikomotor. Ini bermakna pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza-beza

kebolehan intelek, kesediaan emosi dan kebolehan fizikalnya. Dengan ini kemahiran

dan kaedah tertentu akan digunakan dalam pengajaran belum pasti lagi sesuai bagi

kesemua pelajar dalam kelas. Di samping itu, perkara yang diajar mungkin dapat

mendidik dan mengembangkan kebolehan intelek pelajar sahaja sedangkan aspek

afektifnya iaitu perkembangan emosinya tidak membawa perubahan yang jelas

(Esah, 2003).

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

2

Pendidikan amat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan

berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara

kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020.

Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),

pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan

yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020,

(PIPP Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006-2010). Sebahagian besar cabaran

pembinaan modal insan terletak di bahu pendidik. Mereka terlibat dalam dunia

pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang

pelajar.

“Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di

Malaysia adalah suatu yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah(JERIS)”, (Abu

Hassan, 2003). Modal insan yang ingin dihasilkan juga mampu untuk berfikir secara

kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta

peluang-peluang baru dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan

dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Di sini, peranan guru amat penting bagi memastikan tiada masalah yang akan

timbul dan pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar. Golongan pendidik di

negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman

dan perlu sedia untuk menghadapi cabaran globalisasi, di samping meningkatkan

kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan

disanjungi oleh pelajar, ibubapa dan masyarakat. Guru sering dikaitkan dengan ilmu

pengetahuan yang dibawanya. Oleh hal yang demikian, guru perlu meningkatkan lagi

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

3

keupayaan, minat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum memberi

tumpuan pengajaran kepada pelajarnya.

Antara tugas penting guru dalam membangun modal insan pula ialah

membentuk personaliti unggul dalam membina kepimpinan mantap. Personaliti

unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah yang

mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang diberikan. Tugas guru adalah untuk

meningkatkan keupayaan, minat dan bakat pelajar bagi menguasai ilmu pengetahuan

dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris juga sebagai penambah nilai modal

insan dikenal pasti antara perkara yang dititikberatkan pada zaman globalisasi ini.

Selain guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, bakal-

bakal guru atau dikenali juga sebagai guru pelatih yang akan meneruskan perjuangan

dalam bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan pembangunan

negara dapat diteruskan dengan jayanya. Di Malaysia terdapat beberapa institusi

pengajian tinggi khususnya awam yang mempunyai dan menawarkan kursus-kursus

pendidikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan seperti di Universiti Teknologi

Malaysia(UTM). Fakulti pendidikan(FP) UTM adalah fakulti yang

bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar dalam jurusan pendidikan ini.

Sebelum bergelar sebagai guru yang bertauliah, guru pelatih perlu

menghadapi dan menempuhi program latihan mengajar selama 12 minggu di

sekolah. Sebelum memulakan sesi latihan mengajar ini, pelajar-pelajar jurusan

pendidikan ini perlu mengambil subjek pengajaran mikro sebagai persediaan

menghadapi latihan mengajar yang sebenar di sekolah nanti. Subjek pengajaran

mikro adalah tempoh percubaan bagi pelajar jurusan pendidikan mempamerkan ciri-

ciri seorang guru yang sepatutnya ada pada diri mereka masing-masing. Semasa

menjalani latihan mengajar pula, guru pelatih perlu bersedia menghadapinya dan

dapat menjalankan proses pengajaran mereka dengan baik. Proses pengajaran mereka

perlu dilaksanakan dengan penuh berkesan.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

4

Keberkesanan pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar adalah

dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor persediaan, faktor

persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat bantu mengajar

serta bahan bantu mengajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian ini amnya dijalankan oleh penyelidik adalah disebabkan beberapa

masalah yang timbul semasa proses pengajaran. Perkara ini lebih tertumpu kepada

guru-guru pelatih yang menghadapi latihan mengajar di sekolah masing-masing.

Keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar ini melibatkan faktor

persediaan, faktor persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat

bantu mengajar serta bahan bantu mengajar.

Latihan Mengajar(LM) merupakan tempat di mana guru pelatih dapat

mencungkil bakat masing-masing dan sebagai persediaan mereka untuk menjadi guru

yang bertauliah kelak. LM juga merupakan permulaan awal bagi guru pelatih

menjalankan pengajaran, menimba pengalaman, ilmu pengetahuan dan juga tempat

untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana mengajar di sekolah. Mereka akan

berdepan dengan situasi yang sebenar di sekolah dan pengajaran mereka dinilai akan

oleh pensyarah sama ada pengajaran mereka baik atau sebaliknya.

Pada masa ini, guru pelatih sering kali berhadapan dengan beberapa masalah

seperti tidak dapat mempraktikkan pengajaran mikro sebelum ini di dalam proses

pengajaran dalam kelas. Selain itu, pelajar di sekolah keseluruhannya mempunyai

pencapaian yang baik tetapi pelajar sukar untuk memahami konsep yang diajar oleh

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

5

guru pelatih dan hanya menghafal pembelajaran mereka serta tidak tahu untuk

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Keberkesanan pengajaran guru pelatih dipersoalkan apabila timbul masalah-

masalah sedemikian. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi

sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi oleh

individu, (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Sesuatu pengajaran itu perlu

mempunyai objektif pengajaran yang nyata, jelas dan sesuai pada tempatnya. Adalah

lebih baik jika suatu proses pengajaran itu dilakukan melibatkan interaksi antara guru

pelatih dan pelajar supaya pelajar akan memahami apa yang dipelajari.

Proses pengajaran mempunyai dua bahagian di mana ianya terdiri daripada

pengajaran secara teori dan pengajaran secara praktikal seperti melakukan

eksperimen. Kedua-dua bahagian ini penting untuk melakukan pengajaran yang

berkesan dalam sesebuah kelas. Proses pengajaran yang berkesan amat bergantung

kepada persediaan guru pelatih itu sendiri di mana sebagai pendidik, setiap guru

pelatih itu perlu mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan

tidak hanya bergantung pada subjek pengajaran guru pelatih itu sahaja.

Selain itu, pelaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa

Inggeris juga telah membuka mata banyak pihak terutamanya guru pelatih aliran

sains. Guru pelatih ini seharusnya membuat banyak persediaan dari segi mental,

fizikal dan rohani. Persediaan yang rapi dalam penguasaan bahasa Inggeris

memerlukan pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan ini memerlukan guru pelatih

memenuhi ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang yang akan diajar di

samping mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris setiap masa. Penggunaan bahasa

Inggeris dalam proses pengajaran menjadikan guru pelatih bertungkus lumus untuk

menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik dan menjadikan mereka berdaya saing

di antara satu sama lain.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

6

Persekitaran pengajaran dan pembelajaran itu juga penting bagi mendapatkan

keberkesanan pengajaran. Guru perlu sentiasa bersedia dan kreatif untuk

mengubahsuai mengikut keadaan dan menggunakan sebarang kesempatan yang

timbul dalam kelas pada bila-bila masa untuk mewujudkan peluang pembelajaran

pelajar. Kerjasama daripada pengetua dan guru di sekolah juga adalah penting bagi

guru pelatih. Perkara ini dapat meningkatkan pengajaran guru pelatih apabila mereka

mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan seterusnya mereka dapat

memotivasikan diri mereka. Selain itu, tempat pengajaran juga memainkan peranan

yang penting bagi guru pelatih untuk menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan

supaya dapat dinilai oleh pensyarah dengan baik. Bilik darjah atau kelas-kelas lain

seperti makmal amali pula perlu dalam keadaan selesa dan suasana yang baik.

Masih terdapat beberapa kekurangan pendidikan di kawasan pedalaman iaitu

di luar bandar menjadi suatu isu yang diperkatakan pada masa kini. Oleh itu, sebagai

guru pelatih yang baik, perlunya menerapkan nilai-nilai murni dan moral yang baik

kepada pelajar yang berada di bahagian pedalaman dan menggunakan pendekatan

pengajaran yang sesuai. Di bandar, isu guru pelatih tidak banyak timbul

memandangkan kawasan bandar adalah merupakan tempat yang lengkap dengan

segala kemudahan dan cukup bagi meningkatkan keupayaan dan minat untuk

menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, pusat segala ilmu

pengetahuan adalah tertumpu di bandar dan pendidikannya dilaksanakan pada tahap

yang paling maksimum. Berbeza di kawasan pedalaman, masalah pendidikan seperti

buta huruf, buta ilmu dan tidak mahir dengan 3M(Membaca,Mengira,Menulis)

adalah krisis pendidikan yang masih menjadi fenomena yang berpanjangan dan tiada

kesudahannya.

Teknik pengajaran yang digunakan pula dapat membantu guru pelatih untuk

menjalankan proses pengajaran dengan lebih menarik serta dapat menarik perhatian

pelajar dan seterusnya pelajar akan aktif dalam pembelajaran mereka. Setiap guru itu

mempunyai teknik pengajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama

lain. Sehubungan itu, terdapat guru yang mesra dengan pelajar, banyak menasihati

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

7

dan mengajar dengan cara yang lebih bertolak ansur dengan pelajar manakala ada

yang menekankan aspek peraturan dan mengikut perancangannya dengan tegas. Oleh

itu, guru pelatih boleh menggunakan pelbagai teknik pengajaran dalam proses

pengajarannya.

Esah (2003), gaya pengajaran ialah satu set ciri-ciri peribadi yang

menunjukkan dengan jelas bahawa seseorang individu itu sebagai seorang guru yang

unik. Oleh itu terpulanglah kepada guru pelatih itu sendiri untuk menggunakan

teknik pengajaran asalkan proses pengajaran itu berkesan dan dapat menarik

perhatian pelajarnya dan pelajar tidak mudah bosan. Teknik yang dilakukan oleh

guru pelatih juga adalah untuk mencapai objektif pengajaran dengan langkah-

langkah yang tersusun dari set induksi, kandungan penyampaian serta penutup

supaya pelajar dapat menerima pembelajaran mereka dengan berkesan.

Penggunaan alat bantu mengajar(ABM) pula adalah penting dalam proses

pengajaran. ABM merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk

membantu dalam menyampaikan pengajaran. Pelajar akan lebih berminat untuk

belajar apabila guru pelatih menggunakan ABM seperti animasi dalam komputer.

Penggunaan ABM yang berorientasikan teknologi ini dapat mengurangkan

kebosanan pelajar dan seterusnya mereka dapat menumpukan perhatian dalam

pembelajaran mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) yang betul dan

tepat pula dapat menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Guru pelatih yang

cenderung untuk mendapatkan bahan pengajaran yang baik dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran mereka. Sumber-sumber rujukan dan teks yang lebih dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan tidak hanya bergantung kepada buku

teks sekolah semata-mata. Sumber daripada internet dan buku-buku rujukan yang

lain penting dan dapat menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada.

Selain itu, timbul masalah guru pelatih pada masa kini yang semakin berani

untuk tidak membuat persediaan mengajar harian, tidak mempunyai ciri-ciri seorang

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

8

guru, tidak matang, tidak menampilkan personaliti seorang guru seperti berpakaian

tidak lengkap, rambut panjang dan masuk ke kelas mengajar terlalu lambat.

1.3 Pernyataan Masalah

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sama ada faktor-faktor seperti

persediaan, persekitaran, teknik pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar

serta bahan pengajaran mempengaruhi keberkesanan guru pelatih dalam latihan

mengajar. Di sini kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor ini boleh

mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam menghadapi latihan

mengajar di sekolah masing-masing.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti faktor persediaan mempengaruhi keberkesanan

pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar.

2. Mengenal pasti faktor persekitaran mempengaruhi keberkesanan

pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar.

3. Mengenal pasti faktor teknik pengajaran mempengaruhi keberkesanan

pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN … · 5.3 Rumusan Kajian 59 5.3.1 Adakah faktor persediaan pengajaran 59 mempengaruhi keberkesanan pengajaran ... guru pelatih dalam

9

4. Mengenal pasti faktor penggunaan alat bantu mengajar serta bahan

pengajaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih

dalam latihan mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian ini adalah :

1. Apakah faktor persediaan mempengaruhi keberkesanan pengajaran

guru pelatih dalam latihan mengajar?

2. Apakah faktor persekitaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran

guru pelatih dalam latihan mengajar?

3. Apakah faktor teknik pengajaran mempengaruhi keberkesanan

pengajaran guru pelatih dalam latihan mengajar?

4. Apakah faktor penggunaan alat bantu mengajar serta bahan bantu

mengajar mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam

latihan mengajar?